LAMPIRAN ASYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
FUTSAL
1. SEKRETARIAT
1.1 Kejohanan ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Kejohanan Sukan 4 Penjuru MOA 2011.
2. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
2.1 Semua pertandingan hendaklah mengikut undang-undang bola sepak yang telah
ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
2.2 Mematuhi Undang-Undang J/Kuasa Kejohanan Sukan 4 Penjuru MOA 2011
2.2.1. Setiap ahli rumah sukan hanya dibenarkan menyertai dua (2) acara sukan yang
dipertandingkan sepanjang Kejohanan 4 Penjuru MOA 2011.
3. PENDAFTARAN
3.1 Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan tidak lebih daripada sepuluh (10) orang
pemain.
3.2 Hanya lima (5) orang pemain sahaja yang akan bermain dalam satu-satu perlawanan.
3.3 Setiap rumah sukan diwajibkan menghantar:
2 X Pasukan Lelaki
Setiap pasukan mesti mempunyai 3 (tiga) pemain dari kalangan P&P dan 7
(tujuh) dari kalangan Khidmat Sokongan I dan II.
1X Pasukan Wanita
Setiap pasukan mesti mempunyai 3 (tiga) pemain dari kalangan P&P dan 7
(tujuh) dari kalangan Khidmat Sokongan I dan II.
3.3 Pakaian pasukan mengikut warna rumah sukan masing-masing.
4. SISTEM PERTANDINGAN
(LELAKI)
4.1 Pertandingan terbahagi kepada dua (2) peringkat. Pada peringkat awal, pasukan akan
dibahagikan kepada dua (2) kumpulan dan format pertandingan adalah secara liga.
Manakala peringkat kedua akan diadakan secara kalah mati di mana hanya juara dan
naib juara kumpulan sahaja yang layak ke peringkat kedua.
4.2 Pertandingan akan dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan dan setiap pasukan
perlu melapor diri kepada pihak urusetia bertugas sepuluh (10) minit sebelum
pertandingan dimulakan. Tiada masa tambahan diperuntukan. Pasukan yang gagal
hadir mengikut masa yang ditetapkan akan dikira tewas dengan tiga (3) jaringan.
4.3 Masa pertandingan ialah enam belas (16) minit di mana tujuh (7) minit bagi setiap
separuh masa dan dua minit (2) bagi masa rehat diberikan.
4.4 Pertukaran pemain adalah terbuka sepanjang masa pertandingan dan pemain yang
dikeluarkan boleh kembali masuk ke gelanggang semula. Proses pertukaran pemain
dengan pemain gantian mestilah mendapat kebenaran daripada pengadil pertandingan
terlebih dahulu.
4.5 Dalam peringkat kumpulan, sistem markah akan digunakan untuk menentukan
kedudukan dalam kumpulan, menang: tiga (3) mata, seri: satu (1) mata dan kalah kosong
(0) mata. Jika terdapat pungutan mata yang sama, maka kaedah berikut akan
digunapakai:-
a) Kaedah nisbah perbezaan gol iaitu pasukan yang mempunyai perbezaan yang
besar antara jaringan gol “dimasukkan” dengan jaringan gol “dibolosi” akan
menduduki tempat yang lebih tinggi;
b) jika masa sama, mana pasukan yang telah menjaringkan bilangan gol yang
paling banyak akan dikira sebagai pemenang;
c) jika masa sama, maka pasukan yang mengalahkan lawannya dalam pusingan
awal akan dikira sebagai pemenang; dan
d) jika keputusan perlawanan awal di antara mereka seri maka Jawatankuasa
Pertandingan akan menentukan keputusan dengan tendangan penalti atau cara
lain yang difikirkan sesuai bagi menentukan pemenang.
4.6 Bagi peringkat kalah mati pula, jika keputusan adalah seri sehingga tamat masa sebenar
permainan, masa tambahan selama empat (4) minit di mana dua (2) minit bagi setiap
separuh masa tambahan akan diadakan dan mana-mana pasukan yang dapat
menjaringkan gol terlebih dahulu dalam masa tambahan ini akan dianggap sebagai
pemenang. Jika kedua-dua pasukan masih terikat dengan keputusan seri, maka
keputusan akan ditentukan melalui sepakan penalti yang akan dilakukan oleh tiga (3)
orang pemain yang bermain dalam perlawanan tersebut terlebih dahulu dan diikuti oleh
pemain lain jika keputusan adalah seri.
4.7 Semua pemain dalam setiap pasukan mesti menggunakan jersi yang sama kecuali
penjaga gol. Sekiranya jersi kedua-dua pasukan yang bertanding adalah sama atau
menimbulkan kekeliruan, maka keputusan akan dibuat oleh pengadil pertandingan.
4.8 Pengurus diminta menjaga tingkahlaku para pemain mereka. Pihak penganjur berhak
membatalkan pasukan yang bertanding sekiranya melanggar peraturan pertandingan.
4.9 Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan perlu dibuat melalui borang
bantahan yang disediakan dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Keputusan
terakhir akan diberikan oleh Jawatankuasa Rayuan.
4.10 Pemain Gantian
4.10.1 Kesemua lima (5) pemain pengganti (substitute) boleh ditukarkan sepanjang
perlawanan termasuk masa tambahan.
4.10.2 Mana-mana pemain yang hendak masuk bagi menggantikan pemain yang
sedang bermain hanya dibenarkan masuk ke dalam padang pemain dengan
kebenaran pengadil.
(WANITA)
4.11 Format pertandingan adalah sepertin acara lelaki kecuali:
a. Pertandingan akan mengikut format liga sahaja dimana kedudukan pasukan teratas
akan dikira sebagai juara kejohanan.
5. PENGADIL
5.1 Laporan pertandingan akan dibuat oleh pengadil di dalam borang yang disediakan selepas
pertandingan dijalankan dan diserahkan kepada urusetia atau pegawai petugas bagi
urusan pihak jawatankuasa pertandingan.
5.2 Seseorang pemain yang menerima dua (2) kad kuning disepanjang kejohanan ini
berlangsung tidak boleh bermain dalam pertandingan berikutnya selepas menerima kad
kuning yang kedua.
5.3 Seseorang pemain yang diperintahkan keluar padang (kad merah) oleh pengadil tidak
dibenarkan lagi untuk bermain sepanjang kejohanan ini.
5.4 Seseorang pemain yang sedang digantung permainannya oleh mana-mana Persatuan Bola
Sepak samada peringkat daerah ataupun negeri, tidak dibenarkan bermain di dalam
pertandinagan ini. Jika didapati pemain yang berkenaan didaftar oleh mana-mana
pasukan, maka pasukan berkenaan akan dibatalkan penyertaannya dari kejohanan ini.
6. KIRAAN MATA (Lelaki & Wanita)
Pertandingan Akhir
Johan 4 mata Naib Johan 3 mata
Tempat ke-3 2 mata Tempat ke-4 1 mata
7. RAYUAN/BANTAHAN .
Rayuan dan bantahan perlu dibuat mengikut Undang-Undang Sukan 4 Penjuru MOA Tahun
2011.
LAMPIRAN B
BORANG PENYERTAAN
RUMAH SUKAN : __________________________________________________
NAMA PASUKAN : __________________________________________________
KATEGORI : LELAKI / WANITA
SENARAI PEMAIN :
BIL. NAMA BAHAGIAN/CAWANGAN/UNIT
GRED
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
KEJOHANAN FUTSAL SUKAN 4 PENJURUKEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS
TANI 2011
KETUA PASUKAN : _______________________________________________
BAHAGIAN/CAWANGAN/UNIT : __________________________________________
NO. TELEFON (PEJ) : ____________ NO. H/P: _____________________
NO. FAKSIMILI : __________________ EMEL: _______________________
_____________________ ____________________ TARIKH TANDATANGAN
Catatan: Sila kembalikan borang penyertaan kepada En. Zulkifli Yaacob/En. Mohamad Rizzuan Shahrul Amri melalui faks 03-88888941/03-88701761 atau emel ke [email protected]/ [email protected]
LAMPIRAN C
ATURCARA MAJLISSUKAN 4 PENJURU (FUTSAL)
9 JULAI 2011 (SABTU)KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA
8.00 – 8.15 PAGI PENDAFTARAN
8.15 PAGI UPACARA PEMBUKAAN
GIMIK PELANCARAN-SEPAK MULA OLEH Y. BHG. DATO’ KSU
PERTANDINGAN BERMULA
MAKAN TENGAH HARI
2.00 PETANG UPACARA PENUTUP
2.30 PETANG BERSURAI