folio seni jalinan tingkatan 3

13
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPUNG SELAMAT PENDIDIKAN SENI VISUAL JALINAN NAMA : NURUL HAFIZAH BINTI ZULKIFLEE

Upload: nurul-hafizah

Post on 13-Apr-2017

950 views

Category:

Internet


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio seni jalinan tingkatan 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPUNG SELAMAT

PENDIDIKAN SENI VISUAL

JALINAN

NAMA : NURUL HAFIZAH BINTI ZULKIFLEETINGKATAN : 3 CENDEKIA

Page 2: Folio seni jalinan tingkatan 3

JALINAN

APA ITU JALINAN ?

1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain.

2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi tampak yang berbeza.

3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.

Jalinan pada keratin rentas batang pokok

Page 3: Folio seni jalinan tingkatan 3

Jalinan pada kulit harimau belang

Jalinan pada kulit siput

CONTOH JALINAN PADA ALAM SEMULAJADI

REKAHAN PADA TANAH

JALINAN KASAR PADA PERMUKAAN BATU

Page 4: Folio seni jalinan tingkatan 3

JALINAN BERDURI PADA KULIT DURIAN

CONTOH JALINAN PADA BENDA BUATAN MANUSIA

JALINAN PADA LANGIT-LANGIT RUMAH

JENIS-JENIS JALINAN

1. JALINAN SENTUHa. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan

seperti , permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang.b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa

teknik seperti, capan, cetakan, gosokan dan sebagainya.

Jalinan sentuh – kulit kerang

Jalinan sentuh – tayar motosikal

Page 5: Folio seni jalinan tingkatan 3

2. Jalinan TampakMerupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.

Jalinan tampak – kertas dinding

Jalinan tampak – kulit tembikai

Page 6: Folio seni jalinan tingkatan 3

FUNGSI JALINAN

1. Sebagai penyamaran – seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang.

Jalinan pada kuda belang

Jalinan pada sesumpah

2. Menahan geseran – tayar kereta, tapak kasut.

Tapak kasut

Page 7: Folio seni jalinan tingkatan 3

3. Sebagai hiasan – corak pakaian, corak kertas dinding

Corak

4. Pengaliran air dan udara

Jala ikan

CONTOH PENGHASILAN KARYA BERJALINAN TAMPAK .

Gosokan

Page 8: Folio seni jalinan tingkatan 3

Teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana permukaan kertas hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu .

Hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan.

Capan

Kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu disapu warna dan dicap pada permukaan kertas.

Ikat dan celup

Menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian kain yang tidak diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali raffia, kain hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki.

Page 9: Folio seni jalinan tingkatan 3

Pulaman

Menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam trav lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.

Batik Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya.

Lukisan dan catan Menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi

jalinan.

Page 10: Folio seni jalinan tingkatan 3

KAEDAH PENGHASILAN KARYA BERJALINAN SENTUH

Anyaman

Penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya.

Tenunan Jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh.

Sulaman Semua jenis sulaman termasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan

sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh.

Page 11: Folio seni jalinan tingkatan 3

Kolaj

Merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat daripada bahan – bahan seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain – lain.