hbml4203 kesusasteraan melayu

81
HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 0

Upload: aaltahani

Post on 21-Jun-2015

10.083 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

0

Page 2: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

Soalan Tugasan 6

1.0 Pengenalan, genre-genre, ciri-ciri, peneraju-peneraju atau tokoh-

tokoh, teori-teori dan kritikan-kritikan kesusasteraan. 7

1.1 Pengenalan 7

1.2 Genre-Genre Kesusasteraan 8

1.2.1 Sastera Naratif 9

1.2.3 Sastera Non Naratif 10

1.2.4 Sastera Undang-Undang 10

1.2.5 Sastera Moden 10

2.0 Ciri-Ciri Kesusasteraan 11

3.0 Tokoh-Tokoh Kesusasteraan 13

3.1.1 Tokoh Kesusasteraan Lama 13

3.1.2 Tokoh Kesusasteraan Moden 13

3.2 Biodata Tokoh Sastera 13

4.0 Teori-Teori dan Kritikan Kesusasteraan 14

2.0

Unsur-unsur intrinsik dalam karya kesusasteraan, kefahaman

teks komponen sastera, KOMSAS dan pelaksanaannya di

sekolah menengah, rujukan yang sesuai dan penutup

17

2.1 Perlaksanaan KOMSAS di Sekolah Menengah 17

2.2 Unsur- unsur intrinsik 17

2.2.1 Tema 17

2.2.2 Plot ( Ururtan Peristiwa ) 18

2.2.3 Subplot 18

2.2.4 Teknik Cerita 18

2.2.5 Latar 18

2.2.6 Gaya bahasa 18

2.2.7 Watak dan Perwatakan 19

2.2.8 Sudut Pandangan 19

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

1

Page 3: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

KENYATAAN PENGAKUAN

2

Page 4: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Saya, AMINUDIN BIN MAT LUDIN Nombor Kad Pengenalan 690101-08-6925, pelajar kohort

4, SMP-OUM (Ambilan Khas Oktober 2007) membuat pengakuan bahawa segala tugasan untuk

subjek HBML4303 Kurikulum dan Pengkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu adalah

hasil kerja saya dan tiada perbuatan plagiat melainkan penyediaan asli hasil air tangan saya

sendiri.

Adalah dimaklumkan bahawa saya;

Item Pernyataan Semakan

1. Telah membuat rujukan dan bacaan luas tantang topik yang

diambil daripada modul, bahan bercetak dan eletronik.

/

2. Tidak memplagiat atau meniru daripada mana-mana sumber

atau pelajar lain.

/

3. Tidak membenarkan pelajar lain meniru tugasan ini melainkan

hanya menerangkan dan membantu kefahaman rakan-rakan

berkaitan tugasan.

/

4. Mengikut prosedur tugasan dan mengahantar tugasan sebelum

tarikh akhir yang ditetapkan.

/

Dengan yang demikian, saya faham bahawa jika terdapat apa-apa perkara di atas didapati tidak

benar, maka pihak Pengurusan OUM berhak untuk mengambil apa-apa sahaja tindakan disiplin

terhadapan salah laku tersebut.

3

Page 5: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

PENSYARAH

PN NORMAH BT KAMARODZAN

SEMESTER

MAY 2010

4

NAMA

AMINUDIN BIN MAT LUDIN

PUSAT PEMBELAJARAN

INSTITUT PERGURUAN IPOH

MATRIK KAD

690101086925002

Page 6: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya

dapatlah saya menyiapkan tugasan ini.

Kesibukan dengan tugas seharian sebagai pendidik tidak menganggu saya bagi menyelesaikan

amanah yang diberikan . Inilah satu cabaran yang amat getir dalam melakukan dua kerja dalam

satu masa. Namun semangat dan kecekalan telah menghilangkan semuanya itu.

Demi menyahut cabaran dan mengimarahkan dunia pendidikan dengan ilmu yang bakal

memertabatkan anak didik ,saya menyahut cabaran ini.Sejunjung kasih dan penghormatan kepada

Pn NORMAH BT KAMARODZAN selaku tutor bagi kursus HBML4203SMP Kesusasteraan

Melayu ini. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar serta komen beliau yang bernas lagi jitu tidak

mungkin dapat saya melaksanakan satu tugasan yang begitu berat untuk dilakukan. Kata-kata

semangat beliau telah membuatkan saya begitu terangsang untuk melakukan yang terbaik

daripada yang terbaik. Tidak lupa juga bantuan daripada keluarga dan sahabat yang sentiasa

berada di samping untuk membantu saya.

Semoga jasa-jasa kalian ini mendapat rahmah dan kurniaan daripada Illahi.

Terima kasih untuk semua.

IlmuIlmu adalah sesuatu yang bersifat rohani dan mempunyai kekuatan. Aliran kekuatan tersebut adalah sesuatu yang bersifat rohani dan mempunyai kekuatan. Aliran kekuatan tersebut

bertali arus dan mengalir ke dalam jiwa penerima seterusnya, apabila punca aliran (Guru)bertali arus dan mengalir ke dalam jiwa penerima seterusnya, apabila punca aliran (Guru)

memiliki kekuatan ilmu. memiliki kekuatan ilmu. Inilah yang disebut oleh sesetengah pihak sebagai ‘Guru Mursyid’Inilah yang disebut oleh sesetengah pihak sebagai ‘Guru Mursyid’..

SOALAN TUGASAN

Berdasarkan Modul Kesusasteraan Melayu (HBML4203), kesusasteraan merupakan kesemua

hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan ditujukan kepada khalayak. Khalayak bermaksud

5

Page 7: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

pembaca bagi karya yang bertulis atau penonton drama. Oleh sebab itu, istilah Kesusasteraan

Melayu merujuk kepada karya-karya kesusasteraan yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Sejarah perkembangan genre Kesusasteraan Melayu melibatkan Kesusasteraan Melayu

Tradisional dan Kesusasteraan Melayu Moden. Masyarakat akan lebih terdedah dan tertarik

dengan perkembangan Kesusasteraan Melayu jika sejarahnya dapat dianalisis serta digarab secara

bersepadu.

Anda sebagai seorang pendidik kesusasteraan perlu menghayati sejarah perkembangannya dari

beberapa sudut tertentu. Justeru, anda diminta menyediakan laporan khusus tentang Sejarah

Perkembangan Kesusasteraan Melayu di Malaysia berdasarkan kajian perpustakaan. Laporan

sejarah perkembangan berkenaan hendaklah memuatkan bahan-bahan berikut:

1. Pengenalan, genre-genre, ciri-ciri, peneraju-peneraju atau tokoh-tokoh, teori-teori dan

kritikan-kritikan kesusasteraan.

2. Unsur-unsur intrinsik dalam karya kesusasteraan, kefahaman teks komponen sastera,

KOMSAS dan pelaksanaannya di sekolah menengah, rujukan yang sesuai dan penutup.

SOALAN 1

6

Page 8: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Pengenalan, genre-genre, ciri-ciri, peneraju-peneraju atau tokoh-tokoh, teori-teori dan kritikan-

kritikan kesusasteraan.

1.1 PENGENALAN KESUSASTERAAN

Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "castra". Susastera yang

bermaksud kata yang membawa maksud khusus dimana su bermaksud indah, baik atau lebih

berfaedah. Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi

hurufiahnya, perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya

dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala

pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak. Manakala menurut Zalila Sharif

dan Jamilah Hj, Ahmad (1993: 2), Kesusasteraan berkembang daripada dua suku kata iaitu sas´

dan tra. Kata ‘sas´ bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberi petunjuk. Manakala tra´

pula menunjukkan alat atau sarana

Kesusasteraan adalah suatu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.

Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada bahasa sanskrit µsusastera yang bermaksud huruf atau

buku yang indah. Menurut M.K Danziger dan W.S Johnson (1983:2), mereka berpendapat

bahawa Kesusasteraan merupakan seni yang menggunakan kata-kata tanpa memperhitungkan

persoalan sama ada kata-kata itu tertulis(tulisan) atau sekadar diucapkan (lisan).

Oleh itu, sastera boleh diertikan sebagai alat untuk mengajar atau panduan untuk memberi

arahan. Untuk mengatakan bahawa kusasteraan mempunyai tempat yang istimewa dalam

perkembangan kehidupan seorang kanak-kanak atau pelajar adalah suatu pernyataan yang tidak

menerangkan sesuatu dengan sewajarnya. Sedangkan kesusasteraan itu jika dibaca beramai-ramai

dengan suara yang kuat dalam suatu suasana yang meriah dan kena pada masanya dapat menjadi

suatu cara yang membolehkan seorang pembaca itu mempelajari dunia mereka sendiri.

7

Page 9: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Kesusteraan dapat mengisi banyak keperluan dan menyebarkan berbagai-bagai nilai yang

mungkin tidak dapat ditanggap dengan serta-merta. Ia juga tidak sama menarik dengan suatu

permainan komputer atau program televisyen, tetapi kesusteraan dapat memberikan suatu yang

berbeza. Ciptaan kesusasteraan berbeza dengan ciptaan-ciptaan seni yang lain. Ia menggunakan

bahasa sebagai alat penyampaian. Melalui bahasa, keindahan kesusteraan dapat dirasakan oleh

setiap pembacanya. Dengan bahasa juga mereka dapat menggarap isi dan tujuan sambil

menghayati segala pengalaman dan perasaan yang tercurah.

Sesebuah hasil kesusasteraan yang bermutu tidak mempamerkan bahan atau

menggunakan bahasa dan olahan yang indah sahaja tetapi seharusnya memiliki unsur-unsur

intelek, tersirat dengan emosi dan perasaan, penuh dengan ekspresi dan imaginasi serta kaya

dengan sifat-sifat kreatif.Dengan cara inilah kesusteraan dapat memikat hati pembaca.

Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan

dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk

kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik

yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan

menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga

merupakan kesusasteraan

Sementara Stainer (1972) pula mengatakan sastera itu adalah bahasa tetapi bahasa dalam

penggunaan yang khusus. Keadaan ini adalah yang benar-benar beerti, yang beerti itu pula

bergantung hanya kepada penulis sastera menyampaikan ideanya. Ballmer (1976) pula

mendefinisikan komunikasi bahasa ; puisi ,drama ,teks bahasa kolokial. M.K Danziger dan W.s

Johnson pula mendefinisi sebagai suatu seni lisan, iaitu kesusasteraan secara tradisi tergolong ke

dalam golongan sastera, tidak ke dalam golongan sastera, tidak ke dalam kajian sains atau

pengetahuan teknik dan medianya ialah perkataan dan bukan tanda-tanda visual seperti lukisan

dan seni muzik.

8

Page 10: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

1.2 GENRE-GENRE SASTERA

Berdasarkan kepelbagaian karya, maka Kesusasteraan Melayu dapat dibahagikan kepada 2 jenis,

iaitu kesusasteraan lisan dan tulisan. Kesusasteraan lisan berlegar dalam kalangan rakyat yang

disampaikan menerusi cara pertuturan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain, dikenali

sebagai sastera rakyat. Sebaliknya, kesusasteraan tulisan disampaikan melalui tulisan yang pada

peringkat awalnya menggunakan tulisan kawi dan rencong. Selain itu, setiap jenis kesusasteraan

terdiri daripada genre-genre yang tertentu.

 1.2.1  Sastera Lisan   (Rakyat)

 Sastera lisan ialah hasil-hasil sastera Melayu lama yang disampaikan secara lisan iaitu

dipertuturkan. Sastera lisan merupakan hasil sastera yang dimiliki oleh masyarakat Melayu,

disebarkan dan dituturkan daripada satu generasi ke satu generasi secara lisan.

 Masyarakat Melayu yang menghasilkan sastera lisan masih bersifat tradisional,

ketinggalan dari segi teknologi, masyarakat yang masih mengamalkan sistem sosial yang terikat

dengan semangat kerjasama dan kolektif, masyarakat yang masih statik serta tidak banyak

hubungan dengan masyarakat luar.

 Sastera lisan merupakan hak milik bersama (kepunyaan) Bangsa Melayu. Ia hidup dalam

masyarakat Melayu tradisional secara lisan atau secara dituturkan. Sebab itulah sastera lisan ini

tidak diketahui nama pengarang atau penulisnya. Juga tidak diketahui bilakah ia dicipta. Sebagai

sastera yang tersebar secara lisan sastera banyak mengalami perubahan dan tokok-tambah serta

penyesuaian. Tokok-tambah dan penyesuaian dilakukan bagi menyesuaikan cerita tersebut

dengan situasi setempat.

9

Page 11: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

 Perubahan masa dan zaman membawa perubahan kepada corak penyebaran secara lisan.

Pada masa kini, hasil-hasil sastera lisan telah dibukukan, yakni ditulis. Tradisi lisan yang

mencirikan karya-karya sastera lisan telah menerima perubahan kepada bentuk bertulis.

 Sungguhpun, masyarakat telah mengamalkan sistem tulisan, namun tradisi lisan tetap

hidup didalamnya. Sastera lisan tetap merupakan sastera lisan sekalipun telah menjadi bahan

tertulis.

 Karya-karya sastera lisan yang telah dibukukan masih mengekalkan ciri-ciri

kelisannannya, malah mempunyai ciri-ciri tersendiri. Pada masa kini, kita boleh membaca cerita-

cerita rakyat ini melalui buku-buku yang dihasilkan dari kemajuan media cetak.

.

1.2.3  Fungsi Sastera Lisan (RAKYAT) 

“Alat” Mengajar dan Mendidik. 

  Hasil-hasil sastera lisan adalah bersifat didaktif iaitu mengandungi unsur pengajaran dan

pendidikan moral kepada masyarakat tradisi.Cerita-cerita lisan ini terselit nasihat, pengajaran,

teladan, yang sangat bergunasebagai panduan ke arah kesejahteraan hidup masyarakat. Misalnya

anak-anak dinasihati agar tidak mengamalkan sifat tamak, takbur, sombong dan bongkak seperti

mana yang terdapat pada sifat-sifat tertentu binatang dalam cerita-cerita Binatang. 

Melalui cerita-cerita seperti “Si Tanggang” anak-anak dididik agar tidak derhaka kepada kedua

orang tua kerana anak yang derhaka tidak akan selamat hidup di dunia dan akhirat. Begitu juga

dalam cerita-cerita roman,ditonjolkan sifat kesetiaan kepada pemimpin, sikap dan amalan gotong-

royong,kerjasama dan tolong menolong yang banyak membawa manfaat dan keberkatan terutama

dalam mengujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera. 

10

Page 12: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

“Alat” Mengkritik. 

Cerita-cerita lisan juga digunakan sebagai saluran untuk membuat kritikan atau sindiran terhadap

raja atau orang-orang bangsawan. Misalnya melalui cerita-cerita jenaka seperti cerita Pak

Kaduk,jelas menyindirkan golongan berkuasa (raja) yang bersikap zalim, tamak, pentingkan

kuasa dengan mengenepikan kesejahteraan hidup rakyat jelata.Juga melalui cerita Pak

Pandir,Lebai Malang, terselit unsur-unsur sindiran terhadap orang yang tamak,kedekut,gilakan

kuasa dan orang-orang yang sering mengambil kesempatan atas diri orang yang lemah semata-

mata untuk kepentingan nafsu dan kekayaan diri sendiri. 

“Alat” Perhubungan atau Komunikasi.

 Sastera lisan,terutamanya hasil-hasil karya yang berbentuk puisi menjadi alat perhubungan yang

paling istimewa untuk menyampaikan hajat. Misalnya dalam adat perkahwinan, orang-orang

Melayu menggunakan pantun sewaktu berkomunikasi, antara wakil pihak pengantin lelaki dengan

pihak pengantin perempuan. Pantun digunakan sewaktu adat merisik berlangsung adat meminang

dan ketika majlis persandingan. 

“Adat, Peraturan dan Pantang larang”. 

Setengah kata-kata adat dan bidalan dianggap sebagai satu kemestian undang-undang atau

peraturan masyarakat yang perlu dipatuhi. Malah kata-kata tersebut menjadi “pantang larang”

dalam masyarakat.   

1.2.3 JENIS SASTERA LISAN (Rakyat) 11

Page 13: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Sastera Rakyat merupakan sastera yang tertua, masih disampaikan secara lisan. Ianya merupakan

hasil gubahan masyarakat Melayu lama., menjadi milik bersama. Sastera Rakyat dapat

digolongkan kepada dua glongan.

a) Sastera Lisan Berbentuk Cerita (kisah atau naratif)

Sastera ini berbentuk cerita yang mengandungi unsur-unsur keindahan seperti jalan cerita,

perkembanagn watak, bahasa yang ndah, isikandungan yang tinggi, didikan moral dan juga

sebagai alat hibran. Ianya disebarkan secara meluas daam masyarakat. Sastera yang tergolong

dalam sastera naratif seperti cerita asal-usul, mitos, lagenda, cerita-cerita binatang, cerita-cerita

jenaka dan cerita penglipur lara. sastera lisan berbentuk naratif terbahagi kepada tiga iaitu mitos,

legenda dan cerita rakyat. Kini, mitos berfungsi sebagai cerita yang menerangkan asal usul

kejadian alam, manusia, haiwan, benda dan hal-hal lain yang berkaitan dengan kehidupan.

Sebaliknya, legenda pula cerita yang berkisar tentang sejarah sesuatu tempat atau peristiwa zaman

silam. Legenda tempatan dan legenda yang menjelajah merupakan jenis-jenis dalam legenda.

Contoh: 

Jenis Pengertian Karya dan Contoh

12

Page 14: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Cerita Binatang Dikenali juga sebagai cerita

mergastua. Cerita yang

mengambil binatang sebagai

pelaku. Binatang diberikan

sifat manusia biasa, boleh

bertindak, bertutur, bertingkah

laku dan hidup bermasyarakat.

Fungsi berhibur kerana

mempunyai unsur-unsur lucu,

pengajaran dankritikan sosial.

Cerita terkenal ialah jenis ‘epik

binatang’ iaitu Hikayat Sang

Kancil. Mempunyai peranan

tertentu dalam cerita binatang

Melayu.

        Contohnya Kancil sebagai lambang dan kias rakyat supaya menggunakan otak, kepintaran.

Sang Kancil yang kecil dapat menewaskan binatang yang besar seperti harimau, gajah dan buaya.

Kepintaran sang kancil dapat juga dikalahkan oleh binatang kecil iaitu siput dan agas. Ini

memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu supaya tidak sombong, angkuh dan tolong-

menolong antara satu sama lain. 

    Cerita Sang Kancil dengan Sang Buaya . Ini menunjukkan Sang Kancil boleh menggunakan

otaknya untuk melepaskan diri dari ancaman binatang-binatang besar. Watak Kancil ini lambang

dan kiasan kepada rakyat jelata supaya menggunakan otak, fikiran dan kepintaran apabila

membuat sesuatu.  

     Jika dilihat dari segi fizikal, manalah Kancil yang kecil dapat mengalahkan binatang besar. Ini

dapat menunjukkan betapa pintarnya Sang Kancil jika dibandingkan manusia. 

     Dalam bahagian ini bentuk kritikan dan kias yang digunakan berdasarkan perbuatan binatang.

Tujuannya memberi kritikan kepada manusia supaya sedar akan kelemahan yang sebenarnya.

Mengapa pula binatang yang kecil dapat mengatasi perbalahan manusia sedangkan manusia

adalah kejadian yang paling istimewa daripada yang lain. 

b) Sastera Lisan Berbentuk Bukan Cerita (Bukan Kisah atau Bukan  Naratif) 

13

Page 15: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Sastera lisan bukan naratif terdiri daripada tiga jenis utama; peribahasa, teka-teki dan puisi rakyat.

Teka-teki terbentuk dalam susunan kata-kata yang padat dan berirama yang mengandungi sesuatu

pertanyaan adalah sangat bererti dengan kanak-kanak. Seterusnya, pantun, jampi dan mantera

terangkum dalam puisi rakyat. Lazimnya, pawang, bomoh atau bidan yang mengaplikasikan

jampi dan mantera ketika menjalankan upacara adat resam dan dalam perubatan. Jenis yang

berikutnya ialah peribahasa iaitu sering diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Dalam

hal ini, simpulan bahasa, pepatah atau bidalan, perbilangan, perumpamaan dan kiasan dijeniskan

sebagai peribahasa

Penghasilan kesusasteraan tradisional jenis bukan naratif berpaksikan fakta. Genre-genre utama

kesusasteraan ini ialah sastera sejarah, sastera undang-undang, sastera agama dan puisi klasik.

Merujuk Dr. Ismail Hamid, 1987, Perkembangan Kesusasteraan Melayu lama. Petaling Jaya:

Longman, sejarah diambil daripada perkataan Arab iaitu “syajaratun” yang bermaksud

pohon atau pokok. “Syajaratun” juga membawa maksud salasilah, riwayat, keturunan, dan asal

usul. Konklusinya, sejarah memperkatakan perkara yang telah berlaku. Contoh hasil sastera

adalah seperti Sejarah Melayu, Hikayat Aceh dan Hkayat Raja-raja Pasai.

Genre sastera undang-undang ialah penulisan yang berkisar dalam ruang lingkup adat resam

kehidupan masyarakat Melayu. Taj al-Salatin, Bustan al-Salatin dan Hukum Kanun Melaka antara

contoh hasil sastera tersebut. Sastera agama pastinya bersangkutan segala penulisan

bersumberkan pengetahuan agama. Bahagian bagi genre ini ialah bidang-bidang fiqah, tasawuf

dan usuluddin; contohnya Sirat al-Mustaqim, Kitab Seribu Masa’il dan Syarab al-Asyikin.

Berikutnya ialah genre puisi klasik adalah seperti syair, gurindam dan seloka yang mencakupi

unsur-unsur kiasan

1.2.4 Sastera Moden

14

Page 16: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Jenis sastera bertulis bentuk kesusasteraan moden merangkumi bentuk naratif

mengandungi tiga genre utama iaitu novel, cerpen dan drama. Novel merupakan prosa naratif

panjang yang menceritakan kehidupan manusia berlatarkan sesuatu tempat dan masa yang

tertentu. Setiap novel yang dihasilkan berpaksikan persoalan menarik tentang kehidupan manusia.

Lazimnya, genre cerpen atau cerita pendek mengetengahkan satu persoalan dan watak yang tidak

banyak dalam penceritaan kisah yang pendek. Genre sastera baharu dalam kesusasteraan moden

ialah drama. Keunikan genre ini adalah bukan sahaja untuk dibaca, bahkan dapat dipentaskan

kerana ia merupakan cereka yang berbentuk lakonan.

Seterusnya, dalam bentuk bukan naratif kesusasteraan moden merangkumi tiga jenis iaitu

esei, kritikan sastera dan sajak. Esei merupakan sejenis karangan prosa yang padat. Selain itu,

kritikan sastera merujuk kepada penulisan yang membuat penilaian dan pertimbangan terhadap

karya-karya sastera yang tertentu. Akhirnya, ialah sajak iaitu merupakan sejenis puisi moden yang

mempunyai perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan pantun, syair, gurindam atau seloka.

Tidak dapat dinafikan perbincangan tentang ciri-ciri kesusasteraan cukup sinonim dengan

genre-genre kesusasteraan yang telah dibincangkan sebelum ini iaitu kesusasteraan lisan dan

tulisan. Selain itu, ciri-ciri kesusasteraan bererti dengan pembahagian kesusasteraan mengikut

zaman seperti kesusasteraan Melayu klasik bermula dari zaman purba sehingga zaman Islam.

Manakala kesusasteraan Melayu moden bertitik tolak dari zaman Abdullah Munsyi sehingga

zaman kemerdekaan.

1.3 CIRI-CIRI SASTERA

15

Page 17: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Tidak dapat dinafikan perbincangan tentang ciri-ciri kesusasteraan cukup sinonim dengan genre-

genre kesusasteraan yang telah dibincangkan sebelum ini iaitu kesusasteraan lisan dan tulisan.

Selain itu, ciri-ciri kesusasteraan bererti dengan pembahagian kesusasteraan mengikut zaman

seperti kesusasteraan Melayu klasik bermula dari zaman purba sehingga zaman Islam. Manakala

kesusasteraan Melayu moden bertitik tolak dari zaman Abdullah Munsyi sehingga zaman

kemerdekaan.

1.3.1 Ciri-ciri Sastera Rakyat

Penyebaran dan pewarisnya dilakukan secara lisan walaupun ada sesetengah bahan

kesusasteraan rakyat telah diterbitkan dalam bentuk tulisan, namun asal bahan tersebut tersebar

dikalangan masyarakat menerusi lisan dan masih mengekalkan ciri kelisanannya. Ada juga hasil

yang masih lagi tersebar secara lisan hingga kini walaupun sebahagian ceritanya telah dibukukan.

Untuk mendapat bentuk yang mantap, kesusasteraan rakyat mesti hidup dalam

masyarakatnya tidak kurang daripada dua generasi.

 Wujud dalam pelbagai versi. Oleh sebab disebarkan secara lisan, unsur tokok-tambah

tidak dapat dielakkan , sehinggakan apa-apa yang dituturkan itu sudah menjadi satu versi yang

tersendiri. Perbezaan versi ini hanya berlaku pada bahagian luarannya sahaja, namun inti patinya

tetap kekal.

 Penciptanya tidak diketahui penyebaran kesusasteraan rakyat boleh dilakukan oleh

sesiapa sahaja. Tidak ada halangan dan had untuk dituturkan. Penutur kesusasteraan juga bebas

melakukan penambahan dan pengurangan atau melakukan penyesuaian jika mereka mahu.

Kewujudan karya yang sentiasa berubah itu menyebabkan sudaj tidak diketahui siapa penciptanya

yang sebenar. 

 Oleh sebab kesusasteraan rakyat wujud dan berkembang melalui media lisan, penutur

biasanya tidak berkesempatan menapis apa-apa yang dituturkan ketika berhadapan dengan

16

Page 18: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

pendengar atau khalayak. Oleh itu, sifatnya cukup sederhana dan seadanya,terlalu spontan dan

kadangkala kelihatan kasar.

  Kesusasteraan rakyat juga wujud dalam bentuk tradisi tekal. Misalnya, cerita Lipur Lara

mempunyai struktur plot yang sudah tetap seperti plot sebelum mengembara, semasa

mengembara, sesudah mengembaradan pengakhiran yang mengembirakan. Demikian juga cerita

Sang Kancil, biasanya mengandungi empat motifeme dalam struktur plot ceritanya. Cerita mitos

pula merupakan cerita tentang asal usul kepercayaan sesuatu masyarakat. Dengan itu, klasifikasi

kesusasteraan rakyat adalah berdasarkan formula dan pola yang tertentu.

Kesusasteraan rakyat juga bersifat pralogis, iaitu mempunyai logika yang tersendiri yang

mungkin tidak sesuai dengan logika umum. Oleh itu, pandangan dan tanggapan masyarakat lain

tidak penting kepada pertumbuhan dan perkembangan kesusasteraan rakyat sesuatu masyarakat.

Hasil-hasil karya sastera sejarah ini mempunyai tujuan dan ciri-cirinya yang tertentu.

Karya sastera sejarah yang menepati ciri-ciri yang berikut merupakan hasil karya yang berjaya

dan sampai kepada siapa yang ditujukan. Karya sastera sejarah ini memerlukan usaha pengkarya

bagi meninggikan kedudukan raja-raja dengan menghiasi watak-watak mereka dengan unsur-

unsur keghaiban dan kekuasaan. Sampaikan hal-hal moral dan tatasusila

Ciri seterusnya adalah pengarang juga mesti menyampaikan kepada khalayak tentang hal-hal

berkenaan dengan moral dan tatasusila. Cenderung kepada sifat-sifat kesusasteraan rakyat

Selain itu, pengarang karya sastera sejarah biasanya perlu lebih cenderung kepada sifat-sifat

kesusasteraan rakyat dengan mementingkan soal-soal mitos dan dynastic myth lebih dari sejarah

dalam pengertian terkini.

1.3.2 Ciri-ciri Sastera Moden

17

Page 19: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Berdasarkan Hashim Awang (et. al), 1985, Mendekati Kesusasteraan Melayu. Petaling

Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, terdapat enam ciri utama bagi kesusasteraan Melayu natijah

daripada keistimewaan dan keunikan sifat masyarakat Melayu itu sendiri.

Merujuk pada bentuk sastera lama dan moden sebelum Perang Dunia II, ciri didaktik atau unsur

pengajaran amat ketara. Justeru, kesusasteraan mempunyai kegunaan dalam kehidupan bersama

untuk membimbing sesuatu masyarakat.

Pada era penjajahan Jepun, ciri propaganda diaplikasi bagi mengagung-agungkan

kehebatan ketenteraan Jepun. Hal ini bertitik tolak dalam kesusasteraan lama Melayu yang

mengagungkan taraf dan jurai keturunan raja-raja Melayu.

Selain itu, ciri yang ketiga ialah kewujudan kesusasteraan yang bercirikan aliran tertentu

iaitu “seni untuk masyarakat”. Aliran ini telah dipelopori oleh pengarang-pengarang daripada

Angkatan Sasterawan ’50 atau ASAS ’50. Sehubungan itu, kesusasteraan ini menjadi milik

bersama masyarakat secara tidak langsung juga menterjemahkan segala pemikiran, perasaan, nilai

dan falsafah hidup masyarakatnya. Hal tersebut mungkin dilahirkan secara terus terang atau

secara tersirat

Lanjutannya, pada era prakemerdekaan dan tahun 60-an telah muncul kesusasteraan

bersifat protes terhadap golongan-golongan tertentu dalam masyarakat. Nada protes tersebut

disasarkan terhadap golongan yang tidak bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan

seperti untuk memimpin dan memajukan rakyat.

Pengarang akan memperindahkan karyanya sehingga hasilan mereka lebih berupa hasil seni

daripada sejarah. Pengarang tidak mementingkan kronologi. Iaitu tiada tarikh yang tepat dan

kejadian-kejadian yang berlaku sering dicampuradukan sehingga peristiwa itu hilang unsur-unsur

sejarahnya.

Ciri terakhir sastera sejarah adalah sebahagian besar hasil sastera ini membawa gelaran

‘Hikayat’. Namun begitu, tidaklah bermakna bahawa semua karya yang membawa gelaran

18

Page 20: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

hikayat itu boleh digolong sebagai sastera sejarah. Cerita-cerita seperti Hikayat Terung Pipit,

Hikayat Malim Dewa, dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda tidak merupakan hasil sastera

sejarah kerana kandungan ceritanya bukan mengenai hal-hal yang pernah berlaku

.

1.4 PENERAJU DAN TOKOH SASTERA

19

Page 21: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Kelaziman dalam penulisan sastera Melayu lama, nama pengarang sesuatu karya sastera tidak

dicatat. Sebaliknya, karya-karya kesusasteraan moden dimuatkan nama-nama pengarangnya.

Tokoh-tokoh kesusasteraan Melayu terkenal disebabkan sumbangan mereka dalam penghasilan

karya-karya. Berdasarkan Yahaya Ismail, 1981, Sejarah Sastra Melayu Moden. Kuala Lumpur:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, kesusasteraan moden dipelopori oleh Abdullah Munshi serta

Sayyid Sheikh Al-Hadi seterusnya berkembang ke era sastera tahun 30-an, zaman Jepun dan

ASAS ’50. Perkembangan kesusasteraan Melayu disusuli era sastera tahun 60-an dan hingga

sekarang.

1.4.1 Tokoh Kesusasteraan Melayu Lama

HAMZAH FANSURI

Latarbelakang Hamzah Fansuri adalah tokoh agama yang menggegarkan dunia melalui puisi-

puisi sufinya. Menurut sasterawan Abdul Hadi MW, Hamzah Fansuri merupakan pencipta "syair

Melayu" yang bercirikan puisi empat baris dengan pola sajak akhir "a-a- a-a". Bakatnya sebagai

sasterawan besar terserlah dalam kemampuan dan kreativitinya merubah bahasa lama menjadi

bahasa baru dengan cara memasukkan ratusan kata Arab, istilah konseptual dari Al Quran dan

falsafah Islam. Bahasa ini kemudiannya menjadi sebagai bahasa intelektual yang dihormati sebab

dapat menampung gagasan baru yang diperlukan pada zaman itu.

Peranan penting Hamzah al Fansuri dalam sejarah pemikiran dunia Melayu Nusantara bukan saja

karena gagasan tasawufnya, tetapi puisinya yang mencerminkan pergelutan penyair menghadapi

realiti zaman dan pengembaraan spiritualnya. Salah satu karya penting dari Hamzah Fansuri

adalah Zinat Al-Wahidin yang ditulis pada akhir abad ke-16 ketika perdebatan sengit tentang

fahaman wahdat al- wujud sedang berlangsung dengan tegang di Sumatera. Teks ini diyakini oleh

para peneliti sebagai kitab keilmuan pertama yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Hamzah Fansuri juga dikenal sebagai seorang pelopor dan pembaru melalui karya-karyaRubba al

Muhakkikina, Syair Perahu, dan Syair Dagang. Kritiknya yang tajam terhadap perilaku politik

20

Page 22: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

dan moral raja-raja, para bangsawan, dan orang-orang kaya, menempatkannya sebagai seorang

intelektual yang berani pada zamannya.

Karya-karya Zinat Al-Wahidin - ditulis pada akhir abad ke-16, kitab keilmuan pertama yang

ditulis dalam bahasa Melayu, Syair Perahu ,Syair Dagang ‡Rubba al Muhakkiki

RAJA ALI HAJI

Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad Raja Ali Haji selain terkenal dengan karyanya Tuhfat al Nafis

(sejarah Melayu) juga terkenal dengan berbagai karya lain samada dalam politik, hukum mahupun

bahasa Tiga karya besar beliau dalam bidang bahasa menobatkan beliau sebagai Bapa Bahasa

Indonesia iaituGurindam Dua Belas (1847), Bustam al-Katibin (tata bahasa Melayu) dan Kitab

Pengetahuan Bahasa (1851).

Kitab Pengetahuan Bahasa merupakan wujud konstribusi pentingRaja Ali Haji dalam bidang

bahasa kerana (Gurindam Dua belas dan Bustam al-Katibin) ia lebih terfokkepada keupayaan

mengetengahkan keprihatinan dan gagasanawal untuk memperbaiki beberapa konsep dan tata

bahasa Melayu.

Latarbelakang Raja Ali Haji lahir di Pulau Penyengat, pusat Kerajaan Riau Lingga, Johor dan

Pahangpada 1808 anak dari pasanganRaja Ahmad binRaja Haji Fisabilillah dan Encik Hamidah

binti Panglima Malik Selangor. Ia merupakan anak bungsu dari tujuh bersaudara dan ayahnyaRaja

Ahmad merupakan tokoh penting dalam kerajaanRiau Lingga. DatuknyaRaja Haji Fisabilillah

adalah "Yang Dipertuan IV" KerajaanRiau Lingga dan seorang pahlawan yang termasyur

keberaniannya dalam melawan Belanda sehingga tewas dalam peperangan di Teluk Ketapang

pada 1874.Gelar "Raja" pada namanya diperoleh dari nama keturunan keluarga karena "Yang

Dipertuan IV" merupakan kerabat SultanRiau Lingga

Hasil karya Raja Ai Haji seperti Tuhfat al Nafis, Bustam al-Katibin (tata bahasa Melayu), Kitab

Pengetahuan Bahasa (1851) dan Gurindam dua belas

21

Page 23: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

ABDULLAH MUNSYI ABDULLAH ABDUL KADIR MUNSHI

Abdullah Munsyi Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munshi

(1796- 1854 M) dianggap sebagai bapa penulisan Melayu moden. Abdullah Munshi telah

menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 M bertajuk Syair Singapura Terbakar.

Beliau bukan sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu tersebut melalui karya

kesusasteraan malahan juga ia menyedari betapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu. Baginya,

nahu sesebuah bahasa bukanlah dapat menyelesaikan seratus peratus masalah bahasa. Hal ini

lebih nyata lagi apabila nahu sesuatu bahasa dikaji oleh orang asing yang bahasa ibundanya bukan

bahasa Melayu dan tujuan membuat kajian tersebut bukanlah berdasarkan kajian ilmiah

melainkan kerana kepentingan tertentu.

Beliau melihat bahawa nahubahasa Melayuyang ditulis oleh orang asing itu hanyalah merupakan

pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke dalam bahasa Melayu. Kita

terpaksa akui Abdulah sebagai seorang tokoh yang agung di dalam sejarah perkembangan

kesusasteraan Melayu. Dia lah yang mula-mula membayangkan gejala- gejala kemodenan di

dalam masyarakat sewaktu masyarakat seluruhnya masih jauh daripada hakikat kemodenan ini.

Dia menggunakan perkataan ³aku´ bila menceritakan kenangan-kenangan pengalaman-

pengalaman hidupnya iaitu ³aku´ sebagai manusia biasa yang telah pun mencapai martabat

kedaulatan yang sama tinggi dan sama rendah dengan manusia lainnya. Dia tidak lagi mengakui

hak-hak atau kelebihan-kelebihan istimewa kaum bangsawan dan kaum di-raja di atas segala

rakyat jelata.

Di sinilah terletak keagungan Abdullah sebagai seorang pengarang dan di sinillah juga terletak

sumbangannya terhadap perkembangan kesusasteraan Melayu. Kesusasteraan Melayu diangkat

dari darjat feudal Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu ke darjat yang lebih tinggi. Karya-

karya Syair Singapura Terbakar (1830)

22

Page 24: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Hikayat Kalilah wa Daminah ( Terjemahan Tamil ± 1835)

Kitab Adat SegalaRaja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837)

Dawai Kulub (1838)

Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838)

Hikayat Abdullah (1843)

Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah (1854)

TUN SRI LANANG

Tun Sri Lanang yang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565. Tun Seri Lanang ialah

Bendahara PadukaRaja, Johor antara tahun 1580 dan 1615 , serta penyunting Sejarah Melayu

(buku, 1612) yang merupakan moyang kepada Sultan Johor dan Sultan Terengganu .

Salasilah kesultanan Terengganu yang terdapat dalam Sejarah Terengganu (buku) karya Haji

Buyong Adil terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1974 ada menyatakan bahawa Tun Habib Abdul

Majid (Bendahara Seri Maharaja, Johor - Marhum Padang Saujana - Bendahara Johor 1688-1697)

yang menjadi Bendahara Johor dari 1688 hingga 1697 adalah bapa kepada Sultan Zainal Abidin I

(Sultan Terengganu Pertama) dan kepada Sultan Abdul Jalil IV (Sultan Johor dari 1699 hingga

1719 ). Selanjutnya dipaparkan bahawa Tun Habib Abdul Majid adalah anak kepada Tun Mat Ali

(Bendahara Paduka Maharaja, Johor), iaitu anak kepada Tun Seri Lanang (Bendahara

PadukaRaja, Johor 1580-1615).

Dalam pengetahuan orang-orang Melayu , nama Tun Seri Lanang lebih dikenali sebagai

salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu yang setaraf dengan Munshi

Abdullah (Pengarang Hikayat Abdullah). v. Nuruddin al Raniri Nama lengkapnya, Nuruddin

Muhammad bin Ali bin Hasanji Al-Hamid (atau Al- Syafi¶i Al-Asyary Al-Aydarusi Al-Raniri

(untuk berikutnya disebut Al-Raniri).

23

Page 25: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

la dilahirkan diRanir (Randir), sebuah kota pelabuhan tua di PantaiGujarat, sekitar

pertengahan kedua abad XVI M. Ibunya seorang keturunan Melayu, sementara ayahnya berasal

dari keluarga imigran Hadhramaut (Al-Attas: 1199 M). Al-Raniri sendiri memulai perjalanan

intelektualnya dengan belajar ilmu agama di tanah kelahirannya (Ranir), sebelum merantau ke

Tarim, Hadramaut, Arab Selatan, yang ketika itu menjadi pusat pembelajaran agama Islam.

Pada tahun 1621 M, Nuruddin mengunjungi Makkah dan Madinah untuk menunaikan

ibadah haji dan berziarah ke makam Nabi. Di tanah haram inilah Al-Raniri menjalin hubungan

dengan para jamaah haji dan orang-orang yang sudah menetap dan belajar di Arab, yang

kebetulan berasal dari wilayah Nusantara. Nuruddin al-Raniri adalah seorang ulama, sejarawan,

sasterawan dan ahli tasawuf terkemuka abad ke-17 M yang pernah hidup di Aceh Darussalam.

Namanya juga masyhur ke seluruh negeri sebagai ulama madzab Syafii, penulis kitab

fiqih pertama yang komprehensif dalam bahasa Melayu. Salah satu cabang ilmu fiqih yang sangat

dikuasai olehnya bukan hanya fiqih ibadah, tetapi juga fiqih duali yang berkaitan dengan seluk-

beluk pemerintahan, undang-undang negeri, dan adab secara umum.

Karyanya yang terkenal ialah Bustan al-Salatin (TamanRaja-raja). Kitab ini lebih dikenal

sebagai karya ketatanegaraan. Atau lebih tepat disebut sebagai karya adab, kerana yang dibahas

adalah masalah yang berhubungan adab dalam pengertian luas bukan semata-mata adab

pemerintahan atau kenegaraan. Kerana mengandung unsur sejarah dalam banyak bagiannya, tidak

menghairankan jika sarjana seperti Winstedt dan Hussein Djajadiningrat menjadikan Bustanus

Salatin sebagai sumber penulisan sejarah Aceh.

SYED SYEIKH AL-HADI

Syed Syeikh Al-Hadi Syed Syeikh bin Syed Ahmad Al-Hadi telah dihantar keRiau ketika berusia

empat belas tahun untuk mengaji agama dan bahasa Arab dengan seorang pengarang dan juga

agamawan iaituRaja Ali Haji. Pada penghujung abad ke-19 Syed Sheikh telah pergi ke Mekah

dan juga Beirut serta Kaherah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama.

24

Page 26: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Syed Sheikh Al-Hadi merupakan anak murid kepada reformis terkenal di Kaherah iaitu Sheikh

Muhammad Abduh. Sekembalinya dari Mesir, Syed Sheikh Al-Hadi telah mendirikan Madrasah

Al- Iqbal pada tahun 1907 di Singapura. Dua tahun kemudiannya dia menjadi pendakwa di

mahkamah Syariah Johor Baharu sehingga 1915. Dia meninggalkan kerjaya tersebut kerana

minatnya dalam bidang perguruan, kewartawanan dan penulisan. Dia nampak hanya melalui

penulisan dia boleh mengembangkan fikrahnya dan menaikkan semangat Islam di kalangan orang

Melayu.

Dia kemudiannya mendirikan dua buah lagisekolah iaitu Madrasah Al-Hadi (1915) di Melaka dan

Madrasah Al-Mashur (1926) di Pulau Pinang dan beliau menjadi Mudir kepada dua buah

madrasah tersebut.Rakan seperjuangannya yang turut mempunyai aspirasi yang sama adalah

Sheikh Mohd Tahir Jalaluddin Al-Azhari, Sheikh Mohammd bin Salim Al-Kalali dan Haji Abbas

bin Mohd. Tahar bergabung tenang untuk mengembangkan fikrah Islam dengan menerbitkan

majalah Al-Imam(1906).

Di Pulau Pinang di samping menulis, Syed Sheikh menerbitkan majalah Al-Ikhwan (1927) dan

akhbar Saudara (1928). Peranan yang dimainkan oleh Syed Sheikh Al-Hadi dalam dunia

kesusasteraan Melayu bukan hanya setakat melahirkan Hikayat Faridah Hanum bahkan dia turut

mencernakan pemikiran dan menyedarkan bangsa Melayu kepada isu ekonomi dan pejuangan

anak watan. Sebagai reformis dia mengketengahkan fahaman Islam yang diwar-warkan oleh

Sheikh Muhammad Abduh.

Karya Hikayat Setia Asyik Kepada Maksyuknya atau terkenal sebagai Hikayat Faridah Hanum

(1925-1926)

Siri CeritaRokamlbul (karya adaptasi)

Tafsir Juz Amma (1927)

Taman Cinta Berahi (1928)

Tafsir Al-Fatihah (1928)

Hikayat Cermin Kehidupan (1929)

25

Page 27: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Hikayat Puteri Nurul Ain (1929)

Kitab Agama Islam Dan Akal (1931)

1.4.2 Tokoh Kesusasteraan Melayu Moden

ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (ZAABA)

26

Page 28: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Zainal Abidin Ahmad (16 September 1895 - 23 Oktober 1973), juga dikenali

sebagaiZaaba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu yang giat menulis sekitar

tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah

seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka

dalam sejarah Malaysia.

Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun,

aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada

penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan,Maktab Perguruan Sultan Idris.

Dilahirkan di Bukit Kampung Kerdas, Jempol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Zaaba menerima

pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya

di Institusi St. Paul Seremban dan merupakan orang Melayu pertama menduduki

peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915.

Zaaba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada tahun 1916, dan

kemudiannya bertukar ke:

1918 : Kolej Melayu Kuala Kangsar

1923 : Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur

1924 : Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim

1939 : Jabatan Maklumat, Singapura sehingga 1942

27

Page 29: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

1942 : Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti London sehingga 1951

1954 : Universiti Malaya, Singapura sehingga 1959.

Zaaba adalah seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat dalam bidang penulisan.

Kebanyakan hasil penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-

majalah seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh, dan Pakar Majalah. Beliau telah

menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pelita, dan Ilmu

Mengarang. Hasil penulisannya yang lain termasuk Cerita-cerita Shakespeare yang diterbitkan

oleh Percetakan Gudang Chap, Singapura.

Untuk menghargai jasa beliau, Zaaba telah dianugerahkan:

1956: Gelaran Pendeta di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga

1959: Ijazah Kehormat dan Persuratan dari Universiti Malaya

1973: Ijazah Kehormat dan Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia

1962: Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri

28

Page 30: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

 OTHMAN KELANTAN

Syed Othman bin Syed Omar (al-Yahya) dilahirkan pada 13 November 1938, di Tebing

Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan.

Beliau memperoleh Sarjana Muda Sastera (1979) dan Sarjana Sastera (1982/83) dari

Universiti Sains Malaysia. Kemudian pada tahun 1994/95 beliau memperoleh Ph.D dari

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Setelah lulus Ijazah Sarjana, S Othman berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia

selama dua tahun. Mulai tahun 1983, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia

sebagai pensyarah di fakulti Pendidikan/ATMA.

Jawatan terakhirnya yang disandang ialah Profesor Madya hingga beliau bersara pada

tahun 1997. Kemudian beliau berkhidmat sebagai karyawan tamu di Jabatan Pengajian Media,

Universiti Malaya (1997-1999). Kini beliau menjadi pensyarah sambilan di Pujangga

Management Institute (Francais UUM).

S .Othman Kelantan aktif menulis puisi, cerpen, novel serta esei/kritikan. Sehingga kini S

Othman telah menghasilkan lebih 182 buah cerpen. Beliau gemar meneroka persoalan yang

mencakupi soal-soal kemasyarakatan, politik, agama, dan falsafah. Novel yang dihasilkannya

ialah 12 buah novel dewasa dan empat buah novel remaja.

Antara novel beliau yang terkenal ialah Pengertian (1966), Pertentangan (1967), Angin

Timur Laut (1969), Perjudian (1973), Juara (1973), Perwira (1980), Ruang Perjalanan (1989),

Wajah Seorang Wanita (1990), Ustaz (1991), Nagogho Astana (1997), dan Orang Kota Bharu

(2003. Beliau juga menghasilkan lima buah antologi cerpen persendirian.

29

Page 31: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun,

Inggeris, Rusia, Thai, Vietnam dan Cina.

Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku-buku akademik

yang berkaitan tentang kesusasteraan.

Selain menulis cerpen dan novel, S Othman Kelantan turut menghasilkan esei dan kertas-kertas

kerja untuk beberapa pertemuan penulis baik pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Sehingga kini, beliau telah menghasilkan sebanyak 364 buah esei/kritikan.

Di samping berkecimpung dalam dunia penulisan sastera, beliau turut terlibat dalam

kegiatan persatuan penulis. Beliau pernah menjadi Ketua Satu Persatuan Penulis Kelantan (PPK)

(1973-1976), Persatuan Penulis Nasional, Penasihat PPK, dan Penasihat Persatuan Seniman dan

Penulis Kelantan (Puspa).

Kesungguhannya menghasilkan karya dan mengabdikan dirinya dalam dunia

kesusasteraan mewajarkan beliau dipilih untuk menerima hadiah seperti Hadiah Peraduan

Mengarang Novel DBP 1962, Pelangi (sagu hati), Hadiah Sastera Malaysia 1972, 1973, 1974

(cerpen) dan 1984 (esei), S.E.A. Write Awards (1990), Pingat Bakti (PB) oleh DYMM Sultan

Kelantan (1973), Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.) oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong

(1974), Anugerah Tokoh Sastera Negeri Kelantan (2003), dan Anugerah Sastera Negara (2003)

DATO SHAHNON AHMAD

Beliau (lahir 1933 di Sik, Kedah) adalah seorang penulis Malaysia, mendapat gelaran Sasterawan

Negara, serta bekas Ahli Parlimen. Beliau dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada tahun

1982. Beliau juga merupakan seorang Profesor Emeritus di Universiti Sains Malaysia, Pulau

Pinang.30

Page 32: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Shahnon telah menulis beberapa buah buku, di mana yang paling terkenal ialah novel Shit @

PukiMak @ PM (1999), sebuah satira politik kontroversi. Buku tersebut sering merujuk kepada

kerajaan Barisan Nasional (BN), parti komponen utamanya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu

Bersatu (UMNO), serta bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Terdapat beberapa cubaan oleh kerajaan untuk mengharamkan buku tersebut serta menarik balik

gelaran Sasterawan Negara daripada Shahnon.[1]

Beberapa novel lain karangan Shahnon termasuklah Ranjau Sepanjang Jalan (1966)—yang telah

diadaptasi semula ke filem yang dipanggil Rice People arahan pengarah filem Kemboja, Rithy

Panh, Rentong (1965), Srengenge (1973)—yang telah memenangi anugerah Novel Tahunan

Malaysia pada tahun 1970, serta Terdedah (1965).

Shahnon juga merupakan ahli parti pembangkang PAS. Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1999,

beliau bertanding di kerusi parlimen Sik (P.13) dan menang. Beliau tidak bertanding dalam

Pilihanraya Umum Malaysia 2004 yang menyaksikan PAS kehilangan kerusi tersebut kepada BN.

Karya

Anjing-anjing, 1964

Debu merah, 1965

Rentong ,1965

Terdedah (1965)

Ranjau Sepanjang Jalan ,1966

Protes, 1967

Perdana, 1969

Srengenge (1973)

Sampah, 1974

Menteri, 1976

Kemelut, 1977

Selasai sudah, 1977

Seluang menolak Baung, 1978

Penglibatan dalam puisi, 1978

31

Page 33: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Gubahan novel, 1979

Kesusasteraan dan etika Islam, 1981

Al-syiqaq, 1985

Tok Guru, 1988

Sutan Baginda (1989)

Ummi dan Abang Syeikhul, 1992

Pongang sastera: gema karya kreatif dan kesannya terhadap khalayak, 1995

Shit@Pukimak (April 1999)

Maha Maha (1999)

Nurul Anak Papaku (1999)

Muntah (Jun 2000)

Lamunan Puitis Sebuah Trilogi, 2003

Revolusi Yang Ditangguhkan (2009)

KAMALUDIN BIN MUHAMAD ( KERIS MAS)

Keris Mas atau nama penuhnya Kamaluddin Muhamad adalah merupakan seorang tokoh dalam

bidang penulisan/kesusateraan yang pertama kalinya dianugerahkan gelaran ‘Sasterawan Negara’.

Beliau menerima anugerah tersebut pada 26 April 1981 di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen.

Beliau telah dipilih oleh Urusetia Panel Anugerah Sastera Negara berdasarkan kepada

32

Page 34: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

kewibawaan beliau dalam bidang kesusasteraan tanah air terutama dalam bidang penulisan

cerpen. 

Melalui karya-karya seni cerpennya jelas memperlihatkan kegigihan beliau sebagai seorang

nasionalis yang berwawasan, pejuang keadilan sosial, pengawal dan pengukir bahasa dan sastera

bermutu serta pemikir kesusasteraan yang tajam. Sebelum itu beliau juga pernah dianugerahi

‘Anugerah Pejuang Sastera’ pada tahun 1976 oleh pemerintah kerajaan Malaysia. 

KarierKerjaya 

Kamaludin Muhammad (Keris Mas) telah dilahirkan pada 10 Jun 1922, di Kampung

Ketari,Bentong Pahang. . Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Penerangan bagi Parti

Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Pengarang Penerbitan Utusan Melayu di Singapura.

Beliau banyak berjasa dan memberi sumbangan dalam memajukan majalah Mastika dan akhbar

Utusan Zaman. Selepas itu beliau berkhidmat dengan Warta Negara sehingga tahun 1956. Beliau

adalah salah seorang tokoh ASAS 50 yang cukup aktif dan terkenal dan pernah berkhidmat

sebagai Pengarang Umum di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956. 

Sebelum bersara pada 10 Jun 1977 beliau memegang jawatan Ketua Bahagian Pembinaan dan

Pengembangan Sastera. Selepas bersara, beliau menjadi ‘Penulis Tamu’ di Universiti Malaya dan

di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumbangan  

Sumbangan utama beliau ialah dalam lapangan cerpen. Karya pertama beliau berjudul

‘Wasiat Orang Bangsawan’, tersiar dalam Suluh Malaya, 1 Jun 1946. Sehingga akhir tahun 1960,

sebanyak 60 buah cerpen telah dihasilkan. Cerpen-cerpennya itu kini telah dimuatkan dalam

beberapa buah antologi iaitu; Mekar dan Segar (1959), Dua zaman (1963), Patah Tumbuh (1963), 33

Page 35: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Pertentangan (1968) Keris Mas juga turut menghasilkan novel. Antaranya ; Pahlawan Rimba

Malaya (1946), Korban Kesuciannya (1949), Anak Titiwangsa (1967), Saudagar Besar dari Kuala

Lumpur (1983), Rimba Harapan (1985) . Beliau muncul sebagai tokoh penulis cerpen dari ASAS

50 yang mempunyai pengaruh begitu kuat dalam perkembangan cerpen, terutama sehingga tahun-

tahun 1960-an. Karya-karya beliau begitu jelas dan kuat kesan penyuaraan keadilan sosial dengan

watak-watak manusia yang hidup. Dengan begitu beliau dapat dianggap penulis yang berjaya

mematangkan genre cerpen dan mengukuhkantradisinya. 

Bagi menghargai jasa dan sumbangan Keris Mas dalam bidang penulisan dan kesusasteraan

tanah air, beliau telah dianugerahkan Anugerah Pejuang sastera (1976) dan Anugerah Sastera

Negara pada 26 April 1981. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1992. 

ISHAK HAJI M UHAMMAD PAK SAKO

Ishak Haji Muhammad (14 November 1909 - 7 November 1991) atau lebih dikenali sebagai Pak

Sakomerupakan seorang penulis yang giat menulis sekitar tahun 1930-an sehingga 1950-an. Ishak

Haji Muhammad adalah seorang nasionalis negara. Kelibatnya bermula pada era sebelum

kemerderkaan dan pascamerdeka. Gagasan yang ingin diperjuangkan oleh Pak Sako ialah

34

Page 36: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

penyatuan Melayu Raya yang mana Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan dalam satu

serumpun.

Nama Pak Sako bukanlah satu nama asing bagi negara kita terutama dalam bidang

kesusasteraan. Pak Sako sebenarnya adalah jolokan kepada nama Isako-san yang dipanggil orang-

orang Jepun. Nama sebenar Pak Sako adalah Ishak Hj. Muhammad. Pak Sako juga dikenali juga

dengan nama samaran seperti Anwar, Hantu Raya, Isako San dan Pandir Moden.

Pak Sako lahir pada tahun 1909 di Kampung Bukit Seguntang, Temerloh, Pahang dan

mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kg. Tengah, Temerloh pada tahun 1919 dan

melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Lipispada tahun 1924 hingga 1928.

Pak Sako lulus sijil persekolahan dari Sekolah Inggeris Raub pada tahun 1929. Pada tahun 1930,

beliau melanjutkan pelajaran ke MCKK (Maktab Melayu Kuala Kangsar) untuk berlatih sebagai

Pegawai dalam Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu (Malayan Civil Service). Beliau pernah

memegang jawatan sebagai Timbalan Penolong Pegawai Daerah, Majistret Kelas III dan guru

bahasa sebelum menyertai dunia penulisan

Pak Sako bosan dengan kerja sebagai pentadbir British dan mendapati hidup sebagai

pentadbir British penuh dengan kepura-puraan, pilih kasih dan tidak mempertahankan

kepentingan orang-orang Melayu yang dikatakan hendak diberikan perlindungan oleh pihak

British. Dalam tahun 1934 Pak Sako meletakkan jawatan beliau dengan Perkhidmatan

Pentadbiran Tanah Melayu dan menjelajah Semenanjung Tanah Melayu.

Pak Sako kemudiannya menumpukan usaha kepada penulisan, politik nasionalis. Pak

Sako Judi karam. Singapura: Geliga, 1958. dipenjarakan sebanyak dua kali (1948 -1953) dan

(1965-1966).

Pak Sako banyak menghasilkan novel, cerpen, esei dan memoir serta turut menulis

rencana untuk akhbar Kumpulan Utusan Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia memperolehi

lebih dari 1,000 naskhah koleksi kesusasteraan hasilan beliau. Di samping itu, beliau juga telah

35

Page 37: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

menghasilkan 2 buah karya yang terkenal iaitu Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela

Gila yang mencerminkan pandangan dan cita-cita beliau sebagai patriot dan sasterawan. Beliau

juga bergiat cergas untuk menulis cerpen. Nukilan tersohor Pak Sako, Putera Gunung

Tahan danAnak Mat Lela Gila merupakan novel satira yang ditujukan kepada orang-orang British

dan juga sebagai kritikan kepada orang-orang British. Pak Sako memberatkan kebudayaan

Melayu dalam penulisannya, dan mengagungkan budaya Melayu dengan membandingkannya

dengan budaya Inggeris yang kurang kualiti dan terlalu agresif.

Sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau, Universiti Malaya telah menganugerahkan

kepadanya Ijazah Kehormat Doktor Persuratanpada 29 Jun 1973. Pada 29 Mei 1976, Pak Sako

telah menerima anugerah "Pejuang Sastera" daripada Perdana Menteri. Hasil penulisannya

termasuk:-

1. Budak beca. Marang: Mohamad bin A. Rahman, 1957.

2. Pengantin baru. Singapura: Geliga.

3. Putera Gunung Tahan. Singapura: Geliga, 1937.

MOHD ANWAR RIDWAN

Mohd Anwar Ridhwan (5 Ogos 1949 - ) merupakan Sasterawan Negara Malaysia ke-10

dan juga merupakan seorang penulis novel Malaysia. Beliau dilahirkan pada 5 Ogos 1949 dalam

keluarga petani yang berasal dari Perak yang kemudiannya menetap di Sungai Besar, Selangor.

36

Page 38: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Pada 11 Ogos 2009, beliau diumumkan sebagai Sasterawan Negara Malaysia ke-10 oleh

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabatnya di Putrajay

Anwar Ridhwan adalah seorang sasterawan yang terkemuka dari Malaysia. Nama

sebenarnya Dato' Dr. Anuar bin Haji Rethwan dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 5 Ogos

1949. Lulusan Sarjana Muda Sastera (1973)dari Universiti Malaya, beliau kemudiannya

memperolehi ijazah Sarjana Sastera (1983) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)(1998) kesemuanya

dari Universiti Malaya. Beliau menumpukan kerjayanya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

sehinggalah bersara pada tahun 2005 dengan jawatan terakhirnya Pengarah PenerbitanDBP.

Dalam dunia penulisan beliau terkenal sebagai seorang novelis dan penulis cerpen.

Novelnya yang pertama ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman yang memenangi Hadiah

Novel Gapena-Yayasan Sabah, 1979. Sebuah lagi novelnya Arus (1985) memenangi Hadiah

Sastera Malaysia 1984/1985.Antara cerpen karyanya ialah Perjalanan Terakhir (1971), Dunia

adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976)dan Dari Kiev ke Moskova (1992).

Karya beliau yang diilham dan disiapkan di Jepun pada tahun 2001 berjudul Naratif

Ogonshoto memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001. Novel itu dengan judul "Bili

i Nebili Ostrovov Ogonsoto" diterbitkan dalam bahasa Rusia (penterjemah Victor Pogadaev) pada

tahun 2006 di Sanct-Petersburg (penerbit Paideia).

Pencapaian

1. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen "Perjalanan Terakhir (1971)

2 .Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Dunia Adalah Sebuah Apartmen (1973)

3 .Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sesudah Perang (1976)

4. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sasaran,

5. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sahabat (1982)

37

Page 39: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

6. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Menjadi Tua (1983)

7. Hadiah Pertama peraduan mengarang novel anjuran Yayasan Sabah dan GAPENA

Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979)

8. Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985 dengan novel Arus

9. Anugerah Sasterawan Negara ke-10 pada 20 Ogos 2009 oleh Tengku Mizan.

1.5 TEORI –TEORI DAN KRITIKAN SASTERA

Secara mudah teori sastera dapat difahami sebagai gagasan idea tentang sesuatu fenomena

kesusasteraan. Teori sastera wujud sebagai landasan atau gagasan untuk memahami fenomena

kesusasteraan. Contohnya teori Peniruan Plato. Teori sastera yang digunakan dalam amalan

38

Page 40: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

kritikan dinamakan sebagai teori kritikan sastera, kerana teori ini bukan sahaja menerangkan

prinsip-prinsip tentang sesuatu fenomena kesusasteraan, tetapi juga digunakan atau diaplikasikan

dalam kerja mengkritik teks. Menurut Kerlinger, teori bermaksud himpunan sesuatu konsep,

definisi dan saranan yang berkaitan antara satu sama lain. Ia memberi gambaran teratur tentang

sesuatu fenomena dengan menyatakan hubungan antara angkubah untuk menerangkan dan

meramalkan fenomena tersebut.´ (HBML4203: 98)

Teori kesusasteraan muncul daripada pemerhatian yang umum terhadap fenomena sastera

tanpa menekankan persoalan-persoalan kebudayaan atau sejarah pada peringkat awalnya. Ahli-

ahli kesusasteraan berminat mengkaji karya sastera secara menyeluruh dan cuba merangka

pendekatan dan prinsip kajian kesusasteraan, meneliti secara halus ciri-ciri yang terdapat dalam

segala ilmu samada tentang Sains, Sains Kemasyarakatan atau Sains Kemasyarakatan.

Menurut Ali Hj Ahmad (1994:14) adalah berkaitan dengan pengajian tentang prinsip-

prinsip kesusasteraan, pengkelasannya atau dengan kata lain, pandangan bahawa kesusasteraan itu

mempunyai susunan dan untuk memahami susunannya, ia memerlukan peraturan-peraturan yang

digubal setelah melihat ciri-ciri yang umum, yang khusus dan tersendiri.Ringkasnya teori melihat

fenomena sastera dan unsur- unsur berkaitan seperti sifat dan tujuan penghasilan sastera,

hubungan antara karya dengan unsur luar seperti biografi penulis dan psikologinya serta yang

ketiga melihat aspek-aspek strukturnya. Apa yang jelas teori membuat generalisasi yang ilmiah

dengan bukti dan hujahan yang kukuh.

Teori sastera terbahagi kepada dua iaitu Teori Klasik Kesusasteraan dan Teori Moden

Kesusasteraan.Rujuk rajah 3. Rajah 3 5.1 Teori Klasik Kesusasteraan

39

Page 41: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

1.5.1 Teori Klasik Kesusasteraan

Secara dasarnya ditemui empat teori klasik kesusasteraan dalam pengajian kesusasteraan. Empat

teori utama dalam teori klasik kesusasteraan boleh dilihat melalui rajah 4 di bawah

40

Page 42: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Teori Peniruan (Plato)

Teori terawal dikemukakan oleh Plato melalui bukunya yang berjudulRepublic. Plato

menyatakan bahawa karya sastera sebagai suatu peniruan yakni proses yang melalupenapisan dua

kali daripada bentuk ideal atau hakikat. Teori ini dianggap sebagai teori kesusasteraan tertua yang

berusaha untuk menghuraikan karya kreatif. Plato melihat apa yang terhasil melalui proses

peniruan terhadap benda yang benar akan menghasilkan sesuatu yang palsu

Teori Mimesis

Namun pandangan Plato ditentang oleh anak muridnya iaitu Aristotle. Kepada Aristotle

dalam bukunyaPoetic, beliau melihat representasi adalah bentuk µmimesis yang membawa

maksud penyalinan semula ke arah yang lebih positif. Aristotle mempunyai perspektif yang lebih

ke hadapan daripada Plato, kerana beliau melihat representasi yang ditiru semula perlu bermoral

ke arah nilai baik yang boleh mengangkat sesuatu karya. Contohnya kesan µkatharsis daripada

peniruan itu boleh meninggalkan rasa puas audiens, rasa kekaguman dan insaf akan kebesaran

Ilahi.

Teori Moral

41

Page 43: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Teori ini diutarakan oleh Horace melalui bukunya yang berjudulPoetica, menjelaskan

bahawa karya sastera sewajarnya meninggalkan kesan pengajaran dan pendidikan. Tanggapan

teori moralialah, teks kesusasteraan bukan sahaja sebagai satu hasil seni tetapi yang lebih

besarnya ialah bagaimana sastera itu melalui isi dan matlamatnya boleh menyumbang kepada

pembentukan masyarakat yang baik dan sempurna.

Kesusasteraan daripada sudut ini dilihat sebagai unsur yang bersifat didaktivisme. Yakni,

yang mempunyai idealogi ke arah menyampaikan pengajaran, didikan dan pembentukan akhlak

yang baik. Horace menitikberatkan unsur didaktif sebagai keperluan yang perlu ada dalam karya

di samping untuk tujuan hiburan. Melakukan kritikan berasaskan teori moral bermakna pengkritik

berusaha mengkaji dan menganalisis isi teks serta menilai sesuatu teks kesusasteraan dengan

memberi penekanan kepada nilai-nilai moral dan kesannya didaktivismenya kepada masyarakat.

Dalam hal ini tentunya teks-teks kesusasteraan yang baik dan sarat dengan persoalan

perilaku masyarakat sangat sesuai dikaji menggunakan pendekatan ini. Fokus pengkritik tentunya

berusaha menimba dan menggali nilai-nilai murni, mesej dan pengajaran yang mengandungi

unsur pendidikan. Pengkritik juga akan menghubung isi teks dengan realiti di luar teks untuk

mengukuhkan signifikasi moral yang dikritik.

Teori Pragmatik

Teori ini diasaskan oleh Quintilian. Menerangkan karya memberikan kesan katharsis iaitu

rasa puas dalam kalangan pembaca dan penonton (drama/teater).

1.5.2 Teori Kesusasteraan Moden

Teori moden merujuk kepada penggunaan teori yang muncul di dalam era pembaharuan

atau selepasnya sehingga tahun akhir abad ke-20.Rene Descartes (1596-1650) dianggap sebagai

pelopor pemikiran moden dengan dua ciri asas yang mendominasi modenisme iaitu rasionalisme

dan empirisme. Beberapa teori moden kesusasteraan akan dipilih sebagai contoh untuk

dibincangkan seperti dalam rajah 5 di bawah.

42

Page 44: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Pendekatan Intertekstualiti

Diperkenalkan oleh Mikhail Bakhtin pada tahun 1926. Menurut Bakhtin, semua karya

sastera dihasilkan berdasarkan kepada dialog antara teks dengan teks-teks lain. Jelasnya teori ini

memperlihatkan hubungan antara teks dengan teks yang lain. Maksud teks-teks yang lain adalah

unsur-unsur luar dalam sesebuah karya sastera iaitu apa sahaja yang dapat memberikan

sumbangan terhadap pembinaan sesebuah karya sastera. Contohnya jika penulis ingin menulis

sebuah drama tentang perang.

Selain ceritanya berkisar dari sudut peperangan yang dipenuhi dengan peristiwa tembak

menembak, unsur-unsur lain juga perlu dimasukkan seperti latar belakang, sebab musabab dan

hal-hal lain yang menjadi punca kepada peristiwa perang tersebut. Mungkin juga penulis

43

Page 45: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

dipengaruhi oleh peristiwa perang yang sebenar daripada buku sejarah. Sumber-sumber seperti

pengamatan, pembacaan dan peristiwa-peristiwa sebenar dalam sejarah adalah penting sebagai

unsur luar yang turut membantu penciptaan sesebuah hasil karya sastera. Teori ini kemudiannya

dikembangkan oleh Julia Kristeva. Kristeva berpendapat bahawa setiap teks terbina hasil daripa

kutipan, peresapan dan transformasi teks-teks lain. Kebanyakkan teks mempunyai hubungan,

ikatan dan jalinan dengan teks-teks lain. Kajian Intertekstualiti cuba mengimbangi di antara teks

dalaman dengan teks luaran.

Oleh itu pendekatan ini tidak sahaja tertumpu kepada soal pengaruh dalam penciptaan

karya tetapi ia juga menitikberatkan komponen-komponen yang membina sesebuah teks seperti

melihat perubahan atau penentangan satu atau lebih sistem yang ada dalam sesebuah karya sastera

termasuk dari sudut pengertiannya, simbolnya dan bentuknya. Sebagai rumusan, teori atau

pendekatan intertekstualiti melihat sesebuah hasil sastera yang dihubungkan dengan teks-teks lain

yang mempelbagaikannya.

Teori Resepsi

Teori ini dipelopori oleh Leo Lowenthal setelah beliau meneliti karya-karya Rostoyerski

yang ditulis antara tahun 1880 hingga 1920. Teori resepsi melihat bagaimana pembaca

memberikan makna terhadap karya sastera yang dibaca sehingga dapat memberikan reaksi atau

tanggapan terhadapnya. Tanggapan ini boleh pula bersifat pasif dan juga aktif. Tanggapan pasif

adalah bagaimana seseorang pembaca dapat memahami karya sastera atau dapat melihat hakikat

estetika yang ada di dalamnya. Manakala tanggapan negatif pula bermaksud bagaimana pembaca

merealisasikannya.

Pada dasarnya teori ini mengakui hakikat polisemi (pelbagai makna) pada sesebuah karya

sastera dan bukannya bersifat monosemi ( satu makna sahaja). Secara umum, prinsip teori resepsi

44

Page 46: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

dapat dilihat sebagai : Bertolak daripada satu pembicaraan samada penerimaan atau penolakan

yang melihat fungsi dan hubungan antara karya dengan pembaca. Seterusnya meneliti reaksi

pembaca terhadap makna yang terkandung dalam teks. Setiap hasil karya atau teks mengandungi

fenomena makna. Pembaca akan mencari rangka atau skema untuk mencari jawapan kepada

fenomena tersebut.

Terdapat dua peringkat yang terjadi kepada pengarang sewaktu membaca sesebuah karya

iaitu cuba melakukan konkritisasi dan cuba membina semula karya tersebut. Dalam hubungan

antara karya dengan pembaca ialah bahawa penerimaan pembaca selalunya berhubung dengan

pekerjaan, sosialisasi, persekitarannya dan kepercayaan. Selain itu nilai atau sikap pada diri

pembaca untuk menilai sesebuah karya atau suasana dan keadaan penerimaan pembaca terhadap

karya yang dibaca.

Teori Kebahasaan (Pendekatan Semiotik)

Diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure dan Charles Sanders Pierce. Saussure

menggunakan istilah semiologi manakala Pierce menggunakan istilah semiotik. Pierce

mendefinisikan semiotik sebagai teori umum untuk tanda dalam bidang yang lebih luas sehingga

menjangkau simbol-simbol, gambar dan angka. De Saussure meletakkan semiologi sebagai satu

sistem konvensi untuk berkomunikasi dan boleh diaplikasi untuk kajian linguistik. Apa yang jelas

pendekatan ini melihat karya sastera sebagai hasil kreativiti yang mempunyai sistem tersendiri.

Sistem ini dapat dikenali melalui penggunaan tanda atau kod yang dijelmakan dalam sesebuah

karya. Ringkasnya teori kebahasaan atau semiotik melihat sistem perlambangan dan pertandaan

yang terdapat dalam sesebuah teks sastera.

45

Page 47: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Teori Strukturalisme

Bermula di Perancis dan pada tahun 1970-an berpindah ke Eropah, Amerika dan negara

Dunia Ketiga. Menurut sejarah, ia lahir daripada aliran formalisme diRussia pada tahun 1915.

Tokoh yang mempelopori aliran ini ialah Jakobson, Suklovsky, Eichenbaum dan Tynjanor.

Strukturalisme mengambil berat fungsi atau peranan yang dimainkan oleh individu jika peranan

itu mengambil hubungan dengan peraturan atau undang-undang yang mengawal kehidupan secara

menyeluruh. Tegasnya ia memberi tumpuan di dalam sesebuah karya tanpa mengaitkannya

dengan unsur-unsur di luar karya yang membantu penciptaannya.

Ditemui tiga gagasan penting berhubung teori ini. Iaitu prinsip kaitan, prinsip keseluruhan

dan analisis secara sinkronik. Prinsip kaitan bererti hubungan di antara setiap unsur dalam

sesebuah karya sastera yang membangunkannya seperti antara plot, tema, watak dan perwatakan,

latar dan gaya bahasa. Manakala prinsip keseluruhan bermaksud melihat keseluruhan bahagian

sastera sebagai objek kajian. Ini bererti tidak timbul penelitian bahagian-bahagian sastera secara

terpisah antara satu sama lain.Gagasan secara sinkronik pula bererti perhatian dipusatkan kapada

hubungan-hubungan yang ada pada suatu masa tertentu. Ini bererti penciptaan sesebuah karya

sastera yang menggunakan teori ini tidak ditentukan oleh proses sejarah tetapi oleh jaringan

struktural.

Teori Sosiologi Sastera

Salah satunya ialah teori Taine. Teori ini menganggap bahawa karya sastera dapat

dikesan daripada dasar material sesebuah masyarakat iaitu ras, waktu dan lingkungan. Ras

dihubungkan dengan hal kejiwaan, perasaan, bentuk tubuh dan sebagainya. Waktu pula

dihubungkan dengan jiwa sesuatu zaman. Lingkungan difokuskan kepada keadaan cuaca dan

geografi. Berdasarkan beberapa faktor yang dimaksudkan itu, teori ini ternyata tidak sistematik.

Teoriini juga tidak menghubungkan sastera dengan sosiobudaya tetapi dengan faktor alam yang

dikatakan mempengaruhi manusia. Oleh yang demikian tidak berlaku di dalam sosiologi sastera.

Sosiologi sastera menghubungkan sastera dengan sosiobudaya, bukannya alam. Oleh itu tumpuan

diberikan kepada hubungan antara manusia. Oleh yang demikian teori Taine tidak diterima pakai

pada masa ini. .

46

Page 48: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Kritikan Sastera Di Malaysia,

Kritikan sastera sudah diterima sebagai satu sains atau disiplin ilmu. Kritikan sastera yang

dihantar dalam bentuk tulisan merupakan usaha mencari dan menentukan nilai karya sastera

secara jujur.Tugasan ini dilaksanakan dengan kaedah yang bersistematik, sama ada secara kritikan

impresionistik mahupun secara serius. Kritikan ini sering pula mendapat wadah di akhbar, lalu

dikenali sebagai kritikan jurnalistik.Sementara itu tulisan kritikan yang serius, dilaksanakan

dengan penelitian bersandarkan pelbagai disiplin ilmu, dikenali sebagai kritikan ilmiah. Kritikan

ilmiah banyak dilaksanakan pada peringkat pengajian tinggi dan diterbitkan dalam jurnal atau

buku.

Dalam usaha menentukan nilai sesebuah karya sastera, pengkritik harus memanfaatkan

ilmu pengetahuannya sesuai dengan pendekatan yang dipilihnya. Lebih daripada itu, pengkritik

47

Page 49: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

harus menurunkan hujahnya yang relevan dan munasabah bagi memperkukuhkan apa yang

dikritiknya. Kritikan sastera adalah disiplin ilmu.Sebagai disiplin ilmu, aktiviti kritikan sastera

ada matlamat.Yang ketara, antara pencipta (pengarang) karya sastera dengan pengkritik (dikenali

juga sebagai kritikus atau kritikawan) sastera, wujud situasi yang tidak seimbang, malah semacam

wujud jurang. Bagaimanapun, kritikan sastera memiliki tujuan yang pelbagai dalam usaha

memajukan kesusasteraan.

Kritikan sastera membantu khalayak pembaca memahami sesuatu karya sastera, di

samping mentafsirkan dan menilai karya.Penilaian tentang berjaya atau tidak karya sastera harus

dibuktikan secara objektif -- di mana dan mengapa karya itu kuat atau gagal. Dengan hujah yang

tepat dan konkrit, maka pembaca akan maklum kebaikan atau kekurangan karya itu. Sasaran

kritikan sastera bukan sahaja pembaca tertentu malah pengarang (lebih-lebih lagi pengarang baru)

dan masyarakat/peminat sastera

Dengan adanya kritikan sastera, maka terhindar jurang pemisah antara teks sastera dengan

pembaca, atau antara penikmat sastera dengan pengarang.Kesemua ini berfungsi mengelakkan

kerancuan dan memungkinkan karya sastera lebih mudah dimasyarakatkan.Jelaslah, betapa

kritikan sastera amat diperlukan dan mempunyai signifikan bagi menentukan kelangsungan jalur

perkembangan sastera

Untuk lebih terperinci, Hashim Awang (1984: 80) menyenaraikan sembilan fungsi

kritikan sastera seperti yang berikut ini:

1. Menyumbang dan mengembangkan pengetahuan.

2. Memberi bantuan besar kepada pembaca menikmati karya sastera dengan menerangkan

tentang teks sastera dan pengarangnya dengan jelas.

3. Membezakan antara teks sastera yang baik dengan teks sastera yang tidak baik.

4. Menolong pengarang mendidik masyarakat setelah pengarang mengetahui kegemaran dan

kemahuan pembaca, iaitu jenis atau bentuk karya sastera yang mereka minati dan ingin.

5. Memberi keterangan kepada pengarang cara menyesuaikan karya sasteranya dengan pembaca

48

Page 50: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

. 6. Memberi perangsang di samping mendidik orang ramai supaya giat membaca.

7. Menghapuskan prasangka buruk terhadap karya sastera dan juga kesusasteraan.

8. Memperkenalkan karya sastera yang baru kepada mereka yang tidak sempat membaca.

9. Memperbetul salah faham yang timbul antara pengarang dengan pembaca dan menjadi seperti

pihak yang menyelesaikan masalah.

Untuk lebih memahami fungsi atau matlamat kritikan sastera itu, dapat kita telusuri

beberapa buah buku yang berkaitan: Novel-novel Malaysia dalam Kritikan (DBP: 1982)

selenggaraan Hamzah Hamdani, termuat 28 tulisan kritikan sastera, menganalisis, mentafsir dan

menilai novel Melayu yang terpenting dengan menelitinya daripada multiaspek dan

memanfaatkan multipendekatan antara lainnya seperti formalistik, sosiologi, psikologi, tipainduk,

dan perlembagaan.

Riak dan Gelombang Sastera Melayu:Kumpulan Esei/Kritikan Ramli Isin (DBP: 1987)

selenggaraan Othman Puteh yang memuatkan enam kritikan sastera yang dilihat daripada

perspektif sosiologi terhadap antologi cerpen Destini, novel Ombak Bukan Biru, Seluang

Menodak Baung dan puisi Warna Maya. Penciptaan dan Kemanusiaan dalam Cerpen dan Novel

(PFB: 1998) karya Hashim Awang yang membicarakan karya Shaharom Hussain, Abdullah

Hussain, A. Samad Ismail, Arena Wati, dan Usman Awang daripada pelbagai aspek dan

pendekatan.

Pengisian Dunia Sastera (DBP: 1995) oleh Othman Puteh yang menelaah genre cerpen

dan novel, antaranya Langit Petang A. Samad Said, Saga dan Warisan karya Abdul Talib Mohd.

Hassan, Warna Sebuah Lembah karya Osman Ayub, Empangan karya Zakaria Ali, TikusRahmat

karya Hassan Ibrahim, dan Perlumbaan Kedua karya Marwilis Haji Yusoff. Secara tidak formal

49

Page 51: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

dikatakan kritikan sastera bermula pada tahun 1930-an.Menurut kajian Hashim Awang (1988:

102-103) ini tahap pertama bagi mengisi era dari tahun 1930-an hingga tercetusnya Perang Dunia

Kedua pada tahun 1941, dikenal sebagai Era Sebelum Perang Dunia II. Pada era ini, kritikan

sastera dikatakan baru membentuk tradisinya sejajar dengan perkembangan cerpen yang pesat

dalam media cetak.

Sesuai dengan bentuknya yang baru lahir dan terlaksana tidak secara serius, maka kritikan

itu dipenuhi penilaian yang dangkal, agak emosional (tanpa pendekatan yang tertentu), dan agak

subjektif.Antara tulisan kritikan sastera itu ialah "Tun Seri Lanang dan Munsyi Abdullah" oleh

Keris Melayu (MajalahGuru, 1 Julai 1935); "Kita dengan Munsyi Abdullah," oleh Mohd. Yusof

Ahmad (Majlis, 22 Ogos 1935) dan "Anak Negeri dengan Musnyi Abdullah" oleh Kabha (Majlis,

2 September 1935).

2.0 Unsur-unsur intrinsik dalam karya kesusasteraan, kefahaman teks komponen sastera, KOMSAS dan pelaksanaannya di sekolah menengah, rujukan yang sesuai dan penutup.

2.1 UNSUR-UNSUR INTRINSIK DALAM KESUSASTERAAN

Unsur-unsur intrinsik adalah unsur-unsur pembangun karya sastera yang dapat ditemui di

dalam teks karya sastera itu sendiri. Sedangkan yang dimaksudkan dengananalisis intrinsik adalah

cuba memahami suatu karya sastera berdasarkan informasi-informasi yang dapat ditemui di dalam

karya sastera tersebut atau secara eksplisit terdapat dalam sesebuah karya sastera. Hal ini

berdasarkan kepada pandangan bahwa suatu karya sastera mencipta dunianya sendiri yang

berbeza dari dunia nyata. Segala sesuatu yang terdapat dalam dunia karya sastera merupakan

50

Page 52: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

fiksyen yang tidak berhubungan dengan dunia nyata. Secara umumnya unsur intrinsik terdiri

dari :

i. Tema dan persoalan

ii. Struktur cereka

Ii Pot

Iv Watak dan perwatakan

v. Latar

vi Sudut pandangan

vii. Stail

viii. Bahasa

ix. Puisi

Tema dan Persoalan

Berbagai-bagai definisi tema dikemukakan. Pokok persoalan atau makna yang terpenting

di dalam karya adalah di antara pengertian yang sangat popular. Bagaimanapun tema ialah pusat

penceritaan. Tema juga jawapan kepada aspirasi dan hasrat si pengarang. Kadang-kadang tema

muncul secara jelas, tetapi ada masanya ia tersembunyi dalam cerita.

 

Tema sangat dekat dengan premis. Maksud premis di sini adalah pemikiran atau motivasi

yang berada di belakang penciptaan, seperti tubuh badan manusia, yang menjadi premis tubuhnya

ialah tulang belakangnya. Jadi, tulang belakang kepada karya ialah premis. Ada sesuatu

51

Page 53: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

pemikiran, desakan, sandaran, falsafah atau apa sahaja yang mendorong sesebuah karya itu

diciptakan.

 

Tema mempuyai dua bahagian iaitu tema besar dan tema kecil. Tema besar ialah yang

pusat penceritaan dan tema kecil atau sampingan ialah persoalan-persoalan yang berlaku yang

turut membantu menguatkan tema besarnya. Ada juga yang berpendapat, sebuah novel itu banyak

mengandungi persoalan. Misalnya dalam Novel SAGA ini mengandungi empat persoalan iaitu

perjuangan, pengorbanan, cinta dan pembangunan.

 

Tema ada hubungannya dengan soal mesej dan falsafah. Setiap novel harus ada kedua-

keduanya sekali, sekurang-kurangnya pemikiran. Yang dimaksudkan dengan mesej ialah

perutusan, ajaran, amanat atau apa juga penyampaian buah fikiran yang bersifat positif. Ia

mempunyai kaitan dengan aspek moral dan didaktisme . Setelah membaca sesebuah novel,

akhirnya kita akan terasa pengalaman-pengalaman yang disampaikan sama ada melalui watak,

dialog dan sebagai adasesuatu yang telah disampaikan oleh novelis.

 Struktur Cereka

Sehubungan itu, Hashim Awang mendenisikan struktur sebagai penyusunan daripada

pelbagai elemen di dalam sesebuah cereka sehingga berhasil melahirkan kesan keindahan seni.

Beberapa elemen dalaman yang dimaksudkan itu ialah plot, perwatakan, latar, sudut pandangan,

stail dan gaya bahasa. Kesemua elemen-elemen penting itu perlu disusun serapi mungkin untuk

melahirkan karya yang tinggi nilai seninya. Oleh itu, ketika struktur masih berada pada tahap

perancangan, pengarang terlebih dahulu memilih atau merangka persoalan pokok yang hendak

diolahnya.

Plot52

Page 54: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Plot ialah rentetan peristiwa yang sambung-sinambung atas dasar sebab musabab.

Tegasnya ialah jalan cerita. Perkembangan cerita dari awal hingga ke akhir di mana di dalamnya

berbagai-bagai unsur seperti konflik, ironi, kejutan, suspen, ketergantungan, tensyen, dilemma

dan sebagainya yang menjadikan karya itu menarik adalah unsur-unsur plot dalam novel. Kadang-

kadang ada masanya, plot sangat dikaitkan dengan konflik, konflik sama seperti di dalam drama

dijadikan elemen penting yang bakal menegang dan mengukuhkan pergerakan cerita.

 Novel yang besar ia mengandungi satu jalur besar dan dibantu oleh beberapa jalur yang

lain. Ertinya ada suatu peristiwa besar di samping wujud peristiwa-peristiwa lain yang

menguatkan cerita besar. Istilah untuk itu dinamakan sebagai plot utama atau plot pokok dan plot

sampingan atau anak plot.

Watak dan Perwatakan

Perwatakkan ialah orang-orang atau pelaku-pelaku yang menggerakkan plot. Ia disebut juga

tokoh. Wataklah yang beraksi, bercakap, bertindak, berfikir, berkonflik dan menggerakkan

perjalanan sesebuah novel. Ia terdiri daripada watak utama atau protagonist atau watak bulat yang

mengalami perubahan dan perkembangan. Watak yang menentang watak protagonist disebut

antagonis, ada masanya antagonis tidak manusia, boleh jadi anasir alam atau pemikiran.

 

Watak yang baik adalah menggambarkan kegiatan manusia. Watak itu bulat, penuh dan

manyakinkan. Apa yang dilakukannya adalah besesuaian dengan manusia, tindakan dan

gerakannya adalah dalam lingkungan kemanusiaan. Dan jika ia menjadi manusia luar biasa, telah

53

Page 55: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

diterangkan atau disediakan unsur-unsur bagaimana ia boleh menjadi luar biasa. Bagaimanapun

suatu hal yang penting, watak dalam novel adalah manusia konkrit, manusia yang boleh ditemui

sehari-hari, ia berfikir seperti orang lain berfikir dan bukanlah manusia yang aneh atau superman.

 

Bagaimanapun sebagai unsur fiksyen, imaginasi dan khayalan novelis haruslah dimasukkan

ke dalam perwatakan. Jika tidak watak itu akan kering perwatakannya. Watak-watak itu juga akan

bergerak cergas, sesuai dengan peranannya sebagai watak dinamis, ia akan mengalami dan

menempuh berbagai peristiwa. Di samping watak yang giat, kita akan dapati pula watak

tambahan, watak statik dan watak-watak yang muncul untuk menyokong dan mengukuhkan

watak dinamik itu.

Latar Tempat dan Latar Masa

Latar dalam novel dimaksudkan ialah latar belakang bagi tempat dan masa. Tegasnya,

penelitian dari aspek latar ini untuk memperlihatkan sesuatu peristiwa yang terjadi dalam novel

itu tidak berlaku dalam suatu keadaan yang kekosongan: kosong dari segi tempat dan masa.

Seperti dalam setiap novel, pengarangnya selalunya menggunakan latar tempat yang wujud

di dunia sebagai contoh dalam Novel SAGA, pengarangnya menggunakan tempat Kampung Batu

Ragi dan latar-latar tempat yang terkandung dalam kawasan Kampung tersebut. Tetapi ada juga

setengah pengarang menggunakan latar tempat illusi iaitu tempat yang hanya direka-reka.

 

54

Page 56: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Latar masa pula berkaitan dengan bilakah berlakunya sesuatu peristiwa tersebut sebagai

contoh siang, malam, pagi, petang, selepas isyak dan lain-lain lagi.

Sudut Pandangan

Ianya ialah suatu unsur struktur yang penting. Kewujudannya dapat menjelaskan siapa

yang mengisahkan sesuatu cerita, menjadi pusat pengisahan dan berhubung rapat dengan watak.

Secara umumnya, sudut pandangan terbahagi kepada tiga kategori, iaitu sudut pandangan orang

pertama, sudut pandangan orang ketiga dan sudut pandangan aliran kesedaran. Sudut pandangan

orang pertama ialah pengemukaan cerita oleh salah seorang watak atau oleh pengarang sendiri.

Pengarang mungkin turut terlibat atau meresapkan dirinya ke dalam salah satu watak yang

mengisahkan cerita.

Pengarang berselindung di sebalik watak itu. Kata ganti nama yang biasa digunakan ialah

aku atau µsaya. Dalambentuk yang pertama, pencerita ialah watak utama atau pengarang sendiri.

Watak utama menggunakan kata ganti nama aku. Pengarang menggunakan kata ganti nama saya.

Dalambentuk yang kedua, pengarang meresapkan dirinya di dalam watak sampingan untuk

menceritakan apa yang dilihat dan didengarnya sahaja secara lurus dan benar. Manakala dalam

bentuk yang ketiga, pencerita mengisahkan apa-apa yang dilihatnya sahaja tanpa memberi

sebarang reaksi kepada apa-apa yang dilihatnya itu.

Dalam sudut pandangan orang ketiga, pengarang berada di luar cerita. Kata ganti nama

yang digunakan ialah µdia¶ dan µmereka¶. Pencerita tidak terlibat dalam cerita dan namanya pun

tidak diberikan.

Stail atau gaya

Ianya membawa maksud cara yang digunakan oleh pengarang untuk mengemukakan

kisahnya berdasarkan sesuatu tema yang menjadi pemikirannya dan mengungkapkan kembali

55

Page 57: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

cerita itu dengan menggunakan media bahasa. Berlainan dengan teknik, stail memberi perhatian

khusus kepada jalinan cerita yang berdasarkan:

(i) Diksi

(ii) (ii) Imej

(iii) (iii) Imejan.

Stail merupakan penyataan identiti kepengarangan seseorang dan cara mempersembahkan

idea. Dengan demikian, plot berhubung rapat dengan stail yang merupakan gaulan antara idea

yang ingin diketengahkan dengan kata-kata untuk melahirkan karya yang mencapai kesatuan,

yakni bertepatan dengan penyataan sikap pengarang dan sesuatu penceritaan.

Gaya Bahasa

Gaya bahasa bermaksud pemindahan semua unsur bahasa yang dimiliki pengarang untuk

menerang semua idea dan pemikirannya tentang persoalan dan permasalahan yang menjadi

renungannya. Aspek bahasa yang penting ialah pemilihan kata, penyusunan ayat, bahasa kiasan,

perlambangan dan sebagainya.

Puisi

Puisi bukan naratif mempunyai unsur tersendiri yang berbeza dengan prosa dan puisi

naratif. Antaranya ialah rima, jeda dan irama. Kesemua unsur ini mempunyai fungsi. Rima Rima

ialah skema bunyi di dalam baris-baris puisi. Rima akhir baris ialah susunan bunyi tertentu pada

akhir setiap baris bagi serangkap puisi.Rima akhir

56

Page 58: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

2.2 Kefahaman Teks Komponen Ssatera (KOMSAS)

Komsas ialah akronim bagi perkataan-perkataan ‘komponen’ dan ‘kesusasteraan Melayu’.

Komsas ialah komponen penting dalam subjek Bahasa Melayu. Bagi pengajaran dan

pembelajaran komsas dalam subjek Bahasa Melayu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan I hingga V pascatahun 2003 telah

memperuntukkan dua waktu dalam seminggu.

Sebelum Komsas dilaksanakan, pelajar sudah didedahkan dengan unsur atau bahan sastera

dalam pendidikan bahasa. Namun keberkesanannya dalam aspek penghayatan nilai tidak

membanggakan. Hal demikian, pengajaran dan pembelajaran menjurus kepada aspek input

bahasa semata-semata. Aspek nilai estetik, keindahan bahasa, dan sosio budaya yang tergarap

dalam karya yang digunakan itu tidak diberikan tumpuan. Sebaliknya, melalui Komsas, aspek-

aspek tersebut diberikan penekanan di samping untuk meningkatkan keupayaan pelajar berbahasa.

Dalam pengajaran Bahasa Melayu. KOMSAS telah dimasukkan di dalam hasil

pembelajaran estetik. Secara umumnya diharapkan melalui pengajaran ini dapat

mempertingkatkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek kebahasaan, keindahan dan

kehalusan bahasa.Terdapat senarai karya yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia.Gerne sastera yang dimaksudkan adalah novel, cerpen, drama, sajak, puisi tradisional

dan prosa tradisional.

Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa bahasa dan sastera tidak dapat dipisahkan

kerana kedua-dua aspek ini lahir daripada sosio budaya masyarakatnya. Tumpuan kepada

pembelajaran bahasa semata-mata tidak memadai kerana pelajar mungkin dapat menguasai

bahasa dengan baik dari aspek tatabahasanya, tetapi dalam aspek keindahan bahasa, diksi, daya

intelek, daya kreatif dan seumpamanya dapat dikuasai melalui ilmu sastera. Atas dasar itu,

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah tidak memisahkan pengajaran dan pembelajaran bahasa

dan sastera. Hal ini harus disedari bukan sahaja oleh guru, tetapi juga oleh pelajar bagi mengikis

57

Page 59: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

sikap penguasaan ilmu bahasa dan sastera hanya untuk peperiksaan. Tetapi sebaliknya, penguasan

ilmu bahasa dan sastera untuk membina dan meningkatkan jati diri pelajar. Hal ini jelas tergambar

dalam matlamat pengajaran Komsas

2.3 KOMSAS dan Pelaksanaannya Di Sekolah Menengah

Selaras dengan itu juga, Komponen Sastera (KOMSAS) telah diperkenalkan pada tahun

2000 dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu telah  melengkapkan program pendidikan Bahasa

Melayu yang merupakan bahasa pengantar dan mata pelajaran wajib bagi semua peringkat

pendidikan kebangsaan. Berdasarkan aspek kemahiran atau hasil pembelajaran yang harus

diperoleh dalam pembelajaran Bahasa Melayu iaitu aspek kemahiran maklumat, interpersonal dan

estetik, bahan sastera didapati sesuai digunakan untuk pengajaran aspek kemahiran bahasa yang

meliputi mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Bahan sastera yang digunakan dalam

pendidikan Bahasa Melayu KBSM ini juga dapat mengayakan dan mengukuhkan bahasa pelajar,

di samping menimbulkan kesedaran pelajar terhadap unsur nilai kemanusiaan secara menyeluruh

melalui pembacaan bahan dan hasil kesusasteraan.

  Oleh yang demikian, dalam usaha menjadikan Bahasa Melayu sebagai antara mata

pelajaran yang penting dalam mencapai matlamat FPK, pemilihan bahan yang sesuai dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah perlu agar pelajar dapat dibentuk sempurna dalam

semua segi dan mampu keluar sebagai seorang individu yang mampu menongkah arus globalisasi

apabila berada dalam pasaran kerja kelak.      

            Menurut Napie Mat dan Noraini Abdullah (1988), penggunaan bahan sastera yang penuh

dengan ilmu pengetahuan dan keindahan dari segi persembahan dan bahasanya bukan sahaja

dapat memperkaya para relajar dengan ilmu pengetahuan tentang hal-hal kemasyarakatan dan

kebudayaan, tetapi juga dapat menolong mengembangkan daya pemikiran pelajar ke tahap yang

kritis dan analitis.     

      Bidang Estetik dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (semakan 2003), berfokus pada

keupayaan murid menguasai aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan  bahasa. Bidang estetik

58

Page 60: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

juga mementingkan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan, membuat apresiasi

dan  penghayatan. Hasil pembelajaran yang perlu dikuasai dalam bidang ini ialah memahami,

menguasai dan menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.

Kesimpulan

Sastera Melayu hari ini memerlukan anjakan paradigma terutama sekali diperingkat

tingginya khususnya di IPTA. Sastera Melayu harus, malah wajib dinobatkan sebagai

matapelajaran yang canggih. Hari ini masyarakat kagum dengan matapelajaran sains, teknologi,

ekonomidan matematik, tetapi tidak kagum dengan sastera disebabkan sastera masih berlegar-

legar dalam bentuk kajian deskriptif dan analisisnya masih terikat kuat dengan teori struktur,

khususnya disekolah menengah.

59

Page 61: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Dalam usaha menghidupkan kembali minat masyarakat kepada kesusasteraan, sokongan

daripada semua pihak sangat diperlukan agar usaha ini lebihberhasil.Dalam hal ini, kepakaran

dalam bidang teknologi juga diperlukan.Bersesuaian dengan eraTeknologi maklumat (IT),

pengajian kesusasteraan perlu dilengkapkan dengan kursusTeknologi khususnya teknologi

komputer memandangkan graduanGraduan yangMemperoleh pekerjaan yang baik terdiri

daripada mereka yang mempunyai kemahiran IT Dan komunikasi.

Secara kesimpulannya, suatu falsafah, perancangan, kaedah atau pendekatan yang betapa

unggul puntidak akan memberikan hasil sekiranya tiada siapa pun memperdulikan kedudukan

sastera di tanah air kita sendiri. Dalam pada itu, Kementerian Pelajaran Malaysia memainkan

peranan yang tidak kurang pentingnya selain daripada kerjasama pihak sekolah dan masyarakat

dan tokoh-tokoh serta karyawan sastera tanah air.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Rukaini, Sejarah Melayu- Ulasan dan Kajian STPM, Kuala Lumpur: Amal Enterprise., 1994.

Abu Hassan Sham, Perbandingan Sejarah Melayu Dengan Hikayat Hang Tuah, Kuala Lumpur

Masa Enterprise., 1994.

60

Page 62: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Abdul Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala

Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Ali Ahmad, Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.,

1987.

Ahmad Kamal Abdullah, Mohd Thani Ahmad, Sofian Hussain, Suhaimi Hj. Muhamad

(Penyelenggara).1988. Glosari Istilah Kesusasteraan,Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ali Ahmad. 1997, Pengantar Kesusasteraan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Had Salleh. Okt. 1990. Sastera dalam Pendidikan. Dewan Sastera. Dewan Bahasa

dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1992).Teknik Pengajaran Bahasa Malaysia II KBSM,Kuala Lumpur:Zizi Press sdn.Bhd.

Hamid Abdullah, "Karya Ali Haji Sebagai Sumber Sejarah", dlm Jazamuddin Baharuddin

(Penyelenggara, Sastera dan Sasterawan, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia., 1980.

Hashim Awang. 1998.Kritikan Kesusasteraan, Teori dalam Penulisan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Harun Jaafar.(2004). Ikhtisar Kebudayaan dan budaya prosa Melayu Klasik.

Hasyim Awang, Kesusasteraan Melayu Dalam Krritikan dan Sejarah, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd., 1984.

Ishak Ramly. (2003). Teknik Mengajar Sastera. Bentong: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Kamaruddin Sulaiman. Feb. 2004. Penggunaan Prosa Klasik dalam Pengajaran Bahasa

61

Page 63: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

Melayu. Dewan Bahasa.Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Komponen Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah Anak Laut,Tingkatan Empat Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka ; Aspirasi Teras Sdn.Bhd

Lim Swee Tin,Safiah Abdul Hamid,Selina S.F.Lee (2000).Analisis Komprehensif Anak Laut Tingkatan Empat Kuala Lumpur: Percetakan Rina Sdn.Bhd.

Mohamad Daud Mohammad (Penyelenggara), Tokoh-Tokoh Sastera Melayu Klasik, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka., 1987.

Mohd Taib Osman, Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, 1997.

Muhammad Yusoff Hashim, Persejarahan Melayu Nusantara, Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn Bhd., 1888.

Naffi Mat. (2006). Teknik Mengajar KOMSAS. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

Naapie Mat. Okt. 2003. Proses Pengajaran dalam Komponen Sastera, Pelita Bahasa.

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Shellabear, W.G, (Penyelenggara) Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd., 1983.

Shaharuddin bin Abdullah, "Nilai-Nilai Wira Feudal dan Pengaruhnya dalam Sejarah", dlm Kesusasteraan Melayu, Mitos dan Realiti, Esei/Kritikan Hadiah Sastera Malaysia 1988/ 1989, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka., 1994.

Virginia Matheson,(ed),Tuhfat Al Nafis, .................

Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

http://jurnal/peradabanipm.blogspot.com/2008/08jurnal-peradaban-melayu-04.html.

http://www.pnm.my/yangpertama/Tokoh_Sasterawan1.htm

62

Page 64: HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU

HBML4203: KESUSASTERAAN MELAYU

63