1. ilmu, ijtihad & jihad 2

108
KONSEP ILMU, IJTIHAD & JIHAD DALAM ISLAM

Upload: abdul-aziz

Post on 17-Jul-2015

111 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

KONSEP ILMU, IJTIHAD & JIHAD DALAM ISLAM

Page 2: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

APA ITU EPISTEMOLOGI ISLAM?Definisi bahasa :Epistemologi berasal daripada bahasa Yunani ‘episteme’ yang bermaksud pengetahuan dan ‘logos’ bermaksud kata/pembicaraan. - Definisi Istilah: Teori pengetahuan berhubungan dengan hakikat dari ilmu pengetahuan, andaian2, dasar2nya serta pertanggungjawaban atas pernyataan mengenai pengetahuan yang dimiliki oleh setiap manusia. Ia merupakan cabang falsafah yang berkaitan dengan asal, sifat dan jenis pengetahuan. - Epistemologi Islam ialah teori/falsafah ilmu berdasarkan ajaran Islam. Ia bukanlah semata-mata persoalan bersifat falsafah malah merupakan tindakbalas terhadap persoalan2 bersifat kehidupan, masyarakat dan kenegaraan yang merangkumi keseluruhan kehidupan dunia dan akhirat.

Page 3: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

KONSEP ILMUDefinisi dari segi bahasa: ilmu berasal daripada

perkataan arab ‘علم‘ – yang bermaksud mengetahui tentang sesuatu dengan sebenar-benarnya.

Definisi dari segi istilah:

1) Al-Ghazali – “suatu kepastian secara demonstratif (menyeluruh) di mana untuk sampai kepada ilmu yang pasti mestilah melalui pengalaman secara langsung”.

2)Confucius – “apabila kamu mengetahui sesuatu, meyakinkan yang kamu sudah tahu dan apabila kamu tidak tahu sesuatu menunjukkan bahawa kamu tidak mengetahui sesuatu”. Menunjukkan bahawa ilmu adalah keyakinan dan kebenaran.

Page 4: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

4) Syed Naquib al-Attas – “ suatu kebenaran yang sampai ke dalam roh atau menerusi roh atau jiwa manusia”

5) Kamus Mu’jam al-Wasit – “ilmu merupakan penghasilan yang menyeluruh secara tersusun atau himpunan segala masalah dan prinsip dalam satu kesatuan disiplin ilmu seperti ilmu kalam (theology), ilmu tatabahasa, geologi, astronomi dan arkeologi” dan juga “ pencapaian sesuatu hakikat atau disebut sebagai ilmu yaqin”

3) Plato – “suatu pemindahan roh atau jiwa dari kegelapan kepada cahaya”

Page 5: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

MARTABAT ILMU DALAM ISLAM

Surah al-Mujadalah ayat 11 Allah berfirman; يرفع اهلل الذين أمنوامنكم والذين أوتوا العلم درجت bermaksud “Allah meninggikan beberapa darjat (tingkatan) orang2

yang beriman di antara kamu dan orang2 yang berilmu (diberi ilmu pengetahuan) dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”

– Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang beriman dan berilmu akan

mendapat tempat/darjat yang tinggi di sisi Allah. Keimanan yang dimiliki merupakan pendorong utk menuntut ilmu & ilmu yang bermanfaat akan menyedarkan dirinya tentang hakikat kerdilnya manusia di sisi Allah kerana ilmu Allah yang maha luas.

Page 6: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Surah Fatir 35:28, Allah berfirman; إنما يخشى اهلل من عباده العلموءا Maksudnya; Sesungguhnya yang takut (melanggar perintah) Allah di antara para hamba-

Nya hanyalah orang yang berilmu. Surah Ali Imran ayat 18 Allah berfirman شهد اهلل انه الاله اال هو ال وامللئكة واولوالعلم قائما بالقسط الاله اال هوالعزيز

۞الحكيم bermaksud “Allah menerangkan (kepada sekalian makhluknya dengan dalil2 dan bukti),

bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan seluruh alam dengan keadilan dan malaikat2 serta orang2 yang berilmu(mengakui dan menegaskan juga yang demikian), (maka tiada yang berhak disembah ) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”

Ayat ini membuktikan kemuliaan dan keutamaan orang yg berilmu bahkan dalam hal

kesaksian yang dimulai dgn Allah, malaikat dan orang2 yang berilmu.

Page 7: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

3) Surah Thaha ayat 114 Allah berfirman

ا... ۞وقل رب زدنى علم

bermaksud “ dan berkatalah, Wahai Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan”

Ayat ini menjelaskan bahawa bagaimana Islam meninggikan kedudukan ilmu dengan mendorong umat Islam supaya sentiasa berdoa agar ditambahi ilmu pengetahuan.

4) Surah Al-’Alaq ayat 1-5 Allah berfirman

bermaksud “ Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan kamu dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu yang paling pemurah. Yang mengajar manusia dengan pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya” –

Ini wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah

adalah berkaitan ilmu iaitu suruhan ‘membaca’.

Page 8: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

5) Surah Az-Zumar ayat 9 Allah berfirman

قل هل يستوى الذين يعلمون والذين اليعلمونbermaksud“Katakanlah lagi (kepadanya); Adakah sama orang2 yang

mengetahui dengan orang2 yang tidak mengetahui

Page 9: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

HADITHيرا يفقهه في الدين (1 من يرد اهلل به خ

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud “Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan, maka dia dipintarkan dalam agama dan diilhami olehNya kepandaian dalam perkara itu” (Riwayat al-Bukhari no 71 & Muslim no.1037)

Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban bermaksud “para alim ulama’ adalah pewaris para nabi”

ومن يلتمس فيه علما سهل اهلل له به طريقا إلى الجنة

Maksudnya: Sesiapa yang menempuh perjalanan dengan tujuan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya Jalan ke syurga. ( Riwayat Muslim no.2699)

Page 10: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Hadis riwayat al-Bazzari;

عن أبى بكرة رضى اهلل عنه، عن النبى صلى اهلل عليه وسلم، قال:)اغد عاملا أو متعلما أومحبا والتكن الخامسة فتهلك

Maksudnya; Daripada Abu Bakar r.a., daripada nabi s.a.w. Sabdanya “Jadikanlah dirimu orang alim, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi (daripada) golongan yang kelima yang dengan sebabnya engkau akan binasa”.

Hadith riwayat Baihaki yang bermaksud “carilah ilmu walau ke negeri China kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim”

Hadis riwayat Ibn Majah & lain-lainnya yang bermaksud “daripada anas bin malik r.a., katanya; rasulullah s.a.w. Bersabda: “ menuntut ilmu adalah satu fardhu yang wajib atas tiap-tiap seorang muslim”.

Page 11: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Al-Bukhari & Muslim meriwayatkan daripada Abu Musa r.a., ia berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Perumpamaan petunjuk dan ilmu yang Allah utuskan kepadaku untuk mengembangkannya adalah bagaikan hujan yang jatuh ke tanah. Di antara TANAH tersebut terdapat bahagian yang subur, yang mampu menyerap air dengan baik, lalu menumbuhkan pepohonan dan rerumputan yang banyak. Di antaranya ada yang keras, mampu menampung air sehingga manusia boleh mengambil air daripadanya untuk keperluan minuman, menyirami tanaman dan untuk menyalurkan air. Dan di antaranya pula ada yang tidal mampu menampung air dan tidak mampu menumbuhkan pepohonan dan rerumputan. Demikian jugalah perumpamaan orang yang diberi pemahaman agama yang diutuskan kepadaku untuk mengembangkannya: Di antara mereka ada yang mendalaminya, lalu mengajarkannya kepada orang lain, dan ada juga di antaranya yang sama sekali tidak mahu menerima petunjuk." (Riwayat al-Bukhari no 79 dan Muslim no 2282)

Page 12: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ااذا مات ابن آدم انقطع عمله اال من ثالث صدقة جارية او علم ينتفع به وولد صالح يدعوله

Maksudnya: Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka semua (pahala) amalnya terputus, kecuali (pahala) sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang selalu memanjatkan doa untuknya. (Riwayat Muslim no 949)

Page 13: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

1. Surah Al-A’raf 7:119, Allah berfirman: خذالعفو وأمر بالعرف واعرض عن الجاهلني

Bermaksud; Jadilah pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan makruf serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.

Celaan terhadap kebodohan & Orang-orang yang bodoh

2. Surah Hud 11:46, Allah berfirman: قال ينوح انه ليس من اهلك انه عمل غير صالح فال تسئلن ماليس لك به علم انى اعظك ان تكون من الجهلني

Maksudnya؛ Dia (Allah) berfirman, Wahai Nuh ! Sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu, karena perbuatannya sungguh tidak baik, sebab itu jangan engkau memohon kepada-Ku sesuatu yang tidak engkau ketahui (hakikatnya). Aku menasihatimu agar (engkau) tidak termasuk orang yang bodoh. Ayat ini Allah jawab permohonan nabi Nuh berkaitan anaknya yang kafir...

Page 14: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

TUJUAN MENUNTUT

ILMU

Page 15: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Memperbaiki Diri• Maksud memperbaiki diri - bersungguh-sungguh untuk

menambah ilmu pengetahuan serta membawa ibadah & taraf kehidupan lebih tinggi dari sebelumnya.

• Contohnya;

• Mendapat keyakinan yang lebih dalam ibadah

• Solat lebih khusyuk dari sebelumnya

• Peningkatan kerja

Firman Allah; " Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keresahan); dan sesungguhnya ( pertolongan dan bantuan Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." ( Surah Al-'Ankabuut 29:69)

Page 16: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

MENSYUKURI NIKMAT ALLAH YANG MAHA AGUNG

Firman Allah; "Dan sesungguhnya Kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud & Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: " Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah dengan kurnia-Nya memberi kami kelebihan kebanyakan hamba-hamba Nya yang beriman." ( Surah Al-Naml 27:15)

• Walaupun ayat ini ditujukan kepada Nabi Daud & Nabi Sulaiman tetapi lafaznya adalah umum.

• Antara nikmat terbesar yang dikurniakan kepada manusia adalah nikmat akal untuk belajar & memahami ilmu dalam menjalani kehidupan di dunia & persediaan untuk akhirat

• Dengan ilmulah kita mengenal cara melaksanakan ibadah & jenis-jenisnya

• Dengan ilmu juga kita mengenal kebaikan dan kejahatan

• Dengan ilmu juga kita mengetahui tentang dunia dan akhirat

• Maka wajiblah kita bersyukur atas nikmat yang tidak terhingga ini- nikmat akal & ilmu pengetahuan

• Jadi antara tujuan kita dalam usaha menuntut ilmu adalah sebagai tanda syukur atas segala macam nikmat-Nya

Page 17: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

• Khalifah Umar bin Abdul Aziz: "barangsiapa beramal tanpa ilmu, maka yang rosak lebih banyak daripada yang benar."

Firman Allah; "Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya ( menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya." ( Surah Al-Baqarah 2:269)

Page 18: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Menegakkan Agama Islam• "Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi

berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)." - Surah At-Taubah [9] : 122

• Menegakkan agama Islam bermaksud memuliakan, mengamalkan perintah dan larangannya, melaksanakan hukum-hukumnya, dan menyebarkannya dengan cara; melalui umat Islam yang beriman, beramal soleh dan bertamadun; iaitu berpendidikan, mampu memerintah, adil dan mampu memikul tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah yang Maha Tinggi di muka bumi.

• Ia merangkumi pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara serta meliputi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

• Di dalam tafsir Ibn Katsir, antaranya diterangkan mengenai ayat di atas (Surah At-Taubah [9] : 122) sebagai dua tugas yang terpadu.

• Sebahagian pergi berperang, sebahagian lagi menuntut ilmu. Ini menunjukkan tingginya darjat orang yang menuntut ilmu hingga disamakan dengan orang yang pergi berjihad. Walau bagaimanapun, tidaklah bermaksud hendak meremehkan jihad menentang orang-orang yang memerangi Islam.

• Persoalannya, bagaimana ilmu itu boleh menegakkan Agama Islam? Di sini, kita melihat dari segi faktor semasa sahaja.

Page 19: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

• Antaranya, kita perlu ubah persepsi kita mengenai contoh fardhu kifayah.

• Rasanya sejak dari kanak-kanak, kemudian dewasa hingga tua kita dihadapkan dengan contoh ini; iaitu mengaitkan contoh fardhu kifayah hanyalah - pengurus jenazah atau orang memandikan, mengafankan dan segala perihal tentang jenazah.

• Sebenarnya yang termasuk dalam fardhu kifayah itu antaranya adalah; ahli tafsir, usahawan, saintis, ahli fizik, pakar kimia, doktor, pakar komputer, pakar enjin, arkitek dan lain-lain. Mungkin kita melihat seperti remeh, tetapi inilah yang secara tidak sengaja telah tertanam dalam akal fikiran kira sebelum ini.

• Akhirnya kita menganggap fardhu kifayah adalah perkara yang mudah dan memandang ringan padanya, akibatnya umat Islam (Malaysia khususnya) kekurangan tenaga pakar dan mahir dalam pelbagai bidang.

Page 20: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Sekiranya umat Islam ketandusan para ilmuwan ini, maka siapakah yang ingin menghormati orang Islam?

Apalagi Agama Islam. Bukankah Allah yang Maha Agung telah berfirman;

"...nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..." - Surah Al-Mujaadalah 58 : 11

Dr. Wahbah al-Zuhaily dalam tafsirnya mengenai ayat ini berkata, 'Darjat orang mukmin melebihi darjat orang bukan mukmin. Darjat orang berilmu melebihi darjat orang yang tidak berilmu.'

Di dalam ayat yang lain Allah yang Maha Tinggi berfirman;

"...Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran." - Surah Az- Zumar [39] : 9

Contohnya dalam pembinaan sebuah bangunan, kita mahu mempercayai cakap arkitek atau buruh binaan?

Begitu juga dalam menegakkan agama Islam, tentulah orang yang berilmu lebih didengari percakapannya berbanding dengan orang yang kurang ilmunya.

Maksudnya orang Islam yang mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi, secara automatik memberi impak kehormatan kepada Islam itu sendiri; iaitu agama Islam dan penganutnya akan dihormati dan dipandang tinggi oleh orang bukan Islam, secara tidak langsung Islam dapat ditegakkan.

Page 21: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

"Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang." - Surah As-Saff [61] :14

Page 22: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Berfikir Dengan AdilBerfikir bermaksud menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu, manakala adil pula bermaksud meletakkan sesuatu perkara sesuai pada tempatnya.

Ramai yang berpendapat adil bermaksud sama rata, ini adalah pemahaman yang salah. Jadi, berfikir dengan adil bermaksud menggunakan akal dalam mempertimbangkan sesuatu perkara agar bertepatan dan bersesuaian pada tempatnya.

"Maka apakah orang-orang yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk? Mengapa kamu (berbuat demikian)? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan?" - Surah Yunus [10] : 35-36

Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.

Dengan adanya ilmu, kita dapat membuat dan melaksanakan keputusan, ibadah, pekerjaan dan lain-lain hal berkaitan kehidupan dengan lebih bijak, tepat dan teratur; iaitu mengutamakan yang lebih penting dari yang penting. Antara beberapa contoh;

• Mengutamakan mempelajari fardhu ain dari fardhu kifayah.

• Mengutamakan amal yang bermanfaat dari yang kurang bermanfaat seperti, memilih beramal dengan sedikit tetapi berterusan daripada beramal dengan banyak tetapi setahun sekali.

• Mengutamakan mengajar atau menyuruh anak-anak kecil bersolat dari berpuasa kerana biasanya orang yang tidak meninggalkan solat pasti berpuasa (yang berkemampuan) dan orang yang berpuasa belum tentu penuh solatnya. Sesuai dengan firman Allah yang Maha Tinggi dalam,

Page 23: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

".....Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar...." - Surah Al 'Ankabuut [29] : 45.

• Mengutamakan ibadah fardhu dari ibadah sunat dan mengutamakan sunat yang mu'akkad; iaitu sunat yang dituntut seperti mengutamakan solat rawatib mu'akkad, solat tahajjud daripada solat terawih, solat sunat musafir dan lain-lain.

• Mengutamakan mencintai Rasulullah saw daripada orang lain.

"Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, "Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku melebihi daripada cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya". - Sahih Muslim [0035]

Firman Allah yang bermaksud "Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya..." - Surah Al-Baqarah [2] : 219

• Ayat di atas sebagai contoh mengapa kita perlu berfikir dengan adil, ini adalah perkara yang sangat-sangat penting

Page 24: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2
Page 25: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Akibat Jahil

Page 26: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Mengikut hawa nafsu"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu

syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa

nafsu orang-orang yang tidak mengetahui." - Surah Al-Jaatsiyah [45] : 18

• Orang yang jahil hanya mengikut hawa nafsu sahaja dalam berfikir dan menganggap akal dan ilmu pengetahuannya lebih hebat dari syariat, lalu melanggar segala macam hukum dari al-Quran dan al-hadis.

Page 27: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2
Page 28: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2
Page 29: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2
Page 30: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2
Page 31: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2
Page 32: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Menjadi zalim dan tersesat"Tetapi orang-orang yang zalim, mengikuti hawa

nafsunya tanpa ilmu pengetahuan; maka siapakah yang akan menunjuki orang yang telah disesatkan Allah? Dan

tiadalah bagi mereka seorang penolongpun." - Surah Ar-Ruum [30] : 29

Setelah mereka (orang-orang yang jahil) ini melanggar segala macam syariat, maka mereka terdedah kepada kesesatan dan seterusnya berbuat kezaliman; iaitu menyesatkan orang lain dan meruntuhkan akhlak masyarakat yang terikut-ikut dengan mereka, akibatnya berlaku ketidakharmonian dalam masyarakat.

Page 33: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2
Page 34: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2
Page 35: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2
Page 36: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

"Di antara manusia ada orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan dan mengikuti setiap syaitan yang jahat,..." - Surah Al-Hajj [22] : 3

"....maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui." - Al Anbiyaa' [21] : 7

Mereka yang tidak berilmu seringkali bercakap perkara yang mereka agak-agak sahaja terutamanya dalam hal agama yang boleh membawa kepada kekufuran tanpa mereka sedari. Perkataan yang mereka keluarkan tidak lain, kecuali mengikuti hawa nafsu yang dibisikkan oleh syaitan sahaja.

Sekiranya kita ragu-ragu tentang sesuatu perkara atau ingat-ingat lupa, janganlah berkata-kata untuk berbangga diri atau berasa malu cakap tidak tahu, tanyalah kepada orang yang berilmu.

Cenderung menjadi pengikut syaitan

Page 37: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2
Page 38: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2
Page 39: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2
Page 40: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Ada pelbagai jalan untuk ke Akhirat

Page 41: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2
Page 42: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

KesimpulanIslam didasari dengan ilmu. Tidak ada satu pun permasalahan kecuali diajar dalam Agama Islam bagi mereka yang mahu menggunakan akal dan menuntut ilmu. Antara dalil-dalilnya:

"Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." - Ali 'Imran [3] : 18

"Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).." - Surah Al-Kahfi [18] : 109

"Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." - Surah Luqman [31] : 27

Page 43: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Rujukan Tujuan Menuntut Ilmu

• Al-Quran terjemahan

• Tafsir Ibn Katsir dan Tafsir Al-Munir

• Kitab-kitab hadis sahih

• Krisis Dalam Pendidikan Islam [Dr. S.S Husain dan Dr. S.A Ashraf ]

• Ihya' Ulumuddin [Imam Al-Ghazali]

• Ilmu Mantik [Ustaz Ab. Latif Muda dan Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin]

• Berfikir [Harun Yahya]

• Fiqh Keutamaan [Dr. Yusuf Al-Qardhawi]

• Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri [Za'ba]

Page 44: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

KLASIFIKASI ILMU MENURUT ISLAM

Pendapat Syech Zarnuji - “ sesungguhnya tidak wajib bagi setiap muslim dan muslimah menuntut segala jenis ilmu tetapi yang diwajibkan adalah menuntut ilmu perbuatan (ilmu al-hal) sebagaimana diungkapkan bahawa sebaik2 ilmu adalah ilmu perbuatan dan sebagus-bagus amal adalah menjaga perbuatan” – meliputi ibadah kepada Allah seperti kewajipan solat, puasa, zakat & haji.

Persoalan: Adakah segala jenis ilmu WAJIB dituntut oleh setiap muslim?

Page 45: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Pendapat Al-Ghazali – “ilmu boleh diklasifikasikan kepada;

1)Ilmu fardhu ‘ain ialah ilmu tentang

cara amal perbuatan yang wajib seperti ilmu agama dan segala cabangnya sebagai contoh rukun Islam.

2) Ilmu fardhu kifayah ialah tiap2 ilmu

yang tidak dapat dihindarkan dalam menegakkan urusan duniawi. Sebagai contoh ilmu jual beli, kedoktoran, politik, pertanian dan ilmu bagi urusan yang perlu dan penting untuk pembangunan negara dan masyarakat

Page 46: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Pendapat Ibnu Khaldun; 1) Ilmu ‘aqliyyah ialah ilmu yang

merupakan sesuatu yang dialami pada manusia yang boleh dihasilkan melalui berfikir. Ia termasuk ilmu hikmah, falsafah yang terhasil daripada penelitian dan penyelidikan.

2) Ilmu naqliyyah ialah ilmu yang

bersifat tradisional iaitu yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah

Page 47: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

SUMBER-SUMBER ILMU1. WAHYU

Ia terdiri daripada al-Quran dan as-Sunnah di mana keduanya adalah sumber rujukan ilmu dan perundangan yang utama dan paling penting kepada kehidupan manusia.

Al-Quran dan As-Sunnah merupakan wahyu daripada

Allah yang disampaikan melalui rasulnya kepada umat manusia sebagai garis panduan untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Al-Quran dan as-Sunnah adalah sumber2 yang

membekalkan asas2 ilmu pengetahuan supaya manusia tidak terjerumus dalam logik akal dan nafsu semata-mata kerana kedua2nya hanya dapat menjangkau perkara yang melibatkan material dan logik semata-mata dan tidak perkara yang disebaliknya (perkara ghaib).

Page 48: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

2) AKAL & PANCAINDERA Akal merupakan elemen utama

yang dapat memandu manusia kepada kebenaran.

Akal adalah neraca pada kebenaran

yang bertunjangkan wahyu kerana melalui akal manusia mampu mencapai kebenaran dan mengelakkan daripada keraguan.

Pancaindera pula merupakan alat

yang digunakan akal untuk mendapatkan ilmu kepada sesuatu fakta menerusi fungsi2 akal.

Page 49: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Menurut Imam al-Ghazali – semua ilmu bersifat hakiki dan bukannya buatan manusia. Manusia hanya melakukan penemuan yang sememangnya telah wujud dan melalui akal inilah manusia mampu membezakan sesuatu yang benar dan palsu.

Ilmu yang menggunakan akal menurut al-Ghazali dikategorikan sebagai ilmu matematik, logik, metafizik, politik dan etik.

Status ilmu ini adalah sebagaimana berikut:

1) Ilmu matematik – (aritmetik, geometri, dan al-Jabar) disifatkan ilmu yang bersifat neutral – tujuan dicipta ilmu ini bukan untuk mengingkari atau mengakui kewujudan Allah s.w.t. Ilmu ini digunakan untuk kegunaan dan kebaikan manusia dan sekiranya disalahgunakan maka sudah tentu hasilnya turut salah dan sekiranya digunakan dengan betul maka akan mendatangkan hasil yang berguna kepada manusia.

Aritmetik adalah salah satu cabang utama ilmu matematik yang berkembang dan hidup sebagai konsep2 nombor yang menjadi kegunaan umum – dikenali sebagai Teori Nombor.

Page 50: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Penggunaan dan manipulasi simbol bagi menggantikan sesuatu yang fizikal yang digambarkan oleh mental membawa kepada idea awal penggunaan operasi matematik bercorak kiraan campur dan tolak tanpa memerlukan pada pengiraan objek tertentu.

Ahli matematik Islam yang banyak memberi sumbangan dalam bidang ini ialah Abu Yusof Yaakub ibn Ishaq al-kindi karyanya bertajuk al-Karki dan al-Fakhri.

Terjemahan teks pertama ilmu aritmetik ini ditemui di Univ.Cambridge(1857) “ Algoritmi de Numero Indorum” dari salinan teks al-Khawarizmi dalam abad ke-12 menjadi alchawarizmi, al-karizmi, al-Goritmi dan al-Gorismi.

Algebra - juga salah satu daripada ilmu matematik berbentuk analisis berdasarkan kuantiti dengan menggunakan huruf sebagai simbolnya. Ia adalah kebijaksanaan mendapatkan tak ketahuan dari data-data yang diberi jika terdapat perhubungan daripada data-data.

Contohnya:

Aritmetik (2+2+2 =3x2) merupakan kes khusus kenyataan algebra (umum) bagi (x+x+x =3x) dan x ialah sebarang nombor.

Al-Jabr bermaksud memperbaiki keseimbangan suatu persamaan dengan menukar tempat sebutan-sebutannya.

Page 51: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Geometri – ialah cabang ilmu matematik yang mengkaji sifat2 ruang dan pengukuran magnitud. Berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘geo’ bermaksud tanah dan ‘metre’ iaitu pengukuran.

Tokoh2 Islam yang terkemuka dalam bidang ini ialah Ibnu Haitham dalam bukunya Teori Optik, Thabit Ibn Qurra serta al-Khawarizmi dan al-Kindi.

2) Ilmu Logik – iaitu ilmu yang mengkaji tentang cara , kaedah mendemonstrasi dan mengkaji syarat2 premis, cara menggabungkan premis, syarat mendapatkan takrif yang betul dan cara2 menyusunnya.

Kaedah yang digunakan adalah bersifat penaakulan atau penularan melalui premis2 umum yang menghasilkan natijah khusus daripada premis umum tersebut.

Contoh: A=B, B=C, A=C iaitu menggunakan kaedah silogisma (al-qiyas al-aqli) yang digunakan dalam ilmu logik bermula drpd premis umum kepada khusus.

Page 52: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

3.ALAM SEJAGAT

Alam juga dikira sebagai sumber ilmu sampingan kepada wahyu dan akal.

Plato; berpendapat bahawa alam yang

nyata yang dapat dirasai oleh pancaindera merupakan subjek utama kepada ilmu kebenaran.

Ini kerana hubungan manusia dan

alam maya mencetuskan ilmu sains yang wujud hasil daripada pertembungan dan kesusahan yang dialami oleh pengalaman pancaindera biasa.

Page 53: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Al-Ghazali telah membahagikan ilmu kepada 4 kategori utama iaitu:-

ilmu yang diperolehi daripada pancaindera atau kebendaan.

ilmu yang diperolehi oleh asas2 logik atau perbandingan

ilmu yang diperolehi oleh akal iaitu melalui pemahaman tentang perkara yang wajib dan mustahil.

Ilmu yang diperolehi melalui wahyu para nabi dan rasul atau dhauq, kasyaf, dan mushahadah oleh para sufi.

Page 54: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

KEPENTINGAN ILMU

Di dalam al-Quran ada lebih 750 ayat yang menggesa umatnya supaya belajar , membuat renungan, dan menggunakan akal dengan sebaik2nya untuk mencari kebenaran. Contoh di dalam al-Quran dalam ayat 118 & 143 surah Ali Imran, surah at-Taubah ayat 122.

Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Abdul Barr Rasulullah bersabda bermaksud “andaikata engkau berjalan, kemudian engkau belajar satu bab dari ilmu pengetahuan, maka itu adalah lebih baik daripada kamu bersolat seratus rakaat”

Page 55: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Ilmu yang membezakan di antara manusia dan juga haiwan

Ilmu membezakan darjat kemuliaan seseorang individu atau masyarakat.

Ilmu adalah asas kebahagiaan dunia dan akhirat

Page 56: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Ilmu adalah asas ketakwaan kepada Allah s.w.t.

Ilmu akan sentiasa bertambah sekiranya digunakan dan harta akan habis sekiranya digunakan.

• Ilmu dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama manusia.

Page 57: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

ASPEK ASAS DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Page 58: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Penekanan dan pemusatan utama dalam pendidikan Islam adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Dalil:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Aku tinggalkan kepada kamu umatku dengan 2 perkara. Kamu tidak akan sesat sekiranya kamu berpegang pada 2 perkara tersebut iaitu Al-Quran dan As-Sunnah”.

Matlamat asal dasar pendidikan Islam adalah bertujuan untuk mentafsir dan merealisasikan prinsip dan konsep daripada kedua2 sumber tersebut berdasarkan kepada pemerhatian dan pengkajian yang telah dilakukan oleh sarjana dan ahli fikir Islam sejak dari awal perkembangan Islam.

Aspek-aspek penting yang menjadi tunggak dalam Falsafah Pendidikan Islam ialah:

1.Aspek akidah Islamiyyah 2.Aspek Kemanusiaan dan Fitrah 3.Aspek Keilmuan 4.Aspek Tanggungjawab dan Pembalasan.

Page 59: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

ASPEK AKIDAH

Asas utama dalam pendidikan Islam

Kenapa?

kerana keimanan kepada Allah-faktor penggalak kepada tingkahlaku manusia ke arah kebaikan serta sebagai benteng kepada perbuatan jahat dan keji (rukun iman)

Iman berperanan sebagai

peng’arah’ yang meng’arah’ tingkahlaku dan berseiringan dengan perbuatan yang dilakukan oleh manusia.

Oleh yang demikian, ‘tarbiyyah Islamiyyah’ adalah berhubung secara langsung dengan perbuatan manusia dan sesuatu yang lahir daripada perbuatan keimanan.

Page 60: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

ASPEK KEMANUSIAAN DAN FITRAH SEMULAJADI MANUSIA

Para saintis Barat berselisih pendapat tentang struktur asal kejadian manusia sama ada berasal daripada hasil perkembangan sel, atau terdiri daripada akal dan ruh, atau terdiri daripada ruh dan material – seterusnya mereka juga berselisih pendapat tentang nature manusia sama ada nature haiwan atau ruh atau gabungan kedua-duanya.

Menurut perspektif Islam di dalam Surah as-Sajdah ayat 7-9 telah menetapkan nature kejadian manusia adalah berasal dari sari pati tanah. Al-Quran menerangkan beberapa peringkat kejadian manusia dari tanah kepada manusia.

Firman Allah dalam Surah as-Sajdah ayat 7-9 yang bermaksud “ Yang memperindah segala sesuatu yang Dia ciptakan dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah [7] kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (air mani) [8] kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh (ciptaan) Nya ke dalam (tubuh) nya dan Dia menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagimu (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur [9].

Surah al-Sajdah ayat 9 menjelaskan bahawa ruh adalah unsur yang memberikan kemuliaan dan keistimewaan kepada ummat manusia.

Page 61: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Keseimbangan daripada unsur kejadian manusia (tanah dan ruh) memberikan penekanan dalam kehidupan sebagai manusia iaitu berkenaan tuntutan dan juga tanggungjawab.

Ciri-ciri tersebut telah menjadikan diri manusia memiliki sifat yang sempurna seterusnya menghasilkan kecenderungan/keinginan yang dipanggil sebagai “fitrah”.

Menurut Islam manusia akan tersasar daripada fitrahnya namun melalui “tarbiyyah” akan mengembalikan manusia kepada fitrah asalnya.

Tarbiyyah berperanan amat penting dan merupakan cara yang terbaik untuk mengembalikan manusia ke fitrah asal.

Page 62: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

ASPEK KEILMUANAl-Quran telah menyatakan di dalam surah al-Isra’ ayat 9-11:

Firman Allah yang bermaksud;

Sesungguhnya al-Qur’an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang Mukmin yang mengerjakan amal salih, bahawa bagi mereka (disediakan) pahala yang besar [9] Dan sesungguhnya orang yang tidak beriman kepada (kehidupan) akhirat, Kami (Allah) sediakan bagi mereka azab yang pedih [10]. Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana dia berdoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia (bersifat) tergesa-gesa [11].

Ayat tersebut menerangkan bahawa Al-Qur’an merupakan kitab yang membawa hidayah, memberi tunjuk ajar dan mengembirakan orang yang beriman.

Page 63: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Tarbiyyah ilmiyyah dalam Al-Quran merujuk pada beberapa aspek:

I. Aspek Akidah- menunjukkan kepada akidah yang jelas, mudah dan nyata. Membebaskan ruh daripada kepercayaan karut, tahyul dan menggerakkan potensi manusia ke arah kehidupan yang produktif dan proaktif.

II. Aspek Kemanusiaan- menunjukkan kepada manusia supaya wujudnya kesinambungan antara fizikal, dalaman, tingkah laku dan dorongan.

III. Aspek Ibadat- memberi didikan bahawa diri manusia memerlukan pada keseimbangan antara tuntutan fizikal dan spiritual.

IV. Aspek Pentadbiran dan Kenegaraan- peri pentingnya aspek siasah, ekonomi, kemasyarakatan, pemerintahan.

Page 64: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

ASPEK TANGGUNGJAWAB DAN PEMBALASANMendidik perasaan bertanggungjawab adalah unsur pendidikan yang diberikan penekanan oleh Islam.

Aspek ini ditanam di dalam jiwa manusia kerana pihak yang bertanggungjawab akan menanggung hasil daripada perbuatannya di hadapan Allah atau setiap perbuatan akan menerima balasan setimpal baik atau buruknya.

Pihak yang bertanggungjawab terdiri daripada pemimpin/ketua, iaitu dalam sesebuah negara, atau keluarga atau diri sendiri kerana setiap daripada kita adalah khalifah Allah di bumi.

Pihak yang bertanggungjawab juga bergantung pada syarat2 tertentu dari segi akal, baligh, merdeka, kemampuan, jantina, waras dsb.

Page 65: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

SAIDINA ALI

BAYI - MUMAIYIZ bermain & bergurau

< 7 Thn

MUMAIYIZ - BALIGH berdisiplin & arahan

7 - 14 Thn

BALIGH - 20 TAHUN berkawan

14 - 20 Thn

> 20 TAHUN berkongsi, bebas

Page 66: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

PENDIDIKAN & PERKEMBANGAN MANUSIA DALAM ISLAM

Page 67: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

SEBELUM KELAHIRAN

BAYIKANAK - KANAK

BALIGH

MATANG

Page 68: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

a. Islam menggalakkan perkahwinan untuk mendapatkan zuriat yang sah. Sama ada lelaki dan perempuan hendaklah memilih pasangan yang sesuai dan baik. – utamakan yang beragama.

Hadith riwayat Abnu Majah & Baihaki di mana Rasulullah

s.a.w pernah bersabda bermaksud “Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya kerana kecantikannya itu boleh mencelakakan kamu. Janganlah mengahwini wanita kerana hartanya kerana hartanya boleh buat dia sombong. Kahwini lah mereka kerana agama.Sesungguhnya seorang wanita hamba abdi yg hitam & cuping telinganya besar adalah lebih baik jika dia beragama”

b. Memerlukan baka yang baik untuk lahirkan anak yang

baik. c. Persekitaran yang sihat dan penjagaan dari segi fizikal

dan rohani dengan sebaik2nya semasa mengandung.

1.Peringkat Sebelum Kelahiran

Page 69: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

2.

a. Ketika lahir terus azan atau iqamah di telinga anak-menyeru kepada tauhid.

b.Bercukur pada hari ke-7 dan 21 serta bersedekah.

c.Memberikan nama yang baik. d.Menyusukan anak sehingga

umur 2 tahun. e.Memberikan belaian, kasih

sayang dan kemesraan terhadap anak2.

f.Hubungan yang baik dan cara hidup pertama dilihat oleh anak bermula daripada keluarga. Ini memberikan pengaruh yang besar dan penting kepada pembesaran dan pertumbuhan fizikal dan rohani anak.

Page 70: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

3) Peringkat Kanak-Kanak (7 Tahun – 12 Tahun)

Peringkat perlunya anak belajar menulis dan membaca. Mengajar anak supaya solat 5 waktu dan bila umur 10 tahun boleh merotan. Perkenalkan yang mana baik dan buruk dan halalMengenali rakan2 anak dan memastikan rakan2 yang baik. Penekanan diberikan dalam bentuk keimanan kepada Allah, mengetahui tentang dasar2 akidah, apa larangan dan suruhan Allah dan didik anak melalui perbuatan.

Page 71: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

4) Peringkat Baligh (12 Tahun – 21 Tahun) Zaman remaja dan peringkat ini mereka

telah dipertanggungjawabkan secara individu atas apa yang dilakukannya.

Pada peringkat inilah anak2 perlu diberikan gambaran yang betul serta persekitaran yang baik untuk mencari pasangan.

Biasanya remaja lebih terdorong untuk melakukan sesuatu melalui logik akal.

Mereka sedang berusaha mencari identiti diri dan ada sifat malu – perlu diberikan kesedaran pemikiran, sebab musabab, peraturan.

Mereka inginkan kebebasan dan mula menjauhkan diri dengan keluarga. Perlu diberikan garis panduan berkaitan perhubungan di antara lelaki dan perempuan.

Page 72: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

5) Peringkat Matang (Rusyd) (Umur 22 – 40 Tahun)

Pada peringkat ini dikategorikan sebagai dewasa dan telah mencapai akhlak dan pemikiran yang sempurna

Page 73: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

PENGGUNA BIJAK

MANAKAH PILIHAN ANDA

ANDA

?

Page 74: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

60% - 80%

Diskaun

Page 75: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

40% - 50%

Diskaun

Page 76: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

PENGGUNA BIJAK

MANAKAH PILIHAN ANDA

ANDA

?

Page 77: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

10%

Markah

Page 78: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

25%

Markah

Page 79: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

IJTIHAD

Page 80: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

definisi• bahasa:”pencurahan segenap

kemampuan untuk mendapatkan sesuatu” • Bermaksud penggunaan akal sekuat

mungkin untuk menemukan sesuatu keputusan hukum tertentu yang tidak ditetapkan secara nyata di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

• istilah: ialah suatu proses penyelidikan yang serius yang dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh sarjana Islam (digelar mujtahid) untuk menerbitkan hukum-hukum yang bersifat amali.

• Proses ijtihad hanya berlaku terhadap hukum-hukum yang tidak jelas yang wujud di dalam al-Quran atau al-Sunnah, sama ada ketidakjelasan itu berpunca daripada lafaz yang terlalu umum, ataupun berpunca daripada kredibiliti dalil yang digunakan itu sendiri.

Page 81: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

• Ijtihad tidak perlu sekiranya;

• sesuatu dalil teks telah jelas dan putus,

• jelas maknanya tanpa boleh ditakwilkan lagi, dan

• dalil itu pula disahkan berautoriti,

• Ijtihad biasanya berlaku dengan mengambil pengajaran-pengajaran di dalam sumber hukum seperti quran dan sunnah untuk direalisasikan dalam realiti semasa yang memerlukan hukum untuk diamalkan

Page 82: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Seseorang ahli ijtihad dan mujtahid mestilah mempunyai syarat berikut;

1 Islam dan bersikap adil

2 Mengetahui tentang al Quran berserta makna-maknanya dari sudut bahasa dan syariat.

3 Mengetahui hadith beserta makna-maknanya dari sudut bahasa dan syariat.

4Mampu mengetahui tentang masalah-masalah ijmak serta tempat-tempat berlaku ijmak. Hal tersebut supaya mereka tidak mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengannya.

5 Mengetahui al Qiyas - iaitu merangkumi tentang Illah, hikmat, kemaslahatan masyarakat serta uruf.

6 Mengetahui tentang nasikh mansukh daripada al Quran dan hadith.

SYARAT-SYARAT MUJTAHID

Page 83: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

7Mengetahui dan memahami bahasa Arab dengan baik dan sempurna. Hal ini supaya dapat mentafsirkan al Quran dan Hadith dengan baik serta dalam istinbat hukum.

8 Mengetahui ilmu usul fiqh, Kerana ia merupakan asas dalam berijtihad dan istinbath hukum

9

Mempunyai kefahaman yang baik dan benar, supaya mampu untuk membezakan pendapat yang benar dan pendapat yang salah. Iaitu mempunyai kecerdikan serta kemahiran dalam ilmu pengetahuan yang mendalam.

10 Baligh iaitu cukup umur dan sempurna akal pemikiran.

11 Mengetahui tentang dalil akal serta kehujahannya.

12Mengetahui nas dan dalil yang berkaitan dengan hukum hakam sekurang-kurangnya, biarpun tidak menghafaznya.

Page 84: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

13Mengetahui tentang sebab nuzul ayat serta sebab datang hadith atau asbab Wurud Hadith serta syarat hadith Mutawattir dan Ahad.

Sumber rujukan :Pengantar Usul Fiqh - Abd Latif Muda dan Rosmawati Ali. Terbitan Pustaka Salam.

Page 85: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

DALIL KEHARUSAN IJTIHAD

• Firman Allah s.w.t dalam Surah an-Nisaa’ ayat 59 yang bermaksud “Wahai orang2 yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan Ulil Amr (orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Dan apabila kamu berbantah2 (berselisih pendapat) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jika kamu benar2 beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian, adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya”.

Page 86: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

DALIL KEHARUSAN IJTIHAD

• Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Abdullah Ibn Mas’ud sebagai berikut “berhukumlah engkau dengan al-Quran dan as-Sunnah apabila sesuatu persoalan itu engkau temukan pada dua sumber tersebut. Tetapi sekiranya engkau tidak menemukannya pada dua sumber itu maka berijtihadlah”.

• Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Ali bin Abi Talib “apabila engkau berijtihad dan ijtihadmu itu betul maka engkau mendapat 2 pahala tetapi apabila ijtihadmu itu salah maka engkau mendapat satu pahala”.

Page 87: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

JENIS-JENIS IJTIHAD

Page 88: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

JENIS DEFINISI CONTOH

IJMA’

Segi bahasa adalah azam atau tekad. Segi istilah syara’, Ijmak adalah

kesepakatan yakni kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu hukum dalam agama Islam berasaskan Al-Quran dan Hadis tentang suatu perkara yang terjadi pada suatu masa setelah zaman Rasululullah S.A.W.

ijma’ para ulama’ mujtahidin muslimin dan bersemuafakat mereka tanpa berkecuali oleh mana-mana seorang pun daripada mereka terhadap sesuatu hukum syara’.

Ijmak Sahabat tentang pemerintahan. Wajib hukumnya mengangkat seorang imam atau khalifah untuk menggantikan Rasulullah dalam mengurusi urusan Daulah Islamiyah yang menyangkut urusan agama dan dunia yang disepakati oleh para Sahabat di Saqifah Bani Sa’idah.

QIYAS reasoning by analogy iaitu

menetapkan sesuatu hukum terhadap sesuatu hal yang belum diterangkan oleh al-Quran dan As-Sunnah dengan dianalogikan kepada hukum sesuatu yang sudah diterangkan hukumnya oleh al-Quran dan As-Sunnah kerana adanya sebab yang sama.

Contohnya pengharaman dadah diqiyaskan dengan hukum pengharaman arak kerana memabukkan dan menghilangkan kewarasan.

Page 89: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

JENIS DEFINISI CONTOH

MASHALIH AL MURSALAH

utility iaitu menetapkan hukum terhadap sesuatu persoalan ijtihadiyah atas pertimbangan kegunaan dan kemanfaatan yang sesuai dengan tujuan syariat.

Kaedah ini mempertimbangkan dasar kepentingan dan kegunaan dengan tanpa adanya dalil yang secara bertulis dan nyata dalam al-Quran dan As-Sunnah.

Contohnya mewujudkan matawang, menyediakan penjara adalah atas dasar kegunaan dan kemanfaatan yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

ISTIHSAN

juristic preference iaitu menetapkan sesuatu hukum terhadap sesuatu persoalan ijtihadiyah atas dasar prinsip2 umum ajaran Islam seperti keadilah, kasih sayang dll.

Kaedah ini sedikit berbeza daripada mashalih al-mursalah kerana ia mempertimbangkan dasar kemaslahatan itu dengan disertai dalil al-Quran dan As-Sunnah yang umum.

Contohnya Saidina Umar r.a.tidak menghukum pencuri kerana kebuluran semasa kemarau panjang dengan hukuman hadud kerana atas dasar keadilan dan kasih sayang dan dalil daripada al-Hadith bahawa Islam tidak menyusahkan umatnya.

Page 90: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

kesimpulan1) pelaku ijtihad adalah seorang

ahli fiqih/yang arif tentang hukum Islam.

2) Apa yang ingin dicapai oleh ijtihad ialah hukum syarie yang berhubungan dengan tingkahlaku dan perbuatan orang2 dewasa bukannya hukum I’tiqadi atau hukum khuluqi.

3) Status hukum syarie yang dihasilkan oleh ijtihad adalah dhanni dan bukannya absolute.

4) Ijtihad hanya digunakan untuk menentukan sesuatu hukum yang tidak ditentukan secara nyata di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Wahbah Az-Zuhaily

Yusuf al-Qaradhawi

Page 91: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

JIHAD

Page 92: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Definisibahasa – perkataan jihad berasal daripada kalimah arab ‘jahada’ yang bermaksud ”keberatan dan kesusahan”

istilah – jihad bermaksud “mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha mencapai sesuatu matlamat atau cita2 mulia dalam bentuk kata2 atau perbuatan.

Ia mencakupi usaha bersungguh2 untuk mencapai satu2 tujuan yang diingini atau mempertahankan sesuatu yang tidak diingini dengan berbagai cara”.

Kesimpulannya jihad meliputi pelbagai aspek iaitu melibatkan perlawanan dan peperangan secara fizikal dan juga perlawanan secara mental dan spiritual.

Page 93: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

JIHAD MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

• Surah an-Nisaa’ ayat 95 bermaksud “ tidaklah sama keadaan orang2 yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang2 yang beriman selain daripada orang2 yang ada keuzuran dengan orang2 yang berjihad di jalan Allah(untuk membela Islam) dengan harta dan nyawanya. Allah melebihkan orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang2 yang duduk (tidak berperang disebabkan uzur) dengan kelebihan satu darjat”

• Ayat ini mengerahkan tenaga dan usaha untuk berperang pada jalan Allah sama ada secara langsung (bertempur di medan perang) ataupun dengan harta, akal fikiran, membekalkan tentera tambahan, logistik, bantuan perubatan bagi tentera dsbg.

Page 94: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Surah At-Taubah ayat 41 bermaksud “Pergilah kamu beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah(untuk membela Islam). Yang demikian itu amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” –

ini menjelaskan bahawa berjihad pada jalan Allah pada kebiasaannya ialah dengan harta dan nyawa.

Kenapa Allah sentiasa mendahulukan frasa ‘jihad dengan harta’ – bertujuan memberi semangat dan mendorong mereka berjihad kerana jihad dengan harta adalah lebih mudah dilakukan berbanding jihad dengan nyawa.

Page 95: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

• Surah Al-Baqarah ayat 190 yang bermaksud “Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang yang memerangi kamu, dan jangan kamu menceroboh(dengan memulakan peperangan) kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang2 yang mmenceroboh”.

• Ayat ini menjelaskan bahawa agama Islam menganjurkan jihad untuk mempertahankan agama sekiranya kedudukan Islam terancam walau bagaimanapun Islam juga melarang umatnya daripada memulakan pencerobohan dan menitikberatkan keamanan.

Page 96: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

• Surah al-Saff 61:10-13; firman Allah yang bermaksud; Wahai orang-orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya Dan berjihad di Jalan Allah dengan harta benda Dan diri kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, nescaya Allah Akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah keuntungan yang besar. Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang beriman.

Page 97: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

• Hadith diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud “Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w. Wahai Rasulullah! Beritahulah aku amalan apakah yang setanding dengan jihad? Rasulullah menjawab: Aku tidak memperolehnya. Lelaki tersebut berkata: Beritahu dan terangkanlah kepadaku.Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:Apabila mujahid berangkat untuk berjihad, sanggupkah kamu masuk ke masjid, lalu berdiri sembahyang dan tidak berhenti, adakah kamu terdaya untuk berpuasa terus menerus tanpa berbuka walau sehari?Baginda bersabda lagi: Siapakah yang sanggup melakukan sedemikian?”

• Hadith sahih di mana Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: Wahai Rasulullah!ada orang berperang dengan gagah berani, ada yang berperang dengan penuh semangat, dan ada pula yang berperang agar dikenal kedudukannya maka siapakah yang disebut berperang di jalan Allah? Rasulullah s.a.w. menjawab sesiapa yang berperang untuk menegakkan Kalimatullah, maka dialah yang berperang di jalan Allah”

Page 98: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Pandangan Ulama’

Pendapat daripada ulama’ fiqh kontemporari, Wahbah al-Zuhaili terdapat beberapa cara manifestasi jihad yang boleh dilakukan iaitu jihad dengan jiwa dan raga, harta dan juga kata2 bagi tujuan mempertahankan diri daripada musuh.

Jihad boleh diertikan dengan jihad menentang hawa nafsu dan syaitan, jihad dalam menuntut ilmu dan memerangi kejahilan, jihad membanteras kemiskinan, gejala sosial dan sebagainya.

Waktu yang aman dan sejahtera di negara kita sekarang memerlukan kita berjihad bagi membangunkan ummah, memerangi kejahilan, penyakit serta masalah sosial.

Page 99: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

PENSYARI’ATAN JIHAD UNTUK BERPERANG DALAM ISLAM

1. Pada peringkat awal dakwah Rasulullah di era Makkah, jihad memerangi musuh belum disyari’atkan oleh Islam. Walaupun turun beberapa ayat di era tersebut tentang jihad seperti di dalam surah al-’Ankabut ayat 6,8 & 69 serta surah Luqman ayat 15, namun jihad dalam konteks tersebut lebih kepada makna jihad ma’nawi bukannya jihad melibatkan pertempuran dan peperangan.

2. Manakala semasa proses hijrah ke Madinah, kaum muslimin mendapat keizinan untuk berjihad dan berperang daripada Allah Taala. Namun pada tahap ini, Allah Taala membenarkan orang2 Islam berperang tetapi bukan mewajibkannya.

3. Selepas hijrah ke Madinah, kaum muslimin diwajibkan berjihad memerangi mereka yang memusuhi dan memerangi Islam dan kaum muslimin. Terdapat hampir 26 istilah jihad yang disebut dalam surah2 madaniyyah. Kebanyakannya dengan jelas membawa maksud berperang pada jalan Allah atau kerana Allah.

Page 100: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Kajian tentang kronologi pensyari’atan jihad mendapati bahawa tuntutan dan hukum jihad diturunkan secara beransur2, berperingkat dan mengikut kesesuaian masa, kepelbagaian dan keperluan situasi serta persediaan mental dan fizikal kaum muslimin.

Ini membuktikan keistimewaan Islam sebagai agama fitrah manusia yang tidak membebankan serta relevan dengan keadaan semasa.

Secara perbandingan, keadaan kaum muslimin di Makkah sebelum hijrah agak lemah, memandangkan pengikut nabi Muhammad s.a.w. masih sedikit dan mereka merupakan golongan minoriti yang sering ditindas.

Oleh itu, Allah Taala Yang Maha Mengetahui ketidakupayaan mereka untuk bertempur tidak mensyari’atkan kaum muslimin di Makkah utk berjihad. Sebaliknya setelah wujud kerajaan dan semasa pemerintahan Islam kukuh di bawah pimpinan Rasulullah di Madinah, jihad telah disyari’atkan.

Pada masa itu, Rasulullah telah mempersiapkan barisan pejuang Islam yang beriman & sanggup berkorban segala2nya demi Islam.

Page 101: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

TUJUAN & KEPENTINGAN JIHAD1) Mempertahankan Islam dan ajarannya – iaitu

membanteras sebarang pergerakan, usaha dan rancangan untuk memutarbelitkan ajaran Islam atau menghancurkan akidah muslimin.

2) Membela diri dan nasib kaum muslimin daripada kezaliman dan penganiayaan pihak musuh – termasuklah jihad untuk mengusir para penceroboh & penjajah yang merampas negara atau kawasan kaum muslimin. Penindasan juga termasuk pencabulan hak2 asasi manusia yang beragama Islam.

3) Meluaskan syiar Islam – sekiranya dakwah secara aman tidak dapat dijalankan maka caranya ialah dengan berjihad/berperang. Namun dalam Islam tidak dibenarkan menggunakan kekerasan dan paksaan dalam berdakwah.

4) Membangunkan ummah dan menjadi yang terbaik dalam segala aspek iaitu akhlak, ekonomi, sosial, politik dan pendidikan.

Page 102: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

• سئل رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم: اي االعمال افضل؟ قال: ايمان بااهلل ورسله. قيل :ثم ماذا؟ قال: الجهاد في سبيل اهلل. قيل: حج مبرور

• Maksudnya; Rasulullah SAW pernah ditanya: Apakah amalan yang paling utama? Baginda menjawab: Iman kepada Allah dan RasulNya. Baginda ditanya lagi: kemudian apa lagi? Baginda menjawab: Jihad fi sabilillah. Baginda ditanya lagi: kemudian apa lagi? Baginda menjawab :haji mabrur. (Riwayat al-Bukhari no 26 Dan Muslim no 83)

• Muslim meriwayatkan daripada Salman r.a., beliau berkata Bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: berperang fi sabilillah sehari semalam nilainya lebih baik daripada berpuasa di tambah dengan qiamullail selama sebulan. Jika seseorang gugur fisabilillah, maka pahala semua amalan soleh yang dikerjakannya akan mengalir terus; rezekinya juga akan mengalir terus; dan dia akan diamankan daripada seksaan kubur (Riwayat Muslim no 1913)

KELEBIHAN JIHAD

Page 103: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

• Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurarirah r.a.,bahawa Rasulullah SAW bersabda, Maksudnya: sesungguhnya di syurga itu ada 100 darjat yang Allah sediakan untuk para mujtahid fisabilillah, yang di antara satu darjat ke satu darjat yang lainnya bagaikan antara langit dan bumi. (Riwayat al-Bukhari no 2637).

• Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhani r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa memberi bekalan kepada orang yang berperang fi sabilillah, beerti dia juga telah berperang. Sesiapa yang melayaninya dengan baik keluarga orang yang berperang fi sabilillah, beerti dia juga telah berperang ( Riwayat al-Bukhari no 2843 dan Muslim no 135).

KELEBIHAN JIHAD

Page 104: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

KESIMPULAN• Terdapat 4 jenis keadaan jihad sepertimana

dibuat oleh para ulama’:-1. Jihad maknawi - jihad melalui tutur kata

dan perbuatan, jihad melawan hawa nafsu dan godaan syaitan, jihad menuntut ilmu, membanteras kemiskinan dan gejala sosial dan sebagainya.

2. Ketika bertemu dan bertembung dengan tentera musuh di medan perang – pejuang dalam keadaan ini mestilah bertahan dan diharamkan daripada lari dari medan perang.

3. Apabila orang2 kafir menyerang sesebuah negara Islam – dalam keadaan ini penduduk2 negeri tersebut mestilah bertahan untuk memerangi musuh dan menghalau mereka.

4. Apabila ketua negara mengisytiharkan kerahan tenaga bagi memerangi sesuatu kaum, mereka hendaklah turun ke medan perang bersama2 mereka.

Page 105: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2
Page 106: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

SEKIAN

Page 107: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2

Rujukan

• Ringkasan Riyadus Solihin.(2010). Imam Nawawi (penyusun), Syaikh Yusuf al-Nabhani (diringkas). Telaga Biru Sdn. Bhd.: Kuala Lumpur.

Page 108: 1. ilmu, ijtihad & jihad 2