jenis dan bentuk kesusasteraan melayu

Upload: aszaid-hamqa-raqieyl

Post on 15-Jul-2015

1.852 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Jenis dan bentuk Kesusasteraan MelayuAhli kumpulan : Awang Azhar Bin Awang Jaffar Winson Siau Ming Keong

y Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni

yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi hurufiahnya, perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak.

y Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat

manusia melalui bentuk ; y tulisan y lisan. y Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan.

y Sekiranya, hasil kesuasteraan dikategorikan secara semantik,

yakni dari segi isi, kesusasteraan boleh dibahagikan kepada dua kategori yang besar, yakni: y Naratif y Bukan Naratif

y Kesusasteaan Naratif merupakan hasil sastera yang

mengandungi perkembangan plot. Dengan kata lain, ia adalah bahan sastera yang menceritakan suatu peristiwa, yang mengandungi unsur ; y watak y masa berlaku dan ; y tempat berlaku..

y Kesusasteraan ini biasanya dilahirkan dalam

bentuk prosa, tetapi dalam keadaan tertentu ia juga dilahirkan dalam keadaan puisi, seperti apa yang dimaksudkan sebagai syair naratif seperti: Syair Siti Zubaidah. Kesusasteraan naratif adalah satu hiburan yang biasa terdapat dalam kehidupan manusia. Dalam masyarakat moden, kita dapat menjumpai kesusasteraan naratif dalam bentuk cerpen, komik, filem, drama dan sebagainya.

y merujuk kepada hasil kesusasteraan

yang tidak mengandungi plot. Bahan sastera ini mengandungi lebih banyak ekspresi pengarang berbanding dengan kesusasteraan naratif. Kesusteraan ini lebih banyak dilahirkan dalam bentuk puisi.

y Kesusasteraan dapat dilahirkan dalam

pelbagai bentuk bahasa. Dan secara kasarnya ia boleh dikategorikan kepada 2 kategori yang besar menurut bentuk bahasa yang digunakan, yakni: y Prosa y Puisi

y Prosa merujuk kepada hasil kesusteraan yang ditulis dalam

ayat-ayat biasa, yakni dengan menggunakan tatabahasa mudah. Biasanya ayat-ayat dalam kesusasteraan akan disusun dalam bentuk karangan. Prosa adalah satu bentuk kesusasteraan yang lebih mudah difahami berbanding dengan puisi. Contoh bagi kesusasteraan prosa ialah: cerpen, novel, skrip drama, essei dan sebagainya.

Contoh bagi Kesusasteraan Prosa

Skrip

Drama Esei

Puisi

Novel

y Puisi merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dengan

"tidak menuruti tatabahasa". Ia sebenarnya tidak terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap, melainkan terdiri daripada frasa-frasa yang disusun dalam bentuk baris-barisan. Pada lazimnya, puisi merupakan bahasa yang berirama dan apabila dibaca pembaca akan berasa rentaknya. Contoh bagi kesuasteraan puisi termasuklah: Sajak,Syair, Pantun, Gurindam, Lirik, Seloka, M antera dan sebagainya.

Sajak

Syair

Pantun

Gurindam

Seloka

ySastera tulisan mula

diperkenalkan selepas penerimaan Islam kira-kira pada abad ke-15. sastera ini berkembang dalam lingkungan Istana.

Sastera hikayat berunsur Hindu seperti Hikayat Seri

Rama Sastera hikayat berunsur Islam seperti Hikayat Sultan Damsyik Sastera hikayat berunsur Hindu-Islam seperti Hikayat Putera Jayapati

y Dijadikan bahan kajian tentang; y sistem pemerintahan y Sistem pentadbiran dan, y Susun lapis masyarakat lama. y Genre ini terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu. y AdatTemenggung y Adat Perpatih

Contohy Hukum Kanun Melaka y Undang-undang laut Melaka y Undang-undang Pahang y Undang-undang Johor y Undang-undang kedah y Undang-undang pelabuhan kedah.

Merupakan undang-undang adat yang diamalkan di Negeri Sembilan dan beberapa buah tempat di Melaka dan Perak. Di Daerah Minangkabau di Sumatera ditemui naskhah-naskhah adat seperti Tambo Minangkabau, Tambo Adat dan adat istiadat Minangkabau.

y Juga disebut sastera pahlawan dan bersifat sejagat, iaitu y

y y y

genre ini terdapat dalam kebanyakan sastera dunia. Sastera Romawi,Yunani, Jerman, dan Inggeris mengemukakan konsep kepahlawanan yang sama dalam hasil karya epiknya. Misalnya watak Archilles, Hercules dan Theseus. Sastera epik mementingkan nilai kepahlawanan dan keperwiraan yang unggul. Genre sastera Melayu jenis ini terbahagi kepada 2 iaitu ;

SASTERA EPIK DALAM GENRE SASTERA MELAYUy Epik kebangsaan yang diwakili oleh

Hikayat Hang Tuahy Epik berunsur Islam seperti Hikayat

Muhamad Hanafiah dan,y Hikayat Amir Hamzah

y Sastera panji ialah isinya berkisar sekitar kisah pengembaraan,

percintaan dan perperangan.y Watak utamanya menggunakan gelaran panji. y Sastera panji juga merupakan kumpulan cerita Jawa-Melayu

yang semuanya berpusatkan panji yang berkelana yang untuk mencari kekasihnya yang biasanya dinamakan Cendera Kirana, puteri Raja Daha yang hilang auat menyamarkan diri dan menjelma sebagai orang lain.

y Kebanyakan genre ini berfokus pada

cerita-cerita nabi Muhammad SAW, iaitu tentang kehebatan dan keagungan Nabi Muhamad SAW dalam membawa dan menyebarkan agam Islam kepada seluruh umat manusia di dunia.

y Salah satu kitab ini bertajuk kitab Nasihat Segala

Raja-raja yang disadurkan daripada versi Arab oleh seorang ulama dari Terengganu yang bernama Sheikh Abdul Qadir pada tahun 1300 hijrah. Kitab ini digunakan oleh al-Sultan Zainal Abidin III (1881-1918) yang berguru dengan Sheikh Abdul Qadir sebagai panduan dalam pemerintahan baginda.

RUJUKANy www.wikipedia.org/kesusateraanmelayu y Siti Hajar Abdul Aziz (2011). Bahasa Melayu I edisi Kedua.

Oxford Fajar Sdn Bhd.