781117065006001 hbef2303 teknologi maklumat dalam pendidikan

33
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN SEMESTER MEI 2014 NO KAD MATRIK : 781117065006001 KAD PENGENALAN : 781117065006 NO.TELEFON : 019-4355002 E-MAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN PERAK

Upload: camp-lazlo

Post on 03-Oct-2015

59 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

teknologi maklumat dalam pendidikan

TRANSCRIPT

Page2 HBEF2303:TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN SEMESTER MEI 2014

NO KAD MATRIK: 781117065006001 KAD PENGENALAN : 781117065006NO.TELEFON: 019-4355002E-MAIL : [email protected] PEMBELAJARAN: PUSAT PEMBELAJARAN PERAK

KANDUNGANKandungan.1.0 Pengenalan...31.1 Perkembangan Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan Di Malaysia.3-41.2 Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)..5-62.0 Pernyataan Masalah ..73.0 Tinjauan Kajian Lepas..8-103.1 Andaian Pembelajaran Berasaskan Laman Web11-12Carta Alir ........................................................................................................134.0 Metodologi Kajian...14Sampel KajianInstrumen Kajian5.0 Analisis Kajian..........................................................................................15-166.0 Kesimpulan17Rujukan.18-19Lampiran...20-24

1.0 PENGENALANKomputer adalah sebuah mesin elektronik yang amat berguna pada zaman dahulu dan sekarang. Komputer dapat meringankan kerja seharian manusia, membantu menyelesaikan tugas-tugas manusia dengan cepat dan tepat. Komputer telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia kerana ia mempunyaikelajuan(speed), kebolehpercayaan (reliability), keupayaan storan (storagecapability), produktiviti (productivity), membuat keputusan dan dapat mengurangkan kos. Sebagai kesimpulanya, komputer adalah sebuah mesin elektronik yang dapat menyelesaikan tugas-tugas manusia dengan lebih pantas dari tenaga manusia dan menggunakannya adalah keputusan yang tepat.

1.1 Perkembangan Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan Di MalaysiaSeiring dengan dengan kecanggihan sains dan teknologi terutamanya bidang teknologi maklumat yang membawa satu revolusi dan inovasi kepada dunia.Pelbagai perubahan dapat dilihat tidak terkecuali dalam bidang pendidikan. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah mengambil langkah untuk terus bertindak memperkembangkan teknologi komunikasi dan maklumat ini dengan menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Tujuh aplikasi utama yang terkadung dalam MSC adalah terdiri daripada kerajaan elektronik, tele-perubatan, sekolah bestari, pemasaran tanpa semapadan, kad pintar, kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan perusahaan dunia.Sejajar dengan perkembangan ICT, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telah memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransformasikan bidang pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020. Transformasi ini telah mengubah anjakan paradigma pengajar dan pelajar dalam proses pelajaran dan pembelajaran dalam pendidikan khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.Teknologi dalam pendidikan juga merupakan satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2012). Menurut Bahagian Teknologi Pendidikan (2012) lagi, teknologi pendidikan ialah kombinasi proses dan alat yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini seperti komputer dan teknologi yang berkaitan. Terdapat banyak kepentingan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Beberapa kepentingan tersebut adalah seperti berikut (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2012): Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan. Menjimatkan masa, tenaga dan wang. Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar dan secara tidak langsung menghiburkan pelajar. Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh. Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas tentang sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian. Melibatkan pelbagai deria pelajar. Sebagai contoh, penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar. Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar. Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum. Memperkayakan pengalaman pelajar. Sebagai contoh, media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian ini tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seolah-olah mengalaminya. Oleh itu, penggunaan teknologi dalam pendidikan adalah amat berguna kerana terdapat banyak kepentingan yang dapat guru perolehi daripadanya bagi menjayakan sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer di dalam kelas.

1.2 Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)Pengajaran berbantukan komputer boleh dilihat sebagai satu alternatif ke arah melahirkan generasi yang kreatif, inovatif, kritis dan berwawasan selaras dengan hasrat kerajaan yang ingin mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, di mana ia menjadi asas kepada Pembentukan Kurikulum Pendidikan Malaysia. Menurut Norhashim et al. (1996) konsep pengajaran berasaskan komputer adalah mengenai pembahagian bahan pembelajaran dan kemahiran dalam unit kecil supaya ianya mudah difahami. Menurut Norhashim et al. (1996) lagi unit kecil ini pula akan dipersembahkan semula dengan gaya yang menarik dalam bentuk bingkai untuk dipaparkan di skrin monitor. Secara umumnya konsep pembelajaran berasaskan komputer memudahkan sesuatu proses pembelajaran itu difahami. Pengajaran atau pembelajaran berasaskan komputer boleh dihubungkan secara dalam talian. Bahan pengajaran melalui komputer boleh disediakan dalam bentuk cakera keras atau bahan ini tadi dilancarkan ke laman web. Pengajaran berbantukan komputer boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan teknologi ICT melalui laman web pembelajaran untuk mengadakan latih tubi di dalam kelas. Setiap pelajar dikehendaki menjawab soalan latih tubi di laman web dan kemudian guru dan pelajar akan membincangkan jawapannya di dalam kelas. Sebagai contoh, laman web yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran iaitu,http://spp.moe.edu.mymengandungi pelbagai nota dan latih tubi yang amat berguna buat guru dan pelajar.Guru memainkan peranan yang penting di dalam penyebaran penggunaan komputer kepada para pelajar melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran selain menarik minat pelajar tehadap P&P di dalam kelas. Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) adalah salah satu proses yang dapat membantu menjayakan dasar pembelajaran berpusatkan pelajar. Perancangan yang teliti diperlukan dalam menghasilkan perisian pembelajaran yang sesuai dan berkesan dengan teknologi komputer dan multimedia. Gabungan audio, video, animasi dan interaksi pengarahan bagi persembahan multimedia dapat member peluang kepada pelajar menggunakan dan berinteraksi dengan bahan pembelajaran melalui teknologi.

Komputer ialah teknologi masa kini yang begitu cepat berkembang. Pelbagai jenis maklumat dapat diperoleh melalui satu klik sahaja. Pelajar hari ini lahir dalam dunia berteknologi tinggi. Oleh hal yang demikian, komputer tidak dapat dipisahkan daripada dunia mereka. Pada masa depan, teknologi komputer akan menjadi lebih canggih dan menakjubkan memandangkan kemajuan pesat teknologi ini pada hari ini.Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru dan negara kita tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini.Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu untuk membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi ia juga berpotensi sebagai alat untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Komputer juga dapat membantu menyelesaikan masalah guru dalam pengajaran. Ciri-ciri komputer yang lebih mesra, tidak jemu, tidak sakit hati dan sabar semasa membuat dan menggunakan program menjadikan ia sesuai untuk pelajar terutama bagi pelajar-pelajar yang kurang cerdas. Menurut KPM ( 1997 ), aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum di sekolah sebagai satu daya usaha untuk menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif pelajar terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan diubahdaripada sesuatu yang berdasarkan kepada memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dengan menggunakan teknologi terkini.Terdapat beberapa perkara penting yang oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.1. Komputer hanya akan bertindak sebagai alat bantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya penggunaan komputer dapat dilaksanakan dengan berkesan.2. Komputer tidak akan mengubah peranan guru. Sebaliknya, guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang IT.3. Penggunaan komputer dapat mengurangkan bebantugas guru dan pelajar disamping setiap kerja dalam dilakukan dengan kemas teratur dan sistematik.

2.0 PERNYATAAN MASALAHKementerian Pendidikan Malaysia telah banyak membekalkan prasarana kemudahan komputer ke sekolah-sekolah di bandar dan di luar bandar. Setakat pembacaan dan pengalaman pengkaji didapati penggunaan komputer dalam pengajaran adalah masih belum meluas. Penyebaran penggunaan apklikasi-aplikasi menarik melalui tablet.ipad atau i-phone masih jauh ketinggalan berbanding negara-negara barat. Halangan pembelajaran didapati membawa kesan terhadap seseorang individu dalam pembelajaran dan tahap kepuasan (Schilke, 2001).Menurut kajian Azliza Awang (2005) dalam kajiannya mengenai amalan penggunaan komputer dalam kalangan guru-guru mendapati masih terdapat segelintir guru yang tidak menyedari kepentingan penggunaan teknologi komputer bagi meningkatkan interaksi dan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Ada juga segelintir guru yang tidak bersetuju menggunakan komputer ini, kerana mereka tidak berminat, kurang berpengetahuan atau tidak inginkan perubahan dan hanya meneruskan kaedah pengajaran secara konvensional. Pemusatan kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana guru-guru dapat menerima penggunaan aplikasi android sebagai satu bahan baru bantu mengajar dan mahu menggunakan teknologi terkini sebahagian dalam PdP mereka.

3.0 TINJAUAN KAJIAN LEPAS

Criswell (1989) mendefinisikan pengajaran berbantukan komputer sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dengan melibatkan pelajar secara aktif. Secara ringkasnya, matlamat pengajaran berbantukan komputer ialah pengajaran guru di dalam kelas dengan berbantukan komputer. Menurut Gagne dan Briggs (Wang dan Sleeman, 1994) kemasyuran komputer menjadi popular sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pengajaran yang lain sebelum zaman komputer. Istilah kaedah pengajaran berbantukan komputer adalah diambil dari istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-Based Instruction (CBI) yang membawa maksud pengajaran terancang berasaskan komputer (Faharol Razi Hj. Shaari ,1998).Fu Foo Yang (1990) telah memperkenalkan pembelajaran berasaskan komputer yang berunsur permainan dalam mata pelajaran geografi tingkatan enam. Sebanyak 58 pelajar telah dijadikan sampel kajiannya yang mempunyai kebolehan sederhana dan rendah. Kajian ini telah menggunakan ujian pra dan pos, soal selidik, temubual dan pemerhatian sebagai alat kajian. Hasil kajian beliau menunjukkan sikap pelajar yang positif terhadap teknik pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan komputer. Sebagai kesimpulan kajian ini merumuskan bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan komputer dalam bilik darjah telah berjaya memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar dan sikap mereka terhadap teknik ini adalah amat memberangsangkan. Satu kajian tentang penggunaan laman web yang disepadukan subjek Geografi telah dijalankan terhadap 114 pelajar yang mengikuti kursus di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1998 (Habibah 1999).Kajian ini telah dijalankan oleh Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM (PJJ USM) untuk melihat keberkesanan penggunaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan laman web. Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa ramai pelajar yang mendapat markah yang tinggi datangnya dari kumpulan pelajar yang belajar berasaskan laman web berbanding kaedah konvensional. Satu kajian yang dijalankan oleh Usip et al. (1998) terhadap pelajar yang mengikuti kursus statistik di Youngstown State University telah menunjukkan pelajar yang mengikuti pembelajaran secara laman web adalah baik di dalam mendapatkan maklumat dan dapat menjadikan komputer sebagai alat untuk memperbaiki prestasi mereka. Dalam satu kajian lain menunjukkan proses pembelajaran berasaskan laman web dapat mengurangkan sebahagian besar masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa proses pembelajaran (Hannaford 1993). Dapatan kajian mendapati: i. Pelajar mengambil masa yang kurang untuk mempelajari sesuatu perkara.ii. Menambahkan tumpuan pelajar kepada tugas yang diberi. iii. Pelajar mempunyai sikap positif terhadap penggunaan komputer di kelas. iv. Komputer tidak menyekat kreativiti pelajar. v. Faedah penggunaan komputer bergantung kepada persekitaran dan cara komputer digunakan. vi. Komputer berjaya mengajar pelajar yang terdahulunya tidak boleh diajar dan tidak berminat untuk belajar. Dalam satu lagi kajian yang dijalankan oleh Zolkepli et al. (2001) ke atas 164 pelajar Pusat Pengajian Jarak Jauh (PJJ) Universiti Kebangsaan Malaysia menunjukkan pelajar pelajar mempunyai persepsi yang baik dan positif ke atas penggunaan laman web untuk kaedah pembelajaran secara on line.Beberapa kajian menunjukkan bahawa interaktif multimedia begitu penting untuk proses pembelajaran yang baik dalam pembinaan sesuatu media pengajaran. Perkara ini telah dibuktikan oleh Stallings (1984) yang menyatakan bahawa pengajaran berinteraktif memang berkesan dan ada hubungan dengan pencapaian pelajar dalam proses pembelajaran. Gasyeki (1993) pula mendapati kesan penggunaan komputer sebagai media pengajaran adalah positif, terutamanya dalam proses latih tubi dan penggunaan komputer secara interaktif. Dapatan ini diperkukuhkan oleh Worthington et al. (1993) yang mengkaji kesan interaktif terhadap sekumpulan pelajar yang belajar muzik dengan menggunakan komputer interaktif. Hasil kajian mereka menunjukkan pencapaian prestasi kumpulan yang menggunakan komputer interaktif adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan yang tidak menggunakan sistem interaktif.Kajian yang telah dibuat oleh Gan Chia Leng (1998) menunjukkan perkembangan teknologi maklumat telah membuka jalan baru kepada bidang pendidikan yang berasaskan kaedah pembelajaran dengan komputer. Kajian di atas juga menunjukkan perkembangan teknologi maklumat yang menguasai dunia pendidikan sekarang adalah dengan adanya teknologi multimedia yang berupaya untuk membina media pengajaran yang menggabungkan pelbagai elemen iaitu teks, animasi, video, grafik, audio dan elemen interaktif .Gasyeki (1993) pula mendapati kesan penggunaan pengajaran berbantukan komputer sebagai media pengajaran adalah positif, terutamanya dalam proses latih tubi dan penggunaan komputer secara interaktif. Dapatan ini diperkukuhkan oleh Worthington et. Al (1993) yang mengkaji kesan interaktif terhadap sekumpulan pelajar yang belajar muzik dengan menggunakan komputer interaktif. Hasil kajian mereka menunjukkan pencapaian prestasi kumpulan yang menggunakan komputer interaktif adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan yang tidak menggunakan sistem interaktif.Crowe et al. (1995) telah membuat kesimpulan bahawa multimedia interaktif berkemampuan untuk meningkatkan kadar penerimaan pelajar sebanyak 30 peratus lebih daripada pelajar yang diajar dengan menggunakan kaedah tradisional. Kajian yang telah dibuat oleh Gan Chia Leng (1998 ) menunjukkan perkembangan teknologi maklumat telah membuka jalan baru kepada bidang pendidikan yang berasaskan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan komputer. Kajian di atas juga menunjukkan perkembangan teknologi maklumat yang menguasai dunia pendidikan sekarang adalah dengan adanya teknologi multimedia yang berupaya untuk membina media pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan pelbagai elemen iaitu teks, animasi, video, grafik, audio dan elemen interaktif.Menurut kajian Fify Farisa Mohamad Firdaus, Norhayati Osman dan Siti Zamriah Mohd.Hussin di dalam artikel mereka yang bertajuk Aplikasi Terkini dalam Pengajaran dan Pengajaran Pendidikan Islam tahun 2009. Pada asasnya, kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi pendidikan bergantung kepada keupayaan dan kebolehan untuk mengaplikasikannya sesuai dengan objektif pembelajaran. Sebagai kesimpulan kajian ini merumuskan bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan komputer dalam bilik darjah telah berjaya memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar adalah amat memberangsangkan.

3.1 Andaian Pembelajaran Berasaskan Laman WebMenurut Hee et al. (2001) menyatakan pembelajaran berasaskan komputer akan dapat menonjolkan situasi pembelajaran yang interaktif di antara pelajar dengan isi pembelajaran. Proses ini mampu mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hee et al. (2001) juga menyatakan kaedah ini berkesan dan berupaya untuk membimbing dan membentuk mental serta pemikiran pelajar agar lebih kreatif dan inovatif dan memahami konsep ilmu dengan lebih berkesan. Menurut Zulkifli (1998), ciri ciri kelebihan yang boleh dimanfaatkan daripada teknologi multimedia interaktif adalah seperti berikut :i. Proses pembelajaran menjadi aktif.ii. Menggunakan gambar dan interaktifiii. Menyediakan laluan pelbagai hala yang boleh dikawal sendiri oleh pengguna dalam proses untuk mendapatkan maklumat.iv. Memberi kecekapan dalam pengurusan masa pembelajaran dan mengurangkan masa latihan dan pengajaran.v. Mengawal pelbagai jenis data. Dalam proses pembelajaran di dalam bilik darjah, teori dan strategi pembelajaran yang betul adalah penting untuk memastikan maklumat yang disampaikan serta dapat diterima dengan baik oleh pelajar. Begitu juga di dalam proses pembelajaran berasaskan laman web, teori dan strategi pembelajaran yang betul adalah di antara faktor penting di dalam menentukan keberkesanannya. Teori pembelajaran boleh menjadikan sesuatu laman web itu lebih efektif untuk berfungsi sebagai tutor kepada pelajar yang menggunakan kaedah pembelajaran ini. Di antara teori yang baik untuk diterapkan di dalam kaedah pembelajaran berasaskan laman web ini ialah teori pembelajaran Gagne. Teori ini menyatakan terdapat beberapa perbezaan atau tahap dalam pembelajaran (Gagne 1992). Kesan dari itu, ia memerlukan pelbagai cara pengajaran yang berbeza. Gagne (1992) mengenal pasti lima kategori pembelajaran iaitu: i. maklumat lisan ii. kemahiran intelek iii. strategi kognitif iv. kemahiran motor dan v. sikap

Gagne (1992) juga telah menggariskan beberapa garis panduan bagi strategi pembelajaran bagi melengkapkan proses kognitif. Penulis mengambil garis panduan ini untuk dijadikan strategi pengajaran yang digunakan dalam proses pembelajaran berasaskan laman web iaitu : i. Menarik perhatian.ii. Memaklumkan objektif pembelajaran.iii. Merangsang untuk mengingat pelajaran yang lepas. iv. Menyediakan rangsangan atau pendorong pembelajaran. v. Menyediakan panduan pembelajaran secara semantik. vi. Mendapatkan kemajuan. vii. Menyediakan maklum balas.viii. Menilai pencapaian pembelajaran. ix. Tingkatkan pemindahan dan mengekalkannya.

CARTA ALIR KAJIAN

4.0 METODOLOGI KAJIANReka Bentuk Kajian

Kajian ini dibuat terhadap 10 orang guru Bahasa Inggeris sekolah rendah sebagai responden. Pada peringkat permulaan, guru-guru ini diberi penerangan mengenai aplikasi yang telah dipilih. Mereka juga diberi peluang untuk mencuba sendiri aplikasi tersebut. Kemudian guru-guru ini dikehendaki mengisi borang soal selidik yang telah disediakan.Soal selidik adalah instrumen utama dalam kajian ini. Data dikumpulkan melalui borang soal selidik yang telah diagihkan. Melalui data yang diperolehi daripada responden yang dijadikan sampel.Sampel KajianPopilasi kajian ini adalah terdiri daripada 50 orang guru di SK Talang,Kuala Kangsar, Perak. Daripada popilasi ini, 10 orang guru bahasa Inggeris dipilih sebagai responden secara rawak untuk menjadi sampel untuk kajian ini.Instrumen KajianSatu set soal selidik telah dibentuk yang mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A :Mesra Pengguna , Bahagian B: Interaktiviti dan Bahagian C: Rekabentuk mengandungi item-item soalan yang mengandungi maklumat berkaitan aplikasi yang dipilih dan 2 soalan pernyataan pendapat.

5.0 ANALISIS KAJIAN5.1 Analisis DataSkalaSangat Tidak SetujuTidak SetujuTidak PastiSetujuSangat Setuju

Soalan

146

26

32332

446

546

6263

7253

846

946

1046

1146

1246

13334

1446

15442

16442

17442

18424

1946

2046

2146

2246

2346

2446

2546

2646

2746

2846

2946

3036

Jadual 1

Soalan 1 dan 2JUMLAH RESPONDEN

Sangat Tidak setuju0

Tidak Setuju4

Tidak Pasti5

Setuju6

Sangat Setuju6

Jadual 2

5.2 PerbincanganJadual di atas menunjukkan taburan responden memberikan skala yang terdapat di dalam borang soal selidik. Didapati bahawa majoriti responden memberi jawapan yang paling banyak pada skala sangat bersetuju dan memberi respons yang baik terhadap aplikasi tersebut. Ini menunjukkan kesemua responden memberi jawapan positif terhadap aplikasi tersebut. Walau bagaimana pun jawapan yang diberikan pada dua soalan terakhir memberikan banyak persoalan yang timbul kerana ada dikalangan guru-guru ini memberikan beberapa alasan seperti mengambil kos masa yang banyak,kurang penglibatan murid dan tidak semua guru mempunyai tablet atau ipad untuk menggunakan aplikasi tersebut.

6.0 KESIMPULANSecara umumnya dapatlah dirumuskan bahawa impak menggunakan aplikasi masih diragui walaupun ianya boleh dijadikan sebagai salah satu sumber baru dalam bahan atau alat bantu mengajar. Faktor pengetahuan, sikap, sifat-sifat inovasi, personaliti guru, dan sokongan organisasi amat mempengaruhi penerimaan dan penggunaan komputer serta teknologi baru seperti pengunaan tablet dan aplikasi baru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru.

RUJUKANAhmad Zaharim Abdul Azis. 1999. Menguasai Internet. Kuala Lumpur : Pustaka Cipta Sdn Bhd.Ahmad Zanzali , Noor Mazlan and Kassim@Aziz, Noraziah (2010) Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru Pelatih UTM. Tidak Diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia. Eprint.utm.edu.my. 25 Mei 2012.

Azliza bt Awang (2005). Amalan Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Pendidikan Khas Di Sabak Bernam. Universiti Kebangsaan Malaysia , Bangi, Selangor.Brown, C., Collin, M. & Drgged, R. 1994. Computer based curriculum developments tools for teachers. New York. Teachers College Press.Fung Foo Ying. 1990. Sikap pelajar pelajar tingkatan enam di dua buah sekolah menengah terhadap program mainan dalam pembelajaran geografi dengan bantuan komputer. Universiti Kebangsaan Malaysia.Gan Chia Leng. 1998. Penggunaan perisian helaian hamparan (Microsoft Excel) dalam pengajaran mata pelajaran mata pelajaran kimia tentang konsep PH bagi larutan asid kuat dan lemah. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.Gagne, R.M. 1992. Syarat syarat pembelajaran laman web. (atas talian) http://mohas.virtualave.net/pendidikan/fizik/enjin_haba/teori.htm (30 Julai 2001).Gasyeki, D.M. 1993. Making sense of multimedia to this volume. Dlm D.M. Gasyeki (ed ). Multimedia for learning development, application, evaluation. New Jersey : Educational Technology. Halimah Badioze Zaman. 1999. Multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Kertaskerja Persidangan Kebangsaan Pusat Sumber Sekolah di Pulau Pinang. Januari

Habibah Hj Lateh.1999. Internet : Penggunaanya Dalam Pengajaran Geografi Fizikal Secara Jarak Jauh. Pembentangan Kertas Kerja Teknologi Instruksi dan Pendidikan Bestari : Persediaan dan cabaran dalam alaf baru. Konvensyen Teknologi Pendidikan ke 12.Negeri Sembilan, 8 -10 Oktober.Hannaford, A.E. 1993. Computers and Exceptional Individuals. In J.D. Lindsey (Ed), Computers and Exceptional Individuals. Austin, TX : Pro-Ed.Zolkepli Haron, Effandi Zakaria, Zurina Mahadi & Hukil Sino. 2001.Persepsi pelajar PJJ UKM terhadap pembelajaran secara online.Pembentangan Kertas kerja Konvensyen Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia kali ke 14. Hotel Goldcourse, Kelang. 11 14 September.

LAMPIRAN

BORANG SOAL SELIDIK

Bagi setiap item, sila tandakan (/) untuk menyatakan pendapat anda mengikut pilihan yang diberikan

12345

(A) Mesra Pengguna

Aplikasi ini membolehkan anda mula menggunakan kandungannya dengan mudah.

Paparan penuh di dalam aplikasi ini membolehkan anda melihat kandungannya dengan mudah.

Fail boleh dimuat turun dengan mudah.

Menu navigasi membantu anda menggunakan aplikasi dengan mudah.

(B) Interaktiviti

Enjin pencari (search engine) di dalam aplikasi ini berfungsi dengan baik.

Apabila diklik, opsyen yang berkaitan di menu akan berfungsi seperti yang diharapkan.

Apabila diklik, kebanyakan pautan yang diberikan untuk ke paparan-paparan lain berfungsi dengan baik.

Elemen-elemen di dalam aplikasi ini sangat interaktif.

(C) Rekabentuk

Saiz tulisan yang digunakan membuatkan laman aplikasi ini kelihatan menarik.

Latar belakang yang digunakan adalah menarik.

Grafik yang digunakan membuatkan laman aplikasi ini kelihatan menarik.

Warna-warna yang digunakan adalah menarik.

Stail yang digunakan dari laman ke laman membuatkan laman aplikasi ini menarik.

Skrol antara halaman dalam laman adalah mudah

Informasi yang diberikan melalui laman web ini sesuai sebagai bahan bantu mengajar guru-guru pemulihan matapelajaran matematik .

Informasi yang diberikan melalui laman web ini sesuai untuk kegunaan murid-murid pemulihan Tahun 1 mempelajari Bahasa Inggeris.

Bahasa yang digunakan di dalam laman aplikasi ini adalah jelas.

Bahasa yang digunakan di dalam laman aplikasi ini mudah difahami.

Arahan yang diberikan di dalam laman aplikasi ini mudah diikuti.

Laman web ini amat menarik untuk guru-guru matapelajaran Bahasa Inggeris dan murid-murid.

Laman aplikasi ini mudah dikendalikan.

Laman aplikasi ini memberi informasi yang berguna.

Laman aplikasi ini memberikan pautan-pautan yang sesuai dan berguna.

Laman aplikasi ini menyediakan bahan yang sesuai untuk kegunaan murid-murid.

Laman aplikasi ini sangat inovatif dan memberikan idea-idea baru kepada guru-guru matapelajaran Bahasa Inggeris.

Laman aplikasi ini sangat inovatif dan memberikan idea-idea baru kepada murid-murid.

Laman aplikasi ini sangat mesra pengguna.

1. Adakah anda berminat untuk menggunakan aplikasi ini sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas?_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________2. Jika tidak, sila nyatakan sebab yang berkaitan._______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PETUNJUK SKALA1 Sangat Tidak Setuju2- Tidak Setuju3- Tidak Pasti4- Setuju5- Sangat Tidak Setuju

NORHAZRIMELIANA BINTI ABDUL RAHIM 781117065006001