laporan waj3114 bengkel dan guru cemerlang

Download Laporan Waj3114 Bengkel Dan Guru Cemerlang

Post on 16-Jan-2016

6 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BIG

TRANSCRIPT

LAPORAN WAJ3114 FASA IV 2015

CERAMAH DAN BENGKEL

PROGRAM BINA INSAN GURU

2015

NAMA PELAJAR PPG: ROHANI BINTI JUSOHAMBILAN

: JUN 2011

SEMESTER

: 6PERINGKAT

: 4

TARIKH

: 5 FEBRUARI 2015

TEMPAT

: SK TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN 1

KEHADIRAN

:

LAPORAN REFLEKTIFTAJUK: CERAMAH DAN BENGKEL

A)LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA (Laporan umum, sila sertakan gambar sebagai bukti)Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG). Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi , pembentuk jati diri dan role model kepada murid-murid dan masyarakat . Oleh itu , guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi . Melalui aktiviti yang dirancang , guru-guru dapat mengenal diri yang sebenar (real-self) dan mampu mengaplikasi pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia menangani pelbagai cabaran pendidikan arus globalisasi

Bengkel ini akan mendedahkan kemahiran dan pengetahuan yang luas dan mendalam kepada semua yang terlibat dalam usaha meningkatkan keyakinan diri serta melahirkan ketrampilan diri yang terbaik. Bengkel Guru Inovatif yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri insan guru yang unggul dengan bersedia membantu dan mencurahkan khidmat dan bakti kepada masyarakat . Sebelum pelaksanaan BIG untuk semester ini, kami telah diberikan taklimat khas bertempat di DDKA pada 24 Februari 2015. Taklimat bermula seawal jam 08.00 pagi. Taklimat ini disampaikan oleh Encik Jefri selaku penyelaras program Bina Insan Guru. Kehadiran turut diambil kerana kehadiran pelajar PPG adalah wajib. Taklimat yang disampaikan mengikut sukatan dan kurikulum yang telah disediakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

Gambar : Taklimat Bina Insan Guru

Selepas taklimat, kami telah mengadakan perbincangan bersama pensyarah pembimbing kami iaitu Encik Azman bin Manas. Beliau telah memberi penerangan terperinci berkaitan dengan pelaksanaan Program Bina Insan Guru ini untuk peringkat ke 4.

Gambar : Sesi Perbincangan Bersama Pensyarah Pembimbing, En. Azman bin Manas

Setelah itu, kami mula mengadakan perbincangan bersama bagi menubuhkan jawatankuasa kecil untuk melaksanakan program ini. Tugas-tugas ahli jawatankuasa telah diterangkan oleh setiausaha kami iaitu Puan Indah Hawani Binti Bharin. Selepas itu, kami mula bergerak untuk merancang dan membuat persiapan sebelum bermulanya program BIG yang kami rancang. Perkara pertama yang penting adalah menyiapkan kertas kerja program. Ini kerana kertas kerja yang dirancang perlu mendapat kelulusan daripada pihak pentadbiran sekolah yang kami pilih .

Pada 11 Februari 2015, satu bengkel bagi program Bina Insan Guru telah diadakan bertempat di Bilik Tayang Sk Taman Indahpura 1, Kulai. Bengkel ini disampaikan oleh Encik Mohamad Fauzi bin Mohd Taib. Beliau merupakan pengerusi Kelab Inovasi SKIP 1. Bengkel ini disertai seramai 30 orang peserta . Bengkel bermula pada pukul 12.30 tengahari.

Program bermula dengan sesi pendaftaran. Selepas pendaftaran, majlis diteruskan lagi dengan program perasmian. Program ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SKIP 1. Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan doa oleh Cikgu Alias. Selepas itu, pengacara majlis Puan Indah Hawani telah menjemput perasmi iaitu Tuan Guru Besar untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan program BIG kami. Majlis perasmian kami ini turut disertai oleh semua guru dan warga SKIP 1.

Gambar : Sesi Pendaftaran

Seterusnya , sesi cerama dan bengkel dimulakan. Sesi ceramah dan bengkel bengkel dimulakan dengan kata-kata aluan daripada penceramah berkaitan biodata beliau. Ceramah dan bengkel yang disampaikan ini menerangkan tentang ciri-ciri seorang guru inovatif. Objektif utama aktiviti bengkel ialah untuk mendedahkan pelajar kepada maklumat- maklumat berkaitan ciri-ciri guru yang inovatif selaras dengan tajuk yang diberi iaitu Guru Inovatif .Melalui penganjuran ceramah dan bengkel ini, terdapat banyak input dan informasi yang berguna yang dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian. Melalui ceramah yang disampaikan oleh Encik Mohamad Fauzi bin Mohd Taib iaitu mengenai ciri-ciri guru inovatif, kami dan murid-murid dapat mengetahui mengenai maksud guru inovatif.

Guru inovatif bermaksud guru yang suka akan perubahan dan sering berusaha untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik. Melalui ceramah beliau, kami dapat mengenal pasti beberape ciri guru yang berinovatif. Antaranya ialah guru boleh membuat keputusan dengan yakin dan bersifat kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Ini kerana membuat keputusan ialah proses memilih satu bentuk tindakan dari dua hala atau lebih alternatif.Kedua, guru yang bersifat inovatif juga perlu menerima komen dan teguran di atas perubahan diri mereka atau di atas sesuatu keputusan yang telah dibuat dan dinilai oleh orang lain. Guru berinovatif ini perlu menerima komen tersebut sama ada ia berbentuk pujian atau kritikan. Ini dalah kerana ia merupakan sebahagian daripada akauntabiliti dan merupakan cara terbaik untuk memperbaiki kelemahan diri. Guru yang berinovatif juga tidak boleh mengelakkan diri daripada masalah, malah mereka perlu menyelesaikan setiap pemasalahan yang dihadapi dengan cara yang paling baik. Untuk menjadi seorang guru yang berinovasi, kita perlu mempunyai ciri-ciri yang seperti yang disampaikan oleh Encik Mohd Fauzi.Program berhenti rehat pada jam 2.00 petang. Para peserta serta penceramah dan tetamu jemputan menikmati makan tengahari dan beramah mesra di kantin.

.

Gambar : Menjamu Selera di Kantin

Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan aktiviti perbengkelan. Aktiviti ini murid-murid yang terlibat . Murid-murid diberikan kumpulan untuk melaksanakan aktiviti kumpulan ini. Murid dibaghagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan dibimbing oleh guru-guru yang terlibat dalam program ini. Melalui aktiviti ini, murid dapat mempamerkan kreativiti dan inovasi mereka dalam mencipta sesuatu. Melalui aktiviti ini , sikap saling bekerjasama juga dapat dipupuk di kalangan murid-murid.

Gambar : Aktiviti Kumpulan(A) ISU / MASALAH (Jika Ada )(1) REFLEKSI KENDIRI (Laporan Individu)(i) MANFAAT PROGRAM BIG

1. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan .2. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.3. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.4. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.5. Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.6. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohanidan sosial. Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan.

(ii) PENAMBAHBAIKAN

Cadangan penambahbaikan bagi memastikan program sebegini member impak yang lebih besar pada masa akan datang ialah :

1. Teguran kepada peserta-peserta yang kerap keluar masuk ke tandas.2. Kerjasama yang erat di antara guru dan murid untuk mewujudkan sikap kerjasama antara warga sekolah.3. Mendapatkan kerjasama daripada pihak lain seperti Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan masyarakat setempat sesuai dengan program Sarana Sekolah Sarana Ibu Bapa. Ini disebabkan sekolah adalah premis awam yang perlu dijaga oleh semua pihak.4. Menyediakan temapt yang selesa dan mempunyai aliran udara yang baik.

(B) Analisis SWOT

(i) KEKUATAN

1. Kandungan bengkel yang disampaikan menambahkan pengetahuan dan memberi panduan agar menjadi seorang guru yang kreatif dan berinovatif.

2. Dapat mengetahui cara-cara berkomunikasi dan menyampaikan maklumat yang berkesan kepada pendengar.

3. Penceramah menggunakan strategi yang pelbagai dalam menyampaikan ceramah supaya intipati ceramah dan bengkel dapat difahami.

4. Penceramah menyelitkan unsur kecindan supaya peserta tidak mengantuk dan bosan.

5. Mempunyai pentadbir yang komited, pro-aktif dan bermotivasi.

6. Program ini pencetus kepada usaha pembinaan insan yang kreatif dan berinovasi di samping mempunyai semangat juang yang tinggi.7. Pengagihan tugasan sewaktu bengkel, mewujudkan keadaan saling bertoleransi dan bekerjasama antara satu sama lain.

(ii) KELEMAHAN

Dalam setiap program yang dilaksanakan sudah pasti mempunyai kelemahan yang tersendiri. Antara kelemahan yang dapat dikesan ialah:

1. Kekangan masa iaitu masa yang terlalu singkat dengan aktiviti perbengkelan yang padat membataskan pergerakan kami. Kami terpaksa akur dengan jadual yang dirancang.

2. Ruang aktiviti yang kurang kondusif.

3. Suasana sedikit tergganggu di mana terdapat peserta-peserta yang keluar masuk ke bilik tayang sesuka hati. (iii) PELUANG1. Sekolah mempunyai barisan pentadbir yang sentiasa memberi galakan dan menyokong program seumpama ini dijalankan.

2. Mempunyai murid-murid yang setia mendengar dan membantu dalam melaksanakan program ini.

(iv) ANCAMANTanda tangan pelapor

Disahkan oleh penyelia,..

.

(ROHANI BINTI JUSOH)

1