taklimat kesusasteraan melayu spn21

Click here to load reader

Post on 14-Jun-2015

8.084 views

Category:

Education

12 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Taklimat dianjurkan oleh Unit Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

TRANSCRIPT

  • 1. TAKLIMATKESUSASTERAAN MELAYU Pengajaran dan Pembelajaran Kesusasteraan Melayu: Teori dan Aplikasi berdasarkan Era SPN21

2. OBJEKTIF TAKLIMAT

  • Dengan mengikuti taklimat ini diharapkan peserta akan:
  • dapat membezakan konsep: pendekatan, kaedah, strategi, teknik, dan aktiviti P&P KM [bahagian 1];
  • dapat mengenal pasti hubungan antara pendekatan dan kaedah pengajaran [bahagian 2];
  • dapat mengenal pasti ciri-ciri P&P Era SPN21 [bahagian3];
  • dapat mengenal pasti jenis-jenis pendekatan, kaedah dan strategiP&P KM [bahagian 4];
  • dapat berkenalan dengan pendekatan dan kaedah terkini/futuristik [bahagian 5];
  • dapat menentukan aplikasi P&P KM sesuai dengan Era SPN21 [bahagian 6]; dan
  • dapat mengenal pasti potensi blog (pendekatan maya) sebagai wahana projek, aktiviti, komuniti Sastera serta sebagai ABM dan ABB [bahagian 7].

3. Bahagian 1

  • Perbezaaan konsep antara:
  • pendekatan
  • kaedah
  • strategi
  • teknik
  • aktiviti

4. Konsep Pendekatan

  • Makna Kamus:
  • Perbuatan mendekati; jalan ke arah sesuatu; cara memperlakukan sesuatu ( Kamus Oxford )
  • Rumusan:
  • Usaha untuk mendekati (memahami)
  • Bertitik tolak daripada suatu andaian/asumsi
  • Terbina berasaskan teori, kepercayaan, falsafah.

5. Pendekatan ialah

  • prosedur atau tata kerja bagi memahami sesuatu. Kefahaman yang diperoleh itu akan dijana berdasarkan ilmu bantu, kefahaman, teori, falsafah dan agama yang digunakan. Antara ilmu bantu yang boleh digunakan untuk mendekati kesusasteraan ialah Teori Struktural, Teori Psikologi, Teori Sosiologi, Ilmu Estetika, Agama Islam, Stilistik dan Hukum Linguistik, Bidang Komunikasi dsb.

6. Maksud Kaedah dalam Kamus

  • MenurutKamus Oxford(Kamus Elektronik Besta):
  • Kaedah ialah cara membuat sesuatu, susunan, kebiasaan yang teratur.

7. Konsep Kaedah

  • Kaedah pengajaran dalam erti kata yang mudah merupakan jalan, cara, susunan, proses dan prosedur pengajaran yang teratur. Hal ini bermakna, setelah menentukan pendekatan (cara memahami) yang ingin digunakan, maka pendekatan dijalankan atau dilaksanakan prosesnya menggunakan kaedah yang sesuai. Dalam erti kata yang lain, pendekatan merupakan kefahaman tentang aspek yang diajarkan sedangkan kaedah merupakan proses memindahkan kefahaman itu kepada pelajar-pelajar. Dalam persediaan mengajar kaedah ini diperhalus dalam bentuk [jalan, cara, susunan, proses dan prosedur]yang mengandungi langkah-langkah pengajaran:
  • induksi set - langkah2 - penilaian - rumusan - peneguhan/pengayaan/pemulihan.

8. Konsep Strategi

  • MenurutKamus Oxford , strategi merupakan muslihat atau rancangan untuk mencapai matlamat tertentu. Dalam konteks pendidikan, strategi yang dimaksudkan terbahagi kepada dua, iaitu strategi gabung jalin dan strategi penyerapan. Konsep gabung jalin dan penyerapan berhubung kait dengan konsep pengayaan, pendidikan bersepadu dan penyerapan kemahiran bernilai tambah. Kedua-dua strategi ini digunakan dengan hasrat mencapai matlamat atau tujuan pendidikan yang lebih umum berbanding objektif pengajaran dan hasil pembelajaran.

9. Konsep Teknik

  • Menurut Kamus Oxford, teknik merupakan kemahiran (skill) dan kaedah mencipta hasil seni. Dalam konteks pendidikan, teknik merupakan suatu kemahiran (skill) untuk MEMPERMUDAH kaedah pengajaran dalam proses pemindahan kefahaman tentang isi pelajaran. Ia bersifat halus dan seni yang mampu menggalakkan kesan yang lebih optimum.

10. Konsep Aktiviti

  • Menurut Kamus Oxford, aktiviti bermaksud gerak kerja atau kegiatan. Dalam konteks pendidikan, aktiviti merupakan kegiatan yang melibatkan pergerakan pelajar secara aktif dan lebih bersifat gabungan seimbang antara aktiviti kognitif, psikomotor dan afektif. Aktiviti dimanfaatkan untuk membantu teknik dan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, jika teknik main peranan dipilih,bentuk aktiviti yang lebih khusus ditentukan sama ada jenis lakonan, simulasi, pantomim, dsb.

11. Bahagian 2

  • hubungan antarapendekatan dan kaedah pengajaran

12. Bagaimana Pendekatan Terhasil?Pendekatan LinguistikPendekatan Stilistik, Retorik Pendekatan Semantik InterpretifPendekatan Sejarah Ilmu Bahasa / Linguistik Ilmu Stilistik / Gaya Bahasa Ilmu Semantik Ilmu Sejarah Ilmu bantu Pendekatan yang terhasil Contoh khusus Asas/dasar pendekatan 13. sambungan Pendekatan Komunikatif Pendekatan Koperatif Komunikasi Koperasi Bidang Pendekatan Struktural Pendekatan Konstruktivisme Strukturalisme Konstruktivisme Fahaman Pendekatan yang terhasil Contoh khusus Asas/dasar pendekatan 14. sambungan Pendekatan Islam Islam Agama Pendekatan MIB/Moral MIB Falsafah Pendekatan Psikologi Pendekatan Sosiologi Pendekatan Estetika Melayu/Islam Teori Psikologi [Teori R&G, Teori Frued, Teori Pelaziman Klasik] Sosiologi/Budaya Estetik Teori Pendekatan yang terhasil Contoh khusus Asas/dasar pendekatan 15. Hubungan antara pendekatan dan kaedah PENDEKATAN * * * * * * Vygotskyian * * * * * * * koperatif * * * * * * * komunikatif * * * * * * Linguistik/ semantik * * * * * * stilistik * * * * * * MIB * * * * * * * estetika * * * * * * sejarah * * * * * sosiologi * * * * * * psikologi * * * * * * struktural KAEDAH Task- Based Learning Problem- Based Learning Inquiry- Based Learning perbandingan berfokus Mengalami menghayati Struktur-al EKLEKTIK 16. Bahagian 3

  • ciri-ciri P&P Era SPN21:
  • Pembelajaran berpusatkan pelajar
  • Seronok dan aktif
  • Bermain dan belajar lebih
  • Menggalakkan koperatif/kolaboratif
  • Penyelesaian masalah dan produktif
  • Keusahawanan (entrepreneurship)
  • Menggalakkan komunikasi
  • Literasi berfungsi
  • Teori dan aplikasi
  • Pembelajaran berasaskan tugasan dan penyelidikan
  • Subjek merentas kurikulum (gabung jalin dan penyerapan)
  • Hubungan bilik darjah dan luar sekolah
  • Pendidikan sepanjang hayat (long-life education)

17. Bahagian 4

  • jenis-jenis pendekatan dan kaedahP&P KM yang sering digunakan

18.

  • Sedikit penjelasan tentang lapan pendekatan yang sering digunakan

19. 1) Pendekatan Struktural

  • Pendekatan Struktural melihat sesuatu berdasarkan struktur dan fungsi. Pendekatan ini cenderung membicarakan elemen-elemen yang membina objek. Jika melihat rumah, pendekatan ini akan melihat unsur-unsur yang membangun rumah seperti bahan binaan yang mungkin terdiri daripada jenis kayu, simen, gred batu bata, jenis atap, jendela, pintu dan fungsi ruang-ruang atau bahagian rumah tersebut. Karya sastera pula dinilai berdasarkan unsur fizikal seperti watak, latar, teknik dan sebagainya yang membangun karya sastera itu dan fungsi-fungsi unsur tadi untuk menyampaikan isi (tema dan persoalan) karya sastera.

20. 2) Pendekatan Psikologi

  • Pendekatan ini digunakan dengan mengaplikasi teori-teori tertentu yang terdapat dalam ilmu psikologi seperti Teori Frued, Teori Stimulus Respon, Teori Perkembangan Kanak-Kanak, Teori Kognitif (Mentalis), Teori Tingkah Laku (Behaviuris), Teori Afektif dan banyak lagi. Pendekatan Psiokologi digunakan dengan melihat karya sastera sebagai catatan kejiwaan dan pemerian tingkah laku watak dan penulis.

21. 3) Pendekatan Sosiologi

  • Pendekatan Sosiologi digunakan apabila melihat karya sastera sebagai testamen budaya, kesenian, gaya hidup dan politik. Aspek-aspek yang menjadi sorotan antaranya ialah latar masyarakat, latar budaya, latar peralatan, gaya hidup masyarakat watak. Terdapat pula pembicaraan karya sastera yang melihat kedudukan penulis karya yang dibicarakan dalam kalangan masyarakat.

22. 4) Pendekatan Sejarah

  • Pendekatan Sejarah sesuai digunakan untuk membicarakan karya sastera historiografi. Walaupun karya-karya jenis ini memaparkan kisah sejarah dalam bentuk kreatif, namun aspek sejarahnya masih boleh dibandingkan dengan catatan yang terdapat dalam buku sejarah. Membaca karya sastera historiografi sambil merujuk catatan sejarah akan menimbulkan suatu pengalaman membaca yang menyeronokkan berbanding membaca buku sejarah semata-mata. Karya sastera selain historiografi boleh dibicarakan melalui pendekatan ini jika terdapat unsur-unsur sejarah terkadnung di dalamnya.

23. 5) Pendekatan Estetika

  • Pendekatan Estetika digunakan apabila ingin menikmati karya sastera sebagai hasilan seni. Melalui pendekatan ini, ukuran keindahan digunakan untuk menilai aspek isi dan bentuk karya sastera. Pengkritik karya sastera yang menggunakan pendekatan ini sering menggunakan ukuran kepelbagaian, keseimbangan dan kesatuan unsur-unsur yang membangun karya sastera sebagai penentu tahap keindahan sesebuah karya sastera. Dalam Kesenian Islam, unsur ini disebut Ahad, Adil dan Karam.

24. 6) Pendekatan Etika Islam (MIB)

  • Menilai karya sastera menggunakan Etika Islam (MIB) bermakna melihat karya sastera melalui kaca mata agama Islam. Melalui pendekatan ini, segala aspek atau unsur yang terkandung dalam isi dan bentuk sesebuah karya sastera wajib tidak bertentangan dengan ajaran dan kepercayaan agama Islam. BukuAsas-asas Kritik Sasteratulisan Yahya M.S merupakan panduan yang terba