pengenalan kepada teknologi maklumat

Upload: xyrule-neyxam

Post on 14-Jul-2015

118 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MOHD ZAIRUL NIZAM BIN AHMAD

TUGASAN 1

BCT 1063

ISI KANDUNGANBIL PERKARA MUKA SURAT

1.

PENGENALAN

2.

PERANTI INPUT

3.

PERANTI OUTPUT

4.

PERANTI INPUT/OUTPUT

5.

KESIMPULAN

6.

RUJUKAN

7.

LAMPIRAN

Page 1

MOHD ZAIRUL NIZAM BIN AHMAD

TUGASAN 1

BCT 1063

PENGENALANSebagai seorang yang bakal pemimpin masa hadapan, seorang pelajar bukan sahaja perlu dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi juga dengan kemahiran. Lebih-lebih lagi pada zaman yang serba mencabar ini, masing-masing berlumba untuk melengkap diri dengan pelbagai kamahiran bagi memastikan selenjaran permintaan pasaran yang sungguh kompetetif, terutama dalam bidang ICT. Lengkapnya seseorang individu pada hari ini haruslah diselarikan dengan pendidikan softskill. Oleh hal yang demikian, pendidikan mengenai ICT sangatlah penting. Pengetahuan yang meluas dalam bidang bukanlah bergantung sepenuhnya pada kemahiran menggunakan, akan tetapi ianya haruslah menjurus kepada keseluruhan mengenainya. Antaranya, mengenalpasti struktur dalaman dan luaran sesebuah komputer misalnya. Peranti yang ada pada komputer misalnya peranti input dan output haruslah dikenalpasti sepenuhnya. Walaupun pengetahuan secara terperincinya adalah di luar bidang tugas serta kemahiran kita, namun yang demikian pengetahuan asas mengenainya adalah sangat penting. Ini kerana saban hari, kita akan terdedah kepada penggunaannya dan secara tidak langsung ini akan memberikan sedikit kelebuhan jika kita mampu mengendalikan serta memahami intipati serta penggunaanya secara total. Dalam tugasan ini, kita akan mengkaji serta mengenal pasti bebera jenis peranti seperti input, output, serta input/output. Di dalam tugasan ini, gambarajah serta sedikit penerangan yang berkaitan akan disertakan. Diharap tugasan kali ini dapat membantu kita lebih mengenali perkakasan komputer agar lebih baik.

Page 2

MOHD ZAIRUL NIZAM BIN AHMAD

TUGASAN 1

BCT 1063

Peranti inputPeranti input merupakan peralatan yang dapat digunakan untuk menerima data yang akan diolah ke dalam komputer. Peranti ini digunakan oleh pengguna untuk melakukan interaksi dengan komputer agar komputer melaksanakan perintah yang diberikan oleh penggunanya. Prinsip kerja yang dilakukan perangkat input adalah merubah perintah yang dapat difahami oleh manusia kepada bentuk yang difahami oleh komputer (machine freadable form), ini berarti mengubahkan perintah dalam bentuk yang dipahami oleh manusia kepada data yang dimengerti oleh komputer iaitu dengan kode-kode biner (binary encoded information).

Page 3

MOHD ZAIRUL NIZAM BIN AHMAD

TUGASAN 1

BCT 1063

BEBOLA JEJAK / TRACK BALL Bebola Jejak (trackball) ialah peranti input yang menjalankan tugas yang sama seperti tetikus. Prinsip operasi bebola jejak ini juga sama seperti tetikus. Rupa bebola jejak ini sama seperti tetikus apabila diterbalikkan. Bola getah berada di bahagian atas bebola jejak. Pengguna perlu memusingkan dengan tangan bola getah yang sebesar bola snuker (snooker). Penuding (pointer) akan digerakkan pada skrin monitor. Biasanya bebola jejak akan di gunakan jika tiada ruang di atas meja untuk menggunakan tetikus. Dulu komputer buku banyak menggunakan bebola jejak tetapi sekarang kebanyakannya telah menggunakan pad sentuh untuk menggerakkan penuding pada skrin monitor. Penuding akan bergerak mengikut bahagian pad sentuh yang disentuh oleh pengguna.

Page 4

MOHD ZAIRUL NIZAM BIN AHMAD

TUGASAN 1

BCT 1063

TETIKUS / MOUSE Tetikus ialah peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau kursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata. Tetikus ini amat diperlukan terutamanya sekali apabila menggunakan sistem pengendalian tetingkap ( Window ) seperti Microsoft Windows, Linux dll. Tetikus memudahkan seseorang pengguna untuk mengendalikan perisian animasi, grafik, dan atur cara penerbitan meja. Apabila tetikus digerakkan, penunjuk pada skrin paparan akan bergerak dalam arah yang sama dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana tetikus tersebut berada. Input tetikus juga biasanya digunakan untuk domain atur cara penggunaan yang khusus. Dalam grafik tiga dimensi interaktif, gerakan tetikus seringnya ditukar secara langsung menjadi perubahan orientasi kamera maya. Misalnya, dalam permainan genre penembak diri pertama, pemain biasanya menggunakan tetikus untuk mengawal arah yang dihadap oleh "kepala" pemain maya. Menggerakkan tetikus ke arah atas skrin akan menyebabkan pemain melihat ke atas dan mendedahkan pemandangan di atas kepala pemain. Mouse, nama tetikus dalam bahasa Inggeris, dicipta oleh Institut Penyelidikan Stanford dan berasal daripada persamaan model tetikus yang awal (yang memiliki kord pada bahagian belakang peranti yang kelihatan seolaholah ekor) dengan tikus. Penerbitan perkataan mouse pertama yang diketahui adalah dalam terbitan Computer-Aided Display Control oleh William English pada tahun 1965.

Page 5

MOHD ZAIRUL NIZAM BIN AHMAD

TUGASAN 1

BCT 1063

KAYU RIA / JOY STICK Kayu ria, juga dikenali sebagai kayu bedik merupakan tambahan perkakasan komputer atau peranti kayu kendali tangan kegunaan umum yang berputar pada satu hujung dan menghantar perutusan mengenai sudutnya dalam dua atau tiga dimensi pada komputer. Kayu ria sering kali digunakan bagi mengendalikan permainan video, dan biasanya mempunyai satu atau lebih butang tekan yang kedudukannya boleh dibaca komputer. Istilah kayu ria menjadi sebati dengan kawalan permainan yang boleh disambungkan kepada komputer kerana komputer mengiktiraf input ini sebagai "input kayu ria".

Page 6

MOHD ZAIRUL NIZAM BIN AHMAD

TUGASAN 1

BCT 1063

PAPAN KEKUNCI / KEYBOARD Papan kekunci merupakan peranti yang selalu digunakan dan paling popular untuk memasukkan data ke dalam komputer. Papan kekunci hari ini pada amnya menggunakan litar bersepadu untuk menjalankan empat fungsi-fungsi tertentu seperti di bawah. menentukan gabungan 1 dan 0,iaitu kod perduaan, untuk dihantar ke CPU bergantung kepada kekunci yang ditekan. bersaling tukar antara kekunci besar dan kekunci kecil. mengulangi kod kekunci jika kekunci tersebut ditekan lama. menyimpan secara sementara atau "menimbal" masukan jika kekunci ditaip terlalu pantas. Penyusunan papan kekunci yang memberikan piawaian kepada kebanyakan papan kekunci adalah penyusunan QWERTY, yang diberi nama mengikut huruf pertama pada baris atas di sebelah kiri. Ia biasanya mempunyai 101 kekunci. Penyusunan ini dibuat bertujuan untuk melambatkan jurutaip yang mahir, kerana penaipan yang terlalu pantas akan merosakkan kekunci mekanik pada mesin taip. Untuk memperlahankan jurutaip, huruf-huruf yang paling biasa digunakan diletakkan berserak di atas papan kekunci, menyebabkan gabungan yang biasa digunakan sukar dan lambat ditaip. Penyusunan papan kekunci QWERTY ini telah digunakan hampir satu abad yang lalu.

Page 7

MOHD ZAIRUL NIZAM BIN AHMAD

TUGASAN 1

BCT 1063

PENGIMBAS / SCANNER Pengimbas imej (image scanner) merupakan peranti yang menukarkan semua teks, lukisan, gambar, objek dan lain-lain ke bentuk digital. Teknologi sistem pengimejan telah mencetuskan industri imej dokumen elektronik (electronic document imaging) dengan menggabungkan penggunaan pengimbas, kamera digital dan lain-lain. Pengimbas menggunakan dua jenis teknologi optik iaitu sama ada Charge-Coupled Device (CCD) atau Contact-Image Sensor (CIS). CCD adalah teknologi lama yang digunakan oleh pengimbas dan ia menyerupai teknologi mesin fotokopi manakala CIS adalah teknologi baru yang menggunakan penderia sebagai perantara tangkapan imej. Namun begitu teknologi CIS tidak mampu menghasilkan gambar yang baik walaupun ia mampu menghasilkan pengimbas yang nipis dan ringan. Manakala teknologi CCD pula membolehkan gambar diimbas dengan baik dan cantik walaupun ia berat dan agak sensitif kepada gegaran. Dari segi harga pula CIS adalah mahal berbanding dengan CCD. Kini pengimbas juga mengadakan sejenis ciri mudah dalam penggunaannya iaitu imbasan sesentuh (one-touch scanning). Dengan ciri ini ia memberikan kemudahan sebuah mesin fotokopi kepada pengimbas dan pengguna hanya perlu meletakkan dokumen pada pengimbas kemudian tekan butang pada pengimbas, seterusnya pengimbas akan menghantar data kepada komputer.

Page 8

MOHD ZAIRUL NIZAM BIN AHMAD

TUGASAN 1

BCT 1063

KAMERA WEB / WEBCAM Webcam merupakan peranti video yang disambung kepada komputer atau rangkaian komputer, sering kali melalui port USB atau, jika bersambung dengan jaringan, ethernet atau Wi-Fi. Sesetengah komputer riba memiliki webcam bersepadu yang boleh membawa masaalah kerana ia tidak boleh dilumpuhkan secara fizikal, sekiranya dirampas oleh perisian Trojan Horse / pengintip. Kegunaan paling popular adalah bagi videotelephony, membenarkan komputer bertindak sebagai videophone atau stesyen persidangan video. Ini boleh digunakan dalam perisian perutusan seperti perkhidmatan perutusan Windows Live Messenger, Skype dan Yahoo!. Kegunaan popular lain, yang termasuk rakaman fail video malah gambar, boleh dicapai melalui banyak perisian, applikasi dan peranti komputer. Webcams terkenal kerana kos pengilangan rendah dan kepelbagai guna, menjadikan ia bentuk telefon video termurah. Istilah 'webcam' juga boleh digunakan dalam bentuk asal kamera video bersambung kepada Web berterusan untuk tempoh masa yang tidak ditetapkan, dan bukannya intuk sesi tertentu, biasanya memberikan pemandangan bagi sesiapa yang melawat laman webnya melalui Internet. Sesetengah darinya, sebagai contoh, yang digunakan sebagai kamera trafik di talian, adalah kamera video profesional yang mahal, dan lasak.

Peranti outputPage 9

MOHD ZAIRUL NIZAM BIN AHMAD

TUGASAN 1

BCT 1063

Output Device adalah peralatan yang digunakan untuk melihat atau memperoleh hasil pengolahan data / perintah yang telah dilakukan oleh komputer.

Page 10

MOHD ZAIRUL NIZAM BIN AHMAD

TUGASAN 1

BCT 1063

MOD PAPARAN / MONITOR Monitor komputer merupakan sejenis peranti persisian output yang berupaya memaparkan aksara dan/atau imej, baik diam atau bergerak, yang dijanakan oleh komputer dan diproseskan oleh kad grafik. Tedapat empat jenis Monitor, iaitu Monitor monokrom, Monitor warna, Monitor segerak berbilang, dan Monitor ELD (Elektro Luminescent Display). Setiap Monitor mempunyai ciri-ciri dan sejarah tersendiri. Mutu Monitor tergantung kepada beberapa faktor. Yang terutama ialah bilangan piksel yang dipaparkan oleh skrinnya; lebih banyak pikselnya, lebih tajamnya teks dan grafik yang dipaparkan. Pada awalnya semua monitor adalah dari jenis tiub sinar katod (CRT) sama seperti yang digunakan pada tiub televisyen, namun kini monitor jenis LCD semakin digemari kerana monitor LCD menggunakan ruang yang kecil, ringan serta lebih menjimatkan tenaga elektrik berbanding monitor CRT.

Page 11

MOHD ZAIRUL NIZAM BIN AHMAD

TUGASAN 1

BCT 1063

PEMPLOT / PLOTTER Plotter secara prinsip memiliki fungsi yang sama dengan printer. Yang membedakan secara umum adalah ukuran dan peruntukan dari plotter tersebut. Plotter mampu mencetak pada kertas dengan ukuran A0, dan biasanya digunakan untuk mencetak peta dan gambar ukuran besar lainnya. Plotter juga mengalami perkembangan yang cukup pesat, yang dimulai hanya dengan menggunakan pena sebagai alat cetak, hingga saat ini telah menggunakan inkjet dan serbuk dakwat (Laserjet) Pemplot bimbit yang murah serta berkeupayaan menjana plot berbilang warna daripada data yang tersimpan dalam pita atau cakera magnet. Pada amnya pemplot yang mempunyai keupayaan berbilang warna yang menggunakan mekanisma tulisan yang mengandungi beberapa pen. Setiap satunya berkeupayaan menghasilkan warna yang berlainan. Sesetengah peranti untuk membuat draf berautomat dilengkapkan dengan permukaan pemplot yang lebih besar daripada 10 kaki persegi dan harganya sama dengan harga satu sistem mini-komputer.

Page 12

MOHD ZAIRUL NIZAM BIN AHMAD

TUGASAN 1

BCT 1063

PENCETAK HENTAMAN (PENCETAK 9 PIN EPSON) Dengan pencetak hentaman, cetakan berlaku disebabkan oleh tukul yang mengetuk bentuk aksara dan bentuk aksara ini kemudiannya mengetuk reben berdakwat, menyebabkan reben menekan imej aksara tersebut ke atas kertas. Peranti pencetak aksara mencetak satu aksara satu masa pada kelajuan 10 hingga 500 aksara per saat. Pencetak terlaju jenis ini adalah pencetak matriks dawai atau pencetak matriks bintik. Ia mencetak aksara terdiri daripada bintik-bintik corak terbentuk oleh hujung dawai yang kecil. Dengan memanjangkan dawai tertentu lebih daripada yang lain, corak bintik boleh dibentuk untuk mengeluarkan nombor, huruf, atau aksara khas. Dawai yang dipanjangkan ini kemudiannya ditekan ke atas reben berdakwat untuk mencetak aksara ke atas kertas atau borang. Sesetengah pencetak matriks yang lebih lambat dan murah mencetak aksara sebagai satu siri lajur setiap satunya selebar satu bintik. Oleh kerana sifat unsur matriks tersebut, ia boleh digunakan untuk mencetak bentuk aksara khas yang boleh digunakan dengan grafik, seperti graf dan carta. Untuk mereka yang inginkan output berkualiti mesin taip, pencetak bintik khas atau pencetak roda daisi boleh digunakan. Pencetak roda daisi menggunakan unsur cetakan plastik atau logam tunggal berbentuk seperti sususan kelopak bunga daisi. Unsur ini akan berputar sehingga aksara yang betul berada pada kedudukannya dan kemudiannya ia ditekan ke atas reben berdakwat. Proses ini berulang untuk setiap aksara yang hendak dicetak pada baris. Kelajuan biasa pencetak jenis ini adalah dalam julat 25 hingga 100 aksara persaat.

Page 13

MOHD ZAIRUL NIZAM BIN AHMAD

TUGASAN 1

BCT 1063

PENCETAK LASER (TANPA HENTAMAN) Pencetak baris tanpa hentaman merupakan sejenis pencetak komputer yang menggunakan kaedah laser, elektrostatik atau kaedah pancutan dakwat adalah pencetak yang terlaju dan paling senyap. Pencetak laser Xerox 9700 misalnya, berkeupayaan mencetak lebih daripada 18,000 baris per minit. Sebelum pembangunan pencetak jet dakwat dan pencetak laser, pencetak tanpa hentaman tidak banyak digunakan kerana beberapa sebab: Memerlukan kertas khas yang lebih mahal Output bercetak tidaklah seterang dan sejelas percetakan pencetak hentaman.

Page 14

MOHD ZAIRUL NIZAM BIN AHMAD

TUGASAN 1

BCT 1063

PEMBESAR SUARA / SPEAKER Pembesar suara merupakan transduser elektroakustik yang menukar isyarat elektrik kepada bunyi. Pembesar suara menolak satu perantaraan menurut denyutan isyarat elektrik, dengan itu menyebabkan gelombang bunyi terhasil dari mana ia boleh diterima oleh telinga. Pembesar suara (dan transduser elektroakustik yang lain) ialah unsur paling banyak kepelbagaian dalam sistem audio moden dan biasanya bertanggungjawab bagi kebanyakan perbezaan bunyi apabila membanding sistem-sistem berlainan. Istilah 'pembesar bunyi' boleh merujuk kepada transduser individu (dikenali sebagai 'pemacu'), atau kepada sistem lengkap yang terdiri daripada kotak pembesar suara yang mengandungi satu atau lebih pemacu. Untuk menghasilkan julat frekuensi yang luas dengan memuaskan, kebanyakan sistem pembesar suara memerlukan lebih dari satu pemacu, terutamanya bagi aras tekanan bunyi atau kejituan tinggi.

Page 15

MOHD ZAIRUL NIZAM BIN AHMAD

TUGASAN 1

BCT 1063

Peranti input/output

Page 16

MOHD ZAIRUL NIZAM BIN AHMAD

TUGASAN 1

BCT 1063

FON KEPALA / HEADPHONE Fon kepala merupakan sepasang pembesar suara kecil yang dilekapkan pada telinga pengguna serta disambungkan ke punca isyarat audio seperti penguat audio, radio ataupun pemain CD. Ia juga dikenali dengan nama-nama seperti fon telinga dan set kepala. Unit ini berfungsi untuk merakam atau memasukkan suara yang akan disimpan dalam memori komputer atau untuk mendengarkan suara. Dengan mikrofon, kita dapat merakam suara ataupun dapat bercerita kepada orang yang kita inginkan pada waktu chating. Penggunaan mikrofon ini tentunya memerlukan peranti lainnya yang berfungsi untuk menerima input suara iaitu sound card dan speaker untuk mendengarkan suara.

Page 17

MOHD ZAIRUL NIZAM BIN AHMAD

TUGASAN 1

BCT 1063

ATM (Automatic Teller Machine) atau yang biasa disebut Anjungan Tunai Mandiri biasa digunakan dalam perbankan. Peranti ini membolehkan kita melakukan transaksi pengambilan wang tunai, pembayaran berbagai jenis tagihan, pemindahan wang, bahkan di beberapa lokasi kota besar sudah berupaya untuk memesan tiket kereta api. ATM bekerja sebagai peranti I/O sekaligus. Sebagai peranti input, ATM memungkinkan pemakai memasukkan nomor PIN (Personal Identification Number), jumlah wang, dan hal-hal lain yang tersedia pada menu. Adapun sebagai peranti output, ATM memungkinkan pemakai (petugas bank) melihat perintah mahupun kode dang angka yang dimasukkan pada peranti input.

Page 18

MOHD ZAIRUL NIZAM BIN AHMAD

TUGASAN 1

BCT 1063

KesimpulanKesimpulannya, terdapat pelbagai jenis peranti yang terdapat dipasaran. Masing-masing mempunyai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri. Pilihan terletak pada kita. Namun, kita seharusnya lebih peka terhadap fungsi-fungsinya. Ianya datang pelbagai variasi dan bentuk yang bukan sahaja memberikan pilihan terhadap kepelbagai citarasa. Kecanggihan serta kemajuaan dalam bidang ICT sememangnya telah banyak memberikan manfaat dan kebaikan kepada semua. Terpulanglah kepada kebijaksanaan kita untuk menggunakan serta menguruskannya dengan berhemat. Peranti yang pelbagai sebenarnya menjadikan kerja seharian kita lebih mudah dan santai. Fungsinya yang pelbagai sebenarnya telah meletakkan kita sebagai pengguna lebih bermotivasi dalam melakukan serta menjalan tugas harian dengan jayanya. Dari tugasan harian hinggalah urusan negara, semuanya telah bergantung kepada kecanggihan ICT. Oleh hal yang demikian, kita seharusnya bersama-sama memajukan diri dalam bidang yang berkenaan. Ini kerana lengkapnya individu hari ini bukan sahaja terletak pada kemahiran akademik semata, akan tetapi juga banyak dipengaruhi oleh kemahiran dalam bidang ICT.

Page 19

MOHD ZAIRUL NIZAM BIN AHMAD

TUGASAN 1

BCT 1063

Rujukan E:\peranti\Bebola jejak - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.htm E:\peranti\Fon kepala - Wikipedia.htm E:\peranti\Kayu ria - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.htm E:\peranti\Webcam - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.htm E:\peranti\Tetikus - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.htm E:\peranti\TEKNOLOGI PERANGKAT INPUT Help Your Education.htm E:\peranti\STORAN SEKUNDER.htm E:\peranti\Perkakasan komputer - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.htm E:\peranti\Monitor - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.htm E:\peranti\Papan kekunci (pengkomputan) - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.htm E:\peranti\pemplot.htm E:\peranti\Pencetak hentaman - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.htm E:\peranti\Pencetak komputer - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.htm

Page 20

MOHD ZAIRUL NIZAM BIN AHMAD

TUGASAN 1

BCT 1063

Lampiran

Page 21