munakahat, muamalat, jenayah

168
MUNAKAHAT 1

Upload: kaweorekelate

Post on 01-Jul-2015

920 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: munakahat, muamalat, jenayah

MUNAKAHAT

Pengertian Nikah

1

Page 2: munakahat, muamalat, jenayah

Nikah dari segi bahasa ialah bersatu dan berkumpul. Sesetengah orang arab berkata :

“pokok-pokok itu bernikah”. Ia bermaksud pokok-pokok itu condong dan berhimpun rapat di

antara satu sama lain.

Dari segi syarak, nikah ialah satu akad yang menghalalkan istimta’ (bersetubuh/berseronok-

seronok) di antara suami isteri dengan cara yang dibenarkan oleh syarak.

Ia dinamakan nikah kerana ia mengumpulkan dua manusia dan menyatukannya di antara

satu sama lain.

Makna hakiki bagi kalimah nikah ialah akad dan makna secara simboliknya (majaz)

ialah persetubuhan.

Al-Quran secara umumnya menggunakan perkataan nikah dengan makna akad dan

bukannya makna persetubuhan.

Kenapa pernikahan disyariatkan?

Islam telah mensyariatkan pernikahan serta meletakkan peraturan-peraturan yang jelas dan

tepat. Peraturan-peraturan ini diasaskan di atas prinsip-prinsip yang kukuh yang menjamin

kesejahteraan masyarakat, kebahagian rumahtangga, penyebaran kebaikan, penjagaan

akhlak serta pengekalan keturunan manusia.

Dalil-dalil pensyariatan:

1- Al-quran :

“maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai (berkenan hati) dua,

tiga, empat.” (An-Nisa’ : 3)

2- Hadis : “wahai para pemuda ,sesiapa di antara kamu yang berkemampuan,

hendaklah dia berkahwin , kerana perkahwinan itu lebih menutup mata dan lebih

menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa,

kerana puasa adalah pendinding baginya.

Berkemampuan ialah mampu bersetubuh serta mampu menyara isteri.

Pendinding di sini bermaksud penyekat keinginan untu bersetubuh.

2

Page 3: munakahat, muamalat, jenayah

3- Ijmak ulama’ : ulama’ di sepanjang zaman bersepakat bahawa perkahwinan

merupakan syariat Allah.

Hikmat perkahwinan disyariatkan :

1- Menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh Allah.

2- Melahirkan keturunan yang soleh dan remaja yang berakhlak untuk masyarakat

Islam.

3- Mewujudkan ketenangan jiwa dan ketenteraman rohani.

4- Menjaga akhlak daripada runtuh dan rosak.

5- Menjaga kesempurnaan dan kesejahteraan keturunan manusia.

6- Meluaskan medan persaudaraan dan membina prinsip kerjasama.

Perkahwinan adalah amanah Allah swt. Untuk menyempurnakan amanah Allah itu ia

memerlukan lima rukun iaitu:

Rukun nikah dibahagikan kepada 5 iaitu:

1. Pengantin lelaki

-Pengantin lelaki mestilah seorang Islam

-Berakal

-Tidak berada dalam ihram atau umrah

-Tidak beristeri lebih dari 4 orang

-Lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah

mahramnya.

2. Pengantin perempuan

-Pengantin perempuan mestilah seorang Islam

-Tidak berada dalam ihram haji atau umrah

-Bukan isteri kepada seseorang

-Tidak berada dalam iddah

3

Page 4: munakahat, muamalat, jenayah

-Dan perempuan yang tertentu.(bukan perempuan yang haram dikahwini samada

haram sementara atau haram selama-lamanya)

3. Akad atau Sighah (Ijab & Qabul)

Lafaz ijab : adalah daripada wali, spt ia berkata: “aku nikahkan kau” atau “aku

nikahkan engkau dengan anak perempuan aku.”

Lafaz qabul : adalah daripada pengantin lelaki spt “aku terima nikahnya” atau “aku

menerima nikah anak perempuan engkau”.

Syarat akad atau sighah :

-Hendaklah menggunakan lafaz nikah atau kahwin.

-Lafaz ijab dan qabul hendaklah disebut secara jelas dan terang.

Akad nikah dengan menggunakan cara kiasan dlm apa-apa bahasa hukumnya

tidak sah. Contohnya : “ aku halalkan anak perempuanku kepada kamu”.

Hukumnya tidak sah kerana lafaz kiasan memerlukan kepada niat dan

tempatnya ialah hati.

Isyarat orang bisu yang mudah difahami oleh orang ramai adalah sah kerana ia

sama dengan lafaz sorih (jelas).

-Ijab dan qabul bersambung

-Wali dan pengantin lelaki waras sehingga selesai akad.

-Sighah atau akad menunjukkan akad berlaku ketika itu juga.

-Sighah mestilah mutlak.

4. Wali

Wali bererti teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada ahli waris

lelaki yang terdekat kepada pengantin perempuan.

4

Page 5: munakahat, muamalat, jenayah

Dalil Wajibnya Wujudnya Wali Sewaktu Seseorang Perempuan Berkahwinan.

Dari hadith Nabi saw:

“Dari Abi Musa r.a. Rasulullah saw bersabda: “Tidak ada nikah melainkan dengan adanya

wali”.

(Riwayat Al-Khamsah dan An-Nasa’i)

Syarat bagi wali :

-Islam.

-Adil.

-Baligh.

-Lelaki.

-Berakal.

-Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menjejaskan pandangan.

-Wali bukan orang yang dilarang oleh syarak membelanjakan hartanya disebabkan

safih.

-Bukan orang yang berihram.

Bahagian-bahagian wali :

Wali mujbir

Wali tidak mujbir (wali ikhtiar/wali biasa)

Wali mujbir : hanya terhad kepada bapa dan datuk (bapa kepada bapa sahaja)

Wali mujbir ertinya wali yang mempunyai bidang kuasa mengahwinkan anak atau cucu

perempuan yang masih perawan atau dara tanpa meminta izin perempuan itu terlebih

dahulu. Menurut Mazhab Shafi’e, wali mujbir itu terdiri daripada bapa, datuk dan seterusnya

sampai ke atas. Manakala wali-wali lain seperti saudara lelaki kandung sebapa, bapa

saudara dan sebagainya bukan wali mujbir iaitu tidak ada bidang kuasa memaksa

perempuan berkahwin.

Dalilnya ialah:

“Perempuan janda lebih berhak pada dirinya daripada walinya dan perempuan perawan

atau dara dikahwinkan oleh bapanya”.

(Riwayat Darul-Qutni)

Hadith ini menunjukkan bapa atau datuk mengahwinkan anak perempuan yang perawan

tanpa meminta izin anak perempuan itu terlebih dahulu adalah sah.

5

Page 6: munakahat, muamalat, jenayah

Wali tidak mujbir : wali yang selain daripada bapa dan datuk ( bapa kepada bapa).

Susunan wali mengikut tertib:

Bapa kandung

Datuk sebelah bapa ke atas

Saudara lelaki seibu-sebapa

Saudara lelaki sebapa

Anak saudara lelaki seibu-sebapa

Anak saudara lelaki sebapa

Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa

Bapa saudara sebelah bapa sebapa

Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa ke bawah

Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah

Bapa saudara seibu-sebapa

Bapa saudara bapa sebapa

Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa

Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah

Bapa saudara datuk seibu-sebapa

Bapa saudara datuk sebapa

Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah

Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah

Muktiq (tuan  kepada hamba perempuan yang dibebaskan).

Sekalian asabah kepada seorang muktiq

Raja/Sultan.

Sekiranya wali pertama tidak ada, hendaklah diambil wali yang kedua dan jika wali kedua

tidak ada hendaklah diambil wali ketiga dan begitulah seterusnya.

Mengikut tertib wali, bapa hendaklah menjadi wali bagi semua perkahwinan anaknya. Dan

jika bapa tidak ada kerana meninggal dunia maka hak wali berpindah kepada datuk

pengantin perempuan itu; dan jika datuk juga meninggal dunia maka hak wali itu berpindah

6

Page 7: munakahat, muamalat, jenayah

kepada saudara lelaki seibu-sebapa kepada  pengantin perempuan dan begitulah bidang

kuasa wali mengikut tertib susunannya.

Sekiranya pengantin perempuan itu tidak mempunyai wali maka ia akan dinikahkan secara

wali hakim. Rasulullah saw bersabda:

“Maka Sultanlah yang menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali”.

(Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud)

Perempuan Janda

Wali Mujbir atau wali-wali yang lain tidak boleh mengahwinkan perempuan janda kecuali

hendaklah mendapat izin perempuan itu terlebih dahulu. Rasulullah saw telah bersabda:

“Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda, “Perempuan janda diajak bermusyawarah

tentang urusan dirinya, kemudian jika ia diam, maka itulah izinnya, tetapi jika ia menolak

maka tiada paksa ke atasnya”.

(Riwayat Al-Khamsah kecuali Ibnu Majah)

Sebab-Sebab Menggunakan Wali Hakim

Pertama:  Tidak Ada Wali Nasab

Kedua:  Anak Tidak Sah Taraf Atau Anak Angkat

Ketiga:  Wali Yang Ada Tidak Cukup Syarat.

Keempat:  Wali Aqrab Menunaikan Haji Atau Umrah

Kelima:  Wali Enggan

Wali Berada Jauh Atau Ghaib

Sering timbul dalam masyarakat kita, wali aqrab kepada pengantin perempuan

berada jauh atau ghaib. Ini menimbulkan masalah kepada pengantin perempuan iaitu siapa

yang berhak menjadi wali?

7

Page 8: munakahat, muamalat, jenayah

Mengikut Mazhab Syafi’e, kalau wali aqrab ghaib atau berada jauh dan tiada walinya

maka yang menjadi wali ialah wali hakim di negerinya, bukan wali ab’ad. Ini berdasarkan

wali yang ghaib atau berada jauh itu pada prinsipnya tetap berhak menjadi wali tetapi kerana

sukar melaksanakan perwaliannya, maka haknya diganti oleh wali hakim.

Persoalan yang timbul ialah apakah ukuran yang dikatakan jauh itu? Menurut

Mazhab Syafi’e, ukuran jauh itu ialah dua marhalah yang mengharuskan sembahyang qasar

iaitu perjalanan unta sehari semalam di padang pasir. Berdasarkan halangan dan kesukaran

perjalanan itulah maka wali hakim mengambil alih tugas wali aqrab yang berada jauh itu.

Mengikut ukuran sekarang, dua marhalah itu adalah sejauh 91 km. Kalau pada masa

dahulu perjalanan dua marhalah ialah sejauh satu hari satu malam perjalanan unta, maka

pada masa sekarang perjalanan dua marhalah itu hanya boleh sampai dalam tempoh

beberapa jam sahaja, bahkan jarak perjalanan di antara benua dan lautan seolah-olah

seperti dalam satu daerah sahaja.

Oleh sebab itu, ulama sekarang berpendapat bila wali aqrab berada jauh atau ghaib

meskipun tempat tinggalnya di Eropah atau Amerika, hendaklah wali aqrab itu dihubungi

melalui surat supaya ia mewakilkan hak kewaliannya kepada orang lain untuk

mengahwinkan pengantin perempuan atau menunggu kepulangannya (jika ia mahu pulang

segera) kerana perhubungan sekarang amat mudah dan cepat.

Sekiranya wali aqrab itu ghaib atau berada jauh dan tidak diketahui langsung

alamatnya maka barulah hak kewalian itu berpindah kepada wali hakim.

Wakalah Wali (Wali Mewakilkan Kepada Orang Lain)

Dalam Islam, terdapat satu prinsip Undang-Undang Islam yang menyatakan:

“Tiap-tiap sesuatu yang boleh seseorang melaksanakan dengan sendirinya, bolehlah ia

mewakilkan sesuatu itu kepada orang lain”.

8

Page 9: munakahat, muamalat, jenayah

Menurut prinsip tersebut, telah sepakat Fuqaha bahawa setiap akad yang dapat

dilakukan oleh seseorang yang mempunyai bidang kuasa, maka akad itu boleh juga ia

mewakilkan kepada orang lain misalnya dalam akad nikah, jualbeli, cerai, sewa menyewa,

tuntutan hak dan akad yang lain.

Dalam hal akad nikah ini, apabila seseorang wali aqrab itu  berada jauh, tidak dapat

hadir pada majlis akad nikah atau wali itu boleh hadir tetapi ia tidak mampu untuk

menjalankan akad nikah itu, maka wali itu bolehlah mewakilkan kepada orang lain yang

mempunyai kelayakan syar’ie.

Begitu juga bagi bakal suami. Kalau ia tidak dapat hadir pada majlis akad nikah

kerana ia sedang belajar di luar negeri, maka ia bolehlah mewakilkan kepada orang lain

yang mempunyai kelayakan syar’ie bagi menerima ijab (menjawab) nikah itu. Walau

bagaimanapun bagi perempuan (bakal isteri) ia tidak ada bidang kuasa mewakilkan kepada

orang lain untuk megahwinkannya kerana haknya ada di tangan walinya.

Hikmat Disyariatkan Wali dalam Perkahwinan Seseorang Perempuan.

Kerana perempuan tidak sesuai untuk terlibat langsung dalam urusan akad

perkahwinan. Ini kerana perempuan mesti bersifat dengan sifat pemalu.

5. Dua orang saksi

Syarat-syarat bagi saksi ialah

-Islam

-Lelaki

-Baligh

-Berakal

-Mendengar

-Melihat

-Adil walaupun zahirnya sahaja

Hukum perkahwinan

9

Page 10: munakahat, muamalat, jenayah

Perkahwinan mempunyai hukum yang berubah-ubah berdasarkan keadaan individu itu

sendiri.

Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan

ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini

mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan

mampu nafkah kepada bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan

perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat

dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang

yang berkemampuan dalam segala aspek.

Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya. Dan dia

merasakan bahawa dia tidak akan terjerumus ke dalam perkara maksiat (zina) jika

dia tidak berkahwin.

Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk

berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.

Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir

tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atau tiada

nafsu yang kuat

Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir

dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan

menganiaya dan akan memudaratkan isteri jika dia berkahwin.

Peminangan

Ta’rif meminang :

10

Page 11: munakahat, muamalat, jenayah

“MEMINANG bermaksud seseorang lelaki menyatakan keinginannya untuk berkahwin

kepada wanita yang ingin dikahwininya. Sebelum urusan peminangan dilakukan ada

beberapa syarat yang perlu dipatuhi supaya tidak menyalahi apa yang ditetapkan Islam dan

memudahkan tercapai tujuannya.”

Syarat-syarat meminang :

1) Perempuan yang hendak dipinang bukan menjadi isteri kepada lelaki lain

2) Perempuan yang hendak dipinang bukanlah tunangan lelaki lain

3) Perempuan yang hendak dipinang tidak dalam idah

4) Perempuan yang hendak dipinang mestilah sah nikahnya ( bukan dengan

perempuan yang haram dikahwininya samada haram selama-lamanya atau

haram sementara)

Bilakah Pinangan Dihalalkan atau Diharamkan?

Meminang dihalalkan secara tasrih ( تصريح : terus terang) atau ta’ridh (تعريض :

membayangkan). Dan yang dihalalkan meminang adalah mengikut syarat-syarat di atas.

Makna pinangan secara tasrih ialah lafaz yang hanya mempunyai satu tafsiran sahaja iaitu

keinginannya untuk berkahwin. Contohnya : “ aku ingin mengahwini kamu” atau “ selepas

habis edahmu, aku akan mengahwinimu”.

Makna pinangan secara ta’rid ialah lafaz yang boleh ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran,

sama ada sebagai keinginan untuk berkahwin atau sebaliknya, seperti “awak cantik” atau

“ramai orang sukakan awak”.

Meminang diharamkan apabila :

Perempuan yang hendak dipinang itu masih bersuami.

Diharamkan meminang semua perempuan yang haram dikahwini sama ada haram

untuk selama-lamanya atau haram untuk haram sementara wktu sahaja.

Perempuan yang masih dalam talak raj’ie sama ada secara tasrih atau ta’rid kerana

dia masih lagi bergelar isteri dan suaminya berhak untuk kembali rujuk kepadanya.

Hukum Meminta Pandangan Mengenai Bakal Pengantin

11

Page 12: munakahat, muamalat, jenayah

Sesiapa yang diminta memberikan pendapat tentang bakal pengantin lelaki atau pengantin

perempuan, dia hendaklah turut menceritakan keaiban dan keburukannya secara jujur

berdasarkan pengetahuannya. Perbuatan ini tidak termasuk di dalam kategori mengumpat

yang diharamkan. Hal ini demikian kerana ini semua dianggap sebagai nasihat dan

peringatan kepada bakal pengantin mengenai pasangannya. Tetapi jika keburukan tersebut

boleh diringkaskan dengan berkata: “ Lelaki ini tidak sesuai dengan kamu” atau “

Perempuan ini tidak sesuai untukmu”, berpadalah jika dia berbuat demikian sahaja.

Dalil hukum ini adalah berpandukan kisah Fatimah binti Qais r.ha :

Fatimah binti Qais berkata kepada Nabi s.a.w : “ Muawiyah bin Abi Sufyan dan Abu Jaham

telah melamarku. “ Rasulullah s.a.w bersabda : “Abu Jaham tidak pernah berlekang

daripada tongkatnya (tua) manakala Muawiyah adalah seorang miskin yang tidak

mempunyai harta. Bernikahlah dengan Usamah bin Zaid”. Tetapi aku tidak menyukainya.

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi : “ Nikahilah Usamah.” Akupun mengahwininya.

Allah memberikan kebaikan kepada perkahwinanku.

Fatimah binti Qais bergembira selepas perkahwinan tersebut.

Wali Menawarkan Perempuan Jagaannya kepada Lelaki Soleh dan Bertakwa

Wali disunatkan menawarkan perempuan dibawah jagaanya kepada lelaki soleh dan

bertakwa. Ini dicontohi daripada tindakan Nabi Syuaib a.s. Beliau menawarkan anaknya

supaya dikahwini oleh Nabi Musa a.s.. Nabi Syuaib a.s meyakini sifat amanah dan kesucian

Nabi Musa. Firman Allah Taala dalam menceritakan kisah ini :

26. Salah seorang di antara perempuan Yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah Dia

memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), Sesungguhnya sebaik-baik orang Yang

ayah ambil bekerja ialah orang Yang Kuat, lagi amanah".

12

Page 13: munakahat, muamalat, jenayah

27. Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): "Aku hendak mengahwinkanmu Dengan

salah seorang dari dua anak perempuanku ini, Dengan syarat Bahawa Engkau bekerja

denganku selama delapan tahun; Dalam pada itu, jika Engkau genapkan menjadi sepuluh

tahun, maka Yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. dan (ingatlah) Aku tidak

bertujuan hendak menyusahkanmu; Engkau akan dapati Aku insya Allah, dari orang-orang

Yang baik layanannya".

28. Musa menjawab: "Perjanjian itu adalah antaraku denganmu (tetap dihormati bersama);

Yang mana sahaja dari dua tempoh itu Yang Aku tunaikan, maka janganlah hendaknya Aku

disalahkan. dan Allah jualah menjadi Pengawas terhadap apa Yang kita katakan itu".

Dan kita juga mengambil contoh daripada perbuatan Saidina Umar al-Khattab ketika dia

menawarkan anaknya kepada Saidina Osman dan Saidina Abu Bakar. Mereka berdua

menolak dan ia dikahwini oleh Nabi s.a.w..

Sunat-sunat Meminang

Orang yang meminang atau wakilnya disunatkan berkhutbah sebelum meminang dan

sebelum akad. Khutbah dimulakan dengan :

Memuji Allah.

Berselawat kepada Nabi s.a.w.

Berpesan supaya bertakwa kepada Allah.

Khutbah dimulakan dengan memuji Allah dan berselawat kepada nabi s.a.w kerana

Rasulullah bersabda :

, ابتر فهو الله بحمد فيه يبدأ ال بال ذي أمر .كل

“semua perkara yang ada nilai tetapi tidak dimulakan dengan memuji Allah adalah cacat”

Kemudian dia hendaklah berpesan supaya bertakwa kepada Allah dan barulah melahirkan

keinginannya sambil berkata : “ Kami datang untuk meminang anak kamu”.

Wali perempuan juga disunatkan berkhutbah yang dimulai dengan memuji Allah dan

berselawat serta berpesan supaya bertaqwa, lalu berkata : “Saya terima pinangan kamu”.

13

Page 14: munakahat, muamalat, jenayah

Hukum Berkhalwat dan Bergaul mesra dengan Tunang

Apabila disebut pertunangan, menjadi kebiasaan dalam masyarakat Islam yang jauh

daripada roh dan biah Islam, selepas majlis pertunangan diadakan, pasangan lelaki dan

perempuan mula bergaul mesra, berdua-duaan dan berkhalwat. Hal ini demikian kerana

mereka mendakwa tindakan tersebut membolehkan mereka saling mengenali dan

mengetahui akhlak dan tabiat masing-masing.

Bergaul mesra dan berdua-duaan (khalwat) antara pasangan yang bertunang sebelum akad

nikah adalah haram serta tidak diredai oleh Allah Taala. Sabda Rasulullah s.a.w :

محرم ذو ومعها اال بامرأة رجل يخلون ال

“ tidak boleh sama sekali seorang lelaki berkhalwat dengan seorang perempuan (duduk

berdua-duaan secara sunyi), melainkan bersama perempuan itu ada mahramnya.”

Perempuan Yang Haram Dikahwini

Perempuan yang haram dikahwini terbahagi kepada dua bahagian :

1. Haram buat selama-lamanya.

2. Haram buat sementara waktu.

1) Sebab-Sebab Haram Dikahwini

1. Haram dengan sebab keturunan

2. Haram dengan sebab susuan

3. Haram dengan sebab persemendaan (musoharah).

2)Haram Dengan Sebab Keturunan

1. Ibu dan ibu kepada ibu (nenek) hinggalah ke atas.

2. Anak, cucu dan seterusnya ke bawah.

3. Saudara perempuan seibu atau sebapa atau seibu sahaja.

4. Saudara perempuan bagi bapa (emak saudara) hingga ke atas.

5. Saudara perempuan ibu (emak saudara) hingga ke atas.

6. Anak saudara dari saudara lelaki hingga ke bawah.

7. Anak saudara dari saudara perempuan hingga ke bawah.

14

Page 15: munakahat, muamalat, jenayah

Sebagai dalil bagi pengharaman tersebut ialah firman Allah :

Ertinya : Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak saudara, emak saudara

sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara dari saudara lelaki, dan anak

saudara dari saudara perempuan kamu.

(Surah An-Nisa : ayat 23)

Perhatian :

Anak perempuan yang lahir hasil dari perzinaan, tidak haram dengan bapa zinanya kerana

anak perempuan yang lahir dari zina dianggap orang asing (ajanabiah) baginya, ini ialah

kerana mani zina itu tidak dihormati, walau bagaimanapun makruh bagi bapa zina

mengahwini anak zinanya, berdasarkan perselisihan pendapat di antara utalam Abu

Hanifah (mazhab Hanafi) yang berpendapat :

 Tidak halal bagi bapa zina mengahwini anak perempuan yang hasil dari zinanya dan anak

zinanya itu dianggap sebagai muhrimnya, iaitu sama seperti anak biasa.

 Walaupun tidak halal dikahwini tetapi tidak berhak mendapat pusaka dari bapa zinanya

itu.Bagi ibu yang berzina dan semua muhrimnya adalah haram mengahwini anak zinanya,

begitu juga anak zina itu berhak mendapat pusaka dari ibunya.

 3) Haram Dengan Sebab Penyusuan

1. Ibu yang menyusukan.

2. Saudara perempuan yang sepersusuan.

Firman Allah :

Ertinya : Dan diharamkan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara-saudara kamu

sepersusuan.

Perempuan-perempuan yang haram dengan sebab susuan adalah sama dengan orang-

orang yang haram dengan sebab keturunan, sebagaimana sabda Nabi SAW :

15

Page 16: munakahat, muamalat, jenayah

Ertinya : Haram dari susuan sebagaimana haram dari keturunan.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Syarat-Syarat Haram Dengan Sebab Susuan

1. Ibu yang menyusukan itu telah baligh.

2. Anak yang disusukan itu berusia dua tahun, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua tahun.

(Riwayat Al-Dar Qatni)

3. Bilangan menyusunya sampai lima kali yang berasingan dan setiap kali menyusu

mesti sampai kenyang, sebagaimana tersebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh

Muslim dari Aishah :

Ertinya : Adalah pada ayat yang diturunkan dari Quran ialah sepuluh kali susu yang maklum

lagi mengharamkan kemudian dimansuhkan dengan lima kali susu sahaja.(al-Hadith)

4. Susu yang diberi kepada anak-anak itu mestilah ditelan dan sampai ke perut kanak-

kanak itu pada kelima-lima kalinya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Ertinya :Tidak diharamkan kahwin dari susuan itu melainkan susuan yang sampai kepada

perut kanak-kanak itu dan penyusuan itu pula mesti budak yang menyusu itu belum berumur

dua tahun.

(Riwayat : At-Tarmidzi)

Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat yang tersebut maka tidaklah haram berkahwin di

antara ibu yang menyusukan dengan anak yang disusukan dan seterusnya.

4)Haram Dengan Sebab Persemendaan (Berambil-Ambilan)

1. Ibu mertua samada dari keturunan atau penyusuan.

2. Ibu tiri, datuk tiri hingga ke atas.

3. Menantu perempuan (isteri anak), isteri cucu hingga ke bawah.

16

Page 17: munakahat, muamalat, jenayah

4. Anak tiri dengan syarat sudah disetubuhi ibunya, jika belum disetubuhi kemudian

diceraikan, maka tidaklah haram mengkahwinkan anak tiri itu samada anak tiri itu

dari keturunan atau penyusuan.Pengharaman keempat-empat orang ini berdasarkan

firman Allah :

Ertinya : Dan diharamkan ibu isteri kamu, dan anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu jika

ibunya telah kamu setubuhi, maka jika ibunya itu belum kamu setubuhi maka bolehlah kamu

mengkahwini anak tiri itu dengan begitu juga haram mengkahwini isteri anak kamu yang

sejati.

(Surah An-Nisa:ayat 23

Dan firman Allah :

Ertinya:Janganlah kamu kahwini perempuan-perempuan yang telah dikahwini oleh bapa

kamu (ibu tiri).

(Surah An-Nisa : ayat 22)

5)Perempuan-Perempuan Yang Haram Dikahwini Buat Sementara Waktu Dengan

Sebab Menghimpunkannya

1. Saudara-saudara perempuan bagi isteri.Sebagaimana firman Allah :

Ertinya : Da haram kamu menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara kecuali apa

yang telah lalu.

2. Anak saudara isteri sebelah bapa.

3. Anak saudara isteri sebelah ibu.

4. Anak saudara isteri dari saudara lelaki.

5. Anak saudara isteri dari saudara perempuan.

Sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Tidak boleh dikahwini seorang perempuan yang dihimpunkan dengan emak

saudara sebelah bapa dan tidak boleh antara emak saudara sebelah bapa dengan anak

17

Page 18: munakahat, muamalat, jenayah

perempuan saudara lelakinya dan tidak boleh dikahwini seorang perempuan dihimpun

dengan emak saudaranya sebelah ibu begitu juga di antara emak saudara sebelah ibu

dengan anak perempuan dari saudara perempuan, tidak yang besar dengan yang kecil dan

tidak yang kecil dengan yang besar.

(Riwayat At-Tarmidzi)

MAHAR ( MAS KAHWIN ) MENURUT PERSEPEKTIF ISLAM

1. Definisi Mahar

Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut

dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd.

Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh

suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

Mengikut Tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan )

1984 menyatakan “ mas kahwin “ bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayardi

bawah Hukum Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan

diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui

sebagaihutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum

Syara’,dapat dinilai dengan wang.

Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri antaranya firman

Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4 :

“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka

itusebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada

kamusebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut

sebagainikmat yang baik lagi lazat “

Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nisa ayat 24:

18

Page 19: munakahat, muamalat, jenayah

“ Mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya ( setelah dia

menjadi isteri kamu ) maka berikanlah mereka maharnya ( ajr ) sebagai satu ketetepan

yangdifardhu ( diwajibkan oleh Allah Taala )”

Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri.

Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteriserta

sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia jugamerupakan

penghormatan seorang suami terhadap isteri.Walau bagaimanapun mahar tidaklah

termasuk di antara rukun-rukun nikah atausyarat sahnya sesuatu pernikahan. Sekiranya

pasangan bersetuju bernikah tanpamenentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap

sah tetapi suami diwajibkanmembayar mahar misil ( yang sepadan ). Ini berdasarkan satu

kisah yang berlaku padazaman Rasulullah s.a.w. di mana seorang perempuan telah

berkahwin tanpa disebutkan

maharnya. Tidak lama kemudian suaminya meninggal dunia sebelum sempat

bersamadengannya ( melakukan persetubuhan ) lalu Rasulullah mengeluarkan hukum

supayaperempuan tersebut diberikan mahar misil untuknya.

Sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada

besi.

(Riwayat Al-Bukhari Muslim)

Dari hadith tersebut nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja,

asalkan sesuatu yang berguna dan berfaedah,samada berupa wang, barang atau sesuatu

yang bermanfaat,Sebagaimana Rasulullah pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang

tidak ada memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan maskahwin, lalu Rasulullah bertanya

kepada lelaki itu

19

Page 20: munakahat, muamalat, jenayah

"adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran," lelaki itu menyahut bahawa dia ada

mengingati beberapa surat, kemudian Rasulullah pun mengkahwinkan lelaki itu dengan

bermaskahwinkan surat yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki

itu.

2. Pemberian Mahar

Memberi mahar kepada isteri hukumnya wajib. Menurut Abu Hanifah, isteri

berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya sah. Manakala dalam mazhab Syafi’epula

diwajibkan mahar bukan disebabkan akad nikah yang sah sahaja tetapi jugadengan

persetubuhan. Sekiranya akad nikah tersebut fasid ( tidak sah ), suami tidak wajib memberi

mahar kepada isteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan.

HUKUM MENYEBUT MASKAHWIN DI WAKTU AKAD

1. Sunat

a. Sunat, kerana Rasulullah sendiri tidak pernah meninggalkan dari

menyebutnya di masa akad bila menikahkan  orang lain.  Dengan

menyebutnya di masa akad, dapat mengelakkan dari berlaku perselisihan

berhubung dengannya,  juga dapat membezakan di antara perkahwinan

biasa dengan perkahwinan  seorang perempuan yang menghebahkan dirinya

kepada Rasulullah tanpa mahar.

b. Sekiranya mahar tersebut tidak dinyatakan di masa akad bukanlah bererti

akad perkahwinan itu tidak sah tetapi makruh jika tidak disebut.

2. Wajib

a. Wajib disebut mahar di waktu akad dalam keadaan yang berikut :

      1.      Jika bakal isteri itu seorang yang masih budak kecil, gila, atau bodoh,

sedangkan bakal suami ingin membayar mahar yang lebih tinggi dari mahar yang

sepatutnya (mahar misil).

     2.      Jika bakal isteri yang sudah baligh, bijak dan boleh menguruskan diri sendiri

dan telah membenarkan wali untuk mengkahwinkannya, tetapi ia tidak menyerahkan

kepada  walinya untuk menetapkan maskahwinnya.     

3.      Jika bakal suami itu seorang yang tidak boleh menguruskan hal dirinya

sendiri, seperti ia masih budak, gila atau bodoh dan sebelum akad telah mendapat

20

Page 21: munakahat, muamalat, jenayah

persetujuan dari bakal isteri tersebut tentang bayaran maskahwin kurang dari mahar

yang sepatutnya, oleh yang demikian maskahwin wajib dinyatakan sebagaimana

yang dipersetujui.

Maksud wajib di sini bukanlah bererti perkahwinan itu tidak sah, tetapi perbuatan itu

dianggap  berdosa dan maskahwin dibayar mengikut kadar yang sepatunya (mahar

Misil).

3. Mas Kahwin Dan Pemberian Menurut Peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam.

Mengikut peruntukan seksyen 21 ( 1 ) dan ( 2 ) dalam Akta Undang-Undang

Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984 ( Akta 303 ) berbunyi seperti berikut :

(1) Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya

kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan orang yang mengakadnikahkan

perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain.

(2) Pendaftar hendaklah, mengenai tiap-tiap perkahwinan yang hendak

didaftarkan olehnya, menentu dan merekodkan :-

a) nilai dan butir-butir lain mas kahwin;

b) nilai dan butir-butir lain pemberian;

c) nilai dan butir-butir lain apa-apa bahagian mas kahwin atau pemberian

atau kedua-duanya yang telah dijanjikan tetapi tidak dijelaskan pada

masa akadnikah itu, dan tarikh yang dijanjikan untuk penjelasan; dan

d) butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan mas kahwin atau pemberian.

4. Kadar Mahar

Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam

menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan

semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam

menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi

dan tidak pula terlalu rendah.

21

Page 22: munakahat, muamalat, jenayah

Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita agarmempermudahkan mahar sebagaimana dalam

sabdanya :

مؤنة " أيسرهن برآة النساء " اعظم

Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang

perbelanjaan ( mahar ).

( Riwayat Ahmad dan al-Hakim )

Walau bagaimanapun suami boleh memberikan mahar yang tinggi kepada isteri

berdasarkan kepada ayat al-Quran dalam surah al-Nisa’ ayat 20 :

“ Kamu telah memberikan kepada salah seorang daripada mereka harta yang banyak “

Di Malaysia pemberian mahar diberikan oleh suami kepada isteri dalam bentuk

wang ringgit yang kadarnya berbeza dari satu negeri dengan negeri yang lain.

Menunda Mahar

Disunatkan bagi seseorang lelaki untuk memberikan mahar kepada calon isterinya sebelum

akad nikah, sehingga tidak menimbulkan perselisihan faham di antara kedua – dua pihak.

Namun juga dibolehkan untuk menunda sekiranya si calon isteri meredhainya,tetapi

hendaklah menetukan masa untuk melunaskannya.Misalnya “ aku akan membayar mahar

padamu setelah malam pertama langsung.”

5. Jenis Mahar

a. Mahar Musamma

Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah

seperti yang diamalkan dalam perkahwinan masyarakat kita pada hari ini.

Ulama’ telah bersepakat bahawa mahar musamma wajib dibayar oleh suami

22

Page 23: munakahat, muamalat, jenayah

apabila berlaku salah satu daripada perkara-perkara berikut :-

1) Berlakunya persetubuhan di antara suami isteri.

2) Kematian salah seorang di antara mereka sama ada suami atau isteri.

b. Mahar Misil ( mahar yang sepadan )

Mahar yang tidak disebut jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah.

Sekiranya berlaku keadaan ini, mahar tersebut hendaklah diqiaskan ( disamakan )

dengan mahar perempuan yang setaraf dengannya di kalangan keluarganya sendiri

seperti adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau ibu saudaranya.

Sekiranya tiada, maka diqiaskan pula dengan mahar perempuan-perempuan lain yang

setaraf dengannya dari segi kedudukan dalam masyarakat dan sekiranya tiada juga,

terpulang kepada suami berdasarkan kepada adat dan tradisi setempat.

Selain daripada itu terdapat perkara-perkara lain yang perlu diambil kira dalam

menentukan mahar misil iaitu dari sudut rupa paras, kekayaan, keadaan setempat,

keagamaan , ketakwaan, keilmuan, kecerdasan fikiran , keluhuran budi serta status

perempuan tersebut sama ada gadis atau janda dan perkara-perkara yang boleh

dijadikan penilaian. Ini kerana kadar mahar berbeza dengan berbezanya sifat-sifat

di atas.

6. Mendapat Separuh Mahar Atau Tidak Berhak Mendapat Langsung

Sebagaimana yang kita sedia maklumi , apabila berlakunya suatu akad nikah

yang sah, maka wajib bagi suami membayar mahar kepada isteri sama ada berupa

mahar musamma atau pun mahar misil kerana ia merupakan hak isteri.

Walau bagaimanapun terdapat keadaan yang menyebabkan isteri hanya berhak

mendapat separuh sahaja daripada mahar tersebut atau pun tidak mendapat apa -

apamahar langsung daripada suami iaitu :-

a) Isteri hanya mendapat separuh sahaja daripada mahar apabila

berlakunya perceraian sebelum persetubuhan. Ini berdasarkan kepada firman Allah :

23

Page 24: munakahat, muamalat, jenayah

“ Dan jikalau kamu menceraikan mereka itu ( isteri-isteri ) sebelum kamu menyetubuhi

mereka walhal kamu telah menetapkan mahar kepada mereka, maka diwajibkan

( bayarannya )separuh daripada yang kamu tetapkan kecuali jika mereka sendiri memaafkan

atau orang yang mempunyai kuasa perwalian memaafkannya ( surah al-Baqarah ayat 237)

Ayat di atas menyatakan bahawa sekiranya mahar isteri telah disebutkan ketika

akad nikah dan berlakunya penceraian sebelum persetubuhan, maka suami hanya

wajibmembayar separuh sahaja daripada mahar tersebut. Tetapi sekiranya mahar

tidakdisebut ketika akad nikah, suami wajib membayar mahar misil kepada isteri.

Menurut pendapat Imam Syafi’e dan Imam Malik sekiranya berlaku perceraian

sebelum persetubuhan, suami hanya wajib membayar separuh sahaja mahar kepadaisteri

sama ada mahar tersebut disebut semasa akad nikah atau sebaliknya.

b) Isteri tidak berhak langsung untuk mendapat pemberian mahar daripada

suami apabila berlakunya perceraian disebabkan fasakh ( dari pihak isteri ) sebelum

berlakunya persetubuhan.

7. Kesimpulan

Mahar adalah hak isteri yang diberikan oleh suami dengan hati yang tulus ikhlas

tanpa mengharapkan balasan sebagai pernyataan kasih sayang dan tanggungjawab

suami atas kesejahteraan rumah tangga. Ianya bertujuan untuk menggembira dan

menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani

kehidupan bersama suami.

Mahar adalah menjadi hak milik isteri. Sekiranya ia tidak disebut sekalipun

Para mujtahidin telah sepakat mengatakan bahawa tidak kadar dan had yang

tertentu dalam meletakkan kadar mahar yang paling maksima. Terdapat satu peristiwa

yang berlaku yang berlaku di zaman Umar al Khattab (r.a) di mana beliau melarang

orang ramai dari meninggikan kadar mahar iaitu tidak boleh lebih daripada empat

dirham katanya, “ Janganlah kamu meninggikan mahar perempuan kerana jikalau

dia dimuliakan di dunia, atau mahu bertaqwa kepada Allah, maka yang lebih utama

24

Page 25: munakahat, muamalat, jenayah

ialah contoh daripada Rasulullah yang tidak menetapkan mahar kepada isterinya mahu

pun bagi puteri-puterinya melebihi dua belas auqiah. Oleh sebab itu sesiapa yang

melebihi daripada 440 dirham walaupun lebihannya sedikit maka yang itu dimasukkan

ke dalam Baitulmal “. Lantas seorang perempuan Quraisy membantah sambil

berkata : “ Allah telah berfirman di dalam al-Quran :

Terjemahan : “ Apabila kamu telah memberikan kepada mereka itu ( isteri ) sepikul

mahar, maka jangan kamu ambil walupu sedikit daripada mahar itu “

( surah al Nisa : 20 )

WALIMATUL URUS

Pengertian walimatulurus dari segi bahasa ialah Walimah berasal daripada perkataan al-

walmu, maksudnya perjumpaan. Manakala dari segi istilah mengikut Maksud dalam al-

Qamus ialah makanan untuk kenduri kahwin atau makanan yang dibuat untuk memanggil

orang.

 Hukum walimah ialah sunat makkad kerana ia sabit daripada Nabi s.a.w. secara perkataan

dan perbuatan.

     

     "Nabi s.a.w. mengadakan walimah sempena perkahwinannya dengan seorang isterinya

dengan dua cupak barli"

     "Sesungguhnya Nabi s..a.w. mengadakan kenduri perkahwinannya dengan Zainab

r.anha dengan roti dan daging."

     "Sabda Nabi s.a.w. kepada Abdur Rahman bin Auf r.a.:Buatlah walimah walaupun

dengan seekor kambing."

     Orang yang diundang ke walimatulurus wajib hadir mengikut keempat- empat mazhab.

Sabda Nabis.a.w. :

     "Sejahat -jahat makanan ialah makanan walimah yang diundang kerana orang-orang

kaya saja dan tinggalkan orang-orang miskin.Barangsiapa yang tidak memperkenan

undangan, maka sesungguhnya telah derhaka kepada Allah dan Rasulnya."

(muntafankunalaih)

25

Page 26: munakahat, muamalat, jenayah

Jumhur ulama' tidak meletakkan kadar walimah kerana ia bergantung kepada seseorang

dalam membuat walimah.

Nabi tidak memaksa umatnya untuk membuat walimah atau kenduri secara besar-

besaran.Sabda Nabi s.a.w. :

     "adakan walimah meskipun dengan seekor kambing"

Perkara yang tidak baik selalu dilakukan dalam walimatul urus :

1.Pembaziran makanan

2. Bahan mentah yang dibeli dengan hutang.

Antara hikmah disunatkan diadakan walimah ialah pertama untuk memberitahu masyarakat

bahawa si fulan sudah berkahwin. Kedua walimah ini dibuat untuk mengelakkan fitnah

dalam masyarakat.perkara ini begitu penting untuk kita kerana dewasa ini ramai yang belum

berkahwin tetapi sudah meklanggar syariat yang ditetapkan oleh Allah.ketiga mengeratkan

hubungan silaturahim antara saudara.kaum keluarga akan mengenali ahli baru dalam

keluarga.

Persandingan

Persandingan merupakan adat resam dalam masyarakat. Banyak pendapat tentang

hukum bersanding. Persandingan harus dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga

terdekat/mahram), ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan

mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.

Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang

bergelar raja sehari kepada orang ramai.Memang seharusnya kita memperkenalkan sebagai

pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah

itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari.

Namun di dalam majlis yang penuh kemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan

agar syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan.Persoalan yang sangat

penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah ia

26

Page 27: munakahat, muamalat, jenayah

budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.

Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya

adalah dari budaya masyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu

berpegang kepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat

Islam.

Justeru, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan

syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.Tiada

percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.Tiada pembaziran dan

tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT

dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.

Disebabkan manusia tidak mengambil berat terhadap syariat maka hilangnya

keberkatan dalam sebuah perkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan

orang ramai dan tidak menggembirakan Allah SWT.

PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Ikatan perkahwinan yang dibentuk adalah suatu anugerah yang suci dan sebagai suatu

rahmat daripada Allah S.W.T. untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan

perempuan yang bukan mahram. Lantaran itu, sebelum berlangsungnya sesuatu

perkahwinan, pasangan lelaki dan perempuan perlu memikirkan secara mendalam apakah

kesan yang akan berlaku apabila sudah berkahwin nanti. Namun begitu, seandainya

rumahtangga yang dibina menemui pelbagai krisis dan tidak boleh lagi diselesaikan maka

bolehlah memutuskan ikatan perkahwinan itu dengan cara yang dibenarkan oleh syara’.

Talak

Talak atau penceraian mengikut pengertian umum ialah sesuatu perkataan yang dilafazkan

untuk memutuskan ikatan perkahwinan. Talak dalam erti kata yang lebih menyeluruh ialah

perpisahan antara pasangan suami dan isteri serta putusnya ikatan perkahwinan

sebelumnya serta haram di antara mereka mengadakan hubungan sebagaimana yang

27

Page 28: munakahat, muamalat, jenayah

dihalalkan sebelumnya. Talak adalah hak suami untuk membubarkan ikatan perkahwinan

yang dijalinkan dan boleh dilakukan sama ada melalui kata-kata, isyarat atau tulisan asalkan

dengan niat.

Dalil Talak Disyariatkan

Dalil talak disyariatkan adalah berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak.

Dalil-dalil daripada al-Quran

Talak (yang dapat dirujuki) dua kali. setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma'ruf

atau menceraikan dengan cara yang baik.

(Surah al-Baqarah 2:229)

Hai nabi, apabila kamu menceraikan Isteri-isterimu Maka hendaklah kamu ceraikan mereka

pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar)

(Surah at-Tolaq 65:1)

Dalil-dalil daripada Sunnah

Sabda Rasulullah s.a.w :

“Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah Taala ialah talak”

Ibnu Umar r.a berkata :

“Saya mempunyai seorang isteri yang saya cintai, tetapi bapa saya membencinya. Bapa

meminta saya menceraikannya, tetapi saya enggan. Dia membawa perkara itu kepada Nabi

s.a.w. Baginda bersabda: Wahai Abdullah bin Umar, ceraikan isterimu.”

Dalil daripada ijmak Ulama’

Semua ulama’ bersepakat mengatakan talak disyariatkan. Tidak ada seorang pun yang

mengingkarinya.

28

Page 29: munakahat, muamalat, jenayah

Jenis Talak Berdasarkan Keadan Isteri

Dibahagikan kepada dua jenis :-

1. Talak Sunni

2. Talak Bid’ie

3. Talak bukan Sunni dan bukan Bid’ie

Talak Sunni

Penceraian yang dilakukan dengan mengikut kaedah-kaedah yang diharuskan oleh syara’

seperti menceraikan isteri dalam keadaaan suci daripada haid dan tidak disetubuhi. Talak

jenis ini adalah diharuskan. Sebagaimana firman Allah S.W.T :

..........

Maksudnya: Hai nabi, apabila kamu menceraikan Isteri-isterimu Maka hendaklah kamu

ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar) dan

hitunglah waktu iddah (dengan betul)……..

(Surah al-Talak 65:1)

Talak Bid’ie

Penceraian yang dilakukan dengan kaedah yang menyalahi kehendak syara’ sperti

menceraikan isteri dalam keadaan haid atau nifas atau mentalakkan isteri dengan talak tiga

sekali gus atau menceraikan isteri waktu suci yang telah disetubuhi. Sesiapa yang

mentalakkan isterinya dengan talak bid’ah ini adalah haram, walaupun begitu talak tersebut

adalah sah.

Talak bukan Sunni dan bukan Bid’ie

Talak seumpama ini jatuh, diharuskan dan tidak diharamkan kerana tidak memberi mudarat

kepada isteri yang diceraikan. Juga kerana edah isteri yang masih kecil atau isteri yang

sudah putus haid dihitung dengan kiraan bulan. Dengan ini mudarat memanjangkan tempoh

edah tidak akan berlaku. Begitu juga dengan edah isteri yang mengandung, kerana edahnya

29

Page 30: munakahat, muamalat, jenayah

ialah sehingga melahirkan anak. Keadaan yang sama juga berlaku kepada isteri yang

meminta khulu’. Khulu’ bermakna isteri menebus dirinya dengan harta benda.

Kesanggupannya berbuat demikian melambangkan keinginannya untuk bebas daripada

ikatan suaminya dan keredhaannya menunggu tempoh edah yang panjang.

Talak Berdasarkan Sighah

Dapat dibahagikan kepada tiga bentuk :-

1. Talak Sorih atau Jelas

2. Talak Kinayah atau Kiasan

3. Talak Ta’lik atau Tergantung

Talak Sorih atau Jelas

Dengan menggunakan lafaz terang dan tegas maksudnya, iaitu yang menunjukkan dengan

jelas maksud penceraian tanpa menilai kepada niat lagi. Seperti suami mengatakan kepada

isterinya : “Aku ceraikan engkau”.

Talak Kinayah atau Kiasan

Dengan menggunakan ucapan yang tidak jelas maksudnya bagi menunjukkan perceraian

iaitu ia boleh diertikan dengan perceraian atau maksud lain. Talak jenis ini bergantung

kepada niat dan perlu kepada niat. Seperti suami berkata kepada isterinya : “Engkau boleh

pulang ke rumah ibu bapa engkau”. Iaitu jika dengan niat dan tujuan cerai barulah sah

talaknya.

Talak Ta’lik atau Tergantung

Talak yang digantungkan dengan sesuatu perkara atau perbuatan. Sama ada perbuatan itu

dilakukan oleh suami sendiri atau dilakukan oleh isterinya. Contohnya suaminya berkata:

“Jika engkau keluar dari rumah ini tanpa kebenaranku, maka engkau akan tertalak.” Jika

berlaku perkara yang seperti digantungkan itu maka jatuhlah talak isteri.

Talak Berdasarkan Kesan Rujuk

Dapat dibahagikan kepada dua bahagian :-

1. Talak Ba’in

30

Page 31: munakahat, muamalat, jenayah

2. Talak Raj’i

Talak Ba’in

Dapat dibahagikan kepada dua bahagian :-

1. Talak Ba’in yang berkekalan

2. Talak Ba’in tidak berkekalan

Talak ba’in berkekalan

Mempunyai dua bentuk ;-

1. Apabila seseorang suami yang telah menceraikan isterinya sebanyak tuga talak atau

dengan tiga talak sekali gus. Ia tidak dapat mengahwini bekas isterinya melainkan

setelah bekas isterinya dikahwini oleh lelaki lain dan diceraikan oleh lelaki tersebut

setelah mereka bersama (bersetubuh) secara sah.

2. Apabila mereka dipisahkan oleh kadi atau mahkamah melalui li’an.

Talak Ba’in Tidak Berkekalan

Membolehkan suami merujuk bekas isterinya tetapi mestilah melalui proses akad dan mas

kahwin yang baru dan mesti melalui persetujuan perempuan, kerana ia adalah seorang

janda, iaitu :-

1. Talak dengan tebus talak.

2. Talak sebelum bersetubuh.

3. Talak satu atau dua yang telah tamat tempoh iddahnya.

Talak Raj’i

Proses penceraian yang dapat dirujuk kembali oleh suami tanpa sebarang akad dan mas

kahwin yang baru. Talak Raj’i ini berlaku apabila suami menceraikan isterinya kali pertama

atau kedua.

Bilangan Talak

Setiap suami hanya diberi peluang sebanyak tiga kali talak sahaja terhadap isterinya.

Namun begitu, hanya talak Raj’i iaitu suami dapat rujuk kembali kepada isterinya sewaktu

dalam tempoh iddah tanpa disertai dengan akad perkahwinan baru dan tanpa mas kahwin

lain. Sebagaiman firman Allah S.W.T :

31

Page 32: munakahat, muamalat, jenayah

............

Maksudnya: Talak (yang dapat dirujuki) dua kali. setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara

yang ma'ruf atau menceraikan dengan cara yang baik......

(Surah al-Baqarah 2:229)

Sekiranya berlaku talak tiga atau suami yang melafazkan talak tiga serentak terhadap

isterinya, ia tidak dapat kembali kepada isterinya lagi, kecuali selepas isterinya itu berkahwin

dengan lelaki lain dan lelaki tersebut pula menceraikan isterinya itu selepas

menyetubuhinya. Sebagaimana firman Allah S.W.T :

Maksudnya: Kemudian jika si suami mentalaknya (sesudah Talak yang kedua), Maka

perempuan itu tidak lagi halal baginya hingga dia kawin dengan suami yang lain. Kemudian

jika suami yang lain itu menceraikannya, Maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami

pertama dan isteri) untuk kawin kembali jika keduanya berpendapat akan dapat

menjalankan hukum-hukum Allah. Itulah hukum-hukum Allah, diterangkan-Nya kepada

kaum yang (mahu) Mengetahui.

(Surah al-Baqarah 2:230)

Syarat Sah Talak

1. Akad nikah telah sabit berlaku

Talak seorang lelaki terhadap seorang perempuan yang tidak dinikahinya tidak jatuh.

Talak juga tidak jatuh terhadap perempuan yang dinikahinya sama ada talak itu

menggunakan lafaz tanjiz (dilaksanakan terus) seperti dia berkata: “Aku ceraikan

engkau” atau ta’lik (tergantung) seperti dia berkata: “Jika aku berkahwin dengan engkau,

aku ceraikan engkau.” Firman Allah S.W.T :

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi perempuan-

perempuan yang beriman, Kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu

32

Page 33: munakahat, muamalat, jenayah

mencampurinya Maka sekali-sekali tidak wajib atas mereka 'iddah bagimu yang kamu

minta menyempurnakannya.

(Surah al-Ahzab 33:49)

2. Waras serta sempurna akalnya.

Talak kanak-kanak, orang gila dan orang yang tidur tidak jatuh. Orang yang terlupa dan

orang yang tidak mengetahui makna kata-kata yang telah dituturkannya termasuk

kedalam tiga golongan iaitu kanak-kanak, orang gila dan orang yang tidur. Walau

bagaimanapun dakwaannya bahawa dia lupa atau dia tidak tahu makna kata-katanya

tidak boleh diterima sehingga adanya bukti dan saksi yang menyokong dakwaannya.

Untuk talak orang yang mabuk, jika disebabkan ubat yang mesti digunakan dan dia

mabuk selepas menggunakannya atau dipaksa dengan ugutan supaya meminum

minuman yang memabukkan atau sesuatu yang memabukkan masuk ke dalam

tubuhnya, hukumnya adalah sama dengan hukum kanak-kanak, orang yang tertidur dan

orang yang lupa. Semuanya mempunyai illah yang sama iaitu keuzuran. Jika dia mabuk

dengan niat dan pilihannya sendiri tanpa sebarang keuzuran, talaknya adalah jatuh dan

berlaku. Hukumnya sama seperti hukum orang yang waras. Ia juga adlah hukuman

kepadanya kerana tindakannya meminum minuman yang memabukkan. Ini kerana

orang yang mabuk adalah mukallaf (bertanggungjawab terhadap tindakannya). Juga

kerana ijmak sahabat Nabi s.a.w menyatakan bahawa kata-kata yang dilafazkan semasa

mabuk seperti menuduh perempuan yang suci berzina dan lain-lain akan dikenakan

tindakan.

3. Mempunyai kuasa memilih yang sempurna dan mencukupi

Talak yang dilafazkan secara paksa tidak jatuh. Talak paksaan hendaklah mengambil

kira syarat-syarat paksaan seperti berikut:-

Paksaan yang berlaku tidak bersyari’e. tetapi jika paksaan itu berlaku secara

syari’e seperti suami member mudarat kepada isteri lalu hakim memaksa suami

menceraikan isterinya, talak yang dilafazkan secara paksa itu tetap jatuh.

Paksaan disertai dengan ugutan yang ditujukan terus kepada suami. Ugutan

tersebut hendaklah ugutan yang akan menyebabkan suami terdedah kepada

mudarat yang besar seperti dibunuh, dipotong, anggota atau dipukul dengan

pukulan yang sangat menyakitkan. Bagi mereka yang mempunyai kedudukan

dan dipandang mulia, pukulan yang kurang menyakitkan dan disakiti dengan

sedikit kesakitan sudah cukup untuk memenuhi syarat ini.

33

Page 34: munakahat, muamalat, jenayah

Orang yang memaksa mampu melaksanakan ugutannya. Sabda Rasulullah

s.a.w. :

“Tidak sah talak dan tidak sah pembebasan hamba dalam keadaan dipaksa.”

(riwayat Ibnu Majah)

“Sesungguhnya, Allah telah menggugurkan daripada umatku hukum tersalah,

terlupa, dan dipaksa.” (riwayat Ibnu Majah)

Suami yang dipaksa tidak melakukan lebih daripada apa yang dipaksa. Jika

dia dipaksa menjatuhkan talak satu atau menjatuhkan talak tanpa disuruh berapa

kali tetapi dia menceraikan isterinya dengan talak dua atau talak tiga, talak itu

jatuh.

Hikmah Talak

1. Memberikan kesedaran kepada pasangan suami isteri supaya menilai kelemahan

masing-masing dan membaikinya.

2. Memberikan kesedaran agama.

3. Member peluang kepada pasangan suami isteri mencari penyelesaian apabila

mereka tidak ada persefahaman lagi untuk hidup bersama.

Mut’ah

Segala bentuk saguhati yang berupa harta atau barangan bernilai yang diberikan oleh suami

kepada isterinya selepas berlakunya perceraian di antara mereka. Pemberian mut’ah adalah

suatu amalan yang baik dan jumhur ulama berpendapat disunatkan, berdasarkan firman

Allah S.W.T :

Maksudya: Tidak ada kewajiban membayar (mahar) atas kamu, jika kamu menceraikan

isteri-isteri kamu sebelum kamu bercampur dengan mereka dan sebelum kamu menentukan

maharnya. dan hendaklah kamu berikan suatu mut'ah (pemberian) kepada mereka. orang

yang mampu menurut kemampuannya dan orang yang miskin menurut kemampuannya

(pula), yaitu pemberian menurut yang patut. yang demikian itu merupakan ketentuan bagi

orang-orang yang berbuat kebajikan.

34

Page 35: munakahat, muamalat, jenayah

(Surah al-Baqarah 2:236)

Mengikut pendapat Imam Syafi’e, pemberian mut’ah adalah wajib terhadap suami kepada

bekas isterinya sama ada isteri yang diceraikan itu sudah disetubuhi atau belum disetubuhi

atau penceraian berlaku sebelum ditentukan kadar mahar, iaitu dengan mahar al-Mithil (مهر

.(المثل

Walaubaagaimanapun, isteri hanya dapat menikmati dan berhak mendapat mut’ah apabila

penceraian antara mereka berlaku bukan atas dasar tebus talak atau Khulu’ (خلع).

Hikmah dan Tujuan Mut’ah

1. Meringanan bebanan wanita.

2. Menghiburkan hati mereka serta menghormati mereka setelah berlakunya perceraian

dengan suami mereka, kerana perceraian adalah suatu perkara yang besar dalam

hidup perempuan dan mereka bagaikan hilang separuh tempat bergantung.

Tebus Talak (خلع)

Berlaku dan dilakukan apabila isteri merasakan ia tidak dapat hidup bersama suaminya

dengan lebih lama atau ia bimbang tidak mahu menceraikannya. Dalam erti kata yang lain,

tebus talak juga berlaku apabila seseorang isteri hendak memutuskan hubungan

perkahwinan dengan suaminya dengan membayar ganti rugi atau mengembalikan sejumlah

tertentu nilai atau mas kahwin yang diterimanya dahulu. Hukum tebus talak adalah harus,

sebagaimana firman Allah S.W.T :

...... ........

Maksudnya: ............jika kamu khawatir bahwa keduanya (suami isteri) tidak dapat

menjalankan hukum-hukum Allah, Maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran

(tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan

suami akan bayaran itu)......

(Surah al-Baqarah 2:229)

35

Page 36: munakahat, muamalat, jenayah

Tebus talak ialah suatu ketetapan syara’ yang mengharuskan isteri dan menjadi hak isteri

untuk membebaskan diri daripada ikatan perkahwinan apabila suaminya tidak mahu

menceraikannya.

Sebab yang Membolehkan Tebus Talak

Walaupun tebus talak diharuskan, namun syariat Islam tidak menggalakkan ia dilakukan,

kecuali ada sebab tertentu, antaranya ialah :-

1. Suami mempunyai kecacatan pada tubuh atau anggota.

2. Suami mempunyai akhlak yang tidak baik dan keji.

3. Suami tidak bertanggungjawab.

Hikmah Tebus Talak

Antara hikmah tebus talak ialah :-

1. Mengelakkan isteri daripada melakukan derhaka kepada suaminya disebabkan ada

sesuatu yang isteri tidak puas hati terhadap suaminya sedangkan suaminya pula

tidak mahu menceraikannya.

2. Suatu hak dan keharusan bagi isteri untuk membebaskan dirinya daripada ikatan

perkahwinan apabila ia merasakan tidak dapat hidup lama atau tidak sesuai dengan

suami tersebut.

3. Sebagai pengajaran dan kesedaran kepada suami untuk membetulkan kesilapan.

Manakala isteri perlu berhati-hati untuk mencari suami lain.

Isu-isu Semasa Penceraian

Penceraian merupakan suatu perkara yang biasa berlaku dalam kalangan masyarakat

sekarang. Perkara ini perlu diambil berat oleh suami isteri agar perkahwinan yang dibina

bahagia dan kekal selamanya. Di sini akan dinyatakan isu-isu semasa yang berlaku dalam

masyarakat hari ini tentang penceraian yang berlaku.

36

Page 37: munakahat, muamalat, jenayah

Ramai golongan yang terlibat dengan penceraian ini adalah golongan-golongan artis

dan orang-orang kenamaan.

Fakta : 75,299 kes penceraian rumah tangga yang direkodkan sepanjang tahun 2007

dan 2008 termasuk kes tertunggak tahun-tahun sebelumnya.

Sebanyak 64,631 kes dicatatkan pada 2007 yang turut melibatkan tunggakan kes

tahun-tahun sebelumnya, manakala sebanyak 10,668 kes dilaporkan tahun lalu.

Daripada keseluruhan kes pada tahun lepas, Johor mencatatkan jumlah tertinggi

iaitu sebanyak 2,023 kes manakala catatan terendah ialah di Perlis iaitu 24 kes.

jumlah kes perceraian di negeri lain pada 2008 ialah Kedah sebanyak 1,561 kes,

Kelantan (1,386), Selangor (1,138), Perak (1,081), Terengganu (881), Melaka (675),

Sarawak (571), Pahang (524), Wilayah Persekutuan (380), Sabah (346) dan Negeri

Sembilan (78).

Sultan Kelantan fail permohonan sahkan cerai talak tiga terhadap isteri kedua pada 9

Mac 2010.

Isu cerai melalui SMS menimbulkan polemik yang pelbagai di kalangan masyarakat.

Isu ini menjadi lebih hangat apabila pihak media turut memberi tumpuan terutama

apabila Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur yang mengesahkan dan

mensabitkan perceraian pasangan suami isteri Shamsuddin Latif dan Azida Fazlina

Abdul Latif yang dikirim melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Nusyuz

Nusyuz dari segi bahasa ialah derhaka. manakala dari segi istilah ialah isteri/suami yang

derhaka dan menyimpang daripada suami/isteri. Perkara ini adalah perkara yang biasa

berlaku dalam kalnagan masyarakat masa kini. Nusyuz boleh berlaku akibat sikap suami

berpoligami tetapi tidak berlaku adil di antara isterinya. Isteri yang menjadi mangsa

ketidakadilan mencari jalan keluar yang salah dengan melakukan hubungan sulit dengan

lelaki lain, keluar rumah tanpa keizinan suami, bekerja di tempat maksiat dan sebagainya.

Nusyuz juga mungkin berpunca daripada suami yang mengadakan hubungan dengan

perempuan lain, tidak memberikan nafkah sara diri kepada isteri dan anak-anak,

memperkecil-kecilkan kebolehan isteri dan menghina keturunan isteri.Nusyuz juga boleh

berpunca kerana pengaruh luar seperti hasutan mentua yang tidak merestui perkahwinan

mereka, umpatan dan fitnah daripada jiran, rakan dan pengaruh masa.

Isteri yang dikatakan nusyuz disebabkan perkara- perkara berikut :

1. Tidak taat dan patuh pada suami

37

Page 38: munakahat, muamalat, jenayah

2. Membawa mana-mana orang ke tempat tidur suami.(curang)

3. Tidak menjaga kehormatan diri.

Hukum nusyuz

Hukum nusyuz adalah haram.ia adalah salah satu daripada dosa besar.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “apabila seseorang lelaki mengajak isterinya ke

tempat tidur, lalu isterinya tidak datang dan suami tidur dalam keadaan marah, maka

malaikat akan melaknat isteri itu sehingga subuh”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimana yang dikatakan nusyuz isteri,antaranya;

Di dalam konteks perkahwinan, apabila perlaku perkara seperti ini, terdapat 3 peringkat

untuk mengatasi masalah ini.Pertama ialah menasihati isteri/ dengan sopan dan santun.Jika

perkara itu tidak dapt memperbaiki diri maka suami/ harus mngasingkan tempat tidur atau

“memboikot” tempat tidur.Ketiga jika masalah ini berterusan maka hendaklah si suami

memukul si isteri dengan pukulan yang tidak mencederakan niat untuk memberi

pengajaran.Tetapi jika isteri berbuat baik maka wajibla dia mendapat sara hiduo seoerti

biasa dan tidak ada istilah “double standard” dalam hidup berumah tangga.

Firman Allah Taala :

34. kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal Yang bertanggungjawab terhadap kaum

perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa

keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah

membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. maka perempuan-

perempuan Yang soleh itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang

memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir

bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. dan perempuan-perempuan

Yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati

mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga

mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan Yang bertujuan mengajarnya).

kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk

38

Page 39: munakahat, muamalat, jenayah

menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar. (Surah An-

Nisa’:34)

Nuysuz suami(Dayus)

127. dan mereka meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hak dan

kewajipan) kaum perempuan. Katakanlah olehmu: "Allah akan memberi keterangan (fatwa)

kepada kamu mengenai mereka dan juga (ada difatwakan dalam) apa Yang selalu

dibacakan kepada kamu Dalam Kitab (Al-Quran) ini mengenai perempuan-perempuan yatim

Yang kamu tidak memberi kepadanya apa Yang telah ditetapkan menjadi hak mereka, dan

Yang kamu suka berkahwin Dengan mereka; dan juga mengenai anak-anak Yang lemah

(yang masih kecil lagi). dan (kamu juga diwajibkan) supaya menguruskan (hak dan

keperluan) anak-anak yatim Dengan adil. dan (ingatlah) apa jua kebaikan Yang kamu

lakukan (kepada mereka), maka Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya."(Surah Al-

Maidah : 127)

Nusyuz tidak semestinya berlaku pada isteri, ia juga berlaku pada suami.isteri

selalunya mengambil mudah tentang perkara ini sedangkan ia boleh menggugat

keharmonian institusi kekeluargaan.Banyak perkara yang berlaku disebabkan nusyuz suami,

antaranya :

Tidak memberi nafkah zahir dan batin

Curang pada isteri

Tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga

Tidak menjaga hak isteri dalam pembahagian giliran

39

Page 40: munakahat, muamalat, jenayah

19. Wahai orang-orang Yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-

perempuan Dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan

menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian

dari apa Yang kamu telah berikan kepadaNya, kecuali (apabila) mereka melakukan

perbuatan keji Yang nyata. dan bergaulah kamu Dengan mereka (isteri-isteri kamu itu)

Dengan cara Yang baik. kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan

tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu

bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa Yang kamu benci itu

kebaikan Yang banyak (untuk kamu).(Surah An-Nisa’)

Suami menggauli isteri dengan baik

Para suami wajib menggauli isteri mereka dengan baik dan memuliakannya.Allah

memerintahkan bermuamalah dengan baik kepada para isteri, memberikan kebahagiaan

kepada mereka.Allah telah berfirman :

19. Wahai orang-orang Yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-

perempuan Dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan

menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian

dari apa Yang kamu telah berikan kepadaNya, kecuali (apabila) mereka melakukan

perbuatan keji Yang nyata. dan bergaulah kamu Dengan mereka (isteri-isteri kamu itu)

Dengan cara Yang baik. kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan

tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu

bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa Yang kamu benci itu

kebaikan Yang banyak (untuk kamu).(Surah An-Nisa’: 19).

Di antara bentuk pemuliaan isteri adalah dengan bersikap lemah lembut kepadanya.

Rasulluah sendiri sebagai cerminan setiap mukmin sentiasa bersikap lemah- lembut kepada

Aisyah dan isterinya yang lain.Kaum wanita banyak mendapat masa-masa sakit, yang kerap

40

Page 41: munakahat, muamalat, jenayah

pada masa tersebut mereka sering sensitif, seperti pada masa haid dan nifas. Maka bagi

kaum lelaki hendaklah mengetahui hal ini, dan dapat memahami mereka di dalam masa-

masa tersebut. Hal ini menuntut adanya perasaan kasih sayang, mencintai dan pergaulan

yang baik kepada mereka.

Rasulullah bersabda: “jangan lah seorang mukmin membenci seorang mukminah, apabila

membenci seseorang darinya, maka aka nada yang ia redai dari yang lain.”

Seorang suami harus menjaga dan memelihara isteri dari segala aspek daripada perkara-

perkara yang merosakkan keharmonian dalam keluarga.

Kewajipan isteri kepada suaminya.

Allah mewajibkan kepada seorang isteri untuk mentaati suami apabila diperintahkan

suaminya tanpa derhaka.Isteri harus menjadikan suaminya senag dan bahagia serta

menjaga harta dan kehormatannya.Rasullullah saw telah bersabda : “tidak ada manfaat bagi

seorang mukmin setelah ketaqwaan kepada Allah lebih baik dari isteri solehah yang apabila

diperintahkan ia mematuhinya, apabila dilihat ia menyenangakannya, apabila bersumpah ia

mematuhinya, dan apabila tidak berada di sisinya ia menjaga diri dan harta suaminya”.

Seorang wanita muslimah apabila menunaikan hak suaminya dengan mematuhinya

danmentaatinya, bersikap baik kepadanya dan bersikap tulus kepadanya, maka ia akan

mendapat tempat mulia dan ganjaran besar dari sisi tuhannya. Banyak di antara hadis

Rasulullah yang menyatakan hal ini, di antaranya adalah :

Diriwayatkan daripada Ibnu Majah da Tirmizi daripada Ummu Salamah bahwa ia

berkata ;Rasulullah bersabda :”seorang wanita yang wafat dan suaminya meredainya, maka

ia akan masuk syurga”.

Dalam hadis lain juga diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah

bersabda:”apabila seorang wanita mengerjakan sembahyang lima waktu, dan menjaga

kemaluannya, mentaati suaminya, maka ia akan memasuki syurga dari pintu yang

disukainya”.

EDAH

41

Page 42: munakahat, muamalat, jenayah

Pengertian edah :

Edah daripada bahasa ialah kata nama terbitan yang diambil daripada kata kerja يعد عد

yang bermaksud membilang dan menghitung. Perkataan edah dinamakan dengan nama ini

kerana ia mengandungi bilangan kesucian daripada haid dan bilangan bulan-bulan.

Edah dari segi istilah ialah kata nama kepada tempoh masa tertentu seseorang wanita

menanti dan tidak berkahwin sebagai tanda pengabdian diri kepada Allah, berkabung dan

bersedih kerana berpisah dengan suami, atau untuk memastikan dia tidak mengandung

anak bekas suaminya.

Pembahagian edah :

Edah yang diwajibkan kepada isteri terbahagi kepada dua :

Edah kematian suami.

Edah penceraian

1. Edah kematian suami

Edah kematian suami ialah edah yang dikenakan kepada isteri yang kematian suaminya. Ia

terbahagi kepada dua jenis :

I. Jika isteri hamil ketika suami meninggal dunia , edahnya ialah sehingga melahirkan

anak tanpa mengira panjang pendek tempoh hamil.

II. Jika isteri tidak hamil atau hamil dengan lelaki lain dan tidak mungkin hamil dengan

bekas suaminya yang meninggal dunia seperti suaminya belum baligh atau

suaminya telah meninggalkannya lebih dari empar tahun, edahnya ialah empat bulan

sepuluh hari, sama ada dia disetubuhi oleh suaminya atau pun tidak.

Dalilnya ialah firman Allah Taala :

42

Page 43: munakahat, muamalat, jenayah

Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka

melahirkan kandungannya. dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah

menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.

Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri

(hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) empat bulan sepuluh hari.

Kemudian apabila Telah habis 'iddahnya, Maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan

mereka berbuat terhadap diri mereka[147] menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang

kamu perbuat.

2. Edah penceraian

Edah penceraian ialah edah yang diwajibkan ke atas isteri yang bercerai dengan suaminya

selepas persetubuhan sama bercerai kerana talak atau fasakh.

i. Jika dia hamil, edahnya tamat selepas melahirkan anak. Dalilnya ialah firman Allah

Taala.

Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka

melahirkan kandungannya. dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah

menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.

ii. Jika dia tidak hamil dan masih mempunyai haid, maka edahnya tamat dengan

berlalunya tiga kali suci selepas diceraikan. Dalilnya ialah firman Allah :

43

Page 44: munakahat, muamalat, jenayah

Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru'.

tidak boleh mereka menyembunyikan apa yang diciptakan Allah dalam rahimnya, jika

mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat.

iii. Jika masih kecil(belum datang haid) atau sudah putus haid, maka kadar edahnya

tamat dengan berlalunya tiga bulan dari tarikh penceraian. Dalilnya firman Allah

Taala :

Dan perempuan-perempuan yang tidak haid lagi (monopause) di antara

perempuan-perempuanmu jika kamu ragu-ragu (tentang masa iddahnya), Maka

masa iddah mereka adalah tiga bulan; dan begitu (pula) perempuan-perempuan

yang tidak haid.

Perempuan Yang Diceraikan Sebelum Di Setubuhi

Seorang perempuan yang diceraikan secara fasakh atau talak sebelum disetubuhi tidak

mempunyai apa2 edah.

Dalilnya firman Allah:

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi perempuan- perempuan yang

beriman, Kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu mencampurinya Maka sekali-

sekali tidak wajib atas mereka 'iddah bagimu yang kamu minta menyempurnakannya. Maka

berilah mereka mut'ah dan lepaskanlah mereka itu dengan cara yang sebaik- baiknya.

44

Page 45: munakahat, muamalat, jenayah

Hikmat edah disyariatkan :

Isteri yang kematian suami :

Melaksanakan hak suami yang telah meninggal dunia. Allah mewajibkan isteri

supaya menghormati, setia dan melayan suami dengan baik. Oleh itu isteri tidak

sewajarnya terus melupakan suaminya sebaik sahaja meninggal dunia.

Menukar adat jahiliah. Adat jahiliah mewajibkan isteri yang kematian suami

berkurung di dalam rumah selama setahun. Dia juga dikehendaki melumur badannya

dengan minyak hitam dan memakai pakaian kotor dan cemar.

Isteri yang diceraikan secara fasakh dan talak :

Jika isteri diceraikan ketika masih mempunyai haid atau sedang hamil, hikmat

disyariatkan edah ialah bagi menjaga keturunan, menunaikan tanggungjawab dan

memastikan dia tidak mengandung anak bekas suaminya.

Jika isteri sudah putus haid atau masih kecil, hikmat disyariatkan edah ialah :

Sebagai tanda pengabdian diri kepada Allah yang mengandungi makna tunduk

kepada titah perintah Allah.

Langkah tambahan dalam memastikan isteri tidak mengandung anak bekas

suaminya. Ini kerana kemungkinan berlakunya perkara yang di luar jangkaan dan

menyalahi kebiasaan tetap ada.

Hukum hakam mengenai edah dan kewajipannya.

1. Edah penceraian (talak)

Jika edahnya ialah edah talak rajie, hukum yang berlaku disebabkan edah tersebut

ialah:

Isteri wajib mendapat tempat tinggal bersama suaminya, sebaiknya ialah

tempat tinggalnya ketika talak dijatuhkan dan tidak ada halangan syarie yang

menghalangnya.

45

Page 46: munakahat, muamalat, jenayah

Isteri wajib mendapat semua bentuk nafkah seperti makanan, pakaian dan

sebagainya, sama ada dia hamil atau tidak.ini kerana isteri masih berada

dalam kawalan suami dan boleh dirujuk selagi dalam edah.

Isteri wajib berada di rumahnya dan tidak boleh meninggalkannya melainkan

darurat.

Dalilnya firman Allah Taala :

Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut

kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati)

mereka. dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalaq) itu sedang hamil, Maka

berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin.

Jika isteri dalam edah bain, hukumnya bergantung sama ada talak berlaku ketika hamil atau

tidak.

Jika dalam keadaan hamil hukumnya seperti berikut :

Suami mesti menyediakan tempat tinggal untuknya. Firman Allah :

1. Hai nabi, apabila kamu menceraikan Isteri-isterimu Maka hendaklah kamu ceraikan

mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar) dan hitunglah waktu

iddah itu serta bertakwalah kepada Allah Tuhanmu. janganlah kamu keluarkan mereka dari

rumah mereka dan janganlah mereka (diizinkan) ke luar kecuali mereka mengerjakan

perbuatan keji.

Suami wajib menyediakan semua jenis nafkah kepadanya. Firman Allah

taala :

46

Page 47: munakahat, muamalat, jenayah

Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalaq) itu sedang hamil Maka berikanlah kepada

mereka nafkahnya hingga mereka bersalin.

Isteri mesti berada di rumah, tempat dia menghabiskan edahnya, dia tidak

boleh keluar melainkan kerana sesuatu keperluan seperti mencari makanan

dan sebagainya.

2. Edah kematian

Jika isteri berada dalam edah kematian suami, dia wajib :

Berkabung atas kematian suaminya dengan meninggalkan memakai

perhiasan dan wangi-wangian. Dia tidak dibenarkan memakai pakaian yang

menarik perhatian yang menarik perhatian.

Wajib tinggal di rumah, tempat dia menghabiskan tempoh edahnya. Dia

tidak boleh keluar dari rumah tersebut tanpa sebarang keperluan. Hukum ini

sama seperti hukum perempuan yang berada dalam edah talak.

Rujuk

Bahasa :

Kembali atau pulang

Istilah :

Suami mengembalikan isteri kepada perkahwinan dalam waktu idah setelah bercerai

dengan talak raj’i dengan lafaz rujuk

47

Page 48: munakahat, muamalat, jenayah

“Dan suami-suami, mereka lebih berhak untuk mengambil kembali (ruju‘) akan isteri-isteri di

dalam masa ‘iddah itu jika mereka bertujuan mahu membuat perdamaian.”

(Surah Al-Baqarah, 2:228)

م� م�نك ع�د�ل� ذ�و�ي� ه�د وا �ش� و�أ وف� �م�ع�ر ب ف�ار�ق وه ن و�� أ وف� �م�ع�ر ب وه ن ك م�س�

� ف�أ �ه ن ل ج�� أ �غ�ن� �ل ب �ذ�ا ف�إ

“Maka apabila mereka telah mendekati akhir ‘iddah, ruju‘lah mereka dengan cara yang

ma‘ruf (baik) atau ceraikan mereka dengan cara yang ma‘ruf (baik).”

(Surah At-Talaq, 65:2)

HUKUM RUJUK

WAJIB

Suami yang menceraikan salah seorang daripada isteri-isterinya dan dia belum

menyempurnakan pembahagian giliran terhadap isteri yang diceraikan itu.

HARAM

Apabila rujuk itu menjadi sebab mendatangkan kemudaratan kepada isteri tersebut.

MAKRUH

Apabila perceraian itu lebih baik diteruskan daripada rujuk

SUNAT

Sekiranya mendatangkan kebaikan

HARUS

Jika membawa kebahagiaan kepada ahli keluanga kedua-dua belah pihak.

RUKUN RUJUK

1) Suami yang merujuk.

2) Isteri yang dirujuk.

48

Page 49: munakahat, muamalat, jenayah

3) Lafaz yang mengatakan rujuk.

SYARAT SUAMI

1. Baligh. Tidak sah rujuk seseorang yang belum baligh.

2. Berakal. Tidak sah rujuk orang gila dan sebagainya.

3. Dengan kemahuannya sendiri. Tidak sah rujuk orang yang dipaksa.

4. Islam. Tidak sah rujuk orang yang murtad.

SYARAT ISTERI

1. Telah disetubuhi. Tidak sah rujuk kepada isteri yang belum disetubuhi kerana tiada

iddah.

2. Cerai dengan talak. Tidak sah rujuk jika cerai dengan fasakh atau khuluq.

3. Belum habis bilangan talak. Tidak sah rujuk jika telah talak tiga.

4. Dalam tempoh iddah. Tidak sah rujuk setelah tamat tempoh iddah.

5. Ditentukan orangnya. Tidak sah rujuk dengan tidak menentukan orangnya. Contohnya

apabila menceraikan lebih dari seorang isteri dan ingin merujuk salah seorang dari

mereka.

6. Islam. Tidak sah rujuk kepada perempuan yang murtad.

SYARAT LAFAZ

1. Lafaz yang diucapkan itu menunjukkan maksud rujuk samada lafaz sarih(jelas) atau

kinayah(kiasan). Lafaz secara sarih adalah sah sekalipun tidak disertai niat.

Contohnya : ‘Aku kembalikan kau kepadaku’.

2. Tidak bertaklid. Tidak sah rujuk dengan lafaz bertaklid. Contohnya ‘aku rujuk kau jika

kau mahu’ walaupun si isteri besetuju.

3. Tidak terbatas waktunya. Tidak sah rujuk yang dibatasi waktunya. Contohnya ‘aku rujuk

kau untuk tempoh sebulan’.

ISU-ISU DALAM PERKARA RUJUK

49

Page 50: munakahat, muamalat, jenayah

1. Rujuk boleh dilakukan dalam apa bahasa sekalipun asalkan perkataan yang digunakan

itu faham dan membawa maksud rujuk.

2. Sunat diadakan dua orang saksi.

3. Suami yang bisu boleh merujuk isterinya dengan isyarat yang boleh difahami erti rujuk

dan juga boleh dilakukan dengan tulisan.

4. Penyataan hasrat rujuk oleh suami dengan menggunakan sms adalah tidak sah kecuali

disertakan dengan lafaz sekalipun tidak didengari oleh si isteri..

5. Rujuk menjadi sah sekiranya suami menggunakan lafaz sarih sekalipun untuk bergurau.

6. Hak rujuk terletak pada suami dan tidak memerlukan persetujuan isteri.

7. Sister in islam mengatakan isteri mempunyai hak untuk tidak menerima rujuk dari suami.

8. Bolehkah rujuk dengan tanpa lafaz?

Ulama’ mazhab berbeza pendapat mengenainya:

Hanafi

Sah ruju' sama ada dengan persetubuhan atau permulaan persetubuhan seperti sentuhan

bersyahwat, ciuman, melihat kemaluan isteri dan lain-lain. Pandangan ini turut disebut oleh

ramai ulama tabien seperti Sa'ad Ibn Musayyab, Hasan Al-Basri, Ibn Sirin, Ato' Abi Rabah,

Al-Awzai'e, Sufyan At-Thawry, As-Sya'biy dan lain-lain.

Maliki

Sah ruju' dengan persetubuhan dengan syarat si suami ada niat ruju' semasa persetubuhan

itu berlaku. Namun ciuman, sentuhan dan lain-lain dengan syahwat sahaja tidak cukup

untuk dianggap ruju'.

Syafie

Mazhab Syafie menolak ruju' melalui perlakuan tanpa lafaz secara total, sama ada

persetubuhan, mahupun permulaannya sebagaimana pandangan Hanafi tadi. Mazhab

Syafie berfatwa sebarang persetubuhan pada waktu ‘iddah tanpa lafaz ruju' yang jelas

terlebih dahulu adalah haram.

Rujuk mestilah dengan percakapan ( lafaz) dan bukannya dengan jima' dan lainnya, kerana

tiada ruju' tanpa lafaz, maka tidak sah ruju' bagi seorang lelaki kepada wanita sehinggalah

dia melafazkannya, sebagaimana tiada nikah dan talaq yang dibuat tanpa lafaz, maka jika si

50

Page 51: munakahat, muamalat, jenayah

lelaki melafazkannya (ruju') semasa iddah barulah sah ruju'nya" (Al-Umm)

Hanbali

Sah ruju' dengan persetubuhan namun tidak sah ruju' hanya dengan permulaan

persetubuhan. Samada ia dilakukan dengan niat ruju' atau tidak.

Terdapat beberapa keadaan yang diharamkan untuk berkahwin tetapi dihalalkan

untuk rujuk:

1. Semasa berihram, sama ada suami ataupun isteri. Diharamkan melakukan akad semasa

berihram, tetapi dihalalkan melakukan rujuk. Ini kerana rujuk ialah mengembalikan ikatan

perkahwinan yang sedia ada.

2. Seseorang hamba, tidak perlu mendapat keizinan tuannya untuk merujuk isterinya kerana

keizinan diperoleh untuk berkahwin. Ini bererti keizinan yang sama untuk merujuk juga telah

diperoleh kerana isteri dalam idah masih lagi hukum isterinya.

3. Suami dalam keadaan sakit tenat diharuskan merujuk isterinya, sedangkan dilarang

melakukan akad dalam keadaan demikian kerana perkahwinan menyebabkan pesaka. Jika

berlaku kematian, walaupun dalam idah, mereka berhak mendapatkan pesaka.

4. Suami yang bodoh diharuskan merujuk isterinya, sedangkan dilarang melakukan akad

perkahwinan, begitu juga seseorang yang boros.

KEBAHAGIAN RUMAH TANGGA

51

Page 52: munakahat, muamalat, jenayah

�ك� ذ�ل ف�ي �ن إ ح�م�ة3 و�ر� م�و�د ة3 م� �ك �ن �ي ب و�ج�ع�ل� �ه�ا �ي �ل إ وا ن ك �س� �ت ل ا و�اج3 �ز� أ م� ك �ف س� �ن أ م�ن� م� �ك ل ل�ق� خ� �ن� أ �ه� �ات ء�اي و�م�ن�

ون� �ف�ك ر �ت ي � �ق�و�م ل �ات� ي آل�

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari

jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-

Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-

benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar Rum:21)

Bangunkan jiwa sakinah

Allah berfirman: 8ل8ي9ه: إ ك>ن>وا ال:ت8س9 , ertinya agar kau berteduh wahai para suami kepada

isterimu. Perkataanك>ن>وا يسكن سكن diambil daripada perkataan ل:ت8س9 ertinya berdiam atau

berteduh. Dari kata ini diambil istilah سكنة yang kemudian diertikan tenang. Memang biasa

sahaja perkataan ini apabila diertikan tenang, tetapi pengertian dalam ayat ini lebih

mendalam lagi daripada sekadar tenang.

Syaikh Ibn Asyur dalam tafsirnya At Tahrir wat Tanwiir mengertikan kata litaskunuu dengan

dengan tiga makna:

(1) التعلفو

Ertinya agar kamu saling mengikat hati, seperti uangkapan ta’liiful quluub. Dalam surah Al

Anfal: 63 Allah berfirman: wa allafa baina quluubihim (Dialah Allah yang telah

mempersatukan hati di antara mereka). Dengan makna ini maka antara suami isteri

hendaklah mereka benar-benar membangunkan ikatan hati yang kuat. Dan sekuat-kuat

pengikat hati adalah iman. Maka semakin kuat iman seseorang, semakin kuatlah ikatan

hatinya dalam rumah tangganya.

(2) إليه تميلوا

Ertinya kau condong kepadanya. Condong ertinya fikiran, perasaan dan tanggung jawab

yang tercurah kepadanya. Perkahwinan mestilah benar-benar dibangunkan atas tekad yang

kuat untuk membangunkan masa depan rumah tangga yang bermanfaat, sebab itulah harus

ada kecondongan dari pasangan suami isteri. Tanpa kecondongan pasti akan terjadi

keterpaksaan.

(3) بها تطمئن

52

Page 53: munakahat, muamalat, jenayah

Ertinya kau merasa tenang dengannya.Dalam surah Ar Ra’d:28 Allah berfirman: alaa

bidzikrillahi tathma’innul quluub (Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi

tenteram). Dari sini nampak bahwa untuk mencapai ketenangan dalam rumah tangga

hanyalah dengan banyak berzikir kepada Allah.

Para ulama menyebut bahawa zikir ada tiga kaifiyatnya: dzikurullisan (dzikir dengan lidah),

dzikrul qalb (dzikir dengan hati) maksudnya hatinya selalu sedar dan ingat kepada Allah,

dan dzikrul haal (dzikir dengan perbuatan), maksudnya seluruh perbuatannya selalu dalam

ketaatan kepada Allah swt. Maka sungguh tidak mungkin mencapai sakinah rumah tangga

yang penuh dengan kemaksiatan kepada Allah swt.

Hidupkan Semangat Mawaddah

Mawaddah ertinya cinta. Imam Hasan Al Basri mengertikan kata mawaddah sebagai

metafora dari hubungan seks. Jelasnya bahawa mawaddah adalah perasaan cinta dan

bahagia dan dengannya rumah tangga menjadi ghairah dan penuh semangat. Mawaddah

biasanya sangat relatif dan Ia tidak bergantung kepada kecantikan isteri atau ketampanan

suami. Mungkin di mata orang lain si isteri itu tidak cantik, tetapi pada suaminya dialah

wanita yang paling cantik dan si suami sangat mencintainya. Begitulah sebaliknya.

Sebahagian ulama tafsir mengatakan bahawa cinta biasanya hanya membuah pada masa

muda atau di awal-awal pernikahan. Lama-kelamaan, getaran cinta menjadi semakin lemah.

Karana itulah Allah swt. membekalkan rahmah sebagai pengimbangnya, supaya ketika

madu cinta itu mulai hilang manisnya, masih ada semangat rahmah yang akan

menyelamatkan rumah tangga tersebut. Sebaliknya pula dengan orang yang mendirikan

rumah tangga hanya berbekalkan modal cinta, rumah tangga akan mudah roboh dan tidak

kukuh.

Ciri-ciri mawaddah ada tiga:

53

Page 54: munakahat, muamalat, jenayah

(a) Katsratut tahaady (saling memberi hadiah), karana seperti kata Nabi Muhammad saw.,

dengan saling memberi hadiah cinta akan sentiasa mekar.

(b) Katsratu dzikrihi (saling mengingati kebaikan). Sebab dengan mengingati kebaikan

pasangannya maka dia akan merasa sentiasa terhutang budi. Hindarkan daripada melihat

keburukan dan kekurangannya karana itu akan mengundang kebencian dan perselisihan .

(c) Katsratul ittishaali ma’ahu (saling berkomunikasi) sebab dengan komunikasi akan dapat

menghilangkan prasangka yang buruk. Banyak perkara yang sebenarnya dimaksudkan

untuk kebaikan, tetapi disebabkan lemahnya komunikasi maka salah faham sering terjadi.

Pertahankan Spirit Rahmah

Rahmah ertinya kasih sayang, ia diambil daripada perkataan rahima yarhamu yang

bermakna sayang atau berkat Kata rahmah lebih bermakna kesungguhan untuk berbuat

baik kepada orang lain, apa lagi kepada keluarga.

Memang setiap orang mempunyai kekurangan, dan tidak ada seorang pun yang

mecapai kesempurnaan. Maka jika setiap manusia selalu mengimpikan pasangan yang

sempurna, pasti pada akhirnya ia tidak akan pernah mempunyai pasangan. Dalam pepatah

Arab dikatakan: “Man talaba akhan bilaa ‘aibin laqiya bilaa akhin (orang yang mencari

kawan tanpa cacat, pasti pada akhirnya ia tidak akan punya kawan).

Kata rahmah lebih mencerminkan sikap saling memahami akan kekurangan

pasangan masing-masing lalu berusaha untuk saling melengkapi. Sikap rahmah

menekankan prinsip saling tolong menolong dalam melakukan sesuatu, sehingga

kekurangan itu berubah menjadi kesempurnaan.

Sikap rahmah sangat berperanan ketika mana semangat cinta mulai menurun.

Biasanya ia terjadi setelah usia suami isteri semakin meningkat dan mencapai tahap tua.

Pada saat itu, kekuatan rahmah (kasih sayang) sangat diperlukan bagi mengekalkan

kebahagiaan rumah tangga

Karana itulah mawaddah dan rahmah ini diibaratkan seperti dua sayap bagi burung.

Apabila kedua sayap itu berfungsi dengan baik, maka rumah tangga akan berdiri dengan

penuh kebahagiaan. Ibarat burung yang terbang di angkasa, ia menikmati keindahan alam

semesta dengan penuh dengan kelapangan dada.

54

Page 55: munakahat, muamalat, jenayah

Selain daripada itu,terdapat banyak lagi pembahagian juzuk-juzuk tentang kebahagian

rumah tangga yang mana ia merupakan sesuatu yang perlu diusahakan bagi setiap

pasangan supaya masjid yang telah dibina berkekalan hingga akhir hayat. Antaranya ialah

Tip 8P yang diberikan oleh pakar motivasi terkenal Ustazah Siti Nurbahyah iaitu:

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama

lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi

pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk

antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian

penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih

sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh

mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan

pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga

pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui

batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-

duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin

atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih

sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan

keseronokan dunia.

Beliau juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan

hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran

55

Page 56: munakahat, muamalat, jenayah

ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah yang sama.Beliau berkata, kunci

kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.Katanya,

apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan

mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan

menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.

56

Page 57: munakahat, muamalat, jenayah

MUAMALAT

57

Page 58: munakahat, muamalat, jenayah

1.0 KONSEP MUAMALAT

Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan

dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar,

pinjam-meminjam dan sebagainya.

Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia

sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat

Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam .

Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan

semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat.

Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, dilaut atau di dasar adalah

milik Allah s.w.t secara mutlak. Manusia disuruh memiliki harta yang di sediakan oleh Allah

s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di anugerahkan kepadanya. Mereka

yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan

bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.

Firman Allah S.W.T :

ور Gش الن �ه� �ي �ل و�إ ق�ه� ر�ز� م�ن� وا ل و�ك �ه�ا �ب �اك م�ن ف�ي وا ف�ام�ش وال ذ�ل األر�ض� م �ك ل ج�ع�ل� ال ذ�ي ه و�

Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka

berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh

Allah s.w.t dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan

(maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)

(Surah Al-Mulk Ayat 15)

58

Page 59: munakahat, muamalat, jenayah

Mencari harta kekayaan amat di galakkan oleh Islam,kerana harta merupakan alat

bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dengan harta

tersebut seseorang itu dapat memenuhi keperluan hidupnya di samping dapat menunaikan

tanggungjawabnya terhadap agama.

Dalam mencari harta kekayaan,umat Islam di kehendaki menggunakan sebahagian

daripada hartanya pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk faedah bersama.

Bagi memastikan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh manusia dilaksanakan

dengan baik dan mencapai keredhaan Allah s.w.t. Islam telah menggariskan beberapa

peraturan bagi mencapai matlamat tersebut.

2.0 TUJUAN MUAMALAT

1) Iaitu supaya didalam kehidupan manusia tidak akan berlaku sesuatu kecurangan

seperti rampas-merampas,ceroboh-menceroboh pada pemilikan serta tipudaya dan

sebagainya.

2) Kehendak manusia itu sendiri ialah meletakkan manusia nilai dan taraf yang tinggi

sehingga beroleh keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.

3) Muamalat juga menentukan peraturan-peraturan berusaha dan bekerja untuk

manusia dengan jalan yang halal.

Sabda Rasulullah s.a.w : maksudnya :

Daripada Abdullah bin An – Nukman bin Basyir r.anhuma katanya :" Aku telah

mendengar Rasullullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas

hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-

duanya (halal dan haram) itu terdapat perkara-perkara syubhah (yang tidak jelas akan

kehalalan dan keharamannya) yang tidak di ketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa

yang berjaga-jaga dari perkara-perkara yang syubhah sesungguhnya ia telah membebaskan

dirinya dengan agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam

perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-

perkara yang haram, seumpama pengembala yang mengembala di sekitar padang rumput

yang berpagar hampir- hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai

yang berpagar ini . Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya

59

Page 60: munakahat, muamalat, jenayah

kawasan larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah

perkara - perkara yang telah di haramkannya . Dan ketahuilah sesungguhnya di dalam

tubuh itu terdapat satu ketul daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuh dan

sekiranya ia rosak maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati."

(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

 

3.0 PRINSIP MUAMALAT

3.1 Prinsip Kebenaran

Aktiviti perniagaan mestilah benar, tepat dan sah dalam semua perkara. Orang yang

benar bererti ia jujur, tidak menipu, tidak bersumpah dan membuat sesuatu yang tidak

baik, tidak menyalahi undang-undang dan tidak membelakangi kepentingan masyarakat.

Firman Allah SWT (bermaksud):

“Hai orang-orang beriman! Patuhlah kepada Allah dan

hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar!”

(At-Taubah : ayat 119)

3.2 Prinsip Amanah

Amanah utama adalah dari Allah SWT. Hidup ini merupakan amanah dari Allah dan

oleh itu dalam hubungan antara manusia dengan manusia dari aspek pekerjaan,

perniagaan, kepimpinan, pemerintahan, kekeluargaan dan sebagainya mestilah

mengikut landasan-landasan yang diredhai oleh Allah SWT jua dan dilaksanakan

dengan bersungguh-sungguh

Allah berfirman (maksudnya):

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan barang-barang kepercayaan

kepada yang punya; dan bila menghukum di antara manusia hendaklah menghukum

dengan adil; bahawa dengan itu Allah memberikan pelajaran yang sebaik-baiknya

kepada kamu; sesungguhnya Allah itu mendenganr dan melihat.”

(An-Nisa’: ayat 58)

60

Page 61: munakahat, muamalat, jenayah

“Hai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu berkhianat kepada Allah dan

Rasul, dan juga jangan berkhianat kepada amanat-amanat yang dipercayakan

kepada kamu sedang kamu mengetahui.”

(Al-Anfal : ayat 27)

3.3 Prinsip Keikhlasan

Pelaksanaan sesuatu kerja mengikut syarat akan menghasilkan kejayaan insyaAllah.

Asas kerja boleh bermotivasikan “keuntungan” (ganjaran / pahala); atau

bermotivasikan “perasaaan hamba” (takut denda / dosa) atau pun atas dasar penuh

kerelaan dan rasa tanggungjawab. Ketiga-tiga dasar motivasi ini masih di anggap

ikhlas kerana Al-Qur’an pun menggunakan pendekatan yang sama bagi

menggalakkan manusia melaksanakan yang disuruh dan menjauhkan dari yang

terlarang.

Allah telah berfirman, maksudnya:

“Dan mereka hanya diperintahkan supaya menyembah Allah dengan tulus ikhlas

beragama untuk Allah semata-mata, berdiri lurus mengerjakan sembahyang,

membayarkan zakat dan itulah agama yang betul.”

(Al-Bayyinah: ayat 5)

3.4 Prinsip Keadilan

Berlaku adil itu bererti ‘meletakkan sesuatu pada tempatnya.’ Maka keadilan

bermaksud setiap orang mesti diperlakukan sesuai dengan apa yang sepatutnya,

tanpa diskriminasi. Prinsip ini sangat penting seperti dalam hal kualiti pengeluaran

dan perkhidmatan; perletakan harga, layanan kepada pekerja, persekitaran

perniagaan dan keputusan-keputusan perniagaan.

61

Page 62: munakahat, muamalat, jenayah

Allah telah berfirman maksudnya:

“Sesungghnya Allah memerintahkan keadilan, berbuat kebaikan dan memberi

kepada kerabat-kerabat, dan Tuhan melarang perbuatan keji, perlanggaran dan

kedurhakaan. Dia mengajari kamu supaya kamu mengerti.”

(An-Nahl : ayat 90)

3.5 Prinsip Persaudaraan

Islam mengajar bahawa semua manusia itu bersaudara. Sikap ini diamalkan

setiap waktu; terhadap pekerja, pelanggan dan orang awam. Jauhi sifat dengki;

peliharalah perhubungan baik agar dapat mewujudkan suasana damai dan harmoni.

Prinsip ini ditegaskan dalam Al-Qur’an  (maksudnya):

“Dan berpegang eratlah kamu sekelian dengan tali Allah, dan janganlah berpecah

belah. Ingatlah kurnia Allah kepada kamu, ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan,

lalu dipersatukan hati kamu (dalam agama Allah) sehingga dengan kurnia Allah itu,

kamu menjadi bersaudara. Dan kamu dahulu berada di tepi lobang neraka, maka

dilepaskan Allah daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan keterangan-

keteranganNya kepada kamu supaya kamu menurut jalan yang benar.”

(Surah Imran:103)

3.6 Prinsip Pengetahuan

Ketaqwaan adalah berasaskan amalan ikhlas yang berpandukan ilmu

pengetahuan. Islam mewajibkan menuntut ilmu baik atas lelaki mahupun

perempuan. Malah ayat Al-Qur’an yang pertama diturunkan adalah berhubung ilmu.

Firman Allah (bermaksud) :

“Bacalah dengan nama Tuhan engkau, yang menciptakan. Dia telah menciptakan

manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhan engkau itu Maha Pemurah. Yang

mengajarkan dengan pena. Mengajarkan kepada manusia apa yang belum

diketahuinya.”

(Al-Alaq: ayat 1-5).

62

Page 63: munakahat, muamalat, jenayah

4.0 SISTEM MUAMALAT MASA KINI

INVESTMENT LINK

Pendahuluan

Investment link (produk yang berkaitan dengan pelaburan) ialah program tabungan

berasaskan pelaburan saham secara berkelompok yang pemiliknya dikira mengikut jumlah

unit seperti saham amanah dan digabungkan pula dengan manfaat insurans nyawa (life

insurance) . Dengan kata lain, wang caruman insurans (premium) dilabur untuk

memperolehi keuntungan di mana masa yang sama peserta turut mendapat jaminan

perlindungan melalui produk insurans nyawa, jika ditakdirkan sesuatu musibah menimpa

peserta atau pemiliknya.

Tiga faedah utama investment link ialah:

1. Perlindungan kewangan akibat kematian dan keilatan kekal.

2. Peluang-peluang pelaburan.

3. Fleksibal dalam memilih perlindungan yang dikehendaki

Di Malaysia, Syarikat Takaful Malaysia Berhad dan Mayban Takaful menawarkan produk

investment link yang mematuhi prinsip syariah. Syarikat-syarikat ini mengumpul dana dan

melabur dalam sekuriti lulus syariah dan menawarkan perlindungan takaful. Syarikat-

syarikat insurans konvensional juga menawarkan produk investment link. Antaranya ialah

AM-Assurancelink, AIA Co. Ltd dan Great Eastern Life Assurance (M) Bhd.

63

Page 64: munakahat, muamalat, jenayah

Takaful Malaysia Berhad

Syarikat Takaful Malaysia Berhad menawarkan produk investment link dengan

nama Takaful Dana Saham. Akad Takaful Dana Saham di antara peserta dan Takaful

Malaysia Berhad sebagai pengurus adalah berasaskan kontrak al-wakalah. Dalam kontrak

ini, peserta melantik Takaful Malaysia Berhad sebagai wakil untuk menguruskan wang

carumannya termasuk pelaburan. Sebagai balasan menjadi wakil peserta, Takaful Malaysia

Berhad akan menerima upah dalam bentuk bayaran perkhidmatan mengikut prinsip al-ujrah.

Skop perlindungan takaful yang disediakan bersama-sama dengan Takaful Dana

Saham ini ialah:

1. Manfaat Kematian

2. Manfaat Keilatan Kekal Sepenuhnya

3. Manfaat Penyakit Kritikal

4. Manfaat Kemalangan Diri

5. Manfaat Khairat Keluarga

Great Eastern Life Assurance (M) Bhd

Investment link yang diamalkan di Great Eastern Life Assurance (M) Bhd ialah

apabila pemegang polisi insurans membayar premium, sebahagian dari premium itu akan

diletakkan dalam insurans perlindungan dan caj perkhidmatan, dan bakinya akan digunakan

untuk membeli unit-unit di dalam tabung-tabung investment link. Tabung-tabung ini

beroperasi sama seperti saham amanah.

Great Eastern Life Assurance (M) Bhd menawarkan beberapa tabungan investment

link iaitu:

1. Lion Strategic Fund

2. Lion Growth Fund

3. Lion Progressive Fund

4. Dana Restu

5. Dana Sejati

64

Page 65: munakahat, muamalat, jenayah

Manakala skop perlindungan insurans yang disediakan bersama-sama dengan

tabungan di atas ialah perlindungan kematian, keilatan kekal dan sebagainya. Walaupun

Great Eastern mempunyai dua produk yang melabur dalam sekuriti lulus syariah, tetapi ia

tidak mempunyai Jawatankuasa Syariah Dalaman untuk memantau pelaburan-pelaburan ini.

Perbezaan Operasi Syarikat Takaful Malaysia Dan Life Assurance (M) Bhd

ISU TAKAFUL MALAYSIA GREAT EASTERN

Akad investment

link antara syarikat

dan peserta

Berasaskan akad wakalah bi

al ujrah

Mempunyai unsur gharar,

riba dan judi

Pelaburan

investment link

Semua pelaburan melibatkan

kaunter-kaunter lulus syariah

sahaja

Hanya pelaburan Dana

Restu dan Dana Sejati

melibatkan kaunter lulus

syariah

Jawatankuasa

Syariah

Mempunyai Jawatankuasa

Syariah

Tidak mempunyai

Jawatankuasa Syariah

Akta yang

mengawal

Akta takaful 1984 dan

Peraturan-peraturan [Akta

312]

Akta Insurans 1996 [Akta

546]

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ugama Islam Malaysia

Kali Ke-76 pada 21-23 November 2006 telah membincangkan isu Investment link dan

bersetuju memutuskan bahawa:

”Umat Islam hari mempunyai banyak alternatif untuk membeli atau melabur dalam

produk-produk insurans yang berlandaskan Islam. Oleh itu, pembelian produk-produk

investment link yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans konvensional yang

menggabungkan insurans konvensional

dan pelaburan saham amanah dalam dana-dana yang tidak menepati syarak yang

ditetapkan oleh umat Islam”

65

Page 66: munakahat, muamalat, jenayah

Kesimpulan

Produk Investment link mempunyai dua isu iaitu perlindungan insurans nyawa atau

takaful yang ditawarkan dan pelaburan dalam saham amanah Islam adalah tidak menepati

hukum syarak. Bagi memastikan ia dibolehkan menurut hukum syarak, kedua-dua perkara

ini hendaklah mematuhi kehendak syariah sepenuhnya, di samping t ertakluk kepada

peraturan Suruhjaya Sekuriti dalam pelaburan saham amanah islam.

AKAUN SEMASA DAN AKAUN SIMPANAN

Akaun-akaun ini berdasarkan kepada prinsip al-Wadiah Yad Dhamanah.

Konsep wadiah dalam Islam ialah akad di antara tuan punya barang dengan pihak yang

menyimpan barang tersebut, dengan tujuan untuk menjaga barang itu daripada kehilangan,

kemusnahan, kecurian dan sebagainya. Wadiah adalah akad yang halal di sisi syarak. Tuan

punya barang dan pihak yang menyimpan tidak terhad kepada orang perseorangan dan

boleh terdiri daripada bank, syarikat, pertubuhan dan perbadanan.

Tidak disyaratkan cukup umur,akan tetapi sekiranya orang itu belum baligh,

hendaklah terlebih dahulu mendapat keizinan dari penjaganya untuk mengendalikan urusan

berkenaan.

Sebarang kerosakan, kemusnahan atau kehilangan, sekalipun tanpa disengajakan

atau kecuaian, wajib diganti oleh penyimpan barang atau wang. Mengenai wadiah yang

berbentuk wang (akaun semasa dan akaun simpanan) bank yang memegang peranan

sebagai penjamin samalah seperti di atas , hanya bank tidak mengenakan bayaran ke atas

tuan punya wang, akan tetapi bank menggunakan wang tersebut dalam bidang perniagaan.

(Islam tidak menggalakkan pembekuaan wang)

Dengan penggunaan tersebut tanggungjawab bank adalah berdasarkan jaminan dan

wajib ke atas bank mengembalikan jumlah wang wadiah yang sepenuhnya kepada tuan

punya wang pada bila-bila masa dituntut, tanpa dikira sama ada untung atau rugi

perniagaan bank dengan wang wadiah itu. Ia juga bererti bahawa sebarang keuntungan

adalah menjadi hak bank, dan bank boleh memberi sebahagian daripada untung itu kepada

tuan punya wang tadi mengikut budi bicaranya sebagai hadiah atau sagu hati tanpa

dijanjikan kadarnya sebelum itu.

66

Page 67: munakahat, muamalat, jenayah

Sekiranya tuan punya akaun tersebut tidak dapat dikesan di mana dia berada, masih

hidup atau meniggal dunia, maka wadiah itu diteruskan sehigga ternyata kematiannya, maka

barang itu diserahkan kepada waris-warisnya untuk urusan faraid.

AKAUN PELABURAN

Akaun pelaburan am dan akaun pelaburan khas berdasarkan kepada prinsip al-

Mudharabah.

Konsep mudharabah merujuk kepada perjanjian yang dibuat di antara satu pihak

yang mengeluarkan modal ( sahib ul-mal ) dengan pengusaha ( mudharib ) di pihak lain,

untuk membolehkan pengusaha menjalankan projek perniagaan atas dasar pembahagian

untung, berdasarkan nisbah pembahagian keuntungan yang telah dipersetujui sebelumnya.

Jika berlaku kerugian, ia akan ditanggung sepenuhnya oleh pemodal. Mudharabah adalah

muamalat yang halal dalam Islam.

Syarat-syarat

- Modal Mudharabah hendaklah terdiri daripada wang tunai yang ditentukan

semasa akad, dan diserahkan kepada pihak pengusaha sebaik sahaja selepas

ijab/kabul dengan cara-cara yang dipersetujui.

- Peratus pembahagian keuntungan hendaklah ditentukan semasa akad.

- Adalah menjadi dasar Mudharabah bahawa modal itu adalah dari pihak tuan

punya modal dan kerja itu adalah dari pihak pengusaha.

- Jika satu-satu Mudharabah itu mengalami kerugian, maka kerugian tersebut

sepenuhnya oleh tuan punya modal.

- Mudharabah boleh dibubarkan pada bila-bila masa sebelum kerja-kerja

dimulakan oleh pengusaha.

- Projek yang dijalankan oleh pengusaha hendaklah halal mengikut syarak.

PAJAKAN ATAU SEWA PAJAK

Aktiviti-aktiviti pajakan dan sewa pajak boleh diuruskan dengan menggunakan prinsip al-

Ijarah. Konsep al-Ijarah merujuk kepada kontrak di mana pemajak memajakkan suatu

peralatan, bangunan atau lain-lain kemudahan kepada pelanggannya dengan harga pajakan

( sewa ) yang dipersetujui bersama.

67

Page 68: munakahat, muamalat, jenayah

Syarat-syarat

- Gunaan ( manfaat ) hendaklah dijelaskan dengan cara menetapkan masa atau

tempoh sewaan atau jarak perjalanan.

- Pihak yang menyewa berkuasa mengendalikan manfaat yang diakadkan itu

dengan sepenuhnya.

- Tidak perlu menerangkan tujuan penggunaan dari sewaan harta ( seperti

rumah ), tetapi penggunaan itu tidak boleh menyebabkan kerosakan harta

berkenaan.

- Pembiayaan ke atas kebersihan dan keselamatan barang yang disewa adalah

tanggungan pihak yang menyewa.

- Tanggungjawab pihak yang menyewa ke atas barang yang disewa adalah

amanah kecuali jika berlaku kerosakan atau kemusnahan barang tersebut

dengan perbuatannya yang disengajakan atau kecuaian maka diwajib ganti.

- Setelah selesainya sesuatu sewaan jika barang yang disewa masih berada di

tangan pihak yang menyewa maka barang tersebut terletak di bawah konsep

wadiah.

PEMBIAYAAN KENDERAAN

Pembiayaan kenderaan boleh diuruskan menggikut konsep al-Ijarah Thuma al-Bai’ ( Sewa

diikuti dengan jual beli ).

Konsep al-Ijarah Thuma al-Bai’ merujuk kepada dua kontrak yang ditandatangani

secara berasingan dan berturutan seperti berikut:

- Kontrak al-Ijarah ( sewa )

- Kontrak al-Bai’ ( jual beli )

Dalam kontrak yang pertama, penyewa menyewa kenderaan daripada pemiliknya

pada harga sewa yang dipersetujui untuk tempoh tertentu. Penyewa juga menandatangani

satu opsyen untuk membolehkan beliau membeli kenderaan tersebut kemudian. Apabila

tempoh sewaan tamat, penyewa menandatangani kontrak kedua untuk membeli kenderaan

tersebut daripada pemiliknya pada suatu harga yang dipersetujui bersama. Konsep ini boleh

juga diterima pakai untuk pembiayaan barangan pengguna yang lain.

68

Page 69: munakahat, muamalat, jenayah

RIBA DARI PERSPEKTIF ISLAM

Pengertian dan Konsep Riba

Riba berasal daripada perkataan الزيادة yang bermaksud tambahan.Daripada segi bahasa

riba menunjukkan maksud tambahan,kenaikan,atau lebihan ke atas sesuatu.

Dari segi istilah syarak pula,secara umumnya riba membawa maksud penambahan nilai ke

atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh

penerima pinjaman manakala dalam pertukaran sesetengah barangan dan mata wang, ia

bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza ataupun perbezaan waktu

pertukaran.

Namun begitu,para ulamak telah berselisih pendapat mengenai pengertian riba menurut

istilah syarak.menurut para ulamak,pengtakrifan istilah syarak bagi riba telah merangkumi

aspek-aspek yang berikut:

1. Aspek riba hutang

2. Aspek riba jual beli

3. Aspek umum

Pengertian Riba Menurut Mazhab Fekah:

Mazhab Hanafi: Riba merupakan lebihan yang tidak setara tukarannya mengikut ukuran

yang diakui syarak dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh salah satu pihak yang

berkontrak dalam sebuah kontrak pertukaran.

Mazhab Syafie: Riba merupakan kontrak ke atas tukaran tertentu yang tidak diketahui

persamaannya samada pada ukuran yang diakui syarak semasa berkontrak atau

penangguhan pada kedua-dua atau salah satu barangan tukaran tersebut.

Mazhab Hanbali: Riba adalah melebihkan sesuatu dan menangguhkan sesuatu yang

tertentu dengan sesuatu.

Mazhab Maliki: Riba merupakan lebihan pada kuantiti atau timbangan yang sebenar atau

samar-samar dan menangguhkan.

69

Page 70: munakahat, muamalat, jenayah

Secara konklusinya daripada definisi-definisi yang di utarakan oleh para ulamak,mereka

telah bersepakat bahawa riba terjadi daripada dua perkara iaitu jual beli dan urus niaga

kredit.

Riba Mengikut Istilah Syarak Merangkumi Bentuk-Bentuk Yang Berikut:

1. Jaminan pulangan kepada individu semata-mata kerana asas pemilikan (tanpa

berusaha). 

2. Kontrak antara pihak yang menetapkan syarat awalan sejumlah keuntungan tertentu

tanpa melihat kepada hasil daripada kontrak itu.

3. Kontrak-kontrak yagn dipersetujui itu mengandungi unsur gharar dan ketidakpastian.

Unsur-unsur Asas Dalam Urusniaga Riba:

1. Lebihan daripada pokok jumlah pinjaman

2. Penentuan lebihan ini berkaitan dengan sesuatu tempoh atau jangka masa

3. Penentuan mengenai syarat lebihan ditentukan terlebih dahulu melalui perjanjian

pinjaman.

Jenis-Jenis Riba:Secara umumnya,riba di bahagikan kepada dua.namun begitu,kedua-

duanya merupakan riba hutang piutang dan jual beli.bahagian pertama riba tersebut ialah

riba qardh dan riba jahiliyyah. Manakal bahagian kedua ialah riba jual-beli, terbagi menjadi

riba fadhl dan riba nasi’ah.

1. Riba Qardh: Suatu manfaat atau tingkat kelebihan tertentu yang disyaratkan

terhadap yang berhutang (muqtaridh).

2. Riba Jahiliyah: Hutang dibayar lebih dari pokoknya,kerana si penghutang tidak

mampu membayar hutangnya pada waktu yang ditetapkan.

3. Riba Fadhl: Pertukaran antara barang sejenis dengan kuantiti atau sukatan yang

berbeza, sedangkan barang yang dijadikan sebagai bahan pertukaran itu termasuk

dalam jenis barang ribawi.

4. Riba Nasi’ah: Penangguhan penyerahan atau penerimaan barang ribawi yang

dipertukarkan dengan barang ribawi yang lain. Riba dalam nasi’ah muncul kerana

70

Page 71: munakahat, muamalat, jenayah

wujudnya perbezaan, perubahan, atau tambahan antara barang yang diserahkan

pada waktu tersebut dengan barang yang diserahkan kemudian.

Jenis-jenis barangan ribawi: Para fuqaha’ Islam telah membahaskan masalah riba dan

jenis barang ribawi dengan panjang lebarnya dalam kitab-kitab mereka. Konklusinya,melalui

pendapat mereka,jelaslah bahawa barang ribawi meliputi:

1.  Emas dan perak,samada dalam bentuk wang atau dalam bentuk lain.

2. Bahan makanan asasi seperti beras, gandum, jagung serta bahan makanan

tambahan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Hukum Riba

Hukum Riba Dalam Islam: Dalam agama islam,riba mrupakan perkara yang haram dan

islam telah menafikan ketetapan-ketetapan Yahudi yang telah dipalsukan.Riba diharamkan

bagi sesiapa sahaja kerana tindakan ini merupakan salah satu daripada aspek kezaliman.

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang

belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.

( Surah Al-Baqarah (2): 278)

Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah

dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka

bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. 

(Surah Al-Baqarah (2): 279)

Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia,

maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat

yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka (yang berbuat demikian)

itulah orang- orang yang melipat gandakan (pahalanya).

 (Surah Al-Rum (30): 39)

71

Page 72: munakahat, muamalat, jenayah

Hukum Riba Dalam Agama Samawi:

Riba dlm agama samawi dikatakan sebagai haram.

Tersebut dalam perjanjian lama kitab 25 fasal 22

“Apabila kamu memberi hutang kepada seseorang di kalangan bangsa kamu maka

janganlah kamu berlaku laksana seorang pemberi hutang,janganlah kamu meminta

keuntungan daripadanya untuk memiliki wang.”

Pada kitab Ladayayat,35 fasal 25 (perjanjian lama)

”Jika kamu meminta keuntungan mahupun manfaat daripadanya”

Namun orang Yahudi mengganggap riba itu hanyalah terlarang apabila dilakukan sesama

Yahudi tapi tidak terlarang dilakukan terhadap selain bangsa Yahudi.Hal ini tersebut dlm

kitab ulangan ayat 20 fasal 23.

Hukum Riba Dalam Agama Nasrani:

Umat nasrani scara tegas mngharamkan riba bagi semua orang tanpa membezakan

kalangan nasrani mahupun selain bangsa Nasrani.Tokoh-tokoh gereja bersepakat

memegang kepada ketetapan agama yg ada pada mereka.Pendeta Cuba brkata

”Siapa saja yg berpendapat riba bukan perbuatan haram maka dia termasuk dalam orang

mulhit yakni orang yang keluar daripada agama”

PERSOALAN SEMASA

Antara persoalan semasa yang berkaitan dengan muamalat ialah :

1) Pinjaman dengan Faedah

2) Simpanan dengan Faedah

3) Sewa beli

72

Page 73: munakahat, muamalat, jenayah

1-Pinjaman Dengan Faedah

- Islam menggalakkan orang yang kaya atau sesiapa sahaja yang mempunyai lebihan

harta baik individu mahupun perkumpulan dan syarikat supaya membantu mereka

yang tidak berkemampuan untuk berusaha dan perlukan modal atau wang untuk

urusan muamalat mereka.

- Memberi pinjaman kepada orang atau mereka yang memerlukannya dengan tidak

mengambil apa-apa tambahan itu lebih dikenali dalam istilah ekonomi dengan Qard

al-Hassan, atau pinjaman tanpa faedah atau juga dikenali sebagai pinjaman yang

baik. Perkhidmatan ini memang berlaku dan dilaksanakan dalam salah satu daripada

perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bank Islam Malaysia Sdn Bhd dan YAPEIM

( Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia )

PINJAMAN BANK

- Walaubagaimanapun apa yang akan dibincangkan di sini ialah tentang pinjaman

oleh bank-bank perniagaan lain selain bank islam. Pinjaman yang dilaksanakan oleh

bank perdagangan sekarang ini merupakan salah satu daripada unsure riba dan

kezaliman yang menindas serta membawa kemudaratan kepada peminjam yang

sudah tertekan dan terdesak. Manakala pihak bank ingin mengaut keuntungan

sebanyak mungkin tanpa mengira keadaan peminjam. Selain itu, pihak bank akan

mengambil faedah atau keuntungan bagi pihaknya terlebih dahulu kemudian barulah

dikira bayaran hutang. Jumlah hutang akan meningkat apabila terlebih tempoh

bayarannya walaupun sehari.

Hukum Pinjaman dengan Faedah

- Pinjaman bentuk ini adalah haram dan berdosa besar, baik bagi pemberi dan

pengusaha yang ingin mencari modal perusahaan mereka dan pemberi pinjam yang

ingin medapatkan keuntungan.

- Selain itu pula, untuk menampung bayaran faedah tersebut terhadap bank,

pengusaha mengenakan bebanan riba dan bayaran lebihan modalnya itu ke dalam

modal barangannya dan menjual barangan dengan harga yang lebih tinggi untuk

73

Page 74: munakahat, muamalat, jenayah

menampung modalnya. Dengan itu pihak ketiga akan tertindas dan menyebabkan

tidak ada perasaan belas kasihan dan tolong-menolong dalam masyarakat.

2-Simpanan Dengan Faedah

- Simpanan yang dibayar dengan faedah mempunyai prinsip yang sama dengan

Pinjaman yang dibayar Faedah. Simpanan yang dibayar faedah juga adalah haram

disisi Islam. Pengharaman tersebut juga dijelaskan oleh Jamhur Ulama’ kerana ia

merupakan salah satu daripada unsur riba yang diharamkan dalam Al-Quran.

Hukum Simpanan dengan Faedah

- Simpanan di bank dan faedahnya walaupun sedikit adalah haram hukumnya. Antara

lainnya kerana bank berurusan dengan pelanggan lain dengan mengenakan riba

terhadap peminjam dan member keuntungan dan faedah kepada penyimpan.Oleh

itu, penyimpan yang diberi faedah itu dikira sebagai orang yang memakan riba. Hal

tersebut kerana lebihan daripada simpanan itu telah dijanjikan pada masa akad, ini

juga bermakna faedah tersebut mesti diperolehi dan andainya pemegang amanah

rugi, penyimpan tidak mengalami risiko.

- Namun begitu, konsep simpanan atau wadi‘ah seperti yang diamalkan oleh bank

islam atau lebih dikenali sebagai Akaun Simpanan Semasa dan Akaun Semasa.

Simpanan tersebut dan lebihan atau tambahan kepada penyimpan adalah halal dan

urusannya juga diharuskan disisi Islam. Wujudnya perbezaan, iaitu haramnya faedah

bank dan halalnya pemberian lebihan atau tambahan Bank Islam dengan sebab

berikut :

1) Kerana kadar lebihan atau bayaran lebihan yang diberikan Bank Islam kepada

peminjam tidak ditetapkan waktu akad.

2) Pemberian lebihan bukan atas dasar faedah atau bunga atau riba, tetapi sebagai

suatu ihsan dan pemberiannya adalah atas dasar budi bicara pihak bank semata-

mata.

3) Pemberian lebih daripada kadar simpanan asal adalah atas dasar keuntungan

bank yang menggunakan wang penyimpan sebagai modal dan perusahaannya

dan bukan faedah.

74

Page 75: munakahat, muamalat, jenayah

3-Sewa Beli

- Muamalat sewa beli juga merupakan salah satu daripada bentuk perkhidmatan yang

berlaku dengan meluas dalam konteks masa sekarang ini, baik melalui institusi Bank

Islam, Koperasi mahupun syarikat.

Pelaksanaan Sewa Beli Dalam Islam

- Muamalat sewa beli yang dilaksanakan oleh Bank Islam tersebut dimana pihak bank

menjalankan muamalat disamping berniaga untuk mencari keuntungan serta

mengambil komisen dengan membeli barang tertentu untuk dijadikan sebagai salah

satu daripada barang modal perdagangan dan pelaburannya.

- Sebagai contoh, Bank Islam bertindak membeli kenderaan tertentu yang mana

selalunya alat dan mesin harganya mahal, kemudian bank akan menyewakan

kepada pelanggan yang inginkan barangan tersebut dengan kadar sewa tertentu,

Sewa yang dibayar itu dikira sebagai deposit dan diberi keuntungan dan apabila

sampai tempoh tertentu, barang yang disewa tersebut secara automatik menjadi

milik penyewa tersebut.

Hukum Sewa Beli Bank Islam

- Pelaksanaan dan konsep sewa beli yang dilaksanakan oleh Bank Islam adalah selari

dengan syariat Islam. Ia diharuskan dalam undang-undang muamalat Islam demi

kemaslahatan awam.

- Ia adalah harus dan perkhidmatannya dikira sah kerana tidak ada sebarang unsur

penipuan, riba, menzalimkan penyewa serta tidak membebankan dan bayaran sewa

yang berpatutan disamping menjadi milik sempurna penyewa akhirnya.

Tujuan Sewa Beli Bank Islam

1- Untuk memudahkan dan menolong pelanggan khasnya penyewa yang tidak

berkemampuan sedangkan ia memerlukan barang tersebut.

2- Membolehkan penyewa membayar secara ansuran disamping mendapat

keuntungan daripada sewa yang diserapkan sebagai deposit dan caruman.

3- Kadar sewa tersebut berpatutan dan tidak membebankan pelanggan dan penyewa.

4- Berdasarkan masalih al-mursalah dan menjaga kepentingan masyarakat.

75

Page 76: munakahat, muamalat, jenayah

76

Page 77: munakahat, muamalat, jenayah

JENAYAH

77

Page 78: munakahat, muamalat, jenayah

Maksud Jenayah

Jenayah merupakan perkataan bahasa Melayu yang berasal daripada perkataan Arab iaitu

jinayah. Secara lebih khusus, jenayah ditafsir oleh ulama-ulama seperti berikut :-

1. Al Mawardi (ulama Mazhab Shafie) dalam kitabnya al Ahkam al Sultaniyyah

mentafsirkan sebagai pelbagai larangan syarak yang diugut dan diancam dengan

pembalasan had atau takzir.

2. Ibn Farhun(ulama Mazhab Maliki) berpendapat bahawa jenayah ialah apa sahaja

tindakan yang mewajibkan pembalasan had dan qisas meliputi jenayah terhadap

nyawa, akal fikiran, harta benda, keturunan dan kehormatan.

3. Ibn Qudamah menyebut bahawa jenayah ialah semua perbuatan menceroboh yang

ditujukan terhadap nyawa atau harta benda, akan tetapi dari sudut uruf (kebiasaaan)

ia dikhususkan bagi apa sahaja tindakan yang mencerobohi tubuh badan.

Perkataan hudud pula adalah jamak daripada perkataan had. Had dari segi bahasa ialah

tegahan. Apabila sesuatu itu dikatakan sebagai hudud Allah, ia memberi maksud :-

1. Segala larangan Allah kerana ia adalah perkara-perkara yang ditegah. Maksud ini

dibuktikan dengan firman Allah,

“ Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya”.

(al Baqarah, 2:187)

2. Segala hukuman Allah iaitu apa sahaja hukuman yang telah dibataskan maksudnya

dan ditentukan kadarnya, maka dengan itu tidak harus bagi manusia melanggarnya.

Maksud ini dibuktikan dengan firman Allah,

“Itulah hukuman-hukuman Allah, maka janganlah kamu melanggarinya.”

78

Page 79: munakahat, muamalat, jenayah

(al Baqarah, 2 :229)

Dari sudut istilah pula, para ulama berpendapat :-

Mazhab Hanafi Pembalasan yang telah ditetapkan kadarnya dan diwajibkan sebagai

hak Allah. Oleh itu, hukuman takzir tidak dikategori sebagai had kerana

ia merupakan satu pembalasan yang tidak tetap kadarnya, begitu juga

dengan hukuman qisas kerana biarpun qisas sudah ditetapkan

hukumnya tetapi ia adalah hak hambaNya kerana ia boleh diberi

keampunan dan diselesaikan secara damai

Ulama lain Suatu pembalasan yang ditetapkan kadarnya oleh syarak sama ada ia

menjadi hak Allah atau hambaNya.

Kesimpulannya, jenayah hudud merupakan pelbagai jenayah yang dibalas dengan hukuman

had, iaitu suatu pembalasan yang tetap kadarnya oleh syarak, tidak ada kadar maksimum

atau minimumnya dan tidak boleh digugurkan sama sekali sama ada oleh individu ataupun

jemaah.

PEMBAHAGIAN JENAYAH HUDUD

Jenayah hudud merupakan satu istilah yang merujuk kepada kelompok jenayah yang

dikenakan pembalasan hukuman hudud. Terdapat pelbagai pendapat berkaitan

pembahagian jenayah hudud. Antaranya ialah,

Mazhab Hanafi Mencuri (termasuklah merompak), zina, qadhaf, minum arak

dan minum minuman yang memabukkan

Ulama Mazhab lain Mencuri, zina qadhaf, minum arak, minuman yang

memabukkan, qisas danmurtad

Dr. Wahbah al-Zuhaili Zina, qadhaf, minum minuman yang memabukkan, curi,

merompak, penderhakaan, murtad dan pembunuhan sengaja

yang mewajibkan qisas.

Abd al Qadir Zina, qadhaf, minum arak, mencuri, merompak, murtad,

penderhakaan

Ibn Hazm al-Zahiri Mengecualikan penderhakaan

Ulama Mazhab Shafie Mengecualikan qadhaf

79

Page 80: munakahat, muamalat, jenayah

Berdasarkan jadual di atas, kita mengetahui bahawa tiada kesepakatan antara para

ulama dalam membahagikan jenayah hudud. Namun begitu, pandangan Mazhab Hanafi

dijadikan asas kerana ia merupakan jenayah yang mempunyai bilangan yang minimum

berbanding yang lain yang diterima oleh sebahagian besar ulama.

JENAYAH ZINA

PENGERTIAN ZINA

Ulama Mazhab Hanbali mendefinisikan zina sebagai perbuatan keji terhadap qubul

dan dubul.

Mengikut pendapat ulama Mazhab Maliki pula , zina ialah persetubuhan seorang

mukallaf yang dilakukan secara sengaja pada kemaluan anak Adam yang sama sekali

bukan miliknya.

Al-Shirazi (Ulama Mazhab Shafie), mendefinisikan dalam ulasan yang panjang iaitu

“apabila seorang lelaki dari kalangan penduduk negara Islam menyetubuhi perempuan yang

haram yang diharam ke atasnya, iaitu tanpa wujud milik yang sah atau milik yang syubhah

atau samar, dan lelaki itu adalah seorang yang berakal, baligh dan melakukan perbuatan itu

dengan pilihannya, tahu tentang pengharamannya, maka wajiblah ke atasnya hukuman had.

Jika dia seorang yang muhsan, maka wajiblah direjam.”

Al Kasani (Ulama Mazhab Hanafi) menyebut bahawa zina merupakan persetubuhan

yang diharamkan berlaku pada qubul seorang perempuan yang masih hidup dan

memberahikan dalam keadaan mampu membuat pilihan iaitu tidak dipaksa melakukannya

dalam negara Islam dan terikat dengan hukum-hukum Islam tanpa wujud hak milik dan

nikah yang sebenar atau hak milik dan nikah yang syubhah atau lain-lain syubhah yang

berkaitan kedua-dua hak milik dan nikah.

Pengertian yang terakhir adalah dianggap terbaik dan lengkap berbanding takrifan lain.

RUKUN-RUKUN BERLAKUNYA ZINA

80

Page 81: munakahat, muamalat, jenayah

Daripada definisi-definisi yang telah dibincangkan, maka, dapat disimpulkan bahawa

terdapat unsur-unsur penting yang menjadi rukun terjadinya jenayah zina. Elemen-elemen

ini ialah :-

1. Persetubuhan yang diharamkan

2. Sifat sengaja dalam perbuatan penzina

3. Pilihan sendiri

4. Tempat berlakunya zina

5. Keterikatan penzina dengan hukum-hukum Islam

6. Kewujudan syubhah semasa berlakunya zina

Namun begitu, rukun yang pertama dan kedua menjadi rukun asas zina, manakala yang lain

merupakan rukun untuk mensabitkan hukuman had.

RUKUN PERTAMA : PERSETUBUHAN YANG DIHARAMKAN

Dalam membicarakan persetubuhan yang diharamkan, sebaik-baiknya kita mengetahui

dengan lebih jelas maksud persetubuhan yang sebenar dan pelbagai bentuk persetubuhan

yang dianggap sebagai zina.

Maksud persetubuhan yang sebenarnya ialah memasukkan zakar ke dalam faraj atau qubul

sekurang-kurangnya tenggelam kadar hasyafah (kepala zakar) ke dalamnya.

Seterusnya, mari kita perhatikan apakah pendapat ulama mengenai keadaan yang berikut,

1. Ulama berpendapat perbuatan zina itu berlaku biarpun air mani pasangan tidak

keluar ataupun siapa yang memulakan tindakan melakukan persetubuhan itu

samada lelaki atau wanita.

2. Menurut pendapat ulama juga, jika seseorang lelaki memakai sarung untuk

membaluti kemaluan ketika melakukan persetubuhan, ia dikira sebagai zina jika

keadaan sarung itu tidak menyekat kelazatannya kepada penzina.

3. Jika seorang suami menyetubuhi isterinya ketika haid, nfas, puasa, ihram, zihar atau

li’an tidak dikira sebagai zina kerana perempuan itu merupakan wanita yang sah

untuk disetubuhi.

4. Menurut Abu Hanifah, apabila persetubuhan itu berlaku menerusi dubur tidak dikira

sebagai zina kerana tidak menjejaskan keturunan pelakunya.

5. Menurut Abu Hanifah, seorang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan wanita

yang telah mati tidak dianggap sebagai zina. Namun, mengikut pendapat Mazhab

81

Page 82: munakahat, muamalat, jenayah

Shafie dan Hanbali, ia dikira sebagai zina kalau ia berlaku pada bukan pasangan

suami isteri.

RUKUN KEDUA : SIFAT SENGAJA

Niat adalah penting dalam mengkategorikan sesuatu kesalahan itu boleh disabitkan dengan

hukuman had atau tidak. Kita dapat melihat sesuatu yang berlaku itu adalah dengan niat

sengaja apabila

- Lelaki tersebut mengetahui bahawa wanita yang disetubuhinya bukan miliknya.

- Lelaki tersebut mengetahui tentang hukuman syarak mengenai zina.

- Perempuan itu dengan rela menyerahkan dirinya kepada lelaki yang haram ke

atasnya.

Antara keadaan yang berlaku ialah dalam mensabitkan bahawa perbuatan itu merupakan

perbuatan yang sengaja atau tidak ialah,

1. Jika seorang lelaki menyangka perempuan yang berada di katil ialah isterinya lalu

menyetubuhinya sedangkan perempuan itu bukan hak miliknya, ia tidak dikira

sebagai zina kerana bukanlah niat lelaki itu untuk melakukan zina.

2. Satu keadaan yang berlaku di mana lelaki tersebut yang menjadi suami kepada

perempuan itu sedangkan perempuan itu telah berkahwin dengan lelaki lain ataupun

si perempuan berada dalam keadaan edah ketika melakukan persetubuhan dengan

suami barunya kerana kejahilannya mengenai agama tidak dikira sebagai zina.

3. Jika seorang lelaki berniat melakukan zina tetapi dia telah tersalah menyetubuhi

isterinya sendiri, maka ia tidak dikira sebagai berzina.

CARA MENSABITKAN ZINA

82

Page 83: munakahat, muamalat, jenayah

Zina merupakan antara jenayah yang dikategori sebagai dosa besar di mana pelakunya

akan dikenakan pembalasan yang berat. Perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang itu

hanya dapat disabitkan menerusi salah satu antara cara berikut-

1. Kenyataan saksi

2. Pengakuan

3. Qara’in

KENYATAAN SAKSI

Kenyataan saksi ialah kenyataan yang diberikan oleh empat orang saksi lelaki yang

sempurna syarat-syarat peribadi masing-masing. Kenyataan empat orang saksi lelaki adalah

khusus untuk dalam jenayah zina sahaja. Ini berdasarkan firman Allah,

“Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji(zina) antara perempuan-perempuan kamu,

maka carilah empat orang saksi yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka.”

(an Nisa, 4:15)

Antara syarat-syarat membolehkan seseorang itu menjadi saksi ialah,

1. Saksi beragama Islam. Oleh yang demikian, meskipun seorang lelaki zimmi yang

ingin menjadi saksi adalah tidak memenuhi syarat untuk menjadi saksi kerana tidak

akan wujud sifat adil pada diri seorang yang bukan beragama Islam.

2. Sempurna umur baligh. Ini bermakna seorang kanak-kanak tidak layak menjadi saksi

dan kenyataannya tidak layak untuk diterima.

3. Seorang saksi itu mestilah daripada golongan yang berakal. Oleh itu, bagi kesaksian

dari seoarang gila dan bodoh tidak boleh diterima. Ini berdasarkan hadis Rasullullah

yang bermaksud,

“Tiga orang yang dilepaskan dari menanggung sebarang tanggungjawab ialah kanak

kanak sehingga ia baligh, seorang yang sedang tidur sehingga ia sedar dan seorang

yang gila sehingga ia siuman.”

(Hadis riwaya tAbu Daud,12:77, al Tirmidhi, 4:685, al Darimi, 2:93, al Baihaqi, 7:359

dan Ibn Majah, 1:658)

83

Page 84: munakahat, muamalat, jenayah

4. Seorang saksi disyaratkan mempunyai sifat adil.Oleh itu, kesaksian daripada

seorang yang fasiq, begitu juga kesaksian seorang yang tidak jelas tentang dirinya

samaada dia bersifat adil atau tidak, tidak harus diterima.ini berdasarkan firman Allah

“Dan bawalah dua orang saksi yang adil antara kamu”

(al Talaq,65:2)

5. Disyaratkan bagi seorang saksi ialah kemampuannya melihat apa yang

disaksikannya.

6. Seorang saksi juga disyaratkan mampu bercakap. Namun demikian, ada khilaf bagi

seorang bisu, kerana mungkin dia tidak ada kemampuan bercakap, tetapi boleh

bersaksikan bahasa isyarat dan tulisannya.

7. Syarat menjadi saksi juga ialah dia mesti mengingati apa yang telah disaksikan,

mampu memahami apa yang dilihat oleh matanya dan bertanggungjawab terhadap

apa yang diucapkannya.

8. Disyaratkan tiada halangan bagi diri seorang saksi untuk menerima kesaksiannya.

Maksudnya di sini ialah, mereka tidak mempunyai halangan daripada

kekeluargaan(adanya hubungan kekeluargaan saksi dengan penzina). Selain itu,

permusuhan juga menjadi halangan seseorang itu menjadi saksi kerana ditakuti

kesaksiannya adalah palsu semata-mata untuk menjatuhkan. Tomohan atau

prasangka turut menjadi halangan kerana berkemungkinan saksi itu memihak

kepada penzina disebabkan penzina mempunyai kepentingan.

9. Secara qat’i al Quran telah menyatakan bahawa kesaksian untuk zina ialah empat

orang saksi. Jika tidak mencukupi seramai empat orang, maka hukuman had tidak

dapat dilaksanakan.

10. Syarat untuk keempat-empat orang saksi mestilah lelaki. Jumhur ulama sama sekali

tidak menerima kesaksian daripada orang perempuan.

11. Seorang saksi yang melihat perbuatan zina itu berhak membuat pilihan sama ada

ingin menyatakannya dalam bentuk kesaksian kepada pihak kadi

84

Page 85: munakahat, muamalat, jenayah

PENGAKUAN PENZINA

Selain daripada kesaksian, hukuman zina juga boleh disabitkan apabila berlakunya

pengakuan penzina itu sendiri samada lelaki atau perempuan di hadapan kadi atau ketua

negara.

Antara syarat-syarat yang membolehkan pengakuan zina itu diterima pakai ialah,

1. Penzina telah mencapai umur baligh iaitu telah seseorang yang dianggap layak

untuk menerima tanggungjawab.

2. Penzina mestilah sempurna akal dan berada dalam keadaan siuman ketika membuat

pengakuan.

3. Penzina mestilah menyampaikan apa yang ini diucapkan itu melalui ucapan

bukannya melalui tulisan atau isyarat.

4. Pengakuan tersebut mestilah atas pilihan sendiri dan bukannya dipaksa.

5. Penzina mestilah membuat pengakuan sebanyak empat kali sebagaimana tindakan

Rasullullah terhadap Ma’iz yang datang mengaku berzina.

6. Pengakuan sebanyak empat kali itu mestilah diucapkan dalam majlis yang berbeza

yakni dibolehkan penzina keluar hingga hilang daripada pandangan mata selepas

membuat pengakuan pertama kemudian kembali semula untuk membuat pengakuan

kedua.

7. Pengakuan penzina mestilah dilakukan dihadapan ketua hakim.

8. Pengakuan mestilah daripada seseorang yang mampu melakukan perbuatan zina.

9. Pengakuan penzina mestilah dibuat secepat mungkin agar ia dapat diterima.

85

Page 86: munakahat, muamalat, jenayah

QARA’IN

Sesuatu kesalahan zina tidak dapat disabitkan ke atas mereka kerana tidak adanya bukti

yang kuat atau kukuh samada daripada pihak saksi atau pesalah itu sendiri. Hal ini mungkin

berlaku kerana berlakunya kecekapan orang-orang yang merahsiakannya.

Namun semua ini boleh disabitkan apabila ada satu keadaan yang boleh mensabitkan

dengan perbuatan zina iaitu,

- Penghamilan seorang perempuan yang belum berkahwin atau tidak diketahui

samada sudah mempunyai suami atau tidak.

- Berkahwin dengan kanak-kanak lelaki yang belum baligh lagi.

- Berkahwin dengan lelaki yang tidak mampu bersetubuh dengannya.

- Berkahwin dengan lelaki yang sudah baligh tetapi melahirkan anak dalam masa

kurang enam bulan sejak tarikh perkahwinan.

Ini semua boleh menjadi qarinah(bukti secara tidak langsung) yang boleh mensabitkan

seseorang itu dengan kesalahan zina.

PEMBALASAN HAD ZINA

Sejarah perkembangan pembalasan bagi penzina bermula dengan penahanan di dalam

rumah. Ini dapt dilihat berdasarkan firman Allah ayat 15 dalam surah An Nisa’ ,

“ Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji iaitu zina di antara perempuan-perempuan

kamu kamu, maka carilah empat orang lelaki sebagai saksi terhadap perbuatan mereka.

Kemudian kalau keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut maka kurunglah

mereka(perempuan yang berzina) dalam rumah mereka sampai ajal matinya atau hingga

Allah mengadakan bagi mereka jalan keluar(dari hukuman itu).”

Namun, ayat tersebut hanya memperuntukkan hukuman terhadap penzina perempuan

sahaja iaitu memenjarakan penzina perempuan hingga mati. Akibatnya, penzina lelaki masih

lagi berleluasa dan masalah zina kian bertambah. Lalu, diturunkan pula ayat bagi

86

Page 87: munakahat, muamalat, jenayah

mengkhususkan pembalasan terhadap kaum lelaki yang berzina menerusi ayat 16 surah An

Nisa’,

“Dan (mana-mana) dua orang antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu,

(Setelah disabitkan kesalahannya)maka hendaklah kamu menyakiti kedua-duanya,

kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka yang buruk itu,

maka biarkanlah mereka kerana sesungguhnya Allah akan sentiasa menerima taubat, lagi

Maha Besar rahmatnya.”

Berdasarkan ayat di atas, kaum lelaki yang berzina sama ada muhsan atau tidak akan

disakiti dengan kata-kata yang memburukkan dan memalukan mereka atau kata-kata kesat

serta hubungan yang tidak mesra atau mencaci atau memukul dengan sandal.

Namun, apabila turunnya ayat 2 Surah al Nur, pembalasan tersebut ditukar kepada

pembalasan sebat dan buang daerah ke atas penzina yang belum berkahwin dan hukuman

rejam sampai mati bagi penzina yangsudah berkahwin.

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat tiap-tiap seorang

daripada kedua-duanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi belas keasihan

terhadap kedua-duanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman

kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan

kepada mereka itu oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.”

PEMBALASAN SEBAT

Pembalasan sebat adalah satu pembalasan yang diperuntukkan bagi penzina yang belum

muhsan iaitu yang belum berkahwin, sebanyak seratus kali sebatan.

Dalil yang mensabitkan hukuman sebat ini berdasarkan firman Allah dalam surah An Nur

ayat 2,

87

Page 88: munakahat, muamalat, jenayah

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat setiap orang

daripada kedua-duanya seratus kali sebat.”

Sabda Rasulullah juga yang bermaksud,

“Ambillah daripada saya, sesungguhnya Allah telah mengadakan jalan keluar untuk mereka

(iaitu para penzina perempuan) , dara(jika berzina) dengan teruna disebat seratus kali dan

dibuang daerah selama setahun.”

(Hadis riwayat Muslim)

Dalam hukuman ini, kadi tidak mempunyai hak sama ada ingin menambah dan

mengurangi jumlah sebatan ke atas penzina. Kadi juga tidak ada hak untuk menukarkan

pembalasan tersebut kepada pembalasan yang lain.

Hukuman yang kedua berdasarkan hadis di atas ialah hukuman buang daerah. Par

ulama berbeza pendapat mengenai hukuman ini samada ia merupakan hukuman takzir atau

hukuman had. Mengikut ulama Mazhab Hanafi, ia merupakan hukuman takzir yang mana

diserahkan kepada kadi sama ingin melaksanakannya atau tidak berdasarkan kepentingan

umum.

Mengikut pendapat ulama Mazhab Maliki, Hanbali dan Syafie, hukuman buang

daerah merupakan hukuman had yang wajib dilaksanakan bersama-sama hukuman sebat.

Hukuman ini juga wajib ke atas perempuan dan lelaki yang berzina.

Bagi tempat buangan, sebahagian fuqaha mensyaratkan jaraknya tidak kurang

daripada jarak yang mengharuskan seseorang menunaikan sembahyang qasar. Apabila

telah tamat tempoh pembuangan, penzina diberi pilihan samada ingin terus berada di situ

atau tidak. Namun sekiranya penzina pulang ke tempatnya sebelum tamat tempoh

pembuangan, maka dia sekali lagi akan ditempatkan di tempat pembuangan mengikut

perkiraan yang baru bukannya menyambung tempoh masa yang sebelumnya dia berada di

situ.

PEMBALASAN REJAM

Rejam adalah satu pembalasan berat dalam jenayah zina yang bermaksud membunuh

penzina yang sudah muhsan menerusi lontaran batu atau apa sahaja yang seumpamanya.

Pembalasan ini adalah terikat dengan dengan sifat ihsan yang ada pada diri penzina.

88

Page 89: munakahat, muamalat, jenayah

IHSAN DALAM KONTEKS PELAKSANAAN HUKUMAN REJAM

Ihsan dalam konteks pelaksanaan hukuman rejam membawa maksud himpunan kepada

pelbagai sifat yang telah diambil kira oleh syarak untuk meletakkan hukuman rejam sebagai

pembalasan yang wajib.

Antara syarat-syarat ihsan menurut ‘Abd al Qadir ‘Audah ialah

1. Persetubuhan yang berlaku dalam nikah yang sah.

Sifat ihsan itu tidak akan lahir pada diri seseorang, sama ada lelaki atau perempuan kecuali

dengan berlakunya persetubuhan pada qubul ketika di dalam nikah yang sah. Ini bermaksud

seseorang itu dianggap sebagai penzina muhsan apabila ia telah menyetubuhi isterinya

yang sah.

2. Baligh dan berakal

Kedua-dua syarat ini merupakan syarat kelayakan yang diterima sebagai sabit pembalasan

hukuman had. Kedua-dua syarat ini mesti ada sama ada bagi penzina yang muhsan atau

bukan muhsan. Ini bermaksud jika persetubuhan yang berlaku antara kanak-kanak atau

orang gila, maka mereka tidak dikenakan hukuman rejam.

3. Kesempurnaan syarat ihsan pada pasangan suami isteri ketika berlakunya

persetubuhan.

Syarat ini memerlukan kesempurnaan akal dan umur ketika pasangan suami isteri

melakukan persetubuhan dalam perkahwinan yang sah. Jika salah seorang tidak memenuhi

syarat ini maka mereka tidak memiliki ihsan. Contohnya, jika seorang lelaki itu menyetubuhi

isterinya yang sah, namun isterinya merupakan seorang kanak-kanak ataupun pada ketika

itu isterinya tidak siuman, maka lelaki itu tidak dianggap sebagai seorang yang muhsan.

4. Beragama Islam

Syarat ini memerlukan seseorang muslim itu berkahwin dengan seseorang yang muslim. Ini

bermaksud, jika seorang lelaki itu menyetubuhi isterinya yang bukan beragama islam, lalu

lelaki tersebut berzina dengan perempuan lain, maka dia tidak dikenakan hukuman rejam

kerana persetubuhannya dengan isterinya yang bukan beragama islam itu tidak menjadi

ihsan kepadanya.

89

Page 90: munakahat, muamalat, jenayah

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERIBADI PENZINA UNTUK DISABITKAN HUKUMAN

SEBAT DAN REJAM

1. Penzina samada lelaki atau perempuan mestilah seorang yang baligh.

2. Penzina merupakan seorang yang sempurna akalnya.

3. Penzina merupakan seorang muslim

4. Penzina melakukan zina atas pilihan sendiri. Jika penzina lelaki itu dipaksa, maka ia

tidak dikenakan hukuman had.

5. Penzinaan dilakukan dengan seorang manusia perempuan. Jika seorang lelaki

berzina dengan binatang, maka, dia tidak dikenakan hukuman had.

6. Penzina perempuan seorang yang mampu disetubuhi. Sekiranya perempuan

tersebut belum baligh, maka kedua-dua mereka iaitu penzina lelaki tidak akan

dikenakan hukuman had walaupun lelaki tersebut merupakan seorang yang sudah

baligh.

7. Tidak berlaku syubhah dalam persetubuhan mereka. Jika seorang lelaki itu

menyangka perempuan itu adalah isterinya, maka dia menyetubuhi isterinya dengan

dia yakin bahawa yang disetubuhi adalah isterinya sedangkan ia tidak, maka dia

tidak akan dikenakan hukuman had.

8. Penzina mengetahui tentang hukum pengharaman zina.

9. Penzina bukanlah seorang kafir harbi.

10. Penzina perempuan merupakan seorang yang masih hidup ketika penzinaan itu

berlaku.

SYARAT-SYARAT PELAKSANAAN PEMBALASAN HUKUMAN SEBAT DAN REJAM

Syarat –syarat dalam melaksanakan hukuman ini sebenarnya lebih cenderung kepada

pelaksana dan juga cara pelaksanaan itu sendiri. Antara syarat-syaratnya ialah,

1. Imam atau ketua negara atau pengganti sebagai pelaksana hukuman. Contohnya,

dalam hukuman rejam, mesti dimulakan dengan saksi untuk memberi keterangan,

kemudian imam untuk melaksanakan hukum dan seterusnya orang ramai yang

90

Page 91: munakahat, muamalat, jenayah

menyaksikan hukuman itu dilaksanakan. Bagi pengakuan pula, imam yang

memulakan pelaksanaannya. Begitu juga hukuman sebat.

2. Saksi mestilah sempurna kelayakan sehingga waktu pelaksanaan hukuman iaitu

saksi memenuhi semua syarat-syarat sebagai seorang saksi.

3. Dalam pelaksanaan hukuman sebat, para ulama bersetuju mengenai syarat tidak

berlakunya kematian orang yang disebat kerana pelaksanaan hukuman sebat ini

hanyalah sebagai ugutan bukannya untuk memusnahkan pesalah sebagai mana

hukuman rejam.

PELAKSANAAN HUKUMAN SEBAT ZINA

1. KEDUDUKAN PESALAH

Mengikut pendapat Abu Hanifah, Al Syafie dan Ahmad, pesalah lelaki mestilah berada

dalam keadaaan berdiri ketika disebat. Bagi pesalah wanita pula, disebat dalam keadaan

duduk kerana lebih terkawal auratnya.

2. KEADAAN PAKAIAN

Menurut pendapat Malik dan Abu Hanafiah, pakaian pesalah lelaki hendaklah dilucutkan

semua kecuali yang menutup auratnya sahaja kerana suruhan menyebat mestilah

menyentuhi kulitnya. Bagi pesalah wanita, pakaiannya tidak harus dilucutkan kecuali

pakaian bulu dan tebal yang menyekat rasa sakit ketika disebat. Oleh itu, bagi wanita, apa

sahaja pakaian yang tidak mendedahkan aurat dan tidak menghalang daripada rasa sakit

ketika disebat dibolehkan.

3. ALAT YANG DIGUNAKAN

Mengikut amalan masyarakat Islam terdahulu, pesalah akan disebat dengan menggunakan

cemeti(al saut). Namun begitu, ia bukanlah persetujuan mutlak antara ulama, sebaliknya

mestilah berdasarkan kepada kebiasaan yang terdapat pada diri pesalah. Contohnya, jika

pesalah merupakan seorang yang kurus dan lemah badannya, maka memadai disebat

dengan menggunakan hujung-hujung pakaian atau syumrukh(seratus ranting dan tangkai

anggur atau tamar untuk sekali sebat) atau apa sahaja yang mampu ditanggung oleh badan.

Penggunaan cemeti sebagai alat asas dalam hukuman sebat terikat dengan beberapa

syarat. Anataranya ialah,

91

Page 92: munakahat, muamalat, jenayah

- Cemeti tersebut bukanlah tali yang kering supaya ia tidak melukakan atau

mencederakan badan pesalah yang disebat.

- Bahagian hujung cemeti yang mengenai badan pesalah tidak diikat dengan biji bijian

kecil yang mampu memberi kesan yang sama seperti cemeti yang kering.

- Cemeti tersebut mestilah seutas dan tidak terdapat pecahan padanya. Sekiranya

cemeti tersebut mempunyai dua pecahan, ini bermakna satu sebatan akan

membawa kepada dua sebatan serentak kerana cemeti tersebut mempunyai dua

pecahan.

4. CARA MENYEBAT PESALAH

Matlamat hukuman sebat adalah ingin memberi pengajaran bukannya untuk membunuh

pesalah. Oleh itu, sebatan tersebut mestilah tidak terlalu kuat hingga mencederakan pesalah

dan terlalu perlahan hingga tidak dirasai pesalah.

Antara syarat bagi tukang sebat ialah,

- Tidak meluruskan tangan ketika menyebat kerana akan menambahkan tekanan

sebatan sebanyak sekali ganda.

- Hendaklah mengangkat dengan segera cemeti tersebut setelah mengenai badan.

- Hayunan tangan tidak boleh terlalu tinggi hingga terbuka kesemua bahagian

ketiaknya kerana tekanan akan menjadi semakin berat dan mungkin akan

menyebabkan terpecah kulit pesalah dan dibimbangi pesalah akan mati.

5. BAHAGIAN BADAN YANG DISEBAT

Bahagian badan yang ingin disebat tidak harus ditumpukan pada satu bahagian anggota

sahaja supaya ia tidak menyebabkan kerosakan pada anggota. Tukang sebat hendaklah

mengagihkan sebatannya ke seluruh tubuh pesalah yang meliputi dua bahu, dua lengan,

dua tangan, dua betis, dan dua kaki. Tukang sebat mestilah mengecualikan anggota yang

merbahaya yang dikhuatiri pesalah akan meninggal dunia apabila disebat seperti muka,

kepala, dada, perut dan anggota kemaluan.

92

Page 93: munakahat, muamalat, jenayah

6. TEMPAT PELAKSANAAN

Hukuman sebat mempunyai matlamat serampang dua mata yakni menakutkan pesalah dan

menjadi pengajaran kepada masyarakat. Oleh yang demikian, menurut ulama Mazhab

Hanafi dan Hanbali adalah wajar hukuman had diadakan di tempat terbuka dan ditonton

oleh orang ramai sekurang-kurangnya empat orang. Namun demikian, terdapat larangan

diadakan hukuman sebat di dalam masjid sebagai tempat pelaksanaan hukuman hudud.

PELAKSANAAN HUKUMAN REJAM

1. KEDUDUKAN PESALAH

Empat Mazhab Islam bersetuju bahwa jika pesalah lelaki, maka hendaklah dijalankan dalam

keadaan berdiri tanpa diikat dengan sesuatu, dipegang dengan sesuatu dan tidak digali

lubang untuknya, berdasarkan tindakan Rasulullah terhadap Ma’iz kerana tidak ada riwayat

yang menyebut bahawa Baginda menggali lubang untuknya. Bagi pesalah wanita, ada

perbezaan pendapat sama ada digali lubang atau tidak. Abu Hanifah dan Al Syafie

mengharuskan penggalian lubang hingga ke paras dada untuk menjamin pendedahan aurat.

2. KEADAAN PAKAIAN

Pakaian pesalah wanita tidak sekali-kali akan dilucutkanketika menjalani hukuman rejam

kerana pendedahan aurat adalah haram kecuali pakaian yang digunakankan menghalang

daripada rasa sakit.

3. ALAT YANG DIGUNAKAN

Alat yang digunakan dalam hukuman rejam ialah tanah yang keras atau batu yang

sederhana iaitu sebesar batu yang boleh memenuhi tapak tangan atau apa sahaja yang

seumpama batu seperti al madar iaitu tanah lumpur yang keras dan tembikar.

Dalam kisah Ma’iz , beliau telah direjam dengan menggunakan tulang lumpur yang keras

dan tembikar, bukannya anak-anak batu yang ringan yang menyebabkan panjang masa

pengazaban.

Manakala, bilangan batu yang digunakan semasa hukuman ini dijalankan tidak dihadkan.

Hal ini kerana bilangan batu tidak mempengaruhi cepat atau lambat pesalah itu mati.

Bilangan batu yang sedikit, apabila ia mengenai tepat pada tempat yang merbahaya,

memudahkan seseorang pesalah itu mati.

93

Page 94: munakahat, muamalat, jenayah

4. TEMPAT PELAKSANAAN

Tempat untuk melaksanakan hukuman rejam ini ialah satu tempat yang luas dan jauh dari

kawasan penempatan umum agar ketika proses rejaman ini berlaku, tidak ada penduduk

lain yang terkena rejaman tersebut kecuali pesalah. Sebaik-baiknya disaksikan oleh

sebilangan masyarakat sebagai pengajaran kepada mereka.

5. MAYAT PESALAH

Apabila pesalah hukuman rejam ini mati, maka mayatnya hendaklah diserahkan kepada ahli

waris. Mayat tersebut mestilah disempurnakan segala yang perlu ke atas seorang mayat

Muslim seperti memandi, mengapankan, menyembahyangkan dan mengebumikannya. Ini

berdasarkan peristiwa Ma’iz yang turut dikebumikan.

HALANGAN TERHADAP PELAKSANAAN HUKUMAN

Pelaksanaan had zina akan terhalang sekiranya berlaku sesuatu yang boleh menggugurkan

pembalasan itu setelah diputuskan oleh hakim. Antaranya ialah,

1. Penarikan balik pengakuan yang telah dibuat oleh pesalah

2. Pembatalan para saksi terhadap kenyataan mereka sebelum hukuman dilaksanakan

sama ada seorang saksi atau kesemua sekali.

3. Berlakunya tindakan salah seorang yang dituduh membohongkan pasangannya atau

dia mendakwa berlakunya perkahwinan antara mereka berdua.

4. Terbatalnya kelayakan diri para saksi sesudah hukuman dijatuhkan tetapi sebelum

dilaksanakan pembalsan terhadap pesalah.

5. Berlakunya kematian kesemua saksi sebelum dilaksanakan pembalsan rejam.

PELAKSANAAN HUKUMAN HUDUD DALAM MASYARAKAT MAJMUK

Walaupun telah diketahui bahawa hukuman hudud merupakan perintah daripada Allah

Taala yang memberi banyak kebaikan kepada manusia, namun, masih wujud lagi

pertikaian pelaksanaan hukuman hudud dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Antara

alasannya ialah, hukuman hudud merupakan propaganda politik semata-mata. Selain itu,

94

Page 95: munakahat, muamalat, jenayah

keadaan masyarakat majmuk di Malaysia tidak memungkinkan pelaksanaan hukuman

hudud kerana dikhuatiri berlakunya ketidakadilan dalam pelaksanaan.

Antara pertikaian yang berlaku ialah, bagaimana saksi yang melihat penzinaan itu

merupakan seorang bukan Islam sedangkan syarat menjadi saksi adalah seorang yang

beragama Islam? Adakah penzina itu akan bebas begitu sahaja sedangkan saksinya

sudah ada tetapi tidak beragama Islam? Jika mengikut Mazhab Hanbali, dibolehkan

mendengar kesaksian orang bukan Islam kerana keadaan ketika itu adalah dalam

keadaan darurat yangmembolehkan hakim menerima kesaksiannya jika tiada saksi

Muslim yang tampil.

Satu lagi masalah yang dibangkitkan ialah bagaimana jika pasangan penzina itu adalah

orang bukan Islam? Adakah ia boleh bebas begitu sahaja sedangkan pasangannya yang

Islam dikenakan hukuman? Jika seorang kafir itu kafir dzimmi yang tinggal di negara

Islam yang menjalankan pemerintahan islam, maka, dia sudah terikat dengan muamalat

islam dan mengikut cara pemerintahan Islam. Hukuman yang dikenakan bagi seorang

kafir yang muhsan ialah hukuman sebat sebanyak seratus kali, bukannya rejaman.

Ini bermakna, segala kebuntuan itu sengaja direka-reka untuk memuaskan hati

semua pihak sedangkan masalah umat tetap berlaku tanpa henti. Sebenarnya, semua

bergantung sejauh mana kita ingin menjalankan hukum Allah dan sejauh mana

keikhlasan dan kesungguhan dalam melaksanakan hukum Allah di muka bumi ini.

QADHAF

PENGERTIAN QADHAF

Dari segi bahasa, qadhaf bermaksud

- Melempar dengan batu dan seumpama dengannya.

95

Page 96: munakahat, muamalat, jenayah

- Melempar terhadap diri seseorang dengan perkara yang dibenci kerana terdapat

persamaan antara kesan antara keduanya iaitu menyakiti mangsa sama ada dengan

perbuatan atau kata-kata

- Dikenali juga sebagai firyah (satu fitnah dan pembohongan)

Dari segi istilah pula,

- Menurut Ibn Juza al Maliki di dalam kitab al-Qawanin al-Fiqhiyyah, qadhaf ialah

perbuatan yang menuduh melakukan persetubuhan yang haram pada qubul atau

dubur atau menafikan nasab (keturunan) sebelah bapa atau mempersendakan

dengan perkara yang demikian .

PEMBAHAGIAN QADHAF

Qadhaf terbahagi kepada dua bahagian iaitu menuduh seseorang melakukan zina dan

menafikan nasab seseorang daripada bapanya.

RUKUN QADHAF

Terdapat tiga rukun utama qadhaf iaitu,

1. Perbuatan menuduh dan menafikan nasab

Jika seseorang menuduh perbuatan zina dan menafikan nasab tersebut tanpa disertakan

dengan saksi seramai empat orang atau tiada pengakuan dari yang dituduh, maka hukuman

hudud akan dikenakan bagi penuduh. Begitu juga yang berlaku sekiranya seseorang nitu

menuduh seseorang yang lain melakukan liwat atau bersetubuh dengan binatang.

2. Syarat wajib penuduh dan mangsa tuduhan

Bagi seorang penuduh, dia mestilah merupakan seorang yang sempurna akal, baligh dan

tidak mampu membawa empat orang saksi lelaki bagi membuktikan tuduhannya.

Untuk mangsa tuduhan pula terbahagi syaratnya kepada dua kategori iaitu, seorang yang

muhsan dan yang sudah meninggal dunia.

Bagi seorang yang muhsan, mereka hendaklah memenuhi syarat-syarat ini iaitu sempurna

akal, baligh, merdeka, beragama Islam, iffah (seorang yang suci daripada perbuatan zina),

96

Page 97: munakahat, muamalat, jenayah

mangsa seorang yang tidak cacat kemaluannya serta sempurna syarat-syarat yang ada

pada diri mangsa sehingga pembalasan hudud dilaksanakan.

Bagi tuduhan ke atas mangsa yang sudah meninggal dunia, penuduh akan tetap dikenakan

hukuman hudud kerana kematian mangsa bukanlah halangan untuk melaksanakan

hukuman tersebut.

3. Niat melakukan jenayah

Tuduhan yang dilakukan oleh penuduh mestilah atas dasar sengaja melakukan tuduhan

tersebut. Ini bermaksud penuduh melakukan secara sengaja dan dia sedar dia tidak dapat

mengemukakan empat orang saksi bagi membuktikan dakwaannya itu. Maka, dia secara

automatik dikenakan hukuman hudud.

CARA MENSABITKAN QADHAF

Qadhaf dapat disabitkan dengan tiga perkara, iaitu,

1. Kesaksian para saksi.

Saksi mestilah beragama Islam, baligh, berakal, adil, boleh melihat, bercakap, boleh

mengingat dan tiada halangan bagi hakim menerima kesaksian mereka. Bilangan saksi

sekurang-kurangnya dua orang. Sila rujuk jenyah zina untuk mendapatkan penjelasan lanjut

mengenai syarat peribadi saksi.

Namun demikian, dalam jenayah qadhaf ini memerlukan aduan mangsa terlebih dahulu,

barulah diikuti dengan keterangan saksi. Sekiranya saksi memberi keterangan tanpa ada

aduan dari mangsa, maka keterangan adalah sia-sia.

Menariknya, dalam jenayah qadhaf juga kelewatan mangsa membuat aduan tidak akan

menjejaskan nilai aduan serta keterangan saksi kerana mangsa perlu bertanggungjawab

terhadap maruahnya dengan membuat aduan kepada pihak kehakiman.

2. Pengakuan penuduh.

97

Page 98: munakahat, muamalat, jenayah

Ini bermaksud bahawa penuduh itu mengaku dia menuduh mangsa itu berzina atau

menafikan nasabnya. Pengakuan ini mestilah daripada penuduh yang baligh dan sempurna

akalnya serta mengaku dalam bentuk ucapan, bukannya tulisan atau isyarat.

3. Sumpahan

Sumpahan ini boleh berlaku samaada terhadap penuduh atau tertuduh. Penuduh mesti

bersumpah bahawa apa yang dituduhnya itu benar dan sekiranya dia enggan, maka, dia

dikira sengaja melakukan tuduhan tersebut dan akan dikenakan hukuman hudud. Begitu

juga dengan tertuduh, dia harus bersumpah bahawa dia tidak melakukan perbuatan zina.

Namun, sekiranya dia enggan, maka dapat disimpulkan bahawa dia terlibat dalam

perbuatan zina.

PEMBALASAN QADHAF

Apabila seseorang individu samada lelaki atau perempuan melakukan tuduhan qadhaf,

maka balasan mengikut hudud ialah sebatan sebanyak lapan puluh kali. Ini berdasarkan

firman Allah dalam surah al-Nur ayat 24.

“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan-perempuan yang

terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka

sebatlah mereka lapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima kesaksian mereka itu

selama-lamanya kerana mereka adalah orang-orang yang fasik”

Pembalasan ini dijatuhkan ke atas penuduh apabila terbukti dia tidak mampu membuktikan

kesahan tuduhannya dengan empat orang saksi lelaki atau pengakuan mangsa sendiri atau

keengganan bersumpah. Pelaksanaan hukuman sebat adalah sama dengan hukuman zina.

PERKARA-PERKARA YANG MENGGUGURKAN PEMBALASAN HUDUD

Antara perkara yang boleh menggugurkan pembalasan hudud ialah,

1. Para saksi menarik balik kesaksian mereka terhadap tuduhan qadhaf.

2. Perakuan mangsa tuduhan dengan kebenaran penuduh.

98

Page 99: munakahat, muamalat, jenayah

3. Mangsa tuduhan menolak kesaksian para saksi.

4. Terbatalnya kelayakan saksi sebelum dilaksanakan pembalasan sebat ke atas

penuduh.

MINUM ARAK

PENGERTIAN

Dalam istilah fuqaha minum arak dikenali sebagai shrub al-khamr. Menurut Mazhab Hanafi,

shrub al-khamr ialah minum arak khamr semata-mata. Arak khamr menurut mereka ialah

tiga jenis cecair sahaja iaitu,

1. Air anggur yang naik membuih samada dimasukkan kepala susu ke dalamnya

ataupun tidak.

2. Air anggur yang dimasak apabila berkurangan kadarnya tidak melebihi dua per tiga

kadar asal dan ia menjadi bahan yang memabukkan.

3. Air tamar dan anggur kering yang ditakung apabila ia naik membuih samada

dimasukkan kepala susu ke dalamnya ataupun tidak.

Menurut ulama tiga Mazhab selain Hanafi, meminum arak bermaksud meminum minuman

yang memabukkan samada dinamakan dengan khamr ataupun tidak.

Secara keseluruhannya shurb al-khamr bermaksud, satu tindakan meminum minuman yang

memabukkan oleh seorang Muslim yang baligh dan berakal dengan pilihan sendiri.

RUKUN-RUKUN JENAYAH MINUM ARAK

Antara rukun-rukun minum arak ialah,

1. Perbuatan meminum dan minuman yang memabukkan

99

Page 100: munakahat, muamalat, jenayah

Menurut Mazhab Syafie, minuman yang memabukkan itu tidak terhad kepada yang

dinamakan sebagai khamr sahaja. Contohnya, jika seseorang itu minum air epal dalam

kuantiti yang banyak hingga menyebabkan peminum itu mabuk, maka, air epal tersebut

haram baginya kerana mampu memabukkan si peminum. Hukum haram ini jatuh sekalipun

kadarnya yang sedikit tidak mampu memabukkan kecuali selepas dia minum dengan kadar

yang banyak.

Sekiranya seseorang itu meminum minuman yang memabukkan dalam keadaan darurat di

mana tidak terdapat air langsung untuk menghilangkan dahaga, maka tidak akan dikenakan

hukuman hudud bagi mereka kerana mereka berada dalam keadaan terpaksa dan tidak

bersalah. Ini berdasarkan firman Allah,

(al Baqarah , ayat 173)

“maka sesiapa yang terpaksa (makan kerana darurat) sedang ia tidak menginginkan dan

tidak pula melampaui batas, maka tidaklah dia berdosa.”

2. Syarat peribadi peminum arak

Untuk mensabitkan seseorang itu dengan hukuman hudud kerana terlibat dalam jenayah

minum arak, seseorang itu hendaklah sempurna akal, baligh, beragama Islam, minum

dengan pilihan sendiri, mengetahui bahawa ia adalah arak, mengetahui tentang

pengharamannya dan adanya Mazhab yang mengharamkan cecair tersebut sebagai

sesuatu yang memabukkan.

3. Niat melakukan jenayah.

Jika seseorang itu sengaja meminum bahan yang memabukkan sedangkan dia tidak

mengetahui tentang kesan kadar yang banyak bahan itu boleh memabukkannya, maka, dia

tidak akan dikenakan hukuman hudud sekalipun dia betul-betul mabuk selepas

meminumnya.

CARA-CARA MENSABITKAN JENAYAH MINUM ARAK

1. Kesaksian saksi

Saksi mestilah sekurang-kurangnya dua orang lelaki yang sempurna kelayakannya seperti

yang dijelaskan dalam jenayah zina.

100

Page 101: munakahat, muamalat, jenayah

2. Pengakuan pesalah sendiri

Menurut kempat-empat Mazhab, pengakuan pesalah sendiri memadai dengan satu

pengakuan sahaja yang disampaikan oleh seorang yang sempurna akal, baligh dan dengan

pilihan sendiri tanpa dipaksa.

PEMBALASAN MINUM ARAK

Sebenarnya, dalam jenayah minum arak ini tidak ada nas yang menjelaskan hukumannya.

Namun demikian ada dua pendapat mengenai hukuman yang disabitkan kepada peminum

arak.

1.Ulama Mazhab Hanafi, Maliki, dan riwayat pendapat Ahmad

- mengatakan bahawa pembalasannya sebanyak lapan puluh sebatan. Ini berdasarkan

tindakan Umar dan kata-kata Saidina Ali,

“Apabila dia minum, dia akan mabuk, apabila dia mabuk, dia akan bercakap tidak menentu,

apabila dia bercakap tidak menentu, dia akan berbohong/membuat fitnah dan had orang

yang berbohong atau berbuat fitnah sebanyak lapan puluh kali” (merupakan ijmak ulama)

2.Ulama Mazhab Syafie

- mengatakan bahawa hukuman sebat sebanyak empat puluh kali. Hujah ini berdasarkan

tindakan Saidina Ali terhadap al-Walid Aqabah yang menyebatnya sebanyak empat puluh

kali dan katanya, “ Nabi telah menyebat sebanyak empat puluh kali,Abu Bakar telah

menyebat sebanyak empat puluh kali, Umar telah menyebat sebanyak lapan puluh kali, tiap

satunya adalah sunnah dan ini (empat puluh kali sebatan) yang saya suka.”

Para ulama bersependapat bahawa pelaksanaan hukuman sebat tidak harus dilaksanakan

ketika pesalah berada dalam keadaan mabuk. Kadi hendaklah menunggu sehingga pesalah

kembali siuman kerana pembalasan tersebut adalah untuk memberi pengajaran sedangkan

orang yang mabuk tidak akan merasai sama sekali apa yang berlaku.

PELAKSANAAN SEBAT

101

Page 102: munakahat, muamalat, jenayah

Pelaksanaan sebat dalam hukuman minum arak sama dengan hukuman terhadap mereka

yang berzina.

HALANGAN DARIPADA HUKUMAN SEBAT

1. Menarik balik pengakuan pesalah.

2. Menarik balik pengakuan kesaksian.

3. Terbatal kelayakan saksi sebelum saat pelaksanaan hukuman.

JENAYAH CURI

PENGERTIAN JENAYAH CURI

Ulama Mazhab Hanafi Pengambilan harta yang cukup nisab oleh

seseorang yang telah baligh dan sempurna

akal. Harta itu bukan dari jenis yang cepat

rosak, ia dimiliki oleh orang lain, diambil

secara diam-diam daripada tempat

simpanan tanpa syubahah.

Ulama Mazhab Maliki Pengambilan harta orang lain secara diam-

diam tanpa ia diamanatkan kepadanya.

Ulama Mazhab Syafie Pengambilan harta secara diam-diam dan

zalim daripada tempat simpanan dengan

terikat kepada syarat-syarat tertentu.

Ulama Mazhab Hanbali Pengambilan harta benda secara diam-diam

dan sembunyi.

RUKUN-RUKUN JENAYAH CURI

1. Pengambilan harta secara diam-diam.

Ini bermaksud, perbuatan mengambil sesuatu barang itu mestilah tidak diketahui oleh

tuannya dan tanpa kerelaannya. Jika pengambilan barang tersebut berlaku di hadpan

102

Page 103: munakahat, muamalat, jenayah

tuannya, maka ia tidak termasuk dalam jenayah curi. Kecurian ini dikira sempurna apabila

pencuri tersebut mengeluarkan barang curian tadi dari tempatnya dan memasukkan barang

tersebut ke dalam miliknya.

2. Barang yang diambil adalah harta.

Antara syarat-syarat barang yang dicuri itu boleh menyebabkan seseorang itu dikenakan

hukuman hudud ialah barang tersebut adalah dari jenis harta yang boleh dialih. Sekiranya

pada asalnya, ia merupakan barangan yang tidak boleh dialih tetapi selepas pencuri

melakukan sesuatu terhadap harta tersebut kemudian boleh dialih, maka ia dikira sebagai

mencuri. Begitu juga dengan elektrik atau gas turut dikira sebagai material kerana

seseorang boleh memilikinya dalam bentuk yang boleh dialih.

Syarat kedua, barang tersebut mestilah merupakan barang yang berharga dan bernilai. Nilai

pada barangan tersebut mestilah sesuatu nilai yang mutlak. Sekiranya bagi si pencuri,

barang tersebut adalah berharga, tetapi bagi tuannya, ia merupakan sesuatu yang tidak

berharga, maka ia tidak layak dipanggil kecurian.

Syarat seterusnya pula ialah barang tersebut dimiliki oleh orang lain. Secara logiknya, jika

seseorang itu mengambil barangan miliknya, ia tidak dikira sebagai mencuri. Contohnya, jika

seseorang yang mengambil harta wakaf, sedangkan dia mempunyai hak ke atas harta

wakaf tersebut, maka dia tidak dikira sebagai mencuri.

Syarat yang keempat, mestilah cukup nisab. Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang

bermaksud,

“Tangan pencuri itu tidak akan dipotong kecuali pada kecurian satu per empat dinar ke

atasnya”

Kadar nisab barangan curian adalah sebanyak tiga dirham perak atau satu per empat dinar

wang empat. Barangan yang dicuri mestilah mencukupi kadar nilai nisab ini mengikut mata

wang semasa sekiranya barang yang dicuri adalah harta bagi membolehkan hukuman

hudud.

3. Niat melakukan jenayah.

Pembalasan potong tangan tidak akan dikenakan sekiranya seseorang itu menyangka

bahawa barangan tersebut tidak diingini lagi oleh tuannya. Begitu juga jika seseorang itu

mengambil barang tersebut untuk melihat-lihat atau menggunakan sebentar kemudian

103

Page 104: munakahat, muamalat, jenayah

memulangkannya, itu tidak dikira sebagi mencuri. Jika seseorang itu mengambil barang

tersebut dan memusnahkannya di tempat barangan yang diambil, dia tidak dikira sebagai

pencuri sebaliknya sebagai pemusnah. Oleh yang demikian, hukuman hudud tidak akan

dikenakan ke atas mereka.

CARA MENSABITKAN JENAYAH CURI

1. Kesaksian saksi.

Saksi mestilah terdiri daripada lelaki dan bilangannya tidak kurang dari dua orang saksi yang

menyaksikan sendiri jenayah itu berlaku.

2. Pengakuan pencuri.

Pengakuan pencuri telah dipersetuju oleh kebanyakan ulama bahawa ia tidak bergantung

kepada sebanyak mana ucapan pengakuan itu dibuat, sebaliknya, satu pengakuan sudah

cukup untuk mensabitkan jenayah curi.

3. Sumpahan.

Apabila seseorang tertuduh itu disuruh bersumpah bahawa dia tidak mencuri harta tetapi dia

enggan, mak keengganan tertuduh itu boleh dijadikan bukti bahawa dia melakukan kecurian

tersebut. Cara ini hanya terdapat dalam Mazhab Syafie sahaja.

PEMBALASAN

Hukuman bagi jenayah curi terdapat di dalam al Quran da juga hadis.

Berdasarkan ayat al Quran dalam surah al Maidah ayat 38,

“ Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri, maka (hukumnya)

potonglah tangan mereka berdua”

Berdasarkan hadis Rasulullah SAW,

104

Page 105: munakahat, muamalat, jenayah

“Sesungguhnya telah binasa orang-orang sebelum kamu kerana apabila seseorang yang

mulia di kalangan mereka mencuri maka mereka biarkan, tetapi apabila seseorang yang

lemah di kalangan mereka yang mencuri, maka mereka memotongnya(tangannya).”

(Riwayat al-

Bukhari)

Berdasarkan sumber al Quran dan hadis, maka jelaslah pembalasan terhadap orang yang

melakukan kecurian ialah potong tangan. Pembalasan ini tidak harus diberi keampunan dan

tidak harus diganti dengan pembalasan yang lain atau menangguh pelaksanaannya.

ANGGOTA YANG WAJIB DIPOTONG

Menurut Mazhab Maliki, Syafie dan Ahmad, anggota yang wajib dipotong ialah kedua-dua

tangan dan kaki pencuri. Kecurian yang pertama akan dipotong tangan kanannya, kecurian

yang kedua dipotong kaki kirinya. Jika dia masih lagi mencuri buat kali ketiga, maka akan

dipotong tangan kirinya seterusnya akan dipotong kaki kiri sekiranya dia mencuri buat kali

keempat. Namun, sekiranya dia masih lagi mencuri sedangkan kesemua anggota tangan

dan kaki telah dipotong, maka dia akan dipenjarakan hingga mati atau sehingga dia sudah

bertaubat.

TEMPAT YANG WAJIB DIPOTONG

Berdasarkan empat Mazhab utama serta ulama Mazhab Zahiri dan Mazhab Syiah Zaidiyyah

tempat yang wajib dipotong ialah pergelangan tangan.

Pembalasan potong tangan akan gugur sekiranya anggota yang wajib dipotong tidak ada ,

akibat apa yang berlaku selepas kecurian. Contohnya, sekiranya pencuri mengalami

kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan tangan kanan selepas daripada mencuri,

maka dia tidak diwajibkan potong tangan. Namun, sekiranya, pencuri mengalami

kemalangan sebelum daripada kejadian mencuri yang menyebabkan dia kehilangan tangan

kanannya, maka, wajib ke atasnya dipotong kaki kiri sebagai ganti tangan kanan.

105

Page 106: munakahat, muamalat, jenayah

CARA MEMOTONG TANGAN

Pembalasan potong tangan dilakukan pada sendi pergelangan tangan atau pada sendi buku

lali kaki. Menurut al Syafie dan Ahmad, sunat direjam bahagian yang dipotong itu ke dalam

minyak yang sedang mendidih untuk mematikan urat-urat yang terputus dan menghentikan

darah-darah yang mengalir.

MENGGANTUNGKAN TANGAN YANG DIPOTONG

Menurut al Syafie dan Ahmad, tangan pencuri yang sudah dipotong, sunat untuk

digantungkan ke leher beberapa ketika agar ia menjadi pengajaran yang menakutkan.

Pendapat ini didasari hadis riwayat al Tirmidhi, seorang pencuri telah dibawa di hadapan

Rasulullah,lalu baginda memotong tangannya kemudian baginda menyuruh ia digantung ke

leher.

HALANGAN DARIPADA TERLAKSANANYA HUKUMAN POTONG TANGAN

Walaupun terdapat peruntukan di dalam al Quran dan hadis mengenai kewajipan potong

tangan bagi pencuri, namun dalam keadaan-keadaan yang tertentu, gugur kewajipan

tersebut. Ini berlaku apabila,

1. Rukun dan syarat dalam jenayah mencuri ini tidak sempurna seperti pengambilan

harta tidak berlaku secara diam-diam.

2. Berlakunya syubahah di dalam hak milik seperti seorang bapa mencuri harta

anaknya.

3. Mangsa jenayah membohongkan pengakuan pencuri atau kesaksian para saksi

tentang berlakunya kesalahan mencuri.

4. Tindakan pencuri membatalkan pengakuan boleh menggugurkan pembalasan had

sekiranya tiada bukti lain dalam kes berkenaan.

5. Menurut Mazhab Hanafi, jika pencuri memulangkan barang curian sebelum

pengaduan dibuat, maka pembalasan potong tangan digugurkan.

JENAYAH ROMPAK

PENGERTIAN

106

Page 107: munakahat, muamalat, jenayah

Ulama-ulama berbeza pendapat dalam mendefinisikan maksud merompak. Antaranya ialah,

Mazhab Syafie Tindakan keluar (oleh seseorang atau

sekumpulan orang) untuk merampas harta,

atau membunuh atau menakutkan orang

dengan kekuatan atau kekerasan di suatu

tempat ynag tidak mungkin bagi mangsa

mendapatkan pertolongan. Membunuh di sini

bermaksud bertujuan untuk merampas harta

benda atau menakutkan orang ramai di

jalanan.

Mazhab Maliki Tindakan mengeluarkan senjata serta

menakutkan orang di jalanan di luar

kawasan berpenduduk atau di dalamnya,

sama ada bertujuan untuk merampas harta

benda orang atau tanpa tujuan tersebut.

Abu Hanifah Tindakan mengeluarkan senjata serta

menakutkan orang di jalanan di dalam

kawasan berpenduduk sama ada bertujuan

untuk merampas harta atau tidak.

Mazhab Hanbali Sesuatu rompakan yang berlaku di tempat

yang tidak mungkin bagi mangsa

mendapatkan pertolongan.

Secara keseluruhannya, merompak ialah tindakan mengancam keselamatan jalan

raya dan kawasan yang berjauhan atau keluar kerana tujuan merampas harta benda

menggunakan kekerasan.

RUKUN-RUKUN DALAM JENAYAH ROMPAK

1. Tindakan keluar mengancam keselamatan jalan raya atau merampas harta benda

107

Page 108: munakahat, muamalat, jenayah

Tindakan ini boleh berlaku dalam empat keadaan iaitu,

Bentuk

Tujuan

merampas harta

dengan

kekerasan

Tindakan

mengancam

keselamatan

Tindakan

merampas harta

Tindakan

membunuh

1. / / X X

2. / / / X

3. / / X /

4. / / / /

Semua bentuk tindakan yang dilakukan seperti di dalam jadual di atas merupakan tindakan

yang membolehkan mereka dikenali sebagai perompak. Sekiranya seseorang itu tidak

berniat untuk merompak tetapi telah menyebabkan berlaku kecederaan dan pembunuhan,

maka dia tidak dikira sebagai perompak.

Menurut pendapat Mazhab Syafie dan Maliki, pencabulan terhadap kehormatan wanita yang

berleluasa dalam masyarakat boleh dikategorikan sebagai merompak kerana mereka

menceroboh kehormatan wanita secara terang- terangan.

2. Perompak dan mangsa rompakan

Untuk membolehkan seseorang perompak itu dikenakan hukuman hudud ke atasnya,

perompak tersebut mestilah memenuhi empat syarat peribadi ini iaitu baligh, berakal,

lelaki(menurut pendapat sebahagian ulama), dan bersenjata.

3. Niat melakukan jenayah

HALANGAN DARIPADA PEMBALASAN HUKUMAN

1. Mangsa rompakan membohongkan pengakuan yang dibuat oleh perompak.

108

Page 109: munakahat, muamalat, jenayah

2. Perompak membatalkan pengakuannya.

3. Mangsa rompakan membohongkan keterangan saksi.

4. Perompak bertukar menjadi pemilik harta yang dirompak sebelum kes di bawa ke

mahkamah.

5. Perompak bertaubat sebelum ditangkap oleh pihak pemerintah.

Selain daripada halangan-halngan tersebut, hukuman hudud terhadap perompak tidak dapat

dilaksanakan sekiranya harta yang dirompak tidak cukup nisab atau sebahagian rukun

jenayah itu tidak sempurna. Sekiranya pembunuhan tetap berlaku tetapi ia masih lagi tidak

termasuk dalam jenayah rompakan, maka dia hanya dikenakan hukuman qisas sahaja.

ISU SEMASA PELAKSANAAN HUKUMAN HUDUD

Untuk mengetahui sejauh mana kesan hukuman ini, kita perbandingkan dengan tiga negara

iaitu

1. Negara bukan Islam yang tidak mengamalkan hukum Islam

Contohnya di Amerika Syarikat, dalam tempoh satu jam, terdapat 330 jenayah curi dan

rompak berlaku di negara tersebut. Menurut statistik daripada Jabatan Perisik Pusat

Amerika Syarikat, dalam tahun 1974, sebanyak 10,100,000 jenayah berlaku yang

menyebabkan sebanyak enam juta dua ribu enam ratus dolar Amerika dan 20,000 orang

terbunuh dalam jenayah tersebut.

2. Negara Islam yang tidak mengamalkan hukum Islam

Contohnya, ialah negara Mesir. Menurut catatan surat khabar al Akhbar, kadar jenayah dari

setahun ke setahun meningkat sebanyak 20 % iaitu sebanyak 2,000 kes yang bertanbah

setiap tahun. Seramai 10,203 pencuri telah ditangkap pada tahun1974 dan jumlah

penjenayah yang dijatuhi hukuman penjara pada setiap hari adalah sebanyak 559 orang.

3. Negara Islam yang mengamalkan hukum Islam

Bagi negara Arab Saudi yang mengamalkan hukum Islam, sejak 24 tahun sebelum tahun

1974, kes kecurian yang mensabitkan pembalasan potong tangan tidak melebihi 16 kes.

109

Page 110: munakahat, muamalat, jenayah

Kesimpulannya, berlaku perbezaan yang ketara antara negara yang mengamalkan hukum

Islam dan negara yang tidak mengamalkan hukum Islam.oleh yang demikian, pelaksanaan

hukuman hudud wajib dilaksanakan bagi menjamin kemaslahatan umat Islam seluruhnya.

“Itulah hukuman-hukuman Allah, maka janganlah kamu melanggarnya.”

(al Baqarah, ayat 229)

Qisas

110

Page 111: munakahat, muamalat, jenayah

Pendahuluan....

Islam mengharamkan sebarang perbuatan jenayah dikalangan manusia kerana ia

boleh meragut keamanan daripada kehidupan manusia. Oleh itu, islam telah mensyariatkan

bentuk undang-undang tertentu seperti hudud, qisas dan ta’zir.Ia bertujuan untuk mencegah

manusia daripada melakukan jenayah di samping mendidik mendekatkan diri kepada Allah

S.W.T.

Diibaratkan jenayah melibatkan tanpa luka untuk keseluruhannya atau potong

anggota badan atau bunuh dan sebagainya diwajibkan keatasnya had atau taa’zir. Kedua-

dua ini adalah istilah hukuman dalam Islam. Dan ia adalah himpunan jenayah dan kedua-

duanya terbahagi kepada bunuh sengaja dan menyerupai sengaja. Asal hukuman ini

sebelum ijma’ kitab dan sunnah...

Firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 178 :

القتلى في القصاص عليكم كتب آمنوا الذين أيها ... يا

Wahai orang –orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu qisas berkenaan

dengan orang yang dibunuh.

Hadis Rasulullah S.A.W bersabda :

النفس : : وقتل والسحر بالله الشرك قال الله؟ رسول يا هن وما قيل الموبقات السبع اجتنبوا

الغافالت , , المحصنات وقذف الزحف يوم والتولى الينيم مال وأكل الربا وأكل بالحق اال الله حرم التي

Jauhilah tujuh perkara, lalu bertanya seseorang “ Apakah ia ya Rasulallah?”Maka

Rasulullah menjawab ia adalah : syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang haram

kecuali dengan hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang,

111

Page 112: munakahat, muamalat, jenayah

Jenayah

Jenayah pada bahasa ialah dosa atau maksiat.

Manakala pada istilah terbahagi kepada makna khas dan am.

Makna khas : larangan syara’ yang ditetapkan oleh Allah dengan pembalasan had

atau ta’zir sama ada melakukan perkara tegahan atau meninggalkan perkara yang disuruh.

Makna am : satu pencerobohan yang ditujukan terhadap nyawa, pancaindera atau

anggota manusia seperti pembunuhan, kelukaan, pukulan dan lain-lain.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 229 bermaksud :

فأولئ الله حدود يتعد\ ومن تعتدوها فال الله حدود الظلمون تلك هم ك .

Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya, dan sesiapa

yang melanggar aturan hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Kesalahan jenayah dalam Islam terbahagi kepada qisas, hudud, dan ta’zir.

Dosa membunuh

Membunuh anak-anak Adam dengan sengaja tanpa hak adalah salah satu daripada

dosa besar selepas kekafiran.

Dalil menunjukkan penyataan ini adalah :

أن : : ( قال ؟ الله عند أعظم ذنب أي\ وسلم عليه الله صلى النبي سئل قد ذلك على الدليل

الشيخان , : ( ) رواه معك يطعم أن مخافة ولدك تقتل أن قال ؟ أي ثم وقيل خلقك وهو ندا لله . تجعل

Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W telah disoal: “ dosa apakah paling besar di

sisi Allah?” Maka Nabi menjawab sesungguhnya menjadikan Allah ada sekutu, dan bertanya

lagi : “ Kemudian apa lagi?” Maka Nabi menjawab sesungguhnya membunuh anak kamu

kerana takut makan bersama kamu.

Riwayat Syaikhan

Firman Allah S.W.T di dalam surah An-Nisa’ ayat 93 yang bermaksud :

112

Page 113: munakahat, muamalat, jenayah

فيها ) خالدا جهنم فجزاؤه متعمدا مؤمنا يقتل ( ومن

Dan barangsiapa membunuh seseorang yang beriman dengan sengaja, maka

balasannya ialah neraka jahanam, dia kekal didalamnya. Allah murka kepadanya, dan

melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya.

QISAS

Qisas pada bahasa : - pertuturan kesan atau bersamaan.Padaistilah pula bermaksud

:- mengenakan hukuman yang sama dengan jenayah yang dilakukan terhadap orang lain

yang melibatkan fizikal sama ada perbuatan membunuh atau lain-lain daripada perkara –

perkara yang mencederakan jasmani.

Hukuman qisas adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T.

hukumannya di dalam Al-quran dan hadis yang wajib dikenakan ke atas penjenayah yang

thabit kesalahannya di dalam mahkamah.

Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas. Membunuh dibalas

dengan bunuh ( nyawa dibalas dengan nyawa ), melukakan dibalas dengan luka,

mencederakan dibalas dengan mencederakan.

KESALAHAN – KESALAHAN YANG WAJIB DIKENAKAN HUKUMAN QISAS

IALAH :

Membunuh orang lain dengan sengaja

Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke

atas si pembunuh dengan dibalas bunuh.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al- Baqarah ayat 178 :

القتلى في القصاص عليكم كتب ءامنوا الذين ياأيها

Wahai orang –orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas

(balasan yang seimbang) dalam perkara orang yang mati dibunuh.

113

Page 114: munakahat, muamalat, jenayah

Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan

sengaja.

Melukakan orang lain dengan sengaja

Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau

melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau

luka seseorang itu dan juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan melukakan

tadi.Kedua-duanya boleh diambil mengikut dalil di bawah ini :

Firman Allah S.W.T. di dalam surah Al- Maidah ayat 45 :

والس\ن باألذن واألذن باألنف واألنف بالعين والعين \فس بالن \فس الن أن\ فيهآ عليهم وكتبنا

قصاص والجروح بالس\ن

الظلمون هم فأولئك الله أنزل بمآ يحكم لم ومن له كفارة فهو به تصدق . فمن

Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab taurat itu, bahawasanya jiwa

dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan

hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka –

luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak

membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak

menghukum denagn apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang

orang yang zalim.

114

Page 115: munakahat, muamalat, jenayah

Hukum Pembunuhan

Wajib : membunuh orang yang murtad jika dia tidak bertaubat, dan kafir harbi jika dia tiidak

memeluk islam atau tidak membayar jizyah.

Haram : membunuh orang yang berlindung tanpa hak.

Makruh : membunuh orang kafir yang dekatnya tidak mencaci Allah dan rasulNya.

Sunat : membunuh orang yang mencaci Allah dan rasulNya.

Harus : membunuh pemimin iaitu seorang tawanan jika tarafya melebihi antara yang lain

maka pembunug itu dibberi pilihan, sama ada bunuh secara tidak engaja (bunuh salah )

maka tidaklah baginya disifatkan dengan halal atau buukanlah dengan haram kerananya

tidaklah dituntut baginya kepada kesalahannya itu dan ia adalah seperti perbuatan orang

gila dan binatang buas.

Syarat-syarat pelaksanaan qisas

Menurut Imam As-Syafii’, syarat-syarat pelaksanaan qisas bagi jenayah

pembunuhan adalah seperti berikut:

Orang yang hendak dijatuhkan hukuman qisas adalah mukalaf baligh

dan berakal. Kanak-kanak dan orang gila tidak dikenakan qisas.

Pembunuhan terdiri daripada bapa, ibu, datuk dan ke atas.

Mangsa bunuh adalah terpelihara darahnya dengan sebab islam

Persamaan taraf antara pembunuh dan mangsa bunuh dari sudut

agama (kedua-duanya merdeka )

Syarat qisas mencederakan anggota

Kesamaan dari sudut anggota yang hendak dikenakan qisas seperti

tangan kanan dengan tangan kanan, kiri dngan tangan kiri.

Anggota yang sihat tidak akan dipotong kerana qisas bagi anggota yang

lumpuh walaupun dengan kerelaan penjenayah. Tetapi harus memotong

anggota yang lumpuh kerana memotong anggota yang sihat.

Hendaklah anggota yang hendak diqisas boleh dipotong pada sendi

seperti siku, pergelangan atau anggota yang ada sempadan khusus

seperti telinga. Qisas hendaklah dilaksanakan pada sendi yang paling

115

Page 116: munakahat, muamalat, jenayah

hamper dengan anggota yang dilakukan. Mangsa diberi hukuman gentian

( bayar ganti rugi ) bagi bahagian selebihnya yang tidak dapat diqisas.

Jika calar, luka terpotong tetapi tidak terputus kerana tiada persamaan

sebagai syarat asas qisas.

HUKUMAN DIAH

Taarif :

Harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris

mangsanya sebagai ganti rugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah

keatas mangsanya.

Hukuman diah adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungnya dengan

kesalahan qisas seperti :

Pembunuhan secara sengaja

Pembunuhan secara tidak sengaja

Pembunuhan menyerupai sengaja

Hukuman diah ialah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah dan

rasulNya di dalam al-quran dan hadith sebagai ganti rugi di atas kesalahan-

kesalahan yang melibatkan anggota badan atau melukakannya.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diah ialah :

Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau ahli waris orang

yang dibunuh.

Kalau diampunkan oleh ahli keluarganya maka tiada hukuman qisas

dan tidak dikenakan hukuman diah,

Kalau diampunkan ke atas harta, diwajibkan diah yang berat

( مغلظة dihalalkan pada harta si pembunuh dan juga kerana jika ,(دية

tidak redha keatas pembunuh.

116

Page 117: munakahat, muamalat, jenayah

Kalau diampunkan sebahagian orang yang berhak mengampunkan

dijtuhkan juga hukuman dan jika tidak redha sebahagian yang lain

kerana qisas tidak sebahagian dan akan menjatuhkan hukuman jika

ada persetujuan berlainan.

Pembunuhan tidak sengaja

Adalah membunuh orang mukmin secara tersilap seumpama memerdekan

hamba.

Tidak ada hukuman keatasnya dan tidak ada qisas mengikut firman Allah

S.W.T dalam surah An-Nisa’ ayat 92:

يصدقوا أن اال أهله الى مسل\مة ودية مؤمنة رقبة فتحرير خطأ مؤمنا قتل ..ومن

Maksudnya :

Barangsiapa yang membunuh seseorang beriman kerana tersalah hendaklah

dia memerdekan seorang hamba sahaya yang beriman serta membayar

tebusan yang diserahkan kepada keluarganya ( si terbunuh itu ), kecuali jika

mereka membebaskan pembayaran.

Maka, diwajibkan pada pembunuhan tidak sengaja adalah diah yang ringan

دية keatas pembunuh yang berakal dan diberi masa keatasnya مخففة

selama tiga tahun.

Pembunuhan menyerupai sengaja

Adalah berniat memukul akan sesuatu dengan tidak berniat untuk

membunuhnya seperti mengikat atau memukul secara ringan atau

sebagainya…tetapi si mangsa mati disebabkan itu.

Maka, tidak ada hukuman qisas ke atasnya kerana tidak ada alat

pembunuhan yang jelas yang mati disebabkannya.

Wajib ke atas pembunuhan menyerupai sengaja

Diwajibkan ke atas pembunuhan menyerupai sengaja adalah diah yang berat

117

Page 118: munakahat, muamalat, jenayah

مغلظة .keatas orang yang berakal bersegera keatasnya selama tiga tahunدية

Dalil berdasarkan sabda rasulullah S.A.W :

( بطونها في خلفة أربعون منها مغلظة األبل من مئاة العصا أو السوط قتيل الخطأ عمد قتيل في أن أال

( أوالدها

Maksudnya :

Jika sesungguhnya pada pembunuh bagi pembunuhan salah ( tidak sengaja), pembunuhan

dengan cemeti,ataupun dengan merotan 100 kali daripada unta yang berat daripadanya 40

yang bersalahan pada perutnya dan anak-anaknya.

Maknanya adalah pembunuhan menyerupai sengaja tertolak daripada definisi

pembunuhan sengaja atau pembunuhan secara tidak sengaja..

Lalu ,di ambil hukum sengaja atas wajah beratnya.

Dan hukum pembunuhan tidak sengaja mengikut sedia ada ke atas pembunuh yang

berakal atas kadar segera.

Isu yang sering dilontarkan sekarang ini :

Apakah Hukum Qisas Bertentangan dengan Akal dan Naluri Manusia?

Sebahagian golongan telah mengkritik hukum-hukum Islam tanpa merenungnya terlebih

dahulu, dan khususnya tentang masalah hukum qisas, mereka melontarkan berbagai

kecaman dan sanggahan. Mereka mengatakan:

a. Sebenarnya, kejahatan yang telah dilakukan oleh seorang pembunuh tidak lebih dari

sebuah kejahatan yang hanya menghilangkan nyawa seorang manusia. Akan tetapi, ketika

kamu melakukan qisas terhadapnya(pembunuh), kamu telah mengulangi perbuatan yang

sama sekali lagi.

b. Qisas tidak lebih dari sebuah balas dendam dan bersifat keras hati. Sifat tercela ini

harus dihilangkan dari kalangan masyarakat dengan memberikan pendidikan yang benar.

118

Page 119: munakahat, muamalat, jenayah

Sementara itu, para pengamal qisas, setiap hari telah memberikan ruh baru kepada sifat

tercela ini. iaitu, balas dendam.

c. Membunuh manusia bukan merupakan sebuah dosa yang dilakukan oleh orang-orang

biasa yang berada dalam keadaan sihat. Sudah tentu, dari segi psikologi, seorang

pembunuh pastilah seseorang yang mengidap penyakit berkaitan jiwa yang memerlukan

perawatan dan penyembuhan. Oleh itu, qisas tidak akan pernah boleh mengubati penyakit

seperti ini.

d. Masalah-masalah yang berkaitan dengan kemasyarakatan haruslah disesuaikan

dengan perkembangan masyarakat yang ada. Oleh kerana itu, sebuah hukum yang telah

diterapkan pada seribu empat ratus tahun yang lalu tidak boleh diterapkan pada sistem

masyarakat yang ada saat ini.Maksudnya perlu mengikut peredaran masa.

e. Adalah lebih baik, sebagai pengganti dari qisas, kita penjarakan pembunuh-

pembunuh ini. Kemudian, kita mengarahkan kerja paksa supaya dapat menghasilkan

keuntungan bagi masyarakat. Dengan demikian, selain masyarakat akan terjaga dari

kejahatan mereka, mereka dapat memanfaatkan diri kepada masyarakat sebagai tanda

menebus kesalahan.

Hal-hal di atas adalah ringkasan dari kecaman yang mereka lontarkan dalam persoalan

qisas.

Dengan memperhatikan ayat-ayat qisas yang ada di dalam Al-Qur’an secara jelas:

(“Di dalam qisas itu terdapat kehidupan bagimu, wahai orang-orang yang

berakal,diwajibkan ke atas mu qisas)

Kerana, menyingkirkan para perosak merupakan metode yang paling efektif untuk

menjaga kesejahteraan masyarakat. Dalam hal ini, qisas merupakan sebuah jaminan

kehidupan untuk kelestarian sebuah komuniti. Mungkin kerana itulah qisas ditanamkan di

dalam naluri manusia.

Sistem kedoktoran, pertanian, dan perhaiwanan, semuanya dilandaskan pada prinsip

rasionaliti metode ini (menghilangkan makhluk perosak yang membahayakan). Oleh kerana

119

Page 120: munakahat, muamalat, jenayah

itu, sering kita saksikan pemotongan anggota-anggota badan yang telah rosak atau

pemangkasan dahan-dahan pengganggu dan yang membahayakan untuk memberikan

pertumbuhan maksimal pada suatu pohon. Dari sini, orang-orang yang mengetahui bahwa

membunuh seorang pembunuh merupakan sebuah peniadaan seorang insan yang lain,

sungguh mereka hanya engeluarkan logik akal sahaja. Tetapi, apabila mereka menujukan

pandangan pada konsep masyarakat dan mengetahui apa fungsi qisas ini ialah untuk

menjaga dan mendidik keseluruhan individu, maka mereka akan berfikir kembali terhadap

kata-kata yang mereka lontarkan. Dan ini merupakan jawaban dari persoalan yang

pertama.

Tentang kritikan mereka yang kedua,:

harus diperhatikan bahawa pada prinsipnya, diwajibkannya qisas tidak ada kaitannya

sama sekali dengan persoalan balas dendam. Kerana, balas dendam mempunyai makna

memadamkan api kemarahan yang muncul kerana melibatkan masalah peribadi, sementara

qisas dilakukan dengan maksud untuk mencari keadilan terhadap setiap orang yang tidak

berdosa, dan untuk menghalang daripada beruulangnya kembali kejahatan yang serupa di

dalam masyarakat.

Tentang kritikan yang ketiga :

pembunuh pastilah terlibat dengan penyakit kejiwaan, kerana kejahatan semacam ini

tidak mungkin terjadi pada orang-orang biasa yang berada dalam keadaan sihat, harus

ditegaskan bahawa pada sebahagian persoalan, perkataan ini benar adanya dan Islam pun

tidak akan pernah mengeluarkan hukuman qisas dalam keadaan di mana pembunuh adalah

orang yang tidak waras.

Akan tetapi, apabila alasan adanya penyakit jiwa pada pembunuh telah dijadikan

sebagai sebuah hukum untuk melarikan diri dari hukuman dan jalan kebebasan di hadapan

mereka, maka hal ini tidak akan boleh diterima, kerana kerosakan yang akan ditimbulkan

oleh pelaksanaan cara semacam ini tentu akan sangat menyulitkan dan tidak syak lagi

dapat mengakibatkan semakin tingginya nilai keberanian untuk melakukan pembunuhan di

atas muka bumi ini.

Dan apabila pembelaan ke atas pembunuh itu adalah benar(berkenaan sakit jiwa), maka

hal ini pun secara mutlak benar juga berkenaan dengan para pelanggar dan perampas hak-

120

Page 121: munakahat, muamalat, jenayah

hak orang lain. Kerana, orang-orang yang mempunyai akal yang sihat tidak akan melanggar

hak-hak orang lain. Dengan demikian, seluruh hukum harus dihapuskan dan para pelanggar

serta para pembuat kerosakan —secara keseluruhan tanpa terkecuali— harus dimasukkan

ke rumah-rumah sakit jiwa sebagai ganti dari penjara atau hukuman.

Adapun kritikan yang menekankan bahawa masyarakat dawasa ini tidak menerima lagi

hukum qisas, kerana qisas hanyalah bersifat kolot dan ianya hanya dijalankan dalam

kehidupan masyarakat primitif saja, dan sekarang mereka menganggap bahwa qisas

merupakan sebuah hukum yang harus segera dihapuskan, kerana hal itu tidak dapat

diterima oleh akal. Jawapannya, bahawa sanggahan yang mereka lontarkan di atas

merupakan sebuah balasan yang tidak ada rasionalnya sama sekali, kerana ia menyifatkan

seperti takut dan melawan hokum yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Mengenai kritikan kelima:

Harus kita perhatikan bahwa tujuan dari qisas —seperti telah dijelaskan dalam Al-

Qur’an— adalah untuk menjaga kehidupan global masyarakat dan menghalang terulangnya

kembali pembunuhan dan kejahatanyang serupa dengannya. Tentu saja, penjara tidak akan

mampu menangani secara keseluruhan, (terutama dengan memperhatikan keadaan penjara

saat ini yang lebih baik dari tempat tinggal para penjahat itu sendiri). Dengan demikian, di

negara-negara yang telah menghapuskan hukuman gantung tampak bahawa kesannya

amat menguatirkan di mana setiap tahun kadar pembunuhan semakin meningkat —dan juga

hukuman penjara adalah seperti memberikan harapan pengampunan kepada pembunuh.

Oleh kerana itu, para penjahat akan melakukan kejahatannya tanpa merasa takut dan

bimbang kerana merasakan akan bebas juga nanti.

121

Page 122: munakahat, muamalat, jenayah

REFLEKSI

Refleksi

122

Page 123: munakahat, muamalat, jenayah

Muhammad Faiezzullah bin Shaari

910816-10-5669

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran kepadaMU akhirnya saya telah berjaya

menyiapkan kerja kursus Fiqah yang telah diberdalam masa yang ditetapkani. Dalam proses

menyiapkan kerja kursus, saya telah mendapat ilmu yang tidak saya ketahui dalam bab

Fiqah. Fiqah ini termasuk dalam syariat Islam. Fiqah adalah perkara yang sering menjadi

tanda Tanya setiap orang Islam. Terdapat pelbagai persoalan Fiqah dalam kehidupan

seharian.

Kerja kursus ini membincangkan topik yang penting dalam islam iaitu munakahat,

muamalat dan jenayah dalam Islam.perkara ini membuktiikan islam ini agama yang syumul

dalam segala aspek kehidupan.saya juga dapat mengetahui isu-isu atau persoalan semasa

melalui kerja kursus ini.

Dengan kerja kursus saya dapat menyediakan diri saya sebagai bakal guru untuk

mengajar murid-murid walaupun dengan ilmu yang saya dapat hanya sedikit. Saya berharap

kerja kursus dapat menaikan semangat untuk mencari ilmu yang yang saya tidak tahu.

Akhir sekali, sayaingin mengucapkan jutaan terima kasih yang sudi berkerjasama

bagi menyiapkan kerja kursus Fiqah. Tidak lupa kaepada pensyarah pembbimbing Dr.

Ridzuan bin Ahmad kerana tunjar saya dan kumpulan saya bagi menyiapkankerja kursus ini.

Terimak kasiah juga kepada kawan-kawan yang membantu secara langsung atau tidak

langsung.

Refleksi (MUHAMMAD HASIF BIN ISMAIL)

123

Page 124: munakahat, muamalat, jenayah

بسم الله الرحمن الرحيم

والصالة والسالم على سيدنا محمد أشرف الحمد الله العلمينالمرسلين و على ءاله و صحبه أجمين....

Assalamualaikum. Bersyukur ke hadrat Illahi dan selawat ke atas Nabi

Muhammad S.A.W kerana atas daya usaha saya dan rakan-rakan dapat

menyiapkan Kerja Kursus Pengajian Agama bagi mata pelajaran fiqah ini.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

pensyarah yang mengajar mata pelajaran ini iaitu Dr. Ridzuan Bin Ahmad kerana

telah memberikan tunjuk ajar dan bimbingan dalam menghasilkan kerja kursus ini.

Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat seangkatan di kelas F2M kerana telah

banyak membantu dan membincang untuk menyiapkan tugasan kerja khursus ini.

Di dalam syariat Islam, fiqah merupakan bidang yang boleh dikatakan rumit..

Hal ini demikian kerana fiqah terbahagi kepada empat cabang iaitu ibadat,

munakahat, muamalat dan jenayah. Kumpulan saya di amanahkan untuk membuat

subtopic yang terdapat dalam bab munakahat. Ketika mencari isi-isi mengenai

munakahat ini, saya menghadapi kesukaran kerana di dalam bab munakahat ini

terdapat juga khilaf ulamak. Dengan hal, ini saya perlu memakan masa untuk saya

mengkaji dan memahami dengan lebih mendalam . Dengan petunjuk dan kehendak

Allah s.w.t , saya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang munakahat ini.

Selain itu, semasa membuat kerja kursus ini juga, saya dapat

mengapplikasikan kegunaan Mind Manager semasa pembentangan. Sebelum ini

saya tidak pernah tahu dan guna Mind Manager ini. Di atas bantuan Dr. Riduan,

beliau memperkenal dan mengajar saya dan rakan-rakan tentang kegunaan Mind

Manager ini.

Akhir sekali, saya berharap kerja kursus saya ini dapat memberi manfaat

kepada diri saya dan orang lain. InsyaAllah……

Refleksi

124

Page 125: munakahat, muamalat, jenayah

MUHAMMAD IRFAN BIN IDRIS

Assalamualaikum………………………………..

Bismillahirahmanirahim…………………………………………………………..

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNYA saya dapat jua

menyiapkan kerja kursus Fiqh II ini. Terima kasih juga ditujukan kepada Dr. Ridzuan b.

Ahmad yang banyak membimbing saya dalam usaha menjayakan kerja kursus ini. Semasa

bertungkus lumus menjayakan kerja kursus ini berbagai – bagai ilmu yang saya dapat sama

ada berkaitan dengan Fiqh ataupun tidak.

Persoalan – persoalan tentang hukum – hakam agama sering menjadi pertanyaan

masyarakat hari ini. Apabila saya mendapat kerja kursus ini, ia membuka peluang kepada

saya supaya menimba ilmu sebanyak mungkin di Institut Pendidikan Guru untuk menjawab

segala persoalan tersebut sebaik yang mungkin selari dengan profesyen seorang guru.

Seorang guru mempunyai tanggungjawab yang besar kepada masyarakat dan menjadi

tempat rujukan awam.

Di samping itu, dalam medan perjuangan untuk melaksanakan kerja kursus Fiqh II ini

sudah pastinya terdapat rintangan – rintangan yang tidak diduga. Alhamdulillah, dengan

tempoh masa yang diberi saya berjaya juga menyiapkannya bersama dengan kawan –

kawan yang banyak membantu, mengajar dan menolong segala persoalan yang timbul di

fikiran saya tentang kerja kursus ini.

Akhir kata, saya berharap kepada diri saya agar dapat mengamalkan setiap ilmu yang

diperolehi semasa menjayakan kerja kursus Fiqh II ini. Semoga semua yang terlibat sama

ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini mendapat

rezeki yang mencurah – curah daripada yang Esa dan sentiasa berada dalam perlindungan

rahmatNYA. InsyaALLAH…..

125

Page 126: munakahat, muamalat, jenayah

RUJUKAN

126

Page 127: munakahat, muamalat, jenayah

Rujukan.

Al-Fiqh Al-Wahidah. Dr. Muhammad Bakar Ismail. Puchong, Selangor.

Fiqh Sunnah. Muhammad As-Sayyid Sabit. Batu Caves. Kuala Lumpur.

Fiqh Manhaji, Kitab Fikah Mazhab Imam Syafie. Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-

Bogho,Ali Asy-Syarbaji. Batu Caves. Kuala Lumpur.

http://www.islam.gov.my/e-rujukan/wali.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan

http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=499

http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenayah

http://albesuty.blogspot.com/2010/01/perempuan-perempuan-yang-haram.html

http://www.islamgrid.gov.my/articles/munakahat/munakahat.php

http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/munakahat/haram.htm

127

Page 128: munakahat, muamalat, jenayah

128

Page 129: munakahat, muamalat, jenayah

129