hbef 1403 seni dalam pendidikan.docx

24
(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI / TAHUN 2015 KOD KURSUS: HBEF 1403 TAJUK KURSUS : SENI DALAM PENDIDIKAN NO. MATRIKULASI : 820406025552001 NO. KAD PENGNEALAN : 820406025552 NO. TELEFON : 0125398604 E-MEL : [email protected]

Upload: asmeza-mehad

Post on 08-Sep-2015

269 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI / TAHUN 2015

KOD KURSUS: HBEF 1403

TAJUK KURSUS : SENI DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI : 820406025552001NO. KAD PENGNEALAN: 820406025552NO. TELEFON: 0125398604E-MEL: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN: ALOR SETAR LEARNING CENTRE

ISI KANDUNGAN

BILPERKARAMUKA SURAT

1ISI KANDUNGAN 1

2PENGENALAN2

3KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL SERTA FUNGSINYA KEPADA PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR, KOGNITIF DAN EMOSI SERTA SOSIAL KANAK-KANAK5

4ASPEK PENEROKAAN8

5ASPEK PENGALAMAN10

6PERKEMBANGAN EKSPRESI12

7KESIMPULAN14

8APENDIKS 15

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)

HBEF 1403

15

1.0 PENGENALANTing-ting adalah permainan tradisional yang agak popular pada zaman dahulu. Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Ting-ting sebenarnya dimain oleh anak-anak perempuan tetapi kaum lelaki juga boleh bermain sama. Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. kerana disebabkan permainan ting-ting ini tidak begitu lasak serta tidak memerlukan tenaga yang banyak dan ianya hanya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.Ramai anak-anak perempuan pada hari ini masih lagi kelihatan bermain Ting-ting. Ting-ting sebenarnya mudah hendak dimain. Di kampung-kampung gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.Ting-ting dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berting-ting.Permainan Ting-ting tidak mempunyai batas dalam berapa ramai orang boleh main. Ia boleh dimain oleh semua peringkat masyarakat, tidak kira mudah atau tua. Permainan ini boleh dimain secara individual ataupun berkumpulan. Jika berkumpulan, pemain-pemain boleh dicapai sehingga empat orang atau lebih. Tetapi permainan ini bagus dimain oleh empat orang supaya mereka tidak keliru apabila giliran mereka tibaTing-ting sekurang-kurangnya mempunyai sembilan rumah yang dilukis sendiri berbentuk kotak. Anak itu harus mencampak batu atau barang kecil ke dalam rumah bermula daripada kotak pertama. Jika campakan itu kena, pemain boleh lompat ke lapan kotak yang lain dan tidak boleh memijak kotak yang mempunyai batu itu, menggunakan satu kaki sahaja. Jika dia selesai, dia boleh campak batunya ke kotak kedua dan seterusnya sehingga habis satu pusingan.

Tujuan PermainanPermainan ini bertujuan menguji kecekapan pemain mengagak jarak dengan menggunakan kaki sambil mengimbang badan. Permainan ini lebih digemari oleh kanak-kanak perempuan.

Jenis-Jenis Permainan Ting-Ting (Ketinting)Ketinting BukuKetinting Kapal Terbang

JENIS-JENIS PERMAINAN TING-TING (KETINTING)

Peralatan PermainanSalah satu keistimewaan ketingting ialah, permainan ini tidak membebankan kanak-kanak atau ibu bapa untuk membeli peralatan seperti permainan-permainan moden. Ini adalah kerana peralatannya yang terdiri daripada barang-barang yang boleh dikitar semula senang diperolehi dan selamat digunakan. Peralatan-peralatannya ialah seperti; a) kapur putih / berwarna atau crayon - digunakan untuk melukis petak-petak di atas tanah

Kapur putihCrayonb)Batu, kor,gundu atau ceper Setiap pemain perlu ada ceper, kor, gundu atau batu yang boleh terdiri daripada sebarang bahan, bentuk, saiz dan warna . Contohnya : batu, penutup botol, duit syiling, beg berisi biji saga, kulit siput, butang, pundi kacang.

kulit kerang Penutup botolKEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL SERTA FUNGSINYA KEPADA PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR, KOGNITIF DAN EMOSI SERTA SOSIAL KANAK-KANAKSememangnya terdapat banyak jenis permainan sukan rakyat di negara kita, Malaysia. Antaranya ialah permainan teng-teng, permainan congkak, permainan batu seremban, permainan gasing, wau dan sebagainya. Permainan ini bukan sahaja sekadar permainan biasa malah, ia juga mempunyai kepentingan yang tersendiri kepada sesiapa yang melibatkan diri dalam sukan rakyat ini. Selain itu, terdapat banyak faedah yang diperolehi melalui permainan sukan rakyat di Malaysia. Faedah-faedah yang diperolehi ini merangkumi beberapa aspek perkembangan iaitu pertama ialah perkembangan psikomotor, kedua ialah perkembangan dari segi kognitif dan emosi ketiga ialah perkembangan dari segi sosial.

1. PERKEMBANGAN PSIKOMOTORMelalui permainan, fizikal yang aktif kanak-kanak dapat bersenam dan membina otot. Ia juga adalah saluran mengeluarkan tenaga yang berlebihan yang mana apabila disimpan ia menyebabkan kanak-kanak tegang, gementar, meragam dan terlalu aktif. Permainan fizikal dapat meningkatkan kemahiran koordinasi badan, menggalakkan kematangan motor halus dan kasar serta mempelajari konsep ruang.Terdapat banyak kepentingan bermain dalam perkembangan fizikal antara ialah dapat menggerakkan psikomotor murid-murid iaitu motor kasar, motor halus, koordinasi mata-tangan, pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Kemahiran fizikal yang berkenaan termasuk berlari, melompat, menendang, memanjat, mengimbang, menyambut bola dan membaling bola. Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka.

Perkembangan Fizikal (Jasmani)Permainan sukan rakyat iaitu permainan teng-teng ini dapat mengembangkan perkembangan dari aspek fizikal ataupun lebih dikenali sebagai aspek perkembangan jasmani. Permainan teng-teng ini dapat mengembangkan kemahiran mengimbang badan dengan berdiri menggunakan sebelah kaki tanpa bantuan. Ia juga memerlukan pemain bergerak melompat dari petak ke petak serta mencampak atau membaling buah.

2. PERKEMBANGAN KOGNITIFPerkembangan kognitif merupakan satu aspek yang penting dalam perkembangan individu.Mendengar,membaca,berbincang dan bertutur amat membantu dalam perkembangan kognitif.Melalui bermain,melakonkan semula apa yang dibaca atau cerita yang didengar akan mempercepat penguasaan bahasa dan kognitif secara amnya.Terdapat banyak kepentingan bermain dalam kanak-kanak antaranya melalui aspek perkembangan kognitif,murid dapat mengetahui tahap keupayaan, kesediaan dan kecerdasan untuk belajar.Melalui bermain,murid dapat berusaha untuk menjayakan permainan tersebut dan meningkatkan daya keintelektualan murid- murid.Menerusi bermain juga murid dapat berfikir sejauh manakah tahap murid dalam memastikan sesuatu permainan tersebut berjalan dengan lancar dan berkesan.Melalui bermain,perkembangan minda kanak-kanak akan berkembang dan mencapai satu potensi di mana kanak-kanak dapat mengaplikasikannya dalam sesebuah atau sesuatu aktiviti permainan.

Aspek Perkembangan Kognitif (Intelek)Di samping itu, permainan ini cukup terkenal dengan keberkesanan dalam membantu kanak-kanak mengenal simbol nombor dan turutan nombor menaik iaitu nombor satu hingga tujuh. Permainan teng-teng ini juga membantu kanak-kanak memahami turutan nombor menurun tujuh, enam, lima, empat, tiga, dua dan satu. Apabila kanak-kanak melibatkan diri mereka dalam permainan rakyat ini, tahap pemikiran mereka dapat berkembang dengan baik dan dapat menjadikan otak mereka lebih sihat serta mereka akan mempunyai akal fikiran yang cerdas sekaligus mempunyai tubuh badan yang cergas. Malahan juga, mereka akan mudah dan senang untuk memahami dan menerima ilmu pengetahuan yang mereka pelajari semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

3. PERKEMBANGAN SOSIALMenerusi perkembangan sosial, kepentingan bermain lebih menjurus kepada kanak- kanak dapat belajar berinteraksi secara positif. Melalui bermain, murid dapat menyampaikan sesuatu arahan dengan bertatasusila tanpa menyinggung perasaan orang lain. Selain dapat menambah kenalan melalui diskusi yang positif, kanak- kanak juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama rakan sebaya. Melalui perkembangan sosial juga,murid berupaya untuk belajar menghormati hak orang lain.Kanak-kanak juga akan mempelajari nilai menghargai alam sekitar,memelihara persekitaran serta mengenal dan menghormati nilai budaya.Melalui bermain dalam aspek sosial juga murid dapat menghargai alam sekitar sekeliling. Ketika ini,tahap berfikir murid murid mencapai aras yang tinggi. Menerusi bermain murid dapat mengetahui betapa pentingnya alam sekitar kepada kehidupan manusia. Selain itu,kepentingan bermain dalam aspek perkembangan sosial juga murid berupaya untuk menghormati nilai budaya serta menghargai nilai estetika dalam sesuatu aktiviti bermain.Dari segi sosial pula, para pemain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara mereka. Apabila mereka bermain, secara tidak langsung mereka dapat mengenali antara satu sama lain dan dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan sepanjang permainan dijalankan sekaligus mereka dapat berkomunikasi dan berinteraksi di antara mereka dengan baik. Tambahan pula, permainan sukan rakyat ini dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pemain. Ini dapat dibuktikan apabila mereka menunggu giliran untuk meneruskan permainan. Oleh itu, kanak-kanak lain yang tidak bermain dapat memberikan sokongan dan semangat kepada rakan-rakan mereka yang sedang bermain.

Perkembangan Komunikasi Dan BahasaUntuk bermain dengan jayannya kanak-kanak perlu berkomunikasi dengan orang lain dalam cara yang dapat difahami, di samping memahami apa yang cuba disampaikan oleh orang lain kepadanya. Komunikasi melibatkan aktiviti bertutur dan bersoal jawab. Komunikasi membantu kanak-kanak membina ayat yang kompleks, menambah kosa kata, belajar memberi arahan dan memahami peraturan.

2.0 ASPEK PENEROKAANAspek penerokaan merupakan salah satu topik yang di bincangkan dalam permainan ting-ting, ini kerana setiap langkah dalam permainan ini meibatkan penerokaan. Permainan ting-ting yang tergolong dalam permainan luar rumah amat sesuai untuk perkembangan rohani dan jasmani seseorang kanak-kanak. Ciri-ciri permainan ting-ting yang menggunakan gerakan otot mampu melahirkan bdan yang sihat dan otak yang cerdas. Seseorang kanak-kanak yang suka berimaginasi dan suka bermain boleh meneroka dengan membuat eksperimen, mengkaji dan menggunakan pelbagai bahan dan idea. Melalui permainan ting-ting mereka secara tidak langsung berimaginasi untuk meneroka pengalaman menggunakan peralatan seperti penggunaan kapur, tepung atau kayu dalam membina gelanggang permainan ting-ting. Selain itu, perasaan ingin tahu di kalangan budak-budak yang lain yang belum ada pengalaman membina gelanggang ting-ting. Mereka akan memerhati dan meneliti bagaimana cara untuk membina gelanggang tersebut. Pembinaan gelanggang ting-ting jugak menguji tahap penciptaan minda murid di mana mereka akan memikirkan cara membuat gelanggang menggunakan ukuran atau bentuk yang sekata iaitu bentuk segi empat sama. Bagi budak kampong, gelanggang hanya di buat dengan menggunakan kayu dan menggoresnya di atas tanah. Berbeza bagi kawasa-kawasan di perumahan atau pekan, mereka akan menggunakan kapur tulis untuk melukis di kawasan jalan bertar atau di tapak-tapak bersimen. Lazimnya, ketingting dimain di kawasan-kawasan lapang yang rata. Di kawasan luar bandar, halaman rumah yang luas dijadikan medan permainan ketingting . Para ibu bapa mempercayai permainan ini dianggap selamat dijalankan di perkarangan rumah kerana gerak-geri anak-anak mereka dapat diawasi sambil menguruskan tugasan masing-masing.Manakala di kawasan bandar pula, kanak-kanak bermain ketingting di taman permainan ataupun di gelanggang-gelanggang yang berlantaikan simen seperti gelanggang badminton. Kawasan berumput atau padang tidak sesuai untuk permainan ini kerana kesukaran melukis petak dengan menggunakan kapur. Tambahan pula, kor yang dibaling akan terselindung di celah-celah rumput dan akan menjejaskan proses permainan.Selain dari gelanggang gundu atau buah ting-ting juga penting dalam permainan ini, Gundu atau buah ting-ting mestilah berbentuk leper dan anggaran bagi gundu tersebut adalah sebesar duit syiling lima puluh sen. Antara benda yang boleh di jadikan gundu ialah kulit kerang, pecahan pinggan, penutup botol dan sebagainya. Pemain akan mencari gundu masing-masing dan ini menerupakan satu penerokaan dan penjelajahan yang baru bagi budak-budak. Langkah-langkah untuk bermain permainan ting-ting jugak merupakan salah satu aspek penerokaan bagi setiap budak yang pertama kali ingin bermain permainan ting-ting. Mereka akan mula belajar dari kawan dan cuba untuk menguasainya sebaik mungkin. Hal ini adalah salah satu langkah dalam aspek penerokaan yang melibatkan permainan ting-ting. Jika kita lihat kepentingan bermain secara ringkas, kita dapat lihat bahawa murid atau kanak- kanak dapat belajar konsep meningkatkan keupayaan kognitif, memupuk pemikiran yang inovatif, kritis, dan kreatif, memenuhi perasaan ingin tahu melalui penerokaan, membantu dalam menyelesaikan masalah, membina kemahiran sosial dan banyak lagi kepentingan-kepentingan yang dapat diserapkan melalui aktiviti permainan.Bermain membolehkan kanak-kanak melepaskan ketegangan yang disebakan oleh halangan daripada persekitaran terhadap tingkah laku mereka. Dengan bermain bersama kanak-kanak lain, kanak-kanak belajar bagaimana mengadakan perhubungan sosial dan bagaimana menyelesaikan masalah sosial yang berlaku. Mereka juga belajar menjadi pemimpin dan pengikut di samping belajar bertoleransi dan bekerjasama.

3.0 ASPEK PENGALAMAN Menerusi permainan tin-ting. Pengalaman baru yang boleh di ambil ialah murid dapat mengetahui pelbagai kemahiran yang ada pada dirinya.Ketika inilah murid akan berusaha untuk menonjolkan diri seterusnya menarik perhatian orang di sekitarnya.Di samping itu,kepentingan bermain dalam aspek perkembangan kognitif ialah membantu murid-murid berfikir dengan lebih kreatif dan logik.Menerusi permainan ini, murid akan dapat belajar mengenai syarat dan peraturan permainan.Seterusnya hal ini akan membuatkan murid mengikuti segala peraturan untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu permainan.Hal ini bukan sahaja dapat menajamkan minda kanak-kanak malah hal ini akan melahirkan suatu pemikiran baru kanak-kanak untuk membentuk suatu permainan yang baharu.Melalui bermain,murid juga mendapat maklumat tambahan serta mendedahkan murid-murid tentang cara menyelesaikan masalah.Pengalaman paling berharga ialah murid-murid akan dapat berfikir bagaimana sesuatu permainan dapat menimbulkan keseronokan dan gurauan sesama rakan.Aspek kognitif yang utama menerusi bermain ialah murid dapat mendengar dengan teliti serta berbahasa dengan betul dan fasih.Melalui bermain,murid dapat memahami arahan yang diberi seterusnya berbincang untuk melakukan sesuatu aktiviti bermain.Bagi perkembangan kognitif, permainan Teng-teng ini dapat membantu dalam perkembangan intelek seperti konsep memahami undang-undang permainan, konsep pramatematik dan konsep pemerhatian. Selain itu juga, permainan ini juga mengajar kanak-kanak berfikir dan menerapkan kemahiran merancang strategi semasa bermain.Bermain juga membantu mengembangkan daya kreatif kanak-kanak kerana ia memberi peluang daya cipta tanpa had. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak gemar untuk melakukan dan mencipta sesuatu yang baru. Dalam kehidupan dan perkembangan emosi kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran emosi kanak-kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi dan beremosi, sebagai penyumbang dalam kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa. Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan bahasa. Apapun jika bermain setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Kami sebagai guru kelak harus memainkan peranan yang penting dalam memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan pembelajaran optima kepada kanak-kanak. Kepentingan bermain dalam aspek emosi juga berupaya untuk membina kemahiran kendiri yang positif dalam kalangan kanak-kanak. Jika permainan diterapkan dengan cara yang bijak, ia akan dapat melahirkan individu yang baik pada masa akan datang. Sebagai contoh, murid yang boleh berkomunikasi ketika bermaina sedikit sebanyak dapat mempengaruhi cara mereka bersosial apabila dewasa kelak dengan bijak dan bagus dalam memberi arahan dan mengeluarkan idea atau pendapat ketika dewasa kelak. Selain itu, permainan teng-teng ini juga dapat mengembangkan perkembangan diri seseorang individu itu iaitu dari aspek pendidikan kerohanian dan moral ataupun lebih difahami oleh semua orang dengan menggunakan istilah emosi. Dengan melibatkan diri dalam permainan ini, para pemain hendaklah mempunyai sikap sabar di dalam diri masing-masing. Hal ini demikian kerana para pemain perlu bersabar apabila menunggu giliran mereka dan memahami peraturan permainan semasa permainan berlangsung.Permainan sukan rakyat ini juga dapat memenuhi masa lapang para pemain khususnya kanak-kanak dengan baik. Dengan ini, mereka dapat mengelakkan diri mereka daripada melakukan aktiviti yang tidak bermoral tetapi sebaliknya, kanak-kanak ini dapat belajar mengenai pengurusan masa yang teratur.Menurut teori instinct(naluri),alam kanak-kanak merupakan tempoh persediaan diri untuk ke alam dewasa. Pengalaman bermain memberikan latihan kearah kedewasaan.Pengalaman bermain seperi main peranan dan main imaginatif dapat membantu kanak-kanak mencapai kematangan.Melalui permainan imaginatif seperti main pondok-pondok dan doktor-doktor,kanak-kanak belajar peranan sebagai orang dewasa. Menerusi bermain,murid dapat menerima kekalahan sesuatu permainan dengan perasaan yang berusaha untuk bangkit semula pada masa akan datang.

4.0 PERKEMBANGAN EKSPRESI Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberI peluang kepada kanak-kanak untuk menemui potensi ekspresif diri melalui perkataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka.Bahasa-bahasa sImbol digunakan untuk membuat eskpresi dalam aktiviti-aktiviti seni. Ini membantu kanak-kanak untuk merasa, menyentuh, dan mendengar serta melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Kanak-kanak meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain. Media-media ekspresi boleh dilihat dalam bentuk catan, tubuh badan, suara atau bunyi. Apabila ia digabungkan secara harmoni, ekspresi yang terhasil menjadi estetik. Bagi kanak-kanak yang bermain ting-ting perasaan seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian- bahagian anggota badan mereka untuk bersenam akan wujud. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan. Menerusi aspek ini, murid dapat menggunakan otot-otot halus untuk menggerakkan sesuatu. Menerusi bermain juga, ianya dapat meningkatkan kemahiran fizikal kanak-kanak seperti berlari, melompat, memanjat dan sebagainya.Menerusi permainan ting-ting persaingan sihat dapat di lahirkan di kalangan kanak-kanak. Mereka akan menghormati kawan-kawan yang laindan tidak bergaduh sesame mereka. Sikap beginilah yang perlu di pupuk dari kecil lagi. Melentur buluh biar dari rebung. Pelbagai bentuk emosi kan akan tercetus daripada pengalaman bermain permainan ting-ting ini. Kanak-kanak akan berasa seronok dan gembira apabila gundu yang di lemparkan memasuki petak dan situlah rumah untuk mereka. Bagi rakan yang menunggu giliran pula kan menunggu dengan ppenuh kesabarandan memikirkan strategi untuk mendapatkan rumah yang tidak di perolehi oleh rakan mereka dalam permainan ini. Mereka akan cuba untuk memonopoli rumah untuk muncul sebagai pemenang. Persaingan memonopoli rumah dalam permaian ting-ting merupakan satu budaya yang sihat. Sikap bersaing ini akan melatih kanak-kanak agar sentiasa gigih berusaha untuk mencapai keinginan atau matlamat mereka dengan cara yang adil dan betul. Permainan ting-ting jugak dapat di gunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari konsep-konsep akademik terutamanya mata pelajaran matematik dimana kanak-kanak dapat menggunakannya untuk mengira berapa petak yang diperlukan untuk membina gelanggang. Selain itu, kanak-kanak juga kan mengira jumlah rumah yang mereka dapat atau kawan mereka dapat untuk menentukan pemenang. Bagi kanak-kanak yang mempunyai pemikiran yang lebih maju daripada rakan-rakan yang lain akan menggunakan asas permainan ting-ting untuk mempelajari konsep tambah dan tolak. Contohnya ialah sekiranya petak yang bernombor satu dan petak nombor dua di tambahkan jawapannya tiga. Ini secara tidak langsung dapat memupuk kecerdasan mental dikalangan kanak-kanak tersebut. Disamping itu, permainan ting-ting juga melahirkan interaksi sosial di kalangan kanak-kanak yang berasal daripada pelnagai budaya dan keturunan yang berbeza. Secara tidak langsung interaksi ini akan lebih memberi pengalaman yang bermakna kepada kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang mempunyai pengalaman berinteraksi dengan pelbagai kaum akan lebih yakin pada masa akan datang atau ketika dewasa kelak.

5.0 KESIMPULANPermainan merupakan aktiviti yang paling penting untuk perkembangan kanak-kanak terutamanya dalam aspek kognitif, fizikal dan afektif. Kanak-kanak belajar melalui permainan kerana permainan merupakan cara semula jadi kanak-kanak mengenal dunia dan persekitarannya. Melalui permainan, secara tidak langsung kanak-kanak akan mengalami aktiviti penerokaan terhadap subjek atau hal benda yang perlu diterokai seperti alam flora, fauna, objek buatan manusia dan alam sekeliling. Penerokaan yang dilakukan perlu disertai dengan catatan yang dapat membuktikan penerokaan yang di lakukan bersesuaian dengan objektif dan keperluan aktiviti penerokaan. Setiap kanak-kanak perlu sedar bahawa mereka sedang melalui proses berfikir, menjaa idea dan mengumpul maklumat berdasarkan aktiviti yang mereka sedang lakukan. Setelahsesuatu perkara di terokai, pengalaman yang berharga akan di perolehi. Permainan mempunyai nilai riadah yang sungguh menakjubkan, nilai kecergasan yang tinggi dan bertindak sebagai alat yang amat ampuh untuk menyalurkan rasa ketahanan semulajadi di dalam jiwa pelajar di pelbagai peringkat. Permainan merupakan salah satu bidang seni yang dapat membantu dalam pendidikan. Ini kerana Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting kearah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estitika dan kreativiti. Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Seni Dalam Pendidikan akan lebih menjadikan proses pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran di sekolah lebih menyeronokkan, membantu anda memahami diri sendiri, membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah, memotivasi guru-guru dan membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh.

( 2981 patah perkataan)

APENDIKSRUJUKAN

1. Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail, Jamilah Omar, ( 2014 ), Seni Dalam Pendidikan, Selangor Darul Ehsan. Meteor Doc Sdn. Bhd.2. Choong Lean Keow. 2009. Siri Pendidikan Perguruan Murid Dan Alam Belajar. Selangor. Penerbitan Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.3. file:///C:/Users/asusk46c/Downloads/118311612-SDP-Topik-7-Penerokaan-Memperoleh-Pengalaman-Ekspresi.pdf4. https://www.google.com.my/search?q=gambar+ting-ting&biw=1242&bih=545&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=s-kKVbbQF8eiugT-vYGwCg&ved=0CAYQ_AUoAQ#tbm=isch&q=gambar+ketinting5. http://www.maribelajar.blogspot.com/2008/09/ketingting.html6. http://www.penangmalays.my/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=70&Itemid=947. http://paichorwan-tradisional.blogspot.com/2010/08/teng-teng-ketingting.html