hbef2303 teknologi maklumat dalam pendidikan

32
PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN MEI 2014 HBEF 2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN NAMA : SUZIE BINTI ABDULLAH NO KAD PENGENALAN : 780328-13-5428 NO MATRIKS : 780328135428001 NO TEL : 019-8708788 EMAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA (OUM) TUTOR ENCIK MOHD. ZAKI BIN JAMALUDDIN SUZIE BINTI ABDULLAH (780328135428001) Page 1

Upload: suzie

Post on 17-Dec-2015

97 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

teknologi maklumat dalam pendidikan

TRANSCRIPT

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN

MEI 2014

HBEF 2303

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

NAMA: SUZIE BINTI ABDULLAH

NO KAD PENGENALAN: 780328-13-5428

NO MATRIKS: 780328135428001

NO TEL: 019-8708788

EMAIL: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA (OUM)

TUTORENCIK MOHD. ZAKI BIN JAMALUDDIN

ISI KANDUNGAN

BILTAJUK MUKA SURAT

1.0Pengenalan3

1.1 Latar Belakang Masalah3 - 51.2 Penyataan Masalah5 - 61.3 Objektif6 - 7

2.0Tinjauan Literatur7 - 9

3.0Kaedah Kajian3.1 Pemilihan Aplikasi9 - 113.2 Pelaksanaan Kajian12

4.0Dapatan Kajian12

4.1 Analisis Bahagia A: Profil Responden12 - 134.2 Analisis Bahagian B: Isi Kandungan144.3 Analisis Bahagian C: Dokumentasi154.4 Analisis Bahagian D: Teknikal16

5.0Kesimpulan16 - 17

Lampiran18 - 20Rujukan21 - 22

1.0 PENGENALANMemang tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan bidang sains dan teknologi telah banyak memberikan impak dan perubahan yang besar di dalam kehidupan manusia sejagat. Jika dahulunya proses pengajaran dan pembelajaran hanya tertumpu di dalam kelas dan bergantung kepada bahan-bahan seperti buku nota dan rujukan sahaja. Kini, dengan kewujudan kemudahan alat-alat teknologi seperti komputer, telefon mudah alih, tablet dan sebagainya, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih kreatif dan memudahkan penyampaian ilmu pengetahuan di samping membantu meningkatkan pencapaian para pelajar ke tahap yang lebih cemerlang. Perkara ini telah memberi kesan terhadap pendidikan dan kesannya boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa penggantian, fasa peralihan dan fasa perubahan (Williems, Stakenborg & Veugelers, 2000). Dalam fasa penggantian, guru tidak mengubah kaedah pengajaran tetapi menggunakan alat-alat teknologi sebagai bahan bantu mengajar bagi sesi pengajaran dan pembelajaran manakala di dalam fasa peralihan, para guru mengubah kaedah pengajaran dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) bagi tujuan merangsang cara pengajaran yang baru. Dalam fasa perubahan pula melibatkan perubahan asas peranan pelajar dan guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, perkembangan bidang teknologi telah dilihat dapat membantu bidang pendidikan untuk lebih maju dan berdaya saing di masa hadapan serta lebih kreatif dalam menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan efektif.

1.1 Latar Belakang MasalahPerkembangan pesat dalam bidang teknologi menunjukkan bahawa kaedah pengajaran tradisional ataupun konvensional tidak lagi relevan untuk diamalkan dan ianya tidak mampu untuk memenuhi tuntutan pendidikan pada masa kini. Ini kerana kaedah pengajaran juga telah berubah seiring dengan kepesatan ICT dan lebih bersifat mudah dan menarik. Sebagai contoh, buku teks tradisional tidak dapat menampung peningkatan dan pembaharuan maklumat yang sejajar dengan peredaran zaman (Chan, 2001). Tambahan pula, kaedah tradisional lebih menyusahkan kerana memerlukan masa yang lama untuk mencari maklumat dan bahan pengajaran yang sesuai berbanding menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi seperti telefon mudah alih, tablet, komputer dan sebagainya di mana kita hanya perlu melayari internet dan mencari bahan pengajaran yang dapat menarik minat para pelajar untuk terus mengikuti pembelajaran. Dengan kemudahan seperti ini, alat-alat teknologi juga telah disediakan dengan aplikasi Android dan Apple Apps (iOS) yang mudah dan terdapat lebih 200,000 aplikasi berbentuk pendidikan yang boleh dimuat turun dan ianya berkonsepkan belajar sambil bermain. Persoalannya, adakah aplikasi Android atau iOS yang berbentuk pendidikan sesuai digunakan untuk Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)?Di dalam mencapai kemajuan dan kecemerlangan dalam bidang pendidikan, sesuatu yang baru seperti aplikasi Android atau iOS ini tidak seharusnya menjadi penghalang tetapi digunakan sebagai batu loncatan kepada negara untuk mencapai kejayaan dan boleh berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain dalam bidang pendidikan. Lebih-lebih lagi, alat teknologi seperti telefon pintar dan tablet berteraskan pelantar Android dan iOS telah menjadi alat yang amat popular terutamanya dalam kalangan pelajar. Andriod merupakan Operation System (OS) iaitu sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba dan dibangunkan oleh Google Inc manakala iOS adalah sistem pengendalian peranti bergerak yang dibangun dan diedarkan oleh Apple Inc.

Gambar 1 Antara telefon pintar dan tablet yang menggunakan pelantar Android

Gambar 2 Antara telefon pintar dan tablet keluaran Apple Inc yang mempunyai iOSJusteru itu, pelajar perlu mengambil peluang untuk menggunakan pelbagai aplikasi Android percuma yang mudah didapati dan mudah diakses untuk diaplikasikan di dalam kaedah pembelajaran mereka (Hamdan et al., 2012). Lagi pula, bagi memudahkan para guru menyampaikan ilmu pengetahuan, aplikasi Android atau iOS berbentuk pendidikan yang sesuai adalah salah satu pendekatan terbaik dalam menarik minat para pelajar untuk belajar dan memahami sesuatu subjek dengan lebih berkesan.

1.2 Penyataan MasalahBerdasarkan latar belakang yang telah dinyatakan, terdapat banyak aplikasi berbentuk pendidikan yang telah dibangunkan lebih-lebih lagi aplikasi Android yang jauh lebih murah dan kebanyakannya percuma untuk dimuat turun pada bila-bila masa dan di mana jua berbanding aplikasi iOS. Antara aplikasi Android percuma berbentuk pendidikan yang terdapat dalam play store atau market telefon pintar dan tablet ialah Math Practice Flash Cards, Learn English 6000 Words, Mari Belajar Alif Ba Ta, AppsLearn-UPSR, iStoryBooks dan banyak lagi. Aplikasi ini tidak terhad kepada satu mata pelajaran sahaja tetapi merangkumi semua subjek yang terdapat di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Selain itu, aplikasi-aplikasi ini boleh dimuat turun berasarkan tahap atau peringkat pelajar dan boleh dijadikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dari peringkat prasekolah sehingga universiti.

Gambar 3 Antara aplikasi Android yang terdapat dalam Play StoreMelihat dari segi penggunaannya sebagai alat PPBK, aplikasi Android ini lebih mudah dan menjimatkan masa di samping mampu menarik minat para pelajar yang kebanyakannya lahir dalam era kemajuan teknologi. Alasannya, aplikasi ini hanya perlu dimuat turun secara percuma perdasarkan tahap atau peringkat pelajar yang diajar tanpa perlu dicetak terlebih dahulu dan ditulis di papan hitam ataupun papan putih. Tambahan pula, aplikasi ini tidak memerlukan guru untuk membawa buku-buku bagi subjek yang perlu diajar, tetapi cuma perlu membawa telefon pintar atau tablet yang bersesuaian dan menyambungkannya pada alat teknologi yang mempunyai skrin yang besar seperti televisyen interaktif. Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan bagi mengetahui samaada aplikasi Android ini berkesan membantu para guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkara utama yang perlu dilihat ialah aplikasi Android yang dipilih dan tahap kesesuaian dan penerimaannya sebagai bahan yang berguna untuk PPBK di sekolah.

1.3 ObjektifKajian ini dijalankan berdasarkan beberapa objektif yang merangkumi keseluruhan isi kandungan iaitu: (i)Mengenalpasti tahap kesediaan para pelajar dalam penggunaan aplikasi Android bagi tujuan pembelajaran.(ii)Mengkaji tahap kesesuaian aplikasi Android bagi Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK).(iii)Meningkatkan pencapaian dan prestasi pelajar di dalam subjek Matematik khususnya operasi tambah, tolak, darab dan bahagi ke tahap yang lebih cemerlang dan seimbang.(iv)Mengenalpasti tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan aplikasi Android untuk meningkatkan tahap pembelajaran dalam subjek Matematik.(v)Membantu memudahkan para guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan.

2.0 TINJAUAN LITERATURKemajuan dalam bidang teknologi telah memberi impak dan kesan yang besar terhadap bidang pendidikan. Proses pembelajaran kini melampaui ruang fizikal bilik kuliah dan lebih bersifat global sepanjang hayat (Sharples, 2000). Ini mendorong penyelidik untuk menerokai potensi teknologi dan peralatan mudah alih bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran tanpa had ruang dan sempadan (Sharples, 2000; Sharples, 2002; Liu, Wang, Chan, Ko, & Yang, 2003). Kajian-kajian lalu menunjukkan teknologi mudah alih dapat memberikan kesan yang signifikan dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran (Zurita & Nussbaum, 2004). Ini menyebabkan proses pembelajaran bukan sahaja sekadar menatap buku dan menulis nota, tetapi juga boleh diaplikasikan dengan menggunakan telefon pintar yang mempunyai kemudahan aplikasi Android percuma berbentuk pendidikan dan boleh dimuat turun pada bila-bila masa. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan alat mudah alih lebih mudah berbanding dengan penggunaan buku nota yang mudah rosak dan tidak bertahan lama (Ahmad Sobri 2010; Shafiza 2007). Oleh itu, alat mudah alih seperti telefon pintar dan tablet lebih banyak kelebihannya daripada bahan yang bersifat konvensional seperti buku. Menurut Yaakub (1996), pembelajaran merupakan proses memperoleh ilmu pengetahuan yang baru mahupun yang mengalami perubahan, kemahiran dan penyusunan semula pengetahuan yang sedia ada. Ini membuktikan bahawa pembelajaran adalah proses mendapatkan ilmu pengetahuan atau kemahiran melalui M-Pembelajaran atau Mobile Learning. Mobile Learning adalah penyampaian bahan pembelajaran elektronik pada alat komputasi mobile agar ianya dapat diakses pada bila-bila masa dan dari mana juga kita berada. M-pembelajaran (m-learning) wujud hasil dari kaedah pembelajaran jarak jauh (d-learning) dan pembelajaran secara elektronik (e-learning) (Brown, 2005; Keegan, 2005). M-Learning merupakan konsep baru dalam proses pembelajaran yang menekankan kepada keupayaan untuk memudah alih proses pembelajaran itu (Kukulska-Hulme et al., 2005). Menurut Prensky (2001) M-Learning adalah pembelajaran berbantukan ICT yang menggunakan peralatan mudah alih khasnya peralatan mudah alih yang terkini seperti PDA, telefon bimbit, komputer riba dan tablet PC. Menurut Siraj (2005) pula menyatakan bahawa M-Learning adalah penggunaan peranti tanpa wayar bagi membolehkan pembelajaran berlaku bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Antara kajian terawal berkenaan dengan M-Learning di Malaysia iaah kajian penilaian pelaksanaan program M-Leaning kepada pelajar-pelajar Tahun 5 di salah sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Tujuan kajian ini ialah untuk menyiasat sama ada pelaksanaan program M-Learning mencapai hasrat yang ditetapkann ke atasnya dan juga bagi menilai kekuatan dan kelemahan program. Hasil kaijan mendapati pelaksanaan program itu telah mencapai hasrat yang telah ditetapkan. Kajian juga mendapati program M-Learning mempunyai banyak kekuatan di samping terdapat beberapa kelemahan (Siraj, 2005). Di dalam kajian ini, aplikasi Android atau iOS boleh dijadikan sebagai M-Learning kerana dengan adanya M-Learning ini, PPBK akan lebih mudah untuk dilaksanakan kerana konsepnya yang mudah alih, boleh dimuat turun secara percuma dan boleh digunakan di dalam kelas pembelajaran asalkan mempunyai sambungan internet. Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) merupakan kaedah penting di dalam menjalankan sistem pengajaran dan pembelajaran dan ianya akan menghasilkan pembelajaran yang bermutu dan berkesan kepada para pelajar sekiranya dilaksanakan dengan berfikrah dan terancang. Dengan itu, para pelajar akan dapat menjalankan aktiviti pembelajaran secara aktif dan kendiri. Jensen (1996), dalam satu kajian, telah membandingkan pencapaian pelajar yang menggunakan perisian kursus dengan pelajar yang menggunakan kaedah konvensional. Beliau mendapati pencapaian pelajar yang menggunakan perisian kursus PPBK lebih baik pencapaiannya daripada pelajar yang menggunakan kaedah konvensional. Selain itu, Lockard et al. (1989) mendapati kanak-kanak yang menggunakan perisian kursus berjaya mengekalkan tumpuan berbanding dengan kanak-kanak yang menggunakan kaedah biasa. Kaedah PPBK ini pada kebiasaannya dijalankan dengan menggunakan perisian kursus yang merangkumi topik-topik tertentu bagi memudahkan penyampaian melalui komputer kepada para pelajar. Ini boleh meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran di samping meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar dengan melaksanakan eksperimen yang sukar, mahal, mustahil dan bahaya untuk dibuat sekaligus membentuk pembelajaran koperatif serta memberi peluang kepada pelajar untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum serta masa interaksi dapat dijimatkan. Oleh itu, dengan kelebihan aplikasi Android atau iOS sebagai PPBK, para pelajar akan lebih bersemangat untuk menimba ilmu pengetahuan dan para guru akan lebih mudah untuk menarik minat pelajar untuk belajar secara kreatif dan efektif.

3.0 KAEDAH KAJIAN 3.1 Pemilihan AplikasiDi dalam kajian ini, saya memilih aplikasi Android Math Practice Flash Cards di mana ianya khusus untuk mata pelajaran Matematik bagi pelajar sekolah rendah Tahap 1 iaitu Darjah Satu, Dua dan Tiga dan Tahap 2 iaitu Darjah Empat, Lima dan Enam.

Gambar 4 Muka utama aplikasi Android Math Practice Flash CardsMath Practice Flash Cards ini lebih berfokuskan kepada operasi asas dalam matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Math Practice Flash Cards ini dicipta oleh studio TeachersParadise.com. Kelebihan aplikasi Android ini ialah nilai kad boleh digubah dari nombor 0 hingga 35.

Gambar 5 Nilai kad aplikasi yang boleh digubah mengikut kesesuaian tahap pelajarSelain itu, aplikasi ini menyimpan masa yang lepas dan prestasi bagi setiap kuiz. Masa terpantas dengan skor yang tertinggi akan mendorong pelajar untuk meningkatkan prestasi di dalam subjek Matematik. Di samping itu, pelajar dapat mengulang semula kad yang telah dijawab dengan salah sehingga mendapat jawapan yang betul. Terdapat dua mod yang telah disajikan oleh pencipta iaitu mod seronok dan mod pantas. Mod seronok dan bunyi yang disediakan dipasang bagi menggalakkan dan menarik minat para pelajar untuk belajar menggunakan aplikasi ini. Mod pantas pula membolahkan pelajar mencapai soalan seterusnya tanpa animasi.

Gambar 6 Operator yang terdapat dalam aplikasi yang boleh diubah mengikut kesesuaian tahap pelajar.

Gambar 7 Antara isi pembelajaran yang terdapat dalam aplikasi Android Math Practice Flash Cards3.2 Pelaksanaan KajianBagi melihat keberkesanan dan kesesuaian aplikasi android Math Practice Flash Cards ini sebagai salah satu bahan PPBK, seramai 10 orang responden terlibat di dalam kajian ini yang terdiri daripada guru yang mengajar subjek Matematik Tahap 1 dan 2 di sekolah rendah serta guru ICT telah terlibat. Mereka diminta untuk menjawab borang soal selidik atau borang penilaian yang berkaitan dengan tahap kesesuaian aplikasi Android ini untuk PPBK. Terdapat beberapa bahagian di dalam soal selidik yang telah diedarkan iaitu;a)Profil responden - Latar belakang diri dan pendidikan responden.b)Isi kandungan - Berkaitan dengan kandungan yang terdapat di dalam aplikasi Android sama ada mudah difahami ataupun disusun dengan teratur.c)Dokumentasi - Berkenaan panduan dan manual aplikasi Android.d)Teknikal - Maklumat penggunaan dan bentuk grafik aplikasi Android yang menarik.Setelah soal selidik dikutip, data yang telah dikumpulkan dimasukkan ke dalam perisian Microsoft Excel dan dianalisis secara diskriptif. Maklumat-maklumat yang dikumpulkan ini adalah penting kerana hasil dapatan akan digunakan untuk membantu proses kajian yang seterusnya.

4.0DAPATAN KAJIAN4.1Analisis Bahagian A: Profil RespondenBahagian A terdiri daripada 5 item soalan iaitu jantina, umur, bilangan tahun dalam perkhidmatan perguruan, kelayakan akademik dan penglibatan dalam kursus IT dalam perkhidmatan.

Jadual 1 Taburan Profil Responden

AspekKategoriKekerapanPeratusan

JantinaLelaki440

Perempuan660

Umur20 - 35 tahun660

36 - 50 tahun330

Lebih daripada 50 tahun110

Pengalaman Mengajar1 - 15 tahun770

16 - 25 tahun110

Lebih daripada 25 tahun220

Kelayakan AkademikSijil00

Diploma880

Sarjana00

Sarjana Muda220

PhD00

Lain-lain00

Kursus IT Dalam PerkhidmatanYa550

Tidak550

Berdasarkan Jadual 1, seramai 10 orang responden yang terdiri daripada guru yang mengajar subjek Matematik Tahap 1 dan 2 di sekolah rendah serta guru ICT terlibat dalam kajian ini. dari aspek jantina, didapati lelaki adalah seramai 4 orang guru mewakili 40% manakala perempuan adalah seramai 6 orang guru dengan peratusan 60%. Dari aspek umur, seramai 6 orang guru yang berumur antara 20 - 35 tahun manakala 3 orang guru berumur di antara 36 - 50 tahun. Selebihnya ialah guru yang berumur 50 tahun dan ke atas. Dari segi pengalaman mengajar, kebanyakan guru mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 1 tahun ke atas. Bagi kelayakan akademik pula, guru yang mempunyai Diploma adalah seramai 8 orang iaitu 80% berbanding hanya 2 orang yang mempunyai kelayakan akademik Sarjana Muda iaitu sebanyak 20%. Selain itu, terdapat 5 orang guru yang pernah menghadiri kursus IT dalam perkhidmatan dan sebanyak 50% guru yang tidak pernah menghadirinya.

4.2Analisis Bahagian B: Isi Kandungan

Rajah 1 Isi KandunganRajah 1 di atas menunjukkan hasil penilaian atau soal selidik daripada responden terhadap isi kandungan aplikasi Android. Terdapat 30% responden sangat bersetuju maklumat di dalam aplikasi Android tidak terlalu mendalam manakala 50% responden bersetuju dan selebihnya kurang bersetuju dengan pernyataan tersebut. Dalam pada itu, bagi maklumat di dalam aplikasi Android boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran harian, 80% responden bersetuju manakala 20% memilih skala 3 iaitu setuju. Bagi hasil respons maklumat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada pengguna, responden yang sangat bersetuju dan kurang bersetuju masing-masing mempunyai 2 orang responden manakala selebihnya memilih untuk setuju. 50% responden bersetuju maklumat disusun dengan teratur, 40% sangat bersetuju dan hanya 10% responden yang kurang bersetuju dengan pernyataan tersebut. Selain itu, 60% responden sangat bersetuju dengan kandungan aplikasi Android adalah mengikut urutan yang sesuai daripada mudah kepada kompleks dan selebihnya hanya bersetuju. 90% responden juga setuju bahasa penyampaian yang digunakan dalam aplikasi Android adalah mudah difahami.

4.3Bahagian C: Dokumentasi Rajah 2 DokumentasiRajah 2 menunjukkan hasil respons para guru sebagai responden berkenaan dengan dokumentasi aplikasi Android yang telah dipilih. Terdapat 9 orang responden sangat bersetuju panduan untuk melakukan proses installasi aplikasi mudah diikuti. Manakala bagi respons berkenaan dengan pertolongan (help) disediakan, 100% responden sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ini menunjukkan aplikasi Android membantu pengguna yang kurang tahu menggunakan aplikasi tersebut. Bagi responden yang memberi respons terhadap pernyataan maklumat lengkap berkenaan aplikasi telah disediakan, 70% responden bersetuju, 10% sangat setuju dan 20% kurang bersetuju. Hasil respons bagi manual mudah difahami dan manual tersusun rapi, masing-masing mempunyai 40% responden yang bersetuju, 30% sangat bersetuju dan selebihnya kurang bersetuju. 6 orang responden bersetuju dan 4 orang responden pula sangat bersetuju maklumat berkenaan aplikasi lain yang berkaitan disediakan.

4.4Bahagian D: Teknikal Rajah 3 TeknikalRajah 3 menunjukkan respons bagi bahagian teknikal oleh responden yang terlibat. 7 orang responden bersetuju paparan skrin (layout) adalah menarik. 100% responden sangat bersetuju saiz huruf mudah dibaca. 50% responden pula sangat bersetuju grafik yang ditunjukkan dalam aplikasi Android adalah jelas dan memuaskan. Bagi respons arahan jelas dan mudah difahami, 40% responden bersetuju dan 20% sangat bersetuju. Namun, 40% responden kurang bersetuju dengan pernyataan tersebut. 60% responden pula bersetuju memilih aplikasi Android ini tidak mudah tergendala (hang). Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya, 70% responden bersetuju keseluruhan aplikasi Android adalah menarik.

5.0 KESIMPULANSecara keseluruhannya, kajian terhadap penggunaan aplikasi Android yang sesuai digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) masih lagi di peringkat awal di Malaysia. Namun begitu, pengkaji tempatan semakin minat untuk meneroka potensi aplikasi Android dan iOS yang boleh meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya kewujudan teknologi seperti ini, pendidikan di Malaysia boleh berubah dari pendidikan secara konvensional kepada pendidikan secara moden dan atas talian yang lebih mudah dan menjimatkan masa dan tenaga. Justeru itu, aplikasi Android dan iOS tidak seharusnya dipandang remeh dan dihadkan kelebihannya yang selama ini hanya bertujuan untuk mengisi masa lapang dengan memuat turun permainan semata-mata tetapi diterokai juga dari segi kegunaanya lainnya agar dapat membantu pendidikan di negara kita untuk lebih maju, kreatif, moden dan berdaya saing. Dengan itu, aplikasi Android dan iOS akan dapat dijadikan sebagai salah satu bahan yang sesuai untuk Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) selain daripada pilihan-pilihan bahan pengajaran yang lain.

2728 patah perkataan

LAMPIRAN

BORANG PENILAIAN PERISIAN APLIKASI ANDROID MATH PRACTICE FLASH CARDSTujuan soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang penggunaan aplikasi Android dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK).

BAHAGIAN A (Profil Responden)Sila tandakan () pada petak yang berkenaan.

A1Jantina: LelakiPerempuan

A2Umur: 20 35 tahun 36 50 tahun Lebih daripada 50 tahun

A3Bilangan tahun dalam perkhidmatan perguruan: 0 15 tahun 16 25 tahunLebih daripada 25 tahunA4Kelayakan:SijilSarjana MudaDiplomaSarjanaPhDLain-lain (Sila Nyatakan): _______________________

A5Adakah anda pernah mengikuti kursus IT dalam perkhidmatan?YaTidakJika Ya, nyatakan berapa kali: ____________________________________________

BAHAGIAN B (Isi Kandungan)Sila bulatkan respons anda mengikut skala berikut:1 Tidak Setuju2 Kurang Setuju3 Setuju4 Sangat Setuju

B1Maklumat tidak terlalu mendalam. 1 2 3 4B2Maklumat boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran 1 2 3 4harian.B3Maklumat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada pengguna. 1 2 3 4B4Maklumat disusun dengan teratur. 1 2 3 4B5Kandungan aplikasi Android adalah mengikut urutan yang 1 2 3 4sesuai (mudah kepada kompleks).B6Bahasa penyampaian mudah difahami. 1 2 3 4

BAHAGIAN C (Dokumentasi)Sila bulatkan respons anda mengikut skala berikut:1 Tidak Setuju2 Kurang Setuju3 Setuju4 Sangat Setuju

C1Panduan untuk melakukan proses installasi aplikasi mudah diikuti. 1 2 3 4C2Pertolongan (help) disediakan. 1 2 3 4C3Maklumat lengkap berkenaan aplikasi adalah disediakan. 1 2 3 4C4Manual mudah difahami. 1 2 3 4C5Manual tersusun rapi. 1 2 3 4C6Maklumat berkenaan aplikasi lain yang berkaitan disediakan. 1 2 3 4BAHAGIAN D (Teknikal)Sila bulatkan respons anda mengikut skala berikut:1 Tidak Setuju2 Kurang Setuju3 Setuju4 Sangat Setuju

D1Paparan skrin (layout) adalah menarik. 1 2 3 4D2Saiz huruf mudah dibaca. 1 2 3 4D3Grafik yang ditunjukkan dalam aplikasi Android adalah jelas 1 2 3 4dan memuaskan.D4Arahan jelas dan mudah difahami. 1 2 3 4D5Aplikasi tidak mudah tergendala (hang). 1 2 3 4D6Keseluruhan aplikasi Android adalah menarik. 1 2 3 4

RUJUKANAhmad Sobri Shuib. 2010. Reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah: Teknik Delphi. Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in Information and Communication Technology 2010, pp. 652-665.

Aliff Nawi, Mohd. Isa Hamzah, (2013). Tahap Penerimaan Penggunaan Telefon Bimbit Sebagai M-Pembelajaran dalam Pendidikan Islam. Journal of Islamic and Arabic Education 5(1), 1-10.

Brown, T. (2005). Towards a model for M-Learning in Afrika. International Jurnal on E-Learning. 4(3), 299-315.

Chan, Y., F. (2001). Cabaran Pengurusan Pendidikan di Era Baru. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. 11, 68-79.

Hamdan. A., Din, R. & Abdul Manaf, S. Z. (2012). Penerimaan M-Pembelajaran dalam Sistem Pendidikan di Malaysia. The Unified Theory of Acceptance and use of Technology (UTAUT) : Satu Analisis Literatur. UKM, Malaysia 1st International Conference on Mobil Learning, Applications, and Services (mobilecase2012).

Keegan, D. 2005. The incorporation of mobile learning into mainstream education and training. Paper presentation, mLearn 2005, the 4th world conference on mobile learning, October 25-28, Cape Town, South Africa.

Kukulska-Hulme, A., & Traxler, J. (2005). Mobile Learning: A Handbook For Educators And Trainers. London, UK: Routledge.

Liu, T.C., Wang, H. Y., Liang, J. K., Chan, T. W., Ko, H. W., & Yang, J. C. (2003). Wireless and mobile technologies to enhance teaching and learning. Journal of Computer Assisted Learning, 19(3), 371-382.

Mohd. Fadli Ahdon, Supian Jolen, (2011). Ke Arah Pembelajaran Mobile Learning di Politeknik Malaysia. Kajian Tindakan. Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Norliza Binti A. Rahim, (2013). Penggunaan Mobile Learning (M-Learning) Untuk Tujuan Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan UTHM. Tesis. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Prensk, M. (2001). Digital Natives, Digital Immigrants, On the Horizon, 9(5), p. 1-6.

Sharples, M. (2000). The Design of Personel Mobile Technologies for Lifelong Learning, Computers and Education, 34, 177-193.

Sharples, M. Corlett, D., Westmancott, O. (2002). The design and implementation of a mobile learning resource. Personal and Ubiquitous Computing, 6(3), 234.

Siraj, S. (2005). M-Learning Dalam Pembangunan Sekolah Berteknologi Di Malaysia: Prospek Pelaksanaan. Prosiding Seminar Pendidikan. -USM.

Syafiza Abd. Wahab. (2007). Mobile Learning Notes for SPM Sejarah: Islam di Asia Tenggara. Latihan Ilmiah. Fakulti Teknologi dan Komunikasi Maklumat, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Williems, G. M., Stakenborg, J. H. J., & Veugelers, W. (2000). Trends in Dutch Teacher Education. Netherlands: Garant. Dicapai pada Disember 1, 2012, dari http://books.google.com/book?id=U9UUBsOdnDYC&pg=ICT+in+teacher+education

Yaakub, I. (1996), Alamak Pendidikan. Edisi Pertama. Kuala Lumpur. Berita Publising.

Zurita, G., & Nussbaum, M. (2004). A constructivist mobile learning environment supported by a wireless handheld network. Journal of Computer Assisted Learning, 20(4), 235-243.

SUZIE BINTI ABDULLAH (780328135428001)Page 22