futsal 4 penjuru - syarat - syarat & peraturan pertandingan

9
LAMPIRAN A SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL 1. SEKRETARIAT 1.1 Kejohanan ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Kejohanan Sukan 4 Penjuru MOA 2011. 2. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN 2.1 Semua pertandingan hendaklah mengikut undang-undang bola sepak yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 2.2 Mematuhi Undang-Undang J/Kuasa Kejohanan Sukan 4 Penjuru MOA 2011 2.2.1. Setiap ahli rumah sukan hanya dibenarkan menyertai dua (2) acara sukan yang dipertandingkan sepanjang Kejohanan 4 Penjuru MOA 2011. 3. PENDAFTARAN 3.1 Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan tidak lebih daripada sepuluh (10) orang pemain. 3.2 Hanya lima (5) orang pemain sahaja yang akan bermain dalam satu- satu perlawanan. 3.3 Setiap rumah sukan diwajibkan menghantar: 2 X Pasukan Lelaki Setiap pasukan mesti mempunyai 3 (tiga) pemain dari kalangan P&P dan 7 (tujuh) dari kalangan Khidmat Sokongan I dan II. 1X Pasukan Wanita Setiap pasukan mesti mempunyai 3 (tiga) pemain dari kalangan P&P dan 7 (tujuh) dari kalangan Khidmat Sokongan I dan II.

Upload: kementerian-pertanian-dan-industri-asas-tani

Post on 05-Jul-2015

608 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: FUTSAL 4 PENJURU - SYARAT - SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN

LAMPIRAN ASYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

FUTSAL

1. SEKRETARIAT

1.1 Kejohanan ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Kejohanan Sukan 4 Penjuru MOA 2011.

2. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

2.1 Semua pertandingan hendaklah mengikut undang-undang bola sepak yang telah

ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

2.2 Mematuhi Undang-Undang J/Kuasa Kejohanan Sukan 4 Penjuru MOA 2011

2.2.1. Setiap ahli rumah sukan hanya dibenarkan menyertai dua (2) acara sukan yang

dipertandingkan sepanjang Kejohanan 4 Penjuru MOA 2011.

3. PENDAFTARAN

3.1 Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan tidak lebih daripada sepuluh (10) orang

pemain.

3.2 Hanya lima (5) orang pemain sahaja yang akan bermain dalam satu-satu perlawanan.

3.3 Setiap rumah sukan diwajibkan menghantar:

2 X Pasukan Lelaki

Setiap pasukan mesti mempunyai 3 (tiga) pemain dari kalangan P&P dan 7

(tujuh) dari kalangan Khidmat Sokongan I dan II.

1X Pasukan Wanita

Setiap pasukan mesti mempunyai 3 (tiga) pemain dari kalangan P&P dan 7

(tujuh) dari kalangan Khidmat Sokongan I dan II.

3.3 Pakaian pasukan mengikut warna rumah sukan masing-masing.

4. SISTEM PERTANDINGAN

(LELAKI)

4.1 Pertandingan terbahagi kepada dua (2) peringkat. Pada peringkat awal, pasukan akan

dibahagikan kepada dua (2) kumpulan dan format pertandingan adalah secara liga.

Manakala peringkat kedua akan diadakan secara kalah mati di mana hanya juara dan

naib juara kumpulan sahaja yang layak ke peringkat kedua.

Page 2: FUTSAL 4 PENJURU - SYARAT - SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN

4.2 Pertandingan akan dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan dan setiap pasukan

perlu melapor diri kepada pihak urusetia bertugas sepuluh (10) minit sebelum

pertandingan dimulakan. Tiada masa tambahan diperuntukan. Pasukan yang gagal

hadir mengikut masa yang ditetapkan akan dikira tewas dengan tiga (3) jaringan.

4.3 Masa pertandingan ialah enam belas (16) minit di mana tujuh (7) minit bagi setiap

separuh masa dan dua minit (2) bagi masa rehat diberikan.

4.4 Pertukaran pemain adalah terbuka sepanjang masa pertandingan dan pemain yang

dikeluarkan boleh kembali masuk ke gelanggang semula. Proses pertukaran pemain

dengan pemain gantian mestilah mendapat kebenaran daripada pengadil pertandingan

terlebih dahulu.

4.5 Dalam peringkat kumpulan, sistem markah akan digunakan untuk menentukan

kedudukan dalam kumpulan, menang: tiga (3) mata, seri: satu (1) mata dan kalah kosong

(0) mata. Jika terdapat pungutan mata yang sama, maka kaedah berikut akan

digunapakai:-

a) Kaedah nisbah perbezaan gol iaitu pasukan yang mempunyai perbezaan yang

besar antara jaringan gol “dimasukkan” dengan jaringan gol “dibolosi” akan

menduduki tempat yang lebih tinggi;

b) jika masa sama, mana pasukan yang telah menjaringkan bilangan gol yang

paling banyak akan dikira sebagai pemenang;

c) jika masa sama, maka pasukan yang mengalahkan lawannya dalam pusingan

awal akan dikira sebagai pemenang; dan

d) jika keputusan perlawanan awal di antara mereka seri maka Jawatankuasa

Pertandingan akan menentukan keputusan dengan tendangan penalti atau cara

lain yang difikirkan sesuai bagi menentukan pemenang.

4.6 Bagi peringkat kalah mati pula, jika keputusan adalah seri sehingga tamat masa sebenar

permainan, masa tambahan selama empat (4) minit di mana dua (2) minit bagi setiap

separuh masa tambahan akan diadakan dan mana-mana pasukan yang dapat

menjaringkan gol terlebih dahulu dalam masa tambahan ini akan dianggap sebagai

pemenang. Jika kedua-dua pasukan masih terikat dengan keputusan seri, maka

keputusan akan ditentukan melalui sepakan penalti yang akan dilakukan oleh tiga (3)

orang pemain yang bermain dalam perlawanan tersebut terlebih dahulu dan diikuti oleh

pemain lain jika keputusan adalah seri.

4.7 Semua pemain dalam setiap pasukan mesti menggunakan jersi yang sama kecuali

penjaga gol. Sekiranya jersi kedua-dua pasukan yang bertanding adalah sama atau

menimbulkan kekeliruan, maka keputusan akan dibuat oleh pengadil pertandingan.

4.8 Pengurus diminta menjaga tingkahlaku para pemain mereka. Pihak penganjur berhak

membatalkan pasukan yang bertanding sekiranya melanggar peraturan pertandingan.

Page 3: FUTSAL 4 PENJURU - SYARAT - SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN

4.9 Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan perlu dibuat melalui borang

bantahan yang disediakan dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Keputusan

terakhir akan diberikan oleh Jawatankuasa Rayuan.

4.10 Pemain Gantian

4.10.1 Kesemua lima (5) pemain pengganti (substitute) boleh ditukarkan sepanjang

perlawanan termasuk masa tambahan.

4.10.2 Mana-mana pemain yang hendak masuk bagi menggantikan pemain yang

sedang bermain hanya dibenarkan masuk ke dalam padang pemain dengan

kebenaran pengadil.

(WANITA)

4.11 Format pertandingan adalah sepertin acara lelaki kecuali:

a. Pertandingan akan mengikut format liga sahaja dimana kedudukan pasukan teratas

akan dikira sebagai juara kejohanan.

5. PENGADIL

5.1 Laporan pertandingan akan dibuat oleh pengadil di dalam borang yang disediakan selepas

pertandingan dijalankan dan diserahkan kepada urusetia atau pegawai petugas bagi

urusan pihak jawatankuasa pertandingan.

5.2 Seseorang pemain yang menerima dua (2) kad kuning disepanjang kejohanan ini

berlangsung tidak boleh bermain dalam pertandingan berikutnya selepas menerima kad

kuning yang kedua.

5.3 Seseorang pemain yang diperintahkan keluar padang (kad merah) oleh pengadil tidak

dibenarkan lagi untuk bermain sepanjang kejohanan ini.

5.4 Seseorang pemain yang sedang digantung permainannya oleh mana-mana Persatuan Bola

Sepak samada peringkat daerah ataupun negeri, tidak dibenarkan bermain di dalam

pertandinagan ini. Jika didapati pemain yang berkenaan didaftar oleh mana-mana

pasukan, maka pasukan berkenaan akan dibatalkan penyertaannya dari kejohanan ini.

6. KIRAAN MATA (Lelaki & Wanita)

Pertandingan Akhir

Johan 4 mata Naib Johan 3 mata

Tempat ke-3 2 mata Tempat ke-4 1 mata

7. RAYUAN/BANTAHAN .

Rayuan dan bantahan perlu dibuat mengikut Undang-Undang Sukan 4 Penjuru MOA Tahun

2011.

Page 4: FUTSAL 4 PENJURU - SYARAT - SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN

LAMPIRAN B

BORANG PENYERTAAN

RUMAH SUKAN : __________________________________________________

NAMA PASUKAN : __________________________________________________

KATEGORI : LELAKI / WANITA

SENARAI PEMAIN :

BIL. NAMA BAHAGIAN/CAWANGAN/UNIT

GRED

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

KEJOHANAN FUTSAL SUKAN 4 PENJURUKEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS

TANI 2011

Page 5: FUTSAL 4 PENJURU - SYARAT - SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN

KETUA PASUKAN : _______________________________________________

BAHAGIAN/CAWANGAN/UNIT : __________________________________________

NO. TELEFON (PEJ) : ____________ NO. H/P: _____________________

NO. FAKSIMILI : __________________ EMEL: _______________________

_____________________ ____________________ TARIKH TANDATANGAN

Catatan: Sila kembalikan borang penyertaan kepada En. Zulkifli Yaacob/En. Mohamad Rizzuan Shahrul Amri melalui faks 03-88888941/03-88701761 atau emel ke [email protected]/ [email protected]

Page 6: FUTSAL 4 PENJURU - SYARAT - SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN

LAMPIRAN C

ATURCARA MAJLISSUKAN 4 PENJURU (FUTSAL)

9 JULAI 2011 (SABTU)KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA

8.00 – 8.15 PAGI PENDAFTARAN

8.15 PAGI UPACARA PEMBUKAAN

GIMIK PELANCARAN-SEPAK MULA OLEH Y. BHG. DATO’ KSU

PERTANDINGAN BERMULA

MAKAN TENGAH HARI

2.00 PETANG UPACARA PENUTUP

2.30 PETANG BERSURAI