agama islam muamalat

28
PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, pertama sekali saya ingin merufukkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan izin dan kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi subjek Pendidikan Islam (GPI 1083). Sepanjang saya menjalankan tugasan ini, saya telah memperolehi pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya yang bakal bergelar sebagai seorang pendidik kelak. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya. Saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada Ustazah Fatihah pensyarah bagi kursus Pendidikan Islam yang tidak mengenal erti penat lelah dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang berada di kampung yang selalu memberi sokongan moral dan nasihat sebagai pembakar semangat kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang selalu menyumbang pendapat dan idea-idea yang bernas ketika saya buntu dalam menyiapkan tugasan ini. Akhirulkalam, ucapan ini ditujukan khas kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Segala bantuan yang anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan anda semua tugasan ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna. 1

Post on 24-Sep-2015

92 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

muamalat dalam islam ekonomi konvensional dan islam

TRANSCRIPT

PENGHARGAANAssalamualaikum dan salam sejahtera, pertama sekali saya ingin merufukkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan izin dan kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi subjek Pendidikan Islam (GPI 1083). Sepanjang saya menjalankan tugasan ini, saya telah memperolehi pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya yang bakal bergelar sebagai seorang pendidik kelak. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya.Saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada Ustazah Fatihah pensyarah bagi kursus Pendidikan Islam yang tidak mengenal erti penat lelah dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang berada di kampung yang selalu memberi sokongan moral dan nasihat sebagai pembakar semangat kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang selalu menyumbang pendapat dan idea-idea yang bernas ketika saya buntu dalam menyiapkan tugasan ini. Akhirulkalam, ucapan ini ditujukan khas kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Segala bantuan yang anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan anda semua tugasan ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

1.0 PENDAHULUANPada tanggal 22 September 2014, Malaysia telah dikejutkan dengan berita kejatuhan ringgit Malaysia serta kejatuhan harga minyak dunia. Hal ini telah dijelaskan oleh Professor Doktor Hoo Ke Ping iaitu pakar penganalisis ekonomi negara. Apabila beliau diaju soalan adakah Malaysia telah mengalami krisis ekonomi, beliau menjawab belum lagi, tetapi kita ke arah permulaan kegawatan ekonomi iaitu kita dalam putaran menurun dalam cirlce economy. Setiap perkara yang berlaku ini pasti ada puncanya. Samalah dengan hal krisis ekonomi yang berlaku di negara Malaysia ini. Menurut keputusan mesyuarat Monetari pada 18 September 2014, ahli mesyuarat telah menyatakan beberapa sebab atau faktor berlakunya krisis ekonomi di negara Malaysia ini. Antara puncanya ialah, pertumbuhan eksport barangan keluar negara telah mula perlahan sekurang-kurangnya selama satu tahun berdasarkan data Julai yang dapat dikumpul pada tahun 2014. Seterusnya, berdasarkan data Ogos 2014, kadar inflasi rakyat Malaysia sudah hampir kepada pada paras tertinggi pada tempoh 3 tahun terakhir. Apa yang lebih teruk lagi ialah, ahli mesyuarat telah memutuskan bahawa isi rumah di Malaysia merupakan penghutang yang tertinggi di Asia. Hal ini amat memeranjatkan kerana rakyat Malaysia telah diisytiharkan sebagai rakyat yang banyak berhutang di Asia. Akibat daripada itu, kita boleh lihat terhadap penurunan nilai Ringgit Malaysia pada ketika ini.Justeru itu, bagi mengelakkan perkara ini daripad terus berlaku, saya mengesyorkan agar kita kembali ke arah cara Islam yang syumul yang mana ianya merangkumi semua aspek kehidupan manusia termasuklah dalam perihal ekonomi. Hal ini kerana, ajaran Islam telah memberi panduan yang lengkap kepada kita melalui kitab Al-Quran dan juga hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W. Jikalau kita berpegang kepada dua buah perkara ini, nescaya kita tidak akan lari dari landasan yang benar dan kita juga akan dapat mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan dengan hati yang terbuka.

2.0 SISTEM EKONOMI ISLAMEkonomi Islam ialah satu ilmu yang mengkaji tingkah laku ekonomi manusia yang telah diatur berdasarkan syariat Islam yang telah digariskan dalam Al-Quran dan As-sunnah serta ditunjangkan dengan keimanan. Sistem ekonomi ini amat menitikberatkkan tentang kejujuran, amanah, keadilan, dan lain-lain lagi dalam sebarang pekerjaan khusunya perniagaan.2.1 PENDAPAT ULAMA DALAM SISTEM EKONOMI ISLAMMenurut Yusuf Qardhawi, ekonomi Islam adalah ekonomi yang didasarkan pada ketuhanan. Sistem ini bertitik tolak dari Allah, bertujuan akhir kepada Allah, dan menggunakan sarana yang tidak lepas dari syariat Allah SWT. Manakala Khursid Ahmad ekonomi Islam adalah suatu upaya sistematis yang cuba untuk memahami permasalahan dalam ekonomi serta serta perilaku manusia dalam hubungannya dengan permasalahan tersebut dari perspektif Islam.Dalam buku Islamic Economics, Theory and Practise yang ditulis Muhammad Abdul Mannan menyatakan, Islamic Economics is Social science which studies the economics problems of a people imbud with the value of Islam. Maksudnya ialah Ilmu ekonomi Islam adalah ilmu pengetahuan sosial yang mempelajari masalah-masalah ekonomi masyarakat yang diilhami oleh nilai-nilai Islam. Muhammad Nejatullah ash-Shiddiqi juga berpendapat bahawa ekonomi Islam adalah respons atau tanggapan dari para pemikir Muslim terhadap pelbagai tentangan ekonomi pada masa tertentu. Dalam hal ini, mereka dibantu oleh Al-Quran dan As-sunnah serta akal fikiran yang waras.Tuntasnya, ekonomi Islam ialah satu ilmu pengetahuan yang mengkaji tentang keperluan manusia berdasarkan sumber ekonomi yang terhad yang mana sumber ini perlulah diagih samarata dan saksama dengan berlandaskan kitab Al-Quran dan As-Sunnah.2.2 SISTEM EKONOMI KONVENSIONALEkonomi konvensional adalah satu sistem ekonomi yang sudah lama diterima pakai dalam sesebuah masyarakat. Sehubungan dengan itu, jika ingin dikaitkan dengan ekonomi, ekonomi konvensional ini telah lama wujud dan telah lama diaplikasikan secara meluas dalam sesebuah masyarakat. Prinsip ekonomi ini sebenarnya agak mudah. Sistem ini ditentukan oleh manusia iaitu pengguna dan pembekal dalam sesebuah masyarakat tanpa mempunyai sifat yang mutlak tetap tetapi bersifat anjal dan boleh berubah mengikut kehendak dan pasaran dalam sesebuah masyarakat. Sistem ekonomi konvensional amat berbeza dengan sistem ekonomi Islam kerana sistem ekonomi konvensional direka oleh manusia yang tidak tetap piawaiannya manakala sistem ekonomi Islam adalah ekonomi yang bersumberkan wahyu daripada Allah SWT yang mempunyai piawaian yang tetap.3.0 PERBEZAAN DAN PERSAMAAN ANTARA SISTEM MUAMALAT ISLAM DENGAN EKONOMI KONVENSIONALSistem ekonomi Islam dan konvensional mempunyai beberapa ciri persamaan dan perbezaan. Di sini saya tampilkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan dalam beberapa bidang. Antaranya ialah:i. Jual beliii. Gadaianiii. Pinjaman / hutangiv. Sewaan3.1 JUAL BELIJual beli menurut bahasa ialah, pertukaran atau saling menukar. Manakala menurut pengertian feqah pula, jual beli ditakrifkan sebagai menukar sesuatu barang dengan barang yang lain dengan rukun serta syarat tertentu. Jual beli juga dapat diartikan menukar wang dengan barang yang diinginkan selari dengan rukun dan syarat tertentu. Setelah urusan jual beli dilakukan secara sah, maka barang yang dijual itu telah menjadi milik pembeli manakala wang yang dibayarkan pembeli sebagai pengganti harga barang, menjadi milik penjual.Menurut mazhab Imam Syafii jual beli ialah akad tukaran harta yang membawa kepada pemilikan sesuatu barangan ataupun manfaat yang kekal serta bukan sekadar bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Para fuqaha telah bersepakat bahawa jual beli disyariatkan dan hukumnya adalah harus.pensyariatnya telah tertulis dalam kitab suci Al-Quran dan As Sunnah. Firman Allah SWT: Ertinya: Dan Allah menghalakan jual beli(Surah Al-Baqarah, ayat 275)

Firman Allah SWT lagi: ...Ertinya: kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka antara kamu.(Surah An Nisa ayat 29)Manakala dalam hadis pula, Nabi Muhammad SAW banyak menjawab serta menghurai segala persoalan yang ditanya oleh para sahabat khususnya bidang muamalat dalam Islam. Antara hadis Nabi yang paling masyhur berkaitan dengan urusan jual beli ialah, Sabda Nabi Muhammad SAW : : Ertinya: Nabi SAW pernah ditanya, pekerjaan yang palin baik? Baginda menjawab , Pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang dengan tangannya (usahanya), dan setiap jual beli yang mabrur.Jual beli dalam ekonomi Islam sangat berbeza dengan ekonomi konvensional. Hal ini kerana, sistem ekonomi Islam mempunyai undang-undang atau hukum-hukum tertentu dalam sesuatu urusan jual beli yang telah diwahyukan oleh Allah SWT kepada umat Islam. Manakala ekonomi konvensional tidak mempunyai undang-undang khusus dalam sesuatu urusan jual beli melainkan kedua-dua belah pihak iaitu pembeli dan penjual bersetuju dengan urusan jual beli yang dilakukan. Jika kedua-dua belah pihak bersetuju dengan urusan jual beli itu, maka urusan mereka telah selesai dengan sah. Hal ini amat berbeza dengan ekonomi Islam kerana, walaupun pembeli dan penjual itu bersetuju dengan urusan jual beli mereka, namun mereka harus patuhi hukum hakam Allah SWT yang telah termaktub dalam Al-Quran. Dalilnya ialah:Firman Allah SWT: ...Ertinya: padahal Allah telah menghalakan jual beli dan mengharamkan riba... ( surah al- Baqarah 2:275)Ayat al-Quran di sini bermaksud, walaupun Allah SWT telah menghalalkan jual beli, namun Allah tetap mengharamkan riba iaitu menjual barang dengan harga yang tinggi atau menjual barang dengan harga yang tidak berpatutan.3.1.2 RUKUN DAN SYARAT JUAL BELIDalam ajaran Islam, setiap perbuatan atau pekerjaan yang dilakukan hendaklah mengikut rukun dan syarat-syarat yang telah tertulis dalam Al-Quran dan telah dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW. Dalam ekonomi Islam, penjual dan pembeli akan terikat kepada rukun dan syarat jual beli. Rukun-rukun dan syarat-sayat yang termaktub dalam ajaran Islam ini bukanlah untuk menyusahkan manusia. Sebaliknya rukun tersebut menjadi asas kepada kesejahteraan ummah. Sebagai contoh, dapat mengelakkan daripada berlaku sebarang penindasan dalam masyarakat. Rukun dan syarat-syarat jual beli dalam ekonomi Islam dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

3.1.3 RUKUN JUAL BELIRukun jual beli yang pertama dalam sistem mumalat Islam ialah, sighah ataupun dalam bahasa Melayu ialah kontrak, berlaku dalam bentuk lisan iaitu melalui ucapan. Ucapan bererti ijab dan qabul. Menurut mazhab Imam Hanafi, ijab bermaksud ucapan yang diberi oleh penjual sebagai tanda persetujuan walaupun ia datang kemudian. Manakala ijab menurut jumhur fuqaha pula ialah, ucapan yang lahir dari seorang pemilik sebagai tanda persetujuannya kepada akad. Sebagai contoh, ijab yang biasa diucapkan oleh penjual ialah Jual. Maksudnya, penjual telah bersetuju untuk menjual barangnya kepada pihak pembeli.Qabul pula menurut mazhab Imam Hanafi, bermaksud ucapan yang lahir kemudian dari pembeli. Walaupun kadang-kadang qabul ini terucap terlebih dahulu. Menurut jumhur fuqaha pula, qabul adalah ucapan yang terbit dari insan yang akan diberkan pemilikan sebagai tanda persetujuan kepada ucapan yang diijabkan oleh orang pertama. Sebagai contoh, qabul yang biasa diucapkan oleh pembeli ialah Beli yang bermaksud, pembeli bersetuju untuk membeli daripada si penjual. Ijab dan qabul tidak termasuk dalam ekonomi konvensonal.Rukun jual beli yang seterusnya ialah, perlu ada dua pihak yang menjalankan akad iaitu penjual dan pembeli. Kalau mengikut kepada logik akal urusan jual beli tidak boleh berlaku kepada satu pihak sahaja. Ia mesti membabitkan kepada dua pihak iaitu mesti ada pihak penjual dan pembeli. Barulah proses jual beli itu berlaku dengan sempurna. Jika tidak, mana mungkin proses jual beli itu akan berlaku jika hanya ada satu pihak sahaja.Hal ini sama seperti ekonomi konvensional yang memerlukan kepada dua pihak untuk menjayakan proses jual beli. Ia tidak boleh berlaku jika hanya ada satu pihak sahaja. Di sini kita boleh lihat persamaan ekonomi Islam dengan ekonomi konvensional.Rukun jual beli yang akhir sekali ialah, perkara yang diakadkan iaitu barang jualan dan harga. Dalam hal ini, barang semestinya perlu ada untuk menjayakan proses jual beli. Jika tidak, pasti urusan jual beli tersebut tidak dapat berlaku. Tambahan pula, harga yang telah diumumkan kepada sesuatu barang mestilah jelas supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan kepada pengguna atau pembeli. Satu lagi persamaan yang terdapat dalam ekonomi konvensional ialah kewujudan sesuatu barang dalam proses jual beli. Jika barang tidak ada dalam proses jual beli tersebut, mana mungkin proses jual beli boleh berlaku. Harga barang juga mesti jelas dinyatakan serta dilabelkan pada barangan agar tidak berlaku sebarang kekeliruan dan tidak berlaku sebarang masalah semasa proses jual beli.Kesimpulannya, sistem ekonomi Islam dan ekonomi konvensional mempunyai persamaan serta perbezaan yang tersendiri. Rukun-rukun jual beli yang terdapat dalam sistem ekonomi Islam akan saya huraikan lebih lanjut di dalam syarat-syarat jual beli

3.1.4SYARAT-SYARAT JUAL BELISIGHAHSyarat-syarat jual beli dalam muamalat Islam telah dibahagikan kepada tiga bahagian seperti yang telah dinyatakan sebentar tadi iaitu, berkaitan dengan sighah, pelaksana (penjual dan pembeli) dan perkara yang akan diakad iaitu (barang jualan dan harga barang). Saya akan memulakan syarat jual beli dengan sighah iaitu berkaitan dengan kontrak. Sighah perlu dalam bentuk lepas atau yang telah berlaku ataupun dalam bentuk yang menunjukkan ia sedang berlaku. Dalam sighah, qabul perlu sama dengan ijab dari segi makna, jenis, sifat, bilangan, dan lain-lain. Atau dengan kata lain, qabul tidak boleh berbeza dengan ijab. Ia mesti sama mengikut jenisnya. Seterusnya, sighah tidak boleh berada di satu tempat. Ijab semestinya tidak terpisah dengan qabul yang dapat dierti sebagai penolakan.Syarat yang seterusnya ialah, kelayakan penjual dan pembeli perlu terpelihara sehinggalah akad dapat dilaksanakan. Sebagai contoh, pihak pembeli mestilah mempunyai wang yang cukup untuk membeli sesuatu barang dari penjual. Wang yang cukup itu merupakan kelayakan kepada pembeli tersebut untuk membeli barang. Selain itu, hendaklah dipastikan bahawa orang yang mengucap ijab tidak mati, tidak pulang, sebelum berlaku qabul, dan barangan yang dijual itu tidak rosak. Jika penjual tidak sempat atau terlupa untuk mengucap ijab, maka barangan yang diniagakan pada hari itu adalah tidak sah di sisi Islam. Akhir sekali ialah, sebelum berlaku qabul, iaitu ucapan dari pembeli, pastikan tidak berlaku sebarang perubahan kepada barang jualan sehingga menjadi barang lain yang tidak disepakati dalam akad. Maksudnya ialah, semasa berlaku qabul, pastikan tiada sebarang perubahan kepada barang tersebut sehingga tidak dapat persetujuan dari kedua-dua belah pihak. Jika ingin membuat perubahan atau pertukaran untuk sesuatu barang itu, pastikan dapat persetujuan dari kedua-dua belah. Motifnya adalah supaya tidak berlaku sebarang ketidak adilan dan pertengkaran antara penjual dan pembeli.

DUA PELAKSANA AKAD (PENJUAL & PEMBELI)Syarat bagi pelaksana akad iaitu penjual dan pembeli ialah, kedua-dua pelaksana ataupun seorang daripada mereka bukan daripada golongan orang yang tidak waras, bodoh, kanak-kanak yang belum mumayiz, muflis dan yang sewaktu dengannya. Walaupun begitu, akad bagi kanak-kanak yang mumayiz adalah sah, tetapi masih lagi memerlukan keizinan daripada ibubapanya. Sekiranya mendapat keizinan dari wali, maka jual beli itu adalah sah di sisi Islam. Syarat yang seterusnya ialah, proses jual beli hendaklah dilakukan dengan rela hati dari kedua-dua belah pihak atau dengan kata lain tiada paksaan. Sebagai contoh, penjual tidak memaksa untuk menyuruh pembeli membeli barangannya dan pembeli tidak memaksa penjual untuk menjual barangannya. Tambahan lagi, dalam hal akad, Islam membolehkan wakil daripada penjual atau pembeli untuk melakukan akad. Maksudnya, penjual dan pembeli tidak disyaratkan untuk melakukan akad itu sendiri. Mereka boleh menyuruh orang lain sebagai wakil untuk melakukan akad tersebut. PERKARA YANG DIAKADKAN (BARANG JUALAN ATAUPUN HARGA)Dalam ekonomi Islam, terdapat beberapa syarat yang mesti dipatuhi dalam perkara yang diakadkan. Perkara yang diakadkan itu adalah barang jualan ataupun harga. Syarat yang pertama ialah barang itu mestilah suci dari segala jenis najis. Menurut mazhab imam Syafii dan Maliki, tidak sah jual beli najis yang tidak boleh disucikan, samada barangan ataupun harga. Manakala mazhab imam Hanbali pula meletakkan syarat ini di bawah syarat harta. Menurut mazhab imam Hanafi pula, beliau tidak menyatakan bahawa suci itu sebagai syarat jualan. Bahkan pula, beliau menyebutnya ketika menjelaskan tentang syarat harta seperti yang dilakukan oleh mazhab imam Hanbali. Mazhab yang terakhir iaitu, mazhab imam Hanafi menyatakan bahawa najis juga diambil kira sebagai harta sebagai contoh, baja.Seterusnya ialah, barang itu mesti boleh dimanfaatkan mengikut syarak yang telah ditetapkan oleh ajaran Islam. Segala barangan yang tidak mempunyai sebarang manfaat atau kebaikan tidak boleh dinilai sebagai harta. Oleh itu, barang tersebut tidak boleh dijual sebagaimana minuman arak yang telah dinyatakan hukumnya dalam hadis Rasulullah SAW.Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya:Daripada Anas Bin Malik: Sabda Rasulullah SAW melaknat sepuluh golongan berkaitan dengan arak. Yang memerahnya, yang minta diperah untuknya, yang meminumnya, yang membawanya, yang minta dihantarinya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang makan harganya, yang membelinya, dan yang minta dibelikannya.(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)Barang jualan juga mempunyai nilai menurut syarak. Maka, jual beli barangan yang tiada nilai adalah tidak sah di sisi Islam seperti menjual makanan yang telah rosak. Hal ini kerana makanan tersebut sudah tiada nilainya. Syarat ini telah dipersetujui oleh fuqaha. Dalam hal ini juga, barangan yang dijual itu mestilah berada di bawah penjagaan penjual secara keseluruhannya sehingga selesai akad. Rasionalnya adalah untuk memastikan bahawa barang itu selamat dengan penjual sehingalah pembeli datang membeli dengan penjual. Ia adalah untuk memastikan bahawa barang itu tidak mempunyai mana-mana bahagian yang rosak dan tidak dicuri oleh orang lain. Syarat ini telah disepakati oleh para fuqaha sebagaimana yang terdapat dalam mazhab imam Safii dan Hanbali. Mazhab Maliki dan Hanbali juga mensyaratkan pemilikan keseluruhannya, tetapi mereka memberi tanggapan bahawa syarat itu adalah sayart lazim.Syarat yang seterusnya ialah, barangan yang dijual itu mampu diserah kepada pembelinya. Maksudnya, penjual mesti berupaya untuk menyerahkan barang itu kepada pembeli setelah selesai akad tanpa sebarang alasan. Sebagai contoh: jual beli ikan yang masih dilautan, ataupun burung di udara adalah tidak sah. Ia sama seperti jual beli maghsub. Ia tidak sah kerana tidak mampu diserahkan kepada pembeli dengan kadar segera. Syarat ini telah dipersetujui oleh para fuqaha. Namun begitu, syarat ini boleh berubah mengikut perderan zaman dan perkembangan teknologi semasa.Syarat yang terakhir sekali ialah, barang jualan itu mestilah diketahui oleh penjual dan pembeli. Hal ini adalah untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang pertelingkahan dan perselisihan faham. Maka jual beli barangan yang tidak diketahui adalah tidak sah untuk kedua-dua pihak ataupun salah seorang daripada mereka. Syarat ini telah dipersetujui oleh para fuqaha dan ia menjadi syarat sah dalam mazhab imam hanafi. Oleh itu, jual beli yang tidak diketahui barangannya sehingga boleh menimbulkan pergaduhan adalah tidak sah di sisi Islam.Secara amnya, dapat saya simpulkan bahawa rukun serta syarat di dalam proses jual beli ini sangat penting. Walaupun ia nampak sedikit rumit dalam ekonomi Islam, namun ia adalah untuk mensejahterakan masyarakat dengan mengelakkan daripada berlaku sebarang masalah dan persilisahan faham. Oleh itu, umat Islam mestilah sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam kerana Islam itu agama Allah SWT dan Allah tahu apa yang terbaik untuk ummatnya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.3.2 GADAIANPerkataan gadaian dalam bahasa Arab dinamakan sebagai Ar-Rahnu yang bermaksud meletakkan sesuatu barangan atau harta yang bernilai sebagai jaminan kepada sesuatu hutang yang diperolehi seorang pemberi hutang dengan anggapan bahawa jika sekiranya orang yang berhutang itu tidak dapat melunaskan hutangnya, maka si pemberi hutang ataupun pemiutang boleh mendapatkan kembali barang atau wangnya daripada barang gadaian tersebut. Ringkasnya, gadaian merujuk kepada harta yang dijadikan cagaran apabila seseorang itu berada dalam kesempitan. Sebagai contoh apabila seseorang itu perlu melunaskan hutang atau perlu membuat pembayaran dengan segara. Maka dia boleh membuat cagaran untuk barangannya seperti emas agar dia boleh membuat pembayarannya mengikut hukum Islam. Dalam bahasa Inggeris pula, gadaian bermaksud Pawn dan Mortage. ia secara amanya adalah untuk membawa erti cagaran yang diserahkan oleh peminjam kepada yang memberi pinjam untuk jangka masa tertentu yang telah disepakati. Hukum gadaian adalah harus dan ini berdasarkan firman Allah dalam kitab suci Al-Quran.Firman Allah SWT

Maksunya: dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedangkan kamu tidak mendapati juru tulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). (Surah Al-Baqarah ayat 283)Kita boleh lihat di sini dengan jelas bahawa sistem ekonomi Islam tidak memisahkan antara faktor ibadah khusus iaitu fardu ain dan faktor ibadah umum iaitu fardu kifayah. Bukan itu sahaja, Islam juga menyatukan kedu-duanya dalam satu ikatan yang erat dan padu. Islam juga mengajar umatnya untuk membangun bersama aspek kerohanian serentak dengan aspek kebendaan.3.2.1RUKUN GADAIANSeperti biasa, dalam sistem ekonomi Islam setiap perkara mestilah mempunyai rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu. Oleh itu, terdapat lima rukun dalam gadaian. Pertama sekali ialah, penggadai atau orang yang menggadai, iaitu orang yang berhutang. Seterusnya, penerima gadaian atau pemegang gadaian iaitu pihak yang memeberi pinjaman. Yang ketiga ialah, barang gadaian iaitu barang yang mempunyai nilai yang tinggi yang berada di bawah kawalan penerima pinjaman. Tambahan lagi, tanggungan gadaian iaitu jumlah yang berhutang dan rukun yang terakhir sekali ialah, sighah atau perjanjian. Perjanjian itu mestilah berkaitan dengan pinjaman atau hutang dan gadaian.Dalam sistem ekonomi konvensional, ia tidak mempunyai sebarang rukun seperti yang telah dinyatakan di dalam sistem ekonomi Islam. Akan tetapi ia mestilah mempunyai syarat-syarat tertentu untuk menjayakan proses gadaian itu. Sebagaimana ekonomi Islam, ia juga melibatkan dua orang pihak iaitu penerima gadai dan pemegang gadaian dan yang paling penting ialah, perlu ada barang yang bernilai. Barulah sesuatu proses gadaian boleh berlaku. Dalam ekonomi konvensional juga mempunyai perjanjian yang akan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.3.2.2 SYARAT-SYARAT GADAIANDalam ekonomi Islam, terdapat beberapa syarat yang wajib dipatuhi sebelum menjalankan sebarang gadaian. Syarat yang pertama ialah,akad gadaian mestilah dilakukan melalui ijab dan qabul iaitu tawaran dan penerimaan. Ia sama seperti dengan syarat jual beli juga. Perlu mempunyai ijab dan qabul. Syarat yang seterusnya ialah, orang yang menggadai iaitu Ar-rahin dan orang yang memegang gadaian Ar-murtahin hendaklah tergolong daripada orang yang berfikiran waras iaitu mempunyai kelayakan yang sepatutnya untuk mentadbir harta (Mutlaq Al-Tasarruf). Oleh yang demikian, orang yang gila atau kanak-kanak yang belum mumayiz atau belum baligh tidak sah melakukan atau menerima sebarang gadaian. Tambahan lagi, penggadai dan penerima gadaian melakukan gadaian mengikut kehendak sendiri tanpa ada campur tangan atau paksan dari orang lain. Syarat yang terakhir ialah, barang yang digadaikan iaitu Al-marhun mestilah barang yang suci daripada najis dan barang yang ingin digadai itu mestilah hak milik penggadai itu sepenuhnya. Maksudnya barang itu bukan hasil daripada barang yang dicuri. Barang yang hendak digadai itu mestilah telah ditentukan harganya supaya tidak berlaku sebarang masalah atau kecelaruan semasa proses gadaian tersebut.Manakala dalam ekonomi konvensional pula, syaratnya agak sama dengan sistem ekonomi Islam tetapi tidak terlalu rumit seperti sistem ekonomi tersebut. Contohnya ialah, orang yang menggadai dan orang yang memegang gadaian hendaklah tergolong daripada orang yang mampu berfikir dengan waras dan mampu mentadbir harta dengan sebaik mungkin. Manakala untuk barang gadaian pula, mestilah mempunyai nilai harga yang tinggi dan ia tidak bergantung kepada kesucian barang tersebut. Maknanya, barang itu boleh digadaikan walaupun tidak suci. Barang tersebut mestilah hak milik penggadai sehingga berlaku urusan gadai tersebut dan dia mesti meletakkan harga pada barangan itu agar tidak berlaku masalah ketika proses gadaian dijalankan. Tuntasnya, gadaian adalah satu sistem yang memberi kemudahan kepada orang yang berada dalam kesempitan. Ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada umat Islam untuk mengembangkan ekonomi Islam. Oleh yang demikian, gadaian sangat penting kerana ia merupakan salah satu cara untuk membayar hutang jika kita berada dalam kesempitan.3.3 PINJAMAN ATAU HUTANGBerhutang atau membuat pinjaman adalah harus di sisi Islam. Islam memberi galakan kepada umatnya supaya memberi pertolongan kepada saudara-saudaranya lebih lagi kepada mereka yang memerlukan keperluan asasi. Hutang yang dibenarkan di dalam Islam adalah hutang Al Qard yang membawa maksud pinjaman. Ia juga digelar dengan nama Al Qardhul Hasan atau Al Qardn Hassan atau pinjaman kebajikan yang mana pinjaman itu hanya diberkan kepada insan-insan yang berada dalam kesempitan yang sangat memerlukan kepada bantuan. Pinjam itu tidak melibatkan bayaran lebih ketika membuat pembayaran balik hutang tersebut. Sebagai contoh, jika diberi pinjaman sebanyak RM 2000 dan tempoh bayaran balik selepas 2 bulan, maka si penghutang mesti membayar balik hutang beliau pada tempoh yang telah dijanjikan dan dengan jumlah yang sama iaitu RM 2000. Jika orang yang berhutang itu hendak memberi hadiah saguhati kepada pemberi pinjaman, maka di boleh berbuat demikian keran ia dibenarkan dalam Islam tetapi tidak boleh diletak sebagai syarat.Orang yang memberi pinjam tidak boleh mengenakan bayaran tambahan ke atas pinjaman itu, kerana jumlah tambahan yang dikenakan ke atas pinjaman itu dianggap sebagai RIBA yang amat ditentang dalam ajaran Islam. Segala jenis gelaran yang digunakan seperti faedah, bunga, premium dan sebagainya adalah termasuk dalam kategori selagi mana ianya menepati definisi riba. Secara ringkas, riba ialah bayaran tambahan terhadap pinjaman yang dipinjam oleh peminjam. Maksudnya, peminjam perlu membayar pinjamannya dengan jumlah yang lebih banyak dari jumlah pinjamannya. Ini merupakan salah satu penindasan terhadap mereka yang memerlukan bantuan dan penindasan ini sangat dibenci dalam ajaran Islam.Allah SWT telah berfirman dalam kitab Al Quran tentang mengurus hutang seperti menulis jumlah hutang, tempoh hutang dan mengadakan saksi. Hal-hal ini telah dihurai dengan jelas dengan firman Allah SWT: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke satu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (HUTANG DAN MASA BAYARANNYA) itu. Dan hendaklah seorang penulis antara kamu menulisnya dengan adil (benar). Dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah dia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah dian mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau dia sendiri tidak dapat merencanakan (isi surat itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil (benar); dan hendaklah kamu mengadakan DUA orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian, kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu, maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali, perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu, hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(Al Baqarah: 282)Mungkin tidak timbul masalah untuk kita menulis hutang kerana tatacaranya sudah terang lagi bersuluh dengan kata sepakat kedua-dua belah pihak yang berhutang dan memberi hutang. Telah tertulis dalam perjanjian hutang tersebut bahawa adalah menjadi tanggungjawab penghutang untuk menjelaskan hutangnya dalam tempoh masa yang telah dipersetujui. Contoh paling bagus bagi menjelaskan hutang adalah seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sendiri kita beliau berhutang. Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata Rasulullah s.a.w pernah berhutang seekor unta kemudian Baginda membayarnya dengan yang lebih baik dan bersabda, maksudnya: Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutangnya. Hadis riwayat Imam Muslim.Dalam konteks pinjaman ini, mungkin dia sedikit perbezaan dan persamaan dengan sistem ekonomi konvensional. Jika dalam ekonomi konvensional, persamaan yang ketara boleh dilihat apabila berlakunya satu proses pinjaman, maka ia akan berlaku antara dua pihak. Justeru itu, dalam sesuatu perjanjian pinjaman itu, pasti ada tempoh pembayaran balik hutang itu. Itulah yang menjadi persamaan antara sistem ekonomi konvensional dengan sistem ekonomi Islam. Tapi apa yang membezakan antara dua sistem ekonomi ini ialah, sistem ekonomi konvensional mengamalkan riba iaitu bayaran imbuhan keatas jumlah yang dipinjam oleh si peminjam. Sistem riba ini telah lama diperkenalkan sejak dari zaman jahiliyah lagi sehinggalah kedatangan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Sistem riba ini sangat memberi keuntungan yang lumayan kepada pihak yang memberi pinjaman manakala ia memberi kesengsaraan kepada peminjam kerana terpaksa membayar balik dengan jumlah yang lebih banyak dari jumlah yang dipinjam. Oleh itu, sistem riba ini sangat ditentang oleh ajaran Islam kerana ia jelas membebankan pihak peminjam. Walaupun begitu, sistem riba tetap dijalankan di negara-negara Islam sebagai contoh negara kita sendiri. Tuntasnya, sistem ekonomi Islam amat menititikberatkan belas ihsan kepada umatnya. Hal ini boleh dilihat dalam huraian sebelum ini iaitu mengenai riba. Sistem riba ini ditentang habis-habisan dalam ekonomi Islam. Namun begitu, masih ada lagi sesetengah pihak yang beragama Islam menggunakan sistem riba ini untuk mengaut keuntungan dunia.

3.4 SEWAANSewaan merupakan sistem yang telah lama wujud dan telah diperaktikkan dalam kehidupan masyarakat yang terdahulu. Sistem ini bukanlah merupakan sesuatu yang asing kepada masyarakat kini. Boleh dikatakan semua individu mengatahui apa itu sewaan dan sebahagian pula pernah terlibat dengan sistem sewaan tersebut. Bagi mereka yang mempunyai tahap kewangan yang sedarhana, sistem sewaan ini amat bermanfaat untuk digunakan. Mereka tidak perlu membuat pembayaran kepada aset berkenaan yang berkemungkinan tidak sesuai dengan tahap kewangan mereka. Namun begitu, mereka boleh membuat bayaran dengan sejumlah wang sewaan untuk mendapat kebaikan daripada aset tersebut.Firman Allah SWT: Maksudnya:Salah seorang dari wanita itu berkata, wahai bapakku, ambillah ia sebagai orang yang bekerja ( pada kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayaSewaan atau dalam bahasa Arab, ujarah yang bermaksud balasan atau ganjaran ke atas sesuatu pekerjaan. Selain daripada ujarah, terdapat satu lagi istilah lain iaitu ijarah yang membawa maksud perbuatan menyewa sesuatu atau mengupah seseorang. Dari sudut istilah pula, menurut para ulama, ijarah atau sewa bermaksud kontrak pertukaran hak milik harta iaitu muawadah dengan memberi milik manfaat dengan ganjaran atau bayaran tertentu. Kebanyakan ulama membahagikan kontrak sewaan ini kepada dua bahagian iaitu ijarah Ain dan ijarah Amal. Ijarah Ain adalah kontrak sewaan yang membawa manfaat kepada barang. Sebagai contoh, Ahmad menyewa kedai daripada Hasan dengan bayaran sebanyak RM 1000 sebulan selama dua tahun setengah. Manakala ijarah Amal pula adalah menyewakan faedah atau manfaat kerja dan kemahiran seseorang itu. Bayaran sewa bagi kategori ini biasanya dinamakan sebagai upah. Contohnya, abu berkerja sebagai pelayan di sebuah restoran dan dibayar upah sebanyak RM 1500 sebulan.Sebagaimana dengan syarat-syarat perjanjian yang lain, dua pihak yang terlibat dalam proses sewaan iaitu pemberi sewa dan penyewa perlu sebulat suara dengan segala syarat-syarat yang telah tertulis dalam kontak berkenaan seperti kadar sewa, tempoh masa sewaan, tarikh bayaran sewa, masa sewaan, dan tanggungjawab penyelenggaraan. Tambahan lagi, kadar sewaan sangat penting dalam urusan sewaan. Hal ini kerana, banyak berlaku perselisihan faham antara penyewa dengan pemberi sewa kerana pemberi sewa tidak menentukan kadar bayaran sewa terhadap barangnya pada peringkat awal secara spesifik. Oleh itu, penentuan kadar bayaran sewaan ini sangat penting sebelum pemberi sewa membuat perjanjian dengan penyewa. Masalah ini juga boleh diatasi melalui menyediakan dokumen bertulis yang mengandungi syarat dan terma yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua belah pihak. Kemudian, ia perlu dipersetujui oleh mereka dengan menandatangani perjanjian tersebut. Perjanjian tersebut dijadikan sumber rujukan pada masa akan datang khususnya apabila berlaku ketidak puas hati oleh salah satu pihak. Sama juga sekiranya kita sebagai majikan mengambil pekerja untuk melakukan sesuatu tugas. Kita perlu menetapkan tempoh masa, jenis pekerjaan dan kadar upah pada peringkat awal.

3.4.1 RUKUN SEWAANSebelum seseorang itu ingin menyewa atau memberi sewa, dia terlebih dahulu perlu mengetahui tentang rukun-rukun sewa menyewa. Yang pertama ialah, pelaku akad. Pihak yang memberi sewa disebut sebagai muajjir manakala pihak yang menyewa digelar sebagai mustajir. Penyewa dan pemberi sewa mestilah berakal dari segi fikirannya, berkehendak sendiri yakni bukan paksaan orang lain, baligh, dan tidak bersifat membazir. Jika salah seorang daripada mereka tidak menepati rukun-rukun ini, maka proses sewaan itu adalah tidak sah d isisi Islam. Yang seterusnya ialah, objek akad iaitu barang atau sesuatu benda yang bermanfaat untuk disewakan seperti tanah kawasan. Yang terakhir sekali ialah, akad sewa. Akad sewa dianggap sah setelah ijab dan qabul dilaksanakan dengan lafaz sewa atau lafaz-lafaz lain yang mengandungi makna yang sama.3.4.2 SYARAT SAH SEWAANSetelah penyewa dan pemberi sewa faham dengan rukun sewaan, mereka seterusnya perlu memahami tentang syarat-syarat sah sewaan pula. Antara syarat sah sewaan ialah, kedua-dua pihak yang terlibat dalam proses tersebut mestilah mengikut kerelaan hati. Ia tidak boleh berpaksikan kepada paksaan daripada pihak lain. Jika ada mana-mana pihak yang memaksa seseoran itu untuk memberi sewa atau menyewa, maka hukumnya adalah tidak sah di sisi Islam. Seterusnya ialah, barang yang terlibat dalam proses sewaan ini mestilah berguna dan dapat memberi manfaat kepada penyewa dan pemberi sewa. Jika barang tersebut tidak mampu memberi manfaat, maka proses sewaan itu adalah sia-sia dan ianya tidak sah di sisi Islam. Syarat yang ketiga pula ialah, barang yang menjadi objek akad hendaklah boleh diserahkan kepada penyewa pada hari akad. Maksudnya, apabila selesai sahaja akad, maka barang yang ingin disewakan itu mestilah diberi kepada penyewa dengan penuh kerelaan hati. Syarat yang terakhir sekali ialah, barang yang terlibat itu mestilah harta yang mempunyai nilai jelas, atau dengan menyebut ciri-cirinya dengan lebih terperinci. Hal ini adalah untuk memberi penerangan kepada penyewa supaya dia faham tentang ciri-ciri barang yang hendak disewa itu. Jika dalam ekonomi konvensional, syarat untuk menyewa adalah lebih ringkas. Ia semestinya melibatkan dua pihak dan mesti ada barang yang hendak disewa. Kadar bayaran dan tempoh bayaran juga terselit dalam ekonomi konvensional. Hal ini adalah sama seperti dengan sistem ekonomi Islam yang telah saya hurai sebentar tadi. Apa yang menjadi perbezaannya ialah, kadar bayaran ekonomi konvensional dalam sesuatu tempoh itu kadang-kadang boleh berubah mengikut kehendak pemberi sewa. Sebagai contoh, kadar bayaran sewa rumah Ahmad meningkat secara tiba-tiba dari RM 1500 kepada RM 2000 atas permintaan pemberi sewa tersebut. Hal ini akan memberi bebanan secara tiba-tiba kepada penyewa kerana dia terpaksa membayar denganjumlah yang lebih banyak dari sebelumnya. jika lihat dalam sistem sewaan Islam iaitu ijarah Ain yang mana kadar dan tempoh bayaran sewa tidak akan berubah sehinggaah tamatnya kontrak sewaan.Kesimpulannya, syarat-syarat yang terdapat dalam ekonomi Islam mestilah dipatuhi dengan sebaik mungkin agar tidak berlaku lagi sebarang masalah yang berkaitan dengan sewaan ini. Perjanjian bertulis mestilah dilaksanakan untuk dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan khususnya apabila berlaku perselisihan faham antara penyewa dan pemberi sewa.4.0 ANALISIS TENTANG EKONOMI ISLAM DAN EKONOMI KONVENSIONALEkonomi Islam ialah satu-satunya sistem ekonomi yang disyariatkan oleh Allah SWT di dalam kitab suci Al-Quran. Maka sudah terang lagi bersuluh bahawa sistem ekonomi Islam ini ialah sistem ekonomi yang paling baik berbanding dengan sistem ekonomi lain di luar sana. Kebaikan sistem ekonomi boleh dilihat kepada penerapan nilai-nilai mahmudah atau nilai-nlai murni kedalam diri seseorang muslim itu. Jika dilihat secara terperinci, ekonomi Islam sahaja yang mengajar umatnya untuk bersikap jujur dan amanah dalam setiap perkara khususnya yang berkaitan dengan ekonomi. Menurut Yusuf Al Qaradhawi (2010), beliau mempertengahkan perbincangan dari sudut nilai dan akhlak dalam bidang penggunaan, urusniaga, pengedaraan dan peranan negara dalam menguatkuasakan nilai dan akhlak dalam setiap aspek khususnya ekonomi. Maka disini sudah jelas dinyatakan oleh yusuf Al Qaradhawi bahawa aspek nilai dan akhlak amat penting dalam setiap perkara lebih-lebih lagi dalam ekonomi. Manakala menurut bapa ekonomi Islam pula iaitu Ibnu Khaldun, beliau telah mengutarakan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti keadilan, rajin, kerjasama, dan kesederhanaan. Beliau menegaskan lagi bahawa keadilan merupakan tunjang kekuatan sesebuah ekonomi. Di sini kita boleh lihat bahawa keadilan itu sangat penting untung membangunkan sesebuah ekonomi negara. jika dilihat balik, sifat keadilan itu tergolong dalam sifat-sifat terpuji. Jadi sememangnya, akhlak itu sangat penting bagi setiap umat Islam kerana jatuh bangun agama itu terletak pada umatnya. Kita sebagai umat Islam mestilah mencontohi sifat Nabi Muhammad SAW kerana salah satu sebab baginda diutuskan ke dunia adalah untuk memperbaiki sifat umat terdahulu. Baginda SAW pernah bersabda yang membawa maksud, sesungguhnya aku diutuskan untuk memuliakan kemuliaan akhlak. Hadis ini jelas menyatakan bahawa contoh terbaik untuk kita ikuti ialah Nabi Muhammad SAW. Tambahan lagi, Rasulullah SAW juga seorang peniaga yang berjaya pada masa itu. Kejayaan itu mesti tidak lain dan tidak bukan disebabkan sifat terpuji yang dimiliki oleh Rasulullah SAW sehingga masyarakat pada zaman itu menggelar baginda sebagai As siddiq iaitu seorang yang jujur.Sehubungan dengan itu, Firman Allah SWT:-

DansesungguhnyaEngkau (Wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang tinggi(mulia).(Surah Al-Qalam : 4)

Allah SWT telah mengangkat martabat Nabi Muhammad SAW dalam firmannya yang menyatakan bahawa Rasulullah mempunyai sifat yang mulia. Jadi kita sebagai hamba yang hina mestilah mencontohi sikap Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian kita dan juga dalam melakukan sebarang perniagaan khususnya.Berbeza pula dengan sistem ekonomi konvensional yang langsung tidak menyentuh tentang keadilan atau sifat-sifat terpuji dalam melakukan sesuatu urusniaga. Sistem ini hanya mementingkan kepada keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesan sampingan yang akan menimpa kepada pihak lain. Namun begitu, tidak dinafikan juga terdapat satu sistem ekonomi konvensional yang dipanggil sebagai sistem ekonomi campuran yang mana sistem ekonomi itu mempunyai campur tangan daripada kerajaan. Campur tangan kerajaan adalah untuk memberi bantuan kepada rakyat dengan memberi subsidi kepada barang-barang tertentu, serta menetapkan harga kepada sesuatu barang keperluan seperti beras, gula, gandum dan sebagainya. Penetapan harga dari kerajaan adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab meletakkan harga sendiri pada kadar yang tidak berpatutan. Jelas bahawa terdapat juga ciri-ciri keadilan dalam sistem ekonomi ini. Sistem ekonomi campuran ini juga telah diamalkan di negara kita sendiri sehingga sekarang. Tuntasnya, ekonomi Islam lebih mementingkan nilai-nilai murni dalam melakukan segala perniagaan manakala ekonomi konvensional mementingkan kepada keuntungan semata-mata. Ekonomi konvensional hanya menumpukan kepada perihal dunia sahaja iaitu tidak memikirkan balasan yang akan diterima di akhirat kelak. Berbeza dengan ekonomi Islam yang menumpukan kepada dua-dua aspek secara menyeluruh iaitu duniawi dan akhirawi yang mana sistem ini mengajak umatnya melakukan kebaikan disamping mengejar keuntungan.5.0 KESIMPULANKesimpulan yang dapat dibuat ialah, sistem ekonomi Islam lebih bermutu berbanding sistem ekonomi konvensional. Sememangnya sistem ekonomi Islam ini lebih mementingkan keadilan dan belas ihsan dalam melakukan sebarang perniagaan seperti pinjaman, jual beli, gadaian dan sebagainya. Namun begitu, tidak dinafikan juga sistem ekonomi konvensional ada baiknya juga seperti mendapat kebebasan dalam melakukan aktiviti perniagaan khususnya. Namun diingatkan juga bahawa kebebasan itu haruslah mengikut syarak serta tidak boleh mengikut hawa nafsu.

6.0 PENEMUAN BAHARUSetelah beberapa minggu saya menyiapkan tugasan ini, saya telah mendepat beberapa ilmu baharu daripada tugasan ini. Pertama sekali tugasan ini telah memberi penerangan kepada saya tentang ekonomi Islam serta ciri-cirinya. Saya juga dapat mengenalpasti perbezaan serta persamaan yang terkandung dalam sistem ekonomi Islam dan ekonomi konvensional. Melalui tugasan ini, saya dapat mengatahui dengan lebih terperinci tentang jual beli, gadaian, pinjaman, dan hutang. Jika sebelum ini, saya hanya mengetahui sedikit sahaja tentang sistem ekonomi Islam itu pun hanya dalam aspek jual beli. Namun setelah saya menyiapkan tugasan ini, saya dapat membezakan empat perkara ini dengan lebih terperinci. Saya juga dapat membezakan jual beli, gadaian, pinjaman, dan sewaan antara sistem ekonomi Islam dengan ekonomi konvensional. Sebagai contoh, pinjaman dalam Islam tidak mengamalkan sistem riba manakala sistem ekonomi konvensional mengamalkan sistem riba.Saya juga dapat mengetahui tentang hukum yang dikeluarkan oleh empat mazhab yang terkenal iaitu mazhab imam Syafie, imam Maliki, imam Hanbali, dan iman Hanafi. Setiap hukum yang dikeluarkan adalah berbeza berpandukan kepada pendapat masing-masing. Sebagai contoh, dalam syarat jual beli mazhab imam Syafii dan Maliki beranggapan bahawa tidak sah jual beli najis yang tidak boleh disucikan, samada barangan ataupun harga. Manakala mazhab imam Hanbali pula meletakkan syarat ini di bawah syarat harta seperti baja. Walaupun mereka mempunyai pendapat yang berbeza, namun mereka tidak pernah menyangkal pendapat dari kalangan mereka. Selain itu, saya juga dapat mengatahui tentang pendapat-pendapat ulama mengenai sistem ekonomi Islam. Sebagai contoh ulama Yusof Al-Qaradhawi lebih mementingkan keadilan dalam melakukan sebarang urusniaga seperti jual beli agar tidak ada berlaku sebarang pertikaian dalam urusan tersebut. Hal ini sama seperti Ibnu khaldun yang lebih mementingkan sifat-sifat atau nilai-nilai murni dalam melakukan sebarang perniagaan khususnya. Sesungguhnya, sifat terpuji itu sangat penting dalam kehidupan seharian kita kerana sifat itulah yang membawa kita kepada kejayaa. Lihatlah Nabi Muhammad SAW yang mempunyai sifat yang terpuji dalam dirinya sehingga diberi kepercayaan oleh Siti Khadijah untuk mengurus tadbir perniagaannya itu.Tuntasnya, tugasan ini telah mengajar saya banyak perkara tentang sistem ekonomi dalam Islam dan ekonomi Konvensional. Segala ilmu yang saya perolehi boleh saya praktikkan dalam kehidupan seharian agar hidup ini lebih diberkati dan diredai oleh Allah SWT.

7.0 RUJUKANAbdullah Alwi Hj Hassan. (2005). TEORI dan APLIKASI KONTEMPORARI sistem ekonomi Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan publication & Distributors Sdn Bhd.David E. O connor. (2006). ENCYCLOPEDIA OF THE GLOBAL ECONOMY A GUIDE FOR STUDENTS AND RESEARCHERS. New Delhi: ACADEMIC FOUNDATION.Faizah Hj. Ismail. (2000). ASAS-ASAS MUAMALAT dalam ISLAM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Sibly Maros. (1989). PRINSIP EKONOMI ANTARABANGSA. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Zaharuddin Abdul Rahman. (2014). Fiqh Kewangan Islam. Kuala Lumpur: BS PRINT (M) SDN BHD.http://www.artikel.majlisasmanabawi.net/hukum-jual-beli-menurut-al-quran-dan-hadits/http://www.jawhar.gov.my/index.php/ms/pelbagai/artikel-pilihan/211-kepentingan-sistem-ekonomi-islam-terhadap-masyarakat

3