folio geog auto saved)

18
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGKALAN CHEPA 2 16100 KOTA BHARU, KELANTAN KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2011 Pencemaran Alam Sekitar di Padang Tembak, Kota Bharu, Kelantan Nama Pelajar : Muhammad Atif Bin Mohd Manoj Tingkatan : 3 Bestari 1 Nama Guru : Puan Sitino Binti Yusof

Upload: ainul-husna

Post on 05-Jul-2015

144 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: FOLIO Geog Auto Saved)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

PENGKALAN CHEPA 2

16100 KOTA BHARU, KELANTAN

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

2011

Pencemaran Alam Sekitar

di

Padang Tembak, Kota Bharu, Kelantan

Nama Pelajar : Muhammad Atif Bin Mohd Manoj

Tingkatan : 3 Bestari 1

Nama Guru : Puan Sitino Binti Yusof

_______________ ________________

(Tandatangan Pelajar) (Tandatangan Guru )

Page 2: FOLIO Geog Auto Saved)

Tajuk:

KAJIAN TENTANG:

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

DI

PADANG TEMBAK,

PENGKALAN CHEPA ,

16100 KOTA BHARU,

KELANTAN DARUL NAIM

Page 3: FOLIO Geog Auto Saved)

SENARAI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Halaman

1 Penghargaan

2 Pendahuluan

3 Objektif Kajian

4 Kawasan Kajian

5 Kaedah Kajian

6 Hasil Kajian

7 Rumusan

8 Rujukan

9 Lampiran

Page 4: FOLIO Geog Auto Saved)

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana

telah mengurniakan kepada saya kesihatan dan ilham untuk menyiapkan projek ini

dengan penuh jayanya .

Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua

SMK Pengkalan Chepa 2, Puan Hjh Norani bt. Hj Mustapha yang telah memberi

kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Selain itu, saya juga ingin

berterima kasih kepada guru geografi saya, Puan Sitino bt. Yusof kerana telah

membantu , memberi tunjuk ajar dan memberi galakan kepada saya dalam

menyiapkan projek ini. Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada kedua ibu

bapa saya, Roslina Bt. Ahmad serta Mohd Manoj b. Jumidali kerana telah

memberi maklumat tentang projek ini.

Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan saya, Muhammad Fakhry b.

Rokhman, Ahmad Syawal b. Abdul Hamid, Nazmi b. Mohammad dan rakan yang

lain kerana membantu saya untuk lebih faham lagi cara membuat projek ini.

Page 5: FOLIO Geog Auto Saved)

PENDAHULUAN

Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan adalah kawasan yang dikaji oleh saya. Saya telah memilih kawasan ini adalah kerana kawasan ini berdekatan dengan tempat tinggal saya. Ini akan memudahkan lagi untuk saya mengkaji dengan lebih terperinci tentang pencemaran yang dilakukan oleh industri di kawasan tersebut .

Padang Tembak juga terkenal dengan kawasan perindustrian terbesar di Kelantan. Perindustrian ini telah menyumbang kepada kemajuan negeri Kelantan dan kawasan tersebut. Namun, kegiatan ini telah menimbulkan banyak kesan negatif terhadap alam sekitar.

Saya telah menjalankan kajian lapangan di kawasan itu secara berkumpulan, iaitu dengan lima orang rakan sekelas saya. Tempoh untuk menyiapkan kajian ini adalah hampir empat bulan. Walaupun begitu lama untuk menyiapkan projek ini, tetapi Alhamdulillah proses kajian ini dapat dijalankan tanpa sebarang masalah dan gangguan.

Page 6: FOLIO Geog Auto Saved)

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian ini ialah untuk :~

Menyatakan maksud konsep pencemaran alam sekitar.

Menyenaraikan jenis pencemaran alam sekitar.

Mengenal pasti punca pencemaran alam sekitar.

Menyatakan kesan pencemaran terhadap alam sekitar.

Memberi cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran terhadap alam

sekitar.

Dapat menerapkan unsur nilai dan patriotisme terhadap penduduk Padang

Tembak

Nilai patriotisme:~

Sebagai seorang yang mencintai khazanah alam kita mestilah mengelakkan daripada mencemarkan dan merosakkan alam sekitar seperti membuang sampah merata-rata, membuang sisa-sisa toksik di sungai atau perkara yang boleh menjejaskan ekosistem alam. Tambahan pula, jika alam ini bersih kita juga tidak mudah untuk mendapat penyakit. Oleh itu, jagalah alam ini sebaik-baiknya untuk kepentingan kita dan generasi akan datang.

Page 7: FOLIO Geog Auto Saved)

KAWASAN KAJIAN

Saya tinggal di Taman Desa Kemumin, Padang Tembak, Kota Bharu, Kelantan.

Padang Tembak terletak di bahagian Pantai Timur negeri Kelantan. Jarak kawasan

ini dengan rumah saya hanya 500 meter. Saya berbasikal ke lokasi tersebut dan

mengambil masa kurang dari 10 minit untuk sampai. Lokasi Padang Tembak

terletak kira-kira 7.1 kilometer dari Kota Bharu. Biasanya tambang bas yang

dikenakan dari sini ke Kota Bharu ialah RM2.00.

Padang Tembak adalah kawasan perindustrian yang terbesar di negeri

Kelantan. Pandang darat fizikal bagi Padang Tembak ialah tanah pamah. Kawasan

ini dibanjiri dengan petempatan, bangunan perindustrian, jalan perhubungan dan

dilengkapi dengan kemudahan sosial. Pola petempatan di kawasan ini majoritinya

berpusat dan berjajar. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor perniagaan

iaitu menjalankan perniagaan sendiri seperti restoran, kedai runcit dan stesen

minyak. Sesetengah penduduk terlibat dalam sektor perkhidmatan seperti guru,

kontraktor dan sebagainya.

Page 8: FOLIO Geog Auto Saved)

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan data dan maklumat tentang pencemaran alam yang berlaku di Padang Tembak. Antara kaedahnya ialah:

Kaedah pemerhatian

-memerhatikan ciri-ciri fizikal di kawasan kajian seperti bentuk muka bumi, tumbuh-tumbuhan semula jadi dan kesan asap kilang. Saya juga membuat kajian terhadap ciri-ciri budaya di kawasan kajian seperti petempatan, pengangkutan dan perhubungan.

Kaedah temu bual

-kami sekumpulan telah menemu dengan pengurus kilang dan beberapa penduduk di kawasan Padang Tembak.

Kaedah soal selidik

-kami menemuramah seramai 20 orang responden yang terdiri daripada penduduk kawasan di sekitar Padang Tembak dengan menggunakan borang soal selidik.

Kaedah rujukan

-kami telah merujuk dengan melayari internet serta kepustakaan untuk mendapatkan peta dan maklumat- maklumat lain.

Page 9: FOLIO Geog Auto Saved)

RUMUSAN

Perindustrian di Padang Tembak membawa kesan positif dan negatif

yang banyak. Perindustrian di sini telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan

dan meningkatkan pendapatan penduduk di samping meningkatkan kemudahan

insfrastruktur di kawasan ini. Hasil pembukaan industri, terdapat banyak

perubahan padang darat di Padang Tembak. Antaranya ialah sebahagian hutan di

sini telah ditebang untuk mendirikan kilang-kilang. Oleh sebab itu, muncul banyak

masalah pencemaran seperti pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran bunyi

yang disebabkan oleh lori yang ulang-alik daripada kawasan kilang tesebut. Saya

berharap agar pihak kerajaan supaya masalah seperti ini dapat diselesaikan dengan

secepat mungkin walau apa jua cara. Jika ini masalah ini dapat dibendung maka

usaha kerajaan untuk mencapai wawasan 2020 akan berjaya.

DAPATAN KAJIAN

Page 10: FOLIO Geog Auto Saved)

Konsep pencemaran alam sekitar

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia kepada alam sekitar menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Takrifan pencemaran yang lebih bermatlamat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organism-organisma lain seperti tumbuhan atau haiwan. Pencemaran dapat dikategerikan dan disenaraikan kepada bentuk :-

a) Pencemaran udara

b) Pencemaran air

c) Pencemaran laut

d) Pencemaran bunyi

e) Pencemaran tanah

Jenis pencemaran di Padang Tembak

Pencemaran alam sekitar di sekitar kawasan kajian saya ialah pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi sering berlaku di kawasan kajian saya kerana terdapat banyak kenderaan yang sering lalu lalang di jalan raya berdekatan kawasan kajian saya.

Page 11: FOLIO Geog Auto Saved)

Selain itu, pencemaran udara juga sering berlaku di kawasan kajian saya. Ini kerana kebanyakan lori yang melalui jalan raya berhampiran rumah saya mengeluarkan asap hitam. Selain daripada itu, kilang berhampiran kawasan kajian juga telah mengeluarkan asap yang banyak.

Akhirnya ialah pencemaran bau. Ini adalah kerana sikap segelintir penduduk di sini yang membuang sampah merata-rata sesuka hati.

Punca pencemaran alam sekitar di Padang Tembak

Telah dikenal pasti punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Antaranya ialah banyak kenderaan yang lalu lalang di situ. Ini telah menyebabkan udara yang bersih di situ tercemar akibat daripada asap yang dikeluarkan oleh kenderaan tersebut. Selain itu, pencemaran udara di sini juga telah dilakukan olah beberapa orang penduduk. Meraka telah membakar sampah sarap menyebabkan asap tersebut merebak ke seluruh tempat.

Selain itu, pencebaran bunyi pula telah disebabkan oleh lori-lori yang melalui jalan di kawasan kajian. Pemandu pemandu lori tersebut telah menekan minyak secara kuat menyebabkan bunyi tersebut menggangu penduduk sekitar tempat tersebut.

Seterusnya, pencemaran bau. Pencemaran ini disebabkan oleh sikap segelintir penduduk yang membuang sampah merata-rata di kawasan kajian. Kami penduduk terpaksa menghidu bau yang busuk itu setiap hari. Selain itu, pencemaran ini juga berpunca daripada bau najis ayam di mana ayam itu dipelihara oleh salah seorang daripada penduduk sekitar di sini.

Kesan pencemaran alam sekitar di Padang Tembak

Pencemaran alam sekitar yang berlaku di Padang Tembak telah meninggalkan banyak kesan buruk yang boleh menjejaskan alam serta kesihatan manusia. Antaranya ialah akan berlakunya hujan asid. Ini disebabkan oleh asap-asap yang telah dikeluarkan oleh kilang-kilang serta kenderaan–kenderaan lain.

Page 12: FOLIO Geog Auto Saved)

Selain itu, jerebu yang teruk juga akan melanda kawasan Padang Tembak dan kawasan sekitarnya oleh kerana asap yang terlalu banyak. Kesannya pada manusia ialah manusia akan sesak nafas dan jerebu seperti ini akan menyebabkan maut pada manusia.

Seterusnya, suhu juga akan meningkat akibat daripada asap-asap kenderaan, kilang dan lain-lain. Kesan daripada itu penyakit seperti demam panas melanda manusia. Pertanian juga akan terjejas kerana suhu yang terlalu panas di kawasan Padang Tembak.

Tambahan pula, udara di Padang Tembak akan tercemar dek asap-asap tersebut. Udara yang tercemar ini akan menyebabkan paru-paru manusia yang menarik nafas akan rosak. Kejadian ini menyebabkan paru-paru manusia menjadi hitam dan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Disamping itu, segelintir manusia yang membuang sampah merata-rata telah menyebabkan pencemaran bau. Kesannya, kita yang menarik nafas berasa kurang selesa ketika menarik nafas.

Kesimpulannya, kita sebagai manusia yang masih waras dan dapat berfikir dengan baik seharusnya mengelakkan diri daripada melakukan pencemaran alam sekitar. Tiada langsung faedah yang boleh kita dapat dengan mencemarkan alam malah kesan buruk pula kita hadapi. Oleh itu,sama-samalah kita berfikir akibatnya kepada generasi akan datang jika kita melakukan pencemaran alam.

Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Padang Tembak

Saya sebagai pelajar ingin mengemukakan beberapa cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran terhadap alam sekitar. Pertama, kerajaan khasnya perlulah menguatkuasakan undang-undang. Sesiapa sahaja yang melakukan pencemaran tidak kira warganegara atau tidak, lelaki atau perempuan, tua atau muda perlulah dikenakan denda dan diambil tindakan seberat beratnya.

Page 13: FOLIO Geog Auto Saved)

Selain itu, pihak penguasa tempatan atau mana-mana pihak haruslah mengadakan kempen kesedaran tentang cintailah alam sekitar di kawasan-kawasan tertentu. Ini akan mengurangkan lagi pencemaran yang berlaku di sesuatu tempat.

Seterusnya, kerajaan negeri perlulah menyediakan tapak pelupusan sampah supaya sampah sarap dapat dilupuskan sebaiknya. Dengan ini, pencemaran bau tidak lagi melanda sesuatu kawasan itu. Walaubagaimanapun, sampah sarap tersebut janganlah dilupus begitu sahaja tanpa mengasingkan bahan yang boleh dikitar semula dengan bahan lain.

Di sekolah pula, guru-guru perlulah mendidik anak murid tentang alam sekitar. Guru-guru perlulah menerapkan dalam pengajaran mereka tentang kesan pencemaran alam sekitar kepada anak murid. Ini akan menjadikan anak murid mereka sentiasa menjaga alam sekitar.

Oleh itu, semua pihak perlulah mengambil inisiatif dan menjaga alam sekitar sebaik-baiknya. Ini ialah untuk kepentingan semua orang jika dilaksanakan. Setiap daripada kita akan hidup dengan selesa jika alam sekitar bersih dan tiada pencemaran.

RUJUKAN

Page 14: FOLIO Geog Auto Saved)

@