pengenalans3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · pengenalan jabatan teknologi maklumat...

29
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 1 Menjadikan Alor Gajah Perbandaran Mampan Ke arahTeknologi Hijau Menjelang 2020 Menyediakan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkualiti serta berteknologi hijau kepada warga Alor Gajah Alor Gajah Dinamik - Progresif - Holistik a) LATAR BELAKANG MPAG Majlis Daerah Alor Gajah telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah pada 1 Mei, 2003 semasa pentadbiran Ketua Menteri Melaka sekarang iaitu Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris bin Haji Haron selaku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah yang pertama ketika itu. Kawasan operasi Majlis Perbandaran Alor Gajah adalah seluas 635.84 km persegi di mana anggaran penduduk kawasan pentadbiran Majlis berjumlah 198,400 orang yang juga merupakan pelanggan kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah. Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Alor Gajah bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan perbandaran serta membangunkan kemudahan infrastruktur dan sosial bagi penduduk Alor Gajah dengan memaksimumkan segala usaha untuk membangunkan daerah bagi mencapai kemajuan dan kemakmuran. i. VISI, MISI DAN SLOGAN Bagi memastikan Majlis Perbandaran Alor Gajah memberi perkhidmatan perbandaran yang terbaik kepada warganya dan membangun selaras dengan pengisytiharan Melaka sebagai Negeri Maju, Majlis Perbandaran Alor Gajah telah menetapkan visi, misi dan objektif seperti berikut:- PENGENALAN VISI MISI SLOGAN

Upload: others

Post on 28-Oct-2020

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 1

Menjadikan Alor Gajah Perbandaran Mampan

Ke arahTeknologi Hijau Menjelang 2020

Menyediakan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan

berkualiti serta berteknologi hijau kepada

warga Alor Gajah

Alor Gajah Dinamik - Progresif - Holistik

a) LATAR BELAKANG MPAG

Majlis Daerah Alor Gajah telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah

pada 1 Mei, 2003 semasa pentadbiran Ketua Menteri Melaka sekarang iaitu

Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris bin Haji Haron selaku Yang Dipertua Majlis

Perbandaran Alor Gajah yang pertama ketika itu.

Kawasan operasi Majlis Perbandaran Alor Gajah adalah seluas 635.84 km

persegi di mana anggaran penduduk kawasan pentadbiran Majlis berjumlah

198,400 orang yang juga merupakan pelanggan kepada Majlis Perbandaran Alor

Gajah.

Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Alor Gajah

bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan perbandaran serta

membangunkan kemudahan infrastruktur dan sosial bagi penduduk Alor Gajah

dengan memaksimumkan segala usaha untuk membangunkan daerah bagi

mencapai kemajuan dan kemakmuran.

i. VISI, MISI DAN SLOGAN

Bagi memastikan Majlis Perbandaran Alor Gajah memberi perkhidmatan

perbandaran yang terbaik kepada warganya dan membangun selaras dengan

pengisytiharan Melaka sebagai Negeri Maju, Majlis Perbandaran Alor Gajah

telah menetapkan visi, misi dan objektif seperti berikut:-

PENGENALAN

VISI

MISI

SLOGAN

Page 2: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 2

ii. PENJAWATAN

MPAG mempunyai seramai 345 pegawai dan kakitangan yang terbahagi kepada

tiga (4) unit dan dua belas (12) jabatan seperti di Rajah 1.

Rajah 1- CARTA ORGANISASI

MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH

Page 3: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 3

BIL. PERKHIDMATAN TEMPOH

1. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan tambahan dan ubah suai rumah teres

14 hari

2. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan tambahan kediaman dan bukan kediaman

14 hari

3. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan bangunan sesebuah

14 hari

4. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan bangunan perumahan / bangunan selain kediaman melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC)

37 hari

5. Memproses dan membuat keputusan pelan bangunan industri / bengkel

37 hari

6. Memproses dan membuat keputusan permohonan Permit Sementara Bangunan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC)

37 hari

7. Memberi ulasan permohonan perancangan pembangunan seperti permohonan tanah kerajaan, permohonan rumah sesebuah, pecah sempadan dan pecah bahagian

14 hari

8. Memproses dan membuat ulasan permohonan Kebenaran Merancang di peringkat J/K Pusat Setempat

14 hari

9. Memproses dan memberi ulasan permohonan Kebenaran Merancang di bawah subseksyen 124A dan 204D, Kanun Tanah Negara melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC)

57 hari

10. Memberi perkhidmatan pengeluaran bil cukai taksiran 2 kali setahun

(15 Jan &15 Julai setiap tahun)

BIL. PERKHIDMATAN TEMPOH

11. Memproses permohonan pindah milik pegangan berkadar 14 hari

12. Pengeluaran surat tawaran sewa selepas keputusan temuduga gerai

21 hari

13. Memproses dan membuat keputusan permohonan lesen premis perniagaan

14 hari

14. Memproses dan membuat keputusan permohonan lesen premis perniagaan tidak berisiko

15 minit

15. Memproses dan membuat keputusan permohonan kelulusan pelan kejuruteraan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC)

57 hari

16. Memproses dan membuat keputusan permohonan kelulusan pelan landskap melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC)

57 hari

17. Memproses bayaran 10 hari

18. Memberi maklumbalas status aduan awam 14 hari

19. Pemotongan rumput dibawah seliaan MPAG 2 kali sebulan

iii. PIAGAM PELANGGAN

Bagi memperkasakan lagi sistem penyampaian perkhidmatan, piagam

pelanggan Majlis Perbandaran Alor Gajah telah dibentuk berteraskan

perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggannya seperti di Rajah 2.

Rajah 2 - PIAGAM PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH

Page 4: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 4

PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan

dianggotai seramai lapan (9) orang kakitangan yang terbahagi kepada dua (2)

bahagian:-

Bahagian Sistem Aplikasi dan Multimedia

Bahagian Rangkaian dan Keselamatan ICT

Jabatan ini bertanggungjawab untuk merancang Pelan Strategik Pembangunan

ICT MPAG dan daerah Alor Gajah bagi setiap tempoh lima (5) tahun,

membangun dan menyelenggara sistem-sistem berkomputer dan rangkaian bagi

keseluruhan MPAG supaya sentiasa boleh digunakan.

Pembangunan sistem-sistem berkomputer dilaksanakan secara berperingkat

mengikut keperluan dan peredaran semasa serta digalakkan dibangunkan

secara dalaman. Selain itu, Jabatan Teknologi Maklumat juga menyediakan

perkhidmatan infrastruktur teknologi maklumat yang sesuai, mencukupi dan

terkini bagi menyokong operasi-operasi di peringkat pengurusan MPAG.

Page 5: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 5

PENGENALAN MENGENAI INOVASI

Inovasi yang dihasilkan adalahSistem Paparan Mesyuarat.Sistem ini mula

dibangunkan pada Jun 2016 dan digunakan sepenuhnya pada Ogos 2016 oleh

Jabatan Teknologi Maklumat. Sistem ini berintegrasi dengan Sistem Dairi

MPAG yang digunakan oleh Pejabat Yang Dipertua dan Sistem Staf

Cemerlang MPAG.

Tujuan Dilaksanakan:-

Sistem Paparan Mesyuarat dibangunkan bagi memudahkan kerja melabel

mesyuarat-mesyuarat di setiap pintu bilik mesyuarat di MPAG yang

dilaksanakan oleh urusetia mesyuarat. Sering kali label yang diletak lambat

ditukar atau tidak diletak pada pintu bilik mesyuarat dan mengakibatkan ahli-

ahli mesyuarat yang terlibat menghadapi kesukaran. Penggunaan kertas dan

kos cetakan juga meningkat dan berkadar langsung dengan kekerapan

mesyuarat diadakan.

Sistem ini juga menggunakan data-data daripada Sistem Dairi MPAG dan juga

Sistem Staf Cemerlang. Ini bermakna sistem ini tidak perlu kemasukan data

tersendiri. Jabatan Pengurusan juga tidak perlu lagi menampal poster staf

cemerlang kerana ianya dilakukan secara digital. Sistem ini juga membolehkan

Iklan-iklan dan juga banner pengumuman dipaparkan. Dengan adanya sistem

ini, platform penyebaran maklumat kepada orang-awam dan juga staf MPAG

dapat ditambah

Objektif Dilaksanakan:-

Objektif pembangunan sistem ini adalah untuk memudah proses semakan bilik

mesyuarat, menjadi platform memaparkan staf cemerlang bulanan dan juga

iklan atau pengumuman majlis.

Page 6: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 6

Rajah 3 : AntaramukaSistem Paparan Mesyuarat

Page 7: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 7

Ciri-ciri Inovasi:-

Sistem Paparan Mesyuaratdapat membantu Jabatan Khidmat Pengurusan

dengan melaksanakan pemakluman bilik mesyuarat, staf cemerlang dan

pengumuman MPAG dengan lebih efektif dan sistematik.

Kelebihan dan keistimewaan Sistem Paparan Mesyuarat adalah seperti berikut:-

Sistem ini dibangunkan sepenuhnya secara in-house hasil daripada

perkongsian idea kreatif dan inovatif anggota Jabatan Teknologi

Maklumat bersama Jabatan Khidmat Pengurusan.

Sistem tiada kemasukan data kerana sistem ini berintegrasi dengan

Sistem Dairi MPAG dan Sistem Staf Cemerlang

Urusetia mesyuarat tidak perlu lagi menampal label mesyuarat di pintu

Bilik Mesyuarat kerana paparan maklumat mesyuarat pada monitor di luar

Bilik Mesyuarat.

Jabatan Khidmat Pengurusan tidak perlu lagi menampal poster staf

cemerlang bulanan kerana telah dipaparkan secara digital.

Menggunakan aplikasi android untuk merekod kehadiran staf ke latihan

dan kursus anjuran dalaman tanpa menggunakan borang kehadiran.

Pengurangan penggunaan kertas serta kos cetakan.

Penggunaan semula monitor-monitor lama yang masih berfungsi untuk

paparan sistem tanpa perlu membeli monitor baru.

Penggunaan mini komputer Raspberry Pi yang menepati ciri-ciri ICT Hijau

yang menggunakan eletrik yang minimum.

Page 8: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 8

Sebelum Sistem Paparan Mesyuarat dilaksanakan, MPAG menggunakan kaedah

manual iaitu penggunaan kertas untuk ditampal di setiap pintu bilik mesyuarat dan

ruangan pengumuman.

Antara permasalahan yang dihadapi sebelum sistem ini digunakan adalah:-

Kertas label mesyuarat lambat ditampal atau tidak dikemaskini.

Poster staf cemerlang perlu diletakkan di sudut pengumuman setiap bulan

Peningkatan kos kertas dan cetakan terutamanya pada poster staf cemerlang

kerana cetakan berwarna

Ahli mesyuarat hanya mengetahui maklumat mesyuarat pada pintu bilik

mesyuarat sahaja. Jika tersalah bilik mesyuarat mereka perlu pergi bilik

menyuarat lain untuk menyemak maklumat mesyuarat yang berkaitan.

Monitor-monitor lama yang masih elok terpaksa disimpan atau dilupuskan

kerana tiada penggunaan.

Urusetia mesyuarat perlu ke setiap bilik mesyuarat untuk menampal label

mesyuarat setiap kali ada mesyuarat.

SEBELUM DAN SELEPAS

Page 9: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 9

Kelebihan didalam Sistem Paparan Mesyuarat:-

Kertas label mesyuarat dan Poster staf cemerlang tidak perlu lagi ditampal

kerana menggunakan paparan digital.

Penjimatan kos kertas dan cetakan kerana tidak perlu lagi mencetak.

Ahli mesyuarat boleh mengetahui maklumat mesyuarat di mana-mana monitor

Sistem Paparan Mesyuarat dan boleh mengetahui semua jadual dan bilik

mesyuarat hari tersebut.

Penggunaan semula monitor-monitor lama yang masih elok dan menepati

konsep ICT Hijau.

Urusetia mesyuarat tidak perlu lagi ke setiap bilik mesyuarat untuk menampal

label mesyuarat setiap kali ada mesyuarat dan maklumat mesyuarat dibaca

secara automatik daripada Sistem Dairi MPAG.

Pengumuman-pengumuman MPAG juga boleh dipaparkan di Sistem Paparan

Mesyuarat.

Page 10: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 10

AGENSI / JABATAN

Berikut merupakan impak setelah perlaksanaan Sistem Paparan Mesyuarat

a) Penjimatan kertas dan kos cetakan kerana tidak perlu lagi mencetak.

b) Paparan secara digital dan automatik.

c) Proses kerja paparan mesyuarat dan staf cemerlang lebih efisyen kerana

maklumat dibaca terus daripada Sistem Dairi MPAG dan Sistem Staf

Cemerlang.

d) Meningkatkan imej MPAG kerana penggunaan teknologi terkini dan hebahan

maklumat lebih berkesan.

e) Urusetia mesyuarat dapat menumpukan kepada kerja-kerja lain tidak perlu

lagi sentiasa bergerak ke bilik mesyuarat.

f) MPAG dapat menepati konsep ICT Hijau dengan penggunaan monitor-

monitor lama dan mini komputer yang menggunakan elektrik yang rendah.

IMPAK INOVASI

Page 11: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 11

KREATIVITI

Kekangan daripada segi peruntukan tidak menghalang Jabatan Teknologi

Maklumat memperkenalkan teknologi terkini di MPAG.Ini kerana kekangan-

kekangan inilah yang mencetus idea-idea kreatif yang tidak

dijangka.Penggunaan mini komputer Raspberry Pi masih lagi baru di Malaysia

kerana produk ini baru diperkenalkan di pasaran Malaysia mulai 2013.

Sistem ini dibangunkan sepenuhnya secara in-house di mana ia adalah hasil

kreativiti dan usahasama anggota Jabatan Teknologi Maklumat dan disokong

oleh Jabatan Khidmat Pengurusan.Dengan adanya Sistem Paparan Mesyuarat,

Jabatan Khidmat Pengurusan dapat melaksanakan pemakluman bilik mesyuarat,

staf cemerlang dan pengumuman MPAG dengan lebih efektif dan sistematik.

Elemen-elemen inovasi yang terdapat pada Sistem Paparan Mesyuarat adalah

seperti berikut :-

Antaramuka yang menarik dan mudah difahami

Makluman Mesyuarat

ELEMEN INOVASI

Page 12: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 12

Makluman Staf Cemerlang

Penggunaan Mini Pc yang menepati ciri-ciri ICT Hijau

Raspberry Pi 3 Model B

Page 13: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 13

Penggunaan monitor terpakai yang masih baik

TAHAP PELAKSANAAN

Sistem Paparan Mesyuarat mula dibangunkan pada Jun 2016 dan digunakan

sepenuhnya pada Ogos 2016 oleh Jabatan Teknologi Maklumat.Sistem ini

masihlagi digunakan dan berada dalam keadaan stabil.

Page 14: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 14

REPLICABILITY

Sistem Paparan Mesyuarat boleh terus dilaksanakan dan berpotensi untuk

diperluaskan kepada semua agensi memudahkan hebahan maklumat

terutamanya maklumat mesyuarat harian dan maklumat staf cemerlang bulanan.

Sistem Paparan Mesyuarat adalah satu aplikasi web yang boleh beroperasi

dengan baik menggunakan semua browser. Perisian Sumber terbuka yang

digunakan bagi pembangunan Sistem Paparan Mesyuarat adalah:-

Bahasa Pengaturcaraan : PHP

Pangkalan data : MySql

Pengubahsuaian boleh dibuat sendiri oleh agensi yang mempunyai pengetahuan

dalam pembangunan sistem aplikasi.

EFISIEN (KECEKAPAN)

a) PENJIMATAN MASA

Inovasi ini telah menjimatkan masa bagi kerja-kerja menampal label

mesyuarat di bilik mesyuarat dan juga kerja menampal poster staf cemerlang

bulanan.

Pengiraan kerja-kerja menampal label mesyuarat secara tradisional:-

Bilik Mesyuarat Tempoh Masa

Sekali Pasang

Kekerapan

Sehari

Jumlah

Tempoh Masa

Utama 3 Minit 4 12 Minit

Setiausaha 5 Minit 2 10 Minit

Kafeteria 8 Minit 1 8 Minit

YDP 5 Minit 1 5 Minit

Jumlah 35 Minit

Page 15: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 15

Sehari = 35 minit

Sebulan = 700 minit

Pengiraan kerja paparan maklumat menggunakan Sistem Paparan Mesyuarat

Sehari = 0 minit

Sebulan = 0 minit

Jumlah penjimatan masa = 700 minit - 0 minit

= 700 minit sebulan

b) PENJIMATAN KOS

Dengan pelaksanaan inovasi ini, Majlis Perbandaran Alor Gajah telah dapat

menjimatkan kos dari segi :

Penjimatan pembelian sistem aplikasi:-

Sistem Paparan Mesyuarat = RM 20,000.00 (Anggaran harga pasaran)

Emolumen bagi 1 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

= 30 (Hari Bekerja) x 8 (Jam Bekerja)

= 240 Jam

= RM 11.51 (1 Jam) x 240 (tempoh pembangunan

Sistem Paparan Mesyuarat)

= RM 2,738.40

(Kos untuk menyediakan sistem secara in-house)

Jumlah Penjimatan Pembelian Sistem Aplikasi = RM 17,261.60

Page 16: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 16

Penjimatan Cetakan

Kos cetakan sehari = RM0.035 x 10

= RM 0.35

Kos cetakan sebulan = RM 0.35 x 20

= RM 7.00

Kos cetakan setahun = RM 7.00 * 12

= RM 84.00

o Jumlah Keseluruhan Penjimatan = RM 17,345.60

c) TINGKATKAN PRODUKTIVITI

Dibangunkan secara dalaman menggunakan perisian PHPdengan

pangkalan data MySql.

Proses kerja menampal label mesyuarat dan poster staf cemerlang

bulanan diganti dengan paparan digital automatik.

d) Zero Entry

Integrasi data yang diambil daripada Sistem Dairi MPAG dan Sistem

Staf Cemerlang. Oleh itu data mesyuarat dan staf cemerlang tidak perlu

dimasukkan semula pada sistem.

Page 17: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 17

Page 18: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 18

e) Menggunakan teknologi mini pcterkini yang menjimatkan

Raspberry Pi 3 Model B

Page 19: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 19

SIGNIFIKAN

Pengenalan inovasi ini telah memberi impak dan faedah kepada

organisasi dan kakitangan seperti berikut:-

a) Produktiviti anggota dapat ditingkatkan

b) Keberkesanan penyampaian maklumat dapat dipertingkat

c) Tiada lagi pembaziran masa dan kertas kerana menggunakan paparan

digital

d) Memudahkan Jabatan Khidmat Pengurusan dan boleh menumpukan

kepada kerja-kerja yang lebih utama.

Page 20: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 20

i) Kewangan

Bagi menggalakkan pemikiran dan penghasilan produk / perkhidmatan

yang berinovatif bagi pegawai dan kakitangan, pihak Majlis telah

memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM50,000.00 bagi tujuan

melaksanakan program-program berkaitan inovasi.

ii) Pengurusan Sumber Manusia

Pihak Majlis sentiasa memastikan setiap anggota Majlis mempunyai

kemahiran dan pengetahuan yang tinggi bagi memberikan perkhidmatan

yang berkualiti dan berinovasi dalam meningkatkan imej Majlis di mata

masyarakat. Kursus, taklimat dan bengkel berkaitan inovasi yang telah

dihadiri oleh pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Alor Gajah pada tahun

2015 adalah seperti berikut:-

Kursus Pengenalan MS ISO 9001 : 2015 Bengkel Pengenalan EKSA

KOMITMEN

1.

Page 21: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 21

Bil. Kursus Tarikh

1. Kursus Pengenalan Pelaksanaan EKSA 02.02.2016

2. Kursus Pengenalan dan Pemahaman Standard

Baru MS ISO 9001 : 2015

23 – 24.02.2016

3. Bengkel Pengenalan Pelaksanaan Konvensyen

KIK Siri 1/2016

04 – 05.04.2016

4. Kursus Kesedaran Amalan Hijau Pejabat 11.04.2016

5. Kursus Pengenalan Pelaksanaan EKSA 04.05.2016

6. Bengkel Pengenalan Pelaksanaan Konvensyen

KIK Siri 2/2016

18 – 19.05.2016

7. Bengkel Pengenalan Pelaksanaan Konvensyen

KIK Siri 3/2016

01 – 02.06.2016

8. Bengkel Semakan Pelan Strategik MPAG 2016 -

2020

22.07.2016

9. Kursus Paparan EKSA 10.08.2016

10. Bengkel Pelan Strategik MPAG 2016 - 2020 22.11.2016

iii) Insentif

Sebagai penghargaan kepada usaha penghasilan inovasi, pelbagai

insentif dan galakan diberi kepada warga kerja MPAG.Antaranya adalah

kemudahan lawatan penandarasan ke Jabatan / Agensi luar yang

mempunyai keistimewaan pengurusan kualiti, penyediaan sijil

penghargaan, serta insentif dalam bentuk wang tunai yang diberikan

kepada warga kerja yang memenangi pertandingan-pertandingan yang

dianjurkan secara dalaman. Di antara hadiah dalam bentuk wang tunai

adalah seperti berikut : -

Page 22: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 22

Anugerah Inovasi Majlis Perbandaran Alor Gajah

Tempat pertama : RM500

Tempat kedua : RM400

Tempat ketiga : RM300

Tempat keempat : RM200

Tempat kelima : RM100

Bank Inovasi

Inovasi Terpilih : RM100

Zon EKSA Terbaik

Tempat pertama : RM500

Tempat kedua : RM400

Tempat ketiga : RM300

Workstation EKSA Terbaik

Tempat pertama : RM100

Tempat kedua : RM70

Tempat ketiga : RM50

Bilik EKSA Terbaik

Tempat pertama : RM100

Tempat kedua : RM70

Tempat ketiga : RM50

Tandas EKSA Terbaik

Tempat pertama : RM100

Tempat kedua : RM70

Tempat ketiga : RM50

Page 23: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 23

Kreativiti & Go Green EKSA Terbaik

Tempat pertama : RM100

Tempat kedua : RM100

Tempat ketiga : RM100

Hadiah-Hadiah ini disampaikan semasa Majlis Makan Malam Tahunan MPAG dan

Perhimpunan Pagi bagi menggalakkan dan mempertingkatkan momentum untuk terus

berinovasi.

iv) Penghargaan

MPAG mengiktiraf setiap idea dan inovasi yang dihasilkan oleh

anggotanya dengan pemberian sijil penghargaan dan wang tunai,

keutamaan mengikuti lawatan penanda arasan ke agensi terbaik dan turut

menggalakkan Ketua Jabatan mengambilkira penilaian di dalam Laporan

Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) anggota serta penilaian anggota

terbaik bulanan.

v) Peralatan

Bagi memudahcara inovasi yang telah dihasilkan, MPAG tiada halangan

untuk menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan oleh pegawai

MPAG seperti pinjaman komputer riba, penggunaan kenderaan pejabat di

samping membenarkan pembelian peralatan berkaitan inovasi di bawah

peruntukan Jabatan / Unit masing-masing.

Page 24: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 24

Pencapaian dan pengiktirafan yang diterima MPAG ke atas pelaksanaan serta

penghasilan daripada program-program inovasi adalah seperti berikut :-

Peringkat Antarabangsa

Penyertaan

Pencapaian Tahun

Anugerah Green Apple Award For

Environment Best Practice

Bronze Winner 2014

Green World Awards 2015 National and

Regional Government

Gold Winner 2015

Peringkat Kebangsaan

Penyertaan Pencapaian Tahun

Konvensyen Team Excellent ICC

Peringkat Kebangsaan

Tahun 2014

(Kumpulan O2)

2 Bintang

2014

Konvensyen Team Excellent ICC

Peringkat Kebangsaan

Tahun 2015

(Kumpulan Green Touch)

Anugerah Emas

(3 Bintang)

2015

PENGIKTIRAFAN YANG DITERIMA MPAG

Page 25: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 25

Penyertaan

Pencapaian Tahun

Penganugerahan Malaysian Institute of

Planners (MIP) Planning Execellence

Awards 2014 bagi kategori Design

Excellence

Anugerah Khas

Melaka World

Volar Valley

(MWSV)

2014

Happy Community Award 2013

Tempat Pertama

(Kategori

Perbandaran)

2014

Anugerah Bandar Mampan Kategori

Perbandaran Tertinggi

Pertama

Tertinggi

2015

Peringkat Negeri

Penyertaan Pencapaian Tahun

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri

Melaka - Kategori ICT

(e-SPAN)

Tempat Ketiga 2014

Pertandingan Pejabat Terbaik Kerajaan

Negeri Melaka

Tahun 2013

Johan 2014

Konvensyen Team Excellent ICC Wilayah

Selatan Tahun 2014

Anugerah

Emas

2014

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan

Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Melaka

Tahun 2014 (Kumpulan O2)

Anugerah

Emas

2014

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan

Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Melaka

Tahun 2014 (Kumpulan ANT)

Anugerah

Emas

2014

Page 26: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 26

Penyertaan Pencapaian Tahun

Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka

(Inovasi : Transformasi Bandar Melalui

Pendekatan Teknologi Hijau)

Johan 2015

Pejabat Terbaik Kerajaan Negeri Melaka Naib Johan 2015

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri

Melaka (Kategori ICT)

- e-Iklan

Tempat Ketiga 2015

Pertandingan Anugerah Hijau Negeri

Melaka Tahun 2015

Kategori Kerajaan

Tempat Ketiga 2015

Konvesyen Team Excellent (ICC)

Wilayah Selatan 2015

(Kumpulan Green Touch)

Anugerah Emas

2015

Konvesyen Team Excellent (ICC)

Wilayah Selatan 2015

(Kumpulan Authentic)

Anugerah Emas

2015

Konvensyen Kumpulan Kreatif & Inovatif

(KIK) Peringkat Negeri Melaka Tahun

2015 (Kategori Teknikal)

Kumpulan Green Touch

Johan 2015

Konvensyen Kumpulan Kreatif & Inovatif

(KIK) Peringkat Negeri Melaka Tahun

2015 (Kategori Teknikal)

Kumpulan Aircondsave

Naib Johan 2015

Page 27: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 27

Penyertaan Pencapaian Tahun

Konvensyen Kumpulan Kreatif & Inovatif

(KIK) Peringkat Negeri Melaka Tahun

2015 (Kategori Pengurusan)

Kumpulan Authentic

Naib Johan 2015

Konvensyen Team Excellent (ICC)

Kebangsaan 2015

(Kumpulan Green Touch)

Emas (3 Bintang) 2015

Page 28: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 28

PENYERTAAN

PENCAPAIAN TARIKH

TERIMA

Anugerah Hijau Negeri Melaka Tahun

2016

Ketiga 2016

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri

Melaka (Kategori ICT)

Johan 2016

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri

Melaka (Kategori Bukan ICT)

Tempat Kedua 2016

Konvensyen Kumpulan Kreatif & Inovatif

(KIK) Peringkat Negeri Melaka Tahun

2015 (Kategori Pengurusan)

Kumpulan Green Horizon

Naib Johan 2016

Sijil Penghargaan Anugerah Inovasi

Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT)

Tahun 2016

Calon Senarai

Pendek

(8 PBT)

2016

Page 29: PENGENALANs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2353-sistem... · PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan dianggotai

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 29

1. Sistem ini dibangunkan sepenuhnya secara inhouse.

2. Sistem ini boleh dijadikan digunakan oleh mana-mana agensi .

3. Penjimatan kos kerajaan dari segi pembelian sistem aplikasi.

4. Penjimatan masa dari segi penyediaan laporan.

5. Menjurus ke arah Green IT di mana :-

i. Rekod kehadiran kursus diimport masuk daripada Aplikasi Android Sistem

Kehadiran MPAG

ii. Maklumat terperinci disimpan di dalam sistem dan boleh dipanggil pada

bila-bila masa

iii. Tiada lagi penggunaan borang penilaian dan borang kehadiran

6. Meningkatkan produktiviti kerja dan penambahbaikan proses kerja menggunakan

ICT.

KESIMPULAN