folio sejarah

62
Hak Cipta Milik Yap Yee Li© SEJARAH 21/2 KERJA KURSUS Nama Calon: Yap Yee Li Tingkatan: 3 Rancangan Khas Nombor Kad Pengenalan: 931007-14-5321 Angka Giliran: …………………………………………… Nama dan Alamat Sekolah: SMK Bandar Tasik Puteri Tajuk Kerja Kursus: Permainan Tradisional Di Malaysia Nama Guru: Pn. Haliza bt. Mohamed Hussin SKOR:- Elemen Markah Elemen 1 Mengumpul fakta sejarah Elemen 2 Merekod fakta sejarah Elemen 3 Penerapan unsur patriotisme Jumlah Markah Kod Tahap Pencapaian ………………………….. (Tandatangan Guru) Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Upload: jeremy-yap

Post on 07-Jun-2015

4.294 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

This is another guide for Sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

SEJARAH 21/2KERJA KURSUS

Nama Calon: Yap Yee Li

Tingkatan: 3 Rancangan Khas

Nombor Kad Pengenalan: 931007-14-5321

Angka Giliran: ……………………………………………

Nama dan Alamat Sekolah: SMK Bandar Tasik Puteri

Tajuk Kerja Kursus: Permainan Tradisional Di Malaysia

Nama Guru: Pn. Haliza bt. Mohamed Hussin

SKOR:-Elemen Markah

Elemen 1 Mengumpul fakta sejarahElemen 2 Merekod fakta sejarahElemen 3 Penerapan unsur patriotisme

Jumlah MarkahKod

Tahap Pencapaian

…………………………..(Tandatangan Guru)

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 2: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

ELEMEN 1

Tajuk: Mengumpul fakta sejarah (Permainan Gasing)

Senarai Semak

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Bil. Sumber Tandakan ( / )i Buku Ilmiahii Jurnaliii Akhbariv Majalahv Orang Sumbervi Melawat tempat kajianvii Internetviii Televisyenix Radiox VCD/DVDxi Sumber lain

Markah

Page 3: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

ELEMEN 2

Tajuk: Merekod Fakta Sejarah(Permainan Gasing)

Senarai Semak

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Bil. Perkara Tandakan ( / )i Tajuk Kajianii Senarai Kandunganiii Penghargaaniv Objektif Kajianv Kaedah Kajianvi Hasil Kajianvii Rumusanviii Lampiranix Rujukan

Markah

Page 4: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

ELEMEN 2

MEREKODFAKTASEJARAH

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 5: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

GASING

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 6: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

SENARAIKANDUNGAN

ASPEK MUKA SURAT

TAJUK KAJIAN

SENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAAN 1

OBJEKTIF KAJIAN 2

KAEDAH KAJIAN 3

HASIL KAJIAN 4-30

RUMUSAN 31

LAMPIRAN 32-34

RUJUKAN 35

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 7: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

PENGHARGAANTerlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru Sejarah

saya, Pn. Haliza bt. Mohamed Hussin kerana telah sudi memberikan bimbingan dan

tunjuk ajar dalam menghasilkan kerja kursus Sejarah ini.

Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga khususnya kepada ibu bapa yang telah

banyak berkorban untuk saya serta dorongan dan bantuan untuk menghasilkan kerja

kursus ini.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kakak saya kerana telah membimbing saya

dalam mencari maklumat untuk dimasukkan ke dalam kerja kursus ini. Dia telah

bertungkus lumus dan begitu komited untuk menolong saya mencari maklumat di

internet.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan saya, Nor Shazliana yang telah

berkongsi maklumat bersama saya. Semoga kami kita berdua akan berjaya dalam PMR

yang bakal menjelang dengan cemerlang.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 8: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

OBJEKTIF KAJIAN Mengenali dan mendalami sejarah permainan tradisional di Malaysia

Dengan menghasilkan kerja kursus ini pelajar boleh mengenali dengan lebih

lanjut lagi tentang permainan tradisional di Malaysia.

Mendidik sikap bekerjasama mencari maklumat dan menyiapkan kerja

kursus dalam kalangan pelajar

Dengan saling membantu dalam pencarian maklumat dan menyiapkan kerja

kursus ini, sikap bekerjasama dapat dipupuk dalm kalangan pelajar.

Pelengkap kepada Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3, 2008

Hasil kajian ini adalah sebagai pelengkap untuk Sukatan Pelajaran Sejarah untuk

pelajar tingkatan tiga.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 9: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

KAEDAH KAJIAN MENGUMPUL FAKTA DARI INTERNET

Saya telah mendapat mengumpul maklumat melalui internet yang membantu saya

memahami dengan lebih jelas tentang permainan tradisional gasing masyarakat

kita seperti cara-cara bermain gasing, asal usul permainan gasing dan sebagainya.

Melalui internet juga saya dapat mengambil berberapa gambar berkaitan

permainan gasing .

BERKONGSI MAKLUMAT

Maklumat yang diperolehi dikongsi dan dibincangkan bersama rakan-rakan saya

terutamanya, Nor Shazliana. Dengan berkongsi maklumat dengan rakan saya,

saya dapat memperolehi fakta-fakta yang mencukupi untuk menghasilkan kerja

kursus ini.

MENGANALISIS DOKUMEN

Maklumat yang diperoleh dianalisis, dinilai dan dibandingkan seelum direkodkan

sebagai hasil kajian untuk mendapatkan fakta yang padat dan tepat.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 10: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

HASIL KAJIANNAMA PERMAINAN

Gasing adalah satu permainan tradisi masyarakat Melayu yang dimainkan oleh

masyarakat Melayu sejak berkurun lagi. ‘Gasing’ mendapat nama daripada singkatan perkataan

‘kayu’ iaitu ‘ka’ kerana gasing diperbuat daripada kayu manakala ‘sing’ daripada perkataan

‘pusing’ kerana gasing berpusing. Apabila dicantumkan, maka wujudlah perkataan ‘kasing’

Peredaran masa telah menyebabkan perkataan ‘kasing’ membentuk perkataan ‘gasing’. Bagi

penduduk di Pulau Labuan, asal usul perkataan ‘gasing’ dikatakan berasal daripada perkataan

‘ligat berpusing’. Gasing tidak mempunyai nama lain, tetapi gasing mempunyai pelbagai jenis

bentuk. Terdapat beberapa jenis gasing yang popular di beberapa buah negeri di Malaysia

antaranya ialah gasing leper Kelantan, gasing uri, gasing kuno dan gasing Baba.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 11: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

LATAR BELAKANG

ASAL-USUL

Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri, masyarakat Melayu telah

mengisi masa lapang dengan pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati. Antara

kegiatan yang dilakukan adalah bermain gasing. Gasing adalah antara permainan yang

popular selain wau dan sepak raga.

Permainan gasing diterima dan diubah suai dari semasa ke semasa dan kekal

sehingga hari ini. Kebiasaanya orang lelaki yang memainkan permainan ini. Permainan

gasing bukan sahaja dimainkan oleh golongan dewasa, malah juga dimainkan oleh kanak-

kanak. Mereka bermain gasing untuk beradu kemahiran, kecekapan,

kepantasan, dan kerjasama berpasukan. Di samping itu, mereka juga

dapat mengeratkan hubungan sesama mereka. Terdapat pelbagai cerita

yang berbeza tentang asal usul permainan ini mengikut daerah dan kampung. Hal ini

menjadikan faktor menyebabkan permainan gasing di dalam negeri berbeza antara satu

dengan yang lain.

Gasing berasal dari Mekah yang dimainkan sejak tahun 450 Masihi.

Permainan ini dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Arab yang berlabuh di

Melaka. Permainan gasing di Malaysia bermula sejak zaman kesultanan Melayu Melaka.

Dari Melaka, gasing diperkenalkan ke negeri-negeri Melayu dan menjadi permainan yang

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 12: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

popular . Bagi masyarakat yang menetap di Pulau Labuan, Sabah, permainan gasing

dikatakan dibawa oleh kaum Kedayan yang berhijrah ke Pulau Labuan. Penghijrahan

kaum Kedayan ini dipercayai terjadi selepas pemberontakan Limbang 1884. Mereka

membawa permainan tradisi mereka iaitu gasing bersama mereka. Dalam kehidupan

mereka, permainan gasing bukan sahaja untuk mengisi masa senggang malah dimainkan

untunk meningkatkan semangat jati diri.

Terdapat cerita mengaitkan asal usul permainan gasing dengan buah

berembang. Buah berembang yang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat,

licin dan agak leper. Buah berembang mudah dipusingkan dengan tangan. Buah yang

ligat dan pusingannya lebih lama dikira menang. Lama-kelamaan, timbullah ilham untuk

meniru bentuk buah ini dan membuatnya daripada kayu. Pemain akan cuba

memusingkan ‘buah’tersebut dengan tangan, seligat yang mungkin. Ketika ligat

berpusing, ‘buah’ tersebut disebut ‘gah’ yang bermaksud tegak dan kuat. Daripada istilah

inilah dikatakan bermulanya permainan gasing.

Selain itu, seorang tua dari Kulim, Kedah mengatakan bahawa permainan

gasing berasal daripada permainan ‘adu telur’ yang dimainkan oleh kanak-kanak.

Menurutnya lagi, kanak-kanak begitu asyik memusingkan dan melagakan telur jadi,

timbul ilham untuk mengukir kayu menjadi bentuk telur dan dipasangkan paksi. Sebatang

paku digunakan sebagai paksinya. Seutas tali digunakan untuk memusingkannya supaya

berpusing dengan lebih ligat dan pusingannya tahan lebih lama.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 13: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Seorang pemain gasing veteran yang tinggal di kawasan pinggir Sungai

Pahang pula berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat

memburu binatang yang berbentuk bulat dan leper. Apabila dilemparkan, alat ini akan

berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan. Mereka kemudian

menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka

menggunakannya sebagai satu cara untuk menguji kecekapan seseorang itu

mencampakkannya dan mengenai sasaran. Permainan itu akhirnya diminati oleh

masyarakat. Alat tersebut kemudian telah direka bentuk semula sehinggalah seperti

bentuk gasing yang terdapat pada hari ini.

Pelbagai jenis permainan gasing boleh didapati di seluruh

Malaysia. Permainan gasing tradisional mempunyai pelbagai jenis dan

bentuk dan hanya dimainkan di sesuatu tempat tertentu oleh golongan

tertentu sahaja. Peraturan dan cara mengendalikannya juga berlainan

mengikut kampung, daerah dan ketua permainan.

                          Namun begitu kaedah asas permainan gasing adalah

sama iaitu memusing, memangkah dan membela uri. Perkara yang

membezakan permainan gasing di satu negeri dengan satu negeri

yang lain ialah kaedah membela uri, melilit tali, peralatan tambahan

dan bilangan pemain yang bermain. Hal ini telah menimbulkan

pelbagai bentuk dan cara permainan gasing. Sebagai contoh, terdapat

perbezaan dalam permainan gasing timah dan gasing leper di negeri

Kelantan dengan gasing peyek dan gasing tempayan di Selangor.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 14: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

                         

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 15: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Di beberapa negeri, gasing dikaitkan dengan pengaruh

penghijrahan, peperangan dan perdagangan terbuka sejarah lampau.

Andaian ini berdasarkan bentuk-bentuk gasing yang berlainan

mengikut negeri yang pernah dijajahi oleh kerajaan lain. Umpamanya

gasing timah dan gasing leper Kelantan tidak terdapat di negeri lain.

Selain itu, gasing paku yang dimainkan oleh masyarakat Kuala

Selangor, ternyata adalah sama dengan gasing yang dimainkan di

Kedah dan Patani. Gasing Riau mempunyai persamaan dengan gasing

Melaka dan ramai penduduk Riau berasal dari Melaka Pengaruh ini

jelas menunjukkan bahawa ada pertalian yang penting antara aliran

pengaruh dan gaya permainan masyarakat tempatan dengan tempat

lain.

Walaupun gasing ini merupakan permainan masyarakat

serumpun Melayu, namun pelbagai masalah telah timbul akibat

ketidakseragaman peraturan, bentuk gasing serta corak permainan

gasing. Pihak yang bertanggungjawab telah mengambil tindakan yang

bijak iaitu mengadakan Kongres Kebudayaan Melayu pada tahun 1972,

di Universiti Malaya serta Seminar Penyatuan Undang-Undang Gasing,

di Sekolah Dato' Seri Amar DiRaja, Muar, Johor, pada tahun 1973 untuk

menyeragamkan permainan gasing. 

Selain Malaysia, permainan gasing ini turut terdapat di negara- negara

lain di Asia seperti di Jepun, Taiwan, China, dan Vietnam. Benua-benua di Afrika dan

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 16: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Eropah juga tidak ketinggalan untuk menyertai permainan tradisional ini. Di negara-

negara seperti Jerman, Perancis, Sepanyol, Itali dan Belgium terdapat juga permainan

yang menyerupai permainan gasing. Perkara yang membezakannya ialah permainan ini

dimainkan di pesta-pesta tertentu dan oleh pemain yang tertentu sahaja manakala di

negara kita, permainan gasing terbuka kepada semua peminat untuk bermain gasing.      

                     

NEGERI YANG MEMPOPULARKAN PERMAINAN INI

Negeri yang paling popular dengan permainan gasing ini adalah negeri

Kelantan. Terdapat Gelanggang Seni di Kota Baharu, Kelantan. Di situ terdapat

pertunjukan wau, gasing dan lain-lain lagi. Pertunjukan tersebut diadakan secara percuma

kepada para pengunjung dan hanya di buka pada hari Isnin, Rabu dan Sabtu. Gelanggang

Seni ini telah menjadi pusat perkembangan Negeri Kelantan. Gelanggang Seni telah

ditubuhkan sejak tahun 1978. Gasing timah dan gasing leper Kelantan hanya terdapat di

negeri Kelantan sahaja.

Terdapat pelbagai jenis gasing di setiap negeri. Antaranya ialah

gasing talar, gasing piring dan gasing berembang popular di negeri Johor. Manakala

gasing bakal, gasing lang laut, gasing penyek dan gasing tempayam terdapat di negeri

Selangor. Di Kedah pula, permainan gasing paku amat popular dalam kalangan

masyarakat. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, terdapat bentuk-bentuk yang berbeza dan

dinamakan dengan gasing lundu, gasing pontianak, gasing Borneo, gasing Kundasan,

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 17: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

gasing limbang Kadazan, gasing Bajau dan gasing Brunei. Gasing begelan berbentuk

agak leper dan diperbuat daripada kayu jenis ringan.Gasing begelan popular dimainkan di

Sabah, Johor dan Brunei. Gasing toyol pula dimainkan di Melaka, Selangor, dan Negeri

Sembilan. Gasing pangkah pula merupakan permainan rakyat yang telah dimainkan sejak

di Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Pelbagai jenis gasing pangkah yang terdapat

di negeri Melaka antaranya ‘gasing bulat’ atau ‘gasing tunjang’, ‘gasing botol’ atau

‘gasing jantung’ manakala ‘gasing leper’ pula dikenali sebagai ‘gasing pereng’ atau

‘gasing merempang’.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 18: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Yang berwarna kuning merupakan negeri-negeri yang mempopularkan permainan gasing.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 19: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

KAUM / ETNIK YANG TERLIBAT …

Permainan gasing ialah permainan rakyat yang popular dalam

kalangan orang Melayu. Permainan gasing bukan sahaja menjadi permainan orang

dewasa malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Orang dewasa

telah memajukan seni permainan ini. Bagi kanak-kanak, mereka lebih gemar dengan

gasing Melayu dan Cina kerana saiznya yang kecil dan mudah dipermainkan.

Permainan tradisional seperti gasing kurang mendapat sambutan

dalam kalangan generasi muda disebabkan pengaruh arus pembanggunan yang

menghasilkan lebih banyak permainan yang baru seperti permainan komputer.

Bagaimanapun, perubahan masa turut mempengaruhi permainan gasing pangkah yang di

mana beberapa peraturan telah diperkenalkan bagi menarik minat golongan muda untuk

menyertainya di samping menjadikan permainan itu lebih mencabar.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 20: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

TUJUAN DIMAINKAN …

Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu

popular pada suatu ketika dahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki

menyebabkan orang Melayu dahulu mencari alternatif untuk bergembira tanpa

mengeluarkan belanja yang besar dan menggunakan bahan terbuang. Selain dijadikan

sebagai hiburan dan juga memanfaatkan bahan terbuang, permainan gasing juga dapat

mengembangkan idea-idea masyarakat Melayu, dan ini terbukti dengan kemunculan

pelbagai bentuk gasing serta teknik permainan. Permainan gasing juga dapat menyerikan

lagi rumah tradisional Melayu kerana gelanggang permainan gasing kebiasaannya dibina

di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang yang meredupkan gelanggang.

Permainan gasing bagi orang Melayu juga mengukur tahap kemahiran dan kepantasan

seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 21: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

ALAT – ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK PERMAINAN GASING

Antara peralatan yang digunakan dalam permainan gasing ialah tali

gasing, getah kecupu, penyokong, lopak gasing bong dan gelanggang.

Tali gasing akan dibuat untuk digunakan dalam permainan gasing.

Tali harus berukuran antara 300 hingga 450 centimeter mengikut ukur lilit gasing. Bagi

gasing kanak-kanak iaitu gasing Cina, panjang talinya hanya sekitar 150 centimeter

sahaja. Tali tersebut kebanyakan diperbuat daripada benang atau jut. Salah satu hujung

tali akan diikat pada sekeping logam sebagai penahan tangan ketika menghayun gasing

manakala hujung yang satu lagi akan dilekatkan dengan gam supaya tali tidak akan

terurai.

Getah kecupu dilumurkan pada gasing pada bahagian kayunya.

Kemudian getah kecupu itu digosok-gosokkan dengan bilah sehingga keseluruhan

permukaan gasing menjadi rata. Hujung tali gasing akan diikat pada tali kayu.

Seterusnya, gasing boleh dimainkan.

Gelanggang merupakan satu tempat yang digunakan dalam satu-

satu pertunjukan atau pertandingan. Lazimnya gelanggang ini bebas dibina dimana-mana

sahaja asalkan di kawasan yang lapang. Kebiasaannya gelanggang gasing dibina di

halaman rumah. Gelangang gasing dibina daripada tanah yang licin dan keras. Tanah ini

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 22: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

perlu bebas daripada batu, pasir atau habuk untuk memastikan gasing dapat berpusing

tanpa rintangan yang akan menyukarkan permainan gasing.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 23: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

CARA DIMAINKAN …

Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai

kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.

Dalam permainan gasing langkah - langkah yang paling ada bagi setiap pemain untuk

bermain gasing ialah:-

1)Melilit Tali

2)Melilit Gasing

3)Memusing Gasing

4)Memangkah Gasing

5)Mengangkat Gasing

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 24: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

1) Melilit Tali

Terdapat dua cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di

lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua - dua cara ini penting sebelum memulakan

permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan

gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke

dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi

penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana

apabila ditarik ikatan tersebut tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula

bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan

lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali

tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri manakala bagi pemain gasing uri

Kelantan, mereka tidak melilit tali sendiri, tetapi lilitan dibuat oleh orang lain dan setelah

kemas barulah pemain mengambilnya.

Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada

jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri

bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 25: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

pemain. Seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan.

Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara

ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada

gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua

tali di lengan dengan meninggalkan beberapa centimeter untuk memudahkan pemain

mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat,

tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas

mengankat atau menegak uri.

2) Melilit Gasing

Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu

melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit disekeliling gasing. Cara lain adalah

seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan

mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan

pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan

pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya

haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca.

Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji

dibahagian bahu gasing.Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan

tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu

pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 26: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan

seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu

gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan

yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan

membahayakan semua orang.

3) Memusing Gasing

Terdapat berbagai - bagai gaya untuk memusing gasing. Memusing

mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap.

Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara

yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Secara umum,

terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan

pusingan sentap.

Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara

mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah

sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini.

Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di

hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah

rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 27: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45

darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 28: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan

yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu

kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30

darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing

tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi,

sedikit sentapan dikenakan dan pastikan gasing berada dalam keadaan tegak. Jika tidak

gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 29: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

4) Memangkah Gasing

Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan

gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya

gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan

yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok,

pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.

•Pangkah hentak

Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah

tegak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak.

Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri

atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat

mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana hentakan ini boleh memecahkan gasing

lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing

yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper.

Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan. Kedudukan gasing

yang tinggi memberikan kekuatan pada gasing untuk menghentak gasing lawan.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 30: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

•Pangkah totok.

Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan.

Kemudian gasing mestilah separas dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada

bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan

gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat,

pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan

jenis pangkahan ini.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 31: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

•Pangkah layang

Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas

kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran

dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang

ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah

bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 32: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

•Pangkah tebang

Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan pangkahan ini

juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat,

kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing

lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk

tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya

yang berat dan pepat.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 33: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

5) Mengangkat Gasing

Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, gasing perlu diangkat ke tapak uri yang

sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing

memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi.

Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah

pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau

kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah

yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah

pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan

menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan

berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan

tegak kerana jika kedudukannya mengiring gasing akan menjejaskan keligatan gasing.

Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat

patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan

pusingan gasing.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 34: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

JENIS-JENIS GASING

Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia. Setiap negeri

mempunyai keistimewaan gasing yang tersendiri.

Antara contoh gasing yang terdapat di Malaysia adalah:

1) Gasing Tanjung 9) Gasing Piring

2) Gasing Uri 10) Gasing Kepala Duri

3) Gasing Leper Kelantan 11) Gasing Berembang

4) Gasing Jantung 12) Gasing Pangkah

5) Gasing Baba 13) Gasing Gurau Tanah dari Borneo

6) Gasing Kuno 14) Gasing Gurau Cermin dari Sabah.

7) Gasing Telur 15) Gasing Kelawar

8) Gasing Benang 16) Gasing Kapak

Gasing kelawar berbentuk seperti seekor burung kelawar. Gasing

berembang berbentuk seperti buah berembang. Terdapat dua jenis gasing yang diminati

oleh kanak-kanak iaitu gasing Melayu dan gasing Cina. Kedua-dua gasing tersebut

berbentuk telur yang bersaiz kecil. Bahagian bawah gasing ini adalah berbentuk tirus.

Gasing ini lebih mudah dimainkan berbanding gasing yang lain.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 35: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Selain itu, terdapat sejenis gasing yang sering dimainkan oleh kanak-kanak.

Gasing tersebut diperbuat daripada buah pinang atau buku benang. Buah pinang atau

buku benang dibentuk menjadi gasing. Sebatang kayu bulat yang panjang dicucuk di

bahagian atas gasing. Di bahagian bawah gasing pula mempunyai kayu yang lebih

pendek. Di bahagian bawah ditajamkan sedikit untuk membolehkan gasing terus

berputar.

Antara ciri-ciri gasing yang lain adalah seperti yang berikut:

1) Gasing Tanjung

Bentuk : Buah nerembang dan tinggi

Berat : 0.6 kilogram

Tinggi : 10cm

Lilitan : 30cm

Huraian: Dimainkan oleh pemain gasing dari Muar, Johor. Gasing ini adalah

untuk memangkah dan bertindak sebagai gasing pengacau. Diperbuat

daripada kayu keranji, cengal, merbau dan kempas.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 36: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

2) Gasing Uri

Bentuk : Agak leper dan rendah

Berat : 6 kilogram

Tinggi : 8cm

Lilitan : 60cm

Huraian: Terkenal di Kelantan. Badan asasnya berbentuk kecil dan dililit dengan

simpai. Gasing ini bersimpai dengan menggunakan besi, timah dan

plumbum. Simpai yang diperbuat daripada timah adalah untuk

memusing manakala simpai yang diperbuat daripada besi adalah untuk

memangkah. Gasing ini berat walaupun kecil.

3) Gasing Leper Kelantan

Bentuk : Leper dan rendah

Berat : 8 kilogram

Tinggi : 6cm

Lilitan : 48cm

Huraian: Hanya terdapat di Kelantan. Gasing ini mampu berpusing ligat dan

lama berikutan gasing ini berat. Simpaian gasing ini merangkumi 60%

daripada berat asal gasing ini. Sehingga kini, gasing ini masih

dimainkan dan mudah didapati di pasaran walaupun harganya terlalu

mahal.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 37: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

4) Gasing Jantung

Bentuk : Jantung

Berat : 0.25 kilogram

Tinggi : 12cm

Lilitan : 20cm

Huraian: Terdapat di Kelantan, Pahang, Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan

Sarawak. Terdapat juga segelintir pemain yang menamakan gasing ini

sebagai gasing lundu. Kayu yang digunakan akan membezakan negeri

asal gasing ini. Misalnya, di Kelantan kayu merbau digunakan

untuk menghasilkan gasing ini manakala kayu mengaris, melawis dan

sepetir digunakan oleh pemain-pemain negeri lain.

5) Gasing Baba

Bentuk : Berembang dan sederhana

Berat : 0.6 kilogram

Tinggi : 20cm

Lilitan : 8cm

Huraian: Beridentitikan wang seringgit. Juga sering digunakan oleh pemain baba.

Gasing ini banyak terdapat di Pahang, Perlis, Kelantan, Selangor,

Melaka, dan Negeri Sembilan.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 38: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

6) Gasing Kuno

Bentuk : Berembang dan sederhana

Berat : 0.6 kilogram

Tinggi : 8cm

Lilitan : 30cm

Huraian: Terdapat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor, dan Johor.

Pada asalnya, gasing ini adalah daripada reka bentuk berembang yang

kemudiannya diperbaiki. Pada kebiasaanya, gasing kuno digunakan

untuk memangkah. Gasing ini diperbuat daripada kayu meranti, ru,

merbau, dan keranji.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 39: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

RUMUSANDengan menghasilkan kerja kursus in, saya dapat mempelajari dengan lebih lanjut

tentang permainan gasing. Saya amat berbangga kerana negara Malaysia mempunyai

salah satu permainan tradisional yang benar-benar menguji kepakaran seseorang dalam

permainan tersebut.

Selain itu, rakyat Malaysia perlulah menghargai permainan tradisional ini kerana

Malaysia merupakan salah satu negara yang memperkenalkan permainan gasing di mata

dunia. Permainan tradisional patut diamalkan oleh semua rakyat Malaysia agar kesenian

ini tidak pupus di telan zaman.

Pihak kerajaan perlulah memartabatkan lagi permainan tradisional dengan mengadakan

pameran dan pertandingan permainan tradisional. Kerjasama antara pihak kerajaan

dengan rakyat amat penting untuk menrealisasikan visi tersebut.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 40: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

LAMPIRANGambar

Pemain-pemain Gasing

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 41: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Peta

Melaka. Dari Melaka, permainan gasing dibawa ke

negeri-negeri lain.

Jepun. Salah satu Negara yang memainkan gasing

Mekah. Gasing berasal dari Mekah

sejak tahun 450 Masihi.

Kelantan. Negeri yang mempopularkan gasing.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 42: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Lukisan

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 43: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

RUJUKAN

Buku Ilmiah: Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Ahmad Shahar Hj. Nasarah, 2005. Siri

Panduan Permainan Tradisional Kanak-kanak: Da Da Ko. Dawama Sdn.

Bhd., Halaman 4-7

Surat Khabar: Harian Metro, Rabu 17 Julai 1996, Metrodua, Halaman 1-2

Majalah: Fokus Mei 1997, Bilangan:105, Halaman 50-51

Internet:

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan: Permainan Tradisional: Gasing

http://www.ppak.kelantan.edu.my/culture/gasing

Wikipedia Indonesia: Permainan Gasing

http://id.wikipedia.org/wiki/Gasing

Wikipedia Malaysia: Permainan Gasing

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing

Ensiklopedia: Ensiklopedia Bestari Edisi Siapa, Mohd. Syahrul Hanafi, Penerbir Pinang

Sdn. Bhd., Halaman 16-18

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 44: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

ELEMEN 3

Tajuk: Penerapan Unsur Patriotisme (Permainan Gasing)

Senarai Semak

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Unsur Patriotisme Tandakan ( / )

1

2

3

4

5

Markah

Page 45: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

ESEI

BAGAIMANAKAH MODAL INSAN YANG PATRIOTIK DAPAT DIBENTUK MELALUI AKTIVITI SUKAN DAN PERMAINAN?

Marcapada ini, Malaysia melahirkan ramai pemain yang berbakat dalam bidang sukan

dan permainan. Hal ini boleh membentuk modal insan yang patriotik. Antara wakil

negara dalam bidang sebegini yang terkenal ialah Nicol Ann David, Wong Choong Han

dan Alex Yoong.

Salah satu unsur patriotisme yang dapat dilihat ialah mereka berbangga sebagai rakyat

Malaysia. Hal ini dapat dilihat apabila pemain-pemain negara menjaga dan

mempertahankan maruah bangsa dan negara yang kini terkenal di mata dunia seperti

dalam sukan skuasy dan badminton. Selain itu, bagi masyarakat yang memainkan

permainan tradisional seperti gasing dan congkak, mereka menghargai dan

mengamalkan tradisi budaya dan mereka juga berbangga dengan sejarah negara Malaysia

yang sememangnya terkenal dengan permainan tradisional.

Di samping itu, pemain-pemain negara bersemangat setia negara. Hal ini dapat dilihat

apabila pemain-pemain negara cinta akan bangsa dan negara. Mereka juga sanggup

mengorbankan masa dan tenaga kerana mereka sedia berkorban untuk bangsa dan negara.

Hal ini kerana mereka merasakan bahawa mereka bertanggungjawab kepada bangsa dan

negara.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Page 46: Folio Sejarah

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©

Tambahan pula, aktiviti sukan dan permainan akan memupuk semangat kekitaan. Hal

ini kerana setiap, pemain tidak kira kaum dan agama mesti bersatu padu dan berharmoni.

Selain itu, untuk mencapai kejayaan, setiap ahli kumpulan mesti bekerjasama dan

bertoleransi. Mereka juga perlu bersefahaman dan bermuafakat.

Akhir sekali, kita perlu berdisiplin. Kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang

yang terdapat dalam setiap sukan atau permainan yang dimainkan. Selain itu, kita sebagai

pengadil seseuatu permaina, kita hendaklah bersifat adil dan jujur.

Hal ini menunjukkan bahawa aktivit sukan dan permainan dapat membentuk modal insan

yang patriotik.

Hak Cipta Milik Yap Yee Li©