kesusasteraan & kebudayaan melayu

Upload: hairi65

Post on 07-Apr-2018

450 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    1/40

    30/05/2011 sastera & budaya 1

    KESUSASTERAAN &

    KEBUDAYAAN MELAYU

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    2/40

    30/05/2011 sastera & budaya 2

    KESUSASTERAAN MELAYU

    Pengertian dan konsep Kesusasteraan

    Melayu

    Jenis / Genre

    Struktur karya sastera

    Unsur-unsur bahasa dalam sastera

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    3/40

    30/05/2011 sastera & budaya 3

    KEBUDAYAAN MELAYU

    Konsep budaya dan masyarakat Melayu

    Institusi sosial Adat resam dan kepercayaan

    Nilai dan falsafah

    Kesenian Pengaruh luar dalam masyarakat Melayu

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    4/40

    30/05/2011 sastera & budaya 4

    4.1.1 Pengertian & konsep

    Kesusasateraan Melayu

    Kesusasteraan ciptaan seni yang berkait

    rapat dengan bahasa.

    Melalui bahasa, mesej dapat disampaikandan disebarkan.

    Melalui bahasa juga, pembaca dapat

    menikmati keindahan karya sastera.

    Salah satu cabang kesenian yang amat

    bernilai.

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    5/40

    30/05/2011 sastera & budaya 5

    Istilah kesusasteraan berasal dari kata

    susastera / sushastra dalam bahasaSanskrit.

    Menurut Hashim Awang, su bermaksud

    indah, baik dan lebih berfaedah, manakalasastera bermaksud huruf atau buku.

    Bagi Lalita Sinha, su bermaksud kebenaran,

    keindahan dan kemuliaan, manakala

    sastera merupakan ilmu yang bersifat benar,tetap dan tidak berubah.

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    6/40

    30/05/2011 sastera & budaya 6

    Definisi kesusasteraan

    Karya sastera yang membincangkan apa yangberlaku dalam sesebuah masyarakat di

    samping padangan pengarangnya.

    (Baharuddin Zainal, 1975)

    Karya sastera sebagai hasil seni yang

    disampaikan melalui bahasa danberkeupayaan membentuk tamadun bangsa.

    (Hashim Awang, 1985)

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    7/40

    30/05/2011 sastera & budaya 7

    Konsep kesusasteraan Melayu

    Kesusasteraan Melayu

    Kesusasteraan Tradisional Kesusasteraan Moden

    Sastera istana Sastera modenSastera rakyat

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    8/40

    30/05/2011 sastera & budaya 8

    4.1.2 Genre kesusasteraan Melayu

    i. Kesusasteraan Tradisional:

    - sastera rakyat

    - sastera istana- sastera bentuk puisi

    ii. Kesusasteraan Moden:

    - novel

    - cerpen- drama

    - sastera bentuk puisi - sajak

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    9/40

    30/05/2011 sastera & budaya 9

    4.1.3 Ciri-ciri genre kesusasteraan

    Melayu

    Prosa Tradisional:

    Bersifat kolektif

    Bersifat feudal

    Tidak terbatas oleh zaman,tarikh dan waktu.

    Banyak versi kerana tokok

    tambah.

    Gaya bahasa berbeza

    Ciri budaya tradisional

    Unsur metos dan legenda

    Unsur kecindan

    Puisi Tradisional:

    Karangan berangkap

    Setiap baris mempunyai

    jumlah kata yang tetap. Mempunyai rima tertentu.

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    10/40

    30/05/2011 sastera & budaya 10

    Ciri-ciri genre (sambungan)

    Prosa moden:

    i. Cerpen:

    Jumlah perkataan

    antara 500-2000pp

    Latar terbatas

    Satu tema

    Watak yang terbatas

    Satu konflik

    ii. Novel:

    Ceritanya panjang dan

    lebih kompleks

    Melebihi 10,000pp

    Latar tempat luas &

    latar masa panjang

    Satu tema dan banyak

    persoalan

    Watak ramai &

    perwatakan pelbagai

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    11/40

    30/05/2011 sastera & budaya 11

    iii. Drama

    Cerminan masyarakat

    yang dilakonkan

    Berbentuk skrip &

    persembahan bentuk

    dialog & aksi

    Tiada sudut

    pandangan kerana

    ditututkan oleh watak

    Puisi Moden

    i. Sajak

    Jumlah baris dan

    suku kata tak terbatas

    Rima bebas

    Bahasa indah

    Kemukakan satu

    gambaran

    Merupakan catatanjiwa

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    12/40

    30/05/2011 sastera & budaya 12

    4.1.4 Struktur Karya Sastera

    Karya yang bermutu terhasil melalui jalinanunsur yang kemas.

    Tema:Gagasan, fikiran atau persoalan utama /

    pokok yang mendasari sesebuah karya

    sastera dan ia terungkap secara langsung

    dan tidak langsung

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    13/40

    30/05/2011 sastera & budaya 13

    Persoalan:

    Perkara-perkara atau

    masalah-masalah yang

    diketengahkan dalam

    sesuatu karya yang

    berhubung kait dengan

    tema

    Watak & Perwatakan:

    Watak tokoh yang

    menggerakkan cerita

    dalam sesebuah karya

    Perwatakan

    pengisian tentang

    aspek dalaman dan

    luaran watak (kejiwaan

    & fizikal)

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    14/40

    30/05/2011 sastera & budaya 14

    Plot:

    Susunan dan

    gabungan peristiwa

    yang menggerakkan

    cerita berdasarkansebab dan akibat

    Gaya Bahasa:

    Cara pengarang

    memanipulasikan

    bahasa dalam

    sesebuah karyaciptaannya

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    15/40

    30/05/2011 sastera & budaya 15

    Latar:

    Berkenaan denganpersekitaran cerita

    yang terdapat dalam

    sesebuah karya

    sasteraLatar mengandungi

    pelukisan masa, tempat

    dan keadaan

    masyarakat yangmelingkungi cerita

    Nilai:

    Suatu perbuatan atautingkah laku yang di-

    gemari atau dibenci

    yang diterima atau

    menjadi pegangansesuatu masyarakat.

    KPMsenaraikan 16

    nilai murni yang patutdiamalkan.

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    16/40

    30/05/2011 sastera & budaya 16

    4.1.5 Unsur-unsur bahasa

    Diksi:

    Pemilihan, penyusunan dan penggunaan

    kata-kata yang tepat oleh pengarang dalamkaryanya. Diksi yang sesuai dapat

    menjelaskan tema, persoalan, peristiwa,

    watak dan perwatakan dalam karya.

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    17/40

    30/05/2011 sastera & budaya 17

    Konotasi

    Penggunaan kata yang memberikankepelbagaian makna lain. Contoh: diksi

    bunga boleh merujuk kepada bunga atau

    gadis.

    Metafora

    Membandingkan sesuatu objek dengan idea

    atau sifat secara terus / langsung tanpakata-kata bandingan. Mengandungi kata

    konkrit dan abstrak. Contoh: laut waktu.

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    18/40

    30/05/2011 sastera & budaya 18

    Simile

    Membandingkan dua

    benda yang berbeza

    tetapi mengandungi

    unsur tertentu yang ada

    persamaan.Menggunakan kata-

    kata bandingan.

    Contoh: berguru

    kepalang ajar bagaibunga kembang tak

    jadi.

    Personifikasi

    Memberikan sifat

    manusia pada benda

    atau perkara.

    contoh: damai

    melambai-lambaisenja.

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    19/40

    30/05/2011 sastera & budaya 19

    Hiperbola

    Pernyataan yang agakmelampau tentang

    sesuatu / gaya bahasa

    perbandingan yang

    melampau. Contoh:lautan api sanggupku

    renangi.

    Anafora

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    20/40

    30/05/2011 sastera & budaya 20

    Epifora Simbol

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    21/40

    30/05/2011 sastera & budaya 21

    Aliterasi Asonansi

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    22/40

    30/05/2011 sastera & budaya 22

    4.2 Kebudayaan Melayu

    Pengenalan

    Konsep kebudayaan Melayu

    Kandungan kebudayaan Melayu

    Ciri-ciri kebudayaan Melayu Kebudayaan Melayu sebagai kebudayaan

    kebangsaan

    Institusi sosial

    Adat resam dan kepercayaan

    Nilai dan falsafah

    Kesenian

    Pengaruh luar dalam masyarakat Melayu

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    23/40

    30/05/2011 sastera & budaya 23

    i. Pengenalan

    Budaya adalah perlakuan manusia yang

    dipelajari dan bersifat simbolik.

    Bersifat dinamik. Berlaku banyak perubahan akibat akultrasi

    dan asimilasi.

    Kedatangan barat merubah masyarakat

    Melayu daripada masyarakat tradisional

    kepada masyarakat moden.

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    24/40

    30/05/2011 sastera & budaya 24

    Takrif budaya

    Budaya ditakrifkan sebagai tamadun,peradaban, kemajuan fikiran atau akal budi(cara berfikir dan berkelakuan).

    Merangkumi segala hasil daripada akal danfikiran yang asli.

    Kata budaya beradal dari kata budi dan

    daya. Bu bermakna asli, pertama, sejati,sempurna, menyenangkan, manakala dayabermakna akal fikiran, ciptaan yangsempurna.

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    25/40

    30/05/2011 sastera & budaya 25

    Takrif Melayu

    Werndly Melayu berasal dari kata Melaju

    yang bermakna cepat, deras dan tangkas.

    Van der Tuuk Melayu bermaksud

    penyeberang (dari segi tempat dan agama)

    Harun Aminurrashid Melayu berasal dari kata

    sanskrit iaitu Malaya.

    I-Tsing Melayu berasal dari kata Mo-lo-you.

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    26/40

    30/05/2011 sastera & budaya 26

    Dari aspek undang-undang, kata Melayu meliputipenduduk Malaysia, sepertimana yang termaktubdalam Perlembagaan Malaysia, fasal 160, iaitu:

    seseorang yang menganut agama Islam,lazimnya berbahasa Melayu, menurut adat istiadat

    Melayu dan(a) lahir sebelum hari merdeka di Persekutuan ataudi Singapura, atau bapanya lahir di Persekutuanatau di Singapura

    (b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    27/40

    30/05/2011 sastera & budaya 27

    Pengertian bangsa Melayu

    Ada beberapa pengertian:

    i. Melayu mengikut Perlembagaan (dalam ceraian 160)

    ialah orang yang lazim berbahasa Melayu, kebudayaan

    Melayu dan beragama Islam serta warganegaraMalaysia.

    ii. Dari aspek suku bangsa, mereka mestilah daripada

    keturunan suku Melayu, bertutur bahasa / dialek Melayu

    dan berbudaya Melayu dan tidak semestinya beragama

    Islam.iii. Dari aspek suku bangsa juga mereka mesti beragama

    Islam tetapi tidak semestinya berketurunan Melayu.

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    28/40

    30/05/2011 sastera & budaya 28

    iv. Pengertian oleh UNESCO, bangsa Melayumerujuk kepada bangsa yang mempunyai

    satu keluarga bahasa yang sama, bentuk

    fizikal yang hampir sama, berkulit sawomatang, berambut lurus, tinggi sederhana

    dan penduduk asli dari Madagaskar hingga

    ke Easter Islands di Lautan Pasifik dan dari

    kepulauan Hawaii dan Taiwan di utarahingga ke pulau New Zealand di selatan.

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    29/40

    30/05/2011 sastera & budaya 29

    Takrif peribumi

    Bermaksud penduduk asli atau bumiputera.

    Penghijrahan Melayu Proto dari Tanah Besar

    Asia kira-kira 3000 tahun sebelum masehi,tinggal di gua-gua seperti Gua Cha di

    Kelantan dan Gua Niah di Sarawak.

    Penghijrahan kedua oleh Melayu Deutro kira-

    kira 1500 tahun sebelum masehi dan tinggaldi kawasan pesisir pantai.

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    30/40

    30/05/2011 sastera & budaya 30

    ii. Konsep budaya Melayu

    Cara hidup orang Melayu. Merangkumi aspek bahasa, adat-istiadat,

    kepercayaan, politik, agama, kesenian, undang-

    undang, dan lain-lain.

    Penentu corak keperibadian kebangsaan dan

    identiti masyarakat Melayu khususnya dan

    Malaysia amnya.

    Dalam konteks masyarakat Melayu, budayayang ditonjolkan menentukan corak

    keperibadian dan memperlihatkan identiti

    pendokongnya.

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    31/40

    30/05/2011 sastera & budaya 31

    iii. Kandungan budaya Melayu

    Merangkumi perkara-perkara berkaitan dengan

    institusi sosial orang Melayu:

    i. Bahasa

    ii. Adat resam dan kepercayaan

    iii. Nilai dan falsafah

    iv. Politik

    v. Agamavi. Kesenian

    vii. Undang-undang, perubatan, dsb.

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    32/40

    30/05/2011 sastera & budaya 32

    iv. Ciri-ciri kebudayaan

    Melayu:

    Kebudayaan Melayu merupakan:

    i. Satu kesinambunganii. Berubah mengikut kesesuaian masa dan

    keadaan

    iii. Dinamis kerana terbuka kepada perubahan

    apabila berlaku pertembungan dengan

    budaya lain

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    33/40

    30/05/2011 sastera & budaya 33

    v. Kebudayaan Melayu sebagai

    Kebudayaan Kebangsaan Kedudukan Kebudayaan Melayu mengatasi

    kebudayaan kaum-kaum lain.

    Kandungan dan ciri budaya Melayu mampumenjadi identiti dan dapat menimbulkan

    emosi dan rasa kepunyaan bersama kepada

    warganegaranya.

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    34/40

    30/05/2011 sastera & budaya 34

    Konsep Kebudayaan

    Kebangsaan

    Merupakan kebudayaan negara yang

    menjadi lambang kebesaran dan dapat

    menimbulkan emosi dan rasa kepunyaan

    bersama.

    Bertujuan merapatkan jurang antara kaumagar bersatu dan ada identiti sendiri.

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    35/40

    30/05/2011 sastera & budaya 35

    a. Prinsip kebudayaan

    kebangsaan

    1. Kebudayaan kebangsaan Malaysia

    hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat

    asal rantau ini;

    2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai

    dan wajar boleh diterima menjadi unsur

    kebudayaan kebangsaan; dan

    3. Islam menjadi unsur penting dalampembentukan Kebudayaan Kebangsaan.

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    36/40

    30/05/2011 sastera & budaya 36

    1. Berteraskan kepada kebudayaan rakyat

    asal rantau ini.

    Rantau ini adalah alam Melayu / dunia

    Melayu merangkumi kawasan Malaysia,

    Indonesia dan Farmosa Selatan.

    Mengamalkan tamadun Melayu-Polinesia.

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    37/40

    30/05/2011 sastera & budaya 37

    2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuaidan wajar boleh diterima.

    Kebudayaan bersifat dinamik sentiasa

    berubah melalui proses penyerapan dan

    penyesuaian.

    Sesuai merujuk kepada unsur-unsur asing

    yang sesuai dengan norma hidup rakyat

    asal dan tidak bercanggah dengan Islam.

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    38/40

    30/05/2011 sastera & budaya 38

    3. Islam menjadi unsur penting.Kebudayaan meliputi keseluruhan

    kehidupan manusia. Agama memberi

    panduan kepada manusia.

    Pemilihan Islam adalah berdasarkan fakta

    sejarah dan sesuai dengan statusnya

    sebagai agama rasmi negara.

    Sistem nilai Islam menekankankesejahteraan dan kebajikan dunia dan

    akhirat.

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    39/40

    30/05/2011 sastera & budaya 39

    Institusi Sosial

    Institusi sosial merupakan suatu organisasi

    yang merangkumi sistem kekeluargaan,

    pentadbiran dan pemerintahan.

    Pembentukannya penting bagi menjamin

    keamaan dan keharmonian negara.

    Bermula daripada pembentukan institusi

    keluarga hinggalah kepada pentadbirannegara, perlu diurus dengan sempurna bagi

    mewujudkan negara yang maju dan makmur.

  • 8/6/2019 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

    40/40

    30/05/2011 sastera & budaya 40

    Adat resam dan kepercayaan