konsep ilmu, ijtihad & jihad dalam islam

48
KONSEP ILMU, IJTIHAD & JIHAD DALAM ISLAM

Upload: kaveri

Post on 23-Feb-2016

161 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KONSEP ILMU, IJTIHAD & JIHAD DALAM ISLAM. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

KONSEP ILMU, IJTIHAD & JIHAD DALAM ISLAM

KONSEP ILMU, IJTIHAD & JIHAD DALAM ISLAM

APA ITU EPISTEMOLOGI ISLAM?- Definisi bahasa :Epistemologi berasal daripada bahasa Yunani episteme yang bermaksud pengetahuan dan logos bermaksud kata/pembicaraan.

- Definisi Istilah: Teori pengetahuan berhubungan dengan hakikat dari ilmu pengetahuan, andaian2, dasar2nya serta pertanggungjawaban atas pernyataan mengenai pengetahuan yang dimiliki oleh setiap manusia. Ia merupakan cabang falsafah yang berkaitan dengan asal, sifat dan jenis pengetahuan.

- Epistemologi Islam ialah teori/falsafah ilmu berdasarkan ajaran Islam. Ia bukanlah semata-mata persoalan bersifat falsafah malah merupakan tindakbalas terhadap persoalan2 bersifat kehidupan, masyarakat dan kenegaraan yang merangkumi keseluruhan kehidupan dunia dan akhirat.

KONSEP ILMUDefinisi dari segi bahasa: ilmu berasal daripada perkataan arab yang bermaksud mengetahui tentang sesuatu dengan sebenar-benarnya.Definisi dari segi istilah:1) Al-Ghazali suatu kepastian secara demonstratif (menyeluruh) di mana untuk sampai kepada ilmu yang pasti mestilah melalui pengalaman secara langsung.2)Confucius apabila kamu mengetahui sesuatu, meyakinkan yang kamu sudah tahu dan apabila kamu tidak tahu sesuatu menunjukkan bahawa kamu tidak mengetahui sesuatu. Menunjukkan bahawa ilmu adalah keyakinan dan kebenaran.3) Plato suatu pemindahan roh atau jiwa dari kegelapan kepada cahaya4) Syed Naquib al-Attas suatu kebenaran yang sampai ke dalam roh atau menerusi roh atau jiwa manusia5) Kamus Mujam al-Wasit ilmu merupakan penghasilan yang menyeluruh secara tersusun atau himpunan segala masalah dan prinsip dalam satu kesatuan disiplin ilmu seperti ilmu kalam (theology), ilmu tatabahasa, geologi, astronomi dan arkeologi dan juga pencapaian sesuatu hakikat atau disebut sebagai ilmu yaqinMARTABAT ILMU DALAM ISLAMSurah al-Mujadalah ayat 11 Allah berfirman bermaksud Allah meninggikan beberapa darjat (tingkatan) orang2 yang beriman di antara kamu dan orang2 yang berilmu (diberi ilmu pengetahuan) dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan menjelaskan bahawa orang yang beriman dan berilmu akan mendapat tempat/darjat yang tinggi di sisi Allah. Keimanan yang dimiliki merupakan pendorong utk menuntut ilmu & ilmu yang bermanfaat akan menyedarkan dirinya tentang hakikat kerdilnya manusia di sisi Allah kerana ilmu Allah yang maha luas.Surah Ali Imran ayat 18 Allah berfirman bermaksud Allah menerangkan (kepada sekalian makhluknya dengan dalil2 dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan seluruh alam dengan keadilan dan malaikat2 serta orang2 yang berilmu(mengakui dan menegaskan juga yang demikian), maka tiada yang berhak disembah ) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana membuktikan kemuliaan dan keutamaan orang yg berilmu bahkan dalam hal kesaksian yang dimulai dgn Allah, malaikat dan orang2 yang berilmu. 3) Surah Thaha ayat 114 Allah berfirman bermaksud dan berkatalah, Wahai Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan menjelaskan bahawa bagaimana Islam meninggikan kedudukan ilmu dengan mendorong umat Islam supaya sentiasa berdoa agar ditambahi ilmu pengetahuan.4) Surah Al-Alaq ayat 1-5 Allah berfirman bermaksud Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan kamu dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu yang paling pemurah. Yang mengajar manusia dengan pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah adalah berkaitan ilmu iaitu suruhan membaca.5) Surah Az-Zumar ayat 9 Allah berfirman bermaksudKatakanlah lagi (kepadanya); Adakah sama orang2 yang mengetahui dengan orang2 yang tidak mengetahui

1)Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan, maka dia dipintarkan dalam agama dan diilhami olehNya kepandaian dalam perkara itu

2) Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban bermaksud para alim ulama adalah pewaris para nabi

3) Hadith riwayat Baihaki yang bermaksud carilah ilmu walau ke negeri Cina kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslimKLASIFIKASI ILMU MENURUT ISLAMPersoalan: Adakah segala jenis ilmu WAJIB dituntut oleh setiap muslim?1) Pendapat Syech Zarnuji - sesungguhnya tidak wajib bagi setiap muslim dan muslimah menuntut segala jenis ilmu tetapi yang diwajibkan adalah menuntut ilmu perbuatan (ilmu al-hal) sebagaimana diungkapkan bahawa sebaik2 ilmu adalah ilmu perbuatan dan sebagus-bagus amal adalah menjaga perbuatan meliputi ibadah kepada Allah seperti kewajipan solat, puasa, zakat & haji.2) Pendapat Al-Ghazali ilmu boleh diklasifikasikan kepada ilmu fardhu ain dan juga ilmu fardhu kifayah Ilmu fardhu ain ialah ilmu tentang cara amal perbuatan yang wajib seperti ilmu agama dan segala cabangnya sebagai contoh rukun Islam. Ilmu fardhu kifayah ialah tiap2 ilmu yang tidak dapat dihindarkan dalam menegakkan urusan duniawi. Sebagai contoh ilmu jual beli, kedoktoran, politik, pertanian dan ilmu bagi urusan yang perlu dan penting untuk pembangunan negara dan masyarakat.3) Pendapat Ibnu Khaldun Ilmu boleh dibahagikan kepada Ilmu aqliyyah dan juga ilmu naqliyyah Ilmu aqliyyah ialah ilmu yang merupakan sesuatu yang dialami pada manusia yang boleh dihasilkan melalui berfikir. Ia termasuk ilmu hikmah, falsafah yang terhasil daripada penelitian dan penyelidikan. Ilmu naqliyyah ialah ilmu yang bersifat tradisional iaitu yang bersumberkan al-Quran dan as-SunnahSUMBER-SUMBER ILMU1) WAHYUIa terdiri daripada al-Quran dan as-Sunnah di mana keduanya adalah sumber rujukan ilmu dan perundangan yang utama dan paling penting kepada kehidupan manusia.Al-Quran dan As-Sunnah merupakan wahyu daripada Allah yang disampaikan melalui rasulnya kepada umat manusia sebagai garis panduan untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.Al-Quran dan as-Sunnah adalah sumber2 yang membekalkan asas2 ilmu pengetahuan supaya manusia tidak terjerumus dalam logik akal dan nafsu semata-mata kerana kedua2nya hanya dapat menjangkau perkara yang melibatkan material dan logik semata-mata dan tidak perkara yang disebaliknya (perkara ghaib).2) AKAL & PANCAINDERAAkal merupakan elemen utama yang dapat memandu manusia kepada kebenaran. Akal adalah neraca pada kebenaran yang bertunjangkan wahyu kerana melalui akal manusia mampu mencapai kebenaran dan mengelakkan daripada keraguan.Pancaindera pula merupakan alat yang digunakan akal untuk mendapatkan ilmu kepada sesuatu fakta menerusi fungsi2 akal.Menurut Imam al-Ghazali semua ilmu bersifat hakiki dan bukannya buatan manusia. Mnusia hanya melakukan penemuan yang sememangnya telah wujud dan melalui akal inilah manusia mampu membezakan sesuatu yang benar dan palsu.Ilmu yang menggunakan akal menurut al-Ghazali dikategorikan sebagai ilmu matematik, logik, metafizik, politik dan etik. Status ilmu ini adalah sebagaimana berikut:1) Ilmu matematik (aritmetik, geometri, dan al-Jabar) disifatkan ilmu yang bersifat neutral tujuan dicipta ilmu ini bukan untuk mengingkari atau mengakui kewujudan Allah s.w.t. Ilmu ini digunakan untuk kegunaan dan kebaikan manusia dan sekiranya disalahgunakan maka sudah tentu hasilnya turut salah dan sekiranya digunakan dengan betul maka akan mendatangkan hasil yang berguna kepada manusia.Aritmetik adalah salah satu cabang utama ilmu matematik yang berkembang dan hidup sebagai konsep2 nombor yang menjadi kegunaan umum dikenali sebagai Teori Nombor.Penggunaan dan manipulasi simbol bagi menggantikan sesuatu yang fizikal yang digambarkan oleh mental membawa kepada idea awal penggunaan operasi matematik bercorak kiraan campur dan tolak tanpa memerlukan pada pengiraan objek tertentu.Ahli matematik Islam yang banyak memberi sumbangan dalam bidang ini ialah Abu Yusof Yaakub ibn Ishaq al-kindi karyanya bertajuk al-Karki dan al-Fakhri.Terjemahan teks pertama ilmu aritmetik ini ditemui di Univ.Cambridge(1857) Algoritmi de Numero Indorum dari salinan teks al-Khawarizmi dalam abad ke-12 menjadi alchawarizmi, al-karizmi, al-Goritmi dan al-Gorismi. Algebra - juga salah satu daripada ilmu matematik berbentuk analisis berdasarkan kuantiti dengan menggunakan huruf sebagai simbolnya. Ia adalah kebijaksanaan mendapatkan tak ketahuan dari data-data yang diberi jika terdapat perhubungan daripada data-data.Contohnya: Aritmetik (2+2+2 =3x2) merupakan kes khusus kenyataan algebra (umum) bagi (x+x+x =3x) dan x ialah sebarang nombor.Al-Jabr bermaksud memperbaiki keseimbangan suatu persamaan dengan menukar tempat sebutan-sebutannya. Geometri ialah cabang ilmu matematik yang mengkaji sifat2 ruang dan pengukuran magnitud. Berasal daripada perkataan Yunani iaitu geo bermaksud tanah dan metre iaitu pengukuran.Tokoh2 Islam yang terkemuka dalam bidang ini ialah Ibnu Haitham dalam bukunya Teori Optik, Thabit Ibn Qurra serta al-Khawarizmi dan al-Kindi.2) Ilmu Logik iaitu ilmu yang mengkaji tentang cara , kaedah mendemonstrasi dan mengkaji syarat2 premis, cara menggabungkan premis, syarat mendapatkan takrif yang betul dan cara2 menyusunnya. Kaedah yang digunakan adalah bersifat penaakulan atau penularan melalui premis2 umum yang menghasilkan natijah khusus daripada premis umum tersebut.Contoh: A=B, B=C, A=C iaitu menggunakan kaedah silogisma (al-qiyas al-aqli) yang digunakan dalam ilmu logik bermula drpd premis umum kepada khusus.

3) ALAM SEJAGATAlam juga dikira sebagai sumber ilmu sampingan kepada wahyu dan akal.Plato berpendapat bahawa alam yang nyata yang dapat dirasai oleh pancaindera merupakan subjek utama kepada ilmu kebenaran. Ini kerana hubungan manusia dan alam maya mencetuskan ilmu sains yang wujud hasil daripada pertembungan dan kesusahan yang dialami oleh pengalaman pancaindera biasa.Al-Ghazali telah membahagikan ilmu kepada 4 kategori utama iaitu:-i) ilmu yang diperolehi daripada pancaindera atau kebendaan.ii) ilmu yang diperolehi oleh asas2 logik atau perbandingan.

iii) ilmu yang diperolehi oleh akal iaitu melalui pemahaman tentang perkara yang wajib dan mustahil.iv) Ilmu yang diperolehi melalui wahyu para nabi dan rasul atau dhauq, kasyaf, dan mushahadah oleh para sufi.KEPENTINGAN ILMUDi dalam al-Quran ada lebih 750 ayat yang menggesa umatnya supaya belajar , membuat renungan, dan menggunakan akal dengan sebaik2nya untuk mencari kebenaran. Contoh di dalam al-Quran dalam ayat 118 & 143 surah Ali Imran, surah at-Taubah ayat 122.Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Abdul Barr Rasulullah bersabda bermaksud andaikata engkau berjalan, kemudian engkau belajar satu bab dari ilmu pengetahuan, maka itu adalah lebih baik daripada kamu brsolat seratus rakaatIlmu menyumbang pada kegemilangan tamadun Islam di mana tokoh2 ilmuan dan ulama telah banyak memberikan sumbangan bermakna dalam tamadun umat Islam di dunia. Sebagai contoh:- i) Ibn Sina ii) Ibn Khaldun iii) al-Farabi iv) al-Haitham v) al-Biruni vi) Ibn Rusd vii) al-Khawarizmi dll.

Ilmu yang membezakan di antara manusia dan juga haiwanIlmu adalah asas kebahagiaan dunia dan akhirat.Ilmu membezakan darjat kemuliaan seseorang individu atau masyarakat.Ilmu adalah asas ketakwaan kepada Allah s.w.t.Ilmu akan sentiasa bertambah sekiranya digunakan dan harta akan habis sekiranya digunakan.Ilmu dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama manusia.Ilmu dapat membezakan sesuatu yang halal dan haram.ASPEK ASAS DALAM PENDIDIKAN ISLAMSecara rasionalnya penekanan dan pemusatan utama dalam pendidikan Islam adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud Aku tinggalkan kepada kamu umatku dengan 2 perkara. Kamu tidak akan sesat sekiranya kamu berpegang pada 2 perkara tersebut iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.Ini kerana matlamat asal dasar pendidikan Islam adalah bertujuan untuk mentafsir dan merealisasikan prinsip dan konsep daripada kedua2 sumber tersebut berdasarkan kepada pemerhatian dan pengkajian yang telah dilakukan oleh sarjana dan ahli fikir Islam sejak dari awal perkembangan Islam.Aspek-aspek penting yang menjadi tunggak dalam Falsafah Pendidikan Islam ialah: i) Aspek akidah Islamiyyahii) Aspek Kemanusiaan dan Fitrahiii) Aspek Keilmuaniv) Aspek Tanggungjawab dan Pembalasan. ASPEK AKIDAHAkidah merupakan asas utama dalam pendidikan Islam kerana keimanan kepada Allah merupakan faktor penggalak kepada tingkahlaku manusia ke arah kebaikan sebagaimana ia juga menjadi benteng kepada perbuatan jahat dan keji(rukun iman)Iman adalah pengarah yang mengarah tingkahlaku dan berseiringan dengan perbuatan yang dilakukan oleh manusia. Oleh yang demikian, tarbiyyah Islamiyyah adalah berhubung secara langsung dengan perbuatan manusia dan sesuatu yang lahir daripada perbuatan keimanan.

ASPEK KEMANUSIAAN DAN FITRAH SEMULAJADI MANUSIAPara saintis Barat berselisih pendapat tentang struktur asal kejadian manusia sama ada berasal daripada hasil perkembangan sel, atau terdiri daripada akal dan ruh, atau terdiri daripada ruh dan material seterusnya mereka juga berselisih pendapat tentang nature manusia sama ada nature haiwan atau ruh atau gabungan kedua-duanya.Menurut perspektif Islam di dalam Surah as-Sajdah ayat 7-9 telah menetapkan nature kejadian manusia adalah berasal dari sari pati tanah. Al-Quran menerangkan beberapa peringkat kejadian manusia dari tanah kepada manusia.Surah al-Sajdah ayat 9 menjelaskan bahawa ruh adalah unsur yang memberikan kemuliaan dan keistimewaan kepada ummat manusia. Keseimbangan daripada unsur kejadian manusia iaitu daripada tanah dan ruh turut memberikan penekanan dalam kehidupan sebagai manusia iaitu berkenaan tuntutan dan juga tanggungjawab.Kewujudan ciri-ciri fizikal(material) dan ruhani dalam diri manusia menjadikan diri manusia memiliki sifat yang sempurna di mana gabungan kedua2 ciri tadi menghasilkan kecenderungan/keinginan yang dipanggil sebagai fitrah.Islam mengakui bahawa manusia akan tersasar daripada fitrahnya namun tarbiyyah adalah berperanan dan merupakan cara yang terbaik untuk mengembalikan manusia kepada fitrah asalnya. ASPEK KEILMUANAl-Quran telah menyatakan di dalam surah al-Isra ayat 9-11 bahawa ia merupakan kitab yang membawa hidayah, memberi tunjuk ajar dan mengembirakan orang yang beriman. Tarbiyyah ilmiyyah dalam Al-Quran merujuk pada beberapa aspek:i)Aspek Akidah- menunjukkan kepada akidah yang jelas, mudah dan nyata. Membebaskan ruh daripada kepercayaan karut, tahyul dan menggerakkan potensi manusia ke arah kehidupan yang produktif dan proaktif.ii)Aspek Kemanusiaan- menunjukkan kepada manusia supaya wujudnya kesinambungan antara fizikal, dalaman, tingkah laku dan dorongan.iii)Aspek Ibadat- memberi didikan bahawa diri manusia memerlukan pada keseimbangan antara tuntutan fizikal dan spiritual.iv)Aspek Pentadbiran dan Kenegaraan- peri pentingnya aspek siasah, ekonomi, kemasyarakatan, pemerintahan.ASPEK TANGGUNGJAWAB DAN PEMBALASANMendidik perasaan bertanggungjawab adalah unsur pendidikan yang diberikan penekanan oleh Islam.Aspek ini ditanam di dalam jiwa manusia kerana pihak yang bertanggungjawab akan menanggung hasil daripada perbuatannya di hadapan Allah atau setiap perbuatan akan menerima balasan setimpal baik atau buruknya.Pihak yang bertanggungjawab terdiri daripada pemimpin/ketua, iaitu dalam sesebuah negara, atau keluarga atau diri sendiri kerana setiap daripada kita adalah khalifah Allah di bumi.Pihak yang bertanggungjawab juga bergantung pada syarat2 tertentu dari segi akal, baligh, merdeka, kemampuan, jantina, waras dsb.PENDIDIKAN ISLAM & PERKEMBANGAN MANUSIA1) Peringkat Sebelum Kelahiran Islam menggalakkan perkahwinan untuk mendapatkan zuriat yang sah. Sama ada lelaki dan perempuan hendaklah memilih pasangan yang sesuai dan baik. utamakan yang beragama. Hadith riwayat Abnu Majah & Baihaki di mana Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya kerana kecantikannya itu boleh mencelakakan kamu. Janganlah mengahwini wanita kerana hartanya kerana hartanya boleh buat dia sombong. Kahwini lah mereka kerana agama.Sesungguhnya seorang wanita hamba abdi yg hitam & cuping telinganya besar adalah lebih baik jika dia beragamaMemerlukan baka yang baik untuk lahirkan anak yang baik.Persekitaran yang sihat dan penjagaan dari segi fizikal dan rohani dengan sebaik2nya semasa mengandung.2) Peringkat Awal Kanak-Kanak ketika lahir terus azan atau iqamah di telinga anak-menyeru kepada tauhid.

Bercukur pada hari ke-7 dan bersedekah.Memberikan nama yang baik.Menyusukan anak sehingga umur 2 tahun.Memberikan belaian, kasih sayang dan kemesraan terhadap anak2.Hubungan yang baik dan cara hidup pertama dilihat oleh anak bermula daripada keluarga. Ini memberikan pengaruh yang besar dan penting kepada pembesaran dan pertumbuhan fizikal dan rohani anak.3) Peringkat Kanak-Kanak (7 Tahun 12 Tahun)Peringkat perlunya anak belajar menulis dan membaca.

Mengajar anak supaya solat 5 waktu dan bila umur 10 tahun boleh merotan.Perkenalkan yang mana baik dan buruk dan hal dan haram.Mengenali rakan2 anak dan memastikan rakan2 yang baik.Penekanan diberikan dalam bentuk keimanan kepada Allah, mengetahui tentang dasar2 akidah, apa larangan dan suruhan Allah dan didik anak melalui perbuatan.4) Peringkat Baligh (12 Tahun 21 Tahun)Zaman remaja dan peringkat ini mereka telah dipertanggungjawabkan secara individu atas apa yang dilakukannya.

Pada peringkat inilah anak2 perlu diberikan gambaran yang betul serta persekitaran yang baik untuk mencari pasangan.Biasanya remaja lebih terdorong untuk melakukan sesuatu melalui logik akal.Mereka sedang berusaha mencari identiti diri dan ada sifat malu perlu diberikan kesedaran pemikiran, sebab musabab, peraturan.Mereka inginkan kebebasan dan mula menjauhkan diri dengan keluarga. Perlu diberikan garis panduan berkaitan perhubungan di antara lelaki dan perempuan.5) Peringkat Matang (Rusyd) (Umur 22 40 Tahun)Pada peringkat ini dikategorikan sebagai dewasa dan telah mencapai akhlak dan pemikiran yang sempurna. IJTIHADDefinisi dari segi bahasa:pencurahan segenap kemampuan untuk mendapatkan sesuatu yang bermaksud penggunaan akal sekuat mungkin untuk menemukan sesuatu keputusan hukum tertentu yang tidak ditetapkan secara nyata di dalam al-Quran dan as-Sunnah.Definisi dari segi istilah: ialah suatu proses penyelidikan yang serius yang dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh sarjana Islam (digelar mujtahid) untuk menerbitkan hukum-hukum yang bersifat amali. Proses ijtihad hanya berlaku terhadap hukum-hukum yang tidak jelas yang wujud di dalam al-Quran atau al-Sunnah, sama ada ketidakjelasan itu berpunca daripada lafaz yang terlalu umum, ataupun berpunca daripada kredibiliti dalil yang digunakan itu sendiri.Sekiranya sesuatu dalil teks telah jelas dan putus, jelas maknanya tanpa boleh ditakwilkan lagi, dan dalil itu pula disahkan berautoriti, maka ijtihad tidak lagi perlu. Ijtihad biasanya berlaku dengan mengambil pengajaran-pengajaran di dalam sumber hukum seperti quran dan sunnah untuk direalisasikan dalam realiti semasa yang memerlukan hukum untuk diamalkan

Daripada definisi tadi dapat dibuat kesimpulan bahawa:-1) pelaku ijtihad adalah seorang ahli fiqih/yang arif tentang hukum Islam.2) Apa yang ingin dicapai oleh ijtihad ialah hukum syarie iaitu yang berhubungan dengan tingkahlaku dan perbuatan orang2 dewasa bukannya hukum Itiqadi atau hukum khuluqi.3) Status hukum syarie yang dihasilkan oleh ijtihad adalah dhanni dan bukannya absolute.4) Ijtihad hanya digunakan untuk menentukan sesuatu hukum yang tidak ditentukan secara nyata di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

DALIL KEHARUSAN IJTIHAD1) Surah an-Nisaa ayat 59 Wahai orang2 yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan Ulil Amr(orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Dan apabila kamu berbantah2 (berselisih pendapat) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jika kamu benar2 beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian, adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya.2) Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Abdullah Ibn Masud sebagai berikut berhukumlah engkau dengan al-Quran dan as-Sunnah apabila sesuatu persoalan itu engkau temukan pada dua sumber tersebut. Tetapi sekiranya engkau tidak menemukannya pada dua sumber itu maka berijtihadlah.3) Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Ali bin Abi Talib apabila engkau berijtihad dan ijtihadmu itu betul maka engkau mendapat 2 pahala tetapi apabila ijtihadmu itu salah maka engkau mendapat satu pahala.JENIS-JENIS IJTIHAD1) IJMA dari segi bahasa adalah azam atau tekad.Manakala dari segi istilah syara pula, Ijmak adalah kesepakatan yakni kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu hukum dalam agama Islam berasaskan Al-Quran dan Hadis tentang suatu perkara yang terjadi pada suatu masa setelah zaman Rasululullah S.A.W.ialah ijma para ulama mujtahidin muslimin dan bersemuafakat mereka tanpa berkecuali oleh mana-mana seorang pun daripada mereka terhadap sesuatu hukum syara. Ijmak Sahabat tentang pemerintahan. Wajib hukumnya mengangkat seorang imam atau khalifah untuk menggantikan Rasulullah dalam mengurusi urusan Daulah Islamiyah yang menyangkut urusan agama dan dunia yang disepakati oleh para Sahabat di Saqifah Bani Saidah.2) QIYAS atau reasoning by analogy iaitu menetapkan sesuatu hukum terhadap sesuatu hal yang belum diterangkan oleh al-Quran dan As-Sunnah dengan dianalogikan kepada hukum sesuatu yang sudah diterangkan hukumnya oleh al-Quran dan As-Sunnah kerana adanya sebab yang sama. Contohnya pengharaman dadah diqiyaskan dengan hukum pengharaman arak kerana memabukkan dan menghilangkan kewarasan.

3) MASHALIH AL-MURSALAH atau utility iaitu menetapkan hukum terhadap sesuatu persoalan ijtihadiyah atas pertimbangan kegunaan dan kemanfaatan yang sesuai dengan tujuan syariat. Kaedah ini mempertimbangkan dasar kepentingan dan kegunaan dengan tanpa adanya dalil yang secara bertulis dan nyata dalam al-Quran dan As-Sunnah.Contohnya mewujudkan matawang, menyediakan penjara adalah atas dasar kegunaan dan kemanfaatan yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.4) ISTIHSAN - atau juristic preference iaitu menetapkan sesuatu hukum terhadap sesuatu persoalan ijtihadiyah atas dasar prinsip2 umum ajaran Islam seperti keadilah, kasih sayang dll. Kaedah ini sedikit berbeza daripada mashalih al-mursalah kerana ia mempertimbangkan dasar kemaslahatan itu dengan disertai dalil al-Quran dan As-Sunnah yang umum. Contohnya Saidina Umar r.a.tidak menghukum pencuri kerana kebuluran semasa kemarau panjang dengan hukuman hadd kerana atas dasar keadilan dan kasih sayang dan dalil daripada al-Hadith bahawa Islam tidak menyusahkan umatnya.JIHADDefinisi dari segi bahasa perkataan jihad berasal daripada kalimah arab jahada yang bermaksud keberatan dan kesusahanDari segi istilah jihad bermaksud mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha mencapai sesuatu matlamat atau cita2 mulia dalam bentuk kata2 atau perbuatan. Ia mencakupi usaha bersungguh2 untuk mencapai satu2 tujuan yang diingini atau mempertahankan sesuatu yang tidak diingini dengan berbagai cara.Kesimpulannya jihad meliputi pelbagai aspek iaitu melibatkan perlawanan dan peperangan secara fizikal dan juga perlawanan secara mental dan spiritual.JIHAD MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH1) Surah an-Nisaa ayat 95 bermaksud tidaklah sama keadaan orang2 yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang2 yang beriman selain daripada orang2 yang ada keuzuran dengan orang2 yang berjihad di jalan Allah(untuk membela Islam) dengan harta dan nyawanya. Allah melebihkan orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang2 yang duduk (tidak berperang disebabkan uzur) dengan kelebihan satu darjat maksudnya di dalam ayat ini mengerahkan tenaga dan usaha untuk berperang pada jalan Allah sama ada secara langsung (bertempur di medan perang) ataupun dengan harta, akal fikiran, membekalkan tentera tambahan, logistik, bantuan perubatan bagi tentera dsbg. 2) Surah At-Taubah ayat 41 bermaksud Pergilah kamu beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah(untuk membela Islam). Yang demikian itu amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. ini menjelaskan bahawa berjihad pada jalan Allah pada kebiasaannya ialah dengan harta dan nyawa.Kenapa Allah sentiasa mendahulukan frasa jihad dengan harta bertujuan memberi semangat dan mendorong mereka berjihad kerana jihad dengan harta adalah lebih mudah dilakukan berbanding jihad dengan nyawa.Surah Al-Baqarah ayat 190 yang bermaksud Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang yang memerangi kamu, dan jangan kamu menceroboh(dengan memulakan peperangan) kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang2 yang mmenceroboh. ayat ini menjelaskan bahawa agama Islam menganjurkan jihad untuk mempertahankan agama sekiranya kedudukan Islam terancam walau bagaimanapun Islam juga melarang umatnya daripada memulakan pencerobohan dan menitikberatkan keamanan.3) Hadith diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w. Wahai Rasulullah! Beritahulah aku amalan apakah yang setanding dengan jihad? Rasulullah menjawab: Aku tidak memperolehnya. Lelaki tersebut berkata: Beritahu dan terangkanlah kepadaku.Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:Apabila mujahid berangkat untuk berjihad, sanggupkah kamu masuk ke masjid, lalu berdiri sembanhyang dan tidak berhenti, adakah kamu terdaya untuk berpuasa terus menerus tanpa berbuka walau sehari?Baginda bersabda lagi: Siapakah yang sanggup melakukan sedemikian? 4)Hadith sahih di mana Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: Wahai Rasulullah!ada orang berperang dengan gagah berani, ada yang berperang dengan penuh semangat, dan ada pula yang berperang agar dikenal kedudukannya maka siapakah yang disebut berperang di jalan Allah? Rasulullah s.a.w. menjawab sesiapa yang berperang untuk menegakkan Kalimatullah, maka dialah yang berperang di jalan AllahPendapat daripada ulama figh kontemporari, Wahbah al-Zuhaili terdapat beberapa cara manifestasi jihad yang boleh dilakukan iaitu jihad dengan jiwa dan raga, harta dan juga kata2 bagi tujuan mempertahankan diri daripada musuh.Jihad boleh diertikan dengan jihad menentang hawa nafsu dan syaitan, jihad dalam menuntut ilmu dan memerangi kejahilan, jihad membanteras kemiskinan, gejala sosial dan sebagainya.Waktu yang aman dan sejahtera di negara kita sekarang memerlukan kita berjihad bagi membangunkan ummah, memerangi kejahilan, penyakit serta masalah sosial.

PENSYARIATAN JIHAD UNTUK BERPERANG DALAM ISLAM1)Pada peringkat awal dakwah Rasulullah di era Makkah, jihad memerangi musuh belum disyariatkan oleh Islam. Walaupun turun beberapa ayat di era tersebut tentang jihad seperti di dalam surah al-Ankabut ayat 6,8 & 69 serta surah Luqman ayat 15, namun jihad dalam konteks tersebut lebih kepada makna jihad manawi bukannya jihad melibatkan pertempuran dan peperangan.2)Manakala semasa proses hijrah ke Madinah, kaum muslimin mendapat keizinan untuk berjihad dan berperang daripada Allah Taala. Namun pada tahap ini, Allah Taala membenarkan orang2 Islam berperang tetapi bukan mewajibkannya.3)Selepas hijrah ke Madinah, kaum muslimin diwajibkan berjihad memerangi mereka yang memusuhi dan memerangi Islam dan kaum muslimin. Terdapat hampir 26 istilah jihad yang disebut dalam surah2 madaniyyah. Kebanyakannya dengan jelas membawa maksud berperang pada jalan Allah atau kerana Allah.Kajian tentang kronogi pensyariatan jihad mendapati bahawa tuntutan dan hukum jihad diturunkan secara beransur2, berperingkat dan mengikut kesesuaian masa, kepelbagaian dan keperluan situasi serta persediaan mental dan fizikal kaum muslimin. Ini membuktikan keistimewaan Islam sebagai agama fitrah manusia yang tidak membebankan serta relevan dengan keadaan semasa.Secara perbandingan, keadaan kaum muslimin di Makkah sebelum hijrah agak lemah, memandangkan pengikut nabi Muhammad s.a.w. masih sedikit dan mereka merupakan golongan minoriti yang sering ditindas. Oleh itu, Allah Taala Yang Maha Mengetahui ketidakupayaan mereka untuk bertempur tidak mensyariatkan kaum muslimin di Makkah utk berjihad. Sebaliknya setelah wujud kerajaan dan semasa pemerintahan Islam kukuh di bawah pimpinan Rasulullah di Madinah, jihad telah disyariatkan. Pada masa itu, Rasulullah telah mempersiapkan barisan pejuang Islam yang beriman & sanggup berkorban segala2nya demi Islam. TUJUAN & KEPENTINGAN JIHAD1) Mempertahankan Islam dan ajarannya iaitu membanteras sebarang pergerakan, usaha dan rancangan untuk memutarbelitkan ajaran Islam atau menghancurkan akidah muslimin.2) Membela diri dan nasib kaum muslimin daripada kezaliman dan penganiayaan pihak musuh termasuklah jihad untuk mengusir para penceroboh & penjajah yang merampas negara atau kawasan kaum muslimin. Penindasan juga termasuk pencabulan hak2 asasi manusia yang beragama Islam.3) Meluaskan syiar Islam sekiranya dakwah secara aman tidak dapat dijalankan maka caranya ialah dengan berjihad/berperang. Namun dalam Islam tidak dibenarkan menggunakan kekerasan dan paksaan dalam berdakwah. 4) Membangunkan ummah dan menjadi yang terbaik dalam segala aspek iaitu akhlak, ekonomi, sosial, politik dan pendidikan.Kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa terdapat 4 jenis keadaan jihad sepertimana dibuat oleh para ulama:-1) Jihad maknawi - jihad melalui tutur kata dan perbuatan, jihad melawan hawa nafsu dan godaan syaitan, jihad menuntut ilmu, membanteras kemiskinan dan gejala sosial dan sebagainya.2) Ketika bertemu dan bertembung dengan tentera musuh di medan perang pejuang dalam keadaan ini mestilah bertahan dan diharamkan daripada lari dari medan perang.3) Apabila orang2 kafir menyerang sesebuah negara Islam dalam keadaan ini penduduk2 negeri tersebut mestilah bertahan untuk memerangi musuh dan menghalau mereka.4) Apabila ketua negara mengisytiharkan kerahan tenaga bagi memerangi sesuatu kaum, mereka hendaklah turun ke medan perang bersama2 mereka.