forum qgj3023 loges d045747

Upload: loges-sockalingam

Post on 04-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Forum QGJ3023 Loges D045747

    1/11

    Course ID : QGJ3023 < Group Name : Group UPSI18(A121PJJ) < Full Name : LOGES A/PSOCKALINGAM

    Title MessageDate

    postedFull Name

    FORUM1

    Kas plaster adalah sejenis simen,ia memainkan

    peranan yang agak penting untuk mengekalkanpergerakan anggota yang mengalami kepatahan ataukecederaan supaya proses penyembuhan dapat

    dipercepatkan. Pesakit harus menjaga kas semasa kas

    masih basah (dalam masa 48 jam) supaya kas tidakmenjadi lekuk dan menyebabkan tekanan kepada

    kulit.

    Jika pesakit menanggalkan kas plaster tanpa

    kebenaran doktor, tulangnya tidak akan sembuhsepenuhnya kerana rawan dan tisu tulang belum baik

    pulih. Proses penyembuhan tulang perlu mengambilmasa yang agak lama kerana gangguan kepada alirandarah di tempat kecederaan, kalsium dan fosforus

    perlu melalui klasifikasi pemendapan secara beransur

    pada tulang serta pertumbuhan dan pembiakan bagisel-sel tulang. Akibatnya tulang akan menjadi

    bengkok jika pesakit tersebut menanggalkan kas

    plaster tanpa kebenaran doktor

    10 Oct2012

    08:07:32PM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

    FORUM1

    Salam 1 Malaysia.

    Kas plater telah memainkan peranan yang amat penting dalam

    keberkesanan rawatan kepatahan tulang. Ia merupakan sejenisalat yang digunakan serta dikaskan supaya dapat mengekalkandan menghadkan pergerakan anggota yang mengalamikepatahan atau kecederaan akibat kemalangan. MengikutMorgan (1989) telah menyatakan bahawa setiap pesakit dengananggota badan yang berplaster mesti mendapatkan nasihatserta pendidikan kesihatan yang khusus untuk memahami cara-cara penjagaan tersebut agar konsep rawatan yang diberikandapat berkesan dan efektif serta berkualiti.

    Tetapi terdapat pesakit yang enggan mendengar nasihat yangdiberikan dan sudi menanggalkan kas tanpa kebenaran daripadadoktor. Ini telah menjadi satu masalah yang besar dan akanmenyesalkan pesakit tersebut. Salah satu faktor mungkindisebabkan pesakit berkenaan tidak mempunyai pengetahuantentang proses baik pulih fraktur. Akibatnya tulang pesakit tidakakan sembuh dengan sepenuhnya disebabkan ketidakbetulanproses baik pulih frakturnya. Mengikut urutan baik pulih frakturyang betul adalah seperti berikut:

    1) Darah keluar daripada salur darah pecah dan membentukhematoma.

    2) Tulang spongiosa terbentuk di kawasan pembentukan salur

    10 Oct2012

    07:24:25PM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGJ3023 Loges D045747

    2/11

    darah. Serat berawan terbentuk di kawasan lain.

    3) Kalus tulang mengganti rawan berserat.

    4) Osteoklas menyingkir lebihan tisu tulang, menjadikan

    struktur tulang yang baru seperti tulang asal

    FORUM1

    Ya saya bersetuju dengan pandangan cikgu.Kas

    plaster memainkan peranan yang agak penting untukmengekalkan pergerakan anggota yang mengalami

    kepatahan atau kecederaan supaya proses

    penyembuhan dapat dipercepatkan. Pesakit harus

    menjaga kas semasa kas masih basah (dalam masa 48jam) supaya kas tidak menjadi lekuk dan

    menyebabkan tekanan kepada kulit. Jika pesakit

    menanggalkan kas plaster tanpa kebenaran doktor,tulangnya tidak akan sembuh sepenuhnya kerana

    rawan dan tisu tulang belum baik pulih. Proses

    penyembuhan tulang perlu mengambil masa yangagak lama kerana gangguan kepada aliran darah di

    tempat kecederaan, kalsium dan fosforus perlu

    melalui klasifikasi pemendapan secara beransur padatulang serta pertumbuhan dan pembiakan bagi sel-sel

    tulang. Akibatnya tulang akan menjadi bengkok jika

    pesakit tersebut menanggalkan kas plaster tanpa

    kebenaran doctor.

    10 Oct2012

    09:38:52PM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

    FORUM1

    Saya setuju dengan pendapat cikgu, Kas Plastermemainkan peranan yang begitu penting untuk

    keberkesanan rawatan kepatahan. Kas Plaster ini

    adalah suatu alat yang digunakan serta dikhaskanuntuk mengekalkan dan menghadkan pergerakan

    anggota yang mengalami kepatahan atau kecederaan

    Penjagaan pesakit dengan yang memakai kas plaster

    adalah satu cara rawatan bagi pesakit yang mengalamifraktur (kepatahan) terutamanya pada tulang.

    Selalunya tulang yang terlibat adalah tulang kaki dan

    tulang tangan. Saya menyarankan kepada pesakit-pesakit yang memakai kas plaster ini supaya sentiasa

    berhati-hati dan menjaga kas plaster itu dengan baik.

    Ia adalah sejenis simen yang dipasangkan kepadaanggota yang mengalami kepatahan tulang di mana

    10 Oct2012

    07:36:10PM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGJ3023 Loges D045747

    3/11

    bersesuaian. Ia berfungsi untuk menghadkan

    pergerakan di bahagian sendi supaya proses

    penyembuhan dapat dipercepatkan.

    FORUM

    1Tujuan Kas plaster adalah untuk mengekalkankedudukan tulang yang patah dan memberikan

    peluang tulang untuk pemulihan atau rehabilitasi.

    Rawatan secara konservatif iaitu simen atau castingdipasangkan pada anggota patah, dua sendi yang

    hampir dengan patah selalunya turut

    diimmobilisasikan untuk tempoh berminggu-mingguatau berbulan-bulan. Ini menyebabkan kedua-dua

    sendi berhampiran kawasan patah menjadi kejang dan

    sukar digerakkan. Kepatahan tulang selalunya sembuh

    dalam tempoh empat hingga enam minggu, tetapisesetengahnya boleh mengambil masa berbulan-

    bulan, bergantung pada tahap kecederaan dan

    bagaimana arahan pemulihan atau rehabilitasi diikuti.

    Proses penyembuhan tulang patah berlaku serta-merta

    sebaik kepatahan berlaku. Badan membentuk darah

    beku dan tulang lembut (callus) untuk melindungi tisu

    tercedera. Simen atau cast selalunya ditanggalkandari anggota patah sebelum tulang patah sembuh

    sepenuhnya untuk mengelak sendi anggota tercedera

    menjadi kaku. Tulang yang patah jika tidak diberikanpemulihan yang mencukupi boleh menyebabkan

    kecederaan itu berulang atau keadaan tulang yang

    belum cukup kuat akan patah semula. Kecederaan inimemerlukan penjagaan dan rehabilitasi yang

    secukupnya.

    10 Oct

    2012

    09:12:58PM

    LOGES A/P

    SOCKALINGAM

    FORUM2

    Biasanya, kram dapat menyebabkan rasa sakit tiba-

    tiba pada otot yang terserang dan ini dapatberlangsung cukup lama. Ketidakseimbangan tingkat

    elektrolit (natrium, kalium, klorida, kalsium dan

    fosfat) dalam darah juga dapat menyebabkan kram

    otot.

    Pencegahan harus dilakukan dengan pemanasan dan

    peregangan otot dengan cukup dan baik sebelum

    latihan dan mempertahankan hidrasi yang memadaiketika berolahraga. Minuman yang mengandung

    elektrolit mungkin dapat membantu mencegah

    ketidakseimbangan elektrolit. Yang paling penting

    19 Oct2012

    10:03:41PM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGJ3023 Loges D045747

    4/11

    ialah selalu melakukan senaman setiap hari supaya

    kesihatan terjamin.

    Kerapkan kekerapan berjumpa dengan doktor jikasering mengalami kram atau terserang kram berat

    yang mengakibatkan rasa sakit luar biasa, Kram tidak

    selalu berhubungan dengan olahraga. Kram otot pada

    kaki yang datang pada saat berolahraga atau tidakakan menjadi tanda kondisi yang lebih serius yang

    disebut klaudikasio intermiten akibat sirkulasi darah

    yang buruk .

    FORUM

    2Salam 1 Malaysia.

    Otot rangka melekat pada tulang dan berfungsi untuk

    menggerakkan tulang. Apabila dilihat dengan

    mikroskop, otot ini kelihatan berjalur-jalur. Otot inibersifat voluntari kerana ia boleh digerakkan

    mengikut kehendak kita. Otot bukan sahaja digunakan

    bagi menghasilkan pergerakan tetapi otot juga

    berfungsi untuk mengekalkan postur menstabilkansendi dan menghasilkan haba.

    Kesan-kesan kepada seseorang yang tidak

    menggunakan otot rangka tertentu secara kerap adalahseperti pergerakan tubuh badan akan menjadi

    perlahan, menjejaskan postur dan kedudukan tubuh,

    pengecutan otot dan organ dalaman badan manusiajuga akan mudah mengalami kecederaan seperti usus

    kecil atau besar, perut, hati atau pankreas kerana ia

    tidak dilindungi oleh otot di abdomen badan kita.

    Antara cara yang boleh digunakan bagi mengatasimasalah ini antaranya adalah rawatan pemulihan

    seperti terapi fizikal ataupun terapi senaman boleh

    dijalankan. Rawatan pemulihan dilakukan bertujuanuntuk membantu pesakit agar memulihkan kecederaan

    yang dialaminya, meningkatkan kekuatan anggota

    yang tercedera serta memperbaiki keupayaan fizikal

    19 Oct

    2012

    08:37:45PM

    LOGES A/P

    SOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGJ3023 Loges D045747

    5/11

    agar pesakit dapat berdikari, memperbaiki kualiti

    hidup dari segi fizikal, emosi dan sosial. Terdapat

    pelbagai jenis terapi seperti terapi hidro, terapi caramengurut, fisioterapi, akupuntur dan sebagainya.

    Selain itu senaman juga boleh dilakukan dan ianyaamat penting dalam mengatasi masalah ini.

    FORUM2

    Manusia direka bentuk untuk bergerak.Pergerakan

    tubuh badan berlaku sebagai hasil gabungan sistem

    rangka dan otot.Kajian menunjukkan bahan reka

    bentuk struktur sendi dan sokongan yang tegarmenyebabkan pergerakan dapat dilakukan.Pergerakan

    dihasilkan oleh penguncupan dan pemanjangan

    otot.Otot juga menentukan magnitug pergerakan.Otot

    rangka merangkumi beberapa komponan iaitu fiberotot dan fungsi otot.

    Otot rangka melekat pada tulang dan meliputi tulang

    rangka.Fiber otot rangka merupakan sel otot yang

    terpanjang, mempunyai jalur yang jelas dan

    terkawal.Walaupun otot rangka dikawal oleh sistemsaraf tetapi jenis otot ini sahaja yang boleh dikawal

    secara sedar.Otot rangka juga bertanggungjawab bagi

    semua pergerakan badan. Halaju penguncupan fiberotot rangka bergantung kepada jenis fiber sama ada

    fiber sentak cepat atau fiber sentak lambat.Fibersentak cepat digunakan untuk pergerakan yangcepat.Manakala,fiber sentak lambat digunakan untuk

    pergerakan yang lebih perlahan.Sebagai contoh,pelari

    pecut 100 meter mempunyai peratusan fiber sentakcepat yang tinggi berbanding dengan pelari marathon.

    Jelas di sini jika otot rangka kurang digunakan akan

    menjejaskan pergerakan organ-organ manusia.Adakalanya ia juga akan menjejaskan kesihatan

    mereka. Individu tersebut mudah mengalami

    kekejangan otot. Senaman yang kerap digalakkanagak otot rangka dapat berfungsi dengan sebaik

    mungkin. Namun seseorang perlu membuat regangan

    terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang senamanagar ia tidak berlakunya kekejangan otot atau Krem

    .

    19 Oct2012

    09:39:59PM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

    FORUM2

    Cara pencegahan pula adalah rajin bersenam dan 23 Nov2012

    LOGES A/PSOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGJ3023 Loges D045747

    6/11

    menjaga makanan yang seimbang. latihan daya tahan

    otot perlu dijalankan. Latihan yang menggunakan

    kumpulan otot besar yang dapat dipertahankan terusmenerus dan aerobik disyorkan. Latihan ini

    merangkumi berjalan, berlari, joging, menari, naik

    tangga, berbasikal, berenang, mendayung, tarianaerobik, lompat tali dan sebagainya. Sebenarnya,

    senaman atau aktiviti latihan daya tahan otot ini

    digalakkan dalam frekuensi iaitu senaman jenisaerobik 3-5 kali seminggu. Jangka masa latihan

    biasanya berterusan selama 20-60 minit. Jangka masa

    bergantung pada intensiti latihan. Dengan demikian,

    lebih rendah intensiti latihan lebih lama masadilakukan begitu juga sebaliknya. Pengambilan

    kalsium, fosforus dan vitamin D yang mencukupi juga

    mendatangkan kebaikan untuk penguatan otot rangka

    tubuh kita.

    06:14:05PM

    FORUM2

    Fungsi otot rangka adalah seperti berikut, ia

    membantu menghasilkan pergerakan tubuh,

    mengekalkan postur dan kedudukan tubuh,menyokong tisu lembut tubuh, menjaga laluan masuk

    dan keluar salur pencernaan dan urinari serta

    mengekalkan suhu tubuh. Antara langkah yang bolehdilakukan untuk mengatasi masalah kurangnya

    kekerapan dalam penggunaan otot rangka ialah

    dengan lebih banyak melakukan pergerakan

    lokomotor dan bukan lokomotor.

    Kita akan sering mengalami cramp, pengecutan otot ,

    kurang berupaya mengangkat benda yang berat dan

    sebagainya. Ia akan membawa kesan negatif kepada

    kehidupan harian kita atau berlaku kemalangan. Kitaseharusnya membuat senaman setiap hari, seperti

    berjoging, berenang, berbasikal dan lain-lain lagi.

    Selain itu, orang yang menghadapi masalahpergerakan otot rangka, dia boleh mendapat nasihat

    dari doktor dan boleh menjalankan fisioterapi di

    hospital jika mendapat kebenaran dari doktor pakar.

    19 Oct2012

    08:59:40PM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

    FORUM

    3Salam 1 Malaysia, Pada pendapat saya, berdiet danbersenam pada masa yang sama merupakan cara yang

    paling selamat dan berkesan untuk mengurangkan

    berat badan. Ia dapat mengurangkan lemak danmenambahkan tisu tanpa lemak.Senaman bukan

    sahaja menyihatkan kesihatan secara menyeluruh

    tetapi ia dapat menguat serta menambahkan jisim

    09 Nov

    201211:03:31

    AM

    LOGES A/P

    SOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGJ3023 Loges D045747

    7/11

    tulang. Semua jenis senaman sesuai untuk kekuatan

    tulang seperti berenang, areobik dan sebagainya.

    Bagi mereka yang mengamalkan diet yang ekstremperlu merujuk kepada pakar nutrisi makanan supaya

    tidak menjejaskan kesihantannya. Ini adalah keranamereka yang mengamalkan diet ekstrem

    menyebabkan mereka kehilangan kalsium. Pakarnutrisi akan menyediakan menu makanan yang wajar

    agar bagi sesiapa yang berdiet dapat nutrisi yang

    sepatutnya.

    Pada pandangan saya,tulang memainkan peranan

    penting dalam menyimpan dan mengeluarkan

    simpanan mineral khususnya kalsium dan fasforus

    untuk memelihara imbangan mineral dalam tubuh dan

    untuk agihan kepada tubuh yang memerlukan.

    Manusia perlu menjaga kesihatan untuk

    menggelakkan risiko terhadap masalah kesihatan.

    Oleh itu, kekurangan kalsium dan mineral akanmenyebabkan berlaku patah tulang di kalangan yang

    mengamalkan diet yang ekstrem untuk mengurangkan

    berat badan tanpa bersenam.

    FORUM

    3Ramai orang keinginan untuk mendapatkan tubuhlangsing secara cepat, memaksa diri melakukan diet

    ekstrem. Walaupun hasilnya memang mudah

    berkesan, namun situasi ini membahayakan tubuh.Diet ekstrem yang dicadangkan dengan pola makan

    yang menghilangkan salah satu atau beberapa nutrisi

    yang diperlukan tubuh badan kita, seperti karbohidratdan lemak. Kekurangan air, oksigen atau karbohidrat

    daripada makanan yang berkhasiat pergerakan yang

    kuat seperti mengangkat meja, memindah almari dan

    memanjat pokok tidak dapat dilakukan dengansempurna oleh manusia. Akibat daripada diet ,

    kekurangan kalsium dalam badan akan berkurangan .

    Diet yang mengehadkan penggunaan kalori ini

    mengakibatkan metabolisme anda menjadi perlahan.Menerusi diet berkalori rendah, bukan lemak yang

    dibuang, tetapi otot berdaging yang hilang lalumembuatkan kita lemah dan lesu. Pengambilan fosfat

    dan kalsium yang tidak mencukupi dalam diet

    menjadikan proses penghasilan tulang dan tisu tulang

    akan terganggu. Perkembangan dan pertumbuhan

    23 Nov

    201207:16:57

    PM

    LOGES A/P

    SOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGJ3023 Loges D045747

    8/11

    tulang dipengaruhi oleh nutrisi, hormon, senaman dan

    pendedahan kulit kepada cahaya matahari. Oleh itu,

    apabila kita mengamalkan diet ekstrem denganmengurangkan keperluan tubuh, maka kerencatan

    keperluan pada badan akan terganggu dan akan

    menyebabkan tulang patah apabila diberi tekananlebih.

    FORUM3

    Salam sejatera.Pada masa kini, ramai orang

    mengamalkan diet yang ekstrem untuk mengurangkan

    berat badan dan ia telah menjadikan buah mulut disemua lapisan masyarakat.Namun, banyak kes patah

    tulang juga kerap berlaku dalam kalangan individu

    tersebut kerana mengamalkan diet yang ekstrem

    untuk mengurangkan berat badan tanpa membuatsenaman. Di samping itu, mengamalkan diet yang

    ekstrem akan menyebabkan berlakunya patah tulang

    dan juga osteoporosis. Tulang merupakan strukturyang kompleks dan terdiri daripada kombinasi

    kolagen dan kristal mineral yang terdiri daripada

    kalsium dan fosfat. Oleh itu, kekurangan bersenamakan menyebabkan nutrien diserap dengan tidak

    sempurna oleh sistem gastrousus.Tambahan pula,

    sekiranya seseorang individu tidak mengamalkan dietyang seimbang juga akan menyebabkannya

    kekurangan kalsium dan mengakibatkan tulangnya

    mudah rapuh.

    23 Nov2012

    06:17:06PM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

    FORUM4 Pada pendapat saya, tubuh badan yang berbentukmesomerf merupakan faktor asas bagi seseorangpelari pecut. Pelarian yang sempurna memerlukan

    kesepaduan yang betul antara panjang langkah dengan

    kadar melangkah.Panjang langkah seorang pelariditentukan oleh beberapa factor.Iaitu panjangnya kaki

    pelari,kefleksibelan pinggul,kekuatan dan keanjalan

    otot-otot dan julat pergerakan.

    Mesomorf merupakan individu yang kebanyakannyaberkecendurangan dalam bidang sukan sebagai atlet.

    Mereka mempunyai susuk tubuh yang tegap, kerasdan kuat. Mereka tidak mengalamimasalah beratbadan berlebihan ataupun masalah kekurangan berat

    badan. Mereka boleh makanapa sahaja yang diingini

    tanpa telalu risau mengenainya.Individu mesomorfmempunyai bentuk badan tegap semulajadi tetapi

    mereka perlu melakukansenaman latihan yang

    sewajarnya untuk mengekalkan dan menambah baik

    23 Nov201209:24:10

    PM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGJ3023 Loges D045747

    9/11

    bentuk badan mereka.

    Bagi atlet badan jenis mesomorf boleh memberikan

    tindak balas yang baik bagi sebarang bentuk latihan

    samada latihan kardiovaskular ataupun latihanberbentuk halangan.Seterunya mereka dapat

    mengekalkan tahap rendah lemak badan mereka.

    FORUM4

    Saya setuju dengan pendapat cikgu. Kebanyakan

    pelari-pelari pecut merupakan golongan mesomorph.Dari segi fizikal, Individu mesomorf mempunyai

    susuk tubuh yang tegap, keras dan kuat. Mereka

    memiliki keistimewaan fizikal berbanding denganindividu endomorf dan ektomorf. Mereka mempunyai

    otot badan yang sasa dan mempunyai postur badan

    yang tegap atau lurus serta mudah untuk membina

    otot. Mereka juga mudah mengurangkan sertamenambah berat badan mereka bagi satu tempoh

    masa yang singkat. Keistimewaan dan kelebihan

    tersebut membolehkan mereka sering mencapaikejayaan dalam bidang sukan.

    Kaki bawah langsing serta pinggul yang kecil

    merupakan salah satu daripada ciri-ciri pelari pecut.

    Dengan bentuk kaki pelari itu yang bawah langsing, iamempengaruhi kemenangan mereka. Sebabnya, serat

    otot pada kaki seperti itu efisien dalam menukarkan

    oksigen kepada tenaga dan bersifat fleksibel. Selainitu, mereka juga memiliki keistimewaan fizikal dalam

    aspek keselarasan koordinasi. Kaki dan pinggul

    mereka juga memiliki lemak dan jisim otot yangrendah. Ini dapat membantu pelari dalam menguasai

    kelajuan kaki.

    23 Nov2012

    09:52:57

    PM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

    FORUM4

    Salam 1 Malaysia.

    Mesomorf merupakan individu yang kebanyakannya

    berkecendurangan dalam bidang sukan sebagai atlet.

    Mereka mempunyai susuk tubuh yang tegap, kerasdan kuat. Mereka tidak mengalami masalah berat

    badan berlebihan ataupun masalah kekurangan beratbadan. Mereka boleh makan apa sahaja yang diingini

    tanpa telalu risau mengenainya.

    Kebiasaannya mereka yang mesomorf adalah terdiri

    di kalangan mereka yang sering bekecimpung dalam

    23 Nov2012

    07:35:14PM

    LOGES A/PSOCKALINGAM

  • 7/30/2019 Forum QGJ3023 Loges D045747

    10/11

    bidang sukan ataupun lebih dikenali sebagai atlit. Hal

    ini mereka memiliki keistimewaan fizikal berbanding

    individu endomorf dan ektomorf. Keistimewaan dankelebihan tersebut membolehkan mereka sering

    mencapai kejayaan dalam bidang sukan. Antarakeistimewaan fizikal individu mesomorf ialah mereka

    mempunyai otot badan yang sasa, kelihatan matangdaripada umur sebenar, kulit yang kasar dan

    mempunyai postur badan yang tegap atau lurus.

    Selain daripada mudah untuk membina otot, merekajuga mudah mengurangkan serta menambah berat

    badan mereka bagi satu tempoh masa yang singkat.

    Secara lazimnya, individu lelaki mesomorf memilikibentuk badan jenis segi empat bujur manakala si

    wanitanya memiliki bentuk badan jenis hourglass.

    Dari segi fizikal, individu mesomorf mempunyai

    susuk tubuh yang tegap, keras dan kuat. Rangkamereka adalah sederhana besar dan skala kelebaran

    dan ketinggian aak sempadan. Mereka juga

    merupakan individu yang suka melakukan aktivitiyang dapat memberikan diri mereka sebarang

    cabaran. Mereka cenderung ke arah sebarang

    memiliki tenaga dan penguasaan terhadap sesuatu

    perkara. Mereka mempunyai sifat keberanian yangtinggi dalam mencuba sesuatu perkara baru. Namun

    begitu mereka sering tidak mengambil peduli tehadapsebarang tanggapan dan fikiran orang lain terhadapapa yang mereka lakukan. Ciri-ciri yang lain adalah

    seperti berikut:

    1. tubuh badan yang paling ideal sekali, sederhana

    dan berotot.

    2. postur badan lebih menarik dan perkembangan otot

    lebih pesat dan besar daripada ektomorf.

    3. dapat membina otot dengan lebih cepat dan kulitjuga akan menjadi lebih tebal.

    4. mempunyai lebih kekuatan fizikal dan lebihbertenaga berbanding kategori lain.

    5. tubuh badan lebih berat kerana mempunyai

  • 7/30/2019 Forum QGJ3023 Loges D045747

    11/11

    simpanan jisim otot yang tinggi.

    6. fizikal bahu mereka yang lebih lebar berbanding

    pinggang.

    7. kelebihan individu mesomorf adalah kebolehanmembina dan kemudian menurunkan berat badan

    kembali dengan efisien dan cepat.

    8. kebanyakan manusia di dunia nak tubuh badan

    macam ni tapi tak ramai yang mampu mencapainya.

    9. sukan yang sesuai: renang, gusti, bina badan, lumbalari, bola sepak