tugasan ekm 322 kesusasteraan melayu

39
BAHAGIAN A a) TUJUAN DAN RASIONAL KAJIAN Pengkaji telah memenjalankan kajian bertujuan melihat perbandingan di antara dua makalah yang dihasilakn oleh dua penulis iaitu Abdul Rahman Yusof pada tahun 1975 yang bertajuk ‘Sosiologi Sastera dan Sumbangannya Dalam Penelitian Kesusateraan Malaysia’ yang membincangkan berkenaan tokoh yang membicarakan mengenai Sosiologi Sastera. Manakala Sahlan Mohd Saman (1997) melalui makalahnya yang bertajuk ‘ Teori Sastera Melayu: Satu Perbandingan lebih menumpukan kepada pendekatan sosiologis berserta tokoh-tokoh di dalam kelompok sosiologis iaitu Kasim Ahmad, Ramli Isi dan Ungku Maimunah Mohd Tahir. Selain itu, pengkaji melihat kedua-kedua makalah tersebut merujuk kepada seorang tokoh yang bernama Kasim Ahmad mewakili peganut sosiologi sastera( A. Rahman) dan penganut pendekatan sosiologis( Sahlan Mohd Saman). Oleh yang demikian ia memberikan satu implikasi bahawa istilah-istilah ‘sosiologi sastera’ dan ‘pendekata n adalah sinonim dan sama ertinya. Di dalam makalahnya yang membicarakan berkenaan teori sastera, Sahlan Mohd Saman tidak memperincikan persamaan ciri-ciri persamaan di antara tulisan-tulisan Kasim Ahmad, Ramli Isin dan Ungku Maimunah yang menggolongkan mereka sebagai penganut ‘pendekatan sosialis’. Selain

Upload: nur-alhayah

Post on 26-Dec-2015

306 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Ekm 322 Kesusasteraan Melayu

BAHAGIAN A

a) TUJUAN DAN RASIONAL KAJIAN

Pengkaji telah memenjalankan kajian bertujuan melihat perbandingan di antara dua

makalah yang dihasilakn oleh dua penulis iaitu Abdul Rahman Yusof pada tahun

1975 yang bertajuk ‘Sosiologi Sastera dan Sumbangannya Dalam Penelitian

Kesusateraan Malaysia’ yang membincangkan berkenaan tokoh yang membicarakan

mengenai Sosiologi Sastera. Manakala Sahlan Mohd Saman (1997) melalui

makalahnya yang bertajuk ‘ Teori Sastera Melayu: Satu Perbandingan lebih

menumpukan kepada pendekatan sosiologis berserta tokoh-tokoh di dalam kelompok

sosiologis iaitu Kasim Ahmad, Ramli Isi dan Ungku Maimunah Mohd Tahir.

Selain itu, pengkaji melihat kedua-kedua makalah tersebut merujuk kepada seorang

tokoh yang bernama Kasim Ahmad mewakili peganut sosiologi sastera( A. Rahman)

dan penganut pendekatan sosiologis( Sahlan Mohd Saman). Oleh yang demikian ia

memberikan satu implikasi bahawa istilah-istilah ‘sosiologi sastera’ dan ‘pendekata n

adalah sinonim dan sama ertinya.

Di dalam makalahnya yang membicarakan berkenaan teori sastera, Sahlan Mohd

Saman tidak memperincikan persamaan ciri-ciri persamaan di antara tulisan-tulisan

Kasim Ahmad, Ramli Isin dan Ungku Maimunah yang menggolongkan mereka

sebagai penganut ‘pendekatan sosialis’. Selain itu, di antara ketiga-tiga penulis ini

tidak dapat dilihat perbezaan sama ada dari segi orientasi, penekanan dan sebagainya.

Berdasarkan kepada penggolongan beberapa nama dan dalam satu kelompok yang

sama yang dikaitkan dengan ‘sosiologi sastera’ dan ‘pendekatan sosiologis’, maka

pengkaji menjalankan kajian ini bertujua bagi melihat fahaman dan penerapan

‘sosiologi sastera’ dalam sastera melayu moden di damping mencari persamaan dan

perbezaan yang ketara.

b) KAEDAH PEMAHAMAN DAN PENERANGAN YANG DIBERIKAN DALAM

KAJIAN

Page 2: Tugasan Ekm 322 Kesusasteraan Melayu

Tujuan kajian ini diwujudkan adalah untuk mengkaji bagaimana dapat diterapkan

sosiologi sastera dalam sastera melayu moden melalui tiga pemahaman asas iaitu

Pemahaman pertama bertolak daripada andaian bahawa teks sastera bebas daripada

tuntutan dan pengaruh persekitaran. Justeru, kajian dipusatkan kepada teks semata-

mata dan ditumpukan kepada usaha menyerlahkan gambaran masyarakat fiktif seperti

yang tertera dalam teks yang dikaji. Kajian seperti ini tidak jauh berbeza daripada

kajian intrinsik yang lumrah ditemui; hanya ianya kini ditumpukan kepada gambaran

masyarakat dalam teks sastera.

Pemahaman kedua menghujahkan bahawa persekitaran mempunyai kaitan yang

penting dengan karya yang terhasil. Justeru, kajian menganalisis dinamika antara teks

dengan konteksnya dan bagaimana konteks tersebut mempengaruhi karya yang

terhasil daripada segi isi dan bentuknya.

Pemahaman ketiga, yang juga meyakini eratnya jalinan antara persekitaran dan karya,

lebih menjurus kepada penggunaan sesuatu paradigma tertentu untuk mengkaji

permasalahan yang dibangkitkan dalam teks sastera. Secara bandingan, pemahaman

pertama adalah jauh lebih dominan dan merupakan‘ilmu’ tentang sosiologi sastera

yang dianuti dan diamalkan dalam sastera Melayu.

c) DAPATAN KAJIAN

d)

e) IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN TERHADAP PENGAJARAN BAHASA

MELAYU

BAHAGIAN B

KONSEP DAN MAKNA SASTERA

Istilah dan Definisi Kesusasteraan

Page 3: Tugasan Ekm 322 Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan ialah suatu bentuk ciptaan seni yang berkait rapat dengan bahasa. Melalui

bahasa, mesej dalam karya kesusasteraan dapat disampaikan dan disebarkan. Dengan bahasa

juga, pembaca dapat menikmati keindahan yang ada dalam karya kesusasteraan. Tidak

hairanlah karya kesusasteraan merupakan salah satu cabang kesenian yang dianggap sangat

bernilai berbanding cabang kesenian yang lain.

Istilah ‘kesusasteraan’ menurut Kamus Dewan (2005: 1396) bermaksud hasil seni (karya

tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang menpunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu. Istilah

ini berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu ‘susastra’ (Hashim Awang), ‘sushastra’ (Lalita

Sinha dan Md. Salleh Yaapar), atau ‘castra’ yang disebut ‘syastra’ (Ali Ahmad). Kata

‘susastra’ pula terbentuk hasil gabungan daripada kata ‘su’ dan ‘sastra.’ Suku kata ‘su’

bermaksud indah, baik, lebih berfaedah (Hashim Awang, 1984: 2), kebenaran, keindahan dan

kemuliaan (Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar, ?: 1). Manakala ‘sastera / shastra’ menurut

Hashim Awang bermaksud huruf atau buku. Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar pula

menegaskan ‘sastera / shastra’ merupakan ilmu yang bersifat benar, tetap dan tidak berubah.

Definisi ini meliputi dua aspek, iaitu aspek bahasa dan aspek isi. Aspek bahasa ialah indah

dan cantik, manakala aspek isi ialah baik, berfaedah dan tidak berubah. Dikatakan tidak

berubah kerana ilmu berkenaan dipercayai berasal daripada Yang Maha Pencipta. Oleh sebab

‘susastra’ dianggap datang daripada Yang Maha Pencipta, maka ia dianggap mulia. Justeru,

kegiatan ‘susastra’ sejak zaman Greek lagi dipandang tinggi. Kegiatan ini merupakan aktiviti

seni yang mendapat perhatian penting anggota masyarakat. Mereka mengekspresikan

kegiatan ‘susastra’ dalam bentuk puisi, cerita dan lakonan.

Di Malaysia, kegiatan ‘susastra’ seperti bersyair, berpantun, berseloka, bergurindam, berbari

(bercerita), berkisah dan sebagainya telah bertapak kukuh di hati masyarakat sejak zaman

sastera lipur lara lagi. Kegiatan ini dilaksanakan untuk tujuan pelbagai fungsi, khususnya

untuk tujuan mendidik, menghiburkan hati, mengisi masa lapang, perubatan dan juga

gambaran ekspresi kehidupan. Kesimpulan daripada gabungan istilah ‘su’ dengan ‘sastra’

ialah merujuk karya atau buku-buku atau ilmu yang indah, cantik, baik, berfaedah, benar dan

tidak berubah. Ia bermaksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.

Page 4: Tugasan Ekm 322 Kesusasteraan Melayu

Indah dari segi pendengaran, emosi, imaginasi dan baik kerana hasil karya itu dapat

diteladani.

Dalam Bahasa Melayu, istilah ‘susastra’ telah diberikan imbuhan apitan ke-...-an dan sisipan

“e” ditengah menjadikannya ‘kesusasteraan.’ Penambahan itu lebih untuk menyedapkan

bunyi, sesuai dengan lidah Melayu. Kalangan masyarakat umum pula lebih gemar menyebut

‘karya sastera’ yang merujuk kesusasteraan. Di samping itu, Ali Ahmad (1994: 3)

menegaskan bahawa kehadiran “ke-“ dan “-an” pada kata “susastra” telah menyimpulkan

maksud kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah. Orang Melayu menamakan

“susastra” sebagai “persuratan” yang merujuk ‘sekumpulan hasil seni bahasa.’

Terdapat pelbagai tafsiran yang diberikan oleh tokoh-tokoh kesusasteraan tanah air apabila

mendefinisikan kesusasteraan. Baharuddin Zainal (1975) berpendapat karya sastera adalah

sesuatu yang membincangkan perkara yang berlaku dalam masyarakat, di samping

mengemukakan sikap dan pandangan pengarang. Hashim Awang (1985: 2 dan 1987: 84)

menyatakan sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan

berkeupayaan membentuk tamadun sesuatu bangsa. Ciptaan seni yang disampaikan melalui

bahasa yang dituturkan disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan. Ciptaan

itu mesti mempunyai keindahan dari aspek isi dan daya pengucapan.

Hal Ini demikian kerana sastera biasanya membincangkan tentang pergolakan-pergolakan

yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Kamus Dewan (2005) pula mencatatkan sebagai

hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri

keistimewaan tertentu. Muhammad Haji Salleh menegaskan bahawa karya sastera bentuk

lisan dan tulisan membawa unsur cereka yang disampaikan melalui bahasa. Dikatakan ‘unsur

cereka’ kerana sebahagian besar mesej dalam karya disampaikan dalam bentuk cerita, baik

karya berbentuk puisi dan lebih-lebih lagi karya berbentuk prosa.

a) SASTERA RAKYAT

Page 5: Tugasan Ekm 322 Kesusasteraan Melayu

SASTERA RAKYAT / SASTERA LISAN

Sastera rakyat adalah hasil-hasil sastera Melayu lama yang bercorak lisan, yang

dikenali juga sebagai Folklore. Ia disampaikan secara lisan atau dipertuturkan dan

diperturunkan ( diwarisi ) dari satu generasi ke generasi berikutnya dan menjadi milik

bersama masyarakat Melayu. Sastera rakyat hidup dan berkembang dalam

masyarakat Melayu secara lisan tanpa diketahui bila ia dicipta dan siapa penciptanya.

CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT

a. Dari segi penyebaran

Salah satu sifat sastera rakyat yang utama terletak pada cara penyebarannya. Pada

lazimnya sastera rakyat disebarkan atau disampaikan melalui pertuturan atau secara

lisan. Ia dituturkan secara individu kepada seorang indivdu yang lain atau sekumpulan

individu yang lain. Misalnya seorang datuk akan menuturkan suatu cerita kepada

seorang bapa, seterusnya dari seorang bapa dituturkan kepada seorang anak atau cucu.

Ini bermakna hasil-hasil sastera rakyat tersebut diperturunkan atau diwarisi dari satu

generasi ke generasi berikutnya secara lisan.

b. Dari segi penyampaian:

astera Rakyat disampaikan secara lisan oleh seorang yang profesional, yang kerjanya

"bercerita" kepada anggota masyarakat yang lain. Dalam masyarakat melayu,

profesion ini dikenali sebagi "tok cerita" atau ‘tukang cerita’ ataupun "pawang", yang

telah menghafal cerita-cerita tertentu daripada seorang guru, untuk menyampaikan

cerita dengan cara yang menarik kepada orang kampung, bagi menghiburkan orang

kampung yang berkenaan.

Di antara tukang-tukang cerita yang terkenal ialah Mir Hassan, Pawang Ana, Tok

Selampit, Awang Batil dan sebagainya.

Penyampaian cerita sering diiringi dengan alat muzik tradisional seperti batil, rebab

dan lain-lain.

c. Dari segi penciptaan:

Page 6: Tugasan Ekm 322 Kesusasteraan Melayu

Sastera Rakyat merupakan hasil karya yang menjadi milik bersama masyarakat iaitu

sastera hak masyarakat dan bukannya milik individu tertentu. Oleh itu tidak diketahui

siapa penciptanya dan bila ia dicipta atau dihasilkan.

Merupakan kepunyaan bersama Soal hak cipta tidak wujud pada sastera rakyat. Tiada

siapa-siapa yang akan mengaku bahawa dialah pengarang bagi cerita rakyat yang

tertentu. Bagi tok cerita ataupun tukang cerita yang kerjanya bercerita, beliau juga

tidak mengakui dirinya sebagai pengarang cerita berkenaan, melainkan meletakkan

kepengarangan cerita berkenaan kepada seorang individu yang anonmious, yakni

Yang Empunya Cerita.

d. Dari segi fungsi:

Sastera Rakyat mempunyai fungsi dan peranan tertentu dalam masyarakat. Sastera

Rakyat berfungsi sebagai alat hiburan, alat pengajaran dan pendidikan, alat protes

sosial atau kritikan dan sebagainya.

e. Dari segi Versi

Sastera Rakyat terdapat dalam pelbagai versi dan berlaku tokok tambah kerana

penyebarannya yang dilakukan secara lisan. Biasanya berlaku beberapa perubahan

atau penyesuaian terhadap cerita asal mengikut penyesuaian setempat menyebabkan

lahir pelbagai versi. Namun perbezaan itu hanya pada aspek luaran sahaja sedangkan

bentuk dasarnya adalah sama dan dapat bertahan.

f. Sastera Rakyat Adalah Cerminan Hidup Masyarakat

Sastera Rakyat adalah cerminan hidup masyarakat Melayu tradisional. Sastera

Rakyat mengandungi ciri-ciri budaya asal masyarakat yang melahirkannya seperti

kesenian, kepercayaan dan adat resam. . Hal ini berlaku kerana sastera rakyat

merupakan satu pernyataan atau ekspresi budaya masyarakat yang melahirkannya.

Sastera Rakyat merupakan media untuk menyalurkan tradisi itu kepada generasi

berikutnya. Dengan maksud agar tradisi itu dapat dikekalkan dan diwarisi oleh

generasi akan datang.

g. Sering memiliki unsur irama

Page 7: Tugasan Ekm 322 Kesusasteraan Melayu

Cerita penglipur lara yang disampaikan oleh pawang ataupun tok cerita sentiasa

mengandungi unsur irama yang menarik. Pengaturan ini adalah supaya cerita itu lebih

menghibur bersamping untuk memudahkan tok cerita berhafal.

JENIS-JENIS SASTERA RAKYAT

Sastera rakyat merupakan satu dunia yang luas, ia merangkumi segala pengucapan

indah-indah yang lahir di kalangan, dan tidak saja merujuk kepada cerita rakyat.

Secara kasarnya sastera rakyat boleh dibahagikan kepada 2 kategori yang besar, iaitu

sastera rakyat naratif dan sastera rakyat bukan naratif.

SASTERA RAKYAT / LISAN (NARATIF)

Sastera rakyat naratif merujuk kepada sastera rakyat yang menghuraikan suatu

peristiwa. Sub-genre sastera naratif termasuklah mitos, legenda, dan juga cerita rakyat

MITOS

Mitos merupakan cerita yang bersifat dongeng yang berfungsi untuk menerangkan

asal usul kejadian tertentu, termasuklah kejadian alam, manusia, binatang, dan

petempatan. Pada mulanya, mitos merupakan satu bentuk kepercayaan yang dicipta

untuk memenuhi keinginan manusia untuk mengetahui asal usul sesuatu kejadian.

Cerita Mitos biasanya dikaitkan dengan sesuatu kepercayaan seperti animisma, Hindu

dan Islam. Masyarakat Melayu meletakkan cerita-cerita Mitos sebagai yang benar-

benar berlaku dan menjadikannya sebahagian dari sistem kepercayaan yang tidak

boleh dipersendakan. Pada tanggapan mereka sesiapa yang tidak mempercayai cerita

mitos akan menerima balasan buruk.

LEGENDA

Legenda pula ialah cerita yang mengisahkan sejarah satu-satu tempat atau peristiwa

zaman zilam. Lagenda mengisahkan tentang seorang tokoh manusia yang memiliki

Page 8: Tugasan Ekm 322 Kesusasteraan Melayu

keistimewaan seperti keberanian dan kehandalan luar biasa. Setiap penempatan yang

bersejarah lama mempunyai legendanya sendiri. Misalnya di Langkawi, kita akan

menjumpai legenda Mahsuri dan di Melaka kita dapat menjumpai legenda Hang

Tuah, manakala di Kelantan ditemui lagenda Puteri Saadong.

Lagenda adalah cerita yang dipercayai benar-benar berlaku oleh masyarakat

pendokong berdasarkan latar tempat atau tanda-tanda alam sebagai bukti

kebenarannya. Kebiasaanya cerita lagenda dimasukkan unsur-unsur mitos yang

bertujuan mengagongkan seseorang tokoh. Namun demikian biasanya masih dapat

dibuktikan dengan kewujudan tanda alam.

CERITA RAKYAT

Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita yang popular di kalangan rakyat, yang

menjadi hiburan penting di kalangan masyarakat berkenaan. Dalam masyarakat

Melayu, terdapat pelbagi jenis cerita rakyat seperti cerita binatang, cerita jenaka,

cerita penglipur lara dan cerita teladan / pengalaman.

a. CERITA BINATANG

Cerita Binatang adalah cerita rakyat yang menggunakan binatang sebagai watak

utama. Watak binatang tersebut diberikan sifat-sifat manusia seperti boleh berkata-

kata, berfikir dan bertindak seperti manusia.

Cerita Binatang terbahagi kepada tiga jenis iaitu cerita Binatang Asal Usul, Cerita

Binatang Fable (Pengajaran) dan Cerita Binatang Epik ( Beast Epic).

Cerita Binatang Asal Usul mengisahkan asal usul kejadian binatang misalnya Cerita

Mengapa Harimau Mengaum, Mengapa Gagak Berbulu Hitam, Mengapa Ular Sawa

Hilang Bisa, Mengapa Puyuh Tidak Berekor dan sebagainya.

Cerita Binatang Fable berunsurkan pengajaran, misalnya Cerita Anjing Dengan

Bayang-bayang, Cerita Kera Dengan Kura-kura, Cerita Bangau Dengan Ketam dan

sebagainya.

Page 9: Tugasan Ekm 322 Kesusasteraan Melayu

Manakala Cerita Epik Binatang adalah seperti Hikayat Pelanduk Jenaka dan Hikayat

Sang Kancil

b. CERITA JENAKA

Cerita Jenaka adalah cerita rakyat yang mengandungi unsur-unsur humor / lucu /

jenaka yang boleh menimbulkan kegembiraan atau menggeletek hati khalayak.

Watak-watak Cerita Jenaka diberikan sifat dan peranan yang melucukan.

Cerita Jenaka terbahagi kepada 2 jenis iaitu Cerita Jenaka Tempatan dan Cerita

Jenaka Pengaruh Asing. Contoh Cerita Jenaka Tempatan ialah Cerita Pak Pandir,

Cerita Pak Kaduk, Cerita Lebai Malang, Cerita Pak Belalang dan Cerita Si Luncai.

Manakala Cerita Jenaka Pengaruh Asing terdiri daripada Cerita Mat Jenin ( Hindu )

dan Cerita Musang Berjanggut dan Cerita Abu Nawas. ( Arab/Parsi/Islam )

Watak-watak dalam Cerita Jenaka Tempatan terbahagi kepada 3 golongan iaitu Watak

Bodoh-Pintar seperti Pak Pandir, Watak Bodoh-Sial seperti Pak Kaduk dan Lebai

Malang dan Watak Pintar-Lucu seperti Pak Belalang dan Si Luncai.

c. CERITA PENGLIPUR LARA

Cerita Penglipur Lara adalah cerita rakyat yang paling popular. Cerita Penglipur Lara

merupakan cerita roman yang mengandungi unsur-unsur percintaan putera-puteri Raja

diikuti dengan pengembaraan, peperangan dan berakhir dengan kegembiraan ( Happy-

Ending ).

Cerita Penglipur Lara disampaikan oleh tukang-tukang cerita yang biasanya diiringi

dengan alat-alat bunyian tradisional seperti rebab, belanga, selampit dan sebagainya.

Penceritaannya diselangselikan dengan puisi Melayu Tradisional dan bahasa berirama

( runs ).

Page 10: Tugasan Ekm 322 Kesusasteraan Melayu

Di antara contoh Cerita Penglipur Lara ialah Hikayat Malim Dewa, Hikayat Malim

Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Anggun Cik Tunggal dan

sebagainya.

d. CERITA TELADAN

Cerita teladan ialah sejenis cerita rakyat dalam kesusasteraan rakyat / sastera lisan.

Cerita yang mengisahkan tentang golongan rakyat biasa yang mengetengahkan

gagasan bahawa watak yang baik itu akhirnya akan mendapat pembelaan, sebaliknya

watak yang jahat akan mendapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatan yang

dilakukan oleh mereka.

Cerita teladan penuh dengan unsur didaktik dan pendidikan moral, yang diterapkan

melalui nilai-nilai murni.

Antara contoh Cerita Teladan ialah Cerita Bawang Putih Bawang Merah, Batu Belah

Batu Bertangkup dan Cerita Si Tenggang.

SASTERA RAKYAT BUKAN NARATIF

Sastera rakyat bukan naratif merujuk kepada pengucapan yang indah-indah yang tidak

mengandungi penceritaan suatu peristiwa. Bentuk sastera ini sebenarnya wujud di

sekeliling kita, tetapi umumnya orang ramai tidak menyedari kewujudannya.

PERIBAHASA

Peribahasa adalah bahasa kias yang digunakan untuk mengindahkan penuturan dalam

kehidupan seharian. Perkara yang termasuk dalam peribahasa termasuk

perumpamaan, simpulan bahasa, pepatah, perbilangan dan kiasan.

TEKA-TEKI

Teka-teki adalah sastera lisan yang popular dalam kalangan kanak-kanak. Ia adalah

soalan yang disampaikan dengan berirama dan penuh kiasan. Fungsinya adalah untuk

permainan.

PUISI MELAYU TRADISONAL NARATIF

Page 11: Tugasan Ekm 322 Kesusasteraan Melayu

a. SYAIR

Puisi Melayu Tradisional yang berbentuk naratif didominasikan oleh syair. Syair

berasal daripada perkataan Arab “syir” yang bermaksud puisi.

Syair dianggap milik bersama oleh masyarakat Melayu lama. Hamzah Fansuri telah

menghasilkan syair yang lebih bersifat Melayu dan menyebabkan syair Melayu sudah

menyimpang daripada bentuk syair Arab.

Syair Melayu dihasilkan berangkap-rangkap. Setiap rangkap terdiri daripada empat

baris dan rima akhirnya adalah a-a-a-a. Setiap baris mengandungi purata 4 – 5 patah

perkataan dengan 8 – 12 suku kata.

Setiap rangkap syair tidak dapat berdiri sendiri kerana memerlukan lebih daripada

satu rangkap bagi melengkapkan sesuatu idea.

Syair dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu syair agama, syair romantis, syair

sejarah dan syair kiasan.

PUISI MELAYU TRADISIONAL BUKAN NARATIF

Puisi Melayu Tradisional terdiri daripada Pantun, Gurindam, Seloka, Teromba,

Talibun, Mantera, Peribahasa Berangkap, Nazam, Ruba-i, Masnawi, Qit’ah, Ghazal,

Barzanji, Rejang, Endoi, Zikir, Selawat, Hadrah dan Dabus.

a. PANTUN

Pantun adalah puisi Melayu asli atau jati. Pantun tergolong sebagai puisi Melayu

tradisional berbentuk bukan naratif. Pantun terdiri daripada empat baris ayat. Setiap

baris ayat mempunyai antara tiga hingga lima patah perkataan. Setiap rangkap terdiri

daripada sampiran atau pembayang maksud dan maksud. Dua baris awal merupakan

pembayang maksud atau sampiran, manakala dua baris akhir merupakan maksud.

Rima akhir pantun adalah a-b-a-b.

Pantun berfungsi sebagai alat pendidikan, menyampaikan kerinduan dan kasih

sayang, menyindir, mengenang budi, menyampaikan buah fikiran dan menghibur.

b. GURINDAM

Page 12: Tugasan Ekm 322 Kesusasteraan Melayu

Gurindam tergolong sebagai puisi Melayu tradisional bukan naratif terikat. Gurindam

terdiri daripada dua baris serangkap, rima akhirnya sama (a-a), baris pertama disebut

syarat dan baris kedua disebut jawab.

Gurindam berperanan sebagai alat untuk menyampaikan pendidikan. Unsur-unsur

pendidikan yang ditekankan ialah iman dan moral yang baik

c. SELOKA

Seloka adalah sejenis puisi Melayu bebas, tidak tetap rangkapnya, tidak tetap jumlah

baris serangkap, tidak tetap jumlah perkataan sebaris dan sama ada berima atau tidak.

Isinya membawa maksud sindiran, ejekan, bergurau atau berjenaka.

d. TEROMBA

Teromba ialah ungkapan-ungkapan puitis yang mengisahkan tentang adat. Teromba

digunakan untuk memberi panduan hidup kepada masyarakat yang mengamalkan

Adat Perpatih. Teromba merupakan sejenis puisi bebas. Di dalamnya mungkin

disisipkan dengan gurindam, pantun, peribahasa berangkap dan sebagainya.

Dari sudut bentuk dan struktur, teromba dapat dibahagikan mengikut jumlah baris

dalam serangkap dan hubungannya dengan bentuk-bentuk genre yang lain.

e. TALIBUN

Talibun adalah sejenis puisi bebas. Dalam seuntai talibun mungkin disisipkan

rangkap daripada genre lain seperti pantun, syair, gurindam, seloka dan lain-lain.

Untaian puisi ini berperanan sebagai selingan dalam sesebuah cerita. Isinya ialah

pemerian khas tentang sesuatu hal. Misalnya keindahan sesuatu tempat, kecantikan

seseorang puteri atau kesaktian sesuatu senjata. Talibun biasa digunakan dalam

cerita-cerita Penglipur Lara.

f. MANTERA

Page 13: Tugasan Ekm 322 Kesusasteraan Melayu

Mantera ialah kata-kata yang diucapkan untuk mendapatkan sesuatu dengan kuasa

ghaib (melalui mimpi). Jampi ialah kata-kata tertentu yang diucapkan untuk

mendapatkan kesaktian (seperti menyembuhkan penyakit dan sebagainya).

Mantera juga diberi pengertian sebagai ungkapan kata-kata yang digunakan pawang

dan bomoh Melayu dalam upacara-upacara yang mempunyai berbagai ragam maksud

dari segi kepercayaan lama seperti digunakan dalam doa dan pendinding keselamatan

daripada segala bencana iaitu digunakan dalam upacara-upacara ritual, pemujaan

kepada penunggu dan semangat, juga dalam kerja-kerja bersangkut paut dengan

pertanian dan menangkap ikan (supaya menjauhkan bala dan kerosakan segala

bencana).

g. PERIBAHASA BERANGKAP

Peribahasa berangkap ialah ungkapan peribahasa yang terdiri sekurang-kurangnya dua

keratan yang sejajar, baik dalam sebaris atau lebih. Kemungkinan baris-baris itu tidak

berhubungan dari segi rima tetapi terjalin dalam hubungan yang seimbang, iaitu

sebagai pembanding atau pelengkap kepada yang lain.

h. NAZAM

Nazam ialah Puisi Melayu Tradisional warisan Arab-Parsi. Temanya selalu

berhubung dengan keagamaan, pendidikan dan keilmuan.

“Nazam dalam bahasa Arab bermakna puisi (poem) atau (poetry). Secara umum,

samalah seperti syair dalam bahasa Arab bermakna puisi…. Dalam Bahasa Melayu

istilah nazam memberi makna lagu atau zikir, dan ‘bernazam’ ialah melagukan suatu

jenis puisi untuk satu tujuan, sambutan atau keramaian”

i. MASNAWI

Masnawi atau juga masnu’i, mathanawi, dan mathnawi merupakan bentuk puisi yang

berasal daripada Parsi dan di bawa ke alam Melayu. Sebagai puisi yang bersumberkan

puisi Arab-Parsi, masnawi tidak popular di kalangan masyarakat Melayu dan oleh itu,

genre ini tidak berkembang.

Masnawi dalam bahasa Melayu diperkenalkan oleh Bukhari al-Jauhari, di dalam

karanganya, "Tajus Salatin" (Mahkota segala Raja).

Page 14: Tugasan Ekm 322 Kesusasteraan Melayu

Masnawi bertemakan puji-pujian tentang kehandalan, ketokohan dan kemasyhuran

seseorang tokoh. Masnawi berfungsi sebagai panduan , pengajaran dan nasihat kepada

pendengarnya.

j. ZIKIR / DIKIR

Zikir adalah puisi tumpangan warisan Islam. Perkataan dikir berasal perkataan Arab,

zikir yang bermakna puji-pujian terhadap Allah s.w.t. dan rasul-Nya

Dikir / Zikir ialah sejenis puisi Melayu yang bermakna puisi puji-pujian. Dikir/zikir

juga merupakan puisi yang mengandungi isi tentang unsur-unsur agama, sama ada

tentang ibadat, puji-pujian, pengajaran atau tentang Nabi Muhammad s.a.w. dan

ajaran-ajarannya.

k. REJANG

Rejang merupakan puisi tumpangan warisan Melayu yang tidak mempunyai bentuk

yang tersendiri tetapi menumpang bentuk-bentuk puisi yang lain.

Rejang menumpang bentuk syair atau pantun yang menggunakan nama hari atau hari

bulan berdasarkan firasat, raksi dan kepercayaan tertentu. Hari atau hari bulan

dikaitkan dengan binatang, buah-buahan dan tumbuhan.

l. ENDOI

Endoi adalah puisi tumpangan warisan Melayu berasal daripada kata “endul” yang

bermaksud buaian. Endoi merupakan tradisi lisan berbentuk perbuatan yang disambut

oleh masyarakat Melayu dalam majlis keramaian seperti kenduri kahwin untuk

memeriahkan suasana.

Endoi sebagai bentuk puisi tumpangan menggunakan bentuk syair, nazam dan juga

pantun sebagai wadah penyampaiannya. Biasanya endoi berasaskan syair yang

dilagukan dalam upacara berendoi.

Ia merupakan istiadat menyatakan kesyukuran selepas ibu berjaya melepasi masa

pantang dan anak di dalam keselamatan. Endoi diungkap secara berlagu dalam majlis

sambutan berkenaan secara beramai-ramai.

FUNGSI SASTERA LISAN (RAKYAT)

1. Sebagai “Alat” Hiburan

2. Sebagai “Alat” Mengajar dan Mendidik.

Page 15: Tugasan Ekm 322 Kesusasteraan Melayu

Hasil-hasil sastera lisan adalah bersifat didaktif iaitu mengandungi unsur pengajaran

dan pendidikan moral kepada masyarakat tradisi.Cerita-cerita lisan ini terselit nasihat,

pengajaran, teladan, yang sangat berguna sebagai panduan ke arah kesejahteraan

hidup masyarakat. Misalnya anak-anak dinasihati agar tidak mengamalkan sifat

tamak, takbur, sombong dan bongkak seperti mana yang terdapat pada sifat-sifat

tertentu binatang dalam cerita-cerita Binatang.

Melalui cerita-cerita seperti “Si Tanggang” anak-anak dididik agar tidak derhaka

kepada kedua orang tua kerana anak yang derhaka tidak akan selamat hidup di dunia

dan akhirat. Begitu juga dalam cerita-cerita roman,ditonjolkan sifat kesetiaan kepada

pemimpin, sikap dan amalan gotong-royong,kerjasama dan tolong menolong yang

banyak membawa manfaat dan keberkatan terutama dalam mengujudkan sebuah

masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

3. Sebagai “Alat” Mengkritik.

Cerita-cerita lisan juga digunakan sebagai saluran untuk membuat kritikan atau

sindiran terhadap raja atau orang-orang bangsawan. Misalnya melalui cerita-cerita

jenaka seperti cerita Pak Kaduk,jelas menyindirkan golongan berkuasa (raja) yang

bersikap zalim, tamak, pentingkan kuasa dengan mengenepikan kesejahteraan hidup

rakyat jelata.Juga melalui cerita Pak Pandir,Lebai Malang, terselit unsur-unsur

sindiran terhadap orang yang tamak,kedekut,gilakan kuasa dan orang-orang yang

sering mengambil kesempatan atas diri orang yang lemah semata-mata untuk

kepentingan nafsu dan kekayaan diri sendiri.

4. Sebagai “Alat” Perhubungan atau Komunikasi.

Sastera lisan,terutamanya hasil-hasil karya yang berbentuk puisi menjadi alat

perhubungan yang paling istimewa untuk menyampaikan hajat. Misalnya dalam adat

perkahwinan, orang-orang Melayu menggunakan pantun sewaktu berkomunikasi,

antara wakil pihak pengantin lelaki dengan pihak pengantin perempuan. Pantun

digunakan sewaktu adat merisik berlangsung adat meminang dan ketika majlis

persandingan.

5. Sebagai kata “Adat, Peraturan dan Pantang larang”.

Setengah kata-kata adat dan bidalan dianggap sebagai satu kemestian undang-undang

atau peraturan masyarakat yang perlu dipatuhi. Malah kata-kata tersebut menjadi

“pantang larang” dalam masyarakat.

b) SASTERA EPIK

Page 16: Tugasan Ekm 322 Kesusasteraan Melayu

c) SASTERA HIKAYAT

Definisi :

Sastera hikayat ialah cerita-cerita dalam bentuk bertulis yang menggunakan bahasa

Melayu lama dengan langgam bahasa dan stuktur yang tertentu, membawa cerita ajaib

yang berunsur hiburan, hasil daripada imaginasi dan fantasi pengarangnya.

Pembahagian/penggolongan Sastera HIkayat

Sastera Hikayat terbahagi kepada 3 golongan :

i. Sastera Hikayat Berunsurkan Hindu

ii. Sastera Hikayat Berunsurkan Hindu-Islam ( Zaman Peralihan )

iii. Sastera Hikayat Berunsurkan Islam

SASTERA HIKAYAT BERUNSUR HINDU

DEFINISI:

Sastera hikayat menurut Emies M.G dalam buku Bunga Rampai Melayu Kuno ialah

cerita-cerita yang bentuk bertulis dalam langgam bahasa dan struktur yang tertentu,

yang membawa cerita ajaib yang berunsur hiburan. Cerita sastera hikayat ini berkisar

di istana dengan watak utama yang terdiri daripada putera dan puteri yang jelita,

berani serta pahlawan.

Hikayat Melayu pengaruh Hindu yang terkenal ialah hikayat yang disadur secara

langsung atau petikan-petikan terjemahan daripada bahagian-bahagian tertentu

daripada dua buah kitab epik Hindu iaitu Mahabharata dan Ramayana. Mahabharata

dikenali sebagai cerita Pendawa dalam kesusasteraan Melayu.

Daripada Epik Mahabharata : Hikayat-hikayat Melayu yang disadur atau terjemahan

bahagian-bahagian tertentu dikenali sebagai Pendawa dalam kesusasteraan Melayu

ialah;

Hikayat Pendawa Lima

Hikayat Pendawa Jaya

Hikayat Panca Kelima

Page 17: Tugasan Ekm 322 Kesusasteraan Melayu

Hikayat Pandawa

Hikayat Sang Boma

Daripada Epik Ramayana : Hikayat Melayu yang disadur dari epik Hindu ini ialah :

Hikayat Seri Rama

Hikayat Maharaja Rawana

CIRI-CIRI SASTERA HIKAYAT BERUNSUR HINDU

Dalam sastera hikayat berunsur Hindu terdapat beberapa ciri yang terkandung di

dalamnya. Iaitu dari segi struktur isi cerita, watak dan perwatakan, latar (setting)

cerita, dan kaya dengan unsur-unsur Hindu.

1. Dari segi tema

Sastera hikayat berunsur Hindu ini mempunyai tema mengenai tentang kisah-kisah

pengembaraan, percintaan serta peperangan sehingga watak itu mendapat kejayaan

dan kesenangan dalam hidup.

Hikayat-hikayat Melayu berunsur Hindu secara umumnya mengandungi unsur-unsur

cerita roman kerana hampir keseluruhan ceritanya dalam hikayat jenis ini membawa

tema percintaan, pengembaraan dan juga peperangan yang berakhir dengan watak-

watak utamanya mencapai kejayaan dan kebahagiaan hidup. Misalnya dalam Hikayat

Si Miskin, pertemuan antara Marakarma dengan Puteri Cahaya Khairani membuahkan

perasaan cinta di antara kedua-dua watak tersebut. Dalam hikayat berunsur hindu ini

dipenuhi dengan peristiwa peperangan di antara wira dengan musuh mereka. Biasanya

wira kan menunjukkan kegagalannya dengan senjata kesaktian yang dimiliki oleh

wira tersebut sehingga mampu mengalahkan musuh mereka. Tema peperangan itu

merupakan klimaks dalam pertentangan antara kuasa baik dan jahat.

Walaubagaimanapun wira selalunya akan mendapat kemenangan.

2. Dari Segi Struktur / plot

Page 18: Tugasan Ekm 322 Kesusasteraan Melayu

Struktur isi cerita melibatkan jalan cerita yang begitu panjang tetapi dibahagikan

kepada tiga peringkat iaitu awal cerita, pertengahan dan kemudian penyelesaian

cerita. Awal cerita adalah permulaan cerita tersebut. Manakala pertengahan cerita pula

adalah bagaimana cerita itu mula berkembang. Kemudian penyelesai cerita pula, di

mana cerita itu berakhir dan disitu juga cerita itu menemui kebahagian ataupun

kesedihan.

Pada awal cerita, ia mengisahkan tentang asal usul keturunan watak wira dan wirawati

tersebut serta latar belakang keluarga mereka, keunikan serta kesaktian yang dimiliki

oleh kedua-dua watak tersebut dan juga kisah sebelum pengembaraan wira dan

wirawati tersebut.

Manakala pada pertengahan atau ketika pengembaraan cerita tersebut, watak utama

menjadi tumpuan dan bahagian ini mula berkisarkan tentang kisah sewaktu

pengembaraan mereka. Dalam pada itu juga, watak wira dan wirawati ini akan

menghadapi pelbagai rintangan dan halangan seperti percintaan, fitnah, peperangan

dan juga akan menempuhi pelbagai ujian hidup. Mereka akan hidup dalam

kesengsaraan. Selain daripada itu, mereka juga akan berhadapan dengan watak-watak

penghalang.

Pada penyelesaian cerita pula, biasanya berakhir dengan happy ending iaitu kejayaan

watak wira dalam perjuangannya. Watak wira dan wirawati berjaya mengatasi segala

halangan dan rintangan yang terjadi ke atas mereka ketika dalam pengembaraan

ataupun pertengahan cerita tersebut. Mereka juga berjaya mengalahkan watak-watak

utama yang cuba menjadi penghalang mereka. Mereka mendapat kemenangan dan

hidup bahagia.

3. Watak dan perwatakan :

Watak dalam sesebuah sastera hikayat itu amat penting sama seperti di dalam novel.

Ini kerana watak dapat menghidupkan lagi jalan cerita sesebuah hikayat mahupun

novel. Watak dan perwatakan sastera hikayat Hindu melibatkan watak-watak

Page 19: Tugasan Ekm 322 Kesusasteraan Melayu

tempatan. Terdapat beberapa watak di dalam sastera hikayat Hindu. Dua daripadanya

ialah watak baik iaitu protogonis dan watak jahat iaitu antogonis.

Watak protogonis melambangkan kebaikan pada watak utama tersebut. Ia bersifat

keperwiraan, gagah berani, bersemangat waja, kental dan sedia menghadapi segala

rintangan yang mencabar. Selalunya mereka memiliki alat-alat tertentu ataupun

senjata sakti yang tidak dimiliki oleh orang kebanyakan. Wira juga selalunya akan

mencapai kejayaan.

Manakala watak jahat atau antogonis pula, melambangkan kejahatan. Sifat yang

dimiliki oleh mereka ialah sifat yang tidak bermoral, suka menghancurkan dan

menghalang kejayaan watak utama. Watak ini juga mendatangkan masalah, menindas

watak baik dan mendapat balasan yang setimpal.

4. Latar Cerita

Meliputi alam yang luas dan tidak terbatas seperti alam kayangan, di bumi dan di

lautan.

Sementara dari segi latar cerita, ia meliputi alam yang luas dan tidak terbatas.

Kehidupan mereka diliputi dengan alam kayangan, di bumi mahupun di dasar laut.

Dunia khayalan yang khususnya untuk didiami oleh para dewa. Di alam-alam

kayangan tersebut terdapat kerajaan yang diperintah oleh raja-raja yang terdiri

daripada dewa-dewa yang tertentu sahaja.

5. Kaya dengan unsur-unsur Hindu

Sastera hikayat berunsur Hindu juga banyak memasukkan unsur-unsur kesaktian

seperti jelmaan watak, senjata sakti dan sebagainya. Kebanyakan falsafah yang

berunsur-unsur agama Hindu ini amat mengagung-agungkan dewa-dewa Hindu

sebagai makhluk yang berkedudukan tinggi. Selain itu terdapat unsur-unsur

sayembara untuk mendapatkan isteri dan juga falsafah pengajaran hindu. Dalam

Page 20: Tugasan Ekm 322 Kesusasteraan Melayu

hikayat sastera hindu ini terdapat unsur-unsur kepercayaan Hindu seperti “upacara

berkaul” iaitu doa yang ditujukan untuk mendapat sesuatu yang dihajatkan dari dewa

tertinggi.

i. Falsafah agama Hindu seperti keagungan kepada dewa-dewa Hindu sebagai

makhluk yang menduduki tempat yang mulia dan tinggi. Misalnya Dewa Agni dalam

Hikayat Seri Rama , penjaga api telah menyelamatkan Sita Dewi daripada hangus

terbakar.

ii. Unsur sayembara untuk mendapatkan isteri. Contoh Seri Rama terpaksa mengadu

kecekapan bermain panah sebelum berjaya mendapatkan Sita Dewi

iii. Unsur Sakti seperti senjata sakti, panah sakti, binatang-binatang sakti seperti

gajah, kijang dan burung jentayu

iv. Unsur falsafah pengajaran Hindu seperti unsur Karma dan Darma, pembalasan

kepada yang melakukan kejahatan, kejayaan akan dicapai setelah mengalami

berbagai-bagai kesusahan dan kesengsaraan.

PERANAN / FUNGSI SASTERA HIKAYAT BERUNSUR HINDU

Sastera Hikayat berunsur Hindu ini memainkan peranan yang tersendiri. Ia

berperanan sebagai menghiburkan masyarakat pada ketika itu. Selain itu, ia menjadi

tempat untuk mendidik masyarakat dan menjadikannya sebagai pengajaran. Ini

supaya masyarakat mendapat iktibar kepada mereka. Sebagai contoh, mereka yang

membuat kejahatan akan mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatan

mereka. Manakala mereka yang berbuat baik akan mendapat balasan baik.

1. Sebagai ‘alat hiburan’.

Sastera Hikayat ini memainkan peranan sebagai alat penghibur kepada masyarakat. Ia

mengisahkan tentang kecantikan, kehebatan, keperwiraan watak wira dan wirawati.

Cerita ini selalunya berakhir dengan ‘happy ending’. Oleh sebab itu, masyarakat dapat

menikmatinya dengan rasa gembira.

Page 21: Tugasan Ekm 322 Kesusasteraan Melayu

2. Sebagai alat “ escapism”.

Cerita ini mempunyai unsur-unsur kesaktian. Disebabkan kerana cerita-cerita hikayat

berunsur Hindu ini berunsur khayalan, dewa dewi, unsur-unsur kesaktian dan ajaib,

boleh ‘merehatkan’ atau melupakan seketika segala masalah-masalah yang dihadapi

oleh masyarakat.

3. Sebagai ‘ alat pendidikan moral’.

Cerita sastera hikayat selalunya memberi pengajaran kepada masyarakat dan ia kaya

dengan unsur-unsur moral. Unsur-unsur moral positif seperti ‘yang baik akan

mendapat kemenangan, yang jahat akan menerima balasan setimpal dengan

perbuatannya dan menjadi contoh teladan. Ia juga sebagai menyedarkan masyarakat

tentang balasan yang akan diterima jika berbuat baik ataupun sebaliknya.

4. Dapat memberi gambaran kehidupan masyarakat Melayu tradisional terutama

di istana-istana raja Melayu kerana kemewahan, kehebatan dan sebagainya.

SASTERA HIKAYAT ZAMAN PERALIHAN HINDU-ISLAM

Hikayat Hindu Islam iaitu hasil-hasil kesusasteraan Melayu yang terdapat Zaman

Peralihan iaitu bermulanya pengaruh Islam di alam Melayu yang masih tebal

dipengaruhi oleh unsur-unsur pengaruh Hindu. Zaman ini adalah dikenali sebagai

Zaman Peralihan.

Pengaruh yang utama bertapak di alam Melayu ialah kebudayaan Hindu, iaitu sejak

abad pertama masihi. Tetapi apabila Islam mula bertapak, sedikit demi sedikit

menghakis pengaruh Hindu dalam budaya masyarakat Melayu. Walaupun masyarakat

Melayu terpengaruh dengan Islam tetapi pengaruh Hindu itu masih lagi di amal oleh

orang Melayu hingga pada masa ini.

Pendapat professor M. Taib Usman mengatakan pengaruh Hindu berakhir abad ke 17,

di mana Islam berkembang di Acheh.

Page 22: Tugasan Ekm 322 Kesusasteraan Melayu

Kemasukkan Islam ini bermula dengan jawi, asalnya dari tulisan Arab. Dengan ini

sastera bentuk lisan berubah corak kepada bentuk tulisan. Tulisan jawi ini hanya

dikalangan ulama-ulama sahaja. Merekalah yang menghasilkan sastera Melayu lama

dan membuang sedikit demi sedikit pengaruh Hindu. Dengan perubahan sedemikian

terdapatlah kesusasteraan yang bercampur aduk iaitu Hindu dan Islam.

CIRI-CIRI SASTERA HIKAYAT ZAMAN HINDU ISLAM

Ciri-ciri Hikayat Hindu Islam dapat kita lihat dari segi tema, isi cerita, watak dan

perwatakan, gaya bahasa dan bentuk.

1. Tema

Tema dan motif hikayat-hikayat masih dibelenggui dengan unsur cerita Hindu. Iaitu

terdapat motifnya tentang pengembaraan, menyelamatkan kekasih dan sebagainya.

Kalau dinilai tidak banyak perubahan dari segi temanya dengan Hikayat Hindu yang

sering membawa tema pengembaraan, percintaan., dewa-dewi , kesaktian dan

sebagainya.

2. Isi cerita

Dari segi isi cerita pula tidak banyak perubahan daripada isi cerita yang terdapat

dalam hasil-hasil karya dalam zaman Hindu. Isi cerita masih terbahagi kepada tiga

bahagian iaitu bahagian permulaan atau peristiwa sebelum pemgembaraan yang

menceritakan tentang asal usul watak utama, latar keluarga dan tempat serta tentang

sebab-sebab watak keluar mengembara.

Bahagian kedua merupakan bahagian yang terpanjang iaitu kisah mengenai

pengembaraan watak utama, meliputi kisah watak utama menghadapi berbagai-bagai

kesusahan dan halangan. Berlaku pergaduhan, percintaan, menunjukkan kehandalan

dan kebijaksanaan bermain senjata serta mengambil masa yang lama dalam

mengembara.

Page 23: Tugasan Ekm 322 Kesusasteraan Melayu

Bahagian ketiga ialah kisah akhir cerita, menceritakan kejayaan yang dicapai oleh

watak utama dan berakhir dengan ‘happy ending’, di mana watak jahat berjaya

dikalahkan, watak utama bahagia dengan kekasihnya.

3. Watak dan perwatakan

Watak terbahagi kepada dua golongan iaitu watak baik dan watak jahat. Watak baik

adalah daripada kalangan anak raja, mempunyai sifat keistimewaan dan kelebihan

yang tertentu. Memiliki alat senjata sakti dan lain-lain kesaktian bagi membolehkan

watak utama berjaya dalam mencapai hajat dalam masa pengembaraan. Dari segi

peranan watak tidak berubah.

Perubahan hanya jelas pada nama-nama watak contohnya, terdapat gabungan dan

penyesuaian nama-nama watak Hindu dengan nama-nama watak Islam.

Contoh

Nama Puteri Nurulain dalam Hikayat Berma Syahdan yang mengisahkan puteri

Nurulain bercinta dengan seorang raja yang bernama Maharaja Asmara Gangga.

Nama Puteri Nurulain adalah nama Islam manakala nama Maharaja Asmara Gangga

pula ialah nama Hindu.

Perwatakan watak juga terdapat unsur Islam seperi pemaaf, berbudi bahasa dan lain-

lain.

4. Dari segi Judul Cerita

Cerita-cerita atau hikayat dari zaman peralihan ini memakai dua nama iaitu nama

Hindu dan nama Islam. Misalnya Hikayat si Miskin juga dikenali sebagai Hikayat

Marakarma, Hikayat Syah Nobat dikenali sebagai Hikayat Syah al-Kamar dan

sebagainya.

Contoh

Karya-karya yang terkandung dalam hasil-hasil sastera zaman peralihan ini ialah:-

1. Hikayat Si Miskin atau Hikayat Marakarma.

Page 24: Tugasan Ekm 322 Kesusasteraan Melayu

2. Hikayat Serangga bayu atau Hikayat Ahmad Muhammad.

3. Hikayat Indera Jaya atau Hikayat Bikrama Datia Jaya.

4. Hikayat Syah Nobat atau Hikayat Syah al-kamar.

5. Hikayat Berma Syahdan

6. Hikayat Parang Puting

7. Hikayat Putera Jayapati

8. Hikayat Inderaputera / Hikayat Shahi Mardan

5. Dari segi Unsur / Pengaruh:

Unsur-unsur Hindu seperti penggunaan latar alam kayangan, pertapaan, peranan ahli

nujum, unsur kesaktian, pengembaraan dan sebagainya masih dikekalkan Bagaimana

pun beberapa unsur Hindu seperti kepercayaan kepada dewi dewi telah digantikan

dengan kepercayaan kepada Allah.

Contoh:

Dalam Hikayat Putera Jayapati, Raja Kalawandu percaya kepada kekuasaan Allah

dengan berdoa supaya dikurniakan seorang putera.

6. Gaya bahasa

Karya-karya di Zaman Peralihan ini banyak memasukkan istilah-istilah yang terdapat

di dalam bahasa Arab-Parsi. Di mana permulaan ayat dimulai dengan Syahdan, al-

kisah, hatta, kalakian dan sebagainya. Nama-nama Hindu pula pada alat-alat seperti,

nobat, gangga dan dewa. Terdapat juga penyebutan nama ‘Allah’.

Contoh

Dalam Hikayat Inderaputera, di dalam bab 1 ada disebut “Wa-bihi nasta’nu billahiala”

pada bahagian akhir bab pula disebut “Wallhu a’alam bissawab, tamat al-kalam.

7. Perantaraan Tulisan

Karya-karya yang masih tebal dengan unsur pengaruh Hindu ini ditulis/disalin dalam

bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi daripada tulisan bahasa Sanskrit.

Page 25: Tugasan Ekm 322 Kesusasteraan Melayu

8. Dari Segi bentuk

Bentuk puisi Islam iaitu Syair digunakan dan bercampur aduk dengan bahasa

Sanskrit serta unsur-unsur tempatan misalnya syair ini:

Tempat nyiur pauh janggi,

Diserang oleh Garuda Syah Peri,

Intan dinilai oleh jauhari,

Belum dikarang lagi,

Harapkan dinilai oleh jauhari.

Perkataan-perkataan seperti garuda, janggi, nyiur tidak ada dalam perbendaharaan

Islam. Ini jelas menunjukkan unsur tempatan dan hindu dalam bentuk puisi Islam.

Bentuk hikyatat Hindu Islam juga berbentuk prosa/cerita yang dikenali sebagai

‘hikayat’ adalah unsur pengaruh dari kesusasteraan Arab-Parsi. Hikayat merupakan

satu bentuk yang umum dalam kesusasteraan Melayu. Karya-karya Hindu yang

diterjemahkan dalam bahasa Melayu memakai nama ‘Hikayat’, Misalnya Hikayat

Sang Boma, Hikayat Serangga Bayu, dan Hikayatr Inderaputera.

FUNGSI HIKAYAT HINDU-ISLAM

Fungsi-fungsi yang terdapat adalah seperti berikut:-

1. Sebagai alat hiburan kerana kisah-kisah kecantikkan, kepahlawanan wira-

wirawati mempunyai hiburan di mana diakhiri dengan happy ending.

2. Sebagai alat escapisme daripada kesibukkan, dari cerita dewa-dewa boleh

merehat sekejap atas masaalah yang dihadapi.

3. Sebagai alat pendidikan moral, seperti baik dibalas baik, jahat dibalas jahat.

Page 26: Tugasan Ekm 322 Kesusasteraan Melayu

4. Dapat memberi gambaran keadaan masyarakat Melayu tradisional pada masa

itu.

BAHAGIAN C

RPH