ilmu baru sem 4 docx

7
Ilmu/Pengetahuan baru 5.1 Pemerhatian Selepas saya menjalankan PBS di SK MAK MANDIN saya berasa amat gembira dan telah menyemai banyak kenangan manis terhadap sekolah ini. a) Budaya sekolah Budaya sekolah yang sihat amat penting dalam membina insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek demi pembangunan negara. Saya mendapati sekolah ini mempunyai budaya yang sihat. Sebagai contoh,dalam aspek sosial, semua orang di sekolah saling menghormati dan memahami antara kakitangan sekolah dengan pelajar. Guru-guru dan kakitangan sekolah juga sentiasa bersikap ramah tamah. Semua murid juga sentiasa mengikuti peraturan yang ditetapkan di sekolah pada semasa ke semasa. Semangat kekitaan, kebangsaan dan perpaduan juga dapat dikesan melalui pergaulan seharian murid-murid dan guru di sekolah. Disiplin murid juga dikawal dengan baik dan tidak ada kes-kes pergaduhan berlaku. Melalui aspek ini, saya dapat mengetahui betapa sehati jiwanya semua murid dalam aspek sosial. Semua murid juga akan bersalam kepada guru mereka sebagai tanda penghormatan semasa bertemu dengan guru. Hal ini menunjukkan bahawa budaya sekolah ini mempunyai budaya yang bersopan santun.

Upload: zi-yan

Post on 28-Sep-2015

225 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pbs

TRANSCRIPT

Ilmu/Pengetahuan baru 5.1 PemerhatianSelepas saya menjalankan PBS di SK MAK MANDIN saya berasa amat gembira dan telah menyemai banyak kenangan manis terhadap sekolah ini.a) Budaya sekolahBudaya sekolah yang sihat amat penting dalam membina insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek demi pembangunan negara. Saya mendapati sekolah ini mempunyai budaya yang sihat. Sebagai contoh,dalam aspek sosial, semua orang di sekolah saling menghormati dan memahami antara kakitangan sekolah dengan pelajar. Guru-guru dan kakitangan sekolah juga sentiasa bersikap ramah tamah. Semua murid juga sentiasa mengikuti peraturan yang ditetapkan di sekolah pada semasa ke semasa. Semangat kekitaan, kebangsaan dan perpaduan juga dapat dikesan melalui pergaulan seharian murid-murid dan guru di sekolah. Disiplin murid juga dikawal dengan baik dan tidak ada kes-kes pergaduhan berlaku. Melalui aspek ini, saya dapat mengetahui betapa sehati jiwanya semua murid dalam aspek sosial. Semua murid juga akan bersalam kepada guru mereka sebagai tanda penghormatan semasa bertemu dengan guru. Hal ini menunjukkan bahawa budaya sekolah ini mempunyai budaya yang bersopan santun.

b) PentadbiranSemasa memerhatikan pentadbiran sekolah, saya telah mempelajari bahawa sekolah ini telah mendirikan organisasi yang tersendiri. Daripada sistem pengagihan tugas, sekolah ini bersistematik kerana semua guru diagihkan tugasannya dengan berasaskan potensi dan bidang professionalnya. Cara para guru dan kakitangan sekolah bekerja sangat bersistematik dan sentiasa bekerjasama. Oleh itu, kerja boleh dihabiskan dengan cepat dan baik. Guru besar pula merupakan seorang yang amat mesra dan ramah tamah.. Apabila saya berkomunikasi dengan guru besar, beliau sentiasa bersenyum dan bertutur dengan sopan santun. Semasa beliau berucap atau mengagihkan tugasan kepada penolongnya dan guru-guru lain, beliau sentiasa beramah dan memberi tunjuk ajar yang sepenuhnya. Saya berasa amat puas hati dan selesa dengan keadaan yang mesra ini dan saya turut dibantu oleh ramai guru. . Bagi kakitangan sekolah seperti setiausaha, pembantu am pejabat, tukang pembersih dan penjaga keselamatan juga memainkan peranan masing-masing yang penting dalam pentadbiran sekolah. Tanpa mereka, sekolah tidak dapat berfungsi dengan baik dan lancar. Oleh itu, setiap orang memainkan peranan yang amat penting dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah supaya sekolah dapat diuruskan dengan lancar.

c) Kawasan sekolah Saya mendapati sekolah tersebut agak bersih. Pihak sekolah juga menanam pelbagai jenis pokok bunga di sekeliling sekolah. Perhiasan pokok dan bunga yang boleh mencantikkan kawasan sekolah supaya sekolah dapat mempunyai kelihatan yang cantik dan damai. Semasa saya berbual dengan seorang pengawal kebersihan , dia juga memberitahu saya bahawa pihak sekolah telah berganding bahu dengan murid-murid bagi menangani masalah kebersihan dan keceriaan dengan menganjurkan gotong-royong dua kali setiap tahun. Ibu bapa murid juga rela meyumbang tenaga dengan melibatkan diri dalam gotong-royong ini demi keceriaan sekolah.

d) Kemudahan SekolahSaya juga telah memerhatikan kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam sekolah. Sekolah berkenaan telah meyediakan kemudahan yang agak lengkap iaitu mempunyai bilik komputer, pepustakaan, makmal sains, kantin, dan kemudahan lain. Selain itu, saya mendapati bahawa setiap blok terdapat tandasnya sendiri. Dengan begini, pelajar tidak memerlukan masa yang panjang untuk pergi ke tandas. Tetapi sekolah ini tidak mempunyai padang. Jadi murid-murid tidak mempunyai ruang yang cukup untuk bersukan. Saya berpandangan bahawa masalah-masalah ini harus diselesaikan secepat mungkin bagi keselesaan pihak sekolah dan murid-murid. Yang mengejutkan saya ialah sekolah ini menyediakan bangku kecil kepada murid-murid semasa perhimpunan dijalankan.

e) Murid-muridSeterusnya, saya ingin menekankan sikap pelajar terhadap guru iaitu pada awal pagi, saya mendapati kebanyakkan pelajar menegur sapa dengan guru dan pengawas sekolah akan membantu guru mengangkat buku latihan masuk ke pejabat. Ini mencerminkan budaya mesra antara pelajar dengan guru. Semasa saya mengikuti mentor saya masuk ke bilik darjah, saya mendapati semua pelajar duduk berselang-seli antara jantina dan pelajar-pelajar memberikan respon yang baik semasa mentor saya menanyakan soalan .

5.2 Senarai SemakDalam bahagian senarai semak, saya akan menyemakkan perkara demi perkara dengan merujuk kepada borang senarai semak atau nota-nota. Di samping itu, saya akan menyemak dengan cara meletakkan gambar-gambar berkenaan dengan melampirkan tajuk kecil atau simbol-simbol. Dengan cara itu, ia memudahkan saya menjalankan semakan ke atas perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dengan sistematik dan tidak ketinggalan sesuatu bahagian kecil.

5.3Temu BualSaya telah menjalankan temu bual ini dengan pengurusan sekolah dan kakitangan sekolah, iaitu guru besar, mentor, guru disiplin, kakitangan sekolah dan juga murid. Melalui temu bual ini, saya telah mendapat keputusan bahawa setiap orang telah menjalankan tugas masing-masing dengan baik. Sebagai contoh, mentor saya. Saya telah berbual dengannya berkaitan dengan masalah disiplin di sekolah. Beliau telah memberi saya banyak cadangan mengenai cara-cara yang berkesan untuk menguruskan masalah disiplin tersebut. Saya juga membuat temu bual pengawal sekolah. Tugasnya adalah memastikan kawasan persekitaran sekolah dan murid-murid sentiasa selamat. Beliau memberitahu bahawa persekitaran yang aman dan selamat amat penting untuk murid-murid kerana inilah merupakan faktor murid-murid dapat belajar dengan baik. Selain itu, temu bual dengan kakitangan sekolah telah menunjukkan bahawa persekitaran sekolah ini amat sesuai untuk belajar dan menjalankan segala aktiviti. Semua murid agak bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memastikan kebersihan sekolah. Walaupun terdapat sekumpulan murid yang nakal, tetapi apabila ditegur, mereka akan menjadi baik dan tidak akan mengulangkan perbuatan itu lagi.