guru mengajar murid belajar

1
Guru Mengajar, Murid Belajar – Suatu Penilaian Semula Ong Jia Wei SMK Terusan Sugut (Kluster) Dalam pegagogi, ramai berpendapat bahawa untuk sesuatu pengajaran dan pembelajaran untuk berjalan, terdapat dua komponen yang mesti wujud dan berinteraksi – iaitu Guru dan Pelajar. Guru haruslah menjadi ‘pemberi’, memberi ceramah panjang berjam-jam tatkala pelajar mengantuk dan pemikiranya melayang. Hakikatnya adalah, idea tentang pengajaran dan pembelajaran seperti di atas adalah sebenarnya sangat tradisional. Kaedah pengajaran ini juga tidak membuat pelajar untuk berfikir dan mencuba, menjadikan kristalisasi idea yang baru dipelajarai itu sukar. Terdapat pelbagai cara di mana pembelajaran boleh dilakukan dimana Guru tidak lagi perlu menjadi ‘pemberi’. Guru kini boleh menjadi ‘pendemonstrasi’, ‘pembetul’, ‘fasilitator’, dan masih mampu membawa kepada pencapaian objektif pelajaran – di mana pelajar melakukan tindakan yang sepadan dengan objektif pengajaran. Guru Sebagai ‘Pendemonstrasi’ Pengajaran dimana Guru menjadi ‘pendemonstrasi’ biasanya menggunakan kaedah PPP (Presentation, Practice, Production). Kaedah ini bermula dengan Guru menunjukkan, atau membuat demonstrasi berkenaan sesuatu idea/kemahiran. Sebagai contoh, guru menunjukkan cara-cara memasang palam pencucuh pada enjin motorsikal. Setelah melihat demonstrasi yang ditunjukkan guru, pelajar pula akan cuba membuat benda yang sama. Di sini, guru boleh membuat keputusan samada ingin memberi kebebasan kepada pelajar untuk mencuba sendiri, ataupun membuat demonstrasi sekali lagi dengan pelajar mengikutinya pada masa yang sama. Kaedah sebegini mengeluarkan Guru dari menggunakan kaedah pemberian input yang tradisional. Kaedah ini juga memastikan pelajar mendapat ‘latihan’ atau peluang untuk mencuba menggunakan ilmu yang baru dipelajari.

Upload: nigel-j-w-ong

Post on 17-Nov-2015

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

esei tentang guru mengajar murid belajar.

TRANSCRIPT

Guru Mengajar, Murid Belajar Suatu Penilaian Semula

Ong Jia WeiSMK Terusan Sugut (Kluster)

Dalam pegagogi, ramai berpendapat bahawa untuk sesuatu pengajaran dan pembelajaran untuk berjalan, terdapat dua komponen yang mesti wujud dan berinteraksi iaitu Guru dan Pelajar. Guru haruslah menjadi pemberi, memberi ceramah panjang berjam-jam tatkala pelajar mengantuk dan pemikiranya melayang. Hakikatnya adalah, idea tentang pengajaran dan pembelajaran seperti di atas adalah sebenarnya sangat tradisional. Kaedah pengajaran ini juga tidak membuat pelajar untuk berfikir dan mencuba, menjadikan kristalisasi idea yang baru dipelajarai itu sukar.

Terdapat pelbagai cara di mana pembelajaran boleh dilakukan dimana Guru tidak lagi perlu menjadi pemberi. Guru kini boleh menjadi pendemonstrasi, pembetul, fasilitator, dan masih mampu membawa kepada pencapaian objektif pelajaran di mana pelajar melakukan tindakan yang sepadan dengan objektif pengajaran.

Guru Sebagai Pendemonstrasi

Pengajaran dimana Guru menjadi pendemonstrasi biasanya menggunakan kaedah PPP (Presentation, Practice, Production). Kaedah ini bermula dengan Guru menunjukkan, atau membuat demonstrasi berkenaan sesuatu idea/kemahiran. Sebagai contoh, guru menunjukkan cara-cara memasang palam pencucuh pada enjin motorsikal. Setelah melihat demonstrasi yang ditunjukkan guru, pelajar pula akan cuba membuat benda yang sama. Di sini, guru boleh membuat keputusan samada ingin memberi kebebasan kepada pelajar untuk mencuba sendiri, ataupun membuat demonstrasi sekali lagi dengan pelajar mengikutinya pada masa yang sama.

Kaedah sebegini mengeluarkan Guru dari menggunakan kaedah pemberian input yang tradisional. Kaedah ini juga memastikan pelajar mendapat latihan atau peluang untuk mencuba menggunakan ilmu yang baru dipelajari.