faktor merokok

Upload: allen2327

Post on 06-Apr-2018

266 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 faktor merokok

    1/7

    Ma la ys ia n J ou rn al o f P ub lic H e alth M e dic in e 2 00 7, V o l. 7 (1 ): 4 5- 51

    OR IG INAL ART ICLE

    FAK TOR KEK ELUARG AAN DAN A11ALAN M EROKOKD I KALANGAN PELA JA R-PE LA JA R SEKOLAH MENENGAHDI DAERAH KOTA TING GI, JOHO R, M ALAYSIALim KH1, Amal NM1, NorhamimahN, W Rozita WMl , Sumarni MGl1 lnstitut Peny el id ik an P er ub ar an , l al an P aha n g, K u al a L umpur .2 P eja ba t K es ih ata n D ae ra h, K ot a T in gg i, lo ho r.

    ABSTRAKMerokok m eru pa ka n a ma la n y an g d im ula ka n se wa ktu u sia rem aja . B eb era pa ka jia n ya ng d ija la nka n te rd ah ulu d i n eg ara m aju m en da pa tik du arg a m eru pa ka n fa kta r p en yu mb an g ke pa da a ma la n ini. Me sk ip un p e! ba ga i k aj ia n d i n eg ar a- ne ga ra m aju , n am un tidak b an ya k k aj ia nb er ka it an a sp ek ini yang d il apo rkan di negara ini. Dat a k ajia n b er ka it d en ga n p em bo le hu ba h k ek el ua rg aa n i aitu h ub un ga n k ek elu ar ga an ,p an da ng an rem aja ten t an g re ak si ib u b ap a ter ha da p a ma la n m ero ko k, stru ktu r k elu arg a, ju mla h a hli ke lu arg a, sta tu s m ero ko k di kalanganib u b ap a d an ja ntin a d en ga n a ma [a n m ero ko k d ip er oleh i d ari 25 1 pelajar-pe!a jar sekola lt menengah (T ingka tan 5 ) ( 48 .2% ! e! ak i d an 5 1. 8%perempuan) di Dae ra h K ota Tinggi, l aha r. Ka ji an in i m en da pa ti sika p ib u b ap a ya ng n eg atif d an b ap a ya ng tidak me ro ko k m e ru pa ka n f ak to rp elin du ng d ar i ama [a n m er ok ok . H as i! k ajia n m en ca da ng ka n fa kto r k ek e! ua rg aa n m em ain ka n p er an an d al am m em pe ng ar uh i ama [a n m er ok okdi ka !angan jan t ina . Institusi k ek el ua rg aa n h en da kl ah d i[ ib at ka n d al am p ro gr am p en ce ga ha n amal an m e ro ko k di ka langan remaja.Kata kunci: Me ro ko k, h ub un ga n k ek elu ar ga an , r em aj a, K or a Tinggi.

    ABSTRACTT he o nse t of t ob ac co u se o cc ur s p rima ri ly in adolescence . Severa l research conducted in d ev el op ed c ou nt ri es s how ed t ha t f am il y c ha ra ct er is ti cscontributed to ado le s cen t smoking . Few as soc ia t ion s among family characterist ics and ado le s cen t smoking have been exam ined loca ll y. Su rveydata on f am i ly dwrac te ri st ic s ( i. e. f am i ly r ela ti on shiP , pa ren ts ' ag re emen t w i th smoking, f am il y s tr uc tu re , f am il y s iz e a nd p ar en ts ' smoking status)w e re c or re ct ed a n d a ss es se d f r om a s amp le of 25 1 Form 5 students (48.2% male; 51.2% female) in K ot a T in gg i District, l ah ar . H a vi ng p ar en tsw it h n eg at iv e a tt it ud es t ow a rd t hem smok in g ( ex pe ci al fy among f ema le s) a nd f at he rs w ho don' t smoke were p rot ec ti ve fac to r s f rom smoking. Thesef in di ng s s ug ge st t ha t t he f am il y c ha ra ct er is ti cs a re c on tr ib ut in g f ac to rs f or a d ol es ce nt sm ok in g in Ma la ys ia . F ami ly institution should be involvedin adolescents smoking preven t ion programmes .Keywords: Smoking, f am i ly fac to r s, ado le s cen ts , Ko ta Tinggi.

    PENDAHULUANKajian saintifik sejak beberapa dekad yang lalu telahmelaporkan amalan merokok merupakan punca kepadapenyakit dan kematian pra matang yang boleh dicegah', dikala penyakit berjangkit yang merupakan masalah kesihatanawarn di negara ini pada tahun 1970 an dan awal80 an telahdapat dikawal dengan langkah pencegahan dan kawalanyang efektif . Penyakit yang berkait dengan amalan merokokmasih merupakan antara masalah kesihatan awam utamayang membelenggu penduduk di negara ini. Dengan 10,0002kematian dilaporkan setiap rahun dan sekiranya tren merokokdi kalangan penduduk-penduduk di negara ini tidak berubah,adalah dijangkakan bilangan kematian akan meningkatkepada 30,000 rnenjelang 20203

    Amalan merokok bermula sewaktu remaja, mereka yang tidakmerokok sewaktu usia rernaja berkemungkinan besar ridakakan memulakan amalan ini ketikamenjelang dewasa". Kajianyang dijalankan dapati 90% rernaja mula merokok ketika usiaremaja dan 70% darinya akan menjadikannya sebagai amalanharian, Majoriti darinya akan meneruskan amalan ini ketikamenjelang dewasa'. Di samping masalah kesihatan yang bakaldihadapi oleh golongan ini akibat amalan merokok, merekajuga berpotensi untuk terjebak dengan amalan penggunaandadah di kemudian hari (sebagaimana Teori "Gateway) yangdipelopori oleg pengkaji-pengkaji di negara Barat sejak rigadekad yang lalu6,7.Di Malaysia, kajian yang berkait dengan amalan merokok dikalangan remaja telah dimulakan di negara ini sejak 2 dekadyang lalu.Hasilmelaporkan tren prevalenmerokok di kalangan

    45

  • 8/3/2019 faktor merokok

    2/7

    Ma la ys ia n J ou rn al o f P ub lic H ea lth M e dic in e 2 00 7, V oL 7 (1 ): 4 5 51

    remaja hampir menyamai prevalen merokok di kalanganpenduduk dewasa di negara ini", iaitu tinggi di kalangan lelakidan rendah di kalangan wanita9,1O. Prevalen merokok yangtinggi terutamanya di kalangan remaja lelaki adalah fenomenayang membimbangkan, yang mana sekiranva amalan iniditeruskan ke alam dewasa, maka ia akan menyumbang kepadapeningkatan kadar mortaliti dan' rnorbiditi yang berkaitdengan amalan merokok di masa depan di negara ini, Dariitu pengurangan prevalen merokok di ka1angan remaja adalahlangkah jangkapanjang untuk mengatasi masalah kesihatanawam yang berkait dengan penyakit akibat amalan merokok .

    Memahami faktor-fakror yang menyumbang kepada amalanmerokok di kalangan rernaja adalah penting dalam usahamengurangkan preva.en merokok di kalangan remaja,"Social Learning Theory"!' yang diurarakan oleh Banduramembincangkan persekitaran sosial termasuk persekitarankeluarga boleh mempengaruhi tabiat seseorang. Dalam konteksnegara Asia, keluarga rnerupakan institusi sosial yang pentingdalam membentuk keperibadian dan perilaku seseorangindividu. Beberapa kajian telah melaporkan ibubapa yangmerokok dikenalpasti sebagai faktor penyumbang kepadapermulaan amalan merokok di kalangan remaja+!'. Menurut"Social Learning Theory" lagi!', ibubapa merupakan Idolakepada remaja yang masih muda, perlakuan/tabiat yangdiamalkan akan diperhati dan diikuti oleh remaja berkenaansamada secara disedari atau tidak. Remaja akan beranggapanbahawa perlakuan ( merokok ) ini adalah sesuatu yang normasamada dalam keluarga atau masyarakat.Selain dari faktor ibubapa yang merokok, hubungan" danstruktur kekeluargaan" juga dikenalpasti sebagai faktor yangberkaitdengan amalan merokok. Hubungan kekeluargaan yangkurang rap at dankekurangan perhatian yang diberikan olehibubapa terhadap remaja dalam keluarga akan meningkatkanlagi risiko seseorang remaja itu terlibat dengan amalanmerokok. Penemuan ini diperkuatkan lagi dengan penemuanhasil kajian ilmiah yang dijalankan oleh Sweeting et a l (2003 )16mendapati remaja yang berasal dari keluarga yang telah berpisah(samada disebabkan perceraian atau kematian salah seorangdaripada ibubapa) lebih berkecenderungan untuk terlibatdalam pelbagai aktiviti yang berisiko termasuklah amalanmerokok dan. Hasil pemenuan ilmiah ini juga disokongoleh penemuan beberapa orang pengkaji yang menjalankankajian amalan merokok di kalangan remaja17 ,IB, SeLain dariitu, kajian-kajian yang dijalankan juga mendapati ibubapayang mempunyai sikap negatif atau mengutarakan kenyataanyang negatif tentang amalan merokok terutamanya di hadapananak-anak akan mengurangkan risiko anak-anak mereka dariterjebak dengan amalan merokok19 ,20. GoLongan remaja akanmentaksirkan sikap ibubapa ini sebagai tanda tidak beserujudengan arnalan itu dan berkecenderungan untuk bertindakmengikut sikap ibubapa terhadap amaLan berkenaan.Meskipun kajian intensif mengenai perkaitan antara amalanmerokok di kalangan remaja dengan faktor kekeluargaantelah dijalankan di negara-negara barat, namun tidakbanyak kajian yang membincangkan isu ini dengaan lebih

    46

    mendalam di negara ini. Meskipun rerdapat beberapa kajianyang melaporkan tentang perkaitan antara faktor keluargadengan amalan merokok. seperti yang dilaporkan oleh olehSharnsuddin dan Abdul Harris (2000)21, Hanjeet ez al(2003)22.Namun penekanan hanya tertumpu kepada aspek perkaitanantara faktor risiko amalan merokok di kalangan ibubapadengan golongan rernaja. Manakala faktor-faktor kekeluargaanyang lain seperti sikap ibubapa terhadap amalan merokok,hubungan kekeluargaan dan perkaitannya dengan amalanmerokok tidak banyak diberikan perhatian.

    Bagi mernastikan program-program peneegahan am alanmerokok yang berkesan di ka1angan remaja dapat digubal,pengenalpastian faktor-faktor yang menyumbang kepadaamalan merokok adalah penting. Artikel iru akanmembincangkan faktor kekeLuargaan dan perkairannya denganamalan merokok di kalangan remaja. Antara elemen-elemenyang akan dibincangkan meliputi ibubapa yang merokok,hubungan kekeluargaan dan persepsi remaja tentang reaksiibu bapa/penjaga ke pada amalan merokok. Faktor lokalitijuga dimasukkan bagi memastikan faktor pembauran yangberkait dengan pembolehubah ini dapat di kawal ,

    METODOLOGIPenerangan secara terperinci tentang metodologi, protokoldan alat kajian boleh diperolehi dad manuskrip Lim et al(2006)23. Secara ringkasnya, sarnpel kajian ini adalah 337 muridtingkatan 4 yang telah memberikan maklumbalas semasakajian yang dijalankan pada tahun 2005 dan mereka kiniberada dalam tingkatan 5. Borang soal-selidik yang digunakanadalah diadaptasi dad borang soal-selidik yang digunakanoleh Hanjeet e t a F2 dalam kajiannya di Kuala Lumpur. Soaian-soalan yang berkaitan mengandungi lima soalan iaitu i)kasih sayang ibu-bapa, ii) mereka memahami perasaan anda,iii) keakraban anda dengan ibubapa, iv ) perhatian ibu bapaterhadap anda dan v) hubungan dalam keluargaan seearakeseluruhan. Responden dikehendaki mernilih mengikutskala 1hingga 5 yang diberikan berdasarkan tahap kepuasanhubungan dalam keluarga. Skala ini kemudiannya dijumlahdan dipuratakan,Persepsi responden terhadap pandangan ibubapanya ten tangamalan merokok dinilai dengan menanyakan soalan "padapandangan anda, apakah reaksi ibubapa sekiranya mengetahuianda merokok" dan jawapan yang disediakan adalah "tidakkisah", "tidak setuju" dan "amat tidak setuju".Maklumat mengenai ciri-ciri kekeluargaan samada berasal darikeluarga yang terpisah/Ibubapa bereerai atau keluarga yangmasih kekal dan jumlah adik beradik yang tinggal bersamajuga dinilai dalam borang soal-selidik, Status merokok ibubapadinilai dengan menanyakan soalan-soalan "I) adakah bapaanda merokok?" ii) "adakah ibu anda merokok ?" , respondendiberikan pilihan jawapan samada "ya" atau "tidak" .

    Prosedur kajian adalah secara "self administer" yang mana

  • 8/3/2019 faktor merokok

    3/7

    Ma la ys ia n J ou rn al o f P ub lic H e alth M e dic in e 2 00 7, V o l. 7 (1 ): 4 5- 51

    responden dikehendaki menjawab sendiri soalan-soalandalam borang soal-selidik. Sebelum sessi kajian dimulakan,penyelidik memberikan penerangan tentang soalan-soalanyang terdapat dalam borang soal-selidik dan penerangan yanglebih terperinci diberikan kepada bahagian yang mungkinlebih sukar difahami oleh responden, Di samping itu, protokolmenjawab soalan serta penjelasan juga dilampirkan bersamaborang soal-selidik dalam bentuk bertulis untuk memudahkanresponden, Maklumat yang diberikan dijamin kerahsiaannyadan responden dipesan agar tidak menulis nama merekapada borang soal-selidik, Bantuan hanya diberikan kepadaresponden yang mengalami kesukaran dalam menjawab soalanpada borang soal-selidik . Kakitangan sekolah diminta supayatidak berada di dalam kawasan kajian sernasa ia dijalankan.Borang soal-selidik yang telah diisi dikumpul, diikat dandimasukkan dalam sampul surat dan dilak di hadapanresponden . Protokol dan alat kajian yang digunakan telahmendapat kelulusan dari Kementerian Pelajaran dan JabatanPelajaran Negeri [ohor,Analisa statistikSemua data dianalisa dengan menggunakan perisian SPSSversi 11.5. Ujian statistik "Chi square" atau "Fisher Exact test"digunakan untuk menguji perkaitan diantara pernbolehubahkualititarif dengan pembolehubah bersandar (rnerokok),Ujian statistik t tidak bersandar pula digunakan untukmenguji skor hubungan kekeluargaan. Pembolehubah yangkadar singifikannya kurang dari 0.3 kemudiannya dimasukkandalam analisa statistik multivariat logistik binari denganmenggunakan kaedah "backward stepwise", bagi mengawalkesan pembauran yang mungkin wujud. Ujian interaksi duahala yang mungkin dijalankan pada pemboLehubah daLammodel dan didapati interaksi pembolehubah jantina danreaksi ibubapa yang signifikan , pembolehubah jantina danbapa yang merokok masih terdapat dalam model terakhir.Model terakhir dinilai kesesuaiannya dengan menggunakan"Hosrner-Lemeshow goodness of fit test "dan nilai p yangtidak signifikan (p=0.48) menunjukkan model yang dihasilkanadalah baik. Kesemua ujian sratistik dijalankan pada tahapkeyakinan 95%.

    DefinasiPerokok ditakrifkan sebagai rnereka yang menghisap sekurang-kurangnya sebatang rokok daLam tempoh seminggu yanglalu, bekas perokok adaLah mereka yang pernah menghisaprokok namun telah memberhentikan amalan ini sejak 6bulan yang lalu manakala mereka yang tidak pernah merokokdikategorikan sebagai bukan perokok.

    KEPUTUSANDari 337 orang responder, yang terpilih, hanya 251 (74.5%)yang memberikan rnaklurnbalas, 121 (48.2%) adalah lelakidan 130 (51.8%) adalah perempuan. Majoriti respondenadalah dari kawasan sekolah-sekolah FELDA 147 (58.6%),diikuti dari kawasan Bandar 79(31.5%0) dan kampong tradisi24 (9.6%). Analisa statistik yang dijalankan mendapati tiada

    perbezaan dari segi jantina, lokaliti dan taraf merokok diantara responden 2006 dan 2005. (jadual l )jadual 1. Pembandingan ciri-ciri demografi di antararesponden tahun 2006 dan 2006.Pembolehubah Tahun

    2005 2006n(%) n(%)

    LokalitiBandar 126 (37.1) 79 (31.5)FELDA 181 (54.0) 148 (59)Luar Bandar 30 (8.9) 24 (9.6)

    JantinaLelaki 172 (51.5) 121 (48.2)Perempuan 165 (48.5) 130 (51.8)

    Status merokokMerokok 100 (29.7) 67 (26.7)Tidak Merokok 237 (70.3) 184 (73'.3)

    Nilai p

    >0.05

    >0.05

    >0.05Jadual 2 menunjukkan prevalen merokok di kalanganresponden lelaki adalahjauh mengatasi responden perempuan(52.l% berbanding dengan 3.1%, p< 0.001) dan rnajoritimereka yang tidak merokok berpendapat bahawa ibubapa/Jadual2. Perkaitan di antara faktor keluarga dengan amalanmerokokPembolehubah Status merokokMerokok Tidak

    n(%) Merokokn(%)

    Nilai p

    JantinaLelakiPerempuan

    Status keluargaKekalIbubapa berpisah

    63 (52.1)4 (3.1) 58 (47.9) 5 orang adik beradik 32 (29.9)

    Bapa MerokokY aTidak

    106 (76.8) 0.23575(71.1)

    39 (26.9)9 (15.3)

    106 (73.1) 0.07650 (84.7)

    Ibu merokok*Y aTidak

    0(0)4 (2.5) 71 (100) 0.574157 (97.5)Reaksi ibubapaTidak setujuAmat tidak setuju

    LokalitiKawasan Felda 55 (37.2)Bukan Kawasan Felda 12 (11.7)

    25 (50)40 (20.3)

    25 (50)

  • 8/3/2019 faktor merokok

    4/7

    Malaysian Journal of Public Health Medicine 2007, Vol. 7(1),45.51

    penjaga mereka amat tidak setuiu dengan amalan berkenaan(79.7% berhanding dengan 50%, p< 0.001 ).Hubungan kekeluargaan yang wujud di kalangan respondenyang merokok dan tidak merokok tidak menunjukkanperbezaan yang signifikan (4.14 berbanding dengan 4.12,p>0.05). (jadual 3)Jadual 3. Skor hubungan kekeluargaan dengan amalanmerokokPembolehubah Status merokok

    Merokok TidakMean (sp)" Merokok

    Mean (spl

    nilai nilait p

    Skor HubunganKekeluargaan

    4.14 (0.08) 4.12 (0.87) 0.187 >0.05

    Catatan:sp * . s is ihan p iawa i .Analisa multivariat yang dijalankan mendapati hanyapembolehubah sikap ibubapa yang amat tidak bersetujudengan amalan merokok, lokaliti (tinggal di kawasan bandardan luar bandar) dan jant ina perempuan rnerupakan faktorpelindung dari amalan merokok, dengan interaksi dua halayang signifikan antara pembolehubah sikap ibubapa denganpembolehubah jantina (ladual d).Jadual 4. Analisa Multivariat aritara faktor kekeluargaandengan amalan merokokPembolehubah "Odd ratio" "Adjusted

    (95% CI ) odd ratio"(95% CD

    JantinaLelaki 34.22 20.49

    (11.89-98.50) (5.64-74.43)Perempuan rujukan rujukan

    Status keluargaKekal rujukanIbubapa berpisah 1.53 (0.733.20)

    Jumlah Ahli Keluarga1-5 adik beradik rujukan>5 orang adik beradik 1.41 (0.80-2.51)

    Bapa MerokokYa 2.04 2.39

    (0.92-4.55) (0.856.72)Tidak rujukan

    LokalitiKawasan Felda 4.49 4.19

    (2.25-8.92) (1.62-10.84 )Bukan Kawasan Felda rujukan

    Reaksi ibuhapa'janrina 5.01 (1.75-14.33)Catatan:P em bo le hu ba h S tru ia wr k elu ar ga d an ju mla h a hli k elu arg a tid akte rm a su k d al am m od el terakflir yang dihasi !kan .48

    PERBINCANGANHubungan antara faktor kekeluargaan dengan amalan merokokdi kalangan remaja telah banyak dikaji di negara-negara majusejak beberapa dekad yang lalu, namun tidak banyak kajianyang menyentuh aspek ini dijalankan di negara ini. Artikelini merupakan penulisan pertama yang membincangkanperkaitan antara aspek kekeluargaan dengan amalan merokokdi negara ini. (sepanjang pengetahuan karni), Hasil penemuanmendapati beberapa faktor kekeluargaan memainkan peranandalam amalan merokok di kalangan rernaja.PemboLehubah jantina dan reaksi ibubapa yang amat tidaksetuju terhadap amalan rnerokok yang signifikan dalamanalisa univariat serta menunjukkan interaksi dua hala yangsignifikan dalam analisa multivariat merupakan antara faktorkekeluargaan yang mempengaruhi amalan merokok. Remajalelaki dan wanita mempunyai persepsi bahawa ibubapadidapati mempunyai sikap yang berbeza terhadap amalanmerokok di kalangan anak-anak mereka, iaitu amat tidaksetuju terhadap amalan ini di kalangan anak perempuanmanakala lebih fleksibel terhadap amalan merokok terhadapan~k lelaki. Penernuan yang sama juga dilaporkan oleh Shakibet at. (2003)24 dalam kajiannya di kalangan remaja di negaraChina. Sikap yang sedemikian mungkin mempunyai perkaitandengan budaya ketimuran yang mana amalan merokok dikalangan wanita dianggap sesuatu yang berrentangan dengannorma yang wujud di dalam masyarakat. Di samping itujuga, golongan wanita dianggap sebagai golongan yang Iemahdan diberikan perhatian yang lebih oleh ibubapa? mungkinmerupakan faktor kepada wujudnya fenomena di atas, Sikapyang sedemikian merupakan faktor yang menyumbang kepadakadar prevalen merokok yang rendah di kalangan respondenwanita dan tinggi dikalangan lelaki dalam kajian ini.Bapayangmerokokjuga d idapati meningkatkan risikoseseorangremaja itu terjebak dengan amalan merokok (rneskipun tidakslgnifikan) di dalam kajian ini, "Social learning theory"!' yangmengutarakan anak-anak akan mernpelajari sesuatu melaluipemerhatian yang mana kesan pembelajaran akan lebih ketaradengan jantina yang sama, iaitu bapa dengan anak lelaki danibu dengan anak perempuarr". Di samping mempelajariperlakuan bapa melalui pemerhatian, sikap ibubapa yangmerokok atau bekas perokok juga didapati lebih "lembut"terhadap amalan merokok berbanding dengan ibubapa yangtidak merokok yang dilaporkan dalam kajian-kajian sebelumini mungkin merupakan suatu lagifaktor penyumbang kepadaamalan merokok di kalangan remaja". Hasil kajian yang samatelah dilaporkan samada di peringkat tempatan atau di luarnegara [2.21.Bilangan ahli keluarga yangramai didapati tidak mempengaruhiamalan merokok di kalangan responden. Penemuan in! adalahhercanggah dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Hanjeeter aF 2 di Kuala Lumpur. Fenomena ini mungkin disebabkanperbezaan dari segi sosial demografi responden yang terlibatdalam kajian ini dengan responden dalam kajian yangdijalankan oleh Hanjeet er at. Kos sara hidup yang tinggi di

  • 8/3/2019 faktor merokok

    5/7

    Ma la ys ia n J ou rn al o f P ub li c H e al th M e di ci ne 2 00 7, V o l. 7 (1 ): 4 5 51

    ibu kora mengakibatgkan majoriti ibu bapa terpaksa bekerjauntuk mencari sumber rezeki di ibu kota bagi menampungperbelanjaan harian, Oleh sebab itu, mereka tidak berupayamemberikan perhatian kepada anak-anak, apatah lagisekiranya struktur kekeluargaan adalah besar. Berbeza denganresponden dalam kajian ini, yang mana kebanyakan ibumerupakan golongan suri rumah, perhatian dan jagaan yanglebih diberikan oleh ibubapa terhadap mereka. Faktor initurut memberi penjelasan kepada faktor tiada perbezaanantara pembolehubah hubungan kekeluargaan denganpembolehubah amalan merokok di kalangan remaja. Walhalpembolehubah ini (hubungan kekeluargaan) telah dikenalpastisebagai suatu pembolehubah yang mempengaruhi amalanmerokok di kalangan remaja", Walaubagaimanapn puneasebenar berlakunya fenomena ini perlu dikaji dengan lebihmendalam lagi dalam kajian-kajian yang bakal dijalankan dirnasa depan.Persekitaran keluarga yang berbeza di antara keluarga yangibubapanva telah berpisah dengan keluarga yang masih kekaladalah dari dari segi kualiti hubungan kekeluargaan danperhatian yang diberikan oleh ibubapa kepada anak-anakjuga terdapat dari kajian ini (data tidak ditunjukkan). Namunperbezaan ini didapati tidak mempengaruhi amalan merokokdi kalangan responden dalam kajian ini sebagaimana yangterdapat dalam kajian-kajian yang dijalankan sebelum iniyang mana remaja dari kalangan keluarga yang ibuhapanyatelah berpisah lebih berkecenderungan untuk terlibat denganamalan merokok'

  • 8/3/2019 faktor merokok

    6/7

    Malaysian Journal of Public Health Medicine 2007, Vol . 7(1): 45,51

    tinggi dengan kajian yang menggunakan borang soal-selidtkdan verifikasi biokimia". Selain dari itu persepsi remajaterhadap pembolehubah kekeluargaan yang dilaporkan olehremaja itu sendiri mungkin tidak bertepatan dengan keadaanyang sebenarnya dalam keluarga. Namun pada hakikatnya,persepsi remajalah yang menyumbang kepada amalan berkaitdengan kesihatan yang diamalkan oleh mereka. Selain dariitu pembolehubah-pembolehubah seperti "parenting style"dalam keluarga serta peraturan-peraturan berkait denganamalan merokok dalam keluarga yang didapati mempengaruhiamalan merokok tidak diukur dalam kajian ini yang manaelemen-elerncn ini perlu dihalusi dalam kajian yang akandatang, Selain dari itu pembolehubah-pembolehubah yangrelah dikenalpasti mernpunyai kaitan dengan amalan merokokdi kalangan remaja seperti pengaruh kawan yang merokok33,34, pengaruh guru", senang mernperolehi rokok" dan duitpoker yang berlebihan-! tidak dibincangkan dalam manuskripini memandangkan sebahagian pembolehubah berkenaan(pengaruh guru, senang memperolehi rokok dan duit poketyang berlebihan) tidak disiasat dalam kajian ini.Penambahan pembolehubah-pembolehubah yang tersebut diatas serta lain-lain faktor yang berkait dengan arnalan merokokdi kalangan rernaja adalah dicadangkan dalam kajian akandatang. Dengan penyiasatan yang komprehensif, faktor yangberkait dengan amalan merokok di kalangan remaja dapatdifahami dengan lebih mendalam.

    KESIMPULANCiri-ciri kekeluargaan didapati mempunyai perkaitan denganarnalan merokok di kalangan remaja. Kajian ini mendapatisikap ibubapa yang amat negarif terhadap amalan merokokdan bapa yang merokok merupakan faktor penyumbangkepada amalan merokok di kalangan rernaja. Dengan itu,program-program intervensi yang bakal dijalankan di masadepan perlu melibatkan institusi kekeluargaan supaya usaha-usaha dalam pencegahan amalan merokok akan lebih berkesanyang sekaligus menyurnbang kepada pengurangan prevalenmerokok di kalangan remaja.

    RUJUKANL Bartal M. Health effects of tobacco use and exposure,

    Mon ald i A rc h Chest Dis 2001; 56 :545-554.2. Chua (2003). Press statement by The Minister of Health,

    The Hon Dato' Chua Jui Meng on tobacco control inMalaysia on 7 Nov 1996. (Access 12/3/05)http://www.globalink.org/ tobacco/ docs/ ap-doca/ myOlhtm

    50

    3. Ministry of Health Malaysia. Clinical Practice Guidelineson Treatment of Tobacco Use and Dependence 2003.Available from http://www.moh.gov.my/MedicaVHTAWeb%20CPG/Treatemnt%20of%20tobacco%20and%Odepence.pdf, 2003. (accessed 16January 2007).

    4. u.s. Department of Health and Human ServicesPreventing tobacco use among YOUl1geople: A report ofthe surgeon general, 1994, U.S. Department of Healthand Human Services, Public Health service, Centers forDisease Control and Prevention, National Center forChronic Disease Prevention and Health Promotion,Office on Smoking and Health, Atlanta, GA (1994).

    5. Fergusson DM, Horwood LJ. Transitions to cigarettesmoking during adolescence. Addict Behav 1995; 20:627642.

    6. Fleming R, Leventhal H, Glynn K, Ershler J . The role ofcigarettes in the initiation and progression of earlysubstance use. Addi ct iv e Beha vi or s 1989; l4(3): 26l-272.

    7. Torabi MR, Bailey W] & Majd-jabbar M. Cigarettesmoking as a predictor of alcohol and other drug use bychildren and adolescents: evidence of the "gateway drugeffect".] Schoo l Hea lth 1993; 63 (7): 302-306.

    8. Haniza MA, Suraya A NHMS2 Conference 1997; 15:118-125.

    9. Thambypillai V. Smoking among urban Malaysian schoolchildren.J Mal Soc Health 1985; 21(7): 818-823.

    10. Naing NN, Ahmad Z, Musa R, Abdul Hamid FR,Ghazali H &Abu Bakar MH. Factors Related to smokinghabits of male adolescents. Tobacco Induces Diseases2004; 2(3): 133-140.

    11.A Bandura, Social learning theory, Prentice-Hall,Englewood Cliffs, N] (1977).

    12. Chassin L, Presson CC, Sherman S], Mulvenon S. Familyhistory of smoking and young adult smoking behaviour.Psycho !Add ic ti ve Beha v 1994; 8: 102-110.

    13. Barman SK, Pulkkinen L, Kaprio ], Rose R].Inattentiveness, parental smoking and adolescentsmoking initiation. Addiction 2004; 104961.

    14.S imons-Morton B, Crump AD, Haynie DL, Saylor KE,Eitel P, Yu K. Psychosocial, school, and parent factorsassociated with recent smoking among early-adolescentboys and girls. Pre v Med 1999; 28: 138,148.

    15.Kokkevi A, Richardson C, Florescu S, Kuzman M,Stergar E. Psychosocial correlates of substances usein adolescence: A Cross National Study in Six Europeancountries. Drug &Alcoho l Dependence 2007; 86: 67-74.

    http://www.globalink.org/http://www.moh.gov.my/MedicaVHTAhttp://www.moh.gov.my/MedicaVHTAhttp://www.globalink.org/
  • 8/3/2019 faktor merokok

    7/7