siri kajian hukum muamalat

24
oleh dr. zulkifli bin mohamad al-bakri SIRI KAJIAN HUKUM MUAMALAT (SIRI PERTAMA)

Upload: hanhan

Post on 13-Jan-2017

245 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: SIRI KAJIAN HUKUM MUAMALAT

oleh dr. zulkifli bin mohamad al-bakri

SIRI KAJIAN HUKUM MUAMALAT (SIRI PERTAMA)

Page 2: SIRI KAJIAN HUKUM MUAMALAT
Page 3: SIRI KAJIAN HUKUM MUAMALAT

3

KandunganPERKARA MUKASURAT Kata-kata Aluan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad 4Mukadimah 5Bab Satu - Pengertian Zakat dan Pensyariatannya 6 • PengertianZakatPadaBahasaBab Dua – Hikmah dan Faedah Zakat 8Bab Tiga - Pelbagai Fatwa dan Hukum Zakat 10 • Pertama:ZakatHartaKanak-kanakdanOrangGila • Kedua:MenukarkanHartaZakatatauMenggunakannya • Ketiga:PenggunaanSistemMetrikdalamUrusanZakat • Keempat:ZakatGaji • Kelima:ZakatKWSP • Keenam:HukumZakatRusa • Ketujuh:ZakatTanam-tanamandanBuah-buahan • Kelapan:HukumMemindahkanZakat • Kesembilan:ZakatSaham • Kesepuluh:HartaDikumpulBertujuanPengagihan • Kesebelas:ZakatTabungHaji • Keduabelas:ZakatKoperasidanSyarikatBab Empat - Pendapat Ulama dan Majma‟ Fiqh Islami 15 • Pertama:ZakatHutang • Kedua:ZakatWakafyangTidakTertentu • Ketiga:ZakatbagiRumahatauTempatTinggal • Keempat:MelantikSeseorangdalamMengembangkanHartaWakaf • Kelima:ZakatSahamdalamSyarikat • Keenam:MenyegerakanZakatSebelumCukupNisabnya • Ketujuh:MengeluarkanZakatTanamandenganWang • Kelapan:ZakatPerhiasan • Kesembilan:ZakatAnugerahTamatPerkhidmatan • Kesepuluh:Kilang-kilangatauSyarikatdaripadaHasilPertanianatauPenternakan • Kesebelas:ZakatMadu • Keduabelas:ZakatHartaAwam • Ketigabelas:ZakatMustaghallatPenutup 18Bibliografi 21

Page 4: SIRI KAJIAN HUKUM MUAMALAT

4

Ketua Pegawai EksekutifBank Muamalat Malaysia Berhad

SegalapujibagiAllahS.W.T,TuhansekalianalamyangsentiasaMahaPemurahdanMahaPenyayangterhadapmakhluk-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga, sahabat-sahabatbagindasertamerekayangsentiasamengikutidanmemperjuangkansunnahnya.

Islammerupakanagamadanpeganganyangharmoniuntukmanusiasejagatyangmanatelahmenetapkansatusistemkeadilandankeseimbangandalampembahagianhartadankekayaantanpamenindasantarasatusamalain,sertatidakmembiarkangolonganmiskindanorangyangmemerlukanpertolonganhidupdalamkesusahan.JusteruituIslamtelahmenentukansatusistemyangdinamakanZakatbagimengungkaipersoalanini.FirmanAllahS.W.T.tentangkewajipanberzakatyangbermaksud:

“Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat.”(Surah Al-Baqarah: 110)

AllahS.W.T.telahmemfardhukanzakatsebagaisalahsatuciriperekonomianIslam,malahzakatjugamerupakansatu peraturan yang tetap yang telah diperintahkanAllah. Walaupun sistem zakat merupakan jaminanAllahdalammenanganimasalahmasyarakat,tetapisejauhmanaiadapatdilaksanakanuntukmencapaimatlamatnyabergantungkepadaekonominegara,keberkesananpengurusanzakatdankesedaranolehpembayarzakat.

ZakatmerupakansumberkekuatanekonomimasyarakatIslam.BadanyangbertanggungjawabmengumpulkanzakatmempunyaitugasyangkhususyangtelahditentukanolehAllahS.W.T.iaituuntukmengagihkanwangzakatkepadalapanasnafsebagaimanayangditentukanAllahS.W.T.didalamkitab-Nya.Jikainitidakdilakukandenganmengikut acuan yang betul, masalah kemiskinan akan berterusan. Malah, kemiskinan merupakan salah satupuncautamakepadakemungkarandankepincanganyangsedangberlakudisekililingkitadewasaini.

Dunia hari ini semakin maju khususnya dalam bidang perniagaan sama ada dalam bentuk syarikat, pasaransaham, koperasi, dan sebagainya. Implikasinya, bentuk penyata kewangan untung rugi perniagaan tersebutsemakinrumituntukdibacadandianalisa.

Hakikatnya,masih banyak isu berkisarmengenai zakat yang tidak diketahui oleh orang ramai.Antaranya isumengenai zakat ke atas saham, koperasi dan syarikat, serta fatwa-fatwa mengenainya. Adalah diharapkankemunculanbukuinidapatmendidikmasyarakatuntukmendalamisertamemahamihukumdanfatwaberkenaanzakatdenganlebihjelasdanterperinci.

Akhirkata,sayamerasabanggadengankemunculanbukuiniyangdikaryakanolehDr.ZulkiflibinMohamadAl-Bakri,salahseorangPanelSyariahBankMuamalatMalaysiaBerhadyangbertungkuslumusuntukmenyiapkansiripertamaberkenaanMuamalatMaliahdengantajukFatwaZakatKontemporari.SemogaiamenjadisemangatsertapendorongkepadakitauntukmemahamidanmendalamihukumIslamberkaitanAl-Mal.

Ikhlas,

Dato Hj. Mohd Redza Shah Abdul Wahid

Kata-kata Aluan

Page 5: SIRI KAJIAN HUKUM MUAMALAT

5

PengarangFatwaZakatKontemporari

Islamadalahagamayangbersifattolongmenolongdanlindung-melindungi.IamerupakansatucarahidupyangdikurniakanolehAllahS.W.T.denganmemuliakanmanusiaagarmerekahidupamanbahagiadimukabumi.Bagaimanapunkebahagiaanmanusiahanyaakanterlaksanaapabilamerekamengetahuiakanhakikatdirinyaterlebihdahulu.Lantaranitu,barulahmerekamengetahuibahawamerekaadalahhambaTuhanyangMahaEsa,iaituAllahS.W.T.yangbersifatdengansegalasifatkesempurnaan.

Syariat Islam berbeza dengan sebarang undang-undang ciptaan manusia. Ia adalah satu peraturan yangdapat memenuhi segala keperluan asas dan kepentingan manusia yang bersesuaian dengan jiwa danpeningkatantarafnya.

Pensyariatan zakat adalah satu daripada ciri-ciri yang disyariatkan oleh Allah S.W.T. untuk membentukkeperibadianmanusia,sesuaidenganpra-syaratkebahagiaansesebuahmasyarakatyangharmoni,mahupunsebagaiindividuyangmenyanjungikebahagiannyadalamkehidupanini.

Jika diamati dengan teliti, fungsi zakat ialah mengawasi pendapatan seseorang supaya tidak melanggarbataskeadilandikalanganmereka.SyeikhMuhammadbinIbrahimAl-Syeikhberkata:“Disiniperkarayangamatpentingyangsahuntukdibelanjakanpadanyadarizakat,iaitupersediaankekuatanhartauntukdakwahkepadaAllahS.W.T.danjugauntukmenghilangkansyubhahdaripadaagamadaninimerupakansebesar-besarjihadpadajalan-Nya.”

Zakatadalah fardhudalamrukun Islamdengan ijma’‟.Sesiapayangmengingkariakankefardhuanzakatadalah kafir dengan ijma’‟ sebagaimana pendapat IbnAl-Sobagh. Menegah daripada keluar menunaikanzakatbolehdiperangidenganittifaqparasahabatsehinggamerekamenunaikanhakAllahS.W.T.kepadanya.

Tujuanbukukecil ini dikemukakan ialahuntukmendedahkankhazanah ilmiahdari pelbagai sumberdanrujukanIslamyangtelahdikemukakanolehulama,samaadamutaqaddimin dan mutaakhirin sesuai dengan keadaanmasyarakatdanmaslahatsetempatberubahdarizamankezamanmengikutgayahidupdanurufmasing-masing.

Suatu penegasan, suka dinyatakan bahawa pendapat dan fatwa ini bukanlah bersifat ilzam yang mestidipatuhidandiikuti,tetapisemata-matapermasalahanilmiah.Sayaberharapkepatuhankepadakeputusanmajlis fatwanegerihendaklahdidahulukandaripadamana-manapendapatsebagaimenghormati institusimuftidanfatwabaginegerimasing-masing.

Akhukumfillah,

Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri3Ogos2011MBandarBaruNilai,NegeriSembilan

Mukadimah

Page 6: SIRI KAJIAN HUKUM MUAMALAT

6

Pengertian Zakat Pada Bahasa

IbnManzurmenyebutdalamkitabnyaLisanAl-Arabbahawaasaszakat ialahbersih, tumbuh,berkatdanpujian.SemuanyadigunakandalamAl-Qurandanhadis.

MenurutAl-RaghibAl-Asfahani:“Maksudasalzakat ialahsuburyangterhasildarikeberkatanAllahS.W.T.dan ianyaberkaitandenganperkaraduniadanakhirat.”Dinamakanzakatdenganmakna tersebutkeranapengeluaranzakatuntukmengharapkankeberkatanataumembersihkanjiwadanmenyuburkannyadengansegalakebaikandankeberkatan.Perkataanzakatdiambildaripadayangbermaksud“sesuatuitubertambahdansubur.”

Begitujugayangbermaksud“tanam-tanamandanperniagaansuburdanbertambah.”Zakatjugaberertibersih.HaliniberdasarkanfirmanAllahS.W.T.yangbermaksud:‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu (dengan iman dan amal kebajikan).”(Surah Al-Syams: 9)

Al-Qurtubi berkata: “Dengan maksud sesungguhnya telah berjaya siapa yang Allah menyucikan jiwanyadenganketaatan.”

Menurutayat tersebut,orangyangberjaya ialahorangyangmembersihkandirinyadaripadaakhlakyangburuk.

Pengertian Zakat Pada Syarak

Pengertianzakatpadaistilahsyarakialahkadartertentuyangdiambildaripadasebahagianhartatertentu,yangwajibdiberikankepadagolongantertentuapabilacukupsyarat-syaratyangditentukan.

DidalamAl-QamusAl-Fiqhimenyebut:Zakatpadasyarakialahpemilikansebahagiandaripadahartayangditentukan oleh syarak kepada orang Muslim yang fakir yang bukan di kalangan Bani Hasyim di manasebahagianhartadarikalanganorangkayayangdiberikansemata-matakeranaAllahS.W.T.Pengertianzakatmengikutsusunanempatmazhabadalahsepertiberikut:

Mazhab Hanafi: Memberikanmiliksebahagianhartayangtertentudaripadahartayangkhususkepada individuyangtertentutelahditetapkanolehAllahS.W.T.untukmendapatkan keredhaan-Nya.

Mazhab Maliki: Mengeluarkansebahagiankhususdaripadahartayangcukupnisabkepadaorangyang berhakmenerimanya,sekiranyasempurnamilikdancukuphauliaitubagiyangselain daripadahartagalian,tanamandanrikaz.

Pengertian Zakat Dan PensyariatannyaBab Satu

Page 7: SIRI KAJIAN HUKUM MUAMALAT

7

Mazhab Al-Syafie: Zakatadalahnamabagisesuatuyangdikeluarkandaripadahartadantubuhbadan dengancarayangtertentu.

Mazhab Hanbali: Iaadalahhakyangwajibpadahartayangtertentudiberikankepadagolongantertentu padawaktutertentu.

Daripadadefinisiyangdijelaskandiatas,jelaslahbahawaperkataanzakatitudigunakanuntukmenunjukkankepadaperbuatanmengeluarkanzakatitusendiriiaitumenunaikanhakyangwajibterhadapharta.Iajugadigunakan untuk menunjukkan kepada sebahagian harta yang telah ditetapkan yang difardhukan olehAllahS.W.T.sebagaisatuhakkepadaorang-orangfakir.ZakatjugadinamakansebagaisedekahkeranaiamenunjukkankepadasifatbenarseoranghambadalammelakukanubudiyyahdanmentaatiAllahS.W.T.

Page 8: SIRI KAJIAN HUKUM MUAMALAT

8

Zakat mempunyai hikmah dan faedah yang banyak. Ia adalah untuk kebaikan pengeluar zakat dan jugapenerimanya.Faedahzakatjugadapatdinikmatiolehindividudanmasyarakat.Antarahikmahdanfaedahtersebutadalahsepertiberikut:

Pertama: Amalanberzakatbolehmembiasakandiripengeluarnyasupayabersifatpemurahdan sukamengerjakanibadahqurban.Amalanitujugabolehmembuangsifatkedekutdan unsur-unsurbakhil.Hakikatinidapatdirasaiolehpengeluarzakatdandiajugamenyedari bahawazakatitulebihketarakepadapenambahanhartadaripadamenguranginya.Halini sebagaimanayangditegaskanolehRasulullahS.A.W.dengansabdanyayangbermaksud:

“Zakat itu tidak mengurangi harta.”Riwayat Muslim (2588)

Persoalannya:Bagaimanakahdikatakanzakatituakanmengurangiharta,sedangkan Allahmemberkatihartayangtinggaldengansebabberzakat?

Jawapan: AllahS.W.T.akanmenjauhkanhartatersebutdaripadasesuatuyang memudharatkannyadanmemeliharanyadaripadagangguanmanusia. Selaindaripadaperkaratersebut,AllahS.W.T.jugamenunjukkancara-cara untukmemanfaatkandanmengembangkanhartatersebutkepada pemiliknya.Disampingitu,AllahS.W.T.memberikanganjaranpahala yangbesarkeranamengeluarkanhartasemata-matauntukkeredhaan-Nya.

Kedua: Zakatbolehmenguatkanhubunganpersaudaraandankasihsayangantarapengeluar zakatdenganoranglain.Apabilakesedaraniniwujuddalammasyarakat,setiaporang Islammampumenunaikankewajipanmengeluarkanzakatkepadapihakyangberhak menerimanya.Ianyadapatdilihatbetapaeratnyajalinankasihsayangsesamaindividudi kalanganorangIslamdanmasyarakatkeseluruhannya.

Ketiga: Zakatberperananuntukmemastikansesebuahanggotamasyarakatitumenjadilebih sempurna.Meskipunbegitu,terdapatpelbagaikeadaandanunsur-unsuryang memperluaskanjurangperbezaantarafsosialiaitubertambahnyagolonganyang memerlukanbantuansertagolonganfakir.Zakatberfungsimemeliharamasyarakat daripadajurangperbezaantarafsosialyangketara.

Keempat: Zakatmemainkanperananpentingdalammenanganimasalahpengangguran.Antara sebabutamayangmenyumbangkepadapengangguranialahkemiskinan.Orangyang miskintidakmempunyaimodalyangminimumuntukmenjalankansesuatuperusahaan ataupekerjaan.Olehitu,jikasistemzakatberjalanmengikuthaknya,sudahtentuorang yangmiskinberhakmenerimabahagiannyadanmembolehkanmerekamenjalankan perusahaanyangdirancangsesuaidengankemahirandankelayakanyangadapada mereka.

Hikmah Dan Faedah ZakatBab Dua

Page 9: SIRI KAJIAN HUKUM MUAMALAT

9

Kelima: Zakatmerupakancarayangdapatmembersihkanhatidaripadasifat-sifatkejiyang memberikesankepadamasyarakat,iaitusifatberdendam,irihatidanhasaddengki. Bagaimanapunsifattersebutakanmenjadibarahdalammasyarakatjikatiadalagisifat berkasihsayang,tolong-menolongdansalingbersimpati.Fenomenainibukanhanya propagandayangdilaung-laungkansahaja,malahiatelahmenjadisaturealitiyangnyata danbukanfantasiyangdireka.Apabilazakatdilaksanakan,hasilnyaakanjelaskelihatan dankesannyayangmenakjubkan.

Olehitu,iadapatmembersihkanjiwadaripadasifathasaddengkidanirihatiserta mengeratkanhubunganpersaudaraansekalipunmerekaberbezadarisegikemewahan dankekayaan.IniberdasarkanfirmanAllahS.W.T.yangbermaksud:‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟ “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk.”

(Surah Al-Taubah: 103)

IbnAbbasmenjelaskanbahawasanyasetiapkalimahdidalamAl-Quranadalahlebihaula difahamidenganmaknazakatyangwajib.

Keenam: SyeikhAliAl-Jarjawidalambukunya,Hikmah Al-Tasyri’ wa Falsafatuhuberkata:“Antara hikmahmenunaikanzakatialahmembawakepadakeamanandalamnegara.Beliau memberibanyakalasandanhujahbagimembenarkankenyataantersebutyangjelas menunjukkanbalamenimpamasyarakat,negeri,negaradantempatdimanapengabaian untukmengeluarkanzakatberlaku.Natijahyanglebihparahlagimembawakepada pembunuhan,jenayah,pencuriandanjugaramaiyangditangkapdandimasukkanke penjarakeranasebabhartabendadankewangan.”

Page 10: SIRI KAJIAN HUKUM MUAMALAT

10

Pertama: Zakat Harta Kanak-kanak dan Orang Gila • Kewajipanzakattidakdisyaratkanpemiliknyaseorangbaligh,berakaldancerdik • Maksudwajibzakathartakanak-kanakdanoranggilaialahhartakanak-kanakdanharta oranggilawajibdikeluarkanzakatnya.Halinitidakbermaksudmerekasendiriyang mengeluarkannyadanjikatidakmelaksanakannya,merekaakandiazabpadaHari Kiamat.Sebenarnyahakzakatyangadadalamhartamerekayangtelahcukupsyarat- syaratnya,wajibataswalikedua-duanyamengeluarkanzakatbagipihakmereka • Sekiranyawali-walitersebutcuai,dalamhalinimerekalahyangberdosadanmendapat seksadaripadaAllahS.W.T.Jikakanak-kanakdanoranggilatidakmempunyaiwali,maka zakatyangtertunggakmenjaditanggungjawabmerekauntukmengeluarkannyasendiri apabilabalighdansiuman

Kedua: Menukarkan Harta Zakat atau Menggunakannya • Ulamatidakberselisihpendapattentangzakatwangtunaiyangdikeluarkandengan wangtunaisahajadantidaksahpemiliknyamengeluarkanbaranganlainyang menyamainyasebagaiganti.Apabilapemilikhartamenyerahkanzakatnyakepada pemerintah,wakilatauyanglainnyamerekatidakbolehmenguruskannyasecarayang terkeluardaripadakeadaanyangasalzakattersebutsebelummenyampaikannyakepada yangberhak • MenurutImamNawawidalamkitabnyaAl-Majmu’(6/178),sahabat-sahabatkamiberkata: “Tidakharusbagipemerintahdanpemungutzakat,menjualhartazakatwalaupunsedikit tanpakeperluanberbuatdemikian.Malahmerekahendaklahmenyerahkanhartazakat yangasalkepadagolonganyangberhakmenerimanya.”Inikeranapenerimazakatadalah golonganyangmengertidantidakperludiuruskanolehoranglain.Sepakatbahawazakat tidakhalalbagiBaniHashimsamaadalelakidanperempuansekalipunmerekaberhak menerimazakat

Ketiga: Penggunaan Sistem Metrik dalam Urusan Zakat KeputusanMuzakarahJawatankuasaFatwaKaliPertama1981berkenaanSistemMetrikdalam UrusanZakatsepertiberikut: • Ukurannisabjenis-jeniszakatkepadasistemmetrikadalahharus • Sukatannisabzakatpadiialah363gantang

Keempat: Zakat Gaji KeputusanMuzakarahJawatankuasaFatwaKaliPertama1997berkenaanZakatGajidan PendapatanProfesional: • UmatIslambolehmengeluarkanzakatdaripadapendapatangajidanLembagaHasil DalamNegerihendaklahmemberirebatzakatkeatasjumlahyangdibayar • Pendapatanprofesionaldiwajibkanzakatkeranaiatermasukdalamzakatperniagaan

Pelbagai Fatwa Dan Hukum ZakatBab Tiga

Page 11: SIRI KAJIAN HUKUM MUAMALAT

11

• Muzakarahbersetujubahawazakatkeataspendapatanpenggajianadalahwajibbagi orangyanglayakmengeluarkanzakat • KeputusanMuzakarahJawatankuasaFatwa2003berkenaanZakatGajiBesertaKadarnya: • Asaspengiraanzakatgajidanpendapatanadalahberdasarkankepadapendapatan kasarsetahundankadarzakatyangdikenakanialahsebanyak2.5%daripadajumlah pendapatantersebut • DalamkitabNawazilAl-Zakah,antaralainmenyebut:Seseorangyangmenunaikan zakatapabilacukupnisabdanhaulnyasudahpastibesarpahala,tinggidarjatdan meraikan hak fakir miskin

Kelima: Zakat KWSP KeputusanMuzakarahJawatankuasaFatwa1982berkenaanZakatWangKWSP:Wangdaripada KumpulanWangSimpananPekerja(KWSP)bagipekerjaIslamwajibdikeluarkanzakatapabila cukuphaulnyaiaitusetahunsetelahpenerimaannyaberdasarkanMazhabAl-Syafie.

Walaupunbegitu,MuzakarahJawatankuasaFatwa2006menambahfatwasepertiberikut:

Jumhurulamaberpandanganbahawazakathartabolehdikeluarkanlebihawaldaripadawaktu yangsepatutunyadengansyarathartatersebuttelahmencukupinisabnya.Berdasarkan pandangantersebut,MuzakarahmemutuskanbahawaKeputusanJawatankuasaFatwayang bersidangpadatahun1982dipindasebagaimanaberikut: • PencarumKWSPdigalakkanmengeluarkanzakatsejurusmenerimaataumengeluarkan wangKWSPtersebutjikacukupnisabnyatanpamenungguhaulsetahun

Keenam: Hukum Zakat Rusa KeputusanMuzakarahJawatankuasaFatwa1993berkenaanHukumZakat,KorbandanAkikah keatasTernakanRusa: • Rusatidakdiwajibkanzakatdantidakbolehdijadikanbinatangkorbandanakikah • Jikadiperniagakan,makadikenakanzakatperniagaandengankadar2.5%

Ketujuh: Zakat Tanam-tanaman dan Buah-buahan • Tanam-tanamandanbuah-buahanyangwajibdizakatkanadalahyangmenjadimakanan asasimanusiadalamkeadaanbiasa,bolehdisimpanlama,dantidakrosak.Antarabuah- buahanyangwajibzakatialahkurmadananggurmanakalatanam-tanamanpulaadalah sepertigandum,barli,padi,kacangdal,kacangputih,jagungdansebagainya.Sebarang makananpadamusimkemarautidakdianggapsebagaimakananasasi.Haliniberdasarkan firmanAllahS.W.T.yangbermaksud:‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟ “Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya.”

(Surah Al-An’am: 141)

Page 12: SIRI KAJIAN HUKUM MUAMALAT

12

DalamAl-Masail Al-Mustajiddahmenyebutdhawabitzakattanaman: i.Jenisbijiansepertigandum,sya’ir (sejenis tepung),kacangdanlain-lain. ii.Jenisbuah-buahanyangdisukatdandisimpansepertikurma,zabib (kismis), fustuq (kacangcerdik).

IniberdasarkanpernyataanAl-BuhutidalamSyarah Al-Muntaha(2/226):“Wajibzakatpada setiapyangbolehdisukatdanditimbangsecaranas.”

Atasasasinilahjenis-jenistanamantidakdikenakanzakat: i.Buah-buahansepertiepal,pisang,limau,durian,salak,duku,langsat,rambutan, belimbingdanlain-lain. ii.Jenissayur-sayurantermasukbawangputih,bawangmerah,sawi,kubisdanlain-lain. iii.Jenissayuranreneksepertijarjir (sejenis pokok), na’na’ (pudina), khurfus (daun sup), taugedanlain-lain. iv.Jenisyangbukanbijirindanbuah-buahansepertikapasjugatidakdiwajibkanzakat.

Kelapan: Hukum Memindahkan Zakat Memindahkanzakatkenegeriyanglainadalahharuskeranamaslahatyangkuatseperti bantuanbencanaataukefakirandansebagainya.InilahfatwaSyeikhIbnJabrin.

DalamkitabNawazil Al-Zakahmengemukakanbanyakpandangandanketikamengesahkan denganmenyatakantidakmenjadikesalahanmemindahkanzakatjikaahliijtihadberpendapat sedemikian.IbnZanjawaihberkata:Mengikutsunnah,pemerintahhendaklahmengutusamil zakatuntukmemungutdaripadamerekayangkayadanmembahagikanhartatersebutdi kalanganorangfakirdisekelilingmereka.Tetapijikapemerintahberpendapatadanegeriyang lebihfakiryangamatmemerlukan,makahukumnyaadalahharussepertipendapatmazhab Hanafi,malikidandipiliholehSyeikhulIslamIbnTaimiah.

Kesembilan: Zakat Saham Saham-sahamyangberasaskankepadahartanahdanlainnyaselamamanabukanyangharam bukandiwajibkanzakattermasukdalamkategoribarangdagangan.InilahfatwaSyeikhIbnBaz. Tanahyangdimilikiseseorangtidaklahdiwajibkankeluarzakatkecualidigunakanuntuk perniagaansepertibroker.Iniberdasarkankepadaumumwajibzakatdaripadafirman-Nyayang bermaksud:‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟ “Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan

mensucikan.”(Surah Al-Taubah: 103)

Kesepuluh: Harta Dikumpul Bertujuan Pengagihan Hartayangdikumpulkansecarabersamayangdigunakanuntukmengagihkankepadayangperlu tidaklahdikenakanzakat.Inikeranahartatersebutdianggapbukanmilikmerekatetapi

Page 13: SIRI KAJIAN HUKUM MUAMALAT

13

hukumnyaadalahsedekah.InilahfatwaSyeikhIbnBaz.Seseorangyangtinggaldiluar negerinyabolehmemilihmenunaikanzakatsamaadaditempattinggalnyaataudinegeri asalnya.Justeru,yangafdhalnyaialahmelihatkepadamaslahat.Inilahpendapat SyeikhIbnHusaimi.

Kesebelas: Zakat Tabung Haji KeputusanMuzakarahJawatankuasaFatwa1979berkenaanPembayaranZakatolehTabungHaji: • LembagaUrusandanTabungHajidiwajibkanmembayarzakatbagipihakpenyimpan dariwangsimpanannya,darihasilpelaburandandarihartayangdiperniagakanserta segalakeuntungandaripadanya • SetelahdikeluarkanzakatolehLembagaUrusandanTabungHajibagipihakpenyimpan itu,makabarulahkeuntunganbersihdibahagidiantarapenyimpandenganLembaga UrusandanTabungHajiberdasarkanperatusyangditentukan

Kedua belas: Zakat Koperasi dan Syarikat KeputusanMuzakarahJawatankuasaFatwa1985berkenaanZakatKoperasiShamelindan seumpamanya:Koperasiwajibmengeluarkanzakatbagipihakahli-ahlinya.

KeputusanMuzakarahJawatankuasaFatwa1987berkenaanZakatkeatasMARA:MARAtidak wajibmengeluarkanzakatkeranatidakmemenuhisyaratmiliksempurnasepertimanayang dikehendakiolehsyariatIslam.

KeputusanMuzakarahJawatankuasaFatwa1992berkenaanZakatkeatasSyarikat:Syarikat perniagaandiwajibkanzakatapabilamencukupisyarat-syaratberikut: • PerniagaanyangdimilikiolehorangIslam • PerniagaanyangdimilikiolehorangIslamyangmerdeka • Sempurnamilik • Cukupnisab • Cukuphaul(genapsetahunqamariah/354.3hari) • Kadarzakatkeatassyarikattersebutadalah2.5% • SyarikatyangdimilikibersamaantaraorangIslamdanbukanIslam,makawajibkeatas jumlahsahamyangdimilikiolehorangIslamsahajaberdasarkanpendapatanbersihyang diperolehi

KeputusanMuzakarahJawatankuasaFatwa2001berkenaanZakatkeatasFirma-Firmadan SyarikatKonsultan:Wajibzakatkeatasfirma-firmadansyarikatkonsultan,jikadimiliki bersamaantaraorangIslamsahajayangkenazakatdantidakkeatasmilikbukanIslam.

KeputusanMuzakarahJawatankuasaFatwa2001berkenaanZakatKeatasSyarikatyang dimilikiolehBerbagaiJenisPemegangSahamyangBercampurMuslimdanbukanMuslim: Dikenakanzakatbahagianmuslimsahaja.

KeputusanMuzakarahJawatankuasaFatwa2001berkenaanOperasikeatasBank-Bankdan Syarikat-SyarikatPerniagaanyangBerlandaskanSyariahyangSyarikatDimilikiolehOrang BukanIslam:SemuaperbankanIslamyangmenjalankanpengurusanperniagaanberlandaskan

Page 14: SIRI KAJIAN HUKUM MUAMALAT

14

syarakwajibmengeluarkanzakatbegitujugasemuakaunteryangmenjalankanperniagaan berlandaskansyarakyanginduknyabukanIslam.

KeputusanMuzakarahJawatankuasaFatwa2001berkenaanZakatSyarikat/AnakSyarikat yangDimilikiolehPermodalanNasionalBerhad(PNB):PermodalanNasionalBerhad(PNB) memilikianak-anaksyarikatyangtidakdisatukan.MasakinianaksyarikatmilikPNBtidak dikenakanpadapelaburanperseorangandanpemegangsahamsahaja.Olehitu,menjadi tanggungjawabPNBmemberikankesedarankepadapelaburperseorangansupayamembayar zakatuntukmereka,begitujugaPNBsebagaipemegangsaham.

KeputusanMuzakarahJawatankuasaFatwa2003berkenaanZakatAngkatanKoperasi KebangsaanMalaysia(ANGKASA):ANGKASAwajibmengeluarkanzakatsetelahditolaksemua perbelanjaanperkhidmatan,pengurusandancukaipendapatankiranyacukuphauldannisab dengankadar2.5%.

Zakathendaklahdibayarberdasarkankepadapendapatandankeuntungandaripadaaktiviti perniagaanyangdijalankanapabilamendapatpertumbuhan,perkembangandanpembesaran berbandingnilaidanmodal.

Page 15: SIRI KAJIAN HUKUM MUAMALAT

15

Bagi melengkapkan lagi perbincangan berkenaan dengan fatwa dan pendapat ulama fiqh, maka penulismerasaterpanggiluntukmentelaahdanmenekunipendapatulamaduniayangkerapkalibersidangdibawahpayungMajma’FiqhIslami,Rabitah Al-Alam Al-Islami.Inikeranapendapatmerekadimukadimahkandengankajian ilmiahdankertas-kertaskerja yangdikemukakanoleh ramai tokohcendekiawan Islam,kemudiandiperhalusi dengan muzakarah serta kesatuan pendapat. Hal ini sudah pasti membuahkan natijah yangmuktamad dengan mengambil kira segala maqasid syariah dan maslahat ummah. Dikemukakan di sinibeberapakeputusanyangdikeluarkan:

Pertama: Zakat Hutang KeputusanMajma‟FiqhIslamiTahun1985ialah: i. Wajibzakathutangkeataspemberihutangsetiaptahunjikayangberhutangmudah membayarnya;dan ii. Wajibzakathutangkeataspemberihutangselepassetahundaripadamemilikinyajika yangberhutangsukardanlambatmembayarnya.

Kedua: Zakat Wakaf yang Tidak Tertentu KeputusanMajma’‟FiqhIslamiTahun1985ialahtidakwajibzakatpadawakafyangtidaktertentu sepertimasjid,madrasahdanuntukorang-orangmiskin.

Adapunwakafkepadagolongantertentusepertiuntukanak-anaknyaapabilasudahmencapai nisabdansegalasyaratzakat,makahukumnyaadalahwajib.

Ketiga: Zakat bagi Rumah atau Tempat Tinggal KeputusanMajma’FiqhIslamiTahun1989ialah: i. Tempattinggalyangdisediakanuntukmendiaminyatidakwajibzakatsecaramutlak; ii. Tempattinggalyangdisediakanuntuktujuanperniagaantermasukdalambarangperniagaan, makawajibzakatmengikutnilaiannyaselepassetahunataucukuphaul; iii. Tempattinggalyangdisediakanuntuksewaanhanyawajibzakatberdasarkannilaisewaannya sahaja;dan iv. Keputusanyangsamadibuatberkenaandengansegalarumahdantanahsewaan ianyatidakdiwajibkanzakattetapisewaannyasahajayangdiwajibkanzakat.

Keempat: Melantik Seseorang dalam Mengembangkan Harta Wakaf KeputusanMajma‟FiqhIslamiTahun1986ialahharuspadaprinsipnyamelantikuntuk menambahkanlagiasetzakatdenganmempermilikkankepadagolonganyangberhakmenerima zakatatausebagaiikutandibawahsyaratyangdipertanggungjawabkandaripengumpulan danpembahagianzakat.Walaupunbegitu,hendaklahmempunyaikeperluanyangmendesak sertaadanyajaminansupayaselamatdaripadasebarangkerugian.WallahuA’lam.

Pendapat Ulama dan Majma’ Fiqh IslamiBab Empat

Page 16: SIRI KAJIAN HUKUM MUAMALAT

16

Kelima: Zakat Saham dalam Syarikat KeputusanMajma’FiqhIslamipadaTahun1988ialah: i. Wajibzakatsahamkeataspemiliknyadanbolehpengurusansyarikatmengeluarkannya sebagaiwakilberdasarkanperaturanatauundang-undangsyarikatatauaktadibuatoleh kerajaan; ii. Carapengeluaranzakatsahamolehpengurusansyarikatsamaseperticarayangdilakukan olehindividu; iii. Jikasyarikattidakmengeluarkanhartatersebutdenganapasebabsekalipun,makawajib keataspemiliksahammengeluarkanzakatsendiri; iv. Jikapemiliksahammenjualsahamnyadalamtempohsetahun,diahendaklahmenggabungkan nilaiharganyakepadahartanyakemudiandikeluarbersamasetelahdikirasebanyak2.5%;dan v. SyeikhMuhammadAbuZahrah,SyeikhAbdulWahabKhallaf,danSyeikhAbdulRahman Hasanbersepakatbahawanas-nasyangdatangberkenaanzakatberdasarkan‘Qillah bukansemata-matata’abbudi.Atasdasarinilahsahamdiwajibkanzakat.LihatAl-Fiqh ala Al-mazahib Al-Arba’ah(1/605).

Keenam: Menyegerakan Zakat Sebelum Cukup Nisabnya Ijmakulamamenyatakanbahawatidakharusmenyegerakanzakatsebelumcukupnisabkerana tidakwujudsebabkewajipannya.SedangkanjumhurulamakecualiMazhabMalikimengharuskannya.

Ketujuh: Mengeluarkan Zakat Tanaman dengan Wang MajlisKibarUlamaArabSaudiyangbersidangpada1402H,memutuskanbahawapadaasalnya zakathendaklahdikeluarkandaripadahartayangdizakatkanberdasarkannas-nasdaripadaRasulullah S.A.W.dalammenghuraikanharta-hartazakatsecaraterperinci.

Walaupunbegitu,ramaiulamamengharuskandikeluarkanzakatberdasarkannilaimatawang daninitidaklahmemberikemudaratankepadafakirmiskin.Justeru,jikainimembawamaslahat kepadafakirmiskin,makahukumnyaadalahharusdikeluarkanzakatberdasarkannilaimatawang.

Kelapan: Zakat Perhiasan DalamkitabAl-Masail Al-MustajiddahmenyebutfatwaSyeikhMuhammadbinIbrahim(4/97) menyatakan:Jelasmenunjukkantidakwajibzakatperhiasanyangdigunakanberdasarkan kepadahadisdannas-nas.Walaupunbegitu,iabertukarmenjadiwajibberdasarkantigasyarat: i. Digunakanuntukperkarayangharam; ii. Digunakanuntukperniagaan;dan iii. Kadarpemilikannyalebihdaripadaurufsetempat.

Kesembilan:Zakat Anugerah Tamat Perkhidmatan KeputusanMajma’Al-FiqhAl-Islamidalampersidangannyayangke-16menyatakanbahawa tidakwajibzakatanugerahtersebutkeranatidak tahqiq milikyangsempurna.Apabilatelah diberidanditerimanyasekaligusataubeberapakali,makajadilahmiliknyayangsempurnadan hendaklahdigabungkandenganhartasimpanannyayangdiwajibkanzakat.

Kesepuluh: Kilang-kilang atau Syarikat daripada Hasil Pertanian atau Perternakan Dalambuku Al-Masail Al-Mustajiddah,semuaperkaradiatastermasukkilangsusudizakatkan sebagaizakatperniagaan.

Page 17: SIRI KAJIAN HUKUM MUAMALAT

17

Kesebelas: Zakat Madu Ulamatelahkhilafberkenaandenganzakatmadu.DalambukuAl-Masail Al-Mustajiddahmenyebut pendapatyangpalingrajihadalahdiwajibkanzakatdengankadarsepuluhafraqnisabnyayang menyamaisukatannya75kilogram.InilahyangtelahdiputuskanolehSayidinaUmarIbn Al-Khattabyangmemerintahkansupayadikeluarkansepuluhperatus(10%)daripadanilaimadu. AthramberkataImamAhmadditanyaberkenaandenganzakatmadu.Jawabnya:“Ya!Aku berpendapatdemikiankeranatelahdilakukanolehUmar.”

InilahpendapatHanafiah,Hanabilahdanqaul qadimbagimazhabSyafie.Pendapatinijuga dikemukakanolehUmarIbnAbdulAziz,Makhul,Zuhri,Auza’iedanIshak.

Manakalapendapatyangkeduamenyatakanbahawamadulebahtidakdikenakanzakat. PendapatinidatangnyadaripadaMalik,Syafie,IbnAbiLaila,Al-HasanbinSolehdanIbnMunzir. Alasannyaialahkeranamaduadalahcecairyangkeluardaripadahaiwandanianyasamaseperti susuhaiwan.IbnMunzirmenyatakanbahawatiadahadisdanijmakyangthabitmenunjukkan tentangwajibnyazakatterhadapmadu.LihatAl-MughniolehIbnQudamah.

Kedua belas: Zakat Harta Awam Ulamatelahkhilafkepadaduapendapat: i. Wajibzakat,inilahpendapatMuhammadbinHasanAl-HanafidandipiliholehDr. MuhammadNaimYasin,Dr.RafiqAl-Misri,Dr.AbdulHamidAl-Ba’li,danDr.HasanAl-Bili. InilahyangdijadikanQanunZakatSudan;dan ii. Tidakwajibzakat,berdasarkanpendapatfuqahaterdahuluberkenaanzakathartaawam. InilahyangdipiliholehramaitokohulamasemasadantelahdiputuskandalamNadwah ke-13berkenaandenganpermasalahanzakatsemasaolehkebanyakanulama.

Ketiga belas: Zakat Mustaghallat Al-Mustaghallatmerupakanhartakekalyangberkembangsepertirumahkediaman,kilang, kenderaan,ladangternakanayam,kapalterbang,kapallautdanlain-lain.Kesemuaharta tersebutmerupakanmodalberkembangyangmendatangkankeuntunganyangbesarkepada tuanpunyahartatersebut.Terdapatduapendapatyangmembezakanpermasalahanini: i. MenyatakantidakkenazakatkeatasAl-Mustaghallat.Pandanganiniadalahpandangan sebahagianulamaantaranyaIbnHazm,Al-Syaukani,SidekHasanKhandanlain-lain. AntarahujahmerekaialahtidakadanasyangsorihsamaadadaripadaAl-QurandanAl- Hadisyangmenunjukkankepadakewajipantersebut.TambahanpulaRasulullah S.A.W.sendiritelahmenetapkanharta-hartayangdiwajibkanzakatdanianyatidak termasuk Al-Mustaghallat.Begitujuga,parafuqahatidakmenetapkanperkaratersebut. JikadidapatikeuntungandaripadaAl-Mustaghallatitu,makahartatersebutkekal sehinggacukuphaulnyadanhendaklahdikeluarkanuntuknyazakatemasdanperak dengansyarat-syaratyangtelahditetapkan.(MuhammadAl-SaidWahbah&AbdulAziz MuhammadRasyid);dan ii. DiwajibkanzakatkeatasAl-Mustaghallat.Iniadalahpendapatsebahagianulama Malikiyyah,Al-Hanabilah,Al-Hadawiyah,daripadaZaidiyyahdanjugapendapatsebahagian daripadaulamakontemporarisepertiAbuZuhrah,AbdulWahabKhallafdanAbdulRahman Hassan.

Page 18: SIRI KAJIAN HUKUM MUAMALAT

18

Betapapentingnya zakat yangmenjadi rukundaripada rukun-rukun Islamyang lima.SikapSayidinaAbuBakar r.a yang tegas memerangi golongan yang enggan membayar zakat sebagai contoh ia tidak bolehdipisahkan daripada kamus kehidupan muslim, masyarakat dan negara. Ini kerana ia menjadi tonggakekonomiumatyangperludiurusdenganpengurusanyangbaik.

Memetikkata-kataDr.YusufAl-Qaradhawimelaluibukunya“AgarBerjayaMuassasahZakatdalamPenerapanMasaKini,”antara lainmenyebut:“Dari sini sayakatakansesungguhnyapenubuhan lembagazakatataumengeluarkan undang-undang untuk mengatur pemungutan dan pembahagiannya, wajib menjadi satubahagiandarilangkahyangmenyempurnakanpelaksannaanperaturanIslamdankembalikepadakehidupanIslamyangbenar.”

Sesungguhnya peraturan Islam terhadap kehidupan ialah peraturan yang saling bersangkut paut danmenyempurnakan antara satu sama lain, tidak boleh dibahagi-bahagikan dan tidak boleh diambilsebahagiannyatanpasebahagianlainnya,makaadakalanyayangditinggalkanituialahpenyempurnaatausyaratbagiyangdiambil.Olehitu,AllahS.W.T.memerintahkanorang-orangmukminmemasukiIslamsecaramenyeluruh,menjalankanpengajaran-pengajarandansyariat-syariatnyasecarakeseluruhanseperti yangdijelaskandalamfirmanAllahS.W.T.yangbermaksud:‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”

(Surah Al-Baqarah: 208)

KeselamatandisiniialahIslam,keranaiaadalahsumberkeselamatandiridanmasyarakat.Ertinyamasuklahkamukedalamsyariat Islamsecarakeseluruhannya.Bukanlahseperti yangdiiginkansebahagianYahudiuntukmemasukiIslamdenganmemeliharasebahagiansyariatdantradisimerekayangkuno.

MakaAl-Quran menolak yang demikian itu kecuali mereka memasuki Islam secara keseluruhannya danmengambil semua tali Islam dari syariat-syariatnya. Menjalankan seluruh perintahnya dan meninggalkansemualarangannya.InilahtafsiranIbnKathir.

Dr.YusufAl-Qaradhawimenambahberkenaandenganperaturanzakatyangmahuditerapkannya.Antaralainkatanya:Mengumpulkanpenghasilanyangsedikittidakcukupuntukmenghadapikefakiranyangtersebardan masalah-masalah sosial yang lahir di belakangnya dan kelemahan penghasilan ini kembali kepadabeberapasebabyanglebihpentingiaitu:

Penutup

Page 19: SIRI KAJIAN HUKUM MUAMALAT

19

Pertama: LemahnyasemangatberagamadankesedaranterhadapIslamdisisikebanyakanmanusia, natijahdaripadaperangpemikiranasingyangkafir.

Inikeranamanusiamelarikandiridaripadamembayarzakatkepadanegarakeranabanyaknya bebanandaripadacukai-cukaiyanglaindantidakadakepercayaanmerekaterhadapnegara- negarayangmemungutzakatkeranaiatidakmenjalankanhukumyangditurunkanoleh Allah.Merekajugamempercayaibahawatidakakanmenyalurkannyapadabentukyang dianjurkansepertikebanyakancukai-cukaiyangdisalahgunakanpenyalurannya.

Kedua: Sesungguhnyamajoritipendudukdinegaraitutidakmemilikikekayaandantidakmempunyai penghasilanyangmempunyainilaiyangmanabolehmenjadisumberzakatdanituadalahkesan bagicarahidupyangdialamikaumMusliminpadazamaniniiaitucaraorang-orangkafir yangdiikutikaumMusliminsejengkaldemisejengkaldansehastademisehastasehingga sekiranyamerekamasukkedalamlubangbiawak,nescayadiaakanikutbersamanya,iaitucara hidupyangberlebih-lebihandalamkemewahan,penampilan,perhiasandanpermainanharam yangbahan-bahanimportnyadarinegara-negaraasingyangmelemahkansumber-sumberdan kekuatankitakepadayangtidakmendatangkanmanfaatkepadaagamakeduniaankita.

Ketiga: Penghasilanyangsedikitiniakandibelanjakansebahagiandaripadanyauntukkegunaanpejabat, peralatandanparapegawaiyangdikhaskanbagipekerjaanini,natijahkesusahanpentadbiran dantugasdanmenitikberatkankeagungandanpenampilanyangmenelanhartaitusebelum sampaikepadaorang-orangfakir.

Keempat: Ketikapembahagianterjadikegoncangandankekacauan,dandiharamkankebanyakanorang- orangyangberhak,danmengambilkebanyakanorang-orangyangtidakberhakmenerimazakat. Yangdemikiankeranalemahnyapendidikan,pudarnyaimandanhatiyangberpenyakit,sama adadisisiorang-orangyangmenjalankanurusanzakatituataudisisirakyat.

Kelima: Akhirnyanatijahzakatdengansendirinyatidakmampumenutupkeperluanorang-orangfakir, dankebencianumumuntukmengeluarkanzakatdantidakadafaedahnya.Inimenyebabkan keraguanterhadapperaturanIslamseluruhnya.Dengancontohini,jelaslahbagikitabahawa kemasukanperaturanasingmasakinidalamsebahagiandaripengajaran-pengajaranIslamdan hukum-hukumnya,tidakmenyelesaikanmasalahdantidakmerawatpenyakitdenganrawatan sempurna.

SesungguhnyaperaturanIslammewajibkanumatnyamemeliharakekayaandengan membelanjakankepadaperkarayangbermanfaat.Islammemeliharakekuatandan kekayaannya,sertausahaumatnyauntukdigunakandaripadamembeliarakdanbahan-bahan yangmemabukkan,dalampermainandangurausenda,menghabiskanmasadalamperkara- perkarayangharamdankejisecarazahirdanbatin.

Sebagaipenutup,sukaditegaskanbahawazakatbolehdibelanjakanuntukmencetakbuku- bukuagama,kasetdancdberkaitanagamabagitujuandakwahdanmenyebarkanilmuIslam.

Page 20: SIRI KAJIAN HUKUM MUAMALAT

20

InilahyangdiputuskandalamMajlisMajma’‟FiqhIslamiyangbersidangdiMakkahpadatahun1405HijrahdibawahtajukfisabilillahmengharuskannyatermasukdibawahdakwahkepadaAllah.HalinibertepatandenganfirmanAllahS.W.T.yangbermaksud:‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟‟

“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si

penerima).”(Surah Al-Baqarah: 262)

Diharapkan semoga buku ini sedikit sebanyak dapat menjelaskan isu dan permasalahan zakat kepadakhalayak, khasnya umat Islam dan seterusnya dapat mengamalkan segala nilai mulia hingga akhirnyamenjadihambaAllahdankhalifah-Nyadimukabumiini.Amin.

Page 21: SIRI KAJIAN HUKUM MUAMALAT

21

AbuBakarMuhammadbinAbdullah(IbnAl-Arabi).2006.Hukum-hukumdalamAl-Quran.JabatanKemajuanIslamMalaysia(JAKIM).

Al-SyeikhSa’adbinAbdullahAl-Barik.1999.FatawaUlama’Al-BaladAl-Haram,HimpunanAl-SyeikhSa‟adbinAbdullahAl-Barik.

Al-SayyidAbdulRahmanbinMuhammadbinHusinbinUmar.t.th,BugyatuAl-Mustarsyidin.Damsyiq:DarAl-Fikr.

Al-SayyidSabiq,FeqhAl-Sunnah.1996.Damsyiq:DarAl-Fikr.

Al-SyahidSayyidQutubRahimahullah.2000.TafsirfiZilalAl-Quran(DiBawahBayanganAl-Qur’an).PustakaAmanPressSdn.Bhd.

AtiahSaqr.t.th.Al-Fatawa.Kaherah:MaktabahAl-Taufiqiah.

AbdullahbinAbdulRahmanAl-Bassam.2003.TaudihAl-AhkamminBulughAl-Maram.MaktabahAl-Asadi.

Dr.MuhammadAl-Zuhaili.2007.Al-Mu’tamadfiAl-FiqhAl-Syafie.Damsyiq:DarAl-Qalam.

Dr.MuhammadAl-Zuhaili.2009.Mausu’ahQadhayaIslamiahMu’asirah.Damsyiq:DarAl-Maktabi.

Dr.AbdullahbinMansurAl-Ghufaili.2008.NawazilAl-Zakah.Riyadh:BankAl-Bilad.

SyeikhJadalHaqAliJadaAl-Haq.2004.BuhusunwaFatawaIslamiahfiQadhayaMu’asirah.Kaherah:DarAl-Hadith.

Dr.AhmadAl-Syarbasi.1995.Yas’alunakaFiAl-DinWaAl-Hayah.Jami‟Al-HuquqMahfuzahliDarAl-Jil.

Dr.YusufAl-Qaradhawi.2004.AgarBerjayaMuassasahZakatdalamPenerapanMasaKini.JasminEnterprise.

Dr.YusufAl-Qaradhawi.1995.FatwaMu’asarah(FatwaMasaKini).PustakaSalamSdn.Bhd.

Dr.MuhammadUqlah.1982.AhkamAl-ZakahwaAl-Sadaqah.Amman:MaktabahAl-RisalahAl-Hadithah.

Dr.MustafaAl-Khin,Dr.MustafaAl-Bugha&Dr.AliAl-Syarbaji.2003.Al-FiqhAl-Manhaji(ManhajFiqhAl-Syafi’i).NegeriSembilan:JabatanMuftiKerajaanNegeri.

Bibliografi

Page 22: SIRI KAJIAN HUKUM MUAMALAT

22

SyeikhHasanainMuhammadMakhluf.t.th.FatawaSyariah.DarulI’tisam.

ImamYahyabinAbiAl-KhairbinSalimbinAs’adbinAbdullahIbnMuhammadbinMusabinUmranAl-Umrani.2002.Al-BayanfiFiqhAl-ImamAl-Syafie.DarAl-KitabAl-Ilmiah.

AimanbinSa’udAl-Anqari.2009.Al-MasailAl-MustajiddahfiNawazilAl-ZakahAl-Muasirah.Riyadh:DarulMaiman.

AbdullahbinMansurAl-Ghafili.2008.NawazilAl-ZakahDirasahFiqhiyyahTa’siliyyahliMustajiddatAl-Zakat.Riyadh:DarulMaiman.

Sa’diAbuJaib.1988.Al-QamusAl-FiqhiyyahAl-LughahwaIstilah.Damsyiq:DarAl-Fikr.

Dr.WahbahAl-Zuhaili.1984.Al-FiqhAl-IslamiwaAdillatuh.Damsyiq:DarAl-Fikr.

IbnQudamahAl-Maqdisi.t.t.Al-MughniwaAl-SyarhAl-Kabir.Beirut:DarAl-KutubAl-Ilmiyyah.

IbnRusyd.2000.BidayahAl-MujtahidwaNihayahAl-Muqtasid.Beirut:DarAl-Ma‟rifah.

KeputusanMuzakarahJawatankuasaFatwaMajlisKebangsaanbagiHalEhwalAgamaIslamMalaysia.2009.JabatanKemajuanIslamMalaysia(JAKIM).

KeputusanMuzakarahJawatankuasaFatwaMajlisKebangsaanSiri1.2007.JabatanKemajuanIslamMalaysia(JAKIM).

KeputusanMuzakarahMajma’FiqhIslami.RabitahAl-AlamAl-Islami.

Page 23: SIRI KAJIAN HUKUM MUAMALAT

Dicetakoleh:

Percetakan TM Sdn BhdNo.8,JalanTembagaSD5/2HSriDamansaraInd.Park52200KualaLumpurTelNo:03-62776223/03-62743227

Page 24: SIRI KAJIAN HUKUM MUAMALAT