fiqh muamalat

Upload: -wan-

Post on 03-Mar-2016

123 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Harap Membantu

TRANSCRIPT

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER 6 / MEI 2014

ABSM3103 / FIQH MUAMALAT

KONSEP BAY AL-SARF DALAM ISLAM

DISEDIAKAN OLEH : WAN MARIANI BINTI WAN HASSANNO I/D : 780214036106001NO. KAD PENGENALAN: 780214-03-6106PROGRAM: BACHELOR OF PENGAJIAN ISLAM (PENGURUSAN ISLAM) DENGAN KEPUJIANNO. TELEFON: 0196026305

E-MEL: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN: OPEN UNIVERSITY, CAWANGAN SEREMBAN.

Isi Kandungan Muka Surat

1.0PENGENALAN 3

2.0KONSEP BAY AL-SARF DALAM ISLAM 62.1Definisi Bay (Jual beli) 72.1.1 Definisi al- Sarf102.2Hukum Jual Beli (al-Bay)132.2.1Hukum Jual al-Sarf atau Kontrak Tukaran Mata Wang152.3Rukun dan Syarat-Syarat Jual Beli ( al-Bay)162.3.1Syarat-syarat Khusus Bay al Sarf23

3.0 CONTOH APLIKASI SEMASA PERDAGANGAN MATA WANG ASING253.1Urus Niaga Semerta273.2Urus Niaga Hadapan283.3Urus Niaga SWAP30

4.0ISU-ISU SYARIAH YANG BERBANGKIT BERKAITAN PERDAGANGAN MATA WANG ASING 314.1Perdagangan Mata Wang Asing (Forex) 314.2Urus Niaga Lani (Spot Market) 324.3Urus Niaga Pasaran Hadapan 334.4Bank Islam Malaysia Berhad 345.0KESIMPULAN 34

RUJUKAN 37

1.0 PENGENALANIslam menganjurkan umatnya agar sentiasa saling bantu-membantu dan memperatkan hubungan silaturrahim kerana manusia saling memerlukan antara satu sama lain dan hidup bermasyarakat demi untuk kesinambungan kehidupan di dunia ini. Oleh yang demikian, dalam urusan kehidupan seharian, manusia sentiasa bermuamalat antara satu sama lain bagi memenuhi dan melengkapkan tuntutan keperluan hidup seharian. Sepertimana firman Allah SWT:Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

(Sumber: Surah al-Hujurat 49: ayat 13)Allah SWT berfirman lagi:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

(Sumber: Surah al-Maidah 5: ayat 2)

Kegiatan hidup manusia biasanya tidak lari daripada matlamat untuk memenuhi kehendak dan keperluan diri, keluarga dan tanggungannya. Melalui kegiatan muamalat sebahagian daripada matlamat tersebut boleh dicapai dan akan lebih sempurna jika setiap orang diberi peluang, kemudahan dan bimbingan. Bagaimanapun kesemuanya itu, bergantung rapat kepada keyakinan diri dan kemampuannya dalam mengendalikan kegiatan tersebut, disamping mempunyai disiplin yang tinggi dan panduan yang mantap dalam satu kerangka sistem nilai hukum dan peraturan yang telah ditetapkan iaitu syariat atau perundangan Islam.Sehubungan dengan itu, syarak telah menggariskan bentuk-bentuk muamalat yang diharuskan bagi menghilangkan kesulitan dan memudahkan urusan sekaligus dapat mengatur dan memperkemas sistem kehidupan dan memperkembangkan ketamadunan manusia agar sentiasa di dalam naungan dan keredhaan Allah SWT.Keindahan dan kesempurnaan Islam akan lebih terserlah apabila dilihat secara menyeluruh (kulli), bukannya secara juzi, iaitu dilihat sebahagiannya sahaja. Islam memberi kebebasan kepada setiap orang dalam kegiatan hariannya secara rasional, berpandu kepada akal, peraturan dan hukum tertentu, dan ia bebas memilihnya. Akan tetapi, kesan daripada kebebasan memilih ini, ia mesti bertanggungjawab ke atas apa yang dipilih dan dilakukannya. Di sinilah letaknya keadilan. Mereka yang memilih kebaikan akan diberi ganjaran pahala dan pada mereka yang melakukan kegiatan buruk, tercela, dan dilarang akan dibalas dengan hukuman yang setimpal dan sewajarnya. Dalam hal inilah Allah SWT menyediakan tempat yang sesuai dengan perilaku manusia iaitu syurga dan neraka, dan manusia tidak boleh menyoal dan mempertikaikannya.Oleh yang demikian, muamalat menjadi asas kepada sistem ekonomi Islam. Teori asas hak, harta dan pemilikan merupakan pokok persoalan yang dibincang dengan begitu teliti, begitu juga teori akadnya dapat difahami dengan jelas melalui rukun dan syarat-syaratnya yang menekankan soal keahlian atau kelayakan orang yang berakad. Perkara yang diakad dan sifat atau format akad. Selain dua perkara asas di atas komponen atau produk yang sedia wujud dalam transaksi jualbeli, perniagaan, perusahaan dan perdagangan hampir sempurna untuk menangani pelbagai masalah yang timbul sehingga produk baru yang wujud pada hari ini hampir semuanya dihasilkan daripada gabungan komponen asal dalam muamalat. Di antara komponen asal ialah peraturan dan kaedah transaksi seperti jualbeli (al-bay) dan jenisnya, tempah dan hantaran masa depan (al-salm), sewa pajak (al-ijarah), gadaian (al-rahn), jaminan (al-kafalah/al-daman), hutang piutang ( al-qard), pindah hutang/bayaran/al-hiwalah, tukaran wang asing (al-sarf) dan banyak lagi.Justeru itu, manusia tidak boleh hidup tanpa pertolongan orang lain, kerana hal tersebut merupakan satu fitrah. Muamalat adalah perhubungan antara manusia sesama mereka untuk mendapatkan keperluan masing-masing dengan cara yang baik sesuai dengan ajaran dan tuntutan agama serta landasan syarak. Syariat Islam telah menjelaskan dengan terperinci tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan muamalat antaranya ialah jualbeli, sewa menyewa, hutang piutang, gadaian, upahan, syarikat, usahasama, dan syarikat permodalan serta perkongsian untung dan rugi. Sebagaimana firman Allah SWT:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".

(Sumber: Surah al-Qasas 28:ayat 77)

Di dalam ayat di atas menjelaskan bahawa kehidupan manusia sentiasa mempunyai keperluan terhadap pelbagai barangan. Tetapi manusia tidak mampu menghasilkan keperluan tersebut secara seorang diri. Dia memerlukan satu mekanisma pertukaran yang bersifat adil dan saksama. Oleh sebab itu Islam menganjurkan akad jualbeli yang berasaskan unsur redha dalam pertukaran tersebut untuk menjamin keperluan manusia dengan adil.Aktiviti jualbeli juga merupakan aktiviti utama hari ini untuk mencari keuntungan dan kekayaan. Justeru untuk mengelak daripada kemungkinan (risiko) dan ketidakpuasan pihak berakad, maka syarak telah menetapkan rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu yang mesti dipenuhi semasa berjual beli. Penetapan peraturan-peraturan sebegini juga menjadikan Islam agama terawal membimbing corak kehidupan manusia kearah yang lebih sistematik dan moden.Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana kali ini saya diamanahkan dan dipertanggungjawabkan untuk menyatakan serta menjelaskan objektif utama dalam tugasan saya kali ini mengenai konsep bay al-sarf dalam Islam, contoh-contoh aplikasi semasa perdagangan mata wang asing, dan juga penjelasan mengenai isu-isu syariah yang berbangkit berkaitan perdagangan mata wang asing.

2.0KONSEP BAY AL-SARF DALAM ISLAMPerkataan (jualbeli) berasal dari kata terbitan yang membawa pengertian yang sama antara jual dan beli. Bay kadangkala disebut sebagai jual dan kadangkala pula disebut sebagai beli. Sedangkan jual dan beli mempunyai makna yang berbeza. Kebiasaannya perkataan bay menunjukkan makna jual atau megeluarkan sesuatu (barang) dari milik seseorang dengan ganti, manakala perkataan menunjukkan makna beli. Walaupun mempunyai perbezaan dari segi makna, namun ia seringkali digunakan dengan maksud yang sama dalam pengertian syarak. Sebagai contoh, sabda Nabi SAW: ...Perkataan digunakan kepada penjual dan pembeli. Kadangkala pula ia menunjukkan makna yang kontra iaitu bay membawa makna jual seperti sabda Nabi SAW: ...Bermaksud menjualnya, dan pula membawa makna beli seperti firman Allah SWT dalam surah Yusof, 20:bermaksud: yang bermaksud membelinya.

2.1DEFINISI BAY (JUALBELI)Al-bay (jualbeli) dari segi bahasa bermaksud pertukaran sesuatu dengan sesuatu, sama ada kedua-duanya dalam bentuk benda atau bukan benda. Allah SWT berfirman:

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (Sumber: Surah at-Taubah: 111)

Al-bay dan as-syira dalam bahasa Arab boleh digunakan untuk makna jual dan juga beli. Maksudnya, kedua-dua istilah ini boleh digunakan untuk merujuk kepada makna yang sama. Sebagaimana firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan (setelah berlaku perundingan), mereka menjualnya dengan harga yang murah. (Sumber: Surah Yusuf: 20)Maksud as-syira dalam ayat ini ialah menjual. Sementara dalam sebuah hadith ada dinyatakan: ...Yang bermaksud: Janganlah seseorang itu menjual atas jualan saudaranya.Maksud menjual atas jualan di sini sebenarnya ialah jangan membeli. Menurut kamus Mukhtar ash-Shihah, sebenarnya larangan ini ditujukan kepada pembeli, bukannya kepada penjual. Manakala menurut para fuqaha pula jualbeli ialah akad yang merujuk kepada pertukaran sesuatu harta dengan harta yang lain bagi tujuan pemilikan kekal. Maksudnya, dalam akad tersebut mestilah wujud pertukaran harta untuk tujuan pemilikan. Jual beli juga mesti membabitkan sesuatu yang syarak menilainya sebagai harta. Jual beli ini juga perlu membabitkan pemilikan dan penyerahan hak milik dan tidak boleh ditetapkan untuk tempoh tertentu sahaja. Dalam erti kata yang lain, jual beli dari sudut bahasanya ialah menukar sesuatu dengan sesatu yang lain. Sebagaimana firman Allah SWT:

Maksudnya: Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah. (Sumber: Surah al-Baqarah 2: 16)Manakala dari sudut istilahnya pula, jual beli ialah menukar harta atau benda yang mempunyai nilai mengikut cara-cara tertentu yang diharuskan oleh syarak dengan lafaz ijab dan kabul.Selain daripada itu, dijelaskan lagi maksud jual beli dari sudut bahasa yang lain iaitu sebarang pertukaran secara umum iaitu: menukarkan sesuatu dengan yang lain, sama ada sesuatu yang berupa harta atau bukan harta sama ada secara redha atau tidak. Dari sudut istilahnya pula ialah pertukaran yang lebih khusus iaitu: pertukaran harta dengan harta secara pemilikan yang berkekalan. Dengan erti lain perkataan ialah pertukaran yang dianggap jualbeli mestilah memenuhi ciri-ciri seperti berikut:a) Pertukaran secara pemilikan yang berkekalan yang tidak dibataskan dengan masa, tempat, keadaan dan lain-lain lagi.b) Pertukaran sesuatu yang berbentuk harta pada pandangan syarak.Dalam hal ini, redha hanya perlu untuk menggambarkan maksud jualbeli dari segi bahasa kerana untuk membezakannya dengan rampas, curi dan sebagainya. Tetapi ia tidak diperlukan untuk menggambarkan maksud jualbeli dari segi istilah. Ini kerana apabila telah berlaku akad jualbeli mengikut syarat-syarat yang ditentukan, maka unsur redha telah dianggap wujud dalam akad tersebut.Begitulah penjelasan yang dapat saya nyatakan di sini mengenai definisi bay (jualbeli) menurut beberapa dalil al-Quran dan al-Hadith serta pendapat dan pandangan fuqaha yang termasyhur.

2.1.1DEFINISI AL-SARFDalam bahasa Arab, sorf ( ) merujuk kepada pelbagai makna iaitu:a) Lebihan dan TambahanSepertimana yang dinyatakan, sebab itu solat sunat dinamakan sorf kerana ia tambahan kepada solat wajib. Sebuah hadith menyebut: . . .Ertinya: Perlindungan orang-orang Islam adalah satu (dan tidak berbeza). Ia boleh dilakukan oleh orang yang paling rendah kedudukannya di kalangan mereka. Sesiapa yang mencabul perlindungan seseorang muslim, maka dia akan mendapat laknat Allah SWT, para malaikat dan manusia seluruhnya. Allah SWT tidak akan menerima daripadanya sebarang amalan sunat atau fardhu.Perlindungan umat Islam bermaksud perlindungan yang diberikan kepada bukan Islam. Dilakukan oleh orang yang paling rendah kedudukannya di kalangan mereka bermaksud perlindungan mereka sah dan perlu dipelihara, walaupun diberikan oleh seorang yang paling hina di antara mereka. Mencabul perlindungan seseorang muslim bermaksud melanggar perjanjian perlindungan yang dibuat olehnya serta menzalimi orang bukan Islam yang diberikan perlindungan itu.Sorf di sini ialah amalan sunat, dan adl ialah amalan fardhu. Maknanya Allah SWT tidak menerima apa yang dilakukannya dan tidak akan memberi ganjaran.

b)Tolak dan UbahDi dalam al-Quran ada menyebut sepertimana firman Allah SWT:

Maksudnya: Maka Tuhannya memperkenankan doanya, lalu Dia menjauhkan daripadanya tipu daya mereka. (Sumber: Surah Yusuf: 34)Ia bermaksud menolak tipu helah mereka.Kemudian firman Allah SWT lagi:

Maksudnya: Dan apabila diturunkan satu surah dari Al-Quran (mendedahkan keburukan orang-orang munafik itu) setengah mereka memandang kepada setengahnya yang lain sambil berkata: "Adakah sesiapa nampak kamu (kalau kita undur dari sini)?" Kemudian mereka berpaling pergi (dengan meninggalkan majlis Nabi); Allah memalingkan hati mereka (daripada iman), disebabkan mereka kaum yang tidak (mahu) mengerti.

(Sumber: Surah at-Taubah:127)Ia bermaksud Allah SWT mengubah dan mengalih hati daripada kebenaran.Firman Allah SWT lagi:

Maknanya: Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran. (Sumber: Surah al-Ahqaaf: 29)Kami menghalakan bermaksud Kami alihkan mereka kepadamu, dan Kami ubah mereka ke arahmu.Manakala menurut istilahnya pula sorf bermaksud jual beli dua barangan yang kedua-duanya dalam bentuk mata wang, ataupun jual beli wang dengan wang. Apa yang dimaksudkan dengan matawang ialah wang dirham atau dinar atau yang seumpama dengannya. Kedua-dua barangan ini ialah emas dan perak tulen, sama ada yang dibentuk atau diacu atau sebagainya. Termasuk dalam erti kata ini ialah semua matawang yang diguna pakai pada hari ini kerana ia mempunyai aset emas yang disimpan. Setiap kepingan adalah symbol kepada dokumen (wathiqah) jual atau beli bagi barangan yang sama nilai dengan aset yang tersimpan tadi. Jelas, urusniaga hari ini yang menggunakan matawang ini berpandukan urusniaga menggunakan dinar dan perak yang diamalkan suatu ketika dahulu. Oleh itu, matawang ini juga terikat dengan peraturan dinar dan dirham menurut hukum syarak. Proses ini boleh dinamakan sebagai jual beli atau tukaran matawang.Menurut Istilah yang lain, bayal-sarf (jual al-sarf) ialah menjual matawang (emas dan perak) dengan mata wang juga.Selain daripada itu,jika kita lihat lagi maksud sarf ialah satu akad jual beli yang melibatkan pertukaran matawang antara pihak yang berakad (al-Khin et al.,2004). Sebagai contoh yang boleh kita lihat seperti pertukaran RM dengan USD contohnya. Untuk pengetahuan kita semua, matawang adalah antara barangan ribawi.Yang mana riba dari segi bahasanya bermaksud tambahan. Dan dari segi istilahnya ialah akad pertukaran barang atau harta ribawi yang tidak diketahui persamaannya pada pandangan syarak atau akad pertukaran yang berlaku penangguhan salah satu pertukaran. Maksud tidak diketahui persamaan ialah tidak terdapat persamaan dari segi kuantiti iaitu sama ada dari segi timbangan atau sukatan. Perbezaan kualiti tidak menjadikan pertukaran tersebut sebagai riba. Ini kerana kualiti adalah ukuran manusia yang berbeza-beza mengikut individu dan tempat. Justeru ia tidak diambil kira apabila terdapat kerelaan kedua belah pihak.2.2HUKUM AL-BAY (JUAL BELI)Dalam Islam hukum jual beli adalah harus selagi ia tidak bercampur atau tidak mempunyai unsur-unsur negatif yang ditegah oleh syarak. Akad jual beli adalah akad yang diakui oleh syarak. Perakuan ini berpandukan dalil al-Quran, as-Sunnah dan juga Ijmak ulama. Dalam al-Quran dengan jelas menghalalkan jual beli ketika menjawab golongan yang ingkar dan mahu mempertahankan amalan riba kerana bagi mereka adalah sama seperti jual beli. Hal tersebut berdasarkan firman Allah SWT :

Maksudnya: Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

(Sumber: Surah al-Baqarah 2: ayat 275)

Walaupun pada asalnya hukum jual beli adalah harus, namun ia akan berubah mengikut keadaan tertentu sepertimana berikut:a) Hukum jual beli menjadi wajib apabila jual beli sesuatu barangan ketika manusia sangat memerlukan, seperti barangan keperluan asasi, dalam keadaan terdesak atau kelaparan dan kebuluran.b) Hukum jual beli menjadi sunat apabila berlaku jual beli antara penjual dengan pembeli terhadap sesuatu barangan yang diperlukan, contohnya penjual menjual barang keperluan harian kepada pembeli.c) Jual beli menjadi makruh sekiranya seseorang itu menjual barangan setelah berkumandangnya azan yang pertama pada hari Jumaat.d) Jual beli menjadi haram hukumnya apabila ia dilaksanakan setelah berkumandangnya azan yang kedua pada hari Jumaat. Dalam keadaan lain juga, hukum jual beli menjadi haram apabila berlaku jual beli terhadap benda-benda yang najis dan haram dari segi syarak seperti menjual arak dan bangkai.Dalam pada itu, Allah SWT turut berfirman menyentuh mengenai pertukaran barangan:

Maknanya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan cara yang salah (tipu,judi dan sebagainya), kecuali dengan cara perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu. (Sumber: Surah an-Nisa: 29)

Makan yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah mengambil. Al-Quran menggunakan perkataan makan kerana pada kebiasaannya makan menjadi matlamat amalan penyelewengan harta. Perniagaan pula ialah jual beli.Selain itu, mengenai dengan jual beli terdapat banyak hadith berbentuk perkataan, perbuatan dan perakuan Rasulullah SAW yang memperakui amalan para sahabat Baginda. Kesemua hadith ini menjadi dalil bahawa amalan jual beli diakui oleh syarak. Dalam sebuah hadith Baginda SAW bersabda: .

Ertinya: Sesungguhnya perbuatan seseorang kamu mengambil talinya, lalu dia memikul seikat kayu api di atas belakangnya kemudian menjualnya, dengan itu Allah SWT menjaga mukanya (maruahnya), adalah lebih baik daripada dia meminta-minta belas ehsan orang ramai, sama ada mereka memberi kepadanya ataupun tidak.Maksud Allah SWT menjaga mukanya ialah apabila dia menjual kayu tersebut, Allah SWT akan memelihara maruahnya daripada dihina dan menjaga air mukanya.Selain itu, para sahabat Rasulullah SAW juga telah menjalankan urusan jual beli sambil diperhatikan atau didengar oleh Baginda, ataupun mengetahui urusan itu dijalankan dan Baginda memperakui apa yang dilakukan dan tidak pula menghalangnya. Perkara yang telah disahkan oleh al-Quran dan as-Sunnah ini juga telah diterima secara ijmak oleh para ulama pada sepanjang zaman.

2.2.1HUKUM JUAL AL-SARF ATAU KONTRAK TUKARAN MATAWANG Menurut syarak, kontrak tukaran matawang dibenarkan dan bertepatan dengan syarak. Pada dasarnya, hukum tukaran ini sama seperti hukum jual beli biasa cuma ditambah beberapa syarat yang akan dibincangkan nanti. Kesahihan tukaran matawang ini disokong oleh banyak hadith dan riwayat sahabat r.a. yang akan dinyatakan dalam tajuk ini nanti. Kesahihan kontrak ini juga disokong oleh ijmak ulama. Dalam hal yang sama iaitu hukum jual al-sarf, jumhur ulama bersepakat di mana menjual emas dengan emas atau perak dengan perak adalah diharamkan, kecuali penjualan tersebut sama dari segi nilai, jenis dan sifatnya serta diadakan secara tunai. Oleh itu, jumhur ulama mengatakan antara syarat sah jual beli sarf ialah dengan bayaran secara tunai bukan dengan hutang atau tangguh.Dalam keadaan lain, jumhur ulama juga mensyaratkan harus melakukan jual emas dengan emas atau perak dengan perak secara sukatan walaupun tidak sama pada bilangannya, namun mestilah sama pada timbangannya atau nilainya dan sama pada sifatnya.

2.3RUKUN DAN SYARAT-SYARAT JUAL BELI (AL-BAY)Seperti yang kita sedia maklum, jual beli merupakan suatu kontrak (akad). Setiap kontrak sudah tentu mempunyai rukun-rukun tersendiri supaya kontrak ini wujud. Rukun-rukun ini pula sudah tentu mempunyai syarat-syarat tersendiri supaya ia diterima sebagai sah dan seterusnya memberikan implikasi tertentu iaitu beberapa hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT. Di sini saya akan jelaskan kesemua aspek ini dengan izin Allah SWT selepas ini. Dalam hal ini terdapat tiga rukun dalam kontrak jual beli sepertimana berikut: Rukun Pertama: Pihak yang Mengikat KontrakMereka ialah penjual dan pembeli yang mengikat kontrak menurut persetujuan mereka berdua. Kedua-dua pihak ini perlu memenuhi syarat-syarat sebagaimana berikut: 1. Waras; iaitu baligh, berakal dan boleh menguruskan harta dengan baik.Oleh itu, urusan jual beli yang dijalankan oleh kanak-kanak dan orang gila adalah tidak sah. Demikian juga dengan orang yang tidak dibenarkan menguruskan harta sendiri kerana ketidak warasannya iaitu tidak berkelayakan menguruskan harta. Contohnya, orang yang membelanjakan hartanya dalam perkara-perkara yang diharamkan, atau orang yang terlalu boros membelanjakan harta walaupun untuk memperolehi barangan yang harus, atau orang yang dianggap cuai dan tidak bijak serta tidak berpengalaman menguruskan harta. Sebagaimana firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya; dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa. Dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah ia menahan diri (dari memakannya); dan sesiapa yang miskin maka bolehlah ia memakannya dengan cara yang sepatutnya. Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan segala yang kamu lakukan).

(Sumber: Surah an-Nisa:6)

Dalam ayat di atas, Allah SWT memerintahkan para penjaga agar menguji anak-anak yang berada di bawah jagaan mereka dengan cara menyuruh mereka menjalankan urusan jual beli setelah mereka cukup umur. Jika mereka dapat menguruskan harta tersebut dengan baik, mereka akan diberikan kebenaran untuk memperolehi semua harta mereka dan segala urusan mereka dianggap sah. Ini menunjukkan bahawa kewarasan adalah syarat untuk memperolehi harta dan menguruskannya. Urusan jual beli adalah urusan yang membabitkan harta, oleh itu kewarasan menjadi syarat dalam urusan ini. Di samping itu, semua kanak-kanak dan mereka yang tidak siuman tidak berkelayakan untuk menguruskan harta mereka kerana mereka bukanlah mukallaf. Rasulullah SAW bersabda:Pena telah diangkat (tidak dicatat) pada tiga orang. Orang gila yang kehilangan akalnya sehingga dia sembuh. Orang yang tidur sehingga dia sedar. Kanak-kanak sehingga dia bermimpi iaitu cukup umur.Maksud pena telah diangkat ialah apa yang dilakukan tidak diambil kira. Oleh kerana kontrak membabitkan beberapa hukum, jadi orang yang tidak diambil kira segala tindakan mereka dianggap tidak berkelayakan melakukannya.

2. Bebas Membuat Pilihan Ketika Mengikat Kontrak.Ia bermaksud apabila seseorang menjual atau membeli, dia melakukan dengan bebas dan dengan sepenuh hatinya serta meredhai urusan yang ingin dijalankan. Sepertimana firman Allah SWT:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. (Sumber: Surah an-Nisa: 29)Sebagaimana juga Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: Sesungguhnya jual beli hanyalah sah dengan cara suka sama suka (di antara penjual dan pembeli).Dengan ini jual beli hanya diterima dan dianggap sah apabila ia dilakukan secara sukarela oleh kedua-dua pihak. Atas dasar inilah, jual beli oleh orang yang dipaksa adalah tidak sah kerana ia dilakukan tanpa kerelaan. Ini kerana kerelaan pada hakikatnya adalah suatu yang tersirat. Dalam keadaan biasa, kerelaan ini boleh dilihat melalui percakapan dan perbuatan. Namun dalam keadaan terpaksa, percakapan yang dilahirkan tidak dapat menjadi ukuran kepada kerelaan yang tersirat. Sebaliknya kerelaan ini boleh dipertikaikan atau boleh dianggap tiada sama sekali. Oleh itu, percakapan oleh orang yang dipaksa tidak boleh diambil kira dan jual beli tersebut tidak sah. Selain orang yang dipaksa, jual beli yang dilakukan secara bergurau juga adalah tidak sah. Ia sama seperti orang yang dipaksa iaitu jual beli tidak dijalankan dengan kerelaannya dan dengan niatnya.Walau bagaimanapun, jika paksaan tersebut dilakukan dengan sebab yang sah, jual beli orang yang dipaksa adalah sah. Contohnya, orang yang sengaja melambat-lambatkan pembayaran hutang sedangkan dia memiliki barangan tetapi enggan menjualnya. Dalam keadaan ini, hakim berhak memaksa orang ini menjual barangan tersebut untuk tujuan menjelaskan hutangnya. Jual beli di sini sah kerana kerelaan syarak telah mengganti tempat kerelaan penjual.

3. Penjual dan Pembeli Adalah Individu yang Berlainan.Dalam hal ini ia bermaksud mesti wujud dua pihak berlainan yang mengikat kontrak tersebut; penjual serta pembeli bukanlah orang yang sama. Ini kerana kepentingan kedua-dua pihak sentiasa berlainan. Penjual sentiasa mahukan harga yang lebih tinggi dengan kualiti barangan yang lebih rendah. Sementara pembeli pula sentiasa mahukan kualiti barangan yang lebih baik dengan harga yang lebih rendah. Dan juga kerana jual beli membabitkan hukum mengambil barangan yang dibeli dan hukum memperolehi harga barangan yang dijual. Semua perkara ini membabitkan beberapa tanggungjawab yang mungkin akan saling bertentangan. Oleh itu, semua tanggungjawab ini tidak boleh diletakkan hanya pada seorang individu.Atas dasar ini, jika seseorang mewakilkan kepada orang lain untuk menjual barangannya, wakil yang dilantik tidak boleh menjual barangan tersebut kepada dirinya sendiri. Begitu juga jika seseorang mewakilkan kepada seseorang untuk membeli sesuatu barangan, sedangkan barangan tersebut ada pada wakil tersebut, dia tidak boleh membeli barangan tersebut daripada dirinya sendiri bagi pihak pewakil.Begitu juga hukumnya, jika seseorang menjadi wakil kepada dua individu, dia tidak boleh menggunakan wang salah seorang pewakil untuk membeli barangan pewakil seorang lagi kerana sebab yang sama. Juga kerana hak-hak dalam jual beli iaitu menyerahkan barangan, memperolehi harganya dan lain-lain berada di tangan wakil tersebut. Oleh kerana jual beli kadang-kadang memerlukan penilaian dan pertimbangan sebagai seorang penjual dan pembeli, maka tidak mungkin orang yang sama boleh memainkan kedua-dua peranan dalam satu masa.Namun demikian, hukum ini dikecualikan dalam kes jual beli yang dijalankan oleh penjaga iaitu bapa ke atas harta anaknya yang tidak berkemampuan menguruskan hartanya sendiri. Alasannya seorang bapa tidak ditohmoh akan memperdayai anaknya sendiri kerana sifat belas kasihan terhadap anaknya yang ada padanya.Demikian juga dengan jual beli seorang hakim (pemerintah) ke atas harta mereka yang tidak berkeupayaan yang berada di bawah jagaannya. Dalam hal ini, dia boleh menjual harta salah seorang daripada mereka kepada salah seorang yang lain, kerana hak jagaan yang dimiliki oleh hakim (pemerintah) ini adalah umum. Juga kerana adakalanya dia terpaksa melakukan jual beli seperti itu.

4. Boleh Melihat.Oleh yang demikian, jual beli oleh orang buta tidak sah kerana wujudnya kejahilan yang ketara. Untuk tujuan jual beli, orang buta ini perlu mewakilkannya kepada orang lain untuk membeli atau untuk menjual bagi pihaknya.

Rukun Kedua: Sighah KontrakSighah kontrak ialah ucapan yang dilahirkan oleh kedua-dua pihak yang mengikat kontrak dengan menyatakan kemahuan, kerelaan dan niat mereka untuk mengikat kontrak. Sepertimana yang dimaklumi, kerelaan adalah syarat sah kontrak jual beli. Namun demikian, kerelaan adalah suatu yang tersirat. Kerelaan ini perlu dilahirkan melalui petanda yang dapat menggambarkan kerelaan tersebut. Ia dapat dilahirkan melalui tindakan kedua-dua pihak yang mengikat kontrak yang menunjukkan mereka bersetuju dengan urusan jual beli tersebut. Tindakan inilah yang dinamakan sebagai sighah kontrak.Kontrak ini merangkumi penawaran (ijab) oleh penjual. Contohnya penjual berkata: Saya menjual baju ini kepada kamu dengan harga sekian. Juga merangkumi persetujuan (qabul) oleh pembeli. Contohnya lagi seperti kata pembeli: Saya setuju, atau saya membelinya, atau dengan ucapan yang seumpama dengannya. Sighah terbahagi kepada sighah secara langsung (sarih) dan sighah tidak langsung (kinayah).Sighah secara langsung (sarih) bermaksud setiap ungkapan yang secara jelas merujuk kepada jual beli. Contohnya: Saya jual kepada kamu, atau saya serahkana hak milik barang ini kepada kamu. Sementara pembeli pula berkata: Saya beli, atau saya terima hak milik barang ini. Sebagai tanda persetujuan, pembeli cukup dengan hanya berkata: Saya setuju.Manakala sighah secara tidak langsung (kinayah) pula bermaksud ungkapan yang boleh membawa maksud jual beli dan pada masa yang sama juga boleh membawa maksud yang lain. Conyohnya seorang penjual berkata: Saya jadikannya milik engkau dengan harga sekian, atau berkata: Ambillah dengan harga sekian, atau: Saya serahkan dengan harga sekian. Pembeli pula menjawab: Saya ambil, atau saya terima. Ungkapan yang diucapkan secara langsung dianggap sah sebagai jual beli (jika memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan) sebaik sahaja ia diucapkan, tanpa perlu bergantung kepada niat. Sementara ungkapan secara tidak langsung pula tidak dianggap sebagai jual beli kecuali jika ia dilakukan dengan niat jual beli atau ada tanda-tanda yang merujuk kepada wujudnya proses jual beli.

Setelah kita mengetahui serba sedikit mengenai rukun kedua iaitu sighah kontrak, di sini kita akan lihat pula mengenai syarat-syarat sighah kontrak yang mana ia terbahagi kepada beberapa perkara sepertimana berikut:a) Tidak wujud tempoh yang lama antara penawaran (ijab) dan persetujuan (qabul) yang boleh menggambarkan pada adatnya penawaran tersebut tidak diterima.b) Perlu wujud persamaan antara persetujuan oleh pembeli dan penawaran oleh penjual dalam semua sudut.c) Kesahihan jual beli tersebut tidak boleh dikaitkan dengan sebarang syarat atau dihadkan untuk tempoh tertentu.

Rukun Ketiga: Barang Jualan dan Harganya.Inilah yang dinamakan sebagai subjek kontrak (akad). Dalam kontrak jual beli, subjek kontrak merujuk kepada barangan yang dijual dan barangan yang dijadikan sebagai bayaran. Kedua-dua perkara ini perlu memenuhi beberapa syaratnya iaitu:a) Barangan jualan hendaklah wujud ketika kontrak jual beli dimeterai.Barangan yang tidak wujud tidak boleh dijual. Contohnya penjual yang mahu menjual buah-buahan yang bakal berbuah pada pokok tertentu ataupun anak kambing yang bakal dikandung oleh ibunya. Termasuk dalam syarat ini barangan yang dikategorikan sebagai masih belum wujud. Contohnya, penjual yang mahu menjual anak kambing yang sedang dikandung oleh ibunya atau susu yang masih berada pada kantung susu.b) Barangan yang dijual mestilah dalam bentuk harta yang bernilai menurut syarak.Syarat ini ditetapkan bagi barangan jualan dan bayaran yang ditetapkan. Berdasarkan syarat ini, segala barangan yang dikategorikan sebagai najis dan haram oleh syarak tidak sah diperniagakan. Dengan ini barangan seperti arak, bangkai, darah, najis dan anjing adalah tidak sah untuk dijadikan sebagai barangan jualan dan bayaran.

c) Barangan jualan mestilah barangan yang bermanfaat menurut syarak dan uruf.Maksudnya, pada adatnya, manfaat barangan tersebut menjadi tujuan jual beli dan dibenarkan oleh syarak. Dengan ini tidak menjual serangga berbisa atau haiwan yang tidak boleh dimanfaatkan atau manfaatnya tidak menjadi tujuan jual beli diadakan. Demikian juga dengan peralatan yang melalaikan yang manfaatnya tidak dibenarkan oleh syarak. Sebabnya, membayar sesuatu untuk mendapat sesuatu yang tidak bermanfaat adalah perbuatan yang membazir. Rasulullah SAW sendiri melarang pembaziran.d) Barangan tersebut hendaklah boleh diserahkan, daripada segi fizikal dan syarak.Jika satu pihak gagal menyerahkan barangan yang ingin dijual atau barangan yang ingin dijadikan sebagai bayaran, dan barangan tersebut telah ditentukan ketika proses jual beli, jadi kontrak tersebut tidak sah. Ini kerana pihak satu lagi tidak yakin dia akan beroleh timbal balik kepada apa yang diberikannya. Dengan ini apa yang diberikan itu dianggap pembaziran adalah dilarang oleh syarak. Dengan ini bermakna, tidak sah menjual kereta yang telah hilang atau burung yang masih terbang bebas di udara atau ikan yang masih dalam sungai atau sebagainya kerana secara fizikal barangan ini tidak mampu diserahkan. e) Pihak yang berkontrak mestilah orang yang mempunyai kuasa ke atas barangan yang ingin dijual beli sama ada kuasa sebagai seorang penjaga atau kuasa sebagai pemilik.Dengan ini pemilik dibenarkan menjual barangan miliknya atau menggunakan barang tersebut untuk membeli sesuatu barangan kerana syarak mengesahkan kuasa hak miliknya. Demikian juga penjaga atau pemegang wasiat, mereka dibenarkan menjual barangan milik orang di bawah jagaan mereka atau menggunakan barangan tersebut untuk membuat belian.f) Barangan tersebut mestilah dalam pengetahuan kedua-dua belah pihak.Oleh yang demikian, menjual barangan atau membayar menggunakan barangan yang tidak diketahui oleh kedua-dua pihak atau oleh salah satu pihak adalah tidak sah. Tindakan ini biasanya akan menimbulkan pertelingkahan kerana wujudnya unsur risiko. Seperti yang dimaklumi, Rasulullah SAW telah melarang jual beli berisiko (al-gharar). Oleh itu, tidak sah menjual barangan yang tidak diketahui oleh kedua-dua pihak atau oleh salah satu pihak. Barangan tersebut juga tidak sah dijadikan sebagai bayaran.

2.3.1SYARAT- SYARAT KHUSUS BAY AL-SARF.Berdasarkan takrif seperti yang telah diperjelaskan sebelum ini, apa yang jelas, kontrak ini mengandungi unsur riba kerana kedua-dua barangan merupakan barangan yang berunsur riba dan wujud illah riba iaitu matawang. Ini kerana, semua emas dan perak dikategorikan sebagai matawang. Walaubagaimanapun di sini saya akan menyatakan secara ringkas syarat-syarat yang mempunyai hubung kait dengan tukaran matawang. Antara syarat-syaratnya ialah:i) Wujud persamaan bagi dua barangan yang sama jenis.Contohnya apabila emas dijual beli dengan emas atau perak dijual beli dengan perak, kedua-dua barangan mestilah sama dari segi berat, sama ada kedua-duanya dibentuk atau diacu atau sebagainya, atau pun hanya satu sahaja yang diacu atau dibentuk atau sebagainya, sama ada satu barangan bermutu tinggi dan satu lagi bermutu rendah atau sebagainya.ii) Penyerahan serta-mertaSyarat dalam tukaran matawang ialah wujud jarak masa bagi penyerahan kedua-dua atau salah satu barangan. Jika satu pihak berkata: Tukarkan saya satu dinar dengan sepuluh dirham, Cuma saya akan serahkan satu dinar tadi selepas satu jam. Satu pihak lagi berkata: Saya tukarkan untuk anda.Pihak pertama tadi membalas: Saya setuju. Kontrak ini tidak sah. Dalam hal ini ia bermaksud penyerahan kedua-dua matawang hendaklah dibuat segera. Salah satu pihak atau kedua-dua pihak yang berakad tidak boleh menangguhkan penyerahan matawang yang dijadikan subjek akad.iii) Penyerahan dalam majlis kontrakKedua-dua pihak perlu bertukar-tukar barangan dalam majlis kontrak sebelum mereka berpisah. Sama ada barangan tersebut sejenis iaitu emas dengna emas atau perak dengan perak, atau berlainan jenis, contohnya emas dengan perak. Apa yang dimaksudkan dengan bertukar-tukar tangan di sini ialah bertukar-tukar tangan secara perbuatan (hakiki). Dengan ini, setiap pihak perlu menyerahkan barangan yang berada pada tangannya kepada pihak satu lagi. Jika barangan ini dilepaskan hak milik sahaja tanpa diserahkan dan tidak diterima oleh pihak satu lagi, kontrak tersebut tidak sah, kerana mengikut syarat, barangan tersebut mestilah diterima sepenuhnya. Pelepasan hak milik tersebut tidak diterima sebagai penerimaan penuh.iv) Kontrak tersebut mestilah muktamad (tanpa syarat)Ianya bermaksud, tiada syarat yang diletakkan untuk kedua-dua atau salah satu pihak. Jika kedua-dua pihak yang bertukar-tukar matawang menetapkan syarat kedua-dua atau salah satu pihak berhak menuntut khiyar dalam masa sehari atau dua hari, atau lebih atau kurang daripada itu, tukaran tersebut tidak sah. Ini kerana seperti yang dimaklumi, syarat sah kontrak ialah wujudnya proses bertukar-tukar barangan. Sebaliknya hak khiyar menghalang milikan penuh oleh kedua-dua pihak. Oleh itu, tukar-menukar barangan sebenarnya tidak wujud kerana tidak wujud pemilikan penuh. Dengan ini tidak sah tukaran ini kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.Alhamdulillah..begitulah serba sedikit penjelasan daripada saya mengenai konsep bayal-sarf yang dapat saya nyatakan di sini untuk para muslimin dan muslimat. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang tidak baik itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Seterusnya saya akan membincangkan serta menyatakan pula mengenai contoh aplikasi semasa perdagangan matawang asing dan seterusnya mengenai apakah isu-isu syariah yang berbangkit berkaitan perdagangan mata wang asing sepertimana yang telah diamanahkan dalam tugasan saya pada kali ini.

3.0CONTOH APLIKASI SEMASA PERDAGANGAN MATA WANG ASING.Pasaran pertukaran matawang asing merupakan pasaran terbesar di dunia. Disebabkan transaksi dalam pasaran tukaran mata wang asing melibatkan barang ribawi, maka institusi perbankan Islam menggunakan konsep al-sarf dalam urus niaga pertukaran mata wang asing untuk mengelakkan dari terjebak ke dalam transaksi riba. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan pendapat yang agak besar di kalangan para fuqaha berkenaan keharusan transaksi ini serta sama ada konsep al-sarf sesuai untuk digunakan dalam transaksi sedemikian selain bentuk urus niaga tukaran wang asing yang dibenarkan. Oleh itu, seperti yang kita tahu, urus niaga pertukaran mata wang asing adalah merupakan transaksi terbesar di dunia dengan jumlah pertukaran harian sebanyak USD 1,210 billion (RM 4,598) billion. Ia merupakan pasaran borong di antara bank (interbank) bagi aktiviti penjualan dan pembelian mata wang asing. Ini merangkumi pembelian mata wang asing oleh pengimport untuk menjelaskan bayaran import dan bagi pengeksport yang perlu menukarkan perolehan eksport daripada mata wang asing kepada wang tempatan. Pertukaran mata wang asing dalam perbankan Islam menggunakan konsep al-sarf iaitu konsep jual beli mata wang dengan mata wang. Jual beli mata wang dalam Islam perlu mematuhi syarat-syarat tertentu supaya tidak wujud unsur riba dalam urus niaga. Walau bagaimanapun, konsep al-sarf dalam pertukaran mata wang asing masih menjadi bahan perbincangan antara ahli akademik dan perundangan Islam tanpa kata sepakat ditemui.Kesemua urus niaga pertukaran mata wang asing dilakukan melalui terminal komputer, telefon dan teleks tanpa sebarang bentuk fizikal. Pindahan dana antara bank yang lain dilakukan melalui sistem pindahan dana berkomputer yang dikendalikan oleh Society of Worldwide Interbank Financial Telecommunications (SWIFT) dan Clearing House Interbank Payments System (CHIP). Dengan saiz urus niaganya yang besar, hanya pihak-pihak tertentu sahaja yang berurusan secara langsung dalam pasaran tukaran mata wang asing. Walaupun bank pusat terlibat dalam pasaran ini untuk memastikan kelicinan perjalanan pasaran dan memberi perlindungan pasaran daripada mengalami risiko, bank perdagangan sebenarnya merupakan peserta utama yang bertindak sebagai perantara yang membolehkan pelanggan mendapat tukaran mata wang asing untuk menyelesaikan urus niaga antarabangsa. Selain itu, bank perdagangan juga aktif dalam pertukaran mata wang asing berdasarkan kapasiti masing-masing sebagai pembina pasaran. Bank bertindak sendiri dengan mengambil posisi dalam satu-satu mata wang untuk mendapat keuntungan melalui turun naik kadar mata wang asing tersebut.Disamping bank pusat dan bank perdagangan, broker adalah antara peserta lain yang berperanan penting dalam pasaran ini. Ia memainkan peranan sebagai orang tengah yang menghubungkan pihak yang memerlukan wang asing dengan pihak yang menawarkannya dengan mengenakan komisen bagi transaksi yang diuruskan. Selain itu, firma korporat dan pengurus dana juga terlibat secara langsung dalam pasara ini. Selain untuk memudahkan penyelesaian dalam perdagangan antarabangsa, pertukaran mata wang asing dilakukan untuk tujuan lindung nilai (hedging) mata wang, arbitraj dan spekulasi. Di sini saya akan memperkenalkan dan menjelaskan bentuk urus niaga pertukaran mata wang asing yang mana ia terdapat tiga bentuk urus niaga mata wang asing iaitu urus niaga semerta, urus niaga hadapan dan urus niaga swap yang mana ia diaplikasikan sebagai akad dalam transaksi perdagangan matawang asing seperti berikut:

3.1 Urus Niaga SemertaUrus niaga semerta melibatkan dua pihak yang melakukan pertukaran mata wang yang berbeza antara satu sama lain berdasarkan kadar pertukaran yang telah dipersetujui dalam tempoh dua hari selepas hari perjanjian. Antara syarat al-sarf ialah penjual dan pembeli perlu melakukan qabd dengan segera dalam majlis akad. Konsep semerta dalam tukaran mata wang asing tidak bermakna pertukaran mata wang berlaku pada hari pertukaran yang lama. Pertukaran mata wang asing yang memerlukan serahan pada hari yang sama dipanggil transaksi tunai, (cash transaction). Tempoh selama dua hari telah ditetapkan sebelum kemasukan teknologi canggih dalam pertukaran mata wang asing. Maklumat diproses selama dua hari untuk memeriksa transaksi lanjut antara kedua-dua pihak. Walaupun teknologi moden digunakan dalam pertukaran mata wang asing, namun terdapat kemungkinan berlaku kesilapan dalam urus niaga. Justeru, tempoh dua hari dikekalkan untuk urus niaga semerta.Persoalan yang timbul ialah adakah serahan yang dilakukan dikira sebagai qabd? Tidakkah ketiadaan qabd yang segera dalam majlis akad akan menyebabkan urusniaga semerta batal? Di sini terdapat beberapa pandangan fuqaha yang menentang dan membenarkan urus niaga semerta tersebut. Sarjana Islam terbahagi kepada dua pendapat dalam persoalan ini. Pendapat pertama mengharamkan urus niaga semerta dan pendapat kedua membenarkan urus niaga tersebut.Bagi yang menentang urus niaga semerta ini, hanya terdapat segelintir sarjana Islam yang mengharamkan urus niaga ini seperti M. Akram Khan. Menurut beliau, urus niaga semerta tidak dibenarkan Islam kerana serahan pertukaran mata wang hanya berlaku selepas dua hari. Ini bererti tiada qabd yang berlaku dalam tempoh dua hari. Rasulullah SAW melarang urus niaga mata wang yang tiada qabd kerana ia adalah riba al-nasiah.Manakala kebanyakan sarjana Islam membenarkan urus niaga semerta kerana urus niaga ini telah memenuhi syarat al-sarf iaitu taqabud, tiada khiyar syarat dan tiada bertangguh. Golongan ini berpendapat bahawa qabd berlaku dalam urus niaga semerta walaupun selepas dua hari kerana konsep qabd ditafsirkan berdasarkan kepada barangan dan amalan masyarakat (urf). Sarjana-sarjana Islam yang sependapat dengan golongan ini seperti Muhd. Nejatullah Siddiqui, Monzer Kahf dan Yusuf al-Qardawi. Mereka berpendapat bahawa disyaratkan taqabud dalam urus niaga perdagangan mata wang asing seperti dalam hadith Rasulullah SAW. Walaubagaimanapun, qabd tertakluk kepada urf dan keadaan barangan. Allah SWT tidak menetapkan cara qabd bahkan terpulang kepada urf masyarakat. Oleh itu, penyerahan atau pertukaran mata wang yang mengambil masa selama dua hari dikira sebagai qabd.Dalam hal ini juga terdapat pendapat Rajih iaitu pendapat yang paling kuat mengenai urus niaga semerta yang mana ia dibenarkan syarak kerana konsep qabd ditentukan melalui urf masyarakat. Qabd yang berlaku selepas dua hari dikira sebagai qabd yang dibenarkan syarak. Resolusi Akademi Fiqh Islam OIC ke-6 bil. (6/4/55) telah menetapkan bahawa qabd mempunyai pelbagai cara berdasarkan keadaan barangan dan urf masyarakat. Justeru itu, qabd dalam pertukaran asing dibenarkan mengikut urf masyarakat dan perpindahan mata wang ke dalam akaun kedua-dua pihak yang melakukan urus niaga pertukaran mata wang asing adalah dikira sebagai qabd hukmi yang diterima syarak.

3.2 Urus niaga HadapanUrus niaga hadapan terdiri daripada dua pihak yang menukarkan jumlah tertentu mata wang asing antara satu sama lain berdasarkan kadar pertukaran yang dipersetujui selepas daripada dua hari daripada tarikh perjanjian. Hari penyelesaian dalam urus niaga hadapan biasanya terdiri daripada 1,2,3,6,dan 12 bulan. Setiap penyelesaian yang melebihi dua hari dikira sebagai urus niaga hadapan. Terdapat juga urus niaga yang melibatkan tempoh kematangan yang tidak standard seperti 37 dan 81 hari namun kos transaksi yang terlibat agak mahal. Urus niaga hadapan lebih popular dengan nama outright forward untuk menunjukkan bahawa ia tidak melibatkan urus niaga semerta. Kebiasaannya urus niaga hadapan melibatkan bank perdagangan dengan syarikat korporat.Persoalan yang timbul ialah akad al-sarf yang menggunakan konsep muwaadah dianggap sebagai akad mulzim atau bukan mulzim? Walaupun urus niaga ini menggunakan konsep muwaadah, namun pada pandangan undang-undang konvensional ia adalah akad mulzim? Sekiranya muwaadah itu dianggap sebagai mulzim, maka ia tidak dibenarkan syarak. Oleh hal yang demikian, terdapat dua juga pandangan fuqaha yang mempersoalkan urus niaga hadapan iaitu golongan yang mengharamkan dan golongan yang membenarkan dengan syarat tertentu.Golongan pertama terdapat majoriti fuqaha tidak membenarkan urus niaga hadapan kerana tiada qabd dalam urus niaga ini selepas kontrak dimeterai. Urus niaga ini termasuk di bawah pengertian bay al-kali bi al- kali yang diharamkan syarak. Ketiadaan qabd dalam urus niaga hadapan menyebabkan urus niaga ini batal. Urus niaga hadapan tidak boleh menggunakan konsep muwaadah dalam kontrak kerana muwaadah hanya persetujuan sedangkan urus niaga hadapan ialah suatu kontrak atau akad yang perlu ditunaikan dari segi fiqh dan undang-undang. Sebarang muwaadah yang bersifat mulzim tidak dibenarkan syarak.Menurut M. Akram Khan, pertukaran hadapan dibenarkan dari segi moral sahaja kerana ia melibatkan perjanjian antara dua pihak. Dari segi undang-undang pula, tiada mahkamah Islam yang membenarkan urus niaga hadapan, ia masih diharamkan kerana pengiraan kadar hadapan terlibat dengan faedah mata wang.Manakala golongan kedua ialah segelintir fuqaha yang membenarkan urus niaga hadapan dengan mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan. Urus niaga hadapan disandarkan kepada konsep muwaadah iaitu kedua-dua pihak berjanji melakukan pertukaran mata wang asing negara masing-masing berdasarkan kadar pertukaran yang dipersetujui pada hari perjanjian dan kontrak yang sebenar berlaku pada hari serahan pertukaran. Walaupun urus niaga ini dinamakan sebagai urus niaga hadapan tetapi sebenarnya ia adalah perjanjian untuk urus niaga pertukaran berdasarkan harga hadapan yang telah ditetapkan terlebih dahulu dan penyerahan mata wang berlaku pada tarikh akan datang.Manakala menurut pendapat rajih pula urus niaga hadapan dibenarkan jika menggunakan konsep muwaadah yang tidak mulzim. Resolusi persidangan ekonomi Islam Dallah al-Barakah bil. (3) dan bil. (13) serta fatwa Majlis Pengawasan Syariah Kuwait Finance House bil. (359) memutuskan bahawa jikalau muwaadah yang dilakukan bersifat mulzim bagi kedua-dua pihak, maka ia tidak dibenarkan syarak kerana ia termasuk dalam pengertian bay kali bi al-kali yang diharamkan. Sebaliknya, jikalau muwaadah tidak mulzim bagi kedua-dua pihak maka urus niaga itu dibenarkan.3.3 Urus niaga SwapUrus niaga swap ialah proses pertukaran mata wang asing dengan perjanjian untuk menjual kembali wang asing tersebut pada masa akan datang. Urus niaga swap merupakan urus niaga terbesar dalam pertukaran mata wang asing iaitu, 54.21% daripada keseluruhan pertukaran mata wang asing harian dunia yang berjumlah USD 656 bilion (RM 2,492.8 bilion). Urus niaga swap juga melibatkan urus niaga semerta dan urus niaga hadapan yang digabung dalam satu urus niaga. Persoalannya, adakah hukum urus niaga ini sama seperti urus niaga hadapan? Dalam hal ini terdapat dua golongan pandangan fuqaha iaitu golongan pertama mengharamkan urus niaga swap kerana ia ada kaitan dengan urus niaga hadapan yang diharamkan. Manakala pendapat kedua berpendapat bahawa urus niaga ini dibenarkan kerana ia merupakan gabungan urus niaga semerta dan hadapan yang dibenarkan syarak.Menurut golongan yang membenarkan urus niaga swap ini, hukum urus niaga swap berkait rapat dengan urus niaga semerta dan hadapan. Urus niaga semerta dibenarkan syariah pada pandangan majority ulama kerana memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Manakala urus niaga hadapan dibenarkan syariah jika perjanjian yang dilakukan semasa urus niaga tidak mulzim. Justeru itu, urus niaga swap juga dibenarkan syariah ke atas urus niaga semerta dan urus niaga hadapan. Urus niaga swap yang dilakukan hendaklah berdasarkan kadar pertukaran yang ditetapkan pada hari perjanjian dan muwaadah yang dilakukan bersifat tidak mulzim. Kontrak hanya berlaku pada hari penyerahan mata wang mengikut kadar yang telah ditetapkan pada hari perjanjian. Dalam hal ini juga pendapat rajih iaitu pendapat yang paling kuat ialah pendapat yang membenarkan urus niaga swap pada pandangan syarak kerana urus niaga swap terdiri daripada gabungan urus niaga semerta dan hadapan yang telah dibenarkan syarak.Manakala golongan yang menentang urus niaga swap berpendapat bahawa urus niaga ini merupakan gabungan urus niaga semerta dan hadapan. Urus niaga hadapan tidak dibenarkan syarak kerana ketiadaan qabd dalam urus niaga. Oleh itu, urus niaga swap juga tidak dibenarkan syarak. Selain itu, Dewan Syariah Nasional (MUIS) juga mengharamkan urus niaga swap kerana mengandungi unsur spekulasi. Kesimpulannya, daripada huraian yang telah dibuat, jelas bahawa terdapat perbezaan pendapat dalam pengaplikasian akad al-sarf dalam urus niaga perdagangan mata wang asing. Menyedari bahawa urus niaga perdagangan mata wang asing merupakan suatu bentuk urus niaga yang amat diperlukan dalam dunia kewangan moden hari ini, maka adalah wajar pandangan-pandangan yang mengharuskan aplikasi al-sarf dalam kesemua bentuk urus niaga pertukaran wang asing diambil kira. Walaupun demikian, syarat-syarat khusus akad ini perlu dipatuhi supaya transaksi yang dilakukan tidak melanggar batasan keharusan yang dibenarkan oleh syarak.

4.0 ISU-ISU SYARIAH YANG BERBANGKIT BERKAITAN PERDAGANGAN MATA WANG ASING.Dalam urus niaga perdagangan mata wang asing, setiap peniaga perlu mengikut syarat-syarat khusus bay al-sarf sebelum menjalankan sesuatu proses perniagaan pertukaran atau perdagangan mata wang asing tersebut. Antara syarat-syarat khusus bayal-sarf dalam perdagangan mata wang asing ialah:1. Berlaku taqabbudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam platform forex sebelum kedua-dua pihak yang menjalankan transaksi berpisah daripada majlis akad.2. Jual beli mata wang hendaklah dijalankan secara lani dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan; dan3. Akad jual beli al-sarf mesti bebas daripada khiyar al-syart.

4.1Perdagangan Pertukaran Mata Wang Asing (Forex)Dalam hal ini, terdapat beberapa isu berbangkit berkaitan perdagangan mata wang asing yang akan saya bincangkan dalam kajian saya kali ini. Yang mana dalam perdagangan mata wang asing ini selain perlu memenuhi syarat-syarat tersebut, Muzakarah menegaskan bahawa operasi perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) hendaklah bebas daripada sebarang unsur riba, elemen al-salaf wa al-bay (pemberian hutang dengan syarat dilakukan transaksi jual beli), unsur perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman atau eksploitasi.Berdasarkan kajian terperinci yang telah dilakukan, Muzakarah mendapati bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing oleh individu secara lani melalui platform elektronik mengandungi unsur-unsur seperti riba melalui pengenaan rollover interest, pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverage, qabd yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran, penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian. Selain itu, ianya juga tidak sah dari sisi undang-undang kerajaan Malaysia.Sehubungan dengan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing oleh individu secara lani melalui platform elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini. Muzakarah juga telah menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai ke atas urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan da bawah undang-undang Malaysia.

4.2 Urusniaga Lani (Spot Market)Dewasa ini, urusniaga di mana satu mata wang ditukarkan kepada mata wang lain dalam masa yang sama dikenali sebagai urusniaga lani. Sekiranya pelanggan dan broker berada dalam negara yang sama, pertukaran akan dilakukan serta merta mengikut kadar pada masa urusniaga dijalankan. Tetapi sekiranya urusniaga melibatkan negara yang berlainan, pertukaran akan dilakukan selepas dua hari bekerja. Kadar yang dipakai adalah kadar pada hari pertukaran dan bukan hari urus niaga.Contoh: Kadar Pertukaran dalam Urusniaga LaniTarikh urus niaga:16hb. Mei 1995Kadar pertukaran:AS$1= RM2.5450

Tarikh pertukaran:18hb.Mei 1995Kadar pertukaran:AS$1= RM2.5500Kadar yang akan dipakai ialah kadar pada 18hb.Mei 1995. Oleh itu, mereka yang membeli Dolar Amerika atau menjual Ringgit Malaysia dalam urusniaga ini akan mendapat keuntungan sebanyak RM0.0050 bagi setiap satu Dolar Amerika. Walaupun margin keuntungan kelihatan sedikit, ia akan membuat perubahan yang besar apabila berjuta-juta dolar yang terlibat dalam setiap urusniaga.

4.3 Urus niaga Pasaran HadapanUrus niaga hadapan mengandungi kontrak untuk menukar satu mata wang kepada mata wang lain pada satu tarikh hadapan yang ditentukan (contohnya, tiga bulan hadapan) tetapi pada kadar yang ditetapkan pada tarikh urus niaga. Sebagai contoh, sebuah firma Malaysia perlu membayar sebuah firma Jepun dengan yen dalam masa tiga bulan. Ia mungkin tidak mahu mengambil risiko kenaikan nilai yen berbanding Ringgit Malaysia dalam tempoh tersebut. Salah satu cara ialah dengan membeli yen terus pada tarikh urus niaga tetapi kemungkinan ia tidak mempunyai lebihan wang pada waktu itu dan meminjam pun agak sukar. Dalam urus niaga hadapan, firma ini mempunyai alternatif untuk membeli yen pada kadar yang dipersetujui sekarang tetapi membuat pembayaran hanya selepas tiga bulan.Kontrak pertukaran pasaran hadapan biasanya mempunyai tarikh matang dalam masa satu hingga enam bulan. Dengan menggunakan cara ini, pengimport atau pengeksport akan tahu dengan tepat jumlah wang tempatan yang mereka akan terima atau perlu bayar dan dengan itu mengurangkan risiko perubahan kadar tukaran asing yang tidak dijangka yang boleh menjejas keuntungan.

4.4 Bank Islam Malaysia Berhad Penglibatan BIMB dalam pasaran tukaran mata wang asing bermula serentak dengan penubuhan bank itu pada tahun 1984. BIMB terlibat dalam urus niaga lani, swap dan hadapan. Pada pandangan BIMB, pasaran lani dibenarkan (jaiz) kerana ia melibatkan urusniaga serentak. Mata wang ditukarkan serta-merta. Dua hari masa lat digunakan hanya sebagai rujukan sebut harga sahaja. BIMB melihat wang sebagai alat pertukaran bagi barangan. Urusniaga wang hanyalah mewakili barangan yang diniagakan. Oleh itu, apabila wang diniagakan dalam pasaran tukaran asing, sebenarnya barangan yang diniagakan. Ini juga menjelaskan penglibatan BIMB dalam pasaran swap.Dengan perdagangan menjadi semakin global, pelbagai mekanisma perdagangan antarabangsa berkembang pada kadar yang amat menakjubkan. Secara tradisi, kita semua tahu tentang empat fungsi asas wang iaitu sebagai alat pertukaran, sebagai alat menyimpan nilai, alat pengukur nilai dan sebagai alat bayaran tertunda, tetapi kemajuan perdagangan telah menambahkan satu lagi dimensi kepada wang. Wang itu sendiri adalah komoditi. Muhammad Ikram Khan, (1991) menekankan bahawa dalam ekonomi Islam wang mesti dilihat sebagai alat pertukaran dan bukan sebagai komoditi.Pandangan ini berbeza dengan BIMB. Perbezaan pendapat yang sedemikian perlu ditangani supaya umat Islam dapat menikmati kemudahan dan keuntungan berurus niaga dalam pasaran tukaran mata wang asing.Di sini dapatlah disimpulkan bahawa perdagangan mata wang asing dewasa ini tumbuh bagaikan cendawan yang mana ia menjadi isu yang semakin hangat dalam kehidupan manusia yang semakin hanyut dengan arus kemodenan. Akan tetapi begitulah serba sedikit yang dapat saya kongsi buat kita bersama mengenai isu-isu syariah yang berbangkit berkaitan perdagangan mata wang asing.

5.0KESIMPULANBerpandukan kepada mekanisma fiqh muamalat seperti yang telah dijelaskan di atas, muamalat adalah merupakan mekanisma yang menggabungkan beberapa bahagian asas mengenai teori hak, harta dan milik yang didasari dengan teori akad yang sebahagiannya telah ditentukan oleh syarak dan sebahagian lainnya dilahirkan atas kesedaran manusia dalam menangani hajat dan keperluan semasa. Dengan keperkasaan instrumen dan komponen asas sedemikian rupa dilengkapi dengan prinsip hukum dan peraturan syarak menjadikan ianya sebagai industri yang mempunyai mekanisma yang kebal dan ampuh yang dapat bertahan dalam apa juga suasana, keadaan dan tempat dalam era globalisasi dunia perniagaan dan perdagangan tanpa sempadan.Kekebalannya teruji dan ternyata mampu bertahan dalam krisis matawang dunia yang menggegar kestabilan ekonomi dunia tidak lama dulu dan kemampuannya diakui oleh dunia perdagangan antarabangsa dan Malaysia ternyata dalam hal ini mendahului lainnya sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa. Untuk menjadikan perbankan dan kewangan Islam berdaya saing, pematuhan kepada prinsip syariah sahaja tidak mencukupi, ini kerana dalam jangka panjang pelanggan dan ahli perniagaan akan menuntut kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kewangan Islam itu sentiasa terus meningkat. Dalam hal ini kehendak daripada masyarakat sahaja tidak memadai, apa ayng penting ialah komitmen daripada pihak berkuasa yang menyedari hakikat ini amat perlu dan inilah cabaran sebenar sistem muamalat, ekonomi dan kewangan Islam dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan.Alhamdulillah, begitulah penjelasan yang dapat saya jelaskan dalam tugasan saya kali ini yang mana ia merangkumi mengenai konsep bay al-sarf dalam Islam, pengaplikasian semasa perdagangan mata wang asing dan isu-isu syariah yang berbangkit berkaitan perdagangan mata wang asing menurut perspektif Islam yang sebenar. Yang mana Islam menganggap wang sebagai alat pertukaran dan bukannya satu komoditi, yakni ia tidak boleh diperdagangkan untuk mendapat keuntungan. Ini sejajar dengan pandangan Imam al-Ghazali iaitu:Penciptaan dirham dan dinar (matawang emas dan perak) adalah satu rahmat dari Allah SWT, kedua-duanya pada hakikatnya tiada nilai tersendiri yang boleh dimanfaatkan oleh manusia (seperti untuk makan dan minum), tetapi akhirnya semua manusia memerlukannya disebabkan semua manusia memerlukan nilai suatu komoditi (barang) untuk ditukarkan bagi mendapatkan keperluan asasi makanan dan pakaiannya. Atas sebab itu, transaksi yang melibatkan pertukaran barangan antara satu sama lain tidak dapat dielakkan. Namun masalahnya, bagaimana untuk diukur nilai sesebuah barang dan ditetapkan harganya? Justeru keperluan itu, semua barangan keperluan ini memerlukan satu barang perantaraan yang boleh menjadi ukur rujuk bagi nilai. Maka itulah gunanya dinar dan dirham ini (wang emas dan perak), kedua-dua logam berharga itu akan menjadi ukuran nilai sesuatu barangan lain kerana keduanya tidak menjadi objektif jual beli, ia hanya menjadi perantaraan, jika kedua menjadi objektif seluruh sistem kewangan akan rosak dan terganggu. Kerana itulah Allah menciptakannya, melalui perantaraannya, pertukaran barangan keperluan yang menjadi sasaran dan objektif jual beli akan terjamin keadilannya. ( www.zaharuddin.net)Jelasnya, berdasarkan kepada pendapat Imam Al-Ghazzali ini, maka wang harus dilihat sebagai perantaraan di dalam urusan jual beli dan seterusnya ia menjadi alat pengukur bagi menilai sesuatu barangan keperluan. Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Kudri bahawa Rasulullah SAW bersabda:Emas hendaklah dibayar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, bayaran dibuat dari tangan ke tangan. Dia membuat tambahan kepadanya, atau meminta tambahan, sesungguhnya berurusan dengan riba. Penerima dan pemberi adalah sama-sama bersalah. ( Sahih Muslim, Jilid 3)Berdasarkan kepada hadith terdapat dua jenis barangan yang menjadi asas pertukaran di dalam kehidupan manusia, iaitu pertukaran berasaskan mata wang dan juga yang berasaskan kepada makanan. Barangan-barangan dan matawang yang dinyatakan di dalam hadith ini dikenali sebagai barangan ribawi. Barangan atau matawang lain yang digunakan sebagai pertukaran adalah tertakluk kepada barangan ribawi di mana beberapa peraturan harus dipatuhi dan diikuti apabila transaksi urusniaga dijalankan. Aspek utama yang ditekankan dalam pertukaran ini adalah kesamaan dan pada masa yang sama. Para ulama telah membuat kesimpulan yang pertukaran berasaskan kepada matawang dan makanan ini dibenarkan tetapi harus menepati garis panduan yang dibenarkan syarak.

RUJUKANAl-Quran al-Karim

Mohamad Sabri Haron, dan Shamsiah bt Mohamad (2010). ABSM3103 Fiqh Muamalat. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Abd. Latif Muda, dan Rosmawati Ali (1997). Pengantar Fiqh STPM Tingkatan 6. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Mustofa Al-Khin, Mustofa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji (2009). Kitab Fiqah Mazhab Syafie. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Ahmad Kamaruddin bin Haji Hamzah dan Muhammad bin Haji Md. Daud (2006). Fiqh Muamalat dan Jinayat PPPY1172. Selangor: Pusat Kembangan Pendidikan.

Hailani Muji Tahir, Shofian Ahmad, Yazid Ahmad dan Zamzuri Zakaria (2006). Fiqh Muamalat 1 PG 2173. Selangor: Pusat Kembangan Pendidikan.

http://www.surah.my/57www.zaharuddin.net

1