individu en.latfi

10
Kemukakan pandangan anda terhadap usaha-usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merialisasikan usaha pencapaian matlamat yang terandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hasilkan satu penulisan ilmiah tidak melebihi 2500 patah perkataan. Pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia . Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani , emosi ,rohani dan intelektual Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya. E.D Miller dalam bukunya Questions That Matter(1984) mengujarkan falasafah sebagai usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap variasi item. Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan (1984 ) meletakkan falsafah sebagai pertimbangan asas dan andaian berkenaan pertimbangan terhadap perkara yang penting. Kesimpulannya, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau

Upload: fatinabdullah

Post on 24-Sep-2015

224 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

DOKUEN

TRANSCRIPT

Kemukakan pandangan anda terhadap usaha-usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merialisasikan usaha pencapaian matlamat yang terandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kemukakan pandangan anda terhadap usaha-usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merialisasikan usaha pencapaian matlamat yang terandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Hasilkan satu penulisan ilmiah tidak melebihi 2500 patah perkataan.

Pengenalan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelektualSosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya. E.D Miller dalam bukunya Questions That Matter(1984) mengujarkan falasafah sebagai usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap variasi item. Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan (1984 ) meletakkan falsafah sebagai pertimbangan asas dan andaian berkenaan pertimbangan terhadap perkara yang penting. Kesimpulannya, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas yang dihasilkan menerusi kajian secara saintifik, sistematik, dan diterima umum.

USAHA-USAHA YANG TELAH DAN SEDANG DILAKSANAKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DALAM MEREALISASIKAN USAHA PENCAPAIAN MATLAMAT YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS ialah satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras denganFalsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan Malaysia. Pentaksiran ini merupakan sesuatu yang agak baharu dalam pendidikan di Malaysia, yang selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ia memainkan peranan penting bagi tujuan melahirkan murid-murid yang seimbang dalam pelbagai aspek. Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan. PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik.

Pada pendapat saya , PBS adalah bagus kerana dapat memenuhi falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu , para ibu bapa juga tidak perlu menghantar anak- anak ke kelas tambahan lagi kerana sistem ini tidak menggunakan gred A cemerlang . Disebabkan pencapaian diukur menerusi peperiksaan ini lah, ibu bapa yang prihatin terpaksa menghantar anak ke kelas tuisyen walaupun sekolah menyediakan sistem pembelajaran yang agak baik. Kesannya, kos untuk tuisyen berbilion ringgit setiap tahun dan memberi keuntungan kepada pihak tertentu. Seperti mana Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengurangan peperiksaan juga memberi peluang guru dan murid memberi tumpuan kepada meningkatkan kemahiran insaniah, inovasi dan kreativiti. Walaubagaimanapun, PBS ini secara tidak langsung telah menyebabkan bebanan para guru bertambah. Terutama kepada guru yang duduk di kawasan pendalaman. Rangkaian internet yang terhad menyebabkan guru terpaksa berjaga tengah malam untuk mengisi markah murid.Akibatnya, masa yang sepatutnya terluang untuk keluarga telah terkorban demi mengisi markah murid. Hal ini menyebabkan sistem PBS menjadi isu keluhan para guru terutama yang duduk di pendalaman. Selain itu talian internet yang sibuk kerana semua guru ingin masukkan markah dalam masa yang serentak. Oleh sebab itu, kementerian pendidikan perlu lah mencari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah ini.

Dasar 1 Murid 1 Sukan

Dasar 1M 1S merupakan program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1M 1S adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid-murid. Justeru itu, Dasar 1M 1S adalah diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar dapat memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif selain itu untuk membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah dan juga untuk memberi peluang kepada semua. Selain itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan juga dapat memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas kerana badan sihat otak cerdas. Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan memenuhi naluri semula jadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan sedar semakin banyak rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk dengan urusan seharian. Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang menghidap masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun. Senario ini amat merugikan kerana golongan ini biasanya tidak aktif dan menghidap pelbagai penyakit yang berbahaya kepada diri mereka. Pada tahun 2011, dilaporkan rakyat Malaysia merupakan golongan terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan yang keenam di Asia. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan memang tepat pada masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa. Izharlah bahawa amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk melalui dasar ini.

Banyak kebaikan yang boleh kita perolehi daripada program ini. Jika dilihat dari perspektif yang lain. Secara tak langsung kita dapat memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk selama 55 tahun kebelakangan ini. Program Linus

Selain itu, Linus dengan kata lain Literacy and Numeracy Screening adalah program yang dirangka sebagai sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) bagi menyediakan asas kukuh kemahiran literasi dan numerasi bagi kanak-kanak di negara ini untuk tempoh tiga tahun pertama pendidikan rendah. Literasi ialah kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah (dengan menggunakan kata hubung dan) serta mengaplikasikan pengetahuan berkenaan dalam pembelajaran serta komunikasi harian. Numerasi pula adalah apa yang dikatakan sebagai kebolehan melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan masalah mengsifarkan buta huruf dan kemahiran-kemahiran asas dalam matematik. Untuk itu, kerajaan melatih 15,500 guru LINUS untuk mengajar di kelas pemulihan khas, manakala Fasi LINUS (fasilitator yang memberikan sokongan profesional) ditugaskan di semua sekolah untuk memantau, membantu dan memberi sokongan kepada guru LINUS. Melalui program ini, setiap murid menjalani proses saringan tiga kali setahun bagi mengenal pasti mereka yang menghadapi masalah membaca, menulis dan asas pengiraan yang kemudian diletakkan di dalam kelas pemulihan khas untuk meningkatkan prestasi mereka sementara yang mempunyai masalah pembelajaran akan mengikuti program Pendidikan Khas. Murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M belum dapat diatasi dengan baik, walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antara program tersebut ialah program KIA2M untuk tahun satu, pemulihan khas untuk tahun dua dan tiga, sementara program PROTIM pula untuk tahun empat, lima, enam dan selepas UPSR. KPM berpendapat satu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal tahap pendidikan di sekolah

Pada pandangan saya program Linus ini sangat membantu para pelajar terutama di sekolah pendalaman. Sepertimana laporan yang bertajuk Asia and Pacific Programme of Educational Innovation for Development (1987) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, pengajaran pemulihan ialah: a process in which children with learning problems are given practical alternatives and effective approaches (programme) in education. Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS) 8502I5IPKIJ1d. V (26) bertarikh 8 Januari 1986 telah mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pemelajaran munid-munid lemah disekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-gunu pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini. Hal ini bermakna pengajaran pemulihan adalah satu proses pengajaran dengan pendekatan yang lebih berkesan, praktikal bagi murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran.

1BestariNet

1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.Tujuannya untuk mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.VLE ialah singkatan kepada Virtual Learning Environment. Melalui projek 1BestariNet, FrogAsia memperkenalkan masa depan pendidikan kepada golongan pelajar, guru dan ibu bapa di Malaysia. Melalui Frog VLE ini, guru-guru boleh memberi tugasan kepada murid-murid untuk disiapkan secara maya. Banyak perkara yang boleh dilakukan antaranya pelajar boleh buat perancangan dengan kalendar, ikuti perkembangan Papan Notis Sekolah dan berinteraksi dengan guru-guru secara "online" . Murid juga boleh mengakses kerja sekolah dari mana jua hantarkannya pada tarikh yang ditetapkan. Guru pula boleh mengajar dengan menggunakan laman interaktif yang boleh disesuaikan dan wujudkan untuk pelajar . Selain itu guru juga boleh beri markah tugasan dalam VLE dan menempah sumber menerusi kalendar tempahan. Jika tidak mahir dengan teknologi , terdapat "Laman Komuniti" untuk membantu menyokong perjalanan pengajaran dengan tips, peralatan, bantuan bilik darjah dan cerita-cerita yang memberi inspirasi. Pengguna juga boleh berkongsi laman dengan para pendidik lain dan mencari sumber-sumber pendidikan di FrogStore. Tidak lupa juga peranan Ibu Bapa dalam ikuti perkembangan sekolah anak-anak lebih mudah dengan akses laporan PIBG, acara sekolah, butiran perhubungan sekolah, serta muat turun semua borang dan dokumen penting. Jika dilihat dari sudut positifnya , keupayaan menggunakan ICT secara berkesan sudah dilihat sebagai agenda penting sebagai prasyarat kepada pengguna untuk memperolehi dan mengeksploitasikan maklumat setiap aktiviti manusia di mana sahaja.Seperti yang kita tahu, ICT merupakan wadah baru masyarakat hari ini. Semua insan alaf baru terpaksa kenal dan tahu memanfaatkannya. Menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah menggambarkan seseorang itu mempunyai kelebihan bakat serta kemahiran (Giesert & Futrell, 1990). Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Abdul Aziz Shamsudin, ICT amat penting dalam asas pendidikan seumur hidup serta memperkembangkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Para guru perlu mahir menggunakan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Keperluan perisian dan perkakasan yang berkualiti amatlah penting dalam menentukan keberkesanan dan kejayaan penggunaan komputer dalam P & P. Menurut Rhodes dan Cox (1990), peningkatan beban kerja di sekolah telah menghalang penggunaan komputer di kalangan guru. Justeru usaha kerajaan dalam menjalankan perlaksanaan program 1BestariNet ini sangat membantu dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan.

Kesimpulan

Natijahnya , berdasarkan usaha usaha yang dinyatakan di atas jelas menunjukkan usaha dalam merialisasikan matlamat yang terkandung dalam falfasah pendidikan kebangsaan . Oleh itu , dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara.