fungsi kesusasteraan melayu

5
Fungsi kesusasteraan Melayu Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Ianya adalah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalaui bahasa. Sastera juga dapat dikatakan sebagai seni bahasa. Ini kerana sastera ialah ungkapan spontan daripada perasaan yang mendalam malah sastera juga merupakan ekspresi fikiran melalui medium bahasa. Antara fungsi kesusasteraan ialah sebagai alat pendidikan. Pengalaman-pengalaman para pengarang ini diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang terangkum didalamnya pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama. Pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau puisi dan diadun dengan unsur-unsur pengajaran,moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya yang mana akan dapat dikutip oleh para pembaca maka berlakulah pendidikan secara tidak langsung. Jadi dapat dilihat dengan jelas bahawa kesusasteraan mampu menjadi bahan untuk pendidikan buat masyarakat. Seterusnya, kesusasteraan juga berfungsi untuk memberi kepuasan estetik. Penulis cerita akan merasa tenteram dan damai apabila mampu menghasilkan sesuatu cerita yang dapat menyentuh perasaannya. Bagi pembaca pula, dengan membaca karya yang mempamerkan keindahan akan merasa satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dalam dirinya. Selain itu, kesusasteraan Melayu turut berfungsi untuk memberi pengajaran. Para sasterawan melalui karya mereka akan memberi pengajaran melalui hasil karya kesusasteraan mereka yang mana banyak menyingkap tentang nilai-nilai murni dalam kehidupan. Sebagai contoh Seloka Pak Pandir dan Pantun Nasihat . Karya-karya ini banyak menjadi rujukan buat masyarakat dalam menjalani kehidupan harian. Malah, kesusasteraan Melayu juga berfungsi bagi memberi hiburan. Kesusasteraan digunakan bagi mengisi masa lapang dan dijadikan hobi . Karya-karya sastera seperti Seloka Pak Pandir bukan saja

Upload: onie-gonzalez

Post on 07-Aug-2015

718 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fungsi kesusasteraan Melayu

Fungsi kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat

dalam kalangan masyarakat Melayu. Ianya adalah satu bentuk ciptaan seni yang

disampaikan melalaui bahasa. Sastera juga dapat dikatakan sebagai seni bahasa. Ini

kerana sastera ialah ungkapan spontan daripada perasaan yang mendalam malah sastera

juga merupakan ekspresi fikiran melalui medium bahasa.

Antara fungsi kesusasteraan ialah  sebagai alat pendidikan. Pengalaman-pengalaman

para pengarang ini diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang

terangkum didalamnya pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama.

Pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau puisi dan diadun dengan unsur-unsur

pengajaran,moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya yang mana akan dapat dikutip

oleh para pembaca maka berlakulah pendidikan secara tidak langsung. Jadi dapat dilihat

dengan jelas bahawa kesusasteraan mampu menjadi bahan untuk pendidikan buat

masyarakat.

Seterusnya, kesusasteraan juga berfungsi untuk memberi kepuasan estetik. Penulis

cerita akan merasa tenteram dan damai apabila mampu menghasilkan sesuatu cerita yang

dapat menyentuh perasaannya. Bagi pembaca pula, dengan membaca karya yang

mempamerkan keindahan akan merasa satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan

dalam dirinya.

Selain itu, kesusasteraan Melayu turut berfungsi untuk memberi pengajaran. Para

sasterawan melalui karya mereka akan memberi pengajaran melalui hasil karya

kesusasteraan mereka yang mana banyak menyingkap tentang  nilai-nilai murni dalam

kehidupan. Sebagai contoh Seloka Pak Pandir  dan Pantun Nasihat . Karya-karya ini banyak

menjadi rujukan buat masyarakat dalam menjalani kehidupan harian.

Malah, kesusasteraan Melayu juga berfungsi bagi memberi hiburan. Kesusasteraan

digunakan bagi mengisi masa lapang dan dijadikan hobi . Karya-karya sastera seperti

Seloka Pak Pandir bukan saja memberi pengajaran tetapi juga menyeronokkan untuk

dibaca. Malah jika pada zaman dahulu, cerita-cerita rakyat akan diceritakan pada waktu-

waktu lapang bagi menghilangkan kebosanan.

Page 2: Fungsi kesusasteraan Melayu

FUNGSI KESENIAN MELAYU

            Kesenian Melayu dapat diertikan sebagai bentuk-bentuk yang menyenangkan,

indah dan ada kesan serta kepuasan keindahan dalam proses penghayatan seni itu. Antara

jenis kesenian Melayu ialah seni tari, seni suara, seni kraf tangan dan juga seni muzik.

            Kesenian Melayu mempunyai fungsi yang tersendiri kepada masyarakat. Antara

fungsi utama kesenian Melayu ialah sebagai medium hiburan kepada masyarakat. Umum

mengetahui bahawa pada zaman dahulu, tidak ada kemudahan hiburan seperti radio dan

televiyen seperti hari ini, maka wujudnya beberapa hiburan seperti tarian dan juga muzik

bagi mengelakkan masyarakat pada zaman dahulu berasa bosan. Persembahan tarian yang

mengasyikkan dan juga dendangan muzik dapat menghiburkan masyarakat. Pada masa

kini, kesenian ini biasanya dipersembahkan sebagai satu persembahan kebudayaan di

dalam sesuatu majlis, walaupun persembahan kesenian tidak serancak seperti dahulu kala,

namun ianya masih memegang fungsi sebagai medium hiburan.

            Selain itu, kesenian Melayu turut berfungsi sebagai media untuk pendidikan. Jika

dilihat kesenian yang ada di Malaysia, kebanyakkannya mempunyai maksud tersirat

disebalik setiap perkataan mahupun perbuatan yang dipersembahkan. Sebagai contoh,

marhabban dan ghasidah jika diteliti, ianya bukan sekadar nyanyian biasa kerana ianya

lebih kepada puji-pujian kepada Allah S.W.T. Di sini dapat dilihat bahawa, kesenian bukan

sahaja untuk berhibur malah dapat mendidik peserta dan juga penonton marhabban atu

ghasidah tersebut. Sementara di sekolah pula, wujud kelab dan juga persatuan kebudayaan

yang mana membuka peluang buat pelajar mempelajari seni tarian,seni suara,seni kraf

tangan dan sebagainya sekaligus dapat mencungkil bakat terpendam mereka. Ini juga dapat

mendidik pelajar untuk mencintai kesenian dan berusaha memeliharanya.

            Seterusnya, kesenian juga diperlukan dalam upacara ritual dan keagamaan. Hal ini

dapat dilihat dengan jelas di dalam tarian ulek mayang. Umum mengetahui tarian tersebut

sering dikaitkan dengan upacara pemujaan semangat air.  Tarian ini akan dipersembahkan

di pantai bagi memuja semangat air supaya muncul dan membantu menghalau semangat

air yang mengganggu nelayan.

            Di samping itu, kesenian turut berfungsi sebagai lambang identiti bangsa. Ini kerana

melalui sesuatu kesenian itu, mereka yang menyaksikan persembahan tersebut mampu

mengetahui pemilik asal kesenian tersebut malah adab dan budaya sesuatu bangsa turut

diselitkan di dalam kesenian tesebut. Bangsa Cina contohnya, terkenal dengan tarian singa

yang dikaitkan dengan sambutan Tahun Baru Cina. Jika disebut wayang kulit maka negeri

Kelantan akan terbayang diminda penonton. Keadaan yang sama berlaku sekiranya kita

menyaksikan persembahan tarian ngajat dan sebagainya yang menjadi identity utama

masyarakat Borneo.

Page 3: Fungsi kesusasteraan Melayu

FUNGSI KEBUDAYAAN MELAYU

                Kebudayaan merupakan merupakan tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisi.

Kebudayaan bersifat dinamik dan mempunyai ciri – ciri menerima dan menolak. ianya juga

dapat ditakrifkan sebagai cara hidup kumpulan manusia atau masyarakat melayu.

Kebudayaan Melayu berfungsi sebagai teras kebudayaan kebangsaan yang

berfungsi  sebagai suatu bentuk kebudayaan yang agak liberal. Perubahan dalam

kebudayaan dapat membuka ruang kepada unsur – unsur kebudayaan sukuan dan kaum

yang lain.

            Antara fungsi kebudayaan Melayu ialah merapatkan jurang perbezaan antara kaum.

Hal ini adalah bertujuan supaya rakyat dapat bersatu padu di bawah satu payung

kebudayaan yang dimiliki bersama dan menghormati lambang kebangsaan. Contohnya,

semasa sambutan hari kemerdekaan Negara, rakyat Malaysia yang pelbagai kaum bersatu

padu mempersembahkan variasi tarian yang terdapat di Malaysia seperti zapin, ngajat,

inang, dan tarian kipas.

            Seterusnya kebudayaaan juga berfungsi bagi mewujudkan satu kesatuan

kebudayaan dan keselarasan dalam menghasilkan satu kebudayaan yang melambangkan

identiti bagi budaya Malaysia. Sebagai contoh, masyarakat Malaysia sering ditekankan

untuk mengamalkan budaya ketekunan, tolong-menolong, mengotakan janji, memegang

amanah, jujur, menghormati ibu bapa dan juga kepimpinan. Dapat dilihat di sini bahawa

walaupun masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang mengamalkan

adat yang berbeza, tetapi mereka masih menerapkan ciri-ciri kebudayan yang sama di mana

ia telah menjadi identiti masyarakat Malaysia.

            Selain itu, kebudayaan turut menjadi landasan bagi menanam nilai-nilai kebangsaan

dan menolak nilai-nilai yang hanya mementingkan sesuatu kaum sahaja. Hal ini dapat dilihat

dengan jelas di Malaysia iaitu walaupun Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat

majmuk yang meraikan perayaan yang berbeza, setiap perayaan diraikan dengan meriah

oleh seluruh rakyat  malah cuti umum turut diberikan bagi memberi peluang kepada rakyat

untuk meraikan perayaan tersebut. Banyak majlis rumah terbuka diadakan malah terdapat

juga majlis yang diadakan di dewan untuk memberi peluang kepada masyarakat yang tidak

meraikan perayaan tersebut untuk turut merasai kemeriahan sesuatu perayaan. Sebagi

contoh, perayaan hari raya aidilfitri turut diraikan oleh masyarakat bukan Islam.

            Akhir sekali, kebudayaan Melayu juga merupakan amalan pada peringkat rasmi dan

tertinggi seperti sistem protokol, adat istiadat pengurniaan, pelantikan, pertabalan dan

sebagainya. Hal ini adalah seperti yang masih dilaksanakan di dalam istana di mana ianya

merupakan kebudayaan daripada yang wujud sejak zaman berzaman. jika dilihat amalan

budaya ini masih berkekalan sehingga hari ini, malah sesiapa sahaja yang memasuki istana

harus mengikuti segala adat dan protokol istana tidak kira sama ada mereka berbangsa

Melayu mahupun bangsa-bangsa yang lain.