hoki

25
INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN, 22200 BESUT, TERENGGANU KERJA KURSUS PENDEK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SEMESTER 5/2015 PJM 3132 PERMAINAN BADMINTON DAN HOKI NAMA : NORATIQAH HANIM BINTI MOHD ROSLIN (930203-06-5738) : WAN NURZALEHA BINTI WAN ZAIDI (930829- 11-5362) UNIT : PENDIDIKAN JASMANI (2) NAMA PENSYARAH : EN. YAKCOB BIN MAMAT TARIKH HANTAR : 23 MAC 2015

Upload: noratiqahr

Post on 29-Sep-2015

28 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

hoki

TRANSCRIPT

INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN,22200 BESUT, TERENGGANUKERJA KURSUS PENDEKPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SEMESTER 5/2015

PJM 3132PERMAINAN BADMINTON DAN HOKINAMA : NORATIQAH HANIM BINTI MOHD ROSLIN (930203-06-5738): WAN NURZALEHA BINTI WAN ZAIDI (930829-11-5362)UNIT : PENDIDIKAN JASMANI (2)NAMA PENSYARAH : EN. YAKCOB BIN MAMATTARIKH HANTAR : 23 MAC 2015

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang telah saya nyatakan sumbernya

Tandatangan :

Nama : NORATIQAH HANIM BINTI MOHD ROSLIN

: WAN NURZALEHA BINTI WAN ZAIDI

Tarikh : 23 MAC 2015

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.TSegala pujian hanya bagi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, bersyukur di atas limpah kurnia-Nya serta taufik dan hidayah-Nya kerana akhirnya kerja kursus ini telah banyak memberikan pengajaran yang berguna dalam proses pembelajaran.Berkat dorongan dan pertolongan pensyarah kami dalam subjek ini yang telah banyak membantu kami, akhirnya terlaksana juga kajian ini dengan baik. Selain itu, tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan moral sepanjang menyiapkan tugasan ini.Selain itu, sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih turut diberikan kepada rakan-rakan yang memberikan kerjasama untuk mendapatkan maklumat yang sahih mengenai tajuk yang diberikan. Diharap tugasan yang dilakukan ini mudah difahami dan diterima dengan sebaiknya.Sekian terima kasih.

ISI KANDUNGANHALAMAN PENGAKUAN

PENGHARGAAN

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN HOKI

BAHAGIAN A : KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS SERTA GAMBAR-GAMBAR / ILUSTRASI

BAHAGIAN B : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

REFLEKSI

BIBLIOGRAFI

1.0 PENGENALANHoki merupakan permainan sukan yang sangat popular dalam kalangan lelaki dan perempuan di seluruh negara. Ia dikenali di peringkat antarabangsa pada sekitar tahun 1980-an dan dipertandingkan secara tetap dalam Sukan Olimpik pada tahun 1928 di Amsterdam. Di Ireland, hoki dikenali sebagai Hurley dan di Scotland pula ia dinamakan Shinty, tetapi permainan hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis iaitu Houquet. Orang Belanda juga mempunyai permainan yang serupa. Namun begitu hoki moden banyak terhutang budi kepada orang Inggeris. Dahulu permainan itu dipanggil Commock sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila nama Hockie digunakan. Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di England. Sebenarnya hoki bukan sesuatu permainan untuk menguji kekuatan mengikut saiz badan. Ini kerana ramai pemain hoki yang terkenal di dunia mempunyai saiz yang lebih kurang sama seperti penduduk Malaysia seperti Richard Charlesworth dan Australia dan Samiuilah dan Pakistan. Perkembangan hoki di Malaysia bermula pada tahun 1948 iaitu di bawah pentadbiran Majlis Hoki Malaya (MHC) yang ditubuhkan bersama Singapura. Kini, pertubuhan sukan kebangsaan yang dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dengan semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan, angkatan tentera dan polis diraja sebagai ahli persekutuan. Malaysia telah menyertai pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa antaranya ialah Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Belia Remaja. Sehingga hari ini, Malaysia merupakan antara 15 buah negara terbaik dalam sukan hoki di dunia dan telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik sebanyak sembilan kali sejak tahun 1956. Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan diterima oleh pelbagai kumpulan.

2.0 KEMAHIRAN ASAS HOKIa) Memukul Bola a) Kemahiran Memukul BolaKemahiran memukul adalah kemahiran di mana pukulan haruslah dibuat untuk penghantaran bola kepada pemain yang lain. Pukulan boleh dibuat secara laju dan cepat namun demikian, ketepatan pukulan bola amatlah dititikberatkan dalam kemahiran ini. Ketepatan arah bola ditentukan dengan kedudukan bahu dan kaki sementera kelajuan bola ditentukan dengan daya pukulan daripada kedua-dua belah tangan dan pemindahan berat badan. Kemahiran asas memukul memerlukan teknik-teknik yang betul untuk menjadikan pukulan bola yang dilakukan lancar kepada pemain yang lain. Antaranya ialah cara pegangan kayu iaitu kepala kayu hoki berada di atas tanah dan tangan kiri diletakkan di hujung kayu dan digenggam secara longgar. Tangan kanan diletakkan di bawah tangan kiri. Kedua-dua tangan akan membentuk bentuk V apabila ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan selari dengan jari kayu hoki. Seterusnya cara berdiri juga memainkan peranan seperti kedudukan bahu mestilah menghadap kepada bola dan kaki dibuka seluas bahu. Kedudukan bola adalah selari dengan jari kaki dan berjarak selesa untuk memukul. Ayunan mestilah dilakukan menghadap ke pemain lain dengan cara menghayun kayu ke arah bola dan memindahkan berat badan ke kaki depan. Bengkokkan lutut semasa melakukannya manakala mata memandang bola. Kontak bahagian belakang bola. Dengan mengikut lajak, kayu dituju sehala dengan sasaran sambal berat badan dipindahkan ke hadapan.

b) Menggelecek Bola a) Kemahiran Menggelecek BolaMenggelecek merupakan salah satu kemahiran untuk mengawal bola yang sedang bergerak ketika bermain. Kemahiran ini memerlukan kepantasan dan kemahiran dalam mengacah untuk mengelirukan pihak lawan daripada merebut bola. Kemahiran menggelecek bola ini dilakukan dengan tiga cara yang berbeza iaitu menggelecek longgar, menggelecek rapat dan menggelecek Indian.i) Menggelecek LonggarKemahiran menggelecek longgar ini digunakan untuk pemain ketika hendak menggerakkan bola dengan cepat dan pihak lawan berada jauh dari bola. Ia bertujuan untuk melepaskan diri dengan bola daripada pemain lawan serta memiliki bola sambal bergerak. Cara untuk menggelecek longgar ialah dengan memastikan tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar. Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan dan badan dibongkokkan sedikit serta lutut dibengkokkan. Mata mestilah memandang bola ketika membuat tolakan. Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan sementara kedudukan kayu hoki 45 ke tanah.

ii) Menggelecek RapatKemahiran menggelecek rapat digunakan ketika pemain hendak mengawal bola dengan rapi. Ia berguna apabila pemain berasa ragu-ragu untuk menghantar bola kepada pemain yang lain. Cara menggelecek rapat hampir sama dengan kedudukan menggelecek longgar. Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang akan bergerak sambil mengkaji situasi padang. Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa menyentuh kayu hoki.iii) Menggelecek Indian Melalui kemahiran ini, pemain dapat melarikan diri daripada pihak lawan dan ia sangat berguna jika pemain hendak menukar arah dari kanan ke kiri. Muka kayu bebas bergerak dengan bola. Cara asas menggelecek Indian ialah pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam tangan kiri ke posisi yang lebih selesa. Tangan kiri memutarkan kayu sambil meletakkan ibu jari tangan kiri ke arah bawah kayu hoki manakala tangan kanan memegang kayu dengan longgar. Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang saiz bahu. Kedudukan mata sama seperti menggelecek rapat dan badan mengikut pergerakan bola. Apabila kaki menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri pada masa kanan menyentuh tanah.

c) Menolak Bola a) Kemahiran Menolak BolaMenolak adalah kemahiran yang paling pantas kepada pemain seterusnya. Kemahiran menolak ini dapat dilakukan ketika waktu kritikal kerana ia dianggap kemahiran yang selamat untuk memberikan bola dengan baik kepada pemain lain. Sasaran bola dapat disembunyikan sehingga saat-saat akhir untuk mengelirukan pihak lawan. Hal ini kerana pihak lawan tidak dapat membaca pergerakan yang akan dilakukan oleh pemain berikutan kerana terlalu pantas. Tambahan pula, kemahiran ini juga dapat digunakan daripada kedudukan yang sukar apabila kemahiran memukul tidak sempat untuk dilakukan. Antara cara-cara yang betul untuk membuat kemahiran menolak ialah cara memegang kayu iaitu tangan kiri berada di bahagian atas kayu manakala tangan kanan berada dibawah antara 15-20 cm daripada tangan kiri. Kedudukan badan ialah bahu kiri hendaklah menghala kearah sasaran bola dan lutut dibengkokkan menghampiri kayu supaya dapat didekatkan dengan bola. Kedudukan bola ialah 15 cm daripada kaki kanan atau 30 cm dari kaki kiri. Seterusnya badan dibongkokkan ke hadapan supaya mata dapat melihat bola dengan tepat. Akhirnya tolakan dapat dibuat dengan baik.

d) Menahan / Menyerkap Bolaa) Kemahiran Menahan/Menyerkap BolaMenahan dan menyerkap bola adalah suatu perkara yang sama. Kemahiran ini memerlukan pemain mendapat dan mengekalkan pemilikan bola yang telah dipukul dari beberapa sudut dengan kelajuan yang berbeza. Tambahan pula, padang yang digunakan untuk bermain hoki adalah berbeza. Padang jenis astroturf memudahkan pemain untuk menahan dan menyerkap bola namun agak sukar sekiranya bola diberi dalam kelajuan yang agak tinggi. Bagi padang rumput, kelajuan bola tidak dapat diagak berikutan kerana keadaan padang yang tidak rata. Selain itu, bola dapat ditahan dalam keadaan statik atau bergerak. Bola seharusnya diserkap dalam kedudukan terbaik dan bersedia untuk sebarang kemungkinan. Perkara yang paling penting ketika menahan bola ialah menahan bola terlebih dahulu dan menyimpan bola seperti menggelecek untuk mengelakkan pihak lawan mendapat bola kemudian lihat pada sasaran yang bersesuaian barulah tindakan seterusnya dilakukan. Antara cara untuk menyerkap bola yang sedang bergerak ialah tangan kiri berada di kedudukan atas kayu hoki manakala tangan kanan berada di bawah tangan kiri dalam jarak 15 cm. Tangan kanan perlulah dilonggarkan sedikit untuk bagi membantu pegangan tangan kiri. Kedudukan kaki hendaklah dibengkokkan lutut. Permukaan kayu yang rata mesyilah selari dengan bola yang datang. Keseluruhan badan mestilah berada di belakang kayu yang condong ke hadapan untuk mengelakkan lantunan bola ke atas atau ke arah badan. Gerakan badan ke kanan atau ke kiri dilakukan untuk persediaan dari arah mana bola akan datang. e) Menguis Bola a) Kemahiran Menguis BolaKemahiran ini selalunya dipraktikkan oleh penjaring sesuatu pasukan. Kemahiran adalah strok tolakan yang dinaikkan dan berpusing. Cara memegang kayu hoki bagi kemahiran ini hampir sama seperti kemahiran menolak iaitu cara pegangan, pergerakan tolakan, tidak ada ayunan kerana kayu hoki berada di belakang bola hoki, memerlukan pergelangan tangan yang kuat dan mengikut lajak dengan baik.Kedudukan bola berada di hadapan kaki hadapan. Berat badan bagi seorang pemain hoki ketika menguis berada di kaki belakang sebelum dipindahkan ke kaki hadapan supaya bola mendapat peluncuran yang baik. Pergelangan tangan turut memutar dengan cepat supays kuitan itu berputar dan menyukarkan penjaga gol untuk mengawal kehadiran bola dari arah hadapan.Semasa menyentuh bola, kayu hoki perlulah menghadap ke atas sedikit. Namun, bahagian paling sukar untuk kemahiran ini ialah ketika melakukan putaran. Bagi memastikan putaran terjadi, kekalkan sentuhan kayu dengan bola seberapa lama yang boleh dengan menyentuh sebelah kanan bola terlebih dahulu kemudian sebelah bawah bola. Seterusnya, kayu hoki menyentuh sebelah kiri bola lalu menguit bola dengan jari kayu hoki.

f) Menghantar Bola

a) Kemahiran Menghantar BolaHantaran merupakan kemahiran yang membolehkan setiap anggota dalam pasukan untuk bekerjasama antara satu sama lain. Hantaran dilakukan oleh pemain dengan membuat gerakan bola dengan cepat untuk keluar dari situasi pertahanan atau melakukan serangan. Permainan yang banyak melakukan hantaran yang baik dan cepat akan menjadikan perlawanan semakin lancar. Terdapat banyak cara untuk melakukan hantaran dengan baik iaitu memukul bola, menolak bola, menguis bola atau menggunakan reverse stick. Bagi hantaran asas yang dilakukan dalam permainan ialah hantaran berbentuk segi empat sama (square passes). Ia bermaksud hantaran-hantaran yang dibuat adalah selari dengan garisan gol. Hantaran ini dilakukan di sebelah kiri atau kanan dengan menggunakan reverse stick. Hantaran-hantaran berbentuk segi empat sama biasanya dilakukan apabila serangan mula berlaku kerana ia memberi masa untuk pemain di belakang bergerak ke atas dan menambahkan bilangan pemain serangan serta memaksa pemain pertahanan bertukar tempat dengan kerap antara mereka.

Semasa mereka cuba mengatur semula permainan, ada kemungkinan terdapat ruang dalam pertahanan yang boleh digunakan oleh penyerang untuk dieksploitasi. Kebiasaannya, satu hantaran square menyebabkan pemain pertahanan mengambil posisi square yang agak senang untuk dieksploitasi dengan satu hantaran menerusi (a through pass). Selain itu, hantaran hadapan juga merupakan hantaran asas yang digunakan dalam sukan hoki. Hantaran hadapan adalah hantaran yang dilakukan apabila bola menghampiri gol lawan. Ia boleh dilakukan secara berpenjuru, ke hadapan atau tegak lurus kepada garisan gol. Ia dilakukan bagi mendapatkan kawasan untuk mempercepatkan serangan atau untuk mengalahkan pertahanan pihak lawan dengan hantaran bola menerusi (a through pass). Hantaran terakhir yang dilakukan ialah hantaran belakang (back pass). Ia jarang digunakan tetapi kadangkala ia digunakan untuk melambatkan permainan, mendapatkan lebih ramai penyerang berada di kawasan permainan atau menarik pemain pertahanan dari kawasan yang sesak.

g) Merebut/ Tackle BolaMerebut adalah satu keupayaan merampas bola daripada penguasaan pihak lawan. Sewaktu melaksanakan kemahiran ini, imbangan, koordinasi, ketangkasan dan kesedaran ruang memainkan peranan yang penting. Kemahiran ini dilakukan pada saat pihak lawan leka dan cuai. Terdapat pelbagai cara untuk merebut bola iaitu dengan merebut secara menghadang (flat tackle), merebut secara kilas (reverse tackle) dan merebut secara melonjak (jab tackle).

a) Merebut Secara Menghadang (Flat Tackle)

Bagi merebut secara menghadang (flat tackle), ia digunakan untuk menghadang kemaraan penyerang dari sebelah kanan pemain pertahanan dengan meletakkan kayu mendatar dengan permukaan padang. Kayu diletakkan di depan kaki kiri.

b) Merebut Secara Kilas (Reverse Tackle) Bagi merebut secara kilas (reverse tackle), ia digunakan di sebelah kiri pemain pertahanan. Cara yang betul untuk merebut secara kilas ialah kedudukan tangan adalah rapat dengan padang. Badan dibongkokkan ke bawah untuk memudahkan tangan mencecah lantai. Lakukan lonjakan dan cuba kait bola. c) Merebut Secara Melonjak (Jab Tackle)Bagi merebut secara melonjak (jab tackle), ia bukanlah satu tackle yang kuat tetapi mempunyai kelebihan dari segi elemen kejutan dan pemain pertahanan mempunyai jarak yang lebih baik untuk melakukan tackle ini. Cara yang betul untuk merebut secara melonjak ialah pegang kayu kuat di tangan kiri. Lakukan lonjakan dan cuba kait bola.h) Sudut Penalti

a) Sudut PenaltiShort corner atau penalty corner dikenali juga sebagai sudut penalti. Sudut penalti ini diberikan apabila seseorang diketahui dengan jelas menyentuh bola disebelah daerah gawangnya atau disebabkan sesuatu hal yang dilakukannya di dalam D atau striking circle. Short corner hampir serupa dengan free kicks dalam permainan bola sepak. Apabila sudut penalti berlaku, semua pemain pertahanan termasuk penjaga gol perlu berdiri di garisan belakang, manakala 6 orang lagi pemain pasukan pertahanan tersebut perlu bersedia di kawasan garisan tengah sahaja. Pasukan penyerang pula bersedia di kawasan berhampiran 5 orang pemain pertahanan. Salah seorang pemain penyerang perlu berdiri di kawasan garisan belakang berserta dengan bola. Apabila penyerang mula mencuba menjaringkan gol, pasukan pertahanan perlu menahan bola tersebut daripada masuk ke kawasan gol. Namun, apabila penyerang menghantar bola tersebut dan pasukan pertahanan tidak sempat menahan dan bola tersebut masuk ke kawasan gol, maka pasukan penyerang dikira berjaya menjaringkan gol.

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

4.0 REFLEKSIAssalamualaikum wbt.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, dengan izin-Nya maka saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus PJM 3132 Permainan Badminton dan Hoki ini dengan sempurna. Melalui tugasan ini, saya diberi peluang untuk menerokai satu lagi ilmu dalam pendidikan yang akan membantu saya dalam dunia pekerjaan suatu hari nanti.Sebelum memulakan tugasan, kebiasaannya saya akan mengumpulkan bahan-bahan mengenai tugasan yang diberikan dari pelbagai sumber. Tugasan ini juga merupakan tugasan yang dilakukan secara berpasangan. Oleh itu kolaborasi antara saya dan pasangan iaitu Wan Nurzaleha binti Wan Zaidi sangat penting bagi memenuhi kehendak soalan. Kami mendapat tajuk yang berkaitan dengan kemahiran hoki dan kami telah mengkhususkan untuk mencari kemahiran hoki sahaja. Tambahan pula, kami dan rakan-rakan yang lain telah membahagikan tajuk tugasan antara permainan hoki dan badminton supaya tajuk yang diberikan dapat dilakukan secara seimbang. Tidak dinafikan pada kali ini sumber internet lebih banyak membantu saya kerana segala maklumat dapat saya cari dengan senang, mudah dan menjimatkan masa. Bahan-bahan yang dicari juga menepati soalan tugasan saya. Selepas mengumpul kesemua bahan, saya dan pasangan akan merangka tugasan terlebih dahulu agar kerja kami tidak menjadi kelam kabut dan bertaburan. Kerangka tugasan adalah paling penting untuk menjadikan tugasan lebih tersusun dan sistematik.Setiap tugasan yang diberikan memberi manfaat kepada kami sebagai guru pelatih. Kekuatan pada tugasan kali ini adalah saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang kemahiran-kemahiran asas dalam permainan hoki. Disamping itu juga, saya dapat memahami cara yang betul dalam merangka Rancangan Pengajaran Harian. Kami memilih permainan hoki berbanding permainan badminton kerana kami mempunyai beberapa info tambahan mengenai hoki yang dapat dimasukkan dalam tugasan kerja kursus ini. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari pensyarah kami iaitu Encik Yakcob bin Mamat, kami dapat perbaiki kesilapan dalam pembinaan Rancangan Pengajaran Harian tersebut.

Dalam kemahiran-kemahiran yang dikemukakan, beberapa gambar perlu diselitkan sebagai penerangan kepada kemahiran yang diterangkan. Gambar-gambar ini membantu sekiranya saya perlu menunjukkan cara perlakuan kepada murid-murid saya kelak. Pada mulanya pensyarah meminta kami melakukan kemahiran tersebut dan menyelitkan gambar dalam bentuk jadual namun sekiranya dibuat dalam jadual, huraian dan penerangan bagi kemahiran tersebut akan menjadi pendek. Oleh yang demikian, inisiatif lain dicari untuk menjadikan penerangan tersebut mudah difahami. Selain itu, saya juga mengalami sedikit masalah dari segi pemilihan gambar untuk dijadikan panduan dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Kebanyakan gambar hanya menunjukkan perbuatan yang hampir sama dan sedikit sebanyak mengelirukan saya untuk meletakkan gambar yang sesuai mengikut aktiviti yang dilakukan. Namun demikian, setelah mencari info-info yang betul akhirnya saya dapat mengatasi masalah tersebut. Selain itu, saya mempunyai masalah dalam menguruskan masa untuk menyiapkan tugasan ini. Saya mengambil langkah dengan membuat jadual perancangan gerak kerja bagi memastikan saya dapat menyiapkan tugasan ini mengikut tarikh yang ditetapkan. Hal ini kerana beberapa kerja kursus mempunyai tarikh yang sama dan bertindan dengan kerja kursus ini untuk dihantar. Namun demikian, dengan pengurusan masa yang baik saya dapat mengatasi masalah ini.Akhir kata dari saya sebelum saya undurkan diri, saya inigin mengucapkan sekali lagi dan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Yakcob bin Mamat kerana tidak jemu dalam mencurahkan ilmu serta mendidik saya menjadi seorang insan yang bergelar guru suatu hari nanti. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan kumpulan dan rakan-rakan lain yang banyak membantu serta memberi idea dalam melaksanakan dan melengkapkan tugasan pada kali ini.

-NORATIQAH HANIM BINTI MOHD ROSLIN--PENDIDIKAN JASMANI 2-5.0 BIBLIOGRAFIINTERNET