hbae 1403 seni kanak-kanak.pdf

Upload: cikguishmael

Post on 04-Jun-2018

279 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 HBAE 1403 SENI KANAK-KANAK.pdf

    1/20

    HBAE 1403

    MENGGAMBAR

    MEI 2013

    NAME : Chen Yuk Lan @ Chen Ynuk Ming

    MATRIC NUMBER : 690611125816001

    IC NUMBER : 690611125816

    TELEPHONE NUMBER : 0138810090

    E-MAIL ADDRESS : [email protected]

    TUTORS NAME : Yaakob Bin Hj. Atan

    LEARNING CENTRE : Tawau Learning Centre

  • 8/14/2019 HBAE 1403 SENI KANAK-KANAK.pdf

    2/20

    1.0 PENGENALAN

    Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas utama

    iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic mission).

    Secara umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan logika dan

    estetika, manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan dengan etika. Tugas-tugas

    profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain

    yang belum diketahui anak didik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas

    manusiawi pula adalah

    tugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna kelak. Tugas-

    tugas manusiawi itu termasuklah transformasi diri dan pencarian identiti. Tugas

    kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru sebagai warganegara yang baik

    serta melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan oleh bangsa dan negara. Hal

    ini sejajar dengan gelaran jurutera masyarakat yang diberikan kepada golongan

    pendidik dewasa ini.

    1.1 Peranan Guru Pendidikan Seni

    i. Guru Sebagai PembimbingAntara lain, guru Pendidikan Seni Visual berperanan sebagai pembimbing dalam

    pengalaman belajar. Setiap guru seni berperanan memberikan pengetahun baru

    kepada murid mengenai seni, menambah baik pengalaman sedia ada serta

    mencungkil bakat dan memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Seni Visual.

    Proses bimbingan (fasilitasi) berlaku apabila ia dijalankan didalam kumpulan di

    mana peserta digalakkan mengambil tanggungjawab di dalam hasil

    pembelajarannya (Van Maurik, 1994). Menurut beliau juga, peranan guru adalah

    untuk mewujudkan kelas yang bersifat interaksi kolaboratif dikalangan pelajar.

    Sebagai pembimbing, seseorang guru itu perlu peka terhadap tingkah laku dan

    perkembangan spiritual murid dalam P & P Seni Visual. Sebagai contoh, jika

    seorang guru itu ingin mengajar murid-muridnya melukis pemandangan di tepi

    pantai, guru tersebut perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid-murid

    mengenai suasana di tepi pantai. Kemudian, guru perlu membimbing muridmurid

    melukis gambar tersebut dengan memberikan input-input baru mengenai perkara

    tersebut.

  • 8/14/2019 HBAE 1403 SENI KANAK-KANAK.pdf

    3/20

    Seterusnya, murid-murid akan melaksanakan tugasan tersebut dengan bimbingan

    guru. Seorang guru yang berperanan sebagai pembimbing perlu mempunyai sikap-

    sikap berikut untuk membimbing murid-murid dalam P & P Pendidikan Seni

    Visual:

    a. Bersopan santunb. Menghormati pandangan muridc. Peramahd. Jujure. PrihatinBimbingan dan dorongan guru akan membantu murid-murid memahami dengan

    lebih jelas mengenai sesuatu konsep seni visual. Selain itu pembelajaran secara

    bimbingan akan memupuk nilai instrumental seperti berdikari, rasional, berani dan

    bersemangat semasa menghasilkan karya seni visual.

    1.2 Guru Sebagai Pemudah Cara

    Sebagai seorang guru seni yang cermerlang, kita perlulah mengambil kira kaedah

    penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh muridmurid.

    Menurut Joyce, B., & Weil, M., (2003), hasil pengajaran yang paling penting sekali

    mungkin adalah meningkatkan kebolehan murid-murid untuk belajar dengan lebih

    mudah dan berkesan kelak akibat perolehan pengetahuan dan kemahiran serta

    pengusaan proses pembelajaran. Hal ini bermaksud, pembelajaran yang mudah akan

    memberi kesan yang lebih mendalam dan mudah difahami oleh murid. Bagaimana

    untuk mewujudkan pembelajaran yang mudah dan berkesan? Dalam proses P & P Seni

    Visual, guru perlulah berperanan sebagai pemudah cara. Sebagai contoh, sekiranya

    guru mahu mengajar murid membuat kain rentang bagi menyambut hari merdeka.

    Seperti yang kita ketahui, kreativiti murid sekolah rendah masih di tahap sederhana.

    Bagi menyempurnakan tugasan ini, agak sukar sekiranya guru tidak memberi bantuan

    yang sewajarnya. Justeru, bagi peringkat permulaan ini, guru perlu bertindak sebagai

    pemudah cara. Guru boleh menyeidakan wording yang sesuai untuk membuat kain

    rentang tersebut. Murid-murid hanya perlu menekap huruf-huruf yang telah disediakan

    oleh guru. Dengan cara ini, murid-murid akan berasa mudah untuk menguasai

    kemahiran asas membuat kain rentang.

  • 8/14/2019 HBAE 1403 SENI KANAK-KANAK.pdf

    4/20

    1.3 Guru Sebagai Motivator

    Pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan guru

    untuk mengekalkan minat pelajar (Erickson, 1978). Pendapat ini dikemukakan oleh

    seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam kajian dunia pendidikan. Apakah kebolehanyang dimaksudkan oleh tokoh tersebut? Kebolehan yang dimaksudkan merujuk kepada

    kebolehan seseorang guru memotivasikan murid-murid yang diajar. Dalam P & P Seni

    Visual, guru perlu berperanan sebagai motivator untuk memupuk minat mereka

    terhadap isi pelajaran yang disampaikan dan persepsi mereka tentang kepentingan dan

    kegunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, motivasi guru juga dapat

    meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan ingin membuat yang

    terbaik dalam penghasilan karya seni.

    Bagaimanakah seorang guru seni dapat memotivasikan pelajar dalam pengajaran dan

    pembelajaran Seni Visual:

    a. Memberi komentar yang positif.b. Wujudkan persaingan yang positif dan kerjasama di kalangan murid.c. Memilih alat dan bahan: Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan

    dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.

    d. Masa: Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masayang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka.

    e. Rangsangan: Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan,Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak

    lagi hasil karya seni visual.

    f. Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel: Guru pendidikan perlu fleksibel dalamproses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar

    mengikut minat idea dan cadangan daripada murid.

    g. Hormat-menghormati: Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikapmenghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan.

    h. Memberikan Galakan dan Motivasi: Elakkan daripada mengkritik keterlaluansehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan

    karya.

    i. Penghargaan: Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dankomitmen yang mereka berikan di dalam kelas.

  • 8/14/2019 HBAE 1403 SENI KANAK-KANAK.pdf

    5/20

    2.0 PROSES ARTISTIK MENGGUNAKAN KEADAH APRESIASI SENI

    2.1 Pengenalan

    Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai

    tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara

    mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya dan

    stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari

    aspekaspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan

    perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap,

    minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.

    2.1 TEKNIK, BAHAN DAN TEMA

    2.1.1 Menggambar

    Bidang menggambar adalah satu bidang yang mementingkan perkembangan persepsi

    dan kemahiran murid. Kegiatan yang dicadangkan untuk membuat gambar ialah seperti

    lukisan, catan, cetakan, kolaj, montaj, gosokan, resis, percikan dan mozek.

    Mengggambar adalah satu representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2

    dimensi. Menggambar mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan ke atas

    permukaan rata. Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan

    pemberitahuan imej mental seseorang.

    Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar

    menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai. Bidang

    menggambar mempunyai hasil pembelajaran yang berbeza mengikut tahap umur

    murid. Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras

    pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian.

    Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui empat cara iaitu peringkat

    penerangan, analisis, intepritasi dan penilaian. Aktiviti menggambar adalah satu cara

    bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan

    perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.

  • 8/14/2019 HBAE 1403 SENI KANAK-KANAK.pdf

    6/20

    2.1.2 Gosokan

    Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu

    permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang

    hendak dipindahkan. Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadapalam sekitar, meluahkan bebagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan.

    Alatan dan bahan yang digunakan dalam aktiviti membuat gosokan boleh

    dikategorikan kepada dua bahagian iaitu alatan dari alam semulajadi dan alatan dari

    benda buatan manusia. Penggunaan pensil dan pensil warna akan memberikan kesan

    jalinan yang halus. Jalinan yang dihasilkan daripada kapur dan pastel adalah bahan

    rapuh dan tidak kekal lama. Krayon memberikan kesan tebal dan nyata apabila

    diaplikasikan ke atas jalinan. Penggunaan arang dalam aktiviti gosokan akan

    menghasilkan jalinan yang mudah rosak.

    Hasil jalinan dari aktiviti gosokan boleh disimpan dengan baik apabila

    menggunakan semburan pemati warna ke atas jalinan tersebut. Teknik gosokan yang

    pelbagai akan menghasilkan kesan jalinan yang menarik. Penentuan tema sebelum

    pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk menghasilkan kerja yang baik.

    2.1.3 Catan

    Catan adalah satu proses gambaran pemikiran secara nyata. Dihasilkan melalui sapuan

    warna-warna basah ke atas satu permukaan rata. Adalah satu hasil kerja estetik

    dipersembahkan secara 2D. Catan adalah salah satu cabang seni menggambar yang

    banyak menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar.

    Perkara yang paling penting dalam proses mewarna ialah kawalan kepekatan

    campuran warna dan air. Warna poster mempunyai sifat legap dan tebal. Warna air

    bersifat lutsinar dan lembut. Cat akrilik sesuai dihasilkan di permukaan kanvas. Cat

    minyak perlu dicampur minyak linsid untuk mencairkan warna dan sesuai di

    permukaan kanvas. Cat tempera lebih bersifat lutsinar juga sesuai di atas kanvas. Cat

    gouache cepat kering manakala fresko sesuai digunakan di permukaan dinding/mural.

    Pemilihan tema atau tajuk penting sebelum memulakan proses mencatan. Berus

    yang berbagai jenis mempunyai fungsi yang tersendiri. Berbagai jenis teknik boleh

    digunakan untuk menghasilkan catan. Warna asas terdiri daripada tiga warna. Warna

  • 8/14/2019 HBAE 1403 SENI KANAK-KANAK.pdf

    7/20

    sekunder ialah hasil campuran dua warna asas. Warna tertier adalah campuran warna

    asas dengan warna sekunder. Warna monokrom dihasilkan dengan campuran warna

    putih atau hitam. Warna penggenap adalah warna yang bertentangan dalam roda warna.

    Warna harmoni terdiri dari beberapa warna yang terletak bersebelahan dalam rodawarna. Ton warna ialah nilai cahaya yang wujud hasil dari warna gelap atau terang

    pada sesuatu objek. Kroma warna ialah campuran warna penggenap dalam roda warna

    dengan intensiti yang berbeza. Warna natural atau pastel ialah warna persekitaran yang

    tidak terdapat dalam warna asas, sekunder atau tertier.

    Warna boleh diterjemahkan dalam pelbagai perspektif iaitu dari sudut budaya

    setempat, segi psikologi, aspek asas senireka, situasi tertentu dan simbol. Menghargai

    sesuatu hasil seni dapat berkomunikasi dan dapat menyuarakan isi hati.

    2.1.4 Kolaj

    Kolaj ialah satu komposisi artistik yang mengandungi berbagai imej. Kolaj dihasilkan

    dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di

    atas permukaan rata. Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah

    dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik. Pelekat-

    pelekat dan alatan yang digunakan dalam menghasilkan kolaj mempunyai kegunaannya

    yang tersendiri.

    Berbagai jenis permukaan boleh digunakan dalam menghasilkan kolaj

    bergantung kepada jenis bahan-bahan yang hendak digunakan. Teknik-teknik yang

    berbagai dalam kolaj mempunyai kesan yang berlainan pada setiap kolaj yang

    dihasilkan. Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj perlu fikirkan tema

    terlebih dahulu.

    Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid.

    Langkah permulaan menghasilkan kolaj ialah dengan membuat lakaran untuk

    mendapatkan idea atau tema. Penekanan terhadap warna pada latar belakang, rupa,

    bentuk, ruang, yang berkaitan dengan tajuk perlu diutamakan semasa menghasilkan

    kolaj. Langkah terakhir yang sangat penting dan perlu dititikberatkan ialah

    memperlihatkan kejadian sebenar.

  • 8/14/2019 HBAE 1403 SENI KANAK-KANAK.pdf

    8/20

    Aktiviti kolaj banyak melibatkan koordinasi tangan dan mata, ketekunan dan

    perasaan individu. Dalam aktiviti kolaj, guru harus menyesuaikan tahap umur murid-

    murid dengan aktiviti kolaj yang hendak dijalankan. Tahap keupayaan murid boleh

    dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu tahap manipulatif, tahap simbolik, dan tahaprealistik. Tahap manipulatif ialah tahap di mana murid suka meneroka, mencari bukti

    dan mendapatkan keseronokan.

    Tahap simbolik ialah tahap di mana murid boleh menjalani eksperimen mudah

    dan suka terhadap sesuatu benda. Tahap realistik ialah tahap di mana murid berada di

    peringkat matang dan boleh meluahkan perasaan melalui hasil kerja mereka.

    2.1.5 Resis

    Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna

    basah dan contengan lilin. Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung

    kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas. Lilin dalam

    aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan

    kertas.

    Teknik tindihan lilin keatas lilin yang lain boleh dijalankan dalam aktiviti resis.Teknik resis membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan

    bahan dalam kegiatan menggambar. Teknik resis adalah satu hasil kerja yang unik

    kerana ia menggunakan lilin sebagai menggantikan alatan biasa yang digunakan.

    Gabungan warna-warna air dan lilin digunakan dalam proses menghasilkan resis.

    Warna tempera bertindak sebagai lilin dalam aktiviti menghasilkan resis. Resis dari

    kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan

    kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan. Teknik renyukan digunakan dalam

    proses aktiviti resis batik kertas. Perekat getah bertindak sebagai lilin dalam aktiviti

    resis.

    Resis secara positif dan negatif menggunakan kapur putih dan lilin dalam proses

    menghasilkan resis. Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk

    membuat garisan lilin pada corak batik. Sodium silikat digunakan dalam resis batik

    kain untuk mengekalkan warna yang terdapat pada kain tersebut. Rendaman soda ash

    dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain

  • 8/14/2019 HBAE 1403 SENI KANAK-KANAK.pdf

    9/20

    tersebut. Terdapat empat cara pendekatan dalam membuat kritikan seni iaitu

    pendekatan induktif, deduktif, empati dan interaktif.

    2.1.6 CetakanCetakan ialah satu proses hasil kerja seni yang diulang dan dicipta dalam bentuk edisi

    dengan menggunakan dakwat. Cetakan dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu

    permukaan. Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang

    dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat. Cetakan adalah satu

    proses penerapan blok ke atas permukaan rata. Alat dan media cetakan boleh

    dikategorikan kepada tiga bahagian seperti alam semulajadi, alam benda dan bahan

    terbuang.

    Jenis cetakan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tahap pengenalan,

    pertengahan dan tahap lanjutan. Teknik bayangan gelap, teknik bayangan putih, teknik

    luar gelap dan teknik luar putih adalah diantara teknik cetakan yang popular dihasilkan.

    Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan

    dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Pemilihan dalam menggunakan

    teknik-teknik cetakan yang sesuai perlu diambilkira terhadap tahap kecerdasan murid

    terlebih dahulu.

    Tema dan tajuk cetakan yang berbagai-bagai perlu disesuaikan dalam pengajaran

    dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti cetakan di peringkat pengenalan merujuk kepada

    pendekatan cara mudah dihasilkan. Aktiviti cetakan di peringkat pertengahan merujuk

    kepada pendekatan penyelesaian masalah. Hasil karya boleh dinilai, dikritik dan

    dihargai berdasarkan dari beberapa sudut iaitu sudut diskripsi, analisa, interpretasi dan

    penilaian.

    2.1.7 Montaj

    Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari

    berbagai sumber atau sumber yang sama. Aktiviti montaj menggunakan teknik

    memotong, menampal dan mencantum. Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan

    gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan

    menghasilkan satu imej baru.

  • 8/14/2019 HBAE 1403 SENI KANAK-KANAK.pdf

    10/20

    Teknik superimpose, image editing photography digunakan dengan

    menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj. Alat, media dan teknik untuk

    menghasilkan montaj perlu disesuaikan dengan kemudahan yang ada. Aktiviti montaj

    boleh digabungkan dengan aktiviti catan, kolaj dan mozek.

    Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema

    lanskap, alam benda, figura dan corak huruf. Montaj yang berkualiti menggabungkan

    unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dalam hasil kerja. Subjek matter yang

    diguna dalam montaj boleh diulang untuk mendapatkan kesan keseragaman.

    Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk

    menarik perhatian pemerhati. Garisan grid yang digunakan dalam montaj adalah

    sebagai rangka panduan untuk mereka letak subjek dalam sesebuah gubahan. Aktiviti

    montaj yang menggunakan image editing software dapat menarik minat murid

    menghasilkan montaj.

    2.1.8 Percikan

    Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini

    setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan. Percikan dihasilkan dengan caramendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik. Alatan penting yang

    digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna

    basah dan kertas.

    Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble

    yang menarik. Teknik renjisan yang sama akan menghasilkan percikan yang kemas.

    Percikan biasanya dihasilkan secara tidak sengaja dan bebas. Percikan boleh dihasilkan

    ke atas permukaan kertas yang telah diwarna dengan warna basah terlebih dahulu.

    Percikan boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna. Percikan boleh

    diulang ke atas permukaan yang sama. Percikan yang halus dan seragam boleh

    diaplikasikan dalam teknik semburan. Percikan menggunakan penggelek adalah satu

    aktiviti yang rumit dan tidak terkawal. Percikan dengan jari akan menghasilkan

    percikan yang t idak sekata. Percikan dengan tumbuh-tumbuhan boleh juga dijalankan.

    Pita pelekat dan surat khabar bertindak sebagai alat untuk mengelakkan lebihan

    percikan terjadi ke atas permukaan yang tidak diingini.

  • 8/14/2019 HBAE 1403 SENI KANAK-KANAK.pdf

    11/20

    Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap,

    tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan. Apresiasi seni yang dijalankan

    di sekolah rendah haruslah dijalankan secara konkrit dan skop yang terhad.

    Perbincangan yang hendak dijalankan oleh guru dan murid-murid haruslah menarikminat murid. Perbincangan secara berkumpulan dan membuat pameran di bilik darjah

    daripada hasil kerja yang dibuat adalah aktiviti yang sangat penting.

    Perbincangan dan pendedahan tentang sesuatu hasil karya seni dilihat dari sudut

    perspektif, cadangan-cadangan dan idea-idea dikatakan telah memahami nilai estetik.

    Perbincangan secara berkumpulan dianggap pencetus kepada pemikiran kritikal

    dianggap sebagai satu teknik pembelajaran yang bermakna. Pameran hasil kerja adalah

    satu cara membina penghormatan diri dan penerimaan sikap yang positif. Guru harus

    peka terhadap persepsi yang dikemukakan oleh murid tentang sesuatu hasilkerja dari

    aspek budaya, fungsi, perasaan, keaslian, kreativiti, teknik penghasilan, tujuan dan

    objektif.

    2.1.9 Mozek

    Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan

    tertentu di atas permukaan rata. Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan

    secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar. Bahan-bahan

    yang digunakan adalah dari bahan semula jadi atau buatan manusia mengikut

    kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar.

    Orang Greek, Roman dan Kristian mula-mula seni menggambar menggunakan

    teknik mozek. Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar

    di dalam sekolah dan pada bangunan-bangunan di luar sekolah. Setiap teknik dalam

    aktiviti mempunyai perbezaan dari segi penggunaan alatan, bahan dan media. Potongan

    kertas boleh dijalankan dengan berbagai bentuk dan tidak terhad kepada satu bentuk

    sahaja dan tips untuk mengangkat cebisan kertas dengan mudah ialah dengan cara

    meletakkan sedikit gam pada penghujung alatan tersebut.

    Penyesuaian warna untuk mozek perlu dibuat dengan teliti untuk menampakkan

    prinsip kontra pada objek yang dihasilkan. Teknik mozek timbul (relief) lebih sesuai

  • 8/14/2019 HBAE 1403 SENI KANAK-KANAK.pdf

    12/20

    menggunakan bahan-bahan timbul. Semburan lutsinar ke atas permukaan hasil kerja

    mozek menjadikan mozek lebih menarik.

    Bahan-bahan yang dilekatkan untuk menghasilkan mozek boleh di campur.

    Teknik mozek catan ialah satu-satunya teknik yang tidak memerlukan bahan untuk

    menampal. Penggunaan linguistik dan ekspresi visual penting dalam menilai sesuatu

    hasil kerja seni. Kemahiran kritis dan kreatif boleh dikembangkan bersama-sama

    aktiviti seni.

    2.4 PENILAIAN GURU PSV

    2.4.1 Pengenalan

    Karya yang dihasilkan oleh murid-murid mempunyai harganya yang tersendiri. Oleh itu

    setiap karya perlu ada apresiasi ataupun komen berbentuk pujian atas usaha yang

    dilakukan oleh murid untuk menghasilkan 'masterpiece' mereka. Penilaian dalam

    Pendidikan Seni Visual bukan hanya melibatkan pengujian dan pengukuran tetapi

    penilaian secara keseluruhan. Penilaian secara keseluruhan membolehkan murid

    mengabungkan kefahaman mereka kepada aspek kognitif, psikomotor dan afektif.

    Secara tidak langsung, ia menitikberatkan fokus kepada perbuatan murid yang

    mencungkil kemahiran berfikir serta melahirkan murid yang mampu membuat

    keputusan.

    Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika,

    pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil

    seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-

    hasil lain berdasarkan persepsi visual. Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita

    dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana

    kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni.

  • 8/14/2019 HBAE 1403 SENI KANAK-KANAK.pdf

    13/20

    2.4.2 Kaedah Melihat Seni

    Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada kaedah (i) Hedonistic, (ii)

    Kontekstualistik, (iii) Organistik, (iv) Normistik dan (v) Elektik.

    i. Kaedah hedonistic

    Kaedah ini hanya satu luahann perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan

    perasaan, gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara serta merta iaitu

    suka/tidak, tertarik/tidak dan pernyataan spontan. Kaedah ini tidak sealiran dengan

    isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh

    otak (pemikiran) Cuma berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur

    bilangan sebenar dan terdapat pelgabai citarasa.

    ii. Kaedah kontekstualistik

    Kaedah ini lebih praktikat di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik

    dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan

    prinsip rekaan. Lebih rujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman,

    rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya. Ianya akan

    menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamata karya, kefahaman konsep,

    kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang menarik oleh

    pemerhati.

    iii. Kaedah organistik

    Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur dan

    terancang. Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni, menentuh

    intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kapada aspek tata letak, tata atur, ruang

    dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya

    dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni , imbangan, perulangan, kesinambungan serta

    kepelbagaian.

    iv. Kaedah normistik

    Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai

    masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri

  • 8/14/2019 HBAE 1403 SENI KANAK-KANAK.pdf

    14/20

    kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsure sensasi. Cntohnya lukisan agama Kristian

    yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak. Kaedah ini menolak

    peradaban moden di mana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya

    dan agama.

    v. Kaedah elektik

    Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistic, ianya aalah gabungan persepsi

    penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. kriteria penilai menekankan unsur

    asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian

    secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik,

    sederhana dan kurang baik.

    2.4.3 Proses Apresiasi Seni

    Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses

    apresiasi

    Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni

    berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap iaitu (i)

    Menggambarkan, (ii) Menganalisa, (iii) Tafsiran dan (iv) Penilaian

    (i) Menggambarkan

    Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna, garisan,

    bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur

    (ii) Menganalisa

    Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsip dan

    stuktur. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana. Menghauraikan stail

    sesuatu karya.

    (iii) Tafsiran

    Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, symbol,

    unsure-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan. Mencari metafora-metafora

    (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.

  • 8/14/2019 HBAE 1403 SENI KANAK-KANAK.pdf

    15/20

    (iv) Penilaian

    Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti keaslian,

    gubahan, teknik dan fungsi. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari

    segi individu, social, keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.

    2.4.4 Aspek Nilai Melalui Apresiasi Seni

    Ianya akan dapat menanam dan memupuk nilai-nilai murni seperti saling faham

    memahami, ramah mesra, menghargai hasilan seni, sayang kepada alam sekeliling,

    cinta kepada Negara, kebersihan dan kesabaran, tekun, kesungguhan, berterima kasih,

    boleh membuat pertimbangan, peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat,

    bersemangat patriotik, berusaha dan produktif serta berfikiran positif.

  • 8/14/2019 HBAE 1403 SENI KANAK-KANAK.pdf

    16/20

    3.0 MAKLUMAT SOROTAN

    Hasil Lukisan Kanak-Kanak

    Hasil Seni: Mohd Zulkifli Bin Zulhalip, 5 Zamrud, SK Bugaya Semporna SabahTarikh:18 Jun 2013, 3.05pm

  • 8/14/2019 HBAE 1403 SENI KANAK-KANAK.pdf

    17/20

    3.1 Ulasan Seni Kanak-Kanak

    Semua kanak-kanak lahir dengan kecenderungan menconteng. Justeru, kanak- kanak

    adakalanya melukis apa yang mereka lihat di sekeliling persekitaran. Ada kanak-kanak

    yang memerhati persekitaran dengan lebih kritikal.

    Apabila mendalami hasil lukisan kanak-kanak ini, perhatikan warna yang

    dipilihnya. Pakar psikologi percaya, pemilihan warna dalam lukisan juga menjadi

    pengukur emosinya. Pada 1975, seorang profesor pendidikan seni di Universiti

    Pennsylvania State, Viktor Lowenfeld, memperkenalkan teori pembangunan artistik

    berdasarkan tahap kreativiti dan kognitif yang sistematik.

    Umumnya, setiap kanak-kanak yang sihat dan normal akan melalui setiap satu

    daripada fasa perkembangan. Merujuk kepada hasil seni di atas, kanak-kanak ini

    sedang berada dalam fasa realistik. Bermula pada usia sembilan tahun, lukisan yang

    terhasil adalah lebih teliti. Jika melukis pemandangan, ia lebih terperinci dan mampu

    melukis dalam perspektif jauh dan dekat. Mereka lebih sensitif jika ada yang

    mengkritik lukisan itu.

    Warna yang digunakan dalam setiap lakaran dan lukisan mereka mengandungi

    makna yang tersirat. Warna hitam dan merah mungkin menjelaskan isyarat diaberdepan masalah. Rona hitam selalunya menggambarkan tekanan, rasa tiada harapan

    atau tersekat. Merah merujuk kemarahan. Biru dan hijau adalah warna tenang. Warna

    kuning dan oren menandakan keceriaan. Apabila kanak-kanak melukis unsur

    menakutkan dan warna hitam, kanak- kanak itu sebenarnya berdepan masalah yang

    tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.

    Berdasarkan lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak ini, ternyata kanak-

    kanak ini mempunyai perasaan yang pelbagai ketika menghasilkannya. Pemilihan

    warna seperti kuning dan oren menggambarkan keceriaannya. Warna biru dan hijau

    pula menunjukkan ketenangan dan warna ini paling banyak digunakan. Sementara

    penggunaan warna merah menunjukkan kemarahan.

    Lukisan atau contengan kanak-kanak kecil ini lebih daripada sekadar kreativiti,

    sebaliknya itulah luahan isi hatinya. Menurut pakar psikologi, lukisan bukan hanya

    sekadar menjadi saluran kanak-kanak meluahkan perasaan tetapi pintu masuk

    kehidupan mereka. Malah, sejak sekian lamanya, lukisan dijadikan alat oleh pakar

  • 8/14/2019 HBAE 1403 SENI KANAK-KANAK.pdf

    18/20

    psikologi untuk mendekati kanak-kanak bermasalah seperti mangsa dera, mangsa rogol

    atau kanak-kanak yang berdepan masalah autisme dan Sindrom Asperger.

    Menerusi lukisan, pakar psikologi mengenal pasti masalah dan isu yang

    melingkari kehidupan kanak-kanak. Setiap hasil seni kanak-kanak itu bercerita,

    menjadikan seni lukis dan kanak-kanak sangat intim. Lukisan juga menjadi medium

    kanak-kanak membina personaliti, memerhati persekitaran, penanda aras pembangunan

    intelektualnya, kemahiran komunikasi, selain boleh membantu diagnosis

    ketidakupayaan dirinya dalam pembelajaran. Seni lukis juga cara mereka menterjemah

    apa yang dirasa dan dilihat.

    Justeru, seni lukis sebagai terapi adalah cara efektif untuk kanak-kanak

    membentuk dan menjelaskan emosi. Ia juga alat paling berkuasa memberi kanak-kanak

    kebolehan untuk meluahkan pendapat, emosi, ketakutan dalam persekitaran yang

    selamat. Setiap hasil seni kanak-kanak itu bercerita.

  • 8/14/2019 HBAE 1403 SENI KANAK-KANAK.pdf

    19/20

    4.0 KESIMPULAN

    Penilaian seni dan kreativiti kanak-kanak perlu dilaksanakan merentasi bidang seperti

    pendidikan, seni dan psikologi. Melalui pembacaan, saya dapati penilaian secara

    keseluruhan membolehkan murid menggabungkan kefahaman mereka kepada aspekkogninif, psikomotor dan afektif. Penilaian dalam bidang seni visual juga

    menitikberatkan fokus kepada perbuatan murid yang mencungkil kemahiran berfikir

    serta melahirkan murid yang mampu membuat keputusan. Kaedah penilaian boleh

    dilakukan melalui pemerhatian, lisan atau interaksi dan juga penulisan. Pemerhatian

    boleh dilakukan ke atas hasil kerja murid, penguasaan kemahiran amali, perkembangan

    bakat murid, kemahiran sosial, melahiran emosi dan perasaan. Penilaian lisan boleh

    dijalankan melalui temubual, nyanyian, lakonan ataupun puisi. Penilaian penulisan

    boleh digunakan dengan menggunakan alat tulis dan kertas. Penilaian seni dan

    kreativiti kanak-kanak merentasi bidang pendidikan adalah penting kerana

    Seni dan kreatif bukan hanya wujud dalam mata pelajaran seni visual sahaja

    malahan berlaku di dalam mata pelajaran lain. Secara tidak langsung kreatif dan seni

    dalam diri masing-masing akan wujud semasa P&P berlaku. Penilaian seni dan kreatif

    kanak-kanak dalam bidang seni sememangnya perlu berdasarkan keperluan disiplin

    dalam seni visual, muzik dan pergerakan. Untuk berkreativiti bagi melahirkan insan

    yang celik seni dan berbudaya.

    Penilaian seni dan kreatif kanak-kanak dalam bidang psikologi berlaku dengan

    tujuan untuk menjadikan proses P&P berlaku dengan suasana yang menyeronokkan.

    Membeza dengan cara tradisional yang lebih tertumpu kepada penggunaan kapur dan

    papan tulis sahaja. pembelajaran tidak menjemukan malah lebih bersemangat.

    Hubungan sesama murid juga lebih mesra dengan adanya aktiviti permainan secara

    berkumpulan. Ini juga akan membentuk dan menyemai nilai-nilai murni di dalam diri

    masing-masing serta meningkatkan motivasi diri.

  • 8/14/2019 HBAE 1403 SENI KANAK-KANAK.pdf

    20/20

    BIBLIOGRAFI

    1. Boon Pong Ying & Ragbir Kaur. (1998). Psikologi II. Fajar Bakti Sdn.Bhd. ShahAlam.

    2. Chapman, Laura, H. (1988). Approaches to Art in Education, Harcourt BraceJovanovich Inc. New York

    3. Christine Marme Thompson, (1995). The Visual Art and Early Childhood learning,The National Art Education, Association 1916 Association Drive, Reston Virginia.

    4. Geoggry Petty.(1997). How to be better at Creativity. Kogan Page Limited.London.

    5. Hassan Langgulung.(1997). Kreativiti Dan Pendidikan. Suatu Kajian Psikologi danFalsafah. Dewan Bahasa dan Pustaka.

    6. Lansing, Kenneth, M. (1971). Art, Artist and Art Education. NY. Mc Graw HillBook Co.

    7. Ramlah Jantan & Mahani Razali.(2002). Psikologi Pendidikan. PendekatanKontemporari. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    8. Read, Herbert. (1996). (New Edition) Education Through Art, Faber and Faber,London.

    9. Rod Taylor.(1986). Educating for Art. Critical response and development.Longman. Hong Kong.

    10.Sharifah Alwiah Alsagoff. (1987). Psikologi Pendidikan 1. Konsep-konsep AsasPsikologi dan Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan. Longman.Selangor.

    11.http://foowansee.blogspot.com/2012/10/teknik-teknik-menggambar.html12.http://selangkahseni.blogspot.com/2012/02/karya-yang-dihasilkan-oleh-murid-

    murid.html

    13.wanmohdaffendy.blogspot.com/2013/06/penilaian-seni-dan-kreativiti-kanak.html14.http://fifapg9.blogspot.com/2010/07/luahan-emosi-anak.html