novel cinta masam manis.docx

26
Cinta Masam Manis BAB 1 NAMA saya Qisya Nur Alifa Binti Zahiddin. Berusia dua puluh empat tahun. Berstatus bujang dan masih solo. Jantina mestilah perempuan. Takkan jantan pulak! Anak sulung daripada tiga beradik. Biarpun menjawat jawatan sebagai anak sulung merangkap ketua kontinjen anak-anak Haji Zahiddin Bin Haji Nawawi dan Hajah Azyan Binti Haji Sulaiman, namun saya merupakan anak kesayangan. Ini kerana saya merupakan satu-satunya anak perempuan babah dan umi. Disebabkan itulah saya telah diiktiraf sebagai anak kesayangan mereka. Hehehe seronoknya! Rasa macam menang anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian je. Saya memang anak manja. Maklumlah, sepuluh tahun sebelum Qayyum dan Qayyim lahir, saya merupakan anak tunggal. Jadi pada saya yang cute lagi comel inilah tertumpah segala kasih sayang. Saya sangat dimanjakan oleh babah dan umi, juga Tok Ling dan Nek Tee. Mana tidaknya, saya ni juga merupakan satu-satunya cucu perempuan Tok Ling dan Nek Tee. Keadaan tetap sama walaupun setelah Qayyum dan Qayyim dilahirkan. Saya tetap jadi anak manja dan kesayangan ramai. Terutama anak manja kepada lelaki yang paling saya sayangi iaitu Haji Zahiddin. Malah babah lebih manjakan saya berbanding dua adik lelaki saya tu. Sebab tu saya digelar anak bapak. Alahai macam cerita P.Ramlee pulak dah. Hehehe Qisya bermonolog. Wajahnya dibelek lagi. Rasanya ini sudah kali yang ke-99 dia membelek-belek wajahnya di hadapan cermin. Dah cantik sangatlah kononnya tu. Kalaulah cermin di hadapannya itu boleh berkata-kata, tentu cermin tu akan kata Tolonglah Cik Qisya Nur Alifa aku dah tak larat asik duk mengadap muka kau berhari-hari. Kasi la aku masa untuk berehat. Huhuhu! Qisya melebarkan senyumannya. Rasa bangga pula dia melihat penampilan dirinya ketika ini. Tampak anggun dan manis. Ala-ala wanita muslimah melayu terakhir gitu. Cewah! Anak dara kesayangan Haji Zahiddin dah mula perasan sendiri. Hidungnya sudah kembang kempis menahan rasa perasan yang melanda sanubari kewanitaannya. Apatah lagi bila terkenang pujian Tok Ling dan Nek Tee tentang penampilan terbaharunya itu sewaktu dia balik ke kampung halaman terchenta. Kata Tok Ling, CUCU TOK LING NI BERTAMBAH CANTIK BILA DAH BERTUDUNG. INI BARULAH YANG DIKATAKAN SEBAGAI GADIS MELAYU SEJATI. Hehehe lebar senyuman Qisya sewaktu Tok Ling memujinya. Pujian yang ikhlas tu. Mana tahu ikhlas? Ala tahulah! Tok Ling tu mana pernah bohong bila bab puji-puji ni. Kata Nek Tee pulak, LAWA CUCU PEREMPUAN NEK TEE NI. MANIS AJE BERTUDUNG. SEJUK MATA DAN HATI SESIAPA YANG MEMANDANG. BANGGA NEK TEE TENGOK CUCU NEK TEE YANG CANTIK NI. SIKIT HARI LAGI MESTI KENA PINANG DENGAN PUTERA RAJA. Aduh semakin kembang lubang hidung Qisya dibuatnya. Mengalahkan hidung seladang betina sahaja. Pantang betul dia bila ada yang memuji dia cantik. Mulalah dia tersenyum bagai tak ingat dunia. Qisya! Qisya! Memang spesis tak boleh dipuji langsung. Qisya tersenyum lagi. Lesung pipit di pipi kiri dan kanannya menyerlah dengan dalam. Kata Afiq, lesung pipit Qisya sama dengan lesung pipit milik Preity Zinta. Cantik dan menarik! Hmmmiyalah tu. Macamlah Qisya tak tahu yang si Afiq tu saja nak mengurat. Pasal tu cakap begitu. Main puji-puji! Main ayat-ayat cinta! Siap nak samakan Qisya dengan Preity Zinta lagi. Lawa tu! Alahai Afiq Bin Alif kalau iye pun awak nak mengurat, cubalah guna taktik yang canggih sikit. Ini tidak guna pun taktik zaman purba. Zaman babah Qisya nak mengurat umi Qisya. Hisy tak menusuk kalbu sungguh! Buat Qisya tak ada hati nak melayan ayat-ayat cinta si Afiq tu. Alamatnya, Afiq kena terima hakikat bahawa dia dan Qisya hanya boleh menjadi sekadar kawan biasa sahaja. Tidak lebih daripada itu. Jika Afiq masih berdegil dan meneruskan niatnya untuk menjadikan Qisya teman wanita istimewanya, Qisya tak akan layan Afiq lagi. Cukuplah hubungan persahabatan mereka setakat disitu sahaja. Itulah ugutan Qisya sebaik sahaja Afiq selesai meluahkan ayat-ayat cintanya pada Qisya buat kali yang kedua. Kali yang pertama gagal segagal gagalnya! Tapi itu cerita dua tahun lalu. Waktu mereka sama-sama menuntut di UiTM, Shah Alam. Tamat saja pengajian, Qisya dan Afiq terputus hubungan. Dia sendiri tak tahu ke mana hilangnya lelaki yang pernah menjadi peminat setianya sewaktu di Kampus itu. Rindu juga rasanya hendak bertemu

Upload: fatin-iezzaty

Post on 17-Sep-2015

187 views

Category:

Documents


22 download

TRANSCRIPT

Cinta Masam Manis

BAB 1NAMA saya Qisya Nur Alifa Binti Zahiddin. Berusia dua puluh empat tahun. Berstatus bujang dan masih solo. Jantina mestilah perempuan. Takkan jantan pulak! Anak sulung daripada tiga beradik. Biarpun menjawat jawatan sebagai anak sulung merangkap ketua kontinjen anak-anak Haji Zahiddin Bin Haji Nawawi dan Hajah Azyan Binti Haji Sulaiman, namun saya merupakan anak kesayangan. Ini kerana saya merupakan satu-satunya anak perempuan babah dan umi. Disebabkan itulah saya telah diiktiraf sebagai anak kesayangan mereka. Hehehe seronoknya! Rasa macam menang anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian je.Saya memang anak manja. Maklumlah, sepuluh tahun sebelum Qayyum dan Qayyim lahir, saya merupakan anak tunggal. Jadi pada saya yang cute lagi comel inilah tertumpah segala kasih sayang. Saya sangat dimanjakan oleh babah dan umi, juga Tok Ling dan Nek Tee. Mana tidaknya, saya ni juga merupakan satu-satunya cucu perempuan Tok Ling dan Nek Tee. Keadaan tetap sama walaupun setelah Qayyum dan Qayyim dilahirkan. Saya tetap jadi anak manja dan kesayangan ramai. Terutama anak manja kepada lelaki yang paling saya sayangi iaitu Haji Zahiddin. Malah babah lebih manjakan saya berbanding dua adik lelaki saya tu. Sebab tu saya digelar anak bapak. Alahai macam cerita P.Ramlee pulak dah. HeheheQisya bermonolog. Wajahnya dibelek lagi. Rasanya ini sudah kali yang ke-99 dia membelek-belek wajahnya di hadapan cermin. Dah cantik sangatlah kononnya tu. Kalaulah cermin di hadapannya itu boleh berkata-kata, tentu cermin tu akan kata Tolonglah Cik Qisya Nur Alifa aku dah tak larat asik duk mengadap muka kau berhari-hari. Kasi la aku masa untuk berehat. Huhuhu!Qisya melebarkan senyumannya. Rasa bangga pula dia melihat penampilan dirinya ketika ini. Tampak anggun dan manis. Ala-ala wanita muslimah melayu terakhir gitu. Cewah! Anak dara kesayangan Haji Zahiddin dah mula perasan sendiri. Hidungnya sudah kembang kempis menahan rasa perasan yang melanda sanubari kewanitaannya. Apatah lagi bila terkenang pujian Tok Ling dan Nek Tee tentang penampilan terbaharunya itu sewaktu dia balik ke kampung halaman terchenta.Kata Tok Ling, CUCU TOK LING NI BERTAMBAH CANTIK BILA DAH BERTUDUNG. INI BARULAH YANG DIKATAKAN SEBAGAI GADIS MELAYU SEJATI. Hehehe lebar senyuman Qisya sewaktu Tok Ling memujinya. Pujian yang ikhlas tu. Mana tahu ikhlas? Ala tahulah! Tok Ling tu mana pernah bohong bila bab puji-puji ni.Kata Nek Tee pulak, LAWA CUCU PEREMPUAN NEK TEE NI. MANIS AJE BERTUDUNG. SEJUK MATA DAN HATI SESIAPA YANG MEMANDANG. BANGGA NEK TEE TENGOK CUCU NEK TEE YANG CANTIK NI. SIKIT HARI LAGI MESTI KENA PINANG DENGAN PUTERA RAJA. Aduh semakin kembang lubang hidung Qisya dibuatnya. Mengalahkan hidung seladang betina sahaja. Pantang betul dia bila ada yang memuji dia cantik. Mulalah dia tersenyum bagai tak ingat dunia. Qisya! Qisya! Memang spesis tak boleh dipuji langsung.Qisya tersenyum lagi. Lesung pipit di pipi kiri dan kanannya menyerlah dengan dalam. Kata Afiq, lesung pipit Qisya sama dengan lesung pipit milik Preity Zinta. Cantik dan menarik! Hmmm iyalah tu. Macamlah Qisya tak tahu yang si Afiq tu saja nak mengurat. Pasal tu cakap begitu. Main puji-puji! Main ayat-ayat cinta! Siap nak samakan Qisya dengan Preity Zinta lagi. Lawa tu!Alahai Afiq Bin Alif kalau iye pun awak nak mengurat, cubalah guna taktik yang canggih sikit. Ini tidak guna pun taktik zaman purba. Zaman babah Qisya nak mengurat umi Qisya. Hisy tak menusuk kalbu sungguh! Buat Qisya tak ada hati nak melayan ayat-ayat cinta si Afiq tu.Alamatnya, Afiq kena terima hakikat bahawa dia dan Qisya hanya boleh menjadi sekadar kawan biasa sahaja. Tidak lebih daripada itu. Jika Afiq masih berdegil dan meneruskan niatnya untuk menjadikan Qisya teman wanita istimewanya, Qisya tak akan layan Afiq lagi. Cukuplah hubungan persahabatan mereka setakat disitu sahaja. Itulah ugutan Qisya sebaik sahaja Afiq selesai meluahkan ayat-ayat cintanya pada Qisya buat kali yang kedua. Kali yang pertama gagal segagal gagalnya!Tapi itu cerita dua tahun lalu. Waktu mereka sama-sama menuntut di UiTM, Shah Alam. Tamat saja pengajian, Qisya dan Afiq terputus hubungan. Dia sendiri tak tahu ke mana hilangnya lelaki yang pernah menjadi peminat setianya sewaktu di Kampus itu. Rindu juga rasanya hendak bertemu dengan Afiq poyo, nama glamor Afiq sewaktu di Kampus. Apa Qisya kata tadi? Rindu?! Opss dia rindu bukan sebab dalam hati ada cinta, ya. Jangan pulak ada yang salah tafsir. Dia rindu sebab dah lama tak menyakat temannya itu. Walaupun kehadiran Afiq sewaktu di Universiti sesuatu yang merimaskan Qisya, sebab Afiq ni suka sangat berjiwang-jiwang. Namun Afiq merupakan satu-satunya kawan lelaki yang cukup tahan dengan perangai Qisya yang gila-gila itu. HeheheSekali lagi Qisya membelek-belek wajahnya. Manalah tahu kalau ada jerawat batu yang memusnahkan penampilan anggunnya hari itu. Tak jadilah dia nak berlagak depan Nisya dan Casabelle. Seminggu dia bercuti di kampung halaman, rasa rindu pula dia pada dua sahabat baiknya itu. Sepanjang beristirehat di kampung, Nisya dan Casabelle langsung tidak menelefonnya. Dia pun dua kali lima juga. Langsung tak bertanyakan khabar dua sahabat sehati sejiwannya itu. Kata sahabat baik. Tidur sebantal, makan sepinggan! Tapi jejak saja kaki ke kampung halaman, Qisya terus lupa pada Nisya dan Casabelle.Kerinduan yang membuak-buak pada babah, umi, Qayyum dan Qayyim, menyebabkan Qisya lupa pada kawan-kawan di Kuala Lumpur. Keseronokan menikmati buah-buahan di dusun milik Tok Ling, membuatkan ingatan Qisya pada Nisya dan Casabelle terus lenyap entah ke mana. Huhuhu kejam juga Qisya ni. Kalaulah Nisya dan Casabelle tahu sah merajuk selama dua tahun dua sahabat itu.Hmmm boleh tahan cantik jugak aku ni, ya! Tambah-tambah bila dah bertudung macam ni. Bertambah cantik aku dibuatnya. Kalah Yuna! Hehehe Qisya sudah masuk bakul angkat sendiri. Tudung bawal hitam yang tersarung dikepala diperkemaskan. Balik ke KL setelah seminggu bercuti di kampung kenalah nampak cantik. Mana boleh nampak sememeh depan Nisya dan Casabelle. Kenalah berlagak sikit depan dua minah kerek tu. HeheheKalau aku tahu macam ini punya cun aku bertudung, umur 7 tahun lagi aku dah jadi muslimah solehah. Tak payah nak tadah telinga dengar bebelan umi yang asyik menyuruh aku bertudung.INGAT CANTIK SANGATKAH BILA TAYANG RAMBUT MACAM TU? KAN ELOK KALAU KAK LONG BERTUDUNG. MANIS AJE. INI TIDAK DAH MACAM PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM AJE UMI TENGOK. MENAKUTKAN SUNGGUH!Itulah bait-bait bebelan Hajah Azyan bila anak gadisnya masih belum bersedia untuk bertudung dulu. Mahu cair juga tahi telinga Qisya sebaik sahaja mendengar bebelan umi yang tak henti-henti itu. Macam burung kakak tua. HeheheQisya dan adik-adiknya memang tak pernah nak tahan mendengar bebelan Hajah Azyan yang tak ada warna merah tanda nak berhenti itu. Mulalah masing-masing sibuk nak buat sesuatu. Sedangkan tak ada apa pun yang nak disibukkan. Saja nak larikan diri. Mana tidaknya, jika umi dah start membebel pukul 6.00 pagi, pukul 10.00 malam baru bebelan umi akan berhenti. Itupun sebab umi dah masuk tidur. Kihkihkih Namun sejak Qisya bekerja dan tinggal menyewa di KL, dia sudah jarang mendengar bebelan umi. Paling-paling yang membebel macam mak nenek pun cuma si Nisya anak pakcik Darsani.Entah macam manalah babah boleh bertahan mendengar bebelan umi yang tak berkesudahan itu? Mungkin disebabkan rasa cinta babah pada umi, menyebabkan babah sanggup mendengar bebelan isterinya itu. Opsss bukan mungkin la! Memang betul pun babah sayangkan umi. Jika tidak, masakan babah masih bertahan dengan umi walaupun mulut umi tak pernah berhenti mengomel dan bentuk badan umi dah tak seramping dulu. Hehehe Qisya memang cukup kagum melihat cinta babah dan uminya. Persis cinta Adam dan Hawa. Cayalah!STREETTT..Qisya tersentak. Sepenuh hati dia menekan brek kereta sampai berdecit bunyinya. Hampir melayang semangatnya. Kursss semangat! Nasib baik roh Qisya tak cabut lari meninggalkan tuannya sendirian. Jika tidak, alamat tinggal arwahlah dia jadinya. Terkejut kambing gurun betul dia bila dengan tiba-tiba sahaja sebuah kereta BMW 6 series warna hitam berkilat meluncur dengan laju masuk ke simpang jalan. Nyaris melanggar keretanya yang baru hendak keluar daripada simpang. Mujur dia sempat menekan brek.Pantas Qisya meluru keluar. Debaran di dadanya berdegup kencang. Macam orang baru menamatkan larian pecut 100 meter sahaja. Wajahnya juga kelihatan pucat. Jika ditoreh dengan pisau, tentu tiada setitis darah merah yang mengalir keluar. Macam cerita Mahsuri la pulak.Bahagian depan kereta Perodua Vivanya dibelek-belek. Manalah tahu kalau-kalau ada kecederaan parah yang dialami oleh Viva La Diva kesayangannya itu. Senang juga dia nak mintak gantirugi. Dia baru saja pakai Viva tu dalam tempoh tiga bulan. Tup-tup ada pulak makhluk ALLAH yang berhati mulia hampir melanggar keretanya. Mujur tak ada kemalangan serius yang berlaku. Qisya memanjatkan rasa syukur. Viva La Diva kesayangannya tidak mengalami sebarang kesan calar atau kemek. AlhamdulillahHoi Awak ni tak tahu memandu ke, hah?! sergah seseorang.Sepantas kilat Qisya memusingkan badannya. Terkejut blue hypoo betina dia bila mendengar kelembutan bahasa yang digunakan oleh seorang hamba ALLAH. Sehingga melopong mulutnya. Nasib baik lalat tak masuk ke dalam. Tanpa bagi salam terlebih dahulu, lelaki itu terus sahaja menyergah dia dengan panggilan hoi. Tak beradat sungguh! Dressing punyalah smart, tapi bahasa hancor!!Bukankah budi bahasa, budaya kita? Mana perginya budi bahasa mamat ni? Buat sayang duit Kerajaan saja buat iklan budi bahasa, budaya kita. Susah payah Datuk Siti Nurhaliza melagukan iklan itu, tapi mamat sewel ni langsung tak tahu nak gunakan kempen Kerajaan dengan sebaiknya. Cubalah bagi salam dulu. Kan elokHoi cik! Awak dengar ke tak? Yang awak pergi tenung muka saya tu, kenapa? Saya cakap dengan awak ni! Bukannya nak suruh awak tenung muka saya begitu. Awak tak tahu memandu ke? sekali lagi lelaki berwajah kacukan Melayu-Inggeris-Korea itu bersuara. Wajahnya masam mencuka. Tak ubah macam tomyam basi. Ingat hensem sangatlah buat muka macam tu. Aku sekeh kang kepala tu!Amboi sedapnya bahasa dia! Berhoi-hoi! Ini sudah tahap terlampau kurang ajar. Dia yang hampir nak melanggar kereta aku, dia pulak yang terlebih marah tak tentu pasal. Tiga suku agaknya mamat ni. Entah-entah kat otak dia tu ada banyak wayar yang dah tercabut. Sebab tu tak betul! Rungut hati Qisya.Excuse me? Apa awak cakap? Saya tak tahu memandu? Hello encik jangan nak tuduh sembarangan tau! Saya yang tak tahu memandu atau awak yang tak pandu dengan cermat? Kalau dah rasa diri tu bersalah, jangan nak tunding jari pada orang lain pulak. Mentang-mentang awak pakai kereta besar, jangan ingat awak tu hebat sangat. Giliran Qisya pula menyerang. Kalau kau keturunan harimau, hah aku ni pulak keturunan singa jadian! Marilah bertarung mulut siapa paling laser. Setakat ni, aku belum pernah kalah kalau bab-bab mulut laser ni. Dengan lelaki berlagak tahap maksimum seperti mamat ni, tak payah nak tunjuk alim. Tak guna nak lembut-lembut. Buang masa saja. Dah dia mulakan dengan kasar, aku pun ikut aje la rentaknya tu. Baru kena buku dengan ruas.Qisya mencebik. Meluat tahap loya dia melihat muka lelaki yang sedang berdiri sambil berpeluk tubuh di hadapannya itu. Nampak saja hensem, tapi bila tiba bab tata susila, hancur! Gagal! Markah 0.00 peratus! Pangkat F! Aku memang pantang Tok Janggut bila terjumpa dengan makhluk ALLAH yang berlagak seperti dia ni. Rasa tergugat kesabaranku. Hilang sifat-sifat muslimah sejati yang tertanam dalam jiwaku selama ini. Rasa macam nak bagi makan penampar free of charge aje. Orang-orang kaya memang seperti ini, tak? Berlagak dan sombong tahap dewa. Ingat mereka tu dah hebat sangat agaknya?! Sebab tu tak peduli hati dan perasaan orang lain. Tapi mereka lupa, mereka juga hamba yang dicipta oleh ALLAH. Tak ada beza dengan orang-orang biasa seperti kami ni. Qisya bersoal jawab dengan dirinya sendiri.Hei cik! Awak ni tak tahu undang-undang ke? Sepatutnya bila awak berada di simpang jalan nak keluar, awak kena berhentikan kereta awak tu dan pandang kiri kanan sebelum nak keluar. Bukan main rempuh macam lembu melintas jalan. Lesen apa yang awak pakai? Sampaikan undang-undang jalan raya yang simple macam tu pun awak boleh tak tahu. Awak guna lesen terbang, ya? spontan lelaki itu mengenakan Qisya.Bulat mata Qisya mendengar kata-kata lelaki itu. celupar betul! Rasa macam nak tampar saja mulut dia tu. Salah aku sorang saja yang dia nampak. Sedangkan dia pun bersalah jugak. Adakah undang-undang jalan raya yang menyebut kita perlu lajukan kenderaan bila masuk ke simpang? Tak ada, kan? Jadi maknanya dia pun salah jugak! Bukan aku sorang je.Hei encik! Cakap tu baik-baik sikit, ya?! Saya yang guna lesen terbang atau awak yang memandu tanpa lesen. Dah tahu nak masuk simpang, perlahankanlah sikit kelajuan kereta awak tu. Tak payah nak laju-laju. Ini tidak! Laju mengalahkan Michael Schumacher. Ingat jalan raya ni dikhaskan untuk awak seorang saja ke? balas Qisya. Intonasi suaranya sudah menggunakan key tinggi ala-ala Ziana Zain mendendangkan lagu popularnya, Madah Berhelah.Sakit benar hatinya bila dengan selamba lelaki sewel itu menuduh dia menggunakan lesen terbang. Begitu bersusah payah dia mendapatkan lesen dengan jayanya, ada pulak manusia tak siuman yang mengatakan lesennya itu adalah lesen terbang. Bukan senang dia nak berdepan dengan Pegawai JPJ yang bermisai tebal sewaktu menghadiri ujian memandu dulu. Terketar-ketar juga segala tulang belulangnya. Mujurlah dia terror dan lulus dengan muka yang cukup bangga. Walaupun dalam hati bukan main takut lagi dia bila berdepan dengan tok misai yang garang tu. Kini, ada pula spesis lelaki yang menyakitkan hati menuduh dia guna lesen terbang.Kalau awak dah kepingin sangat nak pandu kereta macam pelesit kota, saya cadangkan awak pergi litar lumba. Kat sana tak ada sesiapa nak larang awak pandu laju. Biarpun awak pandu macam nak bunuh diri aje. Ingat sikit encik, sini jalan raya! J.A.L.A.N R.A.Y.A, jalan raya! Bukannya litar lumba untuk awak pandu kereta pada had laju melebihi 210 kilometer sejam. Kalau iye pun dah kemaruk sangat, bukan kat sini tempatnya. Sini jalan raya yang digunakan oleh orang ramai. Bukan untuk awak seorang. Ada faham?! dengan lancar dan berani Qisya menyambung kembali kata-katanya. Siap dengan mengeja perkataan JALAN RAYA lagi agar lelaki itu faham dengan lebih jelas. Kalau tak faham juga, tak tahulah. Pinggangnya juga sudah dicekak ala-ala ibu tiri bawang putih. Nak tunjuk garang la kononnya tu.Lelaki berbaju T-Shirt putih jenama Polo dan berseluar jeans hitam itu mendengus. Geram dengan kelancangan mulut gadis di hadapannya itu. Tak padan kecik! Tapi mulut pedas macam cili padi.Belum pun sempat lelaki itu hendak membalas kembali kelancangan ayat super power gadis berkemeja T merah menyala itu, telefon bimbitnya mula mengeluarkan alunan suara Jason Mraz mendendangkan lagu Im Yours. Segera skrin telefon bimbitnya dipandang. Pantas jarinya menekan butang hijau.Yes, Bad kejap lagi aku sampai. Ada emergency sikit. Kereta aku nyaris terlanggar dengan kereta perempuan gila. Tak pe, aku masih boleh handle perempuan gila ni. Nanti aku cerita. Jumpa kau kat sana. Sindir lelaki itu. Kemudian handphonenya dimasukkan semula ke dalam poket seluar jeans yang dipakai.Bulat mata Qisya mendengar kutukan lelaki itu. Giginya diketap. Geram sungguh. Tak guna! Suka-suka hati saja dia panggil aku perempuan gila. Yang dia tu sewel, tak sedar pulak. Dia ni betul-betul cabar tahap kesabaran aku.Kalau layan perempuan gila macam awak ni, lama-lama saya pulak yang jadi tak betul. Menyakitkan hati! kutuk lelaki itu dengan sombong dan lagaknya. Dia terus menuju ke keretanya. Sebelum masuk ke dalam perut kereta, dia sempat mengutip plat nombor keretanya yang terpatah dua akibat pelanggaran tersebut. Hairan juga kerana kereta gadis itu langsung tidak mengalami sebarang kesan calar. Manakala plat kereta BMW 6 seriesnya pulak yang terpatah dua. Jika dibandingkan, keretanya dengan kereta gadis itu, kereta dia lagi mahal. Tapi kenapa hanya keretanya yang mengalami sedikit kecederaan? Takkan BMW cetak rompak pulak?Ketika keretanya melintasi Qisya, lelaki itu sempat membuang pandangan tajam ke arah Qisya yang masih berdiri di tepi jalan. Qisya pantas membalas pandangan tajam lelaki itu dengan menjelirkan lidahnya. Lelaki itu mendengus. Lantas dia menekan minyak kereta dengan kuat dan laju meninggalkan tempat tersebut dengan muka yang cukup mencuka. Hatinya tidak henti-henti mengutuk perempuan yang membuat moodnya tiba-tiba membara kepanasan.Pandulah laju-laju! Kali ni biar bertembung dengan pokok getah. Baru padan dengan muka tu! teriak Qisya. Walaupun dia sedar bahawa jeritannya itu tidak akan didengari oleh lelaki sombong itu. Pantas, dia menghampiri keretanya.Eiii kalau ikutkan rasa hati, nak aje aku debik-debik kepala mamat sewel tu. Biar dia tahu berbahasa sikit. Menyaktikan hati betul! Pagi-pagi lagi dah rosakkan mood ceria aku. Malang betul! luah Qisya masih tidak berpuas hati. Sempat juga dia menyepak seketul batu di tepi jalan. Bayangkan saja batu itu adalah lelaki sombong tadi. Perangai buruk seperti bapak jin. Bapak jin?! Hmmm sedap jugak nama tu. Sesuai sangat diberikan pada lelaki sewel tadi. Bapak Jin!!!BAB 2PERODUA Viva warna putih mutiara milik Qisya perlahan-lahan membelok masuk ke halaman rumah teres dua tingkat yang terletak di Taman Teluk Villa. Elok sahaja Viva La Diva diparkir belakang Naza Sutera kuning telur milik Nisya, Qisya pun segera keluar. Kemalangan kecil yang berlaku tiga jam tadi, masih segar dalam ingatannya. Sepanjang dalam pemanduan balik ke KL, Qisya tak henti-henti menyumpah serana lelaki gila yang tak tahu tatasusila itu. Tak guna punya bapak jin! Buat spoil mood aku aje! Kalau aku jumpa dia lagi, aku sekeh-sekeh kepala dia. Biar jadi tak betul. Biar di pos ke Tanjung Rambutan. Buat malu aje jadi orang Malaysia, tapi tak tahu nak berbudi bahasa!Huh releks Qisya! Releks jangan layan sangat emosi kau tu. Lupakan saja perkara tadi. Dah sampai rumah ni, kenalah senyum dan tunjuk muka happy. Kalau buat muka monyok macam tikus mondok ni, sah dua minah kerek kat dalam tu akan memulakan edisi siasat. Bukannya kau tak faham dengan perangai minah berdua tu. Menyiasat mengalahkan pegawai polis aje lagaknya. Malaslah nak bersoal jawab dengan dua polis tak bertauliah tu. Lagipun, bila ingat balik tentang si bapak jin tu, menyakitkan hati aje. Tak pasal-pasal nanti terkena darah tinggi sebab marah-marah. Releks releksQisya memberi motivasi pada diri sendiri. Nafas ditarik panjang. Lalu dihembus perlahan-lahan. Itu petua yang babah berikan. Kata babah, bila rasa marah menguasai diri, tarik nafas panjang-panjang. Lepas tu hembus. Bila tak tenang juga, pergi ambik air wuduk. Insya-ALLAH rasa marah akan reda.Buah-buahan yang dibekalkan oleh umi di bonet kereta segara di ambil. Beratnya! Ini buah ke batu? Omel Qisya sendiri. Memang sudah menjadi kewajipan umi, setiap kali dia balik ke kampung pasti akan dibekalkan dengan pelbagai barang bila balik ke Kuala Lumpur. Kadang-kadang umi juga akan bekalkan belacan untuknya. Kata umi, untuk bekalan dunia dan akhirat. Hai, pandai jugak umi buat loyar buruk. Ingatkan babah seorang aje yang kaki loyar buruk di rumah. Rupanya umi pun 25. Tak hairanlah kenapa anak-anak Haji Zahiddin semuanya kaki loyar buruk. Keturunan rupanya.Ketika hendak melangkah masuk ke dalam rumah, baru Qisya perasan kelibat Encik Darish yang sedang sibuk mencuci kereta Honda City silvernya di halaman rumah milik lelaki itu. Biasanya, orang cuci kereta waktu pagi. Tapi Encik Darish pula lebih suka mencuci keretanya waktu petang. Kerap kali juga Qisya terserempak dengan jirannya itu mencuci kereta sebelah petang seperti ini. Entah apalah yang istimewa sangat cuci kereta sebelah petang ni? Tidak pula Qisya mahu mengambil tahu dengan lebih lanjut. Takut juga kalau Encik Darish melabelkan dia sebagai wartawan Taman Teluk Villa. Tak pasal-pasal dia dapat jawatan baharu pula disebabkan keprihatinan tahap melampaunya itu. Mungkin dah jadi tabiat semulajadi lelaki itu agaknya. Senang Qisya memutuskan sendiri jawapannya.Qisya yang memang sudah terkenal dengan sifat mesra rakyat dan alamnya terus menegur jirannya itu. Tak eloklah dia lalu-lalu macam itu aje. Nanti dikata sombong pulak. Hidup berjiran ni kenalah bertegur sapa. Kalaulah dia dicalonkan sebagai wakil rakyat di taman tempat dia tinggal ini, tentu ramai yang mengundi. Maklum, terover peramah katakan!Makcik Bedah yang duduk hadapan rumahnya itu juga dah jadi geng sekutunya. Bukan setakat makcik Bedah, Tuty si pembantu rumah Encik Roslan dan Puan Nora juga merupakan gengnya. Kalau terjumpa, pasti berjam-jam juga dia, makcik Bedah dan Tuty bergosip. Bergosip berita hiburan aje tau, bukannya mengumpat hal jiran tetangga. Maklum Qisya, makcik Bedah dan Tuty ni minat gila kat Awal Asahari. Pada mereka bertiga, si Awal Asahari tu boleh dinobatkan sebagai Lelaki Melayu Terakhir. Hensem! Tak ada artis lelaki yang boleh menandingi kehenseman milik Awal Asahari pada pandangan mata mereka. Boleh histeria mereka bila tiba bab cerita terbaharu mengenai pelakon pujaan hati itu. Malah, bila si Aawal digosipkan bercinta dengan Scha Al-Yahya, mereka inilah yang terover gembira. Pasangan yang secocok, kata Tuty. Qisya dan makcik Bedah mengangguk-angguk tanda setuju sangat.Assalammualaikum, Encik Darish. Tengah buat apa tu? sapa Qisya dengan wajah yang ceria. Senyumnya juga meleret dengan lebar. Hingga terserlah giginya yang putih bersih. Persis nak buat iklan ubat gigi pulak dah.Hai, buta agaknya budak Qisya ni? Buat soalan pun, soalan tak berapa bijak. Takkan tak nampak yang Encik Darish tu tengah cuci kereta. Takkan cuci pinggan mangkuk pulak! Itu pun mahu tanyakah? Hisy cubalah buat soalan yang canggih sikit. Ini tak, soalan bodoh macam itu jugalah yang ditanyanya. Lantak engkaulah Qisya Nur Alifa oiii! Yang penting kau dah tegur. Walau sebodoh mana pun teguran yang kau berikan, at least kau dah buktikan yang kau ni memang insan yang peramah dan mesra alam sekitar.Encik Darish yang sedar ada suara seorang perempuan menegurnya, pantas berpaling. Suara serak-serak basah itu memang amat dikenalinya. Wajahnya masam mencuka. Langsung tidak menunjukkan sifat ramahnya selama ini. Salam Qisya juga langsung tidak dijawab. Tak tahulah pula kalau-kalau Encik Darish jawab salam Qisya dalam hati aje. Lagipun berdosa kalau tak jawab salam yang diberikan. Laju saja kaki Encik Darish melangkah masuk ke dalam rumah. Keretanya yang masih bersabun langsung tidak dihiraukan. Jika boleh, dia memang tak mahu bersemuka dengan perempuan-perempuan di sebelah rumahnya itu. Ada sesuatu yang menyakitkan hatinya. Inilah yang dikatakan, kerana nila setitik, rosak susu sebelangga. Iya la disebabkan seorang perempuan sahaja, tempiasnya terkena juga pada dua orang perempuan dalam rumah tu. Aduh Fening! Fening! Entah ayat apalah yang penulis gunakan ni.Dahi Qisya berkerut. Hairan binti pelik dengan sikap Encik Darish yang tiba-tiba sahaja berubah kepada ribut taufan. Selalunya, lelaki itu cukup ramah dengan tutur bahasa yang sopan dan senyuman yang tidak pernah lokek di bibir. Tapi hari ini, lain pulak jadinya. Wajah Encik Darish masam mengalahkan asam jawa adabi yang selalu Nek Tee gunakan untuk menggoreng ikan di kampung.Datang bulan agaknya mamat ni! Tiba-tiba aje mencuka. Hisy teruknya bila orang lelaki datang bulan. Muka kecut mengalahkan orang perempuan. Qisya sudah membuat andaiannya sendiri. Hajat dihatinya hendak menyedekahkan sedikit buah-buahan yang dibawa dari kampung pada Encik Darish. Tapi memandangkan lelaki itu moody semacam, terpaksalah Qisya membantutkan hajat murninya itu. Anggap saja bukan rezeki Encik Darish buah-buahan yang dibawa dari kampung.WAH banyaknya buah Qisya bawa balik dari kampung. Tengok ni! Macam-macam ada. Buah rambutan ada, langsat ada, manggis ada, buah durian pun ada. Rasanya sebulan makan pun belum tentu akan habis. Kalau hari-hari macam inikan best. Mulut Casabelle sudah pot pet-pot pet macam mak nenek sewaktu menyambut dua plastik besar yang dihulurkan Qisya padanya. Tak sabar rasa hatinya hendak membuka buah durian yang baunya sudah semerbak memenuhi ruang rumah. Tak sempat-menyempat lagi dia hendak membawa bungkusan 2 plastik besar berisi buah-buahan itu ke dapur. Laju sahaja dilonggokkan di tengah-tengah rumah. Memang dasar anak-anak dara pemalas betul perempuan-perempuan dalam rumah ni.Hmmm umi aku yang bekalkan untuk korang berdua. Kalau ikutkan aku, jangan haraplah. Tak sanggup aku nak kutip buah-buah ni semua. Buat penat aje. Kalau disuruh makan tu, akulah yang paling rajin. Ujar Qisya. Dengan selamba biawak betina hidup, dia merebahkan tubuhnya di atas sofa. Bukan main sedap lagi dia landing sambil mengoyang-goyangkan kakinya. Ingat dia tuan puteri agaknya.Tahu! Kalau nak harapkan kau kutip buah-buah ni untuk kami, hmm kempunanlah kami jawabnya. Bukannya kami tak faham dengan perangai kau yang satu tu. Pemalas tahap ular sawa. Balas Nisya sambil mengopek buah durian. Casabelle yang sudah bersila di depannya tidak sabar-sabar lagi hendak makan buah durian itu. Meleleh-leleh air liurnya.Qisya mencebik. Malas hendak memberi sebarang komen. Kepenatan memandu seharian masih lagi terasa. Sekarang dia mahu merehatkan sistem tubuhnya. Suara Casabelle dan Nisya yang riuh menikmati kelazatan buah durian, langsung tidak dihiraukan. Aroma buah durian yang menusuk ke lubang hidung tidak dihiraukan. Dia sudah puas menikmati raja buah itu di kampung. Matanya dipejam seketika.SIKITLAH! Kedekut nak mampus! Casabelle mencebik bila Nisya melarikan buah durian di tangannya.Sikit sikit! Sejak dari tadi aku jadi tukang kopek, kau pulak jadi tukang makan. Kalau kau nak, kau kopeklah sendiri. Ingat senangkah nak kopek buah durian ni? sanggah Nisya. Seulas buah durian dimasukkan ke dalam mulut. bukan main berselera dia menikmatinya. Sengajalah tu nak buat si kawan terliur.Hoi durian aku la! jerit Nisya sambil menampar tangan Casabelle yang sudah mencapai sebiji buah durian yang baru dikopeknya.Korang berdua ni boleh tolong diam, tak? Aku nak tidur kejap pun tak boleh. Baru nak start enjin mimpikan Robert Pattinson, suara korang berdua dah kacau daun. Hinggakan Robert Pattinson pun tak jadi nak ajak aku keluar dating. Marah Qisya bila mulut Casabelle dan Nisya belum ada tanda mahu berhenti. Sumbat kang buah durian tu dengan kulit-kulitnya sekali, seumur hidup tak dapat nak bercakap. Menyakitkan hati betul dua minah kerek ni. Kalau aku tahu macam ni kejadian dua minah kerek ni, baik aku tak payah bawa buah-buahan ni balik KL. Hisy! Macam tak pernah makan aje gaya diaorang berdua. Buruk bebenor.Alamak! Sleeping Beauty dah marahlah. Ucap Nisya sambil tergelak. Casabelle yang duduk bersila di depannya turut tersengih lucu. Mulutnya yang masih berisi dengan buah durian itu membuatkan dia tidak dapat hendak ketawa. Nanti tak pasal-pasal dia tercekik biji durian pulak. Tak ke haru blue hidupnya.Qisya mendengus. Geram pula dengan perangai dua sahabatnya itu. Tak boleh nak bersikap serius sikit. Umur dah dua puluh empat tahun, tapi perangai macam budak-budak yang baru umur lima tahun. Kalau kahwin, dah lama beranak-pinak. Entah-entah dah bercucu-cicit. Hisy takkanlah sampai ke cucu cicit pulak! tak logik betul pemikiran si Qisya ni!Dahlah tu Qisya. Tak payah kau nak tayang muka garang begitu. Tak menakutkan langsung. Buat aku terasa lucu tu, ada la. Geli ulu hati dan lubang hidung aku tengok muka kau macam tu. Nisya masih ketawa. Muka garang Qisya cukup lucu pada pandangan matanya. Tak menakutkan sungguh. Muka comel macam tu mana ada orang nak takut. Biarpun buat muka garang seperti singa betina sekali pun. Lainlah kalau muka ala-ala Mak Lampir. Sah semua orang lari lintang-pukang.Dengan wajah yang cukup garang, Qisya menghadiahkan dua sahabatnya itu dengan jelingan maut. Namun, entah kenapa dia tak dapat nak serius sangat dengan dua sahabatnya ini. Laju saja tawanya turut sama mengelegak. Bergema rumah itu dengan hilai tawa tiga ekor hantu. Seorang pontianak harum sundal malam, seorang pontianak kampung batu dan seorang lagi pontianak cina.Hoi orang sebelah! Tak reti nak duduk diam ke? Memekak aje petang-petang ni! Mengganggu ketenteraman awam sungguh! Orang nak tengok tv pun tak concentrate dengar hilai tawa macam pontianak dapat darah! Kalau nak ketawa pun, agak-agaklah. Janganlah sampai boleh dengar suara tu satu taman! Laung suara sebelah rumah yang cukup mereka kenali. Hairan?! Macam mana Encik Darish boleh dengar hilai tawa mereka bertiga? Besar sangatkah suara ketawa mereka? Atau telinga Encik Darish tu yang terlebih prihatin? Sampaikan jiran sebelah rumah terkentut pun dia boleh dengar. EntahlahQisya dan Casabelle terus diam menikus. Terkedu mereka mendengar suara Encik Darish yang bergema dengan kuat. Tinggi mencakar langit. Manakala Nisya pula hanya buat muka selamba biawak. Langsung tidak memberi sebarang respons. Malas dia hendak melayan perangai jiran sebelah rumahnya itu. Emo mengalahkan orang perempuan datang bulan. Tak gentleman sungguh!Wei korang! Kenapa dengan Encik Darish tu, arr? Tadi waktu aku sampai, dia ada kat depan rumah dia tu. Macam biasalah, tengah cuci kereta kesayangan dia. Jadi aku pun dengan mesra rakyatnya pergilah tegur dia. Iyelah, kan kita ni hidup berjiran. Kenalah beramah mesra. Takkan nak menyombong tak bertempat pulak. Boleh pulak dia buat tak layan aje. Dah tu buat muka masam macam cuka expired. Dia tu kenapa ar? Qisya bercakap dengan nada yang agak perlahan. Takut juga kalau-kalau jiran sebelah rumah mereka itu terdengar apa yang diperkatakannya. Tak pasal-pasal, mengamuk pulak Encik Darish satu taman. Tak ke naya?Casabelle mengangkat bahu. Entah! Kau tanyalah orang yang duduk depan aku ni. Mana tahu dia ada jawapan. Dengan mulut yang masih berisi dengan buah durian, Casabelle memuncungkan mulutnya ke arah Nisya. Mahu tersedak kawan seorang tu dibuatnya. Mujur tak tertelan biji durian. Bulat mata Nisya jadinya. Hisy mulut tempayan betullah amoi ni. Gumam Nisya dalam hati.Qisya sudah mengecilkan mata. Renungannya tajam menatap wajah Nisya yang masih beriak selamba. Konon nak kontrollah tu. Ini mesti ada apa-apa. Kena korek sampai ke lubang cacing. Tak acilah kalau Qisya seorang sahaja yang tak tahu kenapa jiran sebelah mereka itu boleh jadi sebegitu. Hatinya kuat mengatakan perubahan lelaki itu ada kena-mengena dengan sahabatnya yang seorang ini. Bukannya dia tak nampak macam mana cara Encik Darish pandang Nisya. Seperti ada sesuatu yang terpendam dalam hati. Bila bercakap dengan Qisya dan Casabelle pun, jelingan Encik Darish tetap terarah pada Nisya. Cuma Nisya aje buat-buat tak tahu. Hmm dalam hati ada cinta agaknya.Tapi, ok apa?! Encik Darish tu tak kurang pun hensemnya. Wajah lelaki melayu tulen. Sekali pandang, ada iras-iras Fahrin Ahmad. Sesuai sangat dengan Nisya yang berwajah ala-ala gadis Jepun. Esok lusa bila ada anak, sah akan mewarisi genitik ayah dan ibu mereka. Hehehe Aduh! Sampai begitu jauh sekali si Qisya ni berangan. Dia pulaklah yang terover excited.Kenapa dengan Encik Darish tu, Nisya? Qisya mengajukan soalan kepada Nisya yang masih dengan keselambaannya. Sedangkan dalam hati hanya ALLAH saja yang tahu betapa dup dap-dup dap jantungnya sebaik saja anak mata Qisya terarah ke wajahnya. Bukannya Nisya tak faham dengan perangai Qisya yang suka korek rahsia orang tu. Kalau boleh, semua dia nak ambil tahu. Dasar kaki sibuk.Entah! sepatah perkataan yang keluar dari mulut Nisya. Pantas dia mengambil sebiji lagi buah durian lalu dimasukkan ke dalam mulut. Anak matanya langsung tidak mahu dihalakan pada Qisya yang masih merenungnya dengan tajam.Alaaa Qisya, Encik Darish tu bukan apa. Dia sebenarnya stress tahap meroyan sebab tak berjaya dalam misi nak mengajak cik Danisya Izzati yang keras kepala ni keluar dating. Tu yang jiwa kacau. Otak berserabut. Muka serabai. Sampaikan semua orang dia nak bagi jelingan maut. Bukan kau seorang aje yang kena, aku pun terkena sama. Ini semua gara-gara perempuan keras kepala ni punya pasallah. Casabelle mencelah bila melihat Nisya langsung tidak mahu menjawab pertanyaan Qisya.Dengar sahaja ayat yang keluar dari mulut Casabelle, Qisya tersenyum lebar. Bukan main suka lagi dia. Si kawan yang mendengar sudah merengus kasar. Tak boleh simpan rahsia betul Casabelle anak uncle Chong ni. Aku sumbat mulut tu dengan buah durian ni, baru padan dengan muka tu. Bisu satu tahun! HisyOhhh macam tu ceritanya. Ada orang jual mahallah ni, ya? Qisya mengusik. Dia dan Casabelle sudah mengekek dengan tawa. Lucu melihat air muka Nisya yang sudah berubah kemerah-merahan menahan rasa di antara malu dan geram.Hah, ketawalah puas-puas! Ketawa sampai terkeluar isi perut tu. Dah puas ketawa nanti, jangan lupa kemas kulit buah durian yang bersepah ni. Aku nak pergi mandi. Tak kuasa nak melayan korang berdua! Buat sakit hati saja. Arah Nisya yang sudah bangun dengan wajah yang masam. Lantas dia naik ke tingkat atas dengan kaki yang sengaja dihentak menandakan betapa dia geramnya dia.Qisya dan Casabelle saling berpandangan. Kemudian tawa keduanya pecah kembali. Gamat rumah teres dua tingkat itu dengan usikan mereka yang tak henti-henti. Nampak gayanya, sebulan jugalah Nisya terpaksa tadah telinga mendengar usikan dua sahabat baiknya itu. Itu pun kalau sebulan, kalau setahun, macam mana? HuhuhuBAB 3DERINGAN jam lonceng yang terletak di tepi katil mengejutkan Qisya yang sedang lena dibuai mimpi. Pantas dia memanjangkan tangan mencapai jam lonceng berbentuk ladybird yang membingitkan telinga. Memekak aje awal pagi! Orang nak tidur pun tak senang. HushhhHuarghhh!!! Qisya menguap besar. Langsung tak tutup mulut. Tak senonoh betul. Kalaulah makcik Atie Kepoh yang berkenan nak jadikan Qisya sebagai menantunya itu dapat melihat, tentu cancel terus hajat tu bila tengok perangai tak senonoh anak perempuan Hajah Azyan yang seorang ini. Menguap tak tahu nak tutup mulut. Mujur tak ada cik lat yang masuk ke dalam mulut. Kemudian Qisya mengeliat ke kanan dan ke kiri. Biar rasa selesa sedikit. Mood baru bangun tidur ni biasanya malas tahap ular sawa betina. Kalau dilayan, makin menjadi-jadilah tahap mengantuknya.Aduh kenapalah cepat sangat masa ni berlalu? Rasa macam baru aje aku tidur. Tup-tup Cik Jam dah memekak. Omel Qisya sendiri.Ahhh malasnya! Inilah padahnya kalau dah sebulan jadi penganggur terhormat. Bila start kerja balik, mulalah rasa malas. Sebelum ni, bukan main bosan lagi duk asik berperap kat rumah membesarkan badan. Bergosip dengan makcik Bedah dan Tuty. Kan bagus kalau hari ni masih lagi hari cuti? Tak payahlah aku nak bangun seawal ini. Sambil membebel seorang diri, Qisya bangun dari tempat tidurnya. Jam di atas meja sisi sempat dijerling. Pukul 5.30 pagi.Seperti biasa, selimut dilipat. Kemudian cadar katil bercorak ladybird ditarik dan dikemaskan. Anak patung pooh yang sudah hampir sama baya dengan usianya itu diletakkan elok di atas kepala bantal. Sayangnya dia pada anak patung itu. Ke mana sahaja pasti akan dibawa bersama. Maklum, anak patung yang diberi nama Mr. Pooh itu merupakan hadiah pemberian babah dan umi sebaik sahaja dia menjangkau usia satu tahun. Kira hadiah birthday pertama yang dia dapat la. Itulah teman lelaki kesayangannya.Dengan langkah yang longlai, Qisya menghampiri cermin meja soleknya. Wajahnya yang serabai dengan rambut yang mengerbang ala pontianak harum sundal malam ditenung penuh khusyuk. Jelas kelihatan kesan bedak sejuk yang sudah bertompok-tompok memenuhi segenap wajahnya. Dari zaman sekolah hingga sekarang, Qisya dan bedak sejuk memang tidak dapat dipisahkan. Bagaikan satu kewajipan dia kena pakai bedak sejuk setiap malam. Entah-entah, esok lusa bila dah kahwin, mesti laki dia terkejut tengok muka bini dia yang bersalut bedak sejuk ni. Menakutkan! Macam hantu tepung aje!Hisy teruknya muka aku ni! Tak cantik langsung! Dah serupa macam hantu Kak Limah balik rumah pulak. Ni kalau Mamat Khalid nampak, sure dia amik aku jadi pelakon untuk Hantu Kak Limah Balik Rumah part II. Kutuk hati kecil Qisya.Aik, baru tahu ke cik Qisya Nur Alifa? Selama ni bukan main lagi engkau puji diri sendiri. Engkaulah yang terchantek, terjelita, terkiut, tercomel dan segala ter yang sewaktu dengannya. Balas mindanya. Saja nak usik tuannya yang kerek ini. Tapi biarpun nampak teruk, aku tetap kelihatan vouge! Suara hati mula berkata. Tidak mahu mengalah dengan si minda yang selalu nak buat protes. Aduh ingatkan dah sedar diri, rupanya masih juga dengan perangai gila dia yang suka puji diri-sendiri tu. Lantaklah Qisya. Asalkan kau bahagia, ceria dan gembira.Selesai mandi, Qisya pantas mencapai telekung dan sejadah yang terletak kemas di atas penyidai kayu. Kemudian dia berdiri tegak menghadap kiblat untuk menunaikan solat subuh dua rakaat. Senakal mana pun dia, kewajipan kepada ALLAH tetap akan dia tunaikan kecuali bila dia datang bulan. Inilah keistimewaan orang perempuan. ALLAH sayang lebih. Dalam sebulan pasti akan dapat ABC. Hehe beruntung jadi kaum Hawa.Sejak dari kecil, babah dan umi sudah ajar anak-anak untuk tidak lalai mendirikan solat. Kata babah, solat itu tiang agama. Dan sebagai umat islam, kita tidak boleh meninggalkan solat tanpa alasan yang kukuh. Sedangkan masa sakit pun kita masih boleh mengerjakan solat jika kita masih mampu dan terdaya.Habis sahaja menunaikan kewajipan sebagai umat islam, Qisya terus bersiap. Hari ini merupakan hari pertama dia bekerja di tempat baharu setelah sebulan berhenti kerja di tempat lama. Semuanya gara-gara Encik Lufti Abdul Hadi. Kalau bukan kerana lelaki tua kerepot, berperut boroi dan berkepala botak itu, tak adalah dia nak berhenti kerja di Mega Holding. Sebuah syarikat pengeluar barangan sukan golf yang terkenal di Ibu Kota. Disebabkan lelaki itulah dia berhenti. Mana tidaknya, Encik Lufti tu gatal nak mampus. Tak sedar diri tu dah tua. Rumah kata pergi, kubur kata mari mari Masih ada hati nak menggatal tahap buaya tembaga.Umur dah dekat sebaya babah aku pun masih tak sedar diri. Agaknya kat rumah Encik Lufti tu tak ada cermin, tak? Pasal tu Encik Lufti tak sedar yang rambut dia tu dah luruh, tinggal separuh aje. Tak lama lagi nak luruh sepenuhnya. Perut dia tu dah boroi mengalahkan wanita mengandung sembilan bulan. Nasib dialah makan penumbuk sulung aku, di hari aku berhenti kerja tu. Siapa suruh berani-berani nak jalarkan garfu dia kat badan aku. Kan dah kena! Apa dia ingat, aku ni anak kucing ka? Nak dibelai-belai manja. Huh! Padanlah tu perut boroi dia kena penumbuk aku!Qisya tersenyum jahat. Lucu bila mengenangkan kerutan menahan sakit pada wajah Encik Lufti ketika dia melepaskan tumbukan ke perut boroi lelaki itu. Baru padan dengan muka tak hensem Encik Lufti. Puas hati aku! Tu la gatal la lagi!!!Releks Qisya tak payah nak ingatkan buaya tembaga pencen yang tak sedar diri tu. Sekarang ni, kau bukan lagi staf Mega Holding. Sebentar lagi kau bakal menjadi staf Smart Home Holding. Sebuah syarikat terkenal yang menyediakan perkhidmatan lengkap system keselamatan , pembinaan, ubah suai, lanskap, hiasan dalaman dan perabot rumah atau bangunan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Mempunyai beberapa cawangan di sekitar Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Malah Smart Home Holding juga mempunyai cawangannya di sekitar Singapura, Brunei dan Indonesia. Dan kini, syarikat terkenal itu mula mengorak langkah membuka sebuah cawangan di Filipina. Wah memang bertuah dapat peluang ni!Smart Home Holding sememangnya merupakan sebuah syarikat yang besar dan mempunyai modal berbayar sebanyak 5.5 juta Ringgit Malaysia. Itu info yang Qisya dapat sewaktu mencari profil Smart Home Holding di internet sebaik sahaja dia diterima bekerja di syarikat itu. Sesungguhnya, dia amat bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerja di situ. Bukan senang nak dapat kerja zaman sekarang ni. Malah, ramai juga di antara rakan-rakan satu Universiti dengannya yang masih memegang jawatan sebagai Penganggur Terhormat.Baju kurung dari sutera cina berbunga kecil cukup cantik bila terletak di badan Qisya yang langsing dan tinggi lampai. Ada la dalam lima kaki tujuh inci. Tubuhnya yang langsing dan tinggi lampai itu diwarisi dari genetik sebelah Haji Zahiddin. Kalau ikut Hajah Azyan, alamatnya Qisya jadi kecil molek dan tembamlah. Kecil molek aje tau bukannya dalam golongan ayam serama. Hajah Azyan memang kecil molek, persis ketinggian pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud a.k.a Ogy aje macam tu dan memiliki bentuk tubuh yang agak tembam. HeheheTapi masuk bab muka, Qisya memang mewarisi 90% wajah umi terchenta, Hajah Azyan Haji Sulaiman. Muka bujur sirih, mata bulat, hidung mancung, bibir mungil dan yang paling penting adalah lesung pipit di pipi kiri kanannya. Semua itu diwarisinya daripada umi kesayangannya itu. Jika sewaktu kecil, wajah Qisya lebih mirip kepada wajah Haji Zahiddin. Namun bila dah meningkat dewasa, wajahnya semakin hari semakin iras pada wajah Hajah Azyan. Tak kisahlah mirip wajah siapa pun, yang penting aku tetap anak kesayangan babah dan umi. Tak gitu.Wajahnya yang putih bersih tanpa jerawat hanya disolek nipis. Cukup sekadar menggunakan bedak muka, maskara, pemerah pipi dan lip gloss bewarna pink. Kesemua alat solek milik Qisya merupakan jenama Mary Kay. Aik? Takkan sampai jenama alat solek pun nak diberitahu. Ada-ada aje penulis ni.Wajah yang telah siap disolek ala kadar itu dibelek-belek. Takut kalau-kalau solekannya terlebih tebal dari kamus Oxford. Lagipun, mana ada orang yang pergi ofis mengenakan solekan tebal hingga 1 1/2 inci. Kalau macam itu, bukan nak pergi kerja namanya. Tapi nak pergi berlakon teater. Hehehe Qisya tak naklah jadi seperti Cik Fatin, bekas rakan sekerja merangkap Ketua Bahagian Akaun sewaktu dia bekerja di Mega Holding. Make up Cik Fatin punyalah tebal. Macam lagak pelakon opera cina aje jadinya. Kalau Qisya bersolek tebal, nanti tak pasal dia dikatakan anak murid Cik Fatin pulak. Hisy tak naklah! Tak sanggup dia nak jadi pengikut Cik Fatin yang sentiasa bad mood 24 jam itu. Mujur kini Qisya tak berdepan lagi dengan wajah yang sentiasa masam mencuka itu lagi. Jika tidak, mahu stress juga dia asyik mengadap wajah masam Cik Fatin.Tok! Tok! Tok! Pintu bilik Qisya diketuk kuat. Macam nak roboh pintu biliknya diketuk sedemikian rupa. Angkara siapalah agaknya, ya? Tak ada disiplin langsung!Qisya! Kau dah siap ke belum ni? Buat apa lagi kat dalam tu? Berangan nak kahwin dengan anak raja ke? Kau nak tumpang ke nak bawak kereta sendiri? Kalau kau bawak kereta sendiri, aku dan Bell jalan dulu. Dah jam berapa ni?! Nisya bersuara nyaring.Bingit pula telinga Qisya dengar suara nyaring makcik sorang ni menjerit-jerit awal pagi. Apa dia ada ujibakat nak jadi bini Tarzan ke pagi-pagi macam ni? Sebab tu nak test power jeritan dia yang maha nyaring tu. Sampaikan satu taman ni boleh dengar suara nyaring dia. Kalau merdu macam suara Datuk Siti Nurhaliza, takpelah jugak. Ini macam suara katak betina panggil hujan saja. Hampeh! Merosakkan kemerduan bunyi betul!Iye la iye la aku dah siaplah ni. Aku tumpang kau. Malas nak drive. Ujar Qisya. Pantas beg tangan dicapai, bakul kecil berisi telekung dan novel terbaru yang dibeli juga di capai sama. Itu sudah menjadi kewajibannya. Sewaktu dia bekerja di Mega Holding dulu pun, dia sering berbuat demikian. Telekung untuk dia mengerjakan solat. Novel pula untuk mengisi masa lapang di waktu rehat bila dia malas hendak keluar makan tengah hari.Qisya segera membuka pintu bilik yang tadinya tertutup rapat dan melangkah ke meja makan untuk bersarapan pagi. Sebelum pergi ke ofis, perut kena isi dulu.Nisya dan Casabelle sudah menanti di meja makan. Hari ini Nisya dengan rela hati menyediakan sarapan pagi untuk mereka bertiga. Menunya adalah nasi goreng kampung dengan horlick panas. Semua memang sudah sedia maklum bahawa Nisya memang sudah jadi tukang masak di rumah itu. Mahu harapkan Qisya dan Casabelle? Hmmm alamat kena makan nasi bungkus ajelah. Bukannya diaorang tak pandai masak, tapi M.A.L.A.S MALAS!CIK Qisya Nur Alifa? sapa seorang lelaki.Qisya berpaling. Kemudian dia berdiri dari duduknya. Seorang lelaki kacak bergaya lengkap berkemeja putih, bersut dan bertali leher hitam serta berseluar slack hitam melangkah menuju ke kerusi di hadapannya. Mungkin lelaki inilah C.E.O Smart Home Holding. Mudanya. Hati kecil Qisya berkata.Ya, saya. Jawab Qisya perlahan. Amboi jadi gadis pemalu la pulak dah. Sedangkan selama ni, dialah heroin. Dulu waktu kat Mega Holding, Qisyalah yang paling kuat menyakat teman-teman satu ofis. Terutama kak Sapura. Kesian kak Sapura semput dia menahan latah akibat disakat oleh budak nakal sorang ni. Tapi bila jumpa aje bos muda yang hensem dan bergaya ni, terus ubah personality jadi gadis ayu. Cit!!!Welcome to Smart Home Holding. Ujar lelaki itu tenang. Segaris senyuman terukir pada bibirnya yang agak kemerahan.Alahaiiiiiiiiii hensemnya! Hati kecil Qisya sekali lagi berdetik.Terima kasih encik err Qisya sedikit gugup. Pantas matanya melirik pada tanda nama yang dipakai oleh lelaki itu.Syed Aiman. Ohhh rupanya nama lelaki hensem ni Syed Aiman. Patutlah hensem macam arab-arab, rupanya keturunan Syed. HeheheSyed Aiman tersenyum. Sedar akan kegugupan gadis di hadapannya itu. Biasalah, pekerja baharu. Lama-lama nanti, okeylah tu. Sebagai Ketua Pegawai Pemasaran, gadis itu pasti boleh menyesuaikan diri dengan pentas persekitaran.Silakan duduk. Jemput Syed Aiman.Qisya kembali melabuhkan punggungnya di atas kerusi.Awak tahukan jawatan awak di sini? soal Syed Aiman.Qisya mengangguk. Sememangnya dia tahu jawatannya di Smart Home Holding. Sebagai Ketua Pegawai Pemasaran. Memang sesuatu yang tidak pernah terjangkau dalam fikirannya. Seingatnya dia hanya memohon untuk jawatan Pegawai Pemasaran. Tidak disangka pula dia akhirnya ditawarkan sebagai Ketua Pegawai Pemasaran. Itulah yang dikatakan dengan Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. HeheheSaya harap awak gembira bekerja di sini. Jangan segan nak bertanya jika ada sebarang masalah. Awak boleh bertanya pada Fadli, tak pun awak boleh terus bertanya pada saya. Syed Aiman menyambung kata. Pandangan matanya menatap redup raut wajah manis di hadapannya. Wajah manis itu mengingatkan dia pada seorang pelakon yang namanya tidak dia ketahui. Tapi memang manis.Insya-ALLAH saya pun harap macam tu. Alahai skemanya jawapan. Biar betul yang bagi jawapan ni Qisya Nur Alifa. Gadis kerek yang brutal walaupun bertudung.Setelah hampir tiga puluh minit berada di bilik Syed Aiman, bersoal jawab dan berkenalan dengan majikannya itu, Qisya melangkah keluar dengan hati yang lega. Ternyata, Syed Aiman seorang ketua yang prihatin pada setiap kebajikan stafnya. Bukan seperti majikan lamanya, Encik Lufti yang terlebih gatal itu.Bos cakap apa? sebaik sahaja keluar dari bilik Syed Aiman, seorang wanita bertubuh gempal menerpa ke arahnya. Ditangan wanita itu terdapat bungkusan keropok udang Double Dacker.Qisya terpinga-pinga. Ini apa kes tiba-tiba datang main terkam macam harimau betina aje ni? Nasib baik roh aku tak melayang dek dengar suara akak ni. Jika tidak kan ke naya. Kempunan aku nak bekerja di Smart Home Holding. Dah tu, kempunan nak berboskan Syed Aiman yang muda, kacak bergaya itu. HuhuhuErr tak ada apa-apa. Cuma bos suruh bekerja dengan baik.Iye ke? Hahahahahahaha tiba-tiba wanita bertubuh gempal itu ketawa kuat.Hisy pelik betullah akak ni. Seingat aku, tak ada pun aku buat kelakar antara benua. Buat lawak ujang pun tak. Yang tetiba nak ketawa besar ni, kenapa? Aduh Fening! Fening!Bos tu hensem, kan? Tak terpikat ke? soal wanita itu lagi. Matanya merenung tepat wajah Qisya. Hmmm cantik budak ni. Kalau dipadankan dengan bos, memang sepadan. Bagai pinang di belah dua. Lagipun bos tu masih muda. Baru masuk dua puluh sembilan tahun. Kalaulah bos ada jodoh dengan budak ni alamatnya tak lama lagi makan nasi minyaklah kami kat Smart Home Holding ni. HeheheQisya semakin pelik. Soalan jenis apa pulak ni? HisyDah dah jangan dilayan sangat kak Mila ni. Dia ni memang macam tu. Mulut tak pernah nak diam. Ada saja yang dibebelkannya. Mari Qisya, saya tunjukkan tempat duduk awak. Tiba-tiba suara Yaya, setiausaha Syed Aiman kedengaran.Nama akak, Jamilah. Tapi budak-budak kat sini semua panggil akak dengan nama kak Mila. Wanita bertubuh gempal itu memperkenalkan dirinya.Ada sambungan tu Kak Mila Murai. Sampuk satu suara garau. Pantas tiga wanita berpaling. Fadli tersenyum memandang tiga jelitawan Smart Home Holding.Pandailah kamu. Ujar kak Mila Murai.Betullah apa yang si Fad cakapkan tu, kak Mila. Kan ke kak Mila terkenal dengan nama kak Mila Murai. Mana tidaknya, hari-hari online Murai.com nak baca gosip pasal artis. Dah tu, bila ada cerita-cerita panas, kak Mila pulak yang jadi tukang sampai. Pot pet-pot pet macam Murai. Yaya pula bersuara. Bibirnya mekar sengan senyuman. Seronok juga mengenakan kak Mila Murai pagi-pagi begini.Iye la tu. Korang berdua ni memang suka menyakat akak. Nanti akak bagi kawin baru tau. Ujar kak Mila Murai. Fadli dan Yaya terdiam. Pandangan mata bersatu. Lantas, kedua-duanya menunduk malu. Seperti ada sesuatu yang mereka sembunyikan. Entah-entah dalam hati ada cinta, tak?! Hehe Cuma Fadli dan Yaya sahaja yang tahu dan ada jawapannya.Nama kamu siapa? soal kak Mila Murai.Qisya Nur Alifa Binti Zahiddin. Senafas Qisya menyebut nama yang menjadi kebanggaannya sejak dari lahir lagi. Nama yang telah dihadiahkan oleh babah dan umi. Dan yang paling istimewa, Alifa. Nama tu diambil sempena nama Nek Tee, Siti Alifah.Qisya Nur Alifa? Hmmm pelik nama kamu ni, ekk. Tapi sedap didengar. Macam nama orang arab pun ada jugak. Akak nak panggil kamu apa? Qisya ke? Nur ke? Alifa ke? Patut pun kak Mila di beri gelaran Mila Murai, mulut tak pernah nak diam. Ada sahaja modalnya untuk bercakap. Hehehe tentu department ni meriah dengan mulut kak Mila Murai yang meriah ni.Panggil Qisya aje, kak. Ujar Qisya ramah. Mula senang dengan kak Mila Murai. Wanita itu mengangguk-angguk umpama burung belatuk.Eh, Qisya dah kenal dengan semua staf kat sini ke? soal kak Mila Murai lagi.Qisya mengangguk. Dah, pagi tadi Yaya dah bawa saya ke setiap department.Kak Mila Murai mengangguk-angguk lagi. Rupa-rupanya dia seorang sajalah yang belum berkenalan dengan Qisya. Kak Mila Murai mengamati gadis di hadapannya itu. Cantik! Puji hatinya. Wajah Qisya mengingatkan dia pada Ayu Raudhah, pelakon dan model yang cantik manis itu. Cuma Qisya ni kulitnya tak seputih Ayu Raudhah. Dan Qisya juga bertudung. Manis gadis ni. Kalau macam inilah, sah ramailah kaum Adam kat Smart Home Holding ni yang gila bayang dengan Qisya. Yang dah sedia miang tu, bertambah gilalah bila nampak perempuan berdahi licin macam ni. Dan sah-sah jugalah ada yang akan cemburukan dia. Biasalah manusia, mana boleh tengok orang lebih sikit.Kak Mila ada panggilan telefon ni! teriak Aton. Pantas lamunan kak Mila Murai terhenti. Hisy.. kacau daun betul.Iye la iye la akak datang ni. Kau ni Ton, tak boleh tengok akak releks sikit. Ada aje yang kau nak kacau. Bebel kak Mila Murai.Qisya tersenyum. Seronok dengan telatah kak Mila Murai.Kak Mila tu memang begitu. Mulut tak tahu nak berhenti. Saya harap awak senang bekerja di sini. Ujar Yaya.Qisya tersenyum lagi. Apalah penyakit budak ni hari ini? Asyik senyum aje sedari tadi. Tak kejangkah otot-otot mulut dia asyik nak tersenyum. Hmmm inilah yang dikatakan terlebih happyBAB 4AMAR BIN AZMAN! Ikutkan rasa hati, mahu saja Qisya cekek-cekek leher lelaki itu. Biar mampus. Dah banyak kali Qisya beritahu Tak nak! Tak nak! Tak nak!, takkan tak faham bahasa lagi. Nak Qisya cakap dalam bahasa tamil ke? Tak pun dalam bahasa jepun. Baru anak teruna makcik Atie kepoh dan pakcik Man kidal tu nak faham. Dah orang kata tak nak tu janganlah nak paksa-paksa pulak. Sekeh kang!Yang makcik Atie kepoh tu pun satu, suka sangat nak kenen-kenenkan aku dengan anak teruna sulung dia tu. Apa dia ingat, si Amar tu baru balik study dari London, aku heran sangat ke? Hisy tak adanya aku nak heran. Baliklah dari Negara Negeria sekali pun, ada aku kisa?!Soal hati dan perasaan ni, mana boleh dipaksa-paksa. Dah aku tak sukakan si Amar tu, nak buat macam mana? Kenalah terima kenyataan yang dah sememangnya terang bersuluh. Tak payahlah nak sorong-sorong si Amar tu dekat aku. Sampaikan suruh si Amar tu datang ke KL semata-mata nak jumpa aku ni. Amar tu memanglah boleh tahan juga hensemnya. Tapi hati aku ni tetap tak berkenan dengan dia. Bukan apa, si Amar tu kerek sangatlah. Berlagak yang dia tu baru balik dari London. Itu yang buat aku tak berkenan dengan dia. Lagipun, dia bukan lelaki pilihan hati aku ni.Qisya mendengus. Teringat kembali pertemuannya dengan Amar sewaktu lelaki itu datang memenuhi undangan makan malam daripada babah. Hisy babah ni pun satu jugak! Aduh memanglah babah tu satu. Tak ada dua atau tiga. Kalau ada dua atau tiga, tentu pening kepala umi nak cam yang mana satu suami kesayangan dia. Okey okey sambung balik apa yang nak diomelkan. Babah ni pun satu! Tau la berkawan baik dengan pakcik Man kidal tu, tapi janganlah sampai nak kenenkan anak daramu yang cute lagi comel ini dengan si Amar kerek tu. Tak sanggup!You dah berubah. Tak macam dulu lagi. I suka tengok you sekarang. Kata Amar sewaktu dia dan Qisya duduk berdua di anjung rumah. You? I? Yaiii!!! Geli telinga aku ni mendengarnya. Rasa macam cair aje tahi telinga aku dengar mamat kerek ni beryou berI dengan aku. Mentang-mentanglah baru balik dari London, nak tunjuk eksen la konon. Entah-entah kalau dia baru balik dari Indon, sah dia akan cakap guna gue lo. Huh! Tak kuasaBabah, umi dan adik-adik semua ada di dalam rumah. Buat pakatan rakyat tengok cerita Pendekar Bujang Lapok. Hmmm iya sangatlah tengah menonton tu. Macamlah aku tak tahu yang babah, umi dan adik-adik awal-awal lagi dah berpakat membawa berkat nak beri ruang untuk si Amar kerek ni duduk berbual dengan aku. Alaaa trick lama. Senang-senang aje aku boleh baca.Berubah? Tak macam dulu? Habis tu dulu aku macam mana? soal Qisya. Tak kuasa nak berI beryou dengan si Amar kerek. Mahu juga dia tahu, dulu dia macam mana sampaikan si Amar kerek boleh berkata sebegitu.Dulu you sememeh, hitam. Tak cantik langsung pada pandangan mata I. But you look better now. Youre beautiful. I betul-betul tak sangka you boleh jadi secantik ini. You buat I terpegun. Dengan selamba biawak jantannya, Amar memberi komen di antara Qisya dulu dan sekarang.Cit! tak guna punya Amar London. Suka-suka hati dia aje kutuk aku sememeh dan hitam dulu. Apa dia fikir, dia tu dah masuk golongan lelaki-lelaki terhensem kat Malaysia ni ke? Jangankan kat Malaysia, kat Kuala Lipis ni pun si Amar ni belum masuk carta lelaki terhensem lagi. Menyakitkan hati betul dia ni!Sejak malam tu, Qisya dah serik nak jumpa Amar lagi. Malas nak layan ayat-ayat kerek mamat London yang perasan diri dia hensem tu. Banyak kali juga si Amar menelefonnya. Tapi setiap kali mamat tu telefon, setiap kali itu juga Qisya akan membiarkan telefon bimbitnya tidak berjawab. Biarlah suara mesin perempuan tu aje yang layan si Amar. Tak pun, pasti Nisya atau Casabelle yang menjadi mangsa disuruh menjawab panggilan mengelikan hati daripada Amar anak pakcik Azman.HOI!!!Novel terbaharu dalam pegangan Qisya terlepas menyembah lantai. Cantik saja novel itu landing ke atas permaidani merah putih yang terbentang di ruang tamu. Pantas dia berpaling dengan pandangan yang bagaikan hendak menelan mangsa.Bell! Kau ni tak ada kerja lain ke, hah? Asyik kejutkan orang aje. Mujur aku tak ada penyakit lemah jantung. Kalau tidak, boleh koma setahun aku kau buat macam ni.Casabelle sudah tersengih seperti kerang basi dalam peti ais. Seronok dapat mengenakan sahabat baiknya itu. Siapa suruh kuat sangat berangan? Kan dah kena serang hendap dengan dia. HahahaDah kau tu asyik melamun, aku pun lancarlah serang hendap. Hehehe Hah, cakap nak pergi makan kat luar? Yang kau asyik termenung macam orang mati laki tu, kenapa? soal Casabelle. Dia sudah siap dengan hanya berbaju T biru dan berseluar jeans hitam separas lutut. Rambutnya yang pendek mencecah paras bahu itu diikat dua. Comel pula bila dia buat stail seperti itu. Tampak keanak-anakan. Comel aje. Menyerlah wajah kacukan Cina-Kadazannya.Untuk pengetahuan umum, si Casabelle ni berdarah kacukan. Daddynya orang cina dari Melaka, manakala Mummynya pula orang Kadazan dari Sabah. Biarpun berbangsa Cina-Kadazan, namun Casabelle tidak fasih bercakap dalam bahasa Ibundanya. Malah, dia cukup fasih berbahasa melayu. Disebabkan minat yang mendalam pada adat-adat orang melayu dan agama islam, Casabelle telah mengambil keputusan untuk memeluk islam. Dah masuk setahun jugalah dia jadi saudara baharu. Sepanjang tempoh itu, Casabelle memang rajin belajar tentang agama. Dan sebagai makluman, nama baharu Casabelle adalah Nur Aminah Abdullah. Nama tu dipilih sebab Casabelle minat sangat tengok drama popular Nur Kasih. Aduh berpengaruh juga drama tu pada si Casabelle.Yang seronoknya, penghijrahan Casabelle ini direstui oleh kedua orang tuanya. Jadi tak adalah kes kena buang keluarga gara-gara dah peluk agama Islam. Syukur alhamdulillah auntie Leza dan uncle memang sporting.Tak ada apalah, cuma aku teringatkan si Amar. jawab Qisya jujur. Tiada apa yang perlu dirahsiakan daripada sahabatnya itu. Persahabatan yang terjalin sedari kecil dengan Casabelle dan Nisya membuatkan tiada sebarang rahsia di antara mereka bertiga. Hubungan baik mereka terjalin atas hubungan persahabatan yang terjalin antara orang-orang tua mereka bertiga. Malah, keakraban mereka bertiga tak ubah seperti adik beradik.Amar London?! Kau rindu dia ke? teka Casabelle. Matanya yang sepet itu tepat merenung wajah ayu milik anak gadis Haji Zahiddin. Biar betul si Qisya ni? Selama ni bukan main anti dadah lagi dia bila nama si Amar tu disebut. Tapi malam ni, boleh pula dia teringatkan si Amar mamat London tu. Takkan Qisya dah rindukan Amar London, kut?!Qisya mengetuk kepala Casabelle.Hisy simpang malaikat empat puluh empat! Tak ada maknanya aku nak rindukan si mamat London yang perasan tahap merbahaya tu. Aku ni tengah geram geram sangat!!!Auch apa ni?! Main ketuk-ketuk kepala orang pulak. Kepala aku ni bayar zakat tau. Kalau kau tak rindukan dia, yang kau teringat kat dia tu, kenapa? Bukan rindu lagi ke namanya tu? Panjang muncung Casabelle.Aku bukannya apa, geram sangat kat mamat London tu. Tak faham bahasa langsung. Dah aku kata tak nak tu, masih nak paksa-paksa. Menyakitkan hati. Marah Qisya.Dahlah jangan layan sangat rasa marah kau tu. Nanti tak pasal-pasal kau kena tekanan darah tinggi pulak. Jangan dilayan sangat si Amar mamat London tu. Kata tadi nak pergi makan kat restoren abang Usop. Jomlah perut aku dah bergoyang Inul ni.Ujar Casabelle yang sudah tercegat depan pintu. Perutnya yang kempis itu ditepuk-tepuk. Badan kecik tapi kuat makan!Iyalah iyelah kau ni kalau bab makan memang nombor satu. Tak padan dengan kurus. Pantas Qisya membuntuti langkah temannya itu. Tudung di atas kepala diperkemaskan. Sebelum meninggalkan rumah, mereka akan pastikan semuanya telah berada dalam keadaan yang selamat. Baru senang hati nak keluar.Kereta Encik Darish tak ada la, Qisya. Ujar Casabelle separuh berbisik.Hmmm kebetulan! Nisya pun kata ada hal malam ni. Mungkin diaorang keluar dating, tak? Saja tak nak bagitahu kita. Hmmm musykil ni? Qisya cuba meneka sambil memasang tali pinggang keledar. Lantas senyuman penuh makna kedua-duanya mekar terukir dibibir masing-masing. Jeng jeng jeng!SAMPAI sahaja di restoren Abang Usop Tomyam Thai, Qisya memarkirkan Viva La Divanya di tempat letak kereta yang tersedia beberapa langkah sahaja dari restoren. Mujur tempat parkir masih banyak yang kosong. Tak perlulah nak bersusah payah parkir jauh-jauh. Perutnya sudah berdangdut sejak dari tadi. Kemalasan tahap melampau memaksa dia dan Casabelle untuk mencari makan di luar malam ini. Selalunya Nisya yang rajin memasak bila berada di rumah.Namun, malam ini sahabat mereka itu balik lambat kerana ada hal yang memerlukan perhatiannya dengan segera. Itu kata Nisya sewaktu menghantar Qisya dan Casabelle balik petang tadi. Tak tahulah hal apa yang penting sangat tu. Tidak pulak Qisya dan Casabelle bertanya dengan lebih lanjut. Maklum, petang-petang bila dalam perjalanan pulang dari kerja semua agak penat. Jadi tak adalah soalan selanjutnya yang keluar dari mulut Qisya dan Casabelle. Apa yang penting masa itu adalah tidur sementara menunggu sampai ke rumah.Tapi memandangkan kereta Encik Darish pun tak ada di rumahnya, Qisya dan Casabelle mengandaikan bahawa Nisya keluar bersama lelaki itu. First date katakan. Hehe balik rumah nanti, mesti korek cerita habis-habis. Tunggulah kau Cik Danisya Izzati Binti Darsani.Wah laparnya! Perut ni dah berkeroncong sejak dari tadi. Tak sabar nak makan tomyam thai abang Usop. adu Casabelle sebaik sahaja kakinya mula melangkah.Qisya mengangguk. Aku pun! akuinya.Ketika mereka terkocoh-kocoh mahu cepat ke restoren Abang Usop Tomyam Thai, Qisya tidak sempat mengelak bila ada satu susuk tubuh yang sasa melanggarnya. Akibat daripada pelanggaran itu, Qisya terjatuh dan terduduk di atas jalan raya. Gedebuk! Macam nangka busuk dahAuch!!! jeritnya.Sorry! Saya tak sengaja.Lelaki itu cuba menghulurkan bantuan dengan menghulurkan tangannya bagi membangunkan Qisya yang sudah terjatuh ibarat nangka busuk dimakan ulat. Casabelle yang berdiri di sebelah Qisya pula sudah tergamam melihat kejadian yang berlaku sepantas kilat itu.Qisya mendongak. Wajah lelaki itu direnung tajam. Dia kenal lelaki itu! Bukankah??? Ah bapak jin!Manakala, si lelaki juga sudah mengerutkan dahinya sebaik sahaja terpandangkan wajah gadis di hadapannya. Seingatnya, dia seperti pernah terjumpa perempuan yang kini sedang merenungnya dengan tajam. Di mana, ya? Dia cuba mengingati sesuatu. Kemudian dia! Jerit hatinya. Inilah gadis yang menyebabkan plat keretanya terpatah dua tempoh hari. Tak sangka mereka boleh berjumpa lagi. Kecilnya Kuala Lumpur ini. Hinggakan dia boleh terserempak sekali lagi dengan gadis itu.Tak payah! Saya boleh bangun sendiri. Tak payah nak tunjuk baik!Qisya menolak kasar tangan lelaki itu. Dia bangun dan mengibas-gibas perlahan punggungnya yang terasa sengal. Aduh entah berapa persenlah saham aku jatuh tadi agaknya? Buat malu aje. Terjatuh macam nangka busuk yang tak laku dijual.Lelaki itu tersenyum sinis. Tangannya dialihkan dari menghulurkan bantuan. Kalau dia tahu gadis itu merupakan orang yang sama pernah bertengkar dengannya tempoh hari, tak hingin dia hendak menghulurkan tangan.Casabelle yang masih berdiri di tempatnya sudah memaksa matanya yang sedikit sepet itu untuk dibulatkan. Terkejut dia apabila mendengar ayat dan melihat perlakuan kasar Qisya. Wajah sahabatnya itu juga sudah berubah kelat. Nampaknya Qisya dan lelaki hensem itu seperti sudah pernah berjumpa sebelum ini.Okey! Kalau macam tu, lain kali kalau berjalan tu tengok-tengoklah sikit. Jangan main redah aje. Sampaikan orang yang berjalan di depan awak pun boleh tak nampak. Spontan ayat yang keluar dari mulut lelaki itu. Sinis sekali pada pendengaran Qisya.Hisy bapak jin ni! Dah dia yang langgar aku. Dia pulak nak suruh aku tengok-tengok bila berjalan. Tak nak mengaku salah langsung. Qisya cuba sedaya upaya untuk menahan rasa marah yang datang bertandang. Perutnya yang semakin mengalunkan irama dangdut itu sudah tidak dihiraukan. Pertembungan dengan lelaki ini buat kali yang kedua benar-benar mencabar tahap kesabarannya.Tolong sikit ek Mr. Man! Sepatutnya bukan saya yang kena tengok-tengok, tapi awak! Sebab pada saya awak yang ada masalah penglihatan. Bukannya saya. Logic ke malam-malam macam ni pakai cermin mata hitam? Hisy tak masuk akal langsung. Lainlah kalau orang buta. Opss awak ni buta ke? sindir Qisya dengan lancar. Bibirnya sengaja dijongketkan sedikit dengan senyuman sinis. Hmm rasakan kelaserkan mulut aku.Air muka lelaki itu berubah. Kaca mata hitamnya ditanggalkan. Baru dia tersedar bahawa dia masih berkaca mata hitam sedari tadi. Percuma sahaja dia dikenakan oleh gadis yang telah dinobatkan sebagai seterunya itu. Tanpa berlengah, dia meninggalkan gadis itu bersama seorang temannya yang mendiamkan diri sejak dari tadi. Malas dia hendak bertekak dengan gadis itu. Lagipun moodnya kurang baik malam ini.Mr. Man! Ingat sikit, hari dah malam! Jangan nak pakai kaca mata hitam. Nanti tak pasal-pasal awak langgar lori ayam pulak. Berbau tahi ayam pulak kereta mahal awak tu nanti. jerit Qisya menambahkan lagi bahang kemarahan lelaki itu.Sebaik masuk ke dalam kereta Porsche merah cili miliknya, pintu dihempas kuat. Bukti betapa panas hatinya dengan kata-kata Qisya. Sudahlah tadi hatinya sakit melihat kemesraan gadis pujaan hatinya bersama musuh ketatnya. Ditambah pula dengan kelancangan mulut gadis ini. Bertambah meluap-luap api kemarahannya.Qisya pula sudah ketawa terbahak-bahak. Seronok meraih kemenangan keduanya bila lelaki itu berlalu dengan wajah yang masam mencuka. Hempas lagi kuat pintu kereta tu. Biar roboh.HENSEM kan mamat tadi tu. Casabelle bersuara ketika mereka menghadap nasi goreng kampung special Abang Usop Melaka.Mamat mana? dahi Qisya berkerut. Wajah Casabelle yang sudah memerah ibarat kucing betina naik miang itu cukup membuatkan tekak Qisya berasa loya. Hatinya masih sakit dengan lelaki tadi, si Casabelle pula sudah tersenyum-senyum dengan miangnya. Siap buat pujian kononnya mamat tu hensem. Pigidah!!! Muka macam tak ubah macam bapak jin, itu yang dikatakan hensem? Hmmm buta!Ala mamat yang kau langgar tulah.Correction! Bukan aku yang langgar dia, tapi dia yang langgar aku. Kau jangan nak terbalikkan fakta, ekk. Kang tak pasal-pasal ada pulak kau bermalam kat sini aku tak bagi tumpang balik rumah. Menapaklah kau dari sini untuk sampai ke Teluk Villa. Qisya membetulkan ayat yang digunakan Casabelle. Suka-suka hati saja cakap aku yang langgar. Sedangkan hakikat dan kenyataan yang sebenar adalah bapak jin itu yang langgar aku. Jalan tak tengok orang di depan. Dahlah badan dia tegap, terpelanting tubuh aku yang kurus ni dibuatnya. Tak pasal-pasal, aku terduduk ibarat nangka buruk yang sudah dimakan ulat buah. Aduh memang memalukan. Mujurlah tak ramai makhluk ALLAH yang lalu lalang. Jika tidak, jatuh banyaklah harga saham aku.Haah silap! Lelaki yang langgar kau tu. Hensemlah dia tu! Sekali pandang ada iras-iras pelakon korea Daniel Henney pulak. Bertuahnya sesiapa yang jadi girlfriend dia. Kata Casabelle.Qisya mencebik. Hensem ke? Aku tak nampak hensem pun. Bagi aku, hensem lagi apek tua yang naik basikal jual gula-gula kapas kat kawasan perumahan kita tu. Ada iras-iras Jet Lie.Hisy buta agaknya si Qisya ni! Macam itu punya handsome mamat tadi, dia bandingkan pula dengan apek tua yang jual gula-gula kapas di Taman Teluk Villa. Tak bermata betul! Tahulah dia tengah sakit hati dengan lelaki tu, tapi janganlah sampai butakan mata semata-mata kerana rasa sakit hati dia tu. Takkan Qisya tak boleh nampak dengan jelas betapa kacaknya wajah lelaki tadi. Persis Daniel Henney. Badan pula sasa seperti Aaron Aziz, pelakon utama KL Gangster tu. Dah tu, tinggi pulak. Adalah dalam enam kaki. Wah! Memang menepati ciri-ciri lelaki idaman semalaya.Casabelle sudah tersengih-sengih. Bayangan wajah tampan milik lelaki tadi mula bermain di layar matanya. Betapa hensemnya lelaki itu. Kan bagus kalau aku jadi girlfriend dia. Seterusnya jadi wife. Bila ada anak nanti, tentu comel-comel belaka. Hehehe Amboi, jauhnya Miss Casabelle Chong ni berangan. Muka pula dah kemerah-merahan seperti udang yang dipanggang.Hoi perempuan! Kau ni kenapa? Tersengih-sengih macam kambing gurun. Aku tengah bengang ni! Kau pulak buat muka menggatal tahap kucing betina nak mengawan. Dah buang tebiat ke?! Qisya menyepak kaki Casabelle dari bawah meja. Terjerit si kawan.Hisy kau ni! Main tendang-tendang pulak. sakitlah!Tau pun sakit. Habis tu yang kau asyik tersengih seperti kerang tak masak tu, kenapa? Dah macam orang sewel aje aku tengok.Ala relekslah, Qisya. Janganlah tension-tension. Kalau kau buat muka macam ni, hilang kecantikan kau. Kan baik kalau kau ceria-ceria selalu. Lupakanlah hal tadi tu. Pujuk Casabelle.Qisya mendengus. Bayangan wajah lelaki itu datang menerpa. Sakit hatinya setiap kali wajah itu datang tanpa diundang. Benci, sebenci-bencinya! Kali ini, kalau dia jumpa lagi bapak jin tadi, dia akan pastikan bapak jin tu tak akan hidup lama.Ekkk?? Berani ke nak bunuh bapak jin tu? Cakap aje yang lebih porah!!!!!BAB 5JAKET kulit hitam dibuka dan dibuang ke atas katil. Satu dengusan kasar keluar dari mulutnya. Hari ini macam-macam perkara yang terjadi. Semua membangkitkan rasa marah. Mujur dia masih boleh mengawal rasa marah yang bertandang. Jika tidak, dah lama dipenggal kepala-kepala orang yang menyakitkan hatinya.Belum pun reda rasa geram melihat kemesraan Intan Natasha bersama seorang lelaki yang amat dikenalinya, muncul pula perempuan gila yang telah diiktiraf sebagai seterunya itu. Menambahkan lagi rencah amarah dalam dirinya. Ikutkan hati, mahu saja ditonyoh-tonyohnya mulut laser gadis tersebut. Nasib baik dia masih boleh bersabar. Tak sanggup nak menjatuhkan maruah bertumbuk, berWWF dengan seorang perempuan. Nanti dia dikatakan lelaki dayus pula.Gila punya perempuan! Mulut laser nak mampus! Nasib baik dia perempuan, kalau lelaki dah lama makan penumbuk sulung aku. Ingat muka tu cantik sangat agaknya! Ceh kalau nak dibandingkan dengan Intan, bagai langit dengan bumi. Kutuk Tengku Danish bersungguh. Bila dah sayang, memanglah si Intan Natasha seorang sahaja yang cantik di depan mata.Tengku Danish mendengus kasar. Hatinya bertambah sakit bila terkenangkan ejekan gadis itu. Menjatuhkan air mukanya sahaja.Mr. Man! Ingat sikit, hari dah malam! Jangan nak pakai kaca mata hitam. Nanti tak pasal-pasal awak langgar lori ayam pulak. Berbau tahi ayam pulak kereta mahal awak tu nanti.Cis tak guna! Percuma saja dia dikenakan oleh perempuan itu. Tapi silapnya juga, siapa suruh pakai kaca mata hitam malam-malam. Kan dah malu sendiri. Mujurlah tak ramai orang yang lalu lalang. Jika tidak, sah jatuh menjunam harga dirinya. Ditertawakan sedemikian rupa.Kalau aku jumpa kau lagi, siaplah kau aku kenakan. Dalam hati sudah ditanam tekad mahu mengenakan seteru yang tidak diketahui namanya itu.Tengku Danish meraup wajah. Cuba menghalau rasa geram yang semakin bersarang di dalam diri. Kalau semakin dilayan, semakin parah jadinya. Jadi lebih baik lupakan saja. Dari layan jiwa yang kacau disebabkan perempuan gila itu, ada baiknya dia pergi mandi. Badan pun dah lekit. Tak selesa.Dua puluh minit kemudian, Tengku Danish keluar dari bilik air. Lantas menuju ke almari pakaian. Selesai memakai baju T tanpa lengan dan mengenakan seluar pendek paras lutut, dia melangkah ke meja kerja. Laptop yang terletak di atas meja dibuka. Serta-merta terlayar wajah cantik Intan Natasha pada skrin laptop. Wajah cantik yang tersenyum dengan menawan. Membuatkan jantungnya berdegup dengan pantas. Lantas, wajah yang terlayar di hadapan skrin diusap. Alangkah bahagianya jika tuan empunya diri muncul dikala hatinya sedang sakit merindu.Tengku Danish mengeluh. Kenapa susah sangat untuk dia meluahkan rasa cinta pada gadis itu? Dan kenapa terlalu sukar untuk Intan Natasha memahami isi hatinya? Selama ini, dia terpaksa berpura-pura di hadapan Intan Natasha. Berpura-pura menganggap hubungan mereka hanya sekadar kawan biasa. Berpura-pura tiada sebarang perasaan istimewa terhadap gadis itu. Sedangkan hatinya tidak seperti itu. Hatinya meronta-ronta setiap kali melihat kemesraan layanan Intan Natasha pada Syed Aiman, kawan merangkap pesaing dalam merebut cinta Intan Natasha.Hubungan Tengku Danish, Syed Aiman dan Intan Natasha telah lama terjalin. Malah keluarga mereka juga berkawan baik. Sudah lama Tengku Danish menyintai Intan Natasha di dalam diam. Sejak di zaman remaja lagi. Cuma gadis itu saja tidak menyedarinya. Malah, Intan Natasha lebih memberi perhatian kepada Syed Aiman. Setiap kali keluar bertiga, Intan Natasha lebih melayan Syed Aiman daripada dirinya. Kata Intan Natasha, Syed Aiman seorang yang istimewa. Inilah yang membuatkan Tengku Danish yakin Intan Natasha menyukai Syed Aiman. Cuma rasa cinta itu belum berbalas memandangkan dari cara Syed Aiman melayan Intan Natasha. Atau mungkin Syed Aiman berpura-pura tidak sedar akan layanan yang diberikan oleh gadis itu.Ahhh semuanya menjadi tanda soal yang menyesakkan! Apa yang pasti cinta Puteri Intan Natasha akan jadi milik aku! Tengku Danish menanam azam.Sedang asyik melayan perasaan, tiba-tiba telefon bimbitnya mengeluarkan alunan suara Jason Mraz dengan dendangan lagu popularnya, Im Yours.Siapa pulalah yang buat gangguan time macam ni? Nak releks pun susah! Potong stim betul! Rungut Tengku Danish. Baru nak layan perasaan, terus hilang entah ke mana. Skrin telefon bimbit yang sudah berhenti bunyinya dilihat. Erin! Hisy apa pulak yang perempuan sorang ni nak malam-malam buta begini?Selang sesaat, alunan suara Jason Mraz berkumandang kembali. Sekali lagi skrin telefon memaparkan nama orang yang sama. Sah! Ini tentu ada sesuatu yang dia mahukan. Biasalah Erin siapa yang tidak kenal dengan perangainya yang gedik-gedik manja itu. Dengan keluhan yang berat, Tengku Danish menjawab panggilan. Sebenarnya malas, tapi terpaksa. Bingit telinga dengar bunyi telefon bimbit yang tidak henti-henti.Dear kenapa lambat sangat nak jawab panggilan I? rengek suara dari hujung sana. Siapa lagi kalau bukan Erin. Modal yang terkenal dengan kecantikan dan keseksiannya.Sebut pasal Erin, dia ni merupakan teman tapi mesra Tengku Danish. Tak lebih daripada itu. Cuma Erin sahaja yang lebih-lebih. Memperkenalkan Tengku Danish sebagai kekasihnya kepada media. Perasan lebih katakan. Tengku Danish dah halang Erin memperkenalkan dia sebagai kekasih kepada umum, namun gadis itu berdegil. Apa salahnya, kata Erin. Lagipun itu salah satu cara menaikkan lagi namanya di persada seni. Hmmm iya sangatlah tu!Disebabkan cerita yang kononnya Tengku Danish tengah hangat bercinta dengan Erin, bonda mengamuk sakan. Membebel 24 jam di talian. Mujur tak berdarah telinga Tengku Danish mendengar omelan bonda. Salah satu ayat bonda yang Tengku Danish ingat sangat.BONDA TAK SUKA DANISH RAPAT SANGAT DENGAN PEREMPUAN TU. KALAU NAK CARI ISTERI, CARILAH YANG BOLEH JADI ISTERI YANG BAIK DAN IBU YANG BOLEH MENDIDIK BAKAL ANAK-ANAK DANISH SEBAIKNYA. BUKAN PEREMPUAN SEPERTI ITU. TAK KISA LA KALAU BAKAL MENANTU BONDA TU MUKA TAK CANTIK. YANG PENTING BAIK DARI SEMUANYA. BONDA TAK SUKA PEREMPUAN YANG PANDAI MEROKOK DAN MINUM ARAK SEGALA NI. FAHAM! Wah keras betul bunyi amaran bonda.Dear kenapa senyap ni? Soalan I you tak jawab pun suara Erin sudah merengek manja.I baru habis mandi. Pendek jawapan Tengku Danish.Dalam mood yang tak berapa baik seperti ini, dia sebenarnya malas hendak melayan Erin. Bukannya dia tidak faham dengan perangai Erin. Mengada-ngada. Rasa menyesal pula berkenalan dengan modal terkenal itu. Kalaulah dia tahu begini jadinya, dia tak hingin nak berkenalan dengan Erin sewaktu Najmi memperkenalkan dia dengan gadis itu. Sosial Erin tahap melampau. Bukan setakat merokok, malah Erin cukup biasa minum arak. Mungkin lebih daripada itu. Bukannya dia tak pernah terlihat Erin keluar dari sebuah hotel bertaraf lima bintang bersama seorang lelaki yang boleh dikatakan sudah berumur. Siap berpeluk-pelukan lagi. Cuma waktu itu Erin tidak terperasaankan dirinya. Itu yang membuatkan dia tidak suka terjebak dengan Erin.Senakal-nakal Tengku Danish, dia masih tahu batas-batas pergaulan. Memang betul dia kaki perempuan. Tapi semua dilayan hanya sekadar kawan biasa. Tak lebih daripada itu. Kalau ada yang nak serius, awal-awal lagi dia akan tolak. Cintanya hanya pada Intan Natasha seorang. Dia berkelakuan seperti playboy pun, disebabkan mahu mengurangkan rasa kecewanya dengan layanan Intan Natasha terhadapnya. Kira kes nak balas dendamlah.Jom keluar. I bosanlah duduk kat rumah sorang-sorang. Zila dah keluar dengan boyfriend dia. Lagipun malam kan masih muda lagi. Ajak Erin dengan suara yang direngek-rengek. Hisy geli pula telinga ni dengar rengekan Erin yang mengada-ngada itu.Tengku Danish mengerling jam meja. Sudah pukul 9.30 malam! Memanglah masih awal, tapi dia tak ada mood nak keluar. Lebih-lebih lagi dengan Erin.I penatlah, Erin. Nak tidur awal. Tolak Tengku Danish. Tak ada mood nak keluar jolly-molly malam ni.Alaaa jom la keluar, sayang. Takkan you nak tidur seawal ni? Jom la temankan I. Dah lama kita tak jumpa. Rindulah Setiap kali I call you ajak keluar, you mesti bagi alasan sibuk. Jom la dear. Keluar dengan I malam ni. I janji akan pastikan you happy malam ni. You tak akan menyesal dengan layanan I. You tak pernah lagikan rasa layanan I. So apa kata malam ni I layan you first class. Rayu Erin. Intonasi suaranya sudah seperti kucing betina nak mengawan. Menggoda habis.Tengku Danish mencebik. Apa Erin ingat dia berminat dengan umpan yang diberikan. Sorry! Nampaknya gadis itu salah orang. Ini Tengku Danish Tengku Norman! Sebuaya-buaya dia, belum pernah lagi dia ngap anak dara orang. Tapi Erin tu masih dara lagikah? Ahhh lantaklah dara atau tidak. Yang penting dia memang tak berminat untuk itu semua. Playboynya ada had. Masih tahu menjaga nama baik keluarga. Masakan dia hendak menconteng arang ke muka bonda dan walid yang telah banyak memberi kebebasan kepadanya selama ini. Sebaiknya dia menggunakan kebebasan yang telah diberikan oleh bonda dan walid. Lagipun dia masih ingat ALLAH, Maha Melihat.Sorry I tak boleh. Letih sangat. You ajak orang lainlah. Gud nite! tanpa menunggu lebih lama lagi, laju sahaja butang merah ditekan. Lantaklah kalau Erin nak merajuk sekali pun. Ada aku kisah?Sekali lagi alunan suara Jason Mraz berkumandang. Tengku Danish mendengus. Hisy perempuan sorang ni! Tak reti bahasa ke? Pantas talian yang sudah bernyanyi-nyanyi dibiarkan. Nanti-nanti Erin pandailah bosan sendiri. Takkan tak sedar yang aku memang tak nak layan dia lagi.Beberapa minit kemudian, telefon bimbitnya berbunyi lagi. Dia mengeluh. Perempuan ni memang tak reti bahasa. Dia nak dengar aku marah agaknya. Pantas dengan rasa geram yang menggunung, telefon bimbit dicapai. Skrin memaparkan wajah dan nama seorang wanita yang amat disayanginya. Kalau wanita ini yang menelefon, tentu ada hal penting yang perlu diambil perhatian. Pantas butang hijau ditekan.Assalammualaikum, bonda. Hormat Tengku Danish memberi salam. Tiba-tiba rasa marah terbuang jauh entah ke mana. Panggilan daripada bonda menyejukkan hati lelakinya. Bibir juga sudah mula mengukir senyuman segaris.Walaikumsalam Danish buat apa? sambut suara Ku Ana. Ceria aje bunyinya.Tak buat apa-apa. Tengah duk lepak kat dalam bilik. Bonda apa kabar? tiba-tiba rasa rindu pula pada wanita itu. Sudah agak lama dia tidak pulang ke rumah. Kesibukan yang melampau, membuatkan dia jarang ada kesempatan untuk balik ke Istana Kristal Villa. Tentu bonda terasa hati dengan sikapnya itu.Alhamdulillah, sihat. Cuma bonda rindukan Danish. Dah sebulan Danish tak balik. Call pun tidak. Langsung tak ingat bonda. Ku Ana buat suara berjauh hati. Memang dia jauh hati pun. Dengan sikap Tengku Danish yang seolah-olah tidak pernah memperdulikan dirinya. Sejak Tengku Danish berpindah ke kondominium Indah Permai, anak itu sudah jarang balik ke Istana Kristal Villa. Jika balik pun, susah sangat nak bermalam di situ. Hanya melalui Tengku Norman dan Tengku Rayyan sahaja dia mendapat tahu keadaan diri Tengku Danish.Bukan macam tu cuma sejak kebelakangan ni Danish bz dengan kerja.Bz sangatlah tu sampai bonda pun tak ingat. Nanti bonda bagitau walid, tak payah nak bagi Danish kerja banyak-banyak. Ada masa sikit untuk bonda. Kata Ku Ana.Tengku Danish tertawa. Lucu juga bonda ni. Takkan nak suruh dia goyang kaki pula. Nanti apa kata staf di Istana Kristal Holding? Mentang-mentang dia anak big bos, suka-suka hati saja tak buat kerja. Sebagai Ketua Jurutera, dia kenalah bagi contoh yang baik pada staf-staf bawahan. Barulah kena hormat sikit.Hah yang pergi gelak tu, kenapa pulak? Bonda bukan melawak pun. Ujar Ku Ana.Cepat-cepat Tengku Danish mematikan tawanya. Alahai bonda ni sejak bila pula cepat terasa hati. Baru ketawa sikit, dah kena sound.Tak ada apalah bonda. Cuma bonda tu sejak bila dah jadi cepat terasa ni? Bukannya Danish tak balik satu tahun. Baru sebulan. Dulu waktu Danish study kat London, tak ada pulak bonda cepat terasa macam ni. Hah ini sah ada krisis sejuk dingin dengan walid. Ujar Tengku Danish seraya mengusik bondanya.Dah dah jangan nak buat-buat andaian. Bonda dengan walid okey-okey je.Itulah kenyataannya. Memang bonda dan walid pasangan yang bahagia. Dia sendiri jarang mendengar bonda dan walid bertengkar. Jika ada pun, mungkin bonda dan walid hanya bertegang urat di dalam bilik. Bila berdepan dengan anak-anak, bonda dan walid tidak pernah dilihat bermasam muka. Malah, bonda dan walid sering bergurau-senda. Kadang-kadang, tanpa segan silu walid akan mencuit hidung dan mencium pipi bonda di hadapan mereka.Hujung minggu ni jangan pulak Danish tak balik. Pesan Ku Ana.Kenapa? Apa apa-apa yang istimewa ke, bonda?Tengok tu belum tua dah lupa. Apa nak jadi dengan Danish ni?! Takkan Danish dah lupa, kan ke anak auntie Badariah dan uncle Halim nak nikah hujung minggu ni. Nama aje kawan baik dengan si Badrul, tapi tarikh nikah kawan sendiri pun tak ingat. Omel Ku Ana. Geram pula dengan sikap sambil lewa anak sulungnya itu. Pelupa sangat!Tengku Danish menepuk dahi. Dia betul-betul terlupa. Mujur bonda ingatkan. Jika tidak, tentu dia akan terlepas majlis nikah Badrul dan tunang tersayang, Siti Najwa. Tentu Badrul akan tarik muka dengannya. Masih teringat ugutan Badrul sewaktu sahabatnya itu menelefon empat hari lepas.KALAU KAU TAK DATANG, KITA PUTUS SAHABAT! aduh dah macam budak-budak tadika pula si Badrul ni. Sampai main ugut putus-putus sahabat. Macam-macam.Ya ALLAH Danish lupalah, bonda. Nasib baik bonda tolong ingatkan. Kalau tak, merajuk sepuluh tahunlah si Bad dekat DanishTu la Danish entah apalah yang ada dalam fikiran tu. Sampaikan semua benda nak lupa. Entah-entah bonda pun lama-lama Danish lupakan.Tak adalah sampai macam tu sekali sangkal Tengku Danish. Apa pun yang jadi, ingatan pada bonda tak pernah padam. Cuma kesibukan yang membebankan membuatkan dia susah hendak menjenguk wanita itu.Okeylah bonda nak masuk tidur. Jangan lupa balik. AssalammualaikumYes Madam! Walaikumsalam Tengku Danish buat gaya tabik spring. Macamlah Ku Ana nampak apa yang dia buat.BAB 6QISYA please rayu Nisya. Air mukanya sudah berubah menjadi lima sen tak laku. Berharap sangat agar sahabat baiknya itu bersetuju. Cuma Qisya seorang sahaja harapan yang dia ada. Nak harapkan Casabelle, amoi sorang tu awal-awal lagi dah menolak. Nak balik Melaka, kata. Dah rindu tahap gaban dekat mummy dengan daddy dia.Tak nak arr. Kau pergilah dengan Encik Darish berdua. Aku tak naklah kacau daun pulak. Lagipun yang kawin tu kan adik Encik Darish. Dah tentu-tentu Encik Darish nak memperkenalkan kau dengan anggota keluarga dia. Kalau aku ikut sekali, takut mak ayah Encik Darish ingat aku ni bakal madu kau pulak. Tolak Qisya. Selamba dengan bahasa kereknya.Nisya mencemik. Qisya ni ada sahaja jawapan yang keluar dari mulut dia. Nak mintak tolong pun banyak alasan.Ala bolehlah, beb. Cuma kau aje harapan nusa bangsa aku. Takkan aku nak pergi sorang. Malulah tutur Nisya bersungguh. Sudah sebulan dia bercinta dengan Encik Darish, jiran sebelah rumah yang dikatakan persis Fahrin Ahmad itu. Tidak disangka lelaki itu akan mengajaknya pergi ke majlis perkahwinan adiknya yang berlangsung esok. Tak ada persiapan nak jumpa bakal mentua. Sebab itu dia beria-ia mengajak Qisya. sekurang-kurangnya dia ada teman. Dapatlah control sikit rasa malu yang menebal.Buat apa nak malu? Kau tak ada hidung ke? Aku tengok lengkap je semua. Cantik lagi. Kalau tak cantik, masakan Encik Darish jiran sebelah tu boleh terpikat. Jatuh cinta separuh mati. Hehehe Qisya mengusik. Suka tengok rona muka Nisya yang sudah kemerah-merahan ibarat udang yang dipanggang. Memang dia dah agak si Nisya pasti akan bercinta dengan Encik Darish punya. Sebab itulah sekarang ni selalu sangat menghilang. Konon ada kerja. Ada OT. Rupa-rupanya pergi dating dengan Encik Darish. Ceh nak bohong konon! Last-last tertangkap jugak. HeheheBila terkenangkan kembali insiden dua minggu lepas, memang mencuit hati. Mana tidaknya, tengah best-best dua pasangan sejoli tu menjamu selera di McD, tiba-tiba aje Qisya dan Casabelle buat serang hendap. Tersedak si kawan bila dengan selamba Qisya menepuk bahunya. Manakala Casabelle sudah tersengih di sebelah. Kantoi. Tak dapat nak lari.Qisya dan Casabelle dengan selamba dan muka tak tahu malu duduk semeja dengan Nisya dan Encik Darish. Merah padam muka keduanya bila diusik. Nisya hanya tersengih-sengih menahan rasa geram. Dalam hati, hanya ALLAH sahaja yang tahu. Rasa nak dicekek-cekek saja leher Qisya dan Casabelle. Padanlah awal pagi dah menghilang. Mengintip dia rupanya cit! Tak guna betul minah-minah kerek ni. Pandai pulak diorang tangkap muat aku.Hisy kau ni! Ke situ pulak. Jom la temankan aku. Kalau kau ada, sekurang-kurangnya tak adalah aku malu sangat berdepan dengan keluarga Rizz. Amboi sekarang ni cik Danisya Izzaty dah berRizz nampaknya. Mesranya hehehe Tak lama lagi sure panggil abang punya. Tak pun darling. Hahahahahahahaha Qisya mula ketawa terbahak-bahak di dalam hati.Ala malaslah beb. Aku paling tak suka jadi bodyguard ni. Kau pergi berdua dengan Encik Darish ajelah. Buat apa nak ajak aku pulak.Air muka Nisya sudah bertukar menjadi seperti duit satu sen tembaga. Sedih bila sahabat baiknya itu menolak. Takkan nak temankan dia untuk sehari pun Qisya nak berkira sangat. Dia benar-benar perlukan kawan untuk pergi ke majlis persandingan adik kekasih hatinya itu.Sampai hati kau, Qisya. Time kau nak elakkan diri dari Amar London dan makcik Atie Kepoh, akulah yang tolong cover kau. Kalau bukan sebab aku tolong cover, dah tentu kau tak dapat elakkan diri dari dua beranak tu. Biar dua beranak yang menakutkan itu ganggu hidup kau. Bila sampai masa aku perlukan pertolongan kecemasan, kau buat derk aje. Tak ada perasaan langsung Nisya dah mula mengungkit. Buat muka sedih ala-ala Siput Sarawak. Kalau ajak secara baik si Qisya tak layan, baik dia mengungkit. Untung-untung Qisya sedar. Hidup bersahabat ni kena tolong-menolong.Aduh ini yang aku lemah ni. Dengan mengungkitnya dengan muka mintak kesiannya hisy pandai betul buat hati aku cair.Hmmm iya la! Iya la! Kau ni kalau dah habis modal mulalah nak mengungkit. Malas betul! Tolong tak pernah nak ikhlas.Nisya tersenyum lebar. Pantas sahaja tubuh sahabatnya itu dipeluk.Macam nilah yang dikatakan kawan baik. Ujar Nisya seraya ketawa bagaikan hantu susu.Qisya mencebik. Iya la banyaklah kau punya kawan baik. Dah dah! Lepaslah. Rimas tau kena peluk-peluk ni. Nanti kalau Encik Darish nampak, macam mana? Tak ke kena gossip. Eiii tak rela aku. Laju tangannya meleraikan pelukan Nisya. Lemas bila dipeluk sebegitu. Apa Nisya fikir, dia anak teddy bear? Dipeluk-peluk.Ala kau ni! Nak peluk sikit pun tak boleh. Esok lusa, bila dah berlaki takkan rimas jugak bila laki kau peluk.Ek eleh makcik sorang ni. Kata aku pulak. Aku ni boyfriend pun tak ada. Macam mana nak berlaki. Lainlah kau tu. Dah ada cik abang Darish. Tak lama lagi dah boleh kena peluk-peluk. Sebiji Qisya mengenakan Nisya. Malu si kawan dibuatnya.Qisya bangun dari duduknya. Tersenyum pandang wajah Nisya yang sudah merona merah. Padan muka! Tu la nak kenakan aku sangat. Kan dah terkena balik. Hehehe dari layan minah kerek ni, baik aku masuk bilik. Layan YM. Nak tengok TV pun, tak ada satu rancangan yang menarik. Semuanya siaran ulangan. Biasalah Astro.QISYA tersenyum bila menerima pesanan YM daripada sahabat alam mayanya, Hot Prince. Setelah hampir dua minggu tidak menerima apa-apa berita daripada Hot Prince, akhirnya malam ini lelaki itu muncul kembali. Ke manalah agaknya Hot Prince menghilang selama dua minggu ini? Pergi kahwin kot. Hati Qisya berperi. Kemudian dia ketawa sendiri.Hot Prince : Hi lesung pipit.Lesung Pipit : Hi lama mhilg. P mna?Hot Prince : Ada cma lama x on9. Bz dgn kja. Awk pa kbr?Rindu plak nk sembg dgn awk JLesung Pipit : Sy sht. Alhamdulillah rindu ke? HeheheSy pun rindu awk jgk JRindu? Memang Qisya rindukan si Hot Prince. Dah lama tak bersembang dengan Hot Prince. Rindu dengan ayat gila-gila lelaki itu. Tapi rindu Qisya tak adalah sampai ke tahap angau. Sudah ditanam dalam hati, dia tak akan jatuh cinta pada rakan alam maya. Biasanya rakan alam maya ni lebih banyak yang tipu dari betul. Macam dia jugalah. Menipu aje yang lebih. Tapi tipu identiti ajelah. Tak nak orang tahu siapa disebalik Lesung Pipit.Hot Prince : Klu mcm 2 apa kata kita jumpa.Nk x?Hot Prince buat cadangan. Sudah agak lama mereka berdua menjadi sahabat di alam maya. Teringin juga hendak bertemu dengan Lesung Pipit.Lesung Pipit : Awk nk jumpa sy ke? Tp sy ne xcntkMuka hodoh badan gemuk kulit gelapTkt bila awk nmpk sy nti awk cabut lariQisya ketawa sendiri membaca ayat yang ditaipnya.Hot Prince : Rupa paras bkn sglanya. Tk kisa la cmnaYg pting psahabatan kan? JBetullah tu tapi buat masa sekarang hati aku belum terbuka nak jumpa. Biarlah bersahabat dalam YM ni aje. Nak jumpa kat luar, aku tak bersedia lagi. Takut jugak kalau-kalau si Hot Prince ni lelaki tua kerepot. Tak ke haru blue hidup beta. Huhuhu Hati Qisya berkata-kata. Dalam seronok bersembang dengan Hot Prince, rasa takut tetap ada. Takut terjumpa dengan lelaki tua yang sudah boleh digelar datuk. Orang tua zaman sekarang lagi hebat berchatting daripada orang muda. Maklum nak mengorat. Jual ayat-ayat cinta! Mana tahu laku bolehlah tambah cawangan.Lesung Pipit : InsyaALLAH ada peluang kita jumpa laMcmna dgn puteri impian awk? Dah luahkanisi hati?Qisya bertanya. Selama berkawan dengan Hot Prince, dia memang tahu lelaki itu sudah mempunyai gadis idamannya. Malah, Hot Prince selalu menceritakan tentang Puteri Impian. Tentu puteri impian seorang yang cantik. Jika tidak, masakan Hot Prince terlalu menyintai gadis itu. Bertuah puteri impian.Hot Prince : Blm lg. Msh mcm 2 jgk x tau nk luahmcmna. Lidah ne kelu stiap kali berjumpa.Lesung Pipit : Ala xkn smpi mcm 2 skli