kesusasteraan melayu dan komsas

32
1 1.0 Pengenalan 1.1 Definisi Sastera dan Kesusasteraan Kesusasteraan adalah suatu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada bahasa sanskrit susastera yang bermaksud huruf atau buku yang indah. Menurut M.K Danziger dan W.S Johnson (1983:2), mereka berpendapat bahawa Kesusasteraan merupakan seni yang menggunakan kata-kata tanpa memperhitungkan persoalan sama ada kata-kata itu tertulis(tulisan) atau sekadar diucapkan (lisan) . Manakala menurut Zalila Sharif dan Jamilah Hj, Ahmad (1993: 2), Kesusasteraan berkembang daripada dua suku kata iaitu sas dan tra . Kata sas bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberi petunjuk. Manakala tra pula menunjukkan alat atau sarana. Oleh itu, sastra boleh diertikan sebagai alat untuk mengajar atau panduan untuk memberi arahan. Untuk mengatakan bahawa kusasteraan mempunyai tempat yang istimewa dalam perkembangan kehidupan seorang kanak-kanak atau pelajar adalah suatu pernyataan yang tidak menerangkan sesuatu dengan sewajarnya. Sedangkan kesusasteraan itu jika dibaca beramai-ramai dengan suara yang kuat dalam suatu suasana yang meriah dan kena pada masanya dapat menjadi suatu cara yang membolehkan seorang pembaca itu mempelajari dunia mereka sendiri. Kesusteraan dapat mengisi banyak keperluan dan menyebarkan berbagai-bagai nilai yang mungkin tidak dapat ditanggap dengan serta-merta. Ia juga tidak sama menarik dengan suatu permainan komputer atau program televisyen, tetapi kesusteraan dapat memberikan suatu yang berbeza. Ciptaan kesusasteraan berbeza dengan ciptaan-ciptaan seni yang lain. Ia menggunakan bahasa sebagai alat penyampaian. Melalui bahasa, keindahan kesusteraan dapat dirasakan oleh setiap pembacanya. Dengan bahasa juga mereka dapat menggarap isi dan tujuan sambil menghayati segala pengalaman dan perasaan yang tercurah. Sesebuah hasil kesusasteraan yang bermutu tidak mempamerkan bahan atau menggunakan 1

Upload: azie

Post on 20-Jun-2015

9.267 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

1

1.0 Pengenalan

1.1 Definisi Sastera dan Kesusasteraan

Kesusasteraan adalah suatu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui

bahasa. Perkataan ‘kesusasteraan’ terbentuk daripada bahasa sanskrit ‘susastera’

yang bermaksud huruf atau buku yang indah. Menurut M.K Danziger dan W.S Johnson

(1983:2), mereka berpendapat bahawa “ Kesusasteraan merupakan seni yang

menggunakan kata-kata tanpa memperhitungkan persoalan sama ada kata-kata itu

tertulis(tulisan) atau sekadar diucapkan (lisan)”. Manakala menurut Zalila Sharif dan

Jamilah Hj, Ahmad (1993: 2), “Kesusasteraan berkembang daripada dua suku kata iaitu

“sas” dan “tra”. Kata “sas” bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberi petunjuk.

Manakala “tra” pula menunjukkan alat atau sarana. Oleh itu, sastra boleh diertikan

sebagai alat untuk mengajar atau panduan untuk memberi arahan.

Untuk mengatakan bahawa kusasteraan mempunyai tempat yang istimewa

dalam perkembangan kehidupan seorang kanak-kanak atau pelajar adalah suatu

pernyataan yang tidak menerangkan sesuatu dengan sewajarnya. Sedangkan

kesusasteraan itu jika dibaca beramai-ramai dengan suara yang kuat dalam suatu

suasana yang meriah dan kena pada masanya dapat menjadi suatu cara yang

membolehkan seorang pembaca itu mempelajari dunia mereka sendiri.

Kesusteraan dapat mengisi banyak keperluan dan menyebarkan berbagai-bagai

nilai yang mungkin tidak dapat ditanggap dengan serta-merta. Ia juga tidak sama

menarik dengan suatu permainan komputer atau program televisyen, tetapi

kesusteraan dapat memberikan suatu yang berbeza.

Ciptaan kesusasteraan berbeza dengan ciptaan-ciptaan seni yang lain. Ia

menggunakan bahasa sebagai alat penyampaian. Melalui bahasa, keindahan

kesusteraan dapat dirasakan oleh setiap pembacanya. Dengan bahasa juga mereka

dapat menggarap isi dan tujuan sambil menghayati segala pengalaman dan perasaan

1

Page 2: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

2

yang tercurah. Sesebuah hasil kesusasteraan yang bermutu tidak mempamerkan

bahan atau menggunakan bahasa dan olahan yang indah sahaja tetapi seharusnya

memiliki unsur-unsur intelek, tersirat dengan emosi dan perasaan, penuh dengan

ekspresi dan imaginasi serta kaya dengan sifat-sifat kreatif. Dengan cara inilah

kesusteraan dapat memikat hati pembaca.

Dari suatu sudut lain, bahasa dan kesusasteraan itu adalah elemen kebudayaan

sesuatu bangsa. Mengajar bahasa dan sastera bermakna mengajar kebudayaan

kepada pelajar. Oleh itu bidang kesusteraan dapat memainkan peranan penting dalam

pendidikan budi dan akhlak seseorang. Matapelajaran sastera yang diajar disekolah,

khususnya melalui Komponen Sastera (KOMSAS) dapat memberikan pendidikan

secara langsung kepada pelajar mengenai kehidupan berbudi dan berakhlak melalui

aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan berbahasa dalam komponen sastera

yang diajar dalam kelas.

1.2 Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu

Sejarah dan perkembangan kesusteraan pada prinsipnya melihat karya sastera

dari sudut daya kreatif manusia. Membincangkan sejarah dan perkembangan

kesusasteraan Melayu, mengikut Ismail dalam kata pengantar buku Perkembangan

Kesusasteraan Melayu Lama, perkembangannya mengikut kronologi zaman bermula

dari zaman sebelum mengenal huruf dan diikuti zaman Hindu dan Islam. Manakala

mengikut Safian Hussain dan rakan-rakan(1981: 3), kesusasteraan Melayu Moden

pula bermula dengan kedatangan penjajah barat ke Alam Melayu.

Ini bererti, sejarah dan perkembangan kesusasteraan Melayu bermula dalam

bentuk sastera lisan diikuti dengan sastera yang bercorak tulisan pada zaman Islam.

Meskipun terlihat empat peringkat perkembangan kesusasteraan, pada realitinya

mengikut sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu, ia hanya melibatkan tiga

peringkat perkembangan kerana sastera dari pengaruh Hindu hanya ditulis pada zaman

selepas kedatangan Islam ke Alam Melayu.

2

Page 3: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

3

Sebelum masyarakat Melayu mengenali huruf, sastera berbentuk lisan telah

berkembang dengan meluas dalam masyarakat Melayu purba. Oleh itu dalam

memperkatakan tahap-tahap perkembangan sastera Melayu, maka sastera rakyat yang

berbentuk lisan merupakan sastera Melayu yang tertua dalam masyarakat Melayu.

Sastera rakyat terbahagi kepada dua bentuk iaitu berbentuk cerita dan yang

bukan berbentuk cerita. Tujuan utama penghasilan sastera lisan pada masa ini

bertujuan bukan sahaja sebagai media hiburan pada zaman tersebut, malah ia juga

berperanan sebagai institusi pendidikan secara informal. Ini bermaksud, bahawa dalam

masyarakat Melayu lama, sastera lisan menjadi media penting untuk memberi nasihat

dan pengajaran baik kepada anggota masyarakatnya. Disamping itu ia juga digunakan

sebagai media kritikan dan sindiran kepada golongan tertentu dalam masyarakat.

2.0 Bentuk dan Genre Kesusasteraan Melayu

Rajah 1

3

Page 4: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

4

Genre sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya bentu atau kandungan tertentu. Kesusasteraan Melayu dibahagikan kepada dua bentuk iaitu bentuk prosa dan bentuk puisi. Kedua-dua bentuk ini pula dikategorikan mengikut era atau zaman kemunculannya iaitu kategori klasik atau tradisional dan jenis moden atau kotemporari. Rujuk rajah 1. Seperti yang dinyatakan sebelumnya, bentuk prosa dapat dikategorikan mengikut era atau zaman iaitu:

i. Prosa klasik dan prosa modenii. Puisi klasik dan puisi moden

Prosa Melayu Tradisional terbahagi kepada dua cabang utama iaitu :i. Naratifii. Bukan Naratif

Prosa Tradisional berbentuk naratid terbahagi pula kepa dua jenis iaitu :i. Naratif Lisanii. Naratif Tulisan

Naratif Lisan di dalam Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada tiga genre iaitu :Mitos

i. Legendaii. Cerita Rakyat

Cerita Rakyat pula terbahagi kepada subgenre iaitu :i. Cerita Jenakaii. Cerita Binatangiii. Cerita dongeng

Cerita dongeng ialah :i. Lupur laraii. Cerita Teladan

2.1 Prosa Melayu Tradisional (Naratif dan Bukan Naratif)

Prosa boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk karangan yang panjang. Prosa tidak terbatas kepada cerita (naratif) sahaja tetapi termasuk juga karya-karya yang bukan cerita (bukan naratif/non-naratif). Oleh itu, karya-karya kesusasteraan Melayu yang panjang sama ada lisan atau tulisan dikelompokkan sebagai prosa. Prosa Melayu tradisional berbentuk lisan dikenali juga sebagai sastera rakyat. Prosa tradisional dalam kesusasteraan Melayu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

4

Page 5: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

5

Rajah 2

1. Naratif 2. Bukan naratif

Prosa tradisional berbentuk naratif itu boleh dibahagikan pula kepada dua pecahan lagi iaitu naratif lisan dan naratif tulisan. Naratif lisan pula boleh dipecahkan lagi kepada tiga genre yang utama iaitu:

1. Mitos2. Legenda3. Cerita rakyat

* Cerita rakyat terangkum di dalamnya beberapa jenis cerita lagi seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita Lipur Lara dan cerita teladan.

Sementara itu naratif tulisan terbahagi kepada lima genre iaitu:

1. Sastera sejarah2. Sastera hikayat3. Sastera sastera panji4. Sastera kepahlawanan / epik5. Sastera agama

Prosa tradisional bukan naratif terdiri daripada empat genre iaitu :

1. Sastera undang-undang2. Sastera kitab3. Sastera ketatanegaraan4. Kepustakaan ilmu tradisional

2.2 Sastera Lisan dan Sastera Tulisan

5

Prosa Melayu Tradisional

Naratif

Bukan Naratif

Page 6: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

6

Kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu bidang kajian yang sangat luas dan sentiasa berkembang dan melahirkan penemuan-penemuan baru yang pelbagai sifatnya. Menurut Profesor Ismail Hussein;

“ Kesusasteraan Melayu tradisional adalah semua gejala kesusasteraan yang berbentuk lisan atau bertulis tetapi tidak bercetak. “

Berdasarkan pernyataan di atas, amat jelas kepada kita bahawa kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu wacana yang luas dan terdiri daripada berbagai-bagai bentuk dan sifat. Pengkaji kesusasteraan Melayu membahagikan kesusasteraan Melayu tradisional kepada dua golongan yang utama iaitu:

1. Kesusasteraan Lisan2. Kesusasteraan Tulisan

Kesusasteraan lisan (tradisi lisan) lahir dalam kalangan masyarakat Melayu yang lazimnya terdiri daripada kaum tani dan nelayan. Mereka ini tinggal di kawasan yang jauh di pedalaman, desa-desa dan pinggir pantai. Pada waktu tersebut sistem tulisan belum lagi muncul dan masyarakat lazimnya buta huruf. Walaupun tidak menguasai sistem tulisan, daya kreativiti mereka dalam bidang kesusasteraan tidak pula mati begitu sahaja. Sebaliknya ia dikembangkan melalui pertuturan atau penceritaan secara lisan. Atas sebab itulah hasil-hasil keusasteraan yang dicipta oleh kelompok ini disebut sebagai kesusasteraan lisan kerana penyampaian cerita secara lisan. Kesusasteraan lisan dikenali juga sebagai kesusasteraan rakyat.

Kesusasteraan tulisan (tradisi tulisan) muncul apabila orang Melayu mula menerima pengaruh luar. Pengaruh luar yang awal menyerap ke dalam kebudayaan Melayu adalah pengaruh India. Melalui kemasukan pengaruh India, orang Melayu diperkenalkan dengan sistem tulisan. Walau bagaimanapun, sistem tulisan ini tidak meluas dan akhirnya pupus.

2.3 Puisi Melayu Tradisional

6

Page 7: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

7

Puisi merupakan kata pinjaman dari bahasa Indonesia yang digunakan secara meluas di Malaysia. Puisi adalah satu bentuk karangan berangkap yang terikat dengan peraturan sesuatu jenis puisi itu. Bahasa puisi adalah terhad dan padat tetapi makna yang cuba disampaikan adalah mendalam. Puisi mengungkapkan sesuatu yang abstrak kepada yang nyata.

Puisi Melayu tradisional juga boleh dibahagikan kepada dua pecahan iaitu:1. Naratif2. Bukan naratif

Puisi Melayu tradisional yang berbentuk naratif terdiri daripada genre Syair sahaja.

Manakala yang bukan naratif ialah :

1. Pantun2. Gurindam3. Endoi4. Rejang5. Dikir/Zikir6. Rubai7. Nazam8. Masnawi9. Ghazal10. Berzanji11. Qit'ah12. Seloka13. Teromba14. Talibun15. Peribahasa berangkap16. Mantera

3.0 Ciri Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Melayu Tradisional mempunyai ciri-ciri tersendiri yang terdiri daripada lima aspek yang diperturunkan di bawah ini:

7

Page 8: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

8

i. Lisan

Ciri utama kesusasteraan Melayu tradisional adalah Lisan. Lisan dalam bahasa Arab maknanya lidah atau kata-kata. Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa kesusasteraan Melayu tradisional itu disampaikan secara lisan ataupun mediumnya adalah kata-kata ataupun pertuturan. Pada zaman tradisional pastilah wujud manusia-manusia yang berbakat besar dalam bidang kesusasteraan, yang mampu menghasilkan karya-karya prosa ataupun puisi. Pastilah juga dalam zaman tradisional yang bermula dengan animisme itu, tidak ada buku, pen, kertas dan sebagainya yang digunakan oleh sasterawan moden hari ini untuk menzahirkan karya mereka. Maka hanya cara tradisional sahajalah yang digunakan oleh sasterawan zaman itu iaitu mengungkapkan karya mereka dengan cara percakapan atau penceritaan. Para sasterawan zaman tradisional, oleh kerana tidak mempunyai alat tulis menurunkan pula karya-karya mereka kepada anak cucu, saudara dan sahabat handai secara lisan agar ciptaan mereka itu tidak hilang begitu sahaja.

ii. Tulisan

Apabila masyarakat Melayu mula menerima pengaruh Islam, mereka telah menerima juga bersama-sama sistem tulisan. Maka berlakulah satu perubahan besar dalam penghasilan karya kesusasteraan iaitu peralihan daripada lisan kepada tulisan. Satu perkara yang harus difahami dengan mendalam ialah kebolehan menulis lebih berpihak kepada golongan bangsawan yang berdekatan dengan pihak istana. Sedangkan golongan rakyat biasa masih kekal dengan kaedah lisan. Dengan itu lahirlah karya-karya kesusasteraan yang berpusatkan istana. Karya-karya kesusasteraan ini ditulis menggunakan tulisan jawi dan penciptaannya lebih kepada untuk memenuhi kehendak golongan istana.

iii. Kreatif

Pada dasarnya karya kesusasteraan kreatif itu bermaksud karya-karya prosa dan puisi naratif dan non naratif. Oleh itu novel, cerpen, sajak, drama, prosa tradisional dan puisi tradisional merupakan kesusasteraan kreatif.

iv. Bukan kreatif

Karya kesusasteraan bukan kreatif adalah karya-karya seperti esei, rencana dan sebagainya

v. Estetik

8

Page 9: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

9

Estetik merujuk kepada keindahan hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta oleh seseorang penulis.

4.0 Tokoh Kesusasteraan Melayu

Terdapat beberapa tokoh terkenal dalam Kesusasteraan Melayu kerana jasa mereka dalam menyumbangkan hasil-hasil karya sastera. Antaranya ialah :

i. Hamzah al-Fansuri

Latarbelakang

Hamzah Fansuri adalah tokoh agama yang menggegarkan dunia melalui puisi-puisi sufinya. Menurut sasterawan Abdul Hadi MW, Hamzah Fansuri merupakan pencipta "syair Melayu" yang bercirikan puisi empat baris dengan pola sajak akhir "a-a-a-a". Bakatnya sebagai sasterawan besar terserlah dalam kemampuan dan kreativitinya merubah bahasa lama menjadi bahasa baru dengan cara memasukkan ratusan kata Arab, istilah konseptual dari Al Quran dan falsafah Islam. Bahasa ini kemudiannya menjadi sebagai bahasa intelektual yang dihormati sebab dapat menampung gagasan baru yang diperlukan pada zaman itu.

Peranan penting Hamzah al Fansuri dalam sejarah pemikiran dunia Melayu Nusantara bukan saja karena gagasan tasawufnya, tetapi puisinya yang mencerminkan pergelutan penyair menghadapi realiti zaman dan pengembaraan spiritualnya.

Salah satu karya penting dari Hamzah Fansuri adalah Zinat Al-Wahidin yang ditulis pada akhir abad ke-16 ketika perdebatan sengit tentang fahaman wahdat al-wujud sedang berlangsung dengan tegang di Sumatera. Teks ini diyakini oleh para peneliti sebagai kitab keilmuan pertama yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Hamzah Fansuri juga dikenal sebagai seorang pelopor dan pembaru melalui karya-karya Rubba al Muhakkikina, Syair Perahu, dan Syair Dagang. Kritiknya yang tajam terhadap perilaku politik dan moral raja-raja, para bangsawan, dan orang-orang kaya, menempatkannya sebagai seorang intelektual yang berani pada zamannya.

Karya-karya

•  Zinat Al-Wahidin - ditulis pada akhir abad ke-16, kitab keilmuan pertama yang ditulis dalam bahasa Melayu.

9

Page 10: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

10

•  Syair Perahu

•  Syair Dagang

•  Rubba al Muhakkikina

ii. Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad

Raja Ali Haji selain terkenal dengan karyanya Tuhfat al Nafis (sejarah Melayu) juga terkenal dengan berbagai karya lain samada dalam politik, hukum mahupun bahasa Tiga karya besar beliau dalam bidang bahasa menobatkan beliau sebagai Bapa Bahasa Indonesia iaitu Gurindam Dua Belas (1847), Bustam al-Katibin (tata bahasa Melayu) dan Kitab Pengetahuan Bahasa (1851).

Kitab Pengetahuan Bahasa merupakan wujud konstribusi penting Raja Ali Haji dalam bidang bahasa kerana (Gurindam Dua belas dan Bustam al-Katibin) ia lebih terfokkepada keupayaan mengetengahkan keprihatinan dan gagasan awal untuk memperbaiki beberapa konsep dan tata bahasa Melayu.

Latarbelakang

Raja Ali Haji lahir di Pulau Penyengat, pusat Kerajaan Riau Lingga, Johor dan Pahang  pada 1808 anak dari pasangan Raja Ahmad bin Raja Haji Fisabilillah dan Encik Hamidah binti Panglima Malik Selangor. Ia merupakan anak bungsu dari tujuh bersaudara dan ayahnya Raja Ahmad merupakan tokoh penting dalam kerajaan Riau Lingga.

Datuknya Raja Haji Fisabilillah adalah "Yang Dipertuan IV" Kerajaan Riau Lingga dan seorang pahlawan yang termasyur keberaniannya dalam melawan Belanda sehingga tewas dalam peperangan di Teluk Ketapang pada 1874. Gelar "Raja" pada namanya diperoleh dari nama keturunan keluarga karena "Yang Dipertuan IV" merupakan kerabat Sultan Riau Lingga.

Karya-karya

•  Tuhfat al Nafis

. Bustam al-Katibin (tata bahasa Melayu)

•  Kitab Pengetahuan Bahasa (1851).

10

Page 11: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

11

. Gurindam dua belas

iii. Abdullah Munsyi

Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munshi (1796-1854 M) dianggap sebagai bapa penulisan Melayu moden. Abdullah Munshi telah menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 M bertajuk Syair Singapura Terbakar. Beliau bukan sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu tersebut melalui karya kesusasteraan malahan juga ia menyedari betapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu.

Baginya, nahu sesebuah bahasa bukanlah dapat menyelesaikan seratus peratus masalah bahasa. Hal ini lebih nyata lagi apabila nahu sesuatu bahasa dikaji oleh orang asing yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu dan tujuan membuat kajian tersebut bukanlah berdasarkan kajian ilmiah melainkan kerana kepentingan tertentu.

Beliau melihat bahawa nahu bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke dalam bahasa Melayu.

Kita terpaksa akui Abdulah sebagai seorang tokoh yang agung di dalam sejarah

perkembangan kesusasteraan Melayu. Dia lah yang mula-mula membayangkan gejala-

gejala kemodenan di dalam masyarakat sewaktu masyarakat seluruhnya masih jauh

daripada hakikat kemodenan ini. Dia menggunakan perkataan “aku” bila menceritakan

kenangan-kenangan pengalaman-pengalaman hidupnya iaitu “aku” sebagai manusia

biasa yang telah pun mencapai martabat kedaulatan yang sama tinggi dan sama

rendah dengan manusia lainnya.

Dia tidak lagi mengakui hak-hak atau kelebihan-kelebihan istimewa kaum

bangsawan dan kaum di-raja di atas segala rakyat jelata. Di sinilah terletak keagungan

Abdullah sebagai seorang pengarang dan di sinillah juga terletak sumbangannya

terhadap perkembangan kesusasteraan Melayu. Kesusasteraan Melayu diangkat dari

darjat feudal Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu ke darjat yang lebih tinggi.

Karya-karya

Syair Singapura Terbakar (1830)

11

Page 12: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

12

Hikayat Kalilah wa Daminah ( Terjemahan Tamil – 1835)Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837)Dawai Kulub (1838)Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838)Hikayat Abdullah (1843)Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah (1854)

iv. Tun Sri Lanang

Tun Sri Lanang yang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565. Tun Seri Lanang ialah Bendahara Paduka Raja, Johor antara tahun 1580 dan 1615 , serta penyunting Sejarah Melayu (buku, 1612) yang merupakan moyang kepada Sultan Johor dan Sultan Terengganu .

Salasilah kesultanan Terengganu yang terdapat dalam Sejarah Terengganu (buku) karya Haji Buyong Adil terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1974 ada menyatakan bahawa Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Seri Maharaja, Johor - Marhum Padang Saujana - Bendahara Johor 1688-1697) yang menjadi Bendahara Johor dari 1688 hingga 1697 adalah bapa kepada Sultan Zainal Abidin I (Sultan Terengganu Pertama) dan kepada Sultan Abdul Jalil IV (Sultan Johor dari 1699 hingga 1719 ). Selanjutnya dipaparkan bahawa Tun Habib Abdul Majid adalah anak kepada Tun Mat Ali (Bendahara Paduka Maharaja, Johor), iaitu anak kepada Tun Seri Lanang (Bendahara Paduka Raja, Johor 1580-1615).

Dalam pengetahuan orang-orang Melayu , nama Tun Seri Lanang lebih dikenali sebagai salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu yang setaraf dengan Munshi Abdullah (Pengarang Hikayat Abdullah).

v. Nuruddin al Raniri

Nama lengkapnya, Nuruddin Muhammad bin Ali bin Hasanji Al-Hamid (atau Al-Syafi’i Al-Asyary Al-Aydarusi Al-Raniri (untuk berikutnya disebut Al-Raniri). la dilahirkan di Ranir (Randir), sebuah kota pelabuhan tua di Pantai Gujarat, sekitar pertengahan kedua abad XVI M. Ibunya seorang keturunan Melayu, sementara ayahnya berasal dari keluarga imigran Hadhramaut (Al-Attas: 1199 M). Al-Raniri sendiri memulai perjalanan intelektualnya dengan belajar ilmu agama di tanah kelahirannya (Ranir), sebelum merantau ke Tarim, Hadramaut, Arab Selatan, yang ketika itu menjadi pusat pembelajaran agama Islam.

12

Page 13: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

13

Pada tahun 1621 M, Nuruddin mengunjungi Makkah dan Madinah untuk menunaikan ibadah haji dan berziarah ke makam Nabi. Di tanah haram inilah Al-Raniri menjalin hubungan dengan para jamaah haji dan orang-orang yang sudah menetap dan belajar di Arab, yang kebetulan berasal dari wilayah Nusantara.

Nuruddin al-Raniri adalah seorang ulama, sejarawan, sasterawan dan ahli tasawuf terkemuka abad ke-17 M yang pernah hidup di Aceh Darussalam. Namanya juga masyhur ke seluruh negeri sebagai ulama madzab Syafii, penulis kitab fiqih pertama yang komprehensif dalam bahasa Melayu. Salah satu cabang ilmu fiqih yang sangat dikuasai olehnya bukan hanya fiqih ibadah, tetapi juga fiqih duali yang berkaitan dengan seluk-beluk pemerintahan, undang-undang negeri, dan adab secara umum. Karyanya yang terkenal ialah Bustan al-Salatin (Taman Raja-raja).

Kitab ini lebih dikenal sebagai karya ketatanegaraan. Atau lebih tepat disebut sebagai karya adab, kerana yang dibahas adalah masalah yang berhubungan adab dalam pengertian luas bukan semata-mata adab pemerintahan atau kenegaraan. Kerana mengandung unsur sejarah dalam banyak bagiannya, tidak menghairankan jika sarjana seperti Winstedt dan Hussein Djajadiningrat menjadikan Bustanus Salatin sebagai sumber penulisan sejarah Aceh.

vi. Syed Syeikh Al-Hadi

Syed Syeikh bin Syed Ahmad Al-Hadi telah dihantar ke Riau ketika berusia empat belas tahun untuk mengaji agama dan bahasa Arab dengan seorang pengarang dan juga agamawan iaitu Raja Ali Haji. Pada penghujung abad ke-19 Syed Sheikh telah pergi ke Mekah dan juga Beirut serta Kaherah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama. Syed Sheikh Al-Hadi merupakan anak murid kepada reformis terkenal di Kaherah iaitu Sheikh Muhammad Abduh.

Sekembalinya dari Mesir, Syed Sheikh Al-Hadi telah mendirikan Madrasah Al-Iqbal pada tahun 1907 di Singapura. Dua tahun kemudiannya dia menjadi pendakwa di mahkamah Syariah Johor Baharu sehingga 1915. Dia meninggalkan kerjaya tersebut kerana minatnya dalam bidang perguruan, kewartawanan dan penulisan. Dia nampak hanya melalui penulisan dia boleh mengembangkan fikrahnya dan menaikkan semangat Islam di kalangan orang Melayu. Dia kemudiannya mendirikan dua buah lagi sekolah iaitu Madrasah Al-Hadi (1915) di Melaka dan Madrasah Al-Mashur (1926) di Pulau Pinang dan beliau menjadi Mudir kepada dua buah madrasah tersebut. Rakan seperjuangannya yang turut mempunyai aspirasi yang sama adalah Sheikh Mohd Tahir Jalaluddin Al-Azhari, Sheikh Mohammd bin Salim Al-Kalali dan Haji Abbas bin Mohd. Tahar bergabung tenang untuk mengembangkan fikrah Islam dengan menerbitkan

13

Page 14: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

14

majalah Al-Imam(1906). Di Pulau Pinang di samping menulis, Syed Sheikh menerbitkan majalah Al-Ikhwan (1927) dan akhbar Saudara (1928).

Peranan yang dimainkan oleh Syed Sheikh Al-Hadi dalam dunia kesusasteraan Melayu bukan hanya setakat melahirkan Hikayat Faridah Hanum bahkan dia turut mencernakan pemikiran dan menyedarkan bangsa Melayu kepada isu ekonomi dan pejuangan anak watan. Sebagai reformis dia mengketengahkan fahaman Islam yang diwar-warkan oleh Sheikh Muhammad Abduh.

Karya

Hikayat Setia Asyik Kepada Maksyuknya atau terkenal sebagai Hikayat Faridah Hanum (1925-1926)Siri Cerita Rokamlbul (karya adaptasi)Tafsir Juz Amma (1927)Taman Cinta Berahi (1928)Tafsir Al-Fatihah (1928)Hikayat Cermin Kehidupan (1929)Hikayat Puteri Nurul Ain (1929)Kitab Agama Islam Dan Akal (1931)

vii. Abdul Rahim Kajai

Abdul Rahim Kajai (1894-1943) adalah bapa wartawan dan bapa cerpen Melayu pertama. Penglibatan beliau yang cemerlang dan penuh iltizam dalam arena persuratan dan kesusasteraan Melayu melayakkan beliau digelar sebagai Bapa Wartawan. Dalam arena penulisan, beliau juga dikatakan pelopor awal bidang cerpen kerana karya-karya beliau menarik dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Peranannya dalam kesusasteraan dan kewartawan tidak dapat dipisahkan daripada semangat kebangsaan Melayu kerana beliaulah antara wartawan Melayu yang mula-mula menyuarakan beberapa soal pokok politik dalam karyanya.

Dalam tempoh 13 tahun sebagai wartawan, beliau telah berkhidmat dengan 6 buah akhbar Melayu iaitu Saudara, Majlis, Warta Malaya, Utusan Melayu, Perubahan Baharu, dan Berita Malai. Beliau juga merupakan ‘guru’ kepada wartawan-wartawan pelapis dengan menulis tentang ilmu penulisan dalam Akhbar Majlis (1931-1935).

Karya

Banyak Udang Banyak Garam (kumpulan cerpen)Lain Padang Lain Belalang

14

Page 15: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

15

Pusaka Kajai * pusaka penting bagi kesusasteraan Melayu.

viii. Ishak Haji Muhammad

Penulis veteran ini adalah antara penulis sebelum Perang Dunia Kedua yang sangat giat menulis.  Beliau menghasilkan novel, cerpen, esei, dan memoir, dan hingga ke akhir hayatnya menulis rencana untuk akhbar Utusan Melayu di Kuala Lumpur. Pak Sako atau Hantu Raya (nama pena) lahir pada September 1909 di Kampung Bukit Siguntang, Temerloh, Pahang Darul Makmur. Beliau meninggal pada 7 November 1991. Dalam bidang penulisan kreatif, Ishak menghasilkan tidak kurang daripada 23 buah cerpen pada waktu sebelum Perang Dunia Kedua.  Dua buah novelnya Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila adalah antara novelnya yang mendapat sambutan hangat dan telah beberapa kali diulang cetak.  Kedua-dua novel tersebut mencerminkan pandangan dan cita-cita pengarangnya sebagai seorang patriot dan sasterawan.

Seperti kebanyakan pengarang sebelum merdeka, Ishak menggunakan novel dan cerpen sebagai saluran untuk menaikkan semangat orang Melayu dan menyedarkan mereka tentang kedudukan mereka yang mundur dalam politik, ekonomi dan sosial.  Sikapnya yang antipenjajah jelas diluahkannya dalam novel dan cerpennya. Perkara yang harus kita beri perhatian dalam karya-karya Ishak adalah tentang cita-citanya terhadap masyarakatnya masa itu.  Pokok persoalan karya-karya beliau adalah tentang rakyat jelata, dan beliau berpendapat bahawa setiap cerita mestilah mempunyai mesej dan bertujuan membimbing rakyat ke arah suatu kehidupan yang aman damai, bekerjasama, makmur, mewah, berbudi bahasa, berkhidmat dan berbakti.

Karya

Novel

- Jalan ke Kota Bharu, Singapura: Qalam, 1956, 159 hlm.

- Putera Gunung Tahan, Singapura: Geliga Limited, 1957 (cetakan kedua), 113 hlm. (cetakan pertama 1937)

- Anak Mat Lela Gila, Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1966 (cetakan ketiga), 131 hlm., (cetakan pertama 1941).

-Sidang Serangga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, 121 hlm.

Cerpen

- Segar, Singapura: Qalam, 1961, 188 hlm.

- Senda Gila-gila (antologi bersama), Kuala Lumpur: Creative Enterprise

15

Page 16: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

16

Sdn. Bhd., 1980, 124 hlm.

-Dongeng Merdeka (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985,339 hlm.

Memoir

- Pengalaman Pak Sako Tiga Tahun di Singapura: Petaling Jaya: Pustaka Budaya Agency, 1975, 61 hlm.

Umum

-Pak Pandir Moden di Simpang-simpang Jalan, Kuala Lumpur: Karya Bistari, 1988, 86 hlm.

-Pepatah Petitih, Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn. Bhd., 1989 (Jilid I), 283 hlm.

5.0 Teori Sastera

Secara mudah teori sastera dapat difahami sebagai gagasan idea tentang sesuatu fenomena kesusasteraan. Teori sastera wujud sebagai landasan atau gagasan untuk memahami fenomena kesusasteraan. Contohnya teori Peniruan Plato. Teori sastera yang digunakan dalam amalan kritikan dinamakan sebagai teori kritikan sastera, kerana teori ini bukan sahaja menerangkan prinsip-prinsip tentang sesuatu fenomena kesusasteraan, tetapi juga digunakan atau diaplikasikan dalam kerja mengkritik teks.

“Menurut Kerlinger, teori bermaksud himpunan sesuatu konsep, definisi dan saranan yang berkaitan antara satu sama lain. Ia memberi gambaran teratur tentang sesuatu fenomena dengan menyatakan hubungan antara angkubah untuk menerangkan dan meramalkan fenomena tersebut.” (HBML4203: 98)

Teori kesusasteraan muncul daripada pemerhatian yang umum terhadap fenomena sastera tanpa menekankan persoalan-persoalan kebudayaan atau sejarah pada peringkat awalnya. Ahli-ahli kesusasteraan berminat mengkaji karya sastera secara menyeluruh dan cuba merangka pendekatan dan prinsip kajian kesusasteraan, meneliti secara halus ciri-ciri yang terdapat dalam segala ilmu samada tentang Sains, Sains Kemasyarakatan atau Sains Kemasyarakatan.

Menurut Ali Hj Ahmad (1994:14) adalah berkaitan dengan pengajian tentang prinsip-prinsip kesusasteraan, pengkelasannya atau dengan kata lain, pandangan bahawa kesusasteraan itu mempunyai susunan dan untuk memahami susunannya, ia memerlukan peraturan-peraturan yang digubal setelah melihat ciri-ciri yang umum, yang khusus dan tersendiri. Ringkasnya teori melihat fenomena sastera dan unsur-unsur berkaitan seperti sifat dan tujuan penghasilan sastera, hubungan antara karya

16

Page 17: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

17

dengan unsur luar seperti biografi penulis dan psikologinya serta yang ketiga melihat aspek-aspek strukturnya. Apa yang jelas teori membuat generalisasi yang ilmiah dengan bukti dan hujahan yang kukuh.

Teori sastera terbahagi kepada dua iaitu Teori Klasik Kesusasteraan dan Teori Moden Kesusasteraan. Rujuk rajah 3.

Rajah 35.1 Teori Klasik Kesusasteraan

Secara dasarnya ditemui empat teori klasik kesusasteraan dalam pengajian kesusasteraan. Empat teori utama dalam teori klasik kesusasteraan boleh dilihat melalui rajah 4 di bawah.

Rajah 4i. Teori Peniruan (Plato)

Teori terawal dikemukakan oleh Plato melalui bukunya yang berjudul Republic. Plato menyatakan bahawa karya sastera sebagai suatu peniruan yakni proses yang melalui penapisan dua kali daripada bentuk ideal atau hakikat. Teori ini dianggap sebagai teori kesusasteraan tertua yang berusaha untuk menghuraikan karya kreatif. Plato melihat apa yang terhasil melalui proses peniruan terhadap benda yang benar akan menghasilkan sesuatu yang palsu.

ii. Teori Mimesis

17

Teori Sastera

Teori Klasik Kesusasteraan

Teori Moden Kesusasteraan

Teori Klasik Kesusasteraan

Teori Peniruan (Plato)

Teori Moral (Horace)

Teori Pragmatik (Quintilian)

Teori Memesis (Aristotle)

Page 18: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

18

Namun pandangan Plato ditentang oleh anak muridnya iaitu Aristotle. Kepada Aristotle dalam bukunya Poetic, beliau melihat representasi adalah bentuk ‘mimesis’ yang membawa maksud penyalinan semula ke arah yang lebih positif. Aristotle mempunyai perspektif yang lebih ke hadapan daripada Plato, kerana beliau melihat representasi yang ditiru semula perlu bermoral ke arah nilai baik yang boleh mengangkat sesuatu karya. Contohnya kesan ‘katharsis’ daripada peniruan itu boleh meninggalkan rasa puas audiens, rasa kekaguman dan insaf akan kebesaran Ilahi.

iii. Teori Moral

Teori ini diutarakan oleh Horace melalui bukunya yang berjudul Poetica, menjelaskan bahawa karya sastera sewajarnya meninggalkan kesan pengajaran dan pendidikan. Tanggapan teori moral ialah, teks kesusasteraan bukan sahaja sebagai satu hasil seni tetapi yang lebih besarnya ialah bagaimana sastera itu melalui isi dan matlamatnya boleh menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang baik dan sempurna. Kesusasteraan daripada sudut ini dilihat sebagai unsur yang bersifat didaktivisme. Yakni, yang mempunyai idealogi ke arah menyampaikan pengajaran, didikan dan pembentukan akhlak yang baik.

Horace menitikberatkan unsur didaktif sebagai keperluan yang perlu ada dalam karya di samping untuk tujuan hiburan. Melakukan kritikan berasaskan teori moral bermakna pengkritik berusaha mengkaji dan menganalisis isi teks serta menilai sesuatu teks kesusasteraan dengan memberi penekanan kepada nilai-nilai moral dan kesannya didaktivismenya kepada masyarakat. Dalam hal ini tentunya teks-teks kesusasteraan yang baik dan sarat dengan persoalan perilaku masyarakat sangat sesuai dikaji menggunakan pendekatan ini. Fokus pengkritik tentunya berusaha menimba dan menggali nilai-nilai murni, mesej dan pengajaran yang mengandungi unsur pendidikan. Pengkritik juga akan menghubung isi teks dengan realiti di luar teks untuk mengukuhkan signifikasi moral yang dikritik.

iv. Teori Pragmatik

Teori ini diasaskan oleh Quintilian. Menerangkan karya memberikan kesan katharsis iaitu rasa puas dalam kalangan pembaca dan penonton (drama/teater).

5.2 Teori Moden Kesusasteraan

Teori moden merujuk kepada penggunaan teori yang muncul di dalam era pembaharuan atau selepasnya sehingga tahun akhir abad ke-20. Rene Descartes (1596-1650) dianggap sebagai pelopor pemikiran moden dengan dua ciri asas yang mendominasi modenisme iaitu rasionalisme dan empirisme. Beberapa teori moden

18

Teori Moden Kesusasteraan

Pendekatan Intertekstualiti Teori Resepsi Pendekatan

SemiotikTeori

StrukturalismeTeori Sosiologi

Sastera

Page 19: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

19

kesusasteraan akan dipilih sebagai contoh untuk dibincangkan seperti dalam rajah 5 di bawah.

Rajah 5

5.2.1 Pendekatan Intertekstualiti

Diperkenalkan oleh Mikhail Bakhtin pada tahun 1926. Menurut Bakhtin, semua karya sastera dihasilkan berdasarkan kepada dialog antara teks dengan teks-teks lain. Jelasnya teori ini memperlihatkan hubungan antara teks dengan teks yang lain. Maksud teks-teks yang lain adalah unsur-unsur luar dalam sesebuah karya sastera iaitu apa sahaja yang dapat memberikan sumbangan terhadap pembinaan sesebuah karya sastera.

Contohnya jika penulis ingin menulis sebuah drama tentang perang. Selain ceritanya berkisar dari sudut peperangan yang dipenuhi dengan peristiwa tembak menembak, unsur-unsur lain juga perlu dimasukkan seperti latar belakang, sebab musabab dan hal-hal lain yang menjadi punca kepada peristiwa perang tersebut. Mungkin juga penulis dipengaruhi oleh peristiwa perang yang sebenar daripada buku sejarah. Sumber-sumber seperti pengamatan, pembacaan dan peristiwa-peristiwa sebenar dalam sejarah adalah penting sebagai unsur luar yang turut membantu penciptaan sesebuah hasil karya sastera.

Teori ini kemudiannya dikembangkan oleh Julia Kristeva. Kristeva berpendapat bahawa setiap teks terbina hasil daripa kutipan, peresapan dan transformasi teks-teks lain. Kebanyakkan teks mempunyai hubungan, ikatan dan jalinan dengan teks-teks lain. Kajian Intertekstualiti cuba mengimbangi di antara teks dalaman dengan teks luaran. Oleh itu pendekatan ini tidak sahaja tertumpu kepada soal pengaruh dalam penciptaan karya tetapi ia juga menitikberatkan komponen-komponen yang membina sesebuah teks seperti melihat perubahan atau penentangan satu atau lebih sistem yang ada dalam sesebuah karya sastera termasuk dari sudut pengertiannya, simbolnya dan bentuknya. Sebagai rumusan, teori atau pendekatan intertekstualiti melihat sesebuah hasil sastera yang dihubungkan dengan teks-teks lain yang mempelbagaikannya.

5.2.2 Teori Resepsi

19

Page 20: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

20

Teori ini dipelopori oleh Leo Lowenthal setelah beliau meneliti karya-karya Rostoyerski yang ditulis antara tahun 1880 hingga 1920. Teori resepsi melihat bagaimana pembaca memberikan makna terhadap karya sastera yang dibaca sehingga dapat memberikan reaksi atau tanggapan terhadapnya. Tanggapan ini boleh pula bersifat pasif dan juga aktif. Tanggapan pasif adalah bagaimana seseorang pembaca dapat memahami karya sastera atau dapat melihat hakikat estetika yang ada di dalamnya. Manakala tanggapan negatif pula bermaksud bagaimana pembaca merealisasikannya. Pada dasarnya teori ini mengakui hakikat polisemi (pelbagai makna) pada sesebuah karya sastera dan bukannya bersifat monosemi ( satu makna sahaja).

Secara umum, prinsip teori resepsi dapat dilihat sebagai :Bertolak daripada satu pembicaraan samada penerimaan atau penolakan yang melihat fungsi dan hubungan antara karya dengan pembaca. Seterusnya meneliti reaksi pembaca terhadap makna yang terkandung dalam teks. Setiap hasil karya atau teks mengandungi fenomena makna. Pembaca akan mencari rangka atau skema untuk mencari jawapan kepada fenomena tersebut. Terdapat dua peringkat yang terjadi kepada pengarang sewaktu membaca sesebuah karya iaitu cuba melakukan konkritisasi dan cuba membina semula karya tersebut.

Dalam hubungan antara karya dengan pembaca ialah bahawa penerimaan pembaca selalunya berhubung dengan pekerjaan, sosialisasi, persekitarannya dan kepercayaan. Selain itu nilai atau sikap pada diri pembaca untuk menilai sesebuah karya atau suasana dan keadaan penerimaan pembaca terhadap karya yang dibaca.

5.2.3 Teori Kebahasaan (Pendekatan Semiotik)

Diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure dan Charles Sanders Pierce. Saussure menggunakan istilah semiologi manakala Pierce menggunakan istilah semiotik. Pierce mendefinisikan semiotik sebagai teori umum untuk tanda dalam bidang yang lebih luas sehingga menjangkau simbol-simbol, gambar dan angka. De Saussure meletakkan semiologi sebagai satu sistem konvensi untuk berkomunikasi dan boleh diaplikasi untuk kajian linguistik. Apa yang jelas pendekatan ini melihat karya sastera sebagai hasil kreativiti yang mempunyai sistem tersendiri. Sistem ini dapat dikenali melalui penggunaan tanda atau kod yang dijelmakan dalam sesebuah karya. Ringkasnya teori kebahasaan atau semiotik melihat sistem perlambangan dan pertandaan yang terdapat dalam sesebuah teks sastera.

5.2.4 Teori Strukturalisme

20

Page 21: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

21

Bermula di Perancis dan pada tahun 1970-an berpindah ke Eropah, Amerika dan negara Dunia Ketiga. Menurut sejarah, ia lahir daripada aliran formalisme di Russia pada tahun 1915. Tokoh yang mempelopori aliran ini ialah Jakobson, Suklovsky, Eichenbaum dan Tynjanor. Strukturalisme mengambil berat fungsi atau peranan yang dimainkan oleh individu jika peranan itu mengambil hubungan dengan peraturan atau undang-undang yang mengawal kehidupan secara menyeluruh. Tegasnya ia memberi tumpuan di dalam sesebuah karya tanpa mengaitkannya dengan unsur-unsur di luar karya yang membantu penciptaannya.

Ditemui tiga gagasan penting berhubung teori ini. Iaitu prinsip kaitan, prinsip keseluruhan dan analisis secara sinkronik. Prinsip kaitan bererti hubungan di antara setiap unsur dalam sesebuah karya sastera yang membangunkannya seperti antara plot, tema, watak dan perwatakan, latar dan gaya bahasa. Manakala prinsip keseluruhan bermaksud melihat keseluruhan bahagian sastera sebagai objek kajian. Ini bererti tidak timbul penelitian bahagian-bahagian sastera secara terpisah antara satu sama lain. Gagasan secara sinkronik pula bererti perhatian dipusatkan kapada hubungan-hubungan yang ada pada suatu masa tertentu. Ini bererti penciptaan sesebuah karya sastera yang menggunakan teori ini tidak ditentukan oleh proses sejarah tetapi oleh jaringan struktural.

5.2.5 Teori Sosiologi Sastera

Salah satunya ialah teori Taine. Teori ini menganggap bahawa karya sastera dapat dikesan daripada dasar material sesebuah masyarakat iaitu ras, waktu dan lingkungan. Ras dihubungkan dengan hal kejiwaan, perasaan, bentuk tubuh dan sebagainya. Waktu pula dihubungkan dengan jiwa sesuatu zaman. Lingkungan difokuskan kepada keadaan cuaca dan geografi. Berdasarkan beberapa faktor yang dimaksudkan itu, teori ini ternyata tidak sistematik.

Teori ini juga tidak menghubungkan sastera dengan sosiobudaya tetapi dengan faktor alam yang dikatakan mempengaruhi manusia. Oleh yang demikian tidak berlaku di dalam sosiologi sastera. Sosiologi sastera menghubungkan sastera dengan sosiobudaya, bukannya alam. Oleh itu tumpuan diberikan kepada hubungan antara manusia. Oleh yang demikian teori Taine tidak diterima pakai pada masa ini.

6.0 Kritikan Sastera

Di Malaysia, kritikan sastera sudah diterima sebagai satu sains atau disiplin ilmu. Kritikan sastera yang dihantar dalam bentuk tulisan merupakan usaha mencari dan menentukan nilai karya sastera secara jujur.  Tugasan ini dilaksanakan dengan kaedah yang bersistematik, sama ada secara kritikan impresionistik mahupun secara serius.

21

Page 22: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

22

Kritikan ini sering pula mendapat wadah di akhbar, lalu dikenali sebagai kritikan jurnalistik.  Sementara itu tulisan kritikan yang serius, dilaksanakan dengan penelitian bersandarkan pelbagai disiplin ilmu, dikenali sebagai kritikan ilmiah. Kritikan ilmiah banyak dilaksanakan pada peringkat pengajian tinggi dan diterbitkan dalam jurnal atau buku. Dalam usaha menentukan nilai sesebuah karya sastera, pengkritik harus memanfaatkan ilmu pengetahuannya sesuai dengan pendekatan yang dipilihnya. Lebih daripada itu, pengkritik harus menurunkan hujahnya yang relevan dan munasabah bagi memperkukuhkan apa yang dikritiknya.

Kritikan sastera adalah disiplin ilmu.  Sebagai disiplin ilmu, aktiviti kritikan sastera ada matlamat.  Yang ketara, antara pencipta (pengarang) karya sastera dengan pengkritik (dikenali juga sebagai kritikus atau kritikawan) sastera, wujud situasi yang tidak seimbang, malah semacam wujud jurang.  Bagaimanapun, kritikan sastera memiliki tujuan yang pelbagai dalam usaha memajukan kesusasteraan.

 Kritikan sastera membantu khalayak pembaca memahami sesuatu karya sastera, di samping mentafsirkan dan menilai karya.  Penilaian tentang berjaya atau tidak karya sastera harus dibuktikan secara objektif -- di mana dan mengapa karya itu kuat atau gagal. Dengan hujah yang tepat dan konkrit, maka pembaca akan maklum kebaikan atau kekurangan karya itu.

 Sasaran kritikan sastera bukan sahaja pembaca tertentu malah pengarang (lebih-lebih lagi pengarang baru) dan masyarakat/peminat sastera.  Dengan adanya kritikan sastera, maka terhindar jurang pemisah antara teks sastera dengan pembaca, atau antara penikmat sastera dengan pengarang.  Kesemua ini berfungsi mengelakkan kerancuan dan memungkinkan karya sastera lebih mudah dimasyarakatkan.  Jelaslah, betapa kritikan sastera amat diperlukan dan mempunyai signifikan bagi menentukan kelangsungan jalur perkembangan sastera.

Untuk lebih terperinci, Hashim Awang (1984: 80) menyenaraikan sembilan fungsi kritikan sastera seperti yang berikut ini:

1. Menyumbang dan mengembangkan pengetahuan.

2. Memberi bantuan besar kepada pembaca menikmati karya sastera dengan menerangkan tentang teks sastera dan pengarangnya dengan jelas.

3. Membezakan antara teks sastera yang baik dengan teks sastera yang tidak baik.

22

Page 23: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

23

4. Menolong pengarang mendidik masyarakat setelah pengarang mengetahui

kegemaran dan kemahuan pembaca, iaitu jenis atau bentuk karya sastera yang mereka

minati dan ingin.

5. Memberi keterangan kepada pengarang cara menyesuaikan karya sasteranya dengan pembaca.

6. Memberi perangsang di samping mendidik orang ramai supaya giat membaca.

7. Menghapuskan prasangka buruk terhadap karya sastera dan juga kesusasteraan.

8. Memperkenalkan karya sastera yang baru kepada mereka yang tidak sempat membaca.

9. Memperbetul salah faham yang timbul antara pengarang dengan pembaca dan menjadi seperti pihak yang menyelesaikan masalah.

Untuk lebih memahami fungsi atau matlamat kritikan sastera itu, dapat kita telusuri beberapa buah buku yang berkaitan:

Novel-novel Malaysia dalam Kritikan (DBP: 1982) selenggaraan Hamzah Hamdani, termuat 28 tulisan kritikan sastera, menganalisis, mentafsir dan menilai novel Melayu yang terpenting dengan menelitinya daripada multiaspek dan memanfaatkan multipendekatan antara lainnya seperti formalistik, sosiologi, psikologi, tipainduk, dan perlembagaan.

Riak dan Gelombang Sastera Melayu:  Kumpulan Esei/Kritikan Ramli Isin (DBP: 1987) selenggaraan Othman Puteh yang memuatkan enam kritikan sastera yang dilihat daripada perspektif sosiologi terhadap antologi cerpen Destini, novel Ombak Bukan Biru, Seluang Menodak Baung dan puisi Warna Maya.

Penciptaan dan Kemanusiaan dalam Cerpen dan Novel (PFB: 1998) karya Hashim Awang yang membicarakan karya Shaharom Hussain, Abdullah Hussain, A. Samad Ismail, Arena Wati, dan Usman Awang daripada pelbagai aspek dan pendekatan. Pengisian Dunia Sastera (DBP: 1995) oleh Othman Puteh yang menelaah genre cerpen dan novel, antaranya Langit Petang A. Samad Said, Saga dan Warisan karya Abdul

23

Page 24: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

24

Talib Mohd. Hassan, Warna Sebuah Lembah karya Osman Ayub, Empangan karya Zakaria Ali, Tikus Rahmat karya Hassan Ibrahim, dan Perlumbaan Kedua karya Marwilis Haji Yusoff.

Secara tidak formal dikatakan kritikan sastera bermula pada tahun 1930-an.  Menurut kajian Hashim Awang (1988: 102-103) ini tahap pertama bagi mengisi era dari tahun 1930-an hingga tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1941, dikenal sebagai Era Sebelum Perang Dunia II. Pada era ini, kritikan sastera dikatakan baru membentuk tradisinya sejajar dengan perkembangan cerpen yang pesat dalam media cetak. Sesuai dengan bentuknya yang baru lahir dan terlaksana tidak secara serius, maka kritikan itu dipenuhi penilaian yang dangkal, agak emosional (tanpa pendekatan yang tertentu), dan agak subjektif. Antara tulisan kritikan sastera itu ialah "Tun Seri Lanang dan Munsyi Abdullah" oleh Keris Melayu (Majalah Guru, 1 Julai 1935); "Kita dengan Munsyi Abdullah," oleh Mohd. Yusof Ahmad (Majlis, 22 Ogos 1935) dan "Anak Negeri dengan Musnyi Abdullah" oleh Kabha (Majlis, 2 September 1935).

TUGASAN 2 : UNSUR-UNSUR INTRINSIK KARYA SASTERA DAN KOMSAS

2.0 Pengenalan

2.1 Unsur-unsur Intrinsik karya Sastera

Yang dimaksudkan unsur-unsur intrinsik adalah unsur-unsur pembangun karya sastera yang dapat ditemui di dalam teks karya sastera itu sendiri. Sedangkan yang dimaksudkan dengan analisis intrinsik adalah cuba memahami suatu karya sastera berdasarkan informasi-informasi yang dapat ditemui di dalam karya sastera tersebut

24

Page 25: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

25

atau secara eksplisit terdapat dalam sesebuah karya sastera. Hal ini berdasarkan kepada pandangan bahwa suatu karya sastera mencipta dunianya sendiri yang berbeza dari dunia nyata. Segala sesuatu yang terdapat dalam dunia karya sastera merupakan fiksyen yang tidak berhubungan dengan dunia nyata. Secara umumnya unsur intrinsik terdiri dari :

i. Tema dan persoalanii. Struktur cerekaiii. Plotiv. Watak dan perwatakanv. Latarvi. Sudut pandanganvii. Stailviii. Bahasa dan ix. Puisi

i. Tema persoalan

Tema ialah persoalan utama yang diungkap berdasarkan sesuatu tujuan dan di dalamnya terkandung objek, peristiwa, kejadian dan sebagainya. Tema boleh juga dikatakan sebagai buah kiran atau idea penulis. Semua cereka mengemukakan satu perkara dan satu gagasan penyatuan. Gagasan penyatuan itulah yang disebut tema. Dengan kata lain, tema bolehlah didenisikan sebagai sesuatu yang menjadi fikiran utama pengarang di dalam sesebuah naratif. Naratif atau cerita ialah pilihan pengarang. Oleh sebab itu, tema sesebuah cereka dapat dikesan melalui penggaluran peristiwa dan aksi dari awal hingga akhir yang dicernakan melalui watak dan unsur lain yang mendukunginya.

ii. Struktur Cereka

Sehubungan itu, Hashim Awang mendenisikan struktur sebagai penyusunan daripada pelbagai elemen di dalam sesebuah cereka sehingga berhasil melahirkan kesan keindahan seni. Beberapa elemen dalaman yang dimaksudkan itu ialah plot, perwatakan, latar, sudut pandangan, stail dan gaya bahasa. Kesemua elemen-elemen penting itu perlu disusun serapi mungkin untuk melahirkan karya yang tinggi nilai seninya.Oleh itu, ketika struktur masih berada pada tahap perancangan, pengarang terlebih dahulu memilih atau merangka persoalan pokok yang hendak diolahnya

25

Page 26: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

26

Plot

Plot atau galur cerita ialah penceritaan peristiwa yang berasaskan sebab musabab. Istilah ini boleh juga ditakrifkan sebagai kisah berangkai yang bersebab, disulami dengan konik atau permasalahan dan disudahi dengan penyelesaian. Secara konvensional, plot dibina berasaskan permulaan, perkembangan dan akhirnya kesudahan (peleraian).Ada dua jenis plot, iaitu plot kronologi (mengikut urutan perjalanan waktu) dan plot tidak kronologi (tidak mengikut urutan perjalanan waktu).

Watak dan perwatakan

Yang dimaksud dengan watak ialah individu ciptaan/rekaan pengarang yang mengalami peristiwa-peristiwa atau konflik. Pada umumnya watak dalam sesebuah karya sastera ialah manusia, binatang atau benda yang berwatak seperti manusia. Berdasarkan fungsi watak dalam cerita, watak dapat dibezakan menjadi dua yaitu tokoh utama dan watak sampingan. Watak boleh dibahagikan kepada tiga iaitu watak bulat, watak leper dan watak kodi. Watak bulat ialah watak yang berkembang yakni menunjukkan reaksi terhadap situasi dan berbagai-bagai peristiwa. Watak leper pula ialah watak static. Manakala watak kodi ialah watak yang tidak berperanan di dalam cereka, adakalanya hanya disebut oleh mana-mana watak dalam sesuatu peristiwa. Watak utama adalah watak yang banyak mengalami peristiwa dalam cerita. Watak utama dibezakan kepada dua iaitu :a. Watak utama protagonis. Watak utama protagonis adalah watak yang

membawakan perwatakan positif atau menyampaikan nilai-nilai positif.b. Watak utama antagonis. Watak utama antagonis adalah watak yang membawakan

perwatakan yang bertentangan dengan protagonis atau menyampaikan nilai-nilai negatif.

Perwatakan ialah gambaran keseluruhan sifat watak yang ditonjolkan, iaitu kelakuan, perasaan, cara berkir dan sebagainya. Perwatakan memainkan peranan penting untuk menghidupkan cerita kerana unsur itulah yang menjadi punca kewujudan konik antara watak.

Latar

Latar atau setting ialah segala unsur atau aspek yang mengiringi dan mendampingi perkembangan sesebuah tema dan persoalan yang menjadi pokok pemikiran pengarang. Unsur dalam latar ialah tempat, cara hidup para pelaku, masa dan latar belakang yang am. Oleh itu, pembicaraan tentang latar sering ditumpukan kepada latar tempat, masyarakat, budaya dan masa.

26

Page 27: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

27

Sudut pandangan

Sudut pandangan ialah suatu unsur struktur yang penting. Kewujudannya dapat menjelaskan siapa yang mengisahkan sesuatu cerita, menjadi pusat pengisahan dan berhubung rapat dengan watak. Secara umumnya, sudut pandangan terbahagi kepada tiga kategori, iaitu sudut pandangan orang pertama, sudut pandangan orang ketiga dan sudut pandangan aliran kesedaran.

Sudut pandangan orang pertama ialah pengemukaan cerita oleh salah seorang watak atau oleh pengarang sendiri. Pengarang mungkin turut terlibat atau meresapkan dirinya ke dalam salah satu watak yang mengisahkan cerita. Pengarang berselindung di sebalik watak itu. Kata ganti nama yang biasa digunakan ialah ‘aku’ atau ‘saya’.

Dalambentuk yang pertama, pencerita ialah watak utama atau pengarang sendiri. Watak utama menggunakan kata ganti nama ’aku’. Pengarang menggunakan kata ganti nama ’saya’.

Dalambentuk yang kedua, pengarang meresapkan dirinya di dalam watak sampingan untuk menceritakan apa yang dilihat dan didengarnya sahaja secara lurus dan benar.

Manakala dalam bentuk yang ketiga, pencerita mengisahkan apa-apa yang dilihatnya sahaja tanpa memberi sebarang reaksi kepada apa-apa yang dilihatnya itu. Dalam sudut pandangan orang ketiga, pengarang berada di luar cerita. Kata ganti nama yang digunakan ialah ‘dia’ dan ‘mereka’. Pencerita tidak terlibat dalam cerita dan namanya pun tidak diberikan. Sudut pandangan kategori ini terbahagi kepada tiga bentuk, iaitu:

(i)Pencerita Serba Tahu(ii)Pencerita Terbatas dan(iii)Pencerita Objektif.

Stail

Stail atau gaya membawa maksud cara yang digunakan oleh pengarang untuk mengemukakan kisahnya berdasarkan sesuatu tema yang menjadi pemikirannya dan mengungkapkan kembali cerita itu dengan menggunakan media bahasa. Berlainan dengan teknik, stail memberi perhatian khusus kepada jalinan cerita yang berdasarkan:

(i) Diksi (ii) Imej dan

27

Page 28: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

28

(iii) Imejan.

Anda harus ingat bahawa stail merupakan penyataan identiti kepengarangan seseorang dan cara mempersembahkan idea. Dengan demikian, plot berhubung rapat dengan stail yang merupakan gaulan antara idea yang ingin diketengahkan dengan kata-kata untuk melahirkan karya yang mencapai kesatuan, yakni bertepatan dengan penyataan sikap pengarang dan sesuatu penceritaan.

Gaya Bahasa

Gaya bahasa bermaksud pemindahan semua unsur bahasa yang dimiliki pengarang untuk menerang semua idea dan pemikirannya tentang persoalan dan permasalahan yang menjadi renungannya. Aspek bahasa yang penting ialah pemilihan kata, penyusunan ayat, bahasa kiasan, perlambangan dan sebagainya.

Puisi

Puisi bukan naratif mempunyai unsur tersendiri yang berbeza dengan prosa dan puisi naratif. Antaranya ialah rima, jeda dan irama. Kesemua unsur ini mempunyai fungsi.

Rima

Rima ialah skema bunyi di dalam baris-baris puisi. Rima akhir baris ialah susunan bunyi tertentu pada akhir setiap baris bagi serangkap puisi. Rima akhir digambarkan dengan susunan huruf. Contohnya, rima akhir pantun ialah a-b-a-b dan rima akhir syair ialah a-a-a-a.

Jeda

Tempat hentian sementara di dalam ayat untuk membahagikan makna supaya jelas dan juga menimbulkan rentak. Tanda ( / ) di dalam pantun di bawah menunjukkan tempat hentian sementara itu.

Jikalau tuan / pergi ke Jambi,Kemboja / tumbuh di batu;

Jikalau tuan / kasihkan kami,Ambillah mega / buatkan baju.

28

Page 29: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

29

Irama

Kita sudah pun berbincang tentang unsur teknik dalam bahagian penyusunan ayat, imejan, diksi dan sebagainya. Kesemuanya bertujuan untuk melahirkan kesan muzik bahasa yang harmoni dan berkesan. Misalnya, persamaan bunyi di hujung perkataan di dalam satu ayat yang disertai rentak dinamakan homoioteleuton (hujungan yang sama) seperti di dalam peribahasa berirama di bawah ini:

Ikut suka luka,Ikut rasa binasa,

Ikut hati mati.

2.2 KOMSAS

KOMSAS ialah akronim kepada komponen Kesusteraan Melayu. Ianya telah mula

diperkenalkan pada tahun 2001 dengan tujuan untuk mendedahkan unsur sastera

kepada semua pelajar. Komsas telah diselitkan dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Dalam Komsas telah diperuntukkan dua waktu pengajaran dalam seminggu. Komsas

berperanan untuk memantapkan aspek emosi dan pada masa yang sama , ia akan

mewujudkan variasi dalam pengajaran Bahasa Melayu. Terdapat pelbagai teknik yang

boleh digunakan dalam pengajaran Komsas yang boleh dipecahkan kepada tiga

kelompok yang besar iaitu

1. lakonan, teater pembaca dan teater bercerita

2. kerusi panas dan main peranan

3. improvisasi, tatacerita dan mestamu

Dalam pengajaran Bahasa Melayu. KOMSAS telah dimasukkan di dalam hasil

pembelajaran estetik. Secara umumnya diharapkan melalui pengajaran ini dapat

mempertingkatkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek kebahasaan,

keindahan dan kehalusan bahasa. Terdapat senarai karya yang telah ditetapkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia. Gerne sastera yang dimaksudkan adalah novel,

cerpen, drama, sajak, puisi tradisional dan prosa tradisional.

29

Page 30: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

30

2.2.1 Pendidikan KOMSAS dalam Konteks Pendidikan Kebangsaan

Sebagaimana yang diketahui, KOMSAS merupakan suatu medium yang diharap

akan membentuk serta memantapkan aspek emosi dan rohani, seperti mana yang

disarankan di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Jelasnya, KOMSAS berperanan

sebagai pembentuk emosi yang berkesan melalui penghayatan bahan-bahan sastera

yang ditetapkan.

2.2.2 Konsep Bersepadu dalam Pendidikan KOMSAS

Konsep bersepadu dalam KOMSAS meliputi dua aspek yang kedua-duanya

saling berkaitan. Yang pertama ialah aspek ilmu, iaitu apabila pengajaran KOMSAS

menyepadukan ilmu kesusasteraan dengan ilmu bahasa. Hal ini bermakna, dalam

masa pengajaran Bahasa Malaysia, pelajar-pelajar akan diajar ilmu-ilmu yang berkaitan

dengan Kesusasteraan seperti tema, plot, gaya bahasa dan sebagainya. Aspek yang

kedua ialah penyepaduan dalam aspek bahan pengajaran. Dalam pengajaran Bahasa

Melayu, bahan-bahan kesusasteraan seperti cerpen, sajak, novel dan sebagainya boleh

digunakan sebagai bahan pengajaran.

2.2.3 Matlamat dan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS

Secara umumnya, P&P KOMSAS digubal untuk memenuhi beberapa matlamat.

Menurut Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), 2002,

KOMSAS tergolong di dalam hasil pembelajaran bidang estetik. Ia diharapkan dapat

mempertingkatkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek kebahasaan,

keindahan dan kehalusan bahasa. Di samping itu, komponen ini juga mengutamakan

penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan dan penghayatan. Sehubungan

dengan itu, KOMSAS diajarkan untuk memenuhi objektif-objektif berikut:

(a) Menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera di kalangan pelajar;

(b) Mempertingkatkan kemahiran berbahasa;

(c) Merangsang kemahiran menilai dan mengkritik pelbagai karya satera; dan

(d) Memupuk semangat yakin diri.

3.0 Kesimpulan

30

Page 31: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

31

Sastera Melayu hari ini memerlukan anjakan paradigma terutama sekali diperingkat tingginya khususnya di IPTA. Sastera Melayu harus, malah wajib dinobatkan sebagai matapelajaran yang canggih. Hari ini masyarakat kagum dengan matapelajaran sains, teknologi, ekonomi dan matematik, tetapi tidak kagum dengan sastera disebabkan sastera masih berlegar-legar dalam bentuk kajian deskriptif dan analisisnya masih terikat kuat dengan teori struktur, khususnya disekolah menengah.

Dalam usaha menghidupkan kembali minat masyarakat kepada kesusasteraan, sokongan daripada semua pihak sangat diperlukan agar usaha ini lebihberhasil.Dalam hal ini, kepakaran dalam bidang teknologi juga diperlukan.Bersesuaian dengan eraTeknologi maklumat (IT), pengajian kesusasteraan perlu dilengkapkan dengan kursusTeknologi khususnya teknologi komputer memandangkan graduanGraduan yangMemperoleh pekerjaan yang baik terdiri daripada mereka yang mempunyai kemahiran IT Dan komunikasi.

Secara kesimpulannya, suatu falsafah, perancangan, kaedah atau pendekatan yang betapa unggul pun tidak akan memberikan hasil sekiranya tiada siapa pun memperdulikan kedudukan sastera di tanah air kita sendiri. Dalam pada itu, Kementerian Pelajaran Malaysia memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya selain daripada kerjasama pihak sekolah dan masyarakat dan tokoh-tokoh serta karyawan sastera tanah air.RUJUKAN :

Harun Jaafar (Dr) (2010). HMBL4203 Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur, Open University Malaysia.

Samsina Abd Rahman (1998). Falsafah dan Pengajian Kesusasteraan Melayu. Bangi, Universiti Putra Malaysia.

Hashim Awang (1988). Kritikan Kesusasteraan : Teori dan Penulisan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hamid (1988). Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur, Longman.

http://lazacode.com/index.php?option=com_content&view=article&id=432&Itemid=129

http://kencanamerana.blogspot.com/search/label/SASTERA%20TRADISIONAL%20STPM

31

Page 32: Kesusasteraan Melayu dan KOMSAS

32

http://www.ashtech.com.my/DIL/sastera/book003.htm

http://jalantelawi.com/2010/05/perkembangan-bahasa-melayu-moden/

http://johoreanstudentsociety.blogspot.com/2009/11/fakta-menarik-tentang-negeri-johor.html

http://melayuonline.com/eng/personage/dig/342/nuruddin-al-raniri

http://www.2lisan.com/biografi/tokoh-islam/syeikh-nuruddin-ar-raniri/

http://ahmadsamantho.wordpress.com/2010/06/26/%E2%80%9Cbustan-al-salatin%E2%80%9D-al-raniri/

http://sejarah2u.blogspot.com/2008_11_01_archive.html

http://www.pnm.my/yangpertama/Sastera_Kajai.htm

http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=849&IID

http://www.kapasitor.net/community/post/789

http://latifmaulan.blogspot.com/http://teorisastera.blogspot.com/2009/12/kritikan-pragmatik.htmlhttp://members.tripod.com/~nita_73/penghantar_kritikansastera.html

32