ijtihad dalam muamalat kewangan

17
SOALAN 7 : Bincangkan tentang maksud ijtihad serta syarat-syarat dan kaedah- kaedah berijtihad dalam perundangan islam. Kaitkan perbincangan ini dengan contoh- contoh yang terdapat dalam muamalat kewangan islam.

Upload: ilaa-pilus

Post on 06-Aug-2015

142 views

Category:

Economy & Finance


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ijtihad dalam Muamalat Kewangan

SOALAN 7 :

Bincangkan tentang maksud ijtihad serta syarat-syarat dan kaedah-kaedah berijtihad dalam perundangan islam. Kaitkan perbincangan ini dengan contoh-contoh yang terdapat dalam muamalat kewangan islam.

Page 2: Ijtihad dalam Muamalat Kewangan

DEFINISI IJTIHAD Bahasa : berasal daripada kata dasar ijtahada (اجتهد) yang

bermaksud “menggunakan sepenuh tenaga dan bersungguh-sungguh terhadap sesuatu.”

Menurut pengertian Istilah membawa beberapa maksud, antaranya :

a) Menurut ibn al-Hajib al-Maliki, ijtihad bermaksud ulama fiqh mencurah sepenuh kemampuan untuk mengeluarkan hukum syarak yang zanni.

b) Imam al-Ghazzali: ijtihad bermaksud mujtahid mencurahkan penuh kesungguhannya untuk mencari ilmu berkaitan hukum syariat.

c) Yusuf al-Qadrawi : ijtihad bermaksud menggunakan sepenuh daya upaya untuk memahami hukum syarak.

Page 3: Ijtihad dalam Muamalat Kewangan

Menurut pendapat jumhur ulama Usul al-Ahkam ialah : mencurahkan tenaga sebanyak mungkin untuk mendapatkan hukum syarak berbentuk amali dengan cara istinbat daripada dalil-dalil syarak.

Oleh itu, ijtihad ialah ahli fiqh mencurahkan ketekunan untuk mendapatkan hukum syarak daripada sesuatu dalil terperinci daripada dalil-dalil syariat. Lapangan ijtihad mestilah kejadian yang tiada nas syarak yang jelas tentang hukumnya.

Orang yang melakukan ijtihad dipanggil mujtahid. Jadi mujtahid adalah “Seorang yang faqih (mahir dalam ilmu fiqah) mencuba sedaya-upayanya untuk mengeluarkan hukum syarak yang praktikal dan berkesan dengan cara membuat kesimpulan daripada dalil-dalil syarie.”

Page 4: Ijtihad dalam Muamalat Kewangan

DALIL PENSYARIATAN IJTIHAD Sebagaimana firman Allah :

Maksudnya : Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) Wahai orang-orang Yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.

( surah al-Hasyr 59 :2)

Ayat tersebut menyuruh umat manusia mengambil pengajaran serta berfikir apa yang berlaku dalam kehidupan juga tentang umat sebelumnya, agar menjadi panduan untuk mereka.

Page 5: Ijtihad dalam Muamalat Kewangan

Melalui hadis pula, daripada ‘Amru bin al-‘Ash :

Maksudnya: Apabila seseorang hakim menghukum dengan berijtihad dan benar, dia mendapat dua pahala. Dan apabila seseorang hakim menghukum dengan berijtihad dan tersalah ia mendapat satu pahala.

Page 6: Ijtihad dalam Muamalat Kewangan

SYARAT-SYARAT IJTIHAD

Menguasai Bahasa

Arab

Mengetahui al-Quran

Mengetahui

al-sunnah

Mengetahui ilmu Usul

Fiqh

Mengetahui Perkara

Yang Diijmakkan

.

Mengetahui Maqasid syariah

Orang yang layak berijtihad

Adil dan bertakwa

Page 7: Ijtihad dalam Muamalat Kewangan

KAEDAH BERIJTIHADUntuk berijtihad, seseorang mujtahid hendaklah mengikut dasar tertentu secara tertib, iaitu :

1. Terlebih dahulu meneliti nas yang terkandung dalam al-quran kemudian Hadis Mutawatir juga Hadis Ahad dalam penetapan hukum.

2. Sekiranya mujtahid tidak menemui nas yang menjelaskan hukum dalam al-quran dan al-sunnah, hendaklah berpegang zahir nas al-quran dan zahir hadis serta dapat diambil daripada keduanya yang mantuq dan mafhum.

3. Sekiranya mujtahid tidak menemui hukum melalui kaedah tersebut, ia hendaklah meneliti segala perbuatan nabi, taqrir baginda, selepas itu berijtihad melalui al-qiyas berdasarkan ‘illah atau sebabnya.

Page 8: Ijtihad dalam Muamalat Kewangan

SAMB…4. Sekiranya mujtahid tidak memperolehi hukum melalui kaedah ketiga , ia hendaklah berpegang pada Bara’ah Al-Asliyah. Selain itu, apabila mujtahid menemui dua dalil bertentangan, ia seharusnya terlebih dahulu menilai sudut kedua-duanya dapat diterima sebagai dalil hukum. Kerana berpegang terhadap kedua dalil lebih baik daripada meninggalkan salah satu daripadanya.

5. Seterusnya, kiranya tidak mungkin dapat dikumpulkan kedua dalil yang bertentangan itu sebagai satu dalil hukum, mujtahid hendaklah istinbat hukum melalui tarjih atau menguatkan terhadap salah satu daripada keduanya.

Page 9: Ijtihad dalam Muamalat Kewangan

CONTOH IJTIHAD DALAM MUAMALAT KEWANGAN

ISLAM

Page 10: Ijtihad dalam Muamalat Kewangan

KONTRAK BAY’ AL-WAFA Contoh kontrak yang tidak terdapat sama ada dalam al-

quran atau al-sunnah ialah kontrak bay’ al-wafa (jual beli bersyarat). Bay’ al-wafa merupakan akad jaminan yang dilaksanakan dalam bentuk jual beli. Dalam akad ini, kedua-dua pihak yang berakad mempunyai hak menuntut untuk memperolehi kembali tukaran masing-masing.

Maksudnya, apabila jual beli wafa berlaku, penjual mempunyai hak untuk menuntut kembali barangan yang dijualnya dengan membayar semula harga barang tersebut sepenuhnya kepada pembeli.

Dengan keharusan bay’ al-wafa, ia bukan sahaja menonjolkan kreativiti ulama fiqh dalam menyelesaikan keperluan masyarakat peniaga pada ketika itu, tetapi juga memperlihatkan peranan ulama fiqh dalam menangani isu-isu semasa berlandaskan proses ijtihad.

Page 11: Ijtihad dalam Muamalat Kewangan

SAMB… Dalam konteks ijtihad, perkara yang tidak dapat dielakkan

ialah munculnya percanggahan pendapat. Jika dirujuk kepada hukum bay’ al-wafa, terdapat pelbagai pandangan mazhab mengenainya.

Mazhab Maliki, Hanbali dan mutaqaddimun (generasi awal) mazhab Hanafi dan Syafii berpandangan bay’ al-wafa tidak diharuskan kerana jual beli bukanlah maksud utama dalam akad bay’ al-wafa. Sebaliknya, tujuan utama adalah sebagai helah menghalalkan riba yang dilarang.

Generasi mutaaakhhirun (terkemudian) mazhab Hanafi dan Syafii telah mengharuskan bay’ al-wafa dengan alasan ia merupakan usaha untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan riba. Mereka mengharuskan kerana keperluan masyarakat yang mendesak dan telah menjadi ‘urf masyarakat pada kebanyakan tempat.

Page 12: Ijtihad dalam Muamalat Kewangan

MUSYARAKAH MUTANAQISAH Musyarakah adalah perjanjian yang dimeterai antara 2

pihak atau lebih sebagai rakan kongsi untuk berkongsi modal dan keuntungan dalam sesuatu perniagaan atau perusahaan. Sekiranya perusahaan mengalami kerugian, maka pembahagian kerugian mestilah berdasarkan modal masing-masing yang diketengahkan. Tidak disyaratkan modal semua rakan kongsi sama jumlahnya.

Musyarakah mutanaqisah (perkongsian yang semakin berkurang) juga dikenali sebagai musyarakah muntahiah bitamlik (perkongsian yang diakhiri dengan pemilikan). Melalui konsep ini, bank dan pelanggannya berkongsi modal untuk mendapatkan sesuatu aset. Maka, pemilikan aset tersebut adalah ke atas kedua belah pihak. Aset tersebut akan menjadi milik penuh pelanggan apabila dia telah membayar kembali kesemua pembiayaan yang diketengahkan bank dalam tempoh masa yang ditetapkan secara berkala.

Page 13: Ijtihad dalam Muamalat Kewangan

KEPUTUSAN MAJLIS PENASIHAT SYARIAH

Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dalam mesyuaratnya yang ke 53 bertarikh 29 September 2005 telah memutuskan bahawa produk pembiayaan berasaskan kontrak musyarakah adalah dibenarkan selagi tiada elemen jaminan modal dan/atau keuntungan oleh rakan kongsi ke atas rakan kongsi yang lain.

Page 14: Ijtihad dalam Muamalat Kewangan

Keputusan tersebut adalah berdasarkan beberapa dalil keharusan musyarakah :

(i) Firman Allah menerusi Surah Saad : 24,

Maksudnya : “...dan sesungguhnya kebanyakan dari orang yang bergaul itu, setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, sedang mereka amatlah sedikit...”

Perkataan’al-khulatha’ dalam ayat di atas membawa maksud perkongsian. Berdasarkan ayat di atas, musyarakah merupakan syariat lama yang tidak dimansuhkan. Amalan ini telah sedia ada sejak zaman Nabi Daud dan tidak ditegah oleh Nabi Muhammad SAW. Namun, musyarakah perlu dilaksanakan secara adil dan berlandaskan Syarak.

Page 15: Ijtihad dalam Muamalat Kewangan

Apabila Rasulullah SAW dilantik sebagai pesuruh Allah SWT, masyarakat Arab telah menjalankan mua`malah secara musyarakah dan Rasulullah SAW membenarkannya seperti sabda baginda:

“Pertolongan Allah SWT ke atas dua orang yang bersyarikat adalah selagi mana salah seorang daripada kedua-duanya tidak mengkhianati rakan kongsinya. Sekiranya salah seorang mengkhianati rakan kongsinya maka Allah SWT akan mengangkat pertolonganNya daripada kedua-duanya.”

Page 16: Ijtihad dalam Muamalat Kewangan

Secara umumnya, ulama bersependapat dalam mengharuskan syarikat atau musyarakah, walaupun mereka berselisih pendapat mengenai jenis-jenis musyarakah yang dibenarkan.

Page 17: Ijtihad dalam Muamalat Kewangan

SEKIAN…TERIMA KASIH..