ikan bawal masam manis

Upload: verry-pebriansyah

Post on 13-Jul-2015

117 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Ikan Bawal Masam Manis & Sembang pasal balik kampong...Assalamualaikum............ Bersua lagi kita di Ramadan yang ke empat.. Hari ni hati melonjak-lonjak riang sebab tak sabar nak tunggu hujung minggu! Minggu ni abangku cuti.. (yesss.. abang ku cuti 2 minggu sekali! Bukan tiap-tiap minggu ok!) jadi kami cadang nak balik kampong ku di Keratong... Dah menjadi rutin kami setiap tahun untuk pulang berpuasa bersama2 dengan org tua di kampong. Tahun ni giliran beraya di rumah mertua.. jadi.. wajib balik berpuasa di kampong akulah kan... hehehe... Tahun lepas giliran beraya di kampong aku... so.. dipertengahan bulan puasa tahun lepas kami pulang ke kampong abang aku untuk sama2 berpuasa di sana. Adilkan gitu? Ini M.O.U kami dah ikat persetujuan sebelum berkahwin lagi tauuu... sebab apa? Sebab kami takmau gaduh2 pasal hal2 yang berkaitan balik beraya ni... ada sesetengah suami isteri tu.. sampai bermasam2 muka sebab masing2 takmau mengalah... padahal hari raya adalah hari yang mulia & hari untuk bergembira... tapi sebaliknya yang terjadi sebab ada yang makan hati.. Bagi kami.. eloklah sama2 bersetuju akan balik beraya bergilir2... hehe... Hati masing2 puas... Mak & ayah masing2 pun tak kecik hati & faham pasal giliran beraya anak menantu mereka........ hmmm.. kalau ada duit lebih.. selepas raya ke dua atau ke tiga.. barulah boleh balik beraya di kampong sebelah pulak.. maksud aku.. kalau tahun ni raya pertama di kampong suami.. lepas raya kedua atau ketiga.. barulah balik ke kampong isteri (akulah tu...) tapi itu bergantung pada ekonomi & juga pada cuti raya jugaklahh.. Tapi yang pentingnya.. raya pertama tu yang harus menepati perjanjian.

Eh.. panjang pulak cerita pasal balik kampong & beraya ni kan.. puasa baru je masuk 4 hari.. ni excited nak balik kampong punya pasal lah ni..... apa2pun.. ini kisah kami yang jarak kampong agak jauh dari kampong masing2lah kan.. kalau korang kampong dekat2 atau sekampong memang takde masalah ler kan.. cuma.. (ada cuma gak tu..) pandai2 ler masa nak buat persiapan raya tu.. jangan asyik dok membantu di rumah sendiri ajer atau dirumah mertua ajer.. bantu2lah jugak di rumah mertua atau dirumah sendiri.. ehh.. pening tak dengan tulisan aku ni..? haha.. maksud aku.. ada isteri2 yang lebih suka tolong mak ayah sendiri aje masa persiapan malam raya tu tanpa memperdulikan kat rumah mertua yang tonggang langgang.. mentang2lah rumah dekat2 sekampong kan.. & ada jugak dikalangan isteri2 yang dipaksa oleh suami masing2 berhempas pulas buat persiapan raya kat rumah mertuanya aje tiap2 tahun (ni kes rela dalam paksalah ni) sedangkan.. kat rumah sendiri... mak sorang2 buat semua kerja.. kesiankan gitu? jadi.. pandai2lah mengambil hati orang tua masing2 ye.. jangan sampai ada yang tersinggung dengan sikap & apa yang kita buat.

Berbuka semalam (iftar ke 3) pun kami masak simple2 jer.. itupun semalam abang yang siapkan semua.. Balik kerja petang semalam agak jem jalan di Federal Highway.. sampai rumah tu memang dah lewat sangat dah. Aku cuma sempat sediakan 2 jenis air, panaskan sambal tumis & tapaukan bekalan untuk abang jer.. tau2 azan dah berkumandang. Semalam abang masak nasi lauk ikan cencaru masak taucu, kubis goreng kunyit. Ada nasi lebih semalam yang tak habis dia gorengkan aje.. so kami berbuka dengan nasi goreng ajelah. Aku makan dengan sambal tumis yang dipanaskan tu. Nak goreng keropok pun dah tak sempat. Haziq dengan Alin belasah bubur lambuk aje.. air pulak.. macam biasa feberet abang.. air teh O & untuk aku & Dini aku buat sirap bandung.. alhamdulillah.. sempoi kan berbuka kitorang

ni? Minggu ni memang tak singgah bazar pun.. minggu depan abang kerja siang (balik kul 8 malam) jadi aku kenalah singgah bazar Ramadan beli kuih muih sikit untuk berbuka dengan anak2 sementara nak siap masak. Biasanya memang tak sempat siap masak dah masuk waktu berbuka. Jadi sambung masak lepas solat maghrib. Macam nilah rutin aku tiap2 tahun.. rutin orang bekerja.. hmm.. bukan tak boleh beli lauk siap masak kat bazar tu.. tapi abang aku tak berkenan sangat dengan lauk2 kat situ.. lagipun.. dorang masak sejak tengahari lagi kan.. kami pulak biasanya makan nasi lewat sikit lepas2 solat.. kadang tu..lauk2 yg bersantan atau kerabu2 tu.. dah berbau lain macam kalau lambat di makan.. apalagi nak disimpan sahur? Memang tak sesuai! Oklah... mehlah nak share resepi untuk hari ni......maaflah ye panjang pulak membebel di bulan2 puasa ni.. tiba2 je idea datang mencurah2 hehehe... Berbalik pada resepi untuk hari ni.. kita layan menu ikan lagi yer.. Sebenarnya.. ini lauk yang di masak dah lama dah ni... masa sebelum puasa lagi.. tak berpeluang nak habiskan semua gambar2 dalam simpanan.. jadi kita keluarkan jelah bila2 waktu yang sesuai. Menu yang semua orang pandai masak... ini untuk koleksi sendiri & anak2 jelah ni..

Ikan Bawal Masam ManisBahan-bahan 1 ekor ikan bawal sederhana besar (ku guna kepingan ikan bawal sebab ikan bawaltu agak besar takut tak abis kalau masak sekor)

Garam & serbuk kunyit 1 biji tomato ~ dipotong dadu 1 biji lobak merah saiz sedang ~ dipotong dadu 1 biji timun saiz sedang ~ dipotong dadu sejuring nenas ~ dipotong dadu (tak letak malas pulak nak beli) 1 biji cili merah ~dibelah dua 1 pokok daun bawang ~ potong 2 inci 3 sudu besar sos tomato 3 sudu besar sos cili Sedikit air Garam dan gula secukup rasa Bahan2 tumisan dihiris/mayang 3 ulas bawang merah

1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 1 inci halia Cara Menyediakannya 1. Ikan dibersihkan & dilumur garam kunyit & digoreng hingga garing. Angkat & ketepikan dahulu. 2. Panaskan sedikit minyak & tumiskan bahan2 tumisan yang dihiris tadi sehingga layu & wangi. 3. Masukkan sos cili dan sos tomato serta sedikit air. Masukkan semua sayuran yang didadu. Kacau2 sikit. Masukkan garam, gula, hirisan cili & daun bawang. Kacau2 sebentar pastikan secukup rasa lalu tuangkan sos di atas ikan yg digoreng tadi. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba! Posted by MaDiHaA a.k.a Ratna at 11:27 AM 11 comments Labels: Ikan, Lauk Pauk, Seafood

Wednesday, August 3, 2011Daging Tumis Asam JawaAssalamualaikum.. Macamana puasa hari ni? Semua okay? Harap2 semua pun sihat2 aje yer. Kali ni.. ku berkongsi resepi yang ringkas lagi... tapi amat menyelerakan buat kami sekeluarga. Lauk ni memang antara lauk yang kerap dimasak sebab nak masaknya mudah... bahan2 sentiasa ada di dapur & sedap pulak

di tekak kami. Rasanya yang masam2 tu yang buat menyelerakan. Ada sikit2 macam singgang daging.. cuma bezanya.. resepi ni ditumis terlebih dulu & bahan asamnya pula dari asam jawa berbeza dengan singang yg gunakan asam gelugur. Ada juga beberapa bahan lain yg berlainan dengan singgang.. cuma dikatakan macam singgang tu sebab rasanya yang masam2 tu. Pendek kata.. memang resepi sihat sebab takde guna banyak minyak serta santan. Tambah pulak makan waktu sahur.. memang sesuai sangatlah. Lauk inilah yang di masak untuk sahur hari kedua... Ok.. kita tengok resepinya yer..

Daging Tumis Asam JawaResepi : MaDiHaA a.k.a Ratna Bahan2 500 gm daging lembu ~ potong nipis 2 biji kentang ~ potong sederhana/wedges (boleh juga kalau nak digoreng dulu) 1 biji bawang besar ~ mayang 2 ulas bawang merah ~ mayang (taknak letak pun takper) 2 ulas bawang putih ~ ketuk/mayang 1 inci halia ~ hiris nipis 5 biji cili padi ~ pecah2kan (MaDiHa boh sebiji2 sbb Haziq & Alin nak makan takutpedas pulak.. cili tu gigit time mkn.. walla )

minyak utk menumis 2 sudu besar asam jawa ~ campur air & ambil jusnya (Nak lebih msm bolehlebihkan asam jawa)

air secukupnya utk melembutkan daging garam & perasa secukupnya Cara Memasak 1. Rebus daging yg dah dihiris & dibersihkan hingga agak empuk. 2. Dlm kuali panaskan sikit minyak & tumiskan bwg putih, bwg merah, bwg besar & halia. Bila dah wangi masukkan air asam jawa. Biar merenih. 3. Masukkan daging rebus tadi berserta dengan airnya sekali. Biar mendidih. (Sekiranya kentang tidak digoreng.. bolehlah letak kentang sekali masa ni yer..) Kalau suka kuah lebih tambah aje airnya.. Masukkan cili padi, garam & perasa. Biar secukup rasa. 4. Last sekali masukkan kentang goreng tadi (kalau kentang digoreng dulu.. letak last sekali sebab ia dah empuk). Biar kejap then bolehlah di hidangkan.

Selamat mencuba! Posted by MaDiHaA a.k.a Ratna at 10:39 AM 11 comments Labels: Daging, Lauk Pauk

Sunday, July 31, 2011Sambal Berapi Ikan RohuAssalamualaikum.... Jarang2 dapat update blog dari rumah... rasanya... antara rumah dengan ofis... lagi sibuk kat rumah.. sebab tu jarang2 dpt on lappy & update dari rumah... ginilah jadi surirumah yg bekerja.. bila berada di rumah.. masa banyak dihabiskan dengan semua kerja2 rumah yang patut dibereskan... Oklah.. orang dah nak tidor.. barulah sempat on lappy... update resepi sempoi jer.. tp ini yang buat makan bertambah2... sampai berair2 idung kakak Dini dok layan sambal berapi ni... tapi makan tetap makan.. hehe.. Sapa2 yang kuat makan pedas harus cuba masak gini... kaw kaw! Sebenarnya aku masak pedas2 gini sebab ada ikan rohu yang en. abang beli... nak mkn goreng gitu jer tak selera pulak.. almaklum.. ikan air tawar ni.. kalau tak kena cara masak.. rasa lain macam sikit.. so aku pun buatlah sambal pedas2 gini.. barulah syok melayan... Ikan rohu ni bertulang... kena hati2 masa makannya...

Sambal Berapi Ikan RohuBahan2 4 ~ 5 keping ikan rohu (atau apa2 ikan pun boleh) garam & serbuk kunyit air asam jawa (untuk rendam ikan) 1 btg serai ~ dititik 1 keping asam gelugur garam, aji & gula secukupnya Minyak masak

Sedikit air Bahan2 tumbuk halus 35 biji cilipadi (campur merah & hijau) 3 biji cili merah 2 inci kunyit hidup 7 ~ 8 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih Cara menyediakan 1. Ikan dicuci bersih kemudian direndam dgn air asam jawa selama 15 minit. Cuci & tos. Gaul bersama garam & kunyit lalu digoreng garing. 2. Panaskan minyak secukupnya.. tumis bahan2 tumbuk serta serai sehingga agak garing & terbit minyak. Masukkan sedikit air, asam gelugur, garam, gula & aji. Biar secukup rasa. 3. Masukkan ikan & gaul rata. Bolehlah dihidang. Memang berapi! Kakak Dini komplen kurang sambal... takper2 nanti ibu buat lagi & lebihkan cili...

Yang ni buat lagi & lebihkan lagi cilinya... bertambah berapi!

Ini 2nd time masak... lebihkan sikit cilinya... kaw kaw berapi...

Selamat mencuba!

Selamat berpuasa kepada semua muslimin & muslimat... semoga segala ibadat kita diterimaNYA.. Amin...Posted by MaDiHaA a.k.a Ratna at 12:04 AM 14 comments Labels: Ikan, Lauk Pauk

Wednesday, July 27, 2011Tauhu Sos Masam Manis

Assalamualaikum... Hari ni ku masukkan resepi ringkas2 saja yer. Tak boleh nak membebel panjang.. ada kerja yang menanti. Tauhu ni sebenarnya memang salah satu makanan feberet. Tak kisah di masak bagaimana pun.. semua aku suka. Malah kalau digoreng kosong & dicicah dengan cili kicap pun sodapp!! Apa lagi dijadikan bahan campuran dalam rojak atau pecal... memang makan tak hengat! Oklah untuk resepi hari ni... jom layan resepi Tauhu Sos Masam Manis ni yer.... resepi ringkas yang boleh digandingkan bersama2 dengan lauk pauk yang lain sebagai menu tambahan..

Tauhu Sos Masam ManisResepi : MaDiHaA a.k.a Ratna Bahan-bahan 5 ketul tauhu ~ dipotong 2 & goreng separa garing & tos 3 sudu besar cili kisar 1 labu bawang besar - dipotong bulat 3 sb sos cili 2 sb sos tomato Garam secukup rasa Gula secukup rasa Minyak untuk menumis Sedikit air Daun bawang ~ optional Bahan2 Kisar 4 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1cm halia Cara2 Menyediakan 1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar berserta cili kisar sehingga wangi & terbit minyak. 2. Masukkan sos cili, sos tomato, air, garam & gula secukup rasa. 3. Biarkan seketika & biarkan secukup rasa bolehlah masukkan tauhu yang digoreng serta hirisan bawang besar. Kacau sebati atau sehingga bwg sedikit layu & bolehlah dihidangkan dengan taburan daun bawang.

Selamat mencuba! Posted by MaDiHaA a.k.a Ratna at 10:51 AM 9 comments Labels: Lauk Pauk, Tauhu/Tofu

Tuesday, July 26, 2011Daging Goreng Ala KaprauAssalamualaikum & salam sejahtera.... 3 hari tak mengupdate blog... terasa seperti ada yang tak lengkap aje hidup ni... Hajat di hati tu kalau boleh memang nak update tiap2 hari... Tapi kita hanya mampu merancang... segala2nya Allah S.W.T jua yang menentukan...

Hari ni.. curi2 masa sebentar untuk update resepi yang sangat sedap yang resepinya ku ambil dari Dapur Kak Jee. Terima kasih Kak Jee untuk resepi yang sedap ni yer... Betul kata akak... makan lauk ni.. berselera jadinya... anak2 pun semua suka.. lagipun sengaja letak cili padi sikit aje sebab anak2 nak makan... Saya buat 2 kali resepi asal.. maklumlahkan... ada 5 mulut yang nak mkn.. itupun kena ada lagi lauk tambahan yang lain... Alhamdulillah.. licin semua! Dah ramai yang mencuba resepi yg Kak Jee kongsikan ni... aku hanya sempat mencubanya pada minggu lepas... hari ni baru sempat update ke blog... Resepi ni pasti akan ada ulangannya nanti.. Memang kena dengan

selera kami semua.. lepas ni kena cuba masak digandingkan dengan daun selasih pula... untuk pertama kali ni.. tak dapat cari daun selasih di kedai... Menurut Kak Jee.. kalau ada daun selasih lagi sedap!

Daging Goreng Ala KaprauResepi : Dapur Kak Jee Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna BAHAN2: 250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam) 2 sudu besar paste tomyam (Kjee guna paste Adabi) cili api diketuk2 (ikut kepedasan. resipi asal mesti pedas) 2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai2kan) 1 sudu besar kicap manis 1 sudu besar sos cili (Kjee guna sos cili Thai) daun selasih (Kjee tak bubuh sebab tak ada. Ada daun selasih sedap sangat) CARA: Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama jam. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hirisan daging yang telah diperap dan goreng hingga daging kecut. Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.

Selamat Mencuba! Posted by MaDiHaA a.k.a Ratna at 10:31 AM 22 comments Labels: Daging, Lauk Pauk

Tuesday, July 19, 2011Ayam Masak Merah BerempahAssalamualaikum..... Ingat tadi nak masuk n3 awal sikit.. tapi ada pulak tugasan yang perlu dibereskan segera. Takpelah kan... yang wajib didahulukan...

Cuti baru2 ni aku cuba resepi Ayam Masak Merah Berempah resepi dari Kak Nor Secubit Garam. Teringin nak cuba dah lama sejak Kak Nor tayang masa dia buat Nasi Ketumbar tempohari... baru-baru ni nampak pulak Zaliedana masak... terus rasa macam tak sabar2 nak mencuba jugak. Kalau lauk merah2 macam ni... Kakak Dini memang suka sangatlah... cuma ayah dia jer yang agak kureng.. hehe.. Tapi makan jugaklah kan... Budak berdua tu pulak.. ibu kenalah masak lauk yg tak pedas untuk dorang tu.. lauk tak pedas tu apalagi kalau bukan sup! Terima kasih Kak Nor untuk resepi ni yer.. Memang sedaplah lauk ni.. lain dari ayam masak merah yang biasa tu.. bolehlah masak lagi lauk ni.. Sesuai dihidang dengan sebarang nasi.. samada nasi putih atau nasi berperisa... Masak untuk hidangan raya gandingkan dengan nasi minyak pun sesuai gak ni.. hehe.. Biasa kalau belah2 Trengganu kat kampong belah ma atau arwah ayah.. biasa sangat jumpa orang masak nasi minyak masa raya.. hehehe.. Ehh.. puasa pun belum dah sibuk cerita pasal raya.. kekeke.. Oklah Kak Nor.. saya mintak izin ye letak resepi kat sini.. Terima kasih banyak2!

Ayam Masak Merah BerempahResipi : Kak Nor Secubit Garam Sumber : MaDiHaA Bahan2 ekor ayam ~ dipotong dan dibersihkan sudu kecil serbuk kunyit sudu kecil garam Bahan Penumis:

1 5 3 1

btg kayu manis kuntum cengkih bj buah pelaga kuntum bunga lawang

Bahan Dikisar Halus: 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 1 in halia 1 btg serai 3 sudu besar cili mesin ~ kurangkan jika tak suka pedas sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu besar serbuk ketumbar 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap air asam jawa sedikit air garam dan gula minyak Bahan2 Sampingan: 2 bj cili hijau ~ dipotong 2 2 bj cili merah ~ dipotong 2 1 bj tomato ~ dipotong 6 1 labu bawang besar ~ dipotong 6 Cara Menyediakan 1. Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak tp jgn terlalu garing. Angkat dan toskan. 2. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumiskan bahan penumis hingga wangi dan masukkan bahan cili mesin. Tumis hingga cili mesin menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend. Goreng lg hingga kering sedikit dan masukkan sedikit air, masak hingga pecah minyak. 3. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih (yg dah digaul dgn sedikit air panas hingga menjadi paste), sos tiram & kicap. 4. Masak hingga wangi dan garing baru lah dimasukkan garam dan gula secukup rasa. 5. Masukkan 1/2 cawan air dan masukkan gula dan air asam jawa. Biarkan mendidih dan sedikit pekat. 6. Masukkan ayam dan bahan2 sampingan (cili hijau, cili merah, tomato dan

bawang besar). hidangkan.

Masak lah hingga kuah hampir pekat, angkat dan

Selamat mencuba! Posted by MaDiHaA a.k.a Ratna at 11:29 AM 15 comments Labels: Ayam, Lauk Pauk

Wednesday, July 6, 2011Rendang Daging IstanaAssalamualaikum... Dah lama tak pos resepi lauk pauk kan... Jadi hari ni pos resepi laukla pulak.... Lauk ni yang ku masak hari Sabtu lepas... En. abang balik dari kerja shift malam pagi tu.. bawak balik daging 2 kg berserta dengan segala bahan2 untuk merendang termasuklah daun kunyit... dah hafal dah bahan2 untuk rendang ye bang?? hehehe... Disuruhnya aku perabiskan daging tu buat rendang!! Aje giler nak perabis 2 kg sekali masak? Ada yang muntah ijo makan rendang.. hihihi.... Alkisah katanya teringin sangat nak makan rendang 2, 3 hari ni.. dibelinya kat kedai (entah kedai mana) masa time kerjalah kot.. tapi hampehhh tak sedap langsung... tu yang macam nak balas dendam aje tu suruh bini dia masak sampai 2 kg daging.. kikiki... Idaklah ku turutkan kata hatinya... aku masak 1 kg jer... itupun tak abis siap boleh simpan utk esoknya sebab aku masak rendang tu untuk makan malam/petang sebelum en. abang pergi kerja... Untuk lunch ada permintaan dari anak dara nak makan bubur nasi pulak... Itulah sebab rendang tu tak habis utk hari tu sebab makan sekali

aje.. Lagipun yang makan cuma 3 beranak aje... lagi 2 orang budak kecik mana nak makan rendang2 yang pedas2 kan.... kenalah masak lauk lain untuk dorang berdua tu...

Oklah.. cerita pasal rendang ni.. sebenarnya dah lama aku print resepi Rendang Daging Istana yang Azlita Masam Manis kongsikan tak lama dulu. Rasa teringin pulak nak merasa kelainan rendang yang menggunakan lada hitam ni. Tambah2 bila tengok resepi rendang ni tak perlu guna cili kering & juga seteru cik abang aku iaitu daun limau purut.. hehehe.. Tu yang aku pun terus je mencuba resepi ni sebab semua bahan2 dah lengkap cik abang beli... cuma lada hitam je dia tak beli.. tapi stok lada hitam

memang sentiasa ada kat rumah tu.. jadi tak perlulah nak ke kedai lagi... terus projek jalan....

Pada Ita.. terima kasih ye sebab berkongsi resepi rendang ni.. Sedap pada tekak akak. Kalau Ita kata rendang ni kurang pedas.. tapi pada akak agak pedas jugak sebab akak gunakan cili padi jenis pedas. Pedasnya lain macam.. Kalah cili padi kampong. Tapi idaklah sampai pedas berdesit2 sebab kuantiti cili padi tu taklah banyak sangat.. cuma pedas hangat gitu2lah.. coz ada campuran lada hitam dalam rendang tu.. Memang sedaplah.. lawan dengan pulut kuning sure terangkat ni... Akak mintak izin ye letak resepi kat sini pulak.. Terima kasih juga pada Pak Engku empunya asal resepi..

Rendang Daging IstanaResepi : Pak Engku Sumber : Azlita Masam Manis Bahan2 1 kg daging - dipotong kecil 15 biji cili padi - dikisar 3 inc kunyit hidup - dikisar 4 labu bawang besar - dikisar 2 inc halia - dikisar 2 inc lengkuas - dikisar

10 batang serai - dikisar 5 gm lada hitam - dikisar 2 btg kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 kuntum bunga lawang 4 kuntum bunga cengkih 1 kg santan 50 gm kerisik 2 keping asam gelugur 2 helai daun kunyit - dihiris rampai garam dan gula secukup rasa 1/2 ketul gula melaka - ita tambah (MaDiHaA letak 1/4 gula kerek & omit gula pasir) Cara2 Menyediakan 1. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang bersama2 dgn bawang besar, halia, serai, lengkuas dan lada hitam. Bila sudah kekuningan, masukkan cili padi, kunyit hidup dan daging. (MaDiHaAkisar campur je semua cili padi & kunyit hidup tu.. cuma lada hitam je dikisar guna blender kering jadi masa menumis terus cebur je semua dlm kuali) Masak hingga daging

empuk / kering air dagingnya. 2. Kemudian masukkan santan secukupnyer dan masak hingga kuah pekat. Bila sudah pekat masukkan daun kunyit, kerisik, asam keping dan kacau rata. 3. Perasakan garam dan gulanyer secukup rasa. 4. Masak lagi hingga naik minyak dan hampir kering barulah diangkat.

Selamat mencuba! Posted by MaDiHaA a.k.a Ratna at 12:33 PM 16 comments

Labels: Daging, Lauk Pauk

Sunday, June 26, 2011Tenggiri Asam Daun KariSalam di petang Ahad yang damai....

Teringin jugak nak mencuba resepi yang simple dari Kak Asma ni. Ada jugak masak style gini.. tapi biasa masak dengan daging.. & buat biasanya tak letak daun kari.. Kali ni ikut cara Kak Asma guna ikan & tambah daun kari. Memang tak dinafikan.. lauk2 simple gini memang menyelerakan. Nak masak pun senang. Terima kasih pada Kak Asma untuk resepi Tenggiri

Asam Daun Kari & juga kawan2 yang lain yang terlebih dulu mencuba membuatkan aku pun nak cuba jugak... Resepi ni ambil dari blog Kak Nor Secubit Garam. Terima kasih kepada Kak Nor & semua yg terlibat.

Minta izin ye share resepi kat Sini... TENGGIRI ASAM DAUN KARI Resepi : Kak Asma Sumber : Izah, Mamahawa, Mas, Kak Nor Secubit Garam Bahan2:

4 keping ikan tengiri 1 labu bawang besar* 2 ulas bawang putih* sedikit halia* 1 biji lada merah dan hijau*(*bahan bertanda dihiris ) 1 batang serai(ketuk) sedikit daun kari garam,perasa,air asam jawa Bersihkan ikan,lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam.panaskan goreng hingga garing.angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak dari kuali tinggalkan sedikit,masukkan bahan yang telah dihiriskan tadi,tumis hingga layu. masukkan lada,serai,daun kari,garam,perasa dan air asam. biarkan sebentar,baru masukkan ikan tadi. kalau suka berkuah agak2 hampir pekat matikan api.

Selamat mencuba! Posted by MaDiHaA a.k.a Ratna at 6:10 PM 9 comments Labels: Ikan, Lauk Pauk, Seafood

Friday, June 24, 2011Sambal Goreng JambiSalam petang.... Pagi dah tayang kuih.. petang kita tayang lauk pulakla yer... Lauk kali ni diberi nama Sambal Goreng Jambi.. sedap dimakan bersama nasi putih &

lauk pauk yang lain termasuk sambal belacan.. hehehe... Nak masaknya pun senang.. bahan2 pun tak rumit. Yang penting.. mesti ada kentang, udang & udang kering.

Resepi ni MaDiHaA jumpa dari majalah Perempuan lama.. resepi sumbangan Kamariah. Jadi janganlah salahkan daku kalau2 sambal ini tak sama seperti orang2 Jambi masak yer. Mungkin sekadar nama saja atau mungkin betul orang Jambi masak sambal kentang ni begini.. wallahualam... Tapi yang penting.. lauk ni memang sedap! Dah banyak kali dah dibuat.. pertama kali buat dulu dah pernah pos kat SINI.

Ok... mari kita tengok resepi dia... daku dah ubah suai sikit dari resepi asal..

Sambal Goreng JambiResepi : Kamariah (Majalah Perempuan) Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna Bahan2 4 biji ubi kentang saiz besar ~ kopek kulit & hiris persegi nipis2 & goreng garing 2 sudu besar udang kering ~ rendam & tumbuk 1 cawan isi udang segar saiz kecil 3 biji cili merah ~ hiris serong 3 biji cili hijau ~ hiris serong 4 ulas bawang merah ~ hiris 2 ulas bawang putih ~ hiris 2 sudu besar cili kisar 1 sudu besar gula merah sedikit air asam jawa minyak garam secukup rasa Cara Memasak 1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar dan bawang yg dihiris hingga wangi. 2. Masukkan isi udang dan udang kering yg ditumbuk. Kacau rata hingga udang masak. 3. Masukkan cili potong dan kacau rata.. masukkan garam, gula merah dan air asam jawa. 4. Akhir sekali masukkan kentang goreng dan kacau rata hingga kering.. Pastikan secukup rasa dan bolehlah dihidang.

Selamat mencuba! Posted by MaDiHaA a.k.a Ratna at 3:24 PM 11 comments Labels: Kentang, Lauk Pauk, Udang

Thursday, June 23, 2011Acar Ikan BawalAssalamualaikum..... Salam sejahtera & selamat pagi...

Baru dapat jenguk blog... baru je settle semua kerja apa-apa yang patut... lega.. hehe.. sementara ada waktu terluang.. update dulu blog ni dengan resepi Acar Ikan Bawal yang sangat sedap ni.... Abang ada beli beberapa jenis ikan hari tu.. Ikan pari dah dimasak, telur ikan pun dah selamat.. ada lak ikan tenggiri & ikan bawal ni.. teringat kat dapur Kak Ayu mesti ada banyak resepi ikan yang best2.. sebab Kak Ayu memang rajin mencuba pelbagai resepi. Bila nampak je resepi Acar Ikan Bawal ni.. terus berkenan.. so apalagi... balik kerja terus ler masak lauk ni.. bahan2 pun semua ada dalam esbox tu... on jelah kan.. hehe.. Aku memang suka lauk yang masam2 ni.. Berselera je makan.. Rasanya lately ni pun dok asyik masak lauk masam2 aje kan.. Ikan tenggiri pun aku

dah masak lauk yg berkuah masam2 gak.. (belum update lagi!) hahaha.. apa kes?? Tak kisahlah apa kes... janji sedapppp!!! Terima kasih Kak Ayu untuk resepi yang dikongsikan ye! Resepi asal dari Jumi Maslam@resepi ceria keluarga. Seingat ku... dulu pernah sekali masak satu resepi dari Jumi Maslam ni.. Resepi dulu tu.. Bebola Daging Berkuah.. boleh klik kat SINI kalau nak tengok ye.. Dulu belum ada blog lagi.. jadi kat Fotopages itulah tempat aku kumpulkan segala eksperimenku dulu... hehe..

Acar Ikan BawalSources : Jumi Maslam@resipi ceria keluarga 2nd sources : Ayu @curlybabesatisfaction 3rd sources : MaDiHaA a.k.a Ratna Ingredients:500g ikan bawal-(500g black pomfret) (MaDiHaA guna bahagian kepala & isi yangdipotong)

minyak untuk menggoreng ikan-(oil for frying)

Bahan kisar:- Blended ingredients:10g lada kering-(10g dried chillies) 3/4 sudu besar ketumbar-(3/4 tbsp coriander powder) 1/4 sudu kecil jintan putih -(1/4 tsp cumin powder) 1 cm halia -(1cm ginger) 10g bawang putih-(10g garlics) 100g bawang besar-(100g large onion) Bahan tumis:- Saute ingredients:1/4 sudu kecil biji sawi-(1/4 tsp mustard seeds) 1/2 sudu kecil halba-(1/2 tsp fenugreek) 21/2 sudu kecil gula-(21/2 tsp sugar) (MaDiHaA tambah sikit lagi) 1 sudu kecil garam-(1 tsp salt) (MaDiHaA tambah sikit lagi) 2 sudu besar cuka-(2 tbsp vinegar) 120g air-(120g water) 10g kismis - (10g raisins) 80g lobak merah-(80g carrots) (MaDiHaA lebihkan) 80g timun-(80g cucumber) (MaDiHaA lebihkan) (potong kecil memanjang-cut small lenghtwise) 2 biji lada merah-(2 red chillies) 2 lada hijau-(2 green chillies) (MaDiHaA tak letak) 80g bawang merah-(80g shallots) (dibelah dua-cut to halves) 100g minyak untuk menumis-(oil for saute) Method:Panaskan minyak dan goreng ikan hingga kuning, kemudian ketepikan. Kemudian panaskan 100g minyak,(boleh gunakan minyak yang sama cuma kurangkan kalau banyak) tumiskan bahan2 kisar, masukkan biji sawi dan halba, tumis hingga garing dan wangi baunya. Tuangkan air, masukkan cuka, garam dan gula. Bila mendidih masukkan ikan, bawang kecil, lada hijau, lada merah, kismis, lobak merah dan timun. Kacau rata dan angkat.(Heat oil and fry fishes till golden yellow, dish out and put aside. Heat up 100g oil (you can use the same oil but lessen it if too much) and saute blended ingredients, mustard seeds, fenugreek till fragrant. Add in water, vinegar, salt and sugar. When boiling, add in fishes, shallots, green chillies, red chillies, raisins, carrots and cucumber. Stir well and dish out.) Nota MaDiHaA : MaDiHaA tak campurkan sekali ikan bawal yang digoreng tu bersama kuah acar sebab ada budak kecik yang nak makan juga

ikannya.. Jadi MaDiHaA hanya tuangkan kuah acarnya kat tepi je.

Selamat mencuba! Posted by MaDiHaA a.k.a Ratna at 11:13 AM 10 comments Labels: Ikan, Lauk Pauk

Tuesday, June 21, 2011Rassam Telur Ala IndiaAssalamualaikum & salam sejahtera...

Pepagi ni.. masukkan resepi yang sangat mudah ni dulu ye.. Walaupun mudah.. tapi sangat berselera dapat hirup kuah Rassam ni sebab ada rasa masam2. En. hubby memang suka kalau lauk2 yg ala2 India gini. Nak kata ada keturunan India memang takde.. tapi kalau masak Indian style... memang laju jer makan.. nak pulak kalau aku masak kuah dhal... stok dhal kat rumah pun dia yang selalu beli tanpa disuruh.. bini dia je yang jarang2 nak masak dhal... hihihi.. Ok berbalik pada menu Rassam ni.. resepi aku ambil dari blog Zaliedana. Tak sangka rupanya si Zaliedana atau CT ni ada darah mami rupanya.. patutlah pandai benor bab masak2 ni... sedap2 pulak tu kalau CT masak.. memang selalu dok terliur kalau dia masak especially menu Penang mari...

Ok CT.. terima kasih berkongsi resepi ni ye. Dah lama akak teringin nak masak rassam ni. Selalu dok tengok ada rempah rassam kat kedai tapi tak pernah cuba. Akak copy & paste resepi CT kat blog akak pulak ye... sebagai rujukan di masa depan... ni mesti akan selalu buat ni kalau time2 takde selera makan atau time2 malas nak masak yg remeh2.. hehe..

Rassam Telur Ala IndiaResepi : Zaliedana Source : MaDiHaA a.k.a Ratna Bahan2 * 2 Biji Telur (Leh juga guna ikn talang masin) ~ MaDiHaA letak 3 biji Bahan Dikisar (Aku guna blender kering,kalo rajin nak tumbuk lagi lah ok) * 1 Sdt Jintan Putih Biji * Sdt Lada Hitam * 2 Ulas Bawang Putih * 4 Biji Bawang Merah * 2@3 Tangkai Cili Kering Dipotong dlm 1 inci

* * * * * * *

Sdb Pati Asam Jawa @secukup rasa (mmg kena da rasa masam2 cikit ya) Kiub Pati Ayam Air Secukupnya (Kalo nak lbh kuah letak lebih) Garam Secukup Rasa Minyak Utk Menumis Serbuk Kunyit (Optional, utk nmpak warna cantik cikit) Daun Kari Secukupnya

*LEH JUGA TAMBAH CILI PADI JIKA SUKA,TAPI YG ORI ORG INDIA,MMG XLETAK CILI PADI.. Cara-Cara Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak,masukkan daun kari juga,tumis hingga pecah minyak n naik bau,masukkan semua bahan kecuali telur.Setelah kuah mendidih,pecahkan telur sebiji2 kedalam kuah.Biarkan sehingga telur masak n kuning telur keras..Seimbangkan rasa,ttp api.Mmg sesuai dihidangkan dengan nasi putih,ikan masin n papadom.

Selamat mencuba! Posted by MaDiHaA a.k.a Ratna at 9:43 AM 16 comments Labels: Lauk Pauk, Masakan India, Telur

Monday, June 20, 2011Daging Goreng KunyitAssalamualaikum...

Pos resepi sempoi dulu untuk pagi ni.... tapi inilah masakan kegemaran en. abang ku. Kalau makan diluar.. menu ini memang wajib di order.. tak jemu2 gamaknyer.. tapi takper.. kalau hubby ku dengan daging gorengnya waktu makan kat luar.. aku pulak mesti dengan tomyam...! barulah adil kan.. hehehe... kalau kalian mengikuti tulisan aku selama ni.. mesti tau kan yang en. hubby aku ni memang tak suka tomyam.. (tak suka sebab ada daun limau purut!) kalau aku masak pun kena masak waktu en. hubby tak makan kat rumah.. haaa.. jadi masa makan kat luar memang wajiblah aku order tomyam.. nak balas dendamlah katakan sebab kat rumah jarang2 boleh masak tomyam.. hehehe.. Oklah.. sambung pasal Daging Goreng Kunyit ni... mesti ramai yang dah biasa masak menu mudah ni kan..? apa2pun.. kali ni aku pos versi aku sendiri... (yang kadang2 bertukar2 jugak cara memasaknya.. hehe.. janji sedap!)

Daging Goreng KunyitResepi MaDiHaA a.k.a Ratna Bahan2 500 gm daging ~ hiris nipis melintang urat (supaya daging cepat lembut) garam & serbuk kunyit secukupnya 1 biji bawang besar ~ mayang 2 ulas bawang putih ~ hiris 1 inci halia ~ hiris nipis batang mancis 2 biji cili besar/5 biji cili padi ~ dihiris (tak letak kali ni sebab dua budak kecik ygtak tahan pedas nak makan juga..)

1 biji capsicum ~ potong persegi (optional ~ sekadar nk meriahkan warna masakan) 1 cawan air bahan perasa jika suka cawan minyak atau secukupnya Cara2 Menyediakan 1. Daging yang dipotong dicuci & ditos. Gaulkan dengan garam & serbuk kunyit. Masukkan dalam kuali tanpa air atau minyak. Masak hingga daging kecut & air daging yang keluar mengering. Pastikan dikacau2 daging supaya masak rata. 2. Masukkan minyak masak dalam kuali berisi daging & goreng daging sehingga nampak garing. Mesti sentiasa dikacau supaya garing sama rata. 3. Tanpa dikeluarkan daging... terus masukkan bawang putih, bawang besar, halia & cili hiris. Goreng lagi hingga bawang & cili layu. 4. Masukkan air, garam, bahan perasa & jika perlu serbuk kunyit lagi & renihkan sekejap. Masukkan cili capsicum & kacau hingga air agak kering. Pastikan daging cukup lembut & secukup rasa. Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba! Posted by MaDiHaA a.k.a Ratna at 11:21 AM 22 comments Labels: Daging, Lauk Pauk

Friday, June 17, 2011Inche Kabin @ Ayam Goreng KariAssalamualaikum...

Hari Jumaat yang mulia... alhamdulillah.. masih dapat bernafas di bumi Allah ini.. semoga kita semua berada dalam lindungan & rahmatNYA sentiasa... amin.... Agak lewat bersiaran.. kununnya nak luangkan masa sebentar cuma di laman FB... tapi faham2 sajalah.. kalau dah ke sana... memang ralit dibuatnya.. hehe..

Oklah.. terus jelah ke resepi untuk hari ni... nak pos resepi ayam goreng yang sangat sedap ni... terpikat bila tengok kat blog Kak Ayu tempohari...

teringin pula nak mencuba. Mula2 bimbang jugak kalau2 budak berdua tu tak boleh makan sebab ada cili dalam rempah perapan tu.. tapi alhamdulillah.. boleh jugak dorang makan... Lain kali bolehlah buat lagi sebab resepi ayam goreng ni memang sedap! Terima kasih Mat Gebu untuk resepi & terima kasih jugak Kak Ayu yang membuatkan kita terpikat.. mintak izin c&p resepi kat sini pulak ye... rasanya dah ramai kawan2 yang buat ayam ni.. Aku aje yang ketinggalan.. Menurut Mat Gebu.. Inche Kabin adalah resepi nyonya peranakan Pulau Pinang.. memang tak rugi mencuba sebab sedap!

Inche Kabin / Ayam Goreng KariSource : Mat Gebu Tiffin Biru 2nd sources : Kak Ayu Singapore Bahan-Bahannya :-) 4 keping bahagian dada ayam dengan kepak2nya sekali (MaDiHaA guna ayammana yang ada aje..)

1/3 cawan rempah kari 200 ml pati santan 1 inci halia* 4 ulas bawang putih* 1 ketul kiub ayam "MAGGI"*(*tumbuk halus) 1 camca besar serbuk cili 2 biji limau nipis, perah jusnya (ganti dengan sedikit cuka) 3/4 camca besar gula 1 camca teh garam Cara membuatnya :-) 1. Ayam dibuang kulit dan lemak, cuci bersih, perap dengan garam dan jus lemon selama 15 minit, cuci kembali toskan dan kelar2. Ketepikan. 2. Satukan rempah kari, serbuk cili, bahan tumbuk, gula, jus limau nipis, santan dan garam. Kacau hingga menjadi pes. Gaul bersama ayam tadi dan perap sekurang2nya 3 jam. 3. Masukkan ayam tadi bersama2 bahan perap ke dalam kuali, masak dengan api perlahan sehingga bahan2 perap kering dan bersalut pada ayam. Angkat dan sejukkan. 4. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Biar minyak betul2 panas, masukkan ayam tadi dan goreng hingga senyap (tak de bunyi desiran lagi), angkat dan toskan. 5. Panaskan kembali minyak tadi dan goreng kembali ayam tadi hingga

kuning keemasa, guna api sederhana untuk kali ini....(pada mat goreng macam biasa pun ok!!!) (MaDiHaA goreng macam biasa aje...)

Selamat mencuba! Posted by MaDiHaA a.k.a Ratna at 12:44 PM 15 comments Labels: Ayam, Lauk Pauk

Thursday, June 16, 2011Gulai Lambuk Bersama SardinSalam....

Sambung lagi entry masak2 hari ni..... tengah mood rajin & tengah free sikit.. so kita kasi cepat sikit update... kesian banyak sangat gambar dok Q...

Kita layan menu kampung kali ni ye. Ok inilah dia masakan dari batang lambuk yang aku bawak balik dari kampong tempohari. Actually masa kat kampong pun dah masak gulai ni.. tapi sebab tak puas makan.. bawak balik jugak batang lambuk tu sebab nak masak kat sini pulak... Rasanya ramai yang tak kenal batang lambuk kan? Kalau sekali imbas tengok memang ramai yang akan kata batang keladi. Hakikatnya lambuk

dengan keladi 'rasa' & 'sifat'nya sangat berbeza. Rupa fizikal memang nampak sama.. (mungkin dari family yang sama) tapi beza keladi dengan lambuk antaranya ialah.. batang keladi punyai getah yang kadang kala boleh buat tangan kita gatal2 & kekuningan bila menyiangnya. Kadang kala ada jugak keladi yang terasa gatal ditekak bila di makan (kena pandai2 pilih). Nak memasak keladi pun kena celur dulu.. manakala batang lambuk tak perlu dicelur kerana azalinya batang lambuk sememangnya tak gatal langsung. Mengikut kata hubby & mertua.. batang lambuk boleh dibuat ulam mentah lagi! Tekstur batang lambuk pun lain dari keladi kerana batang lambuk berlubang2 macam span. Bila dimasak & dimakan.. batang lambuk terasa rangup2 sikit berbeza dengan batang keladi yang lembik2 saja bila dimakan. Apa2pun.. aku suka kedua2nya.. tapi batang lambuk lebih sesuai dimasak lemak.. (tak pasti kalau boleh masak lain sebab selalu nampakMIL gulai lemak samada dengan sardin atau daging.. nanti kita cuba pelbagaikan masakan dari lambuk ni yer.. atau kalau ada kawan2 yang boleh berkongsi idea.. jomlah kongsi2..)

manakala kalau batang keladi aku suka masak asam rebus.. Ok kepada yang tak kenal rupa lambuk.. sini ada sikit gambar2nya...

Cer tengok saiznya tu... pokok lambuk yang subur memang besar & tinggi... Kalau menggulai.. 1 atau 2 batang pun dah penuh satu periuk.. Nama lain bagi Lambuk ialah Kemumu dengan nama saintifiknya.. Colocasia gigantea cv.

Batang lambuk yang dah disiang... tekstur dalamannya berlubang2 mcm span.. saling tak tumpah macam pelepah pisang yg kita main chop2 kat lukisan masa sekolah rendah dulu.. Nak masak tak perlu dicelur sebab batang lambuk tak gatal macam keladi..

Ok... kita tengok macamana nak masak lambuk ni yer..

Gulai Lambuk Bersama SardinResepi : MaDiHaA a.k.a Ratna Bahan2 1 atau 2 batang lambuk (agak2 untuk sekali menggulai) ~ disiat kulit luarnya & potong kecil & rendam dlm air.

1 tin besar ikan sardin/mackerel 2 batang serai ~ diketuk 1 keping asam gelugur 1 biji kelapa ambil santan secukupnya garam secukup rasa Bahan2 ditumbuk lumat 20 - 30 biji cili padi (ikut pedas masing2) 1 inci kunyit hidup 1 ulas bwg putih 4 ulas bwg merah Cara Memasak 1. Dalam periuk.. jerangkan santan, bahan2 tumbuk, serai, asam gelugur & garam sambil dikacau2 sentiasa supaya tak membuak. 2. Masukkan batang lambuk dan biarkan mendidih dengan api sederhana. 3. Masukkan isi sardin serta sosnya sekali dan kacau rata. (kadang2 MaDiHaAsengaja pecah2kan sikit isi sardin supaya hancur sikit sebab nak bagi kuah jadi pekat.. hubby suka sardin yg hancur2 sikit)

4. Masak hingga agak2 pekat. Tambah perasa (aji) jika suka dan sesuaikan rasanya. 5. Bila dah sesedap rasa.. tutupkan api & bolehlah dihidangkan. Sedap makan dengan nasi panas & ikan masin.

Uniknya lambuk ni.. terasa rangup2 sikit bila digigit..

Selamat mencuba!

Posted by MaDiHaA a.k.a Ratna at 10:44 AM 32 comments Labels: Ikan, Lauk Pauk, Sayur

Wednesday, June 15, 2011Asam Pedas Hijau Ikan PariAssalamualaikum.... good morning semua....

Hari ni.. nak pos satu lagi resepi yang baru je Kak Ummi Zaihadi dok tayang baru2 ni. Masa tengok kak Ummi letak entry lauk ni... terus rasa nak mencuba sebab dok teringat abang baru je beli ikan pari malam sebelumnya & lagipun semua bahan2 lain memang dah ada kat dalam

esbox termasuklah bunga kantan & daun kesum yang di bawa balik dari kampong tempohari... a'ah yer.... daun kesum aku terlupa nak letak dalam dulang masa ambik gambor aritu... sebab daun kesum tu aku dah balut dalam kertas suratkhabar & terus masuk dlm petisejuk taknak bagi dia layu atau kering.. tu pasal yg lupa tu...

Ok bercerita pasal resepi Kak Ummi kali ni... alhamdulillah.. memang kena dengan tekak kami semua. Dari segi rasa.. takde banyak perbezaan dengan asam pedas yang biasa. Beza sikit mungkin sebab asam pedas ni tak letak belacan & serai. En. abang takde komplen pun walaupun kuah lauk ni warna hijau.. hehehe.. biasa kalau aku dok kerap masak asam pedas warna merah tu... adalah jugak dia merungut.. hehehe.. dia memang kurang sikit kalau lauk pauk guna cili kering... sebab dia dah terbiasa dengan masakan maknya yang selalu gunakan cili padi... jadi asam pedas hijau ni.. agaknya kena sangatlah dengan selera dia.. hehe.. Ok.. jom tengok resepi kak Ummi yang sedap ni... !! Thanks kak Ummi coz rajin mencipta resepi & berkongsi dengan kami semua... saya panjang2kan kat sini pulak resepi ni mana tau ada yang nak mencuba pulak lepas ni..

Asam Pedas Hijau Ikan PariResepi: Ummi @HomeSweetHome

Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna Bahan:* * * * * * * * 1 ekor ikan besar (kerat 3) (MaDiHaA guna isi ikan pari) 1/4 cawan air asam jawa (guna 1 sudu besar asam jawa biji) 3 cawan air 1/2 biji timun - belah dua dan buang bhg tengah (MaDiHaA letak sebiji terus 2 kuntum bunga kantan - belah dua secekak daun kesum garam dan gula secukup rasa sedikit minyak untuk menumis

& tak buang biji.. sayang! hehe)

Bahan Kisar:* 8 tangkai cili padi hijau/cili thai hijau * 2 tangkai cili besar hijau * 1/2 labu bawang besar * 4 biji bawang merah * 2 ulas bawang putih * 2 biji buah keras * 2 cm kunyit hidup muda (jgn guna yg kuning tua tu, nnt jadi kuning pulak kuahnya) Cara-Cara:1. Panaskan minyak dalam periuk/caserol, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak dengan api sederhana. 2. Masukkan air secukupnya untuk kuah dan biar mendidih. 3. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Biar sebentar. 4. Masukkan ikan dan timun, diikuti dengan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 5. Reneh kuah hingga semuanya cukup masak dan seimbangkan rasa. Tutup api dan hidangkan.

Selamat mencuba! Posted by MaDiHaA a.k.a Ratna at 9:20 AM 18 comments Labels: Ikan, Lauk Pauk, Seafood

Wednesday, June 8, 2011Gulai Tempoyak Ikan RohuSalam.... & bersua lagi.... Hari ni tayang Gulai Tempoyak Ikan Rohu yang dah lama di masak.... Masih menggunakan resepi Mariam yang sedap itu... Rasanya.. gulai tempoyak resepi ini saja yang aku boleh makan... memang sedap.. Terima kasih Mariam. Agaknya.. sekarang Mariam dah pun habis berpantang kan?

Jika maukan resepinya.. sila klik kat SINI yer.. ikannya boleh aje guna apa2 ikan yang digemari.. Terima kasih Mariam utk resepi yang dikongsikan. En. abang beli ikan rohu seekor... agak besar jugak.. jadi separuh dibuat gulai tempoyak & separuh lagi di goreng bersambal... Ingatkan ikan rohu ni aku tak boleh makan sebab ikan air tawar.. rupanya isi ikan rohu ni tak seperti ikan2 air tawar yang lain.. sedaplah pulak.. siap bagitau kat en. abang lain kali bolehlah beli lagi.. Kalau ikan patin tu aku memang takkan sentuh langsung!

Ini rupa ikan rohu yang telah disiang & dibuang sisik... abang bawak balik ikan yang dah siap bersiang...

Ok... jumpa lagi.. Posted by MaDiHaA a.k.a Ratna at 3:00 PM 3 comments Labels: Ikan, Lauk Pauk

Monday, June 6, 2011Ayam CencalokAssalamualaikum & salam sejahtera buat semua.....

Ini rupa Ayam Cencalok sebelum ditaburkan bawang goreng...

Bermula hari ini sehingga Rabu nanti adalah entry auto publish yer kawan2 semua. Sekarang kami sekeluarga berada di kampung mertua ku di Raub, Pahang kerana en. abang sedang menyiapkan projeknya yang masih belum siap sepenuhnya. Kami mula bercuti dari 4hb sehingga 8hb Jun... bermakna.. 5 hari kami di Raub.. Wah...!! pasti rindu banget dengan entry kawan2 semua. Tapi takperlah.. nanti akan ku intai satu persatu yer... Terima kasih kepada semua yang sudi ke sini... Ini resepi yang dimasak tak lama dulu.. Terima kasih Mat Gebu untuk resepi ni yer. Izinkan akak masuk ke blog akak pulak ye.. Terima kasih juga buat Kak Ayu Singapore & Kak Nor Secubit Garam yang saya ambil resepinya ini...

AYAM CENCALUK by CMGebusumber: Ayu S'pore sumber : K.Nor@SecubitGaram BAHAN-BAHANNYA :-) 8 ulas bawang merah* 3 ulas bawang putih*(*dihiris halus) 600 g dada ayam, potong sedernana kecil 1/2 cawan cencalok, toskan airnya 3 helai daun limau purut 1/2 cawan jus asam jawa 3 biji limau kasturi, ambil jusnya 2 camca besar gula 2 biji cili merah, hiris 2 biji cili hijau, hiris ~ k.nor tambah cili padi sket 8 biji bawang merah* 2 cm kunyit hidup* 3 batang serai, hiris halus*(*dikisar halus) Garam (jika perlu) 1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-) Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 1/2 cawan), goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan pecah minyak, gunakan api sederhana. Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut, gaul rata. Masukkan air asam dan tambah gula dan juga air. Kacau dan biar mendidih. Masukkan sebahagian bawang merah/putih goreng tadi dan juga hirisan cili merah/hijau. Kacau rata2. Perlahankan api dan renih hingga ayam masak dan pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa. Jika perlu tambah garam (tapi rasa mat tak perlu lah tambah garam, sebab cencalok pun dah masin). Hidangkan segera bersama nasi hangat. CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak pedas cili hijau/merah tu tadi boleh ditukar dengan hirisan cili padi. Guna udang pun sedap juga, campur dengan petai....Sesuaikan rasa ikut citarasa individu, kalau tak nak masam, tak payah letak jus limau kasturi (tapi kurang "kick")....

Selamat mencuba!...