teknologi maklumat

20
TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: PEMBELAJARAN BERASASKAN LAMAN WEB SISTEM TELESIDANG KOD KURSUS BBP 10102 NAMA KURSUS TEKNOLOGI MAKLUMAT FAKULTI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL NAMA PELAJAR 1. ROHAYU BT ABD GHANI (CB 130045) 2. SHAHRIL HAMDI BIN SUPARDI (CB 130046) 3. NOOR AZIELAH BT ABDUL HALIM (CB130059) 4. MOHD PUTRA BIN YASSIN (CB130105) 5. NUR MASTURA BT GHARIF JAMAL (CB 130106) SEKSYEN 2 NAMA PENSYARAH DR AZITA BT ALI 1

Upload: rohayu-abd-ghani

Post on 02-Oct-2015

39 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BBP 10102 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN BERKUMPULAN

TAJUK: PEMBELAJARAN BERASASKAN LAMAN WEB SISTEM TELESIDANG

KOD KURSUSBBP 10102

NAMA KURSUS

TEKNOLOGI MAKLUMAT

FAKULTI

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

NAMA PELAJAR

1. ROHAYU BT ABD GHANI(CB 130045)2. SHAHRIL HAMDI BIN SUPARDI(CB 130046)3. NOOR AZIELAH BT ABDUL HALIM(CB130059)4. MOHD PUTRA BIN YASSIN (CB130105)5. NUR MASTURA BT GHARIF JAMAL(CB 130106)

SEKSYEN

2

NAMA PENSYARAH

DR AZITA BT ALI

TARIKH HANTAR

27 MAC 2014

SENARAI KANDUNGAN

BILPERKARAHALAMAN

1MUKA HADAPAN1

2SENARAI KANDUNGAN2

3PENGENALAN3

4PENYATAAN MASALAH4

5OBJEKTIF KAJIAN5

6SKOP KAJIAN6

7KEPENTINGAN KAJIAN7

8KEPERLUAN ANALISIS8-9

9METODOLOGI10-18

10KESIMPULAN19

Pengenalan

Salah satu daripada sumber pengajaran dan pembelajaran adalah sumber berasaskan laman web yang dilihat dapat membawa pelajar menerokai sesuatu pelajaran itu dengan lebih mendalam. Daya imaginasi dan keupayaan pemikiran pelajar dapat dipertingkatkan lagi memandangkan sumber berasaskan laman web ini mampu untuk menghasilkan persekitaran pembelajaran bercorak futuristik. Sumber ini kelihatan lebih bersesuaian untuk digunakan pada zaman moden ini berbanding kaedah tradisional yang tidak lagi menjamin keberkesanan pembelajaran apatah lagi sebagai kaedah untuk menguji dan mencabar minda pelajar.

Oleh yang demikian, penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran berasaskan laman web dapat membantu pendidik mempelbagaikan teknik pengajaran mereka agar pembelajaran di dalam kelas menjadi efektif dan bermakna bagi pelajar. Pendidik mempunyai alternatif dalam menyampaikan pengajaran mereka di samping mengurangkan beban mencari maklumat melalui buku-buku rujukan.

Tambahan pula, melalui penggunaan laman web, pelajar akan berasa lebih tertarik untuk terus melayari maklumat yang ada memandangkan laman web ini digabungkan dengan unsur-unsur multimedia di dalamnya bagi menggalakkan pembelajaran secara kendiri.

Penyataan MasalahTeknologi maklumat yang telah berkembang dengan pesatnya seolah-olah menjadi satu keperluan dalam kehidupan kita. Justeru itu, seorang pendidik tidak harus ketinggalan di belakang dalam memiliki kemahiran ICT. Tambahan pula, kaedah pengajaran secara tradisional dilihat tidak lagi relevan untuk digunakan pada masa kini. Penggunaan kaedah pengajaran biasa memungkinkan pelajar memahami konsep yang akan disampaikan . Akan tetapi, pelajar mungkin tidak tahu bagaimana pengetahuan tersebut boleh diaplikasikan di dalam kehidupan sebenar. Masalah situasi di dunia sebenar adalah lebih kompleks dan pelbagai perbandingan apa yang diajar oleh guru di sekolah.

Kesukaran menguasai bidang rekabentuk dan pembangunan web menggunakan kaedah biasa ialah pelajar tidak dapat melihat contoh secara terus berbanding terus menerusi laman web. Misalnya, bagi elemen multimedia grafik, ia dapat menarik perhatian pelajar dalam proses pembelajaran sekiranya menerusi web kerana pelajar dapat melihatnya secara terus dan warna grafik tersebut dapat dilihat dengan jelas. Walhal, topik ini penting untuk pembangun laman web mempelajari bagaimana membangunkan laman web yang bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi multimedia tersebut.

Atas sebab-sebab yang tersebut, projek ini akan membangunkan sebuah laman web sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran dalam topik Teknologi Multimedia Menerusi Web yang menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah. Pendekatan Pembelajaran berasaskan masalah digunakan dalam pembangunan laman web ini memandangkan ia bertepatan dengan topik ini. Strategi pembelajaran berasaskan m asalah adalah bersifat autentik dan realistik di mana pelajar akan dikemukakan dengan masalah yang berkaitan dan perlu mencari seberapa maklumat bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Oleh yang demikian, projek ini dibangunkan supaya pengintegrasian antara pembelajaran berasaskan laman web dan pembelajaran berasaskan masalah dapat menghasilkan proses P&P yang efektif dan bermakna seterusnya menjana pemikiran pelajar yang lebih kreatif dan kritis.

Objektif kajian

1. Merekabentuk aktiviti pembelajaran berasaskan masalah bagi topik Teknologi Multimedia Menerusi Web berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan oleh Bridges, (1992) :

Pembelajaran berpusat atau bermula dengan masalah. Masalah bersifat autentik Para pelajar adalah bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran mereka sendiri. Pelajar akan bersifat aktif dengan pemprosesan maklumat. Pengetahuan yang diharapkan dicapai oleh pelajar semasa proses pembelajaran disusun berdasarkan masalah dan bukannya disiplin

2. Membangunkan laman web berasaskan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang dinyatakan.

Skop Kajian

1. Pembangunan laman web ini menumpukan kepada topik Teknologi Multimedia Menerusi web bagi subjek Pembangunan Aplikasi Multimedia Berasaskan Web di mana silibusnya ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional, UTHM.

2. Pembangunan laman web bagi topik teknologi menerusi web ini adalah berdasarkan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah berdasarkan lima ciri-ciri yang di nyatakan oleh Bridges,1992 :

Pembelajaran berpusat atau bermula dengan masalah. Masalah bersifat autentik Para pelajar adalah bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran mereka sendiri. Pelajar akan bersifat aktif dengan pemprosesan maklumat. Pengetahuan yang diharapkan dicapai oleh pelajar semasa proses pembelajaran disusun berdasarkan masalah dan bukannya disiplin.

Kepentingan Kajian

Pembangunan laman web bagi topik Teknologi Menerusi Web berasaskan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah ini memberi kepentingan kepada beberapa pihak iaitu pelajar, pensyarah dan masyarakat

Kepentingan kepada PelajarPelajar dapat mempelajari rekabentuk laman web bagi aspek elemen multimedia supaya dapat menghasilkan laman web yang menarik dan berkesan. Pembelajaran topik ini menerusi web memudahkan pelajar untuk mencapai contoh berkaitan topik ini dengan lebih mudah. Tambahan pula, pengintegrasian pembelajaran berasaskan masalah di dalam laman web ini dapat menjana pemikiran yang lebih kreatif dan realistik memandangkan autentik dan realistik merupakan ciri-ciri pbm. Malahan, pelajar dapat menguasai isi pembelajaran mereka dengan efektif kerana pelajar adalah bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran mereka.

Kepentingan kepada PensyarahPensyarah dapat menggunakan pembangunan laman web ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah memandangkan laman web ini merupakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel di mana ia boleh digunakan bila-bila masa, tempat dan lain-lain lagi. Di samping itu, ia menggalakkan lagi proses P&P yang lebih aktif sama ada di dalam atau di luar bilik kuliah.

Kepentingan kepada MasyarakatPerkembangan teknologi yang pesat membangun ini dapat dikongsi bersama dalam masyarakat kita.

Kepeluan AnalisisMenurut Driscoll.M (1998) langkah yang pertama dalam analisis keperluan ialah mengenalpasti atau menentukan apa yang hendak dicapai menerusi pembinaan laman web terlebih dahulu. Selain itu, perlulah mengenalpasti sasaran pengguna, objektif utama dan dapatkan garis kasar yang lengkap tentang maklumat yang hendak dimasukkan dalam laman web tersebut.Sasaran pengguna laman web ini ialah golongan pelajar, guru , golongan yang mempelajari subjek yang berkaitan dengan laman web ini serta orang awam. Pembinaan laman web ini mempunyai banyak kepentingan yang dapat dikongsi antara seluruh golongan sasaran yang dikehendaki. Antara kepentingan pembinaan laman web adalah : Memaparkan idea yang berguna dan mampu membantu orang lain. Dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri dalam bidang internet Boleh manjalankan sesi komunikasi maya dengan pengguna di seluruh dunia dan boleh mengadakan perbincangan bersama Mampu berkongsi maklumat sesama pengguna Dapat diakses dari semasa ke semasa tanpa mengira masa dan sempadan Menggalakkan pembelajaran kendiri ( self-access learning ) Laman web yang dibina dipautkan dengan laman-laman web yang lain dan boleh pula disepadukan dengan penggunaan Internet yang lain seperti Mel Elektronik ( E-Mel ), Kumpulan Diskusi Elektronik ( List Server ) atau Perbualan IRC ( Internet Relay Chat )

Laman web juga tidak kurang juga mempunyai kekurangan kepada penggunanya seperti : Kekurangan kemahiran dan keyakinan pengguna untuk mengakses maklumat dalam web Pengguna tidak mempunyai masa dan intermet Maklumat yang sukar difahami kerana menggunakan ayat yang kompleks Laman web tidak menarik dan tidak memenuhi maklumat yang diperlukan oleh pengguna

Analisis keperluan terhadap cabaran-cabaran yang akan dilalui oleh pengguna laman web ialah selain kemahiran, dua cabaran lain yang perlu ditangani oleh pembangun Web ketika ini ialah keupayaan pelayar Web dan jalur lebar (bandwidth) yang sedia ada. Secara umumnya dua pelayar Web popular iaitu Microsoft Internet Explorer dan Netscape Navigator boleh menangani standard yang biasa digunakan pada tapak-tapak Web. Namun ada standard tertentu yang tidak disokong penuh oleh sesetengah pelayar Web lebih-lebih lagi versi yang terdahulu.Sementara itu jalur lebar juga boleh mempengaruhi keberkesanan format media yang hendak disampaikan kepada para pengguna Internet. Fail-fail audio dan video misalnya mengalir dengan perlahan apabila menggunakan modem berkelajuan rendah dan hanya meningkat jika talian dan modem yang lebih pantas digunakan. Dengan mengenepikan masalah trafik Internet, prestasi jalur lebar masih dianggap satu cabaran dalam pembangunan Web.Sekiranya masalah jalur lebar segera diatasi, samada menggunakan talian berkelajuan tinggi atau teknik transmisi yang lebih berkesan, maka banyak kandungan audio-visual atau multimedia dapat disampaikan menerusi tapak-tapak Web ke serata dunia. Pada masa yang sama, pembangun Web perlu gigih melengkapkan diri mereka dengan kemahiran baru, selain mengharapkan kepada teknologi yang lebih baik untuk memudahkan pembangunan Web.Jangkaan dapatan bagi pembinaan web ini adalah baik kerana pada zaman sekarang golongan sasaran yang dikenalpasti lebih menggunakan teknologi yang berasaskan web untuk mencari maklumat, idea, dan apa saja untuk memenuhi keperluan proses pembelajaran dan pengajaran.

Jangkaan Dapatan

Jangka pendekJangka panjang

Pengguna dapat melihat sendiri situasi yang sebenar

Pengguna dapat berkongsi maklumat secara lansung mahupun tidak lansung. Memberi pengetahuan kepada pengguna secara berterusan

dapat membantu pengguna menambah ilmu dan kemahiran dalam penggunaan web dan telesidang

dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diberi dalam kehidupan seharian.

MetodologiModel Reka Bentuk Pengajaran yang digunakan dalam Pembangunan Laman Web. Proses membangunkan laman web terutamanya yang berkonsepkan pendidikan merupakan suatu proses yang melibatkan masa yang panjang, kos yang tinggi dan sentiasa perlu dikaji kesesuaiannya, agar laman web yang dibangunkan berjaya mencapai matlamat dan objektif pengajaran yang ditetapkan. Kaedah model ADDIE digunakan dalam mereka bentuk dan membangunkan laman web ini. Model ini mengandungi 5 fasa iaitu proses analisis, proses reka bentuk, proses pembangunan, proses perlaksanaan dan proses penilaian. Model ini membantu dalam membuat rangka kerja yang merangkumi proses yang perlu dijalankan sebelum membangunkan laman web, merancang reka bentuk laman web, membangunkan laman web, serta selepas laman web dilaksanakan.

Fasa AnalisisDalam fasa ini, masalah yang ingin diselesaikan akan dikenalpasti secara keseluruhannya. Masalah boleh ditentukan melalui pelbagai kaedah atau teknik seperti temubual, pemerhatian, soal selidik dan sebagainya. Setelah sesuatu masalah dapat dikenalpasti, faktor berlakunya masalah tersebut pula harus dikenalpasti. Analisis ini perlu untuk menghasilkan bahan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan pengguna sebenarnya. Dalam melakukan peringkat ini segala analisis yang dikenalpasti perlu mempunyai tujuan yang betul dan selari dengan tajuk yang dipilih dalam membuat laman web. Sebagai contoh tajuk yang dipilih oleh ahli kumpulan berkaitan pembelajaran berasaskan web.

Pengguna SasaranKami telah mengenalpasti pengguna untuk laman web ini ialah pelajar dan tenaga pengajar. Walau bagaimanapun, laman web ini juga sesuai untuk dilayari oleh semua bakal guru dan pengguna yang berminat untuk mempelajari berkaitan pembelajaran berasaskan web.

Fasa Reka BentukSelepas proses analisis keperluan selesai, fasa reka bentuk perlu dilaksanakan. Fasa ini akan menyentuh tentang beberapa aspek penting dalam pembangunan laman web iaitu reka bentuk, struktur, pendekatan pengajaran, teori pembelajaran, jenis media dan teknologi yang terlibat. Fasa reka bentuk ini perlu untuk menentukan cara perlaksanaan, menentukan spesifikasi dan menghasilkan carta alir serta papan cerita. Keseluruhan reka bentuk bagi laman web yang akan dibangunkan akan bersesuaian dengan pengguna sasaran yang telah dianalisa. Contohnya seperti penggunaan teks, warna, grafik dan sebagainya akan direka bentuk mengikut kesesuaian. Dalam fasa reka bentuk ini, untuk menghasilkan laman web yang baik, semua langkah-langkah kerja disusun secara berstruktur. Reka bentuk pengajaran yang akan digunakan ialah pembelajaran berasaskan masalah di mana suatu pembelajaran itu bermula dengan masalah. Sebelum memulakan pembelajaran ataupun nota diberikan, pengguna akan diberikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan seharian terlebih dahulu. Secara ringkasnya, dalam fasa reka bentuk ini objektif pembelajaran, pembentukan aktiviti, latihan dan sebagainya dilaksanakan dalam fasa ini. Penyemakan cara atau kaedah sesuatu penyampaian maklumat dalam laman web juga dilaksanakan dalam fasa ini supaya ianya mudah difahami oleh pengguna.

Fasa PembangunanDalam fasa ini kami akan menerangkan bagaimana membangunkan perisian berdasarkan kepada perancangan yang telah dibuat dalam fasa reka bentuk. Pembangunan adalah proses pembangunan atau menghasilkan laman web yang menggunakan perisian yang sedia ada seperti perisian pengarangan, grafik, video, audio, animasi dan sebagainya. Selain itu, dalam proses ini pembangunan memfokuskan kepada langkah pembinaan isi kandungan. Untuk membangunkan isi kandungan ia mestilah mengandungi skrip yang akan digunakan untuk menggambarkan isi kandungan laman web yang dibina ini. Semasa proses membangunkan isi kandungan, pembangun juga akan mengambil kira tentang gambar foto sebenar, grafik, bunyi, animasi dan sebagainya supaya web yang dihasilkan berkualiti.

Fasa PerlaksanaanLaman web yang telah dibangunkan perlu dipersembahkan untuk diuji keberkesanannya atau untuk mengenalpasti masalah-masalah yang timbul secara tidak disedari sewaktu fasa reka bentuk dan pembangunan dalam fasa ini. Pada fasa perlaksanaan ini pembangun hanya meminta pendapat daripada penyelia dan rakanrakan. Daripada pemerhatian yang dilakukan, proses pembaikan atau pemulihan dapat dilaksanakan sebelum laman web yang sebenarnya dikeluarkan secara rasmi.

Fasa PenilaianFasa ini melibatkan proses mendapatkan maklum balas daripada pengguna berkaitan isi kandungan, strategi, grafik, audio, reka bentuk antara muka dan sebagainya. Setelah laman web siap dibangunkan, penilaian laman web perlu dilakukan secara formatif. Ini untuk menentukan produk yang telah siap tersebut bebas daripada sebarang ralat dan dapat beroperasi dengan lancar. Oleh yang demikian, bagi laman web ini hanya penilaian formatif yang akan dijalankan. Penilaian secara tidak formal akan dilakukan oleh penyelia dan beberapa orang rakan-rakan yang mempunyai pengetahuan mengenai laman web. Penilaian sumatif tidak akan dijalankan bagi laman web ini.

Penerangan: Berikut merupakan senarai paparan yang terdapat dalam laman web Pembelajaran Berasaskan Web dan Sistem Telesidang pada laman yang pertama ini terdapat pautan menu yang pelbagai antaranya menu utama, definisi, pengunaan web sebagai medium pengajaran, telesidang , galeri, kalender dan yang terakhir hubungi kami.Pengguna web boleh klik pada menu-menu yang terdapat pada paparan di atas untuk melihat page yang seterusnya.

Penerangan: Di atas menunjukan paparan dimana menu utama yang menerangkan dengan lebih terperinci berkaitan pengenalan pembelajaran berasaskan laman web dan pengenalan telesidang video .Paparan menu utama juga diletakan senarai nama ahli kumpulan dan nama ahli kumpulan yang menjayakan laman web ini.

Penerangan: Menunjukan paparan halaman unutk yang kedua iaitu halaman definisi dalam halaman ini segala definisi berkaitan pembelajaranberasaskan laman web dan definisi telesidang diberikan dengan lebih jelas unutk pengetahuan pengguna

Penerangan: Halaman seterusnya adalah memaparkan berkaitan lebih lanjut pengunaan web sebagai medium pengajaran. Oleh yang demikian pelajar akan mudah memahami fungsi sebenar penggunaannya terhadap pengguna.

Penerangan : Seterusnya merupakan halaman yang ke emapt dalam web kami iaitu berkaitan telesidang. Pelajar akan didedahkan dengan lebih mendalam berkaitan pembelajaran menggunakan system telesidang ini. Segala kegunaan dan jenis-jenis telesidang di letakan pada halaman ini untuk membolehkan pelajar dan pengguna mengetahui dengan lebih lanjut.

Penerangan : Bagi halaman yang seterusnya merupakan galeri yang diletakan pada halaman yang ke lima. Dalam halaman ini diletakan gambar-gambar yang berkaitan dengan tajuk web ini iaitu pembelajaran berasaskan web dan system telesidang. Pengguna boleh melihat dengan lebih dekat gamabr tersebut dengan hanya klik pada gambar yang dikehendaki.

Penerangan : Halaman ini menunjukan kalender tahun 2014.Hal ini bertujuan supaya pengguna boleh melihat kaleder dengan mudah tanpa pergi kepada pautan yang lain.

Penerangan : Bagi halaman yang terakhir kami meletakan no telefon kumpulan yang boleh dihubungi oleh pengguna web bagi tujuan tertentu. Dalam halaman ini juga kami meletakan peti cadangan yang boleh diisi oleh pengguna web jika ada sebarang komen dan cadangan yang membina untuk penambahbaikan lagi laman web kami

Kesimpulan

Secara tuntasnya, dapatlah di rumuskan bahawa laman web merupakan salah satu medium capaian maklumat yang mudah dan cepat. Secara keseluruhannaya laman web ini juga dapat membuktikan bahawa aplikasi teknologi dapat menambah pengetahuan dan kefahaman kepada guru serta pelajar. Teknologi juga dapat memberi pendekatan pembelajaran yang sesuai supaya proses penerimaan pengetahuan dan penguasaan kemahiran menjadi lebih berkesan.

Segala maklumat yang telah kami kongsikan melalui laman web ini diharap dapat membantu terutamanya pelajar yang mengambil kursus Teknologi Pendidikan bagi semester 1 di UTHM secara amnya dan bagi setiap golongan masyarakat secara umumnya.

Selain daripada itu, laman web ini juga dapat membantu guru untuk capaian maklumat sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dalam pendidikan. Atara contoh elemen multimedia yang diaplikasikan oleh setiap guru adalah Teks,Animasi,Grafik, dan juga Video seperti yang dipaparkan di dalam laman web kami. Oleh yang demikian, diharapkan capaian maklumat tersebut mendapat maklum balas dari semua pihak untuk penambahbaikan.

19