keropok lekor dan cakoi103.8.163.254/document/upload/1uwo4nlm5yq7faruueoenkd1kgwdl2ul.pdf ·...

3
Berita Transformasi Pertanian eropok lekor dan cakoi merupakan antara makanan tradisional yang terkenal pantai timur, khususnya di Terengganu. Kedua-dua produk ini menggunakan tepung sebagai bahan asas pembuatannya. Manakala pembuatan keropok menggunakan daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas. Encik Mohd Sayuti Bin Mohamed Daud yang berumur 37 tahun juga dikenali dengan panggilan Mr Janggut, berasal Baling Kedah adalah seorang usahawan Produk Keropok lekor dan cakoi di Seremban. Beliau adalah salah seorang usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bimbingan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus yang menongkah tangga kejayaan melalui kepayahan dan pengalaman yang dilalui bagi membangunkan industri keropok lekor dan cakoi di sekitar Seremban. Usia mudanya tidak pernah disia-siakan malah diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Pada tahun 1994 semasa umur beliau mencecah 21 tahun, bermulalah pengalaman pertama bagaimana beliau mula menceburi bidang penghasilan keropok lekor dan cakoi. Encik Mohd Sayuti menimba pengalaman awal setelah beliau diambil bekerja untuk membantu melicinkan operasi peniagaan daripada seorang peniaga keropok lekor dan cakoi. Melalui detik itulah, telah memberi dorongan dan semangat serta menerbitkan keyakinan yang kuat untuk mencuba bidang ini dengan lebih mendalam. Disamping bekerja, beliau turut menghasilkan resepi yang terbaik untuk menyediakan keropok lekor dan cakoi. Melalui pengalaman dan ilmu pengetahuan yang digerap bertahun-tahun, beliau mula menyimpan hasrat yang lebih besar untuk terus menceburi bidang ini. Beliau bersyukur kerana dianugerahkan seorang isteri dan kawan-kawan yang senantiasa menyokong beliau untuk terus menceburi bidang ini. Semangat yang tidak pernah luntur dan hasrat yang mendalam untuk berjaya menjadi teras kejayaan beliau untuk menjadi usahawan pemprosesan keropok lekor dan cakoi yang berjaya. Pada bulan Disember 2005 cita-cita beliau untuk menjadi usahawan keropok lekor dan cakoi mula menjadi kenyataan, apabila telah berjaya menubuhkan syarikat dan membuka sebuah kilang pemprosesan keropok lekor dan cakoi yang bermodalkan sebanyak RM 40,000.00. Syarikat tersebut diberi nama Mzi Trading yang terletak di No. 149- 151 Jalan Bandar Senawang 8, Pusat Bandar Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kilang ini beroperasi menggunakan 3 pintu rumah kedai dimana setiap satunya berkeluasan 20 kaki x 70 kaki. Walaupun dengan modal yang sedikit, beliau semakin bersemangat Oleh : Shahzunizam Bin Zulkafli (Ibu Pejabat LPP) [email protected] MZI Trading Keropok Lekor dan Cakoi 10 Lahir Peladang Progresif Berita Transformasi Pertanian K

Upload: lamhanh

Post on 22-Aug-2019

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keropok Lekor dan Cakoi103.8.163.254/document/upload/1uWo4nlM5yQ7faRUueOENKD1KgwDl2ul.pdf · keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan

10 Lahir Peladang Progresif

Berita Transformasi Pertanian

eropok lekor dan cakoi merupakan antara makanan tradisional yang terkenal pantai timur, khususnya di Terengganu. Kedua-dua produk ini menggunakan

tepung sebagai bahan asas pembuatannya. Manakala pembuatan keropok menggunakan daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.

Encik Mohd Sayuti Bin Mohamed Daud yang berumur 37 tahun juga dikenali dengan panggilan Mr Janggut, berasal Baling Kedah adalah seorang usahawan Produk Keropok lekor dan cakoi di Seremban. Beliau adalah salah seorang usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bimbingan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus yang menongkah tangga kejayaan melalui kepayahan dan pengalaman yang dilalui bagi membangunkan industri keropok lekor dan cakoi di sekitar Seremban.

Usia mudanya tidak pernah disia-siakan malah diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Pada tahun 1994 semasa umur beliau mencecah 21 tahun, bermulalah pengalaman pertama bagaimana beliau mula menceburi bidang penghasilan keropok lekor dan cakoi. Encik Mohd Sayuti menimba pengalaman awal setelah beliau diambil bekerja untuk membantu melicinkan operasi peniagaan daripada

seorang peniaga keropok lekor dan cakoi. Melalui detik itulah, telah memberi dorongan dan semangat serta menerbitkan keyakinan yang kuat untuk mencuba bidang ini dengan lebih mendalam. Disamping bekerja, beliau turut menghasilkan resepi yang terbaik untuk menyediakan keropok lekor dan cakoi. Melalui pengalaman dan ilmu pengetahuan yang digerap bertahun-tahun, beliau mula menyimpan hasrat yang lebih besar untuk terus menceburi bidang ini. Beliau bersyukur kerana dianugerahkan seorang isteri dan kawan-kawan yang senantiasa menyokong beliau untuk terus menceburi bidang ini. Semangat yang tidak pernah luntur dan hasrat yang mendalam untuk berjaya menjadi teras kejayaan beliau untuk menjadi usahawan pemprosesan keropok lekor dan cakoi yang berjaya.

Pada bulan Disember 2005 cita-cita beliau untuk menjadi usahawan keropok lekor dan cakoi mula menjadi kenyataan, apabila telah berjaya menubuhkan syarikat dan membuka sebuah kilang pemprosesan keropok lekor dan cakoi yang bermodalkan sebanyak RM 40,000.00. Syarikat tersebut diberi nama Mzi Trading yang terletak di No. 149-151 Jalan Bandar Senawang 8, Pusat Bandar Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kilang ini beroperasi menggunakan 3 pintu rumah kedai dimana setiap satunya berkeluasan 20 kaki x 70 kaki. Walaupun dengan modal yang sedikit, beliau semakin bersemangat

Oleh : Shahzunizam Bin Zulkafli (Ibu Pejabat LPP)[email protected]

M Z I T r a d i n gKeropok Lekor dan Cakoi

10 Lahir Peladang Progresif

Berita Transformasi Pertanian

K

Page 2: Keropok Lekor dan Cakoi103.8.163.254/document/upload/1uWo4nlM5yQ7faRUueOENKD1KgwDl2ul.pdf · keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan

11Lahir Peladang Progresif

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

untuk terus berusaha mengembangkan operasi kilang dengan membeli mesin-mesin pemprosesan. Dengan pembelian ini, telah meringankan dan mempercepatkan pemprosesan keropok lekor dan cakoi. Selain keropok lekor dan cakoi, beliau turut mengeluarkan produk lain yang bersasaskan keropok iaitu keropok nipis dan keropok ball.

Pada tahun 2007 Jabatan Perikanan telah menjadikan beliau sebagai anak angkat kepada projek yang diusahakannya. Beliau telah diberi bantuan kewangan sebanyak RM 30,000.00 dan turut mendapat pembiayaan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) melalui skim pinjaman usahawan untuk memperbesarkan peniagaan beliau. Beliau amat bersyukur ke hadrat yang Maha Esa kerana senantiasa dimurahkan rezeki dari hasil pendapatan keropok lekor dan cakoinya. Perniagaannya terus berkembang dan beliau kini mampu memiliki seramai 12 orang pekerja. Pekerja-pekerja ini ditugaskan menjalankan rutin kerja harian seperti pembancuhan tepung, pemprosesan ikan, perebusan keropok lekor dan cakoi serta kerja-kerja lain yang berkaitan dengan operasi kilang tersebut. Menurut beliau, proses kerja untuk menghasilkan keropok ini tidaklah begitu merumitkan, yang penting sukatannya yang tepat semasa peringkat pembancuhan tepung dan campuran isi ikan yang menjadikan keropok lekor dan cekoi itu lebih sedap .

Bagi menambahkan ilmu pengetahuan didalam bidang pemprosesan ini, beliau senantiasa mendapatkan khidmat nasihat daripada PPK Seremban, Lembaga Pertubuhan

11Lahir Peladang Progresif

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Page 3: Keropok Lekor dan Cakoi103.8.163.254/document/upload/1uWo4nlM5yQ7faRUueOENKD1KgwDl2ul.pdf · keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan

12 Lahir Peladang Progresif

Berita Transformasi Pertanian

Peladang, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), FAMA, MARDI, SIRIM, MARA dan Jabatan Pertanian. Beliau telah menghadiri menghadiri beberapa kursus seperti Kursus Pembentukan Usahawan anjuran MARA, Kursus Kecekapan Usahawan anjuran HATSEF, Program Peningkatan Kualiti dan Pembangunan Produk anjuran (GROOMBE), Kursus Kejurujualan Efektif dan Professional anjuran MARA. Beliau juga berterima kasih kepada PPK Seremban dan Lembaga Pertubuhan Peladang kerana sentiasa memberi dorongan bagi mengukuhkan peniagaan beliau.

Menurutnya lagi, bukan mudah mendapatkan bekalan isi ikan untuk diproses. Pada masa ini, bekalan isi ikan kebanyakkannya diperolehi dari Negeri Terengganu. Sumbernya amat terhad dan kadang kala tidak konsisten kerana bergantung kepada harga dan perjalanan yang jauh untuk mendapatkan bekalan melibatkan kos yang tinggi. Sebagai alternatif lain, bekalan isi ikan juga diperolehi dari peraih-peraih ikan disekitar Negeri Sembilan. Berdasarkan permintaan, bekalan isi ikan yang ada sekarang memang tidak mencukupi. Jika terdapat pihak yang ingin menjadi pembekal isi ikan bolehlah berunding dengan beliau sebagai langkah membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Dari sudut pemasaran pula, keropok akan pasarkan di sekitar Seremban dan ke Kuala Lumpur. Pembeli-pembeli yang membeli keropok ini adalah daripada peniaga-peniaga kecil pasar malam dan pasar tani yang menjual keropok lekor serta penguasaha kantin-kantin sekolah. Tidak kurang pula, pembekal, pengedar dan peruncit yang datang terus

ke kilang beliau untuk mendapatkan keropok lekor dan cakoi. Dalam masa sebulan lebih kurang 18 tan metrik atau bersamaan dengan nilai jualan RM80,000 keropok lekor dan cakoi dapat dijual bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Walaupun pengeluaran dan permintaan produk yang di hasilkan memberangsangkan, terdapat berberapa masalah yang terpaksa di hadapi oleh beliau. Antaranya adalah dari segi persaingan daripada pengusaha tempatan yang turut mengeluarkan produk yang sama. Harga pasaran isi ikan yang tidak menentu dan masalah untuk mendapatkan bekalan isi ikan turut memeningkan beliau. Selain itu, banggunan kilang pemprosesan yang sedia ada agak sempit dan menjadikan pengeluaran terhad serta tidak mampu mengeluarkan dan menyimpan stok keropok lekor dan cakoi dalam kuantiti yang banyak.

Dengan memegang prinsip `di mana ada kemahuan di situ ada jalan’, Encik Mohd Sayuti kini boleh berbangga kerana usahanya mampu beliau mengecapi apa yang ada padanya sekarang. Beliau tabah menghadapi asam garam perniagaan dan terus menanam tekad untuk mengembangkan produk keropok lekor dan cakoinya. Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi Encik Mohd Sayuti Bin Mohamed Daud di talian 013-339 0995/ 017-304 8165.

12 Lahir Peladang Progresif

Berita Transformasi Pertanian