guru dan masalah disiplin

16
FUNGSI GURU DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN

Upload: syidah-ahmad

Post on 16-Sep-2015

71 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

masalah disiplin

TRANSCRIPT

  • FUNGSI GURU DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN

  • Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pendidikan (1979)ada menjelaskan bahawa disiplin bermaksud:- Kesanggupan seseorang itu bekerja ataupun membuat sesuatu dengan cukup tertib.

    - Kesanggupan menghormati hak individu lain.

    - Kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak menganggu kepentingan orang lain.

    - Kesanggupan menghormati antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong-menolong.

    - Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkidmat kepada masyarakat. (Fuziah & Ruslan , 2000).

  • Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 turut menyentuh tentang pembangunan modal insan agar para pelajar mempunyai jati diri yang kukuh. Ia termaktub dalam Perkara 5.53, Perkara 5.54 dan Perkara 5.55. Pada tahun 2006, Jemaah Menteri telah meluluskan Memorandum KPM bagi menangani masalah salah laku murid dan meluluskan peruntukan sebanyak RM6.1 juta setahun.(James,2008).

  • Fungsi Guru dalam Menangani Masalah Disiplin Di Sekolah Setiap guru ini masing-masing mempunyai fungsi yang tertentu. Walau bagaimanapun, pada saat ini, semua guru juga merupakan guru disiplin. Tanggungjawab guru adalah dipikul bersama guru disiplin untuk membentuk murid menjadi murid yang baik dan mematuhi peraturan .

  • Fungsi Guru Besar @ Pengetua Mengikut peraturan (Am) Persekolahan 1951, Peraturan 3(1) ".... Guru Besar atau Pengetua adalah bertanggungjawab pada pengajaran dan disiplin sekolahnya dan tertakluk kepada arahan Pengarah Pelajaran Negeri, mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolahnya... (KPM, 1981:27)Peraturan 12, dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, menyatakan Guru Besar atau Pengetua boleh atas budi bicaranya secara bertulis mengarahkan persatuan atau pertubuhan di sekolahnya dimansuhkan.

  • Fungsi Guru Besar @ Pengetua Peraturan 4, dalam dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disisplin Sekolah) 1959, menyatakan yang Guru Besar atau Pengetua adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah. Sehubungan itu, beliau mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah.

  • Fungsi Guru DisiplinGuru disiplin amat dihormati dan ditakuti oleh kebanyakan pelajar. Denda yang setimpal akan dikenakan sekiranya pelajar tersebut melakukan kesalahan. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun berikutnya.2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan permainan.

  • Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman, sahsiah, daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru. Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi, jikalau didapati sesuai dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru. 4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh pelajar. 5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain.

  • Fungsi Guru Bimbingan guru kaunseling yang sedikit sebanyak berperanan membantu penuntut yang bermasalah. Ceramah motivasi kaunseling patut dijadikan satu aktiviti tahunan dalam membentuk disiplin penuntut sepertimemanggil pakar kaunseling remaja dari institusi lain yang diundang oleh pihak sekolah

  • Guru bimbingan dan kaunseling harus menunjukkan bahawa pengetahuan, kemahiran yang tinggi dan strategi yang bersesuaian untuk mengimplementasi pendekatan kaunseling dalam menangani masalah disiplin di sekolah Fungsi Guru Bimbingan

  • Fungsi Guru Bimbingan Beberapa alternatif seperti penerapan konsep a gape love, kursus Fajar, kursus Galus, dan mewujudkan networking yang merupakan pendekatan kaunseling didapati dapat mengurangkan masalah disiplin pelajar di sekolah.

  • Fungsi Guru Kelas Guru kelas adalah orang yang diamanahkan untuk menjaga semua keperluan murid dalam kelas yang dipegang sejak awal tahun lagi. Semua kebajikan murid dan latar belakang setiap murid seharusnya diketahui. Masalah murid yang tidak berdisiplin di dalam kelas merupakan kelompok yang kecil jika dibandingkan dengan kelompok besar iaitu jumlah keseluruhan murid dalam sesebuah sekolah.

  • Sebagai guru kelas, tanggungjawab untuk mendidik murid ini memerlukan kesabaran dan keimanan kerana segala perkara yang berlaku, guru kelas yang akan mengambil alih untuk berurusan sama ada dengan pihak pentadbir, pihak polis maupun ibu bapa penjaga. Fungsi Guru Kelas

  • Guru kelas juga akan bekerjasama dengan guru disiplin bagi menyelesaikan sebarang masalah disiplin yang direkodkan seterusnya berhubung dengan Pentadbir Hal Ehwal Murid bagi masalah yang dihadapi.Fungsi Guru Kelas

  • Fungsi Guru Beredar Guru perlu kerap menekankan nilai-nilai murni dalam pengajaran supaya anak-anak remaja dapat dididik dan dibimbing menjadi orang yang mempunyai keperibadian tinggi dan juga sifat-sifat mulia. Guru perlu mendampingi pelajar dan menghormati pendapat serta kemahuan mereka. Guru tidak sewajarnya menggunakan sindiran pada pelajar dan memberikan hukuman yang akan mencacatkan perkembangan sosio emosi pelajar. Seharusnya guru menjadi role model kepada pelajar.Kegagalan guru mendidik akan menjurus ke arah masalah pelajar

  • RUMUSAN Sesungguhnya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang sedang dilaksanakan ini menepati masa dan ketikanya dalam usaha menangani masalah-masalah berkaitan disiplin di sekolah-sekolah. Pelbagai pihak seharusnya bersama-sama membantu menangani masalah pelajar yang semakin hari kian meruncing di sekolah sehinggalah terbawa sehingga ke luar sekolah.