308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

73
PUISI MODEN 1. Virus dari Langit Global ( Nur Suhada Sayuti) 2. Seorang Tua di Kaki Tamadun (Fadh Razy) 3. Selamat Tinggal Eropah ll (Muhamad Hj. Salleh) 4. Menterjemah Bahasa (Abd. Rahim Omar) 5. Citra Pelangi 1Malaysia (A.Halim Ali) 6. Mencintai Tanah Ini (Lim Swee Tin) 7. Ini Tanah Kita (Salman Sulaiman) 8. Sekeping Kartu Kecil (Mohd Aidid Abd. Rahman) 9. Kubentang Sehelai Peta (T.Alias Taib) 10. Sepi Syawal Tanpa Bonda (Amylia Hussain) 11. Kata Bukit kepada Jentolak (Mohd Faizal Said) 12. Lidah Anakku Berbelang-belang (Abizai) 13. Ingatan kepada Kawan XXIV (Zaen Kasturi) 14. Jalur Yang Tidak Pernah Padam (Jasni Mat Lani S) 15. Pancang Kenangan (Khadijah Hashim) 16. Kolek Bonda (Aminah Mokhtar) 17. Kuntum Rahsia dari Taman Takdir (WB Rendra) 18. Aku Tidak Berani Berjanji (Rosli K. Matari) 19. Aku Hanya Mahu ke Seberang (Hashim Yaacob) 20. Wanita dan Laut (Mahaya Mohd Yassin) 21. Ranting (Hilmi Rindu) 22. Belajarlah Memahaminya Gunung Lagenda (Shapiai Muhamad Ramly) 23. Pada Glaukoma ke Ahmar (Abd. Razak @ Rezeki Othman) 1

Upload: arisha-akram

Post on 19-Jan-2017

523 views

Category:

Education


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

PUISI MODEN

1. Virus dari Langit Global ( Nur Suhada Sayuti)

2. Seorang Tua di Kaki Tamadun (Fadh Razy)

3. Selamat Tinggal Eropah ll (Muhamad Hj. Salleh)

4. Menterjemah Bahasa (Abd. Rahim Omar)

5. Citra Pelangi 1Malaysia (A.Halim Ali)

6. Mencintai Tanah Ini (Lim Swee Tin)

7. Ini Tanah Kita (Salman Sulaiman)

8. Sekeping Kartu Kecil (Mohd Aidid Abd. Rahman)

9. Kubentang Sehelai Peta (T.Alias Taib)

10.Sepi Syawal Tanpa Bonda (Amylia Hussain)

11.Kata Bukit kepada Jentolak (Mohd Faizal Said)

12.Lidah Anakku Berbelang-belang (Abizai)

13. Ingatan kepada Kawan XXIV (Zaen Kasturi)

14.Jalur Yang Tidak Pernah Padam (Jasni Mat Lani S)

15.Pancang Kenangan (Khadijah Hashim)

16.Kolek Bonda (Aminah Mokhtar)

17.Kuntum Rahsia dari Taman Takdir (WB Rendra)

18.Aku Tidak Berani Berjanji (Rosli K. Matari)

19.Aku Hanya Mahu ke Seberang (Hashim Yaacob)

20.Wanita dan Laut (Mahaya Mohd Yassin)

21.Ranting (Hilmi Rindu)

22.Belajarlah Memahaminya Gunung Lagenda (Shapiai Muhamad Ramly)

23.Pada Glaukoma ke Ahmar (Abd. Razak @ Rezeki Othman)

24.Suara Pedih daripada Anak Penghuni Sungai (Naapie Mat)

25.Mari Kita Ciptakan Alam Lestari (Nimoiz T.Y.)

26.Kembali ke Rumah Nurani (Husna Nazri)

1

Page 2: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Virus dari Langit Global(Nur Suhada Sayuti)

MaksudRangkap 1Penyajak menyatakan tentang budaya atau anasir yang tidak sihat telah mempengaruhi

fikiran dan hati generasi kini. Budaya mementingkan keseronokan diri telah menjadi

darah daging generasi muda.

Rangkap 2Nilai yang seiring pembangunan fizikal generasi muda telah musnah. Generasi muda

kini telah dipengaruh dan dilanda pelbagai budaya serta nilai negatif.

Rangkap 3Anasir yang datang dari luar telah memusnahkan nilai ketulusan dan menjajah minda

generasi muda kini. Nilai kesusilaan dan budaya tidak lagi dipedulikan oleh generasi

muda akibat pengaruh nilai yang tidak baik. Anasir yang tidak sihat telah menyebabkan

harapan kepada generasi muda semakin musnah.

TemaJati diri generasi muda yang semakin terhakis akibat pengaruh budaya moden.

Persoalan1. Persoalan tentang kerapuhan minda generasi muda yang mudah dipengaruhi oleh

budaya yang mementingkan keseronokan.

2. Keruntuhan jati diri generasi muda akibat anasir negatif yang datang dari dunia

luar..

2

Page 3: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

3. Dunia tanpa sempadan telah menyebabkan segala anasir negatif mudah

mempengaruhi generasi muda masa kini.

Seorang Tua di Kaki Tamadun(Fadh Razy)

MaksudRangkap 1Seorang yang memerah keringatnya di bawah matahari terik untuk mengusahakan

sawah padi.

Rangkap 2Dalam musim yang panas, orang tua itu tetap membawa cangkul untuk mengusahakan

sawah sedaya upaya.

Rangkap 3Orang tua itu membersihkan sawahnya daripada semak.Dalam sawah terdapat padi

yang sedang masak dan terdapat banyak tikus yang ingin memusnahkan padi.

Rangkap 4Petani tua itu melaksanakan amanah orang tuanya untuk mengerjakan sawah itu,

walaupun sukar.

Rangkap 5Sewaktu petang Pak tua bersandar di surau usang, Pak Tua merasa sedih ketika azan

dilaungkan kerana di dalam hatinya terpendam rasa yang marah yang tidak ditahannya.

Rangkap 6Usaha untuk mempertahankan tanah sawahnya jadi sia-sia kerana telah ditipu oleh

golongan yang tidak bertanggungjawab.

Rangkap 73

Page 4: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Sawahnya yang selama ini digunakan untuk menyara mereka sekeluarga telah

dibangunkan dengan perubahan pemodenan.

TemaTema sajak ini ialah kemasyarakatan.Pembangunan yang dijalankan telah

melenyapkan warisan tradisi nenek moyang iaitu sawah padi.

Persoalan1. Persoalan kegigihan mengusahakan sawah. Contohnya walaupun cuaca panas

dan menggunakan cangkul yang tumpul petani tetap gigih mengusahakan

sawahnya.

2. Persoalan tipu muslihat oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Contohnya

sawah petani tua telah dieksplotasikan oleh golongan yang tidak

bertanggungjawab untuk pembangunan.

3. Persoalan ketaatan menunaikan ajaran agama. Contohnya petani tua sentiasa

menunaikan suruhan Tuhan dengan melaksanakan solat di surau usang itu.

4

Page 5: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Selamat Tinggal Eropah II(Muhammad Haji Salleh)

MaksudRangkap 1

Penyajak berharap agar negara-negara Eropah yang dahulunya menjajah negara lain

kini insaf akan perbuatan mereka. Nilai yang dilaungkan/didoktrinkan/dipegang oleh

mereka sebenarnya hanyalah lakonan semata-mata. Mereka juga diingatkan agar tidak

memperlekeh/mengata/merendah-rendahkan negara yang telah dijajah itu sebagai

pembelot. Pada hal mereka yang memanipulasi setiap peristiwa yang melakar sejarah

itu dengan kekejaman dan penipuan secara bermuka-muka/melaga-lagakan.

Rangkap 2

Penyajak melihat bahawa negara Eropah kini sedang menanggung sengsara akibat

perbuatan mereka yang lalu, namun mereka cuba menyembunyikan masalah yang

dihadapi.

Rangkap 3

Kini, penyajak mendesak negara-negara Eropah supaya bercakap benar dengan

seluruh dunia tentang pembohongan yang dilakukan oleh mereka sebelum ini.

Rangkap 4

Segala penindasan, kekejaman dan penipuan yang dilakukan oleh negara-negara

Eropah ini disedari oleh penyajak dan penyajak akan mengingati segala peristiwa

hitam yang dicipta oleh mereka sampai bila-bila.

Tema

5

Page 6: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Sajak ini bertemakan keamanan sejagat. Penyajak mengharapkan agar negara-negara

Eropah tidak lagi menindas negara-negara lain kerana mereka sebenarnya telah

banyak melakukan kekejaman kepada dunia. Semoga dengan itu, sejarah hitam yang

pernah berlaku tidak akan berulang lagi dan dunia akan aman damai.

Persoalan1. Kesedaran atas perkara yang telah dilakukan

Contoh: aku harap ingatanmu masih

luas untuk menakung sejarah

yang kaukuasai dengan darah dan helah

2. Kejujuran dalam menjalin hubungan sejagat

Contoh: sekarang kau harus berkata

3. Kekejaman untuk mendapatkan kuasa

Contoh: pembakaran rumah Turki di Jerman

4. Kesan atas perlakuan yang telah dilakukan

Contoh: di mukamu kulihat luka baru

senyummu dibelah seksa

6

Page 7: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Menterjemah Bahasa(Abd. Rahim Omar)

Maksud Rangkap 1Penyajak menyatakan bahasa kita telah melalui proses kematangan dan telah tersebar

ke serata benua di dunia ini. Bahasa kita telah menjadi jambatan penghubung dan

penyatuan pelbagai bangsa dan budaya yang berlainan.

Rangkap 2Bahasa kita telah diangkat sejak abad ke-7 masihi bermula dari kerajaan Sriwijaya

hingga zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bahasa kita mampu menjadi medium ilmu

dan mengangkat maruah sesuatu bangsa sehingga ke peringkat antarabangsa.

Rangkap 3Tanpa henti bahasa kita telah berazam menjadi wadah ilmu untuk membentuk jati diri

bangsa sehingga melahirkan tokoh cendekiawan dan pendeta yang bijaksana.

Rangkap 4Bahasa kita telah menjadi bahasa ilmu untuk menerokai segala teori dan masalah.

Walaupun penjajah memperkecil-kecilkan bahasa kita dengan alasan bahasa kita tiada

kepentingan ekonomi. Namun bahasa kita tetap maju dan hebat menjadi warisan

negara bangsa.

TemaBertemakan patriotisme iaitu mencintai dan mengangkat martabat bahasa kita.

7

Page 8: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Persoalan

1. Persoalan kepentingan bahasa kepada sesuatu bangsa. Ianya menjadi ikatan

pelbagai bangsa dan budaya.

2. Persoalan bahasa sebagai wadah ilmu dan mampu membina sesuatu peradaban

bangsa.

3. Persoalan kegemilangan bahasa itu bukan hanya menjadi sejarah tetapi akan

terus berkembang menjadi bahasa ilmu dan telah melahirkan ramai tokoh

cendekiawan yang bijaksana.

4. Persoalan tekanan dan cabaran daripada musuh bahasa kita. Walaupun telah

dijajah bahasa kita tidak akan lupus malah akan tetap terus berkembang.

8

Page 9: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Citra Pelangi 1 Malaysia(A.Halim Ali)

Maksud Rangkap 1Impian dan angan-angan perlu ada pada setiap orang untuk direalisasikan pada masa

hadapan.

Rangkap 2

Walaupun mempunyai pelbagai perbezaan pendapat, penyajak berharap perbezaan itu

dapat mencapai satu tujuan yang sama. Penyajak berharap dengan wadah satu

bahasa, perpaduan dapat dicapai walaupun mempunyai pelbagai bangsa.

Rangkap 3Penyajak berharap kita semua dapat saling bermaafan dan saling kasih mengasihi

antara satu sama lain di bawah rumpun Melayu, walaupun kita mempunyai

kepelbagaian bangsa. Penyajak berharap kepelbagaian bangsa dapat memupuk

kesefahaman dalam kehidupan bermasyarakat. Perbezaan pendapat hanyalah perkara

biasa dan diharapkan kita akan dapat bersatu demi tanah air tercinta.

TemaBertemakan perpaduan nasional antara pelbagai kaum di Malaysia untuk bersama-

sama memajukan dan membangunkan negara.

Persoalan

9

Page 10: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

1. Persoalan impian dan angan-angan perpaduan pelbagai bangsa akan menjadi

kenyataan jika diusahakan dengan penuh kegigihan.

2. Persoalan bahasa kebangsaaan boleh dijadikan jambatan untuk mengeratkan

hubungan antara kaum. Bahasa juga boleh dijadikan sebagai alat komunikasi

untuk saling mengenal dan memahami.

3. Persoalan kasih sayang perlulah dipupuk antara pelbagai bangsa di negara

melalui satu bahasa.

4. Persoalan perbincangan untuk mencari kesepakatan perlu ada dalam sebuah

negara yang mempunyai pelbagai bangsa.

5. Persoalan bersatu-padu untuk satu tujuan dan demi negara yang tercinta.

6. Persoalan saling bermaafan-maafan dan bertolak ansur antara satu sama lain di

bawah satu negara.

7. Persoalan estetika iaitu warisan budaya rumpun Melayu yang berhemah dalam

menangani sesuatu perkara.

8. Persoalan perpaduan antara kaum penting untuk kemakmuran dan keamanan

negara.

10

Page 11: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Mencintai Tanah Ini(Lim Swee Tin)

Maksud

Rangkap 1Penyair mencabar sesiapa sahaja yang berani mencemarkan/menimbulkan

ketegangan/menghapuskan kedamaian dalam keadaan negara yang sejahtera ini.

Penyair turut mempersoalkan mereka yang sentiasa menyusun strategi dan bertindak

agresif/ganas/tidak berperikemanusiaan/ melanggar peraturan/peraturan rimba dengan

membangkitkan dendam dan menabur bibit-bibit kebencian dalam negara yang damai

lagi sejahtera.

Rangkap 2Penyair menegaskan bahawa sejarah yang dilakukan oleh pahlawan bangsa. Masih

tetap dikenang walaupun zaman telah silih berganti. Masih terkesan kezaliman dan

penindasan yang menyebabkan penderitaan yang dilalui semasa zaman penjajahan

yang silih berganti (Portugis, British, Jepun, Komunis…) Walaupun zaman telah

berganti namun kepedihan itu tetap terasa seolah-olah baru sahaja berlaku.

Rangkap 3Setiap detik anak-anak bangsa masih teguh dan sentiasa menaruh harapan untuk terus

mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan negara bangsa tercinta. Mereka

sanggup berjuang dan berkorban nyawa tanpa mengharapkan ganjaran demi kasih

sayang yang suci dan murni.

Tema

11

Page 12: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Bertemakan semangat patriotik dan sentiasa bersemangat dan bersedia

mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara bangsa tercinta.

Persoalan1. Jati diri dan patriotisme. Penceroboh keamanan negara perlu ditentang dengan

tegas oleh setiap anak bangsa yang menghuni sesebuah negara. Menentang

mereka yang menimbulkan ketegangan dan konflik dalam negara

melambangkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada negara bangsa.

Contoh : - Siapakah berani merobek angin musim sentosa ini

Contoh :- Siapakah berani memancung damai negeri bertuah ini

2. Mengenang kembali sejarah bangsa zaman silam. Kita perlu mengenang jasa

nenek-moyang/ generasi terdahulu yang sanggup berkorban harta dan nyawa

menentang penjajah yang datang silihberganti. Kini negara berada dalam

keadaan sentosa, sejahtera dan bertuah

Contoh : - sejarah pertiwi masih cermat tersimpan

dalam album purbanya

ngilu hiris cengkam penjajah

berganti silih

mencakar sukma ibunda

hari ini pun terasa lagi akan pedih siatnya.

3. Pasti ada rakyat yang tidak berpuas hati dan sentiasa berusaha menyebarkan

rasa dendam dan kebencian secara agresif tanpa memikirkan kesan kepada

negara bangsa. Oleh itu kita berlu berwaspada untuk mengelak menyumbang

kepada ketidakharmonian negara bangsa.

Contoh:- siapakah berani merobek angin musim sentosa

sayapnya menebar jauh hingga ke lereng bukit

dan denai-denai desa

12

Page 13: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

dengan pedang terhunus dendam

berpercikan silau kebencian

4. Kasih sayang anak bangsa kepada negara tercinta. Kita perlu mengimbau

sejarah silam perjuangan waris terdahulu yang membebaskan diri dari belenggu

penindasan dan kezaliman penjajah. Oleh itu keamanan yang ada kini perlulah

dikekalkan dan mengelakkan diri daripada mencetuskan konflik berdarah demi

mengelak sejarah pahit zaman silam berulang kembali. Janganlah pula kita

yang menjadi dalang di tanah air sendiri.

Contoh:- degup ingin anak-anak bangsa

masih kental mengisi mimpi

membenteng tanah yang sesusuk ini

dengan harga cinta tak tertawarkan

dengan anyam kasih tak tercelakan.

5. Masih ada anak-anak bangsa generasi yang mewarisi semangat perjuangan

generasi silam yang kental jiwanya dan sanggup berjuang dan berkorban untuk

mempertahankan kedaulatan dan keharmonian negara bangsa.

Contoh:- degup ingin anak-anak bangsa

masih kental mengisi mimpi

membenteng tanah yang sesusuk ini

dengan harga cinta tak tertawarkan

dengan anyam kasih tak tercelakan

13

Page 14: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Ini Tanah Kita(Salman Sulaiman)

Maksud Rangkap 1Penyajak ingat akan pesan bondanya bahawa suatu hari nanti penyajak atau anaknya

akan menempuhi kematian. Bonda mengingatkan penyajak supaya sentiasa mengingati

Tuhan dan berzikir kepada Tuhan dengan penuh keinsafan seolah-olah seperti seorang

tua yang hampir meninggal dunia.

Rangkap 2Pesan bonda lagi, liang lahad ini akan diisi dengan jasad-jasad yang bersedia

menghadapi kematian. Penyajak termenung seketika memikirkan bagaimana untuk

menjadi lelaki yang bersedia untuk hidup dalam alam liang lahad tersebut.

Rangkap 3Bonda berpesan lagi supaya kita sentiasa mengingati hari kematian kita kerana

kemungkinan kita akan mati pada hari esoknya.

Rangkap 4Kita tidak hanya perlu melilitkan kepala dengan kain serban untuk menunjukkan alim di

hadapan malaikat Munkar dan tidak perlu mempunyai ilmu sihir untuk bersembunyi

daripada malaikat Nakir. Namun kita perlu tahu bahawa kita berasal daripada tanah.14

Page 15: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Rangkap 5Tanah (kubur) ini sentiasa menunggu bakal-bakal penghuninya.

Rangkap 6Penyajak berimiginasi terdapat seorang lelaki tua di bawah sepohon kemboja sedang

menggali liang lahad untuk jasadnya sendiri. (Menggambarkan seseorang itu telah

bersedia untuk kembali kepada Penciptanya)

TemaSajak ini bertemakan keagamaan, sentiasa mengingati kematian kerana setiap yang

hidup akan berakhir dengan kematian.

Persoalan1. Persediaan menghadapi kematian. Kita sebagai manusia yang akan menempuh

alam kematian suatu hari nanti perlu bersedia dan membawa bekalan menuju

akhirat.

2. Nasihat seorang ibu kepada anaknya. Ibu menasihati anaknya supaya sentiasa

bersedia mengingati kematian yang akan dilalui oleh setiap manusia.

3. Keinsafan di dalam diri manusia. Kematian yang berlaku setiap hari dapat

menyedarkan dan menginsafkan penyajak bahawa suatu hari nanti dia juga akan

menempuhi kematian.

15

Page 16: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Sekeping Kartu Kecil(Mohd. Aidid Abd Rahman)

Maksud

Rangkap 1Penyajak menyangka bahawa kekasihnya telah melupakannya kerana mereka telah

lama berpisah.

Rangkap 2Penyajak menerima kad ucapan hari raya daripada kekasihnya.

Rangkap 3Kad tersebut menggembirakan penyajak dan terkenang akan hubungan mereka pada

masa lampau.

Rangkap 4Penyajak ingin berkunjung ke rumah sahabatnya pada hari raya nanti. Bukan sebagai

kekasih tetapi sebagai sahabat. Penyajak meminta kekasihnya melayannya sebagai

sahabat.

Tema16

Page 17: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Bertemakan persahabatan. Penyajak mengharapkan hubungan yang terputus antara

dia dan kekasihnya akan tetap berkekalan tetapi sebagai sahabat.

Persoalan 1. Kesetiaan dalam memupuk persahabatan.

Contoh: ya, ingin sekali aku berkunjung ke rumahmu

bukan lagi sebagai kekasih seperti kelmarin

2. Kasih sayang dalam keluarga

Contoh: dan tiga orang anak tercinta

3. Melayan tetamu dengan baik

Contoh: sambutlah sebagaimana kebiasaan

engkau menyambut tetamu

17

Page 18: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Kubentang Sehelai Peta(T. Alias Taib)

MaksudRangkap 1Penyajak mula menyatakan perjalanan hidupnya dari kecil sehingga berusia 60 tahun.

Rangkap 2Penyajak terkenangkan semasa kecilnya. Dia banyak menghabiskan masa di sawah

dan kesabarannya dibentuk semasa aktiviti memancing.

Rangkap 3Penyajak mengalami kesukaran untuk menuntut ilmu. Beliau terpaksa berkaki ayam

dan melalui kawasan hutan semasa ke sekolah.

Rangkap 4Semasa remaja juga beliau menghadapi cabaran/masalah/dugaan untuk mencapai

impiannya sebagai penulis/karyawan.

Rangkap 518

Page 19: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Apabila semakin berusia, penulis semakin matang dan mengenal diri sendiri serta

peranannya dalam masyarakat.

Rangkap 6Penulis akhirnya berjaya mencapai impiannya namun tetap mengekalkan warisan

budaya nenek moyang.

Tema Bertemakan jati diri. Penyajak menceritakan pengalaman pahit getirnya mengharungi

kehidupan.

Persoalan

1. Ketabahan dalam mengharungi cabaran hidup

Contoh: Di atas rakit ini kurempuh kesulitan

2. Gigih berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran

Contoh: menajamkan kalam dan berkaki ayam

menyusur denai basah ke sekolah

3. Kegigihan mencapai cita-cita

Contoh: antara bakat menulis puisi

dengan mengasah perasaan

4. Mengenal diri sendiri

Contoh: Di atas rakit ini kukayuh usiaku

Mudik ke hulu hari mencari diri

19

Page 20: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Sepi Syawal Tanpa Bonda(Amylia Hussain)

Maksud Rangkap 1Penyajak melahirkan perasaan kecewa dan dukacitanya yang bercampur gaul dalam

hati dan membiarkan kesedihan dan kesunyian yang dialami seterusnya tergambar

pada wajah penyajak

Rangkap 2Penyajak berasa amat gembira sewaktu mendengar alunan takbir bergema kerana

dapat bersama-sama ibunya, seorang wanita tua yang penuh kesabaran dan baik hati.

Rangkap 3Setelah kematian ibunya, penyajak berasa amat sunyi dan pilu. Namun, kenangan

sewaktu bersama-sama ibunya dahulu tetap dalam ingatannya.

TemaSajak ini bertemakan kasih sayang. Kasih sayang seorang anak terhadap ibunya tetap

utuh walaupun ibunya telah meninggal dunia. Hal ini amat menyentuh hati penyajak

terutama sewaktu menyambut kedatangan syawal, penyajak berasa amat sunyi.

Persoalan1. Kematian orang yang tersayang – penyajak menerima kematian ibunya walaupun

dalam masa yang sama beliau amat terasa dengan kehilangan tersebut.

20

Page 21: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

2. Kesepian menjalani kehidupan – penyajak berasa sunyi selepas kematian ibunya

dan sentiasa terkenangkan ibunya.

3. Kesabaran menjalani kehidupan – ibu penyajak merupakan seorang yang

penyabar kerana menyimpan sendiri kesusahannya daripada pengetahuan

penyajak.

Kata Bukit Kepada Jentolak(Mohd Faizal Said)

Maksud Rangkap 1

Bukit berkata kepada jentolak bahawa dia pernah mencatat sejarah, iaitu pernah berlaku persengketaan antara dua beradik sehingga membawa kepada peperangan. Pertanyaan daripada bukit kepada jentolak yang datang dengan hingar dengan deruman dan boleh menguburkan sejarah yang pernah berlaku di bukit itu.

Rangkap 2

Jentolak berkata kepada bukit bahawa dia tidak mengetahui apa-apa malahan dia tidak

mahu ambil tahu kerana dia melakukan sesuatu adalah semata-mata kerana wang.

Rangkap 3

Bukit berkata kepada jentolak bahawa dia adalah pasak kepada alam dan disebabkan

sikap rakus manusia yang memusnahkan alam maka berlakulah kejadian tanah runtuh.

Rangkap 4

Jentolak berkata kepada bukit bahawa dia tidak mengetahui apa-apa malahan dia tidak

mahu ambil tahu kerana dia melakukan sesuatu adalah semata-mata kerana wang.

Tema

21

Page 22: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Sajak ini bertemakan alam sekitar. Penjagaan alam sekitar penting bagi menjamin

kelestarian alam. Alam sekitar adalah sumber penting dalam kehidupan manusia.

Kemusnahan alam sekitar boleh mendatangkan bencana kepada kita.

Persoalan1. Kuasa wang – Penyajak menimbulkan isu mengenai sesetengah pihak yang lebih

mementingkan keuntungan berbanding menjaga kelestarian alam.

2. Peristiwa bersejarah – Peristiwa bersejarah, iaitu perang saudara yang pernah

berlaku di bukit itu akan terkubur sekiranya bukit ini dimusnahkan oleh jentolak.

3. Kemusnahan alam sekitar – Kerakusan sesetengah pihak yang cuba mengaut

keuntungan akan mendatangkan kemusnahan kepada alam sekitar, iaitu boleh

menyebabkan kejadian tanah runtuh.

22

Page 23: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Lidah Anakku Berbelang-Belang(Abizai)

Maksud Rangkap 1Pengaruh daripada pendidikan sekular telah menyebabkan generasi hari ini

mengagungkan perkara-perkara yang dihasilkan oleh orang barat. Anak-anak hari ini

lebih suka kepada gaya hidup moden dan tidak mengamalkan warisan budaya sendiri.

Penyajak mengharapkan agar anak-anak muda hari ini kembali ke pangkal jalan

sebelum masa terlambat.

TemaSajak ini bertemakan kesan dan pengaruh budaya moden terhadap perkembangan

gaya hidup anak-anak muda hari ini. Contohnya, anak-anak muda hari ini telah mula

mengagungkan bahasa barat berbanding menggunakan bahasa ibunda.

Persoalan1. Kepentingan bahasa ibunda . Anak-anak muda keliru tentang kelebihan antara

bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Bahasa asing lebih diagungkan berbanding

bahasa ibunda.

Contoh : hasil didikan serampang bermata dua

keliru menilai martabat bahasa ibunda

23

Page 24: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

2. Mengagungkan budaya barat berbanding budaya sendiri

Contoh: memuja kuntuman tulip di taman seberang

melupakan haruman melur di laman

belakang

3. Amalan budi bahasa yang semakin terhakis

Contoh : teduh budi bahasa tiada lagi terasa

ditawan terik mentari langit terbuka

4. Seruan kembali ke pangkal jalan

Contoh: segeralah pulang sebelum menghilang

setia menghadam kulit dan isi warisan

24

Page 25: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Ingatan Kepada Kawan XXIV(Zaen Kasturi)

Maksud Rangkap 1Walaupun peralihan waktu dan musim. Saban waktu penyajak mengingati kawannya

dan diharapkan menjadi ingatan di hati kawannya juga.

Rangkap 2Penyajak menggambarkan kemungkinan dirinya hanya bayangan atau kenyataan buat

sementara selagi dia masih hidup. Mungkin setelah melalui dan mengalami semuanya

maka kita akan lebih tahu rencah kehidupan ini. Dalam kehidupan ini kita akan sentiasa

dibuai mimpi jika kita tidur dan akan berjumpa seorang kawan yang baik jika ditakdirkan

oleh Tuhan dalam kehidupan.

Rangkap 3Dalam hubungan yang wujud ini, akan membawa kita mengharungi kehidupan yang

lebih baik dan akan menjadi sahabat yang akan sentiasa menjaga kawannya serta

menganggap kawannya menjadi sebahagian dirinya yang penting dalam hidup ini.

Rangkap 4

25

Page 26: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Dalam hubungan persahabatan, kita harus ikhlas menjaga kawan dan bukan

mempunyai keinginan tersirat untuk memilikinya. Kawan atau sahabat kita mungkin

ada yang menghadapi pelbagai masalah.

Rangkap 5Penyajak menganggap kawannya tempat dia meluahkan masalah dan perkongsian

masalah dapat diselesaikan. Dalam kehidupan ini kita sering dilambung pelbagai

dugaan dan masalah. Namun semua itu adalah sesuatu yang indah.

TemaBertemakan kasih sayang seorang rakan yang menyayangi rakannya dan sanggup

berkongsi masalah bersama-sama.

Persoalan1. Persoalan sikap kawan yang mengambil berat masalah kawannya.

2. Persoalan saling mengingati antara satu sama lain tanpa ada hasrat yang

tersembunyi di sebaliknya.

3. Persoalan keikhlasan dan jujur dalam persahabatan tanpa ada niat untuk

mengkhianati sahabat atau kawan.

26

Page 27: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Jalur yang Tidak Pernah Padam(Jasni Matlani)

MaksudRangkap 1Cahaya matahari mula menyinari, menerangi bumi pada waktu pagi ke seluruh pelusuk

dunia sama ada di atas bumbung, di atas pokok-pokok rendang, di kawasan taman, di

kawasan kota yang sibuk ataupun kawasan desa yang suram.

Rangkap 2Apabila hari semakin tinggi, maka cahaya matahari semakin bersinar dan menerangi ke

seluruh alam. Malahan cahaya matahari yang berkaca-kaca ini turut diraikan dalam

satu pesta untuk mengalu-alukan turunnya hujan setelah tujuh tahun mengalami musim

kemarau.

Rangkap 3Sinar matahari tidak pernah padam malah terus memancarkan cahayanya walaupun

telah sampai ke penghujung petang. Sinarnya tidak akan berakhir pada waktu itu

sahaja kerana cahayanya akan menerangi bahagian lain di muka bumi ini. Matahari

tidak akan hilang atau terhapus daripada dunia ini walaupun tidak kelihatan pada

pandangan mata.

Tema

27

Page 28: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Kepentingan alam semula jadi kepada manusia. Matahari telah membantu penduduk

bumi menerangi alam ini dengan pancaran cahayanya yang berterusan tanpa ada

penghujung.

Persoalan

1. Berbuat jasa – Matahari telah berbuat jasa kepada alam ini tanpa mengira

manusia, haiwan atau tumbuhan dengan menerangi bumi ini secara berterusan.

2. Kesetiaan dalam perhubungan – Perhubungan manusia dengan matahari sangat

rapat sehinggakan kehadiran matahari turut dirasai pada waktu malam walaupun

jasadnya sudah tidak kelihatan lagi.

3. Kesyukuran – Hujan yang turun telah disambut dengan gembira dan penuh

kesyukuran akibat musim kemarau yang berlaku selama tujuh tahun.

28

Page 29: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Pancang Kenangan(Khadijah Hashim)

Maksud

Rangkap 1

Penyajak menyuarakan keluhan kerana terdapat banyak pihak yang tidak menghiraukan / tidak prihatin dengan suara-suara pendapat / bantahan tentang kemusnahan alam akibat proses pembangunan.

Rangkap 2Keadaan yang berlaku menyebabkan banyak pihak yang kecewa dan berputus asa kerana terpaksa tunduk menurut arahan pihak atasan / pihak berkuasa. Mereka terpaksa akur dengan membiarkan alam semula jadi diteroka secara meluas demi pembangunan.

Rangkap 3

Terdapat golongan yang berkuasa semakin lantang bersuara dan sanggup mendengar suara bantahan golongan pencinta alam. Mereka memberi janji dan mengadakan kempen/slogan namun semua itu tidak dapat membersihkan sungai yang telah tercemar dan menyelamatkan flora dan fauna. Golongan bawahan tidak mampu menghalang semua itu daripada berlaku. Alam sekitar ini bakal menjadi satu kenangan sahaja suatu hari nanti jika masalah ini terus berlaku.

Tema

Bertemakan proses pembangunan yang banyak mengorbankan alam sekitar.

29

Page 30: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Persoalan

1. Kepupusan flora dan fauna akibat proses pembangunan.

2. Sikap manusia yang mementingkan diri sehingga mengabaikan alam sekitar.

3. Golongan bawahan yang terpaksa akur dengan tindakan golongan atasan yang bersifat negatif.

4. Usaha-usaha yang dilakukan untuk mempertahankan alam sekitar daripada pupus.

Kolek Bonda(Aminah Mokhtar)

Maksud

Rangkap 1Pak Tua (generasi tua) berasa risau sebelum anak-anak (generasi baru) pulang dari tanah seberang (menuntut ilmu, bekerja). Dia menjangka akan berlaku perubahan sikap dan pemikiran yang ketara berbanding sebelumnya (generasi muda) setelah pulang nanti.

Rangkap 2Pak Tua begitu berhati-hati berbicara ketika generasi baru ke tanah air. Pak Tua berpesan supaya terus mempertahankan jati diri bangsa dan tidak menggadaikan maruah bangsa yang selama ini menjadi amalan/pegangan generasi silam. Amalan ini telah mempertahankan kedaulatan negara bangsa sejak sekian lama.

Rangkap 3Pak Tua bertindak penuh hemah dengan memperindah dan memperkukuh kolek bonda apabila diminta secara paksa oleh anak-anaknya. Dia dengan penuh hemah meyakinkan mereka bahawa kolek itu bercirikan berdaya tahan dan berdaya saing yang tinggi.

Rangkap 4Pak Tua mendahului anak-anaknya (sebelum anak-anaknya bertindak selanjutnya) memulakan bicara penuh syahdu dengan kias dan ibarat berkaitan, tunjuk ajar dan penyelesaian masalah kehidupan. Namun nasihat itu telah mencetuskan kemarahan mereka. Pak Tua lantas mengusungkan koleknya ke kuala untuk mengelilingi dunia.

30

Page 31: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Rangkap 5Di setiap benua yang disinggahinya, Pak Tua berkias tentang generasinya / bangsanya. Pak Tua penuh yakin dan menegaskan berkenaan kolek bondanya yang berlantaikan jiwa hanya berdindingkan bangsanya yang berdaya tahan dan berdaya saing yang hebat/tinggi. Tahan diuji. Dia kemudiannya membawa kolek bondanya mengelilingi dunia.

Rangkap 6Pak Tua berjaya membuktikan kata-katanya tentang kelebihan / keistimewaan kolek bonda sehingga anak-anak tiada alasan menidakkan kebenarannya. Pak Tua kemudiannya telah beberapa kali berjaya mengeliling dunia menaiki kolek bonda. (menjuarai / mendapat ranking dunia/ pengiktirafan dunia)

Tema

Kepimpinan melalui teladan/Identiti Nasional/Jati Diri. Pemimpin yang berwawasan berkerampilan berhemah tinggi perlu untuk kepentingan negara bangsa dan menjadi contoh kepada orang yang dipimpinnya. Mengotakan kata. Futuristik. Meyakinkan dan memberikan kesan emosi dan merealisasikan visi dalam melaksanakan misi.

Persoalan

1. Generasi tua perlu memastikan jati bangsa dihayati dalam jiwa generasi muda dalam mencorak wawasan negara.

2. Setiap kata-kata/nasihat/tunjuk ajar perlu dibuktikan untuk mendapat kesan emosi dan keyakinan/ kepercayaan yang mendalam.

3. Generasi tua perlu mempunyai daya saing dan daya tahan yang tinggi dalam mempertahankan kelestarian budaya bangsa.

4. Pertembungan pemikiran/budaya/pendidikan antara generasi tua dan generasi muda perlu ditangani secara berhemah untuk mengelakkan konflik yang boleh menjejaskan kelestarian budaya warisan.

5. Setiap warganegara perlu berwawasan dengan berpaksikan kepentingan negara serta menyedari akan realiti semasa dan berkebolehan membuat ramalan/ perancangan masa depan dalam menentukan kemenjadian wawasan tersebut.

31

Page 32: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

6. Sentiasa peka dan mengenali diri setiap ahli organisasi.

7. Mengotakan apa yang dikata.

8. Berkongsi pengalaman bersama-sama dengan memanfaatkan pengalaman dan kepakaran serta kecekapan dalam membuat keputusan dengan tangkas dan tepat

9. Dapat menentukan tindakan masa depan secara optima dengan merancang, mengelola, mendorong dan mengawal secara sistematik

Kuntum Rahsia dari Taman Takdir(WB. Rendra)

Maksud

Rangkap 1

Pengarang menyatakan bahawa nilai kepercayaan dalam persahabatan akan memupuk

kesetiaan sehingga membentuk satu hubungan yang akrab dalam kehidupan.

Hubungan yang akrab ini akan menjadikan kehidupan lebih bahagia.

Rangkap 2Seorang pemuda berjanji dengan sepenuh jiwa akan setia terhadap persahabatan ini,

walaupun janji tersebut bukan mudah ditepati seperti yang dilafazkan.

Rangkap 3Terdapat gangguan dari luar yang berusaha untuk memusnahkan perjanjian itu. Kita

hanya bergantung harap pada Allah melalui doa untuk menghadapi ujian dan semua

ini memerlukan kesabaran. Akhirnya, kesabaran itu akan membina sebuah

kebahagiaan.

TemaBertemakan kepentingan kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Setiap perhubungan

perlu disemai dengan kesetiaan.

32

Page 33: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Persoalan1. Persoalan kebahagiaan dalam kehidupan.

Sebagai contoh: adalah baja-baja bahagia

2. Persoalan ketabahan menghadapi ujian.

sebagai contoh: denai- dilalui- ditempa

3. Persoalan menyerah diri kepada Tuhan

Sebagai contoh: Dipelihara dalam dakapan doa

Aku Tidak Berani Berjanji(Rosli K. Matari)

MaksudRangkap 1Seorang pemimpin yang tetap pendiriannya dan bebas melakukan apa sahaja yang

difikirkannya.

Rangkap 2Walaupun ada waktunya pemimpin berasa gembira tetapi tidak dapat dizahirkan atau

pun ketika dia sedih dan hanya menerima keadaan tersebut.

Rangkap 3Pemimpin tetap tabah dan teguh pendirian ketika ditimpa pelbagai ujian yang cuba

menggugat dirinya.

Rangkap 4Pemimpin lebih takut akan balasan yang akan diterimanya sesudah mati berbanding

ancaman daripada orang lain.

Rangkap 5

33

Page 34: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Kadang-kadang pemimpin berasa bimbang untuk menyuarakan sesuatu dan dibiarkan

begitu sahaja.

Rangkap 6Ada kalanya pemimpin terpaksa mengikut kehendak mereka yang di bawah

kepimpinannya walaupun terpaksa berpura-pura.

Rangkap 7Sesekali terpaksa pula menjadi seorang pemimpin yang tegas dan bertindak keras

namun masih menghormati mereka yang di bawah kepimpinannya.

Rangkap 8Begitulah rutin harian yang dijalani oleh seorang pemimpin.

Rangkap 9Pemimpin tidak berani berjanji bahawa semua perkara akan dapat diatasinya.

Tema Sajak ini bertemakan kejelasan prinsip seseorang pemimpin. Contohnya, Sang Pelita

membiarkan sahaja bayangnya bermain sepuas-puasnya atau membebel sekehendak

hatinya.

Persoalan

1. Jati diri seorang pemimpin. Pemimpin tetap dengan pendiriannya walaupun

menerima pelbagai kritikan atau cemuhan daripada orang bawahannya.

Contoh: Seperti tiap-tiap malam, yang sudah-sudah

Sang Pelita membiarkan sahaja

Bayangnya bermain sepuas-puasnya

Atau membebel sekehendak hatinya

34

Page 35: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

2. Tabah dalam menghadapi dugaan. Pemimpin tetap tabah dengan pelbagai

dugaan yang mendatang.

Contoh: Bahkan, ketika angin mencuri-curi masuk

Sang Pelita berdiam diri sahaja

Tidak peduli sekuat-kuat mana

Bayangnya menjerit-jerit cemas

3. Keinsafan dalam menjalankan tanggungjawab. Pemimpin sedar dan berasa

insaf akan mendapat balasan sekiranya tidak menjalankan tanggungjawabnya

sebagai seorang pemimpin.

Contoh: “Aku ngeri pada maut,

Lebih daripada jeritan mu”

4. Sifat rendah diri dalam diri seorang pemimpin. Pemimpin sedar bahawa dia tidak

mungkin dapat melakukan semua yang diharapkan oleh orang bawahannya.

Contoh: Hanya sekali, ia pernah menjawab:

“Aku tidak berani berjanji apa-apa.”

5. Pengorbanan seorang pemimpin. Pemimpin terpaksa berkorban demi

kepentingan mereka yang di bawah pimpinannya.

Contoh: Menjadi helang mengepak-ngepak sayap

Meniru orang tua terbongkok-bongkok

Merungut atau berdekah-dekah

Menjelma atau menyelinap sementara

6. Kebebasan bersuara. Rakyat diberi kebebasan bersuara dan memberi

pandangan terhadap pemimpin mereka.

Contoh: Sang Pelita membiarkan sahaja

Bayangnya bermain sepuas-puasnya

Atau membebel sekehendak hatinya

35

Page 36: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Aku Hanya Mahu ke Seberang(Hashim Yaacob)

MaksudRangkap 1Persediaan dan persiapan rapi dan teliti daripada setiap aspek fizikal, mental dan

emosi untuk mencapai impian yang murni dalam merancang kehidupan masa hadapan.

Rangkap 2Bersedia untuk berhadapan/menempuh cabaran yang telah dijangka dan tidak terduga

sepanjang perjalanan untuk meraih kejayaan.

Rangkap 3Penyair akur akan keupayaannya yang masih banyak kekurangan/kelemahannya

sedangkan halangan sangat mencabar keupayaannya fizikal dan mental dan emosinya.

Rangkap 4

36

Page 37: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Penyair berharap agar segala cabaran sepanjang perjuangannya dalam keadaan

terkawal. Demikian juga dengan segala persiapan fizikal, mental dan emosi supaya

berfungsi dengan sempurna dan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini

yang boleh menggagalkan usahanya sekian lama untuk mencapai impiannya.

Rangkap 5Bertawakal dan berserah kepada Tuhan semoga cita-cita/impian yang kecil itu

dimakbulkan.

TemaBertemakan persediaan yang menyeluruh (emosi, mental dan fizikal) dengan keazaman

yang mantap, pengetahuan ilmu yang menyeluruh dalam pelbagai dan ketelitian dalam

mengubah kehidupan. Keyakinan dalam doa dan bertawakal kepada Tuhan agar

segala usaha tidak sia-sia dan sangat perlu dalam merealisasikan cita-cita.

Persoalan1. Setiap orang perlu mengetahui dan menyediakan perkara-perkara yang terbaik

(sebaik-baiknya) untuk dirinya dalam meneruskan kehidupan.

Contoh:-

Kupahat cengal menjadi perahudayungnya teras tembusuLayar bertingkat kapas gulung

tiangnya tegap kayu nibungPanjinya kain suluk atma

2. Setiap orang yang hendak mengubah kehidupan / mencapai cita-cita perlu berilmu

pengetahuan dan berkemahiran yang tinggi tentang bidang yang ingin diceburinya.

Contoh :-

Kupahat cengal menjadi perahu

dayungnya teras tembusu

37

Page 38: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Layar bertingkat kapas gulung

tiangnya tegap kayu nibung

Panjinya kain suluk atma

3. Pengetahuan dan persediaan yang mantap mengenai keadaan persekitaran

yang menjadi cabaran dan halangan perlu diketahui dengan sebaik-baiknya.

Contoh :-

mengharung samudera

melawan ombak dan pantai

4. Mengetahui keupayaan diri dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan

persekitaran supaya dapat terus berdaya tahan.

Contoh :-

Perahuku kecil, lautnya ganas.

5. Bertawakal dan berdoa serta memberi pengharapan yang tinggi kepada Tuhan

yang maha menguasai alam semesta, sangat perlu untuk meredakan tekanan

dan mengawal emosi supaya dapat terus bertahan (sebagai terapi - tidak hilang

punca/ dapat mengawal keadaan) dalam menghadapi saat-saat genting dalam

kehidupan.

Contoh :-

Tenanglah laut, kuala dan muara.

Ombak jangan gila melanda

Tiuplah bayu pada layarku laju

Dayung jangan patah.

Layar jangan rekah

Tiang jangan rebah

38

Page 39: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

6. Tidak mudah patah semangat walaupun menemui pelbagai kesukaran dalam

merealisasikan cita-cita.

Contoh :-

Tuhan,

Aku hanya mahu ke seberang

Wanita dan Laut(Mahaya Mohd Yassin)

Maksud Rangkap 1Wanita digambarkan sebagai laut yang tenang disuluhi cahaya matahari tetapi boleh

bertukar bergelombang jika perasaannya terusik.

Rangkap 2Wanita juga mempunyai sikap yang sopan santun tetapi dalam masa yang sama turut

menyimpan dendam.

Rangkap 339

Page 40: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Wanita memiliki perasaan yang indah saat bertemu muka, namun menyimpan rahsia

dan penuh misteri.

Rangkap 4Wanita yang diumpamakan sebagai laut digambarkan sangat indah tetapi pada masa

yang sama bersuara lantang dalam diam, sukar ditafsir tindak-tanduknya dan

kadangkala menjadi pendiam.

Rangkap 5Segala tindak-tanduknya bersebab dan rasional. Mempunyai kesungguhan dalam

menyemai perasaan kasih dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi, memiliki peribadi

yang mulia.

Rangkap 6Ibu, kakak, nenek dan penyajak sendiri ialah wanita anugerah Allah yang amat istimewa

untuk seluruh umat manusia

TemaSajak ini bertemakan kekuatan peribadi wanita. Wanita yang digambarkan sebagai laut

mempunyai keistimewaan yang tersendiri disebabkan sifat laut yang tenang dan juga

bergelora. Keistimewaan yang ada pada wanita adalah anugerah daripada maha

pencipta untuk seluruh umat manusia.

Persoalan1. Kasih sayang seorang wanita – Wanita digambarkan sebagai insan yang

mempunyai perasaan kasih sayang yang sangat melimpah-ruah.

2. Kesetiaan kaum wanita – Kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi adalah satu

keistimewaan yang dimiliki oleh wanita.

40

Page 41: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

3. Wanita adalah anugerah Tuhan – Wanita yang terdiri daripada nenek, ibu, kakak

adalah anugerah istimewa untuk manusia sejagat.

Ranting(Hilmi Rindu)

Maksud

Rangkap 1

Tidak semua masyarakat kita mempercayai kemajuan yang dikecapi disebabkan oleh

peranan individu atau organisasi.

Rangkap 2Hasil kejayaan dan kenikmatan yang diperoleh hari ini disebabkan oleh usaha dan

sumbangan individu atau organisasi tertentu yang banyak membantu tanpa

mengharapkan balasan.

Rangkap 3Masyarakat selalu menyanjung tinggi setiap kejayaan secara luaran tetapi tidak

menyedari sebenarnya terdapat peranan besar yang dimainkan oleh golongan tertentu

dalam kejayaan tersebut. Sebaliknya, masyarakat menikmati hasil kejayaan itu dengan

perasaan gembira tanpa menyedari disebalik kejayaan itu terdapat golongan tertentu

yang membantu.

41

Page 42: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Rangkap 4Individu dan organisasi yang ikhlas membantu dalam memberi sumbangan idea dan

tenaga mempunyai perasaan rendah diri dan memahami erti kehidupan bahawa setiap

yang disumbangkan tidak semestinya mendapat kejayaan dan mengharapkan

perhargaan orang lain

Rangkap 5Individu yang ikhlas mengharapkan sumbangan yang diberikan dapat memberi

kebahagiaan kepada orang lain agar kemajuan negara akan terus dikecapi selama-

lamanya.

TemaBertemakan integriti seorang individu atau masyarakat dalam sesebuah organisasi

dengan memberi sumbangan tanpa mengharapkan balasan untuk kepentingan orang

lain.

Persoalan

1. Persoalan sikap masyarakat yang kurang sedar kemajuan yang dimiliki atas

sumbangan orang lain atau pihak tertentu.

2. Persoalan kemajuan yang dinikmati adalah disebabkan oleh usaha pihak tertentu.

3. Persoalan keikhlasan seseorang individu atau organisasi memberi sumbangan

tanpa mengharapkan sanjungan daripada orang lain.

42

Page 43: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Belajarlah Memahaminya - Gunung Legenda(Shapiai Muhammad Ramly)

Maksud

Rangkap 1

Penyajak tahu bahawa daun-daun yang kelihatan diam sebenarnya sedang berzikir.

Suasana di kawasan gunung tersebut memberikan ketenangan kepada penyajak yang

rimas dengan kesibukan kota sebelum ini. Gunung ini merupakan tempat yang

meninggalkan peristiwa sejarah dan menimbulkan pelbagai misteri yang tidak terjawab.

Suasana di sana menyedarkan penyajak betapa pentingnya menjaga alam sekitar

daripada menjadi mangsa kemusnahan akibat pembangunan.

Rangkap 2

Ketika tidur di kaki gunung tersebut, penyajak mengimbas kembali tentang peristiwa

sejarah yang pernah berlaku di gunung tersebut. Sejarah yang banyak memberikan

sindirian. Sejarah tentang legenda seorang puteri.

43

Page 44: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Rangkap 3

Semasa berada di puncak gunung, penyajak berasa terpegun melihat suasana dan

keindahan alam semula jadi.

Rangkap 4

Ketika menuruni gunung tersebut, penyajak masih terasa seolah-olah alam sekitar

disekeliling begitu mesra dengannya.

Rangkap 5

Penyajak mengajak kita semua agar belajar dan memahami diri melalui alam semula

jadi yang terdapat di gunung legenda ini.

Tema

Bertemakan hubungan antara alam sekitar dengan manusia.

Persoalan

1. Keindahan alam sekitar ciptaan Tuhan.

2. Peristiwa sejarah yang penting di sesuatu kawasan/tempat.

3. Suasana alam sekitar di kawasan pergunungan dapat memberi ketenangan kepada

orang ramai.44

Page 45: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

4. Sejarah yang sudah berlalu banyak memberi sindiran dan iktibar kepada

masyarakat.

Pada Glaukoma ke Ahmar(Abd Razak@Rezeki Othman)

MaksudRangkap 1Pengarang menggambarkan suasana yang dirasai/kesan emosi melibatkan perubahan

fungsi/kemerosotan deria penglihatan seseorang yang turut melibatkan perubahan

masa.

Rangkap 2Pengarang menggambarkan emosi seseorang yang tertekan kerana kehidupannya

tidak lagi dapat berfungsi/membataskan pergerakan dalam menjalani rutin harian

disebabkan kemerosotan fungsi deria penglihatan. Sedangkan usia semakin mendekati

kematian.

Rangkap 3

45

Page 46: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Malang menimpa bonda pengarang kerana dia tiba-tiba diserang penyakit angin ahmar

pula. Selama ini dia yang masih dapat melaksanakan rutin ibadah solat walaupun

dalam keadaan pergerakan yang terbatas. Namun serangan penyakit ahmar ini telah

melumpuhkan setiap pergerakannya.

Rangkap 4Pengarang menyatakan ibunya telah menanggung penyakit glaukoma yang telah

menghilangkan deria penglihatan ibunya selama hampir tiga puluh tahun. Namun

menyatakan keresahannya/kerisauannya jika dengan serangan penyakit angin ahmar

ini nantinya akan menghilangkan/mengambil/meragut pula keseluruhan hayat ibunya

yang tiada galang gantinya. Mendapat sakit berat yang bertimpa-timpa.

Rangkap 5Pengarang berdoa agar ibunya terus reda dan sabar menghadapi penyakitnya kerana

dia tidak mahu kehilangan ibunya. Pengarang tidak berasa terbeban menjaga ibunya

sebaliknya ingin terus diberi peluang untuk berbakti dan membalas jasa ibunya yang

tidak ternilaikan itu.

TemaBertemakan kasih sayang dan empati seorang anak terhadap ibunya yang begitu

tabah dan reda menanggung penderitaan akibat penyakit glaukoma selama hampir tiga

dekad dan yang terkini diserang penyakit angin ahmar pula. Kasih sayang yang begitu

ampuh seorang anak yang begitu takut jika hayat kehidupan ibunya tidak panjang

berikutan serangan penyakit angin ahmar. Ini kerana si anak masih tidak puas berbakti

dan membalas budi ibunya selama ini.

Persoalan1. Malang tidak berbau kerana tiada sesiapa pun yang ingin berpenyakit. Serangan

penyakit turut menjejaskan rutin dan suasana kehidupan manusia. Meragut

kebahagiaan manusia dan menjejaskan diri manusia secara zahir dan batin.

46

Page 47: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Contoh : - Dari ruang cahaya

kini ke sudut suram

Contoh :- Bagai bayu siang bertiup bebas

kemudian terkurung

menjadi udara pengap

dinding kehidupan diikat ruang

Contoh:- Sesudah glaukoma

pada usia delapan puluh

kamu diterpa ahmar pula

ia mengunci bahasa kaki

dan mengekang bahasa tangan

2. Manusia perlu reda dan tabah menghadapi penyakit/musibah dengan meneruskan

kehidupan setakat yang terdaya. Masih tetap mengerjakan ibadah solat walaupun

cacat penglihatan selama hampir tiga dekad.

Contoh : - Sesudah glaukoma

pada usia delapan puluh

kamu diterpa ahmar pula

ia mengunci bahasa kaki

dan mengekang bahasa tangan

yang selama ini menggerakkan

ke wuduk dan solatmu

Contoh:- Pun glaukoma itu

telah hampir tiga dekad

membawa pergi

47

Page 48: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

indera kau miliki

3. Bersyukur dengan nikmat dan anugerah kesihatan yang baik dan pancaindera

yang berfungsi yang memberi kebahagiaan dan harapan kepada kehidupan.

Oleh itu kita perlu berbakti semasa kita masih sihat.

Contoh:- Dari ruang cahaya

Contoh:- Bagai bayu siang bertiup bebas

Contoh:- ke seri taman budimu

yang tak tertanam olehku

4. Seorang anak perlu bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapa. Oleh itu perlu

berempati terhadap keuzuran ibu bapa mereka. Hal ini dapat mengurangkan

tekanan emosi mereka untuk meneruskan hari-hari yang mendatang sebelum

tibanya saat kematian.

Contoh:- dan mungkinkah deru ahmar ini

bakal membawa pergi

satu-satunya yang aku miliki

betapa baki kesempatan ini

biar kusisip bunga bakti

ke seri taman budimu

yang tak tertanam olehku

48

Page 49: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

5. Seseorang anak tidak boleh menganggap ibu bapa yang tidak sihat/cacat sebagai

beban. Sebaliknya perlu berusaha mengurangkan tekanan yang sedang

ditanggung. Anak-anak perlu reda dan sabar menghadapi dan sama-sama

menanggung penderitaan ibu bapa mereka. Supaya ibu bapa tidak berasa tersisih

atau membebankan sebaliknya berasa sentiasa diperlukan oleh anak-anak. Hal

ini dapat memberikan mereka kekuatan untuk meneruskan kehidupan seadanya.

Contoh:- Ibu, pada glaukoma ke ahmar

teruji lagi reda dan sabar

betapa baki kesempatan ini

biar kusisip bunga bakti

ke seri taman budimu

yang tak tertanam olehku

6. Penyakit boleh menyerang secara tiba-tiba dan bertimpa-timpa dan menjadi

penghalang kepada kebahagiaan. Persediaan spiritual, mental, emosi dan fizikal

perlu kuat untuk menanganinya dalam meneruskan kehidupan.

Contoh:- kini ke sudut suram

Contoh:- kemudian terkurung

menjadi udara pengap

dinding kehidupan diikat ruang

Contoh:- ia mengunci bahasa kaki

dan mengekang bahasa tangan

Contoh:- Ibu, pada glaukoma ke ahmar

teruji lagi reda dan sabar

49

Page 50: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Suara Pedih daripada Anak Penghuni Sungai(Napie Mat)

Maksud

Rangkap 1

Penyajak melambangkan kehidupan di sungai seperti kehidupan manusia di dunia.

Penyajak pernah diasuh tentang kehidupan manusia dan secara tidak langsung dia

memahami cara hidup manusia yang bekerja sebagai nelayan yang melaksanakan

fitrah Allah untuk mencari rezeki.

Rangkap 2

Penyajak memahami bahawa keadaan yang tenang tidak semestinya tiada masalah

yang timbul dan kadang-kadang masalah yang timbul datang tanpa petanda. Masalah 50

Page 51: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

yang datang bagi golongan nelayan seperti musim tengkujuh memberi kesan yang

teruk kepada golongan tersebut. Hal ini menyebabkan golongan bawahan seperti

nelayan tidak dapat meneruskan pekerjaan mereka untuk mencari rezeki.

Rangkap 3

Penyajak memahami perasaan yang dialami oleh golongan nelayan yang hidup

mencari rezeki di kawasan sungai yang bergantung kepada musim-musim tertentu.

Nasib golongan ini sebenarnya telah ditakdirkan dan mereka merupakan golongan

masayrakat yang hidup dalam kesusahan.

Rangkap 4

Kadang-kadang penyajak terlalu asyik memerhatikan masalah yang timbul dalam

masyarakat di dunia ini.

Rangkap 5

Kesusahan yang dialami oleh golongan ini biasanya merupakan kesusahan yang

dialami selama-lamanya.

Tema

Bertemakan kehidupan masyarakat golongan nelayan yang hidup dalam kesusahan

dalam mencari rezeki.

Persoalan

1. Fitrah manusia mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

51

Page 52: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

2. Keadaan yang tenang tidak semestinya tiada pergolakan dalam masyarakat.

3. Musim tengkujuh merupakan cabaran dan dugaan kepada golongan nelayan

untuk mencari rezeki.

4. Persengketaan sering berlalu di mana-mana sahaja di dunia ini.

Mari Kita Cipta Alam Lestari(Nimoiz T.Y.)

Maksud

Rangkap 1

Pengarang mengajak masyarakat mencipta alam lestari bersumberkan kehijauan

pepohonan dibumi yang subur dan makmur hasilnya.

Pengarang juga mengajak kita bersama-sama bersepakat menjayakan transformasi

atas dasar kebijaksanaan/kebitaraan yang bertempat di landskap indah universiti

ternama/terulung negara. Hal ini demikian kerana di situlah tempat lahirnya para

cendekiawan/ilmuan negara.

52

Page 53: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Pengarang menegaskan tiada gunanya pembangunan negara jika kita dengan sesuka

hati memusnahkan alam sekitar tanpa memikirkan risikonya pada masa akan datang.

Pengarang dengan sinis mempersoalkan tiada ertinya kemajuan/perubahan jika kita

menggunakan teknologi moden untuk memusnahkan alam sekitar dengan rakus.

Rangkap 2Pengarang menjelaskan bahawa kitalah sepatutnya sebagai masyarakat era teknologi

yang menjadi pemaju negara berdaulat pada masa hadapan. Hakikatnya kejayaan dan

pencapaian cemerlang kita telah mencipta nama dan mengharumkan nama negara di

pesada dunia adalah kerana kita masih sayang akan bumi dan sumber alamnya.

Rangkap 3Penyair menyeru kepada masyarakat supaya dapat membentuk tali silaturahim/

ukhwah atas nama anjakan paradigma dalam mencapai wawasan negara yang akan

mengharumkan nama negara sepanjang peradaban. Oleh itu kita patut berterima kasih

kepada semua anugerah alam/ sumber dan unsur alam yang pelbagai dan menarik

serta unik itu yang telah mensejahterakan rakyat di negara ini.

Rangkap 4Setelah segala usaha kita berjaya mencapai kecemerlangan dengan mendapat

pengiktirafan tertinggi dunia dalam pencapaian yang diperoleh daripada universiti

terulung negara. Penyair juga mengingatkan supaya kita seharusnya tidak lupa atau

berwaspada akan kelestarian dan keseimbangan alam supaya dipelihara untuk

mengelakkan daripada berlakunya bencana alam yang boleh membawa malapetaka,

kehilangan nyawa dan harta benda serta kemusnahan berskala besar sebagaimana

yang pernah berlaku di serata dunia.

Rangkap 5Penyair menyeru supaya kita/ahli masyarakat dapat membudayakan sikap melestarikan

alamnya supaya kekal keindahan dan keunikannya. Harapan supaya masyarakat

Malaysia dan antara bangsa dapat mengagumi keunikan dan keindahan tersebut.53

Page 54: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

TemaMenghargai dan memelihara keunikan dan keseimbangan alam sekitar agar terus

lestari dan dapat dinikmati oleh seluruh manusia di dunia seiring dengan peradaban

dan kemajuan zaman.

Persoalan1. Alam sekitar :

Para intelektual, ahli korporat, golongan profesional dan ilmuan seharusnya

memainkan peranan penting dengan menghargai dan terus memelihara

keseimbangan alam sekitar seiring dengan perkembangan zaman dalam

melakukan anjakan paradigma negara. Hal ini demikian kerana merekalah yang

memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan negara.

Contoh:-

Mari kita jabat tangan transformasi

Membingkis salam segar atas nama bestari

Di landskap indah universiti berkualiti

Kerana di sini lahirnya graduan berjaya

Di menara gading yang tersohor dan ternama.

2. Jati diri dan moral

Kita perlu menanamkan rasa bertanggungjawab yang tinggi untuk terus

memelihara alam sekitar dan sumber alam supaya terus lestari dan boleh

dinikmati bukan sahaja oleh anak watan malah oleh penduduk dunia yang lain.

Contoh:-

Setelah berdiri di podium ternama menggenggam jaya

Segulung ijazah dari universiti ternama

Jangan kita lupa bahawa alam sentiasa mengajar kita

Sentiasa waspada tidak leka dengan gegar gempita

Pekik tsunami kejam pernah menyampai gelombang

Laung gunung berapi pernah mengutus salam

Raung gempa bumi pernah menghantar pesan walang54

Page 55: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Dari marsum luka episod tragis sebuah perjalanan.

3. Wawasan Negara

Kita seharusnya menggunakan teknologi terkini secara berhemah dan perlu

mengambil kira kelangsungan hayat sumber alam walaupun dalam memacu pesat

pembangunan negara.

Contoh:-

Bahawa transformasi; apalah maknanya pembangunan

Jika alam binasa kerana tangan-tangan kejam

Apalah maknanya kemajuan

Jika alam tumbang kerana jentera-jentera hitam

Apalah maknanya perubahan

Jika segalanya penuh dengan sisa-sisa kemusnahan

4. Khazanah warisan negara harus dipelihara

Kita perlu maklum bahawa ketidakseimbangan alam akibat kerakusan manusia

akan mengakibat bencana alam yang boleh/telah/akan mengakibatkan

kemusnahan bentuk muka bumi, sumber alam, spesies, kemalangan/kehilangan

nyawa, harta benda/pembangunan / kemajuan yang diciptakan/ yang dibangunkan

oleh manusia sebelumnya.

Contoh:

Ayuhai; kitalah teknokrat pemaju

Hari muka bumi berdaulat

Pada mencium puspita dari bunga persada

Kita masih sayang akan alam dan sumbernya.

5. Tekad yang padu ke arah perkongsian bersama keunikan khazanah alam dan

kemajuan negara secara lokal dan global.

Contoh:-

Bahawa marilah, mari kita semat azam memugar impian55

Page 56: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Ayuhai; kita cipta sebuah alam lestari

Cantik di mata anggun di atma, nantinya

Untuk semua pencinta pesona

Kembali ke Rumah Nurani(Husna Nazri)

Maksud

Rangkap 1Penyajak mengajak kita semua berusaha mencari cahaya Illahi agar kita mempunyai

hati yang murni dalam diri. Hati yang lahir berlandaskan akal fikiran dan budi pekerti

serta bersifat kemanusiaan. Walaupun sentiasa digoda oleh nafsu namun kita tetap

tidak dipengaruhi. Mempunyai hati yang murni bukan sahaja menyenangkan orang

disekeliling kita malah membantu kita mengharungi hidup yang penuh dengan dugaan.

Rangkap 2

56

Page 57: 308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm

Sikap dan tatasusila dalam diri merupakan faktor yang dapat membentuk hati yang

murni. Kita perlulah berpegang kepada adab dan juga cara hidup warisan nenek

moyang. Walaupun kita sering diddedahkan dengan keseronokan yang boleh

melekakan namun kita tidak akan terpengaruh kerana hati yang murni dapat

membentuk iman yang kuat dalam diri. Dengan iman yang kukuh maka kita akan

berjaya mendepani dugaan dan cabaran.

Rangkap 3Penyajak meminta kita membentuk diri dan hati berasaskan tradisi warisan bangsa.

Dengan ini kita dapat melahirkan masyarakat harmoni yang penuh dengan perasaan

kasih dan sayang di dunia yang sementara ini.

TemaBertemakan hati yang murni akan dapat membentuk peribadi seseorang membawanya

ke jalan yang benar.

Persoalan

1. Akal fikiran dan budi pekerti yang tinggi menjadi tanda orang yang berhati mulia.

2. Hati yang murni dapat menghindarkan diri kita daripada terpengaruh dengan nafsu yang boleh membawa kepada keburukan.

3. Warisan tradisi nenek moyang kita perlu dipertahankan daripada dipengaruhi oleh pengaruh dari luar.

4. Kedamaian dan keharmonian dalam negara dapat diwujudkan seandainya setiap masyarakat mempunyai hati yang murni.

57