fungsi kesusasteraan

23
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/12/fungsi- kesusasteraan.html FUNGSI KESUSASTERAAN Semua karya kesusasteraan yang dihasilkan oleh pengarang adalah untuk bacaan pembaca atau masyarakat. Karya dan pembaca saling memerlukan dan lengkap-melengkapi. Apa jua karya yang tidak mendapat sambutan pembaca dianggap tidak berjaya. Oleh sebab itu, dapat disimpulkan bahawa kumpulan sasaran sesebuah karya ialah khalayak. Sehubungan itu, pengarang menetapkan tujuan sebelum menulis. Di sinilah bermulanya penelitian tentang peranan dan fungsi kesusasteraan kepada khalayak. Namun begitu, fungsi itu dilihat dari dua sudut, iaitu fungsi sastera kepada khalayak dan fungsi sastera kepada pengarang. Tatapan hasil karya-karya sastera Ditinjau daripada sudut pertama, peranan dan fungsi sastera kepada khalayak atau pembaca adalah sebagai alat yang digunakan untuk mengajar, mendidik, dan menghibur. Mengajar atau disebut juga didaktik ialah satu proses menyampaikan pengetahuan. Dengan ilmu yang dipelajari dan difahami, manusia mengetahui apa-apa yang mereka tidakketahui. Pengetahuan tidak

Upload: petal-winds

Post on 26-Dec-2015

79 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

FUNGSI KESUSASTERAAN

TRANSCRIPT

Page 1: FUNGSI KESUSASTERAAN

http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/12/fungsi-kesusasteraan.html

FUNGSI KESUSASTERAAN

Semua karya kesusasteraan yang dihasilkan oleh pengarang adalah untuk bacaan

pembaca atau masyarakat. Karya dan pembaca saling memerlukan dan lengkap-

melengkapi. Apa jua karya yang tidak mendapat sambutan pembaca dianggap tidak

berjaya. Oleh sebab itu, dapat disimpulkan bahawa kumpulan sasaran sesebuah

karya ialah khalayak. Sehubungan itu, pengarang menetapkan tujuan sebelum

menulis. Di sinilah bermulanya penelitian tentang peranan dan fungsi kesusasteraan

kepada khalayak. Namun begitu, fungsi itu dilihat dari dua sudut, iaitu fungsi sastera

kepada khalayak dan fungsi sastera kepada pengarang. 

Tatapan hasil karya-karya sastera

Ditinjau daripada sudut pertama, peranan dan fungsi sastera kepada khalayak atau

pembaca adalah sebagai alat yang digunakan untuk mengajar, mendidik, dan

menghibur. Mengajar atau disebut juga didaktik ialah satu proses menyampaikan

pengetahuan. Dengan ilmu yang dipelajari dan difahami, manusia mengetahui apa-

apa yang mereka tidakketahui. Pengetahuan tidak bererti jika tidak diamalkan. Pada

peringkat ini, pendidikan memainkan peranannya. Mendidik bermaksud menjaga

dan melatih. Penjagaan dan latihan akan mewujudkan kebiasaan, berkembang

menjadi adat, membentuk sifat (keperibadian), melahirkan kemahuan dan akhirnya

menggerakkan perbuatan selaras dengan perkara yang dididik.

Seperti melalui cerita Nakhoda Tanggang, khalayak diajar supaya tidak menderhaka

kepada ibu kerana perbuatan itu dilaknati Allah. Kesannya amat mengerikan. Si

Page 2: FUNGSI KESUSASTERAAN

Tanggang menjadi batu. Pengetahuan tentang perkara ini akan tinggal menjadi

‘gajah putih’ seandainya tidak dipraktikkan atau diyakini.

Batu si Tanggang

Sumber: http://blog-misteri.blogspot.com/2008/04/si-tanggang.html

Demikianlah pentingnya pendidikan untuk menangani pelbagai masalah sosial.

Orang yang tidak terdidiklah yang cenderung melakukan perbuatan salah. Di

samping mengajar dan mendidik, karya sastera juga berfungsi untuk memberi

hiburan. Menghibur bertujuan untuk menenangkan atau menggirangkan hati.

Oleh sebab itu, dapatlah disimpulkan bahawa kesusasteraan memberi pengetahuan,

menyemai nilai-nilai murni untuk diteladani dan dipraktikkan dalam kehidupan

seharian, memberi ketenangan, dan merehatkan fikiran setelah penat bekerja, serta

memberi kepuasan setelah menikmati keindahan karya seni.

Page 3: FUNGSI KESUSASTERAAN

Ditinjau daripada sudut yang kedua pula, usaha para pengarang menghasilkan

pelbagai karya boleh dianggap sebagai perbuatan yang luar biasa. Sebagai manusia

yang peka,sudah tentulah seseorang pengarang itu berkarya untuk memenuhi

tuntutan tertentu. Pada hakikatnya, pengarang menjadikan karyanya sebagai alat

untuk mendapatkan kepuasan serta keseronokan, memperbaiki dan menajamkan

pemikirannya, berbakti kepada masyarakat dan menyara kehidupannya. 

https://www.mail-archive.com/[email protected]/msg02154.html

{ PESISIR } peranan kesusasteraan dalam pendidikan

yati Wed, 25 Jun 2008 00:44:16 -0700

Salam kepada Sdr Edi dan rakan-rakan semua,

Saya merasa terpanggil untuk mengulas tentang tanggapan serong

banyak pihak terhadap subjek kesusasteraan yang diajar dalam sistem

pendidikan negara selama ini. kebetulan, saya juga pernah bercakap

tentang hal ini kepada khalayak sebelum ini. Pandangan saya adalah

seperti berikut: Pendidikan merupakan satu proses pemerolehan dan

pemindahan pengetahuan, nilai murni dan kemahiran yang berlangsung

secara berterusan dalam diri seseorang, semenjak kecil sehinggalah ke

akhir hayat (/life long learning/). Ia merupakan satu proses dengan

kaedah-kaedah yang tertentu sehingga seseorang memperolehi

pengetahuan, pemahaman, tingkah laku dan amalan yang sesuai dengan

keperluan serta kehendak golongan yang melaksanakan pendidikan.

Encyclopedia mentakrif pendidikan sebagai /'to draw out',

Page 4: FUNGSI KESUSASTERAAN

facilitating realization of self-potential and latent talents of an

individual. It is an application of pedagogy, a body of theoretical

and applied research relating to teaching and learning and draws on

many disciplines. Ini bermakna, pembangunan modal insan menekankan

tentang pentingnya membentuk manusia yang sedia ada kepada yang lebih

sempurna, lebih baik, dan memiliki ciri-ciri keinsanan atau

kemanusiaan./.. Istilah pembangunanboleh difahami dari pelbagai

perspektif, tapi maksudnya sama; untuk memberi kesejahteraan kepada

kehidupan manusia. Pembangunan tidak semata-mata dilihat dari sudut

ekonomi atau sains dan teknologi, tapi perlu juga dilihat dari segi

budaya, cara hidup dan sebagainya. Modal insan(/human capital/)

pula adalah merujuk kepada soal-soal keprofesionalan pengurusan

sumber manusia, atau /a way of defining and categorizing peoples

skills and abilities as used in employement and as they otherwise

contribute to the company/ Untuk memahami tentang peranan sistem

pendidikan di Malaysia, boleh dirujuk kepada Falsafah Pendidikan

Negara (FPN) yang menjadi teras dan tunjang bagi semua aktiviti dan

program pendidikan. Pernyataan peranan atau matlamat sistem

pendidikan tersebut adalah meliputi semua tahap; rendah, menengah dan

tinggi. Hal tersebut telah diungkapkan secara jelas dalam pernyataan

yang berbunyi: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang

berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

Page 5: FUNGSI KESUSASTERAAN

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. (/Huraian Sukatan

Pelajaran/,1988:V) Pernyataan di atas jelas menggariskan objektif

yang ingin dicapai oleh sistem pendidikan negara. Dari segi sahsiah,

pendidikan bertujuan melahirkan individu yang seimbang pada domanin

kognitif, afektif, dan psikomotor atau unsur intelek, rohani, emosi

dan jasmani. Di samping itu, pendidikan juga bermatlamat untuk

melahirkan rakyat negara ini yang dilengkapi dengan ciri-ciri

berkualiti sebagai insan, iaitu insan yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta berupaya pula memberi sumbangan

kepada keluarga, masyarakat dan negara. FPN ini merupakan asas

pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia, yang turut menggariskan

kaedah yang berterusan, menyeluruh dan bersepadu. Hal ini

menunjukkan bahawa pembinaan individu yang dihajati perlulah berlaku

secara terus menerus dan tanpa putus, di samping berlaku secara

menyeluruh, merentasi dan berpadu tanpa pemisahan dengan kurikulum

lain. Kepentingan soal pembinaan dan pembangunan modal insan ini

juga telah ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah

Badawi melalui pembentangan Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK-9) yang

mensasarkan pembangunan modal insan sebagai teras utama pembangunan

Page 6: FUNGSI KESUSASTERAAN

negara, khususnya dalam mencapai impian Wawasan 2020. Dalam konteks

tersebut, fokus diberikan kepada tiga strategi utama untuk melahirkan

modal insan kelas pertama, iaitu meningkatkan keupayaan dan penguasaan

ilmu, mengukuhkan keupayaan sains; penyelidikan dan pembangunan (R&D)

serta inovasi; dan memupuk masyarakat berbudaya serta memiliki

kekuatan moral. Walau bagaimanapun, perbincangan tugasan ini akan

memberi perhatian khusus terhadap fungsi atau peranan sistem

pendidikan negara dalam mengesahkan pembanguanan modal insan dalam

konteks Malaysia. Bukti-bukti yang dikemukakan dan dibincangkan di

sini adalah berdasarkan pengalaman dan penelitian, khususnya daripada

perspektif kurikulum kesusasteraan Melayu. Peranan pendidikan

khususnya berdasarkan contoh-contoh pengajaran dan pembelajaran

kurikulum kesusasteraan Melayu, adalah jelas mengarah kepada matlamat

atau objektif yang digariskan oleh FPN. F.R. Leavis seorang sarjana

sastera di Universiti Cambridge (1937-1962) dalam bukunya /Education

and the Univesity/ (1971) menegaskan bahawa pengajian kesusasteraan

sepatutnya menjadi inti pengajian kepada semua pengetahuan yang

diajar di universiti, dengan alasan bahawa ianya penting untuk

meninggikan peradaban bangsa daripada pengajian kejuruan atau

vokesional. Kepentingan yang sama turut ditegaskan oleh Probst (1987)

dengan menyatakan, /Literature provides us not knowledge ready-made

but the opportunity to make knowledge. And it is knowledge not about

things those it leaves to scientists and engineers but about

relationships and values and purpose. It is the kind of knomledge

Page 7: FUNGSI KESUSASTERAAN

that each individual is responsible for/. Pernyataan ini menekankan

tentang peluang-peluang untuk mendapatkan pengetahuan, tentang

hubungan dan nilai serta tujuannya yang menjadi keperluan bagi setiap

individu. Di Amerika Syarikat misalnya, pendidikan kesusasteraan

dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah sejak kurun ke 18 dengan

tertubuhnya /Franklins Philadelphia Academy/ (1751) dengan asas

../the consideration of literature as a source of vicarious

experience which could be used to aid student in better character and

better social judgement./Sehingga ke hari ini ilmu-ilmu sastera

masih terus diajar di Barat, termasuk di Universiti Harvard. Di

Malaysia, reka bentuk kurikulum pendidikan kesusasteraan yang telah

diajar di peringkat sekolah kini diimplimentasi secara wajib melalui

KomSas (Komponan Sastera) dalam subjek Bahasa Melayu. Melalui Komsas,

semua pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima tanpa mengira

aliran pengajian atau etnik akan menerima pendidikan kesusasteraan

kerana Bahasa Melayu merupakan subjek wajib. Langkah yang diambil

oleh pihak kerajaan ini kerana berkeyakinan bahawa ilmu kesusasteraan

dapat menyumbang ke arah pembangunan manusia dari sudut spiritual.

Sementara di peringkat pengajian tinggi, pendidikan kesusasteraan

diajar dalam program-program pengajian di beberapa buah universiti

utama di negara ini, termasuk di Universiti Malaya, Universiti

Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Putera Malaysia. Bentuk

kurikulum yang digubal di peringkat sekolah dan pengajian tinggi,

Page 8: FUNGSI KESUSASTERAAN

sebahagian besar adalah mengarah kepada pencapaian matlamat dalam

FPN, iaitu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dalam

pelbagai aspek, meliputi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Unsur

INTELEK merupakan satu unsur utama dalam sesebuah karya sastera yang

menjadikan ia bukan hanya sebagai bahan hiburan semata-mata, tetapi

lebih penting bahan untuk pembaca mendapatkan ilmu pengetahuan.

Fikiran dan pemikiran yang ditimbulkan misalnya, adalah mengenai

soal-soal moral, masyarakat, ekonomi, politik dan lain-lain menjadi

bahan teladan kepada pelajar. Melalui proses pengajaran dan

pembelajaran subjek ini, pelajar didedahkan kepada usaha-usaha untuk

mendapat, meningkat dan menyebarkan ilmu, berfikiran kritis dan

kreatif dalam mengembangkan daya pemikiran. Mereka juga dilatih untuk

mampu menghurai, mencerakin, menaakul, merumus dan menghasilkan

idea-idea yang bernas, serta berupaya pula memanfaatkan ilmu untuk

diri, orang lain dan alam sekitar. Penghayatan teks-teks

kesusasteraan seperti novel, cerpen dan puisi melalui teknik-teknik

simulasi, sumbang saran, main peranan, lakonan, soal jawab dan

perbincangan dalam kelas mendorong pelajar terus berfikir bagi

mencari jawaban kepadan setiap permasalahan, dapat memupuk dan

melahirkan pelajar yang berfikiran kritis, kreatif dan mampu

mengembangkan daya pemikiran. Hal ini selaras dengan matlamat FPN

yang berhasrat mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis, termasuk

dalam aspek intelek. Karya-karya kesusasteraan Melayu juga memberi

penekanan kepada ciri-ciri ROHANI yang akan melahirkan insan yang

Page 9: FUNGSI KESUSASTERAAN

menyedari dan menginsafi adanya Tuhan, menyedari dan mensyukuri

pemberian Tuhan, menyedari serta prihatin tentang tanggungjawab,

memupuk dan membina disiplin diri, membentuk akhlak mulia dan

memiliki jiwa yang tenteram dan tenang. Hal ini penting bagi

memastikan bahawa insan yang dilahirkan bukan hanya berjaya dari segi

pencapaian akademik atau material, tetapi disertai dengan kualiti

kerohanian. Penerapan nilai-nilai ini dilakukan melalui teks-teks

kesusasteraan yang bersifat kerohanian seperti novel /Imam/ oleh SN

Abdullah Husein atau puisi-puisi kerohanian oleh penyair Amir Hamzah

dan Kemala. Melalui penampilan watak dan perwatakan contoh yang

mementingkan sahsiah diri dan sifat-sifat kerohanian, karya-karya

seperti ini mengajak pembaca untuk sentiasa mementingkan soal

tanggugjawab dan disiplin diri dalam apa juga keadaan, di samping

sentiasa mengamalkan akhlak mulia. Pendidikan yang menerapkan

nilai-nilai sebegini jelas berupaya melahir dan membangunkan modal

insan yang baik untuk negara. Salah satu unsur yang melandasi

penciptaan karya kesusasteraan ialah unsur EMOSI yang membezakan

antara karya sastera dengan karya bukan sastera. Emosi yang

dimanifestasikan melalui watak dan perwatakan dalam sesebuah karya

sastera, dapat dimanfaatkan ke arahmemiliki tingkah laku yang

terkawal dan berperasaan tenang, memiliki dan memupuk perasaan kasih

sayang, memiliki semangat kekitaan dan perpaduan serta menghargai dan

menilai keindahan. Dengan menghayati dan menerapkan nilai-nilai

tersebut di kalangan pelajar, akan dapat memupuk semangat kasih

Page 10: FUNGSI KESUSASTERAAN

sayang dan rasa kekitaan sesama manusia, seterusnya dapat melahirkan

masyarakat penyayang yang disasarkan oleh pihak kerajaan.

Eleman-eleman mulia seperti ini bukan sahaja digalakkan dalam amalan

semua agama, malah ia perlu ditekankan dalam konteks perhubungan

sosial, khususnya bagi melahirkan kelompok masyarakat Malaysia

(berbagai bangsa dan agama) yang diikat oleh rasa kekitaan dan

perpaduan. Aspek ini juga merupakan sebahagian daripada ciri modal

insan yang ingin dibangunkan dalam negara sistem pendidikan negara

yang dimanifestasikan melalui FPN. Seterusnya ialah penekanan

terhadap keseimbangan dari segi JASMANI atau fizikal. Ini dapat

dikaitkan dengan domain psikomotor yang menekankan aspek bakat dan

kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial, memanfaatkan kemahiran

dan kecergasan fizikal untuk berdikari serta menggunakan kemahiran

dan kecerdasan fizikal bagi kepentingan masyarakat. Dalam kurikulum

kesusasteraan, aspek ini dapat direalisasikan melalui pelbagai kaedah

pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan, seperti melalui teknik

simulasi, lakonan semula, deklamasi puisi dan seumpamanya yang

mendorong pelajar mengasah dan memupuk bakat serta kemahiran

berkomunikasi dan berkerjasama dengan rakan-rakan, di samping

mendorong kepada penampilan diri secara fizikal. Berdasarkan

kewujudan ciri-ciri keseimbangan tersebut melalui pengajaran dan

pembelajaran kurikulum kesusasteraan Melayu, menunjukkan bagaimana

peranan sistem pendidikan dapat melahir, memupuk dan menjana

pembangunan modal insan dalam negara. Sekaligus ianya dapat memenuhi

Page 11: FUNGSI KESUSASTERAAN

matlamat untuk mewujudkan masyarakat yang seimbang dan harmonis dalam

empat komponen yang disasarkan oleh sistem pendidikan negara. Pada

masa yang sama, dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berkualiti,

iaitu yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara. Masyarakat BERILMU PENGETAHUAN yang

dihasratkan oleh sistem pendidikan adalah masyarakat yang mencintai

ilmu pengetahuan, sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan,

memanfaatkan ilmu untuk kebajikan diri, orang lain dan kebaikan alam

sekitar serta mempunyai fikiran yang luas dan terbuka. Ciri-ciri

intelektual menjadi satu teras dalam penulisan kesusasteraan,

sehingga karya kesusasteraan itu sendiri dilihat sebagai lambang

tamadun sesuatu bangsa. Melalui teks /Sejarah Melayu/ misalnya,

mendedahkan pelajar kepada tradisi keintelektualan dan ketamadunan

bangsa pada zaman silam yang boleh dipelajari dan dimanfaatkan

sehingga ke hari ini. Banyak teladan dan iktibar daripada teks

tersebut yang boleh dijadikan landasan untuk kebaikan diri, bangsa

dan negara seluruhnya. Melalui pelagai kaedah dan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran subjek ini juga dapat membentuk

KETERAMPILAN DIRI pelajar, iaitu dengan memiliki pengetahuan,

kelayakan dan kemahiran dalam menjalankan sesuatu tugas, berkebolehan

melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna, berpandangan jauh dan

berinisiatif. Pada masa yang sama, melalui penerapan nilai-nilai

Page 12: FUNGSI KESUSASTERAAN

murni dalam teks kesusasteraan dapat melahirkan pelajar yang

BERAKHLAK MULIA, iaitu yang mempunyai pengetahuan dan keyakinan

terhadap nilai murni, mempunyai kesedaran terhadap kesan daripada

perbuatan baik dan buruk, mengamal perlakuan yang baik, menghayati

nilai-nilai mulia merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan dan

kewarganegaraan. Begitu juga dalam memupuk rasa BERTANGGUNGJAWAB di

kalangan pelajar. Mereka diajar untuk menyedari bahawa setiap tugas

dan tanggungjawab merupakan amanah dan dilaksanakan dengan sempurna,

menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap, sentiasa berusaha

untuk meningkatkan daya pengeluaran, memahami peraturan dan

undang-undang negara, serta berusaha memajukan diri, keluarga,

masyarakat, agama, bangsa dan negara. Seterusnya adalah untuk

melahirkan individu yang BERUPAYA MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI, iaitu

dengan mempunyai fikiran yang waras, jiwa yang tenang dan badan yang

sihat, mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi

cabaran hidup serta sentiasa dapat mewujudkan perhubungan yang baik

dengan orang lain. Pemupukan nilai-nilai ini dilakukan melalui

penghayatan terhadap watak dan perwatakan dalam karya cenderung ke

arah memanfaatkan nilai-nilai tersebut. Dengan menampilkan watak

/role model/ tertentu, pelajar dibimbing supaya turut memiliki

nilai-nilai tersebut. Matlamat terakhir yang termaktub dalam sistem

pendidikan negara ialah untuk membina insan yang BERUPAYA MEMBERI

SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN KELUARGA,

MASYARAKAT

DAN NEGARA. Melalui contoh-contoh perbincangan di atas, secara tidak

Page 13: FUNGSI KESUSASTERAAN

langsung telah mengarah kepada pencapaian objektif FPN yang telah

digariskan oleh dasar pendidikan negara. Pada keseluruhannya, proses

pengajaran dan pembelajaran subjek kesusasteraan baik di sekolah,

mahu pun di pusat pengajian tinggi adalah sebagai sebahagian daripada

usaha ke arah merealisasikan matlamat sistem pendidikan negara. Sama

ada secara tersurat atau tersirat, teks-teks kesusasteraan sentiasa

memupuk perpaduan rakyat melalui kerjasama, toleransi, kekitaan dan

hormat menghormati, berusaha memajukan ekonomi ke arah perkembangan

bangsa dan negara, sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan negara,

sentiasa berusaha mematuhi dan mempertahankan peraturan dan

perlembagaan, sanggup mempertahankan diri, agama, bangsa dan negara

serta sentiasa mengamal dan menghayati prinsip-prinsip rukun negara.

Justeru itu, semua prinsip tersebut haruslah terkandung dalam

karya-karya kesusasteraan yang dipilih sebagai teks pilihan atau teks

wajib bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran kursus ini, sama ada di

peringkat sekolah atau universiti. Peranan sistem pendidikan bukan

untuk mengadakan perubahan negara sahaja, tetapi juga mengesahkan

pembangunan modal insan dalam negara. Justeru, pendidikan

kesusasteraan adalah sebahagian daripada platform yang tepat, yang

boleh dimanfaatkan untuk mencapai matlamat tersebut. Melalui

perbincangan tentang matlamat sistem pendidikan negara, khususnya

berdasarkan contoh pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum

kesusasteraan, menunjukkan bagaimana caranya matlamat tersebut boleh

dicapai. Penekanan kurikulum kesusasteraan itu sendiri adalah untuk

Page 14: FUNGSI KESUSASTERAAN

melahir dan membina modal insan yang seimbang dan harmonis serta

dilengkapi dengan ciri-ciri kualiti sebagai insan sudah tentu

menjadikan matlamt sistem pendidikan negara lebih mudah untuk

direalisasikan. Hal ini menunjukkan bahawa peranan sistem pendidikan

bukan sahaja untuk melakukan perubahan atau pembangunan fizikal,

tetapi yang lebih penting adalah membangunkan modal insan yang

merupakan aset utama kepada negara. Hasrat tersebut sudah tentu boleh

direalisasikan melalui pengajaran dan pembelajaran subjek

kesusasteraan. Wallahu'alam. (Norhayati AR)

------------------------------------------------------------------------------------

UNIVERSITY OF MALAYA - " Producing Leaders Since 1905 "