kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu

36
SELAMAT DATANG TAHNIAH KELAS TAMBAHAN MINGGU 1 KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL

Upload: shamarsetia

Post on 28-Jun-2015

1.299 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

  • 1. SELAMAT DATANGTAHNIAHKELAS TAMBAHAN MINGGU 1KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL

2. Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional merujuk kepada tiga aspekpenting iaitu :1. Tahap 2. Tokoh, dan; 3. Persoalan dan Latar Masyarakat 3. TAHAPPengkajian terhadap tahap sebenarnya melihat semula kepada jeniskesusasteraan Melayu tradisional daripada kedua-dua cabang iaitu lisan dantulisan. Kedua-dua jenis kesusasteraan ini dilihat dari segi zamankemunculannya. Sekurang-kurangnya ada empat tahap atau fasa dalamperkembangan kesusasteraan lisan iaitu:1. Tahap Pertama - zaman animisme2. Tahap kedua - zaman praIslami) berunsur hindu (atau terdapat unsur buddha)ii) berunsur hindu-Islam (atau Zaman Peralihan)3. Tahap Ketiga - zaman Islam berunsur Islam. 4. Tahap Pertama - animisme Kesusasteraan rakyat atau kesusasteraan lisan merupakan bentuk kesusasteraan yang tertua di dunia. Sastera lisan muncul sejak zaman animisme lagi. Sastera lisan juga dikenali sebagai sastera rakyat. Istilah ini diambil daripada istilah Inggeris folk literature. Di dalam Ensiklopedia Britannica disebut juga sebagai folklore atau oral tradition. Ia dinamakan kesusasteraan rakyat kerana karya yang dihasilkan adalah milik bersama masyarakat dengan penciptanya. Kesusasteraan rakyat dinamakan kesusasteraan lisan kerana ia disampaikan secara lisan. Kini, kemajuan teknologi telah menghasilkan buku-buku cetakan yang memuatkan hasil-hasil lisan ini. Tetapi bukan bermakna ia lari daripada sifat lisannya, malah sifat lisan itu masih boleh ditemui melalui bahasa dan teknik penyampaiannya. 5. Mereka ini adalah daripada kelas rakyat biasa yang lazimnya menjalankan aktivitiekonomi yang mudah seperti petani dan kaum nelayan.Rakyat biasa tinggal menetap di kawasan-kawasan pedalaman, desa-desa danpinggir laut. Oleh itu mereka tidak terdedah kepada pengaruh luar. Bermaknapada waktu itu penjajahan barat masih belum berlaku.Rakyat biasa yang hidup secara simple atau mudah ini juga menghasilkan karyasastera yang simple. Organisasi hidup yang demikian menghasilkan karya-karya sepertimitos, legenda dan cerita rakyat yang semuanya menggambarkan pandangan alamatau world view masyarakat Melayu pada masa itu. Oleh itu tidaklah menghairankan jika cara berfikir mereka yang primitif itumembawa kepada penghasilan karya sastera yang berkaitan dengan kepercayaankepada makhluk halus, kesaktian, roh dan lain-lain lagi.Masyarakat yang bersifat sedemikian tentulah juga menghasilkan karya-karyayang bersifat mudah sesuai dengan kedudukan dan keadaan mereka. lazimnyakarya-karya masyarakat seperti ini terbahagi kepada lima genre cerita yang biasaditemui iaitu Mitos, Legenda, Cerita Binatang, Cerita Jenaka, Cerita LipurLara dan Cerita Teladan. 6. Tahap Kedua - Zaman Pra-IslamZaman Pra-Islam boleh dipecahkan kepada dua iaitu lahirnya karya-karyaberunsur Hindu (atau mungkin berunsur buddha)dan karya-karya berunsur hindu-Islam (zaman hindu-Islam juga dikenalisebagai zaman peralihan).Ia di katakan bermula lebih kurang dalam abad keempat Masihi hingga ke11 Masihi.Pada waktu itu kebudayaan hindu telah meresap masuk ke dalam sistempemerintahan dan kesusasteraan masyarakat di Nusantara.Pengaruh hindu datang bersama-sama dengan bahasa Sanskrit yang secaralangsung memberi pengaruh yang besar kepada bahasa Melayu dan sasteraMelayu.Karya-karya kesusasteraan yang dihasilkan pada zaman Pra-Islam berunsurhindu bertolak kepada karya-karya yang bersandar kepada ajaran agamaHindu semata-mata. 7. Teras kepada karya-karya sastera Melayu yang berunsur Hindu ialah epikRamayana dan Mahabrata. Melalui pengaruh karya ini lahirlah karya-karyaseperti Hikayat Pandawa Lima, Hikayat Pandawa Jaya, Hikayat Seri Rama dansebagainya.Apabila agama Islam muncul di kepulauan Melayu, masyarakat Melayuberalih kepada ajaran Islam.masih terdapat beberapa aspek dalam kebudayaan masyarakat Melayu yangmasih dipengaruhi oleh ajaran agama Hindu termasuklah kesusasteraan.karya-karya sastera yang masih ada pengaruh hindu seperti Hikayat JayaLangkara, Hikayat Ahmad Muhammad dan lain-lain lagi.karya-karya ini pada asalnya berunsur hindu tetapi telah diubahsuai denganmemasukkan unsur-unsur Islam. Sebab itulah ia dikenali juga sebagai sasterazaman peralihan. 8. Tahap Ketiga Tahap ketiga ialah zaman Islam. Kemunculan hasil-hasil kesusasteraan berunsur Islam dikatakan berpunca daripada kemasukan agama Islam ke Nusantara yang dipercayai bermula sejak abad pertama Hijrah. Agama Islam kemudian berkembang pesat di kepulauan Melayu pada abad ke- 13 Masihi. Kemasukan agama Islam telah menyumbang kepada penghasilan karya-karya sastera yang lebih bernilai kerana karya-karya tersebut dapat dirakam dalam bentuk tulisan yang dibawa bersama-sama dengan kedatangan agama Islam. Pada tahap ini karya-karya yang dihasilkan memperlihatkan ciri-ciri ajaran Islam yang sepenuhnya dan seboleh-bolehnya tidak terdapat unsur-unsur asing seperti Hindu-Buddha. Menurut Siti Hawa Salleh (1993) karya-karya sastera berunsur Islam yang terkenal ialah Hikayat 1001 Malam, Hikayat Darmatasiah, Hikayat Qamar al-Zaman dan Hikayat Hassan Damsyik. 9. TOKOH 10. TOKOH-TOKOH DALAM KESUSASTERAAN MELAYUTRADISIONAL TUN SERI LANANG Nama sebenarnya ialah Tun Muhamad bin Tun Ahmad. Dilahirkan diJohor. Beliau ialah keturunan Bendahara Melaka dan Johor. Hidup padaakhir abad ke-17. anak kepada Paduka Temenggung Ahmad.beliau mempunyai pengetahuan yang luas dalam sejarah pertuananMelaka dan Johor. Kebolehan itu mendorong beliau mengarang.Beliau menjadi Bendahara Johor pada zaman pemerintahan Sultan AbdulJalil (1570-1579). Tun Sri Lanang pernah membantu Raja Abdullahmemerintah Johor setelah Sultan Alauddin Riayat Syah tidak berminatmemerintah.Raja Abdullah telah meminta beliau yang bergelar Bendahara PadukaRaja mengarang buku Sejarah Melayu pada tahun 1612. 11. Pada tahun 1613, beliau telah dibawa ke Acheh apabila Johor dikalahkan olehAcheh. Beliau menemui Syeikh Nurudin al-Raniri dan mengajar bahasa Melayukepada Syeikh itu.Di Acheh juga beliau menyambung penulisan bukunya, Buku Melayu. Hal iniada tersebut dalam buku Bustan al-Salatin karya Syeikh Nuruddin al-Ranirifasal 12 bab 11.Beliau sangat meminati kitab-kitab dan buku-buku pengetahuan. Karanganbeliau telah membolehkan kita mengetahui sejarah dan budaya bangsa kita padahari ini. SILA PASTIKAN AWAK MEMAHAMI DAN MENGHAFAL KARYA- KARYA DAN HURAIAN TOKOH INI 12. HAMZAH FANSURIBeliau sangat terkenal sebagai seorang pujangga Melayu-Islam dalam zamankegemilangan Acheh.Beliau dilahirkan di Barus, Sumatera Utara. Beliau terkenal sebagai seorangpenyair dan ahli suluk.Beliau pernah mengunjungi negeri Pahang, Bentan, Jawa, Siam, Mekah danMadinah. Beliau tidak jemu-jemu mempelajari segala ilmu. Beliau jugamengembangkan ajaran-ajaran agama dengan dibantu oleh Syamsuddin al-Sumatera-i. Namun begitu, ajaran-ajaran suluknya ditentang hebat oleh SyeikhNuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf dari Singkel.Segala pendapat, ajaran, dan karangan Hamzah dikatakan membahayakanpengikut-pengikut agama Islam. Akibatnya,Sultan Iskandar Thanimemerintahkan kitab-kitab karangan Hamzah dan Syamsuddin dibakar padatahun1637.Hamzah Fansuri juga terkenal sebagai seorang penyair yang menghasilkankarya yang mengandungi kias ibarat, panduan hidup serta teladan kepadamanusia. 13. Hal ini boleh dilihat dalam Syair Perahu. Beliau mengibaratkan kehidupanmanusia umpama sebuah perahu. Antara syair-syair beliau yang lain ialah SyairBurung Pungguk, Syair Dagang, Syair Sidang Fakir dan Syair Burung Pingai.Manakala karangan beliau yang lain ialah dua buah kitab iaitu Sarab al-Asyikindan Asrar al-Ariffin fi-Bayan Ilmu al-Suluk waI-Tauhid.Hamzah terkenal dalam Kesusateraan Melayu Tradisional sebagai orang yangmemperkenalkan bentuk syair yang kita kenali sekarang ini. Selain itu, beliau jugamenjadi penyumbang utama dalam Sastera Kitab. 14. BUKHARI AL- JAUHARI Beliau seorang pujangga Melayu. Hidup dalam kurun ke-17 Beliau berasal dari Johor, tetapi menetap di Acheh pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Pada tahun 1603, beliau mengarang Taj al-Salatin yang dikatakan berdasarkan kepada beberapa buah kitab daripada bahasa Arab dan Parsi. Kitab ini mengandungi falsafah kemanusiaan, khusus sebagai panduan kepada raja. Namun begitu, Taj al-Salatin sangat terkenal di Alam Melayu, dipelajari oleh bangsawan di Solo dan Jogja serta diterjemahkan ke dalam bahasa Jawa dan Makasar. Kitab ini sangat tinggi nilainya kerana pengaruhnya yang sangat begitu luas. penyumbang kepada genre ketatanegaraan yang membolehkan kita mengetahui peraturan-peraturan yang dipakai pada zaman dahulu untuk memerintah dan tugas serta tanggungjawab semua pihak yang mendiami sesebuah negeri. 15. NURUDDIN AL-RANIRI Nama sebenarnya ialah Syeikh Nuruddin bin Ali al-Raniri. Beliau berasal daripada Render, berhampiran bandar Sirat dalam daerah Gujerat, India. Beliau pernah mempelajari bahasa Melayu daripada seorang Jawa ketika berada di Mekah dan mendalaminya daripada ajaran Tun Sri Lanang. Beliau seorang pengarang yang banyak menghasilkan karya-karya dan memetik serta menterjemah karangan-karangan daripada bahasa Arab dan Parsi. Beliau sangat disayangi Sultan Acheh. Atas perintah Sultan Iskandar Thani, beliau mengarang Bustan al-Salatin (Taman Raja-raja) pada tahun 1638. beliau telah mengarang kitab al-Mustaqin (1628). Beliau juga telah menterjemahkan Kitab Syarah al-Akaid al-Nasafiya ke dalam bahasa Melayu daripada bahasa Arab dengan namanya Durrat al-Faraid Bisyarah al-Akaid. 16. Beliau menentang hebat ilmu suluk yang dikembangkan oleh HamzahFansuri dan Syamsuddin al-Sumatera-i. Untuk itu, beliau mengarang kitabTabyan fi Makrifat al-Adyan (1664) yang mengandungi tentangan terhadapajaran suluk ituAda beberapa buah lagi kitab yang dikarangnya iaitu Asrar al-Insan fiMakrifat al-Roh wal-Rahman (1640), Kitab Akhbar al-Akhirat(1642) danJawahir al-Ulum fi Kasyf al-Maklum (1642).Sebagai seorang ulamak yang disayangi sultan dan keluarganya, beliaumempunyai pengaruh yang sangat besar di kalangan pemerintah sehinggapenentangannya terhadap Hamzah Fansuri dan Syamsuddin disokong sultandan para pembesar lainnya.Beliau merupakan penyumbang utama dalam bidang keagamaan dan jugakitab ketatanegaraan. Sumbangan beliau memberikan pengetahuan, petunjukdan panduan kepada rakyat serta pemerintah. 17. SYEIKH DAUD AL-FATANI Nama sebenar beliau Syeikh Daud ibn Abdullah. Lahir di Krisik, Patani, Selatan Thai pada awal abad ke-18. Beliau pernah belajar selama 30 tahun di Mekah dan 5 tahun di Madinah. Beliau terkenal sebagai ulamak yang banyak mengarang buku-buku agama di samping berdakwah menerusi buku-buku karangannya di seluruh Alam Melayu. beliau mempunyai pengikut dan anak muridnya di seluruh Alam Melayu termasuk raja-raja dan pembesar seperti Sultan Safuddin, Raja Sambas Antara karangan-karangan beliau yang terkenal ialah Kifyatul Muhtaj (Hikayat Mikraj al-Nabi), Al-Dhur al-Thamin (membicarakan tentang pengikut Islam), Ghayatul takrib (membicarakan hukum faraid), Minhaj al-Abidin dan Furu al-Masail waUsul al-Masail. erpandukan hasil-hasil karya beliau, kita dapat menggolongkan Syeikh Daud sebagai ulamak dan pengarang sastera kitab yang gigih dan berpengaruh di Alam Melayu. 18. RAJA ALI HAJI Beliau dilahirkan di Pulau Penyengat, Riau. Berketurunan pembesar Bugis. Datuknya Raja Haji, seorang pahlawan yang menjadi Yamtuan Muda Johor pada tahun 1777. Manakala ayahnya Raja Ahmad ialah pembesar Riau yang pernah dihantar berunding dengan Belanda di Jawa. Beliau pernah mengikut ayahnya menunaikan haji ke Mekah dan menuntut ilmu ke sana. Sekembalinya ke Riau, beliau bertugas sebagai penasihat dan guru kepada Raja Ali, Yamtuan Muda Johor ketika itu. Beliau terkenal sebagai ahli bahasa dan menulis buku tatabahasa Melayu iaitu Bustan al-Katibin (Taman Pujangga) pada tahun 1857. 19. Usaha beliau mendapat sanjungan kerana penyusunannya membantumenambah buku tatabahasa Melayu. Beliau juga mengarang sebuah kamus yangbernama Kitab Pengetahuan Bahasa tetapi karyanya yang paling terkenal ialahTuhfat al-Nafis yang dikarangnya pada tahun 1865 di Pulau Penyengat, Riau yangmenjadi pusat pemerintahan Empayar Johor-Riau.Karya yang berbentuk Sastera Sejarah ini amat berbeza dengan karya yang samadenganya. Sungguhpun masih terdapat mitos dan lagenda di dalamnya, tetapitarikh-tarikh telah diberikan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku, tidakseperti dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai.Karya-karya beliau yang lain ialah Syair Abdul Muluk, Syair SuluhPegawai, Syair Siti Sianah, Gurindam Dua Belas dan Syair Sinar Gemala MastikaAlam.kita boleh menganggap beliau sebagai seorang pengarang yang prolifik padazamannya. Beliau bukan sahaja menyumbang kepada bidang kesusasteraan tetapijuga sejarah dan bahasa. 20. SYED MUHAMMAD BIN ZAINAL ABIDIN Beliau terkenal dengan gelaran Tuk Ku Tuan Besar di Terengganu. Dilahirkn pada tahun 1795. Mendapat pendidikan langsung daripada bapanya dan seorang guru agama bernama Syeikh Abdul Kasir bin Abdul Rahim juga seorang ulamak dan mufti zaman pemerintahan Sultan Baginda Omar di Bulat Bayas. Beliau juga pernah berguru dengan Syeikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin juga ulamak terkenal dan guru kepada Sultan zainal Abidin III. Seterusnya beliau pergi ke Mekah mempelajari ilmu fiqh, usuluddin, tasawuf di samping ilmu bahasa dan ilmu sastera (ilmu balaghah, arud dan qafiah). Hasilnya beliau sangat berminat dengan sastera. Antara karya-karya beliau dalam bentuk puisi nazam ialah Kanz al-Ula, Sirat al-Nabawiyah, Jawahir al-Saniyyah, Al-Durrat al-Fakhirat dan Tahliyat al-Wildan. Beliau juga menghasilkan beberapa karya tentang akidah dan fiqh. Beliau merupakan ahli agama dan sastera yang terkenal di Pantai Timur Semenanjung Malaysia suatu ketika dulu. 21. SYEIKH AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN AL-FATANI Nama sebenar beliau ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa. Lahir di Patani dalam tahun 1856. Mendapat pendidikan agama di tempat kelahirannya di Mekah dan di Mesir. Beliau bukan sahaja mempelajari ilmu usuluddin, fiqh, tauhid, hadis, tafsir, nahu dan saraf malahan sangat cenderung kepada mata pelajaran sains dan sastera. Di samping itu, beliau meminati ilmu perubatan. Beliau telah menghasilkan beberapa buah karya dalam beberapa bidang ilmu. Hasil tulisannya terdapat 10 buah buku dalam bahasa Melayu dan 13 buah buku dalam bahasa Arab. Karangan-karangannya meliputi bidang-bidang usuluddin, fiqh, tasawuf, sejarah, sains, bahasa, sastera dan perubatan. Peluang bertugas di pencetakkan semasa di Mekah dan di Mesir membolehkannya mengarang kitab dan menerbitkannya. 22. Antara karangan beliau yang terkemuka ialah Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin yang memuatkan segala bidang ilmu. Oleh itu, beliau dapat dianggapsebagai tokoh pengarang yang serba boleh dalam Kesusasteraan MelayuTradisional. 23. PERSOALAN DAN LATARMASYARAKAT 24. Kesusasteraan dan masyarakat mempunyai hubungan yang amat erat. Sesebuahkarya kesusasteraan dibina oleh persoalan-persoalan yang dipetik daripadarencananya kehidupan sesuatu masyarakat. Pengarang atau pencipta akanmenjalin persoalan-persoalan daripada kehidupan masyarakat tersebut hinggamenjadikannya satu rantaian peristiwa yang mempunyai kesenimbungan antarasatu sama lain dan akhirnya membentuk sebuah karya. Dalam usahamemasukkan persoalan-persoalan itu, pengarang secara langsung turutmemasukkan gambaran latar masyarakat untuk menjadikan setiap persoalan itusignifikan dan relevan serta nampak realistik. Kajian ke atas persoalan dan latarmasyarakat merujuk kepada: 25. Keagungan raja dan negara Satu perkara yang tidak boleh dinafikan dalam karya-karya tradisional Melayu ialah raja diletakkan pada kedudukan yang tinggi. Keagungan raja dan negara diangkat menjadi persoalan utama dalam karya- karya kesusasteraan. Oleh itu, raja di diberikan gambaran-gambaran hebat termasuklah diwarnai dengan unsur-unsur dongeng dan mitos. Sejarah Melayu misalnya; mengaitkan nasab raja-raja Melaka dengan Iskandar Dzulkarnain dari Makadunia. Selain itu, keagungan raja juga digambarkan oleh pengarang-pengarang sastera Melayu tradisional melalui peristiwa yang dianggap penting. Dalam Hikayat Raja-raja Pasai, Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa misalnya, terdapat peristiwa-peristiwa ajaib tentang proses pengislaman raja- rajanya. Misalnya, mereka bermimpi bertemu Nabi Muhammad, diludahi mulut mereka oleh Baginda dan tiba-tiba boleh mengucap dua kalimah syahadat dan juga kejadian brkhatan melalui mimpi. 26. Dalam soal kenegaraan pula, bangsa Melayu mempunyai konsep khas untuknegeri(negara) Kewujudan sesebuah negeri hanya diiktiraf jika negeri itu mempunyai raja. Rajayang tidak bernegeri tidak diterima ke-raja-annya. Dengan kata lain, keagungansesebuah negeri itu bergantung kepada kehebatan rajanya. Kewujudan sesebuah negeri dikaitkan dengan peristiwa aneh ataumenakjubkan, misalnya pembukaan Melaka yang berdasarkan kejadian pelandukmenendang anjing perburuan Parameswara. 27. Kepahlawanan Persoalan ini menjadi inti utama sastera epik, sastera sejarah, sastera lisan dan sastera panji. Secara logiknya, sesebuah negeri tidak akan dapat mempertahankan kewujudannya tanpa kehadiran seorang pahlawan yang hebat dan terbilang. Kehebatan watak tradisional melibatkan gambaran ciri fizikal bentuk tubuh badan mereka dan ketangkasan mereka di medan pertempuran khususnya dalam pertarungan senjata, misalnya watak Hang Tuah, yang yang memiliki sifat kepahlawanan yang tiada tolok bandingnya. Selain itu, gambaran kehebatan dengan bantuan atau dengan ciri-ciri tambahan seperti penguasaan ilmu muslihat perang, dibekalkan senjata luar biasa atau sifat-sifat peribadi dan tabiat yang tertentu. Aspek kepahlawanan yang digambarkan dilihat atau dinilai berdasarkan kaca mata sezaman. Oleh sebab pada zaman itu kudrat fizikal adalah segala-galanya dalam usaha mempertahankan maruah diri dan bangsa umumnya,maka kecendurangan pengarang mengangkat watak-wataknya dengan segala keluarbiasaan dan kehebatan tidak relevan dengan latar sezamannya. 28. Kesetiaan rakyat Persoalan kesetiaan rakyat banyak diterapkan dalam karya-karyakesusasteraan Melayu tradisional. Setia menjadi satu persoalan pokok yang terpancar daripada cerita-ceritatradisional. Watak Hang Tuah adalah lambang kesetiaan rakyat yang mutlakdan watak ini sebenarnya sekadar mewakili rakyat berketurunan Melayu dalammenyempurnakan waadat yang termeterai antara Demang Lebar Daun denganSang Sapurba seperti mana yang tercatat dalam Sejarah Melayu.Dalam episod itu, Demang Lebar Daun bersumpah untuk menumpuhkansegala ketaatsetiaan yang tidak berbelah bagi kepada rajanya, manakala dipihak Sang Sapurba pula telah bersumpah jika keturunannya menganayairakyat, akibatnya negara akan runtuh. 29. Panduan untuk raja, pembesar, dan rakyat sastera Melayu tradisional ialah sastera ketatanegaraan yang dikarang khusus untuk memberikan panduan kepada raja, pembesar dan rakyat menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam hidup bermasyarakat, bernegara dan berbudaya. Dua buah karya utama dalam klasifikasi ini ialah Tajus salatin atau Mahkota Segala Raja-raja karangan Bukhari al-Jauhari dan Bustanus salatin atau Taman Segala Raja-raja karangan syeikh Nuruddin al-Raniri. membuktikan bahawa dalam usaha membina sebuah kerajaan dan negara, antara prasyarat yang diperlukan ialah adanya panduan untuk mentadbir dan menjalankan tanggungjawab masing-masing, sama ada sebagai raja, pembesar mahupun rakyat jelata. Kedatangan Islam ke alam Melayu telah menyedarkan masyarakat Melayu akan perlunya satu panduan, khususnya tentang ilmu ketatanegaraan berlandaskan nilai dan norma yang dipersetujui bersama atas landasan agama Islam. 30. Selain ditulis dalam kitab-kitab ketatanegaraan, pengarang-pengarang turutmemuatkan panduan untuk Raja, pembesar dan rakyat secara tidak langsungdalam karya sastera lain.Contohnya yang terdapat dalam Sejarah Melayu. Selain itu pengarang turutmenyelitkan kritikan halus sebagai panduan, misalnya tentang kegagalanpeminangan Puteri Gunung Ledang yang menempelak juga kerakusan nafsuSultan Mahmud Mahmud(dalam sejarah melayu)dan juga bencana yangmenimpa Sultan Ahmad apabila membunuh puteranya sendiri(dalam HikayatRaja-raja Pasai) 31. Keagamaan dan kepercayaan Bangsa Melayu melalui tiga fasa kepercayaan dan keagamaan, iaitu bermula dengan animisme, Hindu-Buddha dan Islam. Kesemuanya terpancar dalam hasil- hasil kesusasteraan. Kedatangan pengaruh agama dan budaya Islam ke alam Melayu telah mencorakkan satu bentuk sistem kepercayaan dan kebudayaan baru di kalangan masyarakat Islam sebagai agama yang menyeluruh telah tersebar begitu pesat sekali sehinggakan dalam tempoh tidak sampai satu abad, hampir seluruh alam Melayu telah diislamkan. Kejayaan ini banyak bergantung pada strategi penyebaraan dan pendekatan yang digunakan oleh para pendakwah dan mubaligh Islam yang datang khususnya dari benua Arab dan India. persoalan keagamaan yang begitu dominan dalam karya-karya pengarang sastera Melayu tradisional khususnya selepas kedatangan Islam, unsur-unsur kepercayaan lain terus subur dalam hasil-hasil karya sastera melayu yang lain. 32. Kepercayaan animisme misalnya tetap menjadi pilihan pengarang ataupencipta sesebuah karya.Persoalan ini banyak dilihat dalam cerita-cerita lisanseperti mitos, lagenda dan cerita rakyat. Antaranya cerita-cerita yang menonjolkan unsur sistem kepercayaananimisme misalnya cerita Asal Usul Dunia, cerita Semangat padi, cerita Badangdan cerita Langsuir.Unsur-unsur ini juga banyak terdapat dalam manifestasi jampi dan manteraserta ditemui dalam cerita-cerita penglipur lara, yang diselitkan dalampengambaraan dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh wira dan wirawati. 33. Pendidikan/moral Hakikat bahawa sastera Melayu tradisional menjadi media pendidikan masyarakat pendidikan masyarakat Melayu lama adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Pada zaman tiada instutisi pendidikan yang formal ,selain terdidik daripada pengalaman sendiri, masyarakat juga dapat menimba ilmu pengetahuan dengan mendengar cerita dan pengalaman orang lain dalam kelompok asing. Disinilah terletak peranan pengarang atau pencipta hasil sastera zaman itu. Penyampaian mesej pendidikan dan moral dibuat dengan berhati-hati .Adalah penting bagi pengarang atau pencipta karya supaya memilih isu yang sesuai, bahasa yang berseni dan berlapik serta situasi pengucapan atau penyampaian yang tepat. Itulah sebabnya mesej-mesej pendidikan ini banyak disusun dalam bentuk puisi termasuklah pantun, gurindam, seloka, peribahasa, masnawi, nazam, berzanji, rubai, rejang dan teromba. Bentuk puisi yang ternyata lebih ringkas berbanding prosa. Seseorang yang telah melakukan salah boleh dinasihati, disindir dan ditegur. Pengunaan diksi yang bersifat konotatif dalam puisi-puisi tersebut dapat 34. Gambaran masyarakathasil-hasil sastera melayu tradisional adalah satu-satunya bentukdokumentasi yang boleh menjadi rujukan untuk melihat corak hidup dangambaran masyarakat zaman silamnya. Justeru tidak terdapat sebarang bentukcatatan kecuali sedikit sebanyak yang terpahat pada dinding gua, hasil-hasilsastera sama ada lisan atau bertulis merupakan sumber utama penelitianantropologi manusia Melayu.Satu lagi perkara yang ketara tentang kecenderungan pengarang memasukkangambaran masyarakat dalam karya mereka ialah untuk menjadikannya sebagaipedoman kepada generasi akan datang. Hal ini bersesuaian dengan motifpenciptaan sesebuah karya sastera itu sendiri iaitu memberikan pedomankepada masyarakat tentang nilai dan norma yang luhur dan wajar dipupukmerentasi batas zaman. 35. LatihanCerita lipurlara, cerita jenaka dan cerita binatang merupakan sub genrecerita rakyat..Berdasarkan hal ini jelaskan penggolongan watak dalam cerita jenaka-jenaka melayu. ( 25m )