3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

45
5.0 PENGANTAR KESUSASTERAAN, KEBUDAYAAN DAN KESENIAN MELAYU Sinopsis Modul ini disusun untuk membolehkan para pelajar mengetahui dan memahami konsep-konsep yang berkaitan dengan Kesusasteraan,Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Para pelajar juga didedahkan dengan elemen sastera dan hubungan antara kehidupan masyarakat Melayu dengan Kebudayaan dan Ksenenian Melayu. Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan konsep Kesusasteraan,Kebudayaan dan Kesenian Melayu, 2. mengenal pasti jenis/ genre Kesusasteraan Melayu, 3. menghuraikan unsur-unsur seni budaya, nilai dan falsafah masyarakat Melayu, 4. menghargai, menghayati serta memanfaakan elemen dan nilai dalam karya sastera,budaya dan kesenian Melayu bagi meningkatkan penguasaan bahasa serta memupuk semangat cinta akan budaya, bangsa dan negara. Catatan Anda dikehendaki membuat rujukan tambahan untuk memahami modul ini secara lebih mendalam. Anda juga perlu menyiapkan latihan-latihan yang diberikan secara bersungguh-sungguh. 1

Upload: asihwiniy-viniy

Post on 21-Jun-2015

5.289 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

5.0 PENGANTAR KESUSASTERAAN, KEBUDAYAAN DAN KESENIAN MELAYU

Sinopsis

Modul ini disusun untuk membolehkan para pelajar mengetahui dan memahami konsep-

konsep yang berkaitan dengan Kesusasteraan,Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Para

pelajar juga didedahkan dengan elemen sastera dan hubungan antara kehidupan

masyarakat Melayu dengan Kebudayaan dan Ksenenian Melayu.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan konsep Kesusasteraan,Kebudayaan dan Kesenian Melayu,

2. mengenal pasti jenis/ genre Kesusasteraan Melayu,

3. menghuraikan unsur-unsur seni budaya, nilai dan falsafah masyarakat Melayu,

4. menghargai, menghayati serta memanfaakan elemen dan nilai dalam karya

sastera,budaya dan kesenian Melayu bagi meningkatkan penguasaan bahasa

serta memupuk semangat cinta akan budaya, bangsa dan negara.

Catatan

Anda dikehendaki membuat rujukan tambahan untuk memahami modul ini

secara lebih mendalam. Anda juga perlu menyiapkan latihan-latihan yang

diberikan secara bersungguh-sungguh.

1

Page 2: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

5.1. 1. Pengertian dan Konsep Kesusasteraan Melayu

5.1 KESUSASTERAAN MELAYU

Pengenalan

Kesusasteraan ialah suatu bentuk ciptaan seni yang berkait rapat dengan bahasa. Melalui

bahasa, mesej dalam karya kesusasteraan dapat disampaikan dan disebarkan. Selain itu,

melalui bahasa pembaca dapat menikmati keindahan yang ada dalam karya

kesusasteraan. Tidak hairanlah karya kesusasteraan merupakan salah satu cabang

kesenian yang dianggap bernilai berbanding cabang kesenian yang lain.

Kesusasteraan Melayu Tradisional - Zalilah Sharif dan Jalilah Ahmad (1993)

– Kesusasteraan daripada bahasa sanskrit

– ‘sas’ – kata kerja mengarah, mengajar, memberi petunjuk)

– ‘sastera’ – alat mengarah, mengajar, memberi petunjuk

– ‘su’ – indah dan baik

– ‘ke…an’ – segala yang tertulis, bernilai seni dab estetika

– Berperanan memberi panduan, petunjuk dan pengajaran

Istilah ‘kesusasteraan’ berakar dari kata ‘susastera / sushastra’ dalam bahasa Sanskrit.

Suku kata ‘su’ bermaksud indah, baik, lebih berfaedah (Hashim Awang, 1984: 2),

kebenaran, keindahan dan kemuliaan (Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar, 1984).

Manakala ‘sastera / shastra’ menurut Hashim Awang bermaksud huruf atau buku.

Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar pula menegaskan ‘sastera / shastra’ merupakan ilmu

yang bersifat benar, tetap dan tidak berubah kerana berasal / ilham daripada sumber

tertinggi (Pencipta).

Daripada kata ‘susastera’ telah diberikan imbuhan apitan ‘ke- ... –an’ menghasilkan

‘kesusasteraan’ yang bertujuan memberi keindahan bunyi. Ia bermaksud kumpulan buku-

2

Page 3: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Indah dari segi pendengaran, emosi,

imaginasi dan baik kerana hasil karya itu dapat diteladani.

Sebenarnya, terdapat pelbagai tafsiran yang diberikan oleh tokoh-tokoh kesusasteraan

tanah air apabila mendefinisikan kesusasteraan.

Baharuddin Zainal (1975) berpendapat karya sastera adalah sesuatu yang

membincangkan apa yang berlaku dalam sesebuah masyarakat di samping

mengemukakan sikap dan pandangan pengarangnya.

Hashim Awang (1985) menyatakan sastera merupakan hasil seni yang disampaikan

melalui bahasa dan berkeupayaan membentuk tamadun sesuatu bangsa. Hal yang

demikian kerana sastera biasanya membincangkan tentang pergolakan-pergolakan yang

berlaku dalam sesebuah masyarakat.

Richard Dorson (1973)

– Folk Literature juga dikenali sebagai kesusasteraan lisan, seni tuturan atau

kesusasteraan ekspresif yang merangkumi bahasa rakyat, nyanyian rakyat,

cerita rakyat, puisi rakyat, ungkapan rakyat dan prosa atau puisi tradisional.

Taib Osman (1976)

– Kesusasteraan Melayu meliputi kesusasteraan lisan, seni tuturan

kesusasteraan ekspresif

– Merujuk kepada segala bentuk bahasa yang mengandungi seni sastera

iaitu;

• Nilai estetika

• Berperanan sebagai panduan,petunjuk dan pengajaran yang

dihasilkan oleh masyarakat Melayu desa

• Menjadi milik masyarakat yang sudah memiliki sistem tulisan tetapi

lisan masih digunakan secara meluas

• Abd. Halim b. A. Ahmad 1986 – gabungan sastera dan Melayu. Sastera berasal

daripada bahasa sanskrit ‘castra’ yang bererti kitab atau buku. Bahan yang terhasil

daripada penciptaan sastera ini disebut bahan sastera

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula mencatatkan sebagai hasil seni (karya tulisan)

dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu.

3

Page 4: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

Sastera rakyat Sastera modenSastera istana

5.1.2. Fungsi Kesusasteraan Melayu

5.1.3. Ciri- Ciri Kesusasteraan Melayu

Istilah Konsep/Terminologi

Kesusasteraan Tradisional Kesusasteraan Moden

• Sebagai sistem projeksi masyarakatnya • Sebagai alat pengesahan sesuatu institusi dalam masyarakat • Sebagai alat pendidikan

– Nasihat – Pengajaran – nilai

• Sebagai alat pemaksa dan pengawal norma-norma masyarakatnya • Sebagai kepuasan estetik

– Pembaca – pengarang

• Diwarisi secara lisan • Hidup lebih daripada dua atau lebih generasi • Wujud dalam pelbagai versi • Pencipta tidak diketahui • Wujud tokok tambah • Menjadi milik bersama • Tiada tapisan • Wujud dalam bentuk yang tetap • Bersifat pralogis • Bersifat tempatan • Mempunyai kegunaan dalam kehidupan

4

Page 5: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

Ciri Cerpen

Jumlah perkataan antara 500-2000 patah perkataan Latar terbatas Mempunyai satu tema Mempunyai watak yang terbatas Mempunyai satu konflik

Ciri Novel

Ceritanya panjang dan lebih kompleks Melebihi 10,000 patah perkataan Latar tempat luas dan latar masa panjang Mempunyai satu tema dan banyak persoalan Watak yang ramai /perwatakan yang pelbagai

Ciri Drama

Cerminan kehidupan masyarakat yang dilakonkan. Berbentuk skrip dan dipersembahkan dalam bentuk dialog dan aksi Tidak terdapat sebarang sudut pandangan kerana dituturkan oleh watak

Ciri Prosa Tradisional

Bersifat kolektif (milik bersama masyarakat) Bersifat feudal (tema, watak, dan latar) Perkembangannya tidak terbatas oleh zaman, tarikh, dan waktu Banyak versi kerana ada tokok tambah semasa penyampaian cerita Menggunakan gaya bahasa yang berbeza dengan bahasa kini Mempunyai ciri-ciri budaya tradisional kelompok masyarakat Mengandungi unsur mitos dan lagenda Mengandungi unsur kecindan

Ciri Puisi Tradisional

Suatu karangan berangkap Setiap baris mempunyai jumlah kata yang tetap Mempunyai rima tertentu dan tetap

Ciri Puisi Moden (sajak)

Jumlah baris dan suku kata tiada terbatas Mempunyai rima bebas Mengandungi bahasa yang indah Mengemukakan suatu gambaran

5

Page 6: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

Merupakan catatan jiwaAnda telah mengenali konsep Kesusasteraan Melayu. Untuk menguji kefahaman anda itu, lengkapkan rajah perbandingan ciri-ciri sastera tradisional dengan sastera moden

Ciri-Ciri Sastera Tradisional Ciri-Ciri Sastera Moden

i. ……………………………………….

ii. ………………………………………

iii………………………………………

i. ……………………………………….

ii. ……………………………………….

iii. ………………………………………

6

Page 7: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

5.1.4. Jenis/Genre Kesusasteraan Melayu

Pengenalan

Setelah memahami konsep, fungsi dan ciri-ciri kesusasteraan mari kita lihat pula genre

sastera yang terdapat dalam Kesusasteraan Melayu. Genre ialah jenis sastera yang

terdapat dalam Kesusasteraan Melayu. Genre Kesusasteraan Melayu boleh dibahagikan

kepada dua bahagian iaitu:

a. Kesusasteraan Tradisional

Kesusasteraan tradisional terbahagi kepada Sastera Rakyat dan Sastera Istana.

Manakala bentuk sastera tradisional pula terdiri daripada bentuk prosa dan bentuk puisi.

Sastera tradisional bentuk prosa;

1. Sastera Rakyat

Cerita asal usul -- contohnya, asal usul Gunung Jerai

Cerita binatang -- contohnya, Hikayat Sang Kancil

Cerita jenaka -- contohnya, Lebai Malang, Pak Kaduk

Penglipur lara -- contohnya, Hikayat Malim Deman

2. Sastera Istana

Sastera Sejarah -- contohnya, Sejarah Melayu

Sastera undang-Undang -- contohnya, Hukum Kanun Melaka

Sastera Epik -- contohnya, Hikayat Hang Tuah

Sastera Islam -- contohnya, Cerita Berbingkai

Sastera tradisional bentuk puisi;

Pantun -- contohnya, pantun dua kerat, empat kerat

Syair -- contohnya, Syair Burung Pungguk

Mantera -- contohnya, jampi serapah

Seloka -- contohnya, Seloka Pak Kaduk

Gurindam -- contohnya, Gurindam Dua Belas

7

Page 8: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

5.1.4. Sejarah Kesusasteraan Melayu

b. Kesusasteraan Moden

Kesusasteraan moden bentuk prosa

Novel -- contohnya, Putera Gunung Tahan, Saga

Cerpen -- contohnya, kumpulan cerpen berjudul

Beberapa Pembetulan

Drama -- contohnya, Baju Emas Sang Maharaja

Kesusasteraan moden bentuk puisi

Sajak -- contohnya, kumpulan sajak berjudul

Menimba Laut, Elipsis.

Sila baca nota ringkas yang disediakan. Anda perlu membuat rujukan tambahan tentang tajuk ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut.

Berdasarkan bahan yang disediakan dan pembacaan anda, sila catat perbezaan antara genre prosa dengan genre puisi.

• Perkembangan kesusasteraan sesuatu bangsa merupakan gambaran yang jelas mengenai sejarah silam bangsa itu sendiri.

• Kewujudan dan perkembangan bangsa Melayu mementingkan bahasa, adat resam dan kebudayaan.

• Kewujudan kerajaan Melayu Srivijaya yang menggunakan bahasa Melayu kuno menghasilkan pelbagai bentuk sastera rakyat, sastera sejarah, kebangsaan, lagenda dan kesan keagungan kerajaan Melayu. Cth. Hkayat Raja-Raja pasai dan Sejarah Melayu.

• Tradisi sastera Melayu bermula dengan wujudnya suku bangsa Melayu namun ia hanya dibukukan pada abad ke 17 / selepas tahun 1600 – pengarang tidak meletakkan nama –sastera milik masyarakat bukannya milik individu

• Pada awal kelahirannya mementingkan kesejahteraan – berkonsep hiburan. Disampaikan secara lisan berkaitan persekitaran hidup masyarakat Melayu.

• Sastera Melayu – pandangan / lambang peribadi masyarakat Melayu • Sastera Melayu lama mempunyai pengaruh bangsa lain. • Sastera Melayu bertukar konsep mengikut peralihan zaman :

• Sastera lama (zaman feudal)-Peringkat awal perkembangan kesusasteraan Melayu

• Hiburan dan pengajaran – diungkap secara lisan • Persaingan bahasa-sastera

8

Page 9: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

• Sistem tulisan berkembangan mengagungkan mertabat kesultanan Melayu • Berkembang di kalangan istana dan bangsawan • Tinggi nilai kebenarannya (melalui pengalaman)• Hasil-hasil kesusasteraan berkait dengan kepercayaan

• Zaman Peralihan - Peringkat kegemilangan kesusasteraan Melayu • Peralihan pengaruh Hindu kepada pengaruh Islam• Bermula pada kurun ke 15 (kedatangan Islam)• Hasil-hasil sastera dapat mengukuhkan ajaran Islam• Usaha mengekalkan kepercayaan terdahulu (Hindu dan Jawa)• Tersebarnya pengetahuan baru

• Peringkat pertembungan dua mod kesusasteraan Melayu • Masyarakat Melayu menjadi celik huruf • Pertautan antara lisan dengan tulisan • Usaha penulis-penulis • Lahir banyak karya agung •

• Zaman kesusasteraan baru - Perkembangan kesusasteraan masa kini • Kewujudan sastera moden (dipelopori Abdullah Munsyi dan Hamzah

Fansuri)• Pendidikan formal semakin meluas • Wadah menuntut keadilan dan kebebasan –’seni untuk masyarakat’• Aliran Angkatan Sasterawan tahun 50-an (ASAS 50) • Cabaran kesusasteraan di zaman moden

• nilai-nilai hidup tidak lagi seragam • Perkembangan IT

Pendidikan kesusasteraan berkembang di sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi.Melahirkan para sarjana dalam bidang kesusasteraan Melayu

9

Page 10: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

5.2KEBUDAYAAN MELAYU

Matlamat Pengaruh Luar

Konsep Ciri-ciri

Kandungan

5.2.1.0.Pengenalan

Perkataan “Melayu” merupakan rujukan untuk sejumlah kelompok sosial di beberapa

negara Asia Tenggara, yang dalam beberapa aspek kebudayaannya, menunjukkan ciri-ciri

persamaan. Antara kelompok sosial itu sampai sekarang ada yang dengan jelas

menyebut dirinya sebagai orang Melayu, misalnya orang Patani di Thailand Selatan;

orang Kedah, orang Perak, orang Kelantan, orang Pahang, orang Selangor, dan orang

Johor, yang semuanya berada di Malaysia dan sejumlah kelompok sosial di Indonesia.

Budaya dapat diitakrifkan sebagai tamadun atau peradaban.

Pada umumnya kebudayaan dalam bahasa Inggeris disebut “Culture”, iaitu berasal

daripada bahasa Latin, “cultura”. Dalam bahasa Mandarin disebut “wen hua” dan dalam

bahasa Arab disebut “thaqafah”. Sebahagian besar ahli kebudayaan kita menyatakan

bahawa perkataan budaya berasal daripada budi dan daya. Dua perkataan dirangkumkan

menjadi budaya. “Bu” membawa erti asli, pertama, sejati dan yang dipandang sempurna,

menyenangkan, bahkan dimuliakan. “Daya” mengandungi erti akal fikiran ciptaan atau

biikinan dan yang sempurna.

Kebudayaan Melayu ialah cara hidup kumpulan manusia atau masyarakat yang terdiri

daripada orang-orang Melayu. Budaya Melayu dapat membezakan antara masyarakat

10

5.2.1. Konsep Budaya dan Masyarakat Melayu

Page 11: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

Melayu dengan masyarakat lain. Dalam konteks Malaysia, budaya Melayu dilihat dari

aspek persamaan dan perbezaan cara hidup antara masyarakat. Manakala dalam

konteks sosiologi, budaya Melayu merupakan cara hidup yang menjadi kepunyaan

bersama dalam kalangan orang Melayu.

Pemahaman terhadap kebudayaan Melayu akan memberi gambaran yang jelas tentang

kandungan dan ciri kebudayaan Melayu yang merupakan terjemahan kepada cara hidup

masyarakat Melayu. Selain itu, sama ada anda sebagai orang Melayu atau bukan

Melayu, dapat membuat penilaian yang adil terhadap prinsip kebudayaan kebangsaan

kerana teras kebudayaan ini adalah kebudayaan Melayu. Sesungguhnya, pemahaman

terhadap kebudayaan Melayu ini dapat mewujudkan persefahaman dalam pemikiran dan

tindak-tanduk kita dalam kehidupan seharian.

5.2.1.1. Konsep Kebudayaan Melayu

Kebudayaan Melayu ditakrifkan sebagai cara hidup sesuatu masyarakat (orang Melayu).

Cara hidup ini dikaitkan dengan tamadun atau peradaban yang menggambarkan

kemajuan akal budi masyarakat yang mendukung budaya itu. Dalam konteks masyarakat

Melayu, budaya yang ditonjolkan menentukan corak keperibadian dan memperlihatkan

identiti pendukungnya.

Kandungan Kebudayaan Melayu

Kebudayaan Melayu merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan institusi sosial

orang Melayu iaitu:

bahasa

adat resam dan kepercayaan,

nilai dan falsafah,

politik,

agama,

kesenian,

undang-undang, perubatan dan sebagainya.

11

Page 12: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

5.2.2. Fungsi Kebudayaan Melayu

• Merapatkan hubungan masyarakat

• Menerapkan unsur pendidikan dan pengajaran

• Membataskan sesuatu yang negatif

• Panduan menjalani kehidupan seharian

• Elemen perubatan / menghindar bala bencana

• Elemen mempertahankan diri daripada anasir jahat, ghaib atau mistik

• membuktikan ketaatan / kesetiaan kepada pemimpin atau orang yang lebih tua

Kebudayaan Melayu sebagai Kebudayaan Kebangsaan

Kebudayaan Melayu diangkat peranannya sebagai Kebudayaan Kebangsaan kerana

kedudukannya mengatasi kebudayaan kaum-kaum lain. Sehubungan dengan itu,

kandungan dan ciri-ciri yang dipunyainya mampu menjadi identiti dan dapat menimbulkan

emosi serta rasa kepunyaan bersama kepada warganegaranya.

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.

Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kemalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

Rasional

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.

Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, pewujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

12

Page 13: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

(i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini

Rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia,Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.

(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Diterima

Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.

(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.

Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.

Objektif

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatu padu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:

13

Page 14: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;

(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan

(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yangseimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:

(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;

(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;

(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;

(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan

(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Rumusannya penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.

a. Berdasarkan pemerhatian anda, adakah ciri-ciri Kebudayaan

Kebangsaan wujud dalam masyarakat kita?

b. Jelaskan tiga prinsip Kebudayaan Kebangsaan.

Anda digalakkan melayari laman www.keKKwa.gov.my

14

Page 15: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

5.2.3 Ciri-Ciri Kebudayaan Melayu

Ciri-ciri kebudayaan Melayu muncul daripada pengalaman sejarah kebudayaan Melayu

yang selama berabad-abad telah mengalami pertalian dengan berbagai-bagai

kebudayaan asing, baik yang hanya datang kerana hubungan dagang mahupun yang

menetap di Tanah Melayu. Justeru itu kebudayaan Melayu juga memiliki keupayaan yang

besar dalam mengambil alih unsur-unsur kebudayaan lain daripada kebudayaan bukan

Melayu.

Kebudayaan Melayu merupakan;

satu persambungan/kesinambungan,

berubah mengikut kesesuaian masa dan keadaan,

dinamis kerana terbuka kepada perubahan apabila berlaku pertembungan dengan

budaya lain.

5.2.4. PERKEMBANGAN dan JENIS KEBUDAYAAN MELAYU

Kebudayaan Melayu merangkumi perkara-perkara yang berkaitan tentang kepercayaan, kepercayaan, bahasa, adat-istiadat, nilai dan falsafah, ,kesenian, perubatan dan kepercayaan.Kebudayaan Melayu mengalami evolusi dan perkembangan berasaskan ciri sebagaimana yang telah dijelaskan iaitu satu persambungan/kesinambungan,berubah mengikut kesesuaian masa dan keadaan,dinamis kerana terbuka kepada perubahan apabila berlaku pertembungan dengan budaya lain

a. Kebudayaan Melayu dari aspek kekeluargaan.

Keunikan kebudayaan Melayu mula terpancar daripada asas pembentukan kekeluargaan lagi. Pembentukan Kekeluargaan boleh terjemahkan berasaskan cara atau sistem yang ada dalam amalan perkahwinan orang Melayu dan amalan bersalin orang Melayu . Perkembangan mutakhir jelas menunjukkan bahawa kebudayaan ini berteraskan agama Islam.

Adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa proses iaitu merisik atau meninjau; upacara peminangan; upacara menghantar tanda; hantaran belanja; menjemput; upacara nikah; berinai besar; hari persandingan; jemput menantu.

15

ADAT PERKAHWINAN ORANG MELAYU

Page 16: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

MERISIK ATAU MENINJAU

Permulaan proses perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Biasanya dilaksanakan oleh keluarga pihak lelaki, khususnya ibubapa. Setelah teruna dan keluarganya berkenan dengan gadis yang dipilih , usaha merisik dijalankan untuk mengetahui samada gadis itu sudah berpunya atau tidak. Hasil daripada merisik ini akan dibuat rundingan dengan keluarga si teruna. Apabila diketahui sigadis belum berpunya upacara peminangan diaturkan.

UPACARA PEMINANGAN

Meminang sigadis hanya dilakukan bila keluarga sigadis menyatakan persetujuannya. Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak, biasanya ketua-ketua adat dan syarak. Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar tanda. Perkara-perkara yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang. Disesetengah-sesetengah tempat berita pertunangan itu diberitahu kepada seisi kampong oleh Ketua Kampong di masjid ketika mengadakan sembahyang Jumaat

UPACARA MENGHANTAR TANDA

Semasa upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar oleh pihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangannya. Menyampai dan menerima cincin itu dilakukan dalam majlis di rumah sigadis. Cincin ini disebut sebagai ‘cincin tanda’. Ia biasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh perkahwinan juga dibincangkan bersama.

HANTARAN BELANJA

Pada tarikh yang dijanjikan upacara menghantar belanja dijalankan. Kedua-dua belah pihak diketuai oleh Ketua Kampong atau Ketua Syarak. Wang hantaran itu biasanya diiringi dengan persalinan untuk sigadis. Ia digubah dalam berbagai bentuk atau dibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masing-masing. Iringan yang lain termasuk bunga rampai; sirih junjung atau tepak sireh sahaja; pahar telor merah dan nasi semangat; alat solek; buah-buah atau lain-lain.

MENJEMPUT

Waris bakal pengantin ( ayah atau ibu, atau orang yang wajib dan diwakilkan) akan berkunjung ke rumah orang tua-tua di kampong itu untuk membritahu tentang hari perkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak sireh dan terus menjemput dan meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya bagi mengelolakan majlis itu. Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan.

UPACARA NIKAH

16

Page 17: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

Upacara akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imam mewakili wali perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan hantaran dan lain-lain. Mas kahwin disebut samada hutang atau tunai. Mas kahwin akan diserahkan kepada pangantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini sahlah mereka menjadi suami isteri.

BERINAI BESAR

Kedua pengantin memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai didahului oleh pengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki.

HARI PERSANDINGAN

Dihari persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat

dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantar terlebih dahulu.

JEMPUT MENANTU

Majlis jemput menantu atau ‘menyambut menantu’ diadakan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada hari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan.

ADAT KELAHIRAN /BERSALIN

Dalam masyarakat Melayu bakal ibu akan melalui enam peringkat adat resam yang dianggap sebagai katu kemestian untuk kesempurnaan dan keselamatan ibu dan bayi.Pemeringkatannya adalah sebagaimana berikut:

a. Lenggang Perutb. Waktu Bersalinc. Azan dan qamatd. Bercukur dan memberi namae. Ibu berpantangf. Mandi selepas berpantang.

a.Lenggang Perut.

Upacara ini disempurnakan oleh bidan kepada ibu yang hamil tujuh bulan.Alat yang disediakan dalam upacara ini ialah;Tujuh helai kain,segantang beras,sebiji kelapa,benang mentah,damar,minyak kelapa,lilin,tepak sireh dan kelengkapannya dan pengeras RM1.25( diletak dalam tepak sireh)

17

Page 18: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

b.Bersalin.

Apabila tiba saat bersalin, bidan dijemput untuk menyambut kelahiran bayi.Setelah bayi dipisahkan dari urinya, urinya dibersihkan dan diberikan kepada sibapa untuk ditanam dengan garam. Uri bayi lelaki akan ditanam di bawah rumah pada tiang seri dengan harapan apabila dewasa kelak dia akan mengutamakan keluarga.Manakala uri bayi perempuan pula ditanam di hadapan rumah (jika ada gerbang ditanam pada pintu gerbang) dengan harapan nanti mudah menerima pinangan.

c.Azan dan Qamat.

Setelah kelahiran bayi diuruskan oleh bidan,bayi diserahkan kepada sibapa yang menunggu .Bayi tersebut akan diperdengar azan oleh bapa jika lelaki dan diqamat jika perempuan.Tujuannya supaya bayi mendengar kalimah suci sebelum mendengar bunyi-bunyi lain.

d.Bercukur dan memberi nama.

Upacara bercukur rambut dilakukan pada hari ke tujuh. Kelengkapan yang disediakan ialah;

1. Bayi diletakan atas tilam kecil.2. Sebuah dulang yang berisi tiga biji mangkuk/piring yang diisi tepung tawar,beras

kunyit dan bertih( pada sesetengah tempat piring diisi dengan gula batu,garam,air telaga zam-zam)

3. Satu bekas yang diisi dengan air 4. Cincin atau barang kemas.

Setelah cukup kelengkapannya bayi akan di bawa kepada jemputan lelaki oleh bapa dan setelah doa dibacakan rambut bayi dicukur/digunting sekadar lima hinga tujuh .Rambut itu diisi kedalam bekas yang berisi air. Guntingan ini dilakukan oleh;tiga,lima atau tujuh orang. Setelah itu bayi itu dinamakan sebagaimana yang ditentukan sebelumnya.Perkembangan sekarang di sesetengah tempat , bayi tersebut akan diperdengarkan selawat dan bapa akan menampu bayi mengelilingi bulatan jemputan yang berselawat, semasa itu hadidirin akan mengusap kepala bayi. Sebaik sahaja upacara ini selesai, rambut bayi akan dicukur oleh bidan. Rambut bayi yang terkumpul ditanam bersama-sama rambut yang diisi dalam air tadi di halaman rumah.

e.Berpantang 44 hari

Wanita yang bersalin mesti mengalami masa berpantang selama 44 hari. Sepanjang masa ini mereka mesti menjaga makanan dan tidak dibenarkan bergerak bebas serta tidak dibenarkan memijak tanah .Mereka juga diberikan ubatan tradisional dan “berdiang” atau “bertuku”. Rawatan urutan dan memakai bekung.

f.Mandi selepas pantang.

Setelah pantang,upacara mandi air limau sintuk dan daun teresat ( terdiri daripada himpunan daun-daun seperti; daun limau purut, daun pandan, serai wangi,halia,beluru,dll).Lazimnya pada hari ke 45 kenduri kesyukuran dan bacaan doa diadakan.

18

Page 19: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

Kepercayaan Animisme.

Pada awalnya, sebelum kedatangan Islam bangsa Melayu turut percaya dan mengamalkan kepercayaan animisme.Kepercayaan ini berkaitan dengan pemujaan terhadap unsur unsur alam, penunggu dan hantu.Kepercayaan ini juga meliputi kepercayaan bahawa orang yang mati dibunuh akan menjelma menjadi hantu dan mengganggu. Ada sesetengahnya yang percaya pemujaan kepada penunggu atau roh-roh tertentu dengan memberi mereka makanan yang terdiri daripada pulut kuning dll. Makanan itu biasanya diletakkan di tempat-tempat tertentu untuk dimakan oleh penunggu.

Setelah pengaruh kedatangan hindu dan kemudiannya Islam,suasana dan senario terhadap kepercayaan ini kian terhapus. Ajaran Islam yang sempurna telah mencorakkan kebudayaan Melayu dari aspek Islam.

Kepercayaan Agama Islam.

Masyarakat Melayu setelah kedatangan Islam telah menganut Islam dan mengamalkan kepercayaan agama Islam sebagai cara hidup mereka. Sinonimnya Islam dengan bangsa Melayu jelas tergambar ; apabila di sebut “Melayu” maka identiti kepercayaan ini sudah tersedia bahawa mereka adalah Islam.Amalan kepercayaan ini secara tidak langsung selari dengan sikap berhemah orang Melayu yang sentiasa sopan, tidak mungkir janji, sentiasa tolong menolong dan bertanggungjawab.Asimilasi kepercayaan ini jelas tergambar berdasarkan beberapa upacara yang dijalankan dalam masyarakat Melayu iaitu; Khatam al-Quran, Berkhatan,Mauludurrasul, Assyura dll.

Istitusi Sosial

Pembentukan organisasi kelompok masyarakat terdiri daripada sistem kekeluargaan,

pentadbiran dan pemerintahan yang dinamakan institusi sosial. Pembentukan institusi

sosial adalah penting dalam menjamin keamanan dan keharmonian sesebuah negara.

Kelompok yang paling penting dalam institusi ini ialah institusi kekeluargaan. Daripada

sistem kekeluargaan akan wujud kelompok masyarakat yang lebih luas dan kompleks.

Kekeluargaan merupakan satu kumpulan individu yang terbentuk atas dasar hubungan

darah, perkahwinan, pengambilan anak angkat yang tinggal dalam sebuah rumah tangga.

Anggota keluarga dalam sesebuah rumah tangga tidak akan dapat menimkati keamanan

dan keharmonian sekiranyan pucuk pimpinan tidak diurus dengan baik dan sempurna.

19

B. KEPERCAYAAN

Page 20: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

Dengan itu, wujud golongan pemimpin dari kalangan rakyat untuk membentuk sistem

pentadbiran di bawah pemerintahan beraja pada peringkat negeri dan negara. Dengan

adanya sistem pentadbiran dan pemerintahan ini, perjalanan aktiviti dalam negara akan

menjadi lebih lancar dan teratur.

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Semua anggota masyarakat yang

berkelayakan berhak memilih pemimpin yang mereka fikir sesuai.

PERCAMBAHAN

MINDA

Masyarakat Melayu tradisional mengamalkan sistem gotong-royong

dan sistem kerah bagi melaksanakan sesuatu aktiviti atau projek.

Sejauh manakah sistem gotong-royong dan sistem kerah masih

diamalkan dalam masyarakat Melayu moden pada hari ini?

Adat Resam dan Kepercayaan

Adat mengikut pandangan masyarakat meliputi segala aspek cara hidup anggota

masyarakat yang teratur dan memenuhi syarat keamanan dan keadilan setiap

anggotanya. Adat merupakan pedoman hidup bagi anggota masyarakat. Pedoman hidup

ini dimasukkan dalam rangkaian peraturan, petunjuk, perumpamaan, pantun, gurindam,

pepatah dan petitih dan dijadikan panduan hidup bagi anggota masyarakat.

Kepercayaan pula bermaksud sesuatu yang diyakini, ataupun mempercayai benarnya

sesuatu perkara itu. Dalam sesuatu masyarakat terdapat satu sisitem kepercayaan

sendiri. Begitu juga dengan masyarakat Melayu yang mempunyai sisitem kepercayaan

sendiri. Sistem kepercayaan masyarakat Melayu mempunyai peringkat tertentu, iaitu

daripada animisme, pengaruh Hindu dan Islam.

Nilai dan Falsafah

Nilai ialah komponen penting bagi setiap budaya sesuatu masyarakat. Nilai adalah idea

yang dikongsi bersama berkenaan apa yang penting dan berguna. Ia bukanlah suatu

objek yang mempunyai warna atau bentuk tetapi suatu pembentukan mental yang

dihasilkan daripada tingkahlaku manusia.

20

Page 21: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

Dalam masyarakat Melayu tradisional wujud nilai yang pelbagai. Untuk mengkaji nilai-nilai

masyarakat Melayu tradisi amatlah sukar kerana masyarakat Melayu sejak zaman silam

menghadapi berbagai-bagai proses perubahan iaitu daripada budaya Hindu, Islam dan

Barat. Namun begitu kebudayaan Islam banyak mempengaruhi cara hidup orang

Melayu termasuklah nilainya sekali.

Beberapa contoh nilai yang masih diamalkan dalam masyarakat Melayu:

Nilai berbudi bahasa -- bijak bertutur kata dan melayan tetamu.

Nilai budi -- bersikap sedia membantu seseorang dan berbuat baik kepada orang.

Nilai rendah diri -- bersikap tidak sombong dan bersopan-santun.

Anda tentu tahu bahawa gadis Melayu dilarang menyanyi di dapur. Mengapa? Jelaskan adat resam dan kepercayaan ini yang telah menjadi pantang-larang dalam kehidupan masyarakat Melayu.

Jawapan anda hendaklah disokong dengan grafik atau ilustrasi.

21

Page 22: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

5.3 KESENIAAN MELAYU

5. 3. 1. Pengenalan dan Konsep Kesenian

Setiap bangsa yang sudah bertamadun di dunia ini mempunyai kesenian masing-masing.

Kesenian itu bukanlah milik seseorang atau sesuatu kaum, tetapi milik bangsa dan negara

berkenaan. Seni merupakan satu lapangan penciptaan dan ekspresif yang terbuka dan ia

boleh diungkapkan oleh sesiapa sahaja.

Kesenian telah menjadi sebahagian daripada unsur dalam kehidupan manusia sejak awal

kehidupan manusia. Menurut ahli-ahli arkeologi , manusia telah menghasilkan imej-imej

visual sejak zaman poleolitik.

Seni secara umum diertikan sebagai bentuk-bentuk yang menyenangkan, indah dan ada

kesan serta kepuasan keindahan dalam proses penghayatan seni itu. Seni juga meliputi

aspek gerak-geri, warna dalam catan dan karya seni lukis. Bunyi dan muzik, liuk lentuk

gerak dalam tarian, kombinasi cahaya dan sebagainya.

Sidi Gazalba mengatakan seni adalah penciptaan bentuk-bentuk yang mengandungi nilai

estetika berpadu dengan nilai estetika Islam. Istilah untuk estetika Islam itu ialah akhlak.

Kesenian sebagai suatu aspek kehidupan, tertakluk kepada syariat Allah s.w.t. Seni yang

tidak membawa mudarat atau kerosakan aslah diharuskan. Sebaliknya, seni yang

mungkin mudarat atau merosakkan dimakruhkan dan jika pasti membawa mudarat atau

kerosakan diharamkan.

Menurut Kamus Dewan Seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan.

Manakala kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan).

Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.

22

Page 23: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

5.3.2 Fungsi Kesenian Melayu

• Menonjolkan identiti bangsa • Memperkaya dan mengembangkan seni Melayu • Menerapkan nilai-nilai estetika • Menerapkan nilai keindahan dan kehalusan sesuatu karya • Merapatkan hubungan antara ahli masyarakat • Menjadi bahan hiburan yang menyenangkan

5.3.3 Ciri-Ciri kesenian & kebudayaan Melayu

• Menjadi amalan / kebiasaan masyarakat • Menjadi identiti sesuatu masyarakat • Proses kesinambungan dari zaman berzaman • Mengalami perubahan namun masih berasaskan amalan masyarakat • Berteraskan agama Islam• Berkait rapat dengan latar belakang sejarah (animisme, Hindu – Buddha, Islam)• Pengaruh kuat dengan alam sekitar, kuasa ghaib dan mistik • Menonjolkan ketaatan / kesetiaan kepada pemmpin dan orang yang lebih tua • Sistem integrasi masyarakat • Berkait rapat dengan nilai, kepercayaan, falsafah hidup pemikiran, perilaku dan

artefak • Membezakan antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain• Merangkumi unsur yang lebih universal

5.3.4 Jenis/ Bentuk Kesenian

Kesenian atau seni boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu :

Seni Suara Seni Gerak Seni Rupa Permainan Tradisional

 

SENI SUARA 

Kesenian mengikut definisi Herberth Read adalah suatu usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan dan seni itu dijalankan pula daripada estetika.

Dalam seni suara kesenian Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :

23

Page 24: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

Seni Vokal

Seni Vokal lahir daripada pita suara yang boleh memberi kepuasan kepada pendengar. Setiap seni vokal itu berbeza mengikut masyarakat. Dalam masyarakat Melayu terdapat seni vokal tanpa muzik dan seni vokal yang bergabung dengan muzik.

Seni Vokal tanpa muzik yang sering dinyanyikan dalam masyarakat Melayu ialah :

a. Endoi atau dendang Siti Fatimah dan ulit anak

Endoi atau dendang Siti Fatimah terkenal di negerii Perak, Selangor dan Negeri Sembilan manakala ulit anak dinegeri Terengganu. Biasanya dilagukan dalam upacara berbentuk keislaman seperti menyambut kelahiran anak atau upacara bercukur kepala.

b. Nazam atau naban

Berasal daripada Terengganu, Pahang dan Melaka. Dikarang dalam Bahasa Melayu yang mengisahkan riwayat Nabi Muhamad, para Nabi Allah dan para sahabat Rasul. Persembahan yang tidak disertai alat muzik ini memerlukan kemerduan suara.

c. Marhaban, nasyid dan qasidah

Merupakan nyanyian keagamaan. Marhaban ialah pujian kepada Nabi Muhamad dan dinyanyikan dalam Bahasa Arab. Nasyid ialah nyanyian dan berbentuk dakwah Islam iaitu terdapat dalam senikata Arab dan Melayu. Qasidah biasanya dinyanyikan dalam bahasa Arab yang mengandungi puisi memuji Nabi Muhamad dan para sahabat.

Lagu yang digabungkan dengan muzik

a. Dikir

Dikir dikenali dengan pelbagai nama seperti dikir maulud, dikir Pahang, dikir Rebana dan dikir berarak. Dikir-dikir ini dilagukan dengan iringan pukulan rebana atau kompang.

b. Hadrah

Sejenis nyanyian yang berasal daripada dikir. Dinyanyikan dengan iringan sejenis alat bercorak rebana yang hampir sama dengan kompang.

c. Beduan

Sejenis naynyian rakyat negeri Perlis dan diringi dengan bunyi-bunyian gendang. Beduan mempunyai persamaan dengan bentuk zikir dan burdah yang diringi dengan pukulan rebana.

24

Page 25: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

d. Dikir barat

Sejenis nyayian yang terkenal dinegeri Kelantan. Nyanyiannya diringan dengan pukulan rebana.

e. Ghazal

Sejenis puisi Arab yang berbentuk percintaan. Ghazal dinyanyiakan dengan iringan alat seperti syeringgi, sitar, harmonium dan tabla.

Seni Muzik

Menurut Kamus Dewan Muzik didefinisikan sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian.

Muzik adalah satu daya tarikan kepada manusia. Ahli-ahli falsafah berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai minat terhadap muzik. Keadaan ini jelas dilihat kepada reaksi manusia terhadap bunyi-bunyian yang sudah menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan. Muzik sebenarnya tidak dapat dilihat dan dinikmati dengan pancaindera penglihatan, tetapi dirasai dengan hati atau perasaan.

Muzik Tradisi Warisan Istana

Dalam masyarakat terdapat dua kelompok masyarakat iaitu : Tradisi tinggi (great tradition) Tradisi rendah (little tardition)

Kumpulan masyarakat tradisi tinggi terdiri daripada golongan bangsawan yang merupakan golongan kelas pemerintah yang menjadikan istana sebagai pusat kebudayaan.

Raja-raja menubuhkan kumpulan-kumpulan muzik diistana dan latihan dianjurkan untuk meningkatkan mutu persembahannya. Muzik nobat menjadi satu pasukan muzik istana sejak abab ke 15 lagi. Muzik ini dimainkan dalam upacara pertabalan, kematian raja dan upacara mengadap oleh para pembesar di hadapan balairung. Selain nobat muzik yang berkembang melalui tradisi istana di Malaysia ialah gamelan. Gamelan yang terkenal diTanah Melayu berasal dari kerajaa Riau-Lingga dan Johor. Alat-alat muzik yang digunakan dalam gamelan termasuklah saron, bonang, kerompong, gendang dan gong.

 

25

Page 26: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

Tradisi Muzik Rakyat

Di samping tradisi tinggi yang berpusat diistana, terdapat pula tradisi rendah dikalangan rakyat biasa yang terdir daripada kaum petani dan nelayan. Perkembangan seni muzik diperingkat masyarakat tradisi rendah lahir daripada minat anggota masyarakat itu sendiri. Sebahagian daripada mereka mewarisi keahlian bermain alat-alat muzik itu daripada keluarganya. Alat-alat muzik ini diperbuat daripada bahan-bahan yang diperolehi disekeliling mereka seperti buluh, kayu, kulit binatang dan lain-lain. Muzik rebana merupakan sejenis alat muzik yang berkembang dalam masyarakat Melayu tradisional. Rebana dimainkan dalam persembahan yang berunsur keislaman seperti dikir, ratib, nazam, hadrah, rodat, maulut dan lain-lain.

 Tradisi Muzik Melayu yang lain

Tradisi muzik melayu yang lain seperti muzik makyong dan gendang keling diwarisi dari zaman praislam.Gendang keling dan Mek Mulung di Kedah dan Perlis menggunakan alat muzik seperti Gong, rebab, gendang dan serunai. Di samping berbagai – bagai jenis muzik yang dinyatakan ,muzik wayang kulit, kuda kepang dan ghazal juga merupakan muzik melayu tradisional dari zaman silam. Muzik wayang kulit mengandungi alat muzik seperti gamelan dan mempunyai hubungan dengan tradisi dan kepercayaan masyarakat pribumi. Ghazal pula berasal dari pengaruh Arab Parsi , yang dibawa melalui India sebelum berkembang di alam melayu. Muzik melayu asli ialah muzik yang menyertai tarian ronggeng atau joget yang mempunyai hubungan dengan dongdang sayang yang berkembang di Melaka dan canggung di Perlis. Dalam Tarian kuda kepang pula terdapat alat – alat muzik paluan yang dibunyikan mengikut rentak kuda berlari. Tarian kuda kepang ini berkembang di Johor di kalangan masyarakat melayu keturunan Jawa.

 

SENI GERAK 

Seni gerak mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur – unsur keindahan . Seni ini dapat dilihat pada gerakan tangan , kaki , badan , mata dan anggota badan yang lain. seni gerak orang melayu dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu seni tari dan seni drama.

  SENI TARI

  Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan definisi seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak – geri berirama yang indah. Dalam kebudayaan melayu terdapat berbagai – bagai jenis tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhi oleh unsur – unsur moden. Menurut Jaafar Mampak, tarian melayu asli terbahagi kepada dua jenis. Pertama , tarian yang bercorak lemah lembut seperti tarian mak inang dan siti payung. Kedua , tarian rancak yang merupakan hasil daripada pengaruh tarian Portugis seperti tarian Ronggeng , Serampang Laut dan Singapura Dua.

26

Page 27: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

  Seni tari boleh dikategorikan dalam berbagai – bagai jenis. Antara pembahagian yang boleh dibuat terhadap seni tari melayu adalah seperti berikut :

1. Tarian – tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan , pertabalan , istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian – tarian ini termasuklah tarian siti payung , mak inang , asyik , gamelan dan sebagainya.

2. Tarian – tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti tarian rodat , hadrah dan sebagainya.

3. Tarian rakyat seperti dondang sayang , ronggeng , joget dan sebagainya. 4. Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang ,

tarian labi – labi , tarian berdayung dan sebagainya.

  TARIAN ASLI

Tarian ini dicipta berdasarkan lagu – lagu melayu asli dengan mengikuti irama lagu – lagu melayu asli yang tertentu. Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta daripada lagu Makan Sirih , Gunung Banang , Sapu Tangan , Asli Selendang , Bentan , Telani , Asli Abadi dan sebagainya.

TARIAN ASYIK

Tarian ini adalah sejenis tarian klasik dari daerah – daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja – raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih , oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak – geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan dan pada malam berinai. Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah rebab , gambang dan gedombak.

  TARIAN AYAM DIDIK

Tarian ini dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian dinegeri Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.

  TARIAN BALAI

Tarian ini berasal dari daerah-daerah dinegeri Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah. Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yang diletakan dibawah gelanggang.

  CANGGUNG

Kata tanggung berasal dari bahasa Thai yang bererti menari. Tarian Canggung berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Tarian ini dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas perang dunia kedua

 

27

Page 28: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

TARIAN SITI WAU BULAN

Tarian ini berasal dari negeri Kelantan, ditarikan pada musim menuai sempena dengan temasya dan permainan wau.

  TARIAN CINTA SAYANG

Tarian ini berasal dari yang menggambarkan keluarga nelayan. Tarian ini menunjukan bagaimana keluarga nelayan mengucapkan selamat jalan kepada para nelayan sebelum turun ke laut.

  TARIAN DABUS

Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan kepahlwanan Sayidina Ali.

  TARIAN GAMBUS

Tarian ini berasal dari daerah Kuala Kangsar Perak. Tarian ini dikatakan telah dikenali didaerah ini sejak 50 tahun yang lalu, dipercayai berasal dari negeri Arab.

  TARIAN INAI

Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesar-pembesar istana. Ianya dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendak dikhatankan dan duduk diatas pelamin.

  TARIAN JOGET

Tarian ini diperngaruhi oleh kebudayaan Portugis dan dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleg berbagai-bagai kaum di Malaysia.

  TARIAN KUDA KEPANG

Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan islam. Ciri kejawaan itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas semasa cerita itu ditarikan iaitu mengisahkan pepernagan Rasullollha dan para sahabat.

  TARIAN MAK INANG

Pada zaman kesultanan Melayui Melaka, tarian mak inang sangat popular ditarikan pada hari-hari kerja kahwin tetapi kini ditarikan majlis-majlis sosial.

TARIAN ZAPIN

Tarian ini dikatakan berasal dari negeri Parsi . Ianya diringi dengan alat-alat muzik seperti dabus dan marwas. Pakaian yang digunakan ialah baju melayu.

 

28

Page 29: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

DRAMA TRADISOANAL

Drama tradisional mengikut pendapat Amin Sweeney ialah karya drama yang dianggap oleh masyarakat yang mewarisinya sebagi hasil yang diwarisi secara turun temurun dari generasi yang lampau. Antara seni drama tradisinal yang popular dalam masyarakat melayu adalah seperti berikut :

MAIN PUTERI

Drama tradisinal ini berkembang dengan popular sekali didesa-desa dinegeri Kelantan. Drama ini digunakan untuk mengubati orang sakit. Tok Puteri memainkan peranan sebagai pawang atau bomoh untuk mengawal penyakit yang dibawa oleh roh-roh atau semangat jahat.

MAKYUNG

Makyung ialah drama tradisional yang popular dinegeri Kelantan. Drama ini berasal daripada ritual memuja roh datuk nenek. Permianan makyung ini dikatakan berasal dari negeri Patani.

MENORA

Menora ialah sejenis drama tradisioanal Melayu yang dikatakan dipengaruhi oleh seni darama Siam. Menora telah menjadi popular dinegeri Perlis, Kedah dan Kelantan.

WAYANG KULIT

Wayang kulit merupakan sejenis drama tradisoanl melayu yang terbahagi kepada beberapa jenis seperti wayang golek, wayang wang, wayang topeng dan wayang beber. Kini hanya wayang kulit yang masih kekal.

  SENI RUPA

Seni rupa dalam masyarakat melayu meruapakan ciptaan yang megandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya.

SENI UKIR

Seni Ukir dalam masyarakat melayu mempunyai hubungan rapat dengan hasil-hasil kerja tangan yang dicipta melalui kepandaian mengukir. Ciri-ciri ukiran itu dihasilkan melalui ukiran timbul, ukiran terbenam, ukiran tebuk dan ukiran timbus.

 

29

Page 30: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

SENI KRAFTANGAN

Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.

SENI TEMBIKAR

Seni tembikar merupakan sejenis hasil kraftangan orang melayu yang menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap. Reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsi sesuatu barang itu seperti periuk nasi, bekas air, bekas mennyimpan makanan seperti jeruk, pekasam dan lain-lain. Perusahaan membuat tembiran secara tradisoanl ini masih dilakukanoleh orang melayu khususnya di Sayung, Perak.

SENI ANYAMAN

Menganyam meruapakn proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya mengahsilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk.

TEKATAN

Tekatan dikenali juga dengan nama suji dan merupakan sejenis seni kraftangan yang popular dalam masyarakat melayu. Tekatan menggunakan kain baldu sebagai kain dasar dan bentuk hiasannya mengambarkan rekabentuk bunga dan pohon – pohon. Tekatan digunakan untuk membuat kasut , kipas . muka bantal dan balutan tepak sirih. Hasil tekatan ini dibuat bagi tujuan upacara tertentu seperti dijadikan hiasan pada upacara perkahwinan , upacara berkhatan , pertabalan raja dan upacara – upacara kebesaran yang lain.

SENI TENUNAN

Seni tenunan terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa , tenunan ikat celup dan songket. Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik. Tenunan ini merupakan satu perkembangan daripada proses tenunan biasa. Sementara tenunan ikat pula dipercayai berkembang di istana raja – raja. Penciptaannya lebih rumit terutama dalam proses menyongket solek atau menyolek. Jenis kain tenunan ini dikenali juga dengan panggilan kain benang emas.

SENI BATIK

Batik merupakan seni tekstil yang dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan mencelup kain. Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses menjadi kain batik itu direbus dan dikeringkan. Kemudian kain batik itu diterapkan dengan blok tembaga yang dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan. Selepas diterapkan kain itu akan

30

Page 31: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

diwarnakan dengan cara celupan yang berperingkat – peringkat. Selanjutnya kain itu direbus dan divasuh sehingga bersih lalu dijemur hingga kering.

SENI TEMBAGA

Seni tembaga merupakan satu lagi kraftangan orang melayu. Seni ini diperkenalkan denagn tujuan untuk mencipta alat-alat daripada tembaga yang canti dan indah bentuknya. Alat-alat yang dicipta dalam proses seni tembaga ini digunakan dalam upacara-upacara adat khususnya diistana raja-raja melayu seperti alat-alat pertabalan raja, upacara perlkahwinan atau upacara diraja yang lain. Alat-alat tembaga ini digunakan sebagi hiasan atau perkakasan kegunaan dirumah seperti dulang, tempat letak sireh, sudu, tempat bara, bekas perenjis air mawar dan sebagainya

SENI BINA

Reka bentuk seni bina melayu lahir daripada bentuk rumah-rumah yang menjadi tempat penginapan orang melayu. Walaupun terdapat berbagai jenis rumah melayu namun struktur binaanya tdiak banyak berbeza . Reka bentuk rumah-rumah melayu juga meperlihatkan wujudnya unsur-unsur seni bina dari daerah-daerah lain dialam melayu atau dari luar alam melayu. Contohnya rumah-rumah orang melayu di negeri Sembilan adalah bercorak seni bina rumah minangkabau

PERMAINAN RAKYAT

Dalam tradisi lisan, permainan ini yang dikenali juga sebagai pemainan masa lapang atau sukan rakyat termasuk dalam kategori "folk games". Permainan ini bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan tetapi juga berperanan dalam aktiviti sosial untuk menyerikan majlis-majlis keramaian, perkahwinan dan sebagainya.

Permainan masa lapang dan sukan rakyat yang lahir di dalam kebudayaan Melayu, malah dalam kebudayaan semua dikatakan sebagai satu cara untuk pelepasan emosi manusia itu sendiri.

Di samping berfungsi diatas permainan tradisional dalam masyarakat Melayu memainkan beberapa peranan yang lain seperti bertindak sebagai alat komunikasi di kalangan anggota masyarakat.

Permainan masa lapang bagi orang Melayu boleh dibahagikan kepada permainan untuk orang dewasa dan permainan untuk kanak-kanak.

Permainan untuk orang dewasa termasuklah permainan wau, sepak raga, gasing, menyabung ayam, laga buah keras, congkak, berlaga kerbau dan lain-lain.

Permainan untuk kanak-kanak pula termasuklah main telaga buruk, guli-guli, main galah, main kapal terbang, cina buta, ketup atau sembunyi dan lain-lain.

31

Page 32: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

PERMAINAN GASING

Gasing ialah permainan rakyat yang popular dikalangan orang Melayu. Di negeri-negeri Pantai Barat gasing diperbuat daripada kayu, sementara di negeri-negeri Pantai Timur khususnya dinegeri Kelantan gasing diperbuat daripada timah.

Permainan gasing dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :

1. Permainan untuk bersuka ria 2. Pertandingan gasing 3. Permainan untuk pertunjukkan.

PERMAINAN LAYANG-LAYANG ATAU WAU

Permainan layang-layang atau wau mempunyai hubungan dengan kepercayaan kepada semangat padi. Permainan wau dipercayai telah dilakukan sebagai satu cara untuk memohon maaf kepada semangat padi yang telag menjelma menjadi seorang anak gadis.

Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelabagi peringkat umur. Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukranya.

PERMAINAN CONGKAK

Permainan congkak ialah sejenis permianan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini dipercayai mula berkembang di istana iaitu dikalangan wanita-wanita istana dan para pembesar. Mereka memainkan permainan ini untuk menghiburkan hati pada waktu lapang dan juga bagi mengisi masa yang banyak terluang.

Permainan congkak menggunakan dua bahan, iaitu papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat diatas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congka hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.

MENYABUNG AYAM

Salah satu permianan bercorak pertandingan yang digemari oleh masyarakat Melayu tradisional ialah permainan menyabung binatang-binatang ternakan seperti lembu, kerbau dan ayam. Permaina sabung ayam misalnya diadakan sempenan sesuatu upacara tertentu yang disambut oelh masyarakat Melayu tradisional seperti ketika menyambut kelihiran bayi, perkahwinan dan pentabakan raja.

Permainan manyabung ayam melibatkan pertaruhan wang atau sejenis perjudian. Tetapi pemilik ayam boleh mendapat bayaran tanpa turut serta dalam pertaruhan menyabung dengan cara menyewakan ayamnay jika ayamnya itu telah terkenal sering beroleh kemenangan.

32

Page 33: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

SEPAK RAGA

Sepaka raga ialah sejenis permianan yang menggunakan bola yang diperbuat daripada rotan yang dinanyam dua hingga tiga lapis. Sepak raga dimainkan oleh beberpapa orang pemain yang berdiri membentuk bulatan. Permainan ini dimulaid engan salah sorang pemian melambugkan bola kepada salah seorang pemian yang lain. Pemain lain kan menimbang bola terbut sebelum diambil oleh orang lain.

5.3.5. Sejarah Pengaruh Luar Dalam Masyarakat Melayu

Masyarakat awal Melayu ialah masyarakat yang mengamalkan fahaman animisme.

Fahaman ini berkait rapat dengan kepercayaan kepada semangat dan roh. Setiap

kehidupan mempunyai semangat yang perlu disembah dan dihormati. Namun berlaku

perubahan besar dalam peradaban masyarakat Melayu setelah masuknya tiga pengaruh

luar yang mempunyai sejarah peradaban yang begitu tinggi. Kemasukan pengaruh luar ini

telah memberi kesan yang amat mendalam terhadap perkembangan budaya Melayu.

Masyarakat Melayu telah menerima beberapa sistem sosial kehidupan luar ini dalam

kehiidupan mereka.

Pengaruh luar tersebut ialah;

pengaruh Hindu

Pengaruh Hindu mula bertapak dan berkembang di Tanah Melayu sejak awal abad

pertama Masihi hingga kurun ke-14. Menurut A. Aziz Deraman (1994), pengaruh Hindu

telah diterima dalam sistem sosial khususnya dalam sistem politik dan kemasyarakatan

tempatan, adat istiadat dan upacara, bahasa dan kesusasteraan, keesenian, kepercayaan

dan falsafah.

pengaruh Islam

Pengaruh Islam tersebar dan berkembang di alam Melayu sejak abad ketiga belas Masihi.

Islam dibawa ke alam Melayu melalui perdagangan oleh pedagang India dan Arab.

Pengaruh Islam ini telah mengubah tradisi anismisme dan Hinduisme yang telah lama

sebati dalam jiwa masyarakat Melayu.

pengaruh Barat

Alam Melayu telah mula menerima pengaruh Barat melalui penjajahan Portugis ke atas

Melaka. Kemudian, dikuti kemasukan Belanda dan British yang telah meninggalkan kesan

yang mendalam terhadap perkembangan peradaban Melayu.

33

Page 34: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

Rujukan

Ahmad Kamal Abdullah. 1989. Gejala esei dan kritikan puisi Melayu moden 1955-1986. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Aziz Deraman. 1994. Masyarakat dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. M. Thani (Peny.). 1981. Esei sastera ASAS 50. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Teeuw. 1983. Membaca dan menilai sastera. Jakarta : Penerbit P.T Gramedia.

Hamzah Hamdani (Peny.) 1988. Konsep dan pendekatan sastera. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Awang. 1984. Kesusasteraan Melayu dalam kritikan dan sejarah. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Hashim Awang. 1988. Kritikan kesusasteraan teori dan penulisan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hussein (Peny.). 1974. Sastera dan masyarakat. Kuala Lumpur: Pustaka Zakry Abadi.

Kamarudin Hj. Husin. 1999. Pengajian Melayu 5 dan 6. Kuala lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Lodge, David (ed.). 1988. Modern critisam and theory. London : Longman.

Shamsudin Othman dan Maniyamin bin Haji Ibrahim. 2003. Kamus Komsas KBSM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Othman Puteh (Peny.) 1994. Teks cerminan nilai budaya bangsa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahman Shaari. 1988. Kritikan sastera Melayu pendekatan dan pemikiran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sahlan Mohd. Saman (Peny.) 1994. Pengarang teks dan khalayak. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

34

Page 35: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

SENARAI PANEL

PENULIS MODUL PEMBELAJARAN

Bil. Nama Kelayakan

1. KO-ORDINATOR / PENASIHATMY HJ.RUSLI BIN MAHMOODKETUA JABATAN PENGAJIAN MELAYU MAKTAB PERGURUAN KOTA BHARUKELANTAN

BA( Hons)UM, Dip. PendidikanGuru Bahasa Melayu 4 tahun,Pensyarah Pengajian Melayu 18 tahun

2. PENGERUSIABDULLAH BIN MOHD YASSINJABATAN PENGAJIAN MELAYU,IPGM KAMPUS KOTA BHARU, KEL.

Bac. Pendidikan PBMP (UPM),MA (UM), Sijil Perguruan Asas (PPAK), Sijil Perguruan Khas (IBKL).Guru Bahasa Melayu 27 tahunPensyarah Bahasa Melayu 2 tahunMunsyi Dewan 12 tahun.

3. AHLI 1

4. AHLI 2

35

Page 36: 3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu

36