folio sejarah tingkatan 3 2011 mpsj

27
Penghargaan 1

Upload: syiera-

Post on 03-Jul-2015

1.558 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ni yg lengkap sikit~!

TRANSCRIPT

Penghargaan

1

Bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpahkurnia-Nya akhirnya saya dapat juga

menyiapkan kerja kursus sejarah ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak

sekolah saya.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Pn. Hiakmah pengetua Sekolah

Menengah Kebangsaan Puchong (SMKP) dan Pn.Sivagami selaku guru mata pelajaran sejarah

tingkatan 3KRK yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta panduan ketika

menyiapkan kerja kursus sejarah ini.

Sekalung jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu Siti Mastura

dan ayah Nor Asmadi ,serta ahli keluarga yang lain telah banyak bantu dari segi kewangan

mahu pun pengetahuan atau mencari bahan.Tidak lupa juga kepada rakan–rakan perjuangan

yang lain iaitu Aqilah, Kusha, Nani dan I’zatul kerana banyak memberi kerjasama dan

berkongsi pengetahuan tentang maklumat kerja kursus ini.

2

OBJEKTIF KAJIAN

Saya telah menjalankan kajian yang bertajuk “Institusi Pentadbiran tempatan yang terdapat

di negara kita. Objektif kajian adalah seperti,melalui kajian yang dibuat, saya dapat mengenalpasti

sumber-sumber institusi pentadbiran dengan sahih dan tepat seperti sejarah MPSJ dan juga carta

organisasi mereka.

Selain itu saya juga dapat mengetahui secara lebih mendalam matlamat Majlis

Pembandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk membangunkan bandaraya Petaling.

Tambahan pula, melalui kajian ini juga, saya dapat mengetahui sejarah penubuhan,

undang-undang kecil, peranan pentadbiran serta cara pelantikan pentadbir.Secara tidak langsung

dapat menanamkan semangat patriotism dan jati diri dalam kalangan generasi muda .

3

KAEDAH KAJIAN Dalam menyiapkan kajian ini, beberapa kaedah kajian telah digunakan untuk mendapat

maklumat yang diperlukan. Antara kaedah yang saya gunakan ialah melayari internet maklumat-

maklumat mudah diperoleh melalui internet.Internet juga dapat membantu saya dalam memuat

turun bahan-bahan yang saya perlukan dengan cepat.

 Oleh kerana saya memilih Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sebagai topik saya

dalam folio ini, saya dan rakan-rakan telah melawat tempat kajian di Kompleks 3C, Shah Alam.

Disana, kami juga telah menangkap gambar sebagai bukti kami pergi ke sana.

Selain itu, saya telah mengambil beberapa majalah mengenai ketika melawat di sana.

Seterusnya, di sana saya juga telah mengambil beberapa pamplet mengenai Kompleks 3C.

4

HASIL KAJIAN

Institusi Pentadbiran Tempatan

Nama Rasmi:Majlis Perbandaran Subang Jaya

Nama Ringkas: MPSJ

Lokasi:Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Persiaran Perpaduan, 

Jalan USJ 5, 47610, Subang Jaya, Selangor ‘

L a t a r b e l a k a n g

Majlis Perbandaran Subang Jaya ditubuhkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976

(Akta 171) di bawah seksyen 4. Sebelum diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Subang Jaya, ia

dikenali sebagai Majlis Daerah Petaling

Pada tahun 1994, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk menaik taraf Majlis

Daerah Petaling kepada Majlis Pembandaran dan menamakannya sebagai Majlis Perbandaran

Subang Jaya. Tujuan kenaikan taraf ini ialah untuk menyusun semula organisasi pentadbiran bagi

menghadapi tekanan pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan pemuliharaan alam sekitar.

Melalui warta Kerajaan Negeri Selangor No 62, Majlis Perbandaran Subang Jaya telah

diwartakan pada 2hb Januari 1997 mengikut pelan warta 1192 dengan keluasan 161.8 km persegi

dan terbahagi kepada 3 zon utama iaitu Zon Damansara (Subang Jaya , Bukit Lanchong),

Zon Puchong (keseluruhan Puchong) dan Zon Seri Kembangan (Serdang, Seri

5

Kembangan, Universiti Putra Malaysia dan sebahagian hutan simpan Air Hitam). Kawasan

pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya juga terletak dalam kawasan Pentadbiran Daerah

Petaling.

Majlis Perbandaran Subang Jaya telah dilancarkan secara rasmi olehMenteri Besar Selangor,

YAB Dato' Seri Dr Haji Abu Hassan Omar pada 25 April 1998.

6

Objektif Penubuhan

Antara objektif penubuhan MPSJ ialah mereka bertanggungjawab di atas

perancangan kawasan dan pengawalan bagi mencapai matlamat yang dirancangkan.

Selain itu, mereka juga bertanggungjawab dalam membuat dasar berkenaan dengan

perancangan dan pembangunan tanah dan bangunan di dalam kawasannya.

Seterusnya mereka juga merancang dan melaksanakan program-program

pembangunan, sosio-ekonomi dengan koordinasi, bantuan serta kerjasama Negeri dan

Kerajaan Persekutuan.Memastikan semua bangunan yang dibina mengikut keperluan

Undang-Undang Bangunan dan mematuhi garis panduan fizikal yang ditetapkan.

Mereka juga akan memastikan perancangan dan pelaksanaan projek-projek

pembangunan serta penyelenggaraan infrastruktur dijalankan dengan baik untuk

kemudahan dan keselesaan awam.

Tambahan lagi MPSJ juga bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem percukaian

dan sewaan yang adil melalui penilaian dan pengurusan harta yang berkesan serta

‘reliable’. Akhirnya memastikan perkhidmatan perbandaran pada tahap yang

memuaskan melalui proses penyeliaan yang cekap dan berkesan juga antara objektif

penubuhan mereka

7

Visi

Visi ialah menjadi PBT terunggul bertaraf antarabangsa berteraskan

Perbandaran Bestari Kota Niaga dan kediaman Idaman

Misi

Misi ialah menguruskan perkidmatan perbandaran bertaraf antarabangsa ke

arah menjadikan Majilis sebuah perbandaran sejahtera , bestari dan dinamik

menjelang 2020

Lagu

Di sini kita bina Bandar impian...Di sini kita maju seiring wawasan...Kejayaan kita... untuk

masa depan...Bersatu hati sematkan di jiwa...

Mewangi bunga menghiasi di taman...Berdiri megah kota dari keringat waja...Kejayaan

kita... untuk anak bangsa...Warisan bangsa tetap terpelihara... (MPSJ)Korus :Bersama-

samalah kita...Kekal keindahannya...Bersama-samalah usaha...Maju ke hadapan...Di mana

8

jua berada...Selesa ceria...Bekerjasamalah kita...Demi kejayaan MPSJ...Majlis

Perbandaran Subang Jaya...

Senarai pentadbir:

Ahli Majlis

Senarai Nama Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Subang Jaya

 Bil  Gambar  Nama, E-Mel Dan Nombor Telefon

 1.

   Nama : Y. Bhg Dato' Adnan Bin Hj Md. Ikshan   Alamat : Majlis Perbandaran Subang Jaya,                  Persiaran Perpaduan, USJ 5,                   47610, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.   E-Mel : [email protected]   No. Telefon : 0380263102 (Pejabat)                           0356376569 (Fax)

 2.

    

   Nama : Encik Roslan Shahir Bin Datuk Mohd Shahir   Alamat : No 8, Jalan SS14/8H,                  47500, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.   E-Mel : [email protected]   No. Telefon : 0192601033 (HP)                           0356210592 (Fax)

9

 3.

   Nama : Encik Ismail Kamal Bin Abdul Rahman   Alamat : No 7A,  Tiara Square,                   Jalan Tiara, Taman Perindustrian UEP,                  47600, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.   E-Mel : [email protected]   No. Telefon : 0193692173 (HP)                           0380248542 (Fax)

 4.

 

   Nama : Encik Pooi Weng Keong   Alamat : No 24, Jalan 20/9, Paramount Garden,                  46300, Petaling Jaya, Selangor darul Ehsan.   E-Mel : [email protected]   No. Telefon : 0123307280 (HP)                           0340424240 (Fax)

 5.

   Nama : Encik Arumugam A/L Kalimuthu   Alamat : No 9-2, Jalan PJS 8/12, Dataran Mentari,                  46150, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.   E-Mel : [email protected]   No. Telefon : 0162108770 (HP)                           0356301210 (Fax)

 6.

 

   Nama : Encik Mohd Nasir Bin Yusoff   Alamat : Lot 145, Jalan Berkat 5,                  Kampung Seri Aman,                   47100, Puchong, Selangor Darul Ehsan.   E-Mel : [email protected]   No. Telefon : 0192710234 (HP)                           0380614801 (Fax)

 7.

 

   Nama : Encik Keshminder Singh A/L K.Karam   Alamat : 86, Jalan SS23/31, Taman Sea,                  47400, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.   E-Mel : [email protected]   No. Telefon : 0193350250 (HP)                           0378803088 (Fax)

10

 8.

 

   Nama : Encik Chin Sou Bong   Alamat : Balai Masyarakat Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ,                  Jalan BP 2/2, Bandar Bukit Puchong,                  47100, Puchong, Selangor Darul Ehsan.   E-Mel : [email protected]   No. Telefon : 0122330095 (HP)                           0379551058 (Fax)

11

Undang-Undang Kecil

MPSJ juga mempunyai beberapa undang-undang kecil, antaranya ialah Undang-Undang

Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) Majlis Perbandaran Subang Jaya) Kerajaan Tempatan

(2005), Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) Majlis Perbandaran 3.Subang

Jaya (Jalan, Parit Dan Bangunan (2005),Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan

Perindustrian (MPSJ) 2007,Undang-Undang Kecil Penjaja (MPSJ) 2007,Undang-Undang Kecil

Iklan (MPSJ) 2007, Undang-Undang Kecil, Iklan Pilihanraya (MPSJ) 2007, Undang-Undang Kecil

Kerja Tanah (MPSJ) 2007, Undang-Undang Kecil Pasar (MPSJ) 2007, Undang-Undang Kecil

Pengendali Makanan (MPSJ) 2007, Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan

Kesihatan 2007 dan Undang-Undang Kecil Vendalisme (MPSJ) 2005

12

Garis Panduan

MPSJ juga mempunyai beberapa garis panduan untuk beberapa kategori antaranya

kategorinya adalah mengikut Jabatan Pelesenan. Garis panduan kategori ini ialah Garis Panduan

Meletakkan Kerusi Meja Diluar Premis, Garis Panduan Bazar Ramadhan, Garis Panduan Lesen

Pasar Malam & Pasar Pagi, Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran, Garis Panduan Pasar

Basah, Garis Panduan Permit Sementara Kiosk Penjaja, Garis Panduan Permit Sementara Penjaja,

Garis Panduan Pusat Hiburan Keluarga , Syarat - Syarat Lesen Hiburan (Am), Syarat - Syarat Lesen

Hiburan (Karaoke), Syarat - Syarat Lesen Hiburan (Snooker) dan juga Garis Panduan Pusat Siber

dan Kafe Siber

Kategori yang kedua pula adal Jabatan Undang-undang garis panduannya ialah Garis

Panduan Tatacara Penggunaan Web Dan Mel Di Agensi - Agensi Kerajaan

Kategori yang ketiga adalah Bahagian Khidmat Masyarakat mempunyai satu garis panduan

iaitu Garis Panduan Pengurusan Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ

Kategori yang keempat adalah Jabatan Kontrak & Ukur Bahan garis pandunnya ialah Garis

Panduan Pembelian Tender/ Sebutharga Secara 'online'

Kategori keempat pula ialah Jabatan Perkhidmatan Bandar mempunyai dua garis panduan

iaitu Garis Panduan Pengurusan Sampah & Penyediaan Tong Sampah dan juga Garis Panduan

Pengurusan Sampah Pasar Malam & Pasar Pagi

Kategori yang terakhir adalah Jabatan Bangunan mempunyai satu garis panduan sahaja iaitu

Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Bagi Rumah Kediaman/Bangunan Perniagaan Yang

Dijadikan Asrama Pelajar

13

Peranan MPSJ

EKONOMI

Seramai 12 panel penilai AKPM 2008 diketuai oleh Y.Bhg Dato’ Normah bt Md.Yusuf.

Ketua Pengarah MAMPU telah mengadakan lawatan ke MPSJ. Kumpulan 12 orang anggota panel

telah diberi taklimat oleh Yg.Bhg Dato’ Adnan bin Hj Md Ikshan YDP MPSJ berhubung segala

pelaksanaan MPSJ bagi memperkasa sistem penyampaian perkhidmatannya kearah tadbir urus yang

gemilang. MPSJ juga mengadakan pameran di ruang ibu pejabat MPSJ berhubung elemen

kecermelangan organisasi di MPSJ. Anggota panel turut dibawa melawat beberapa kawasan yang

mencerminkan pelaksanaan kriteria kecermelangan yang dimaksudkan.

KEBAJIKAN

Pada 9 September 2008, bertempat di Hotel Summit USJ Subang Jaya telah berlangsung

Majlis Berbuka Puasa Bernama Media dan penyampaian sumbangan sempena Ramadhan Al-

Mubarak 2008. Selain meraikan rakan-rakan media dan membina jalinan hubungan yang lebih akrab

bersama pihak media massa, turut diadakan upacara penyampaian sumbangan kepada anak-anak

yatim, ibu tunggal dan golongan OKU

KEBUDAYAAN

MPSJ dengan kejersama persatuan seni jahitan kreatif (PSJK) telah mengadakan Bengkel jahitan dan sulaman kreatif pada 16 September 2008 bertempat di Laman Kenanga MPSJ. Turut hadir sama mengokong program adalah Y.Bhg Dato’ Adnan bin Haji Md Ikshan YDP MPSJ, Tuan TYDP dan Tuan SUP

14

KEMASYARAKATAN

Pada 25 Ogos 2008 di Laman Kenanga MPSJ telah diadakan program derma darah anjuran bersama MPSJ dan Pusat Darah Negara. Sebanyak 50850 ml darah berjaya dikumpul dari 113 penderma pada hari tersebut.

15

Projek

Penyelengaraan

LANSKAP PEMBERSIHAN JALAN

PENGUTIPAN SAMPAH

PEMASANGAN CCTV

ROAD KORBS MENAIKTARAF JALAN

LAMPU JALAN / PERHIASAN

16

IMPAK-PENCAPAIAN 13

TAHUN MPSJ

Terdapat beberapa pencapaian selama 13 tahun MPSJ antaranya ialah Anugerah Bandar

Lestari “Anugerah Alam Sekitar 2009/2010” kategori perbandaran, Anugerah Zon Bersih Pihak

Berkuasa Tempatan Selangor, Anugerah Inovasi Menteri Besar Selangor,Anugerah Inovasi Sektor

Awam Selangor dan pelbagai lagi.

17

Profil

Pembangunan

Pegangan = 232,915

18

Pembangunan Tanih

19

RUMUSAN

Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur patriotisme yang

saya perolehi. Melalui kajian yang saya lakukan,kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia.

Kita harus merasa bersyukur kerana hidup di dalam sesebuah negara yang aman damai yang pesat

membangun.. Kita dapat perhatikan MPSJ yang sentiasa berusaha membantu memajukan ekonomi

rakyat dan negara.

Melalui kajian ini juga, unsur semangat kekitaan dan perpaduan pelbagai kaum juga dapatdi

perhatikan.Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada

perkembangan dan kemajuan pesat Majlis Pembandaran Subang Jaya (MPSJ) adalah kerana nilai-

nilai murni yang diamalkan oleh para pegawai, staff sokongan dan juga para pekerja ladang. Antara

nilai-nilai murni tersebut ialah seperti bersatu padu, bertolak ansur, bekerjasama, hormat

menghormati dan sentiasa bermuafakat dalam setiap urusan dan perkara. Pendek kata, semangat 1

Malaysia memang tertanam dalam diri setiap warga MPSJ.

20

Selain itu, unsur patriotisme seperti berdisiplin dalam setiap tindakan juga merupakan antara

nilai murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian. Sebagai pentadbir atau pemimpin yang

menjadi contoh teladan kepada golongan bawahan, nilai disiplin diri yang unggul perlu

diamalkan.Hal ini dapat saya perhatikan dalam diri warga pentadbir di Pejabat MPSJ yang mana

mereka sentiasa berbudi pekerti mulia, mematuhi peraturan dan undang-undang serta bersifat

amanah dan jujur dalam tugas.

Akhirnya, Kajian Kerja Kursus Sejarah ini juga menyedarkan saya tentang pentingnya sifat

sentiasa berusaha dan produktif pada setiap masa. Kerajinan dan kegigihanserta ketabahan

menghadapi cabaran yang ditunjukkan oleh Felcra Berhad Pulau Banggi dapat dijadikan inspirasi

seluruh rakyat Malaysia agar terus menyokong dan melibatkan diri dalam sebarang usaha

pembangunannegara untuk menuju Wawasan 2020.

21

22

23