guru dan cabaran semasa edu 3093 (bab 4)

Upload: ina-rosyaida-yahya

Post on 09-Oct-2015

755 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EDU 3093 / EDU 3109

TRANSCRIPT

  • Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

    Guru dan Cabaran Semasa | 1

    BAB 4 : TEKANAN EMOSI DALAM

    KALANGAN GURU

    4.1 TEKANAN EMOSI GURU

    Stress guru ialah pengalaman guru

    terhadap emosi yang tidak diingini

    seperti tekanan, kekecewaan,

    kebimbangan dan kemurungan

    akibat daripada tugasnya sebagai

    seorang guru.

    Stress tindak balas fizikal yang

    biasa terhadap sesuatu perkara /

    peristiwa yang menyebabkan

    ketidakseimbangan berlaku.

    Tindak balas stress adalah cara

    badan melindungi kita boleh

    bantu tangani situasi yang bahaya

    dan mencabar.

    Stress pada kadar minimum

    adalah positif dan dapat bantu

    individu Contoh: tumpukan

    perhatian dalam pertandingan,

    belajar dengan tekun hadapi

    peperiksaan.

    4.2 JENIS-JENIS STRES

    Stress Here or Now

    Situasi yang wujud pada suatu

    masa / suatu ketika.

    Contoh: Guru berada dalam situasi

    peperiksaan, tergelincir daripada

    tangga boleh berlaku pada waktu

    itu dan sebabkan stress.

    Stress anticipation

    Guru akan bertindak balas

    terhadap sesuatu peristiwa yang

    dijangkakan.

    Contoh: Setiap hujung semester,

    sekolah akan menganjurkan hari

    terbuka dengan ibu bapa. Guru

    baharu yang tidak berpengalaman

    akan berasa panik dan tertekan

    kerana tidak yakin untuk hadapi

    situasi itu.

    Stress imaginative

    Dalam suatu situasi, individu akan

    berfikir dan berimiginasi tentang

    sesuatu yang ngeri, menakutkan

    dan sebagainya.

    Contoh: Anda berseorangan dalam

    bilik dan terdengar bunyi dari luar

    bilik. Anda akan berfikir dan

    berimiginasi tentang pelbagai

    situasi menakutkan seperti

    didatangi pencuri.

    Stress reaktif

    Wujud akibat peristiwa /

    pengalaman lampau.

    Berlaku secara semula jadi dan

    sebagai proses pemulihan.

    Contoh: Seseorang berasa sedih

    akibat kematian orang terdekat.

    Proses mengatur dan mengimbas

    kembali sesuatu peristiwa /

    pengalaman lampau merupakan

    situasi di mana stress reaktif

    berlaku.

    Stress negatif

    Sesuatu yang memuncak dalam

    tempoh masa sama ada hari,

    minggu atau tahun.

    Boleh berlaku disebabkan satu

    punca sahaja seperti tidak cukup

    wang atau sebab-sebab lain.

    4.3 PUNCA-PUNCA STRESS

    Dunham & Varma (1998), punca-

    punca stress yang mungkin

    dihadapi oleh guru ialah:

    o Mengajar pelajar yang kurang

    motivasi

  • Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

    Guru dan Cabaran Semasa | 2

    o Mengawal disiplin bilik darjah

    dan sekolah

    o Tekanan masa dan bebanan

    kerja

    o Menangani perubahan

    o Dinilai oleh pihak lain

    o Persekitaran kerja yang tidak

    kondusif

    o Bilangan pelajar yang ramai

    dalam satu kelas

    o Gaji yang rendah

    KPPK / NUTP kesan punca:

    o Tekanan oleh ibu bapa / pelajar

    o Beban tugas

    o Prospek kenaikan pangkat

    4.4 TANDA-TANDA STRESS

    Terdiri daripada simptom kognitif, emosi,

    tingkah laku dan fizikal:

    Simptom kognitif: masalah ingatan,

    kurang beri tumpuan, kerap berasa

    bimbang dan berpandangan

    negatif.

    Simptom emosi: muram, cepat

    marah, tidak boleh relaks, rasa

    hendak menangis, sunyi.

    Simptom fizikal: sakit sendi, cirit-

    birit, sakit kepala, pening,

    denyutan jantung pantas.

    Simpton tingkah laku: makan lebih

    / kurang, tidur lebih / kurang,

    menyendiri, abaikan

    tanggungjawab, ambil dadah.

    Jika stress berpanjangan, boleh

    bawa kes kronik seperti tekanan

    darah tinggi, strok, sakit jantung,

    kebimbangan dan kemurungan.

    4.5 LANGKAH MENANGANI

    STRESS

    Seorang guru perlu belajar cara

    untuk mengatakan tidak atau

    tidak mahu sama ada dalam

    kehidupan peribadi atau

    profesional guru boleh tolak

    tanggungjawab tambahan jika

    tidak dapat menghadapi atau

    melaksanakannya.

    Cuba elakkan individu yang boleh

    menyebabkan stress kurangkan

    masa berhubung dengan individu

    yang menyebabkan stress.

    Berkongsi pandangan dan luaan

    dengan rakan atau ahli keluarga

    yang boleh dipercayai.

    Keluar bersiar-siar dengan rakan

    sekerja.

    Guru digalakkan libatkan diri dalam

    perbincangan atau forum.

    Menguruskan masa dengan

    sistematik agar tidak terbeban

    jangan cuba capai terlalu banyak

    tugas dalam masa yang singkat >

    mutu kerja akan merosot.

    Berfikir secara positif sebutkan

    pemikiran-pemikiran positif setiap

    hari.

    4.6 BURNOUT GURU

    Konsep burnout: Suatu keadaan

    yang disebabkan oleh

    dipersonalisasi, keletihan dan

    suatu perasaan yang semakin

    menurun.

    Suatu keletihan dari segi emosi,

    mental dan fizikal yang disebabkan

    oleh stress yang melampau dan

    berpanjangan.

    Berlaku apabila tidak mencapai

    kehendak dan jika stress

    berterusan, seseorang akan hilang

    minat / motivasi untuk

    melaksanakan kewajipannya.

    Gerak balas yang menyakitkan

    dan destruktif.

    Burnout menyebabkan kurang

    produktiviti dan melemahkan

    semangat dan menyebabkan rasa

  • Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

    Guru dan Cabaran Semasa | 3

    tidak berupaya, tidak berguna,

    bersifat sinis dan mudah marah.

    Akhirnya seseorang rasa tidak

    boleh berfungsi lagi.

    4.7 PERBEZAAN STRESS &

    BURNOUT

    Burnout disebabkan oleh stress

    yang berterusan.

    Stress melibatkan terlalu banyak

    tekanan yang memberikan kesan

    secara fizikal dan psikologi.

    Guru yang menghadapi stress

    masih boleh bertambah baik jika

    dapat mengawal keadaan.

    Burnout bermakna kekosongan,

    kurang bermotivasi, kurang

    penyayang.

    STRESS BURNOUT

    - Menghasilkan cemas dan hiperaktif - Kehilangan tenaga - Mengakibatkan kegelisahan - Kecederaan secara fizikal - Mungkin boleh menyebabkan maut terlalu awal

    - Menghasilkan ketidakupayaan dan berputus asa - Kemerosotan motivasi dan harapan - Mengakibatkan pengasingan dan kemurungan - Terhiris perasaan - Mungkin boleh menyebabkan perasaan seperti hidup tidak bermakna

    4.8 PUNCA-PUNCA BURNOUT

    Punca paling ketara hasil

    daripada tugas.

    Sesiapa yang berasa dirinya telah

    bekerja berlebihan tetapi tidak

    diiktiraf sepenuhnya, berisiko

    menghadapi burnout.

    Tekanan kerja melebihi sumber-

    sumber yang sedia ada untuk

    menangani kehendak.

    Punca burnout guru novis:

    kurangnya budaya mentor

    daripada guru berpengalaman.

    Punca burnout berkaitan tugas

    harian: tiada kawalan terhadap

    tugas, kurang pengiktirafan atau

    ganjaran apabila buat tugas

    dengan baik.

    Gaya hidup: bekerja terlalu kuat

    tanpa rehat, diberi terlalu banyak

    tanggungjawab tanpa bantuan,

    tidak cukup tidur, kurang sokongan

    daripada pentadbir, rakan dsb.

    Punca burnout personaliti individu:

    mementingkan kesempurnaan dan

    menganggap tugas yang

    dijalankan kurang sempurna

    tidak boleh lepaskan kawalan /

    tidak mahu mengagihkan tugas

    kepada orang lain > akan terbeban

    dan membawa kepada burnout.

    4.9 TANDA-TANDA BURNOUT

    Tanda-tanda fizikal

    Rasa keletihan sepanjang masa

    Imuniti rendah

    Perubahan masa tidur

    Sakit kepala, belakang, otot

    Tanda-tanda emosi

    Rasa kegagalan & keraguan emosi

    Kurang bermotivasi

    Tidak berupaya / bermaya

    Kurang puas hati

    Asingkan diri

    Imej semakin negatif dan sinis

  • Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

    Guru dan Cabaran Semasa | 4

    Tanda-tanda tingkah laku

    Mengundur diri daripada

    tanggungjawab

    Asingkan diri daripada orang lain

    Tangguhkan tugas dan ambil masa

    panjang untuk sempurnakannya

    Guna ubat / bahan alcohol untuk

    tangani masalah

    Alihkan kekecewaan kepada orang

    lain dan mengabaikan tugas

    Datang bertugas lewat tetapi

    pulang awal

    4.9.1 Langkah-langkah Menangani

    Langkah pencegahan pada tahap

    pengurusan (perubahan dalam

    persekitaran sekolah) atau pada

    peringkat individu.

    Buat intervensi latihan / sesi

    pengenduran dilaksanakan untuk

    peserta meregangkan badan, buat

    meditasi

    Bengkel mengenai pengurusan

    masa, program pementoran untuk

    guru novis, pengurusan stress

    aktiviti peningkatan

    profesionalisme bagi membantu

    guru cegah burnout.

    Latihan rekreasi, bengkel urus

    stress.

    Guru perlu tingkatkan kecerdasan

    emosi supaya dapat

    mengurangkan burnout dan

    wujudkan suasana kerja yang

    kondusif.

    Guru harus punyai kesedaran diri

    mengawal emosi dan tingkah laku.

    Rujukan:

    Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying,

    Sharifah Fakhriah Syed Ahmad &

    Zuraidah A. Majid. (2010). Guru dan

    Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford

    Fajar Sdn. Bhd