69284496 folio seni tingkatan 1

45
SMK Jalan 4, Bandar Baru Bangi Folio Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 Anyaman

Upload: azri-sarmani

Post on 02-Dec-2015

479 views

Category:

Documents


42 download

DESCRIPTION

fdsds

TRANSCRIPT

SMK Jalan 4,

Bandar Baru Bangi

Folio Pendidikan Seni

Visual

Tingkatan 1

Anyaman

Nama: Mohamad Izham Bin Mahyat

Kelas: 1 Wibawa

Subjek: Pendidikan Seni Visual

Tajuk: Anyaman

Guru: Puan Nor Adelinawati Bt Mohd Adenan

Sekolah: SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi

Isi Kandungan

Bil Isi Kandungan M/S1.0 Penghargaan 22.0 Pengenalan

2.1 Definisi Anyaman 2.2 Sejarah dan Perkembangan 2.3 Tokoh Anyaman 2.4 Bahan Anyaman 2.5 Jenis-jenis Anyaman 2.6 Falsafah Objek dan Karya Seni 2.7 Seni Anyaman Dimensi Baru

3

3.0 Anyaman Daun Pandan Dan Daun Mengkuang 3.1 Pengenalan 3.2 Memproses Bahan 3.3 Peralatan Anyaman 3.4 Proses Anyaman 3.5 Jenis-jenis Kelarai 3.6 Rupa Bentuk Tikar 3.7 Kemasan dan Persembahan 3.8 Penjagaan dan Pemeliharaan

11

4.0 Anyaman Buluh 4.1 Ciri-ciri Kelarai Buluh 4.2 Bahan, Alat, dan Proses Anyaman 4.3 Jenis-jenis Kelarai Buluh

40

4.4 Kemasan dan Persembahan 4.5 Pemeliharaan dan Penjagaan

1.0 Penghargaan

Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Ilahi di

atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, folio yang

telah saya usahakan selama ini yang bertajuk ‘Anyaman’ telah

berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah

dianugerahkan oleh-Nya. Folio ini amat penting buat saya

memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja

kursus subjek.

Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya, Puan Nor

Adelinawati Bt Mohd Adenan yang banyak membantu, membimbing

dan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan

folio ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa guru subjek

saya kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat

berguna untuk folio saya serta membantu saya dari semasa saya

susah dan senang. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir

hayat.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana

memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang folio

ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan

kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-

sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-

masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek

folio amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa

untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah

membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang

projek saya dijalankan dan dibentangkan.

2.0 Pengenalan

Seni anyaman sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup

tradisional masyarakat di nusantara. Daripada tikar hingga kepada dinding

pelindung kediaman, hasil kerja menganyam membentuk persekitaran hidup

yang boleh dilihat di mana-mana. Ini tidak menghairankan kerana tumbuh-

tumbuhan tropika banyak yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman.

Keseluruhannya, kemahiran asas dalam seni anyaman tidak banyak berbeza,

cuma bergantung kepada jenis tumbuhan yang dijadikan bahan anyaman.

Antara tumbuh-tumbuhan yang paling banyak digunakan dalam seni

anyaman ialah buluh, mengkuang, rotan, ribu-ribu dan lidi. Perbezaan ciri

tumbuh-tumbuhan ini menghasilkan pelbagai bentuk dan barangan seni

anyaman.

Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan

kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses

menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan

untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan

tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan,

mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain yang dikeringkan.

2.1 Definisi Anyaman

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

Anyaman ialah proses menjalin atau menjaring-jaringkan helaian atau

jaluran bahan menjadi satu rumpuan yang kuat dan boleh digunakan

dengan mengikut disiplin tertentu.

2.2 Sejarah dan Perkembangan

Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.

Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

2.3 Tokoh Anyaman

1) Puan Aminah binti Ali

Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.

Lain-lain tokoh yang telah mencipta motif anyaman:

i. Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai Sambasii Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak harimauiii Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mekiv. Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah.v. Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai bunga

2.4 Bahan AnyamanJenis bahan yang banyak digunakan untuk penghasilan barangan kraf tangan anyaman di Malaysia ialah daun pandan, daun mengkuang, buluh, dan rotan. Pelbagai jenis bahan boleh digunakan untuk membuat anyaman. Antara bahan yang popular ialah:

Daun pandan Daun mengkuang Buluh Rotan Lidi kelapa Bertam Paku-pakis Ribu-ribu

Contoh:- i) Kelarai (Daun pandan) ii) Tikar (Mengkuang) iii) Kipas (Buluh)

iv) Tudung saji (Rotan) v) Bekas roran (Rotan) vi) Bekas telur (Lidi kelapa)

vii) Nyiru (Bertam) ix) Bekas serba guna (Paku-pakis ribu-ribu)

2.5 Jenis-jenis Anyaman

Jenis Anyaman

Bahan Hasil anyaman

Anyaman Mengkuang

Daun mengkuang

Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain

Anyaman pandan

Daun pandan duri

Tikar sembahyang, hiasan dinding,

Anyaman Buluh

Jenis-jenis buluh yang sesuai

Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain

Anyaman Rotan

Rotan yang telah diproses

Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain

Anyaman Lidi

Lidi kelapa Lekar, bekas buah, bekas telor.

Anyaman ribu-ribu

Paku pakis ribu-ribu.

Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas seba guna dan lain-lain.

2.6 Falsafah obejk dan karya seni tersebut dihasilkan

Budaya sesuatu bangsa bukan sahaja dicerminkan melalui bahasa pertuturan dan adat resamnya tetapi juga dicerminkan melalui kehalusan kerja tangannya.

Pada zaman dahulu, kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita sebagai mengisi masa lapang.

Hasil anyaman adalah untuk kegunaan sendiri atau hadiah. Kemahiran menguasai seni anyaman menunjukkan seseorang wanita itu

mempunyai sifat kewanitaan yang sempurna. Anyaman boleh dihasilkan sendiri tanpa mengeluarkan perbelanjaan

yang besar. Hasil anyaman mudah disimpan dan dibawa kemana-mana kerana

bersifat lembut dan boleh digulung. Dapat memperlihatkan kreativiti dengan penghasilan pelbagai kelarai. Menghargai unsur alam semulajadi dengan penggunaan bahan

danmotif.

2.7 Seni Anyaman Dimensi BaruSeni anyaman mengkuang/pandan telah berubah mengikut peredaran masa dalam memenuhi citarasa masyarakat. Bidang kraf anyaman bukan sahaja tertumpu kepada proses pembuatan tradisional seperti tikar dan bakul malah hasil anyaman telah diubah dan digubah mengikut kehendak masa kini seperti pengadang ruang,terendak lampu, hiasan dinding dan sebagainya.

3.0 Anyaman Daun Pandan

dan Daun Mengkuang

3.1 Pengenalan

Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-kawasan yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Tidak hairanlah seni menganyam pandan dan mengkuang tersebar luas. Dengan itu, pelbagai barangan dapat dihasilkan daripada anyaman pandan dan mengkuang. Pandan dan mengkuang adalah tumbuhan daripada spesis yang sama. Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan. Oleh yang demikian, biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih besar dan kukuh berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu, bilah anyaman mengkuang tidak semestinya lebih lebar daripada bilah anyaman pandan.

Kelebaran bilah anyaman dikaitkan dengan kehalusan hasil kerja, lebih kecil bilah, lebih halus hasil kerjanya. Hasil kraf yang halus pembuatannya mempunyai nilai hiasan yang tinggi. Sebaliknya, hasil kraf yang kasar lebih menekankan ciri fungsional. Tikar mengkuang yang lebar anyamannya biasanya digunakan untuk menjemur padi, mengalas lantai dapur atau jemuran dan sebagainya. Tikar yang dianyam untuk kegunaan demikian tidak dicelupkan warna, berlainan daripada tikar yang dikhaskan untuk tetamu. Tetamu dibentangkan tikar yang bukan sahaja halus anyamannya malah bercorak dan berwarna-warni.

3.2 Memproses Bahan

Daun-daun yang cukup tua ditetak di pangkalnya sehelai demi sehelai, bermula di bahagian umbi pokok. Tujuh atau lapan helai daun muda di keliling umbut pokok tidak ditetak tetapi ditinggalkan untuk tuaian seterusnya serta untuk memastikan pokok itu terus hidup dan mengeluarkan daun-daun baru. Menetak daun dilakukan dengan berhati-hati kerana pandan dan mengkuang berduri-duri, sedangkan tanah dikeliling perdunya lazimnya berair dan licin atau mudah perlus. Daun-daun yang sudah ditetak kemudian dipangkas hujungnya untuk membuang bahagian yang tirus dan tidak dapat dibelah, serta supaya semua daun itu hampir sama panjang. Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara unggun api kecil hingga layu.

Kadangkala daun-daun itu tidak dilayur tetapi dijemur hingga benar-benar kering dan layu. Tujuannya ialah mematikan sel daun dan menyingkirkan air yang terdapat di dalamnya. Setelah daun-daun itu layu, duri yang terdapat pada tulang belakang dan sayap mengkuang dibuang dengan sautas serat sabut yang diregangkan ibu jari dan jari telunjuk. Apabila duri belakang daun dibuang, dengan sendirinya daun terbelah menjadi dua. Belahan itu kemudian dibelah lagi mengikut kelebaran yang dikehendaki dengan alat yang dipanggil jangka. Belahan-belahan yang siap dijangka dikumpulkan dan diikat sebesar

betis dengan jarak kira-kira satu kaki dari satu ikatan ke satu ikatan lain. Belahan yang berikat itu dititik atau dipukul dengan alu supaya lembut dan mudah dilurut.

Melurut melembutkan belah dan melicinkan permukaannya. Belah yang sudah dilurut dilipat tetapi tidak sampai patah lalu diikat dan direndam di dalam air selama dua atau tiga hari. Dalam tempoh itu, air rendaman digantikan sekurang-kurangnya dua kali supaya bilah-bilah itu tidak lebam dan berbau busuk.

Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu dikeluarkan dan dibasuh dan dibilas hingga bersih sebelum dijemur. Bilah yang cukup kering akan bertukar menjadi putih. Seterusnya, bilah itu bolehlah diwarnakan jika mahu. Bilah-bilah mengkuang atau pandan diwarnakan dengan cara mencelup, iaitu merebusnya bersama bahan celup pewarna selama beberapa minit. Dahulu, cuma tiga warna yang popular iaitu merah, hijau dan kuning kerana bahan celup warna-warna tersebut mudah diperolehi. Warna merah daripada pokok kesumba, hijau daripada daun bemban, dan kuning daripada daun kunyit. Tetapi, sekarang bahan celup pelbagai warna dijual dengan meluas. Apabila sudah dicelup dan dijemur hingga kering, bilah-bilah dilurut bagi kali terakhir supaya lebih licin dan lembut.

Bahan Anyaman

1. Daun Pandan

Pohon rimbunan rendah, daunnya lebat, dan rendang.

Bentuk daun kecil, lembut, berkilat dan berduri tajam.

Buahnya wangi dan berwarna pinang masak.

Sesuai digunakan untuk membuat tikar yang bermutu tinggi.

Hasil anyaman pandan halus dan lembut tetapi tidak tahan lama.

Banyak terdapat di Terengganu, Pahang, dan Kelantan.

Membiak di kawasan pantai yang berpaya.

2. Daun Mengkuang

Pohon tinggi dan kurang bercabang.

Bentuk daun panjang dan pohonnya besar.

Daunnya kasar dan keras tetapi duri tidak setajam daun pandan.

Sesuai digunakan untuk membuat tikar yang besar.

Hasil anyaman mengkuang lebih kasar dan keras tetapi tahan lama.

Banyak terdapat di Perlis, Kedah, Perak, dan Melaka.

Hidup liar di kawasan air tawar dan kawasan padi jauh dari laut.

Masa dan Cara Pengambilan Daun

1. Daun pandan atau mengkuang boleh diambil apabila tumbuhan tersebut berusia sekurang-kurangnya dua tahun.

2. Pengambilan daun seterusnya hanya dilakukan sekali dalam setiap bulan.

3. Masa yang sesuai untuk mengambil daun ialah waktu pagi atau petang.

4. Pada musim tengkujuh, daun tidak sesuai diambil kerana daun lambat kering apabila diproses dan kelihatan berbintik hitam.

5. Daun yang diambil akan dipotong di bahagian pangkal pohon sehelai demi sehelai.

Teknik Memproses Daun

1. Daun-daun yang diambil dari pohon akan disusun berlapis-lapis antara tiga hingga lima helai lalu dipotong di pangkal dan di hujungnya.

2. Duri empulur yang terdapat di kiri dan di kanan daun serta pembuluh atau tengah daun hendaklah dibuang.

3. Daun kemudian dilayur di atas bara api sehingga berwarna kekuningan untuk melembutkannya.

4. Gunakan jangka untuk memotong dan membentuk helaian daun mengikut lebar yang dikehendaki.

5. Daun dianginkan selama satu jam.

6. Daun kemudian dilurut dengan pelurut supaya lembut dan tidak tergulung.

7. Daun ditongkolkan dan direndam didalam tempayan berisi air selama dua hari dua malam untuk melunturkan warna asal daun yang hijau itu.

8. Air perlu ditukar dua kali sehari.

9. Tongkol daun akhirnya dibuka dan dicuci serta dijemur sehingga kering dan berwarna putih pasir.

10. Untuk mendapat warna, daun yang kering tadi direbus dengan warna pencelup sehingga bertukar kepada warna yang diingini.

Proses Penyediaan Daun

Proses penyediaan daun bermula dengan;1. Pemilihan dan pemotongan daun

Daun dipilih tidak terlalu tua atau muda (berusia lebih kurang dua tahun)

Daun dipotong di bahagian pangkalnya sehelai demi sehelai. Waktu sesuai mengambil daun ialah pada waktu pagi atau petang

bagi mengelakkan daun cepat layu. Daun yang telah diambil, disusun berlapis antara tiga hingga lima

helai dan dipotong di bahagian pangkal dan hujung daun. Kemudian duri di bahagian tulang belakang(mempulur) daun

dibuang.

2. Melayur daun

Daun dilayur diatas bara api sehingga kekuning-kuningan.

Bertujuan supaya daun menjadi lebih lembut bagi memudahkan proses menjangka dan tahan lebih lama.

3. Menjangka daun Proses membelah daun mengkuang menjadi bilah-bilah kecil dengan

menggunakan alat `jangka`. Daun diletakkan di atas peha yang telah dialas dan jangka bermata tajam

dicucuk pada daun dan ditarik perlahan-lahan. Saiz bilah ditentukan melalui penggunaan jangka. Sekiranya bilah yang

bersaiz kecil dikehendaki, jangka yang yang jarak mata yang rapat digunakan.

Melalui proses menjangka ini juga, duri yang terdapat di bahagian kiri dan kanan daun akan dibuang.

4. Melurut Daun yang telah dijangka dibiarkan lebih kurang satu jam supaya kering. Kemudian bilah daun dilurut menggunakan alat pelurut. Dilakukan berulang kali supaya bilah daun menjadi lembut dan tidak bergulung

5. Merendam Selepas melurut, bilah-bilah daun diikat atau ditongkolkan untuk direndam di

dalam tempayan yang mengandungi air biasa selama dua hari dua malam. Air mesti ditukar sebanyak dua kali sehari. Tujuan direndam untuk melunturkan warna asalnya (hijau). Selepas cukup tempoh direndam, ikatan tongkol ini dibuka untuk dicuci dan

dijemur.

3.3 Peralatan Anyaman

1)Parang untuk memotong daun dari pokoknya dan menetak bahagian pangkal dan hujung daun.

2)Pisau untuk membuang empulur dan duri daun.

3)Jangka

4)Pelurut daripada buluh untuk melembutkan daun.

5)Penyisip daripada buluh yang digunakan untuk menyisip helaian daun semasa menganyam.

Menganyam

1. Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta corak hiasan yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah ataupun di bucu. Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang berbentuk kon. Kon puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untuk meneruskan anyaman tudung saji.

Anyaman Pandan Menganyam Tudung Saji2. Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Bagaimanapun, khususnya untuk tikar mengkuang,

kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung.

Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat Melayu, motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bunga atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang). Daripada unsur fauna pula, ada motif anggota haiwan, seperti siput, kepala gajah, mata berkait, tapak anjing dan tapak harimau. Juga kelarai dengan bentuk-bentuk bahagian tertentu ikan, serangga dan unggas. Antaranya ialah anak ikan, belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan.

Akhir sekali, terdapat bentuk bebas, seperti kelarai belah ketupat, kelarai kisar mengiri, kelarai beras patah dan kelarai madu manis. Dalam membuat kelarai, perkara utama yang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang digunakan. Jumlah mata menentukan saiz satu-satu corak. Untuk menyerlahkan kelarai, bilah-bilah dicelupkan dua warna yang bertentangan atau berkontras. Misalnya, kuning dan hijau, merah dan ungu, atau putih dan perang. Kadangkala warna ketiga digunakan sebagai tanah atau latar corak. Bilah-bilah berwarna yang dianyam tindih-menindih dan berselang-seli ini akan menyerikan hasil anyaman mengkuang dan pandan.

Anyaman Mengkuang Menganyam Tikar

Bakul Pandan Tudung Saji

3.4 Proses Anyaman

Proses anyaman mempunyai lima peringkat;

1. Lagang

1) Lagang merupakan `tulang` kepada sesuatu penciptaan dan rupabentuk anyaman.

2) Ukuran panjang sesuatu tikar bergantung kepada ukuran lagangan yang dibuat.

3) Tiap-tiap satu bilah mengkuang dibentuk seperti `V` di bahagian tengah iaitu tempat sesuatu anyaman bermula.

2. Anyam1. Membuat badan tikar, kelarai atau bucu pada anyaman tersebut.3. Anyaman melibatkan tiga proses;

1. Anyaman kelarai2. Anyaman biasa3. Anyaman sulam

4. Dimulai dari asas melagang hingga selesai dan sampai kebahagian tepi. Ketika ini anyaman tikar dalam bentuk empat persegi.

5. Untuk mendapatkan berbagai warna dan corak,anyaman jenis sulaman digunakan

3. Pepeh

1. Proses terakhir untuk membuat tepi tikar, juga disebut sebagai

anyaman tepi atau anyaman mati

Dikenali juga sebagai `anyaman mati` pada tepi tikar sebagai mengakhiri kerja anyaman.

Boleh juga dianyam berasingan sebagai tepi dan kemudian dijahit pada barangan yang dikehendaki.

Jenis-jenis anyaman tepi adalah seperti;1. Tepi betul2. Tepi susut3. Tepi sepit ketam4. Tepi gigi yu5. Tepi pulas6. Tepi tulang belut

4. Sisip

1. Hujung lebihan daun direncongkan dan disisip supaya daun tidak

mudah terburai.

2. Proses ini memerlukan alat `penyisip` bagi merenggangkan bahagian anyaman bagi memudahkan lebihan bilah daun yang direncungkan (tajamkan) masuk.

3. Tujuannya untuk mengelakkan anyaman terburai.

5. Kerat1. Membuang baki bilah daun supaya hasil anyaman menjadi lebih

kemas dan menarik.

2. Lebihan atau baki bilah daun anyaman dipotong menggunakan pisau.

3.5 Jenis-jenis Kelarai1. UNSUR DAN PRINSIP SENI1. Kelarai atau corak dalam proses anyaman tertumpu kepada gubahan

bentuk yang dijalin untuk menghasilkan sesuatu gaya atau ragam hias yang menarik sebagai motif utama.

2. Pembentukan kelarai dilakukan serentak semasa proses anyaman.3. Anyaman kelarai biasanya dirancang terlebih dahulu bagi

mewujudkan pelbagai jenis kelarai.4. Dua warna yang kontras digunakan untuk mendapatkan hasil yang

menarik.5. Kebiasaannya kelarai didasarkan dari unsur-unsur alam semulajadi

seperti unsur-unsur tumbuhan dan binatang tetapi ada juga kelarai yang dihubungkaitkan dengan nama orang.

Kelarai ialah corak atau motif berbentuk daun pada anyaman. Anyaman yang tidak berkelarai dinamakan anyaman biasa atau

anyaman ghadas. Biasanya, hanya dua jenis warna berkontra digunakan. Terdapat beberapa kategori kelarai. Antaranya:

- Kelarai berasaskan flora- Kelarai berasaskan fauna- Kelarai berasaskan rupa geometri- Kelarai berasaskan rupa abstrak- Kelarai berasaskan nama pereka dan tempat

1. a) Kelarai Yang Berunsurkan Tumbuh-Tumbuhan1. Kelarai Bunga Api Anyaman yang pecah seakan-akan bunga api.

Dikenali juga sebagai Kelarai Tok Anggor Paka,Trg.

2. Kelarai Bunga Cempaka Kelarai yang menyerupai bunga cempaka.Gelarannya diberi oleh Hjh.Semek ketika dianyam oleh Cik Asiah dari Kg.Tepoh,Trg.

1. b) Kelarai Yang Berunsurkan Tumbuh-Tumbuhan1. Kelarai Bunga Melor Cantuman dari bunga Ator yang menghiasi

kelopak bunga melor.

2. Kelarai Bunga Kelabutan Didapati dari Kg.Benoni,Sabah. Menurut Dayang Aisah bt.Awang Husin,kelarai ini berasal dari Brunei.

2. a) Kelarai Yang Berunsurkan Abstrak1. Kelarai Berakar Menurut Hjh.Semek,kelarai ini seakan-akan Kelarai Jari

Kedidi tetapi ia lebih kecil.Justeru itu ia kelihatan seperti akar-akar pohon.

2. Kelarai Beras Patah Rupa bentuknya ringkas dengan susunan berbentuk `V`.Warna putih berlatar belakangkan hitam memberi gambaran seperti biji-biji beras bertaburan.Corak ini sering digunakan untuk tikar berukuran besar.

2. b) Kelarai Yang Berunsurkan Abstrak

1. Kelarai Mata Berkait Menyerupai Kelarai Tapak Harimau tetapi lebih rapat.Setiap mata yang dianyam bertemu, sebab itu digelar mata berkait.

2. Kelarai Pecah Lapan Dikelilingi dengan corak yang seakanakan bunga kelopak lapan.Jangkauanya sebanyak tujuh helai daun mengkuang. Tidak sesuai untuk anyaman tikar kecil kerana jangkauan panjang membuat tikar tidak tahan lama.

3. a) Kelarai Yang Berunsurkan Haiwan1. Kelarai Buntut Siput Anyaman yang rapat dan kemas. Sesuai untuk

tikar besar dan kecil. Menurut Hjh.Semek,kelarai ini berasal dari Kemaman,Trg.

2. Kelarai Jari Kedidi Sempena bekas tapak jari kedidi yang dijumpai oleh Hjh.Semek dan rakan-rakannya ketika mengayam di tepi pantai.

3. b) Kelarai Yang Berunsurkan Haiwan1. Kelarai Kepala Gajah Diilhamkan dari corak kain yang menutupi

kepala gajah tunggangan raja-raja.

2. Kelarai Anak Ikan Anyaman ini juga dikenali sebagai Belalang cucuk di Paka, Trg.

4. a) Kelarai Yang Berunsurkan Nama Manusia1. Kelarai Cik Kedah Bersila Dikenali juga sebagai Bunga dalam Kelarai

2. Kelarai Cik Kedah Ketapang Kelarai ini berasal dari Ulu Marang dalam bentuk tikar.Tetapi terdapat sedikit perubahan ketika Hjh.Semek dan Hjh.Minah cuba mencontohinya.

4. b) Kelarai Yang Berunsurkan Nama Manusia1. Kelarai Mak Mek Kelarai hasil ciptaan Hjh.Semek yang mengubahsuai

sejenis kelarai yang berasal dari Ulu Marang,Trg. Rakan-rakannya mencontohi gubahannya itu dan menggelarkan Mak Mek sempena namanya.

2. Kelarai Cik Kedah Berakar Juga digelar Permaidani di Paka,Trg kerana seperti permaidani.

Contoh:-

3.6 Rupa Bentuk Tikar

1. Bahagian tikar.

2. Corak tepi tikar.

3. Corak tikar ialah susunan warna secara berselang-seli pada sesuatu anyaman biasa atau ghadas tanpa kelarai. Contoh:-

4. Fungsi dan kegunaan pelbagai jenis tikar.a) Tikar biasa- luas dan lebar- sebagai hamparan tempat duduk atau tidurb) Tikar sembahyang- halus dan kecil, sesuai digunakan untuk orang Islam bersembahyang- juga dinamakan tikar sejadah c) Tikar nikah- alas tempat duduk pengantin lelaki dalam upacara akad nikah- tidak banyak dibuat kini, hamparan permaidani atau tilam khas

telah mengambil tempatnyad) Tikar parudan- kecil- tempat menadah isi kelapa diparut dari kukur kelapae) Tikar jemuran- luas, lebar, dan kasar- digunakan khas untuk menjemur padi

3.7 Kemasan Persembahan

Anyaman sama tegang dan rapi Ketelitian pemati

Ketepatan bentuk

Keratan tepi tikar rapi dan kemas

Penyambung daun kemas, kukuh, dan tersembunyi

Corak tersusun

Kombinasi warna penarik

3.8 Penjagaan dan Pemeliharaan

Tikar perlu digulung, jangan dilipat

Elakkan tikar daripada terdedah kepada cahaya matahari dan hujan

CORAK ANYAMAN TIKARCorak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyaman biasa atau ghadas. Warna-warna penting dalam menentukan corak. Corak dijalin secara selang-seli hingga meninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan berbeza jikan dianyam dalam bentuk, ukuran dan susunan yang berlainan. Terdapat  11 corak yang dianyam iaitu: Corak Tapak Catur – seringkali dianyam dalam dua atau tiga warna. Hasil

cantuman warna cerah dan gelap Corak Mata Bilis – menggunakan warna teang dan gelap. Warna gelap

dianyam satu mata sahaja dengan warna cerah. Kedua-dua warna ini timbul seakan-akan beras patah.

Corak Beras Patah – menyerupai corak mata bilis tetapi warna cerah dianyam tiga mata diselangi dengan satu mata gelap. Hasil cantuman ini member gambaran seakan-akan beras patah.

Corak Palembang – berasal dari Palembang. Petak empat segi atau biji kundang dianyam dengan warna hijau dan dikelilingi jalur-jalur dua warna iaitu merah dan putih.

Corak Bugis – berasal dari Bugis dan penggunaan dua warna yang berdekatan hijau dan putih. Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar serta dianyam dalam bentuk berdiri dan serong.

Corak Muar – berasal dari Muar dan bermotif empat segi. Anyaman dua warna merah dan biru serta dikelilingi dengan jalur-jalur putih, hijau dan kuning. Antara petak-petak digunakan adalah campuran merah dan biru.

Corak Selang-seli – penggunaan warna gelap dan cerah. Kedua-dua bahagian dianyam mata sama banyak dan selari.

Corak Berdiri – kurang mendapat sambutan dari pengusaha. Penggunaan dua warna tetapi untuk mendapatkan corak yang betul-betul lurus amat sukar.

Corak Serong – corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh dianyam melalui contoh ini serta amat digemari oleh para penganyam.

Corak Ketapang Gilir Kacang – seakan-akan corak selang-seli dan susunan yang rapat. Dianyam dengan dua warna iaitu cerah dan gelap.

Corak Malaysia – corak selang-seli, dikelilingi dengan warna merah, putih, hijau dan biru

4.0Anyaman Buluh 4.1 Ciri-ciri Kelarai Buluh

1. Kelarai buluh sejenis anyaman yang biasa terdapat di Semenanjung Malaysia, terutamanya di negeri Kedah dan Perlis.

2. Pada zaman dahulu, kelarai dijadikan sebagai dinding rumah, masjid, dan istana.

3. Kini, kelarai lebih popular sebagai alat hiasan rumah, restoran, hotel, dan sebagainya.

4.2 Bahan, Alat, dan Proses Anyaman

1. Bahan- Buluh askar- Buluh betung- Buluh minyak- Buluh lemang- Buluh kasap dan sebagainya

2. Alat- Mesin pemotong buah- Alat pembelah buah- Gerudi kecil- Pelurut- ‘Bodkin’- Pisau raut

- Pembaris- Gunting

3. Proses Anyamana) Buluh yang cukup tua dipilih dan dipotong.b) Buluh direbus bersama campuran soda untuk mengeluarkan kandungan gulanya supaya tidak mudah reput.c) Buluh diasap sehingga kering, kemudian dibelah dan diraut menjadi bilah-bilah.d) Jika hendak diwarnakan, bilah-bilah dicelup dengan menggunakan pewarna.e) Teknik sisipan digunakan untuk mengayam, berpandukan corak kelarai yang dikehendaki.

4.3 Jenis-jenis Kelarai Buluh

Terdapat beberapa jenis kelarai buluh, iaitu motif yang berasaskan flora, fauna, rupa abstrak, nama tempat, dan nama pereka. Contoh:-

4.4 Kemasan dan Persembahan- Kekerapan dan kerapatan anyaman- Permukaan licin dan kemas- Susunan motif lengkap dan teratur- Tepi atau bingkai kukuh dan rapi

4.5 Pemeliharaan dan Penjagaan- Pengawetan dengan pewarna atau syelek- Dibersihkan selalu