folio sejarah

Upload: luqman-hakim

Post on 09-Jul-2015

174 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

FOLIO SEJARAH TAJUK: TOKOH SEJARAH TEMPATAN TUN DATUK SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD NAMA: ____________________________ TINGKATAN: ___________________________ NAMA GURU: PN. FAZLINA BT ABDUL HALIM

ISI KANDUNGANBilangan Tajuk Muka Surat

1 2 3 4Laporan kajian:i. ii. iii.

Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian

1 2 3 4-9

Biodata Tokoh Pendidikan Tokoh Pencapaian dan Kejayaan Tokoh 10-14 15 16

5 6 7

iv. Sifat-sifat istimewa Tokoh Sumbangan tokoh terhadap Masyarakat Setempat Rumusan Laporan Lampiran & Senarai Rujukan

PENGHARGAAN

Yang pertama, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru matapelajaran sejarah saya, Pn. Fazlina Bt Abdul Halim kerana memberi penerangan dan rangka tulang kasar untuk membuat folio sejarah ini. Saya juga ingin menerima kasih kepada ibu bapa saya kerana mengizinkan saya melayari internet untuk mencari maklumat untuk folio ini dan juga memberikan idea kepada saya. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada adik saya atas kesabarannya dengan menunggu sehingga saya siapkan folio ini baru bermain dengannya.

OBJEKTIF KAJIANTujuan saya membuat folio ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut: Latar belakang Dr. Mahathir Mengetahui sumbangan dan pengorbanan Dr. Mahathir kepada pembangunan Negara Memahami bagaimana sejarah Negara berlaku dan berkembang Selain daripada tujuan itu, saya juga membuat folio ini untuk Memupuk nilai-nilai murni yang ada pada Dr Mahathir

Mendapat markah untuk membantu dalam ujian sejarah saya

Kaedah KajianSaya menjayakan tugasan folio dengan menggunakan kaedah penyelidikan maklumat. Saya mendapat maklumat berkaitan dengan Dr. Mahathir dengan merujuk kepada surat khabar New Straits Times, Edisi Khas tahun 2005, buku The Paradoxes of Mahathirism dan melayari laman web Wikipedia.

LAPORAN KAJIAN1.0 Biodata Tokoh1.1 Maklumat Peribadi Tokoh

Nama : Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad (Jawi: ( ) :) Tarikh Lahir : 20 Disember 1925 (umur 82) Tempat Lahir : Di sebuah rumah di Lorong Perak, Alor Setar, Kedah

Kilang

Ais,

Seberang

Pasangan : Siti Hasmah Tarikh Perkahwinan : 5 Ogos, 1956 Anak-anak beliau : Marina Mahathir ,Mirzan Mahathir ,Melinda Mahathir ,Mokhzani Mahathir ,Mukhriz Mahathir ,Maizura , dan Mazhar . Nama Ibu bapa Dr. Mahathir : Encik Mohamad bin Iskandar, dan ibunya Wan Tempawan binti Wan Hanafi Agama : Islam Pekerjaan : Doktor Jawatan : Perdana Menteri Malaysia Dalam Pejabat : 16 Julai 1982 - 31 Oktober 2003 Digelarkan : Dr. M Parti Politik : Barisan Nasional, UMNO Dikenali Sebagai : Bapa Pemodenan Malaysia Beliau mempunyai 9 adik-beradik, iaitu empat perempuan dan lima lelaki, yang mana Dr Mahathir merupakan anak bongsu. Empat dari mereka (dua lelaki dan dua perempuan) adalah saudara sebapanya, hasil perkahwinan Mohammad bin Iskandar dengan isteri yang pertama. Dalam autobiografinya, Dr Mahathir mengatakan bahawa beliau mempunyai keturunan orang India (daripada bapanya) yang mempunyai kaitan dengan Kerala, India, yang mana ibunya adalah orang Melayu yang dilahirkan di Kedah. Walau bagaimanapun, beliau mengganggapkan diri sebagai Melayu yang tulen. 1.2 Latar Pendidikan Dr Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Kedah, dan kemudian melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai buahbuahan di Pekan Rabu, Alor Setar. Beliau menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. 1.4 Sifat-Sifat Istimewa Tokoh Dr Mahathir merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang terus terang dan yang bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia kapitalisma autokratik yang dianjurkan oleh negeri sebagai alternatif kepada individualisma Amerika Syarikat dan kapitalisma dasar tidak campur tangan(laissez-faire). 1.5 Pengembangan Kerjaya/Pekerjaan

Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai buahbuahan di Pekan Rabu, Alor Setar.Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Selepas mendapat ijazah perubatannya, Dr Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis dari 1954 hingga 1957. Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, Maha Clinic di Alor Star. Berikutan peristiwa 13 Mei, 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO. Dr. Mahathir Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun 1981, dan Perdana Menteri Malaysia ke-empat pada 10 Julai, berikutan perletakan jawatan Tun Hussein Onn atas sebab-sebab kesihatan; Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 - 6 Mei, 1986) di samping memegang jawatan Perdana Menteri; Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya

1.0 Kejayaan dan Sumbangan Dr. Mahathir2.1 Kejayaan dan Rintangan Dr. Mahathir dalam Membangunkan Negara Yang berikut ialah garis masa Dr. Mahathir. Beliau telah menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran serta kejayaan dalam membangunkan negara. 1965: Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO. 1968: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi. 1969: Ditewaskan oleh calon Pas, Haji Yusoff Rawa dalam Pilihanraya pada 10 Mei. o Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, berikutan pengedaran suratnya kepada Tunku Abdul Rahman; o Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26 September. 1972: Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada 7 Mac; o Dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Perindustrian Makanan Malaysia (FIMA). 1973: Dilantik sebagai senator. 1974: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Nasional; o Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5 September. 1975: Menjadi salah satu daripada tiga naib presiden UMNO 1976: Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac. 1978: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Hussein Onn pada 15 September;

1981: Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun, dan Perdana Menteri Malaysia keempat pada 10 Julai, berikutan perletakan jawatan Tun Hussein Onn atas sebabsebab kesihatan; o Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 - 6 Mei, 1986) disamping memegang jawatan Perdana Menteri; o Merancangkan serangan subuh dengan pengambilan kembali Guthrie Corporation oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) di Bursa Saham London pada 7 September, supaya memulangkan hakmilik lebih kurang 200,000 ekar tanah pertanian kepada rakyat Malaysia. 1983: Mengemaskinikan kuasa Yang Di-Pertuan Agung dan Sultan-sultan, supaya rang undang-undang yang diputuskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dapat menjadi akta, selepas penerimaan pendapat Yang DiPertuan Agung ataupun Sultan-sultan negeri masing-masing; 1987: Menjadi Menteri Kehakiman di samping memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri. 1988: Memecat empat hakim Mahkamah Tertinggi, termasuk Tun Saleh Abbas kerana menghalang perbicaraan tentang salah laku tata tertib semasa kehadapan UMNO akan diputuskan oleh Mahkamah Tertinggi (pada masa itu, UMNO telah diharamkan oleh Makhamah Tinggi); 1990: Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990 - Januari 1999) di samping memegang jawatan Perdana Menteri. 1993: Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri; o Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan daripada pendakwaan, selepas peristiwa Douglas Gomez; o Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan pemimpinpemimpin Australia merosot apabila Paul Keating mewajahkan Dr. Mahathir sebagai seorang yang degil ("recalcitrant") kerana enggan menghadiri Persidangan APEC. 1997: Menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1 September supaya mengatasi Krisis Ekonomi 1997. 1998: Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua jawatan dalam kerajaan dan dalam UMNO pada 2 September; o Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan peliwatan dan penyalahgunaan kuasanya; Anwar dihadapkan ke makhamah pada 2 November; o Pergaulan dengan Amerika Syarikat menjadi buruk apabila Al Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat, merendahkan nama baik negara Malaysia di Persidangan APEC yang pada masa itu dianjurkan oleh Malaysia. o Melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri o Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, yang menelan kos sebanyak RM13 bilion; o Penghabisan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang mempunyai 88 tingkat, iaitu menara berkembar yang tertinggi di dunia;

1999: Menjadi Menteri Kewangan Pertama pada 8 Januari, di samping memegang jawatan Perdana Menteri ketika Malaysia masih mengalami Krisis Ekonomi 1997; o Pembukaan rasmi Cyberjaya, sebuah bandar yang baru yang memainkan peranan yang penting dalam Koridor Raya Multimedia Malaysia. 2001: Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas (5 Jun 2001) disamping memegang jawatan Perdana Menteri. 2002: Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata pelajaran Matematik dan Sains, mulai tahun 2003; o Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO, tetapi telah dirayu untuk membuat penangguhan selama 18 bulan. 2003: Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober, 2003 dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi, sebagai pengganti; beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun, dan terjadi salah satu daripada pemimpin-pemimpin negara Asia yang paling lama perkhidmatannya; o Dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. 2008: Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) membawa gelaran "Datuk Seri Utama".. 2.2 Jasa dan sumbangan Dr. Mahathir kepada negara Dr. Mahathir telah merancangkan serangan subuh dengan pengambilan kembali Guthrie Corporation oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) di Bursa Saham London pada 7 September, supaya memulangkan hakmilik lebih kurang 200,000 ekar tanah pertanian kepada rakyat Malaysia. Beliau juga menubuhkan Perusahaan Otomobil Nasional, sebuah projek kereta nasional dan menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1 September supaya mengatasi Krisis Ekonomi 1997. Penghabisan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang mempunyai 88 tingkat, iaitu menara berkembar yang tertinggi di dunia serta pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, yang menelan kos sebanyak RM13 bilion ialah jasa Dr. Mahathir yang amat besar Selain itu, Dr. Mahathir juga telah merasmikan Cyberjaya, sebuah bandar yang baru yang memainkan peranan yang penting dalam Koridor Raya Multimedia Malaysia dan mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata pelajaran Matematik dan Sains, mulai tahun 2003. Beliau juga telah menjalankan program Polisi Ekonomi Yang Baru bagi menguruskan struktur masyarakat Malasyia dan mempromosikan perpaduan nasionaliti dengan memajukan bangsa melayu dengan membantu mereka untuk masuk universiti dan mencari pekerjaan.

2.0 Rumusan3.1 Pendirian penulis terhadap Dr. Mahathir Saya memberi kehormatan kepada Dr. Mahathir kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang seimbang dan sensitif terhadap apa yamg berlaku di sekeliling. Dalam pentadbiran Dr. Mahathir, beliau penuh dengan kombinasi paradoks--- seorang pemalu tetapi juga berkonfiden, lembut tetapi juga agresif, sentimantal malahan bijaksana, bervisi

bahkan pragmatis. 3.2 Sifat-sifat Dr. Mahathir yang boleh dijadikan contoh dan panduan hidup Dr. Mahathir mempunyai banyak sifat yang boleh dijadikan contoh dan panduan hidup. Sifat beliau yang menguruskan masa dengan baik, berdedikasi dan berterus terang ialah panduan dan sifat yang boleh kita mencontohi. Sifat Dr. Mahathir yang boleh menguruskan masa dengan baik membolehkannya membuat banyak kerja dalam satu masa yang singkat, dan dengan sempurna sekali. Beliau yang sangat berdisiplin ini boleh dijadikan contoh dan panduan kehidupan kita. Dr. Mahathir sangat berminat terhadap kerjanya sebagai seorang ahli politik. Ini menunjukkan belia ialah seorang pemimpin yang berdedikasi. Dr, Mahathir ialah seorang yang berterus terang. Sikap ini boleh dilihat apablia beliau dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, oleh sebab pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah meluahkan pemikirannya dengan berterus terang dan mengkritik cara pentadbiran Tunku. 3.3 Rumusan dan penutup Sebagai rumusan, kita haruslah sentiasa mengingati jasa-jasa dan sumbangan Dr. Mahathir kepada rakyat dan negara. Kita juga mesti menilaikan Dr. Mahathir kerana beliau telah melalui pelbagai kejayaan dan rintangan dalam membanunkan negara Malaysia ini. Kita juga mestilah mengikuti sifat-sifat Dr. Mahathir dan menjadikan hidup beliau sebagai panduan kehidupan kepada semua orang. Y.A.B Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad Pemimpin Pembimbing Penjaga Maruah Negara Pelukis Wawasan Negara Pejuang dan Guru Bangsa Cendekiawan Antarabangsa Pengemudi Kejayaan Negara Bagaikan Bapa Rakyat Malaysia Terima Kasih... Kau Inspirasi Rakyat Jelata

Senarai Rujukan:

http:/www. wikipedia.com/mahathirmohamad Khoo Boo Teik.Paradoxes of Mahathirism.Oxford University Press. Muka surat 127 Surat Khabar The StarSpecial (Jumaat , 31 Oktober 2003) m/s 3

Read more! http://e-tan.blogspot.com/2010/12/folio-sejarah-tingkatan2.html#ixzz1ZvPuNmbS