folio sejarah tingkatan 3 2011 mpsj

23
INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN Bil Perkara Muka surat 1 Tajuk kajian

Upload: syiera-

Post on 03-Jul-2015

16.657 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sorry x tersusun >

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Sejarah Tingkatan 3 2011 MPSJ

INSTITUSI

PENTADBIRAN

TEMPATAN

Bil Perkara Muka surat

1 Tajuk kajian

2 Senarai kandungan

3 Panghargaan

Page 2: Folio Sejarah Tingkatan 3 2011 MPSJ

4 Objektif kajian

5 Kaedah kajian

6 Hasil kajian

7 Rumusan

8 Lampiran

9 Rujukan

Penghargaan

Page 3: Folio Sejarah Tingkatan 3 2011 MPSJ

Bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpahkurnia-Nya akhirnya saya dapat juga

menyiapkan kerja kursus sejarah ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak

sekolah saya.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Pn. Hiakmah pengetua Sekolah

Menengah Kebangsaan Puchong (SMKP) dan Pn.Sivagami selaku guru mata pelajaran sejarah

tingkatan 3KRK yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta panduan ketika

menyiapkan kerja kursus sejarah ini.

Sekalung jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu Siti Mastura

dan ayah Nor Asmadi ,serta ahli keluarga yang lain telah banyak bantu dari segi kewangan

mahu pun pengetahuan atau mencari bahan.Tidak lupa juga kepada rakan–rakan perjuangan

yang lain iaitu Aqilah, Kusha, Nani dan I’zatul kerana banyak memberi kerjasama dan

berkongsi pengetahuan tentang maklumat kerja kursus ini.

Page 4: Folio Sejarah Tingkatan 3 2011 MPSJ

OBJEKTIF KAJIAN

Saya telah menjalankan kajian yang bertajuk “Institusi Pentadbiran tempatan yang terdapat

di negara kita. Objektif kajian adalah seperti,melalui kajian yang dibuat, saya dapat mengenalpasti

sumber-sumber institusi pentadbiran dengan sahih dan tepat seperti sejarah MPSJ dan juga carta

organisasi mereka.

Selain itu saya juga dapat mengetahui secara lebih mendalam matlamat Majlis

Pembandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk membangunkan bandaraya Petaling.

Tambahan pula, melalui kajian ini juga, saya dapat mengetahui sejarah penubuhan,

undang-undang kecil, peranan pentadbiran serta cara pelantikan pentadbir.Secara tidak langsung

dapat menanamkan semangat patriotism dan jati diri dalam kalangan generasi muda .

Page 5: Folio Sejarah Tingkatan 3 2011 MPSJ

KAEDAH KAJIAN Dalam menyiapkan kajian ini, beberapa kaedah kajian telah digunakan untuk mendapat

maklumat yang diperlukan. Antara kaedah yang saya gunakan ialah melayari internet maklumat-

maklumat mudah diperoleh melalui internet.Internet juga dapat membantu saya dalam memuat

turun bahan-bahan yang saya perlukan dengan cepat.

 Oleh kerana saya memilih Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sebagai topik saya

dalam folio ini, saya dan rakan-rakan telah melawat tempat kajian di Kompleks 3C, Shah Alam.

Disana, kami juga telah menangkap gambar sebagai bukti kami pergi ke sana.

Selain itu, saya telah mengambil beberapa majalah mengenai ketika melawat di sana.

Seterusnya, di sana saya juga telah mengambil beberapa pamplet mengenai Kompleks 3C.

Page 6: Folio Sejarah Tingkatan 3 2011 MPSJ

HASIL KAJIAN

Institusi Pentadbiran Tempatan

Nama Rasmi:Majlis Perbandaran Subang Jaya

Nama Ringkas: MPSJ

Lokasi:Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Persiaran Perpaduan, 

Jalan USJ 5, 47610, Subang Jaya, Selangor ‘

L a t a r b e l a k a n g

Majlis Perbandaran Subang Jaya ditubuhkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976

(Akta 171) di bawah seksyen 4. Sebelum diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Subang Jaya, ia

dikenali sebagai Majlis Daerah Petaling

Pada tahun 1994, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk menaik taraf Majlis

Daerah Petaling kepada Majlis Pembandaran dan menamakannya sebagai Majlis Perbandaran

Subang Jaya. Tujuan kenaikan taraf ini ialah untuk menyusun semula organisasi pentadbiran bagi

menghadapi tekanan pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan pemuliharaan alam sekitar.

Melalui warta Kerajaan Negeri Selangor No 62, Majlis Perbandaran Subang Jaya telah

diwartakan pada 2hb Januari 1997 mengikut pelan warta 1192 dengan keluasan 161.8 km persegi

Page 7: Folio Sejarah Tingkatan 3 2011 MPSJ

dan terbahagi kepada 3 zon utama iaitu Zon Damansara (Subang Jaya , Bukit Lanchong),

Zon Puchong (keseluruhan Puchong) dan Zon Seri Kembangan (Serdang, Seri

Kembangan, Universiti Putra Malaysia dan sebahagian hutan simpan Air Hitam). Kawasan

pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya juga terletak dalam kawasan Pentadbiran Daerah

Petaling.

Majlis Perbandaran Subang Jaya telah dilancarkan secara rasmi olehMenteri Besar Selangor,

YAB Dato' Seri Dr Haji Abu Hassan Omar pada 25 April 1998.

Page 8: Folio Sejarah Tingkatan 3 2011 MPSJ

Objektif Penubuhan

Antara objektif penubuhan MPSJ ialah mereka bertanggungjawab di atas

perancangan kawasan dan pengawalan bagi mencapai matlamat yang dirancangkan.

Selain itu, mereka juga bertanggungjawab dalam membuat dasar berkenaan dengan

perancangan dan pembangunan tanah dan bangunan di dalam kawasannya.

Seterusnya mereka juga merancang dan melaksanakan program-program

pembangunan, sosio-ekonomi dengan koordinasi, bantuan serta kerjasama Negeri dan

Kerajaan Persekutuan.Memastikan semua bangunan yang dibina mengikut keperluan

Undang-Undang Bangunan dan mematuhi garis panduan fizikal yang ditetapkan.

Mereka juga akan memastikan perancangan dan pelaksanaan projek-projek

pembangunan serta penyelenggaraan infrastruktur dijalankan dengan baik untuk

kemudahan dan keselesaan awam.

Tambahan lagi MPSJ juga bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem percukaian

dan sewaan yang adil melalui penilaian dan pengurusan harta yang berkesan serta

‘reliable’. Akhirnya memastikan perkhidmatan perbandaran pada tahap yang

memuaskan melalui proses penyeliaan yang cekap dan berkesan juga antara objektif

penubuhan mereka

Page 9: Folio Sejarah Tingkatan 3 2011 MPSJ

Visi

Visi ialah menjadi PBT terunggul bertaraf antarabangsa berteraskan

Perbandaran Bestari Kota Niaga dan kediaman Idaman

Misi

Misi ialah menguruskan perkidmatan perbandaran bertaraf antarabangsa ke

arah menjadikan Majilis sebuah perbandaran sejahtera , bestari dan dinamik

menjelang 2020

Lagu

Di sini kita bina Bandar impian...Di sini kita maju seiring wawasan...Kejayaan kita... untuk

masa depan...Bersatu hati sematkan di jiwa...

Mewangi bunga menghiasi di taman...Berdiri megah kota dari keringat waja...Kejayaan

kita... untuk anak bangsa...Warisan bangsa tetap terpelihara... (MPSJ)Korus :Bersama-

samalah kita...Kekal keindahannya...Bersama-samalah usaha...Maju ke hadapan...Di mana

Page 10: Folio Sejarah Tingkatan 3 2011 MPSJ

jua berada...Selesa ceria...Bekerjasamalah kita...Demi kejayaan MPSJ...Majlis

Perbandaran Subang Jaya...

Senarai pentadbir:

Ahli Majlis

Senarai Nama Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Subang Jaya

 Bil  Gambar  Nama, E-Mel Dan Nombor Telefon

 1.

   Nama : Y. Bhg Dato' Adnan Bin Hj Md. Ikshan   Alamat : Majlis Perbandaran Subang Jaya,                  Persiaran Perpaduan, USJ 5,                   47610, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.   E-Mel : [email protected]   No. Telefon : 0380263102 (Pejabat)                           0356376569 (Fax)

 2.

    

   Nama : Encik Roslan Shahir Bin Datuk Mohd Shahir   Alamat : No 8, Jalan SS14/8H,                  47500, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.   E-Mel : [email protected]   No. Telefon : 0192601033 (HP)                           0356210592 (Fax)

Page 11: Folio Sejarah Tingkatan 3 2011 MPSJ

 3.

   Nama : Encik Ismail Kamal Bin Abdul Rahman   Alamat : No 7A,  Tiara Square,                   Jalan Tiara, Taman Perindustrian UEP,                  47600, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.   E-Mel : [email protected]   No. Telefon : 0193692173 (HP)                           0380248542 (Fax)

 4.

 

   Nama : Encik Pooi Weng Keong   Alamat : No 24, Jalan 20/9, Paramount Garden,                  46300, Petaling Jaya, Selangor darul Ehsan.   E-Mel : [email protected]   No. Telefon : 0123307280 (HP)                           0340424240 (Fax)

 5.

   Nama : Encik Arumugam A/L Kalimuthu   Alamat : No 9-2, Jalan PJS 8/12, Dataran Mentari,                  46150, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.   E-Mel : [email protected]   No. Telefon : 0162108770 (HP)                           0356301210 (Fax)

 6.

 

   Nama : Encik Mohd Nasir Bin Yusoff   Alamat : Lot 145, Jalan Berkat 5,                  Kampung Seri Aman,                   47100, Puchong, Selangor Darul Ehsan.   E-Mel : [email protected]   No. Telefon : 0192710234 (HP)                           0380614801 (Fax)

 7.

 

   Nama : Encik Keshminder Singh A/L K.Karam   Alamat : 86, Jalan SS23/31, Taman Sea,                  47400, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.   E-Mel : [email protected]   No. Telefon : 0193350250 (HP)                           0378803088 (Fax)

Page 12: Folio Sejarah Tingkatan 3 2011 MPSJ

 8.

 

   Nama : Encik Chin Sou Bong   Alamat : Balai Masyarakat Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ,                  Jalan BP 2/2, Bandar Bukit Puchong,                  47100, Puchong, Selangor Darul Ehsan.   E-Mel : [email protected]   No. Telefon : 0122330095 (HP)                           0379551058 (Fax)

Page 13: Folio Sejarah Tingkatan 3 2011 MPSJ

Undang-Undang Kecil

MPSJ juga mempunyai beberapa undang-undang kecil, antaranya ialah Undang-Undang

Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) Majlis Perbandaran Subang Jaya) Kerajaan Tempatan

(2005), Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) Majlis Perbandaran 3.Subang

Jaya (Jalan, Parit Dan Bangunan (2005),Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan

Perindustrian (MPSJ) 2007,Undang-Undang Kecil Penjaja (MPSJ) 2007,Undang-Undang Kecil

Iklan (MPSJ) 2007, Undang-Undang Kecil, Iklan Pilihanraya (MPSJ) 2007, Undang-Undang Kecil

Kerja Tanah (MPSJ) 2007, Undang-Undang Kecil Pasar (MPSJ) 2007, Undang-Undang Kecil

Pengendali Makanan (MPSJ) 2007, Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan

Kesihatan 2007 dan Undang-Undang Kecil Vendalisme (MPSJ) 2005

‘Garis Panduan

Jabatan Pelesenan

Garis Panduan Meletakkan Kerusi Meja Diluar Premis

Garis Panduan Bazar Ramadhan

Garis Panduan Lesen Pasar Malam & Pasar Pagi

Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran

Garis Panduan Pasar Basah

Garis Panduan Permit Sementara Kiosk Penjaja

Garis Panduan Permit Sementara Penjaja

Page 14: Folio Sejarah Tingkatan 3 2011 MPSJ

Garis Panduan Pusat Hiburan Keluarga 

Syarat - Syarat Lesen Hiburan (Am)

Syarat - Syarat Lesen Hiburan (Karaoke)

Syarat - Syarat Lesen Hiburan (Snooker)

Garis Panduan Pusat Siber dan Kafe Siber

Jabatan Undang-undang

Garis Panduan Tatacara Penggunaan Web Dan Mel Di Agensi - Agensi Kerajaan

Bahagian Khidmat Masyarakat

Garis Panduan Pengurusan Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ

Jabatan Kontrak & Ukur Bahan

Garis Panduan Pembelian Tender/ Sebutharga Secara 'online'

Jabatan Perkhidmatan Bandar

Garis Panduan Pengurusan Sampah & Penyediaan Tong Sampah

Garis Panduan Pengurusan Sampah Pasar Malam & Pasar Pagi

Jabatan Bangunan

Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Bagi Rumah Kediaman/Bangunan Perniagaan

Yang Dijadikan Asrama Pelajar

Page 15: Folio Sejarah Tingkatan 3 2011 MPSJ

RUMUSAN

Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur patriotisme yang

saya perolehi. Melalui kajian yang saya lakukan,kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia.

Kita harus merasa bersyukur kerana hidup di dalam sesebuah negara yang aman damai yang pesat

membangun.. Kita dapat perhatikan MPSJ yang sentiasa berusaha membantu memajukan ekonomi

rakyat dan negara.

Melalui kajian ini juga, unsur semangat kekitaan dan perpaduan pelbagai kaum juga dapatdi

perhatikan.Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada

perkembangan dan kemajuan pesat Majlis Pembandaran Subang Jaya (MPSJ) adalah kerana nilai-

nilai murni yang diamalkan oleh para pegawai, staff sokongan dan juga para pekerja ladang. Antara

nilai-nilai murni tersebut ialah seperti bersatu padu, bertolak ansur, bekerjasama, hormat

menghormati dan sentiasa bermuafakat dalam setiap urusan dan perkara. Pendek kata, semangat 1

Malaysia memang tertanam dalam diri setiap warga MPSJ.

Page 16: Folio Sejarah Tingkatan 3 2011 MPSJ

Selain itu, unsur patriotisme seperti berdisiplin dalam setiap tindakan juga merupakan antara

nilai murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian. Sebagai pentadbir atau pemimpin yang

menjadi contoh teladan kepada golongan bawahan, nilai disiplin diri yang unggul perlu

diamalkan.Hal ini dapat saya perhatikan dalam diri warga pentadbir di Pejabat MPSJ yang mana

mereka sentiasa berbudi pekerti mulia, mematuhi peraturan dan undang-undang serta bersifat

amanah dan jujur dalam tugas.

Akhirnya, Kajian Kerja Kursus Sejarah ini juga menyedarkan saya tentang pentingnya sifat

sentiasa berusaha dan produktif pada setiap masa. Kerajinan dan kegigihanserta ketabahan

menghadapi cabaran yang ditunjukkan oleh Felcra Berhad Pulau Banggi dapat dijadikan inspirasi

seluruh rakyat Malaysia agar terus menyokong dan melibatkan diri dalam sebarang usaha

pembangunannegara untuk menuju Wawasan 2020.

Page 17: Folio Sejarah Tingkatan 3 2011 MPSJ

ESEI

Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan

unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan:

Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di

negara kita?

Tidak dapat dinafikan bahawa Institusi Pentadbiran Tempatan, misalnyamajlis perbandaran dan Majlis

Daerah memainkan peranan yang  tidak kurang penting dalam menjana integrasi nasional di negara kita.

Dalampentadbiran institusi tempatan, elemen-elemen patriotisme hendaklah dihayati dan diterapkan

demimenyatupadukan rakyat. Salah satu unsur patriotisme yang perlu diamalkan oleh kakitangan-kakitangan sektor

awam ialah bertolak ansurdan bertoleransi dalam pentadbiran. Misalnya, sebarang masalah yang dihadapi oleh orang

awam hendaklahditangani dengan senyuman tanpa  mengira warna kulit. Apabila tiada diskriminasi perkauman,

maka wujudlahperpaduan nasional. Selain itu, sektor awam sewajarnya menghormati raja dan pemimpin negara

Page 18: Folio Sejarah Tingkatan 3 2011 MPSJ

saban masa. Mereka akan menjadicontoh teladan yang sihat kepada orang awam agar menghormati raja dan

pemimpin negara. Hal ini pentingkerana kehormatan ini menjadi teras integrasi nasional. 

Dalam institusi pentadbiran tempatan, seperti majlis perbandaran, kakitangan perlu berlaku adil dan

bertimbangrasa.Sebarang tindakan haruslah secara adil saksama dan tidak membebani penduduk tempatan.

Misalnya,tindakan undang-undang tempatan hendaklah munasabah dan relevan. Dengan ini, rakyat jelata

menggemblengtenaga dengan pihak berkuasa sekali gus wujudlah perasaan cinta akan negara. Seperkara lagi, elemen

bersatu padu dan berharmoni merupakan elemen penting dalam melahirkan rakyat yangberjiwa patriotik.Oleh hal

demikian, kakitangan institusi pentadbiran tempatan haruslah bergabung tenaga danberkongsi idea dalam mengatasi

masalah jenayah.Apabila wujudnya perpaduan dan keharmonian antara kedua-dua pihak ini, sudah pasti integrasi

nasional dapat dikecap nikmat. Sementelahan, kakitangan awam tempatan hendaklah bertanggungjawab

kepada bangsa dan negara dalam apa-apa jua dalam pengurusan dan pentadbiran.Dalam hal ini, kakitangan awam

tidak harus terjebak dalam kancahrasuah. Hal ini demikian kerana rakyat memang benci  akan korupsi dan pecah

amanah. Jika rasuah dihapuskan,maka rakyat akan mencintai negara serta hidup bersatu padu. Akhir sekali, sebarang

masalah yang dihadapi rakyat patut menjadi prioriti pihak intitusi pentadbiran tempatan.Dengan erti kata lain, pihak

berkuasa haruslah peka dan sensitif akan masalah yang dihadapi orang awam.Apabila masalah masyarakat tidak

wujud, maka masyarakat akan hidup bersatu padu. 

Konklusinya, unsur-unsur patriotisme dalam institusi pentadbiran tempatan perlu diterapkan jika kita

hendakrakyat hidup harmoni dan bersatu padu.Dalam konteks Ini, kakitangan awam haruslah menunjukkan iltizam

yangtinggi dalam segala urusan pentadbiran yang melibatkan masyarakat. Dengan cara ini, konsep 1Malaysia

danWawasan 2020 akan dapat direalisasikan.