tajuk 4_peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

28
Tajuk 4: Peringkat-Peringkat & Teori-teori Perkembangan Kanak-kanak Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Upload: alic231874137

Post on 26-Oct-2015

75 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

peringkat-peringkat perkembangan kanak2

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

Tajuk 4: Peringkat-Peringkat &

Teori-teori Perkembangan Kanak-kanak

Nordin Tahir

IPG Kampus Ipoh

Page 2: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

Peringkat awal kanak-kanak (2 – 6 tahun)

Peringkat pertengahan kanak-kanak (6 – 8 tahun)

Peringkat akhir kanak-kanak (9 – 11 tahun)

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 2

Page 3: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

Umur (Peringkat) Perkembangan Fizikal

2 tahun

3 tahun

•Menambah berat dan tingginya

dengan kadar lebih perlahan dari umur

1-2 tahun.

•Koordinasi berjalan ditambah baik.

•Perkembangan kemahiran berlari,

melompat, melontar dan menangkap.

•Boleh memakai dan menanggal baju

yang longgar.

•Boleh guanakan sudu dengan

berkesan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 3

Page 4: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

Umur (Peringkat) Perkembangan Fizikal

3 tahun

4 tahun

•Tidak lagi tidur siang.

•Melompat dengan satu kaki.

•Boleh menunggang basikal beroda

tiga.

•Melukis gambar.

•Boleh membezakan penulisan dengan

bukan-penulisan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 4

Page 5: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

5 tahun → 6 tahun

• Tubuh badan bertambah tinggi,anggota mengikut nisbah seperti dewasa.

• Gigi tumbuh pertama reput.

• Kemahiran motor kasar bertambah dengan laju.

• Kewujudan kemahiran melonjak.

• Menunjuk pola melontar dan menangkap

• Memakai kasut, melukis gambar yang kompleks.

• Boleh membezakan huruf dengan abjad.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 5

Page 6: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

• Menambah tinggi dan berat dengan perlahan hingga peringkat awal remaja.

• Gigi beransur-ansur diganti dengan yang akal.

• Penulisan menjadi lebih kecil dan lebih baik.

• Lukisan diorganisasi secara terperinci.

• Permainan mengikut peraturan ditambah dengan aktiviti yang lebih kasar.

6 tahun →

8 tahun

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 6

Page 7: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

• Kemahiran diuruskan dengan lebih cepat dan koordinasi lebih baik.

•Masa tindak balas ditambah baik dan membantu perkembangan kemahiran motor.

• Perkembangan perwakilan mendalam dalam lukisan.

• Permulaan pertumbuhan peringkat remaja, 2 tahun lebih awal untuk perempuan.

9 tahun→

11 tahun

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 7

Page 8: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 8

Teori Perkembangan Kanak-kanak

Page 9: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

Teori Kognitif Lev Vygostsky

• Lev semenovich Vygostsky (1896-1934) merupakan ahli psikologi Russia.

• Beliau medalami ilmu perubatan dan kemudian beralih kepada pengajian undang-undang dan pada masa yang sama mendalami bidang kesusateraan.

• Penerbitan dan kajian beliau yang mendapat perhatian bertajuk “The Psychology of Art”.

• Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif individu berlaku dalam persekitaran sosio budaya yang mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran individu.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 9

Page 10: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

Teori Kognitif Lev Vygostsky

• Menurut Vygotsky, pemikiran kanak-kanak berkembang akibat daripada pergauIan dengan orang lain.

• Pergaulan dan interaksi yang bermakna ialah selalunya berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan daripadanya.

• Bagi Vygotsky, kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuannya sendiri tentang persekitaran.

• Ia harus dibina melalui interaksi sosial dengan indlvidu-individu yang berada di persekitarannya seperti ibubapa, adik-beradik.

• Keluarga terdekat atau rakan sebaya. Individu-individu akan bertindak memberi arahan, maklumbalas dan membimbing komunikasi kanak- kanak.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 10

Page 11: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

• Kanak-kanak kemudiannya akan menggunakan maklumat-maklumat dalam interaksi-interaksi yang lain iaitu mungkin semasa bermain atau apabila berdepan dengan situasi yang hampir sama di masa akan datang.

• Menurut Vygotsky, perkembangan kognitif individu berlaku dalam dua peringkat:

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 11

Page 12: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

Peringkat Sosial

• Maklumat atau pengetahuan individu diperolehi melalui interaksi individu dengan individu lain yang ada di persekitaran seperti ibu bapa, adik-beradik, guru, rakan sebaya, keluarga terdekat, jiran.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 12

Page 13: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

Peringkat Individu (Peribadi)

• Kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu (peribadi).

• Maklumat yang diperolehi ini boleh menukar skemata individu.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 13

Page 14: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

Zon Perkembangan Proksimal

• Kepentingan interaksi dalam perkembangan kognitif kanak-kanak digambarkan oleh Vygotsky dalam konsep Zon Perkembangan Proksimal.

• Ia adalah istilah yang digunakan oleh Vygotsky untuk menerangkan bagaimana kemahiran-kemahlran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.

• Zon Perkembangan Proksimal menwakili kemahiran-kemahiran kognitif kanak-kanak yang dalam proses kematangan dan akan mencapai kematangan dengan bantuan individu yang lebih mahir (Goos, 2004; Gray & Feldman, 2004).

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 14

Page 15: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

Had Atas

Peringkat kemahlran kanak-

kanak yang boleh dicapai

dengan bantuan individu

yang lebih mahir.

Berdasarkan rajah di sebelah,

Vygotsky membahagikan

perkembangan kanak-kanak kepada

had bawah dan had atas. Had bawah

merupakan kemahiran yang boleh

dicapai sendiri oleh kanak-kanak.

Manakala had atas pula adalah

kemahiran-kemahiran yang sukar

dicapai sendiri oleh kanak-kanak dan

memerlukan bantuan daripada

individu yang lebih berkemahiran.

Ruangan

Zon Perkembangan Proksimal

mewakili kemahiran-kemahiran

kognitif kanak-kanak yang dalam

proses kematangan dan akan

mencapai kematangan dengan

bantuan individu yang lebih mahir.

(Goos, 2004; Gray & Feldman, 2004)

Zon Perkembangan

Proksimal

Had Bawah

Kemahiran yang boleh/telah

dicapai sendiri oleh kanak-

kanak. Pengetahuan sedia

ada kanak-kanak.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 15

Page 16: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

Perancah (Scaffolding)

• Konsep scaffolding berkait rapat dengan idea Zon Perkembangan Proksimal.

• Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan.

• Semasa proses pengajaran berlaku, individu yang lebih berkemahiran (ibubapa, guru atau rakan sebaya) akan mengubahsuai tahap bantuan/bimbingan yang diberikan mengikut keupayaan pelajar.

• Apabila seseolang pelajar mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang sukar, guru mungkin akan memberi bimbingan penuh tetapi apabila pelajar sudah mula memahami, bimbingan yang diberi dikurangkan sehingga pelajar boleh menguasai kemahiran tersebut (Santrock, 2007).

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 16

Page 17: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

• Perbualan dan lnteraksi adalah alat yang penting semasa proses perancah (scaffolding).

• Perbualan akan membantu pelajar menyusun konsep-konsep baru secara lebih sistematik dan bermakna dengan bantuan individu yang lebih mahir (Contoh: Guru).

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 17

Page 18: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

• Menurut Vygotsky, selain daripada berkomunikasl dengan orang lain untuk mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang lebih sukar, kanak-kanak juga berkomunikasi dengan diri mereka sendiri.

• Bercakap sendiri ini menolong kanak-kanak tersebut merancang dan mengawal tingkah laku mereka sendiri.

• Bercakap sendiri ini cenderung berlaku pada kanak-kanak berusia 3 – 7 tahun yang seterusnya akan berkembang di mana bercakap sendiri akan bertukar menjadi komunikasi sendiri tanpa verbal.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 18

Page 19: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

• Akhirnya, ia berubah menjadi suara hati atau dorongan pemikiran apabila dewasa kelak.

• Vygotsky percaya kanak-kanak yang banyak bercakap sendiri mempunyai lebih kemahiran sosial berbanding kanak-kanak yang kurang bercakap sendiri.

• Apabila kanak-kanak bercakap sendiri mereka menggunakan bahasa untuk mengawal tingkahlaku dan membimbing pemikiran mereka.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 19

Page 20: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

Teori Perkembangan Kognitif Piaget

• Jean Piaget (1896-1980) ialah ahli psikologi Switzerland yang telah cuba menjelaskan tentang kaedah manusia mempelajari ilmu dan membina hipotesis.

• Dia juga menjelaskan bagaimana minda manusia membina skemata dan melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu.

• Beliau mengasaskan teori perkembangan kognitif manusia melalui peringkat-peringkat perkembangan (Ramlah dan Mahani, 2002).

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 20

Page 21: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

• Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan.

• Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka.

• Piaget mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu:

Teori Perkembangan Kognitif Piaget

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 21

Page 22: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

• Kematangan biologi-- Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka/ genetik.

• Interaksi individu dengan persekitaran - lndividu berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati.

• Pengalaman sosial - Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran: ibu bapa, adik-beradik, rakan, guru dsb.

• Keseimbangan - Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 22

Page 23: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

Proses Mencapai Keseimbangan

• Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka.

• lndividu sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi, menyelesaikan sesuatu kekusutan. Kita akan berasa kurang selesa sekiranya berdepan dengan sesuatu keadaan yang tidak menentu atau keadaan yang tidak dapat dijangka.

• Ketidakselesaan ini akan mendorong individu mencari penyelesaian atau keseimbangan. Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman-pengalaman tersebut dalam minda masing-masing dan membentuk satu sistem yang dipanggil skema.

• Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil organisasi.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 23

Page 24: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

• Skema-skema ini akan digunakan oleh individu apabila mereka berdepan dengan sesuatu situasi yang memerlukan penyelesaian.

• Pembentukan skema bermula sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan. Ia bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada skema yang lebih kompleks.

• Contohnya: Bayi membentuk skema untuk mencapai sesuatu objek, kanak-kanak membina skema-skema untuk mengkategori sesuatu benda atau skema untuk mengenal huruf.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 24

Page 25: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

• Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berdepan dengan situasi yang baru.

• Dalam situasi-situasi yang baru ini, individu akan berdepan dengan masalah.

• Mereka perlu mengubahsuai skema lama mereka supaya mereka dapat mengadaptasi dengan situasi baru tersebut.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 25

Page 26: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

• Proses perubahan atau penukaran skema lama kepada skema baru dipanggiI adaptasi.

• Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu asimilasi dan akomodasi.

• Asimilasi berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman ini dengan skema-skema yang teIah sedia ada.

• Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru.

• Individu akan mengubah cara pemikiran unluk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema baru. Dalam contoh di atas, akomodasi berlaku apabila kanak-kanak dapat mengenal dan membezakan “d” daripada “b”.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 26

Page 27: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

• Menurut Piaget, proses mengorganisasi, mengasimilasi dan mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan.

• Individu akan terus menguji minda mereka unluk mencari keseimbangan.

• Secara kesimpulannya, jika kita menggunakan skema baru untuk Sesuatu situasi/ pengalaman yang baru dan ia berjaya, maka keseimbangan akan berlaku tetapi sekiranya skema baru tidak memberi penyesuaian yang baik maka ketidakseimbangan akan berlaku dan kita akan terus membina skema-skema buru untuk disemaikan dengan situasi baru tersebut.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 27

Page 28: Tajuk 4_Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.pdf

• Piaget mencadangkan empat peringkat dalam perkembangan kognitif:

· Peringkat Sensorimotor (Semenjak lahir – 2 tahun)

· Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun)

· Peringkat Operasi Konkrit (7 – 11 tahun)

· Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 28