folio sejarah 2013 - sumber keropok lekor

12
Keropok Lekor Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Keropok lekor atau kerepok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas. Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi. Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor kebeberapa negeri lain. Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan di tempat air batu bagi mengelakkan baunya mencemar makanan lain. Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam, sekiranya tidak keropok berasa tawar. Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng. Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis- nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili. http://ms.wikipedia.org/wiki/Keropok_lekor KEROPOK IKAN

Upload: amirul-ariff-ghazali

Post on 22-Jan-2016

314 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Folio Sejarah 2013 - Sumber Keropok Lekor

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Sejarah 2013 - Sumber Keropok Lekor

Keropok LekorDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Keropok lekor atau kerepok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.

Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor kebeberapa negeri lain.

Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan di tempat air batu bagi mengelakkan baunya mencemar makanan lain. Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam, sekiranya tidak keropok berasa tawar.

Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng.

Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Keropok_lekor

Page 2: Folio Sejarah 2013 - Sumber Keropok Lekor

KEROPOK IKAN KEROPOK LEKOR & KEROPOK KERING

Pengenalan Keropok ikan adalah sejenis makanan ringan yang digemari oleh penduduk-penduduk dari pelbagai golongan di negara ini juga di negara jiran. Di Malaysia terdapat pengusaha keropok yang menjalankan perusahaan mereka terutama di persisiran pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Kedah.

Keropok adalah sejenis makanan ringan yang digemari ramai oleh penduduk Malaysia. Keropok lazimnya diproses daripada ikan, udang atau sotong yang diadun bersama tepung kanji dan/atau tepung sagu sebagai bahan utama, garam, gula dan MSG sebagai bahan perasa. Jenis-jenis ikan yang biasa digunakan untuk memproses keropok ialah ikan parang, tamban, selayang, kerisi, lolong bara, biji nangka, conor dan lain-lain.

Mengikut Peraturan Makanan 1985, keropok ikan hendaklah disediakan daripada ikan dan kanji dan kandungan protein tidak kurang 15 peratus.

Keropok yang bermutu boleh diperolehi bergantung kepada kesegaran ikan, jenis ikan yang digunakan, nisbah bahan utama serta proses penyediaan. Keropok yang bermutu juga dapat dinilai dari segi rasa, kerangupan serta kembang apabila ianya digoreng didalam minyak panas.

Terdapat beberapa jenis keropok ikan yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha tempatan seperti keropok kering, keropok lekor (basah) dan keropok bersira.

Cara-cara Pemprosesan Keropok Lekor / Kering a) Membancuh AdunanBahan-bahan campuran yang di gunakan untuk memproses keropok iaitu tepung kanji atau tepung sagu, garam, gula, bahan perasa (MSG) dan air ais di adun dengan menggunakan mesin penggaul ( mixer) sehingga sebati. Adunan yang telah sebati dapat di ketahui apabila ianya tidak melekat pada bekas penggaul serta boleh membentuk doh.

b) MembentukAdunan yang telah di bentuk ketulan berbentuk silinder. Ketulan dibentuk mengikut saiz yang yang dikehendaki. Pada lazimnya, keropok keping di bentuk di antara 30 cm-50 cm.

Page 3: Folio Sejarah 2013 - Sumber Keropok Lekor

Panjang, bergaris pusat diantara 6 cm.-10 cm., serta mempunyai berat 500 gm.- 1 kg. Manakala ketulan untuk keropok lekor lebih kecil iaitu di antara 100 gm -500 gm.c) MemasakKeropok lekor boleh dimasak samaada dengan cara kukus, rebus atau terus digoreng.manakala keropok keping hanya direbus atau dikukus sahaja.

Keropok yang dikukus mempunyai kualiti yang baik jika dibandingkan dengan keropok yang direbus, tetapi ianya mengambil masa yang agak lama. Keropok yang di kukus mengambil masa 1 hingga 1.1/2 jam untuk masak bergantung kepada saiz manakala merebus hanya mengambil masa di antara 20 hingga 30 minit sahaja. Keropok yang telah di rebus akan timbul serta naik kepermukaan air apabila ianya masak.

d) MemotongKeropok yang telah siap dimasak, disejat dan disimpan dalam keadaan sejuk dingin atau pada suhu bilik semalaman sebelum ianya dipotong nipis membentuk kepingan.Keropok boleh di potong dengan menggunakan pisau ataupun dengan mesin memotong keropok.

e) MenjemurKeropok yang telah dipotong nipis di susun di atas pemidai dan di jemur kepada cahaya matahari. Di dalam keadaan cuaca baik keropok boleh menjadi kering dalam masa 6 hingga 7 jam.

f) MembungkusKeropok yang telah kering di angkat , di simpan atau terus ditimbang dan dibungkus dalam bekas plastik.Plastik ini di pateri dengan menggunakan api lilin , pelita atau dengan menggunakan mesin pateri ( Tew Impulse Sealer )

Pembungkusan adalah faktor penting dalam mengawal kualiti produk.Pembungkusan yang tidak baik akan mengakibatkan pendedahan kepada kesan-kesan persekitaran saperti gas oksigen, wap air, kotoran, mikro, dan cahaya yang berlebihan. Ini akan menyebabkan hasilan menjadi lemau, berkulat, tengik, busuk dan hilang khasiat pemakanannya.Pembungkusan yang menarik juga akan menjadi daya tarikan kepada pengguna.

g) Penyimpanan / PenstokanKeropok yang telah dibungkus dengan berat 100 gm,200 gm dan 500 gm adalah perlu di susun dengan rapi supaya tidak di kenakan tekanan bebanan yang berat yang mana akan mengakibatkan kerosakan kepada keropok saperti patah, pecah dan sebagainya.

http://terengganulening.blogspot.com/2009/07/asal-usul-keropok-lekor.html

Page 4: Folio Sejarah 2013 - Sumber Keropok Lekor

TerengganuEksport satu kontena keropok lekor ke LondonWARTAWAN SINAR HARIAN15 Mac 2013

Awang Tera mencuba produk makanan ringan yang dijual sempena Karnival Usahawan Terengganu 2013 di TTC, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) mula mengeksport satu kontena keropok lekor atau sejumlah empat tan ke London, bermula Februari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan yang sangat baik kerana sebelum ini pihaknya hanya menghantar 10 hingga 20 kilogram sahaja.

“Memandangkan 13 hingga 18 buah restoran Malaysia ada di sana (London) menyediakan menu itu setiap hari, ia mendapat sambutan yang memberangsangkan dan usaha ini akan dilakukan secara berterusan.

“Pembekal di sana juga orang Malaysia, senang kita berurusan iaitu melalui Persatuan Restoran-Restoran Malaysia, yang sepakat mempromosi, sekali gus menjual keropok lekor kepada masyarakat di London,” katanya pada Majlis Perasmian Karnival dan Forum Usahawan Terengganu di Dewan Konvesyen, Pusat Dagangan Terengganu (TTC), di sini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Azmi Razik; Presiden Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Prof Emeritus Anuwar Ali dan Pengarah Kanan Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), Datuk Dzulkifli Mahmud.

Page 5: Folio Sejarah 2013 - Sumber Keropok Lekor

Pada majlis itu juga, YPU menandatangani Memorandum Perjanjian Kerjasama dengan OUM bagi Program Pendidikan dan Latihan Keusahawanan.

Menurutnya, begitu juga di Perth, Australia yang mempunyai dua buah Restoran T’Café, turut menyediakan menu keropok lekor dan nasi dagang.

“Kita sedang cuba membawa makanan tradisional ini secara beransur-ansur ke luar negara kerana kalau hendak dibuat secara besar-besaran, bimbang kita tidak berdaya.

“Mungkin suatu hari nanti, pengusaha keropok secara persendirian juga boleh melakukan perkara sama dengan mengeksport produk mereka ke luar negara,” katanya.

Namun kini, buat sementara waktu, anak syarikat YPU, Cakna Sdn Bhd yang sedang menjalankan urusan berkenaan.

SAINS & TEKNOLOGI

ARKIB : 29/10/2012

http://www.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20121029/st_04/z/eksport satukontenakeropoklekorkelondon

Page 6: Folio Sejarah 2013 - Sumber Keropok Lekor

Mesin Penghiris Keropok Lekor

SIRI Inovasi kali ini menampilkan mesin slicer keropok lekor. Mesin penghiris keropok lekor ini ini bermaksud mesin untuk menghiris keropok lekor untuk menjadi hirisan-hirisan nipis.

Keropok lekor sememangnya makanan ringan kegemaran rakyat Malaysia.

Keropok lekor merupakan makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu.

Makanan diperbuat daripada isi ikan laut, campuran sagu dan sedikit garam.

Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotein tinggi yang kaya dengan iodin semula jadi.

Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dan dicicah sos cili yang pedas.

Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersebar ke beberapa negeri lain.

Keropok lekor biasanya tidak tahan lama.

Page 7: Folio Sejarah 2013 - Sumber Keropok Lekor

Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan supaya tahan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan di tempat air batu bagi mengelakkan baunya mencemar makanan lain.

Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam. Jika tidak, keropok akan berasa tawar.

Selain itu, keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping.

Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping.

Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.

Oleh itu untuk membuat keropok keping ini, pihak Zull Design Autotronic (ZDA) telah mereka cipta satu mesin yang dinamakan mesin slicer keropok lekor.

Kami menghasilkan mesin tersebut di atas permintaan pelanggan yang meminta kami membuat satu mesin khas untuk menghiris keropok keping, kerepek pisang dan apa sahaja makanan yang boleh dijadikan kerepek atau perlu dipotong nipis.

Mesin yang dihasilkan adalah mengikut spesifikasi pelanggan.

Oleh itu, pelanggan boleh mereka bentuk mesin tersebut dan pihak kami akan cuba menepati kehendak mereka.

Walaubagaimanapaun, perbincangan antara dua pihak amat penting dan diperlukan. Ini kerana, dikhuatiri mesin yang tidak menepati kehendak mereka yang menempahnya.

Tujuan mesin ini dihasilkan adalah untuk membantu pengusaha-pengusaha industri dalam menghasilkan keropok keping atau makanan lain dengan kuantiti yang banyak.

Mesin berkenaan mempunyai konsep yang sama dengan cara manual tetapi lebih memudahkan pengguna.

Terdapat beberapa kelebihan dalam penggunaan mesin ini. Kelebihan mesin ini terletak pada rekaannya. Ia direka khas bagi mereka yang menjalankan perusahaan keropok keping atau kerepek.

Mesin tersebut boleh dilaras ketebalannya untuk menghasilkan kepingan yang mempunyai ketebalan yang sama.

Page 8: Folio Sejarah 2013 - Sumber Keropok Lekor

Kepingan keropok juga boleh dihiris atau dipotong secara membulat atau secara memanjang.

Dalam operasi menghiris ini, minyak perlu digunakan bagi memudahkan proses untuk memotong.

Tambahan pula, dengan menggunakan mesin slicer keropok lekor ini, tenaga kerja dan masa dapat dijimatkan kerana potongan yang lebih cepat dengan adanya sistem pneumatik.

Seperti diketahui, ZDA tidak mempunyai mesin yang sedia ada siap dan kerana ia bergantung kepada tempahan pengguna.

Penciptaan mesin biasanya bergantung kepada keperluan dan kehendak pelanggan itu sendiri. Hal ini dapat membantu pengguna untuk menempah mesin yang diperlukan mengikut modal atau kemampuan pengguna dan mengikut spesifikasi yang di kehendaki.

Oleh itu harga bagi setiap barang keluaran ZDA adalah tidak tetap dan bergantung kepada keperluan dan kehendak pengguna terhadap mesin tersebut.

Jika terdapat sebarang pertanyaan dan tempahan berkenaan mesin ini, boleh hubungi ZDA pada waktu pejabat iaitu dari hari Isnin-Jumaat jam 9 pagi - 5.30 petang, di talian 03-6092 1928, 012-733 2066, faks 03-6091 4000 dan e-mel [email protected]. Pengguna juga boleh layari laman web ZDA iaitu www.zulldesign.com.my untuk maklumat lebih lanjut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20121029/st_04/Mesin-penghiris-keropok-lekor#ixzz2NcyhNJMz © Utusan Melayu (M) Bhd

Page 9: Folio Sejarah 2013 - Sumber Keropok Lekor

Keropok Lekor

Keropok tanpa rebus yang terus digoreng - ranggup sekali!

Keropok Lekor adalah seumpama sushi bagi orang Jepun. Ia merupakan jajan (junkfood) bagi rakyat Terengganu seumpama juga kanak-kanak kecil yang inginkan twisties, atau makan ringan yang lain. Di seluruh daerah dalam negeri Terengganu, perusahaan penjualan keropok ada di mana-mana dan merupakan satu keutamaan dalam negeri ini. Sejarah asal-usul keropok ini elok dijalankan dan dibukukan kerana mungkin generasi sekarang mahupun zaman selepas merdeka tidak mengetahui asal-usul keropok lekor.

Penulis pernah mendapat maklumat bahawa keropok lekor juga ada diusahakan dan dijual di Kepulauan Sulawesi, Indonesia, dan mungkin ini satu hubungkait yang boleh dikaji. Mungkin hubungan kerajaan Kesultanan Melayu Terengganu pada waktu dahulu serta hubungan dagang memungkinkan keropok lekor ini adalah hasil idea bersama ataupun pemindahan budaya serta masakan menjadikan Terengganu hanya negeri yang menghasilkan keropok. Ataupun memang keropok ini adalah makanan rasmi tradisi ciptaan rakyat tempatan Terengganu. Semuanya boleh dikaji.

Bercerita tentang keropok lekor, anda pastinya mengingatkan Keropok Losong di mana Kampung Losong menjadi pusat perusahaan keropok dan penjualan keropok lekor. Penulis pula ingin berkongsi citra rasa keropok di tempat lain iaitu di Kuala Ibai, Kedai Keropok 007. Sebenarnya di Terengganu khasnya di kawasan bandar Terengganu , kedai-kedai menjual keropok dinamakan dengan nombor seperti kedai Keropok 007 di Kuala Ibai. Itulah yang unik dan pelik. Mungkin untuk memudahkan orang mengingatkan kedai-kedai yang menjadi pilihan . Setiap pembeli mungkin dan pasti mempunyai kedai pilihan tersendiri.

"Mari mengkaji asal-usul keropok lekor ini.”

Page 10: Folio Sejarah 2013 - Sumber Keropok Lekor

http://journeyterengganu.blogspot.com/2010/07/keropok-lekor.html