tugas guru disiplin 12 apr

64
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DISIPLIN Bidang Tugas: 1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun berikutnya. 2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan permainan. 3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman, sahsiah, daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru. Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi, jikalau didapati sesuai dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru. 4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh pelajar. 5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh

Upload: hazrin-imam-kardi

Post on 09-Apr-2016

2.087 views

Category:

Documents


237 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DISIPLIN

Bidang Tugas:

1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun berikutnya.

2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang

akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan permainan.

3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman, sahsiah,

daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru.

Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi, jikalau didapati sesuai

dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru.

4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh pelajar.

5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat

lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain.

6. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa ke semasa

di sekolah.

7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari persekolahan.

8. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah dan

tindakan yang sesuai.

9. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa dipatuhi oleh

para pelajar sekolah.

10. Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan kenyataan

dan di dalam bilik darjah.

11. Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan

Page 2: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

besar yang dilakukan oleh pelajar yang boleh membawa kepada penggantungan

sementara atau pembuangan sekolah.

12. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan kepada

pelajar di sekolahnya.

13. Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk menyelesaikan

masalah pelajar.

14. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untuk menguruskan

kawalan terhadap pelajar pada hari perhimpunan, upacara dan majlis-majlis yang

diadakan oleh pihak sekolah.

15. Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiap-tiap minggu dan

mengumumkan kelas yang paling kotor.

Tugas Guru Disiplin

1. Menentukan pelajar mematuhi dan mengamalkan peraturan sekolah.

2. Menetukan adanya kerjasama daripada guru-guru dalam usaha melaksanakan

segala peraturan dan undang-undang sekolah yang dikuatkuasakan.

3. Member nasihat kepada guru-guru dalam hal-hal pengawalan disiplin pelajar.

4. Menyelesaikan masalah disiplin pelajar yang tidak dapat diselesaikan oleh

pengawas atau ketua pengawas.

5. Membantu Pengetua/Penolong Kanan untuk mengesan dan mengesahkan

kesalahan-kesalahan besar yang boleh membawa kepada hukuman

Page 3: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

penggantungan sementara atau hukuman buang sekolah sesuai dengan

kehendak surat pekeliling Bil. 9/1975. Dalam hal ini, Pengetua boleh memanggil

Mesyuarat tergempar Lembaga Disiplin Sekolah untuk membicarakan kes-kes

yang berat mengenai disiplin.

6. Membuat perakaun mengenai hukuman-hukuman yang rotan yang dikenakan

oleh Pengetua keatas pelajar yang melanggar peraturan/ undang-undang

sekolah.

7. Berkerjasama dengan guru pengawas dan pengawas sekolah untuk mengurus

kawalan pelajar pada waktu perhimpunan, kecemasan, perbarisan di luar

sekolah, Hari Ibu Bapa, Hari Guru atau pada Hari Sukan Sekolah.

8. Mengadakan dan menyemak rekod-recod disiplin pelajar bagi tiap-tiap kelas

serta mengambil tindakan sewajarnya.

9. Menerima laporan pengawas/guru pengawas dan seterusnya mengambil

tindakan sewajarnya

10.Berusaha menanam semangat patuh dan taat kepada undang-undang sekolah

serta mengamalkan Prinsip-Prinsip Rukunegara.

11.Bertanggungjawab keatas imej sekolah dengan menentukan dan memastikan

perlakuan pelajar sesuai dengan peraturan sekolah dan kehendak-kehendak

masyarakat di sekelilingnya.

Page 4: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

DISIPLIN dan KESELAMATAN

PENDAHULUAN

Badan disiplin semestinya bergerak selari dan seiring dengan badan-badan lain

yang wujud di sekolah. Ini kerana pencapaian seseorang pelaja dalam sesuatu

bidang ini baik di bidang akademik atau bidang bukan akademik bergantung

kepada tahap disipilin pelajar itu sendiri. Pelajar yang berjaya dalam bidang

kehidupan sering dikaitkan dengan mereka yang berdisiplin.

 

 RASIONAL

Pembentukan disiplin di sekolah dilihat sama pentingnya dengan penyebaran

ilmu pengetahuan. Oleh itu, badan disiplin harus bergerak dalam bentuk yang

terancang dan sistematik.

 

OBJEKTIF

1. Melahirkan dan membentuk pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab

serta peka dengan peraturan dan undang-undang sekolah.

2. Melahirkan pelajar yang mengenal dan menilai diri sendiri dan orang lain

secara rasional dan bijaksana.

3. Melahirkan pelajar yang menyayangi dan menghormati diri sendiri, orang lain,

Page 5: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

dan menghargai alam sekitar.

4. Melahirkan pelajar yang bersemangat tinggi, berilmu, berketerampilan serta

menjadikan sekolah sebagai landasan menuju ke arah kecemerlangan hidup.

5. Merealisasikan slogan ‘Sekolahku, Rumahku’.

6. Membebaskan pelajar dari semua gejala dan pengaruh tidak baik.

7. Buku Peraturan

8. Buku Peraturan sekolah dibekalkan kepada pelajar. Buku ini akan

dikemaskini dari masa ke semasa, dan menjadi rujukan kepada setiap

pelajar.

9. Taklimat Awal

 Penerangan tentang peraturan dan disiplin juga akan disampaikan oleh

Setiausaha Disiplin pada minggu pertama kemasukan pelajar-pelajar.

10. Surat Akuan dan Ikrar Pelajar

 Surat Ikrar pelajar perlu ditandatangani oleh setiap pelajar baru (bertukar dari

sekolah lain) di hadapan guru disiplin serta penjaga pelajar sebagai jaminan

tingkah laku mereka.

11. Borang Perjanjian

Borang Perjanjian perlu ditandatangani oleh pelajar yang masih mengulangi

pelanggaran disiplin. Penjaga kepada pelajar berkenaan akan dijemput ke

sekolah kemudian menyaksikan perjanjian dibuat  oleh anak dengan pihak

Page 6: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

disiplin. Borang ini sebagai bahan bukti untuk penguatkuasaan dan tindakan

seterusnya. Tindakan ini diharap dapat mengelakkan sebarang tindakan

dipertikaikan nanti, dan sebagai jaminan pelajar tidak akan mengulangi

kesalahan mereka.

12. Surat Kebenaran Ketua Sekolah

 Pelajar yang akan keluar kawaswan sekolah untuk sesuatu urusan

diwajibkan mengisi borang khas. Surat ini akan dibawa oleh pelajar dan

menyerahnya kembali apabila kembali ke sekolah. Surat ini juga dapat

menggalakkan pelajar berkenaan daripada ditangkap polis atas tuduhan

ponteng sekolah. Di samping sebagai langkah mengetatkan peraturan keluar

sekolah.

13. Sudut Disiplin

 Setiap kelas juga diwajibkan menyediakan sudut disiplin. Sudut ini 

dilengkapkan dengan peraturan-peraturan dan undang-undang yang

dikeluarkan oleh badan disiplin serta pekeliling-pekeliling dari Kementerian

Pendidikan dan Jabatan Pendidikan berkaitan dengan peraturan dan notis

tertentu.

14.Kad Kebenaran Keluar Kelas

 Terdapat 2 kad, pertama – Kad Keluar ‘Urusan Guru’, Kedua – Kad ‘Keluar

Page 7: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

Tandas’. Kad ini bertujuan untuk menggalakkan dan mengawal pelajar dari

terlalu bebas keluar dan berkeliaran di luar semasa P & P.

15. Buku Kawalan Kelas

 Setiap Kelas dibekalkan dengan buku kawalan kelas yang akan

ditandatangani oleh setiap guru yang memasuki kelas pada setiap waktu

pembelajaran. Setiap guru akan mencatat nama mata pelajaran, masa, dan

16. Jumlah pelajar yang hadir pada masa mereka mengajar. Tujuan buku ini

adalah untuk memastikan bahawa tidak ada pelajar yang ponteng kelas.

17. ‘Spot – Check’

 ‘Spot – Check’ terhadap pelajar-pelajar diadakan dalam pelbagai bentuk:-

- ‘Spot Check’ di tempat perhimpunan

- ‘Spot Check’ di dalam kelas secara menyeluruh

- ‘Spot Check’ di luar kawasan sekolah di tempat-tempat yang strategik

sebagai kawasan lepak dan sebagainya.

18. Buku Laporan Disiplin

 Buku Khas yang mengandungi semua maklumat bagi pelajar yang kerap

melanggar disiplin seperti Nama, Tahun, Kelas, Kesalahan, Tarikh, Tindakan

dan Hukuman.

19.Fail-fail maklumat pelajar

 a) Fail 001  - Fail Amaran 1

 b) Fail 002 - Fail Amaran 2

 c) Fail 003 - Fail Amaran 3 dan akhir

 d) Fail 004 - Surat Gantung sekolah

Page 8: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

 e) Fail 005 - Surat Buang / Tukar Sekolah

 f) Fail 006 -  Laporan PPD / JPN

 g) Fail 007 - Maklumat SSDM

 h) Fail 008 - Laporang Kes

 i) Fail 009 - Perjanjian ibu bapa / ikrar pelajar

 j) Fail 010 - Kes-kes polis

 k) Fail 011 - Minit Mesyuarat Disiplin

 l) Fail 012 - Surat Rujuk Kaunselor

 

 

PROGRAM ABSENT SIFAR 2001

UNIT DISIPLIN

Program untuk mengurangkan masalah ketidakhadiran dan ponteng sekolah

hingga ke tahap yang minimum atau sifar.

RASIONAL

1. Menyedari bahawa kemerosotan akademik dan disiplin pelajar antaranya

berpunca daripada masalah tidak hadir atau ponteng sekolah

2. Merujuk satu sistem kawalan yang mantap bagi menyelesaikan masalah

tidak   hadir ke sekolah.

 

MATLAMAT

Mengurang atau menghapuskan sama sekali masalah tidak hadir atau

ponteng sekolah tanpa  sebab yang munasabah demi menjayakan MISI dan

Page 9: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

VISI sekolah selaras dengan matlamat pendidikan negara.

 

 OBJEKTIF

1. Meningkatkan rasa sayang dan cinta pelajar kepada sekolah sebagai

penyalur pelbagai ilmu dan pendidikan.

2. Dapat meningkatkan pencapaian pelajar dari segi akademik seterusnya

mengharumkan nama sekolah.

3. Ibu bapa dapat memastikan bahawa anak-anak mereka benar-benar

berada di sekolah pada waktu yang sepatutnya.

4. Menanam sikap bertanggungjawab pelajar kepada peraturan sekolah dan

menyedarkan mereka bahawa tidak hadir ke sekolah merupakan satu

kesalahan besar.

5. Meningkatkan mutu disiplin sebagai asas ke arah pembentukan

    warganegara    yang bertanggungjawab.

6. Menyedarkan pelajar bahawa rekod kehadiran ke sekolah adalah

    penting untuk masa depan kerjaya mereka.

7. Guru dapat menyampaikan pengajaran dan murid dapat menerima

         pengajaran guru sepertimana yang dirancangkan.

STRATEGI

1. Menyediakan Buku Rekod Kawalan Pelajar

 - Tujuan untuk mengesan pelajar yang tidak hadir atau ponteng. Mereka

    akan  diambil tindakan disiplin sekiranya dikesan.

Page 10: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

2. Menandakan Jadual Kedatangan

 - Guru tingkatan akan menandakan buku kedatangan pada setiap hari pada

   masa kedua pengajaran. Pelajar dilarang sama sekali dari menanda

   kehadiran pelajar untuk  mengelakkan penipuan.

3. Mengumpul Pelajar-Pelajar Yang Tidak Hadir.

- Pelajar yang tidak hadir akan dikumpul oleh AJK Kehadiran dari Unit

  Disiplin. Mereka di kehendaki menunjukkan surat-surat kebenaran

  seperti:

a) Surat akuan sakit

 b) Surat ibu bapa yang disahkan oleh penghulu, imam atau Ketua Polis

  (tidak melebihi 1 hari)

4. Mengeluarkan surat amaran I, II, III dan Surat Amaran Buang Sekolah

kepada ibu bapa seperti mana yang diarah oleh JPN. Tujuan untuk

memaklumkan kepada ibu bapa tentang tindakan yang diambil seperti

berikut:-

a.   Tidak hadir selama 3 hari akan dimaklumkan dari surat amaran I

1. Tidak hadir selama 6 hari akan dimaklumkan menerusi surat amaran II

2. Tidak hadir selama 9 hari akan dimaklumkan menerusi surat  amaran III

dan surat berhenti sekolah

    (Kecuali terdapat surat akaun tertentu).

5. Menghubungi penjaga/melawat rumah pelajar.

Tujuan untuk mengesan surat-surat yang dihantar serta mengetahui 

masalah sebenar pelajar.

Page 11: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

6. Mengenakan Tindakan Disiplin.

  Pelajar yang tidak hadir atau cenderung ke arah itu akan dikurniakan

pelbagai tindakan disiplin. Tujuan untuk mencegah dan menyedarkan

mereka.

7. Rondaan dan serbuan mengejut di tempat yang disyaki destinasi pelajar

       ponteng.

    - Setelah mendapat maklumat penduduk sekitar

    - Kerjasama dengan polis

8. Mengadakan Program Kursus.

    a. Ceramah kesedaran / disiplin

    b. Kem motivasi

    c. Pelancaran Minggu  Disiplin

    d. Pelancaran Program ‘Absent Sifar’

9. Mengadakan ‘spot check’ di dalam bilik darjah

    - ‘spot check’ di dalam kelas

10. Mengadakan perbincangan dengan pihak polis sama ada rasmi atau tidak

rasmi untuk mendapat bantuan atau khidmat nasihat.

    a. Pegawai perhubungan polis

    b. Balai Polis Kubang Kerian

  11. Merujuk dan mendapatkan laporan bertulis daripada kaunselor.

 

PELAKSANAAN

Page 12: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

  1. Tempoh pelaksanaan : Januari sehingga Disember 2001

  2. Membentuk komiti / AJK Program Absent Sifar : Januari 2001

  3. Merancang dan menyusun program yang akan dilaksanakan

  4. Melancar Hari Absent  Sifar : 18 Februaru 2001

  5. Melaksanakan Program Absent Sifar mengikut tahap - tahap yang telah

dijadualkan seperti:-

    a.    Program Berkala

b. Program sepanjang masa (Rujuk Program Tahunan Disiplin)

  6. Mengadakan mesyuarat dari masa ke semasa untuk memantau dan menilai

kelemahan dan kejayaan Program Absent Sifar.

 

BENTUK-BENTUK PENILAIAN

1. Penilaian Jangka Pendek

    - Data kehadiran bulanan daripada buku kedatangan kelas

    - Jumlah pelajar yang dikumpul setiap hari

2. Penilaian Jangka Panjang

a. Prestasi akademik pada akhir tahun

b. Prestasi disiplin pada akhir tahun.

PROGRAM GERAKSEDAR BERSIRI

 PENGENALAN:

Page 13: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

Program Geraksedar  adalah satu program pemilihan dan kesedaran khusus

untuk  pelajar-pelajar yang bermasalah. Mereka secara kelompok akan

mengalami pelbagai aktiviti pemulihan dan kesedaran daripada guru-guru

atau pakar-pakar pemulihan dari luar melalui temuramah. Nasihat, ceramah,

program, seperti sembahyang hajat / sunat, doa dan lain-lain.

 

  RASIONAL

Pelajar-pelajar yang bermasalah boleh dibaiki sikap dan tingkahlaku jika

pelbagai pendekatan digunakan. Selain daripada hukuman fizikal (rotan) atau

denda, tindakan secara kerohanian atau motivasi serta nasihat juga dapat

memberi kesedaran kepada mereka. Oleh itu, masalah disiplin dapat

ditangani jika pelbagai kaedah digunakan menerusi satu disiplin pemulihan

yang mantap dilaksanakan.

OBJEKTIF

a. Untuk mengetasi dan menangani masalah disiplin.

b. Memberi peluang kepada guru atau mana-mana individu untuk menggunakan

kepakaran dan kebolehan mereka memulih dan menyedarkan pelajar-pelajar

yang bermasalah, secara ikhlas.

c. Untuk mencuba dan menguji pelbagai kaedah yang terbaik dan menangani

masalah disiplin pelajar.

d. Sebagai antara sumber rujukan dan kayu pengukur dalam menentukan

seseorang pelajar ini layak dan ditukar atau ditamatkan pengajian mereka.

Page 14: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

SASARAN

Pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan sering dan melakukan kesalahan

berulangkali.

TEMPAT / MASA

Tempat dan masa yang sesuai

TENAGA PENGGERAK :

1. Guru Unit Disiplin

2. Kaunselor

3. Pengetua, PK HEM, PKP, Ketua-ketua Bidang.

4. Tenaga Luar

5. Sesiapa yang ingin memberi perkhidmatan secara ikhlas.

Pelaksanaan

Aktiviti Program Gerak Sedar

BULAN DISIPLIN

PENGENALAN

Disiplin adalah teras kejayaan seseorang pelajar serta menentukan

kegemilangan sesebuah sekolah itu. Memandangkan disiplin dan pelajar

adalah dua unsur yang saling berkait rapat, maka Unit Disiplin sebagai

agenda tahunannnya. Di harapkan dengan ‘Bulan Disiplin’ ini dapat

mencerna serta meningkatkan kesedaran dan tahap disiplin para pelajar.

 

RASIONAL

 1. Kemantapan disiplin pelajar memerlukan satu program lebih sistematik.

Page 15: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

2. Berakhlak dan berdisiplin adalah satu aspek kehidupan bagi mengawal

sosial yang menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup. Segala

usaha ke arah mengukuh dan meningkatkan disiplin, seharusnya

dititikberatkan baik dirumah mahupun di sekolah.

SASARAN

 Semua pelajar SMKKK 1

 MASA

  Sepanjang bulan Mei 2001

PELAKSANAAN

 Pembentukan AJK:-

Pengerusi  : Pengetua SMKKK I

Tim. Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran

 Naib Pengerusi I : P. Kanan HEM

    Naib Pengerusi II : Penyelia Petang

    Setiausaha I  : S/U Disiplin Pagi

    Setiausaha II  : S/U Disiplin Petang

    Penyelaras  :  - Ketua-ketua Bidang.

          - Kaunselor

Bidang Tugas

- Bahagian Perasmian dan Sambutan

 Ahli (1) Puan Norliza Mat Yunan

      (2) Puan Azmani bt. Daud

Page 16: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

- Bahagian Pameran dan Pertandingan

(1) En. Che Ismail b. Yusoff

(2) Puan Marliza bt. Mansor

- Bahagian Ceramah

(1) Ustaz Mohd. Najib

(2) Ustaz Mat Daud b. Omar

- Bahagian hadiah dan cenderamata

3. Aziz b. Salleh

4. En. Nazri

PROGRAM / AKTIVITI

Majlis Pelancaran / Perasmian  Oleh Ybrs Ketua Sektor Pembangunan

Kemanusiaan  Jab. Pendidikan Negeri Kelantan.

Tempat  : Dataran Penyayang

               Masa  : 8.00 Pagi

Pertandingan Poster Dan Karangan

Ceramah oleh Datuk Timbalan Mufti Negeri Kelantan.

Pidato Pelajar

- Setiap hari Ahad

Ikrar Pelajar

Majlis Penutup

UNIT KESELAMATAN 

Pendahuluan

Page 17: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 1 ( seterusnya SMK Kubang

Kerian 1 ) terletak kira-kira 6 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu , justeru

dapatlah di kategorikan sekolah ini sebagai pinggir bandar . Kedudukannya

menghala laluan Kota Bharu ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang

Kerian .

 

Pada masa ini SMK Kubang Kerian 1 merupakan sekolah saluran kepada

beberapa sekolah rendah ke tingkatan satu , beberapa buah sekolah

menengah ke tingkatan empat dan enam rendah . Sehingga kini jumlah

keramaian pelajar di sekolah ini berjumlah 2336 orang pelajar ( 1020 pelajar

lelaki dan 1070 pelajar perempuan ) dengan 112 orang tenaga pengajar .

Bagi menampung bilik kelas yang terhad , SMK Kubang Kerian 1

meneruskan sesi persekolahan 2 sesi ( sesi pagi dan sesi petang ) Sesi pagi

terdiri daripada tingkatan tiga , empat , enam rendah dan enam atas ,

manakala sesi petang pula bagi tingkatan satu dan dua .

 

Sebagai sebuah sekolah pinggir bandar , sudah tentu latar belakang sosio-

ekonomi dan sosio – budaya pelajar berbeza-beza . Rata-rata pelajar di

sekolah ini datang daripada golongan keluarga yang berpendapatan

sederhana dan rendah.

 

Rasional

Program keselamatan amat penting dalam sesebuah institusi khususnya

Page 18: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

institusi pendidikan . Para pelajarnya mudah terdedah kepada pelbagai

bahaya dan risiko . Menyedari hakikat bahawa pelajar terlalu mudah dengan

pelbagai risiko , maka langkah- langkah keselamatan amat penting di beri

perhatian khusus.

 

Objektif

1. dapat mempastikan harta benda , persekitaran , bangunan , bilik-bilik dan

setor, kawalan keselamatan serta padang permainan sentiasa berada

dalam keadaan terjamin  dan selamat.

2. dapat membantu pihak perancang sekolah dalam merancang dan

membaik pulih bahagian-bahagian bangunan , kawasan , padang  dan

gelanggang permainan , setor serta peralatan yang di kenal pasti berisiko

3. memberi pendidikan cara-cara menjaga keselamatan kepada warga

sekolah dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan

4. memberi pendedahan kepada teknik mengguna alat-alat keselamatan

5. mempertingkatkan kasedaran kepada warga sekolah tentang pentingnya

penjagaan keselamatan

6. Dapat menanam sikap “SEKOLAH KU  RUMAHKU” yang lebih berkesan

dalam diri warga sekolah berlandaskan persekitaran sekolah dalam

keadaan selamat

7. melatih pelajar sentiasa bersiap sedia menghadapi kecemasan dan mala 

petaka

Page 19: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

Strategi

1. menbentuk jawatan kuasa keselamatan

2. jawatan kuasa keselamatan yang di bentuk akan di beri tugas dan mandat

bagi mengenalpasti seterusnya emngambil langkah-langkah tertentu sama

ada secara melapor kepada pihak berkenaan atau bertindak segera

sebagai bukti tanggungjawab yang di amanahkan

3. membentuk ‘Skuad Rondaan’ di kalangan anggota pasukan Pasukan

Pakaian Seragam , Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, Pelajar- Pelajar

Tingkatan Enam Anak Wawasan , Ahli Skim Lencana Anti dadah ( SLAD)

dan Ahli Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS) meronda secara tidak lansung

ketika hadir ke sekolah atau semasa berada di sekolah sama ada pada

waktu persekolahan atau pada waktu kehadiran petang ,hari minggu dan

hari kegiatan kokurikulum . Maklumat yang di beri oleh skuad ini amat

penting dalam menangani masalah vandalisme.

4. mengadakan beberapa siri ceramah keselamatan kepada warga sekolah

5. satu rangka pelan bertindak dan jadual pemantauan akan di buat bagi

membolehkan setiap tugas dan tanggungjawab yang di serahkan kepada

ketua-ketua unit keselamatan dapat di sediakan.

6. satu pelan laluan yang kemaskini akan di keluarkan dan seterusnya di

edarkan  kepada semua kakitangan dan papan kenyataan kelas serta

papan kenyataan umum nuntuk di hayati oleh semua pelajar sebagai

langkah menyelamat diri secara tenteram , aman dan terkawal

Page 20: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

7. mengadakan beberapa siri latihan kebakaran dan cara-cara menyelamat

diri

8. bekerjasama dengan semua unit lain yang di bentuk di sekolah dalam

usaha melaksanakan setiap program dan aktiviti latihan kebakaran dan

menyelamat

9. memeriksa dan mengenalpasti alat pemadam kebakaran di sediakan  di

tempat-tempat yang di tentukan serta dapat berfungsi dengan baik

10. mengenalpasti langkah-langkah  keselamatan adalah tanggungjawap

bersama warga sekolah.

  

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KESELAMATAN  

Pengerusi      : Pengetua

N. Pengerusi : Penolong Kanan  Pentadbiran

Setiausaha     :Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pen . Setiausaha : Penyelia Petang

Penyelaras: Semua Ketua Bidang Kaunselor Sekolah

Ketua Unit  ; Setiausaha HEM

 

Urusetia Keselamatan

Kebakaran              : En  Che Ismail Yussoff            ( sidang pagi )

                                 En Ahmad Faizal Ismail           ( sidang petang )

Persekitaran           ; En Zakhori Ab Rahman            ( sidang pagi )

                                En Aziz Muhammad                  ( sidang petang )

Page 21: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

Disiplin                 : En Ab Aziz Salleh                     ( sidang pagi   )

                                En Ramlee Alias                       ( sidang petang )

Bencana Alam      : En Mazlan Mohd Zain               (sidang pagi )

                               En Sanadi Hhussin                     ( sidang  petang )

Skuad Kecemasan:  Hj Mohd   Hussin Deraman      ( pejabat sekolah )

                                En Razali Talib                          ( teknik dan elektrik)

                                Pn Che Ainun Che Cob             ( makmal sains )

                                En Ab Rahman Harun                ( pondok keselamatan )

                                En Che Ismail Yussof                ( kebakaran dan bencana

alam )

                                En Mohd Nor Deris                   ( bangunan )

                                Ustaz Mat Daud Omar               ( Mussala )

                                Pn Noreha  Mohamad                ( Perpustkaan dan PSS)

                                Pn Khazimah Mat Rani              ( Kemahiran hidup / SRT)

                                En Alias Yahya                         ( Padang dan

gelanggang)

                                En Rawi Ali                                ( Perabot  sekolah )

                                En Zakaria Jusoh                        ( Koperasi sekolah )

                                Semua pekerja

                                Pembantu-pembantu makmal

 

Page 22: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

BIDANG TUGAS URUSETIA KESELAMATAN

Kebakaran

1. menyediakan peta laluan selamat

2. mengenalpasti fungsi alat pemadam api

3. menyedia dan menempatkan baldi pasir di tempat yang sesuai

4. mengenalpasti tempat pili bomba dan punca tekanan air

5. menyediakan jadual latihan kawad kebakaran

6. menyediakan jadual ceramah dan aktiviti keselamatan

 

Persekitaran

1. mengenalpasti lalulintas pelajar di jalan raya

2. menyediakan jadual  ceramah  lalulintas (maklumat semasa perhimpunan )

3. mengenalpasti keadaan pagar sekolah

4. menyediakan kawasan letak kenderaan pelajar ( basikal)

5. mengenalpasti dan menyediakan ‘pass’ keluar masuk pelajar dari kelas

6. mengenalpasti keluar masuk pelajar dari kawasan sekolah

7. mengenalpasti pintu pagar sekolah terkawal

8. mengenalpasti setiap pintu masuk ( bukan utama ) di awasi atau berkunci)

 

Disiplin

1. mengenalpasti peraturan sekolah di baca oleh setiap pelajar

2. mengenalpasti peraturan sekolah di tampal di papan kenyataan kelas /

Page 23: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

umum

3. mengenalpasti  ketenteraman pelajar semasa dalam bilik darjah

4. menyediakan jadual ceramah disiplin

5. menyelitkan peringatan disiplin pelajar semasa perhimpunan mingguan

 

Bencana  Alam

1. Menyediakan skuad Bencana Alam

2. Megenalpasti  bangunan / blok selamat  bagi menempatkan pelajar

3. Mengenalpasti bangunan/blok selamat menyimpan stok makanan

4. Menyediakan peralatan pertolongan cemas ketika bencana

5. Mengenalpasti alamat dan telefon agensi berkaitan

6. Menyampaikan maklumat berkenaan kepada pelajar supaya sentiasa

berwaspada

7. Bekerjasama dengan unit kebakaran dalam latihan menyelamat diri

8. Meyediakan pasukan petugas khas bencana alam

TANGGUNGJAWAB GURU KELAS

Page 24: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

Bidang Tugas:

1. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual

kedatangan, buku rekod mengajar, kad 001, kad 002 dan buku kemasukan

sekolah.

2. Buku jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditanda pada waktu yang

pertama pada setiap hari belajar.

3. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat

doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah.

4. Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada

memberi penjelasan dan sebab yang munasabah, guru darjah hendaklah

mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan

satu salinan ke pejabat sekolah.

5. Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari

buku jadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK

HEM terlebih dahulu.

6. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah m

engikut suara ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran

kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan

teratur dan menguruskan pertukaran pelajar.

7. Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan

dan mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam

buku jadual kedatangan dan buku yuran.

Page 25: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

8. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan pihak

sekolah.

9. Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks

kepada pelajar dan memungut buku daripada pelajar yang hendak bertukar

ke sekolah lain.

10. Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat

jemputan kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan.

11. Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.

12. Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing

dan memberitahu pelajar.

13. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan

menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik.

14. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru

PK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan

memungut yuran dan masalah disiplin lain.

15. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar

baru dan mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod

Mengajar dan Buku Daftar Kemasukan Pelajar.

16. Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi

borang masuk peperiksaan. Mereka juga perlu memungut yuran

peperiksaan dan membantu menyusun kerusi meja.

Page 26: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

17. Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di

samping menyediakan tabung markah atau mark sheet.

18. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan

kelasnya.

19. Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas

pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan.

20. Berada di samping pelajarnya semasa pelajar beratur di kaki lima kelas

dan pada masa perhimpunan hari biasa.

21. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-

makalah, maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini.

Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus memberi

markah kepada guru-guru kelas untuk meringankan beban tugas guru.

Guru disiplin Guru disiplin ialah guru yang menjalankan tanggungjawab mendisiplinkan

pelajar di sekolah. Secara teori semua guru adalah guru disiplin. Tetapi dalam banyak

perkara guru disiplin tidak diberi taklimat dan kursus serta isu perundangan berhubung

dengan bidang tugas sebenar.

Guru-guru di Malaysia jeran dengan tugas ini. Guru diingatkan tidak menghukum

pelajar dengan tangan seperti lempang, sepak, sepak, cubit, pukul dan lain-lain. Ibu

bapa yang dikatakan cendekiawan dan lebih lebih bijak daripada guru mengugut akan

membawa guru ke mahkamah dan menuntut pampasan. Laporan doktor dan laporan

polis akan dikemukakan sehingga akhirnya guru-guru muda ini dihantar ke pulau atau

ke hulu.

Page 27: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

Kementerian Pelajaran Malaysia pernah mencadangkan polis ditempatkan di

sekolah untuk membendung kes kecurian, pergaduhan, perkauman, buli, merokok,

ponteng dan sebagainya. Ada juga yang mencadangkan polis mengawasi kawasan luar

sekolah. Kawasan luar sekolah yng menjadi tempat lepak dan ponteng seperti pusat

beli-belah, rumah kosong, kawasan semak dan sebagainya bukan dalam bidang tugas

sekolah. Malangnya ibu bapa dan masyarakat menyalahkan sekolah kerana tidak

mengambil sebarang tindakan.

Perspektif guru

Seseorang guru tidak minta jawatan guru disiplin. Tetapi mereka dipilih kerana

jantina mereka lelaki, garang dan berani. Di bandar-bandar besar, kebanyakan guru

besar dan pengetua terdiri daripada perempuan. Biasanya mereka enggan merotan dan

diserahkan tugas merotan kepada guru disiplin. Sekeping surat perlantikan boleh

merotan diberikan kepada guru terlibat. Ramai juga guru yang menganggap tugas guru

disiplin ini hebat.Sebenarnya apalah sangat guru disiplin tanpa sebatang rotan.

Kebanyakan guru di Malaysia menganggap tugas guru disiplin berisiko tinggi.

Seorang guru disiplin mestilah tahu membaca mood pelajar, mententeramkan pelajar,

tahu selok-belok jenayah juvenil dan bijak bertikam lidah dengan ibu bapa. Guru yang

tidak mahir berhujah seperti seorang peguam janganlah menjadi guru disiplin.

Guru disiplin mestilah cekap mengingat nama pelajar dan mengingati rentetan

peristiwa lalu sehingga hukuman dijalankan dan dapat diterima. Ego ibu bapa

hendaklah dijatuhkan melalui rekod-rekod lampau . Jadi tugas seorang guru disiplin

ialah mencatat satu persatu kesalahan pelajar tersebut dari A hingga Z.

Kebanyakan ibu bapa dan pakar pendidikan tidak dapat menerima kehadiran

guru disiplin. Tutur bahasa dan perangai anak mereka berlawanan sekali jika dibanding

semasa di rumah atau di sekolah rendah.

Page 28: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

Apa yang diperlukan ialah guru kaunseling dan sesi kaunseling mestilah

diadakan. Mereka mempertikaikan peranan guru disiplin kerana tidak memberi

sebarang kesan selama ini kepada sistem pendidikan negara.

Pengetua dan lembaga disiplin sendiri cuba menyembunyikan atau mengecilkan

data salah laku pelajar. Setiap tahun laporan disiplin sekolah dihantar ke PPD, jabatan

pendidikan dan disalurkan ke bahagian disiplin sekolah. Pihak sekolah akan dimalukan,

dipersoalkan dan tidak ada peluang kenaikan pangkat jika prestasi disiplin pelajar tiada

kemajuan.

Perspektif pelajarBagi kebanyakan pelajar dan ibu bapa, bukan semua guru adalah guru disiplin.

Hanya yang dilantik dalam lembaga disiplin sahaja yang diiktiraf sebagai guru disiplin.

Kadang-kala hanya ketua guru disiplin sahaja yang dianggap dan diiktiraf sebagai guru

disiplin. Pada awal tahun, nama guru disiplin akan diumumkan dan majlis penyerahan

rotan akan diadakan. Guru-guru lain yang tidak terlibat dianggap bukan guru disiplin.

Lantaran itu cakap, nasihat dan tindakan serta hukuman oleh guru lain tidak perlu

didengar.

Kebanyakan pelajar yang cemerlang lebih mudah mengingati guru kaunseling

mereka daripada guru disiplin. Mereka amat berterima kasih kepada kaunselor yang

berjasa memberikan khidmat nasihat tentang kerjaya, motivasi dan sebagainya. Tidak

pernah berlaku pelajar mengucapkan terima kasih kepada guru disiplin yang telah

merotan dan memukul mereka. Malahan mereka menyanggah hukuman yang

dikenakan dan berdendam akan menumbuk cikgu, memecahkan cermin kereta atau

membaling rumah guru dengan batu. Kebanyakan pelajar yang berjaya ini mahu sesi

kaunseling sahaja dan menentang keras penggunaan rotan.

Bagi golongan terpelajar ini, hukuman rotan disamakan dengan hukuman sebat

terhadap banduan di dalam penjara. Sedangkan anak-anak mereka perlu diberi

peluang, diberi kaunseling, perlu dimaafkan, perlu dibimbing dan ada rasionalnya. Ibu

bapa yang bijak pandai ini menganggap hukuman rotan ini bertentangan dengan hak

Page 29: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

asasi manusia, mencederakan minda dan potensi pelajar. Kebanyakan mereka ini

menjadi pegawai pendidikan di kementerian.

Pelajar yang ketakutan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dikatakan

tidak baik untuk sistem pendidikan sekarang. Sepatutnya guru dan pelajar akrab dan

intim sehingga mudah soal jawab. Namun begitu semua ini amat ideal sekali.

Bayangkan nisbah guru-pelajar 1:37. Kebanyakan kelas di bandar mempunyai ratio

1:40. Di sekolah Cina ada yang mencapai 1:55.

Dalam kebanyakan seminar dan bengkel pendidikan, guru disiplin tidak pernah

diberi peranan untuk memberi ceramah.Sebaliknya kaunselor sekolah dan kaunselor

luar sering dibayar untuk memberi ceramah dan syarahan kepada pelajar, guru-guru

dan kepada ibu bapa.

Maklumat Am Disiplin Sekolah

Pengertian Hukuman

Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman bagi sesuatu salah laku. Terdapat tiga unsur utama dalam pengertian hukuman  :

i.           terpenting sekali ialah pengertian hukuman melibatkan salah laku yang sebenar atau diandaikan berlaku. Ini merupakan hukuman yang bersifat memberi balasan kepada sesuatu kesalahan yang telah dilakukan.

hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang berkuasa ke atas yang dihukum.

hukuman melibatkan sesuatu yang tidak menyenangkan dikenakan ke atas yang bersalah, ia boleh jadi tindakan fizikal bersifat positif yang menyakitkan, atau menafikan sesuatu yang disukainya.

Hukuman dalam Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru ialah Pembuangan Sekolah, Penggantungan Sekolah, Hukuman Dera ( Corporal punishment ), Penahanan (detention) dan Amaran.

                                           

Pengertian Pembuangan Sekolah

Page 30: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

Hukuman yang boleh dikenakan ke atas mana-mana murid yang didapati bersalah

bersabit dengan mana-mana kategori salah laku berat selaras dengan Peraturan-peraturan Pelajaran. (Disiplin Sekolah) 1959.

Seseorang murid yang telah melakukan salah laku atau tingkah laku yang mengganggu

berulangkali dan didapati tidak berubah selepas tindakan memulihnya diambil oleh

Pengetua / Guru Besar atau tingkah lakunya mendatangkan gangguan yang serius

kepada murid-murid lain dan terhadap keseluruhan disiplin sekolah, tindakan yang

sesuai diambil ialah mengarahkan pembuangannya dari sekolah.

Pengertian Penggantungan Sekolah

Hukuman penggantungan merupakan satu arahan di mana seseorang murid itu

dilarang dari memasuki kawasan sekolah. Penggantungan adalah bersifat sementara

sahaja dalam jangka masa yang berpatutuan sehingga tidak lebih 14 hari persekolahan.

Dalam keadaan di mana seorang murid berkelakuan liar dan mengganggu sehingga

perlu diasingkan dari sekolah manakala menunggu hasil siasatan mengenai cara yang

paling sesuai untuk menghadapinya, Pengetua / Guru Besar berkuasa mengarahkan

penggantungan persekolahan murid itu sehingga tidak lebih 14 hari.

Penggantungan yang dibuat kerana menunggu hasil sesuatu siasatan hendaklah

dibezakan sebagai satu hukuman yang dijatuhkan oleh Pengetua / Guru Besar seperti

diperbekalkan dalam Peraturan 8, Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.

Bila penggantungan dibuat sebagai tindakan menghukum peluang yang cukup untuk

murid membuat penjelasan ( to show case ) hendaklah diberi.

Pengertian Hukuman Dera ‘corporal punishment’

Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan (kecuali ke atas murid-murid perempuan)

tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran

(Disiplin Sekolah) 1959.

Page 31: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

Dijalankan sebaik-baik sahaja sesuatu salah laku itu dilakukan oleh murid. Hendaklah

dibuat setelah sesuatu salah laku telah dapat disahkan.

Dijalankan oleh Pengetua / Guru Besar sendiri atau oleh seorang guru yang berdaftar

yang telah diberikan kuasa secara nyata atau khas iaitu mengikut keadaan [Perkara 6

Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959].

Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan ringan dan pukulan

rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di bahagian punggung yang berlapik.

Hukuman dera ke atas pelajar perempuan dilarang secara nyata dalam [Perkara 5

Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959].

Pengertian Hukuman Penahanan ‘detention’

Hukuman penahanan adalah untuk mengawal murid-murid yang jahat (delinquent)

supaya tingkah lakunya pada masa akan datang diharap dapat dipengaruhi dan dibaiki

dengan cara menafikannya dari menikmati dan menggunakan masa lapangnya.

Arahan penahanan itu hendaklah menentukan masa dan jumlah jam ditahan seseorang

itu ditahan.

Kehadiran kelas penahanan mendatangkan kesan mencegah kepada murid berkenaan

dan juga murid yang lain.

Aktiviti penahanan hendaklah merupakan sesuatu yang berfaedah dan membina.

Pengertian Hukuman Amaran

Hukuman amaran adalah sesuai apabila Pengetua / Guru Besar atau guru yang diberi

kuasa setelah mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku dan kelakuan murid yang

telah melakukan salah laku itu, berpendapat bahawa adalah kurang wajar dikenakan

hukuman yang lebih berat lagi.

Page 32: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

Tindakan hukuman amaran merangkumi Amaran 1, 2, dan 3 bagi kategori salah laku

ringan, Amaran dan Amaran keras bagi kategori salah laku sederhana dan Amaran Keras bagi kategori salah laku berat.

KATEGORI SALAH LAKU                                                         

PENGERTIAN ISTILAH SALAH LAKU

Kesalahan-kesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan-kesalahan seperti

mana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran yang sedia ada seperti

mana Peraturan-peraturan Pelajaran Disiplin) Sekolah 1959. Kesalahan yang mana

perbuatannya membahayakan keselamatan diri atau murid lain atau pihak lain dan

melahirkan tingkah laku curang yang bertentangan dengan kehendak-kehendak

peraturan dan matlamat yang hendak dicapai.

Lebih kuat tujuan sesuatu perbuatan salah laku, lebih meningkat bahaya yang

didatangkan, lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguh pelajar

melakukan tingkah laku jenayah (curang) sehingga boleh mengganggu ketenteraman.

Lebih berat hukuman yang dikenakan setakat mana perbuatan itu membahayakan

sehingga boleh dibuang sekolah.

Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal dengan

salah lakunya

SALAH LAKU KATEGORI BERAT

Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.

Menyimpan,  membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.

Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.

Page 33: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang

benda yang memabukkan / mengkhayalkan.

Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan.

Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru / pengawas /

murid.

Biadab terhadap guru / pengawas / murid.

Memeras ugut guru / pengawas / murid.

Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.

Melakukan buli ( pelancoan ), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.

Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.

Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.

Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau

rakaman dan multimedia terlarang.

Membabitkan diri dalam kumpulan haram.

Mencabul kehormatan guru / murid.

Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.

Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.

Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.

Mengintai murid lelaki / perempuan.

Menulis atau mengeluarkan kenyataan akbar yang mencemarkan.

Page 34: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

Merosakkan harta benda sekolah / guru.

Membawa / menggunakan bahan letupan.

Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.

Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.

Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia.

Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu

pengajaran dan pembelajaran . peperiksaan / ujian.

Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan

masyarakat Malaysia.

Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak

sekolah , Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran.

Melakukan ponteng sekolah berterusan ( berturut-turut ) selama 30 hari atau berkala

( tidak berturut-turut ) selama 60 hari selama 1 tahun sesi persekolahan.

Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua atau guru yang menjalankan

tugas.

Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.

Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.

Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.

Melakukan hubungan yang dicurigai.

Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.

Page 35: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

SALAH LAKU KATEGORI SEDERHANA

PENGERTIAN ISTILAH

Kesalahan yang mana perbuatannya boleh membawa kepada gangguan

ketenteraman sekolah tetapi tidak sampai mendatangkan.

Sekiranya lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguh murid

itu melakukannya boleh membawa kepada ikutan oleh murid lain dan

kemudaratan , keharmonian sistem pendidikan di sekolah.

Lebih meningkat perlakuan negatif ini yang didatangkan maka lebih tingkat

pulalah hukuman yang patut diberi sehingga boleh digantung persekolahan.

Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal

dengan salah lakunya.

 

SALAH LAKU KATEGORI SEDERHANA

Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.

Menyalahgunakan / menggunakan peralatan / sumber bekalan elektrik sekolah

tanpa kebenaran.

Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.

Tidak amanah, menipu, berbohong dan menipu ketika ujian / peperiksaan.

Page 36: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.

Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan.

Fesyen rambut keterlaluan seperti punk / skin head atau berwarna.

Menconteng pada harta benda sekolah.

Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai

subang berlebihan pada satu cuping telinga.

Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini

* Nota            Membayar ganti rugi bagi kesalahan yang menyebabkan

kerugian, hendaklah berbincang dengan ibu bapa / penjaga kerana murid tidak

mempunyai sumber kewangan sendiri untuk membayar ganti rugi.

SALAH LAKU KATEGORI RINGAN

PENGERTIAN ISTILAH

Kesalahan-kesalahan salah laku yang dinyatakan seperti mana yang dibekalkan

dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975. Salah laku yang dinyatakan dalam

peraturan, misalnya membuat bising dalam darjah, berkeliaran ( loitering ) dan

berbagai lagi perbuatan yang tidak diingini.

Salah laku dan kelakuan murid yang telah melakukan perbuatan salah laku

dilihat sebagai kurang wajar dikenakan hukuman lebih berat lagi

Lebih meningkat perlakuan salah laku ini yang didatangkan maka lebih tingkat

pulalah hukuman yang patut diberi sehingga boleh diberi Amaran Ketiga 

Page 37: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal

dengan salah lakunya.

SALAH LAKU KATEGORI RINGAN

Menyimpan misaim, janggut atau jambang.

Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.

Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan terlarang.

Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran.

Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.

Berada di kantin pada waktu persekolahan ( kecuali waktu rehat ) tanpa kebenaran.

Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.

Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.

Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal / bengkel / bilik khas.

Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam tangan yang tidak berfesyen.

Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.

Makan dan minum dalam bilik darjah.

Melakukan pembaziran air / elektrik.

Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.

Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran ( tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain )

Page 38: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

Datang lewat ke sekolah.

Lewat bergerak ke perhimpunan / bengkel / makmal.

Bising dalam bilik darjah sehinggga mengganggu kelas lain.

Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.

Berjalan-jalan tanpa kebenaran.

Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.

Mengganggu kawasan.

Mengganggu guru.

Lewat masuk kelas.

Mengotorkan kelas.

Tidak duduk setempat.

Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini

 

PENGERTIAN SALAH LAKU PONTENG SEKOLAH

Di mana murid sekolah yang tidak hadir ke sekolah pada hari persekolahan rasmi tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau doktor perubatan.

Ponteng Sekolah Secara Berterusan atau Berturut-turut

Di mana murid sekolah telah tidak hadir ke sekolah secara berterusan atau berturut-turut tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau pengesahan doktor perubatan selama 31 hari atau lebih.

Ponteng Sekolah Secara Berkala

Di mana murid sekolah telah tidak hadir ke sekolah secara berkala atau berselang-selang hari tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau pengesahan doktor perubatan selama 60 hari atau lebih.

PENGERTIAN SALAH LAKU PONTENG KELAS

Page 39: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

      Di mana murid sekolah yang hadir ke sekolah telah tidak berada dalam kelas dalam satu-satu waktu pelajaran atau keseluruhan waktu Pelajaran.

              Murid ini masih berada di dalam kawasan sekolah.

PENGERTIAN SALAH LAKU PONTENG ACARA RASMI

              Di mana murid sekolah yang tidak hadir ke acara rasmi sekolah yang dimestikan hadir sama ada di dalam sekolah atau di mana-mana di luar sekolah yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

—————————————————————————————-

SULIT

‘SALINAN’

Bil. KP. Sulit 0504/11/(144)

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1972

Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran, 1959

Saya adalah diarah menarik perhatian tuan kepada Peraturan 5 dalam Peraturan 5 dalam Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran, 1959 yang berbunyi seperti berikut:-

5.1              Bagi maksudkan memelihara tatatertib di kalangan murid-murid Guru Besar hendaklah diberi kuasa untuk mengenakan hukuman-hukuman sebagaimana perlu atau mustahak.

Dengan syarat –

(a)                Hukuman dera atau “Corporal Punishment” terhadap murid-murid perempuan adalah dilarang ; dan

(b)               Hukuman dera terhadap murid laki-laki oleh seorang guru atau kakitangan yang lain hendaklah dihadkan kepada pukulan-pukulan dengan rotan kecil ke atas tapak tangan atau punggung di atas pakaian dan hendaklah dikenakan hanya oleh Guru Besar atau dengan kuasa diberikannya dalam sesuatu kes tertentu.

5.2              Satu rekod mengenai semua hukuman yang dikenakan dibawah perenggan 5.1. hendaklah disimpan rahsia dalam satu borang (cara) yang diluluskan oleh Pendaftar.

Page 40: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

Sila menarik perhatian semua sekolah-sekolah kepada Peraturan yang dinyatakan di atas supaya pihak yang berkenaan dapat mematuhi Peraturan ini dengan tepat.

“   BERKHIDMAT UNTUK NEGARA   “

Saya yang menurut perintah,

t.t.

Sdg. (Kum Boo)

b.p. Ketua Setiausaha,

Kementerian Pelajaran.

PERANAN GURU DALAM MELAKSANAKAN DISIPLIN SEKOLAH

1. 1. Pengenalan

1.1              Guru adalah suatu unsur yang sama pentingnya dengan murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Seseorang guru mempunyai peranan dan tanggungjawab bukan sahaja setakat mengajar tetapi juga mendidik iaitu membentuk sikap, nilai dan akhlak murid-murid melalui pelaksanaan disiplin yang baik.

1.2              Guru memainkan peranan yang pentingnya dalam melaksanakan disiplin sekolah kerana guru adalah orang yang rapat sekali dan mempunyai hubungan langsung dengan murid-murid. Oleh itu, perlaksanaan disiplin sekolah adalah tanggungjawab dan tugas Guru Besar, Guru Penolong Kanan atau Guru Disiplin sahaja.

1.3              Di dalam melaksanakan tugas ini, guru seharusnya mencari pendekatan-pendekatan yang sesuai supaya mencapai matlamat akhir iaitu membentuk disiplin yang baik dalam diri murid-murid itu sendiri. Disiplin diri sediri ini sepatutnya datang dari kerelaan dan kesukaan hatinya sendiri, dan bukan disebabkan oleh paksaan atau perasaan takut. Untuk mencapai matlamat akhir ini, guru sendiri seharusnya mempunyai disiplin yang baik dan menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada nurid-murid serta dirinya sendiri.

1. 2. Peranan Guru

2.1              Peranan guru dalam melaksanakan disiplin sekolah bolehlah disimpulkan kepada dua bahagian:

Page 41: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

a)                  Mengawas disiplin di dalam bilik darjah, di sekitar sekolah dan juga di dalam kegiatan-kegiatan di luar sekolah. Guru hendaklah juga memberi kerjasama sepenuhnya kepada Guru Besar dan sesama guru sendiri di dalam tugas melaksanakan disiplin sekolah.

b)                  Menjalankan hukuman disiplin apabila diarahkan oleh Guru Besar secara arahan nyata mengikut peraturan-peraturan yang ada.

1. 3. Langkah-Langkah Mengelakkan Timbulnya Masalah Disiplin.

3.1              Di antara langkah-langkah yang dapat menggelakkan timbulnya masalah disiplin ialah:

a)                  Menentukan yang semua murid sentiasa memenuhi masa mereka dengan kerja-kerja yang berfaedah iaitu dengan memberi kerja tambahan kepada murid-murid yang lebih cerdas dan cekap dan memberi pertolongan individu kepada murid-murid yang lemah. Dengan cara ini murid-murid tidak akan merasa bosan dan jemu dan oleh itu akan kurang menimbulkan masalah disiplin.

b)                  Mewujudkan suasana yang sesuai supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik tanpa sebarang gangguan.

c)                  Persediaan mengajar hendaklah lengkap sebelum masuk ke bilik darjah. Kaedah-kaedah penyampaian pelajaran yang dipelbagaikan dapat menarik minat dan perhatian murid-murid. Untuk mencapai tujuan ini guru hendaklah melibatkan murid-murid secara aktif melalui perbincangan, perbahasan, soal jawab dan tugasan seperti membuat laporan mengenai lawatan sambil belajar, menjalankan projek tertentu, dan lain-lain tugasan mengenai pelajaran semasa. Alat-alat bantuan mengajar seperti filem jalur, televisyen, radio, slaid dan lain-lain akan dapat menarik minat murid-murid untuk belajar dan seterusnya menghasilkan disiplin yang baik.

d)                  Guru haruslah sedar bahwa murid-murid adalah manusia biasa seperrti guru juga. Oleh itu murid-murid patutlah diberi layanan yang beradab. Ini akan mendorong murid-murid memberi penghormatan yang setimpal dengan layanan yang diberikan oleh guru kepada mereka. Guru sewajarnya sentiasa menghayati dan mengamalkan Tatasusila Profesyen Perguruan.

e)                  Kebolehan dan pencapaian murid-murid adalah berlainan di antara sama lain. Oleh itu guru perlu meletakkan harapan pencapaian murid-murid sesuai dengan kebolehan mereka. Kaedah dan cara pendekatan mengajar hendaklah disesuaikan dengan kebolahan mereka. Ini akan dapat mengelakkan masalah disiplin daripada berlaku.

f)                    Memeriksa kerja-kerja murid dan memberi makluman balas dengan segera mengenai tugasan yang diberikan kepada mereka supaya pembetulan dapat dibuat. Dengan iini murid-murid tidak akan menganggap yang guru telah membuang

Page 42: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

dan mensesiakan masa dan tenaga meraka. Perasaan baik yang dihasilkan ini akan mengurangkan masalah disiplin.

g)                  Semasa menilai kerja-kerja yang dijalankan oleh murid-murid, guru perlu memberi pengukuhan yang positif seperti memberi pujian, markah yang tinggi dan  sebagainya telah disempurnakan dengan baik dan memuaskan. Pengukuhan positif ini akan menjadikan pembetulan lebih mudah diterima oleh murid-murid dan dapat memenuhi keperluan semula jadi untuk mendapat penghargaan.

h)                  Guru haruslah bersifat adil dan tekal apabila menyelesaikan masalah supaya murid-murid selalu menghormati guru. Masalah disiplin akan berlanjutan sekiranya murid-murid tidak lagi menghormati guru.

i)                    Guru hendaklah mengelakkan hukuman yang keras ke atas murid-murid kecuali sebagai langkah terakhir.

j)                    Hukuman keras, sekiranya diberi, eloklah menentukan kuasa menghukum dan mengikut Peraturan-peraturan.

1. 4. Tugas-tugas Bagi Guru-Guru Khas di Dalam Melaksanakan Disiplin

4.1              Walaupun setiap guru bertanggungjawab melaksanakan disiplin sekolah guru-guru memegang tugas khas yang berikut adalah diharapkan dapat memainkan peranan lebih dalam hal ini.

5.     Guru Disiplin

Di antara tugas-tugas guru disiplin ialah

a)      Membantu Guru Besar merangka atau membuat peraturan-peraturan sekolah.

b)      Menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepanjang masa kegiatan dijalankan sama ada di dalam atau diluar sekolah.

c)      Mengawasi pengawas-pengawas sekolah.

d)      Menjadi penyelaras di antara guru-guru dan Guru Besar di dalam hal disiplin murid-murid.

e)      Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar.

f)        Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibubapa/penjaga di dalam masalah disiplin.

g)      Membantu Guru Besar menimbulkan semangat kesetiaan dan kekitaan di kalangan murid-murid dan guru-guru.

Page 43: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

6.     Guru Ko-Kurikulum

Di antara tugas-tugas guru ko-kurikulum ialah

a)        Mengatur jadual kegiatan-kegiatan ko-kurikulum serta mengadakan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan perlaksanaannya.

b)        Menjadi penyelaras di antara ahli-ahli persatuannya dengan guru disiplin / Guru Besar sekiranya masalah disiplin timbul di dalam persatuan.

c)        Mengatur acara atau kegiatan yang menarik dan berfaedah untuk persatuannya dan memupuk bakat di kalangan murid-murid.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling

Di antara tugas-tugas guru bimbingan dan kaunseling ialah:-

a)         Memberi kerjasama dan nasihat dan pandangan guru disiplin dan guru-guru lain di dalam menyelesaikan masalah disiplin.

b)         Memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid yang mempunyai masalah disiplin untuk mewujudkan tatakelakuan yang diingini.

c)         Membuat perhubungan dengan ibubapa / penjaga murid-murid yang mempunyai masalah disiplin, pegawai Kebajikan Masyarakat atau pihak polis melalui / atas kebenaran Guru Besar.

1. 8. Contoh-contoh Tindakan Disiplin Dalam Bilik Darjah

8.1     Di dalam menyelesaikan masalah disiplin adalah penting bagi guru memahami psikologi kanak-kanak dan mengelakkan diri daripada menghukum semata-mata untuk menghukum dan melepaskan geram atau dendam. Menghukum biarlah dengan tujuan untuk menolong murid-murid yang bersalah memperbaiki tatakelakuan dan cara hidupnya yang tidak berdisiplin kepada yang lebih berdisiplin, seperti yang dikehendaki oleh masyarakt sekolah dan seterusnya masyarakat umum.

Di antara lain-lain, tindakan-tindakan berikut bolehlah dicontohi:

a)            Memberi nasihat dan amaran kepada murid-murid yang telah terbukti bersalah.

b)            Memberi kerja-kerja yang membina dengan tujuan membentuk semanat dan sikap sayang dan banggakan sekolah sendiri dan juga membersihkan bilik darjah dan seumpamanya.

Page 44: Tugas Guru Disiplin 12 Apr

c)            Menghantar murid kepada Guru Besar untuk diberi nasihat atau hukuman. Cara ini hendaklah jangan selalu sangat dilakukan kerana dengan berbuat demikian guru itu sendiri akan kehilangan kewibawaan dirinya dan dipandang rendah oleh murid-murid.

d)            Memberi murid tanggungjawab atau tugas tertentu secara berperingkat-peringkat seperti menjadikannya ketua barisan, menjaga kebersihan bilik darjah, menjadi ahli jawatankuasa sesuatu kegiatan dan lain-lain. Tindakan mengiktiraf keupayaan murid-murid di dalam bidang kepimpinan ini akan dapat mengubah sikap dan kelakuan murid-murid yang menimbulkan masalah disiplin.

1. 9. Tatacara Menyelesaikan Masalah Disiplin

Sekiranya guru perlu menyelesaikan masalah disiplin, langkah-langkah berikut bolehlah dianggap sebagai contoh:

a)         Guru haruslah lihat atau anggap tiap-tiap kesalahan secara objektif. Elakkan diri daripada nafsu marah dan jauhkan diri daripada membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu. Sekiranya berasa was-was mintalah pendapat rakan sejawat atau Guru Besar sebelum mengambil tindakan.

b)         Wujudkan suasana tenang di antara guru dan murid sebelum memulakan usaha penyelidikan mengenai punca-punca masalah disiplin murid.

c)         Beri murid peluang untuk menjelaskan kesalahannya dan guru hendaklah mendengar penjelasan dengan teliti dan cuba memahami masalahnya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

d)         Jika murid didapati bersalah, guru seharusnyalah membantu murid menyedari kesalahannya dan menasihatinya untuk mengubah kelakuan. Sekiranya usaha ini gagal dan kesalahan diulangi, minta kerjasama guru Bimbingan dan Kaunseling untuk menyelidik dan mengkaji punca masalah disiplin berkenaan, dan setelah itu barulah tindakan yang sesuai diambil.

e)         Di dalam masalah disiplin yang dianggap ada kaitan dengan keluarga murid, guru patutlah Minta kerjasama daripada ibubapa / penjaga untuk menyelesaikan masalah berkenaan dengan pengetahuan Guru Besar.

f)           Ada kalanya masalah disiplin mempunyai kaitan dengan masalah ekonomi / keluarga. Di dalam hal ini guru bolehlah merujukkannya kepada Pegawai Kebajikan Sekolah melalui Guru Besar.

g)         Dimana kesalahan disiplin bersabit dengan jenayah, penggunaan dadah, peras ugut, subversif, anti sosial, mencuri dan lain-lain seumpamanya, Guru Besar hendaklah diberitahu dengan serta-merta

Page 45: Tugas Guru Disiplin 12 Apr