guru cemerlang

9
TEMUBUAL BERSAMA GURU CEMERLANG DAN GURU PERMULAAN (NOVIS) GURU CEMERLANG SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS TEMBESU, KUALA TERENGGANU. BIODATA RESPONDEN Nama : Suhana binti Ghazali Tarikh Lahir : 21 Januari 1972 Umur : 43 tahun Tempat Lahir : Kg. Teluk Pasu , Kuala Terengganu Status : Berkahwin mempunyai 4 orang anak ( 1 Lelaki dan 3 perempuan ) Tempat Bertugas : SK. Kompleks Tembesu, Kuala Terengganu. Pengalaman Mengajar : 16 Tahun

Upload: mauzan6071

Post on 11-Jul-2016

19 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

Page 1: Guru Cemerlang

TEMUBUAL BERSAMA GURU CEMERLANG DAN GURU PERMULAAN (NOVIS)

GURU CEMERLANG

SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS TEMBESU, KUALA TERENGGANU.

BIODATA RESPONDEN

Nama : Suhana binti Ghazali

Tarikh Lahir : 21 Januari 1972

Umur : 43 tahun

Tempat Lahir : Kg. Teluk Pasu , Kuala Terengganu

Status : Berkahwin – mempunyai 4 orang anak

( 1 Lelaki dan 3 perempuan )

Tempat Bertugas : SK. Kompleks Tembesu, Kuala Terengganu.

Pengalaman Mengajar : 16 Tahun

Pendidikan :

( 1994-1996 ) - Diploma Perguruan

Page 2: Guru Cemerlang

Anugerah :

Tahun 2002 - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di SK. Jenalik, Sauk, Perak.

Tahun 2011 - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di SK. Jenalik, Sauk, Perak.

Latar Belakang Perkhidmatan :

Tahun 1997 - 2012 - SK Jenalik, Sauk Perak ( Guru Penolong )

Tahun 2013 - 2014 - SK Kepong, Kuala Terengganu ( Guru Penolong )

Tahun 2014 - SK Kompleks Tembesu, Kuala Nerus ( Guru

Penolong )

Page 3: Guru Cemerlang

Soalan 1 Boleh saya tahu sudah berapa lama cikgu berkhidmat dalam profesion ini ?

Guru Permulaan Guru Cemerlang

Saya mula mengajar pada tahun 2013, ini

bermakna baru 1 tahun 5 bulan saya

berkhidmat.

Saya sudah berkhidmat dalam profesion

perguruan ini sudah hampir 18 tahun sejak

penempatan pertama saya pada tahun 1997.

Soalan 2Sepanjang berkhidmat dalam dunia pendidikan, sudah berapa buah sekolahkah

cikgu telah berkhidmat ?

Guru Permulaan Guru Cemerlang

Ini merupakan sekolah pertama saya

sejak ditempatkan sehingga ke hari ini.

Setakat ini saya telah berkhidmat di 3 buah

sekolah dengan penempatan pertama di SK

Jenalik, Sauk, Perak iaitu penempatan

pertama saya pada tahun 1997 hingga akhir

2012. Kemudian, bermula 2013 saya kembali

ke Terengganu dan bertugas di SK Kepong,

Kuala Terengganu. Pada Julai 2014 saya

bertukar ke SK Kompleks Tembesu sehingga

sekarang.

Page 4: Guru Cemerlang

Soalan 3Dalam melaksanakan tanggungjawab di sekolah, apakah prinsip utama yang

cikgu amalkan ?

Guru Permulaan Guru Cemerlang

- Saya mengamalkan gaya kepimpinan

demokrasi.

- Ini kerana saya lebih sukakan

perbincangan bagi mengetahui

pendapat daripada rakan sekerja.

- Di samping itu, untuk mengelakkan

berlakunya konflik antara sesama

rakan sekerja ibarat kata pepatah ‘

muafakat membawa berkat ‘.

Prinsip utama yang saya amalkan dalam

melaksanakan tanggungjawab di sekolah adalah

dengan percaya bahawa setiap amanah yang

diberikan hendaklah di laksanakan dengan

sehabis baik tanpa mengira kesulitan dan

masalah yang kita hadapi.

Soalan 4Mengikut pandangan cikgu sebagai seorang guru cemerlang, apakah ciri-ciri

seorang guru yang cemerlang ?

Guru Permulaan Guru Cemerlang

Tiada gaya kepimpinan lain kerana ini

adalah sekolah pertama saya.

Pada pandangan saya, seorang guru yang

cemerlang perlu mempunyai cirri-ciri

sepertimana berikut ;

- Menepati masa.

- Bertanggungjawab ke atas tugas yang

diberikan.

- Berdedikasi dalam melaksanakan tugas

dan juga,

- Menggunakan masa sebaik mungkin.

Soalan 5 Apakah amalan atau pendekatan yang digunakan oleh cikgu sebagai seorang

Page 5: Guru Cemerlang

guru yang cemerlang ?

Guru Permulaan Guru Cemerlang

- Mestilah seorang yang tegas dan

boleh berbincang. Maksudnya tegas

dalam membuat keputusan

berdasarkan tugas,mengeluarkan

arahan dan memastikan arahan

dipatuhi tetapi pada masa yang sama

mengambil berat akan kebajikan

orang bawahan dan bertolak ansur.

- Bersikap demokrasi dengan

berbincang apa-apa masalah tugas

yang timbul ‘brainstorm’ .

Antara amalan dan pendekatan yang saya

gunakan sebagai guru cemerlang adalah :

- Menganggap setiap murid adalah anak

saya.

- Mengetahui latar belakang murid dan

keluarganya.

- Menggunakan kaedah yang pelbagai

ketika mengajar untuk membolehkan

murid faham.

- Menjadikan diri kita sebagai ‘role model’

dan mengamalkan nilai murni supaya

dapat di contohi oleh murid.

-

Soalan 6 Apakah ciri-ciri profesionalisme dan komitmen guru cemerlang ?

Guru Permulaan Guru Cemerlang

- Pendekatan melalui perbincangan.

Dengan mendengar pendapat rakan-

rakan maka akan timbul rasa hormat

sesama kita. Dengan ini kerjasama

dapat dipupuk antara sesama rakan

sekerja.

Bagi saya, antara ciri-ciri profesionalisme

sebagai seorang guru cemerlang adalah :

- Mempunyai hubungan yang baik

pentadbir, guru-guru dan warga sekolah.

- Melibatkan diri dan aktif dalam semua

acara di sekolah mahupun dalam

komuniti setempat.

- Sentiasa peka terhadap perubahan

murid-muridnya.

- Sebagai guru cemerlang pendidikan

islam, saya juga komited untuk

Page 6: Guru Cemerlang

mewujudkan Makmal Pendidikan Islam

bagi melahirkan minat murid

mempelajari mata pelajaran Pendidikan

Islam.

Soalan 7Sepanjang berkhidmat dalam dunia pendidikan, apakah masalah yang sering

timbul dan menggugat kerjaya cikgu sebagai seorang guru ?

Guru Permulaan Guru Cemerlang

- Masalah yang sering timbul adalah

untuk mendapatkan kerjasama dari

guru-guru lain terutama dari guru yang

telah lama berkhidmat.

- Masalah lainnya ialah sukar

mendapatkan sokongan dari semua

pihak.

- Masalah yang sering saya hadapi adalah

kekangan kewangan yang terhad. Ini

kerana,apa-apa yang perlu kita lakukan

memerlukan perbelanjaan. Oleh itu, saya

terpaksa mencari penaja dan mengeluarkan

duit poket sendiri.

- Sebagai Guru Cemerlang Pendidikan Islam,

masalah ke dua ialah peranan sebahagian

kecil ibu bapa dalam memberi pendidikan

keagamaan terhadap anak-anak. Contohnya

mengaji dan solat. Ibu bapa memandang

remeh perkara ini dan menyebabkan ramai di

kalangan murid yang tidak mengaji dan solat.

Soalan 8 Bagaimanakah cara cikgu mengatasi cabaran ini dan apakah penambahbaikan

Page 7: Guru Cemerlang

yang perlu dilakukan untuk mengekalkan kecemerlangan ini ?

Guru Permulaan Guru Cemerlang

- Dengan mengadakan musyawarah

dan perbincangan dalam keadaan

tenang disertai tutur kata yang baik,

menghargai pendapat orang yang

lebih tua atau berpengalaman ‘two

way comunication ‘ .

- Saya sentiasa menganggap apa sahaja yang

saya lakukan adalah ikhlas dan niat kerana

Allah.

- Saya juga sentiasa memujuk anak didik saya

dan sentiasa mengingatkan ibu bapa supaya

sentiasa meluangkan masa untuk mengajar

mengaji dan solat semasa cuti persekolahan

panjang.

- Saya juga terapkan sifat di mana kita semua

memikul amanah yang perlu ditunaikan

terhadap murid kerana ibubapa masing-

masing mengharapkan yang terbaik tapi

yang terbaik ini boleh dapat melalui apa yang

diberi oleh guru kepada muridnya.